kajian sejarah tempatan 2010

Upload: husna-naqibah

Post on 07-Apr-2018

266 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 kajian sejarah tempatan 2010

    1/13

    Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Shahrome bin Daud , Pengetua

    MRSM Kuala Klawang , Negeri Sembilan kerana memberi kerjasama dan nasihat kepadakami sepanjang menjalankan tugasan ini .

    Ribuan terima kasih juga kepada guru sejarah , Encik Che Aziz yang telah banyak mencurahilmu serta membimbing saya untuk menyiapkan tugasan ini . Tidak lupa juga saya ingin

    mengucapkan terima kasih kepada ibu saya Puan Ros Azida binti Jantan yang banyak

    membantu saya dan ayah saya Encik Khairul Anwar Bin Hassan Basri yang sentiasa

    mendorong saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.

    Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak lain termasuklah rakan-rakan saya yang telahmembantu saya untuk menyiapkan tugasan ini.

  • 8/6/2019 kajian sejarah tempatan 2010

    2/13

    Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu perayaan tradisi kaum di Malaysia

    merangkumi objektik-objektif berikut:

    a. Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih . Ini akan dapat membantu saya

    membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat .

    b. Menambah pengetahuan saya tentang perayaan tradisi kaum di Malaysia .

    c. Memenuhi kehendak sukatan pelajaran Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) .

    d. Menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan generasi muda

    melalui kajian ini .

  • 8/6/2019 kajian sejarah tempatan 2010

    3/13

    Saya menggunakan beberapa kaedah dalam kajian ini seperti :-

    a. RujukanSaya telah menjalankan rujukan terhadap surat khabar , majalah , dan buku- buku yang

    berkaitan . Saya juga telah mengunjungi rumah-rumah jiran saya yang berbangsa Cina

    bagi mendapat maklumat tentang Tahun Baru Cina .

    b. Temu ramahSaya telah menemu ramah beberapa orang berbangsa Cina yang berada di sekitar

    perumahan saya di Jalan Kekwa , Bandar Bukit Beruntung , Selangor . Sebelum kaedah

    ini dijalankan , saya terlebih dahulu menyusun soalan yang bakal dikemukakan kepada

    guru sejarah saya . Kaedah ini dilakukan untuk memperoleh maklumat berkaitan latar

    belakang sejarah Tahun Baru Cina .

    c. PemerhatianKaedah ini dilakukan sekitar rumah jiran saya yang berbangsa Cina . Kaedah ini dipilih

    bertujuan melihat keadaan dan suasana sambutan Tahun Baru Cina .

    d. PenyelidikanSaya telah menjalankan penyelidkan di perpustakaan sekolah , melawat laman web yang

    berkaitan Tahun Baru Cina dan merujuk majalah yang berkaitan . Semua maklumat ini

    saya analisis agar ia bersesuaian dengan kajian yang dijalankan .

  • 8/6/2019 kajian sejarah tempatan 2010

    4/13

  • 8/6/2019 kajian sejarah tempatan 2010

    5/13

    Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang paling penting bagi orang Cina , seperti Hari

    Natal bagi orang barat . Tahun Baru Cina adalah hari pertama bulan satu bagi Imlek Cina ,

    tetapi aktiviti perayaan Tahun Baru Cina bukanlah pada hari itu sahaja , biasanya aktiviti

    perayaan Tahun Baru Cina berlangsung selama beberapa hari berikutnya . Tahun Baru Cina

    juga secara umumnya dipanggil Guonian .

    Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia , malah turut

    dirayakan oleh bangsa Korea , Vietnam , Mongol dan Miao yang dipengaruhi oleh China dari

    segi kebudayaan dan keagamaan , maka turut memakai kalendar qamari Cina . Di China ,

    bukan sahaja etnik Han yang merayakan Tahun Baru Cina , etnik yang lain , termasuk etnik

    Manzu , Mongol , Yaozu , Zhuangzu , Baizu , Gaoshan , Hezhe , Hani Daur , Dongzu ,

    Lizu dan lain-lainnya juga mempunyai adat resam untuk merayakan Tahun Baru Cina .

