kaca-kaca kristal

104

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KACA-KACA KRISTAL
Page 2: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

Page 3: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL A. Mohammad Timbang

Page 4: KACA-KACA KRISTAL

Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Bandar Seri Begawan Negara Brunei Darussalam

O A. Mohammad Timbang, 1995

Cetakan Pertama 1995

Hiasan Kulit Pg Timbang Pg Hj Tuah

!

Rupataip teks Times, 10/12 poin I

Aturhuruf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam Dicetak oleh Pencetak Asia, Brunei Darussalam

Page 5: KACA-KACA KRISTAL

Prakata

SEMACAM SUATU obligasi, jabatan ini akan sentiasa berusaha membina dan mengembangkan bahasa dan sastera iaitu dengan mengadakan pelbagai peraduan penulisan kreatif sebagai galakan dan dorongan kepada para penulis untuk berkarya - salah satunya ialah peraduan menulis novel.

Memang benar karya yang besar dan ulung dapat dihasilkan tanpa sebarang peraduan; keketatan syarat dan peraturan peraduan serta keterbatasan waktu dan bidang tidak semestinya dapat mengongkong kebebasan penulis yang berbakat. Sebab penulis yang kreatif biasanya dapat memboloskan diri dari segala macam jaringan syarat dan peraturan peraduan asal sahaja penulis yang tajam pena dan jauh pandangan itu berlaku adil dan bersikap jujur. Sebab novel mempunyai beberapa definisi dan sering memberi tumpuan kepada pengalaman manusia; pengisahan peristiwa situasi manusia inilah sebagai suatu laporan lengkap, berasas dan tulen.

Kaca-kaca Kristal hasil daripada Peraduan Menulis Novel Sempena 30 Tahun Bahasa Melayu dalam Perlembagaan anjuran jabatan ini telah menggarap tentang rangkaian peristiwa yang terjadi di dalarn kehidupan manusia - yang dipengaruhi oleh latar belakang yang berbeza dan bagaimana manusia hams menentukan prioriti dalam kehidupannya.

- Pg Dato Paduka Haji Badaruddin Pg Haji Ghani Pengarah

Page 6: KACA-KACA KRISTAL

Pertama

SUDAH TIGA kali Lazim batuk. Kali ini agak panjang dan mendalam. Mukanya merah, matanya berair. Rokok di tangan kirinya dimatikan. Dia menyandarkan dirinya di kerusi bertilam empuk yang dibelinya menjelang hari raya tahun ini. Nafasnya turun naik satu-satu. Memang sejak kebelakangan ini batuknya makin menjadi-jadi. Pantang salah makan, akan datanglah batuknya. Apalagi sekarang cuaca tidak menentu, sekejap hujan, sekejap panas. Kadang-kadang disertai pula oleh tiupan angin dingin yang menyusuk ke tulang. Orang yang berpenyakit batuk sepertinya mudah benar diserang penyakit.

"Sudah berapa kali saya kata, hentikan merokok. Tapi awak degil. Nasihat orang haram tak diendahkan." Isterinya Salbiah bersungut.

Lazim tetap d i m , sedang tangan kanannya masih memegang sampul surat bercap Urusan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Sudah agak lusuh dan renyuk. Kerana surat yang ada di dalam sampul itulah fikirannya sejak tiga hari ini menjadi terganggu. Tidurnya tidak lelap. Kotak pemikirannya benar-benar kusut. Tidak pernah dia mengalami kerunsingan seperti ini selama hayatnya. Badannya yang memang kurus makin jelas kurusnya. Muka cengkung dan pucat. Rambut putih mula bertompok-tompokdi atas kepalanya.

"Kita minta tolong saja pada adik awak Si Lamit, bang. Saya yakin dia boleh menolong kita." Salbiah memberi j alan keluar .

Terdengar keluhan berat. Di luar Lazim melihat tompok-tompok awan hitam merentangi langit. Keadaan menjadi muram. Rumah pangsa tempatnya tinggal selama lebih sepuluh tahun nampak lengang dan sunyi. Maklumlah hari bekerja dan sekolah. Kalau tidak, pasti terdengar suara budak-budak bermain sambil menjerit. Ada pula yang terlari sana, terlari sini. Terlompat sana, terlompat sini. Maklumlah budak-budak, kalau sudah bermain bukan ingat apa-apa. Terasa dunia adalah milik mereka. Tergambar di ruang matanya anak-anaknya Ahmad, Aida dan Aini yang kini sudah dewasa dan masing-masing membawa haluan sendiri. Ahmad kini menuntut di Universiti Brunei Darussalam dalam tahun dua, jurusan sastera. Aida pula dalam Tingkatan Enam dan tinggal di asrama Maktab Duli Pengiran Muda Al- Muhtadee Billah. Aini pula mengikuti kursus di Maktab Perguruan Agama dalam tahun pertama. Setiap hujung bulan Ahmad mengirim lapan puluh

Page 7: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

ringgit ke kampung sementara Aini pulamengirim seratus ringgit. Lazim tahu tiga empat tahun akan datang anak-anaknya akan memberinya wang dengan lebih banyak lagi. Ahmad mungkin memberinya empat atau lima ratus. Aini sekurang-kurangnya tiga ratus. Lazim senyum. Tetapi bayangan indah itu segera lenyap apabila dia teringat keadaan dan masalah yang dihadapinya sekarang .

"Bagaimana bang? Petang ini kita jumpa Lamit adik abang itu." Sekali lagi Salbiah mengingatkannya.

"Bukan senang berunding dengan Si Lamit tu, Salbiah. Tambah-tambah lagi dengan isterinya Zakiah."

"Kita cuba dulu. Kalau tak dicuba mana nak tau hasilnya?" Lazim mengangguk. Dalam hatinya mengakui akan kebenaran kata-kata

isterinya itu. Perempuan yang telah berkongsi hidup dengannya lebih dua puluh lima tahun. Antara mereka sudah tidak ada rahsia lagi. Masing-masing mengenali antara satu dengan yang lain.

"Kalau Lamit tak dapat menolong kita bagaimana?" Salbiah diam. Wajahnya nampak muram. Namun sisa-sisa kejelitaannya

semasa muda dahulu masih jelas kelihatan. Terutama dua lesung pipit di kiri dan kanan pipinya. Sewaktu kecil-kecil dahulu ramai yang menyukai lesung pipitnya itu. Ramai yang mengusiknya, ada yang mahu merninjamnya, ada pula hendak mengambilnya. Akibatnya dia akan menangis.

"Kitacuba dulu bang. Mudah-mudahan adik abang tu akan sudi menolong kita. Kalau tidak dia, pada siapa lagi kita berharap." Penuh keyakinan Salbiah memberikan pendapatnya.

Lazim membuang pandang ke luar tingkap. Dia membayangkan tidak lama lagi tempat itu akan ditinggalkannya. Soalnya dia tidak tahu di mana hendak menetap nanti. Hendak mengharap rumah perpindahan, terpaksa menunggu gilirannya dalam rancangan fasa ketiga. Sedangkan yang baru siap dan dipindahkan adalah dalam rancangan fasa pertama. Dia mencongak-co- ngak mungkin setahun atau lebih, baru sampai gilirannya untuk merasa tinggal di rumah perpindahan yang memang diidamkannya sejak sekian lama. Sejak anak-anaknya meningkat usia remaja.

"Kalaulah dulu abang mau mendengar kata, ingat akan masa depan, taklah kita sesulit ini." Lazim melahirkan perasaan yang bersarang di dadany a selama ini.

Diamasih ingat ramai kawannyamengajaknyamembeli tanahdi kawasan Mumong, Sungai Tali dan Lumut. Dia menolak dengan alasan konon tempat itu sulit, perhubungan tidak begitu memuaskan. Api elektrik dan air belum ada. Rumah dapat dibilang dengan jari. Tidak seronok tinggal di tempat yang menyulitkan seperti itu. Pada masa itu dia tinggal di tengah dada bandar Kuala Belait. Segalanya ada. Itu yang membuat dia alpadan tidak memikirkan masa depan. Baginya tinggal di rumah kerajaan sudah lebih daripada cukup.

Page 8: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

Buat apa menyusah-nyusahkan diri. Tambahan pula ketika itu dia belum mempunyai kereta dan memandu pun tidak tahu.

Tanah yang ditawarkan oleh rakannya pada masa itu cukup murah. Ada yang seribu untuk setengah hektar. Bayangkan kalau ada harga sebegitu pada masa ini. Itulah bebalnya kebanyakan fikiran orang sebaya Lazim ketika itu. Ramai yang tidak hirau dengan tanah, apalagi untuk memikirkan membuat rumah sendiri. Amat berbeza dengan keadaan masyarakat zaman ini. Walaupun harga tanah telah melambung, mereka masih sanggup membeli. Kalau tidak rnampu tunai sanggup berhutang.

Kini seribu penyesalan memang tiada berguna. Apalagi bila mengingatkan isi surat yang sudah kumal itu. Dua bulan dari sekarang dia akan pencen. Ini bererti rumah pangsa milik kerajaan yang didiaminya sekarang terpaksa dikosongkan. Soalnya di inana dia hendak tinggal? Rumah dia tidak punya. Hendak mengharap kepada anak-anak, apalah yang mereka ada. Sedangkan mereka masih lagi mengharapkannya. Musim cuti ke rumah pangsa kediamannya itulah mereka datang, bermalam dan tinggal.

Kesilapannya yang kedua ialah mati-mati mengharapkan rumah perpindahan. Itu yang dimimpikan siang dan malam setelah selesai mengisi borang permohonan. Difikirnya perkara itu mudah, semudah mengunyah kacang goreng. Kini yang menjadi pengharapannya hanyalah Larnit adiknya. Satu-satunya adiknya di dunia ini. Harapan itu semakin tinggi apabila melihat kedudukan dan keadaan Lamit. Apa tidak, Lamit adalah salah seorang peniaga Melayu yang berjaya di sekitar Daerah Belait. Dia mempunyai berbagai-bagai perniagaan seperti pembinaan rumah, bangunan, mempunyai sebuah kedai runcit dan beberapa buah lori untuk disewakan.

Surat yang sudah kumal itu diletaknya di atas meja. Tangannya segera mencapai kotak rokok.

"Aaa ... batuk dah hilang nak merokok lagi?' Suara itu membantutkan niatnya untuk merokok. Dia bangkit dan mengorak langkah ke jendela. Dia memandang ke bawah. Kelihatan seorang pemuda sedang asyik mencuci kereta. Begitu lincah sekali, berus sana, cuci sini, lap sana, gilap sini. Sedang air tetap mencurah melimpah baldi merah yang sederhana besarnya.

"Membazir!" bisik Lazim. Memang sikap seperti anak muda ini paling dibencinya. Anak muda itu mungkin tidak tergambar akan masa hadapannya sepuluh atau dua puluh tahun nanti. Dia ingat hidupnya akan tetap sama seperti sekarang. Mahu saja dia mendatangi anak muda itu dan memberinya nasihat. Dia tidak mahu anak muda itu akan mengalami nasib sepertinya sekarang. Kereta berapa rajin pun menjaganya empat lima tahun akan suram juga keadaannya. Enjinnya akan mula meragam. Rosak itu, rosak ini. Se- muanya memerlukan wang. Kalaulah wang itu dikumpul buat membeli tanah alangkah baiknya.

Page 9: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

Timbul lagi bayangan rakan-rakannya. Sekarang ada di antara mereka sudah pencen. Tetapi hati mereka senang, kerana punya tanah, punya rumah sendiri. Tiap hari duduk-duduk di rumah, hujung bulan dapat wang pencen. Lazim tidak sanggup untuk menggambarkan bagaimana keadaannya setelah pencen nanti. Terutama tidak sanggup dibayangkannya tentang tempat tinggal dirinya, Salbiah, Ahmad, Aida dan Aini. Apalagi kalau mereka sudah berumahtangga. Sulit dan rumit!

"Bang, baru saya teringat ...." Salbiah mematikan lamunannya. "Apa?'Lemah tidak bermay a. "Kata Mak Kasum jiran sebelah, ada sekeping tanah yang hendak dijual." "Di mana? Berapa harganya? Berapa luasnya?" Bertubi-tubi datangnya

soalan. Berkobar-kobar rasa ingin tahu. Dan jauh di lubuk hati dia mengharapkan tanah itu nanti akan menjadi miliknya. Di sanalah nanti dia akan mendirikan rumah.

"Di kawasan Sungai Tali. Besarnya satu lot. Tentang harganya tidakpula saya pasti."

Mengeluh. Tidak puas hati. "Lain kali tanya puas-puas. Baru bercerita." Batuk kecilnya terdengar.

Tangannya pantas mengurut dada, terutama di sebelah kiri. Minyak angin yang terletak di atas almari segera diambil dan disapu. Terasa hangat.

"Perut aku sudah lapar." Matanya segera melihat jam di dinding, sudah lebih jam sebelas. Memang kalau asyik duduk di rumah, perut mudah lapar. Tidak sarna jikalau bekerja, di mana peredaran masa tidak begitu terasa. Apalagi kalau kerja terlalu banyak.

Salbiah tidak bersuara, dia bangkit daripada duduknya dan berlenggang menuju ke ruang dapur. Dia sudah arif dengan tugasnya. Hari itu dia cuma memasak nasi, sayur kacang dan ikan rumahan rebus yang memang menjadi kesukaan suaminya. Dia tahu benar dengan tabiat suaminya yang suka masakan berkuah. Kalau perkara itu ditiadakan, akan bersungut dan merajuklah suarninya. Masakan berrninyak paling dibenci Lazim.

"Awak tau, isteri yang selalu menghidangkan masakan berminyak, berlemak kepada suaminya adalah isteri yang mau membunuh suaminya!" Kata-kata itu masih diingatnya, walau sudah begitu lama. Mungkin lima atau enam tahun yang lalu.

Mulanya Salbiah kurang mengerti maksud suarninya itu. Tetapi setelah difikirkan secara mendalam dan bertanya kepada jiran dan anak-anaknya, baharulah dia faham.

"Maksud ayah,;masakan berrninyak, berlemak itu mengandungi kolesterol. Ia amat merbahaya kepada kesihatan kita." Ahmad pernah menerangkan ha1 itu kepadanya.

"Bang. Hidangan sudah siap."

Page 10: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

Lazim pantas masuk ke ruang makan. Perutnya yang memang kosong semakin terasa apabila terhidu hidangan di atas meja. Walaupun tidak istimewa, namun Lazim tahu masakan itu amat sedap. Masakan isterinya tidak pernah mengecewakannya. Asap nipis dari hidangan yang ada di atas meja terbang dan terus menghilang. Salbiah mengunjukkan air pembasuh tangan. Dengan mengucapkan 'Bismillah' suapan pertama sudah masuk ke mulutnya.

"Lepas sembahyang zuhur nanti kita pergi ke rumah Lamit." "Eloklah tu bang. Malarn nanti kita hendak pergi ke rumah Dullah.

Bukankah anaknya melangsungkan perkahwinan esok?" Baharu dia teringat, musim ini adalah musim orang kahwin. Tiap minggu

ada sajamajlis dan undangan yang terpaksadipenuhi. Apalagi orang sepertinya yang kini punya anak yang sudah dewasa inilah masanya menanam saham. Majlis suka orang jangan ditinggalkan. Tidak dapat hadir siang, hadir sebelah malam. Yang penting batang hidung mesti dinampakkan.

Page 11: KACA-KACA KRISTAL

Kedua

LAZIM DAN isterinya bertukar pandang sambil meneliti keadaan di ruang tamu rumah Lamit. Sungguh cantik! Baik kerusi set, almari, lampu, membawa ke karpet. Padan dengan dirinya yang tergolong sebagai salah seorang peniaga yang amat berjaya di daerahnya. Lazim agak menggigil oleh peng- hawa dingin yang terpasang di ruang tamu itu. Batuknya mula terdengar.

"Assalamualaikum!" Lazim segera mengucapkan kalimat suruhan agama itu sebaik-baik saja melihat Lamit melangkah masuk ke ruang tamu tertutup itu.

"Waalaikumsalam." Tangan dihulur dan segera disambut. Sebaik-baik saja Larnit mencecahkan punggungnya ke kerusi yang bertilam

empuk, Lazim segera menyatakan hasratnya sambil menceritakan nasib yang menimpa dirinya. Larnit hanya mengangguk-anggukkan kepalanya.

Perbualan mereka terganggu dengan kemunculan orang gaji Lamit yang membawa minuman dan sedikit kuih. Tertib dan sopan dia meletakkan cawan dan piring kuih. Mukanya nampak bersih, senyum pula terukir di bibirnya. Sebelum pergi dia membongkokkan badan dan berundur beberapa langkah kemudian baharu berpusing dan menghilang di balik pintu.

"Silakan rninum, kak." Lamit mempelawa sambil tangannya yang berisi itu sudah mencapai sebiji cawan yang terletak di depannya. Nampak benar sihatnya dia. Perut buncit mengalahkan perempuan mengandung. Dan bagai kerbau yang dicucuk hidung Lazim dan Salbiah mematuhi pelawaan Lamit. Ketiga-tiga mereka diam sambil menikmati minuman.

"Maaflah bang, kak, kalau layanan kurang memuaskan. Maklum saya ni orang sibuk." Tangan berisi Lamit terus mencapai kuih yang di dalam piring. Sekejap saja kuih itu sudah masuk ke mulutnya, dikunyah dan akhirnya ditelan.

"Isterimu mana Lamit?" Salbiah bertanya. Matanya liar memandang ke pintu masuk ruangan itu. Mencari-cari kalau-kalau ada bayangan orang yang dimaksudkannya.

"Dia mesyuarat kak. Maklum orang bergiat dalam persatuan." "Bagaimana Lamit? Boleh kau menolong aku?' "Maaf bang. Bukan saya tidak mau menolong abang, tapi keadaan

perniagaan saya masa ini agak goncang." Kalimat itu mematikan harapan

Page 12: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRlSTAL

tinggi menggunung di dada Lazim. "Kalau seribu dua boleh juga saya bantu." Lazim memandang Salbiah. Salbiah tunduk. Dengan diganggu batuk,

I,azim bangkit dan memohon diri. Lamit yang diharapkan dapat membantunya kini bersikap sebaliknya. Jelas kegelapan yang ada di hadapannya. Kereta yang sudah berusia enam tahun itu segera dipandunya meninggalkan pekarangan rumah mewah dua tingkat kepunyaan adiknya.

