kajian penglibatan aktiviti fizikal dan pencapaian...

16
Kajian Penglibatan Aktiviti Fizikal dan Pencapaian Akademik Bagi Pelajar Sekolah Menengah. Azlan Ahmad Kamal Universiti Teknologi MARA, Malaysia Abstrak Adalah dipercayai bahawa pembabitan pelajar dalam aktiviti fizikal telah menyumbangkan kepada peningkatan dalam pencapaian akademik mereka. Seperti yang tercatat dalam Falsafah Pendidikan Negara, Aktiviti fizikal adalah satu aspek yang penting bagi pelajar. Walaubagaimanapun, pelbagai persepsi yang berbeza oleh para pelajar sekarang tentang isu penglibatan secara aktif dalam aktiviti fizikal. Kajian ini, hanya melibatkan pelajar sekolah menengah terhadap penglibatan mereka dalam aktiviti fizikal dan pencapaian mereka dalam bidang akademik. Objektif kajian ini akan mendedahkan persepsi pelajar sekolah menengah ini tentang penglibatan dalam aktiviti fizikal dan pencapaian akademik mereka melalui beberapa pandangan dari soalan-soalan kajian. Kajian telah dijalankan kepada 80 pelajar sekolah menengah dan keputusan memnunjukkan pelajar yang terbabit secara aktif dalam aktiviti fizikal telah mencapai keputusan yang terbaik dalam akademik berbanding dengan pelajar yang tidak aktif dalam aktiviti fizikal. Diharapkan, penemuan yang terkandung dalam kajian ini dapat membantu dan boleh digunapakai untuk kajian pada masa hadapan selain dapat meningkatkan lagi mutu kualiti dalam topik ini. Kata Kunci: Aktiviti Fizikal, Pelajar sekolah menengah, Pendidikan Jasmani, Pencapaian Akademik.

Upload: vunguyet

Post on 07-Mar-2019

272 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Kajian Penglibatan Aktiviti Fizikal dan Pencapaian Akademik

Bagi Pelajar Sekolah Menengah.

Azlan Ahmad Kamal

Universiti Teknologi MARA, Malaysia

Abstrak

Adalah dipercayai bahawa pembabitan pelajar dalam aktiviti fizikal telah

menyumbangkan kepada peningkatan dalam pencapaian akademik mereka.

Seperti yang tercatat dalam Falsafah Pendidikan Negara, Aktiviti fizikal adalah

satu aspek yang penting bagi pelajar. Walaubagaimanapun, pelbagai persepsi

yang berbeza oleh para pelajar sekarang tentang isu penglibatan secara aktif

dalam aktiviti fizikal. Kajian ini, hanya melibatkan pelajar sekolah menengah

terhadap penglibatan mereka dalam aktiviti fizikal dan pencapaian mereka

dalam bidang akademik. Objektif kajian ini akan mendedahkan persepsi pelajar

sekolah menengah ini tentang penglibatan dalam aktiviti fizikal dan pencapaian

akademik mereka melalui beberapa pandangan dari soalan-soalan kajian. Kajian

telah dijalankan kepada 80 pelajar sekolah menengah dan keputusan

memnunjukkan pelajar yang terbabit secara aktif dalam aktiviti fizikal telah

mencapai keputusan yang terbaik dalam akademik berbanding dengan pelajar

yang tidak aktif dalam aktiviti fizikal. Diharapkan, penemuan yang terkandung

dalam kajian ini dapat membantu dan boleh digunapakai untuk kajian pada masa

hadapan selain dapat meningkatkan lagi mutu kualiti dalam topik ini.

Kata Kunci: Aktiviti Fizikal, Pelajar sekolah menengah, Pendidikan Jasmani,

Pencapaian Akademik.

Pengenalan

Pendidikan semakin penting dan sangat diperlukan di dalam kehidupan kita pada hari ini.

Falsafah Pendidikan Negara telah menjelaskan supaya semua pelajar mempunyai lima komponen

penting iaitu intelek, fizikal, emosi, rohani dan sosial.

Sejauh mana penglibatan remaja di dalam aktiviti fizikal adalah suatu kepentingan besar

untuk profesional kesihatan dan pendidikan. Aktiviti fizikal merupakan sebahagian daripada gaya

hidup sihat dan boleh juga memberi banyak manfaat termasuk mengurangkan risiko berat badan

berlebihan dan obesiti yang telah dinyatakan oleh Fletcher et al. (1996). Manfaat kesihatan tidak

sahaja dilihat daripada aktiviti fizikal yang hanya memberi kesihatan kepada fizikal tetapi juga

memberi kesejahteraan kepada emosi. Anak-anak yang secara fizikalnya lebih aktif mempunyai

tahap harga diri yang lebih tinggi dan kesihatan tubuh badan yang lebih menarik yang telah

dinyatakan oleh Tremblay, Inman & Willms (2000).

Tambahan pula, aktiviti fizikal akan memberi manfaat terhadap pencapaian akademik

remaja. Aktiviti fizikal telah terbukti meningkatkan tahap konsentrasi pelajar yang dinyatakan oleh

Caterino & Polak (1999) dan untuk memiliki kesan positif terhadap pencapaian akademik anak-

anak, kesediaan akademik, dan kemahiran persepsi (Sibley & Etnier, 2003). Ini perlu diberi

perhatian bahawa ramai orang muda tidak melakukan aktiviti fizikal secukupnya dan kehilangan

manfaat yang sepatutnya (Feldman et al., 2003). Tahap aktiviti fizikal mula menurun sebelum

sekolah menengah dan terus menurun melalui peringkat kelas sekolah menengah (Sallis, Prochaska

& Taylor, 1993). Penentuan terhadap aktiviti fizikal dan penglibatan yang tidak aktif dikalangan

orang-orang muda telah dikaji bagi mendapatkan maklumat mengenai faktor-faktor yang

menjelaskan penglibatan di dalam aktiviti fizikal. Kajian menunjukkan bahawa faktor penentu

tahap aktiviti fizikal remaja dan penglibatan dalam sukan adalah kompleks dan merangkumi

pelbagai faktor (Strauss et al., 2001). Di antara faktor penentu yang telah dikenalpasti adalah faktor

persekitaran fizikal seperti peluang dan akses untuk kegiatan fizikal; faktor demografi seperti umur,

jenis kelamin, dan etnik; ciri-ciri fizikal seperti tahap kecergasan, komposisi tubuh, dan

perkembangan kemahiran motor; kepercayaan dan harapan anak-anak; ciri-ciri keperibadian seperti

prestasi, motivasi, keyakinan, berdikari, dan seseorang dianggap mempunyai keberkesanan diri

untuk menjadi aktif; menikmati aktiviti fizikal, pengaruh orang tua dan rakan (Strauss et al., 2001).

Oleh itu, sekolah adalah landasan untuk perkembangan kanak-kanak iaitu yang merangkumi

beberapa elemen seperti perkembangan mental dan fizikal. Kepentingan kajian ini adalah mengenai

penglibatan pelajar atau penyertaan dalam aktiviti-aktiviti fizikal yang memperolehi suatu manfaat

positif atau lebih buruk oleh semua pihak (Strauss et al., 2001).

Pada hari ini, pencapaian akademik pelajar adalah sangat penting untuk masa depan mereka.

