kaedah pengajaran sains
TRANSCRIPT
-
7/29/2019 kaedah pengajaran sains
1/6
Kaedah penyiasatan
Sains adalah segala apa yang ada disekeliling kita.Hampir segala-galanya di dalam
kehidupan kita adalah berkait rapat dengan sains.Sains (science) bermaksud
'tahu/untuk mengetahui' (to know) dalam bahasa Latin. Tujuan penyelidikan saintifik
(scientific investigation) dan penyiasatan dilakukan adalah untuk mengetahui
tentang bagaimana sesuatu kejadian itu berlaku berdasarkan pemahaman yang
berasaskan bukti (evidence-based understanding) yang nyata. Pengetahuan saintifik
membantu kita dalam membuat banyak penemuan yang telah mengubah cara hidup
kita.Para saintis akan sentiasa tertanya-tanya tentang perkara-perkara atau kejadian
yang berlaku dalam alam semula jadi ini. Mereka memerhatikannya dan
bertanyakan soalan tentang perkara-perkara atau kejadian tersebut. Seterusnya
mereka mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut. Salah satu cara untuk
mendapatkan jawapan tersebut adalah dengan untuk menjalankan penyiasatan dan
penyelidikan saintifik. Dengan cara ini, mereka akan mendapat jawapan kepada
segala persoalan-persoalan yang ingin diketahui, serta meningkatkan lagi ilmu
pengetahuan mereka tentang sains. Kaedah ini juga digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran sains untuk pelajar. Antara langkah-langkah yang dijalankan
semasa menggunakan kaedah penyiasatan ialah:
1. Buat pemerhatian (making observation) tentang sesuatu kejadian /
masalah / persoalan.
2. Mengenal pasti masalah tersebut (identifying the problem).
3. Mengenal pasti sebarang kemungkinan yang menyumbang kepada
permasalahan tersebut (identifying the variables).
4. Membuat hipotesis (making a hypothesis).
5. Membuat perancangan penyelidikan/penyiasatan (planning the the
investigation).
6. Menjalankan penyelidikan/penyiasatan (carrying out the investigation).
7. Mengumpul data (collecting data).
8. Menganalisis dan mentafsir data (analysing and interpreting data).
9. Membuat kesimpulan (making a conclusion).
10.Menulis laporan (writing a report) tentang penyelidikan saintifik yang
dijalankan.
-
7/29/2019 kaedah pengajaran sains
2/6
Kaedah eksperimen
Kaedah eksperimen merupakan aktiviti merancang, memanipulasi pembolehubah,
dan menguji keputusan. Mengeksperimen adalah aktiviti yang menggabungkan
semua kemahiran proses sains. Ianya bermula dengan merancang penyiasatan,
bermula dengan membina hipotesis dan menyatakan pembolehubah yang
dimanipulasi, bergerak balas, dan malar. Seterusnya membentuk kaedaha
mengumpul maklumat diikuti dengan pelaksanaan mengumpul data, mantafsir
maklumat, menerangkan hasil eksperimen dan membuat kesimpulan atau
keputusan. Salah satu kedah penyelidikan yang digunakan secara meluas dalam
bidang pendidikan ialah kaedah eksperimen. Ianya mula digunakan dalam pertanian
dan perubatan untuk menguji keberkesanan jenis rawatan seperti ubatan,kaedah
dan prosedur terhadap pesakit dan tumbuhan. Eksperimen dijalankan dalam
keadaan penyelidik memerhati fenomena yang wujud akibat sesuatu tindakan dalam
situasi terkawal( Kerlinger 1973). Contohnya penggunaan kaedah inkuiri dalam
matapelajaran pendidikan kesihatan di kalangan murid sekolah rendah dan sejauh
mana ia dipertingkatkan pada pemikiran aras tinggi. Eksperimen direka khusus
untuk melihat kesan sesuatu tindakan atau rawatan yang diperkenalkan dan
fenomena yang wujud seperti markah ujian, atau tingkah laku pelajar di dalam kelas.
Pemerhatian dibuat dalam situasi yang terkawal iaitu faktor-faktor yang mungkin
mempengaruhi fenomena yang wujud di singkirkan.
Hasil eksperimen akan disebarkan melalui laporan amali yang mengandungi
maklumat seperti berikut:
Penyataan masalah atau kajian
Penyataan hipotesis yang diuji
Penyataan tentang pembolehubah
Penerangan langkah-langkah eksperimen
Jadual merekod maklumat
Graf berkaitan
Penyataan yang menghubung kait antara pembolehubah
Perbandingan antara dapatan eksperimen dengan hipotesis untuk kenalpasti
hipotesis diterima atau disangkal.
