kajian penilaian dan penggunaan cd rom ......kajian penilaian dan penggunaan cd rom pendidikan sains...
TRANSCRIPT
KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN
MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
NAJWANI BINTI MUHAMMAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM
PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN
SESI PENGAJIAN : 2008/2009
Saya NAJWANI BINTI MUHAMMAD (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
____________________________________ ____________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) ALAMAT TETAP: LOT 154 LORONG MADRASAH,, TUAN HAJI JOHARI BIN HASSAN KG.CHICHA, KUBANG KERIAN, NAMA PENYELIA 16150 KOTA BHARU, KELANTAN
TARIKH : 8 MEI 2009 TARIKH : 8 MEI 2009__
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
‘Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)’
Tandatangan : ……………………………..
Nama Penyelia : HJ JOHARI BIN HASSAN
Tarikh : 8 MEI 2009
KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS
DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
NAJWANI BINTI MUHAMMAD
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2009
ii
‘Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya’.
Tandatangan : …………………………………..
Nama Penulis : NAJWANI BINTI MUHAMMAD
Tarikh : 8 MEI 2009
iii
Khas buat ayahanda dan bonda
Muhammad bin Abdullah dan Fuziah binti Ab.Rahim
Yang sentiasa mendoakan kejayaan untuk anakanda mu ini
Serta buat adik-beradikku yang sentiasa menyokongku dari belakang
Teristimewa buat sahabat-sahabat seperjuangan
yang sentiasa bersama dalam susah dan senang
jasa kalian amatku hargai
semoga hidup kita sentiasa dalam limpah kurniaNya
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah. Syukur saya kehadrat Illahi kerana dengan limpah rahmat
yang dikurniakan dapat saya menyiapkan kajian ini yang mana merupakan salah satu
syarat penganugerahan ijazah. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan sekalung
penghargaan buat semua yang telah terlibat dalam menyempurnakan kajian ini dari
permulaan sehingga ke akhirnya.
Pertamanya buat Tuan Haji Johari bin Hassan yang merupakan penyelia
kepada kajian saya ini, ucapan terima kasih yang tidak terhingga buatnya. Segala
bantuan serta tunjuk ajar yang diberikan tanpa mengenal erti penat lelah begitu
berharga sekali buat saya seterusnya telah memungkinkan saya untuk menyiapkan
kajian ini.
Di samping itu, jutaan terima kasih diucapkan kepada ibu dan bapa serta ahli
keluarga yang tidak jemu memberi sokongan dan dorongan kepada saya dalam
menyiapkan kajian ini. Sesungguhnya tanpa kalian semua siapalah saya hari ini.
Selain itu, buat sahabat-sahabat seperjuangan ribuan terima kasih juga
diucapkan kepada kalian di atas tunjuk ajar serta bantuan yang diberikan. Ilmu yang
dikongsi bersama untuk menyiapkan kajian ini amat berharga buat saya.
Akhir sekali, ucapan terima kasih buat semua yang terlibat dalam
menyiapkan kajian ini samada secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga
jasa dan pengorbanan semua akan diberikan ganjaran oleh Allah S.W.T.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sejauhmana penggunaan perisian
pendidikan (CD ROM) dalam mata pelajaran Sains dan Matematik yang dibekalkan
oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia di kalangan guru-guru di sekolah
menengah kebangsaan. Kajian ini juga bertujuan untuk menilai perisian pendidikan
yang digunakan dalam pelbagai aspek seperti teknikal, rekabentuk interaksi,
rekabentuk visual, rekabentuk pengajaran dan pembelajaran serta aspek nilai estetik
dan motivasi. Seramai 40 orang guru daripada sekolah sekitar Skudai, Johor telah
dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Secara khususnya borang soal selidik
telah digunakan sebagai instrumen kajian. Segala hasil dapatan dianalisis dengan
menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 13.0
for Windows. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan perisian
pendidikan (CD ROM) mata pelajaran Sains dan Matematik di kalangan responden
sangat tinggi memandangkan perisian ini sangat membantu mereka dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Manakala tahap penilaian responden terhadap
beberapa aspek dalam perisian yang digunakan juga berada pada tahap yang tinggi
dan menunjukkan mereka sangat berpuas hati terhadap perisian CD ROM tersebut
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to determine how far the usage of educational
software (CD ROM) in Science and Mathematics that were provided by the Ministry
of Education to the teachers in secondary school. This research also tries to evaluate
the educational courseware that have been use in certain aspects such as technical,
interactional design, visual design, teaching and learning design and estethic and
motivation. 40 teachers from schools around Skudai, Johor have been selected as
respondents in this research. Questionnaire forms had been used as instrument in
this research. The data was analyzed using Statistical Package For Social Science
(SPSS) Version 13.0 for Windows. Result showed that the level of usage of
educational software (CD ROM) in Science and Mathematics among the users were
high because it is very useful in teaching and learning process. Besides, the
respondents are satisfied with the courseware used since the level of evaluation on
some aspects in courseware also at high level.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
SENARAI SINGKATAN xii
1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latarbelakang Masalah 2
1.2 Pernyataan Masalah 4
1.3 Objektif Kajian 5
1.4 Persoalan Kajian 5
1.5 Kepentingan Kajian 6
1.5.1 Kementerian Pelajaran 6
1.5.2 Guru 6
1.5.3 Pembangun Perisian 7
1.5.4 Sekolah 7
1.6 Batasan Kajian 7
1.7 Definisi Istilah/ Operasional 8
viii
1.7.1 CD ROM 8
1.7.2 Pengajaran 8
1.7.3 Pembelajaran 9
1.7.4 ICT 9
1.7.5 Komputer 9
1.7.6 Multimedia 9
1.7.7 Perisian 10
2 SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 11
2.1 Penggunaan CD ROM 12
2.2 Penilaian Guru Terhadap CD ROM 14
2.3 Permasalahan Dan Isu Penggunaan CD ROM 16
2.4 Penutup 17
3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 18
3.1 Rekabentuk Kajian 18
3.2 Populasi dan Sampel Kajian 19
3.3 Tempat Kajian 19
3.4 Instrumen Kajian 20
3.5 Pembinaan Soal Selidik 20
3.6 Prosedur Kajian 21
3.7 Kajian Rintis 22
3.8 Penganalisaan Data 23
3.9 Jangka Masa Kajian 23
4 DAPATAN KAJIAN
4.0 Pengenalan 25
4.1 Latar belakang responden 26
4.2 Penggunaan perisian Sains dan Matematik 32
ix
4.3 Penilaian perisian mata pelajaran Matematik dan Sains 39
4.3.1 Analisis terhadap aspek teknikal 39
4.3.2 Analisis terhadap aspek rekabentuk interaksi 41
4.3.3 Analisis terhadap aspek rekabentuk visual 43
4.3.4 Analisis terhadap aspek rekabentuk pengajaran 45
dan pembelajaran
4.3.5 Analisis terhadap aspek nilai estetik dan motivasi 47
4.4 Rumusan 49
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 50
5.1 Perbincangan 50
5.1.1 Penggunaan CD ROM dalam proses pengajaran 51
dan pembelajaran
5.1.2 Keberkesanan penggunaan CD ROM dalam 52
proses pengajaran dan pembelajaran
5.1.3 Tahap penilaian guru terhadap CD ROM dalam 54
proses pengajaran dan pembelajaran
5.1.4 Persepsi Guru Terhadap Penggunaan CD ROM 56
5.2 Rumusan 57
5.3 Masalah 58
5.4 Cadangan 59
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 60
5.6 Penutup 61
BIBLIOGRAFI 62
LAMPIRAN
Borang soal selidik 65
Data SPSS 71
x
SENARAI JADUAL
N0. TAJUK TAJUK HALAMAN
3.1 Skala Likert 21
3.2 Tahap Penilaian Berdasarkan Min 23
3.3 Jangka Masa Kajian 24
4.1 Analisis data mengikut bahagian 25
4.2 Taburan kekerapan responden mengikut jantina 26
4.3 Taburan kekerapan responden mengikut bangsa 27
4.4 Taburan kekerapan respoden mengikut pengkhususan 28
4.5 Taburan kekerapan responden mengikut kelulusan 29
4.6 Taburan kekerapan responden mengikut pengalaman 29
Mengajar
4.7 Taburan kekerapan responden mengikut kekerapan 30
penggunaan CD ROM
4.8 Analisis maklumbalas responden terhadap penggunaan 32
CD ROM dalam P&P
4.9 Analisis maklumbalas responden terhadap penggunaan 34
CD ROM dalam membantu proses pengajaran dan
pembelajaran
4.10 Analisis maklumbalas responden terhadap kemudahan 36
menggunakan CD ROM
4.11 Analisis penilaian terhadap aspek teknikal 39
4.12 Analisis penilaian terhadap aspek rekabentuk interaksi 41
4.13 Analisis penilaian terhadap aspek rekabentuk visual 43
4.14 Analisis penilaian terhadap aspek rekabentuk pengajaran 45
dan pembelajaran
4.15 Analisis penilaian terhadap aspek nilai estetik dan 47
motivasi
xi
SENARAI RAJAH
N0. RAJAH TAJUK HALAMAN
4.1 Taburan kekerapan responden mengikut jantina 26
4.2 Taburan kekerapan responden mengikut bangsa 27
4.3 Taburan kekerapan respoden mengikut pengkhususan 28
4.4 Taburan kekerapan responden mengikut kelulusan 29
4.5 Taburan kekerapan responden mengikut pengalaman 30
mengajar
4.6 Taburan kekerapan responden mengikut kekerapan 31
penggunaan CD ROM
xii
SENARAI SINGKATAN
CD ROM CD Read Only Memory
ICT Information Communication Technology
SPSS Statistical Package for Social Science
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
PBK Pembelajaran Berbantukan Komputer
SPBT Skim Pinjaman Buku Teks
PPSMI Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bahasa Inggeris
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Dalam meniti arus pembangunan negara selari dengan era globalisasi yang
semakin memuncak, pelbagai teknologi mula timbul bagaikan cendawan tumbuh
selepas hujan. Penggunaan teknologi ini banyak membantu dalam semua sektor
tidak kira dalam bidang perindustrian, pertanian mahupun bidang pendidikan
khususnya. Bidang pendidikan sekarang menuntut pelbagai perubahan dari sudut
teknik pengajaran terutamanya. Ini kerana dengan teknologi-teknologi yang baru ini
mampu memberi kesan yang lebih efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
walaupun buku dan papan tulis menjadi bahan asas pengajaran yang tidak mungkin
dapat digantikan. Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan
bukanlah sesuatu yang baru, tetapi telah lama diperkenalkan sejak awal tahun 60an
lagi di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom
(Norhashim Abu Samah et al, 1996).
Dalam konteks pendidikan, teknologi komputer bukan hanya mampu
membantu dalam tugas pengurusan pejabat, tetapi juga berpotensi sebagai alat untuk
mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana teknologi
tersebut boleh diprogramkan untuk mengajar bagi membantu guru di sekolah
sewaktu pengajaran. Menurut kenyataan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed, dengan
penyediaan isi kandungan dalam bentuk bantuan komputer, guru hanya sebagai
fasilitator pengajaran dan tidak memerlukan guru pakar dalam Bahasa Inggeris
(Utusan Malaysia, 2002). Untuk tujuan ini, Kementerian Pelajaran telah memberi
2
keutamaan dari segi peruntukan untuk menyediakan infrastruktur teknologi
komunikasi maklumat (ICT) seperti komputer laptop, projektor LCD, skrin dan
bahan interaktif kepada sekolah (Musa Mohamad, 2002). Maka proses pengajaran
ini boleh dilakukan dalam bentuk persembahan bahan kuliah, soal-jawab dengan
pelajar dalam bentuk dialog, menyemak jawapan pelajar dalam sesuatu ujian,
mengulang bahan pengajaran yang diperlukan atau membuat cabangan ke tahap yang
lebih susah dan sebagainya (Rose Alinda Alias, 1996).
Dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi komputer, CD-ROM telah
mula diperkenalkan untuk kegunaan guru dan pelajar. MyCD(Pupil’s CD-ROM)
contohnya, adalah CD-ROM untuk murid bertujuan mengukuhkan kandungan
pelajaran yang disampaikan melalui buku teks. Ia merupakan multimedia interaktif
yang mengandungi teks, animasi, simulasi, audio, video, aktiviti interaktif dan ujian
interaktif untuk menyokong dan menambah nilai kandungan buku teks. MyCD
adalah satu perisian sumber(resource) yang mana perlu merujuk ikon MyCD dalam
buku teks sebelum mengakses MyCD. CD-ROM ini diterbitkan sebagai salah satu
komponen Pakej Buku Teks dan dibekalkan oleh penerbit-penerbit buku teks kepada
setiap sekolah melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).
1.1 Latarbelakang Masalah
Selaras dengan seruan kerajaan yang telah memperkenalkan Program
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
pada tahun 2003, maka penerbitan CD-ROM buku teks dan MYCD adalah bertujuan
untuk mengaplikasi teknologi komputer di sekolah. Konsep yang khusus dan abstrak
dalam buku teks contohnya dapat disampaikan secara konkrit kepada murid melalui
elemen multimedia dalam CD-ROM. Penggunaan alat bantu mengajar ini dikatakan
dapat meningkatkan minat serta meransangkan minda pelajar di zaman siber ini dan
telah dianggap sebagai pemangkin proses pengajaran dan pembelajaran (Kamps,
1994; Slavin, 1995; Jonassen, 1996; Mackenzie&Jansen, 1998; Heinich et al, 1999).
