kajian erman, adda ,sarell
DESCRIPTION
kajian kawasan tumpuan di laluan pejalankaki PSISTRANSCRIPT
Seminar Kebangsaan Rekabentuk Senibina_2014
KAJIAN MENGENALPASTI TITIK TUMPUAN PELAJAR DI LALUAN PEJALAN KAKI
BERBUMBUNG PSIS DAN CADANGAN MELESTARIKANNYA
Mohd Erman B. Derasid @ Nordin¹, Shahril Khairi B. Abdul Shukor², Nur Shuhada Bt. Hanapi³
Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor
¹[email protected], ²[email protected], ³shuhada@ psis.edu.my
1.0 ABSTRAK
Laluan pejalan kaki berbumbung di Politeknik Sultan Idris
Shah (PSIS) membentuk sebahagian besar daripada ruang
awam terbuka di PSIS. Dengan jarak keseluruhan
sepanjang 1.02 kilometer serta mempunyai keluasan lantai
4100 meter persegi, ruang ini berperanan penting untuk
menghubungkan ruang-ruang di dalam susunatur
bangunan. Laluan pejalan kaki berbumbung ini juga
berperanan sebagai penghubung sosial yang telah
membantu pertumbuhan akademik, fizikal dan kesihatan
pelajar PSIS. Justeru, laluan pejalan kaki berbumbung ini
jelas sekali bukan hanya bertindak sebagai ruang untuk
pergerakan sahaja, malah ruang ini mewujudkan interaksi
sosial di kalangan pelajar Politeknik Sultan Idris Shah.
Walaupun beberapa kajian yang dilakukan sebelum ini
telah menyatakan dengan jelas hubungan antara tingkah
laku sosial dan kualiti di laluan, namun fokus utama kajian
ini adalah untuk mengkaji dengan lebih terperinci
keperluan pelajar dalam usaha melestarikan laluan pejalan
kaki berbumbung di PSIS ini. Cadangan melestarikan
laluan pejalan kaki berbumbung ini diharapkan dapat
membolehkan laluan ini digunakan secara komprehensif di
samping memperluaskan dan mempelbagaikan lagi fungsi
laluan pejalan kaki itu sendiri. Kajian ini telah dijalankan
selama 4 minggu dengan menggunakan kaedah
pemerhatian berasaskan tingkah laku yang melibatkan
pemerhatian tingkah laku dan persepsi pelajar yang
menggunakan laluan berbumbung ini. Dapatan kajian
mendapati pelajar mempunyai kecenderungan untuk
berkumpul di lokasi yang sama. Antara lokasi tumpuan
yang telah dikenalpasti ialah pelajar lebih suka berkumpul
di laluan-laluan pejalan kaki yang mempunyai lebar yang
luas, berhampiran kafeteria dan berdekatan dengan
bangunan penting iaitu blok bilik kuliah. Beberapa
cadangan untuk melestarikan laluan pejalan kaki ini telah
diusulkan untuk lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti
menjadi tumpuan pelajar.
2.0 PENDAHULUAN
Laluan pejalan kaki berbumbung sedia ada di Politeknik
Sultan Idris Shah merupakan elemen penting dalam
menghubungkan ruang- ruang antara bangunan selain
mewujudkan interaksi sosial di kalangan pelajar.
Penyediaan laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang
1.02 kilometer dengan keluasan 4100 meter persegi
menjadikan laluan pejalan kaki ini sebagai kawasan
tumpuan utama para pelajar Politeknik Sultan Idris Shah
untuk berkumpul. Faktor utama yang perlu diberi
perhatian dalam rekabentuk laluan pejalan kaki adalah
tertumpu kepada keselesaan pengguna (Ratanawichit,
2010). Dalam usaha mewujudkan persekitaran laluan
pejalan kaki berbumbung yang selesa, mesra pengguna dan
cekap tenaga, isu- isu utama berkaitan dengan laluan ini
telah dikenalpasti. Rekabentuk yang lestari perlu
dicadangkan supaya fungsi ruang laluan pejalan kaki
berbumbung di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) ini
dapat digunakan dengan penuh efisien. Isu-isu utama yang
telah dikenalpasti boleh diringkaskan seperti berikut:
1. Fungsi laluan pejalan kaki yang tidak digunakan
sepenuhnya dan hanya tertumpu untuk aktiviti
berjalan sahaja.
2. Rekabentuk asal yang telalu asas iaitu hanya
laluan berbumbung semata mata tanpa longkang,
talang air hujan (gutter), kerusi, lanskap dan lain-
lain.
3. Untuk mengetahui waktu kemuncak laluan
pedestrian PSIS.