Tetapi ia tidak hanya bergantung semata-mata pada keperluan akademik sehingga mengabaikan

kesihatan badan. Penglibatan aktif di dalam kegiatan fizikal dapat membantu pelajar untuk terus

belajar sehingga ke tahap yang lebih tinggi atau pendidikan tinggi. Merujuk kepada Falsafah

Pendidikan Negara, negara kita memerlukan dan melahirkan insan yang seimbang dari segi lima

elemen besar yang penting iaitu fizikal, emosi, rohani, intelek dab sosial. Elemen penting ini yang

merangkumi di dalam penglibatan aktif di dalam aktiviti fizikal dikalangan pelajar. Tinjauan kajian

ini mengeluarkan kenyataan bahawa adakah pelajar yang secara aktif terlibat dalam kegiatan fizikal

atau kegiatan sukan cenderung lebih fokus pada pelajaran akademik mereka dan dapat

meningkatkan prestasi akademik mereka atau kurangnya kemampuan untuk fokus di dalam kelas

atau sesi pembelajaran.

Kebaikan Aktiviti Fizikal

Ada banyak penyelidik terdahulu menyatakan bahawa penglibatan dalam aktiviti fizikal

dikalangan pelajar mungkin berpotensi untuk mengoptimumkan pembelajaran anak-anak.

Penyelidik juga menyokong teori bahawa fizikal anak-anak yang aktif mungkin lebih baik untuk

mencapai keputusan yang lebih baik dalam akademik. Beberapa tinjauan terdahulu menyatakan

bahawa aktiviti fizikal dan kecergasan umumnya diakui menyumbangkan terhadap meningkatkan

fizikal yang dinyatakan oleh United States Department of Health and Human Services, (1996).

Salah satu kajian yang telah didokumentasikan menyatakan bahawa manfaat kehidupan fizikal

yang aktif dalam banyak aspek kehidupan manusia. Kedua-dua manfaat fisiologi dan psikologi

boleh diperolehi daripada menyertai dalam kegiatan fizikal secara teratur yang dinyatakan oleh

Deane, Birch, & Davison, (2007); Nieman, (2003); Paluska & Schwenk, (2000). Sebagai contoh,

penyertaan di dalam aktiviti fizikal dapat mengelakkan penyakit kronik seperti penyeakit jantung,

kanser, kencing manis, penyakit berkaitan dengan obesity.

Menurut penyelidik lain, mereka mendapati bahawa melalui ujian pengukuran daripada

pengumpulan data pelajar dari Hong Kong, baik aktiviti fizikal dan keputusan pencapaian akademik

menunjukkan korelasi yang rendah yang penting (lebih bagi anak perempuan daripada anak laki-

laki) menunjukkan bahawa pelajar yang menganggap diri mereka untuk memiliki prestasi akademik

yang tinggi umumnya mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal yang lebih oleh Linder (1999).

Hal ini jelas bahawa tidak ada korelasi langsung atau hal menyebabkan boleh diandaikan dari kajian

ini, namun hubungan positif antara aktiviti fizikal dan prestasi akademik telah dijumpai.

Kajian lain melaporkan bahawa ada bukti yang menyokong hubungan antara aktiviti fizikal

dan peningkatan prestasi akademik ini diperkuatkan lagi oleh kajian berkaitan yang mendapati

kecergasan fizikal yang lebih tinggi untuk berkaitan dengan peningkatan prestasi akademik antara

kanak-kanak dan remaja. Sebagai contoh dua kajian kebangsaan besar di Australia dan Korea,

bersama-sama dengan dua kajian kecil yang dilakukan di AS, mendapati skor kecergasan fizikal

penting dan positif berkaitan dengan prestasi akademik. Kajian ini termasuk pelajar peringkat

sekolah rendah sehingga sekolah peringkat tinggi yang telah dinyatakan oleh Dwyer et al. (2001).

Selain itu, beberapa kajian campur tangan menunjukkan bahawa peningkatan masa untuk

pendidikan jasmani berstruktur tidak mengurangkan prestasi akademik pelajar dan mungkin bahkan

menyumbang untuk itu. Baru-baru ini dilihat kajian di kawasan tersebut dan menyimpulkan

bahawa, atas dasar pengetahuan yang sedia ada, tampak bahawa peningkatan masa dalam

pendidikan fizikal tidak menghalang prestasi kelas akademik pelajar, meningkatkan masa dalam

pendidikan jasmani boleh menyumbang sedikit terhadap prestasi akademik, dan penurunan masa

untuk pendidikan jasmani dalam menyokong pekerjaan dalam akademik tidak selalu menghasilkan

prestasi akademik baik oleh Van der Mars, (1999).

Menurut Raviv, Reeches & Heacht (1994), hippocampus adalah hubungan di antara

Pendidikan Jasmani dan prestasi akademik atau proses pemikiran. Fungsi otak adalah

untuk syafaat memori dalam proses pembelajaran melalui perubahan sirkulasi otak. Selain itu,

untuk konsolidasi memori, hippocampus juga menyediakan potensiasi jangka panjang (LTP) yang

dapat meningkatkan melalui kemasukan saraf oleh siri stimulus seperti berikut:

a) "neurogenesis semakin tingginya". Ie. "peningkatan sebuah formasi neuron baru

setelah aktiviti fizikal kronik.

b) "Meningkatkan penghantaran neuron di hipokampus"

c) "latihan kronik mencipta persekitaran yang menguntungkan bagi LTP dengan

meningkatkan kepekatan hippocampal faktor seperti faktor neurotropik saraf otak-

terbitan".

Kajian lain melaporkan bahawa remaja menerima aktiviti fizikal tambahan cenderung

menunjukkan peningkatan sifat seperti fungsi otak meningkat dan makanan, tenaga yang lebih

tinggi / tingkat konsentrasi, perubahan dalam tumbesaran tubuh badan mempengaruhi harga diri,

peningkatan harga diri dan perilaku yang lebih baik yang semuanya dapat menyokong pembelajaran

kognitif (Cocke, 2002; Tremblay, Inman, & Willms, 2000; Dwyer, Coonan, Leitch, Hetzel, &

Baghurst, 1983, and Shephard, 1997).

Menurut kajian tahun 2007 yang lalu terhadap pelajar yang dilakukan di British Columbia

membuktikan bahawa pengenalan harian aktiviti fizikal di dalam kelas selama 10 minit di samping

untuk 80-minit kelas Pendidikan Jasmani (PE) yang secara keseluruhan ditambah ke tambahan

aktiviti fizikal tambahan selama 50 minit seminggu mengakibatkan peningkatan pencapaian

akademik pelajar. Secara fizikal, pelajar yang aktif dan cergas cenderung mempunyai pencapaian

akademik yang lebih kuat (Trost, 2007). Menurut kajian yang dilakukan oleh Trois-Rivieres antara

tahun 1970 dan 1977 dengan melibatkan 546 pelajar sekolah rendah dan mempunyai 5 jam aktiviti

fizikal seminggu memiliki prestasi akademik yang lebih tinggi dalam perbandingan dengan subjek

pelajar yang hanya dikendalikan hanya 40 minit aktiviti fizikal seminggu. Peningkatan ini

dilanjutkan selama 5 tahun ke depan dengan keputusan yang sama bagi pelajar yang mempunyai

lebih banyak kegiatan fizikal di sekolah.