    Di China , perayaan Tahun Baru Cina lebih-kurang akan berlarutan selama setengah bulan ,selepas merayakan hari Cap Gohmei yang jatuh pada 15 haribulan bulan satu Imlek baru

    perayaan Tahun Baru Cina selesai .

    Tujuan sambutan Tahun Baru Cina diadakan adalah untuk menyambut tahun baru dalam

    kalendar qamari Cina . Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan

    dinamakan sempena nama haiwan . Namun, jika menurut pandangan orang China , Tahun

    Baru Cina merupakan perayaan untuk menyambut musim bunga . Musim bunga datang ,pemandangan berubah , dan penanaman padi dimulakan , orang China dengan pelbagai cara

    yang bahagia untuk merayakan perayaan tradisional yang paling meriah dalam sepanjangtahun.

  • 8/6/2019 kajian sejarah tempatan 2010

    6/13

    Menurut riwayat asal usul Tahun Baru Cina , Nian adalah sejenis binatang bayangan yang

    membawa nasib buruk . Semasa Nian tiba , semua tumbuhan mati; semasa Nian pergi ,

    tumbuhan hidup lagi dan bunga berkembang . Jadi orang China dengan mercun menakutkan

    dan mengusir Nian , itulah asal usul adat resam menyala mercun sempena Tahun Baru Cina

    .

    Tahun Baru Cina telah mempunyai sejarah yang lama , itu berasal daripada kegiatan memuja

    dewa dan nenek moyang sempena hujung tahun dan permulaan tahun baru di China padazaman kuno . Tahun Cina dipanggil Yuanri , Yuandan atau Tahun Baru pada zaman

    kuno . Selepas revolusi 1911 , kerajaan pada waktu itu secara rasmi menetapkan hari pertama

    bulan satu Imlek sebagai Tahun Baru Cina.

    Menurut sarjana , Tahun Baru Cina sekurang-kurangnya mempunyai sejarah selama seribu

    tahun . Sekarang , sebahagian adat resam yang bercorak takhayul termasuk memuja dewa

    langit telah secara beransur-ansur tidak diamalkan lagi , sedangkan adat resam yang baik

    termasuk menempel kuplet , menempel lukisan tahun baru , menempel tulisan Perkataan

    bahagia , mengukus kuih tahun baru, memasak Jiaozi , menyala mercun , tidak tidur pada

    malam sebelum Tahun Baru Cina dan saling mengucapkan selamat Tahun Baru Cina masih

    sangat popular di kebanyakan tempat di China , khususnya di desa dan sebahagian pekan dan

    bandar yang kecil .

    Sebagai tradisi , ang pau atau sampul merah diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina

    , oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin .

    Amalan orang Melayu ketika Hari Raya Aidilfitri iaitu mengedarkan sampul duit raya kepadakanak-kanak sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri diadaptasi daripada amalan orang Cina

    .

    Orang China sangat mementingkan makanan dan pakaian waktu merayakan Tahun Baru Cina, biasanya makanan dan pakaian yang bermacam-macam telah disediakan sebelum

    merayakan Tahun Baru Cina . Semasa Tahun Baru Cina datang , orang China memakai bajuyang paling cantik , dan sediakan kuih-kuih , manisan dan makanan ringan , untuk menjamu

    tetamu di rumah pada bila-bila masa .

  • 8/6/2019 kajian sejarah tempatan 2010

    7/13

    Sebelum merayakan Tahun Baru Cina , rakyat telah menempel kertas merah yang ditulis selamattahun baru dengan berus bulu di sebelah kedua-dua daun pintu , atau menempel bermacam-macamlukisan adat resam yang melambangkan bahagia di daun pintu , jendela atau dinding , mengharapkan

    kedatangan nasib baik pada tahun yang akan datang . Ini telah menjadi cara yang paling biasa untuk

    merayakan Tahun Baru Cina di desa dan sebahagian bandar dan pekan . Kuplet dan gambar Tahun

    Baru Cina sudah mempunyai sejarah yang lama , dan juga untuk mengusir hantu dan mendapat nasibbaik pada zaman kuno sama seperti menyala mercun , dan beransur-ansur menjadi adat resam TahunBaru Cina .

