kaedah abjad

13
LITERASI BAHASA: KAEDAH ABJAD GAN SIEW HUAT ARIF IZZUDIN BIN OTHMAN NURAINAA IZZATI BINTI DAUD MAYA AIRANI BINTI ASPAR

Upload: mayaairani

Post on 11-Sep-2015

43 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

literasi bahasa

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

LITERASI BAHASA:KAEDAH ABJADGAN SIEW HUATARIF IZZUDIN BIN OTHMANNURAINAA IZZATI BINTI DAUDMAYA AIRANI BINTI ASPARKonsep Membaca Kaedah AbjadMerupakan kaedah klasik yang paling tua untuk mengajar membaca dalam kalangan kanak-kanak Digemari oleh banyak guru yang mengajar membaca di peringkat permulaan. Memperkenalkan huruf-huruf (26) bahasa Melayu dan diikuti dengan menyebut nama huruf-huruf tersebut. Diperkenalkan pula huruf-huruf vokal dan huruf-huruf konsonan.Menurut Juriah Long et. al (1994), murid-murid mempelajari dan menguasai huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan.

Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Manakala, Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula berpendapat bahawa kedua-dua bentuk huruf kecil dan besar didedahkan serentak. Teknik latih tubi menyebut nama huruf, mengeja suku kata dan perkataan untuk meningkatkan penguasaan dan pemahaman murid.

Latihan Menyebut Nama Huruf A hingga Z

(a) Memperkenalkan huruf besar dan huruf kecil Contoh 1: Sebut huruf-huruf di bawah

Contoh 1: Sebut nama-nama huruf.

Latihan Menyebut Pola Suku Kata V dan KV

(a) Mengenal dan menyebut huruf-huruf vokal dan konsonanContoh 1: Sebut nama huruf-huruf vokal dan konsonan

(b) Mengenal dan menyebut pola suku kata v dan kvContoh 1: Sebut suku kata di bawah

Jenis Suku KataKata tunggal satu suku kata. Contoh : K + V + K Kata tunggal dua suku kata. Contoh : V + KV (ibu, ela), V + VK (air, aib), V + KVK (adat, emas), VK + KV (anda, unda), VK + KVK (untuk, entah), KV + KVK (bukan, dekat). Kata tunggal tiga suku kata. Contoh : KV + V + KV (biasa, cuaca), KV + V + KV (kaedah)Kata tunggal empat suku kata. Contoh : KV + KV + KV + KV (panorama)

Latihan Menyebut Suku Kata, Perkataan dan Frasa

(a) Menyebut suku kata, perkataan dan frasaContoh 1: Sebut suku kata, perkataan dan frasa* Suku kata

* Perkataan dan frasa

Latihan Membaca Ayat

(a) Membaca ayat

Menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai Murid-murid terlebih dahulu diajar menghafal nama-nama huruf mengikut susunannya menggunakan bahan-bahan visual dan audio seperti kad carta, kad huruf, CD, melalui permainan dan sebagainya.

CONTOH : KAD ABJADGuru menunjukkan kad abjad kepada murid dan guru menyebut terlebih dahulu abjad-abjad tersebut untuk memperkenalkannya kepada murid.

Kemudian, sekali lagi guru menunjukkan kad-kad abjad tersebut dan meminta murid untuk mengenal pasti dan menyebut abjad-abjad yang ditunjukkan dengan bantuan guru.

Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu kad-kad abjad ditunjukkan. Proses ini diulang sehingga murid mampu mengenal pasti dan menulis abjad-abjad yang telah diajar.

Seterusnya, guru melekatkan kad-kad abjad tersebut di papan hitam. Guru akan memilih murid secara rawak dan meminta murid tersebut mengambil kad pada papan tulis berdasarkan apa yang disebut oleh guru. Selepas itu, murid diminta membuat latihan bertulis dalam buku masing-masing. Guru akan menyebut abjad manakala murid perlu mendengar dengan teliti dan menulisnya dalam buku.