Salah seorang penyelidik menyatakan bahawa kesan positif daripada aktiviti fizikal pada

kesihatan mental adalah keyakinan lama dipegang dan diterima secara meluas di kalangan sarjana

dan pengamal yang sama. Manfaat kesihatan mental daripada aktiviti fizikal mungkin hasil dari

peningkatan sokongan sosial dan rasa penguasaan serta perubahan dalam noradrenalin dan

neurotransmiter seperti dopamin dan serotonin oleh Paluska & Schwenk (2000). Menurut kajian

lain menunjukkan bahawa pentingnya anak-anak yang lain meningkatkan aktiviti fizikal mereka di

luar waktu sekolah menunjukkan tanda-tanda kurangnya tekanan dan peningkatan harga diri

(Penedo & Dahn, 2005). Selanjutnya, salah satu kajian telah menunjukkan bahawa ketika dewasa,

remaja, dan kanak-kanak program latihan harga diri diambil adalah meningkat dalam proses ini.

Kajian ini membahaskan sejumlah artikel mengkaji umur populasi yang berbeza dan pengaruh

latihan tentang harga diri. Penyelidikan sebelum itu tidak menunjukkan hubungan pengaruh

persekitaran seperti aktiviti fizikal dan pengaruhnya terhadap perkembangan harga diri pada anak-

anak. Boyd dan Hrycaiko, (1997) mengkaji hubungan ini lebih jelas. Berdasarkan kajian mengenai

perempuan pra-remaja dan remaja mendedahkan bahawa pra-remaja mempunyai harga diri yang

rendah dan konsep fizikal diri yang rendah mendapat manfaat yang besar daripada adanya aktiviti

fizikal.

Kenyataan dari Masalah Penyelidikan

Sistem Pendidikan di Malaysia adalah suatu sistem yang sangat sistematik dan diaplikasikan

di dalam sistem pendidikan negara kita. Merujuk kepada Falsafah Pendidikan Negara, seperti yang

kita tahu ianya adalah usaha yang berterusan terhadap membangunkan lebih banyak individu yang

berpontensi secara holistik dan berintegrasi, sehingga menghasilkan individu yang intelektual,

rohani, emosi dan fizikal yang seimbang dan harmoni, berdasarkan kepada kepercayaan dan

pengabdian kepada Allah (Falsafah Pendidikan Negara). Tetapi masalah pada hari ini adakah tujuan

ini memenuhi keadaan seperti yang tercatat di dalam Falsafah Pendidikan Negara. Seterusnya, guru

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan perlu memainkan peranan penting untuk memastikan semua

pelajar mencapai dan berjaya dalam pembangunan fizikal, sistem neuromuskular, perkembangan

kognitif dan perkembangan sosial, emosi dan afektif.

Kajian terdahulu telah menunjukkan bahawa pelajar yang terlibat aktif di dalam aktiviti

fizikal dan aktiviti sukan mampu meningkatkan pencapaian akademik bagi pelajar yang bergelar

atlet di peringkat sekolah tinggi. Walau bagaimanapun, zero-sum model Coleman (1961)

menunjukkan bahawa pelajar yang aktif di dalam sukan kurang kemungkinan untuk mencapai

tujuan akademik. Dia percaya anak muda yang tidak mempunyai masa atau keupayaan untuk

mencapai keunggulan dan kepuasan di antara akademik dan aktiviti fizikal, Coleman, (1961).

Dengan kekurangan peruntukkan sekarang juga menyekat pelajar utuk menjadi seorang atlet, kajian

lebih terperinci perlu dilakukan supaya mereka yang bertanggungjawab membuat keputusan di

dalam pendidikan dapat menjelaskan maklumat mengenai peranan bahawa pelajar aktif atau atlet

mahasiswa mempunyai pengalaman pendidikan untuk menjadi pelajar di peringkat sekolah tinggi.

Selain itu, pada hari ini pelajar yangbenar-benara tidak aktif kerana implikasi sekolah

tersebut. Guru dan ibu bape menginginkan mereka untuk menjadi bijak dan menumpukan pada

subjek pendidikan. Oleh kerana kekangan masa dalam menghabiskan sukatan mata pelajaran seperti

Matematik, Sains dan mata pelajaran teras yang lain, guru akan menggantikan mata pelajaran lain

dalam jadual waktu Pendidikan Jasmani untuk keperluan mereka. Namun, ada masalah lain seperti

kurangnya kemudahan dan peralatan di sekolah. Anggaran belanja tidak teratur. Oleh itu, wang

yang diperuntukkan lebih banyak untuk mempercantik sekolah daripada memperuntukkan untuk

membeli peralatan sukan yang mencukupi.

Tambahan pula guru-guru sekolah tidak menggunakan kemahiran yang mereka ada di dalam

bidang tersebut seperti guru Pendidikan Jasmani yang tidak mengambil peluang untuk menurunkan

pengetahuan dan kemahiran mereka kepada pelajar. Kadang-kadang guru yang mengajar subjek

lain yang telah mengajar Pendidikan Jasmani walaupun mereka tidak mempunyai ilmu pengetahuan

yang mendalam mengenai subjek Pendidikan Jasmani. Oleh itu, guru tersebut tidak tahu bagaimana

untuk menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian untuk mengajar para pelajar.

Walau bagaimanapun, ibu bapa haruslah mempunyai kesedaran dan mengambil berat

terhadap gaya hidup sihat anak-anak mereka. Hari ini, ibu bapa akan menyalahkan guru sekiranya

keputusan atau prestasi akademik anak-anak mereka menurun. Oleh itu, ibu bapa tidak

membenarkan anak-anak mereka untuk bergiat aktif di dalam aktiviti fizikal dan aktiviti sukan. Ibu

bapa lebih mengambil berat terhadap akademik anak-anak mereka berbanding dengan gaya hidup

sihat mereka. Pada hari ini Malaysia, tidak hanya ibu bapa tetapi pelajar dan guru juga tidak

mempunyai kesedaran sepenuhnya terhadap gaya hidup sihat fizikal mereka. Dalam gaya hidup,

adakah mereka benar-benar mempraktikkan secara teratur atau jarang dalam aktiviti fizikal yang

sihat? Ada sesetengah individu yang sangat mementingkan mengenai gaya hidup mereka tetapi ada

pula individu yang tidak berfikir dan mengambil berat tentang kesan jika mereka tidak bersukan

atau aktif untuk kehidupan dan gaya hidup sihat mereka juga. Mungkin ada banyak kesan yang

tidak diduga yang membuatkan hidup mereka menjadi lebih buruk dan mengalami perubahan.

Tambahan pula, masih ada masalah yang timbul seperti cara pelaksanaan ko-kurikular di

sekolah tidak diambil serius, jika tidak masa tersebut akan diganti untuk acara lain di sekolah. Lebih

teruk lagi masih ada sesetengah ibu bapa tidak membenarkan anak-anak mereka untuk hadir ke

sekolah hanya untuk kegiatan ko-kurikulum. Pandangan ibu bapa terhadap kegiatan ko-kurikulum

di sekolah hanya akan membuang waktu mereka dan tidak mendapat manfaat atau kebaikkan.

Mereka percaya bahawa kegiatan akademik adalah yang paling penting dalam proses pembelajaran

yang mampu membuatkan anak-anak mereka menjadi seseorang yang berjaya dalam hidup mereka.