3
Mengikut D’Lgnazio, multimedia adalah teknologi baru yang dapat
memberikan banyak manfaat kepada pembangunan dunia pendidikan (Bairley,
1996). Sebagaimana yang diketahui umum, pendekatan multimedia seperti CD-
ROM contohnya dapat menjadikan komunikasi antara guru dengan pelajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan berkesan. Pelajar yang terlibat
dalam dalam pakej ini boleh mempelajari ilmu yang terkandung dalamnya sesuai
dengan minat, kesukaan, bakat, keperluan dan pengetahuannya.
Penggunaan buku teks semata-mata tidak mampu membantu guru dalam
menyampaikan maklumat. Tambahan pula apabila pengajaran melibatkan konsep
yang absrak. Menurut Baker (1991) yang merumuskan bahawa buku teks adalah
tidak efektif dari aspek perubahan konsep yang salah malah ia akan-akan
menambahkan lagi kekeliruan pelajar. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh
Wilkinson (1999), perubahan konsep yang efektif boleh dipertingkatkan melalui
perisian komputer terutamanya yang banyak digunakan dalam subjek-subjek kritikal
seperti Kimia, Fizik dan Biologi.
Walaupun ada kajian yang dijalankan yang menyatakan bahawa guru-guru
percaya bahawa komputer dapat digunakan sebagai alat bantu mengajar bagi
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pemahaman konsep
(Abdul Razak dan Jamaludin, 1998), namun yang menjadi persoalan adalah tidak
semua guru yang mengaplikasikan penggunaan teknologi ini dalam bilik darjah.
Guru-guru yang senior atau lebih lama berada dalam arena pendidikan lebih gemar
untuk menggunakan kaedah lama yang telah lama diperturunkan.
Teknologi multimedia seperti CD-ROM contohnya, jelas memberi
kesempatan kepada pelajar terutamanya untuk meningkatkan tahap kemajuan dalam
pembelajaran (Yelland.N et. al., 1997). Ini kerana kandungannya yang
sememangnya diakui sangat menarik kerana mengandungi unsur multimedia sepert
audio, video, teks, grafik dan animasi. Namun tidak semua CD-ROM yang
dibekalkan mengandungi elemen-elemen tersebut kerana CD-ROM tersebut tidak
dinilai terlebih dahulu. Pihak kementerian sewajarnya perlu mengambil langkah
4
yang sewajarnya bagi menangani masalah yang timbul bagi meningkatkan martabat
bidang pendidikan.
1.2 Pernyataan Masalah
Penghasilan CD-ROM adalah selaras dengan arahan kabinet yang
menyarankan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran perlu mengaplikasikan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) termasuk penggunaan CD-ROM dan
komputer di sekolah. Dengan kemunculan CD-ROM ini, akan menggalakkan lagi
integrasi ICT pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Namun tidak semua
guru di sekolah yang mengambil pendekatan ini secara serius. Guru-guru lebih suka
menggunakan kaedah tradisional dibandingkan penggunaan teknologi. Menurut satu
kajian yang telah dijalankan, kemahiran ICT dikalangan tenaga pengajar masih
berada pada tahap kurang memberangsangkan (Khairul Anuar Samad, 2002). Mereka
lebih gemar untuk menggunakannya pada waktu-waktu yang terdesak.
Kekurangan kemudahan komputer dan perisian, serta ketidaksepadanan
perisian dan perkakasan antara dua halangan utama dalam penggunaan komputer
(Honey dan Bruner, 1994). Kebanyakan CD-ROM yang dibekalkan kepada sekolah
tidak melalui satu ujian khas bagi memastikan CD-ROM tersebut adalah berkualiti
dan berkesan untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Mengikut pengalaman pengkaji sendiri selama menjalani latihan praktikal mengajar
di salah sebuah sekolah di daerah Johor Bahru, kebanyakan pelajar tidak begitu
tertarik dengan kandungan CD-ROM yang digunakan oleh pelajar. Kandungan CD-
ROM tersebut dilihat agak suram dan tidak mampu untuk menarik perhatian pelajar.
Selain itu, sikap dan minat guru sendiri terhadap penggunaan perisian
pendidikan juga turut menjadi faktor dalam pmelancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Ada kajian yang dijalankan mendapati sesetengah guru
bersikap malas dan negatif untuk mengaplikasikannya di dalam kelas mahupun di
dalam makmal.
5
1.3 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:
i. Mengenalpasti penggunaan CD ROM oleh guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah
ii. Mengenalpasti keberkesanan penggunaan CD ROM dalam membantu
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah
iii. Mengenalpasti tahap penilaian guru terhadap perisian CD-ROM yang
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
1.4 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan adalah untuk mencari penyelesaian kepada persoalan-
persoalan berikut:
i. Adakah kemudahan CD-ROM yang dibekalkan oleh kementerian
digunakan sepenuhnya oleh guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah?
ii. Adakah penggunaan CD-ROM membantu guru-guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran ?
iii. Apakah tahap penilaian guru terhadap perisian CD-ROM yang
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
6
1.5 Kepentingan Kajian
Usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam membudayakan penggunaan
teknologi komputer untuk diserapkan dalam kehidupan masyarakat adalah bermula
di sekolah. Dengan kehadiran CD-ROM buku teks yang dibekalkan oleh
Kementerian Pelajaran menggalakkan lagi penggunaan teknologi komputer di
sekolah. Sehubungan itu, melalui permasalahan inilah diharapkan agar dapatan
kajian dapat memberi manfaat kepada komponen-komponen berikut:
1.5.1 Kementerian Pelajaran
Kementerian Pelajaran perlu mengkaji dengan teliti setiap CD-ROM yang
dihasilkan sebelum diedarkan ke sekolah untuk digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Ini kerana kebanyakan CD-ROM yang digunakan oleh guru tidak
melalui ujian khas yang akan menentukan tahap kesesuaian CD-ROM tersebut
sebelum diguna pakai. Selain itu, pihak kementerian juga perlu membuat
pemantauan terhadap guru-guru di sekolah bagi menggalakkan mereka untuk
menggunakan CD-ROM dalam proses pengajaran dan pembelajaran
1.5.2 Guru
Memandangkan setiap sekolah sudah dibekalkan dengan CD-ROM buku
teks, adalah diharapkan agar guru-guru dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan
yang diberikan. Dengan pengaplikasian teknologi ini juga, guru-guru dapat
memantau keberkesanan dan kesesuaian CD-ROM ini terhadap para pelajar dalam
masa yang sama. Ini kerana guru-guru dapat melihat sejauhmana respon yang
diberikan oleh pelajar.
7
1.5.3 Pembangun Perisian
Kajian yang akan dijalankan ini diharap akan membantu golongan
pembangun perisian memandangkan pelbagai aspek yang perlu diambil kira sebelum
sesuatu perisian itu dibangunkan. Ini kerana perisian yang dibangunkan perlulah
diselaraskan dengan kurikulum yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian
pelajaran dan tidak boleh dibangunkan secara sambil lewa.
1.5.4 Sekolah Diharapkan daripada kajian yang dilaksanakan mampu memberi kesedaran kepada
pihak sekolah memandangkan mereka juga turut terlibat dalam membantu guru-guru
dalam penggunaan CD ROM pendidikan di sekolah.
1.6 Batasan Kajian
Kajian yang dijalankan tertumpu kepada guru-guru mata pelajaran Sains dan
Matematik di sekolah menengah kebangsaan sekitar Skudai, Johor Bahru yang
memfokuskan kepada penggunaan CD-ROM dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah bagi melihat keberkesanan dan kesesuaiannya.
Memandangkan daerah Johor Bahru menempatkan puluhan sekolah
menengah dan populasi guru mata pelajaran Sains dan Matematik yang cukup besar,
maka pengkaji hanya menjadikan seramai 4 orang guru yang mengajar subjek Sains
dan Matematik untuk setiap sekolah sebagai sampel kajian. Sepuluh buah sekolah
menengah kebangsaan akan terlibat dalam kajian ini bagi mendapatkan keputusan
yang lebih rassional.
8
Dalam kajian ini, persoalan yang cuba dikaji oleh pengkaji adalah adakah
kemudahan CD-ROM yang dibekalkan oleh kerajaan digunakan sepenuhnya oleh
guru dalam proses P&P, adakah CD-ROM tersebut sangat membantu dan apakah
tahap penilaian guru-guru terhadap perisian CD-ROM tersebut.
Bagi mendapatkan keputusan terhadap permasalahan yang cuba dikaji oleh
pengkaji, soalan-soalan dalam bentuk soal selidik disediakan untuk memudahkan
responden memberikan maklumat. Soalan-soalan yang digunakan merangkumi
persekitaran yang dialami oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
1.7 Definisi Istilah/ Operasional
Beberapa definisi atau istilah digunakan dalam kajian ini bagi menerangkan
sesuatu maksud agar bersamaan dengan apa yang hendak disampaikan.
1.7.1 CD ROM
CD ROM adalah multimedia interaktif yang mengandungi teks, animasi,
simulasi, audio, video, aktiviti interaktif dan ujian interaktif untuk menyokong dan
menambah nilai kandungan buku teks. CD ROM berfungsi membantu murid
memahami dan mengukuhkan kandungan pelajaran yang di sampaikan melalui buku
teks.
1.7.2 Pengajaran
Ajar bermaksud tunjuk, sebagai bimbingan atau panduan. Pengajaran
bermaksud mengajar
9
1.7.3 Pembelajaran
Proses atau kegiatan dalam belajar. Pembelajaran dapat membantu para pelajar
meningkatkan lagi pengetahuan dan kemajuan dalam keceerdasan intelek dalam
memahami dan mentafsir sesuatu ilmu pengetahuan.
1.7.4 ICT
Singkatan bagi Information and Communication Technology atau Teknologi
Maklumat dan Komunikasi. ICT digunakan untuk menyampaikan kandungan
pelajaran berdasarkan urutan yang merangkumi pembelajaran ekpositori,
demonstrasi fenomena, latihan dan penilaian yang dikawal oleh system.
1.7.5 Komputer
Mengikut Jamaluddin dan Zaidatun (1999), komputer merupakan mesin yang
telah diprogramkan. Dua prinsip atau sifat komputer yang utama ialah ia bertindak
bebas kepada set arahan yang spesifik mengikut kaedah atau turutan yang telah
ditentukan. Selain itu ia mampu menjalankan senarai arahan yang pelbagai bentuk
dan aras secara lebih sistematik.
1.7.6 Multimedia
Mengikut Waterworth (1992), multimedia ialah persepaduan bunyi, muzik,
animasi, teks, suara, video dan grafik yang dihasilkan oleh teknologi berasaskan
komputer. Mengikut Rosenberg (1993) pula mendefinisikan multimedia sebagai
10
gabungan bunyi, imej statik, hiperteks dan video yang digunakan selaras dengan
teknologi komputer.
1.7.7 Perisian
Perisian merupakan sistem komputer yang terdiri daripada atucara, rutin, subritin dan
keseluruhan yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan.
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan
Sejak dahulu lagi dunia pendidikan telah mengaplikasikan pelbagai kaedah
serta teknologi yang ada dalam usaha memantapkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Bermula dengan kaedah tradisional iaitu menggunakan
kapur dan papan tulis serta kemudiannya beralih kepada teknologi yang muncul
seperti komputer dan perisian. Menurut Tengku Azzman (1998), terdapat tiga sebab
utama mengapa komputer diperlukan dalam pendidikan :
i. Banyak maklumat yang boleh dicapai daripada komputer yang mana
tidak boleh dilakukan oleh manusia itu sendiri
ii. Kemampuan mengutip dan mentimpan maklumat serta pengetahuan
hanya dapat dikelolakan dengan cekap oleh komputer.
iii. Maklumat dan pengetahuan yang tersimpan dalam komputer menjadi
kunci untuk membantu manusia dalam kehidupan terutamanya bagi
pelajar.
Namun sehingga kini, kita masih melihat betapa sukarnya seorang guru
menyampaikan ilmu pengetahuan serta pelajaran secara efektif. Malah adakalnya
seorang guru berhempas pulas menerangkan isi kandungan pelajaran menggunakan
12
papan hitam serta mengulang-ulang untuk beberapa kali semata-mata untuk
memahamkan para pelajar.
2.1 Penggunaan CD ROM
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) merupakan dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris
bagi menggantikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains
dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar pendidikan ini mula
dilaksanakan pada masa pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun
2003. Selaras dengan itu, buku teks khususnya buku teks mata pelajaran Sains dan
Matematik telah diterbitkan secara pakej bersama MyCD, yang mana khas untuk
kegunaan pelajar dan CD ROM Guru.
Penerbitan CD ROM ini adalah untuk menyahut seruan kerajaan bagi
meningkatkan penggunaan apliksi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Usaha kerajaan membudayakan ICT dalam kehidupan masyarakat adalah
sebahagian besar bermula di sekolah. Oleh kerana bahan utama pengajaran dan
pembelajaran di sekolah adalah menggunakan buku teks, maka isi kandungan buku
teks diterjemahkan ke dalam bentuk perisian yang lebih menarik. CD ROM
pendidikan mengandungi objek-objek pembelajaran seperti aktiviti interaktif, latihan
interaktif, galeri multimedia, e-ujian, e-glosari atau e-kamus bergambar, e-jurnal dan
tautan atau capaian internet, Bahagian Buku Teks Kemnterian Pelajaran Malysia
(Julai 2008).