"Apa yang mereka hendak bang?' Zakiah bertanya sebaik-baik saja kereta Lazim menghilang bersama asap nipis yang keluar dari paip keretanya.

"Apa lagi, nak pinjam wang." "Awak bagi?" Nada keras dan tidak puas. "Tidak!" Senyum. Puas. Kini hasratnya untuk meminjamkan adiknya wang pasti

akan terlaksana. Dia sudah pun berjanji dengan adiknya semalam. "Kakak mesti tolong saya. Kalau tidak kereta saya akan kena tarik. Ke

mana saya nak taruh muka ni kak?'kata Hamid merayu-rayu. Jelas air mukanya keruh, tidak ubah seperti air sungai yang baru dilanda bah.

"Itulah kerja kau, kerja cuai, akhirnya kena buang. Tapi melawa tak mau kalah."

"Katalah kak. Saya baru sedar sekarang. Kalau kakak dapat menolong saya, saya bersumpah tak akan membuat kecuaian lagi."

Akhirnya Zakiah lemah oleh pujukan dan janji manis adiknya Hamid. Dia berjanji akan merundingkan pembayaran kereta Hamid yang sudah tiga bulan tidak dibayar.

"Jadi aku inilah yang jadi tukang bayar?'Lamit bersuarasebaik-baik saja Zakiah melahirkan kemahuan adiknya.

"Bukan banyak bang. Seribu dua ratus saja. Bila Hamid dapat duit nanti, dia akan ganti."

Lamit mengeluh. Namun akhirnya dia terpaksa mengalah. Begitulah yang selalu terjadi, pasti setiap kemahuan Zakiah akan ditunaikan. Walau pada mulanya ditentang. Zakiah kalau fasal membujuk, merayu, memang pandai. Dan kelemahan Lamit ialah apabila mendapat pujian dan sanjungan. Kalaulah rahsia ini diketahui oleh Lazim, mungkin dia juga akan berjaya memiliki wang yang dihajatkannya. Kini dengan pantas Lamit menyeluk saku seluarnyadan mengambil beg duitnya. Pantas pula not seribu diunjukkan kepada Zakiah. Kemudian disusuli pula dengan dua not seratus. Zakiah tersenyum menerima wang itu.

Telefon di ruang tamu berdering. Lamit segera mencapai gagang telefon. Terdengar suara yang memberitahunya tentang anaknya Mahani kini berada di balai polis kerana dituduh bersubahat dalam satu kegiatan mengedar dadah. Gelap pemandangannya apabila mendengar berita itu. Dadanya berdebar- debar. Nafasnya sesak. Dan Larnit jatuh. Zakiah jadi gugup dan tidak tahu apa

Page 13: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

yang hendak dibuatnya. Mujurlah orang gajinya pantas bertindak. Larnit segera dibaringkan, pertolongan cemas diberikan. Dada Lamit ditekan-tekan, syukurlah usahanya itu berhasil. Lamit sedar dan dapat bernafas dengan sempurna.

"Kita pergi ke rumah sakit bang." Angguk. Menurut doktor yang memeriksa, Lamit mengalami beberapa

penyakit yang merbahaya. Penyakit jantung, darah tinggi dan kecing manis. Mulai saat itu juga doktor menasihatinya supaya berpantang makan. Nasi tidak boleh banyak. Garam dan gula terpaksa dijauhi. Tergambar penderi- taan di ruang mata Lamit. Apalah rasanya makanan kalau tidak dibubuh garam? Dan kalau minuman tidak dibubuh gula? Terasa nasibnya amat malang. Kucing bubuk kesayangannya lagi makan sedap, sedangkan dia terpaksa berpantang. Pantang yang belum tahu ada hujungnya.

Setelah berjumpa doktor, Lamit dan Zakiah pergi ke Balai Polis. Mahani diikat jamin sementara siasatan dijalankan.

"Sumpah ayah, saya tak terlibat. Benda jahanam itu sengaja dimasukkan oleh salah seorang rakan ke dalam tas tangan saya." Mahani membela diri apabila Lamit mengungkit perkara dadah.

"Awak jangan terlalu banyak bercakap, lupakan dulu ha1 Mahani. Nanti kita selesaikan. Yang penting, jaga kesihatan awak tu."

Lamit mengalah. Mahani dibawa oleh Zakiah keluar dari ruang tamu. Zakiah memang begitu, kalau Lamit menasihati apalagi memarahi Mahani

i i atau Jamal, pasti dia menjadi orang tengah. Seboleh-bolehnya anak-anaknya i I 1 itu mendapat pembelaan darinya. Akibatnya kedua-dua anak remaja mereka

itu nampak sedikit liar. Bergaul sesuka hati. Pakaian ikut kehendak diri. Lamit sudah hilang kuasa hendak menegur dan bersuara. Jamal satu-satunya anak lelaki dan diharap bakal menyambung perniagaan ayahnya kini terpaksa meninggalkan bangku sekolah kerana bersikap degil, mengingkari peraturan sekolah dan lebih pedih hati Lamit bila anaknya dibuang sekolah kerana menumbuk gurunya. Kini kerja Jamal hanyalah merayau ke sana ke mari mengikut kehendak hatinya. Pulang ke rumah kadang-kadang tengah malam, kadang-kadang pula sudah turun embun jantan. Sudah terdengar kokok ayam.

Tanti yang dipanggil oleh Lamit datang. Dia tercegat di muka pintu. Tegak dan horrnat, siap sedia menjalankan apa jua suruhan. Memang orang gajinya yang kelima ini amat baik jika dibandingkan dengan empat orang gajinya yang lain. Bekerja rajin, pandai mengemas, tidak payah menunggu arahan. Dia juga bersopan santun dan berbudi bahasa.

"Ada apa pak?" Ramah dia menyapa Lamit yang sedang bersandar di sebuah kerusi rotan.

"Ambilkan air dingin, aku hendak makan ubat."

Page 14: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

"Baik pak!" Tanti terus beredar dan menuju ke ruang dapur untuk mengambil air yang disuruh oleh Lamit. Sebentar kemudian air yang diminta I I u pun dihantarnya.

"Sekarang Tanti boleh buat kerja." Lamit memerintah. Tanti terus beredar. Lamit kembali menyendiri. Entah mengapa tiba-tiba

\aja dia teringat kepada abangnya Lazim. Rasa kesal menyelubungi hatinya. Mengapakah dia tidak mahu membantu abangnya? Itu persoalan yang bermain cii otaknya. Abangnya benar-benar memerlukan pertolongannya. Selaku adik dia sepatutnya mengambil berat dengan diri abangnya. Tetapi Lamit serba salah. Hendak ditolong, sudah pasti Zakiah akan bising dan mula mengungkit i ti1 ini. Kekayaan Lamit sekarang pun bukan atas usahanya seratus peratus, ia adalah harta ayah Zakiah, Haji Molok.

"Walau bagaimanapun aku mesti menolong abang. Esok aku akan beri rnereka lima ribu ringgit." Lamit tenang, terasa satu bebanan telah lenyap. Wang lima ribu itu akan diberikannya secara diam-diam. Memang selama ini dia dan Lazim agak renggang, masing-masing dengan ha1 sendiri-sendiri. Bukan dia tidak mahu berkunjung ke rumah abangnya, tetapi Zakiahlah batu penghalangnya. Lamit bangkit dan berjalan ke arah katil. Matanya terasa berat. Tidak sampai lima minit kemudian dia sudah dibuai mimpi. Zakiah pula masih berada di bilik Mahani, anak gadisnya itu perlu dipujuk, perlu dinasihat.

"Mak bukan menghalang kebebasanmu, tapi pandai-pandailah menjaga diri. Kasihani bapamu, ada tiga penyakit berat sedang dihidapinya." Mahani terkejut.

"Sakit apa mak?" "Lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis." "Kasihan ayah. Saya dan Jamal banyak menyusahkan dan mungkin juga

merunsingkan fikirannya. Karni berdosa mak." "Sudahlah. Kalau kau rasa berdosa, ubahlah sikap. Berdoalah mudah-

mudahan penyakit ayahmu lekas sembuh." Mahani tersedu. Rasa kesalnya mendorong dia menangis. Zakiah

membujuknya dan menyuruhnya berehat. Sebaik-baik saja Zakiah keluar dari bilik yang penuh dengan hiasan gambar penyanyi dan bintang filem itu Mahani terus berbaring. Dia cuba melelapkan matanya. Tiba-tiba dia teringat Saidin, teman lelakinya. Sungguh tidak diduganya bahawa lelaki kacak, punya kereta mewah itu adalah seorang pengedar dadah. Dalam serbuan tadi, Saidin telah memasukkan satu bungkusan ke dalam tas tangannya. Itu yang menjadikan dia tertuduh.

Seribu kesal di hati nuraninya kerana dipertemukan dengan Saidin. Tetapi apalah gunanya menyesal, kerana sesal kemudian itu sudah Kini terbayang wajah Ahmad, abang sepupunya. Dahulu wajah itu, tetapi kini sudah ada rasa lain yang meresap di

tiada gunanya. dia membenci lubuk hatinya.

Page 15: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

Sayang semuanya juga sudah terlambat. Kerana dia pernah menghina Ahmad. Pernah menolak pinangannya. Ini adalah kerana masa itu dia khayal dan tergila-gilakan Saidin.

"Kahwin sepupu dengan sepupu tak baik. Tidak digalakkan oleh agama." Alasan ini yang diucapkannya sewaktu Zakiah menanyakan keputusannya bila rombongan Ahmad datang meminangnya hampir dua tahun yang lalu.

"Emak pun memang tak setuju. Kau tau, tuamu Lazim sengaja hendak menjodohkan kau dengan Ahmad semata-mata hendakkan harta ayah kau yang banyak itu." Zakiah memberi sokongan.

Kata-kataitu seakan satu pendorong dan semangat untuk Mahani menolak pinangan Ahmad. Kerana apalah yang ada pada Ahmad ketika itu. Kerjanya tidak menentu, hanya kerja sementara. Tetapi sungguh tidak diduganya, Ahmad telah diterima masuk ke Universiti Brunei Darussalam. Tentu kalau tamat nanti, gajinya pasti empat angka, bermula dengan angka dua. Keadaan itu tentu amat berbeza dengan Saidin yang sangat dipuja, disanjung, ditatang bagai minyak yang penuh. Sekarang Saidin sudah menjadi banduan. Kerana dadah dia merengkok dalam penjara.

Seribu syukur dipanjatkannya kepada ilahi, kerana lebih awal lagi menampakkan belang Saidin. Kalau tidak entahlah. Sudah pasti dia menjadi janda bila berkahwin dengannya. Kini tekadnya hanya satu, hendak memujuk Ahmad dan dia sanggup menerima apa saja hinaan darinya, asalkan dia dapat hidup di samping Ahmad.

"Kau tidak malu?'Monolognya berhujah. "Tidak." "Muka tembok!" "Sudah ! Aku tidak mau mendengar hujahmu." Mahani mengambil bantal

lalu menekapkan ke mukanya. Dia mahu melupakan perkara yang telah terjadi. Biarlah semua yang buruk itu berlalu dibawa angin. Hanyut dibawa arus.

"Esok aku akan temui Ahmad." Itu tekadnya. Di luar suasananya sunyi. Tidak terdengar suara televisyen. Dia tahu,

Jamal adiknya tentu masih belum pulang. Kalau dia ada, sudah pasti suara televisyen akan memenuhi setiap ruang di rumah mewah ayahnya itu. Apalagi kalau ada rancangan hiburan. Gila setengah mati Jamal dibuatnya. Tambah lagi kalau lagu rock. Berdiri duduklah Jamal olehnya. Kaki tangan bergoyang mengikut rentak lagu. Entah mengapa dia sendiri tidak menyukai irama yang menjadi pujaan muda-mudi masa kini itu.

"Bagaimana kalau Ahmad membenciku? Dia tidak mau menerima kedatanganku?" Mahani terkebil-kebil sendiri memikirkan jawapan dari pertanyaan itu.

"Aku tak peduli. Apa pun nak jadi, jadilah. Yang penting aku mesti temui Ahmad. Aku mau minta maaf kepadanya." Tekadnya sudah bulat. Hasratnya

Page 16: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

sudah kuat. Dirasakannya masa berjalan agak lambat. Sungguh dia tidak sabar menunggu tibanya hari esok.

"Bagaimana dengan Saidin?'Monolognya bertanya. "Pedulikan dia! Aku benci padanya." "Kau mungkir janji !" "Dia memang tak boleh dibawa berjanji. Dia hanya memperalatkan aku."

Mahani membela dirinya. "Tapi kau tetap digelar gadis mungkir janji!" "Aku talc kisah dengan gelaran itu. Dalam dunia sekarang pun talc sedikit

manusia yang mengingkari janji mereka."

Page 17: KACA-KACA KRISTAL

Ketiga

LAZIM TIDAK menduga pagi itu dia akan terjumpa dengan Barudin. Sudah lebih enam bulan mereka tidak bertemu iaitu sejak Barudin pencen.

"Kau tinggal di mana sekarang?" Lazim bertanya sebaik-baik saja mereka duduk di sebuah kedai kopi.

Belum sempat Barudin menjawab, pelayan kedai datang menanyakan pesanan mereka. Pantas Barudin memesan kopi 0 kegemarannya bersama roti telur. Lazim mengikut seperti pesanan makanan sahabatnya itu. Mereka berdua kalau minum di kedai, pasti roti telur yang mereka order.

"Aku tinggal di Kampong Duhun. Kautaulah keadaanku, tanah aku tak punya." Barudin seakan menyesali dirinya kerana semasa mudanya dulu dia tidak ingat membuat persediaan untuk hari tuanya.

"Kita senasib. Dua bulan lagi aku akan pencen. Sedang aku tidak punya rumah, tidak punya tanah. Di manalah aku hendak tinggal?" Lazim meluahkan perasaannya.

Pelayan sampai dan menghidangkan minuman dan roti yang mereka pesan. Tanpa diarah, tangan mereka mencapai sudu kecil dan mengacau minuman hitampekat itu. Keadaan di kedai itu sungguh tidak menyenangkan, bising. Asap rokok berkepul-kepul mengisi ruang. Amaran dilarang merokok yang tertampal di dinding sedikit pun tidak diendahkan mereka. Amaran itu hanya perhiasan yang tidak membawa erti apa-apa. Barudin sudah mengoyakkan roti telur di depannya. Kuah kari dal di piring kecil dituangkannya ke atas roti yang telah dikoyak lalu dimasukkannya ke mulut dan dikunyah.

"Aku rasa baik kau mendirikan rumah sementara di kampung aku. Rumah dekatku sudah dirobohkan kerana jiranku itu sudah dapat rumah perpindahan." Barudin membuka jalan.

Lazim diam. Tangannya lambat mencapai roti yang sudah dicampur dengan kuah kari dal. Dalam hatinya berkata peluang begini mesti diambilnya. Kalau tidak, di mana dia hendak tinggal? Di mana nanti anak-anaknya akan menemuinya bila mereka pulang di musim cuti.

"Aku setuju." Lazim bersuara. Tanganny a mengambil caw an dan menghirup minuman hitam pekat di dalamnya.

Page 18: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

"Baguslah. Kalau kau mau, esok aku boleh bawa kau melihat tempat yang sku maksudkan itu." Barudin bersuara dan menghabiskan sisa roti telur di cldarn piring, serta menghirup sisa kopi yang ada di dalam cawan.

Selesai minum, Barudin dengan pantas bangkit dan membayar harga rninuman dan roti telur yang mereka makan, walaupun Lazim berkeras hendak membayarnya. Memang itulah tabiat Barudin, pemurah. Mudah hclanja. Apalagi kalau wang masih banyak di dalam poket. Mereka keluar c l ~ i kedai itu dan masing-masing membawa haluannya. Lazim pergi ke pasar clan mencari sotong basah yang dipesan oleh Salbiah. Dia hendak membuat rojak.

Selesai makan tengah hari, Lazim menceritakan cadangan Barudin tadi. Snlbiah mengeluh.

"Bolehkah kita hidup di tempat itu bang?" Salbiah bertanya. Dia pernah pcrgi dua kali ke kampung itu. Orang saja yang menyebutnya kampung. Scbenarnya bukan. Ia hanyalah sebuah tempat perumahan haram dan kawasan itu sebenarnya adalah tempat pembuangan sampah. Lalat, habuk, bau busuk jarigan dikata. Maklumlah namanya tempat orang membuang sampah.

"Kalau tak di sana, di mana lagi kita hendak tinggal?" Lazim menuturkan kata-kata itu perlahan dan sayu. Dia merasakan dirinya hina, ada adik pun ridak diharap. Saudara mara yang lain bukan tidak ada, tetapi mereka juga mengalami masalah hidup dengan keluarga masing-masing. Apalagi dengan ekonomi merosot sekarang. Masing-masing sibuk mencari wang sebanyak rnungkin. Selain bekerja, ada yang berjual secara sarnbilan di tepi-tepi jalan. Kalau ada perayaan lumayanlah sedikit pendapatan mereka.

Yang dikesalkannya ialah sikap Lamit, adiknya. Satu-satunya adiknya ymg sedarah sedaging di dunia ini. Lamit nampak sengaja tidak mahu lnengambil endah apalagi hendak menolongnya. Padahal dia bukan minta pcrcuma, hanya berhutang. Itu pun dia tidak boleh membantu. Atau mungkin I .amit tidak percaya kepadanya. Takut kalau dia tidak terbayar.

"Aku akan bayar wang itu nanti, Lamit. Keluar baksisku, pasti aku hayar." Dia masih ingat kata-kata yang diucapkannya sewaktu datang ke rtiniah Lamit beberapa hari yang lalu. Sayangnya Lamit tidak dapat nicminjamkan wangnya dengan alasan perniagaannya merosot.

"Sayang, saya ini hanya sebatang kara di dunia ini bang. Mak ayah telah lama tiada. Adik-beradik tidak ada. Saya anak tunggal. Kalau tidak mungkin cl:llarn keadaan kita sekarang, saya boleh minta tolong dari mereka." Salbiah trlclahirkan perasaannya. Mungkin kesal kerana tidak punya adik-beradik.

"Sudahlah. Tak guna menyesali takdir." Lazim cuba menenangkan perasaan Salbiah.

