kajian sejarah tempatan 2010 -perayaan tradisi kaum di malaysia

25
2.3 PENGHARGAAN Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Hj. Ali bin Hj. Deros, tuan pengetua Sekolah Menengah Sains Labuan kerana telah membenarkan kami untuk menggunakan kemudahan di sekolah bagi memulakan kajian ini. Kemudian,saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Cik Murniza binti Jidin iaitu guru matapelajaran Sejarah saya yang tidak jemu menerangkan dan memberi tunjuk ajar kepada kami semua sepanjang kami menjalankan kajian ini. Selain itu,saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua orang ibu bapa saya iaitu En. Sidek bin Hj. Said dan Pn. Sarimah binti Yahu atas segala sokongan mereka dari segi mental,fizikal dan juga kewangan untuk saya menyiapkan folio ini. Tidak lupa juga terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah membantu saya untuk mendapatkan maklumat untuk

Upload: liza-sidek

Post on 21-Jun-2015

430 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

bnda ni prlu pmbtulan lg.. mrkah asal 7/12.. lpas wat p'btulan 12/12..

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Sejarah Tempatan 2010 -Perayaan tradisi kaum di Malaysia

2.3 PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Hj. Ali

bin Hj. Deros, tuan pengetua Sekolah Menengah Sains Labuan kerana telah

membenarkan kami untuk menggunakan kemudahan di sekolah bagi memulakan kajian

ini.

Kemudian,saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Cik Murniza binti

Jidin iaitu guru matapelajaran Sejarah saya yang tidak jemu menerangkan dan memberi

tunjuk ajar kepada kami semua sepanjang kami menjalankan kajian ini.

Selain itu,saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua orang ibu bapa

saya iaitu En. Sidek bin Hj. Said dan Pn. Sarimah binti Yahu atas segala sokongan

mereka dari segi mental,fizikal dan juga kewangan untuk saya menyiapkan folio ini.

Tidak lupa juga terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah membantu saya

untuk mendapatkan maklumat untuk kajian ini iaitu saudari Amirah Liyana binti Ibrahim,

Nurfazira binti Ruslan,dan Nur Atiqah binti Matassan.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada responden kami Cik

Shan Oi Sooi yang telah memberi beberapa maklumat kepada saya dan kawan-kawan.

Page 2: Kajian Sejarah Tempatan 2010 -Perayaan tradisi kaum di Malaysia

2.4 OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif yang saya dapati daripada Kajian Sejarah Tempatan ini ialah agar

saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang perayaan kaum Cina di Malaysia iaitu

perayaan Tahun Baru Cina.

Selain itu, saya juga dapat mengetahui tuah yang diperolehi dan pantang larang

yang perlu dipatuhi yang berkaitan dengan perayaan tersebut.

Seterusnya, kajian ini juga saya jalankan untuk saya mengambil iktibar daripada

sejarah yang telah berlaku yang mewujudkan perayaan ini.

Akhir sekali, kajian ini dijalankan agar masyarakat dapat menghargai warisan

khazanah perayaan ini dan bekerjasama untuk mengekalkan perayaan yang telah diwarisi

sejak turun-temurun ini.

Page 3: Kajian Sejarah Tempatan 2010 -Perayaan tradisi kaum di Malaysia

2.5 KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat untuk

menghasilkan folio ini. Antara kaedah yang saya gunakan ialah temu ramah, analisis

dokumen internet dan penyelidikan perpustakan.

Saya dan rakan-rakan saya iaitu saudari Amirah Liyana binti Ibrahim, Nurfazira

binti Ruslan, dan Nur Atiqah binti Matassan telah pergi ke kediaman Cik Shan Oi Sooi di

alamat No. 0298, Kampung Sungai Keling, 87000, Wilayah Persekutuan Labuan untuk

menemuramah beliau tentang perayaan Tahun Baru Cina. Kami bertanyakan soalan yang

berkaitan dengan tujuan, pantang larang, tuah dan banyak lagi yang berkaitan dengan

perayaan tersebut.

Selain itu, saya juga telah menganalisis beberapa buku ilmiah untuk mendapatkan

maklumat. Antara buku yang telah saya analisis ialah Kebudayaan, Jasiman Ahmad dan

Nora Hj Samat, Jade Green Publications Sdn. Bhd dan juga Integrasi di Malaysia,

Integrasi Melalui Etnik, Noura Syifa dan Zariana Zumail, Sabunai Media Sdn. Bhd.