Antara aktiviti interaktif yang disediakan dalam MyCD meliputi aktiviti
pengukuhan dan aktiviti pengayaan seperti simulasi, latihan interaktif. Apa yang
lebih menarik adalah semua aktiviti yang dilakukan oleh pelajar dapat direkod,
dismpan dan dicetak pada bila-bila masa sahaja. Selain itu galeri multimedia
menempatkan koleksi bahan multimedia yang dapat menyokong dan menambah nilai
bahan dalam buku teks terutama berkaitan konsep khusus dan abstrak untuk
13
membantu pemahaman pelajar dengan lebih berkesan. Bahan multimedia teridri
daripada audio, video, teks, grafik dan animasi. Menurut Shaharuddin Md Salleh et.
all (2008), grafik telah lama digunakan sebagai salah satu medium bagi penyaluran
maklumat. Ia penting untuk menyediakan bahan-bahan berbentuk visual yang
mampu menyampaikan sesuatu mesej tertentu dengan jelas. Kebanyakan institusi
pendidikan menggunakan grafik sebagai media pengajaran dan pemudah cara untuk
memahami sesuatu yang tidak dapat dijelaskan dengan teks.
Pembangunan MyCD mengambil kira ciri-ciri kepenggunaanya iaitu mesra
pengguna seperti auto-jalan (autorun) dan mudah digunakan oleh murid dengan
pengetahuan asas tentang penggunaan komputer. CD ROM ini memerlukan perisian
sokongan untuk berfungsi seperti Quictime, Acrobat Reader, Java Run-Time. Namun
ia tidak menjadi masalah kerana perisian sememangya telah disediakan bersama
dengan CD ROM dan pemasangannya adalah secara automatik.
Bagi meluaskan lagi skop proses pengajaran dan pembelajaran, CD ROM
dilengkapi dengan tautan atau capaian internet yang mengandungi laman web yang
berkaitan mata pelajaran dalam buku teks. Dengan adanya kemudahan ini, pelajar-
pelajar dapat berkomunikasi, berkongsi, mengumpul dan mendapatkan maklumat
tambahan menerusi internet. Selaras dengan seruan kerajaan yang menggalakkan
pengaplikasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, capaian internet ini
diharap mampu membuka minda pelajar agar bersikap lebih terbuka dan
berpandangan jauh. Menurut Faridah Shaari blog (2007), dalam konteks
pembelajaran, penggunaan ICT dalam pembelajaran boleh dikategorikan sebagai :
i. ICT sebagai Alat Tutorial
ii. ICT sebagai Alat Penerokaan
iii. ICT sebagai Alat Aplikasi
iv. ICT sebagai Alat Komunikasi
14
Walaubagaimanapun CD ROM ini merupakan bahan sokongan kepada buku
teks. Maka penggunaannya berkait rapat dengan penggunaan buku teks. Ikon yang
terpapar pada halaman tertentu dalam buku teks memberi petunjuk bahawa tajuk atau
unit dalam buku teks dijelaskan lagi secara interaktif dalam CD ROM.
2.2 Penilaian Guru Terhadap CD ROM
Walaupun pihak kementerian telah membekalkan pelbagai kemudahan
teknologi pendidikan kepada sekolah-sekolah, namun tidak semua
mengaplikasikannya. Menurut Holmes (1999), intergrasi teknologi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam
menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang
diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan teknologi ini belum mencukupi untuk
membolehkan guru menggabungkan teknologi yang ada dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Guru perlulah mempunyai pandangan positif terhadap pengaplikasian ini.
Menurut Arnove (1976) dalam kajiannya menjelaskan bahawa guru-guru bersikap
negatif terhadap penggunaan teknologi terutamanya perisian pendidikan, CD ROM.
Sekiranya perkara ini berlaku, maka ia akan menjurus kepada kurangnya pemahaman
guru terhadap isi pengajaran seterusnya memberi kesan kepada pelajar. Pelajar pada
masa kini akan memain peranan yang aktif dalam pembelajaran dan bukan lagi
semata-mata sebagai penerima maklumat yang pasif seperti mana yang terdapat
dalam suasana kelas yang tradisional, Qasem (1992). Cross (1987) menyatakan
bahawa apabila pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran, pelajar akan lebih
banyak belajar jika dibandingkan dengan keadaan apabila pelajar semata-mata
menerima arahan dan maklumat daripada guru secara pasif.
Dalam membina perisian Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK)
multimedia yang bermutu, seseorang pembangun perlu melengkapkan diri dengan
kemahiran dan pengetahuan dalam bidang grafik disamping kreativiti, semangat
15
kerjasama, kecekalan hati dan inisiatif yang tinggi sebagaimana yang disebutkan
dalam kajian Ngoi Yoon Koy (1999). Begitu juga dengan guru-guru yang terlibat
dalam menggunakan perisian PBK di sekolah. Sikap dan minat amat penting dan
perlu diambil kira bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan sempurna. Ini kerana pengaruh guru sangat tinggi dalam
mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Kajian yang dibuat oleh Mattox (1974) mendapati ada segelintir guru
bersikap malas dalam menggunakan perisian pendidikan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Mungkin kerana tiada sokongan daripada pihak atasan atau
mungkin juga terlalu mendapat tekanan daripada mereka untuk menggunakannya di
dalam kelas atau makmal.
Bahagian Teknologi Pendidikan dan Jemaah Nazir Sekolah ada
melaksanakan kajian yang menunjukkan dengan pertambahan alat dan bahan media
tidak memadai dengan perasaan dan pemikiran para pendidik, guru besar dan juga
pihak pengurusan dalam Kementerian Pelajaran Malaysia yang menganggap bahan
media bersifat optimal. Ini menyebabkan ia diketepikan tanpa sebarang perbezaan
yang ketara. Namun demikian masih ada lagi sekolah yang tidak menggunakan
mana-mana teknologi pendidikan disebabkan masalah-masalah yang dihadapi.
2.3 Permasalahan Dan Isu Penggunaan CD ROM
Kebanyakan buku teks dan buku rujukan di pasaran sekarang mengepilkan
bersama perisian yang mengandungi kandungan buku tersebut bagi memberi
kemudahan kepada pengguna. Ini kerana perisian mengandungi elemen multimedia
yang mampu menjadi medium komunikasi yang positif dan efektif kerana melauinya
teks, audio, video serta animasi yang pelbagai warna dan corak mampu dipaparkan di
dalam sebuah skrin pada suatu masa yang sama, Jamalluddin Harun dan Zaidatun
Tasir (2004). Menurutnya juga pengguna yang tertarik akan memberi lebih
penumpuan pada persembahan isi kandungan atau maklumat yang ingin disampaikan
16
dan seterusnya ini akan membolehkan proses penyampaian maklumat berlaku
dengan lebih berkesan. Namun tidak semua perisian pendidikan mempunyai ciri-ciri
sebegini. Kebanyakannya hanya membangunkan perisian semata-mata memenuhi
kehendak semasa tanpa memikirkan spesifikasi yang sepatutnya.
Berita Harian (1988) melaporkan bahawa sesetengan sekolah tidak
menggunakan alat bantu mengajar dengan sepenuhnya walaupun mereka dibekalkan
dengan kemudahan tersebut. Guru-guru tidak mengaplikasikannya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kerana tiada galakan dan sokongan
daripada pihak pengetua. Kebanyakan daripada mereka bersikap negatif dengan
menyimpan alat bantu mengajar tersebut. Mereka bimbang sekiranya digunakan dan
didedahkan kepada kepada pelajar-pelajar akan menyebabkan kerosakan dan
mungkin tidak dapat digunakan lagi.
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Silbawa (1983), guru-guru yang
mempunyai banyak pengalaman mengajar dan mengikuti latihan yang dianjurkan
oleh pihak kementerian lebih banyak menggunakan teknologi pendidikan
berbanding guru-guru yang hanya mempunyai pengalaman bertahun-tahun mengajar
tetapi kurang latihan. Ini jelas menunjukkan kemahiran sangat penting dan begitu
mempengaruhi teknologi-teknologi yang dibekalkan oleh pihak kementerian kepada
sekolah-sekolah untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-
gur seharusnya menghadiri kursus-kursus dalam perkhidmatan berhubung dengan
pengendalian dan teknik mengajar menggunakan teknologi pendidikan, Ab. Rahman
Ab. Rashid (1995).
Teknologi bersepadu menggabungkan ciri-ciri yang paling baik teknologi-
teknologi dahulu dengan menggunakan pelbagi format di bawah kawalan
mikropemproses. Biasanya terdapat dua komponen yang disambungkan dengan
sistem teknologi bersepadu iaitu prasarana telekomunikasi dan sistem maklumat. Ini
merupakan salah satu ciri-ciri yang ada pada sesebuah perisian pendidikan. Menurut
kajian yang dilaksanakan oleh Abdul Rahman (1995) faktor-faktor yang
mempengaruhi penggunaan alat teknologi pendidikan dalam pengajaran matematik
17
dikalangan guru sekolah rendah menunjukkan bahawa guru yang
menggunakanteknologi didapati pelajar-pelajarnya lebih berjaya.
2.4 Penutup
Bab ini telah mengemukakan perihal tentang penggunaan CD ROM dan
persepsi guru-terhadap penggunaan CD ROM dalm proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah melalui kajian yang dilakukan oleh pengkaji-pengkaji
terdahulu. Disamping itu juga, bab ini mengetengahkan permasalahan dan isu yang
timbul terhadap CD ROM yang banyak memberi kesan terhadap bidang pendidikan.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan
Metodologi kajian merupakan faktor yang penting dalam memperoleh
keputusan yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. Dalam bahagian ini,
penerangan adalah berkisarkan tentang proses perlaksanaan kajian oleh penyelidik.
Penyelidik akan menerangkan tentang kaedah, prosedur, tatacara dan program bagi
memastikan kajian dapat dijalankan dengan sempurna. Antara perkara yang
berkaitan adalah rekabentuk kajian, pemilihan sampel, tempat kajian, instrumen
kajian, dan pengendalian data.
3.1 Rekabentuk Kajian
Kajian ini merupakan kajian berbentuk ilmiah yang melibatkan kaedah
tinjauan berbentuk deskriptif yang bertujuan untuk mengupas maklumat terperinci
dan mengkaji tentang kecenderungan penggunaan CD ROM mata pelajaran Sains
dan Matematik dikalangan guru-guru di sekolah menengah kebangsaan.
Penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk
menerangkan fenomena yang berlaku. Satu set soalan berbentuk soal selidik
disediakan untuk guru-guru memberikan maklumat. Keringer (1973) menyatakan
bahawa menyediakan rekabentuk kajian adalah untuk mendapatkan jawapan-jawapan
kepada andaian-andaian dalam penyelidikan sekaligus membantu dalam
19
mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kajian. Kajian menggunakan kaedah
soal selidik dipilih kerana kaedah ini adalah lebih mudah dan data yang diperolehi
senang untuk diproses dan dianalisi.
3.2 Populasi dan Sampel Kajian
Populasi adalah satu set lengkap semua kumpulan yang memenuhi
spesifikasi. Sebagai nombor keseluruhan unit yang beroperasi bagi pemerhatian,
populasi adalah sebahagian kecil daripada unit, sebahagian besar daripada unit
ataupun nombor yang tidak terkira unitnya. Jadi, populasi merupakan keseluruhan
kumpulan manusia, objek mahupun peristiwa yang mempunyai sedikit persamaan
secara umumya dan ia mestilah didefinisikan secara spesifik Azizi Yahaya et. al
(2007).
Dalam kajian ini, populasinya adalah terdiri daripada guru-guru sekolah
menengah di sekitar Skudai, Johor Bahru. Guru-guru ini merupakan guru-guru yang
mengajar matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah-sekolah yang dipilh.
Sebagai sampel kajian, penyelidik telah memilih seramai 40 orang guru yang
mengajar subjek Sains dan Matematik.
3.3 Tempat Kajian
Kajian ini dibuat dengan memilih 10 buah sekolah yang terletak di daerah
Johor Bahru. Ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada guru-
guru berkenaan tentang tahap penggunaan dan penilaian terhadap CD ROM dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Disamping itu, sekolah yang dipilih
mempunyai kemudahan teknologi pendidikan yang dibekalkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Pemilihan sekolah di negeri Johor adalah kerana memudahkan
penyelidik menjalankan kajian.
20
3.4 Instrumen Kajian
Memandangkan kaedah soal selidik lebih efektif dan banyak digunakan, maka
instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik yang
merangkumi beberapa bahagian. Item-item soal selidik adalah dibina oleh
penyelidik melalui rujukan daripada bahan-bahan yang berkaitan. Menurut Tuckman
(1988), soal selidik merupakan satu cara yang paling mudah mendapatkan kerjasama
daripada responden. Kajian berbentuk tinjauan dalam penyelidikan sangat popular
menggunakan soal selidik berbanding teknik temubual. Pengkaji merasakan
instrumen yang dibina dapat membantu mencapai objektif kajian dengan lebih
berkesan.
3.5 Pembinaan Soal Selidik
Borang soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan
bahagian B. Item-item yang terdapat dalam setiap bahagian adalah seperti berikut:
i. Bahagian A : mengenai maklumat diri responden seperti jantina, bangsa,
umur, kelulusan dan tempoh pengalaman mengajar.
ii. Bahagian B : mengenai item-item soalan yang diklasifikasikan kepada
persoalan kajian yang dikaji berbentuk skala likert untuk mendapatkan
maklumat mengenai penggunaan dan penilaian terhadap CD ROM dalam
proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif yang ditetapkan.