"Kita tidak punya pilihan lagi. Lagipun kita bukan tinggal untuk selama- Immmya di tempat itu. Tiba giliran abang dalam rancangan perpindahan itu nr~r~t i , ki ta akan pindah." Tergambar olehnya bagaimana mereka nanti tinggal

Page 19: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

di rumah batu. Rumah yang memang dimimpi-mimpikan sejak dulu lagi. "Bila abang hendak melihat tempat itu?" Salbiah bertanya. "Esok." "Saya nak ikut." Tergambar oleh Salbiah keadaan Kampong Duhun yang hendak mereka

kunjungi esok itu. Jalannya kecil, berhabuk. Rumahnya tidak tersusun dan teratur. Berselongkaran. Bentuknya juga beraneka ragam. Dindingnya rata- rata diperbuat daripada tong-tong kayu, zing dan ada juga beberapa buah daripada papan. Tiang-tiang televisyen berceracakan tidak menentu. Ada yang tinggi, tidak kurang pula yang rendah. Malah ada yang tersembul dari tingkap.

"Saya rasa baik juga kita minta pendapat Ahmad, Aida, dan Aini bang." Salbiah memberi pendapat.

Lazim mengangguk, akur. "Esok aku akan hubungi mereka dengan telefon. Suruh mereka pulang

hari Khamis ini." Lazim membuat keputusan. Dia yakin anak-anaknya itu akan dapat meluangkan masa untuk menemuinya. Memang beruntung dia mempunyai anak-anak yang tidak banyak tingkah. Tidak banyak kerenah. Dia yakin semua itu berlaku kerana pelajaran agama yang disemaikannya di hati nurani ketiga-tiga anaknya itulah yang jadi perisai mereka dalam menempuh hidup yang penuh liku di zaman ini. Ketiga-tiganya sangat hormat kepada orang tua. Bersopan santun. Pakaian pula tidak menjolok mata.

Esoknya sebagaimana yang dijanjikan, Lazim dan Salbiah awal-awal lagi telah pergi ke rumah Barudin. Walaupun baru itulah pertama kali mereka ke rumah Barudin, tetapi tidaklah sukar untuk mereka mencari rumah tersebut kerana Barudin telah memberikan panduan bagaimana menuju ke rumahnya. Kereta berusia enam tahun itu dipandu oleh Lazim dengan hati-hati dan cermat. Memang itu sikapnya ketika memandu. Patuh kepada undang- undang jalan raya, horrnat kepada sesama pengguna dan bertimbang rasa selalu diamalkannya.

Ketika mereka sampai, Barudin sedang mencuci keretanya. Seorang budak yang hanya memakai seluar pendek sedang leka bermain tidak jauh dari kereta yang sedang dicucinya. Mungkin itu anaknya. Usia budak itu dalam lingkungan tiga tahun. Rumah Barudin sederhana, diperbuat daripada papan. Dindingnya hanya dibina daripada tong-tong kayu.

"Assalamualaikum." Lazim pantas bersuara. "Waalaikumussalam,~' balas Barudin riang. Sungguh tidak diduganya

rakannya itu akan datang lebih awal dari yang dijanjikannya. Barudin mengajak mereka naik ke rumah, tetapi Lazim menolak. Dia mahu melihat tapak yang dikatakan oleh Barudin semalam.

"Kaulihatlah di sana." Barudin menunjuk dengan tangan kanannya ke arah sebelah kiri rumahnya. Satu kawasan kosong, kerana rumah di situ baru

Page 20: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

saja dirobohkan. Lazim memandang keliling dan memandang Salbiah. "Memang elok tempat ini bang. Jauh dari tempat pembuangan sampah."

Sal biah memberi kan komen. "Baiklah, dalam sehari dua ini aku akan menyuruh orang menghantar

kayu untuk membina rumah di sini." Lazim memberi penjelasan kepada B arudin.

"Itulah yang eloknya, Lazim. Kerana tempat ini memang sudah ada orang yang hendak mengambilnya semalam. Tapi aku beritau sudah ada orang yang punya. Kalau tidak, melepaslah kau."

Katijah yang baru siap menjemur pakaian datang menghampiri mereka. Dia memang kenal dengan Salbiah. Bila bertemu, rancaklah perbualan rnereka. Maklum sudah lama tidak berjumpa.

"Bapa budak-budak ini macam inilah kerjanya, kalau kereta kotor dicuci. Kalau tidak, tidur makan saja di rumah," usik Katijah. Lazim dan Salbiah senyum.

"Malas-malas aku pun cukup bulan dapat juga lima ratus," balas Barudin. "Yalah, baik juga bekerja dengan kerajaan ni ya. Duit pencen dibayar

setiap bulan. Kalau tidak ke mana nak korek wang." Katijah kembali bersuara.

Bila sudah puas dengan tapak untuk mendirikan rumah itu, Barudin pun rnengajak tetamunya naik ke rumah. Walaupun di luar nampak tidak terurus, tetapi di dalam boleh tahan. Kemas, bersih dan cukup menyenangkan.

"Duduklah ya. Say a ke belakang sekej ap." Katijah berlalu. "Takpayah susah-susah. Karni baru lepas rninum," sahut Salbiah. Matanya

Ieka memerhati hiasan di ruang depan rumah Barudin. Dalam hatinya cukup ~crtarik dan kagum.

"Anak perempuan kami Saloma yang menyusun perhiasan ni." B arudin scakan memahami apa yang sedang difikirkan oleh Salbiah.

"Untunglah awak, punya anak gadis yang pandai mengurus rumah." I,wim mencelah.

"Macam kami ni entahlah. Anak-anak masa kecil saja bersama kami, tapi hla dah besar, berpisah pula dengan kami." Salbiah melahirkan perasaan Iutinya. Memang pada mulanya dia tidak menggalakkan Aida melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam. Bukan apa, kerana dia tidak mahu berpisah dcngannya. Tapi kerana desakan Lazim, Ahmad dan Aida sendiri, akhirnya dia terpaksa mengalah. Kalau dia berdegil dan menentang sekalipun sudah pasti akan kalah. Maklumlah semuanya bersetuju Aida belajar di bandar.

Katijah keluar dari ruang dalam dengan membawa sedulang rninuman rlan sedikit kuih. Dengan sopan dia rnengatur hidangan itu di atas meja. Bila w p tanpa berlengah lagi para tamunya itu dipelawanya minum.

Page 21: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

"Bila sudah pencen nanti apa rancangan awak, Lazim?'tanya Barudin sambil tangannya mencapai cawan dan mula menghirup minuman kegemarannya kopi 0.

"Entahlah. Aku belum ada rancangan apa-apa," balas Lazim sambil melepaskan keluhan.

"Elok berniaga," saranan Katijah. "Ke mana nak korek modal?" Salbiah mencelah. Perbualan mereka terganggu dengan kemunculan budak lelaki yang leka

berrnain tadi. Badannya kotor. Pantas Katijah membawanya ke belakang. Mungkin dimandikan.

"Budak-budak memang begitu. Kalau tak bermain, tandanya mereka sakit." Lazim memberikan pendapat.

"Itulah anak bongsu kami." Barudin bercerita. Pulang dari rumah Barudin, Lazim singgah di Pekan Belait. Dia merninjam

telefon dari seorang sahabatnya untuk menghubungi Ahmad. Nasibnya baik, kerana Ahmad dapat dihubungi. Lazim menyatakan hasratnya menyuruh Ahmad pulang. Dia juga berpesan supaya membawa Aida dan Aini sekali.

"Ada apa ayah?'tanya Ahmad di hujung gagang telefon. "Pulang sajalah. Ada ha1 penting yang hendak aku bincangkan." Lazim

meletakkan gagang telefon. Sengaja dia tidak mahu menyatakan maksudnya yang sebenar di telefon tadi. Baginya perkara itu kurang manis dibualkan melalui telefon. Lagipun perundingan penting itu mernang baik kalau dilakukan secara bersemuka.

"Kita hendak ke mana lagi ni bang?" tanya Salbiah sebaik-baik saja Lazim masuk dan mula menghidupkan enjin kereta.

"Kita pergi ke bank. Aku nak beli papan. Mungkin petang nanti atau esok papan-papan itu boleh dihantar."

Lazim mencari tempat letak kereta yang tidak berapa jauh dari bank. Salbiah tidak mahu ikut. Dia hanya menunggu di kereta. Lazim menduga urusan mengambil wang itu tentu tidak lama. Pada pertengahan bulan urusan di bank tidak sibuk. Dan seperti yang dijangkakan tadi memanglah benar, kerana bank lengang. Hanya duaorang pelanggan yang berurusan di bahagian kaunter pengeluaran atau memasukkan wang dan cek. Tidak sampai lima minit urusan Lazim sudah selesai.

Dari sana dia memandu keretanya menuju ke arah orang berjual papan. Tempat itu sudah diketahuinya. Jadi tidaklah sukar untuk dia pergi ke tempat itu. Perjalanan pula mudah, kerana jalan raya nampak lengang. Maklumlah waktu bekerja, tentulah ramai penggunanya berada di tempat kerja mereka, sama ada di jabatan kerajaan atau di sektor swasta.

"Sepatutnya awak juga harus memikirkan apa yang hendak awak lakukan bila pencen nanti bang." Salbiah memecah kesunyian. Pandangannya tertumpu kepada beberapa orang wanita yang memakai siraung besar sedang tekun

Page 22: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

bckerja di tepi jalan. Agaknya mereka membersihkan pohon-pohon bunga. Dia kagum dengan semangat kerja wanita-wanita itu. Apa yang didengarnya rainai di antara mereka bukan penduduk tempatan.

"Entahlah. Aku pun tak terfikir untuk melakukan apa," balas Lazim acuh tak acuh.

"Melihat kawasan tapak rumah yang hendak kita dirikan tadi, saya rasa sesuai kalau kita berjual bunga kertas," kata Salbiah memberikan buah fikiran.

"Ah perempuan memang tak lain. Asyik dengan bunga saja. Tak cukup dengan bunga di dalam rumah, ini sibuk pula dengan bunga di luar rumah." Lazim melahirkan perasaan meluatnya dengan sikap sebahagian wanita yang hanya membuat sesuatu mengikut apa yang orang lain buat. Orang sibuk membuat bunga dari sisik ikan, berlumba-lumbalah orang mengikut. Lepas itu benda itu terbiar berhabuk. Dekat Hari Raya baru dipegang, baru dibersihkan.

"Berniaga bunga kertas masa ni cukup maju bang. Pelanggannya ramai. Hampir semua rumah di negara kita ini halamannya dihias dengan bunga kertas. Orang di rumah pangsa pun memelihara dan bertanam bunga kertas."

"Nantilah aku fikirkan." Urusan membeli papan mudah dan lancar. Dari tempat orang berjual

papan itu, Lazim memandu keretanya pulang ke rumah pangsa kediaman mereka. Sepanjang perjalanan mereka tidak banyak bercakap. Namun saranan Salbiah tentang bertanam dan berjual bunga kertas itu cukup berkesan di pernikirannya. Apalagi bila sudah pencen nanti dia memang tidak punya rancangan apa-apa. Masih teraba-raba. Paling tidak pun yang terbayang di pemikirannya hanyalah duduk di rumah. Tidur makan. Cukup bulan terima wang pencen. Wang saku juga pasti bertambah hasil pemberian anak- anaknya.

Ketika menikmati minuman petang, Lazim teringat seorang rakannya yang menetap di Bandar Seri Begawan. Kamil namanya. Dia juga seorang pesara yang sudah lebih dua tahun pencen. Sekarang dia menjadi peniaga kecil-kecilan. Dahulu dia berjual sayur-sayuran dan buah-buahan di tamu. Tetapi sekarang sahabatnya itu berniaga bunga kertas. Tiap malam Jumaat, hari Jumaat, malam Ahad dan hari Ahad adalah waktu dia menjalankan perniagaannya itu.

"Bunga kertas sekarang sudah naik harga. Ramai pula penggemarnya. Antarabangsa." Kamil pernah bercerita kepadanya di satu hari ketika mereka hertemu di majlis orang kahwin di Daerah Tutong.

"Aku dengar nama bunga kertas juga berrnacam-macam." Lazim bersuara. Matanya memandang keliling kem, di mana para jemputan semakin ramai. Bahasa pertuturan juga beraneka ragam, tetapi yang paling ketara ialah loghat Tutong .

Page 23: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

"Betul. Bijak benar orang menamakannya. Ada bunga ninja turtle, si jantung hati, aiskrim, isabella, kuin serikit, ikan emas, hawai kahwin, batang buruk, tisu, sakura, kaca dan macam-macam lagi." Kamil panjang lebar menyebut nama-nama bunga yang selalu dijualnya.

"Apa yang awak menungkan dari tadi tu?" suara Salbiah mematikan khayalan Lazim.

"Aku tengah memikirkan tentang cadangan awak pagi tadi. Aku rasa di daerah kita ni memang laku kalau berniaga bunga kertas."

"Jadi tennenung tadi tu angan-anganlah ya bang?" usik Salbiah. Tangannya mengemas cawan dan piring kuih bekas mereka minum.

"Angan-angan atau tidak, awak lihatlah nanti." Lazim bangkit dan berlalu ke ruang depan.

Page 24: KACA-KACA KRISTAL

Keempat

AHMAD MERASA pelik kerana tiba-tiba sahaja Mahani ingin bertemu dengannya di perhentian bas Seria. Secara kebetulan dia memang hendak balik petang Khamis itu, kerana ayahnya menyuruh dia pulang. Katanya ada ha1 penting yang hendak dibincangkan.

"Jangan-jangan fasal aku dan Mahani," teka Ahmad sendirian. Tetapi hati kecilnya menidakkan. Kerana pernah satu ketika dulu Mahani

menolak pinangannya. "Kau ingat aku ni apa? Barang? Bila suka saja nak kaubeli?" Mahani

melahirkan kemarahannya bila bertemu Ahmad sehari selepas rombongan ~nerninang datang.

"Kau ingat kita ni hidup di zaman tahun enam ya?" Mahani ketawa sinis. Hatinya benar-benar berbulu dengan tindakan Ahmad menghantar rombongan meminang tanpa pengetahuannya.

"Orang sekarang, berkenal dulu, bercinta dulu, baru kahwin." Mahani meluahkan perasaannya. Selama ini dia hanya menganggap Ahmad sebagai abang sepupu. Tidak lebih daripada itu.

"Okey aku minta maaf. Memang aku bersalah. Memang aku kuno. Aku tidak tau memilih kaca dan intan." Ahmad mengorak langkah dengan rasa malu yang amat mendalam.

Kejadian itu rupanya ada hikmahnya. Sikap Ahmad berubah, dia suka menyendiri dan rajin belajar. Kebetulan tahun itu dia mengambil peperiksaan peringkat A. Rasa kecewa yang bersarang di hatinya diubati dengan mengulangkaji pelajaran, siang malam berulit dengan buku. Perpustakaan sudah menjadi rumah kedua. Hampir setiap hari masanya habis di sana. Semua suka duka saudara mara ayahnya atau emaknya tidak dihiraukannya. Dia tidak mahu bertemu lagi dengan Mahani. Terasa malu dia hendak menemuinya lagi.

Tetapi sekarang Ahmad merasa aneh dan ajaib, mengapa dengan tiba-tiba saja Mahani mahu menemuinya. Apakah dia sudah berubah? Apakah dia mahu menjilat ludahnya? Persoalan itulah yang berrnain di ruang fikiran Ahmad. Namun dia tidak mendapat jawapannya. Ayahnya yang secara mendadak menyuruhnya pulang juga menjadi tanda tanya kepada dirinya. Apakah ha1 itu ada hubungannya dengan Mahani?

Page 25: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

Petang itu selesai kuliah dia menumpang kereta kawannya untuk pergi ke perhentian bas di Bandar Seri Begawan. Sampai di sana kedua-dua orang adiknya Aida dan Aini telah sedia menunggu sebagaimana yang dijanjikan.

"Mengapa lambat bang? Hampir satu jam kami menunggu di sini." Aida melahirkan rasa bosannya kerana agak lama menunggu.

"Maafkanlah abang, hari ini kuliah panjang. Banyak pula perbincangan dan pertanyaan. Marilah kita naik," balas Ahmad acuh tak acuh. Sebenarnya hatinya bingung dengan persoalan semalam. Masa kuliah tadi pun dia tidak dapat menumpukan perhatian dengan sepenuhnya.

"Apa halnya ayah memanggil kita semua pulang, bang?" tanya Aini sebaik-baik saja mereka masuk ke perut bas. Penumpang agak ramai. Maklum sahaja hujung minggu, ramailah yang pulang ke kampung untuk menemui keluarga.

"Abang pun tak tau. Tapi sudah pasti ada ha1 mustahak." "Jangan-jangan ada orang meminang kakak tak?" usik Aini. Aida menjeling Aini, tangannya pantas mencubit bahu Aini. Sementara

di kerusi belakang terdengar beberapa orang pemuda yang memakai T-shirt dan berseluar jean ketawa dan bersiul apabila melihat dua orang gadis Tionghoa bermini skirt melintas di belakang bas. Tidak sopan sungguh cara mereka mengorat. Bising dan sekali-sekala keluar juga kata-kata sedikit lucah.

Tidak lama kemudian bas mula bergerak dan meninggalkan perhentian bas. Tetapi perjalanan bas tidak lancar kerana jalan raya sesak. Maklum pekerja pejabat baru sepuluh minit yang lalu habis bertugas. Keadaan ini amat membosankan hati Ahmad. Apalagi seorang pak cik yang duduk di depannya asyik benar merokok. Asapnya terhidu juga oleh Ahmad.

"Orang tidak merokok pun akan terkena pen yakit dada." Seorang juruhebah pernah berceloteh. Ahmad masih ingatkan kata-kata juruhebah itu.

"Asap rokok yang masuk ke hidung orang yang tidak merokok secara tidak langsung melibatkan orang itu terkena penyakit. Berhentilah merokok. Jangan menganiaya orang lain dengan rokok awda." Perkataan inilah yang selalu dijadikan modal oleh Ahmad bagi menasihati rakan-rakannya yang merokok. Larangan ditegah merokok yang ada di dinding atas bahagian belakang pemandu langsung tidak diendahkan. Bagi Ahmad perkara itu memang tidak menghairankannya, kerana sudah resmi manusia; perkara yang dilarang selalunya itulah yang suka dibuat. Sebaliknya perkara yang disuruh, liat dan berat hendak dilakukan.

Udara dari alat penghawa dingin yang dipasang di dalam bas itu membuat mata Ahmad mengantuk. Semalam dia lambat tidur kerana menyiapkan kerja-kerja yang disuruh oleh pensyarahnya. Tugasan itu mesti dibuat, kalau tidak dianggap melanggar peraturan kuliah dan boleh kehilangan markah.