Foto 1: Keadaan sedia ada kawasan kajian 2
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kepentingan laluan pejalan kaki berbumbung sebagai
penghubung sosial untuk membantu pertumbuhan
akademik, fizikal dan kesihatan pelajar PSIS menjadi
Seminar Kebangsaan Rekabentuk Senibina_2014
fokus penyelidikan. Oleh itu, objektif kajian adalah
tertumpu kepada:
a) Menambahbaik kualiti rekabentuk laluan pejalan
kaki berbumbung yang sedia ada.
b) Mengenalpasti lokasi yang menjadi titik tumpuan
pelajar untuk berkumpul.
c) Mencadangan rekabentuk lestari untuk laluan
pejalan kaki berbumbung di Politeknik Sultan
Idris Shah.
4.0 METODOLOGI
Bagi mengkaji dan merekod corak rutin pelajar PSIS yang
menggunakan laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang
hari seawal jam 8.00 pagi iaitu waktu kuliah pertama
bermula sehingga tamatnya waktu kuliah terakhir pada jam
5.15 petang, kaedah pemerhatian digunakan sebagai
kaedah pengumpulan data utama kajian jenis ini. Ini
termasuklah memerhatikan aktiviti-aktiviti pelajar yang
melibatkan diri sendiri, di mana, bila, bagaimana dan
dengan siapa aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan.
Pemerhatian melalui berjalan kaki merupakan kaedah
utama yang digunakan untuk mengumpul dan
merekodkan data mengenai aktiviti tidak bergerak dan
kekal pelajar PSIS. Pada setiap pemerhatian, salah seorang
penyelidik akan berjalan perlahan-lahan di setiap kawasan
kajian dan mencatatkan jumlah bilangan pelajar yang tidak
bergerak, lokasi pelajar, keadaan pelajar (berjalan, berdiri,
berlari) dan aktiviti-aktiviti yang ada. Tiga pemerhatian
telah dijalankan semasa waktu kuliah sahaja. Pemerhatian
telah dijalankan pada waktu kemuncak 7.50-8.10 pagi, 10-
10.20 pagi dan 4.50-5.10 petang pada Julai 2014.
Rajah 1: Pelan lokasi tiga kawasan kajian di dalam PSIS
5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Pemerhatian dan tinjauan visual yang dijalankan adalah
sejenis "snapshot" aktiviti dan tingkah laku pelajar PSIS di
laluan pejalan kaki berbumbung pada tiga kawasan kajian
dari pagi hingga lewat petang hari perkuliahan pada Julai
2014. Blok diperhatikan dan dikaji selidik dalam tiga
kawasan kajian (telah pun dinyatakan di dalam bab
Metodologi).
Pemerhatian dan pengiraan pejalan kaki
sepanjang waktu hari perkuliahan dari jam 08:00 pagi
hingga 5.15 petang menunjukkan bahawa ketiga-tiga
kawasan kajian telah digunakan sebagai laluan utama
untuk pergerakan pejalan kaki. Keputusan dan
pemerhatian menunjukkan bahawa kehadiran sebilangan
besar pengguna di laluan pejalan ini adalah pada jam 7.50
pagi hingga jam 8.10 pagi. Dengan menggunakan teknik
berjalan, secara purata 240 orang telah terlibat di dalam
tempoh 20 minit di tiga kawasan kajian. Kawasan 2
menunjukkan bilangan tertinggi iaitu 159 orang (66%)
daripada semua 240 orang yang terlibat. Kawasan 1
seramai 39 orang (16%) dan kawasan 3 seramai 42 orang
(18%). Keputusan menunjukkan bahawa kawasan 2 ini
telah menjadi titik pertemuan laluan pejalan kaki. Ini
mungkin disebabkan oleh lokasinya yang berhampiran
dengan kafetaria dan Blok Dewan Syarahan serta Bilik
Kuliah telah mewujudkan kehadiran sebilangan besar
pengguna di laluan tersebut.
Sebanyak 78% orang adalah pejalan kaki yang
bergerak manakala hanya 22% sahaja yang mencatatkan
aktiviti pegun. Dapatan ini sememangnya telah dijangka
memandangkan ketiga-tiga kawasan kajian yang dipilih ini
adalah laluan utama untuk aktiviti berjalan kaki semata-
mata. Selain itu, di sepanjang laluan pejalan kaki ini juga
tidak terdapat kerusi mahupun kotak tanaman untuk
dijadikan tempat duduk supaya pelajar boleh duduk
berbincang dan berehat. 22% yang telah dicatatkan
sebagai aktiviti pegun ini adalah pelajar yang melakukan
interaksi sosial termasuklah berbual, berbincang dan
bercakap menggunakan telefon bimbit. Lokasi yang
mencatatkan bilangan tertinggi pengguna berjalan dan
mempunyai aktiviti pegun adalah di kawasan kajian yang
sama, iaitu kawasan 2. Ini jelas menunjukkan terdapat
hubungan yang kuat di antara dua keputusan ini. Lokasi
kawasan kajian 2 ini amat sesuai untuk
direkabentuk semula bagi membantu menyokong aktiviti
pegun selain menambahbaik aktiviti sosial di kalangan
pelajar Politeknik Sultan Idris Shah.