21
Jadual 3.1 : Skala Likert
SKALA PENGELASAN
1 Amat Tidak Setuju (ATS)
2 Tidak Setuju (TS)
3 Kurang Setuju (KS)
4 Setuju (S)
5 Amat Setuju (AS)
3.6 Prosedur Kajian
Bagi memastikan kajian yang dilakukan adalah berkesan, langkah-langkah
dalam mengendalikan kajian telah diperincikan oleh penyelidik sebagaimana berikut
:
3.6.1 Memohon surat pengesahan dari pihak Universiti Teknologi Malaysia
khusunya Fakulti Pendidikan.
3.6.2 Memohon kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidik
Pendidikan (EPRD) Kementerian Pelajaran Malaysia dengan menghantar
kertas cadangan kajian.
3.6.3 Memohon kebenran melakukan kajian daripada Pejabat Pelajaran Negeri
Johor.
3.6.4 Menjalankan kajian soal selidik terhadap guru-guru sekolah yang terlibat.
3.6.5 Setelah data diperolehi, ia dimasukkan dalam jadual dan seterusnya diproses
dengan menggunakan perisian SPSS.
22
3.6.6 Membuat analisis,membincangkan dapatan dan merekodkannya dalam
bentuk laporan.
Penyelidik sendiri mengedar dan mengelolakan soal selidik di sekolah-
sekolah yang terlibat dalam kajian ini. Dengan cara ini, penyelidik dapat
menerangkan dengan terperinci tujuan kajian ini dibuat dan sebarang keraguan dapat
dijelaskan.
3.7 Kajian Rintis
Kajian rintis ini dijalankan adalah bertujuan untuk menguji kebolehpercayaan
borang selidik. Ini kerana kebolehpercayaan sesuatu alat kajian menjadi pengukur
kepada dapatan atau hasil kajian. Mengikut Mohd Majid Konting (1994), setiap
dapatan daripada penyelidikan akan menjadi tidak bermakna sekiranya alat
pengukuran tersebut tidak dapat mengukur apa yang hendak diukur. Dalam keadaan
ini pelbagai masalah yang timbul dapat dikenalpasti contohnya dari segi pemahaman
soalan ataupun kesalahan ejaan. Maka kajian rintis dilaksanakan terlebih dahulu
sebelum kajian sebenar dijalankan.
Dalam kajian rintis yang telah dijalankan, penyelidik telah menjalankan
kajian terhadap 10 orang responden iaitu guru mata pelajaran Sains dan Matematik di
beberapa buah sekolah di daerah Johor Bahru. Penyelidik telah membekalkan
dengan borang soal selidik terhadap responden tersebut bagi memudahkan mereka
memberikan maklumbalas terhadap persoalan kajian.
Selepas borang soal selidik daripada responden diperolehi, analisis data akan
dilaksanakan dengan menggunakan bantuan perisian komputer iaitu Statiscal
Packages For The Social Science For Windows Version 13.0 (SPSS). Nilai alpha
yang melebihi 0.6 adalah sah. Daripada kajian rintis yang dijalankan, mendapati
nilai alphanya melebihi 0.910, maka instrumen kajian mempunyai kebolehpercayaan.
23
3.8 Penganalisaan Data
Setelah borang soal selidik dikumpul, maka penganalisaan data dilakukan.
Prose ini dilakukan secara berkomputer dengan menggunakan perisian Statiscal
Packages For The Social Science For Windows Version 13.0 (SPSS). Melalui
proses ini, kekerapan maklumat responden terhadap pernyataan akan dikelaskan
mengikut peratus dan min. Berikut adalah jadual tahap penilaian berdasarkan min
Jadual 3.2: Tahap Penilaian Berdasarkan Min
Julat Skor Tafsiran Tahap
1.00-2.49 Tidak Setuju Rendah
2.50-3.49 Kurang Setuju Sederhana
3.50-5.00 Amat Setuju Tinggi
3.9 Jangka Masa Kajian
Jangka masa kajian adalah merujuk kepada tempoh kajian dilaksanakan
bermula daripada mencari tajuk sehingga kepada pembentangan kajian. Jadual di
sebelah menunjukkan aliran masa yang dirancang oleh penyelidik dalam
melaksanakan kajian.
24
Jadual 3.2: Jangka Masa Kajian
BULAN
AGENDA
Jun 2008
Perjumpaan dengan penyelia
Perbincangan tajuk kajian tesis
Julai 2008
Ogos 2008
September 2008
Perbincangan dan penyediaan proposal kajian
(Bab 1, 2 dan 3)
Oktober 2008
Penghantaran proposal
kajian kepada penyelia
Penghantaran proposal
kajian kepada EPRD
Januari 2009
Menjalankan kajian sebenar
Feb 2009
Mac 2009
Analisis data
Penyediaan penulisan
kajian (Bab 4 dan 5)
April 2009
Pembentangan PSM
Penghantaran tesis
lengkap ke Fakulti
Pendidikan
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.0 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan hasil dapatan kajian daripada soal selidik yang
telah diedarkan. Dalam kajian ini, seramai 39 responden terlibat yang mana terdiri
daripada guru-guru matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah menengah
kebangsaan di sekitar Skudai. Hasil dapatan kajian yang diperolehi dianalisis
menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 13.0
for Windows.
Analisis dapatan kajian dibuat mengikut persoalan kajian seperti yang telah
dinyatakan dalam bab 1. Maka, analisis dibuat seperti mana dalam jadual di bawah:
Jadual 4.1 Analisis data mengikut bahagian
Bahagian Pernyataan soalan kajian
A Latar belakang responden
B Penggunaan perisian Sains dan Matematik
Penilaian perisian Sains dan Matematik
26
4.1 Latar belakang responden
Jadual 4.2 Taburan kekerapan responden mengikut jantina
Pernyataan Kekerapan Peratus(%)
Lelaki 11 28.2
Perempuan 28 71.8
Jumlah 39 100.0
Jadual 4.2 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden
mengikut jantina. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru perempuan mempunyai
kekerapan yang paling tinggi iaitu sebanyak 28 orang atau 71.8 peratus. Manakala
guru lelaki pula seramai 11 orang iaitu sebanyak 28.2 peratus sahaja.
Taburan kekerapan responden mengikut jantina
05
1015202530
Lelaki Perempuan
Kekerapan
Jant
ina
Graf 4.1 Taburan kekerapan responden mengikut jantina
27
Jadual 4.3 Taburan kekerapan responden mengikut bangsa
Pernyataan Kekerapan Peratus(%)
Melayu 32 82.1
Cina 7 17.9
India 0 0
Lain-lain 0 0
Jumlah 39 100.0
Jadual 4.3 menunjukkan taburan kekerapan responden mengikut bangsa.
Hasil kajian menunjukkan bahawa responden berbangsa Melayu lebih ramai
berbanding bangsa lain dengan kekerapan seramai 32 orang iaitu sebanyak 82.1
peratus. Manakala responden berbangsa Cina seramai 7 orang iaitu sebanyak 17.9
peratus. Daripada kajian yang dijalankan didapati tiada responden berbangsa India.
Taburan kekerapan responden mengikut bangsa
05
101520253035
Melayu Cina India Lain-lain
Bangsa
Kek
erap
an
Graf 4.2 Taburan kekerapan responden mengikut bangsa
28
Jadual 4.4 Taburan kekerapan respoden mengikut pengkhususan
Pernyataan Kekerapan Peratus(%)
Sains 12 30.8
Matematik 7 17.9
Sains dan Matematik 20 51.3
Jumlah 39 100.0
Jadual 4.4 menunjukkan taburan kekerapan responden mengikut
pengkhususan masing-masing. Daripada hasil kajian yang dijalankan didapati
responden yang mengikuti pengkhususan Sains sahaja seramai 12 orang iaitu 30.8
peratus Manakala bagi pengkhususan Matematik seramai 7 orang sahaja iaitu 17.9
peratus. Kebanyakan responden yang ditemui mempunyai pengkhususan Sains
adalah juga mempunyai pengkhususan dalam Matematik iaitu seramai 20 orang atau
51.3 peratus. Ini menunjukkan responden ini mengajar mata pelajaran Sains dan
juga Matematik di sekolah.
Taburan kekerapan respoden mengikut pengkhususan
05
10152025
Sains Matematik Sains dan Matematik
Pengkhususan
Kek
erap
an
Graf 4.3 Taburan kekerapan respoden mengikut pengkhususan
29
Jadual 4.5 Taburan kekerapan responden mengikut kelulusan
Pernyataan Kekerapan Peratus (%)
Diploma 0 0
Sarjana Muda 36 92.3
Sarjana 3 7.7
Doktor Falsafah 0 0
Jumlah 39 100.0
Jadual 4.5 menunjukkan taburan kekerapan responden mengikut kelulusan.
Daripada hasil kajian, menunjukkan semua responden mempunyai kelulusan sarjana
muda iaitu seramai 28 orang atau 100 peratus.
Taburan kekerapan responden mengikut kelulusan
010203040
Diploma Sarjana Muda Sarjana DoktorFalsafah
Kelulusan
Kek
erap
an
Graf 4.4 Taburan kekerapan responden mengikut kelulusan
Jadual 4.6 Taburan kekerapan responden mengikut pengalaman
mengajar
Pernyataan Kekerapan Peratus(%)
< 5 tahun 5 12.8
5 hingga 10 tahun 16 41.0
10 hingga 20 tahun 9 23.1
> 20 tahun 9 23.1
Jumlah 39 100.0
30
Jadual 4.6 menunjukkan taburan kekerapan responden mengikut pengalaman
mengajar masing-masing. Hasil dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa
responden yang berpengalaman selama 5 hingga 10 tahun adalah paling ramai
berbanding yang lain iaitu seramai 16 orang atau 41.0 peratus. Manakala responden
yang mempunyai pengalaman 10 hingga 20 tahun seramai 9 orang iaitu 23.1 peratus.
Begitu juga dengan responden yang berpengalaman mengajar lebih daripada 20
tahunn juga seramai 9 orang iaitu 23.1 peratus. Manakala responden yang
mempunyai pengalaman kurang daripada 5 tahun pula seramai 5 orang iaitu 12.8
peratus.
Taburan kekerapan responden mengikut pengalaman mengajar
05
101520
< 5 tahun 5 hingga 10tahun
10 hingga 20tahun
> 20 tahun
Pengalaman mengajar
Kek
erap
an
Graf 4.5 Taburan kekerapan responden mengikut pengalaman
mengajar
Jadual 4.7 Taburan kekerapan responden mengikut kekerapan
penggunaan CD ROM
Pernyataan Kekerapan Peratus(%)
Jarang-jarang 5 12.8
Apabila perlu 9 23.1
Kerap 13 33.3
Amat kerap 12 30.8
Jumlah 39 100.0
31
Jadual 4.7 menunjukkan taburan kekerapan responden mengikut kekerapan
penggunaan CD ROM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil dapatan
kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden kerap menggunakan CD ROM
iaitu seramai 13 orang atau 33.3 peratus.
Manakala responden yang amat kerap menggunakan CD ROM pula seramai
12 orang iaitu 30.8 peratus. Namun demikian, ada juga dikalangan responden yang
menggunakan CD ROM dalam P&P apabila perlu sahaja iaitu seramai 9 orang atau
23.1 peratus. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan bahawa ada juga responden
yang jarang-jarang menggunakan CD ROM iaitu seramai 5 orang atau 12.8 peratus.
Taburan kekerapan responden mengikut kekerapan penggunaan CD ROM
05
1015
Jarang-jarang Apabila perlu Kerap Amat kerap
Penggunaan
Kek
erap
an
Graf 4.6 Taburan kekerapan responden mengikut kekerapan
penggunaan CD ROM
32
4.2 Penggunaan perisian Sains dan Matematik
Bagi analisis penggunaan perisian CD ROM, pengkaji telah membahagikan
item-item kepada beberapa bahagian. Ini bagi memudahkan pengkaji untuk menilai
dan menganalisis setiap item yang digunakan.
Jadual 4.8 Analisis maklumbalas responden terhadap penggunaan CD ROM
dalam P&P
Pernyataan STS TS KS S SS Min
1. Saya menggunakan CD
ROM sebagai bahan
tambahan dalam
pengajaran saya
- 5
(12.8%)
7
(17.9%)
19
(48.7%)
8
(20.5%)
3.77
2. Saya selalu menggunakan CD ROM semasa mengajar
1
(2.6%)
5
(12.8%)
6
(15.4%)
20
(51.3%)
7
(17.9%)
3.69
3. Saya menggunakan CD ROM apabila membuat ulangkaji
- 2
(5.1%)
16
(41.0%)
15
(38.5%)
6
(15.4%)
3.64
4. Saya menggunakan CD ROM bagi menarik perhatian pelajar
1
(2.6%)
1
(2.6%)
17
(43.6%)
15
(38.5%)
5
(12.8%)
3.56
5. Saya menggunakan CD ROM bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara aktif
1
(2.6%)
3
(7.7%)
14
(35.9%)
15
(38.5%)
6
(15.4%)
3.56
6. Pelbagai kaedah atau pendekatan yang saya gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan CD ROM
- 4
(10.3%)
11
(28.2%)
19
(48.7%)
5
(12.8%)
3.64
Min keseluruhan 3.64
Jadual 4.8 menunjukkan analisis maklumbalas terhadap penggunaan CD
ROM dalam proses pengajaran dan pelajaran. Hasil dapatan kajian menunjukkan
bahawa purata min keseluruhan adalah 3.64. Menurut pentafsiran skor min, nilai
min yang diperolehi berada pada tahap yang tinngi. Secara keseluruhannya
33
menunjukkan bahawa responden menggunakan kemudahan CD ROM dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Bagi pernyataan pertama yang dengan pernyataan ‘Saya menggunakan CD
ROM sebagai bahan tambahan dalam pengajaran saya’, kebanyakan responden
bersetuju dengan kenyataan tersebut iaitu seramai 19 orang daripada keseluruhan
responden. Bagi pernyataan ini, minnya adalah yang paling tinggi iaitu 3.77.
