kaedah pembiakan tanaman

Upload: ririe-ramlee

Post on 06-Apr-2018

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 kaedah pembiakan tanaman

    1/7

    Kaedah pembiakan tanaman

    PEMBIAKAN TUMBUHAN

    Pembiakan adalah satu proses di mana tiap-tiap organisma menambah dari segi bilangan

    individu beranak dan berkembang dalam peredaran masa. Tumbuhan membiak danberkembang dengan dua cara :

    seksual; contoh biji benih, spora

    Tampang (vegetatif); contoh keratan, belahan, cantuman, organ-organ khas dan lain-lain.

    Biji benih

    Kebanyakan tumbuhan dibiak dengan biji benih. Contohnya pokok-pokok bunga semusim,

    pokok saka dan juga daripada jenis renek walaupun pokok-pokok ini boleh dibiak secara

    tampang.

    Kebaikan Pembiakan Secara Biji BenihBoleh menghasilkan baka-baka baru

    Dapat menyediakan pokok-pokok sebagai pokok penanti untuk cantuman

    Murah dan menghasilkan lebih banyak pokok

    Anak pokok mungkin lebih cergas (hybrid vigour) berbanding dengan induknya.

    Keburukan Pembiakan Secara Biji Benih

    Biji benih mungkin mempunyai masa rehat (dormancy)

    Mengambil masa yang panjang untuk matang

    Kemungkinan menghasilkan tumbuhan yang berbeza daripada induknya

    Setengah tumbuhan hanya dapat dibiakkan pada masa-masa tertentu kerana pengeluaran

    buah dan biji benihnya bermusim

    Pemilihan Biji benih

    Biji benih dengan ciri-ciri berikut perlu dipilih:

    Matang

    Tulen (tidak bercampur dengan biji benih dari baka lain)

    Berisi, segar dan bersih dari kekotoran

    Bernas (mempunyai keupayaan untuk bercambah)Bebas dari penyakit dan perosak

    Biji benih yang hendak digunakan mestilah diambil dari buah-buah yang matang atau masak.

    Biji itu dibersihkan. Biji-biji yang telah dipilih itu kemudian dikeringkan di tempat yang

    terbuka dan ternaung. Biji benih perlu cukup kering supaya tahan lama. Dalam keadaan biasa

    seperti di Malaysia biji benih tidak dapat disimpan lama dan akan kehilangan daya

    percambahan dengan cepat. Jika hendak disimpan lama, biji benih hendaklah disimpan di

    tempat bersuhu dan peratus lembapan yang rendah. Jika benih dibeli, periksa tarikh luputnya.

    Peratus percambahan benih menurun apabila disimpan lama.

    Percambahan biji benihPercambahan biji benih bergantung pada faktor-faktor seperti peratus lembapan, suhu, cahaya

  • 8/3/2019 kaedah pembiakan tanaman

    2/7

    dan oksiogen. Percambahan biji benih yang tidak serentak disebabkan oleh faktor-faktor

    fizikal, fisiologikal dan persekitaran. Fenomena ini berlaku oleh kerana kulit biji benih (testa)

    tidak telap air atau biji benih mengeluarkan bahan beracun dan lain-lain faktor dalaman.

    Kadangkala biji benih memerlukan rawatan tertentu untuk mempercepatkan percambahan.

    Rawatan percambahan biji benih

    Terdapat beberapa cara rawatan untuk percambahan biji benih:

    Pelelasan (scarification)

    Satu proses dimana kulit biji benih dirawat supaya biji benih telap air. Cara-caranya biasa

    dilakukan ialah membuang atau mengikis testa, merendam biji benih dalam asid atau air

    panas.

    Stratifikasi

    Stratifikasi adalah proses melembutkan testa ddengan meletakkan biji benih dalam timbunanpasir, tanah atau habuk papan yang basah pada suhu yang turun naik.

    Vernalisasi

    Vernalisasi adalah satu proses menyebabkan biji-biji benih mengeluarkan hormon untuk

    percambahan dengan meletakkan biji benih pada suhu yang rendah.

    Pemeraman (fermentation)

    Pemeraman adalah satu proses merendam biji benih ke dalam air atau menyimpannya dalam

    beg plastik yang diikat untuk menanggalkan selaput biji benih.

    Menyemai Biji benih

    a. Rawatan sebelum menyemai

    Biji benih yang hendak disemai sebaik-baiknya dirawat terlebih dahulu bagi mengelakkan

    dari serangan penyakit terutama penyakit dari jenis kulat.