-
7/29/2019 kaedah pengajaran sains
3/6
Kaedah demonstrasi
Demonstrasi merupakan satu cara untuk melatih pelajar untuk memerhati dan
melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Demonstrasi melibatkan guru atau
seseorang individu menunjuk cara di hadapan kelas untuk menunjukkan sesuatu
cara atau langkah. Pelajar akan memerhati, mendengar penerangan dan melihat
sebelum aktiviti yang sama dilakukan oleh mereka. Dalam proses demonstrasi
terdapat komunikasi lisan yang lansung tentang maklumat daripada guru kepada
pelajar. Biasanya teknik ini adalah interaktif kerana guru dan pelajar sama-sama
terlibat dalam persekitaran pembelajaran kolaboratif. Ianya juga satu kaedah
pengajaran yang bertujuan memberikan peluang kepada pelajar agar benar-benar
memahami perkara yang hendak dipelajari setelah melihat prosedur yang
ditunjukkan. Setelah memerhati pelajar akan melibatkan diri dengan mencontohi
perlakuan. Dengan ini penguasaan konsep dan prinsip akan lebih mudah. Di
samping itu juga ia dapat meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah
sesuatu pelaksanaan atau eksperimen. Demonstrasi boleh digunakan untuk
menunjukkan sesuatu isi atau prosedur secara berkesan, menimbulkan minat dalam
sesuatu topik, menyediakan model kemahiran mengajar dan mengubah kadar
pembelajaran pelajar. Untuk menjalankan demonstrasi dengan berkesan, guru
seharusnya merancang objektif dan kandungan demontrasi tersebut dengan teliti.
Penerangan yang jelas semasa tentang demonstrasi perlu untuk supaya pelajar
dapar memerhati apa-apa yang ditunjukkan. Oleh itu bahan dan radas hendaklah
disediakan sebelum aktiviti dilakukan. Semasa aktiviti guru harus memastikan
pelajar menumpukan perhatian dan mengajukan soalan-soalan bagi memperoleh
maklum balas tentang pemahaman mereka terhadap aktiviti yang dijalankan.
Selepas aktiviti praktis dilakukan, perbincangan tentang perkara-perkara penting
dilakukan. Guru membantu pelajar membuat rumusan tentang demonstrasi yang
dilakukan.
Kaedah demonstrasi ini sesuai untuk pengajaran tarian, lukisan, gimnastik, olahraga,
permainan dan menjalankan uji kaji sains.
-
7/29/2019 kaedah pengajaran sains
4/6
Kaedah bercerita
Cerita merupakan satu susunan kejadian atau peristiwa sama ada benar-benar
berlaku atau diciptakan. Bercerita merupakan satu cabang seni yang berperanan
penting sebagai sumber hiburan di samping alat pendidikan moral dan nilai dalam
kalangan masyarakat. Teknik bercerita bertujuan mencernakan daya kreatif dan
imaginasi pelajar, selain melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan
bahasa terutamanya kemahiran lisan. Menggunakan teknik ini dapat mengalakkan
pelajar berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan
ekspresi muka.
Teknik bercerita untuk menyampaikan pelajaran bukanlah satu perkara baru,
malahan cara ini pernah dilakukan oleh orang-orang kita sewaktu menyampaikan
sesuatu pengajaran kepada anak-anak mereka. Teknik ini mudah menarik minat
anak-anak itu. Keadaan yang sama juga boleh dilakukan semasa guru-guru
menyampaikan pelajaran kepada murid-murid . Biasanya murid-murid akan lebih
cepat menumpukan perhatian di samping menjadikan pembelajaran itu berlaku
dalam keadaan yang menyeronokkan.
Murid-murid, khususnya di sekolah-sekolah rendah, amat gemar mendengar cerita.
Walaupun mereka masih kecil, tetapi apa yang diceritakan kepada mereka itu dapat
segera difahami dan kadangkala dapat pula sekaligus memahami maksud cerita itu.