Bagi item yang mempunyai nilai min yang kedua tinggi adalah ‘Saya selalu
menggunakan CD ROM semasa mengajar’ dengan nilai min 3.69. Seramai 20 orang
responden bersetuju dengan pernyataan ini iaitu 51.3 peratus. Namun demikian ada
juga dikalangan responden yang kurang setuju dengan pernyataan ini iaitu seramai 6
orang, tidak setuju seramai 5 orang dan sangat tidak setuju seramai seorang.
Manakala bagi pernyataan ‘Saya menggunakan CD ROM apabila membuat
ulangkaji ’ dan pernyataan ‘Pelbagai kaedah atau pendekatan yang saya gunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan CD ROM’, nilai
minnya adalah sama iaitu 3.64. Nilai min ini adalah berada pada tahap yang tinggi.
Manakala bagi pernyataan 4 dan 5 masing-masing mempunyai nilai min yang
paling rendah iaitu 3.56. Namun demikian ia masih lagi berada pada tahap tinggi.
Bagi pernyataan 4 ‘Saya menggunakan CD ROM bagi menarik perhatian pelajar’,
seramai 17 orang responden kurang setuju dengan pernyataan tersebut iaitu 43.6
peratus. Manakala seramai 15 orang pula setuju, 5 orang sangat setuju dan masing-
masing seorang untuk tidak setuju dan sangat tidak setuju.
Ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden bersetuju bahawa dengan
menggunakan CD ROM, ia dapat menarik perhatian pelajar. Responden juga
bersetuju bahawa proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih aktif
apabila guru menggunakan CD ROM sebagai alat bantu mengajar.
34
Jadual 4.9 Analisis maklumbalas responden terhadap penggunaan
CD ROM dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran
Pernyataan STS TS KS S SS Min
1.Proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dengan menggunakan CD ROM
- 3
(7.7%)
9
(23.1%)
22
(56.4%)
5
(12.8%)
3.74
2.Penggunaan CD ROM dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran saya
4
(10.3%)
10
(25,6%)
24
(61.5%)
- 3.56
3.Penggunaan CD ROM dapat meningkatkan prestasi pencapaian pelajar saya
- 3
(7.7%)
10
(25.6%)
26
(66.7%)
- 3.59
4.Penggunaan CD ROM dapat meringankan tugas saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran
1
(2.6%)
3
(7.7%)
7
(17.9%)
25
(64.1%)
3
(7.7%)
3.67
5.Kandungan CD ROM banyak membantu dalam pengajaran berbentuk teknikal
- 2
(5.1%)
11
(28.2%)
25
(64.1%)
1
(2.6%)
3.64
6.Pelajar mudah memahami kaedah teknikal yang ditunjukkan melalui CD ROM
- 1
(2.6%)
11
(28.2%)
25
(64.1%)
2
(5.1%)
3.72
7.CD ROM merupakan sumber maklumat utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran
- - 17
(43.6%)
22
(56.4%)
- 3.56
8.Penggunaan CD ROM dapat membantu saya menghabiskan sukatan pelajaran dengan mudah
- 2
(5.1%)
10
(25.6%)
24
(61.5%)
3
(7.7%)
3.72
9.Beban tugas sampingan tidak mengganggu saya menggunakan CD ROM dalam proses pengajaran dan pembelajaran
- 2
(5.1%)
9
(23.1%)
28
(71.8%)
- 3.67
10.Saya dapat mengawal kelas dengan baik semasa mengendalikan CD ROM
- 4
(10.3%)
7
(17.9%)
19
(48.7%)
9
(23.1%)
3.85
11.Pelajar memberi tindakbalas positif semasa menggunakan CD ROM
- 3
(7.7%)
7
(17.9%)
23
(59.0%)
6
(15.4%)
3.82
Min keseluruhan 3.69
35
Jadual 4.9 menunjukkan analisis maklumbalas responden terhadap
penggunaan CD ROM dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil
dapatan kajian menunjukkan nilai min yang paling tinggi ialah 3.85 iaitu dengan
pernyataan ‘Saya dapat mengawal kelas dengan baik semasa mengendalikan CD
ROM’. Seramai 19 orang responden setuju dengan prnyataan ini atau 48.7 peratus,
sangat setuju seramai 9 orang. Manakala responden yang kurang setuju dengan
pernyataan ini adalah seramai 7 orang, tidak setuju seramai 4 orang atau 10.3
peratus.
Manakala pernyataan ‘Pelajar memberi tindakbalas positif semasa
menggunakan CD ROM’, mempunyai nilai min kedua tinggi iaitu 3.82. Seramai 23
orang responden setuju dengan pernyataan ini iatu 59.0 peratus. Manakala
responden yang sangat setuju pula seramai 6 orang iaitu 15.4 peratus. Bagi
responden yang kurang setuju pula seramai 7 orang dan yang kurang setuju pula
seramai 3 orang.
Seramai 22 orang responden setuju dengan pernyataan ‘Proses pengajaran
dan pembelajaran lebih menarik dengan menggunakan CD ROM’ iaitu 56.4 peratus.
Manakala 5 orang responden pula sangat setuju iaitu seramai 5 orang. Namun begitu
masih ada responden yang kurang setuju dengan pernyataan ini iaitu 9 orang atau
23.1 peratus dan yang tidak setuju pula seramai 3 orang atau 7.7 peratus.
Manakala untuk pernyataan 6 dan 8 pula, ‘Pelajar mudah memahami kaedah
teknikal yang ditunjukkan melalui CD ROM’ dan ‘Penggunaan CD ROM dapat
membantu saya menghabiskan sukatan pelajaran dengan mudah’ pula mempunyai
nilai min yang sama iaitu 3.72. Nilai min ini berada pada tahap yang tinggi.
Pernyataan 4 dan 9 juga mempunyai nilai min yang sama iaitu 3.67. Bagi
pernyataan ‘Penggunaan CD ROM dapat meringankan tugas saya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran’, seramai 25 orang responden bersetuju dengan
pernyataan ini atau 64.1 peratus. Manakala 3 orang responden sangat setuju, 7 orang
kurang setuju, 3 orang tidak setuju dan seorang sangat tidak setuju. Bagi pernyataan
36
9 pula, 28 orang responden setuju dengan pernyataan tersebut. 9 orang responden
kurang setuju dan 2 orang tidak setuju.
Pernyataan 5 pula mempunyai nilai min 3.64. Nilai min ini berada pada tahap
tinggi. Ini menunjukkan bahawa responden bersetuju dengan pernyataan
‘Kandungan CD ROM banyak membantu dalam pengajaran berbentuk teknikal’.
Seramai 25 orang responden setuju atau 64.1 peratus.
Pernyataan 2 dan 7 mempunyai niali min yang sama iaitu 3.56. Pernyataan 2,
‘Penggunaan CD ROM dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran saya’
kebanyakan responden setuju dengan pernyataan ini iaitu seramai 24 orang.
Manakala bagi pernyataan ‘CD ROM merupakan sumber maklumat utama dalam
proses pengajaran dan pembelajaran’, seramai 22 orang setuju dengan pernyataan
tersebut.
Secara keseluruhannya nilai minnya adalah 3.69 iaitu pada tahap yang amat
tinggi. Dengan ini menunjukkan bahawa responden sangat bersetuju bahawa
penggunaan CD ROM mata pelajaran Sains dan Matematik membantu mereka dalam
proses P&P.
Jadual 4.10 Analisis maklumbalas responden terhadap kemudahan
menggunakan CD ROM
Pernyataan STS TS KS S SS Min
1.Saya mempunyai kemahiran yang mencukupi dalam menggunakan CD ROM
- 1
(2.6%)
6
(15.4%)
19
(48.7%)
13
(33.3%)
4.13
2.Saya pernah mengikuti kursus penggunaan CD ROM
16
(41.0%)
18
(46.2%)
5
(12.8%)
- - 1.72
3.Pihak sekolah ada menyediakan latihan dalam menggunakan CD ROM
11
(28.2%)
21
(53.8%)
7
(17.9%)
- - 1.90
37
4.Kursus yang mencukupi menyebabkan saya mahir dalam menggunakan CD ROM
7
(17.9%)
22
(56.4%)
4
(10.3%)
6
(15.4%)
- 3.56
5.Pihak pengurusan sekolah sentiasa memberi sokongan dalam menggunakan CD ROM
- 6
(15.4%)
10
(25.6%)
21
(53.8%)
2
(5.1%)
3.49
6.Pihak pengurusan akan memberi bantuan apabila saya menghadapi masalah dalam penggunaan CD ROM dalam proses pengajaran dan pembelajaran
- 10
(25.6%)
19
(48.7%)
10
(25.6%)
- 3.00
7Pihak pengurusan sekolah ada menyediakan peruntukan bagi kemudahan untuk menggunakan CD ROM
2
(5.1%)
9
(23.1%)
18
(46.2%)
10
(25.6%)
- 2.92
Min keseluruhan 2.96
Jadual 4.10 menunjukkan analisis maklumbalas responden terhadap
kemudahan menggunakan CD ROM mata pelajaran Sains dan Matematik dalam
membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil dapatan kajian menunjukkan
nilai min yang paling tinggi ialah 4.13 iaitu dengan pernyataan ‘Saya mempunyai
kemahiran yang mencukupi dalam menggunakan CD ROM’.
Nilai min yang sangat tinggi ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden
bersetuju bahawa responden mempunyai kemahiran yang secukupnya dalam
penggunaan CD ROM matapelajaran Sains dan Matematik dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Seramai 19 orang responden setuju dengan pernyataan tersebut
iaitu 48.7 peratus. Manakala 13 orang responden sangat setuju, 6 orang kurang
setuju dan seorang tidak ssetuju.
Manakala bagi pernyataan 4 ‘Kursus yang mencukupi menyebabkan saya
mahir dalam menggunakan CD ROM’, mempunyai nilai min yang kedua tinggi iaitu
3.56. Seramai 22 orang responden tidak setuju dengan pernyataan tersebut, 4 kurang
38
setuju dan 7 orang sangat tidak setuju. Tetapi seramai 6 orang responden setuju
dengan pernyataan tersebut.
Bagi pernyataan 5 ‘Pihak pengurusan sekolah sentiasa memberi sokongan
dalam menggunakan CD ROM’, nilai min adalah 3.49. Seramai 21 orang responden
setuju dengan pernyataan ini atau 53.8 peratus dan seramai 2 orang sangat setuju
dengan pernyataan ini. Manakala 10 orang responden kurang setuju iaitu 25.6
peratus, dan 6 orang responden tidak setuju dengan penyataan tersebut.
Bagi pernyataan 2 dan 3 pula, nilai min adalah rendah. Bagi pernyataan 2
‘Saya pernah mengikuti kursus penggunaan CD ROM’ nilai min adalah 1.72.
Seramai 18 orang responden tidak setuju dengan pernyataan tersebut iaitu 46.2
peratus, kurang setuju 5 orang dan sangat tidak setuju seramai 16 orang.
Bagi pernyataan 3 pula ‘Pihak sekolah ada menyediakan latihan dalam
menggunakan CD ROM’, nilai min adalah 1.90. Kebanyakan responden tidak setuju
dengan pernyataan ini iaitu seramai 21 orang. Manakala bilangan responden yang
kurang setuju pula 7 orang iaitu 17.9 peratus dan yang sangat tidak setuju pula
seramai 11 orang.
Secara keseluruhannya nilai minnya adalah 2.96 iaitu pada tahap yang
sederhana. Dengan ini menunjukkan bahawa responden kurang bersetuju bahawa
kemahiran yang ada sudah mencukupi untuk menggunakan CD ROM mata pelajaran
Sains dan Matematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
4.3 Penilaian perisian mata pelajaran Matematik dan Sains
Analisis hasil dapatan kajian dijalankan bagi mendapatkan maklumbalas
terhadap persoalan kajian ketiga. Persoalan kajian ini merujuk kepada tahap
penilaian guru terhadap perisian CD-ROM mata pelajaran Sains dan Matematik
39
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Analisis dijalankan mengikut
aspek-aspek yang telah ditetapkan.
4.3.1 Analisis terhadap aspek teknikal
Jadual 4.11 Analisis penilaian terhadap aspek teknikal
Pernyataan STS TS KS S SS Min
1.Perisian mempunyai arahan penggunaan yang jelas
- 1
(2.6%)
7
(17.9%)
22
(56.4%)
9
(23.1%)
4.00
2.Perisian berfungsi dengan baik - 2
(5.1%)
6
(15.4%)
25
(64.1%)
6
(15.4%)
3.90
3.Perisian mempunyai latar suara yang jelas
- 2
(5.1%)
11
(28.2%)
21
(53.8%)
5
(12.8%)
3.74
4.Perisian boleh berfungsi untuk semua sistem komputer
- 1
(2.6%)
- 33
(84.6%)
5
(12.8%)
4.08
5.Perisian mempunyai peralihan yang lancar dari satu paparan ke paparan yang lain
- 1
(2.6%)
11
(28.2%)
24
(61.5%)
3
(7.7%)
3.74
Min keseluruhan 3.89
Jadual 4.11 menunjukkan analisis penilaian terhadap aspek teknikal bagi
perisian CD-ROM mata pelajaran Sains dan Matematik yang digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan jadual tersebut, didapati min
keseluruhan adalah 3.89 yang mana pentafsiran skor min ini berada pada tahap yang
tinggi.