Menurut Kementerian Pendidikan, mereka telah menekankan mengenai pelajar secara aktif terlibat

dalam kegiatan ko-kurikulum adalah penting bagi mereka untuk melanjutkan pelajaran di

pendidikan tinggi. Selain itu, sekolah telah melakukan penilaian dari segi ko-kurikulum untuk

menandakan dan menempatkan mereka di tahap sepatutnya berdasarkan seberapa aktif mereka di

sekolah. Penilaian ini akan menyokong para pelajar supaya boleh melanjutkan pelajarannya ke

peringkat pendidikan yang lebih tinggi. Namun, penglibatan para pelajar sepenuhnya masih belum

lengkap. Jelas, kita tahu bahawa generasi muda dan masa depan bangsa kita akan berisiko

mengidapi penyakit dan menjadi orang yang tidak aktif jika masalah ini terus menerus tanpa

mempunyai kesedaran awal.

Selanjutnya, kajian ini adalah untuk mengetahui implikasi penglibatan dalam kegiatan

fizikal dengan pencapaian akademik dikalangan pelajar sekolah menengah. Kajian ini juga untuk

menerokai pencapaian akademik pelajar melalui aktiviti fizikal dan juga penglibatan pelajar dalam

kegiatan fizikal yang akan meningkatkan kemampuan pembelajaran pelajar-pelajar yang menjurus

ke arah prestasi yang lebih baik di dalam kelas. Selain itu, kajian ini akan mengenalpasti faktor dan

sikap disebalik kes serta analisa tersebut.

Metodologi Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk menyiasat implikasi daripada penglibatan pelajar dalam Aktiviti

Fizikal berdasarkan prestasi akademik dikalangan pelajar sekolah menengah di Subang Jaya,

Selangor, Malaysia. Populasi dan Pemilihan sampel telah dilakukan dikalangan pelajar Tingkatan

Satu dan Tingkatan Dua, iaitu 80 pelajar telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Pelajar yang

terlibat adalah dari Tingkatan 1 Amiga ( n= 42, 52.5%) dan Tingkatan 2 Amiga (n=38, 47.5%).

Dari 80 pelajar, 45 pelajar atau 56% adalah pelajar perempuan dan 35 pelajar atau 44% adalah

lelaki. Umur mereka adalah diantara 13 dan 14 tahun. 80 pelajar ini mewakili 10 peratus daripada

seluruh populasi Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua. Metodologi yang telah digunakan dalam

kajian ini adalah kaedah deskriptif atau tinjauan dalam bentuk kuantitatif melalui penggunaan

soalan kaji selidik. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat bagaimana implikasi daripada

penglibatan pelajar dalam kegiatan fizikal berdasarkan prestasi akademik dikalangan pelajar

sekolah menengah di Subang Jaya, Selangor, Malaysia. Alasan penyelidik menggunakan kajian

jenis ini adalah kerana sesuai buat penyelidik untuk mendapatkan maklumat kerana kajian ini sesuai

bagi pelajar di mana ianya melibatkan persepsi pelajar terhadap aktiviti fizikal dengan prestasi

akademik. Seterusnya, data dikumpulkan dengan menggunakan SPSS (Statistik Paket Science

Sosial) dan Microsoft Excel. Statistik deskriptif telah digunakan untuk menganalisis data.

Instrumen – Soalan Kaji Selidik.

Soalan kaji selidik mengandungi empat bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan

Bahagian D.Dalam bahagian A, ada dua soalan yang perlu dijawab oleh responden. Soalannya

adalah faktor demografi yang terdiri dari usia dan jantina. Tujuan soalan ini adalah untuk

mendapatkan maklumat megenai latar belakang responden. Dalam bahagian B, responden akan

ditanya mengenai penglibatan aktiviti fizikal dan soalan ini juga dalam bentuk soalan terbuka.

Bahagian ini terdiri daripada sembilan soalan. Tujuan utama daripada soalan ini adalah untuk

mendapatkan dan mencari bagaimanakah mereka yang aktif secara fizikalnya? Di dalam bahagian

C pula ada dua belas soalan disiapkan untuk mewakili tiga faktor utama iaitu, (a) faktor

predisposisi, (b) faktor-faktor pendukung dan (c) faktor pendorong. Ada dua belas soalan yang

berbeza yang disediakan bagi pelajar untuk menjawab, yang setiap soalan mempunyai rating item

pada skala 2-titik dari 1 (tidak benar) dan 2 untuk (benar). Bahagian D terdiri daripada sembilan

soalan yang setiap item pada skala 2-titik dari 1 (tidak bersetuju), dan 2 (setuju). Tujuan utama

bahagian ini adalah untuk menilai persepsi responden dan perasaan terhadap sikap akademik

tentang aktiviti fizikal dan menentukan alasan tertentu mengapa responden menyertai atau tidak

menyertai dalam proses pembelajaran di dalam kelas.

Keputusan

Ceburan Diri Dalam Fizikal Aktiviti

Salah satu aspek kajian ini adalah untuk menentukan tahap aktif pelajar dalam fizikal

aktiviti. Berdasarkan keputusan kajian, 87.5% responden adalah aktif menceburkan diri dalam

aktiviti fizikal/aktiviti berbentuk sukan, manakala 12.5% responden tidak aktif melibatkan diri

dalam aktiviti fizikal/aktiviti berbentuk sukan. Bila ditanya tentang kekerapan membuat fizikal

aktiviti, 56.25% responden sangat komited dengan penglibatan mereka dalam aktiviti fizikal/aktiviti

sukan, manakala 31.35% responden mempunyai komited yang sederhana terhadap aktiviti

fizikal/aktiviti sukan. Sebanyak 8% responden tidak begitu komited dalam aktiviti fizikal dan 3%

responden adalah tidak pernah komited untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal /aktiviti

berbentuk sukan. Berdasarkan keputusan yang diterima, 100% responden mengatakan mereka

melibatkan diri dalam aktiviti fizikal disekolah untuk subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Ini

adalah kerana penglibatan diri dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan adalah wajib. Data juga

menunjukkan sebanyak 90% responden aktif melibatkan diri dalam sukan di sekolah . Manakala

10% selebihnya tidak aktif dalam sukan disekolah.

Walaupun keputusan kajian menunjukkan tahap aktiviti fizikal respondon adalah

memuaskan, responden tidak melibatkan diri setiap hari. Data menunjukkan sebanyak 62%

responden memilih kurang dari 60 minit setiap sesi untuk meluangkan masa melakukan aktiviti

fizikal manakal 38% responden meluangkan masa untuk melakukan aktiviti fizikal lebih dari 60

minit setiap sesi. Penemuan ini adalah menyedihkan kerana mengikut Biddle, Sallis & Cavill

(1998), kanak-kanak dan remaja sepatutnya melibatkan diri dalam aktiviti fizikal sekurang-

kurangnya 60 minit setiap hari untuk menjadi sihat. Selain itu, keputusan kajian juga menunjukkan

12% responden melakukan aktiviti fizikal lima kali dalam seminggu manakala 19% responden

melakukan aktiviti fizikal empat kali seminggu. Majoriti responden iaitu 38% terlibat dalm aktiviti

fizikal tiga kali seminggu. Sebanyak 19% responden melakukan aktiviti fizikal dua kali seminggu.

