kajian kes tugasan autisme
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
[ ] J43404 / J43886
1.0 PENGENALAN
1.1 DEFINISI PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai
keperluan murid-murid khas.Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan
teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas.Ini termasuklah dengan menggunakan
sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid-murid khas.
Munurut Hallahan dan Kauffman(2006):Pendidikan Khas didefinisikan sebagai
satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak
berkeperluan khas.Gargiulo (2003) pula menyatakan Pendidikan Khas merupakan
program pengajaran khusus yang di reka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar
biasa.ia mungkn memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran
khusus.Friend(2005) menyatakan pendidikan Khas adalah pengajaran yang di reka bentuk
khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak kurang upaya.Pengajaran ini mungkin
dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau di institusi
lain.Mansor(2005)Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang
berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang
berkemahiran, berhaluan,berupaya, beriman,berdikari,mampu merancang dan
menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli
masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 1
[ ] J43404 / J43886
1.2 DEFINISI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Kanak-kanak Khas ialah gelaran yang diberi kepada kanak-kanak yang
memerlukan keperluan khas yang juga disebut sebagai kanak-kanak istimewa, kanak-
kanak kurang upaya ataupun kanak-kanak cacat.Istilah kanak-kanak cacat tidak lagi
digunakan pada masa kini atas faktor sensitiviti.Kanak-kanak khas didefinisikan sebagai
kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa dalam aspek ciri-ciri
mental,keupayaan sensori,keupayaan komunikasi, tingkahlaku sosial, ataupun ciri-ciri
fizikal.Perbezaan-perbezaan ini adalah mencapai tahap yang mana kanak-kanak
memerlukan modifikasi dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan
khas bagi membolehkannya berkembang pada kapasiti maksimum.Menurut Kirk(1989),
kanak-kanak hanya dianggap sebagai kanak-kanak khas apabila terdapat keperluan bagi
mengubahsuai program pendidikan.Oleh yang demikian, bantuan yang disediakan oleh
sekolah untuk kanak-kanak yang berbeza norma ini digelar pendidikan khas.Pendidikan
khas adalah pengajaran yang direkabentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan murid
berkeperluan khas.Pendidikan ini dirancang secara teliti bagi membantu murid keperluan
khas bagi mencapai tahap pendidikan tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan.
Menyambut kelahiran anak yang sihat dan sempurna anggotanya dinanti-nantikan
oleh semua ibu bapa.Banyak ibu bapa seolah-olah hilang akal ketika menyambut kelahiran
baharu yang dilabel sebagai Orang Kurang Upaya.Menurut Simon Olshansky(1976)
dalam bukunya Child Devlopment, ibu bapa akan mengalami kesedihan yang sangat
mendalam sehingga tidak dapat menerima kenyataan bahawa bayi itu tidak memenuhi
kriteria yang diharapkan iaitu anak yang normal seperti orang lain.Walau bagaimanapun,
Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 2
[ ] J43404 / J43886
reaksi ibu bapa akan semakin berubah kepada reaksi yang bersifat positif terhadap anak
istimewa mereka.
Menurut Eden (1976), ada ibu bapa yang dapat menyesuaikan diri dengan baik
terhadap kehadiran anak istimewa mereka setelah satu jangka masa tertentu.Ibu bapa dapat
menerima kehadiran anak kurang upaya, akan dapat menyesuaikan diri dengan realiti
hidup bahawa anak mereka mempunyai ketidakupayaan. Ibu bapa tersebut akan berusaha
menjalani pemulihan sebagai kesinambungan dan sentiasa menaruh harapan terhadap
perkembangan anak-anak mereka (Ashman & Elkin 1998).
Orang Kurang Upaya (OKU) ialah oarng yang mengalami keterbatasan
mobilitinya merujuk kepada jenis kecacatannya sama ada fizikal (anggota), mental
(ringan, sederhana atau berat), penglihatan dan pedengaran.Tujuan istilah OKU ini
diketengahkan adalah bagi mengelakkan sebutan orang cacat yang bermaksud melabelkan
orang itu cacat daripada semua aspek (Hashim Omar 1991).
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah untuk membela
nasib golongan ini dengan menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk muris-murid
pemulihan khas dan berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan,
pendengaran dan bermasalah pembelajaran.Kategori kanak-kanak bermasalah
pembelajaran di bawah tanggung jawab Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti
sindrom Down, Autisme ringan, Attention Deficit Hyperaktif Disorder, terencat akal
minimum termasuklah masalah mental Carebral Palsy, bermasalah pembelajaran spesifik
seperti Disleksia. Pendidikan yang diberi menekankan kepada perkembangan jasmani,
emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Namun begitu,
Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 3
[ ] J43404 / J43886
pendidikan yang diberikan mestilah setaraf dengan kemampuan yang mereka miliki
(Mohd Dan, 2007).
2.0 Autisme
Autisme merupakan istilah yang mungkin untuk sesetengah orang hanya
memahami sebagai tanda. Namun, bagi sebahagian orang lagi, terutama para ibu bapa
yang mempunyai anak pengidap autism, istilah itu sudah tidak asing lagi. Para
professional yang membuat kajian dalam bidang perkembangan kanak-kanak telah
membuat penyelidikan tentang autism, psikopatologi, cara pencegahan, dan punca-
puncanya, serta kesannya terhadap perkembangan anak dengan autism di kemudian hari.
2.1Definisi Autisme
Pada masa ini, masalah autism mendapat perhatian, terutama dari ibu bapa. Selain itu,
perasaan bimbang timbul di kalangan ibu-ibu muda yang bakal melahirkan anak. Ini
kerana autism akan dihidapi oleh sesiapa sahaja. Ia tidak memilih perbezaan status sosial-
ekonomi, pendidikan, golongan etnik atau bangsa. Jumlah kes yang dilaporkan cenderung
meningkat dari tahun ke tahun.
Autisme bermula sejak awal 20 masihi lagi. Perkataan autism berasal daripada perkataan
bahasa Greek iaitu ‘autos’ yang bermaksud sendiri. Dalam situasi ini . autos merujuk
kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri.Seorang ahli psikologi dari Harvard
iaitu Leo Kanner telah memeperkenalkan istilah autis pada tahun 1943 berdasarkan
pemerhatian beliau terhadap pengidap autism yang menunjukkan respon yang negatif
dalam berkomunikasi dengan orang lain., pengasingan diri, keadaan yang tidak fleksibal
Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 4
[ ] J43404 / J43886
dengan orang lain dan cara komunikasi yang berbeza daripada orang biasa. Hasil kajian,
(Michael Waldman, Sean Nicholson, & Nodir Adilov, 2006), di dalam jurnalnya yang
bertajuk “Does Television cause Autism?” menyatakan bahawa 1 daripada 166 kanak-
kanak di dunia merupakan pengidap autisme.
Menurut Kamus Oxford Advance Leaner Autism ialah a mental condition in which
a person is unable to communicate aform relationship with other. Kamus elektronik
Encarta terbitan Microsoft Coporation pula menyatakan bahawa autism ialah disturbance
in phycological development in which use of language, reaction to stimuli, interpretation
of the world, and the formation of relationships are not fully established and follow
unusual pattern. Maka , dapat disimpulkan di sini, autism merupakan gangguan psikologi
terhadap perkembangan komunikasi, gerakan tubuh badan, sikap, emosi, sosial dan
sentuhan.
Kannar (dalam safari, 2005) mendefinisikan autism sebagai ketidakmampuan
untuk berinteraksi dengan orang lain. Cohen dan Bolton(1999) mendefinisikan Autisme
sebagai keadaan yang mempengaruhi anak membuat mereka tidak dapat membentuk
hubungan sosial atau mengembangkan komunikasi secara noramal.
Menurut Ginanjar(2001), autism adalah gangguan perkembangan yang komplek
disebabkan oleh adanya kerosakan pada otak., sehingga mengakibatkan gangguan
terhadap perkembangan komunikasi, perilaku, kemampuan sosialisasi, kepekaan terhadap
persekitaran dan pembelajaran.Biasanya tanda-tanda akan mula kelihatan ketika anak
berusia 3 tahun ke bawah.
Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 5
[ ] J43404 / J43886
2.2 Peringkat Autisme
a)Autisme Ringan
Pada tahap ini, anak autism masih menunjukkan adanya kontak mata walaupun
tidak berlangsung lama. Anak Autisme ini dapat memberikan sedikit respon ketika
dipanggil namanya, menunjukkan ekspresi-ekspresi muka, dan dalam berkomunikasi pun
masih boleh dilakukan secara dua arah meskipun hanya sesekali. Tindakan –tindakan yang
dilakukan seperti memukulkan kepalanya sendiri, menggigit kuku, gerakan tangan yang
sterotipik dan sebagainya. Masih boleh dikendalikan dan dikawal dengan mudah.
b)Autisme sedang
Pada tahap ini, anak autism masih menunjukkan sedikit kontek mata, namun ia
tidak memberikan respon ketika namanya dipanggil. Tindakan agresif atau hiperaktif,
menyakiti diri sendiri, acuh dan gangguan motorik yang stereotipik cenderung agak untuk
dikendalikan tetapi masih boleh diusahakan.
c)Autisme Berat
Pada tahap ini, anak autism menunjukkan tindakan-tindakan yang sangat tidak
terkendali. Biasanya anak autism memukul-mukul kepalanya ke tembok secara berulang-
ulang dan terus-menerus tanpa berhenti-henti. Ketika orang tua berusaha mencegah,
namun anak tidak memberi respondan tetap melakukan, bahkan kondisi berada
dipelukkan orang tuanya, anak autism tetap memukul-mukul kepalanya. Ia akan berhenti
setelah mereka rasa keletihan kemudian langsung tertidur.
Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 6
[ ] J43404 / J43886
2.3 Ciri-Ciri Kanak Autisme
a)Masalah Komunikasi
Seseorang kanak-kanak autism biasanya tidak menunjukkan perkembangan bahasa
seperti kanak-kanak lain. Malahan, tahap kefahaman bahasanya rendah dan tahap
penggunaan bahasanya terbantut. Bahasanya agak ganjil dan sukar difahami. Umpamanya
jika seseorang bertanya ‘sudah makan?’, dia menjawab “sudah makan”. Jika ditanya
“Sudah minum?”, di menjawab “sudah minum”. Dalam istilah Inggeris, ini dinamakan
echolalia. Dia tidak pandai menggunakan bahasa dengan kreatif.
b)Suka Bersendirian
Masalah paling ketara ialah kanak-kanak autism tidak menunjukkan kebolehan
berinteraksi secara spontan dengan orang lain. Dia seolah-olah hidup dalm dunianya
sendiri. Ibunya mendapati sukar untuk menjalinkan kemesraan dengannya kerana dia tidak
suka dibelai, dicium atau dipeluk. Realitinya, kemesraan yang cuba ditunjukkan oleh
ibunya tidak mendapat gerakbalas.Dia berkelakuan seperti kanak-kanak pekak, buta atau
seolah-olah tiada apa yang berlaku. Mereka turut mempunyai tingkah laku yang aneh atau
berlainan daripada kanak-kanak biasa. Kanak-kanak autism biasanya akan leka bermain
sehingga berjam-jam lamanya dengan sesuatu barang yang diminatinya dan akan menjadi
baran jika barang itu diamabil, dialih atau hilang. Kebanyakkan kanak-kanak autisme akan
menunjukkan tinkahlaku yanag bermacam-macam ragam dan pelik seperti menepuk-
nepuk tangan, menjengkit-jengkit kakinya apabila berjalan, memutar-mutar benda seperti
Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 7
[ ] J43404 / J43886
tudung botol dan alat-alat permainan seperti mangkuk-mangkuk plastik, serta mengumpul
batu-batu, bermain suis lampu dan sebagainya.
Kebanyakan kanak -kanak autistik menunjukkan ciri -ciri perkembangan
bahasa dan sosial yang terbantut sebelum menjangkau usia tiga tahun. Dalam satu kajian,
didapati hampir 30 peratus kanak-kanak autistik mempunyai tahap intelek yang normal.
Ibu bapa kanak -kanak yang terlibat sering mengadu bahawa sejak peringkat bayi lagi,
anak mereka tidak suka didukung atau dibelai dan gemar dibiarkan bersendirian. Bayi
yang berusia tiga bulan biasanya sudah mula mesra dengan ibunya tetapi ini jarang-jarang
dirasai atau dinikmati oleh ibu -ibu yang mempunyai anak-anak autistik. Bayi-bayi dari
usia sembilan bulan ke atas sudah gemar mengikut-ikut perkataan yang dilafazkan oleh
ibu mereka tetapi kanak-kanak autistik jarang berbuat demikian. Ada sekumpulan kanak-
kanak autistik yang didapati normal perkembangan mereka tetapi mula menunjukkan ciri-
ciri autistik menjelang usia tiga tahun. Mereka dikatakan sudah boleh bercakap seperti
kanak-kanak lain tetapi kebolehan ini kemudian hilang sama sekali.
Berdasarkan masalah utama di atas, ternyata hampir 70 peratus kanak-kanak
autisme ada masalah terencat akal pada tahap berbeza. Ini sebabnya proses pembelajaran
mereka lebih lambat, ada masalah berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku.
Kekurangan dialami kanak-kanak ini menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang
lain, tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan.
Individu autistik sukar memahami keadaan persekitaran yang menyebabkan mereka sukar
terbabit secara langsung apabila berbual-bual. Hakikatnya, tingkah laku yang suka
mencederakan diri menandakan autisme teruk. Biasanya ia berlaku jika IQ kanak-kanak
berkenaan kurang daripada 20. Bagaimanapun ia boleh dibantu dengan pengambilan ubat
Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 8
[ ] J43404 / J43886
anti kemurungan. Kebiasaannya, kanak-kanak autisme memilih satu bahasa pertuturan.
Jika selesa berbahasa Inggeris, mereka bertutur dalam bahasa berkenaan dengan sesiapa
juga dan ibu bapa disaran menggunakan bahasa pilihan anak ketika berinteraksi dengan
mereka. Ini penting dalam mewujudkan interaksi dengan kanak-kanak autism dan
memudahkan komunikasi ketika mereka berada bersama masyarakat.
c) Mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuan
Kanak-kanak autistik suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu
menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan serta
sering menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda
kereta mainan berpusing. Mereka juga sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi.
Contohnya mereka berasa terganggu apabila mendengar bunyi mesin pengisar dan
menunjukkan perlakuan di luar kawalan. Mereka sentiasa bergerak dan sering
menunjukkan pergerakan yang pelik dan serta melakukannya berulang-ulang.
d) Masalah tingkah laku
Masalah tingkah laku kanak-kanak autistik boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu;
i. Suka mengasingkan diri.
Kanak-kanak autistik dalam kategori ini biasanya menunjukkan kekecewaan yang
terlampau dengan tindak balas yang negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif
(yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti
mencederakan diri. Justifikasi kepada orang lain akan menimbulkan kebimbangan akan
Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 9
[ ] J43404 / J43886
dicederakan oleh kanak-kanak autistik walaupun secara lahiriahnya mereka tidak berniat
untuk mencederakan sesiapa.
ii. Kumpulan pasif
Kanak-kanak dalam kategori ini agak bermasalah kerana kebiasaannya tidak memahami
keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk. Jadi mereka
biasanya terbabit dalam masalah yang dicetuskan orang lain. Dalam konteks ini, tingkah
laku mereka bersandarkan apa yang mereka lakukan tanpa mengira apa yang berlaku di
sekeliling mereka. Ironinya, mereka lebih senang berada dalam persekitaran mereka.
iii. Tidak tahu bersosial
Oleh sebab kanak-kanak kategori ini hidup dengan dunianya sendiri menjadikan dirinya
tidak tahu bersosial dengan rakan lain. Paling ketara kanak-kanak ini tidak yakin dengan
kemampuan dirinya untuk berinteraksi dengan orang lain.
iv. Aktif tetapi berperangai pelik
Kanak-kanak autistik jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya
mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain. Kanak-kanak tidak kisah diejek atau dibuli,
tetap dengan sikapnya seolah-olah dia tidak mempunyai perasaan.
3.0 Ciri sampingan kanak-kanak Autisme
Kanak-kanak autistik menghadapi masalah untuk berkomunikasi, menjalin
hubungan sosial dan berfikir secara kreatif.Pada peringkat bayi, anak autistik tidak peduli
Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 10
[ ] J43404 / J43886
sama ada dipeluk atau tidak oleh ibu bapanya. Mereka hidup di dalam dunia mereka
sendiri. Malahan, pada peringkat awal kanak-kanak, mereka akan mengasingkan diri serta
menunjukkan reaksi yang agresif ketika dipegang, disentuh dan dipeluk. Mereka tidak
suka senyum dan bertentang mata ketika berkomunikasi. Jika sakit, luka atau duka, anak
autistik tidak akan meluahkan masalah untuk mengurangkan ketidakselesaan. Ini bererti
jarang adanya ekspresi perasaan muka dalam pertuturan. Mereka suka berseorangan, tidak
suka menjalinkan hubungan dengan orang lain dan hidup dalam dunianya sendiri. Mereka
mempunyai suatu corak komunikasi yang digelar ‘echolalia’, iaitu suka mengulangi
percakapan orang lain. Selain itu, mereka sanggup menggunakan masa yang panjang
untuk mengulangi sesuatu perbuatan seperti memusingkan badan dalam bulatan, melambai
tangan di depan mata sendiri atau menggigit kuku.
Malah terdapat masalah sampingan yang lain melibatkan anggota keluarga yang
lain iaitu timbulnya kebimbangan antara anggota keluarga untuk membawa anak-anak
autisme ini keluar. Ironinya, peluang untuk melawat sahabat-handai atau berekreasi sukar
diperoleh kerana tumpuan perlu diberikan kepada anak autistik mereka. Aktiviti-aktiviti
seperti membeli belah, bersiar -siar pada hari cuti dan sebagainya mungkin sentiasa
diselubungi oleh perasaan khuatir kalau -kalau anak mereka bertindak di luar kawalan.
Dalam pada itu, kanak-kanak autistik perlu diberikan banyak perhatian untuk
memastikan agar keperluan mereka dipenuhi dan supaya mereka tidak menjadi bahan
ejekan orang lain serta terdedah pada keadaan yang boleh membahayakan keselamatan. Ini
sering menyebabkan ibu bapa yang terlibat mengalami ketegangan jiwa. Selalunya,
mereka sukar mendapat bantuan orang lain untuk menjaga anak mereka terutamanya di
saat -saat yang memerlukan. Lebih menyukarkan lagi jika anak sering berkelakuan ganas
Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 11
[ ] J43404 / J43886
terhadap adik -beradiknya dan menyulitkan keluarga . Keadaan ini boleh menggugat
kesihatan mereka.
Sudah pastinya adik-beradik kepada kanak-kanak autistik mungkin juga tidak
terlepas daripada masalah emosi. Malah, ada yang berasa malu untuk mempelawa kawan -
kawan datang ke rumah. Mereka juga mungkin berasa diketepikan oleh ibu bapa kerana
perhatian sering tertumpu kepada adik autistik mereka. Jiran -jiran yang tidak faham akan
keadaan ini mungkin akan menjauhkan diri daripada keluarga berkenaan. Sememangnya
ada juga jiran yang mengambil berat dengan keluarga kanaka-kanak autistik dengan
memberi komen yang membina agar mereka kuat dalam menghadapi anak-anak yang
berkeperluan khas malah ada juga yang mengambil kesempatan dengan mengejek kanak-
kanak tersebut. Realitinya inilah yang berlaku kepada mereka sehingga mereka malu
untuk berhadapan dengan dunia luar.
Ketegangan mungkin berlaku antara pasangan suami-isteri dalam usaha mereka
mencari jalan untuk mengatasi masalah-masalah yang timbul sehingga boleh menggugat
kestabilan rumah tangga mereka. Tetapi , apa yang menarik sekali ialah kebanyakan
pasangan yang mempunyai anak -anak yang autistik, terencat akal , spastik, pekak dan
sebagainya tetap mempunyai ikatan perkhawinan yang kukuh. Dalam konteks ini, ibu
bapa amnya perlu ada rasa tanggungjawab serta perasaan kasih terhadap anak mereka
mengatasi segala-galanya dan masalah-masalah yang dihadapi tidak dibiarkan menggugat
kestabilan rumah-tangga mereka.
Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 12
[ ] J43404 / J43886
Malahan, cara mendidik dan mengatasi masalah-masalah yang timbul akibat
daripada penjagaan kanak-kanak autistik tentu sekali berbeza antara satu keluarga dengan
keluarga yang lain. Kanak-kanak itu sendiri mungkin mempunyai kemahiran atau bakat
yang tertentu. Terdapat juga kanak-kanak autistik yang berbakat dalam bidang muzik atau
matematik serta bijak menyusun jigsaw-puzzles serta menggunakan komputer atau mesin
taip. Oleh sebab itu, penilaian terhadap kanak-kanak autistik perlu merangkumi aspek-
aspek riwayatnya yang terperinci, pemeriksaan fizikalnya yang teliti serta penilaian
keupayaan intelek dan sosialnya. Kelemahan- kelemahan dan kekuatan-kekuatan yang ada
pada dirinya perlulah dikenal pasti.
3.0 KAJIAN KES
Kajian kami bermula pada 1 Oktober 2012 hinggalah 31 Oktober 2012.Kajian
yang kami lakukan ialah di sekolah SK Taman Seri Gombak. Sekolah tersebut mempunyai
kelas murid-murid normal dan juga kelas murid berkeperluan khas ataupun masalah
pembelajaraan.Sekolah tersebut mempunyai seramai 13 orang guru pendidikan khas dan 7
orang pembantu pengurusan murid(PPM) serta 81 orang murid yang mempunyai pelbagai
jenis ketidakupayaan sebagai contoh, Sindrom Down,Autisme,Disleksia dan Masalah
Pembelajaran.Selebihnya pelajar yang diinklusifkan separa .
Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 13
[ ] J43404 / J43886
3.1 PROFIL DAN LATAR BELAKANG SUBJEK
1. Nama : FATHIMAH BINTI KHALID
2. Jantina : PEREMPUAN
3. Bangsa : MELAYU
4. Agama : ISLAM
5. Tarikh Lahir : 14 OKTOBER 2005
6. No.Surat Beranak : BP12498
7. Bil.Adik Beradik : 3 ORANG
8. Anak Ke : 2
9. Nama Bapa : KHALID BIN HJ ZAKARIA
10. Pekerjaan Bapa : -
11. Nama Ibu : NOREHA BINTI MOHD NOH
12. Pekerjaan Ibu : SURIRUMAH
13. Alamat Rumah : 12 JLN SM 11, TAMAN SUNWAY BATU
CAVES, 68100, BATU CAVES, SELANGOR.
Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 14
[ ] J43404 / J43886
3.2 TUJUAN KAJIAN
Kajian yang dilakukan adalah bertujuan untuk mengenal pasti apakah jenis-jenis
ketidakupayaan kanak-kanak tersebut.Sebelum menjalankan kajian kami telah
menyediakan senarai semak atau instrumen diagnostik mengenai ketidakupayaan –
ketidakupayaan tertentu bagi mengetahui apakah ketidakupayaan murid tersebut iaitu
Autisme.Apakah ciri-ciri yang boleh dikatakan seseorang itu mempunyai masalah
autisme. .Setelah mengenalpasti ciri-ciri yang dimiliki, seseorang itu akan dikenalpasti
apakah jenis ketidakupayaan yang dialami.
Selain itu, kajian dijalankan adalah untuk menilai sejauh mana tahap pencapaian
seseorang kanak-kanak itu.Penilaian pencapaian ini dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti
latihan yang telah diberikan oleh guru-guru.Penilaian pencapaian yang dijalankan
membolehkan guru-guru menilai kebolehan seseorang murid dan mengetahui kelemahan
serta kekuatan murid. Ini penting bagi guru-guru untuk membolehkan guru-guru
menyediakan Rancangan Pendidikan Individu(RPI) yang sesuai.
Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk menilai tingkah laku, mental dan emosi
kanak-kanak yang berkeperluan khas.Sebagai yang kita ketahui mereka mempunyai sifat
dan sikap yang berbeza dengan murid-murid normal yang lain.Maklumat yang diperolehi
dapat membantu sseorang guru itu untuk menyelidik dan menyelesaikan masalah
tingkahlaku, emosi dan mental kanak-kanak berkeperluan khas.Hal ini kerana, masalah-
Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 15
[ ] J43404 / J43886
masalah ini memerlukan cara penyelesaian yang bersesuaian dengan keadaan sebenar
murid-murid khas.
3.3 KAEDAH KAJIAN(LAMPIRAN 1)
Dalam kajian yang telah kami jalankan, terdapat beberapa kaedah yang telah kami
gunakan.Kaedah-kaedah ini dapat membantu kami dalam menjalankan kajian serta
melengkapkan laporan ini. Di sini kami telah menggunakan 3 kaedah iaitu:
Pertama, kaedah temubual.Kami telah menemubual beberapa orang guru
pendidikan khas dan Pembantu Pengurusan Murid(PPM) bagi mengetahui dengan lebih
lanjut mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh murid yang dikaji.Selain itu, kami
juga sempat menemubual bapa murid berkenaan yang mana bapanya merupakan Ahli
Jawatankuasa Persatuan Ibu bapa dan Guru bagi Kelas Pendidikan Khas.Namun begitu,
apa yang kami dapati guru-guru lebih mengetahui masalah murid tersebut. Tambahan
pula, guru mempunyai lebih banyak pengalaman dalam bidang pendidikan khas
ini.Berdasarkan temubual yang telah dijalankan, kami dapati banyak maklumat yang
diperoleh dan mudah untuk difahami.
Kedua, kami telah menggunakan kaedah soal selidik.Soal selidik telah diedarkan
kepada guru-guru pendidikan khas di sekolah tersebut bagi mengisi maklumat-maklumat
yang berkaitan dengan murid yang dikaji.Ini memudahkan lagi tugasan kami untuk
menganalisis serta mengenal pasti apakah jenis ketidakupayaan yang dialami oleh murid
tersebut.
Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 16
[ ] J43404 / J43886
Ketiga, kami telah melakukan kaedah pemerhatian.Pemerhatian telah dilakukan
dengan melihat segala perbuatan atau tingkahlaku murid yang dikaji.Pemerhatian yang
dilakukan adalah untuk mengenal pasti sama ada murid tersebut bergaul dengan orang lain
ataupun tidak.Melalui kaedah ini juga kita dapat melihat kelima-lima aspek perkembangan
murid yang dikaji.Aspek yang dimaksudkan ialah kognitif, kemahiran komunikasi,
kemahiran motor, sosial , emosi dan pengurusan dirinya.
3.4 PENILAIAN PENGESANAN
Langkah pertama yang kami jalankan ialah mengenal pasti apakah jenis
ketidakupayaan Subjek . Jadi untuk mengenal pasti kami telah menggunakan penilaian
pengesanan.Sebagaimana yang diketahui, penilaian pengesanan merupakan penilaian yang
tidak formal yang dilakukan dengan cara pemerhatian.Melalui pemerhatian tersebut, kita
dapat menyenaraikan tingkah laku serta tanda-tanda ketidakupayaannya. Sewaktu kali
pertama melihat Subjek, kami berpendapat Subjek bermasalah Autisme. Jadi, untuk
meneguhkan lagi pendapat, kami telah menggunakan senarai semak yang berkaitan
dengan ciri-ciri masalah autisme.
Terdapat beberapa kategori yang dicirikan sebagai Autisme iaitu tidak mampu
bersosial, tidak boleh bertutur dan berkomunikasi, mempunyai masalah dalam pemikiran
dan perlakuan serta masalah tingkah laku. Setelah menjalankan pengesanan terhadap
subjek didapati subjek menunjukkan perlakuan sangat berbeza daripada normal seperti
tidak menghiraukan orang lain pada waktu mula berjumpa dengannya, tidak suka
bersentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang) , tidak berminat dalam permainan yang
perlu menggunakan imaginasi, tidak boleh berkomunikasi dengan baik dan mempunyai
Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 17
[ ] J43404 / J43886
masalah bercakap dan memahami percakapan orang. Di samping itu, subjek juga suka
melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan dan tidak boleh
duduk diam.
Jadi kesimpulannya, penilaian pengesanan yang telah dijalankan ke atas Subjek
mendapati bahawa dia mempunyai ciri-ciri seorang yang bermasalah Autisme. Ini
dikukuhkan lagi dengan laporan perubatan yang telah dijalankan oleh Pegawai Perubatan
dan Kesihatan Hospital Selayang pada tarikh 8 Februari 2011 oleh Dr Nurulwafa Binti
Hussain(lihat lampiran).
3.5 PENILAIAN PERKEMBANGAN
Penilaian perkembangan merupakan perubahan secara kuantitatif yang berlaku
secara berterusan sejak lahir hinggalah ke akhir hayat seseorang dan ianya dipengaruhi
oleh faktor baka dan persekitaran.Penilaian perkembangan dijalankan bagi menilai 5 tahap
perkembangan seseorang kanak-kanak atau murid-murid dari segi kognitif,
social,emosi,,motor,yang terdiri daripada motor halus dan kasar, bahasa dan
komunikasi.Sekiranya seseorang kanak-kanak atau individu itu tidak berupaya
berkembang secara normal, guru-guru boleh serta harus menjalankan proses intervensi
awal untuk membantu kanak-kanak tersebut berkembang mengikut tahap umurnya
walaupun tidak sepenuhnya.
4.0 CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS YANG DIPILIH.
Berdasarkan kajian kes yang telah dilakukan,kanak-kanak yang dikenali sebagai
Subjek merupakan kanak-kanak berkeperluan khas. Subjek merupakan kanak-kanak
Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 18
[ ] J43404 / J43886
autism .Subjek dipilih dalam kajian kes ini kerana kanak-kanak autism merupakan kanak-
kanak yang snagat unik. Kanak-kanak berkeperluan khas ini mempunyai tingkah laku
yang berlainan, Namun begitu kanak-kanak autism mempunyai kelebihan dan
keisetimewaan yang tersendiri jika kita berjaya mendorong mereka melakukan sesuatu
yang lebih baik.
Berdasarkan cerita gurunya yang mendapat maklumat daripada ibunya, beliau
menyatakan bahawa pada awalnya Subjek kelihatan seperti kanak-kanak normal lain.
Namun begitu, beliau mula risau apabila anaknya berusia 6 tahun kerana telah diberitahu
oleh guru tadikanya bahawa anaknya berkemungkinan autisme. Akhirnya beliau telah
membawa anaknya melakukan pemeriksaan doktor pada bulan Februari 2011 dan barulah
beliau mengetahui anak beliau merupakan kanak-kanak autisme.
4.1 Fizikal
Subjek adalah merupakan kanak-kanak yang dikategorikan sebagai kanak-kanak
autism. Dari aspek fizikal, kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang kemas dan
menarik. Kanak-kanak ini mempamerkan ciri-ciri kebersihan yang sesuai dengan tahap
umurnya. Tidak seperti kanak-kanak normal yang lain, Subjek didapati lebih suka
bersendirian dan tidak gemar bersosial.
4.2 Komunikasi
Selain itu,ciri-ciri lain yang dapat dilihat pada subjek ialah subjek mempunyai
kebolehan mendengar dan melihat tetapi tidak mengikut norma-norma yang biasa kerana
kadangkala dia seolah-olah tidak memahami apa yang dituturkan dan apa yang
Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 19
[ ] J43404 / J43886
dilihat..Dengan kata lain. Subjek dilihat seperti berada dalam dunianya yang tersendiri.
Masalah utama yang dihadapi oleh Subjek ialah kemahiran komunikasi daya ingatan yang
pendek. Hal ini menyebabkan dia gagal memulakan atau melibatkan diri dalam
komunikasi. Ini akan menjadi masalah yang serius juka dibiarkan berterusan. Sekiranya
tidak diberi rawatan ataupun tidak dibantu mempertingkatkan komunikasi, ia akan
menjejaskan kehidupan sosial Subjek pada masa hadapan. Hal ini akan menyebabkan
Subjek merasa tersisih daripada masyarakat normal yang lain.
4.3 Gangguan Deria
Ciri seterusnya ialah gangguan deria ialah tidak suka dipegang atau disentuh. Ciri
ini merupakan ciri yang terdapat pada Subjek berdasarkan pemerhatian yang dibuat.
Sebagai contoh, di dalam kelas matematik Subjek tidak suka disentuh oleh gurunya iaitu
Puan Siti Khadijah.Apabila melihat Subjek hanya mendiamkan diri gurunya tersebut
memegang tangan dan membantu menulis nombor tersebut. Namun begitu, kelihatan
Subjek tidak selesa apabila berbuat demikian.
4.4 Emosi
Selain itu,dari segi emosi subjek mudah berubah-ubah dan sangat sukar untuk
diramal. Subjek akan mengamuk apabila melakukan sesuatu yang tidak disukai
olehnya.Selain itu, dia juga tidak mampu mengawal emosinya daripada menyembunyikan
perasaan suka atau tidak suka kepada seseorang. Perkara tersebut sangat berbeza dengan
perkembangan emosi kanak-kanak normal seusia dengan Subjek yang sudah mampu
mengawal emosinya.
Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 20
[ ] J43404 / J43886
4.5 Sosial
Dari aspek perkembangan sosial pula, Subjek menjadi handicap apabila
berinteraksi dengan orang lain. Subjek sentiasa menjauhkan diri apabila ada orang hendak
berinteraksi dengannya.Oleh sebab,Subjek suka menyendiri maka Subjek tidak suka
bersosial . Hal in disebabkan Subjek lebih suka atau berminat bercakap mengenai dirinya
berbanding memahami orang lain .
Kesimpulan yang boleh dibuat, ciri-ciri yang didapati pada Subjek sememangnya
menunjukkan bahawa Subjek merupakan murid autism.Oleh itu , subjek perlulah
diberikan perkhidmatan pendidikan yang sesuai untuk dirinya .
5.0 PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN PERKHIDMATAN KHAS YANG
DITERIMA.
5.1 PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DI LUAR.
Subjek mendapat pendidikan di luar iaitu belajar di Maahad Tahfiz At-Tijara, di
mana dalam masa seminggu tiga hari Subjek akan menhadirkan diri ke kelas Pendidikan
Khas dan dua hari lagi ke Maahad Tahfiz At-Tijarah(Seperti lampiran surat kebenaran dan
jadual).
5.2 PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (KELAS KHAS)
Antara aktiviti yang dijalankan ke atas Subjek:-
Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 21
[ ] J43404 / J43886
1)Terapi Berkuda
Tempat :Rawang(Jelalang Warisan)
Masa : Setahun 2 kali mengikut kesesuaian. Tujuan : Terapi untuk tulang belakang,Postur badan,Kawalan mental dan
Keseimbangan tubuh badan(Dengan bimbingan guru)
2)Lawatan Sosial
Contoh :
1)Tempat:Petrosains(KLCC)
Tujuan : Komunikasi dan sosial(pendedahan pada persekitaran)
2)Kilang Roti High 5
Tujuan : Memahami aktiviti yang dijalankan(Pengurusan diri)
3)Terapi Air(alat Noodle)
Tempat : Temple Park
Tujuan : Kekuatan pergelangan tangan /Fokus saikomotor mata dan tangan.
Masa : 2 kali setahun (Di bawah bimbingan Carolina Binti Wan Hassan)
4)Terapi Bowling
Tujuan :Lenturan badan , fokus mental dan koordinasi.(Pertama kali diperkenalkan.
5.3 .Rancangan Pendidikan Individu(RPI)(Lampiran 4)
Kanak-kanak Khas seharusnya mempunyai program individunya sendiri.Dalam
program tersebut perlu dimasukkan perancangan dan matlamat yang hendak dicapai oleh
kanak-kanak tersebut(Kauffman dan Hallahan, 2005). Oleh itu sejarah dan perkembangan
Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 22
[ ] J43404 / J43886
Rancangan Pendidikan Individu(RPI) bermula di Amerika Syarikat apabila PL 94-142
digubal menjadi satu akta yang dikuatkuasa dari segi perundanganSeterusnya RPI menjadi
panduan dibeberapa buah negara termasuk negara kita Malaysia.dalam melaksanakan RPI
murid-murid Khas perlu mempunyai sekurang-kurangnya lapan komponen seperti:
1)Tahap pencapaian murid yang terkini.
2)Matlamat tahunan atau pencapaian yang diharapkan pada akhir tahun.
3)Objektif jangka pendek dinyatakan dalam bentuk pembelajaran mengikut langkah-
langkah berurutan hingga membawa kepada penguasaan matlamat tahunan
4)Jenis pendidikan Khas yang perlu disediakan oleh murid.
5)Jenis perkhidmatan berkaitan(jika perlu) yang akan disediakan untuk murid.
6)Jangka masa murid akan terlibat di dalam program aliran biasa.
7)Ketetapan tarikh memulakan perkhidmatan dan jangka masa perkhidmatan.
Rancangan Pendidikan Individu bagi subjek contoh bermasalah pembelajaran
(boleh di lihat seperti dalam lampiran). Contoh matlamat jangka panjang untuk Subjek
iaitu boleh menghasilkan perkaitan antara huruf konsonan dan vokal sehingga terhasil
sukukata manakala objektif jangka pendek pula ialah Subjek akan dapat mengenal huruf
dan boleh membeza vokal dan konsonan.Gurunya telah menggunakan pendekatan “flash
Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 23
[ ] J43404 / J43886
card’ , menyebut berulang-ulang dan menulis semula.Sehingga Mac 2012 didapati banyak
penambahbaikan perlu dibuat ke atas subjek.
Kesimpulannya Rancangan Pendidikan Individu(RPI) adalah rancangan program
penilaian berterusan untuk seseorang murid dan sebagai teras perancangan pendidikan
dalam program pendidikan khas.
6.0 PENCAPAIAN SUBJEK DALAM BIDANG AKADEMIK, TINGKAH LAKU
PENYESUAIAN, KEMAHIRAN-KEMAHIRAN KHUSUS DAN SEBAGAINYA.
(LAMPIRAN 5)
6.1 Bahasa Melayu
Subjek disifatkan sebagai murid yang berada pada tahap sederhana
IQnya.Walaupun murid ini kategori Autisme , akan tetapi Subjek ini boleh mengikuti
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru.Kekangan yang dihadapi oleh
guru adalah sifat tumpuannya dalam mendalami mahupun menjalankan kerja-kerja
psikomotor.Subjek tetap menjalani pengajaran dan pembelajaran mengikut Rancangan
Pengajaran Individu(RPI)yang disediakan oleh guru.Melalui pemerhatian yang dibuat
mengikut mata pelajaran, Subjek ini boleh mengikuti pembelajaran akan tetapi pada
matapelajaran-matapelajaran tertentu sahaja.Hal ini disebabkan masalah tumpuan yang
dihadapinya.Bagi matapelajaran Bahasa Melayu, Subjek didapati baik dalam penulisan.
Responden dapat membuat penilaian dengan menggunakan bahan maujud dan kad
imbasan, dengan cara menyebut berulang-ulang dan menulis semula. Di dapati dengan
Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 24
[ ] J43404 / J43886
cara ini subjek dapat mengikuti pengajaran gurunya dengan baik walaupun kadang-kadang
Subjek tidak dapat memberikan tumpuan.
6.2 Matematik
Seterusnya pemerhatian dibuat terhadap matapelajaran Matematik.Kelas tersebut
mengandungi 6 orang murid .Apa yang dapat diperhatikan guru membuat pendekatan
yang baik dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan minat
murid untuk belajar.Penggunaan bahan maujud dapat memainkan peranan kepada
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas terutamanya murid yang amat memerlukan
perhatian yang lebih daripada seorang guru.Berdasarkan pemerhatian dan temuramah
dengan guru Matematik didapati Subjek boleh mengikuti pengajaran dan pembelajaran
guru dengan baik. Subjek sudah dapat menulis nombor dari 1 hingga 100 dengan baik
dan dapat mengenal nombor-nombor tersebut.Keadaan ini menunjukkan bahawa Subjek
sudah dapat menerima pengajaran dan pembelajaran guru. Gurunya juga menggunakan
pendekatan dua hala yang mampu menarik minat murid.Tambahan pula, guru sentiasa
memastikan murid-muridnya berada dalam keadaan berminat untuk mengikuti
pembelajaran.Cara guru Matematik mendekati murid juga merupakan faktor yang amat
penting bagi mencapai RPI yang dirancang oleh seseorang guru itu.
6.3 Kemahiran Manipulatif
Bagi kemahiran manipulatif pula, melalui temubual secara tidak formal dengan
Subjek didapati bahawa Subjek tidak berminat dalam matapelajaran Pendidikan
Seni..Hasil daripada aktiviti yang dijalankan dalam kelas pendidikan seni didapati,
Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 25
[ ] J43404 / J43886
lukisan, tampalan dan sebagainya dilakukan oleh Subjek tidak kemas.Walaupun, Subjek
dapat menguasai kemahiran motor halus dan motor kasar dengan baik contohnya bagi
kemahiran motor kasar Subjek dapat menolak bola, membaling bola, mendakap bola,
menggolek bola dan sebagainya (seperti lampiran) . Bagi kemahiran motor halus pula
didapati Subjek boleh merenyuk kertas, memerah span, mengoyak kertas, menampal kolaj
dan sebagainya(seperti lampiran).Tetapi disebabkan subjek tidak mempunyai minat dalam
pendidikan Seni maka hasil aktiviti Subjek tidak begitu kemas.
6.4 Pengurusan Tingkahlaku
Bagi rekod pengurusan tingkah laku pula, Subjek didapati dapat menguruskan diri
dengan baik seperti kanak-kanak normal yang lain. Sebagai contoh dari segi disiplin diri,
Subjek dapat beratur mengikut keperluan di sesuatu tempat, mematuhi arahan yang
diterima, mematuhi pakaian seragam sekolah, dan dapat memperkenalkan diri sendiri. Jika
dilihat dari segi sosial pula, subjek dapat mengenal rakan-rakan sebaya dalam kelas dan
dapat melafazkan panggilan yang sesuai untuk orang lain.Begitu jika dilihat dari segi
keselamatan didapati subjek dapat menguruskan diri sendiri dengan selamat.Daripada
prestasi pengurusan tingkahlaku Subjek maka dapat memudahkan guru-gurunya untuk
menguruskan subjek di dalam kelas mahupun di luar kelas.
6.5 Muzik
Berdasarkan temubual dengan gurunya didapati Subjek amat berminat dengan
subjek Muzik kerana apabila tiba waktu muzik subjek didapati bersungguh-sungguh
semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan oleh gurunya.
Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 26
[ ] J43404 / J43886
Oleh itu, dapatlah dilihat di sini perbezaan dan masalah yang dihadapi oleh Subjek
berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Walaupun Subjek merupakan kanak-
kanak berkeperluan khas , ini tidak bermaksud dia perlu diabaikan. Terdapat beberapa
cadangan intervensi awal yang boleh dibuat untuk Subjek. Intervensi awal yang boleh
dibuat ke atas Subjek contohnya terapi muzik memandangkan subjek suka muzik.Terapi
muzik dapat dilakukan ke atas subjek kerana penggunaan muzik ini membolehkan kedua-
dua bahagian otak menerima pelbagai aspek yang terdapat di dalam muzik iaitu melodi,
pic, ton, ritma, dan lain-lain. Penggunaan terapi muzik dengan aktif dapat memberikan
ketenangan kepada kanak-kanak tersebut kerana kanak-kanak autism. Malah terapi ini
juga, dapat menstimulasikan dan menghiburkan kanak-kanak tersebut kerana kanak-kanak
autism sangat berminat pada muzik yang mempunyai daya tarikan yang luar biasa pada
mereka. Elemen-elemen muzik ini haruslah diterapkan di dalam pengajaran dan
pembelajaran pendidikan khas ini kerana terapi ini secara tidak langsung dapat membantu
kanak-kanak seperti subjek ini menyebut perkataan-perkataan mahupun angka yang diajar
di dalam kelas. Selain itu, kanak-kanak ini juga mampu didisiplinkan melalui muzik.
Kesimpulan berdasarkan pemerhatian,soalselidik dan temubual yang dijalankan
didapati bahawa proses pengajaran yang dijalankan iaitu berdasarkan pelaksanaan dan
keberkesanan Rancangan Pengajaran Individu yang dirancang oleh guru untuk Subjek
telah mencapai objektif pengajaran dengan bantuan dan tunjuk ajar oleh guru.Melalui
laporan ini juga, maka dapat membantu guru-guru untuk menentukan kaedah pengajaran
yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran seterusnya kepada Subjek.
Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 27
[ ] J43404 / J43886
7.0 PENUTUP
Secara kesimpulannya, permasalahan autism ini semakin meningkat dalam
kalangan kanak-kanak. Dengan ini pencegahan adalah lebih baik daripada merawat. Ini
kerana, kanak-kanak autism memerlukan rawatan yang terperinci dan pemeriksaan fizikal
serta penilaian perkembangan intelek dan emosinya. Kaunseling dan intensif diperlukan
untuk meningkatkan kemampuan ibu bapa melatih dan memberi rawatan kepada anak-
anak mereka. Ini memerlukan kesabaran, pengorbanan masa , tenaga dan kewangan.
Kepada guru-guru tindakan dan kaedah yang sesuai hendaklah diaplikasikan dan
direalisasikan bagi mengelakkan kanak-kanak pengidap autism ini daripada berterusan
dengan kepelbagaian masalah yang mereka timbulkan serta dapat mengawal dan
membantu mereka dengan sewajarnya.
Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 28
[ ] J43404 / J43886
.
Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 29