Pernyataan 4 ‘Perisian boleh berfungsi untuk semua sistem komputer’,
mempunyai nilai min yang paling tinggi iaitu 4.08. Seramai 33 orang yang bersetuju
dengan pernyataan tersebut iaitu 84.6 peratus. Manakala 5 orang responden sangat
setuju. Seorang responden tidak setuju dengan pernyataan tersebut.
40
Pernyataan 1, ‘Perisian mempunyai arahan penggunaan yang jelas’
mempunyai min yang kedua tinggi iaitu 4.00. Ini menunjukkan bahawa responden
bersetuju bahawa perisian yang digunakan mempunyai arahan penggunaan yang
jelas. Seramai 22 orang responden yang setuju dengan pernyataan tersebut iaitu 56.4
peratus. Manakala 9 orang responden sangat setuju iaitu 23.1 peratus. Namun
demikian ada responden yang kurang setuju dengan pernyataan tersebut iaitu 7 orang
dan yang tidak setuju pula seramai seorang.
Bagi pernyataa 2 ‘Perisian berfungsi dengan baik’, nilai min adalah 3.90 yang
mengikut jadual pentafsiran skor min adalah berada pada tahap tinggi. Seramai 25
orang responden setuju dengan pernyataan tersebut iaitu 64.1 peratus. Manakala
masing-masing 6 orang yang sangat setuju dan kurang setuju.
Manakala bagi pernyataan 5 dan 3 pula, nilai minnya adalah yang paling
rendah iaitu 3.74 berbanding yang lain. Namun demikian ia masih lagi berada pada
tahap yang amat tinggi. Secara keseluruhannya, setiap pernyataan dalam aspek
teknikal ini mempunyai nilai min yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa responden
amat bersetuju bahawa aspek teknikal tidak membawa masalah dalam penggunaan
CD-ROM.
41
4.3.2 Analisis terhadap aspek rekabentuk interaksi
Jadual 4.12 Analisis penilaian terhadap aspek rekabentuk interaksi
Pernyataan STS TS KS S SS Min
1. Perisian ini mengandungi ikon/butang interaktif yang mudah difahami
- 4
(10.3%)
- 22
(56.4%)
3
(7.7%)
3.62
2.Perisian ini mengandungi ikon/butang interaktif yang senang dicapai
- 1
(2.6%)
6
(15.4%)
30
(76.9%
2
(5.1%)
3.85
3.Perisian menyediakan ikon/butang interaktif antaramuka yang konsisten
- 2
(5.1%)
7
(17.9%)
26
(66.7%
4
(10.3%)
3.82
4.Keinteraktivitian perisian ini tidak mengganggu proses P&P
- 1
(2.6%)
10
(25.6%)
27
(69.2%
1
(2.6%)
3.72
5.Perisian ini membenarkan saya berhenti bila-bila masa
- 4
(10.3%)
18
(46.2%)
17
(43.6%
- 3.33
Min keseluruhan 3.67
Jadual 4.12 menunjukkan analisis penilaian terhadap aspek rekabentuk
interaksi bagi perisian CD-ROM mata pelajaran Sains dan Matematik yang
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan hasil dapatan
kajian, didapati min secara keseluruhan adalah 3.67 yang mana pentafsiran skor min
ini berada pada tahap yang tinggi.
Pernyataan 2, ‘Perisian ini mengandungi ikon/butang interaktif yang senang
dicapai’ mempunyai min yang palin tinggi iaitu 3.85. Ini menunjukkan bahawa
responden bersetuju bahawa perisian yang digunakan mengandungi ikon atau butang
interaktif yang senang dicapai. Seramai 30 orang responden setuju dengan
penyataan tersebut iaitu 76.9 peratus. Manakala 6 orang responden kurang setuju, 2
orang sangat setuju dan seorang tidak setuju.
Pernyataan 3 ‘Perisian menyediakan ikon/butang interaktif antaramuka yang
konsisten’, mempunyai nilai min kedua tinggi iaitu 3.82. Seramai 26 orang
42
responden setuju dengan pernyataan ini iaitu 66.7 peratus. Manakala 7 orang kurang
setuju dengan pernyataan tersebut, 4 orang sangat setuju dan 2 orang tidak setuju.
Manakala bagi pernyataan 4, nilai min adalah 3.72. Berdasarkan pernyataan
tersebut seramai 27 orang setuju dengan pernyataan tersebut iaitu 69.2 peratus.
Manakala 10 orang kurang setuju dengan pernyataan tersebut. Masing-masing
seorang yang sangat setuju dan tidak setuju.
Bagi pernyataan 1 ‘Perisian ini mengandungi ikon/butang interaktif yang
mudah difahami’, nilai min adalah 3.62. Seramai 22 orang responden setuju dengan
pernyataan tersebut iaitu 56.4 peratus. Manakala 10 orang kurang setuju, 4 orang
tidak setuju dan 3 orang sangat setuju.
Manakala bagi pernyataan 5, nilai minnya adalah yang paling rendah iaitu
3.33. Mengikut pentafsiran skor, nilai min ini berada pada tahap sederhana. Ini
menunjukkan bahawa responden kurang setuju terhadap pernyataan bahawa perisian
ini membenarkan saya berhenti bila-bila masa.
Secara keseluruhannya, setiap pernyataan dalam aspek rekabentuk interaksi
ini mempunyai nilai min yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa responden sangat
setuju terhadap aspek rekabentuk interaksi yang terdapat dalam perisian pendidikan
ini.
43
4.3.3 Analisis terhadap aspek rekabentuk visual
Jadual 4.13 Analisis penilaian terhadap aspek rekabentuk visual
Pernyataan STS TS KS S SS Min
1. Intergrasi warna dalam perisian adalah jelas
- - 9
(23.1%)
26
(66.7%)
3
(7.7%)
3.87
2. Perisian mempunyai susun layout yang bersesuaian
- - 10
(25.6%)
26
(66.7%)
3
(7.7%)
3.82
3. Perisian mengintergrasikan elemen multimedia (teks, audio, video, animasi, dan grafik) bersesuaian dengan strategi pengajaran yang dipersembahkan
- 2
(5.1%)
6
(15.4%)
18
(46.2%)
13
(33.3%)
4.08
4. Perisian mempunyai intergrasi elemen multimedia yang menarik perhatian
- 1
(2.6%)
7
(17.9%)
27
(69.2%)
4
(10.3%)
3.87
5. Elemen multimedia yang disediakan berfungsi dengan baik
- 1
(2.6%)
5
(12.8%)
25
(64.1%)
8
(20.5%)
4.03
Min keseluruhan 3.93
Jadual 4.13 menunjukkan analisis penilaian terhadap aspek rekabentuk visual
bagi perisian CD-ROM mata pelajaran Sains dan Matematik yang digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan hasil dapatan kajian, didapati min
secara keseluruhan adalah 3.93 yang mana pentafsiran skor min ini berada pada
tahap yang tinggi.
Pernyataan 3, ‘Perisian mengintergrasikan elemen multimedia seperti teks,
audio, video, animasi, dan grafik bersesuaian dengan strategi pengajaran yang
dipersembahkan ’ mempunyai min yang paling tinggi iaitu 4.08. Ini menunjukkan
bahawa responden bersetuju bahawa perisian yang digunakan mengintergrasikan
elemen-elemen multimedia untuk disesuaikan dengan strategi pengajaran. Seramai
18 orang responden mengatakan setuju berkenaan pernyataan ini. Manakala 13
orang lagi sangat setuju iaitu 33.3 peratus, 6 orang kurang setuju dan 2 orang setuju.
44
Manakala bagi pernyataan 5 ‘Elemen multimedia yang disediakan berfungsi
dengan baik’, seramai 25 orang responden setuju iaitu 64.1 peratus. Manakala 8
orang responden pula sangat setuju iaitu 20.5 peratus. Selebihnya 5 orang kurang
setuju dan seorang responden tidak setuju. Nilai min adalah yang kedua tinggi iaitu
4.03.
Pernyataan 1 dan 4 masing-masing mempunyai nilai min yang sama iaitu
3.87. Pernyataan 4 ‘Perisian mempunyai intergrasi elemen multimedia yang menarik
perhatian’, seramai 27 orang setuju, 4 orang sangat setuju, 7 orang kurang setuju dan
seorang tidak setuju. Manakala bagi pernyataan 1 pula seramai 26 orang setuju iaitu
66.7 peratus. Manakala 9 orang kurang setuju dan 3 orang setuju.
Manakala bagi pernyataan 2, nilai minnya adalah yang paling rendah iaitu
3.82. Mengikut pentafsiran skor, nilai min ini berada pada tahap tinggi. Ini
menunjukkan bahawa responden bersetuju terhadap pernyataan bahawa perisian ini
mempunyai susun layout yang bersesuaian.
Secara keseluruhannya, setiap pernyataan dalam aspek rekabentuk visual ini
mempunyai nilai min yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa responden berpuas hati
terhadap aspek rekabentuk visual yang terdapat dalam perisian pendidikan ini
45
4.3.4 Analisis terhadap aspek rekabentuk pengajaran dan pembelajaran
Jadual 4.14 Analisis penilaian terhadap aspek rekabentuk pengajaran dan
pembelajaran
Pernyataan STS TS KS S SS Min
1. Perisian menyediakan sukatan matapelajaran selaras dengan kurikulum yang digubal oleh KPM
- 7
(17.9%)
22
(56.4%)
10
(25.6%)
- 3.08
2. Perisian menyediakan objektif pengajaran yang mudah dicapai oleh kepelbagaian kecerdasan pelajar
3
(7.7%)
9
(23.1%)
24
(61.5%)
3
(7.7%)
- 2.69
3. Perisian menyediakan isi kandungan berkesinambungan dan disusun dengan baik
- 6
(15.4%)
25
(64.1%)
8
(20.5%)
- 3.05
4. Perisian menyediakan strategi pengajaran (simulasi, latih tubi, tutorial, dan permainan) bersesuaian dengan topik yang diajar
- 1
(2.6%)
6
(15.4%)
26
(66.7%)
6
(15.4%)
3.95
5. Perisian menyediakan aktiviti dan masalah yang mengajar pelajar kemahiran menyelesaikan masalah
- 4
(10.3%)
24
(61.5%)
10
(25.6%)
1
(2.6%)
3.21
6. Perisian membantu memudahkan proses P&P
1
(2.6%)
4
(10.3%)
8
(20.5%)
23
(59.0%)
3
(7.7%)
3.59
Min keseluruhan 3.26
Jadual 4.14 menunjukkan analisis penilaian terhadap aspek rekabentuk
pengajaran dan pembelajaran bagi perisian CD-ROM mata pelajaran Sains dan
Matematik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan
hasil dapatan kajian, didapati min secara keseluruhan adalah 3.26 yang mana
pentafsiran skor min ini berada pada tahap sederhana.
Pernyataan 4 ‘Perisian menyediakan strategi pengajaran (simulasi, latih tubi,
tutorial, dan permainan) bersesuaian dengan topik yang diajar’, mempunyai nilai min
yang paling tinggi iaitu 3.95. Seramai 26 orang responden setuju dengan pernyataan
46
tersebut iaitu 66.7 peratus. Manakala masing-masing 6 orang yang sangat setuju dan
kurang setuju. Manakala seorang yang tidak setuju.
Manakala bagi pernyataan 6 ‘Perisian membantu memudahkan proses P&P’,
nilai min adalah yang kedua tinggi iaitu 3.59. Seramai 23 orang responden setuju
dengan pernyataan tersebut iaitu 59.0 peratus. Manakala 3 orang sangat setuju, 8
orang kurang setuju, 4 orang tidak setuju dan seorang sangat tidak setuju.
Bagi pernyataan 5 pula, seramai 24 orang yang kurang setuju iaitu 61.5
peratus. 10 orang responden setuju iatu 25.6 peratus. Manakala seorang sangat
setuju, 4 orang tidak setuju dan seorang sangat tidak setuju. Nilai min bagi
pernyataan 5 adalah 3.21.
Baagi pernyataan 1 ‘Perisian menyediakan sukatan matapelajaran selaras
dengan kurikulum yang digubal oleh KPM’, nilai min adalah 3.08 yang mana berada
pada tahap sederhana. Seramai 22 orang responden kurang setuju dengan pernyataan
tersebut iaitu 56.4 peratus. Manakala 10 orang pula setuju, dan 7 orang tidak setuju.
Pernyataan 3, ‘Perisian menyediakan isi kandungan berkesinambungan dan
disusun dengan baik ’ mempunyai min 3.05. Ini menunjukkan bahawa responden
kurang setuju dengan pernyataan tersebut.
Manakala bagi pernyataan 2, nilai minnya adalah yang paling rendah iaitu
2.69. Mengikut pentafsiran skor, nilai min ini berada pada tahap sederhana. Ini
menunjukkan bahawa responden kurang bersetuju terhadap pernyataan bahawa
perisian ini menyediakan objektif pengajaran yang mudah dicapai oleh kepelbagaian
kecerdasan pelajar.
Secara keseluruhannya, setiap pernyataan dalam aspek rekabentuk visual ini
mempunyai nilai min yang sederhana. Ini menunjukkan bahawa responden kurang
47
berpuas hati terhadap aspek rekabentuk pengajaran dan pembelajaran yang terdapat
dalam perisian pendidikan ini.