Kemudian, saya juga merujuk internet di laman web yang beralamat alamat

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina.

Akhir sekali, saya dan rakan-rakan telah menggunakan kaedah penyelidikan

perpustakaan sebanyak beberapa kali untuk mencari informasi tambahan daripada bahan-

bahan bacaan yang terdapat di perpustakaan awam.

Page 4: Kajian Sejarah Tempatan 2010 -Perayaan tradisi kaum di Malaysia

2.6 HASIL KAJIAN

1. PERAYAAN TRADISI

1.1 Nama Perayaan/Nama Lain

Nama yang paling dikenali oleh semua golongan masyarakat untuk perayaan

kaum cina ini ialah ’Tahun Baru Cina’. Selain itu, perayaan ini juga dikenali dengan

gelaran perayaan tersebut dalam bahasa Mandarin iaitu ’Gong Xi Fa Cai’. Nama lain

yang jarang digunakan untuk menggelar perayaan ini ialah ’Perayaan Musim Bunga’ dan

’Tahun Baru Qamari’.

1.2 Pihak/Etnik/Kaum yang Terlibat

Antara kaum lain yang terlibat dengan perayaan Tahun Baru Cina ini ialah mana

-mana kaum atau penduduk yang dipengaruhi oleh negara China seperti penduduk negara

Mongolia, Vietnam, Miao, dan Korea.

1.3 Tarikh/Tempoh Masa Dirayakan

Pada tahun 2010, perayaan Tahun Baru Cina ini telah diadakan pada 14 Februari.

Setiap tahun, perayaan ini akan diadakan pada hari pertama kalendar cina ataupun juga

dikenali sebagai kalendar Qamari.

Page 5: Kajian Sejarah Tempatan 2010 -Perayaan tradisi kaum di Malaysia

1.4 Tujuan Perayaan

Tujuan utama perayaan Tahun Baru Cina ini disambut oleh kaum yang terlibat

adalah untuk menyambut tahun Baru yang bakal mendatang dengan harapan bahawa

tahun seterusnya akan menjadi lebih baik dan dilimpahi rezeki yang lebih banyak.

Perayaan tersebut juga melambangkan sebuah permulaan baru bagi nasib dan kehidupan.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Sejarah/Asal Usul Perayaan

Sebelum dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas.

Ada kemungkinan bahawa awal tahun bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan

12 ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah

diketahui bahawa ’bulan lompat’ yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari

dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan dipakai untuk memastikan kalendar

qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang

menurut catatan tulang orakel yang masih wujud dan Zhou menurut Sima Qian. Maharaja

pertama China iaitu Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10

pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1,atau

Page 6: Kajian Sejarah Tempatan 2010 -Perayaan tradisi kaum di Malaysia

kedua-duanya itu tidak di ketahui. Pada 104 SM,Maharaja Wu yang memerintah sewaktu

Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun,yang masih kekal sampai masa ini.

Selain itu,menurut lagenda,perayaan ini disambut untuk menghalau Nian iaitu

seekor raksasa pemakan manusia yang kalah dengan warna merah dan bunyi bising. Oleh

itu, masyarakat yang menyambut perayaan tersebut akan menggunakan warna merah dan

membakar mercun kerana kepercayaan mereka itu.

2.2 Upacara Khusus Dalam Perayaan

Antara upacara khusus yang terdapat dalam perayaan Tahun Baru Cina ini ialah

makan besar,ziarah-menziarahi,menyembah Maharaja Jed dan Chap Goh Mei. Keluarga

yang menyambut perayaan tersebut akan berkumpul dan makan bersama-sama di meja

bulat. Mereka juga akan saling berziarah ke rumah sanak saudara yang lain dan

terutamanya ibu bapa mereka. Kaum Cina juga akan menyembah Maharaja Jed di

kayangan di tokong agama Tao. Chap Goh Mei juga disambut bagi menandakan hari-hari

terakhir Tahun Baru Cina.

2.3 Individu yang Mengetuai Upacara Khusus

Kebanyakkan upacara-upacara khusus pada Tahun Baru Cina ini akan diketuai

oleh tuan rumah ataupun antara orang yang paling tua dalam sesuatu keluarga tersebut.