    Bahan-bahan kimia yang digunakan ialah seperti Thiram, Benlate atau kuprum sulfat (kadar

    bancuhan 1 gm/liter air)

    b. Medium Percambahan

    Medium percambahan yang digunakan harus mempunyai ciri-ciri berikut:

    mampu menyokong anak-anak benih,

    menyimpan air secukupnya

    mempunyai cukup rongga untuk pengudaraan dan penembusan akar

    bebas dari biji benih rumpai

    Contohnya; vermiculite, perlite, tanah gambut, tanah loam, habuk papan atau cocopeat reput,

    pasir atau campuran bahan-bahan di atas J.I.S.).

    c. Cara menyemai

  • 8/3/2019 kaedah pembiakan tanaman

    3/7

    Biji benih disemai mengikut saiznya. Terdapat perbezaan teknik menyemai untuk biji benih

    halus dan kasar.

    Biji benih halus

    Sediakan campuran tanah J.I.S dan dimasukkan kedalam bekas semaian. Siram bekas inisehingga lembab. Biji benih halus digaul dengan pasir halus dengan nisbah 1 bahagian benih :

    beberapa bahagian pasir halus dan kering untuk memudah dan meratakan taburan biji benih

    atas permukaan tanah. Selepas ditabur, tutup biji benih dengan satu lapisan tanah peroi dan

    disiram. Bekas menyemai boleh ditutup dengan gelas atau plastik lutsinar hingga benih

    bercambah.

    Biji benih kasar

    1. Sediakan medium percambahan, dan bekas semaian yang sesuai.

    2. Pilih biji benih yang bernas dengan merendamkannya di dalam air. Biji benih yang timbuldibuang. Semai secepat mungkin dengan menggunakan teknik yang betul.

    3. Setelah biji benih mengeluarkan 2-3 helai daun sebenar (true leaves) bolehlah diubah ke

    dalam beg politena.

    Pembiakan Tampang

    Pembiakan tampang ialah pembiakan yang menggunakan bahagian-bahagian vegetatif

    tumbuhan seperti akar, batang, daun untuk memperbanyakkan tumbuhan yang sama dengan

    induknya. Tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan secara demikian dipanggil klon. Bahagian-

    bahagian vegetatif ini adalah paling istimewa oleh sebab tiap-tiap sel ini mewakili pokok

    keseluruhannya. Oleh itu, pokok yang dibiak 100 tahun dahulu adalah sama dengan yang

    dibiak sekarang.

    Kebaikan Pembiakan Tampang

    * Boleh mendapat pokok yang seragam

    * Ciri-ciri anak pokok menyerupai induknya

    * Cepat berbunga atau berbuah

    * Boleh dibiakkan sepanjang tahun

    * Dapat dibiak dengan banyak dalam satu masa

    * Dapat digunakan untuk membiakkan tumbuhan yang tidak mengeluarkan biji benih bernas

    Keburukan Pembiakan Tampang* Tidak semua jenis tumbuhan dapat dibiak dengan cara ini

    * Pemindahan penyakit lebih mudah terutama penyakit virus

    * Setengah kaedah memerlukan kemahiran teknikal yang agak rumit

    Jenis-jenis Pembiakan Tampang

    A) Secara Semula Jadi

    a.Rayapan (stolon) batang yang keluar dari aksil daun dan biasanya tumbuh menjalar secara

    mendatar di atas permukaan tanah. Contoh: Episcia dan chlorophythum.

    b. Sulur - Anak atau rumpun pokok yang dipisahkan dari pokok induk. Contoh: Pisang kipas(Ravenala), Keladi

  • 8/3/2019 kaedah pembiakan tanaman

    4/7

    c.Umbisi - Contoh: Gladiolus, abaca

    d.Bebawang (leaf scale) Contoh : Lily, Amaryllis

    e.Rizom batang yang menjalar di bawah permukaan tanah. Contoh : halia, bunga tasbih, iris,

    rumput, kunyit

    f.Tuber Contoh: kentang, keladi

    g.Akar Tuber - Akar yang membesar dalam tanah. Mata tunas terdapat pada jemala akar.Contoh: dahlia, keledek, gloriosa

    Pembahagian boleh dilakukan kepada beberapa jenis bahagian tumbuhan tersebut di atas

    dengan memotongnya kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. Contoh kentang,

    bebawang.

    B. Secara Buatan

    KERATAN

    a. Keratan dahan atau batang

    Keratan dahan terdiri daripada keratan kayu keras, kayu sederhana dan keratan kayu hijau

    atau lembut.