4.3.5 Analisis terhadap aspek nilai estetik dan motivasi
Jadual 4.15 Analisis penilaian terhadap aspek nilai estetik dan motivasi
Pernyataan STS TS KS S SS Min
1. Perisian mempunyai induksi set/ permulaan persembahan pengajaran yang menarik
- 1
(2.6%)
10
(25.6%)
19
(48.7%)
9
(23.1%)
3.92
2. Perisian menyediakan maklumbalas yang meningkatkan motivasi pelajar
- 2
(5.1%)
9
(23.1%)
24
(61.5%)
4
(10.3%)
3.77
3. Strategi pengajaran yang digunakan mampu meningkatkan motivasi untuk terus belajar
- 5
(12.8%)
7
(17.9%)
22
(56.4%)
5
(12.8%)
3.69
4. Perisian menggunakan istilah dan tatabahasa yang betul
- - 5
(12.8%)
34
(87.2%)
2
(5.1%)
3.87
5. Tiada kesalahan ejaan dan struktur ayat
- 1
(2.6%)
4
(10.3%)
26
(66.7%)
8
(20.5%)
4.05
Min keseluruhan 3.86
Jadual 4.15 menunjukkan analisis penilaian terhadap aspek nilai estetik dan
motivasi bagi perisian CD-ROM mata pelajaran Sains dan Matematik yang
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan hasil dapatan
kajian, didapati min secara keseluruhan adalah 3.86 yang mana pentafsiran skor min
ini berada pada tahap yang tinggi.
Pernyataan 5 ‘Tiada kesalahan ejaan dan struktur ayat’, mempunyai nilai min
yang paling tinggi iaitu 4.05. Seramai 26 orang responden setuju dengan pernyataan
tersebut iaitu 66.7 peratus. Manakala bagi 8 orang responden sangat setuju
dengannya. Seramai 4 orang kurang setuju, dan seorang responden tidak setuju.
48
Pernyataan 1, ‘Perisian mempunyai induksi set/ permulaan persembahan
pengajaran yang menarik’ mempunyai min yang kedua tinggi iaitu 3.92. Ini
menunjukkan bahawa responden bersetuju bahawa perisian mempunyai induksi set
atau permulaan persembahan pengajaran yang menarik untuk disesuaikan dengan
strategi pengajaran. Seramai 19 orang responden setuju dengan pernyataan tersebut
iaitu 48.7 peratus. Manakala 9 orang sangat setuju, 10 orang kurang setuju dan
seorang tidak setuju.
Bagi pernyataan 4 ‘Perisian menggunakan istilah dan tatabahasa yang betul’,
nilai min adalah 3.87 yang mana berada pada tahap tinggi. Seramai 34 orang
responden setuju dengan pernyataan tersebut. Manalkala 2 orang sangat setuju dan 5
orang kurang setuju.
Pernyataan 2 pula ‘Perisian menyediakan maklumbalas yang meningkatkan
motivasi pelajar’, nilai min adalah 3.77. Seramai 24 orang responden setuju dengan
pernyataan tersebut iaitu 61.5 peratus. Manakala 4 orang sangat setuju, 9 orang
kurang setuju dan 2 orang tidak setuju.
Manakala bagi pernyataan 3, nilai minnya adalah yang paling rendah iaitu
3.69. Mengikut pentafsiran skor, nilai min ini berada pada tahap tinggi. Ini
menunjukkan bahawa responden bersetuju terhadap pernyataan bahawa perisian ini
mempunyai strategi pengajaran yang digunakan mampu meningkatkan motivasi
untuk terus belajar.
Secara keseluruhannya, setiap pernyataan dalam aspek rekabentuk visual ini
mempunyai nilai min yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa responden berpuas hati
terhadap aspek nilai estetik dan motivasi yang terdapat dalam perisian pendidikan
ini.
49
4.4 Rumusan
Berdasarkan hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan
kemudahan ICT seperti CD ROM yang dibekalkan oleh pihak kementerian kepada
sekolah-sekolah sudah diaplikasikan sepenuhnya. Memandangkan di sekolah sudah
dibekalkan dengan peralatan ICT seperti komputer, maka mudahlah untuk guru
menggunakan perisian pendidikan tersebut dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Penggunaan CD ROM mata pelajaran Sains dan Matematik ini banyak
membantu guru itu sendiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sememangnya proses P&P akan menjadi lebih menarik dan isi kandungan pelajaran
akan mudah disampaikan kepada pelajar. Tidak semua topik dalam pelajaran Sains
dan Matematik dapat disampaikan secara teori sahaja. Dengan menggunakan CD
ROM ini, keberkesanan serta prestasi pencapaian pelajar dapat ditingkatkan..
Dari sudut perisian yang digunakan, banyak perkara yang perlu
dititikberatkan. Pelbagai aspek perlu diperhatikan seperti aspek teknikal, rekabentuk
interaksi, rekabentuk visual, rekabentuk pengajaran dan pembelajaran serta nilai
estetik dan motivasi. Ada sestengahnya perlu diperbaiki lagi memandangkan ia akan
mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran .
BAB 5
PERBINCANGAN, RUMUSAN, DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan
Bab ini mengandungi perbincangan dan rumusan mengenai hasil kajian yang
telah dijalankan seperti yang telah dianalisis dalam bab 4. Memandangkan pada
masa kini penggunaan ICT telah mula diterapkan di kebanyakan sekolah, maka pihak
kementerian telah membekalkan CD ROM bagi membantu guru-guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran supaya proses P&P menjadi lebih menarik. Namun
yang menjadi persoalan adalah adakah CD ROM mata pelajaran Sains dan
Matematik pendidikan ini digunakan sepenuhnya oleh guru-guru di sekolah atau
sekadar menjadi bahan simpanan sahaja. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk
mengenalpasti sejauhmana penggunaan CD ROM dapat membantu guru-guru dalam
menyampaikan isi kandungan pelajaran serta mengenalpasti tahap penilaian guru
terhadap CD ROM mata pelajaran Sains dan Matematik.
5.1 Perbincangan
Penyelidik akan membincangkan serta merumus hasil dapatan kajian
berdasarkan persoalan kajian yang telah dinyatakan dalam bab pertama kajian iaitu:
51
5.1.1 Mengenai penggunaan CD ROM oleh guru dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah
5.1.2 Mengenai keberkesanan penggunaan CD ROM oleh guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran
5.1.3 Mengenai tahap penilaian guru terhadap CD ROM mata pelajaran
Sains dan Matematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran
5.1.1 Penggunaan CD ROM dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti samada kemudahan CD
ROM yang dibekalkan oleh pihak kementerian digunakan sepenuhnya dalam proses
pengajaran dan pembelajan di sekolah. Merujuk kepada jadual taburan kekerapan
responden mengikut kekerapan penggunaan CD ROM, kebanyakan responden selalu
menggunakannya. Manakala jika dirujuk pada jadual 4.7, nilai min yang tinggi iaitu
3.73, jelaslah menunjukkan guru-guru memang menggunakan CD ROM dalam
proses P&P.
Bajet 2003 telah memperuntukkan RM5 billion untuk tempoh tahun 2002
hingga 2008 bagi melengkapkan prasarana perisian dan latihan kepada tenaga
pengajar, menyediakan geran perintis kepada sekolah-sekolah dan juga peralatan
bantuan pengajaran dan pendidikan seperti komputer riba, projektor (LCD) dan akses
internet untuk kemudahan proses pengajaran dan pembelajaran (Journal Pendidikan
Universiti Malaya, 2006). Dengan ini jelaslah menunjukkan bahawa kerajaan sangat
menggalakkan penggunaan ICT ini contohnya penggunaan CD ROM.
Mengikut hasil dapatan kajian, berdasarkan analisis maklumbalas responden
terhadap penggunaan CD ROM dalam proses pengajaran dan pembelajaran
mendapati bahawa nilai min yang diperolehi adalah 3.64. Ini menunjukkan bahawa
52
penggunaan perisian penidikan ini adalah sangat tinggi dalam kalangan guru-guru
terutamanya dalam subjek Sains dan Matematik. Mereka menggunakannya sebagai
bahan tambahan pengajaran dan tidak hanya bergantung kepada buku teks sahaja.
Ada juga dikalangan guru-guru ini menggunakan CD ROM tersebut sebagai
bahan untuk mengulangkaji pelajaran memandangkan bahan untuk mengulangkaji
pelajaran tidak terhad kepada buku latihan sahaja.
Sebahagian daripada guru-guru pula menggunakan CD ROM ini bagi
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan aktif. Mengikut Dr.
Rusmini Ku Ahmad (Institut Aminuddin Baaki Cawangan Utara), prasarana
telekomunikasi dan sistem maklumat berasakan multimedia membenarkan pelajar
berinteraksi secara aktif denagn maklumat secara sinkroni atau asinkroni. Peranti
tambahan seperti CD ROM, teknologi video dan digital telah menyediakan satu
persekitaran media yang serba boleh untuk keperluan dan reka bentuk guru dan
pelajar (Ng Wai Kong, 1999).
Guru-guru juga dapat mempelbagaikan pendekatan sewaktu mengajar dengan
menggunakan CD ROM. Sebagai contoh guru menunjukkan simulasi sebuah
eksperimen menggunakan CD ROM yang mana terlalu bahaya untuk dilaksanakan di
dalam makmal. Dengan ini proses pengajaran dan pembelajaran masih lagi berlaku
dan pelajar dapat memerhati setiap proses yang tejadi.
5.1.2 Keberkesanan penggunaan CD ROM dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
Hasil dapatan kajian mendapati penggunaan CD ROM sangat membantu
guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajarn. Nilai min yang diperolehi
adalah begitu tinggi iaitu 3.69. Kebanyakan guru bersetuju bahawa penggunaan CD
ROM dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka. Mengikut satu kajian
(Baharuddin, Mohamad & Muhammad Kasim 2001), menyatakan bahawa ICT dapat
53
membantu mengatasi kelemahan pendidikan Sains yang diajar secara tradisional
serta penglibatan guru dalam penggunaan komputer secara lebih produktif.
Penggunaan CD ROM ini juga mampu membantu guru dalam menghabiskan
sukatan pelajaran. Ini kerana sebelum ini guru-guru terpaksa menggunakan kaedah
tradisional iaitu kapur dan papan hitam untuk mengajar. Namun dengan adanya
kemudahan teknologi ini, ia dapat membantu guru-guru khasnya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Mengikut satu kajian yang telah dijalankan, ia membuktikan bahawa
penggunaan kemudahan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
meningkatkan pencapaian pelajar (Abd Hamid Abd. Rahman 1995). Ini kerana tidak
semua topik yang dipelajari mampu diajar oleh guru secara manual tanpa bantuan
kemudahan teknologi. Sebagai contoh topik cahaya dalam mata pelajaran Sains,
yang mana melibatkan campuran beberapa jenis warna yang perlu ditunjukkan.
Guru boleh menggunakan perisian pendidikan supaya warna yang terhasil dapat
ditunjukkan dengan lebih jelas. Kaedah ini lebih efektif berbanding hanya
menggunakan pensil warna.
Selain itu juga, CD ROM ini merupakan antara salah satu sumber maklumat
yang utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana isi kandungan
perisian ini adalah ringkasan maklumat yang terdapat di dalam buku teks. Bagi
guru-guru yang mungkin ingin menggunakan pendekatan yang berbeza, mereka
bolehlah menggunakan CD ROM. Disamping mempelbagaikan kaedah, guru-guru
juga dapat mengawal kelas dengan lebih baik memandangkan para pelajar sukakan
sesuatu yang baru.
Namun demikian, jika dilihat dari sudut sokongan serta galakan yang
diberikan oleh pihak pengurusan sekolah adalah sangat kurang. Ia bergantung
sepenuhnya kepada guru-guru yang mahu menggunakannya. Hasil dapatan kajian
mendapati kurangnya kursus yang diberikan oleh pihak kementerian mahupun pihak
swasta kepada guru-guru.
54
Selain itu, kurangnya bantuan yang diberikan oleh pihak sekolah atau badan-
badan lain kepada guru-guru yang menhadapi kesukaran dalam menggunakan CD
ROM juga antara masalah yang selalu timbul pada masa sekarang.. Sebagai
resolusinya, Pusat Sumber Pendidikan Negeri merupakan sumber rujukan utama
yang relevan untuk mendapat khidmat nasihat mengenai teknik dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT.
Antara teknik lain yang boleh diperkenalkan adalah teknik perkongsian pintar
antara sekolah dan sektor swasta sebagai strategi untuk meningkatkan kemahiran
ICT dalam kalangan guru dan juga warga sekolah (Dr. Rusmini Ku Ahmad).
Peluang yang ada perlulah direbut sebaik mungkin untuk mendapatkan sumbangan
dalam bentuk tenaga pakar demi membangunkan lagi kaedah penggunaan CD ROM
di sekolah.
Oleh kerana itu, amatlah penting bagi pihak pengurusan sekolah untuk
membina polisi, pelan pembangunan ICT dan juga sokongan terhadap penggunaan
ICT terutamanya aplikasi CD ROM dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
5.1.3 Tahap penilaian guru terhadap CD ROM dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
Terdapat pelbagai jenis perisian berbantukan komputer yang mudah didapati
di pasaran pada masa sekarang. Namun demikian pelbagai aspek perlulah
dititikberatkan sebelum ianya dijadikan satu bahan bantu mengajar. Ini kerana
peisian PBK yang terdapat pada masa sekarang kurang sesuai, tidak bermutu dan
tidak menepati kehendak atau objektif Falsafah Pendidikan Negara (Ow 2000).
Melalui kajian yang dijalankan, penilaian terhadap perisian dalam kalangan
guru-guru dibahagikan kepada beberapa aspek seperti aspek teknikal, rekabentuk
interaksi, rekabentuk visual, rekabentuk pengajaran dan pembelajaran, serta nilai
estetik dan motivasi.
