kaedah kajian
DESCRIPTION
hahaTRANSCRIPT
4.0 KAEDAH KAJIAN
Bahagian ini menjelaskan cara pengkaji mendapatkan maklumat berkenaan kajian yang
dilaksanakan. Kaedah kajian terbahagi kepada dua iaitu data primer dan sekunder.
4.1 DATA PRIMER
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), data primer bermaksud maklumat pertama
yang dikumpul dalam membuat sesuatu kajian. Antara kaedah mengutip data primer ialah
melalui pengukuran, pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian. Dalam kajian ini,
pengkaji tidak akan menggunakan data primer ketika menjalankan kajian ke atas syarikat
HPA Industries kerana syarikat ini jauh dari tempat tinggal pengkaji dan ianya memerlukan
kos yang tinggi untuk pengkaji berulang alik ke tempat yang dikaji.
4.2 DATA SEKUNDER
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), data sekunder merupakan maklumat
sampingan yang boleh digunakan dalam melaksanakan kajian. Antara kaedah mengutip
sumber sekunder ialah analisis dokumen, rujukan dan pembacaan dan tinjauan persuratan.
Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggunakan sumber maklumat yang
diperlukan iaitu melalui buku rujukan, laman sesawang dan laoran tahunan syarikat.
4.2.1 Buku Rujukan
Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan beberapa buku dan antara buku rujukan yang
digunakan ialah Marketing An Introduction yang ditulis oleh Armstrong, Gary & Kotler
(1994). Antara maklumat yang diambil dalam buku rujukan ini ialah definisi umum
campuran pemasaran, produk, penetapan harga dan promosi.
4.2.2. Laman Sesawang.
Menurut Mohd Ismail bin Hji Ismail dalam buku Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
(2005), laman sesawang merupakan aplikasi yang paling menarik dan penting dalam internet.
Laman sesawang ialah dokumen ‘HTML’ pada World Wide Web yang mengandungi
hubungan hiperteks dengan dokumen lain pada World Wide Web. HTML digunakan untuk
membuat reka bentuk laman web. Dalam kajian ini, pengkaji telah melayari laman web untuk
mendapatkan dan mengumpulkan maklumat berkaitan kajian yang dijalankan.
Antara laman sesawang yang dilayari oleh pengkaji ialah laman sesawang rasmi bagi syarikat
HPA Industries melalui pautan http://bisneshpa.wordpress.com dan http://duniaherbahpa.com
Pengkaji telah berjaya mendapatkan maklumat berkaitan dengan latar belakang, jenis produk
yang ditawarkan seperti produk fizikal dan perkhidmatan.
4.2.3 Laporan Tahunan
Dalam kajian ini, pengkaji juga mendapatkan maklumat serta data yang diperlukan melalui
laporan tahunan 2013 dan laporan tahunan 2014 yang diterbitkan oleh syarikat HPA
Industries. Antara maklumat yang diperolehi melalui laporan tahunan ini ialah berkaitan
dengan jualan syarikat pada tahun yang berkenaan, kewangan, dan juga jenis-jenis produk
yang dihasilkan dari masa ke semasa. Antara contoh produk ialah herba-herba, kopi dan
barangan sejuk beku.