Aida pula melamun, dia mengingatkan telatah rakannya Salwati yang

Page 26: KACA-KACA KRISTAL

ir-. +. KACA-KACA KRISTAL -? -

- s Y- 5

cuba memikat seorang guru muda lepasan universiti. f .- - "Kau tau, sekarang ni sudah semacam jadi trend, kalau nak cari boy friend

+$ rnesti pilih yang punya kelas." e

h s- g-

"Punya kelas bagaimana?" Aida tak faham. - E+ Salwati ketawa. Lesung pipit di pipi kirinya kelihatan cukup manis. C / "5 IS ..=

Kerana lesung pipit itu jugalah ramai rakan kelas tergoda. %- "Mesti cari yang ada kelulusan tinggi, atau yang punya jawatan tinggi." - +

Salwati menjelaskan apa yang dimaksudkannya sebentar tadi. - a- / "Kalau macam itu tak adil. Apa halnya lelaki yang tak bernasib baik?" - -2- Aida melahirkan rasa kurang puas hatinya. I .. ? - Salwati hanya ketawa. Ketawanya juga menggoda, manja. Tetapi apa -9

-L-- , - yang Aida nampak saranan Salwati itu tidak begitu mendapat sambutan. >

A - & -. Hanya beberapa orang yang mahu mengikut. Salwati awal-awal lagi - - -- -<

rnengingatkan rakan yang jadi pengikutnya supaya jangan cuba hendak tackle -- a Cikgu Johan. 3 .a ti<

w2

"Dia boy aku." Mudah dan bersahaja Salwati menuturkan kata-kata itu. /-

2- & Namun rakan-rakannya hanya ketawa. Mereka tahu itu hanya gurauan.

/ > .&

23 3s Aida sendiri hairan, mengapakah gadis sekarang yang masih duduk di z-, - 5.- -.. .2

bangku sekolah cuba menumpukan perhatian mereka ke bidang lain. Bidang 2%- %%- -,

memilih calon suami. Padahal itu perkara kedua. Yang penting adalah %= * sL,

pelajaran. Hidup di zaman ini kalau tidak ada pelajaran, alamat tertinggal. E? - .$A- ='-*

+ Sebelah mata pun orang tidak memandang. -A 3 Di Pekan Tutong bas berhenti. Ada beberapa orang penumpang yang $g turun. Termasuk pemuda yang memakai T shirt dan berseluar jean. Barulah $4 2% .ii

sunyi keadaan di dalam bas itu. Ini memberi peluang kepada Ahmad untuk 9 & -% melelapkan matanya. Gangguan suara dan asap rokok sudah tidak ada. Dari €3 " -s * - g- Pekan Tutong perjalanan bas semakin lancar, laju. Pemandunya tidak meng-

TG- A& :$

endahkan had laju yang ditetapkan. Tidak ada siapa yang membantah, apalagi rs *c s para penumpang di dalam bas itu, kalau boleh mereka mahu lebih cepat lagi.

#. "Kak, jangan-jangan ada rombongan datang meminang kakak tak," usik .& - -6,

Aini memecah kesunyian. Namun suaranya yang agak perlahan itu tenggelam .. E & %

oleh deruan enjin bas yang menggunakan minyak diesel itu. Jadi tidak ada 5 % siapa yang mendengar, kecuali Aida. Seperti tadi tangan Aida mencubit lagi

lengan Aini. "Balik-balik aku yang kau sangka kena pinang. Apa ha1 pula kalau kau

yang kenapinang?" Aida melepas paku buah keras. "Maklum kau itu dah jadi ustazah. Mana tau ada ustaz yang dah naik angau."

Aini tunduk malu. Sebenarnya ada rahsia yang memang disimpannya. Tidak seorang pun tahu. Baik emaknya, ayahnya, termasuk jugalah abangnya Ahmad dan kakaknya Aida.

"Eh, yang kau senyum-senyum sendiri ni apa hal? Ini tentu ada apa-apa." Aida berminat untuk mengetahui sesuatu yang memang diduganya menjadi

2 1

Page 27: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

rahsia Aini. "Tak ada apa-apalah kak. Senyum pun tak boleh?" Aini cuba mengelak

untuk menyembunyikan rahsia yang dipendamnya itu. Aida hanya mendiamkan diri, di wajahnya terbayang rasa kesal kerana tidak berjaya mencungkil rahsia adiknya itu. Bas terus bergerak laju. Tidak ada gangguan, sama ada untukmenurunkan penumpang atau mengambil penumpang. Ketika matahari mahu menyembunyikan dirinya, bas pun sampai di Pekan Seria.

"Abang turun di sini dulu. Kamu berdua teruslah ke KB." "Abang nak buat apa lagi? Nanti ayah menunggu abang." Aida

mengingatkan abangnya. "Abang ada ha1 di sini. Nak jumpa kawan." Tanpa lengah lagi dia

melangkah turun dan matanya liar memerhati sekeliling. Dan matanya ternampak dengan apa yang dicarinya. Tapi dia buat-buat tidak tahu, takut kalau-kalau adik-adiknya nampak. Dia tercegat buat beberapa ketika, menunggu bas bergerak.

"Sudah lama menunggu?'tanyanya. Hatinya lega kerana bas sudah bergerak.

"Adalah kira-kira dua puluh minit. Aku ingatkan Ahmad tak nak jumpa saya."

"Abang ini tiada keuzuran. Jadi tak baiklah kalau menghampakan hajat orang."

"Macam menyindir saja ucapan itu." "Bukan menyindir. Lupakanlah ha1 itu, sekarang kita nak ke mana?"

Ahmad meminta kepastian. "Kita ke rumah." Tidak lama lepas itu keduanya pun berjalan beriringan menuju ke

perhentian kereta yang terletak di tepi sebuah panggung wayang. Mahani membuka pintu kereta dan diikuti pula oleh Ahmad. Sebentar kemudian kereta berwarna merah hati itu pun bergerak menyusuri jalan bandar Seria. Lalulintas agak sibuk, maklum masing-masing pengguna dengan urusannya. Ada yang mengambil anak dari sekolah, ada yang shopping, bagi yang muda- muda hanya meronda jalan raya, menurut istilah mereka 'cuci mata'.

Lazim sudah gelisah di perhentian bas Kuala Belait. Sekejap-sekejap jam tangan dilihatnya dan pantas pula dia memerhati sekeliling. Tetapi yang dicari, yang ditunggu masih belum kelihatan. Perhentian bas itu kelihatan lengang saja. Memang hari sudah hampir senja, jadi orang ramai hampir semuanya sudah pulang ke destinasi masing-masing.

"Jangan-jangan mereka tidak pulang," bisik hatinya. Kegelisahan tergambar jelas di raut wajahnya. Satu keluhan kecil terdengar. Dia masih belum mahu berganjak dari sana, kerana hati kecilnya penuh yakin yang anak- anaknya pasti pulang. Kalau ada halangan tentu awal-awal lagi mereka memberitahu. Ini mereka senyap saja ertinya mereka bersetuju.

Page 28: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

"Bagi masa sepuluh minit lagi, kalau tidak juga muncul-muncul aku mesti pulang." Satu keputusan telah diambil. Dia duduk di dalam keretanya sambil n~enyandarkan kepala. Cermin pintu kereta diturunkan, biar angin petang masuk ke dalam keretanya dan tentunya akan menyejukkan badannya yang sudah meningkat tua itu.

Hatinya kembali girang apabila melihat sebuah bas bergerak menuju perhentian. Dia yakin anak-anaknya pasti ada di perut bas yang berwarna putih merah itu. Bas membelok dan memasuki ruang letak yang memang telah tersedia. Lazim membuka pintu keretanya dan berdiri sambil memerhati dengan penuh minat akan pergerakan bas yang baru masuk ke perhentian itu. Bas sudah berhenti, pintu terbuka perlahan dan para penumpang mula keluar, satu demi satu. Tidak ada yang berebut. Hatinya cemas, kerana sudah hampir separuh para penumpang turun, namun anak-anaknya masih tidak kelihatan. Kehampaan tergambar di wajahnya. Tetapi keadaan itu tidak lama, kerana dengan tiba-tiba saja dia tersenyum apabila melihat Aida dan Aini keluar dari pintu bas yang ternganga. Setiap seorang membawa beg yang dipegang di tangan. Lazim pantas mengorak langkah menuju ke arah keduanya.

"Abang kamu mana? Dia tak pulangkah?" "Ada. Tapi di Seria tadi dia jumpa kawan, kami saja yang terus disuruhnya

pulang." Aida menjelaskan. Mereka pantas menuju ke kereta Lazim. Aini memegang pembuka pintu kereta di bahagian belakang. Tiba-tiba

matanya terpandang sebuah kereta di seberang jalan. Dia kenal siapa pemandu dan tuan punya kereta itu. Kelihatan pemandunya sedang berbual- bual dengan dua orang gadis yang berseluar jean dan memakai T shirt. Jelas potongan badan mereka melalui pakaian yang sendat dan ketat itu. Meremang bulu tengkuknya bila memikirkan segala rahsia di badan yang sepatutnya ditutup kini terhidang. Mata mana yang melepaskan peluang!

"Kalau tak salah, itu Jamal, anakTangah Lamit." Aida bersuara. Diamula melabuhkan punggungnya ke tempat duduk di bahagian depan. Lazim menghidupkan enjin kereta. Dia tidak berapa mengambil hirau tentang Jamal. Dia sudah tahu dan maklum dengan perangai anak saudaranya itu. Budak yang tidak masuk nasihat dan tidak masuk diajar.

"Pedulikan dia. Bagi ayah dia tu takubah melukut di tepi gantang." Lazim melahirkan perasaannya. Kereta mula dipandu perlahan dan hati-hati. Ketika melintasi masjid terdengar suara azan maghrib. Kalau tidak kerana menunggu Aida dan Aini tadi, pasti dia tidak mahu keluar waktu begini. Memang kurang manis dan tidak hormat terhadap suruhan agama. Tambahan lagi apabila bangsa asing melihat. Tentu mereka akan menyangka ha1 yang bukan-bukan. Mungkin dikatanya kita ini Islam hanya pada nama, sedangkan suruhan agama langsung tidak diendahkan. Inilah yang Lazim tidak mahu. Dia meluat benar dengan sikap segelintir orang yang sebangsa dan seagama dengannya. Azan berkumandang tetapi mereka masih enak menghayun langkah di kaki

Page 29: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

lima kedai, di supermarket, lagi menyedihkan masih asyik di padang bola! "Surat apa ni ayah?" Aida tertarik kepada surat yang sudah agak lusuh dan

kumal yang terselit di celah antara kerusi pemandu dan penumpang. "Kaubacalah sendiri. Kerana surat itulah ayah memanggil kamu bertiga

pulang." Aida terus mengambil surat yang ada di dalam sampul itu. Dia terus

membaca. Aini yang duduk di belakangnya juga tertarik dan menjengulkan kepalanya ke depan.

"Surat dari mana ayah? Jangan-jangan giliran ayah untuk pindah ke rumah perpindahan tak?" Aini nampak girang. Dia pun memang teringin tinggal di rumah milik ayahnya. Sejak kecil sampai sekarang, keinginan dan impiannya itu masih belum terlaksana. Apa yang dia tahu hidup mereka sering berpindah-randah. Sekejap di berek kerajaan, sekejap di rumah kelas F, sekejap pula ke rumah pangsa.

"Jadi, ayah kena pencen dan sekarang sedang cuti dua bulan?" Aida bertanya sebaik-baik saja selesai membaca isi surat tadi. Aini terkebil-kebil masih kurang jelas. Lazim hanya mampu menganggukkan kepalanya.

"Bila cuti ayah sudah habis nanti, di mana kita nak tinggal?" Pertanyaan Aida itulah yang paling menusuk hatinya. Bukan dia tidak bersedia menghadapi saat seperti itu. Berbagai-bagai usaha sudah dilakukannya. Mencari tanah murah, tetapi jangan mimpi nak bersua. Kalau ada pun tempatnya jauh terpencil dan tidak mempunyai kemudahan. Memohon tanah tumpang sementara pun dia gagal. Paling tidak harapannya hanyalah kepada rancangan perpindahan yang dipohonnya. Dan nasibnya baik, dia berjaya tetapi bagi projek yang ketiga.

"Persoalan inilah yang ayah hendak bincangkan dengan kamu." Seakan tidak keluar suaranya ketika mengucapkan kata-kata itu. Penyesalan sudah tidak ada gunanya, kerana semuanya sudah berlaku. Kalau dahulu dia mahu mengikut ajakan teman-temannya, tidaklah sesulit itu yang dihadapinya.

Malam itu selesai makan, Lazim, Salbiah dan anak-anaknya yang tiga orang sudah terpacak duduk di kerusi yang tersedia di ruang tamu. Peti televisyen tidak dipasang. Lazim meminta pendapat dan pandangan dari ketiga-tiga anaknya tentang rancangannya untuk tinggal buat sementara di kawasan Kampong Duhun. Persiapan mengenainya juga sudah dijelaskannya.

"Pada fikiran saya memang elok seperti yang ayah cadangkan itu. Walaupun tempat itu tidak sesuai dan tidak selesa, tapi kita terpaksa." Ahmad memberikan buah fikirannya.

"Saya rasa kalau ada tempat lain, elok kita pilih tempat lain." Aida agak keberatan untuk menerima cadangan ayahnya yang sudah pun dipersetujui oleh abangnya.

"Tempat lain sudah tak ada."

Page 30: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

"Saya mengikut saja ayah." Aini bersuara. Dia belum pernah pergi ke kawasan yang dikatakan oleh ayahnya itu. Jadi dia tidak dapat menggambarkan bagaimana keadaannya. Lagipun tempat itu hanya sementara, tiba giliran ayahnya nanti, pasti mereka akan pindah ke rumah perpindahan. Masa itu dia rentu sudah keluar dari Maktab Perguruan, dan mungkin akan ditugaskan mengajar di salah sebuah sekolah agama yang ada di kawasan Belait atau Seria. Tetapi kalau boleh dia hendak minta tempatkan di daerah kelahirannya Belait.

"Ayah harap kejadian yang menimpa kita ini akan menjadi cermin perbandingan untuk kamu, Ahmad, Aida dan Aini. Jangan kamu ikut jejak ayah yang tidak mengambil endah terhadap hidup keluarga sendiri di masa depan. Ayah khayal dan seronok dengan tinggal di rumah-rumah kerajaan." Agak panjang penerangan dari Lazim. Namun dari suaranya jelas kekesalan berbuku di sanubarinya.

"Kalau semuanya sudah setuju, esok mak rasa elok kamu ikut ayah kamu pergi melihat tapak yang hendak didirikan rumah itu." Salbiah menyampuk perbualan mereka. Hatinya bersyukur kerana anak-anaknya tidak banyak kerenah.

"Mengapa kita tidak minta tolong dengan Tangah Lamit, ayah?" Aida memberikan cadangan. Dia tidak tahu bahawa cadangannya itu sudah dikira out of date oleh Lazim.

"Jangan kau mengharap embun di panas yang terik, Aida." Salbiah menjawab pertanyaan dan cadangan Aida. Lalu dia menceritakan tentang pertemuan mereka dua minggu yang lalu. Ahmad tunduk mendengar cerita ibunya itu. Terasa ada kekusutan di dalam keluarganya. Kekusutan itu akan jadi semakin kusut apabila perkara yang dibincangkannya bersama Mahani petang tadi dibentangkan. Dia tidak tahu bagaimana sudahnya perkara itu nanti.

"Daripada ayah mengharapkan bantuan dari Lamit adik ayah itu, rasanya lcbih baik kita meminta bantuan dari orang lain. Kalau orang tidak menolong kita, kita tak malu." Masih terasa sedih di hatinya dengan sikap Lamit yang tidak mahu mengambil endah tentang nasibnya ketika itu. Seolah-olah antara mereka berdua tidak ada pertalian darah dan keluarga. Tetapi dia yakin, Tuhan itu Maha Adil, satu masa nanti mungkin ada bantuan yang diharapkan oleh Lamit darinya.

Page 31: KACA-KACA KRISTAL

Kelima

DI RUMAH MEWAH Lamit malam itu keadaan jadi lain. Walaupun malam narnpak dingin dan di langit dihiasi oleh bintang yang tidak segan menaburkan cahayanya menjadikan suasana agak tenang dan damai. Namun ketenangan di sekeliling itu tidak menenangkan hati dan perasaan Lamit. Fikirannya berkecamuk, hatinya diulit perasaan bimbang bercampur marah dan geram.

"Kau jangan nak memalukan keluarga kita, Mahani. Kau mau aku menjilat ludah yang telah kuluahkan?'Lamit melahirkan apa yang terbuku di hatinya.

"Tapi ayah, kita masih punya jalan, punya peluang untuk membaiki kesilapan kita. Malu bukanlah masalah pokok yang mesti kita fikirkan. Yang penting ayah merestui perhubungan kami. Kalau memang ada jodoh kami, kami mau menjadi sepasang suami isteri yang hidup rukun dan damai." Penuh keyakinan Mahani mengucapkan kata-kata itu. Kali ini tekadnya sudah bulat, apa pun keputusan dari ayahnya, dia tetap bertahan.

"Apa yang dah jadi dengan kau ini, Mahani? Dulu kau yang lekas-lekas menolak pinangannya. Tapi mengapa sekarang keadaan menjadi sebaliknya? Jangan-jangan kau sudah terkena ubat guna-guna Si Ahmad." Zakiah menduga. Hatinya meluat benar bila mendengar hasrat Mahani mahu mengikat tali pertunangan dengan Ahmad. Zakiah yakin benar anak gadisnya itu sudah 'dipugai7 oleh Ahmad. Kalau tidak masakan Mahani yang dulunya amat membenci sepupunya itu kini sudah jauh berubah. Tidak ubah sungai dilanda bah.

"Dulu lain, mak, ayah. Saya terlalu lekaoleh kemewahan dan kesenangan. Tambah pula masa itu hati saya benar-benar terpaut kepada Saidin." Mahani cuba menjelaskan pendirian dan keadaannya dulu dan ketika itu.