55
Bagi aspek teknikal, didapati bahawa CD ROM mata pelajaran Sains dan
Matematik berada dalam tahap yang tinggi kerana nilai min yang diperolehi adalah
3.89. Aspek teknikal merupakan salah satu aspek yang utama perlu ditekankan. Di
sini ia menekankan dari sudut fungsinya samada arahan penggunaan, latar suara
ataupun peralihan yang lancar dari satu paparan ke paparan yang laian.
Selain itu, reka bentuk interaksi juga perlu ditekankan. Menurut (Kristof dan
Satran, 1995), rekabentuk interaksi yang baik adalah manusia (pengguna) yang
memberi arahan kepada komputer dan bukan sebaliknya. Ia biasanya melibatkan
ikon atau butang interaktif untuk pengguna meneroka seluruh perisian tersebut.
Aspek rekabentuk visual juga perlu ditekankan dalam sesebuah perisian. Di
sini intergrasi warna serta elemen multimedia perlulah dititikberatkan. Rekabentuk
antara muka merupakan perkara yang perlu diberi perhatian dalam perisian kerana
antaramuka merupakan perantaraan komunikasi di antara pengguna dan komputer
(Baharuddin Aris et al, 2002).
Aspek rekabentuk pengajaran dan pembelajaran antara aspek yang begitu
penting dalam pembangunan sesebuah perisian. Hasil dapatan kajian menunjukkan
bahawa kebanyakan perisian tidak memfokuskan aspek tersebut. Menurut Rao
(1991), apabila sesebuah perisian dihasilkan, pembangun sering menumpukan
perhatian kepada nilai komersial yang menyebabkan kualiti hanya dinilai
berdasarkan kualiti media yang digunakan dan bukannya kepada kualiti nilai
pengajaran dan pembelajaran serta perubahan tingkah laku pelajar yang diharapkan.
(Zaidatun Tasir, Jamalludin Harun dan Rasman Alip, 2008)
Selain itu, aspek nilai estetik dan motivasi juga perlulah diambil kira. Hasil
dapatan kajian terhadap CD ROM mata pelajaran Sains dan Matematik mendaati
bahawa perisian ini sangat menitikberatkan aspek tersebut. Nilai min yang didapati
adalah 3.86 yang mana berada pada tahap yang tinggi.
56
5.1.4 Persepsi Guru Terhadap Penggunaan CD ROM
Daripada kajian yang dijalankan, didapati guru-guru mengambil sikap positif
terhadap penggunaan CD ROM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah memandangkan kekerapan penggunaannya adalah tinggi. Jika dilihat pada
hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai minnya berada pada tahap tinggi
iaitu 3.64. Kebanyakan guru-guru menggunakan aplikasi teknologi ini adalah bagi
menjadikan proses pengajaran berlaku secara aktif memandangkan guru-guru boleh
mempelbagaikan kaedah atau pendekatan dalam pengajaran melalui penggunaan CD
ROM.
Selain itu juga, penggunaan CD ROM ini adalah sangat membantu guru-guru
dalam proses P&P. Nilai min yang tinggi iaitu 3.69 menunjukkan bahawa
penggunaan aplikasi teknologi ini mampu meningkatkan keberkesanan serta
meringankan tugas guru dalam pengajaran. Kaedah ini juga mampu menarik minat
pelajar untuk memberikan tindakbalas positif kerana pelajar akan mudah memahami
kaedah teknikal yang ditunjukkan melalui CD ROM.
Manakala dari sudut perisian itu sendiri yang jika dilihat dari beberapa aspek,
guru-guru sangat berpuah hati. Sebagai contoh aspek teknikal yang menekankan dari
sudut arahan penggunaan dan fungsinya, guru-guru memberikan maklumbalas yang
baik. Ini dapat dibuktikan daripada hasil dapatan kajian yang mana nilai minnya
adalah sangat tinggi iaitu 3.89.
Bagi aspek rekabentuk interaksi pula, nilai minnya adalah 3.67 yang mana
berada pada tahap tinggi. Di sini dapat dilihat bahawa guru-guru sangat berpuas hati
mengenai ikon atau butang interkatif yang terdapat dalam perisian pendidikan ini.
Manakala untuk aspek rekabentuk visual pula, kebanyakan responden memberikan
maklumbalas positif dengan nilai minnya adalah 3.93.
Bagi analisis terhadap aspek nilai estetik dan motivasi pula mendapati
bahawa guru-guru sangat berpuas hati. Ini jelas dapat dilihat pada nilai min yang
57
diperolehi sebanyak 3.86. Mereka bersetuju bahawa perisian ini menyediakan set
induksi atau permulaan persembahan pengajaran yang menarik selain memberikan
maklumbalas yang mampu meningkatkan motivasi pelajar.
Secara keseluruhannya guru-guru di sekolah mengapliksikan penggunaan CD
ROM pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah
memandangkan penggunaan teknologi ini banyak mendatangkan faedah kepada guru
mahupun pelajar.
5.2 Rumusan
Hasil dapatan kajian yang telah dijalankan, mendapati bahawa guru-guru di
sekoalah menengah kebangsaan sekitar Skudai telah mengaplikassikan penggunaan
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya penggunaan CD ROM
pendidikan mata pelajaran Sains dan Matematik. Tambahan pula Kementerian
Pelajaran membina 4500 makmal komputer dalam Rancangan Malaysia Kelapan
(RMK-8) yang berakhir 2005 manakala 4500 lagi disiapkan dalam Rancangan
Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Kemudahan yang disediakan oleh pihak kementerian sememangnya
memberikan kesenangan kepada guru-guru terutamnaya dalam membantu proses
pengajaran dan pembelajaran. Hakikatnya penggunaan perisian CD ROM ini
mampu membantu para guru serta pelajar khususnya agar ilmu yang diajar dapat
diserapkan.
Namun begitu, perisian yang hendak digunakan perlulah dinilai terlebih
dahulu dari pelbagai sudut bagi memastikan perisian tersebut adalah bersesuaian
serta mengikut keperluan dan kehendak Kementerian Pelajaran yang telah
digariskan.
58
5.3 Masalah
Sepanjang melaksanakan kajian ini, terdapat pelbagai masalah yang timbul yang
mana menjejaskan sedikit perjalanan kajian ini. Di sini pengkaji menyenaraikan
beberapa masalah tersebut. Antaranya ialah:
5.3.1 Pada awalnya jumlah responden hanyalah 28 orang sahaja.
Tetapi setelah di analisis didapati hasilnya tidak relevan.
Maka pengkaji telah menambahkan bilangan responden
kepada 39 orang.
5.3.2 Terdapat sebilangan responden yang tidak memulangkan
kembali borang soal selidik yang telah dijawab menyebabkan
pengkaji sukar untuk memperolehi maklumat.
5.3.3 Kekangan masa dan juga tenaga untuk mendapatkan maklumat
menyebabkan pengkaji terpaksa mengambil tempoh yang agak
lama untuk mengedarkan borang soal selidik serta
mengumpulkannya kembali.
59
5.4 Cadangan
Setelah melihat kepada hasil dapatan kajian yang telah dijalankan, didapati
ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Di sini dicadangkan beberapa
perkara untuk mempertingkatkan lagi penggunaan perisian pendidikan ini di samping
memberi kemudahan kepada guru-guru di sekolah khususnya:
5.4.1 Pihak Kementerian Pelajaran ataupun pihak sekolah dapat
menyediakan kursus atau latihan kepada para guru dalam
mennggunakan CD ROM.
5.4.2 Pihak sekolah dapat menyediakan peruntukan bagi kemudahan
untuk menggunakan CD ROM dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
5.4.3 Pembangun-pembangun perisian juga perlu lebih
menitikberatkan aspek rekabentuk pengajaran dan
pembelajaran dari sudut objektif pengajaran yang mudah
dicapai oleh kepelbagaian kecerdasan pelajarar.
5.4.4 Pihak sekolah boleh bergabung dengan badan badan akademik
yang lain bagi membantu dalam aspek teknikal dalam
membantu guru-guru menggunakan kemudahan ICT di
sekolah.
60
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan
Pengkaji telah menggariskan beberapa cadangan sebagai kajian lanjutan pada
masa akan datang bagi mempertingkatkan lagi penggunaan dan penilaian perisian
pendidikan CD ROM ini. Antaranya ialah:
5.5.1 Saiz sampel kajian perlu diperbesarkan lagi mungkin sehingga
70 orang guru untuk memperolehi hasil yang lebih tepat.
5.5.2 Meluaskan skop kajian iaitu dengan mendapatkan penilaian
terhadap perisian CD ROM bukan sahaja pada mata pelajaran
Sains dan Matematik, malah untuk subjek-subjek kritikal yang
lain seperti Fizik, Kimia dan juga Biologi.
5.5.3 Penilaian terhadap CD ROM pendidikan boleh juga
dilaksanakan oleh pakar bidang multimedia kerana golongan
mempunyai lebih kepakaran dan pengalaman dalam
pembangunan seseuatu perisian.
61
5.6 Penutup
Secara keseluruhannya kajian penilaian dan penggunaan CD ROM
pendidikan Sains dan Matematik bagi sekolah menengah kebangsaan ini telah dapat
dilaksanakan dengan sebaiknya. Hasil maklumat-maklumat yang diperolehi melalui
borang soal selidik ke atas 39 orang guru matapelajaran Sains dan Matematik
sekolah menengah sekitar Skudai, Johor telah membantu dalam menjawab ketiga-
tiga persoalan kajian yang ditimbulkan.
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden sangat
mengambil berat mengenai penggunaan perisian pendidikan ini dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Di sini jelas menunjukkan bahawa guru-guru sentiasa
merebut peluang yang ada dalam memoptimumkan proses pengajaran.
Daripada dapatan kajian juga menunjukkan bahawa rata-rata responden
mengakui bahawa aplikasi teknologi ini sangat membantu mereka dalam
mempelbagaikan kaedah mengajar supaya tidak hanya tertumpu kepada satu kaedah
sahaja. Selain itu, tahap penilaian mereka terhadap beberapa aspek perisian juga
memberikan maklumbalas yang positif.
Diharapkan daripada kajian yang telah dijalankan ini mampu membantu
beberapa pihak seperti guru, sekolah mahupun pihak kementerian dalam
mempertabatkan lagi mutu bidang pendidikan negara di mata dunia.
62
BIBLIOGRAFI
Abdul Rahim Mohd Saad (2001). Teknologi Maklumat Dan Komunikasi: Keperluan
Pertimbangan Semula Program Pendidikan Tinggi. Kertas Kerja Seminar
Dinamika Perubahan Pengurusan Menuju Era K.
Baharuddin Aris, Mohamad Bilal dan Muhammad Kassim Basir Pembelajaran fizik
secara koloboratif menggunakan laman web dan internet. Virtec Journal, 1-1
Baharuddin Aris, Rio Sumarni Sharifuddin, Manimegalai Subramaniam (2002). Reka
Bentuk Perisian Multimedia. Edisi pertama. Johor. Universiti Teknologi
Malaysia.
Baker, D. R (1991). A Summary of Research In Science Education 1989. Journal Of
Science Education.
Brian Kahn (1985). Using Computers For Learning And Teaching, London:
Cambridge University.
Bruner, J (1990). Acts Of Meaning. Cambridge, MA: Harvard University Press.
Fazliana Rashida Abdul Rahman (2007). Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajran
Dan Pembelajaran Di Kalangan Pendidik Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,
Johor
63
Holmes. W (1990). The Transforming Power Of Information Technology.
Community College Journal.
Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2004) Multimedia Menerusi Macromedia
Flash MX 2004. Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor.
Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (1999) Pengenalan Kepada Komputer.
Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor
Juwairiah binti Arifin (2008) Pembinaan Instrumen Penilaian Untuk Menilai
Perisian CD ROM Interaktif (CDRI) Matapelajaran Fizik Sekolah Memengah
Kebangsaan. Tesis. Universiti Teknologi Malaysia.
Kulik, J., Banert, R., dan Williams, G (1983). Effects of Computer-based Teaching
on Secondary School Students. Journal of Educational Psychology.
Mat Nor Hussin dan Ab. Rahman (1988). Alat Bantu Mengajara Dalam Pengajaran
Bahasa. Longman.
Md Musa bin Ahmad (2003). Penggunaan Internet Di Kalangan Guru-guru Teknikal
Sekolah Menengah Teknik Di Selangor Dan Kula Lumpur. Tesis Sarjana Muda
Februari
Mohd Majid Konting (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewana Bahasa dan
Pustaka.
Ng Wai Kong, (1999). ICT & pengajaran. http://www.ptpm.usm.my/ICT-
BM(1).htm
64
Norasyikin Mohd Zaid dan Normashita Ahmad (2007). Kesan Penggunaan Perisian
Fizik Terhadap Pemahaman Konsep Daya Dan Gerakan. Seminar Penyelidikan
Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun
Rusmini Ku Ahmad. Intgrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran. Kertas Kerja. Institut Aminuddin Baki Cawangan
Utara, Jitra Kedah
Robert F Arnove (1976) Education Television. Praeger Publishers New York,
Washington and London.
Seels, B., and Glasgow, Z (1998). Making Instructional Design Decisions. Volume
8, 182-184.
Shaharuddin Md Salleh, Rozita Abd Jalil dan Siti Norul Azizah Abd Wahab (2008)
Modul Teknologi Multimedia.Universiti Teknologi Skudai, Johor.
Tuckman (1988). Conducting Educational Research. New York: Harcout
Javanovick. 1