Dapatan juga merumuskan bahawa pengguna di
kawasan kajian 2 ini sangat kerap membawa makanan dan
bungkusan dari kefetaria. Kebanyakan pengguna yang
dicatatkan sebagai pengguna pegun ini rata-ratanya
menghabiskan masa tidak lebih daripada lima minit untuk
tidak bergerak. Ini adalah kerana ketiadaan tempat duduk
mungkin membuatkan jangka masa aktiviti pegun adalah
pendek.
Kawasan 2
Kawasan 1
Kawasan 3
Seminar Kebangsaan Rekabentuk Senibina_2014
Kawasan 2
Kawasan 1
Kawasan 3
Rajah 2: Imej bangunan dan corak kedudukan
pelajar yang menggunakan Kawasan Kajian 1.
Setiap titik hitam mewakili 3 orang.
Rajah 3: Imej bangunan dan corak kedudukan
pelajar yang menggunakan Kawasan Kajian 2 &
3. Setiap titik hitam mewakili 3 orang.
Seminar Kebangsaan Rekabentuk Senibina_2014
6.0 RUMUSAN
6.1 Kesimpulan
Kesimpulannya, laluan pejalan kaki berbumbung di PSIS
perlu ditambahbaik dengan digantikan laluan pejalan kaki
berbumbung yang lebih mesra pengguna serta memberi
manfaat yang lebih optimum. Walaupun cadangan ini
sesuai untuk diaplikasikan kepada keseluruhan laluan
berbumbung ini, tetapi dengan jarak keseluruhan
sepanjang 1.02 kilometer serta mempunyai keluasan lantai
4100 meter persegi ini pastinya akan melibatkan kos
pembinaan yang tinggi. Oleh hal yang demikian, hasil
dapatan kajian menunjukkan cadangan ini amat sesuai
untuk dijalankan pada Tapak Kajian 2. Dengan adanya
cadangan baru yang mempunyai rekabentuk lestari ini,
diharapkan para pengguna akan mendapat manfaat yang
lebih baik selain ianya akan menjadi penanda aras untuk
pedestrian lain di politeknik seluruh Malaysia. Cadangan
baru ini juga akan melonjakkan lagi nama Politeknik
Sultan Idris Shah seiring dengan kawasan tujahannya iaitu
alam sekitar.
7.0 CADANGAN
Rekabentuk laluan pejalan kaki lestari menawarkan
peluang untuk mewujudkan hubungan antara bangunan
dan alam sekitar yang lebih efisien di mana ia dapat
menggalakkan pemuliharaan sumber. Pemuliharaan
sumber ini termasuklah kecekapan tenaga, tenaga boleh
diperbaharui, dan ciri pemuliharaan air. Rekabentuk lestari
ini mampu mempertimbangkan kesan ke atas alam sekitar
dan pengurangan sampah selain mewujudkan persekitaran
hidup yang sihat, selesa serta menjadi akses kepada sistem
infrastruktur komuniti yang baik. Kitaran hidup
keseluruhan bangunan dan komponennya telah diambil
kira, juga kesan ke atas prestasi ekonomi dan alam sekitar.
Penambahbaikan persekitaran jalan
Kaki lima hendaklah mengekalkan lebar minimum, iaitu
empat kaki. Walau bagaimanapun, lima kaki lebar jelas
adalah sangat disyorkan untuk membolehkan dua orang
untuk berjalan sebelah menyebelah dengan kondisi yang
selesa selain pengguna laluan yang berkerusi roda untuk
melepasi satu sama lain. Lebar minimum jelas mestilah
bebas pokok, papan-papan tanda, tiang elektrik, kerusi
dan lain-lain halangan yang menyebabkan halangan secara
sengaja atau tidak sengaja kepada pengguna di laluan
pejalan kaki.
Mengurangkan kesesakan
Penambahbaikan yang seterusnya adalah dengan
mengurangkan jumlah pelajar yang berbincang sambil
berdiri di laluan pejalan kaki. Antara cadangannya adalah
dengan meletakkan kerusi di tempat titik pertemuan
utama. Dengan adanya tempat duduk ini, bilangan pelajar
yang berbincang di tengah-tengah laluan koridor dapat
dikurangkan.