12% responden melakukan aktiviti fizikal sekali dalam seminggu. Keputusan kajian ini

menunjukkan responden tidak melakukan aktiviti fizikal dengan secukupnya kerana pakar-pakar

mengatakan aktiviti fizikal perlu dilakukan setiap hari untuk kesihatan badan.

Aktiviti Fizikal sebagai Rutin Harian.

Kod Faktor Kekerapan Benar

(%)

Kekerapan Tidak

Benar (%)

P1 Faktor yang mempengaruhi:Berpengetahuan 65 81% 15 19%

P2

P3

P4

E5

E6

E7

E8

R9

R10

R11

R12

Faktor yang mempengaruhi:Kebolehan Diri

Faktor yang mempengaruhi:Keseronokan

Faktor yang mempengaruhi :Keyakinan Diri

Faktor Kebolehan:Kemahiran dalam Sukan

Faktor Kebolehan:Aktiviti dalam Program

Faktor Kebolehan:Kemudahan

Faktor Kebolehan:Peralatan

Faktor Utama:Sokongan Ibu Bapa

Faktor Utama:Sokongan Rakan Sekerja

Faktor Utama: Sokongan Rakan-rakan

Faktor Utama:Sokongan guru PJK

78

75

65

50

45

72

45

68

50

45

68

98%

94%

81%

63%

56%

90%

56%

85%

63%

56%

85%

2

5

15

30

35

8

35

12

30

35

12

2%

6%

19%

37%

44%

10%

44%

15%

37%

44%

15%

Jadual 1

Merujuk pada jadual 1, data menunjukkan setiap faktor mempunyai peratusan yang tinggi.

Majoriti responden memilih benar untuk setiap faktor yang telah dicatat. Faktor yang

mempengaruhi termasuklah berpengetahuan, Kebolehan diri, keseronokan dan keyakinan diri.

Peratusan yang tertinggi dengan 98% responden ialah kebolehan diri, diikuti keseronokan 84%

responden, manakala 81% responden untuk keyakinan diri dan berpengetahuan.

Faktor Kebolehan seperti kemahiran dalam sukan, program aktiviti, kemudahan dan

peralatan. Peratusan tertinggi dipunyai oleh kemudahan iaitu sebanyak 90% responden. Diikuti 63%

responden untuk kemahiran dalam sukan Dan peratusan terendah ialah dari segi peralatan dan

aktiviti program dimana 56% responden.

Tambahan pula, factor utama atau faktor peneguhan termasuk dalam sokongan dari ibu

bapa, sokongan rakan sekerja, sokongan rakan-rakan dan sokongan dari guru mata pelajaran PJK itu

sendiri. Peratusan tertinggi dimiliki oleh sokongan ibu bapa dan guru bagi mata peljaran PJK

dengan 85% responden, diikuti sokongan oleh rakan-rakan 63% responden dan peartusan terendah

ialah 56% responden untuk sokongan rakan sekerja.

Sikap ketika Proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Kekerapan Tidak

Setuju

( % )

Kekerapan Setuju

( % )

Fokus

Memberi Perhatian

Minat

Kesedaran

Berfikiran Matang

Yakin

2

1

2

3

5

1

2%

1%

2%

4%

5%

1%

78

79

78

77

75

79

98%

99%

98%

96%

95%

99%

Tahap Kefahaman

Keseronokan

10

1

12%

1%

70

79

88%

99%

Jadual 2

Berdasarkan jadual 2, data menunjukkan peratusan sikap ketika proses Pengajaran dan

Pembelajaran. Data juga mendedahkan setiap item dalam sikap dalam proses P&P ini memiliki

peratusan yang tinggi. Peratusan tertinggi iaitu 99% responden ialah dengan member perhatian,

keyakinan, dan keseronokan dalam aktiviti fizikal yang pelajar atau responden melibatkan diri

dalam proses P&P. Diikuti dengan 98% responden fokus dan menanam minat untuk melibatkan diri

dalam aktiviti fizikal ketika didalam kelas. Sebanyak 96% responden memilih kesedaran dalam

kelas manakala 95% responden berfikiran matang jika mereka aktif dalam sukan dan peratusan

terendah ialah 88% responden untuk tahap kefahaman ketika beljar didalam kelas.

Adakah anda percaya penglibatan anda dalam aktiviti fizikal membantu anda untuk

mencapai keputusan cemerlang dalam keputusan akademik?

Rajah 1

Berdasarkan rajah 1, data menunjukkan sebanyak 85% responden bersetuju dan percaya

penglibatan mereka dalam aktiviti fizikal membantu mereka mencapai keputusan cemerlang dalam

akademik. Manakala selebihnya iaitu 15% tidak bersetuju dengan kenyataan atau persoalan ini.

Rumusan & Cadangan

Penglibatan Aktiviti Fizikal.

Bahagian atau seksyen B adalah tentang penglibatan aktiviti fizikal untuk pelajar sekolah

menengah . daripada data yang dihasilkan telah menunjukkan kedua-dua jantina daripada responden

adalah sangat aktif dalam sukan. Nilai peratusan menunjukkan perbezaan tetapi masih lagi dalam

peratusan yang tinggi antara lelaki dan perempuan.dalam melibatkan diri dalam sukan. Tambahan

pula peratusan yang tinggi juga didapati dalam penglibatan pelajar untuk aktiviti fizikal dan juga

ketika matapelajaran Pendididkan jasmani dan Kesihatan serta penglibtan pelajar dalam sukan.

Walaubagaimanapun majoriti pelajar atau responden mencatatkan penglibatan mereka atau

melakukan latihan fizikal adalah bergantung pada keinginan dan minat mereka dalam sukan. Selain

itu, perbezaan penglibatan antara jantina diaman lelaki lebih menunjukkan minat mereka dalam

sukan dan aktiviti fizikal berbanding dengan perempuan yang tidak tetap masanya untuk melibatkan

diri dalam sukan atau aktiviti fizikal. Walaubagaimanapun, ada beberapa diantara mereka yang

sememangnya aktif melibatkan diri dalam sukan dan juga aktiviti fizikal sehinggakan dapat

melayakkan diri untuk mewakili sekolah dalam pelbagai jenis permainan

Tambahan pula, data juga telah menunjukkan penglibatan responden daalm aktiviit fizikal,

kelas PJK dan penglibatan sukan adalah dalam peratusan yang tinggi dan juga perkembangan yang

sangat positif . Responden juga membuat pengakuan mereka lebih kerap dan gemar mengahabiskan

dan meluangkan masa dengan aktiviti mahupun program disekolah berbanding dengan aktiviti

dirumah. Sokongan padu daripada pihak sekolah juga menjadikan mereka bertambah dan menanam

minat untuk melibatkan diri dalam sukan secara aktif.

Aktivit Fizikal sebagai Rutin Harian.

Seksyen yang seterusnya dibincangkan dalam bahagian C iaitu menjadika Aktiviti Fizikal

sebagai Rutin Harian. Merujuk kepada kenyataan responden keseluruhannya, mereka bersetuju dan

menyatakan “benar” aktiviti fizikal sebagai rutin harian. Beberapa faktor yang mempengaruhi

pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal telah menjadikan kebanyakkan pelajar

melibatkan diri dalam sukan. Berdasarkan jadual 4.3, kebolehan diri merupakan peratusan yang

tertinggi daripada yang lain. Manakala program dalam aktiviti, peralatan, kemudahan dan juga

sokongan rakan sebaya adalah peratusan yang terendah diantara faktor yang dipilih oleh responden.