Lamit dan Zakiah diam. Perhatian mereka ditumpukan kepada adegan yang ditayangkan di kaca televisyen. Satu adegan ganas dan mengerikan. Bagi Lamit adegan seperti itulah yang disukainya. Dia amat benci kepada cerita yang lebih banyak bercakap berbanding dengan babak penuh aksi dan mendebarkan. Tetapi bagi Zakiah lain pula halnya, cerita-cerita orang putih memang tidak begitu digemarinya. Kalau tayangan Hindustan sampai pagi pun dia tahan menyengkang mata menghadap peti televisyen. Lamit kurang

Page 32: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

herpuas hati dengan hero dalam cerita yang mereka tonton itu, kerana orangnya agak pengasihan. Padahal penjahat yang dikasihaninya itu adalah corang yang kejam dan tidak bertimbang rasa.

"Walau bagaimanapun aku tetap tak setuju. Kalau kau sudah tergila-gila hcnar hendak kahwin, cari saja pemuda lain." Mudah dan senang saja Lamit ~nemberikan jalan keluar.

Zakiah mengangguk. Tidak ubah burung tekukur. Tetapi bagi Mahani ucapan itu tidak ubah seperti satu batu besar yang dilontarkan kepadanya. t-iampir dia tidak berdaya menerima bebanan yang berat itu. Namun dia masih punya tenaga untuk melepaskan diri daripada belenggu dan bebanan yang herat itu. Tekadnya tetap bulat, apa pun terjadi Ahmad mesti menjadi pasangan hidupnya.

"Apakah kau tidak tersalah pilih, Mahani? Apalah yang ada pada diriku ini." Kata-kata Ahmad di pertemuan mereka petang tadi masih terngiang di telinganya. Mahani kagum dengan sikap Ahmad yang tidak membenci dan mendendamnya, sekalipun dia pernah mengecewakan hati dan perasaan sepupunya itu.

"Mat, dulu aku bebal; tak tau memilih mana kaca dan intan. Tapi syukurlah sekarang Tuhan telah memberikan petunjuk dan jalan lurus kepadaku." Kata-kata yang diucapkannya itu juga masih jelas di ingatannya. Ahmad tenang dan penuh minat mendengarkan ucapan jujur itu.

Dan akhirnya kedua mereka mengambil keputusan untuk hidup bersama. Walaupun jalan ke arah itu penuh dengan dugaan yang bukan mudah untuk dihalangi dan diatasi.

"Kalau orang tua kita tidak setuju, bagaimana?" Ahmad menduga. "Kita pujuk sehingga mereka mau menurut kehendak kita." "Kalau juga tidak berjaya?" Sekali lagi Ahmad menduga. "Terpaksalah kita kahwin lari." "Jangan! Adat, budaya jangan dibuang ke tepi. Ajaran agama jangan

diingkari." Seperti pendakwah Ahmad menuturkan kata-kata yang penuh makna dan nasihat itu.

"Sekarang pergilah masuk. Ingat, jangan kauhubungi lagi pemuda yang tidak setaraf dengan kita itu !" Ucapan itu mematikan khayalan Mahani. Namun dia akur dan mengorak langkah menuju ke biliknya. Wajahnya masam mencuka, hatinya mendongkol kerana tidak puas dan tidak setuju dengan ucapan ayahnya itu. Tetapi dia tidak berani membantah. Kerana sudah dimakluminya sikap ayahnya yang kalau marah tidak ubah seperti singa lapar.

Zakiah juga bangkit dan menuju ke bilik. Kini tinggallah Lamit sendirian menghadap kaca televisyen. Cerita yang ditayangkan masih tegang dan dipenuhi dengan babak-babak ganas dan pertarungan. Kali ini si penjahat terlepas dan sedang berusaha untuk membalas dendam kepada si hero. Lamit

Page 33: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRlSTAL

geram melihat telatah orang jahat yang tidak mengenang budi itu. Kali ini kereta sang hero diputuskannya breknya. Namun bagi Lamit hero pasti akan terselamat sekalipun bahaya yang dihadapinya bukan alang kepalang. Walaupun sudah menduga begitu, minatnya untuk terus menonton masih tidak terbantut. Kopi hitam pekat dihirupnya. Terasa sejuknya, mana tidak sudah lebih satu jam kopi itu dihidangkan oleh orang gaji mereka bernama Tan ti.

Di luar angin dingin mencuri-curi masuk dan kedinginan itu terasa pula pada Lamit. Apalagi ketika itu badannya telanjang. Dia hanya memakai kain pelekat. Itu memang kesukaannya bila berada di rumah, terutama di waktu rnalam. Sang bulan sudah menyinarkan cahayanya. Terang, kalau berjalan di l u x tidak perlu bantuan lampu picit. Namun Jamal yang ditunggu-tunggu oleh Lamit masih juga belum pulang. Jam menunjukkan pukul sepuluh lebih lima minit. Kopi di dalam cawan diteguknya lagi, kali ini habis tidak bersisa.

"Ke mana saja Si Jamal ni? Keluar pagi sampai sekarang masih belum pulang lagi. Anak tak boleh diharap," rungut Lamit sendirian. Namun perhatiannyamasih juga tertumpu ke kaca televisyen. Cerita yang ditayangkan sudah tidak menarik perhatiannya lagi. Hendak masuk tidur Jamal masih belum pulang. Bukan masalah kunci pintu, Jamal memang membawa kunci pintu belakang apabila dia keluar. Jadi apabila pulang dia tidak akan mengganggu sesiapa. Pandai keluar, pandai pula dia masuk sendiri. Masalahnya ada perkara yang hendak dibicarakannya kepada anak lelakinya itu. Kalau hendak ditunggu esok, lagi susah, kalau bukan pukul dua belas tengah hari jangan harap hendak nampak Jamal. Dia tidak ubah seperti burung keluang, siang tidur dan malam merayau. Bukan dia tidak menasihatinya, tetapi segala nasihat bagai angin lalu. Keluar di telinga kiri setelah masuk dari telinga kanan.

"Aku ini kawan kau Lamit. Jadi sebagai kawan aku nak bagi kau nasihat sedikit." Dia masih ingat kata-kata yang diucapkan oleh Manaf seorang rakan seperniagaannya.

"Apa maksud kau Manaf?'tanya Lamit. "Apa kau tidak mendengar cerita sumbang tentang anak kau Si Jamal?"

tanya Manaf. Duduknya dirapatkan ke meja, sebaik-baik saja mereka masuk ke sebuah restoran. Hawa dingin di sana terasa menyegarkan badan mereka. Maklumlah semasa berada di luar tadi panas agak terik. Menggigit kulit.

"Perkara sumbang?" Seakan berbisik Lamit kembali bertanya. Manaf tidak dapat menjawab pertanyaan itu kerana pelayan datang

memberikan menu restoran itu. Bagai murid sekolah Lamit dan Manaf patuh mengambil menu itu dan menelitinya satu persatu. Bagi Manaf yang sering berkunjung ke sana pantas saja memesan makanan idamannya.

"Beri saya beef-steak dan jus tembikai."

Page 34: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRlSTAL

Lamit masih mencari makanan yang berkenan dengan seleranya. Pelayan sudah mencatat pesanan Manaf. Dia dengan sabar pula menunggu pesanan Lamit. Senyumnya agak murah, sejak menghampiri meja mereka dia sudah tersenyum. Menerima pesanan Manaf pun dia tersenyum. Kini dalam masa menunggu pesanan Lamit, senyumnya terukir lagi. Memang manis, apalagi ada tahi lalat di bawah dagunya. Mekapnya sederhana, tidak tebal. Bagi Manaf perempuan begini menenangkan perasaan dan hatinya. Bukan seperti wajah isterinya yang sudah nampak dimakan usia dan tabiatnya suka berleter. Itulah yang dibencinya. Kadang-kadang malas dia hendak pulang ke rumah.

"Saya nak nasi padang. Bawa sup ekor dan oren jus." Pantas pesanan itu dicatat dan dengan hormat pelayan berlalu. Sempat sekali lagi Manaf dan Lamit menerima senyuman manis pelayan itu. Geram hati Lamit. Zakiah jarang memberikan senyum begitu. Selalu bila ada hajatnya barulah dia jinak- jinak merpati, manja-manja bagai pengantin baru.

"Berbalik kepada masalah tadi, aku ada terlihat Jamal dan beberapa orang rakannya sedang minum-minum di pantai." Manaf menjelaskan tujuan percakapannya awal tadi. -

- "Minum pun salah? Takkan minum di pantai pun tak boleh? Macam kempen antimerokok pula." Lamit bersahaja menu turkan kata-kata itu,

I* sedang matanya liar memerhati keliling. Orang tidak begitu ramai. Tetapi * = tidak seorang pun orang yang ada di sana yang dikenalinya. Dia merasa 2 3 + : a-

terkilan kerana sejak akhir-akhir ini member-membernya sudah sukar ditemui. - Z~ "Maksud aku minum minuman keras." Manaf bersuara. Dia agak kesal 2- 1-

*- -=A

dengan sikap Lamit yang tidak mengerti dengan apa yang diucapkannya tadi. -- 2% 5 "Anak itu sukar diajar, susah dinasihat. Sepuluh kita cakap, haram

- 5 sepatah dia nak menjawab."

- = "Tapi perkaraini kes berat. Baik kauambil tindakan. Kalau pihak berkenaan - - - <- /- * %

yang menangkap mereka, nama kau juga yang terbabit. Kau tak malu? Di r- I-, :e - daerah kita ini hampir semua orang mengenalimu. Ke mana kau nak taruh dan . - & -e "M

sorok muka kau itu nanti?" Dia bukan tidak mahu mengambil berat tentang %*

M 5 anak lelakinya itu, tetapi masalahnya anak itu sudah susah dikawal. Ini semua .2 a- & -z -- akibat didikan Zakiah yang sangat memanjakan budak i t ~ . Apa kemahuannya a _- dituruti.

,;-* Gc

2 -=. .> z* a

Bunyi enjin kereta di luar mematikan khayalan Lamit. Dia yakin, pasti Jamal yang pulang. Bunyi kereta itu memang dikenalnya, kereta Toyota Crown yang dibelinya dua tahun lalu. Terdengar pintu kereta ditutup agak kuat. Diikuti pula oleh siulan sumbang dan sekali-sekala Jamal menyanyi, tidak tentu hujung pangkal. Irama entah ke mana, tempo lari ke mana. Pintu dibuka, Jamal dengan langkah terhuyung-hayang masuk. Bau minuman keras sarnpai ke hidung Lamit. Dengan pantas tangannya menampar muka Jamal. Jamal terjatuh namun masih tetap saja mengalunkan lagu sumbangnya.

I

b 29

Page 35: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

"Sorry ayah. Malam-malam pun mau gaduhkah!" Ucapan tidak siuman itu keluar dari mulutnya yang berbau arak. Lamit tidak dapat menahan sabar, sekali lagi muka Jamal dipukulnya. Jamal terduduk. Kali ini betul-betul atas sofa. Nampak merah pipi Jamal, jelas kesan-kesan jari di pipi yang merah itu. Anehnya Jamal tidak meronta, tidak melawan. Dia terus mendendangkan lagu yang amat memuakkan telinga Lamit. Nafas Lamit berlari kencang menahan perasaan marahnya. Tiba-tiba saja dunia ini dipandangnya berpinar- pinar dan beransur gelap. Dia jatuh. Berdebap bunyinya. Mungkin kerana bunyi itu Zakiah terjaga. Dia keluar dan mendapati suaminya tergolek di atas lantai.

Zakiah tidak tahu apa yang hendak dibuatnya. Mulutnya berteriak memanggil Mahani dan Tanti. Sedang Jamal dengan jalan terhuyung-hayang mengorak langkah ke biliknya. Anehnya dia tidak tersalah bilik.

Malam itu juga Lamit dibawa ke Rumah Sakit Suri Seri Begawan. Mujurlah sakit jantungnya dapat dikawal. Setelah diberikan bantuan pernafasan, keadaannya kembali seperti biasa. Hanya mukanya kelihatan agak pucat, tidak ubah orang diserang sakit lima enam hari. Dia ditahan untuk pemeriksaan lanjut. Ketika kokok ayam bersahutan Mahani pulang bersama Tanti. Sedang Zakiah tinggal menunggu suaminya.

Esoknya Jamal bersama Mahani datang melawat Larnit. Sebelum itu mereka singgah di kedai makan membeli mi goreng yang menjadi kegemaran ayah dan ibu mereka. Lamit sudah bangun dan baru selesai makan ubat, ketika mereka sampai. Jamal seperti biasa saja, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Benarlah dia mabuk. Mahani cepat-cepat mengunjukkan mi yang dibelinya tadi. Masih panas.

"Kebetulan, mak memang lapar. Tapi ayahmu nampaknya terpaksa berpantang." Zakiah mengambil bungkusan mi itu dan membukanya lalu dengan berselera sekali dia menikrnati kelazatan mi goreng di kedai mamak itu. Asap-asap tipis masih kelihatan dari mi yang sudah hampir sesuku dimakan oleh Zakiah. Berselera dan bernafsu sekali dia makan.

"Ayah berpantang apa mak?" tanya Mahani. Dia tidak puas dengan penjelasan emaknya tadi. Sedang Jamal hanya duduk di birai katil sambil memandang pesakit yang ada di ruangan wad itu. Baginya semua membosankan. Wajah-wajah pucat lesi, cengkung tidak berrnaya. Tiba-tiba matanya terpukau bila berhadapan dengan seorang gadis di katil tiga belas. Tiga buah katil jaraknya dari katil ayahnya. Rambut gadis itu panjang mencecah belakang. Kulitnya putih kuning, matanya hitam bersinar. Jamal cuba menjual senyum. Malangnya gadis itu melarikan pandangan ke tempat lain.

"Mulai sekarang ayahmu tidak boleh makan makanan berminyak, berlemak, bergaram dan gula. Penyakitnya semakin serius. Kalau tidak berpantang doktor tak menjamin akan kesihatannya." Satu-satu Zakiah

Page 36: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

rnemberi penjelasan. Dan selesai ucapannya itu mi goreng yang dimakannya j uga habis. Tangannya pantas menuang air sejuk yang ada di dalam botol. Air rnasak yang diberi oleh seorang pelayan yang membawa minuman pagi tadi.

"Jamal, baik kau minta maaf pada ayah kau." Zakiah bersuara. "Eh, kenapa pula nak minta maaf? Jamal bukannya bersalah." Selamba

d m bersahaja kata-kata itu diucapkannya. Sedang matanya masih memandang gadis di katil tiga belas. Agaknya dia menunggu lelaki tua yang terbaring di katil itu. Mungkin ayahnya.

"Jangan banyak tanya. Buat saja apa yang mak suruh." Mahani pula bersuara.

Bagai kerbau dicocok hidung, kali ini Jamal tidak membantah. Tangan ayahnya dicium. Lamit yang kelihatan lemah hanya memandang kelakuan Jamal. Jauh di lubuk hatinya dia terharu. Mengapakah anak-anaknya sukar di bentuk? Susah untuk dinasihati? Kadang-kadang dia dengki dengan anak- anak rakannya yang mudah dipujuk, mudah diajar dan dinasihati.

"Mak, kak, hari ini biar Jamal yang menunggu ayah. Mak dan kakak boleh pulang." Rasa tidak percaya hati Zakiah mendengar ucapan itu. Tetapi clalam hatinya tergambar rasa gembira yang tiada taranya. Baru hari ini dia melihat perubahan yang amat besar terjadi kepada Jamal. Lamit diam-diam terharu. Sebak hatinya melihat Jamal yang disangkanya sudah berubah itu. Sekarang baru dia teringat untuk mengucapkan syukur kepada Tuhan. Selama ini nama Tuhan jarang disebut. Sembahyang pun hanya setahun dua kali, ia itu sembahyang hari raya aidilfitri dan hari raya aidiladha.

Jamal riang kerana hajat dan kemahuannya untuk menunggu di wad tidak mendapat bantahan apalagi halangan daripada sesiapa. Kali ini dia akan nienjalankan peranan kasanova yang memang sudah hampir sebati dengan dirinya. Gadis berambut panjang, berkulit putih kuning yang masih belum dikenalinyaitu mesti didekati. Amat rugi baginya kalau tidak dapat berkenalan dengan gadis yang cantik dan manis itu. Sungguh dia tidak menyangka, langkahnya keluar tadi rupa-rupanya adalah langkah kanan, langkah yang menemukannya dengan gadis yang menawan kotak hatinya itu.

"Kautunggu ayah kau baik-baik, Jarnal. Jangan kau pergi jauh-jauh. Kalau ada apa-apa jangan lupa hubungi kami di rumah. Nasihat dan pesanan yang bagi Jamal berjela itu amat membosankannya. Dia hanya mampu menganggukkan kepala. Matanya masih mencuri pandang ke katil nombor tiga belas. Kali ini katil itu kelihatan kosong. Gadis manis itu juga tidak kelihatan. Jarnal mencari di sekitar ruang itu, tetapi tidak berjumpa dengan yang dicarinya. Mungkin mereka keluar, itu kesimpulan Jamal. Ibu dan kakaknya sudah mengorak langkah ke pintu. Sekejap saja mereka sudah hitang. Jamal duduk di kerusi yang tidak jauh dari sisi ayahnya. Lamit tidur. Matanya masih memerhati ke katil nombor tiga belas. Masih kosong. Dia yakin sekejap lagi dia akan berpeluang berbicara dengan gadis yang manis

Page 37: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

dan mempesonakan itu. Kira-kira satu jam kemudian kelihatan pesakit tua di katil nombor tiga

belas mengorak langkah longlai dengan dipimpin oleh si putih kuning. Jamal tersenyum, harapannya berbunga. Kali ini peluang yang ada tidak akan dilepaskannya begitu saja. Dilihatnya pesakit tua itu sudah berbaring. Batuk- batuk kecil mengisi ruangan. Si gadis bermata hitam galak tenang mengurut- urut dada orang tua itu. Satu notis kecil terpampang di katil nombor tiga belas. Jamal tahu, pesakit itu menghidap penyakit kencing manis.

"Kau hendak ke mana, Jamal?" Suara itu mengejutkan langkah Jamal. Dia kembali duduk.

"Tidak ke mana-mana ayah. Saya nak keluar tadi. Saya fikir ayah masih tidur." Matanyamasih tertumpu ke katil nombor tiga belas. Si rambut panjang mengurai sudah tidak kelihatan. Jamal pasti dia melangkah keluar.

"Kalau kau nak keluar, pergilah. Tapi jangan lama-lama." Ucapan itu membungakan hati dan perasaannya. Kali ini si putih kuning pasti dapat dipujuk rayunya. Dia melangkah ke luar dengan harapan yang tinggi bagai 'pagun'.