Kepelbagaian fungsi penggunaan laluan pejalan kaki
Siar kaki berbilang guna adalah kemudahan yang
dicadangkan untuk menampung pejalan kaki, pengguna
basikal dan individu yang lain. Kemudahan ini disediakan
sebagai alternatif kepada kaki lima sedia ada.
Trafik menenangkan
Mengubah kondisi trafik yang laju menjadi trafik yang
menenangkan bagi mewujudkan suasana persekitaran
berjalan kaki yang selamat dan kondusif. Antara langkah-
langkah yang boleh digunakan untuk mengurangkan
kelajuan trafik termasuklah penyempitan visual,
mengurangkan lebar lorong, dan membina laluan pejalan
kaki yang sempurna.
Rajah 4: Ilustrasi Cadangan Melestarikan Pedestrian
Berbumbung
Seminar Kebangsaan Rekabentuk Senibina_2014
Menambah alat penjimatan elektrik
Salah satu kriteria penting yang membolehkan laluan
pejalan kaki berbumbung ini diiktiraf sebagai laluan yang
mempunyai rekabentuk lestari adalah kerana ia dapat
menyumbang ke arah penjimatan sumber elektrik. Berikut
adalah antara alat penjimatan elektrik yang dicadangkan:
Panel solar pada bumbung koridor
Dengan jarak sepanjang 1.02 kilometer dan mempunyai
keluasan lantai 4100 meter persegi membolehkan laluan
pejalan kaki berbumbung di PSIS ini sesuai untuk
dipasang dengan panel solar. Selain itu, kelebihan
memasang panel solar pada bumbung laluan pejalan kaki
adalah kerana ketinggian bumbungnya yang tidak terlalu
tinggi memudahkan juruteknik untuk memanjat dan
melakukan kerja-kerja penyelenggaraan.
Bidai solar
Selain daripada menggunakan panel solar yang dipasang
pada atas bumbung laluan pejalan kaki, PSIS juga
disarankan untuk meletakkan bidai solar pada bahagian sisi
laluan pejalan kaki sebagai langkah mengurangkan
kebergantungan penggunaan elektrik sedia ada. Bidai solar
ini bukan hanya berfungsi sebagai penjana elektrik,malah
ia juga dapat membantu mengurangkan sinaran pancaran
matahari dan tempias air hujan kepada pengguna laluan
ini.
Berjalan sambil menjana elektrik
Dengan anggaran jumlah pelajar seramai lebih kurang
4000 orang dan bilangan kakitangan PSIS seramai 400
orang, penggunaan plat penjana elektrik (piezo electric)
pada lantai laluan pejalan kaki secara tidak langsung dapat
membantu menjanakan elektrik. Lantai piezoelektrik
menjana elektrik melalui kesan perubahan tenaga di bawah
beban (Brian Doyle, 2012). Kaedah ini berupaya
merealisasikan kempen kesedaran mengenai penghasilan
tenaga alternatif. Selain itu, penghasilan elektrik melalui
tenaga kinetik ini juga amat sesuai digunakan terutamanya
pada musim hujan di mana panel solar tidak dapat menjana
elektrik sepenuhnya.
RUJUKAN
[1] Shamsuddin, S. (2011). Townscape Revisited:
Unravelling the Character of the Historic Townscape
in Malaysia. 1st Edition. Johor, Malaysia: Universiti
Teknologi Malaysia Press.
[2] http://www.acgov.org/pwa/PedMasterPlan_2006-8-
15_withExecSummary.pdf
[3] http://issuu.com/anwar_townplan/docs/laporan_pand
uan_pelaksanaan_pejalan
[4] http://www.kyocerasolar.com/about-kyocera/kyocera-
solar/news/?id=28
[5] https://www.lucidmanagementgroup.com/covered-
walkways.cfm
[6] Nilsson, J., Thorstensson, A. Ground reaction forces at
different speeds of human walking and running. Act
Physiologica Scandinavica. Vol 136, Issue 2, pages 217-
227, June 1989
[7] POWERleap Website: http://powerleap.net/?page_id=32
[8] Energy Floors Limited (Sustainable Dance Club
Subsidiary). Sustainable Energy Floors Information
Leaflet
[9] http://www.theguardian.com/sustainable-business/power-
generating-tiles-renewable-energy
[10] http://wattnow.org/2330/pavegen-renewable-energy-from-
footsteps
[11] http://www.energyharvestingjournal.com/articles/heated-
trousers-sustainable-walkways-new-ball-game-at-london-
olympics-00004630.asp?sessionid=1
[12] http://www.engineering.com/ElectronicsDesign/Electronics
DesignArticles/ArticleID/5879/Power-Walking-with-
Energy-Floors.aspx
[13] Ratanawichit Panitat, 2010. The Appropriate Walkway
Towards Sustainable Transportation In The University
Community : A Case Study of Kasetsart University,
Bangkhen Campus.