Dari segi perhubungan ibu bapa dan kemudahan yang disediakan untuk melakukan aktiviti

adalah faktor yang paling penting dalam penyumbangan pelajar melibatkan diri dalam melakukan

aktiviti fizikal. Tetapi, daripada data yang diperoleh telah menunjukkan tidak tepat. Sepertimana

yang kita tahu, peranan ibubapa adalah terpenting untuk membentuk pelajar atau untuk memastikan

pelajar bergerak secara aktif penyumbangan terhadap sukan dan aktiviti fizikal disekolah serta,

memberi galakan dan semangat kepada pelajar atau anak-anak mereka untu aktif disekolah

sekaligus mencapai keputusan akademik yang cemerlang secara berterusan.

Dari segi pengaruh bermaksud beberapa faktor yang mempengaruhi jenis dan jumlah

sumber yang membolehkan individu mencungkil untuk mengatasi dengan keadaan stress. Ianya

berkemungkinan timbul dari segi biological, psikologi, genetic atau sosiobudaya. Faktor yang

mempengaruhi ini juga adalah faktor yang penting ,malahan ianya terlibat dengan perbuatan dan

perasaan. Kebanyakan responden memilih ruangan „benar‟ dan memperoleh peratusan yang tinggi

apabila dibandingkan dengan faktor yang lain. Bermaksud responden mempunyai kepercayaan yang

kuat dengan kenyataan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.

Faktor- faktor ini adalah bertindak sebagai pencetus kepada individu untuk melakukan

perubahan atau memulakan perubahan carahidup mereka. Demikian itu, mereka mempunyai

keyakinan diri dan kebolehan diri untuk melakukan satu langkah demi mencapai kehidupan lebih

sihat. Berpengatahuan adalah salah satu faktor yang menjadikan seseorang individu percaya dan

mula mengubah cara pemikiran mereka tentang kelakuan, faedah dan cara hidup yang lebih sihat.

Walaubagaimanapun permasaalahan ini adalah yang terendah peratusannya dan sama seperti untuk

keyakinan diri yang berkongsi peratusan terendahnya. Selain itu keseronokan juga adlah faktor

yang mengubah pendirian seseorang itu,. Malahan keseronokan memainkan peranan yang penting

untuk menarik minat para pelar untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti fizikal. Selain itu

faktor ini juga,mempengaruhi perasaan dan persepsi pelajar terhadap faedah melakukan aktiviti

fizikal. Akhir sekali, perlakuan terhadap aktiviti fizikal menjadikan perbezaan dan bergantung pada

pandangan individu sepenuhnya. Kajian ini juga mendapati seseorang yang menekankan sikap

positif dalam hidup juga mempunyai perasaan dan pemikiran yang positif berbanding sifat negatif

adalah individu yang mementingkan kehidupan sihat dalam diri mereka.

Dari segi faktor kebolehan pula, keputuan telah mencatatkan majoriti pelajar atau responden

memilih peringkat ini menjadikan peratusan nya adalah tertinggi. Malahan, faktor ini adalah

penting untuk menjadikan seseorang mengubah kepada permulaan,bertndak dan meneruskan untuk

menjalani gaya hidup sihat. Kemudahan yang lengkap terutama dari segi peralatan dan fasiliti

sangat membantu untuk menjayakan lagi aktiviti fizikal. Ini menjadikan peratusan untuk kategori

ini adalah di skor tinggi .walaubagaimanapun keputusan mencatatkan sebanyak 45% responden

telah bersedia untuk setiap program aktiviti. Ini menunjukkan juga peratusan rendah dibandingkan

dengan faktor-faktor yang lain.

Selain itu, faktor peneguhan atau utama ini terpenting bagi seseorang individu untuk

mengubah carahidup mereka. Ianaya berlaku bermula dari sesebuah acara diikuti dengan

tindakbalas yang menyebabkan meningkatkatnya kebarangkalian tindakblas tersebut akan berlaku

sekali lagi di masa hadapan. Sekali seseorang individu itu telah mencapai tahap yang diigini maka

mereka akan meneruskan untuk mencapai ketahap yang seterusnya iaitu ketahp yang lebih

dibanggakan sekaligus merubah pendapat mereka . Ibu bapa dan guru Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan mencatat skor yang tertingg jika dibandingkan dengan faktor yang seangkatannya,

seterusnya sokongna dari rakan sekerja dan rakan sebaya juga mempangaruhi penglibatan mereka

dalam aktiviti fizikal ini dijadikan sebagai rutin harian. Tambahan pula, ianya penting untuk

mendapat sokongan daripada orang lain untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat yang boleh

membantu perkembangan secara semulajadi tindakan positif dan selesa tanpa paksaan untuk

membawa mereka kearah kejayaan dalam hidup. Kesimpulannya, merancang dan berfikir untuk

mencapai kejayaan adalah diperingkat tertinggi untuk mereka menjadikan aktiviti fizikal sebagai

rutin harian

Merujuk daripada keputusan diatas, ianya menunjukkan setiap faktor mempunyai

kepentingannya yang tersendiri untuk menjadikan seseorang berubah dan menjalani serta

mengamalkan gaya hidup sihat. Kesimpulannya , kesemua faktor adalah berkaitan secara

rapatdengan kehidupan seseorang individu.

Kaitan antara Aktiviti Fizikal dan Pencapaian Akademik.

Bahagian D telah membincangkan tentang kaitan antara aktiviti fizikal dan pencapaian

akademik. Aktiviti fizikal sebagai punca keputusan akademikcemerlang adalah sebagai kajian dan

juga sebagai penyebab adakah penglibatan dalam aktiviti fizikal dapat membantu atau pun tidak

dalam proses pembelajaran. Keputusannya majoriti responden bersetuju dengan kenyataan ini . Ini

bermakna pelajar memahami unsur yang dimiliki dalam akademik sekiranya pelajar terlibat dengan

aktiviti fizikal. Selain itu 98% responden bersetuju dengan item fokus berbanding dengan pelajar

yang tidak bersetuju. Maka sebenarnya penglibatan dalam aktiviti fizikal atau pendidikan jasmani

sebelum proses pembelajaran menjadikan mereka lebih fokus dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P).

Item yang ke dua, iaitu memberi perhatian juga memainkan peranan yang penting

disebabkan ianya boleh mambantu meningkatkan ketekunan pelajar didalam kelas. Keputusan

menunjukkan majoriti pelajar hampir sebulat suara bersetuju dengan aktiviti fizikal membantu

meningkatkan ketekunan didalam kelas dan mempunyai hubungan yang baik antara fungsi kognitif

dengan tahap aktiviti fizikal. Seterusnya menjadikan jumlah peratusan responden mencapai 99% .