2.4 Tempat Khusus Sambutan Dijalankan

Biasanya sambutan Tahun Baru Cina ini diadakan di rumah ibu bapa masyarakat

Page 7: Kajian Sejarah Tempatan 2010 -Perayaan tradisi kaum di Malaysia

yang menyambut perayaan tersebut. Seluruh ahli keluarga akan berkumpul di rumah

orang yang paling tua dalam keluarga kembangan mereka pada malam Tahun Baru Cina.

3. PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN

3.1 Sebelum

Sebelum hari sambutan Tahun Baru Cina, mereka yang menyambut perayaan

tersebut akan membersihkan rumah sebersih-bersihnya kerana mereka mempercayai

bahawa apabila membersihkan rumah pada waktu perayaan akan menyapu sekali segala

tuah dan rezeki-rezeki sekali. Kebanyakkan mereka akan mengecat rumah, pintu, sisi

tingkap dengan warna merah. Mereka juga menghiasi rumah mereka dengan potongan-

potongan kertas yang tertulis pepatah yang mengatakan kebahagiaan dan kemakmuran

dalam bahasa Cina. Jamuan pertemuan semula juga diadakan pada malam Tahun Baru

Cina. Di China Utara,ada adat untuk mereka memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu

melambangkan kemewahan kerana bentuknya yang seakan-akan tongkol emas Cina.

Ang-pau diberikan kepada pengunjung yang masih bujang. Ang-pau melambangkan tuah

dan kehormatan.

3.2 Semasa

Hari Pertama

Hari mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Kebanyakkan

Page 8: Kajian Sejarah Tempatan 2010 -Perayaan tradisi kaum di Malaysia

mereka tidak akan memakan daging untuk memastikan mereka lanjut usia.

Mereka semua akan mengunjungi ahli keluarga yang paling tua sekali

seperti ibu bapa,datuk nenek atau moyang. Ada juga keluarga yang

mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut

tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

Hari Kedua

Hari kedua ialah hari membuka tahun. Anak perempuan yang telah

berkahwin akan menziarahi ibu bapa kandung mereka kerana tradisi

mengatakan bahawa anak perempuan yang telah berkahwin mung sekali

tidak mempunyai peluang untuk menziarahi keluarga kandung mereka

sendiri.

Hari Ketiga

Pada hari ini,mereka tidak digalakkan untuk menziarahi antara satu sama

lain kerana mempercayai bahawa hari tersebut ialah hari ”mulut merah”

yang bermaksud amat mudah untuk membawa pergaduhan. Mereka yang

mengalami kematian dalam jangkamasa 3 tahun lalu tidak akan

menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati.

Hari ini wajar sebagai hari menziarahi kubur.

Hari Kelima

Page 9: Kajian Sejarah Tempatan 2010 -Perayaan tradisi kaum di Malaysia

Pada hari kelima, ladu dijadikan sarapan pada pagi ’pecah lima’ . Hari ini

merupakan hari kelahiran Cai Shen,iaitu dewa kekayaan Cina. Di Taiwan

perniagaan dibuka semula pada hari ini dan diserikan dengan pemetik api.

Hari Ketujuh

Hari ketujuh dikenali sebagai ’hari jadi orang ramai’,iaitu hari dimana

umur setiap orang ditambah setahun menurut pengiraan kalendar qamari

Cina.

Pada hari ini,salad ikan mentah lambung,yee sang,akan dimakan. Seluruh

kaum keluarga akan berkumpul untuk melambung salad tersebut yang

bewarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan

dan kemakmuran. Adat ini diamalkan oleh masyarakat Cina di rantau Asia

Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura,tetapi jarang diamalkan oleh

kaum Cina di serata dunia.

Hari Kesembilan

Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk

menyembah Maharaja Jed di Kayangan di tokong agama Tao. Tambahan

pula,hari ini dianggap sebagai ”tahun baru” suku kaum Hokkien. Apabila

tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru,suku Hokkien

Page 10: Kajian Sejarah Tempatan 2010 -Perayaan tradisi kaum di Malaysia

menyembahkan doa syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini

termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk melindungi suku kaum

Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu. Teh dituang

sebagai adat bagi menghormati orang ternama.