Oleh yang demikian, jika murid-murid tadi diberi peluang belajar dalam suasana
yang menyeronokkan, pasti proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih
berkesan.Walau bagaimanapun, guru-guru mestilah sedar bahawa teknik bercerita
dan pengajaran cerita adalah dua perkara yang berlainan. Janganlah oleh kerana
terlalu seronok bercerita, objektif pengajaran yang sebenar yang hendak
disampaikan ketika itu menjadi kabur. Guru perlu ingat, bercerita itu hanyalah
sebagai alat untuk menyalurkan isi-isi pelajaran, sedangkan aspek-aspek yang
hendak disampaikan itu adalah lebih penting dan seharusnya menjadi tumpuan
utama.Cara melaksanakan teknik bercerita itu samalah seperti guru menjalankan
pelajaran cerita, tetapi apa yang penting ialah aspek-aspek bahasa yang hendak
diajarkan itu seharusnya ada dan terkandung di dalam cerita itu. Penekanan harus
dilakukan kepada aspek-aspek tersebut semasa guru bercerita.
-
7/29/2019 kaedah pengajaran sains
5/6
Refleksi
Pada semester ini semua peserta kursus major Matematik dikehendaki
mengikuti kursus Kurikulum Pedagogi Sains Sekolah Rendah. Dalam kursus ini
didedahkan tentang teknik dan kaedah pengajaran Sains di peringkat sekolah
rendah. Sepanjang mengikuti interaksi yang dijalankan, saya dan ahli kumpulan
dikehendaki menyediakan satu penulisan tentang beberapa kaedah yang terdapat
dalam pengajaran Sains iaitu penyiasatan ,eksperimen , demonstrasi dan bercerita.
Saya dan ahli kumpulan telah membuat rujukan dari internet dan buku. Melalui
rujukan dan pembacaan yang telah dibuat saya dapat mengetahui tentang kaedah-
kaedah yang digunakan untuk mengajar Sains. Ini sedikt sebanyak dapat
menambah pengetahuan dan pengalaman sebagai seorang guru.
Di samping itu juga saya dan ahli kumpulan ditugaskan untuk mereka dan
menyediakan satu kit pengajaran dan pembelajaran berdasarkan konsep sains
mengikut sukatan Sains sekolah rendah. Hasil dari perbincangan yang telah dibuat,
kami memilih satu konsep Sains mengenai cahaya iaitu cahaya bergerak lurus. Kit
ini bloeh digunakan untuk menerangkan konsep tersebut. Ianya mudah dibawa
kemana-mana kerana menggunakan bahan yang mudah dan ringkas. Murid-murid
akan dapat melihat dengan jelas tentang ujikaji untuk membuktikan konsep cahaya
bergerak lurus.
Melalui tugasan yang telah dibuat, diharap saya mendapat satu pengalaman
baru di samping menambah pengetahuan tentang Sains memandangkan saya
merupakan guru Matematik. Ilmu yang diperoleh akan dapat dimanfaatkan untuk
murid-murid di sekolah.
-
7/29/2019 kaedah pengajaran sains
6/6
RUJUKAN
http://cikgunaza-sains45.blogspot.com/2011/11/kaedah-penyelidikan-saintifik.html
http://shomad-shomad.blogspot.com/2010/01/kaedah-penyiasatan-saintifik.html
http://peoplelearn.homestead.com/Penyelidikan2/Bab3Eksperimental.html
http://kemahiran-sains.blogspot.com/
http://notapismp.blogspot.com/2010/09/teknik-bercerita.html
Noriati,A.Rashid,Boon,P.Y,&Sharifah, Fakhriah Syed Ahmad(2009) Murid dan Alam
Belajar(Siri Pendidikan Guru). Shah Alam: Oxford Fajar
http://cikgunaza-sains45.blogspot.com/2011/11/kaedah-penyelidikan-saintifik.htmlhttp://shomad-shomad.blogspot.com/2010/01/kaedah-penyiasatan-saintifik.htmlhttp://peoplelearn.homestead.com/Penyelidikan2/Bab3Eksperimental.htmlhttp://kemahiran-sains.blogspot.com/http://notapismp.blogspot.com/2010/09/teknik-bercerita.htmlhttp://cikgunaza-sains45.blogspot.com/2011/11/kaedah-penyelidikan-saintifik.htmlhttp://shomad-shomad.blogspot.com/2010/01/kaedah-penyiasatan-saintifik.htmlhttp://peoplelearn.homestead.com/Penyelidikan2/Bab3Eksperimental.htmlhttp://kemahiran-sains.blogspot.com/http://notapismp.blogspot.com/2010/09/teknik-bercerita.html