Item seterusnya ialah perasaan minat, jika ianya timbul sekaligus menyumbangkan minat

para responden untuk melibatkan diri dengan aktiviti fizikal, jika tidak sudah semestinya aktiviti

fizikal tetap bukan pilihan. Keputusan telah menunjukkan majoriti responden memberi respon yang

positif dalam bahagian ini. Sebanyak 98% responden bersetuju dengan penglibatan dalam aktiviti

fizikal juga turut menarik minat untuk menjalani proses pengajaran dan pembeljaran (P&P) untuk

matapelajaran lain juga. Untuk 2% selebihnya mereka tidak bersetuju terhadap item yang

diusulkan ini mungkin disebabkan kurangnya pendedahan tentang faedah apabila tubuh aktif

dengan aktiviti fizikal dan kurangnya berfikiran secar positif untuk aktiviti fizikal ini. Dengan ini

disokong lagi dengan terdapatnya sumber daripada penganalisis sebelumnya menyatakan seseorang

yang melakukan aktiviti fizikal secara bersendirian mahupun dengan penggabungan sukan, akan

berkemungkinan akan melakukan lebih banyak latihan, bersemangat untuk ke sekolah malah lebih

gemar untuk belajar lebih mendalam lagi (Harrison PA, Narayan G, 2003).

Kesedaran merupakan item yang keempat dan juga merupakan item yang penting untuk

pelajar lebih teliti didalam pembelajaran.ini disebabkan ketika melalui proses pembelajaran ,

mereka perlu adanya sikap kesedaran terhadap persekitaran pembelajaran didalam kelas seperti

membuat nota ringkas, mendengar solan-soalan yang diajukan oleh guru, mendengar setiap

penerangan yang diberikan oleh guru selain menambah ilmu apabila ada kaitanya dengan isu-isu

semasa yang berlaku didalam dan diluar negara . berdasarkan jadual 4.4, ianya mnenunjukkan

sebanyak 96% responden bersetuju dengan ativiti fizikal dan pencapaian akademik adalah saling

berkaitan . 4% selebihnya tidak bersetuju dengan item ini berpendapat mereka tidak memahami

konsep dan seperti mereka tidak aktif melibatkan diri dalam aktiviti fizikal.

Item yang seterusnya adalah berfikiran secara matang. Item untuk seksyen ini mempunyai

responden yang majoriti bersetuju dengan item ini. Bermaksud mereka bersetuju penglibatan

mereka dalam sukan membuatkan mereka mampu untuk berfikiran secara matang dan baik ketika

proses pembelajaran didalam kelas. Sebanyak 95% responden bersetuju dan 5% tidak bersetuju.

Demikian itu, ianya boleh dikatakan seseorang yang aktif dalam aktiviti fizikal memiliki pemikiran

yang baik. Kenyataan daripada Raviv S, Reeches I, Heacht, (1994) menguatkan lagi pernyataan ini

dimana beliau menyatakan terdapat perhubungan antara pendidikan jasmani dan pencapaian

akademik mahupun proses kognitif kerana pengantaraan ini akan menjadikan otak berfungsi ketika

proses pembelajaran dan perubahan kitaran serebral.

Keyakinan sebagai item yang keenam. Keseluruhan responden bersetuju dengan penglibatan

dalam aktiviti fizikal mampu meningkatkan lagi tahap keyakinan seseorang individu . brdasarkan

jadual 4.4 menunjukkan 99% responden bersetuju dengan item (keyakinan). Responden yang tidak

bersetuju hanya memperoleh 1% sahaja. Kesimpulan yang dapat disimpul ialah penglibatan

seseorang didalam aktiviti fizikal boleh mengubah tahap keyakinan seseorang tampil lebih yakin

dengan diri mereka.ianya boleh dikatakan juga mereka yang tergolong didalam orang yang berfikir

secara positif dan mempunyai keyakinan adalah seseorang yang menempah diri kearah kejayaan.

Pemahaman tergolong didalam item yang ke tujuh. Tahap pemahaman seseorang itu adalh

sangat penting untuk melibatkan diri secara serius dalam proses pembelajarn didalam kelas.

Berdasarkan jadual 4.4 ianya menunjukkan majoriti pelajar bersetuju dengan penglibatan didalm

aktiviti fizikal akan mengubah atau meningkatnya tahap pemahaman pelajar. Sebanyak 88%

responden bersetuju dan 12% selebihnya tidak bersetuju dengan item tahap pemahamn dalam kelas

adalah disebabkan melibatkan diri dengan aktiviti fizikal. Bukti ini menunjukkan responden masih

lagi ramai lagi dikalangan responden yang percaya penglibatan diri dalam aktiviti fizikal /aktiviti

sukan ini akan membawa seseorang kearah positif seperti meningkatkan lagi tahap pemahamn

seseorang individu didalm proses pembelajran didalam dan diluar kelas.

Untuk item yang terakhir adalah keseronokan. Keseronokan boleh dikategorikan sebagai

pencetus untuk mencetus minat terhadap sesuatu. Keputusan menunjukkan sebanyak 99%

responden bersetuju dan peratusan selebihnya iaitu 1% tidak bersetuju dengan item keseronokan

akan timbul apabila melibatkan diri dengan aktiviti fizikal. Responden sangat bersetuju mereka

sangat gembira dan timbul keseronokan ketika melakukan aktiviti fizikal.

Cadangan

Pada era sekarang ini, beberapa sekolah di Malaysia masih ada lagi yang tidak begitu ambil

berat atau perihatin dengan perlaksanaan aktiviti fizikal disekolah. Pendidikan jasmani dan

penglibatan didalam aktiviti fizikal/sukan sesetengahnye mengenepikan keseluruhannya kelas

pendidikan jasamni disebabkan oleh berkehendakan mengurangkan bajet atau dari erti kata lain

ingin jimat dan seratus peratus hanya menumpukan pada pencapaian akademik sahaja serta,

sekaligus meningkatkan lagi pencapaian sekolah dari segi akademik. Ternyata sudah ada bukti

menunjukkan pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti fizikal yang sudah semestinya cergas

mampu untuk berjaya dalam kelas dan kelas pendidikan jasmani bukan punca terhadap pencapaian

akademik yang lemah. Tambahan pula, pelajar yang aktif dalam sukan bukan sahaja hanya

mencapai keputusan yang baik didalam kelas malah, juga mencapai keputusan yang cemerlang

disekolah. Tetapi ianya juga bergantung pada ibubapa dan guru untuk menyokong pelajar tersebut

mendapat keputusan yang baik dalam akademik. Walauapapun, pelajar itu sendiriperlu untuk

memberikan komitmen sebagai pelajar dan percaya dengan setiap sesuatu yang mereka hendak

lakukan akan membuahkan hasil. Mereka juga perlu berkorban untuk mencapai kejayaan dalam

akademik. Walaubagaimanapun, sekolah boleh menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih

berkesan seiring dengan meningkatkan lagi taraf kesihatan pelajar melalui penglibatan dalam

aktiviti fizikal mahupun kelas pendidikan jasmani.