Hari Kelima Belas

Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai

’Yuanxiao jie’,atau Chap Goh Mei dalam bahasa Cina Hokkien,versi Cina

bagi ’Valentine’. Tangyuan,bebola pulut manis dalam sup,dimakan pada

hari ini. Tangyuan ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada

tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk

membentuk bebola,kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air

mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. Bergantung

kepada amalan setempat,hari yang sama ini juga dikenali sebagai Perayaan

Tanglung.

3.3 Selepas

Selepas sambutan Tahun Baru Cina, masyarakat yang telah merayakan perayaan

tersebut akan menyambut Chap Goh Mei iaitu sambutan yang menandakan berakhirnya

perayaan Tahun Baru Cina.

Page 11: Kajian Sejarah Tempatan 2010 -Perayaan tradisi kaum di Malaysia

3.4 Peraturan/Pantang-larang/Amalan Sampingan

TUAH BAIK

Antara amalan yang boleh membawa tuah baik ialah dengan membuka pintu dan

tingkap serta membiarkan lampu menyala semalaman. Dengan membuka pintu dan

tingkap, mereka mempercayai bahawa ia akan menjemput masuk tuah. Manakala,

memasang lampu semalaman pula dipercayai akan dapat mengusir puaka dan anasir-

anasir jahat dari rumah. Selain itu, mereka juga memakan gula-gula untuk memaniskan

nasib mereka sepanjang tahun yang bakal mendatang. Mereka juga membersihkan setiap

sudut rumah supaya mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang. Akhir sekali, ada

diantara mereka yang akan memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru dengan

kepercayaan bahawa mereka akan memijak orang yang bercakap tentang perihal yang

tidak baik tentang dirinya.

TUAH BURUK

Selain mengamalkan amalan untuk mendapatkan tuah baik, kaum Cina juga

mengelak dari melakukan perkara-perkara yang boleh mengundang tuah buruk ataupun

nasib malang. Antara amalan yang di elakkan oleh mereka ialah membeli kasut atau

seluar baru untuk perayaan kerana ’kasut’ dalam bahasa Kantonis bermaksud ’kasar’.

Manakala ’seluar bagi Kantonis bermaksud ’pahit’. Namun ada juga yang beranggapan

positif kerana ’seluar’ juga bermaksud ’kaya’ dalam sejenis dialek. Selain itu, mereka

juga ditegah dari menggunting rambut kerana ’rambut’ sama maknanya dengan ’hasil’.

Maka,mereka percaya bahawa perbuatan memotong rambut sama seperti memotong

hasil. Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan. Perbualan

Page 12: Kajian Sejarah Tempatan 2010 -Perayaan tradisi kaum di Malaysia

mengenai kematian juga dianggap tidak baik. Akhir sekali, mereka dilarang sama sekali

untuk menyapu lantai rumah pada hari pertama tahun baru kerana mempercayai bahawa

menyapu lantai itu sama seperti menyapu keluar tuah dari rumah pada tahun baru.

4. KESAN PERAYAAN

4.1 Kekeluargaan

Dari segi kekeluargaan,perayaan Tahun Baru Cina dapat mengeratkan lagi

hubungan kekeluargaan keluarga yang menyambutnya. Keeratan keluarga ini dapat

dilihat daripada amalan mereka yang saling kunjung-mengunjungi rumah sanak saudara

mereka yang lebih tua.

4.2 Perpaduan

Perayaan Tahun Baru Cina ini dapat mengukuhkan perpaduan yang terdapat pada

seluruh kaum Cina. Mereka bersepadu untuk mengekalkan perayaan warisan mereka ini

agar tidak ditelan zaman.

4.3 Kebudayaan

Kebudayaan masyarakat Cina yang unik dapat didedahkan kepada semua kaum

mahupun bangsa dan memperkembangkannya lagi serta mengekalkan budaya tersebut

untuk diwarisi oleh generasi masa hadapan..

Page 13: Kajian Sejarah Tempatan 2010 -Perayaan tradisi kaum di Malaysia

4.4 Pengekalan Tradisi

Tradisi perayaan Tahun Baru Cina dapat dikekalkan dengan memberi pendidikan

warga muda agar mereka terus merayakan perayaan ini.