    Cara mengambil keratan batang:

    Pilih dahan atau ranting yang subur dan tidak berpenyakit. Panjangnya keratan anantara 15 -

    20cm. Potong pangkal keratan itu serong di bawah satu mata tunas. Tinggalkan 2 atau 3 helai

    daun. Tentukan sekurang- kurangnya ada 1 tunas untuk akar dan 1 tunas untuk pucuk. Tanam

    keratan itu sedalam kira-kira 5 - 7cm (1/3 daripada keratan). Tekan di sekeliling pangkal

    keratan. Siram. Untuk keratan yang susah berakar, rawat pangkal keratan dengan hormon

    penggalak akar seperti IBA, ABA, NAA. Jenis-jenis hormon ini ada dijual dalam bentuk

    debu.

    b. Keratan daun

    Jenis ini terdiri daripada keratan bahagian daun, keratan urat daun, keratan tangkai daun dan

    keratan helaian daun.

    Keratan helai daun dibuat dengan mengambil sehelai daun yang bertangkai atau tidakbertangkai di mana ianya ditanam dalam medium pengakaran seperti pasir. Akar dan daun

    baru akan keluar dari sebelah bawah daun. Pokok Begonia boleh dibiak dengan meletak

    sehelai daun yang telah dikerat urat daunnya di atas pasir. Pokok sanseiveria boleh dibiak

    dengan cara keratan bahagian daun. Untuk membuat keratan tangkai daun tentukan lai daun

    mempunyai batang sepanjang 2.5 4cm panjang.

    c. Keratan Akar

    Keratan akar dibuat dengan memotong bahagian-bahagian akar yang sihat dan tidak

    berpenyakit kira-kira 7 - 15cm panjang dan kemudian ditanam dengan membaringkan akar di

    dalam pasir yang bercampur serbuk papan atau tanah gambut. Pastikan paras atas akar adalahsama paras dengan pasir.

  • 8/3/2019 kaedah pembiakan tanaman

    5/7

    Ada setengah pokok tidak mengeluarkan biji dan susah pula dibiak dengan cara lain,

    (misalnya pokok sukun, dahlia, Plumbago). Oleh itu akarnya boleh digunakan sebagai bahan

    pembiakan.

    Penjagaan Keratan

    Penjagaan rapi adalah mustahak semasa pengakaran. Sebaiknya keratan jangan diubah-ubah

    kerana akar-akar baru sangat lembut dan senang patah. Kebersihan kawasan perlu dijaga

    untuk mengelakan dari jangkitan penyakit.

    Peratus kelembapan dikurangkan secara berperingkat setelah pengakaran mula berlaku dan

    keamatan cahaya dipertingkatkan. Keratan-keratan tadi sedia diubah apabila mengeluarkan

    akar sekunder. Elakkan akar tercedera semasa mengubah dengan menyiramnya terlebih

    dahulu sebelum dicungkil. Kemudian tanam di dalam bekas yang mengandungi campuran

    tanah yang bersesuaian. Siram secukupnya dan beri teduhan selama 7-14 hari.

    Cantuman

    Cantum satu pembiakan tampang biasanya digunakan untuk membiak pokok buah-buahan.

    Namun ianya sesuai juga untuk pokok-pokok hiasan.

    Pembiakan cara cantuman terbahagi kepada 3 jenis :

    a) Cantuman tunas atau Cantuman dekatan

    i) Sandingan

    b) Cantuman mata tunas

    i) Cantuman 'T'

    ii) Cantuman tampal

    iii) Cantuman takuk

    c) Cantuman Belahan

    i) Belahan tepi

    ii) Belahan rencung

    iii) Belahan baji

    Pokok Penanti (Stock Plant)

    Pokok penanti ialah pokok yang ditanam dari biji benih untuk tujuan mendapatkan sistem

    akar yang baik. Cantuman boleh dilakukan apabila pokok penanti mencapai saiz batang yang

    sesuai (berukuran lebih kurang 1 cm garispusat) untuk menerima mata tunas.

    Mata tunas

    Terdapat dua jenis mata tunas iaitu mata tunas rehat dan mata tunas ketiak. Pokok-pokok yang

    mempunyai mata tunas rehat ialah seperti rambutan, bunga kertas, ciku, cempedak dan lain-

    lain. Pokok-pokok yang mempunyai mata tunas ketiak ialah seperti durian dan ros.