Kita sudah sedia maklum dari dulu lagi yang bermain dapat membantu perkembangan

kanak-kanak serta remaja dari segi perkembangan kognitf, fizikal, social mahupun emosi. Beberapa

kajian telah dilakukan tentang faedah apabila bermain dan akibat kurang bermain atau tidak

bermain. Bermain juga menawarkan peluang kepada ibubapa untuk melunagkan masa mereka

terhadap anak-anak. Meskipun, dengan jelasnya faedah terlaksana daripada bermain untuk kedua-

duanya iaitu ibubapa dan anak-anak tetapi sesetangah kanak-kanak tidak dapat merasakan saat ini

bersama ibubapa mereka. Kenyataan ini telah dikesan terdapat pelbagai faktor yang mengurangkan

masa bermain dengan anak-anak seperti cara hidup yang terlalu sibuk, perubahan terhadap struktuk

kekeluargaan dan juga tidak kurang hebat penumpuan hanya diberikan untuk akademik dan

mungkin juga berpendapat bermain bersama anak-anak ketika anak-anak itu masih kecil sahaja. Ini

juga membawa maksud bermain juga boleh dikategorikan sebagai aktiviti fizikal kerana ianya juga

termasuk dalam pembelajaran pergerakan, psikomotor dan semestinya membantu perkembangan

kognitif.

Walaupun didalam kelas, pelajar juga masih lagi boleh untuk mendapatkan aktiviti harian

yang dicadangkan. Terdapat pelbagai aktiviti didalam kelas yang boleh dilakukan oleh guru-guru

untuk menggabungkan aktiviti fizikal dalam pembelajaran. Ianya juga terdapat dalam matapelajaran

seperti Matematik, Sains dan sebagainya. Guru kelas boleh menyediakan aktiviti fizikal terutama

jikalau sekolah tidak mempunyai kelas pendidikan jasmani. Aktiviti fizikal yang dilakukan dapat

membantu pelajar dalam meningkatkan lagi mutu pembelajaran mereka walupun hanya diwaktu

siang dan singkat ianya dapat memberi produktiviti kepada kanak-kanak. Peningkatan masa dalam

memberi fokus dalam pembeljaran menjamin kelakuan yang baik sekaligus dapat mencapai

pencapaian yang baik disekolah.

Pelajar diperingkat sekolah menengah juga perlu melibatkan diri dalam sukan

permainan/aktiviti fizikal yang dianjurkan atau disediakan oleh pihak sekolah. Kesemua ini adalah

untuk memastikan pelajar aktif dari segi fizikal dan aktif dalam sukan . ianya juga merupakan

waktu senggang kerana waktu sebegini adalah komponen dalam pendidikan dimana pelajar

prasekolah dan pelajar sekolah rendah harus mendapat peluang untuk terlibat dalam aktiviti

sebegini untuk bermain bersama rakan sebaya. Ulasan daripada kajian ialah tercetusya

perhubungan positif dan kaitan antara aktiviti fizikal dan peningkatan dalam keputusan akademik,

pengurusan tekanan, fokus terhadap tugasan, kelakuan didalam kelas, fizikal, sosial, emosi, dan

perkembangan kognitif. Pernyataan tersebut menjadikan cadangan-cadangan supaya dapat

menyokong polisi yang berkehendakkan waktu senggang dalam perkembangan fizikal untuk pelajar

prasekolah dan pelajar sekolah rendah, kesan setrusnya adalah terhadap sosial, emosi dan kognitif.

Perkembangan polisi dan sumber sokongan ini dapat memberikan kesedaran terhadap pentingnya

waktu sengggang atau waktu rehat ini untuk bermain secara bebas. Selain itu, waktu senggang juga

dinyatakan dapat memberi faedah seperti dapat mengatasi masalah kurang member perhatian dan

perkembangan professional untuk tenaga pengajar dalam member penilaian tentang perkembangan

tumbesaran melalui proses bermain.

Rujukan

Biddle, S., Sallis, J. F. and Cavill, N. A. (1998) Young and Active? Young People and Health

Enhancing Physical Activity—Evidence and Implications: A Report of the Health

Education

Authority Symposium, Young and Active? London, UK: Health Education Authority; 1998.

Caterino, M.C. and Polak, E.D. (1999). Effects of two types of activity on the performance of

2nd

,3rd

, and 4th grade students on a test of concentration. Perception Motor Skills.

Coleman, J.S. (1961). The Adolescent Society: The social life of the teenager and its impact on

education. New York: Free Press.

Cocke, A. (2002). Brain May Also Pump up from Workout. Retrieved April 11, 03, from Society

for Neuroscience Annual Meeting Web Site:

http://www.neurosurgery.medsch.ucla.edu/whastnew/societyforneuroscience.htm

Dwyer, T., Coonan, W., Leitch, D., Hetzel, B. and Baghurst, R. (1983). An investigation of the

effects of daily physical activity on the health of primary school students in South

Australia. International Journal of Epidemiologists, 12(3), 308-313.

Dwyer, T., Sallis, J. F., Blizzard, L., Lazarus, R. and Dean, K. (2001). Relation of Academic

Performance to Physical Activity and Fitness in Children. Pediatric Exercise Science, 13,

225-238.

Feldman, D.E., Barnett, T., Shrier, I., Rossignol, M. and Abenhaim, L. (2003). Is Physical

Activity differentially associated with different types of sedentary pursuits? Archives of

Pediatrics & Adolescent Medicine, 157: 797-802.

Fletcher, G.F., Balady, G., Blair, S.N., Blumenthal, J., Caspersen, C., Chaitman, B., Epstein, S.,

Sivarajan Froelicher, E. S., Froelicher, V. F., Pina, I. L. and Pollock, M. L. (1996).

Statement on Exercise: Benefits and Recommendation for Physical Activity Programs for

All American. Circulation. 94: 857-862

Linder, K. J. (1999). Sport Participation and Perceived Academic Performance of School

Children and Youth. Pediatric Exercise Science, 11: 129-144.

Nieman, D. (2003). Current perspective on exercise immunology. Current Sports Medicine

Reports, 2 (5): 239-242

Paluska S.A. and Schwenk T.L. (2000) Physical activity and mental health: Current concepts.

Sports Medicine. 29: 167–80.

Raviv, S., Reches, I. & Hecht, O. (1994). Effects of activities in the motor-cognitive-learning

center on academic achievements, psychomotor and emotional development of children

(aged 5–7). Journal Physical Education Sport Science (Israel), 2: 50-84.

Sallis J.F., Prochaska J.J & Taylor W.C (2000). A review of correlates of physical activity of

children and adolescent. Medicine & Science in Sport & Science & Exercise, 32, pp.

963-975.

Shepherd, R. J. (1997). Curricular physical activity play and academic performance. Pediatric

Exercise Science; 9: 113-126.

Sibley, B.A. and Etnier, J. (2003). The Relationship between physical activity and cognition In

children a meta- analysis. Pediatric Exercise Science, 15 (3).

Strauss R. S., Rodzilsky, D., Burack. G. and Collin, M. (2001). Psychosocial correlates of

physical activity in healthy children. Archives of Pediatrics & Adolescent

Medicine,155(8): 897-902.

Tremblay, M. S., Inman, J. W. and Willms, J. D. (2000). The Relationship Between Physical

Activity, Self-Esteem, and Academic Achievement in 12- Year-Old Children. Pediatric Exercise

Science, 12,312-324.

United States Department of Health and Human Services (USDHHS) (1996). Physical activity

and health: A report of the Surgeon General, Atlanta, GA: U.S Department of Health

and Human Services, Centers for Disease Control and Prevention, National Center for

Chronic Disease Prevention and Health Promotion

Van der Mars, H. (1999). Physical education time and academic achievement. In: Kirk D,

O‟Sullivan M, Mcdonald D, eds. Handbook of Physical Education. Thousand Oaks,

Calif: Sage Publications. In press.