Di luar matanya liar memerhati. Ada beberapa orang pesakit sedang duduk-duduk dan berbual-bual. Mereka itu tidak menarik perhatiannya. Si manis mesti dicari. Matanya liar memerhati, tetapi dia tidak ada di sana.

"Ke mana perginya?'bisik Jamal. Matanya terus memerhati, terus mencari. Bagai mata pelakon dalarn siri six million dollar man, mata itu term meneliti dari sudut ke sudut, dari ruang ke ruang. Namun si tahi lalat di dagu tidak ditemui. Dia hampa. Kecewa.

"Barangkali dia ke bawah." Jamal terus menuruni anak-anak tangga dan mengharapkan orang yang dicarinya itu akan ditemuinya di sana. Harapannya kembali berbunga, berwarna-warni bagai bunga kertas yang lebat berbunga.

Sampai di bawah dia bertemu dengan si gadis yang mencolek hatinya walau baru beberapajarn bersua muka. Tetapi sekali lagi kehampaan terbayang di wajahnya kerana si gadis bertahi lalat di dagu itu sedang rancak berbual- bual dengan seorang pemuda kacak. Memang jauh lebih segak jikalau dibandingkan dengan dirinya. Langkahnya terus lemah, hilang semangat dan patah harapan. Pagun hilang entah di mana. Bunga kertas yang berwarna- warni kini luput dipuput bayu.

Page 38: KACA-KACA KRISTAL

Keenam

CUACA PAGI itu agak baik, sinaran matahari seolah-olah segan untuk rnenyinarkan sinarnya. Angin di kawasan Kampong Duhun bertiup perlahan, rrienyegarkan badan. Ayam-ayam kelihatan riang berjalan mencari makan. Scekor daripadanya membawa anaknya sebanyak lapan ekor, kesemuanya herwarna hitam seperti emaknya. Seekor ayam jantan cuba mendekati ayam betina itu, tetapi cepat si betina mengembangkan seluruh bulu badannya, si jantan ragu-ragu dan perlahan bergerak ke tempat lain. Ke arah sekumpulan ayam betina yang lain, yang tidak punya anak.

Tidak jauh dari rumah Barudin, kerja mendirikan tiang rumah Lazim sedang rancak dijalankan. Sebenarnya kerja itu dilakukan secara gotong- royong. Memang semangat bergotong-royong di kalangan bangsanya masih belum luput dimakan kemajuan zaman. Ada kira-kira lima belas orang yang terlibat dalam mengendalikan kerja-kerja itu. Di antaranya termasuklah Barudin, Ahmad, Lazim serta ramai lagi sahabat handai Lazim. Selebihnya yang lima orang adalah jiran Barudin.

Kedinginan dan kelembapan pagi itu menjadikan nyamuk walau tidak diundang menghampiri pekerja sukarela itu. Akibatnya kerja jadi terganggu. Barudin cepat-cepat mengumpulkan ranting kayu dan bekas-bekas tong serta kertas lalu dibakar. Api dari bakaran itu pada mulanya kelihatan kecil tetapi lama-lama makin besar dan terus memamah apa saja. Untuk menjadikan keadaan berasap dan boleh menghalau nyamuk, Barudin menebas rumput yang tumbuh subur di tepi longkang yang terbiar. Sekejap kemudian kepulan asap kelihatan dan memenuhi ruangan. Pada mulanya asap itu agak mengganggu pekerja sukarela itu, tetapi sang nyamuk sudah terbang entah ke mana. Akhirnya asap tinggal nipis dan tidak mengganggu sesiapa. Namun sang nyamuk tidak berani dekat. .

Dua orang pemuda menggolek sebiji bekas penggolong kabel. Bekas itu kemudiannya dijadikan meja. Di sanalah diletakkan kuih yang memang dibawa oleh Lazim. Salbiah fasal membuat kuih memang boleh tahan. Apalagi kuih asli Brunei. Pagi itu kalupis, wajit, buahulu, bingka dan seri muka siap terhidang menunggu siapa saja untuk memamahnya. Minuman pula ada tiga jenis. Kopi, teh dan air sejuk. Ahmad sebenarnya ada membeli tiga kotak minuman bergas. Oleh sebab hari masih pagi, minuman itu sengaja

Page 39: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

tidak dikeluarkan dari belakang kereta ayahnya. Dia bercadang akan mengeluarkan minuman tersebut bila matahari sudah naik dan terasa bahangnya. Buat sementara ini minuman itu dibiarkan di dalanl tong putih yang dibubuh ketulan air batu.

Kerja-kerja berjalan lancar. Lubang untuk mendirikan tiang rumah sudah lebih tujuh buah yang siap. Tiang-tiang mula dibawa ke tepi lubang. Lazim menggunakan tiang sebesar enam kali enam inci. Masing-masing tahu dengan kerjanya. Lazim merasa terharu dengan pertolongan yang diberikan itu. Jauh di sudut hatinya dia memanjatkan perasaan syukur kepada ilahi, kerana dengan pertolongan dan kehendak-Nya jua semua itu berlaku. Lebih terharu hatinya apabila mengingatkan adiknya Lamit ada memberikannya wang lima ribu ringgit. Wang itu dihantar oleh Manaf iaitu sahabat Lamit. Wang itu belum dibelanjakannya. Baginya biarlah wang itu disimpannya dahulu, kalau terdesak baharulah digunakannya.

Sebuahpick up datang ke tempat itu, kedatangannya membawa papan d m zink. Lamit tertegun, kerana setahunya dia tidak memesan apalagi membeli barang-barang itu. Hal itu ditanyakannya kepada Ahmad, Ahmad menggelengkan kepalanya tanda dia juga tidak tahu. Lazim menduga tentu Lamit yang memberi barang-barang itu. Kalau dia, apakah yang mendo- rongnya untuk membantunya? Sedangkan ketika berterus-terang meminta bantuan, dia tidak dapat menghulurkan bantuan yang diharapkannya itu.

Barudin mendekati Lazim. Dia tahu, sahabatnya itu dalam kebingungan memikirkan barang-barang yang datang tanpa dipesan itu. Misai nipisnya diurut beberapa kali. Memang itu sudah menjadi kebiasaannya.

"Apa yang kaufikirkan, Lazim? Terima sajalah barang-barang ni. Ia memang sudah menjadi rezekimu."

"Tidak Barudin. Aku hendak mendirikan rumah. Aku mau biarlah barang yang aku gunakan daripada sumber halal. Rumah bukan untuk sehari dua. Tapi mungkin sepanjang hayat." Lazim memberi penjelasan.

Barudin serba salah. Sebenarnya rahsia itu mahu disimpannya. Tetapi keadaan sudah tidak mengizinkan. Dia terpaksa membatalkan niatnya.

"Sebenarnya aku telah meminta bantuan dari jiran dan sahabat handai kita untuk menghulur derma seikhlas hati. Wang yang kami dapat, itulah hasilnya." Tangan Barudin menunjuk ke arah pick up yang berisi papan dan zink.

"Terima kasih, Barudin. Aku tak tau bagaimana hendak membalas budimu dan rakan-rakan kita tu." Lazim terharu.

"Sudahlah, hidup kita ini perlu bantu-membantu, bukankah itu salah satu suruhan agama kita?" Lazim mengangguk tanda setuju.

Kerja-kerja terus berjalan rancak. Bunyi orang menukul, menggergaji papan dan memahat memenuhi kawasan itu. Walaupun keringat membasahi baju, namun semua yang ada di sana kelihatan riang. Apa tidak, ada dua orang di kalangan mereka itu sering melawak. Sampai tidak kering gusi. Menurut

Page 40: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

Ihrudin mereka itu memang begitu. Di mana sajamereka berada, pasti tempat r tu akan garnat oleh mereka. Kata Barudin, Salleh dan Rashid memang tidak boleh bertemu, ada saja percakapan lucu yang mereka ucapkan. Akibatnya orang yang mendengar akan ketawa terbahak-bahak.

"Aku sudah lama mencari kucing bulu tiga. Kau adakah kucing yang aku rnaksudkan itu?" Salleh bertanya kepada Rashid.

"Kucing bulu tiga? Banyak. Kalau tak silap ada empat ekor." Rashid rnenjawab sambil tangannya masih terus menggergaji papan.

"Betulkah ni? Jangan main-main. Sudah habis seluruh Belait ni aku jalani, talc jumpa pun kucing bulunya tiga." Salleh terus memahat. Orang lain rnemasang telinga mendengar perbualan mereka. Masing-masing bertanya dalam hati, buat apa Salleh mencari kucing bulu tigaitu. Mungkin ada khasiat, tidak lama lagi pasti di Brunei heboh kerana ramai yang mencari kucing bulu tiga. Macam belum lama dulu orang sibuk mencari rumput yang konon namanya rumput Siti Fatimah.

"Ada. Kalau kaumau datanglah ke rumah." Rashid bersuara. "Aku tak percaya." Tangannya rancak menukul pahat. "Kau fikir aku ini budak-budak, nak berbohong?" Rashid nampak serius,

tidak ada kelucuan pada percakapan dan wajahnya. "Apa warna bulunya?" "Kuning, hitam, putih." Rashid menjawab sambil terus menggergaji.

Papan yang digergajinya hampir putus. "Kalau kaumau, lepas ni boleh datang ke rumah. Ambillah semuanya.

Aku memang tak hendak." Papan yang digergajinya sudah putus. Rashid bangkit dan membawa papan yang dipotongnya itu ke arah rakannya yang sedang menanti.

"Kau nak buat apa dengan kucing bulu tiga tu, Salleh?" Barudin bertanya. Dia secara tidak langsung mewakili orang yang ada di sana, kerana semuanya masih belum tahu tujuan dan mungkin khasiat dari kucing itu.

"Tak ada apa-apa, hanya untuk dipelihara. Bukan senang nak jumpa kucing yang hanya mempunyai bulu tiga helai."

"Celaka kau. Kaukenakan aku." Rashid meradang. Sedang orang lain riuh ketawa.

"Kalau kucing yang hanya mempunyai bulu tiga helai, sampai kiamat pun tak jumpa." Rashid merungut. Orang lain masih ada yang ketawa, tersengih dan paling tidak pun senyum.

Matahari sudah tegak di atas kepala. Kerja-kerja dihentikan buat sementara. Bahang sudah terasa, keringat semakin banyak mencurah. Masing-masing berlindung daripada sinaran yang terasa menggigit kulit itu. Hidangan sudah pun siap, masing-masing makan dengan berselera sekali. Lazim, Ahmad dan Barudin sibuk melayan, menyediakan rninuman, menambah nasi dan lauk serta sayur. Berselera betul mereka makan. Ada yang merasa seolah-olah

Page 41: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

seperti makan di tepi pantai, berkelah dengan keluarga. Sepiring memang tidak cukup. Mana yang berpantang makan kerana larangan doktor atau mahu menjaga badanjuga tidak tahan dengan ujian itu. Terpaksa membuka pantang. Ada yang berkata makan banyak pun doktor bukan nampak. Yang hendak menjaga badan pula berkata; sekali saja makan lebih takkan boleh jadi gemuk. Hari itu pun mereka kerja kuat, peluh banyak keluar, takkan makanan yang dimakan lebih sekali ini boleh menggemukkan.

Sementara itu di rumah pangsa tempat Lazim tinggal, Salbiah bersama dua orang anak gadisnya sedang duduk-duduk, sambil menonton televisyen. Tayangan gambar yang ditayangkan agak menarik menjadikan mereka bertiga terpukau. Walaupun perut masih belum diisi, namun mereka tidak terasa lapar.

"Mak, bulan depan saya akan duduk periksa. Periksa kali ini sangat penting. Doakan saya mak." Aidamemecah kebisuan mereka, sedang matanya masih tetap terpaku ke kaca televisyen.

"Maklum, orang bercita-cita tinggi mak. Nak belajar di universiti. Untunglah emak, punya anak lepasan universiti." Aini mengusik. Senyum terukir di bibirnya, manis dan menawan. Kalau pemuda yang menerima senyuman itu, sudah pasti tidak akan nyenyak tidur.

"Berdoa saja, kalau tak berusaha, mana nak berjaya." "Usaha tu memanglah ada mak. Tapi kan, kata orang doa dari rnak dan

bapa mustajab. Makbul." Aida membela diri. "Kalau kau tak suruh pun memang selama ini rnak dan ayah mendoakan

kejayaan kamu." Salbiah bersahaja menuturkan kata-kata itu. Tayangan gambar dihentikan buat sementara kerana menyiarkan berita tengah hari.

"Marilah kita makan mak, kak. Perut pun terasa lapar." Aida bangkit dan mengorak langkah menuju ke dapur. Langkahnya segera diikuti oleh Salbiah dan Aini.

Sebentar kemudian hidangan sudah terhidang dan mereka makan dengan berselera sekali. Hidanganny a sama dengan apa yang dibekalkan untuk orang yang menolong Lazim membuat rumah mereka. Hanya bezanya nafsu makan mereka tidak sebaik rakan Lazim dan Barudin yang melibatkan diri dalam kerja gotong-royong itu. Maklum makan di rumah, tidak sama dengan di luar. Apalagi Aida dan Aini memang menjaga badan. Makan walau sedap mana pun hidangan dan lauknya, nafsu dan selera mesti dikawal. Biar lapar sedikit tidak apa, asal badan terjaga, nampak langsing, ramping dan menarik! Potongan mesti ada.

Selesai makan, Aida dan Aini mengemas dan mencuci pinggan mangkuk. Memang kerja seperti itu sudah tidak asing lagi bagi mereka. Sejak kecil, mereka sudah dilatih. Sementara itu Salbiah sudah duduk bersandar di ruang depan sambil menonton televisyen. Tayangan gambar sudah disambung kembali. Hawa panas di luar terasa bahangnya, membuatkan Salbiah resah

Page 42: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

clan bangkit untuk memasang kipas angin. Pengawal kelajuan kipas diputar. Putaran kipas yang tadi sederhana kini menjadi kuat dan ligat. Namun bahang panas masih juga terasa. Dengan satu keluhan berat Salbiah kembali ~nencecahkan punggung gebunya ke kerusi.

"Kau bila dah keluar dari maktab perguruan nanti, tak nak ambil pcperiksaan peringkat lanjutankah, Aini?" Curahan air dari paip di sink rnencuci menambahkan buih yang ada di dalam mangkuk. Tangan Aida pantas membuat kerjanya. Aini pula mengeringkan piring yang sudah selesai dibasuh kakaknya.

"Itu mestilah kak. Saya memang tak mau ketinggalan dengan kaum sejenis kita sekarang. Lihatlah, sudah ramai yang berpelajaran tinggi. Yang punya ijazah pun apa kurang."

"Alah, cakap saja tinggi dan berkobar. Tapi bila keluar maktab esok, kena pinang, kahwin dan beranak. Cita-cita entah ke mana. Cakap pula tinggal cakap saja." Aida sengaja menguji hati adiknya. Piring hampir selesai dicuci. Sisa nasi, ikan dan tulang dibubuhdi dalam satu mangkuk buat habuan kucing kesayangan mereka.

"Kakak cabar saya ya? Baiklah saya terima. Kakak lihatlah nanti. Saya juga tak akan kahwin selagi kakak belum kahwin." Aida ketawa mendengar ucapan adiknya itu. Sekaligus fikirannya melayang mengingat wajah tampan seorang guru muda lepasan sebuah universiti luar negeri yang mengajar di sekolahnya. Namanya Cikgu Aziz. Di kalangan pelajar perempuan di tempat Aida nama itu memang tidak asing. Malah ramai yang gila bayang, berangan- angan konon dialah yang jadi pasangan cikgu muda itu. Ini tidak terkecuali dengan Aida. Mengingatkan itu dia senyum. Mujurlah telatahnya itu tidak dilihat oleh adiknya, kalau tidak panjang ceritanya.

Kedua adik-beradik yang jarang berjumpa itu beriringan menuju ke ruang depan. Di sana mereka lihat Salbiah sudah terlelap di kerusi panjang. Mereka senyum dan membiarkan wanita yang paling mereka sayangi itu sendirian, biar dia enak dibuai mimpi di tengah hari. Kedua-dua duduk di kerusi yang lain dan kembali menonton rancangan di kaca televisyen. Sekali-sekala terdengar dengkuran kecil ibu mereka. Kedua-duanya bertukar pandang dan senyum. Mereka faham, emak mereka memang agak letih, kerana dia bangun awal pagi tadi bagi menyediakan bekalan untuk mereka yang kerja gotong- royong .

"Kasihan emak, letih sungguh dia. Mujurjuga kita dapat pulang, kalau tak lagi teruk emak." Aida berbisik.

"Baru aku ingat kak, persediaan mengajar untuk hari esok belum lagi saya buat. Daripada menonton televisyen baik saya buat kerja wajib itu kak." Tanpa meminta dan menunggu jawapan Aini bangkit dan berlalu ke bilik.

Kini tinggal Aida sendirian bertemankan peti televisyen. Fikirannya kini tidak tertumpu kepada rancangan yang ditayangkan di kaca televisyen,

Page 43: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

sebaliknya jauh berkilometer. "Memang lelaki tak boleh diharap." Salawati bersungut. "Apa maksudmu?'tanya Aida. Salawati di pandangannya muram, tidak

berrnaya. "Cikgu pujaanku akan berkahwin minggu depan." Salawati membuka

dan menerangkan masalahnya. "Itulah, angan-angan terlalu tinggi. Sampai kaulupa pada tugas utama."

Aida memberi nasihat. Dia senyum, sambil membawa sahabatnya itu berjalan. "Lupakanlah ha1 itu. Anggap saja bagai rnimpi. Sekarang aku nak ajak

kau masuk kumpulan a h . " "Kumpulan apa?" tanya Salawati penuh minat. Kemuramannya sudah

agak berkurangan. Dia memang begitu, kalau ada yang memujuk, mudahlah dia sembuh dari kesedihan hatinya.

"Aku mau kau ikut kumpulan kami berbincang bagi menghadapi peperiksaan yang tak lama lagi akan menjelang."

"Maksud kau seperti yang pernah disarankan oleh cikgu?" "Ya. Bagaimana kaumau? Kalau setuju, bersedialah. Esok kami akan

mengadakan perundingan di bilik Amalia selepas makan tengah hari." "Aku setuju." Kedua-duanya tersenyum. Aida sedar dari lamunannya. Dia baru teringat akan tugasnya dalam

kumpulan belajar yang baru ditubuhkan itu. Buku sejarah belum dibacanya. Buku itu ada terselit di dalam beg rotan yang dibawanya pulang petang tadi. Dia mengeluh, tajuk yang diberikan kepadanya cukup berat.

"Kita sudah membahagikan tajuk. Jadi studilah tentang tajuk masing- masing dan minggu depan kita akan mendengar penerangan daripada setiap orang." Amalia yang dilantik menjadi ketua tidak rasmi dalam kumpulan yang mengandungi lapan orang itu memberikan penjelasan.

"Tapi, tajuk aku agak berat dan membosankan. Sejarah Melayu, bukan menjadi kesukaanku." Aida cuba mengelak.

"Dalam ha1 ini tak ada dolak-dalik. Kalau nak pilih tajuk kesukaan sendiri, nanti tajuk susah siapa yang mau?'Bagai seorang guru Amalia memberikan penerangan. Dan kata-katanya itu diakui oleh rakan-rakannya. Aida terpaksa akur.

Di luar cuaca agak mendung, tanda hujan akan turun. Namun hawa yang dibawa oleh angin terasa panasnya. Ini meyakinkan lagi hati Aida yang tidak lama lagi pasti hujan akan turun. Kerana rarnai orang berpendapat, kalau cuaca redup tetapi udaranya panas, tandan ya hujan akan turun.

"Harap-haraplah hujan jangan dulu turun. Nanti tergendala pula kerja ayah dan kawan-kawannya." Aida berdoa sendirian. Kali ini dia bangkit dan masuk ke bilik. Di sana Aini sedang sibuk dengan kerja sekolahnya. Memang kini dia sedang menjalani latihan mengajar. Beg rotan yang terletak di hujung katil segera diambilnya. Buku Sejarah Melayu dikeluarkannya lalu dia duduk

Page 44: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRlSTAL

di birai katil dan membaca. "Hai, rajin nampak." Bersahaja Aini mengucapkan kata-kata itu. Sedang

tangannyamasih terus menulis. Tangan kecil mongel itu sudah biasa menarikan rnata pena dengan mencalitkan huruf Jawi yang pada sebahagian besar orang sekarang tulisan itu begitu asing .

"Bukan rajin, terpaksa. Macam kau juga. Kalau tak kerana tugas, kau pun takkan bersusah payah menulis." Aida bangkit dan melangkah ke luar.

"Kakak nak ke mana?" "Keluar. Melihat di rak buku. Kalau tak salah, abang ada menyimpan

buku ulasan tentang buku yang aku baca ini." Aida terus berlalu tanpa menghiraukan adiknya yang masih leka menulis sesuatu di buku ringkasan mengaj arnya.

Almari buku yang ada di ruang tamu itu walaupun cuma sebuah, tetapi buku di dalamnya banyak. Novel ada, buku-buku sejarah ada dan macam- macam jenisnya. Sampai majalah pun ada disimpan di rak bawah sekali almari itu. Ahmadlah yang paling suka membeli buku. Buku ulasan yang dicarinya kini ditemui. Bukan kepalang suka hatinya.

"Kali ini mudahlah kerjaku. Dalam perbincangan nanti aku akan lancar menerangkan dan menjelaskan isi cerita yang terkandung dalam buku ini." Aida riang. Dia yakin dengan penerangannya nanti, pasti kawan-kawannya akan faham. Kebaikan belajar secara kelompok yang mereka buat pada masa itu ialah, bahan yang dibaca terhad, tetapi pengetahuan yang diperolehi sama saja seperti mereka yang membaca lapan tajuk yang diberikan kepada setiap ahli kumpulannya.

Sebentar kemudian Aida sudah berada di bilik dan mengambil kertas dan pen. Sambil membaca, tangan kanannya mencatat sesuatu.

"Kalau kakak lulus dalam peperiksaan lanjutan nanti, kakak nak belajar sampai ke universitikah?" Aini menduga. Kerjanya masih belum selesai. Membuat ringkasan mengajar bukan mudah. Kerjanya banyak dan rumit. Sebab itu orang yang pernah menjadi guru, kalau boleh hendak tukar kerja lain. Tetapi anehnya ramai orang menganggap kerja guru senang. Kerja setengah hari saja.

"Tengoklah nanti," balas Aida bersahaja. Minatnya tetap pada buku yang dibacanya. Tangan kanannya tetap rancak mencatat perkara penting.

Page 45: KACA-KACA KRISTAL

Ketujuh

SEJAK SEBULAN keluar dari rumah sakit, kesihatan Lamit tidak begitu baik. Mujurlah perniagaannya dijalankan oleh rakan kongsinya Manaf dan Chin Soo. Dia percaya seratus peratus kepada kejujuran kedua-dua kawannya itu.

"Awak jangan percaya sangat dengan orang bang. Di depan kita memanglah dia nampak baik, tapi di belakang kita mana kita tau." Zakiah pernah melahirkan keraguannya terhadap Manaf dan Chin Soo yang diberi kepercayaan sepenuhnya oleh suaminya bagi mengurus perniagaan mereka.

"Kalau tak mereka, kepada siapa lagi yang hendak aku harapkan? Pada Jarnal? Lagi lingkup !" Lamit mengeluh. Terasa terkilan di hatinya kerana ada anak pun tidak dapat diharap. Usahkan mengurus perniagaan, menolong pun tidak pernah. Tetapi kalau fasal wang, merekalah yang bijak dan pandai, mengalahkan manager bank.

"Kalau awak tak harap kepada Jamal, pada Mahani bukankah boleh?" Zakiah memberi cadangan.

Lamit diam. Bukan dia tidak menaruh kepercayaan kepada satu-satunya anak gadis kesayangannya itu, tetapi kerana sikapnya yang lebih suka menyepi, menyendiri dan hasratnya hendak berkahwin dengan sepupunya Ahmad itulah yang tidak menarik hati Larnit untuk mengajak dan menjinakkan anaknya itu dalam bidang perniagaan yang besar itu. Apalagi pada ketika ini keadaan cukup mencabar. Kerana kalau tersilap langkah, tersilap perkiraan, akan buruklah padahnya. Jikalau nasib tidak baik perniagaan boleh gulung tikar.

Lamit duduk terrnenung sendirian pada petang itu. Air minuman yang disediakan oleh Tanti langsung tidak disentuhnya. Fikirannya benar-benar tidak tenteram. Tidak ubah suasana di Timur Tengah. Badannya kini jauh berubah. Daging-daging pejal yang dahulunya bertakhta di seluruh badan, terutama kawasan perut, lengan, paha, sudah tidak kelihatan lagi. Kini badannya kurus dan mukanya cengkung dan pucat.

Badanmanalah tidak kurus kalau makan dicatu dan berpantang. Pantangnya bukan sedikit, lagi menyedihkan, kebanyakan makanan itu sedap, berkhasiat tinggi tetapi langsung tidak dibolehkan oleh doktor. Begitu juga halnya

Page 46: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

clcngan minuman. Gula langsung tidak dibenarkan. Garam juga tidak dibcnarkan dibubuh dalam masakan, walaupun hanya setengah atau sesuku sudu teh! Mula-mula berpantang dulu, Lamit merasa cukup seksa. Makanan rasa tersangkut di kerongkongnya. Tekak jadi loya, selera mati. Zakiah Incrasa sedih melihat suaminya yang terpaksa berpantang itu. Dahulu semasa si hat dan tidak berpantang, Lamit memang tergolong orang yang kuat makan. ,4pa saja jenis hidangan dan makanan akan dikunyah dan dimamahnya. Sudahlah begitu, masa makannya juga tidak menentu, kadang-kadang sehari tiga empat kali dia makan. Sekali makan tidak cukup sepiring ! Tambah pula kalau berjumpa dan berbelanja dengan kawan-kawan.

Sekarang pergerakan Lamit juga terbatas. Masanya lebih banyak terkurung di rumah. Bukan dia tidak mahu keluar atau bersiar-siar tetapi kerana badannya lemah menjadikan dia tidak berminat untuk melakukan itu semua. Dia lebih suka duduk di sofa atau kerusi goyang, atau berbaring saja di tilam empuk yang sudah dua tahun jadi penghuni dan sedia berkhidmat di bilik tidurnya yang serba lengkap dengan alat penghawa dingin, bilik mandi dan landas. Almari solek kesayangan Zakiah, almari antik pakaian juga tersergam di bilik itu. Sebuah peti televisyen dan pita video juga menemaninya di kala kesepian. Itulah teman setianya kini.

Sakitnya semakin bertambah terasa selepas dua kejadian besar yang terjadi dalam rumahtangganya baru-baru ini. Kejadian itu seakan-akan satu pukulan berat menimpa seluruh badannya. Jamal telah ditangkap basah! Dia terpaksa kahwin dengan seorang pelajar sekolah menengah yang dibawanya di sebuah rumah kosong di suatu petang. Kedua-duanya ditangkap oleh orang kampung di rumah kosong itu. Akibatnya Jamal terpaksa kahwin koboi! Tidak ada cinta-cinta. Jauh sekali kenal-mengenal. Yang jadi masalah, Jamal masih mengharapkan bantuan dari ayahnya. Baik tentang tempat tinggal mahupun makan pakai. Lamit merasa amat malu. Terasa mukanya seperti ditampal dengan najis lebih-lebih lagi berita kejadian itu telah dimasukkan dalam suratkhabar tempatan. Ceritanya panjang berjela. Di kedai, di supermarket, di pasar, di majlis orang kahwin dan di mana saja.

"Malu kita bang. Di majlis tadi orang mengata anak kita yang kena tangkap basah tu. Kalau tak mengenangkan majlis itu di rumah datin, rasanya mau saya tinggalkan saja majlis itu!" Zakiah bersungut sekembalinya dari majlis kahwin anak sahabat mereka yang berpangkat datuk dan datin.

Kejadian itulah juga yang memaksanya tidak mahu keluarrumah. Terasa kepadanya yang semua orang memandang kepadanya apabila bertemu. Dari sana akan terbitlah cerita itu, cerita ini. Cerita yang sudah pasti menghinanya dan menjatuhkan maruahnya. Di Daerah Belait siapalah yang tidak kenal dengan dirinya.

Kejadian kedua pula berlaku dua minggu selepas Jamal ditangkap basah,

Page 47: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

di mana Mahani telah dipinang orang. Sayangnya Mahani tidak setuju kepada pinangan itu. Macam-macam alasan yang diberikannya, tetapi semua alasan yang diberikan itu tidak diterima oleh emaknya Zakiah.

"Tak bercinta terlebih dahulu, boleh juga bahagia. Buktinya aku dan ayah kau." Zakiah memujuk Mahani. Kerana dia merasa amat rugi kalau Mahani tidak menerima pinangan itu. Pemuda yang berhajat itu seorang berjawatan tinggi di pejabat kerajaan. Kata orang 'mulutnya masin'. Hal ini tentu akan menambah kemajuan perniagaan Lamit. Terutama kalau hendak minta tender.

"Itu zaman dulu mak. Tak sama dengan zaman sekarang." "Aku tak peduli. Kau mesti kahwin dengan pemuda itu. Esok aku dan

beberapa orang keluarga di sebelah emak akan pergi ke rumah pemuda itu. Mak akan nyatakan persetujuan." Satu keputusan yang amat mengejutkan hati Mahani. Ia juga mungkin nampak sumbang, kerana jarang seorang ibu kepada anak yang dipinang orang yang sendiri hadir ke rumah pemuda yang meminangnya untuk menyatakan persetujuan atau sebaliknya. Satu perbuatan sumbang di sisi adat!

Sungguh di luar dugaan, Mahani telah melakukan perbuatan yang memeranjatkan juga memalukan Lamit dan Zakiah. Mahani telah lari dari rumah. Puas dicari, di rumah keluarga, tennasuk di rumah Lazim, namun Mahani tidak ditemui. Di rumah sahabat handainya juga dia tidak ditemui. Tidak puas dengan usaha itu, beberapa orang telah diupah Zakiah untuk mencari Mahani. Semuanya menemui jalan buntu. Kehilangannya memakan masa dan hari. Hari menjadi minggu. Masuk minggu kedua Zakiah sudah kehilangan akal. Dia mendesak Lamit memasukkan berita kehilangan Mahani ke dalam suratkhabar dan televisyen. Sekali lagi keluarga Lamit jadi gah. Cerita mengenai mereka terus menjadi bahan bualan di mana saja. Sakit Larnit semakin berat. Doktor menasihatkannya supaya banyak bertenang, bersabar dan jangan terlalu memikirkan ha1 yang berat-berat. Kalau dia memaksa dirinya berfikir serius, penyakit darah tinggi dan jantungnya mungkin boleh membunuhnya!

Mujurlah dalam minggu ketiga Mahani pulang. Itu pun setelah dipujuk Ahmad. Zakiah juga telah menerimanya dan menarik balik keputusannya terhadap peminangan pemuda berjawatan tinggi itu. Sekali lagi malu yang didapat! Hasrat Mahani untuk memilih Ahmad sebagai lelaki pilihannya tetap tidak direstui oleh ayah dan ibunya. Pada mulanya Mahani bercadang untuk meninggalkan rumah, tetapi kerana mengenangkan penyakit ayahnya, dia terpaksa bertahan dan menetap di sana. Sejak itulah dia jadi seorang pendiam dan suka menyendiri. Sepatah ditanya, sepatah jua dijawabnya. Dia paling meluat melihat tingkah laku adik iparnya yang nampak sombong dan pemalas. Tahunya hendak makan, keluar dan pulangnya hendak makan lagi. Kalau lambat dilayan pandai pula membentak. Macam dia yang membayar gaji Tanti! Padahal sesen pun mereka tidak pernah berbelanja untuk membeli

Page 48: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

~nakan! Semuanya Lamit yang mengadakan. Malam itu Lamit, Zakiah dan Mahani ada di ruang tamu. Jamal dan isterinya keluar entah ke mana. Memang tidak ada orang yang rninat hendak ambil tahu. Rumah itu dibuat oleh pasangan yang ditangkap basah itu seperti hotel. Ketika mahu tidur dan makan, mereka ada di rumah, selepas itu mereka keluar. Sakit Lamit pula ada juga kurangnya. Tetapi sebulan sekali dia terpaksa ke rumah sakit untuk menjalani pemeriksaan. Pulangnya pasti dibekali ubat yang bukan sedikit. Setiap pagi lengannya terpaksa disuntik untuk mengurangkan tekanan gula yang berlebihan dalam badannya. Sudah lebam kedua-dua lengannya. Setiap pagi dan petang dia disuruh berjalan-jalan untuk menggerakkan sendi nnggotanya.

"Bang, saya rasa elok kalau abang berubat ke luar negeri." Zakiah memecah kesunyian. Perhatian mereka kepada adegan yang ditayangkan di kaca televisyen, tidak begitu tertumpu.

"Betul tu ayah. Buat apa wang yang banyak, kalau ayah tidak sihat." Mahani menyokong cadangan ibunya.

Larnit mengangguk. Memang dia sendiri bercadang begitu. Hanya dia tidak berkesempatan untuk berbincang dengan Zakiah, maklum sejak beberapa hari ini isterinya terlalu sibuk. Mana dengan mesyuarat persatuan, majlis kahwin, majlis bertunang, majlis hari jadi dan macam-macam lagi.

"Baiklah, esok abang akan bincangkan perkara ini dengan Manaf dan Chin Soo. Mereka pun sudah berjanji akan datang petang esok."

"Dalam majalah dan suratkhabar ada beberapa iklan yang menyatakan tentang kepakaran dan kebolehan beberapa orang dalam merawat penyakit macam ayah deritai sekarang." Mahani memberikan pendapat. Memang dia mahu agar penyakit ayahnya segera sembuh. Kalau tidak pun semua, satu atau dua daripada penyakit ayahnya itu hilang pun ada baiknya.

"Kita tak boleh terlalu percaya dengan iklan itu. Kadang-kadang ada yang [emberang. Mereka hanya hendakkan wang." Zakiah menyatakan ketidakpuasan hatinya.

"Kita pergi ke Singapura saja. Di sana ramai pakar penyakit yang aku deritai ini." Lamit menjelaskan kehendak hatinya. Siang tadi Chin Soo dan Manaf yang menelefonnya juga mencadangkan demikian. Apalagi menurut Chin Soo bapa mentuanya yang menghidap sakit jantung telah sembuh setelah menjalani rawatan di salah sebuah rumah sakit di sana.

"Bagaimana dengan Jamal bang? Takkan kita nak biarkan dia berkeadaan begitu saja." Zakiah mengalihkan persoalan. Hatinya memang tidak sedap melihat diri Jamal yang sudah pun bergelar suami itu, tetapi nampaknya tanggungjawab terhadap rumahtangga langsung dia tidak faham.

"Entahlah. Disuruh cari kerja dia tak mau. Katanya kerja bukan mudah untuk didapat." Lamit kehilangan punca untuk mengatasi tingkah anak lclakinya itu. Dia pun tidak sebulu dengan menantunya yang tidak sedarkan

Page 49: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

diri itu. Kadang-kadang dia merasa kasihan melihat Tanti menangis bila dimarahi oleh isteri Jamal. Bila dinasihati, pandai pula dia merajuk!

"Suruh saja mereka pindah dari rumah ini, mak, ayah." Mahani memberi cadangan.

"Tak boleh. Lainlah kalau dia ada kerja." Zakiah tidak setuju. "Kalau tak tinggal sendiri, selagi itulah mereka tak sedar akan

tanggungjawab mereka. Esok lusa kalau dapat anak, ayah juga yang bagi makan pakai anak mereka." Mahani mencurahkan rasa kurang puas yang bersarang di sudut hatinya selama ini.

Keadaan hening, hanya suara dari peti televisyen yang kedengaran. Di luar cuaca gelap, tidak kelihatan bintang di langit. Angin terasa dingin menggigit badan. Ini menandakan yang hujan akan turun bila-bila masa. Sekali-sekala kelihatan kilat memancar dan menerangi kegelapan malam.

Mahani minta diri untuk masuk ke biliknya. Tetapi baru beberapa langkah Zakiah bertanya kepadanya.

"Bagaimana pula dengan kau, Mahani? Masihkah kau berhubung dengan abang sepupumu i tu?"

Diam tiada jawapan. Mahani tegak bagaikan tunggul. Kepalanya tunduk memandang lantai yang beralas seramik licin berkilat.

"Kalau kau nak berhubung, mak dan ayah kau tidak melarang. Tapi kalau nak menjadikannya sebagai pasangan hidupmu, mak tak setuju." Kata-kata itu bagai sembilu yang menghiris tangkai jantung dan hati Mahani. Sungguh tidak diduganya hati ibunya keras, tidak dimakan pujuk, tidak gentar pada gertakan.