    Malam sebelum Tahun Baru Cina adalah waktu yang paling penting dalam perayaan Tahun Baru Cina

    , malam itu secara umumnya juga dipanggil Chuxi . Pada malam itu , anggota keluarga berkumpul ,makan bersama-sama , dan tidak tidur sepanjang malam . Apabila fajar menyingsing pada keesokanharinya , tahun baru sudah bermula , orang China memakai baju baru , mengucapkan selamat tahun

    baru dan panjang umur kepada orang tua dalam keluarga itu , kemudian menziarahi saudara mara dansahabat , untuk saling mengucapkan selamat tahun baru . Dalam beberapa hari yang kemudian , orang

    China gembira dalam suasana perayaan yang bahagia dan harmoni.

    Sempena Tahun Baru Cina , rakyat China juga menggantung tanglong merah yang ditempel tulisan

    perkataan nasib baik atau gambar dewa kekayaan di depan pintu, untuk menunjukan hasrat baikorang China . Biasanya perkataan Nasib baik mesti ditempel secara terbalik , sebutan perkataan

    terbalik sama dengan perkataan datang dalam bahasa Mandarin, maksudnya ialah nasib baikdatang .

    Pada hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina ialah hari yang diraikan sebagai Yunxio ji, atau Chap

    Goh Mei dalam bahasa Hokkien , versi Cina bagi Hari Valentine . Tngyun , bebola pulut manisdalam sup , dimakan pada hari ini . Tngyun ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada

    tepung pulut . Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola , kemudiandimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih . Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi

    .

    Orang Cina mempunyai banyak amalan yang dikatakan membawa tuah baik pada Tahun Baru Cina,

    antaranya ialah membuka semua pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah bail pada tahunbaru . Seterusnya ialah gula-gula dan manisan dihidang dan dimakan untuk "memaniskan" nasib

    sepanjang tahun bagi pemakannya . Selain itu , setiap sudut di rumah wajib dibersihkan sebelum hari

    tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang . Ada juga sesetengah orang yangpercaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama sambutan Tahun Baru Cina mencerminkanperistiwa yang bakal berlangsung sepanjang tahun . Tambahan pula , jika seseorang memakai selipar

    baru yang dibeli sebelum Tahun Baru Cina , seolah-olah dia memijak kepala orang yang bergosip

    tentang pemakainya.

  • 8/6/2019 kajian sejarah tempatan 2010

    8/13

    Tahun Baru Cina sama seperti Hari Natal di Eropah , untuk anggota keluarga berkumpul .

    Orang yang tinggal di tempat lain tidak kira orang dewasa atau kanak-kanak dengan sedaya

    upaya berkumpul dengan keluarganya pada hari perayaan itu . Sambutan Tahun Baru Cina

    merapatkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia ada .

    Perayaan Tahun Baru Cina juga dapat memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia . Kaum-

    kaum lain yang tidak menyambut Tahun Baru Cina selalunya akan melawat atau dijemputhadir ke rumah rakan atau jiran mereka yang menyambut Tahun Baru Cina .

    Selain itu , Tahun Baru Cina juga akan memberi kesan kepada industri pelancongan negara

    kita . Para pelancong yang datang untuk bercuti di Malaysia dapat meilhat pelbagai perayaantradisi yang disambut oleh kaum-kaum yang terdapat di Malaysia .

    Tambahan pula , perayaan Tahun Baru Cina meberi peluang perniagaan kepada para peniaga

    untuk menjual alat-alat yang diperlukan untuk persiapan sambutan Tahun Baru Cina seperti

    mercun , tanglung , sampul merah ataupun angpau termasuklah juga bahan-bahan makanan

    yang digunakan ketika perayaan ini .