2.7 RUMUSAN

Berdasarkan kajian yang telah saya buat, antara rumusan yang dapat saya

rumuskan ialah terdapat beberapa unsur patriotisme yang dapat dikaitkan dengan

perayaan Tahun Baru Cina ini. Antaranya ialah, masyarakat Cina dapat memupuk

semangat kekitaan dalam diri masing-masing. Mereka telah menunjukkan sifat saling

hormat-menghormati serta bersatu padu dan berharmoni dalam menjayakan perayaan ini.

Selain itu, mereka yang mengamalkan perayaan ini juga akan terdidik dengan sifat

berdisiplin secara tidak langsung. Hal ini adalah kerana mereka akan mematuhi pantang

larang yang telah diajar untuk mendapatkan tuah baik atau mengelakkan tuah buruk.

Seterusnya, perayaan ini juga dapat membuatkan semua bangsa berbangga menjadi

warga Malaysia dengan melihat kerjasama antara kaum Cina untuk mereyakan perayaan

tersebut.

Di samping itu, terdapat juga iktibar yang terdapat didalam perayaan ini. Iktibar

tersebut ialah agar tidak memulakan sebarang pergaduhan. Sebagai contoh, mereka tidak

Page 14: Kajian Sejarah Tempatan 2010 -Perayaan tradisi kaum di Malaysia

digalakkan untuk menziarahi keluarga mereka pada hari ketiga perayaan untuk

mengelakkan sebarang pergaduhan.

2.8 LAMPIRAN

Haiwan Dahan bumiTikus 子 zǐLembu 丑 chǒuHarimau 寅 yínArnab 卯 mǎoNaga 辰 chénUlar 巳 sìKuda 午 wǔKambing 未 wèiMonyet 申 shēnAyam 酉 yǒuAnjing 戌 xūKhinzir 亥 hàiLampiran 1; Nama tahun baru Cina berdasarkan nama haiwan.

Page 15: Kajian Sejarah Tempatan 2010 -Perayaan tradisi kaum di Malaysia

Lampiran 2; Malam Tahun Baru Cina

Lampiran 3; Tanglung.

Lampiran 4; Sambutan Tahun Baru Cina.

Page 16: Kajian Sejarah Tempatan 2010 -Perayaan tradisi kaum di Malaysia

Lampiran 5; Hiasan tulisan tangan yang mengandungi kata-kata atau peribahasa dalam

bahasa Cina dijadikan hiasan pintu utama.

Lampiran 6; Tarian singa.

Sumber Rujukan

Buku ilmiah

Internet

Bahan rujukan

Perpustakaan

Page 17: Kajian Sejarah Tempatan 2010 -Perayaan tradisi kaum di Malaysia

Orang sumber

2.9 RUJUKAN

BUKU ILMIAH

Jasiman Ahmad,Nora Hj Samat. Kebudayaan, Perayaan Pelbagai Kaum.

Jade Green Publications Sdn. Bhd:Kuala Lumpur.

Siti Amnah binti Sahran, Rosiah binti Nawi, Rahimah binti Ibrahim, Nik

Zubaidah binti Nik Yusoff. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Tingkatan 3. Attarbiah Sdn. Bhd:Selangor Darul Ehsan.

Noura Syifa, Zariana Zumail. Integrasi di Malaysia, Integrasi Melalui

Etnik. Sabunai Media Sdn. Bhd:Kuala Lumpur.

Jasiman Ahmad. Kepelbagaian Budaya Malaysia. Jade Green Publications

Sdn. Bhd:Kuala Lumpur.

Jasiman Ahmad,Nora Hj Samat. Kepelbagaian Tarian. Jade Green

Publications Sdn. Bhd:Kuala Lumpur.

Aida binti Othman, Norsilawani binti Nor. Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan Tingkatan 4. Asia Galaxy Sdn. Bhd:Selangor Darul

Ehsan.

Page 18: Kajian Sejarah Tempatan 2010 -Perayaan tradisi kaum di Malaysia

AKHBAR

Saturday METRO,6 February 2010,EVENTS.

The Borneo Post, Saturday,February 13,2010

ORANG SUMBER

Cik Shan Oi Shooi, 35 tahun. No.0298,Kg. Sungai Keling,87000,Wilayah

Persekutuan Labuan.

INTERNET

My Metro,

http://myMetro\chinese_new_year.com/

Utusan Malaysia Online,

Mhtml:file://J:\elemen sejarah\Utusan Malaysia Online – Johor.mht

Wikipedia,

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina