kajian hukum wakaf tunai, wakaf bertempoh dan instrumen...

29
Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen Kewangan Prof. Madya Dr. Azman Mohd Noor Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak 12 Disember 2017 IIUM Institute of Islamic Banking & Finance Dibentangkan oleh: Jabatan Mufti Negeri Sarawak 1

Upload: hanguyet

Post on 01-May-2019

256 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen ...drazman.net/.../uploads/2018/07/Slides_Kajian-Wakaf... · Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen Kewangan

Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen Kewangan

Prof. Madya Dr. Azman Mohd Noor

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak12 Disember 2017

IIUM Institute of Islamic Banking & Finance

Dibentangkan oleh:

Jabatan Mufti Negeri Sarawak 1

Page 2: Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen ...drazman.net/.../uploads/2018/07/Slides_Kajian-Wakaf... · Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen Kewangan

Kandungan Kajian

Pengenalan Wakaf TunaiWakaf

BertempohWakaf InstrumenKewangan Islam

Kesimpulan

2

Page 3: Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen ...drazman.net/.../uploads/2018/07/Slides_Kajian-Wakaf... · Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen Kewangan

Pengenalan

Wakaf adalah amalan kebajikan yang digalakkan di dalam Islam. Ia adalah salah satu cara sedekah jariah yang memberikan pahala yang berpanjangan kepada pewakaf walaupun selepas kematiannya. Dari segi bahasa wakaf bermakna “tahan”. Dari segi istilah ialah menahan pemilikan sesuatu harta (yang diwakafkan) dan bersedekah dengan manfaatnya. Konsep dan ciri utama wakaf yang membezakannya daripada amalan kebajikan dan sedekah ialah “habs al- asl” menahan aset asal (‘ain) atau prinsipalnya, dan “tasbil al-manfaah” sedekahkan manfaatnya.

3

Page 4: Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen ...drazman.net/.../uploads/2018/07/Slides_Kajian-Wakaf... · Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen Kewangan

Pengenalan

• Wakaf sebagai “a vehicle for financing Islam as a society” yakni suatu metode yang dapat

membiayai kelangsungan hidup masyarakat Islam (Marshall Hodgson, 1974)

• Pengurusan dana wakaf yang efisien dapat memenuhi keperluan sosial umat Islam dalam

pelbagai aspek termasuk keagamaan

• Pelan transformasi wakaf meliputi pelbagai sektor dan industri termasuk kesihatan,

pertanian, penternakan, pelancongan, hospitaliti dan pendidikan

• Peruntukan kerajaan dalam usaha-usaha pembangunan wakaf:➢ Geran bernilai RM4.5 juta menerusi projek entiti wakaf kebangsaan kepada YWM bagi

menjayakan penubuhan Skim Wakaf Tunai Malaysia

➢ Peruntukan sejumlah RM1.9 bilion bagi membangunkan tanah wakaf di seluruh negara di bawah

RMK-10

➢ Pembangunan sistem e-Wakaf

4

Page 5: Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen ...drazman.net/.../uploads/2018/07/Slides_Kajian-Wakaf... · Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen Kewangan

Pengenalan

• Wakaf sebagai “a vehicle for financing Islam as a society” yakni suatu metode yang dapat

membiayai kelangsungan hidup masyarakat Islam (Marshall Hodgson, 1974)

• Pengurusan dana wakaf yang efisien dikatakan dapat memenuhi keperluan sosial umat

Islam dalam pelbagai aspek termasuk keagamaan

• Pelan transformasi wakaf meliputi pelbagai sektor dan industri termasuk kesihatan,

pertanian, penternakan, pelancongan, hospitaliti dan pendidikan

• Peruntukan kerajaan dalam usaha-usaha pembangunan wakaf:➢ Geran bernilai RM4.5 juta menerusi projek entiti wakaf kebangsaan kepada YWM bagi

menjayakan penubuhan Skim Wakaf Tunai Malaysia

➢ Peruntukan sejumlah RM1.9 bilion bagi membangunkan tanah wakaf di seluruh negara di bawah

RMK-10

➢ Pembangunan sistem e-Wakaf

5

Page 6: Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen ...drazman.net/.../uploads/2018/07/Slides_Kajian-Wakaf... · Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen Kewangan

Pernyataan Masalah

• Fahaman bahawa harta wakaf mesti bersifat kekal di mana ia tidak boleh dijual beli dan dipindah

milik menghalang perkembangan institusi wakaf sebagai sebuah organisasi bersifat komersil

• Justeru harta wakaf tidak dapat diurus secara dinamik dan fleksibel.

• Anggapan masyarakat bahawa wakaf hanya boleh dibuat ke atas harta tidak alih untuk menjamin

kekekalan ciri fizikal

• Konsentrasi harta wakaf dalam bentuk aset hartanah di Malaysia adalah begitu ketara berbanding

negara-negara lain

0%

50%

100%95%

13%

41%

Konsentrasi Harta Wakaf Tidak Alih

Selangor Singapore Kuwait 6

Page 7: Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen ...drazman.net/.../uploads/2018/07/Slides_Kajian-Wakaf... · Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen Kewangan

Pernyataan Masalah

• Aset wakaf tidak alih adalah sukar untuk dibangunkan kerana ia mempunyai tahap

kecairan tunai yang lebih rendah berbanding kelas aset lain seperti ekuiti dan bon

• Senario “Kaya Aset Kurang Dana” yang membelenggu institusi wakaf

• Oleh itu, para mutawalli perlu memikirkan pendekatan alternatif serta instrumen

kewangan yang berpotensi untuk membangunkan harta wakaf dengan lebih efektif

• Jenis-jenis produk pelaburan wakaf yang ditawarkan di pasaran modal Islam masih

lagi terhad

• Wakaf perlu mempunyai keupayaan menjana pendapatan kendiri (self-sustained

financing) dan bersifat berdikari (self-reliant) (Sulaiman, 2016).

7

Page 8: Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen ...drazman.net/.../uploads/2018/07/Slides_Kajian-Wakaf... · Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen Kewangan

FUQAHA YANG TIDAK MENGHARUSKAN WAKAF TUNAI

Secara umumnya, majoriti fuqaha daripada Imam Hanafi dan Abu Yusuf, mazhab Syafie dan Hanbali, dan satu pandangan dalam mazhab Maliki tidak membenarkan wakaf tunai kerana cirinya yang tidak kekal.

Berkata pengarang kitab al-Fatawa al-Hindiyyah:

“Sekiranya seseorang mewakafkan dirham, dinar atau pakaian, maka wakafnya tidak sah”

Begitu juga Imam Al-Mawardi menyatakan:

“Fasal: wakaf dirham dan dinar tidak sah pewakafannya kerana ia tidak kekal bila dimanfaatkan - musnah (Istihlak), (maka tidak sah) seperti makanan.”

Ibn Qudamah pula berkata:

“Segala barangan yang tidak kekal apabila dimanfaatkan seperti emas, perak, makanan dan minuman maka pewakafannya adalah tidak sah...yang dimaksudkan dengan emas dan perak di sini ialah dinar dan dirham” 8

Pandangan Fuqaha Terhadap Wakaf Tunai

Page 9: Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen ...drazman.net/.../uploads/2018/07/Slides_Kajian-Wakaf... · Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen Kewangan

• Berdasarkan pemerhatian pengkaji, para fuqaha’ yang tidak membenarkan wakaf tunai tidak pernah menyatakan sebarang dalil yang jelas daripada al-Quran atau Sunnah yang menyebut bahawa wakaf tunai adalah tidak dibenarkan.

• Mereka menyatakan pandangan ini hanya dengan mengkiaskan dengan makanan dan minuman yang habis apabila digunakan, sedangkan wang tunai yang diwakafkan pada hakikatnya boleh dikekalkan dengan menukarkan bentuknya kepada aset yang lain.

9

Pandangan Fuqaha Terhadap Wakaf Tunai

Page 10: Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen ...drazman.net/.../uploads/2018/07/Slides_Kajian-Wakaf... · Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen Kewangan

FUQAHA YANG MENGHARUSKAN WAKAF TUNAI

• Sebahagian ulama mazhab Hanafi seperti Zufar, ulama mazhab Maliki dan sebahagian ulama mazhab hanbali membenarkan wakaf tunai. Ibn Taymiyyah menegaskan pandangan ini adalah pandangan yang sahih menurut Imam Ahmad.

• Berdasarkan pandangan mazhab Hanafi dan Maliki, wakaf tunai ini dibenarkan dan ia akan digunakan tanpa melupuskan fizikalnya seperti digunakan dalam perniagaan atas dasar mudharabah (Hanafi) atau diberikan hutang atas dasar pinjaman (qard) kepada mereka yang berhajat.

• Dalam konteks perbincangan ini, wang tunai yang diwakafkan akan ditukar dalam bentuk aset yang lain dimana manfaatnya boleh dinikmati tanpa melupuskan asetnya iaitu unit amanah.

10

Fatwa Mengenai Wakaf Tunai

Page 11: Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen ...drazman.net/.../uploads/2018/07/Slides_Kajian-Wakaf... · Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen Kewangan

Berkata Ibn Abidin:

“Sesungguhnya dirham tidak tertentu dengan penentuan (ال تتعين بالتعين), walaupun tidak dimanfaatkan dengan kekal fizikalnya, tetapi gantiannya mengambil tempat nilai yang asal, kerana dinar dan dirham itu tidak tertentu dengan penentuan. Oleh kerana itu (gantinya mengambil tempatnya), maka ia umpama kekal. Tidak dinafikan bahawa dinar dan dirham itu adalah harta alih, oleh kerana ‘uruf kebiasaan masyarakat menerima sebarang sebarang transaksi dengannya maka ia termasuk dalam perkara-perkara yang dibenarkan oleh Imam Muhammad....daripada al-Ansari (salah seorang pengikut Imam Zufar), beliau ditanya berkenaan dengan hukum sesiapa yang mewakafkan dinar dan dirham atau sesuatu yang boleh disukat atau ditimbang: Adakah dibenarkan? Beliau menjawab: Ya. Apabila ditanya bagaimana, beliau menjawab: Dirham tersebut akan dijadikan modal mudharabah kemudian apabila mendapat untung, keuntungan tersebut akan diserahkan kepada manfaat wakaf seperti yang dinyatakan...”

Berkata Sheikh ‘Alish:

“Berkenaan dengan hukum kesahihan wakaf bagi perkara-perkara yang tidak tertentu dengan penentuan umpama makanan, dinar dan dirham, untuk diberi hutang kepada mereka yang memerlukannya dan dibayar kembali dengan seumpamanya sebagai wakaf, dan begitulah seterusnya. Inilah pandangan yang diterima oleh pengarang Al-Mudawwanah. Ini jugalah pandangan Ibn Syaz dan Ibn Hajib”

11

Fatwa Mengenai Wakaf Tunai

Page 12: Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen ...drazman.net/.../uploads/2018/07/Slides_Kajian-Wakaf... · Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen Kewangan

FATWA KONTEMPORARI

• Setakat kajian ini dijalankan, perbezaan pendapat mengenai keharusan wakaf tunai hanya berlaku dalam kalangan ulama klasik. Dalam konteks ulama semasa (institusi fatwa atau individu), tiada pandangan yang tidak membenarkan wakaf tunai.

Antara Institusi-institusi yang membenarkan wakaf tunai:

❖ Majlis Fatwa Kebangsaan

❖ Majlis Fatwa Negeri di Malaysia (Selangor, Terengganu, Kedan dan Kelantan)

❖ Majlis Akademi Fiqh Islam Antarabangsa dalam mesyuaratnya yang ke-15 pada 2004 di Muscat, Oman

❖ Accounting & Auditing Organisation for Islamic Financial Institutions (AAOIFI)

12

Fatwa Mengenai Wakaf Tunai

Page 13: Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen ...drazman.net/.../uploads/2018/07/Slides_Kajian-Wakaf... · Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen Kewangan

Wakaf Bertempoh (Wakaf Muaqqat)

Pandangan pertama

• Majoriti fuqaha Hanafi, Shafie dan Hanbali berpendapat bahawa ciri kekal merupakan syarat utama wakaf dan ketiadaan ciri kekal akan menyebabkan sesuatu wakaf menjadi tidak sah. Lantaran itu, majoriti fuqaha tidak membenarkan Wakaf Sementara.

Pandangan Kedua

• Wakaf Sementara dibenarkan oleh mazhab Maliki. Kerana menurut mazhab Maliki, pemindahan milik secara kekal bukan syarat kepada keabsahan sesuatu wakaf. Maka, dibenarkan untuk wakif mewakafkan sesuatu harta untuk tempoh waktu tertentu dan kemudiannya hak milik harta tersebut pulang kepada wakif selepas tempoh tersebut tamat. Sebagai contoh, wakif boleh mewakafkan sebuah rumah untuk tempoh sebulan dan kemudian hak milik rumah tersebut kembali kepada wakif

• "التأبيدوال يشترط في صحة الوقف : "الدسوقيقال 6/87: حاشية الدسوقي

13

Page 14: Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen ...drazman.net/.../uploads/2018/07/Slides_Kajian-Wakaf... · Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen Kewangan

Sambungan ..(Wakaf Muaqqat)

Secara umumnya, terdapat dua nas utama yang menjadi asas kepada para fuqaha untuk menyatakan syarat kekal sebagai antara syarat utama wakaf yang menyebabkan mereka menolak Wakaf Sementara:

Pertama: Hadis kelebihan Sedekah jariah. Nabi S.A.W bersabda:

• "صدقة جارية، أو علم ينتفع به، أو ولد صالح يدعو له:إذا مات األنسان انقطع عمله إال من ثالث“:وعن أبي هريرة رضي هللا عنه أن رسول هللا صلى هللا عليه وسلم قال

Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Bersabda Rasulullah s.a.w. :

"Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan atau anaksoleh yang mendoakannya

Kedua:Hadis Umar di mana Nabi SAW berkata kepada Umar:

(احبس اصلها وسبل ثمرتها)

“Kekalkan asalnya dan manfaatkan faedahnya”

Jumhur fuqaha berhujah wakaf sementara tidak merealisasikan konsep sedekah jariah dan melaksanakan sabda Nabi SAW berkaitan pengekalan asal asset wakaf kerana ia akan kembali kepada pemilik asalnya. Hadis Umar pula menurut jumhur menunjukkan bahawa pemilikan wakaf ditahan dan tidak boleh dipindah milik.

Mazhab Maliki berpandangan konsep jariah tersebut tetap berlaku semasa aset tersebut berada dalam wakaf dan ini tidak bercanggah dengan kehendak hadis. Menurut ulama mazhab Maliki lafaz hadis Umar “ihbis” iaitu “menahan harta” bermakna penetutan pemilikan wakaf diserahkan kepada pewakif dan pewakif boleh menajdikannya wakaf kekal atau sementara. Mereka juga berhujah dengan hadis المؤمنون علىشروطهم

14

Page 15: Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen ...drazman.net/.../uploads/2018/07/Slides_Kajian-Wakaf... · Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen Kewangan

Sambungan ..(Wakaf Muaqqat)

Daripada ulama mazhab Shafie, Abu Abbas Ibn Suraij sebagaiamana dinukilkan olehal-Mawardi di dalam kitab al-Hawi bersetuju dengan padangan Maliki dalamkeharusan wakaf sementara. Beliau berhujjah sekiranya harta yang dikongsikan dan boleh ditentukan sempadannya boleh diwakafkan, maka harta yang diwakafkan berdasarkan sempadan masa juga adalah harus. Namun beliau lebih selesa menggelarkan wakaf bertempoh dengan “ariyah” (pinjaman barang).

يجوز الوقف المؤقت، ألنه لما جاز له أن يتقرب بكل ماله وببعضه جاز له أن : "قال أبو العباس ابن سريجالحاوى . قال أبو العباس وإن قيل فهذه عارية وليست وقفا . يتقرب به في كل الزمان وفي بعضه

9/521

15

Page 16: Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen ...drazman.net/.../uploads/2018/07/Slides_Kajian-Wakaf... · Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen Kewangan

Amalan Wakaf Bertempoh di Malaysia

Wakaf secara sementara dibenarkan di dua negeri iaitu Wilayah Persekutuan dan Terengganu seperti berikut:

Seksyen 2 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 menyatakan bahawa:

"wakaf khas" ertinya wakaf yang berkekalan atau bagi suatu tempoh terhad atas modal harta bagi maksud-maksud agama atau khairat yang diiktiraf oleh Hukum Syarak, dan harta yang diwakafkan sedemikian, yang berpendapatan daripadanya diberikan kepada orang-orang atau bagi maksud-maksud yang ditetapkan dalam wakaf itu;

Sekyen 18 Enakmen Wakaf (Terengganu) 2016 menyatakan bahawa:

“18. (1) Seseorang waqif boleh mewujudkan suatu wakaf irsod, wakaf muabbad, wakaf muaqqat, wakaf musya’ atau wakaf musytarak ke atas mana-mana atau kesleuruhan hartanya.

(2) Bagi maksud seksyen ini—

…(c) “wakaf muaqqat” ertinya sesuatu penyerahan wakaf untuk suatu tempoh masa tertentu.”

16

Page 17: Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen ...drazman.net/.../uploads/2018/07/Slides_Kajian-Wakaf... · Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen Kewangan

Perbincangan mengenai wakaf saham adalah relevan kepada wakaf unit amanah kerana antara konstituen utama kepada unit amanah adalah saham dan bon, atau salah satu daripadanya. Terdapat banyak fatwa atau resolusi yang membenarkan saham sebagai subjek wakaf:

1) Majlis Akademi Fiqh Islam Antarabangsa

dalam mesyuaratnya yang ke-19 pada 2009 di Emiriah Arab Bersatu, dalam resolusinya bernombor 181 menyatakan:

“Diharuskan untuk mewakafkan saham syarikat (yang patuh Syariah), Sukuk, hak tidak ketara, manfaat dan unit amanah, kerana kesemuanya adalah bentuk-bentuk aset yang diterima oleh Syariah.”

17

Fatwa Mengenai Keharusan Saham Sebagai Subjek Wakaf

Page 18: Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen ...drazman.net/.../uploads/2018/07/Slides_Kajian-Wakaf... · Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen Kewangan

2) AAOIFI dalam Piawaian Syariah yang ke-33 bernombor 3/4/3/4 :

“Diharuskan wakaf saham dan Sukuk pelaburan yang patuh Syariah. Dan ketika dicairkan, ia tertakluk kepada hukum Istibdal. Dan diagihkan hasil keuntungan bahagian wakaf kepada penerima manfaat wakaf.”

3) Dar Al-Iftaa Al-Misriyyah (Badan Fatwa Mesir) telah mengeluarkan fatwa mengenai keharusan wakaf saham dan menyalurkan hasilnya kepada penerima wakaf.

18

Fatwa Mengenai Keharusan Saham Sebagai Subjek Wakaf

Page 19: Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen ...drazman.net/.../uploads/2018/07/Slides_Kajian-Wakaf... · Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen Kewangan

Isu-Isu Syariah Berkaitan Wakaf Saham/sukuk/unit Amanah

Isu SyariahBerkaitan

Wakaf Unit Amanah

Keabsahan Saham Sebagai Subjek Wakaf Keabsahan

Wakaf Sementara

(Wakaf Muaqqat)

Keabsahan Wakaf Tunai

Keabsahan Wakaf

Bersama (Wakaf Musha’)

Pelaburan dan

Pelaburan Semula

Keuntungan Pelaburan

Harta Wakaf

Harta yang Diwakafkan: Tunai atau Saham?

Isu IstibdalKetika Nilai Aset Turun Naik Atau

Mendatangkan Kerugian

Proses Istibdal

19

Page 20: Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen ...drazman.net/.../uploads/2018/07/Slides_Kajian-Wakaf... · Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen Kewangan

i.Keabsahan Wakaf Bersama (Wakaf Musha’)

• Musha’ bermaksud pemilikan dua orang atau lebih dalam sesuatu aset secara bersama tanpa terpisah atau keutamaan diatas pemilikan tersebut

• Perbincangan para fuqaha mengenai keharusan Wakaf Musha’ adalah seperti berikut:

1. Mazhab Syafie dan Hanbali

Mazhab Syafie dan Hanbali berpendapat bahawa Wakaf Musha adalah dibenarkan tanpa mengira sama ada ianya merupakan aset yang boleh dipisahkan atau tidak.

20

Page 21: Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen ...drazman.net/.../uploads/2018/07/Slides_Kajian-Wakaf... · Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen Kewangan

2. Mazhab Maliki

Mazhab Maliki membincangkan mengenai Wakaf Musha’ dalam dua keadaan:

• Jika harta dapat dibahagikan:

Wakaf Musha’ adalah sah walaupun ia boleh dibahagikan. Tetapi ia mesti dibahagikan jika pemilik bersama harta tersebut mahu ia dipisahkan.

• Jika harta tidak dapat dibahagikan

Terdapat dua pandangan dalam mazhab Maliki iaitu sah dan tidak sah. Namun pandangan yang paling rajih dalam mazhab Maliki adalah tidak membenarkan wakaf Musha’ kepada barangan yang tidak boleh dibahagikan (Zuhayli, 2009).

3. Mazhab Hanafi

Ia telah dipersetujui dalam kalangan ulama mazhab Hanafi bahawa Wakaf Musha’ keatas harta yang tidak dapat dibahagikan adalah sah. Tetapi, jika harta tersebut diwakafkan untuk tujuan pembinaan masjid atau kubur, maka ia tidak sah (Al-Marghinani, n.d)

i.Keabsahan Wakaf Bersama (Wakaf Musha’)

21

Page 22: Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen ...drazman.net/.../uploads/2018/07/Slides_Kajian-Wakaf... · Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen Kewangan

ii.Pelaburan dan Pelaburan Semula Harta Wakaf Melalui Instrumen kewangan

Yang dimaksudkan dalam pelaburan harta wakaf di sini ialah dalam dua situasi:

a) Yang pertama ialah pelaburan harta wakaf itu sendiri.

pemeliharaan harta wakaf adalah satu kemestian untuk memastikan bahawa ia kekal berfungsi dan boleh memberi manfaat yang sepatutnya. Dalam konteks ini, Imam al-Marghinaani menyatakan:

• “Adalah menjadi satu kewajipan untuk dimulakan dengan menjaga harta wakaf tersebut dengan memakmurkannya tanpa mengira sama ada pewakaf mensyaratkan atau tidak perkara tersebut. Ini adalah kerana matlamat pewakaf adalah agar wakafnya boleh memberikan hasil untuk selama-lamanya. Perkara tersebut tidak akan berlaku melainkan apabila kita memakmurkan harta wakaf. Oleh kerana itu, syarat memakmurkan harta wakaf adalah suatu perkara yang tidak dapat tidak mesti dilakukan kerana al-kharaaj bi al-dhaman (hasilnya tidak akan didapati melainkan dengan memakmurkan harta wakaf tersebut)”

Dalam konteks pelaburan wakaf melalui instrumen kewangan dan pelaburan seperti saham adalah secara tabii penjagaan dan pengekalan harta wakaf dan menambahkannya adalah dengan melaburkannya dan memastikan bahawa pelaburan tersebut adalah patuh Syariah dan kompetitif. Dengan cara ini , kita dapat memastikan bahawa dana wakaf akan secara berterusan dapat menjana hasil untuk diagihkan kepada benefisiari.

22

Page 23: Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen ...drazman.net/.../uploads/2018/07/Slides_Kajian-Wakaf... · Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen Kewangan

b) Yang kedua, ialah pelaburan sebahagian daripada keuntungan wakaf dengan maksud memastikan kelansungan dan kelestarian dana wakaf tersebut.

• adalah menjadi tanggungjawab mutawalli untuk mengurus dan memelihara harta wakaf demi memastikan kemampuannya untuk memberikan hasil yang dapat diagihkan kepada benefisiari.

• Dalam hal ini, para ulama menyatakan bahawasanya, jika sekiranya penjagaan harta wakaf tersebut memerlukan bahawa sebahagian daripada hasil wakaf tidak diagihkan kepada benefisiari sebaliknya dikesampingkan untuk tujuan pemeliharaan harta tersebut, adalah menjadi kewajipan mutawalli untuk berbuat demikian walaupun tiada sebarang pensyaratan daripada pewakaf.

ii.Pelaburan Semula Keuntungan daripada Pelaburan Harta Wakaf

23

Page 24: Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen ...drazman.net/.../uploads/2018/07/Slides_Kajian-Wakaf... · Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen Kewangan

iii.Harta yang Diwakafkan: Tunai atau Unit Amanah?

WANG TUNAI ADALAH WAKAF

• Jika wang tunai dianggap sebagai wakaf, walaupun setelah mutawalli menukarkan wang tunai kepada unit amanah, maka wang tunai kekal sebagai aset wakaf. Dalam hal ini, Mutawalli dapat menguruskan dan memanfaatkan wang tunai yang diwakafkan untuk membuat keputusan yang terbaik dalam portfolio pelaburan unit amanah.

• Majlis Akademi Fiqh Islam Antarabangsa dalam resolusinya bernombor 140 menyatakan bahawa, jika wakaf tunai digunakan untuk membeli harta tidak alih, ataupun digunakan untuk membuat produk dan dijual, maka aset-aset tersebut tidak akan dikira sebagai wakaf. Maka diharuskan untuk menjual harta tersebut, kerana syarat kekal dan peraturan Istibdal tidak terpakai dalam keadaan ini.

• Perkara ini juga disebut dengan jelas dalam resolusi no. 181 di mana dinyatakan bahawa jika wakaf adalah dalam bentuk wang tunai digunakan untuk membeli saham, Sukuk dan sebagainya, ia tidak akan dianggap sebagai wakaf sebagai ganti kepada wakaf tunai, kecuali jika pewakaf mensyaratkan sedemikian.

24

Page 25: Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen ...drazman.net/.../uploads/2018/07/Slides_Kajian-Wakaf... · Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen Kewangan

Harta Yang diwakafkan adalah dalam bentuk Saham atau instrumen kewangan Islam

• Jika wakaf dilakukan ke atas saham, maka saham tersebut adalah menjadi subjek wakaf. Dalam kes saham amanah, saham tersebut tidak dapat dijual beli secara bebas melainkan terdapat syarat pewakaf yang membenarkan mutawalli untuk berbuat demikian. Jika syarat tersebut tiada, maka mutawalli tidak boleh menukarkan unit amanah tersebut melainkan melalui prosedur yang berkaitan dengan proses istibdal.

• Majlis Akademi Fiqh Islam Antarabangsa dalam resolusinya bernombor 181, menyatakan bahawa:

“Secara dasarnya, berkenaan wakaf saham maka hendaklah dikekalkan saham tersebut dan digunakan hasilannya (dividen) untuk matlamat wakaf. Saham wakaf tersebut bukanlah untuk dijual beli di pasaran modal. Nazir (mutawalli) tidak dibenarkan untuk menjual saham tersebut melainkan kerana maslahah yang lebih utama atau berpandukan kepada syarat pewakaf. Dalam keadaan ini, wakaf saham tersebut tertakluk kepada hukum-hakam syarak berkaitan istibdal.”

iii.Harta yang Diwakafkan: Tunai atau Instrument Kewangan ?

25

Page 26: Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen ...drazman.net/.../uploads/2018/07/Slides_Kajian-Wakaf... · Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen Kewangan

iv. Isu Istibdal Ketika Nilai Aset Turun Naik Atau Mendatangkan Kerugian

• Dengan naik turunnya harga saham atau unit amanah tersebut, adakah ini mempunyai kesan kepada syarat kekal, lalu menjejaskan keabsahan wakaf tersebut?

• Pada pandangan pengkaji, penurunan nilai unit amanah tidak memberi kesan kepada keabsahan wakaf. Ini kerana jumlah pemilikan unit amanah tetap kekal tanpa sebarang pengurangan jumlah unit amanah. Keadaannya adalah sama dengan aset-aset yang lain seperti tanah dan rumah, yang juga tertakluk kepada perubahan nilai aset tersebut, tetapi ia tetap sah sebagai aset wakaf pada pandangan majoriti Fuqaha dan Ulama kontemporari.

• Jika sekiranya nilai unit amanah tersebut berterusan mengalami penurunan, lalu pihak mutawalli merasakan bahawa adalah lebih bermaslahah kepada wakaf (maslahah rajihah), maka beliau boleh menukarkan unit amanah tersebut dengan unit amanah yang lain sama ada kerana pensyaratan pewakaf atau atas dasar istibdal.

26

Page 27: Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen ...drazman.net/.../uploads/2018/07/Slides_Kajian-Wakaf... · Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen Kewangan

Peruntukan Enakmen Negeri Berkaitan Wakaf Saham

Negeri Enakmen Peruntukan (Seksyen)

Terengganu Enakmen Wakaf (Terengganu) 2016

Enakmen 1/2016

• Seksyen 19 - Skim wakaf

Perak Enakmen Wakaf (Perak) 2015

Enakmen 9/2015

• Seksyen 10 - Wakaf ahli, irsad, manqul,

musyak, musytarak, wakaf saham atau

wakaf takliq

• Seksyen 11 - Skim wakaf dan wakaf

saham

Selangor Enakmen Wakaf (Selangor) 2015

Enakmen 15/2015

• Seksyen 23 - Wakaf saham

Negeri Sembilan Enakmen Wakaf (Negeri Sembilan)

2005 Enakmen 5/2005

• Seksyen 11 – Skim wakaf

Melaka Enakmen Wakaf (Negeri Melaka)

Enakmen 5/2005

• Tafsiran ‘wakaf saham’

27

Page 28: Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen ...drazman.net/.../uploads/2018/07/Slides_Kajian-Wakaf... · Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen Kewangan

Pelaksanaan Wakaf Asset kewangan

1. Menyalurkan hak pemilikan atau perolehan keuntungan pelaburan sahamm

sukuk atau unit amanah untuk tujuan wakaf.

2. Membeli aset kewangan untuk diwakafkan.

3. Menguruskan pelaburan aset kewangan yang akan disalurkan sebagai wakaf.

4. Mengawal selia pelaksanaan wakaf saham, sukuk dan unit amanah di Malaysia.

5. Memastikan keabsahan pelaksanaan menurut sudut syarak dan perundangan

wakaf di Malaysia.

• Perlu ada garis panduan (dhawabit) sebagai rujukan kepada pihak-pihak yang ingin

melaksanakan aktiviti-aktiviti melalui instrumen dan aset kewangan seperti berikut:

28

Page 29: Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen ...drazman.net/.../uploads/2018/07/Slides_Kajian-Wakaf... · Kajian Hukum Wakaf Tunai, Wakaf bertempoh dan Instrumen Kewangan

Kesimpulan

Kebanyanyak fatwa fatwa yang dikeluarkan oleh ulama ulama kontemporari dan badan badan fatwa membenarkan wakaf wang tunai, wakaf bertempoh, dan juga wakaf dalam bentuk aset dan instrumen kewangan. Dengan keterbukaan pandangan fiqh tanpa mengabaikan dhawabit dan hukum-hakam yang berkaitan, wakaf dan aset wakaf dapat dikembangkan dengan lebih baik, dapat menarik orang ramai untuk menyumbang, seterusnya dapat menyumbang kepada pembangunan ummah di dalam aspek keagaman, pendidikan, kebajikan, ekonomi dan sosial.

29