    Cara mencantum mata tunas

  • 8/3/2019 kaedah pembiakan tanaman

    6/7

    Contoh: Cantuman tampal

    a) Sediakan pokok penanti

    b) Potong dua garisan daripada atas ke bawah, panjang kira-kira 4cm pada batang pokok

    penanti, dengan menggunakan pisau cantuman yang tajam dan bersih.

    c) Potongan dibuat kira-kira 15cm daripada tanah. Jarak antara garisan kira-kira 1cm.

    d) Buat satu garisan melintang di sebelah bawah dan kopek sedikit kulit bagi menentukan

    sama

    ada kulit itu boleh dikopek.

    e) Pilih satu mata tunas yang baik, potong dua garisan sebesar dengan yang dibuat pada pokok

    penanti tadi. Kemudian potong kepingan tunas daripada kayu mata tunas dan tanggalkan

    kulitnya beserta mata tunas.

    f) Kopekkan kulit daripada pokok penanti tadi dan tampalkan mata tunas. Buangkan kulit

    pokok

    penanti dan tinggalkan lebih kurang 1cm.g) Antara 20 - 30 hari mengikut jenis-jenis pokok, buka balutan pita plastik itu.

    h) 1 minggu selepas pita plastik dipotong, bahagian atas pokok penanti dipotong kira-kira

    5cm - 8cm daripada bahagian yang dicantum.

    Dalam masa 2 - 3 minggu selepas pokok penanti dipotong, mata tunas akan mulai membesar.

    Tunas-tunas yang tumbuh daripada bahagian-bahagian lain sepanjang pokok penanti

    hendaklah dibuang.

    Untuk memastikan kejayaan cantuman perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

    a) Pisau cantuman mestilah tajam dan bersih

    b) Pokok penanti dan mata tunas yang hendak dicantum mestilah dari keluarga yang sama.

    c) Saiz mata tunas dan saiz kelaran di pokok penanti mestilah sama.

    d) Proses mencantum mesti dibuat dengan cepat untuk mengelakkan kambium atau mata

    tunas

    menjadi kering

    e) Pokok penanti dan mata tunas mestilah sihat dan subur.

    f) Tentukan ikatan jangan terlalu kuat atau terlalu longgar

    g) Kerja mencantum eloklah dibuat di waktu pagi atau petang sebelum siraman dilakukan.

    LENTURAN (layering)

    Lenturan adalah satu proses pembiakan tampang menggunakan bahagian pokok yang masihmenjadi sebahagian daripada pokok induk yang masih hidup.

    Terdapat empat jenis lenturan:

    a) Lenturan Pucuk (tip layerage)

    b) Lenturan Busut

    c) Lenturan Peparitan (berbaringan)

    d) Lenturan udara (tut)

    a) Lenturan udara (tut)

    Lenturan yang biasa di buat. Pembiakan cara ini sesuai digunakan untuk pokok-pokok yang

    susah dibiak dengan cara tampang yang lain. Biasanya dilakukan pada pokok-pokok jeniskayu keras seperti pokok kenanga, cempaka, limau dan ciku.

  • 8/3/2019 kaedah pembiakan tanaman

    7/7

    Cara-cara mengetut

    Sediakan tanah campuran yang sesuai yang mempunyai sifat-sifat senang dikepal, melekat

    dan yang boleh menyimpan air dengan secukupnya selama masa dahan dalam proses

    pengakaran.

    Tanah campuran biasa digunakan ialah:

    a) 2 bahagian isipadu tanah peroi 1 bahagian isipadu baja organik

    b) 4 bahagian isipadu habuk papan 3 bahbahagian isipadu tanah peroi 2 bahagian isipadu baja

    organik

    Cara memilih dahan yang sesuai

    a) Dahan dipilih daripada pokok sihat, segar dan tidak berpenyakit atau diserang serangga.

    b) Dahan mestilah dari kayu keras atau sederhana keras, sekurang-kurangnya lcm garis pusat.

    c) Dahan yang dipilih sebaiknya seimbang percabangan, berbentuk lurus dan mendapat cukupcahaya matahari.

    Cara mengetut

    a) Sediakan kepalan campuran tanah sebesar telur ayam dan direnjis air sehingga lembab.

    b) Pilih dahan yang sesuai serta buangkan daun-daun dan ranting-ranting di bawah kelaran

    yang akan dibuat.

    c) Buatkan kelaran keliling, pertama di bawah mata tunas dan kelaran kedua dibuat

    sekurang-kurangnya 3cm di bawah dari kelaran pertama.

    d) Kupas kulit di antara dua kelaran dan kikiskan (kambium) hingga ke kayu.

    e) Sapukan hormon penggalak akar di kelaran atas

    f) Ikatkan plastik di bahagian kelaran bawah.

    g) Dekatkan tanah yang telah dikepal di bahagian dahan yang telah dikikis tadi, tentukan

    tanah

    itu padat dan melekat dengan baik.

    h) Bungkuskan kepalan tanah dengan kertas plastik dan diikat pada kedua-dua hujungnya.

    i) Selepas 2 - 3 bulan, tut ini akan mengeluarkan akar dan boleh dipotong bahagian bawah dan

    diubah ke dalam beg plastik.