  • 8/6/2019 kajian sejarah tempatan 2010

    9/13

    Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh masa

    yang ditetapkan . Ketika menjalankan kerja kursus ini , banyak pengetahuan , pengajaran dan

    nilai yang telah saya pelajari .

    Selepas menjalankan Kerja Kursus Sejarah Tahun Baru Cina , saya rasa amat bersyukursebagai seorang warganegara Malaysia kerana pelbagai perayaan tradisi kaum yang terdapat

    di negara yang tercinta ini . Ketika menjalankan kerja kursus ini , banyak pengajaran dan

    nilai yang telah saya pelajari . Selain itu , saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan

    dan keunikan perayaan tradisi ini yang dapat menarik minat ramai pelancong asing . Selepas

    melakukan kerja kursus ini , saya juga dapat menguasai kemahiran membuat penyeledikan

    dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi .

    Disamping itu , saya juga dapat menghayati nilai kesabaran , ketabahan , kejujuran ,

    memupuk semangat patriotisme dan kerjasama antara rakan - rakan semasa menjalankan dan

    menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna . Nilai kerjasama telah membuatkan saya

    bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang kerja kursus ini .

  • 8/6/2019 kajian sejarah tempatan 2010

    10/13

  • 8/6/2019 kajian sejarah tempatan 2010

    11/13

    Ini merupakan ang pau yang diberi ketika Tahun Baru Cina

    Gambar di atas menunjukkan tarian singa

  • 8/6/2019 kajian sejarah tempatan 2010

    12/13

    TUGASAN 2

    Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan mengekalkan

    perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?

    Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam

    kalangan rakyat Malaysia melalui beberapa aspek. Antaranya ialah dengan menganjurkan rumah

    terbuka kerana Rumah Terbuka bagi sesuatu perayaan mampu mengabungkan beberapa suku kaum

    di bawah satu bumbung. Sebagai contoh, Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang diadakan oleh

    pemimpin sesuatu kawasan akan menjadi tumpuan rakyat berbilang bangsa.

    Media massa juga memainkan peranan dalam memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam

    kalangan rakyat Malaysia kerana media massa adalah salah satu sumber informasi yang terkini dan

    berguna untuk masyarakat. Media massa juga merupakan wadah penyampaian maklumat yang

    berkesan kepada masyarakat. Pihak media hendaklah sentiasa peka kepada keadaan disekeliling

    agar maklumat dapat disampaikan dengan serta merta dengan berkesan. Tidaklah masyarakat

    menjadi seperti katak dibawah tempurung yang tidak mengetahui perkembangan di sekelilingnya.

    Setiap sambutan perayaan perlulah mendapat liputan meluas daripada media.

    Seterusnya dengan pertunkan kesenian sesuatu kaum kerana keseniaan sesuatu kaum kini bukansahaja menjadi tumpuan kaum tersebut sahaja malahan turut menjadi tumpuan suku kaum lain.

    Sebagai contoh, Perayaan Tahun Baru Cina akan menarik pelbagai kaum untuk turut

    memeriahkannya kerana unsur kesenian Tahun Baru Cina iaitu Tarian Singa menjadi kegemaran suku

    kaum lain.

    Akhir kata, sambutan perayaan pelbagai kaum di Malaysia dapat merealisasikan impian Perdana

    Menteri kita dalam memacu konsep 1Malaysia. Hal in sebab melalui pelbgai perayaan, perpaduan di

    kalangan rakyat Malaysia dapat ditingkatkan.

  • 8/6/2019 kajian sejarah tempatan 2010

    13/13

    RUJUKAN

    1. Internet: -Sambutan Tahun Baru Cina http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?

    option=com_content&view=article&id=5745:sambutan-tahun-baru-

    cina&catid=322:kebudayaan-di-malaysia

    2. Orang Sumber: -Encik Che Aziz , guru sejarah

    3. Akhbar: -Mingguan Malaysia, 14 Februari 2010, halaman 14, 15