Tanpa memberikan sebarang jawapan, dia terus mengorak langkah menuju ke biliknya. Hatinya luka dan merasa sedih sekali. Gentar hatinya membayangkan bagaimana nanti masa depannya kalau tidak bersama Ahmad, tiada ertinya hidup ini. Pintu bilik ditutup rapat dan dikunci. Dia melabuhkan dirinya di katil yang beralaskan kain cadar berwarna merah jambu, warna kesukaannya.

Bilik itu suram, hanya diterangi oleh lampu tidur yang bertenaga lima belas watt. Warnanya pula biru tua. Bagi Mahani keadaan seperti itu cukup menyenangkan dirinya. Apalagi kalau hendak tidur, matanya tidak mahu lelap andainya bilik tidur diterangi oleh lampu. Alat penghawa dingin memang terpasang dari tadi. Kedinginan amat terasa. Cepat-cepat dia mengambil selimut yang terletak di bahagian kaki katil. Dia segera menutup bahagian dadanya. Terasa panas sedikit.

"Kalau keadaan terus begini, nampaknya kita tidak ada pilihan lain, kecuali berpisah. Perhubungan kita hanyalah sebagai saudara sepupu." Masih dia ingat kata-kata yang pernah diucapkan oleh Ahmad sewaktu mereka bertemu di Pantai Lumut. Itu pun sempena pesta pantai yang

Page 50: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

diadakan di sana. "Kita tak sepatutnya mengalah. Kalau mak berkeras, kita pun boleh

herkeras." Berani dan tegas ucapan itu. Bagi Mahani tekadnya sudah bulat, apa pun yang jadi, jadilah; namun baginya Ahmad adalah lelaki pilihan terakhirnya. Tidak dua, tidak tiga.

"Bertindak jangan menurut kehendak hati dan rasa. Ajaran agama jangan dilupa. Tatasusila bangsa hams dijaga. Ingkar pada orang tua ertinya derhaka." Mahani terpukau dengan kata-kata itu. Seperti sudah tertutup jalan untuknya menyambung perhubungan bersama Ahmad.

Ketika itu orang agak ramai di Pantai Lumut. Kecil besar, tua muda, masing-masing datang untuk menyaksikan persembahan dan pertunjukan yang diadakan di sekitar pantai itu. Gerai jualan amat banyak sekali. Kiri kanan jalan penuh dengan penjaja. Jualan mereka beraneka rupa. Ada berjual makanan, kuih-muih, buah-buahan, minuman, kain baju dan sebagainya. Ahmad dan Mahani berhenti rehat di sebuah pondok yang agak terasing daripada orang ramai. Ahmad mengunjukkan tin minuman kepada Mahani. Tekak yang memang sedia haus memaksa dan mendorong Mahani segera menyambut huluran itu. Dengan pantas tin dibuka dan segera pula penyedut minuman dimasukkan dan tidak lama kemudian melalui penyedut itu air di dalarn tin sudah naik dan masuk ke mulut Mahani. Terasa dahaganya kurang. Dia terus minum dan minum. Dahaga hilang.

"Kalau kita tak bertindak, kita tak akan dapat hidup bersama." Mahani menyambung perbualan mereka yang terputus sebentar tadi. Matanya memandang sekeliling, bilangan pengunjung ke pantai semakin ramai. Sepuluh pulang, tiga puluh pula yang sampai.

"Serahkan saja pada suratan takdir. Kalau memang ada jodoh kita, pasti sampai jua hajat dan impian kita selama ini." Bersahaja kata-kata itu diucapkan oleh Ahmad.

Cuaca yang tadinya baik, kini berubah wajah. Angin laut bertiup kencang hala ke darat. Habuk dan pasir berterbangan. Deru angin kuat sekali. Awan bertompok hitam. Pentas yang ada di hadapan mereka masih menunjukkan persembahan untuk tontonan. Beberapa kumpulan kugiran mendendangkan lagu-lagu berentak rock. Suara penyanyi bertingkah dengan derunya angin. Ramai para penonton mula beredar kerana tidak tahan oleh pasir dan habuk yang naik ke udara. Ada juga yang takut kalau-kalau pada bila-bila masa saja hujan akan turun. Tentu mereka akan basah kuyup! Mana tidak kereta diletakkan jauh, tidak dibenarkan masuk ke kawasan pantai.

"Apakah kalau kita berpisah nanti Ahmad tidak sedih?Mahani menduga. Sedang matanya masih terus memerhati telatah pengunjung yang sudah tidak menentu arah tujuan. Tetapi ramai yang sudah mengambil keputusan untuk pulang .

Page 51: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

"Sedih? Sedih pun terpaksa diterima." Ahmad bangkit dan mengajak Mahani pulang.

Lamunan Mahani terganggu oleh bunyi kereta di luar. Dia menduga tentu Jamal dan isterinya yang pulang. Tetapi tidak lama kemudian terdengar bunyi hon kereta di halaman. Kalau Jamal, tidak akan dia main hon. Lagipun malam masih muda. Bagi Jamal jam sebegitu belum masanya untuk pulang ke rumah. Kalau tidak turun embun jantan semacam tidak sah untuknya pulang ke rumah. Mahani bangkit dan menapak ke jendela dengan langkah yang malas dan longlai. Dari jendela dilihatnya sebuah kereta Volvo berwarna putih. Dia sudah tahu, itu kereta Chin Soo. Mahani kembali ke katil dan merebahkan badannya. Dia tahu Chin Soo memang sudah biasa berkunjung ke rumah mereka.

Dibiarkannya matanya terpejam, walaupun belum ada rasa mengantuk, namun terasa tenteram sekali dalam keadaan begitu. Dia mahu menenangkan fikiran sebelum tidur. Nanti tidurnya akan nyenyak tanpa gangguan, kalau mimpi pun pasti mimpinya indah dan menggembirakan hati.

Tiba-tiba saja pintu biliknya diketuk. Ketukannya kuat dan seperti cemas. Pantas dia bangkit dan membuka pintu. Tanti tercegat di ambang pintu.

"Ada apa, Bi?" tanya Mahani. "Ibu panggil. Bapa sesak nafas, katanya mau dibawa ke rumah sakit." Tanpa berbicara Mahani terus meninggalkan Tanti. Dia berlari anak

menuju ke ruang tamu. Di sana dilihatnya ayahnya telah disandarkan oleh Chin Soo ke sebuah kerusi. Muka ayahnya pucat. Keadaannya masih tidak sedar. Emaknya berusaha mengurut-urut dada suaminya. Namun Lamit masih tidak sedar.

Chin Soo membawa Lamit ke rumah sakit. Ikut dalam kereta yang dipandu oleh Chin Soo itu ialah Zakiah dan Mahani. Tanti tinggal di rumah. Perjalanan agak mudah, kerana jalan raya agak lengang. Lampu kecemasan yang dipasang oleh Chin Soo pada keretanya menambahkan dia bebas memandu. Kenderaan lain memberikan laluan kepadanya. Tidak sampai sepuluh minit mereka sudah sampai ke Rumah Sakit Suri Seri Begawan. Lamit dibawa ke bilik kecemasan. Dengan pertolongan seorang doktor dan seorang jururawat, akhirnyaLarnit sedar, perjalanan nafasnya kembali normal.

"Dia mesti tinggal di wad. Kami menjalankan pemeriksaan lanjut." Doktor berasal dari India memberi penjelasan pada Zakiah bila dia bertanyakan tentang suaminya. Zakiah tidak menjawab, sebaliknya memandang Mahani dan Chin Soo.

"Eloklah Lamit tinggal di sini. Kalau terjadi apa-apa tak susah." Chin Soo seolah-olah memahami pandangan Zakiah.

"Ya mak." Mahani bersuara lemah. Dia masih tidak tahu punca yang menyebabkan ayahnya diserang sakit jantung. Kalau hanya berbual-bual biasa, tidak akan sampai begitu teruk sekali keadaannya tadi. Ini tentu ada

Page 52: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

sesuatu masalah berat yang berlaku. Itu yang diduga oleh Mahani. Dia belum ada kesempatan untuk menanyakan perkara itu.

Sementara menunggu Lamit dibawa ke wad, Zakiah menyuruh Mahani menelefon ke rumah, bertanyakan Jamal. Kalau dia pulang hendak disuruhnya datang ke rumah sakit.

"Mak, Jamal masih belum pulang." Mahani menjelaskan sebaik-baik saja dia selesai menelefon ke rumah. Zakiah hanya mampu mengeluh.

Setelah Lamit ditempatkan di sebuah wad dan keadaannya tidak membimbangkan, Chin Soo meminta diri.

"Saya pulang dulu Zakiah. Esok pagi saya akan datang." Chin Soo melangkah perlahan meninggalkan wad di mana Lamit ditempatkan. Dia tidak mahu mengganggu pesakit yang sudah ramai tidur. Maklum jam sudah pun lebih pukul sepuluh malam.

"Mahani tak mau pulang?" Chin Soo mematikan langkahnya dan menunggu jawapan.

"Tak apalah Chin Soo, biar saya bersama emak di sini." "Pergilah pulang. Esok kau boleh bawa Jamal dan isterinya datang ke

sini." Zakiah memberi jalan. Akhirnya Mahani mengalah. Tidak lama kemudian dia dan Chin Soo

sudah hilang di balik pintu. Sampai di kereta, Mahani lekas-lekas bertanya sebab penyakit jantung ayahnya 'kambuh' lagi.

"Tak ada apa-apa." Chin Soo mengelak. Kereta sudah berbelok menuju ke jalan keluar dari kawasan rumah sakit itu.

Rintik-rintik hujan mulai turun. Kedinginan semakin terasa, apalagi kereti Chin Soo dipasang hawa dingin. Mahani menahan kesejukan yang mengusap seluruh badannya.

"Saya tak percaya, uncle. Tentu ada sesuatu." Mahani mendesak. "Betul." Chin Soo masih berdalih. "Saya tak percaya, uncle. Tadi sebelum saya masuk bilik, keadaan ayah

sihat." Chin Soo mengeluh. Kini dia terpaksa membuka rahsia. Setelah

memikirkan perkara yang hendak dirahsiakannya itu memang elok diketahui oleh Mahani, dia pun bercerita.

"Sebenarnya Manaf rakan kongsi niaga uncle dan ayahmu telah melarikan diri bersama wang sebanyak tiga juta ringgit."

Mahani tidak menduga, Manaf akan berkelakuan begitu. Apa yang dilihatnya selama ini, Manaf seorang yang baik dan jujur. Mengapa dengan tiba-tiba dia jadi begitu? Satu persoalan yang tiada siapa pun dapat menjawabnya.

"Dia lari ke mana, uncle?" "Tak tau. Tapi mungkin ke Malaysia atau Indonesia. Di sana dia ramai

Page 53: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRlSTAL

kawan." Kereta Chin Soo sudah memasuki pekarangan rumah Lamit. Hujan

semakin lebat. Mahani keluar dan berlari anak menuju ke hadapan pintu dan membunyikan loceng pintu. Chin Soo sudah beredar. Pintu dibuka dan Tanti yang tercegat menyambut kedatangan Mahani.

"Jamal belum pulang?" Sengajadia menanyakan soalan itu, walaupun dia tahu Jamal masih belum pulang kerana keretanya tidak ada di garaj.

"Dia masih belum pulang. Kan malam masih muda."

Page 54: KACA-KACA KRISTAL

Kelapan

PAGI ITU cukup cerah, angin bertiup lembut. Tetapi bahang panas tidak begitu terasa. Jam baru menunjukkan lebih suku pukul sembilan pagi. Lazim kelihatan sedang menilik-nilik pohon bunga kertas di halaman dan tepi rumahnya di Kampong Duhun. Walaupun halaman begitu sempit, namun ia tidak menjadi halangan untuknya menanarn bunga kertas yang beraneka warna dan nama itu. Sudah lebih satu bulan dia bersama keluarganya pindah di sana.

"Salbiah! Mana baja yang kusuruh ambil tadi?" laungnya dari bawah. Tiada jawapan. Namun dia yakin suruhannya itu didengar oleh Salbiah dan sudah tentu pula suruhannya itu tidak akan mendapat bantahan isterinya itu. Dia faham sungguh dengan tabiat dan perangainya, fasal horrnat dan taat kepada suarni memang isterinya sudah sebati. Tidak payah hendak ditegur apalagi diomelkan.

Tidak lama kemudian terdengar bunyi kaki melangkah turun tangga yang diperbuat daripada papan. Papan yang tidak dibubuh sebarang cat. Ia tetap asli sebagaimana warna asalnya. Salbiah melangkah hati-hati, maklum tangga yang dituruninya tidak berpagar. Rumahnya bukanlah setinggi mana. Lagi pula tidak ada budak kecil yang akan turun naik dari tangga itu. Jadi sengaja Lazim tidak memasang pagar di tangga rumahnya itu.

"Awak dah faham dan tau bagaimana nak menggunakan baja ni bang? Nanti tak fasal-fasal mati pula bunga-bunga ini." Hati Salbiah bukan main girang lagi melihat pokok bunga yang hidup subur dan mengeluarkan bunga yang lebat. Bunganya cukup menarik, apalagi warnanya beraneka, kuning, oren, merah, jingga, putih dan unggu.

"Aku taulah. Kamil ada mengajarku. Katanya kalau pokok muda cukup satu sudu teh, tapi kalau pokok besar dan sudah tua, satu sudu makan." Lazim mengingati ajaran sahabatnya Kamil tentang membubuh baja bunga kertas. Dan paling diingatnya, tidak boleh dibubuh baja kalau pokok sedang berbunga. Nanti bunganya akan luruh.

Salbiah tidak banyak soal lagi, dia terns berlalu melihat pokok semaian yang ditanarn dalam plastik hitam. Pokok itu dua rninggu lalu rnereka beli dari Kamil. Seplastik hanya berharga dua ringgit. Sekarang pokok itu sudah

Page 55: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

membesar dan seperti yang dihasratkan Lazim, minggu depan dia akan menjualnya di tamu Kuala Belait. Dia yakin pokok itu akan laku dibeli orang. Kerana suri-suri rumahtangga ramai yang berminat dengan pokok bunga kertas. Pernah suatu hari semasa di tamu, Salbiah mendengar beberapa orang penjual sayur di tamu itu bersungut: "Orang sekarang tak lagi hirau nak beli sayur, tapi sibuk membeli bunga. Macamlah bunga itu boleh dimakan." Salbiah senyum sendirian mengingatkan ha1 itu.

Lazim mengambil baja 'Feriti 47' yang berwarna merah garang itu dengan sudu makan yang sudah berkarat. Hati-hati dia mencedok baja tersebut dan menaburkannya jauh sedikit di keliling pokok bunga kertas yang belum lagi mengeluarkan bunga. Harapannya dengan membubuh baja itu, pokok itu tidak lama lagi akan mengeluarkan bunga.

"Kalau nak membaja pokok dengan baja 'Feriti 47' ni, cukup dua minggu sekali. Ingat peraturan yang aku terangkan tadi." Kata-kata Kamil itu masih terngiang di telinganya. Dan itulah menjadi panduannya.

"Baja yang berwarna unggu itu mana, Salbiah?" "Ada dalam kotak plastik bersama baja merah tu bang." Tangan Salbiah

membuang sehelai daun pokok 'ninja turtle' yang kelihatan sompek, mungkin dimakan oleh belalang.

Lazim menyelak plastik hitam yang diletakkannya pada tangga. Pantas tangannya mengambil baja yang benvarna unggu muda. Menurut Kamil baja itu hanya untuk melekaskan pertumbuhan daun. Ia amat sesuai bagi pokok yang baru hidup dan mengeluarkan tunas. Seperti tadi dia juga menggunakan sudu makan, kemudian baja yang ada di dalam sudu itu ditaburkannya di sekeliling pasu dan kotak-kotak plastik tempat pokok bunga hidup. Hampir semuanya nampak subur. Salbiah hanya memerhati pekerjaan yang dibuat oleh suaminya itu. Dia kagum dengan semangat suaminya yang mahu berniaga bunga kertas.

"Kalau perniagaan bunga kita itu berjaya, aku akan membesarkannya." Dia masih ingat kata-kata Lazim di satu malam selepas mereka makan. Kebetulan pada petangnya mereka barn pulang dari Bandar Seri Begawan kerana membeli pokok bunga dari Kamil.

"Kata orang, kalau dibubuh baja tahi ayam pun baik." Salbiah bersuara ketika dia teringat jirannya berbual tentang baja yang baik bagi bunga yang baru bertunas dan hendak membesar.

"Jangan suka mendengar kata orang. Kita masih mentah dalam menjaga dan membubuh baja ke atas bunga-bunga kertas ni. Nanti tak fasal-fasal jahanam bunga kita." Lazim tidak gemar dengan sikap Salbiah yang mudah percaya kepada cakap-cakap orang.

Salbiah diam. Memang begitu yang selalu dibuatnya bila suaminya menegur. Tidak berani dia membantah. Sementara Lazim terus mernbubuh baja ke atas pokok yang diletakkan di atas kepingan papan tong yang dialas

Page 56: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

sebagai kakinya dengan tin roti. Begitu bersungguh-sungguh dia membuat kerja itu. Jauh di lubuk hatinya dia berdoa semoga cita-citanya untuk menjadi penjual bunga akan berjaya dan memperolehi hasil yang memuaskan. Cukuplah nanti buat menambah wang pencennya.

"Ayah tak usah bekerja. Duduk saja di rumah. Tunggu saja duit dari kami." Ahmad pernah memberinya pandangan. Dia tidak mahu ayahnya mendapat sakit, apalagi usianya sudah meningkat. Lazim senyum mengingatkan kata nasihat dari anak harapannya itu. Tetapi memang sudah menjadi tabiatnya, tidak suka duduk d i m . Terasa badannya akan sengal- sengal seperti orang demam. Lagipun kerja bertanam bunga itu bukannya berat sangat. Pokok-pokoknya bukan besar, berat manalah kalau hanya

.I . -.- . . . .: ... .

sepasu kecil sepohon bunga kertas itu. ? . _ : i;:..: .'. . - * & .;:. -;. :

Panas terasa menggigit. Peluh membasahi singlet Lazim. Di dahinya - 7 <. 5. , :. 95. : . ' :. ::ii r juga sudah berpeluh. Salbiah memang tidak tahan oleh panas begitu, lalu dia

naik ke atas. Bunyi lesung batunya menumbuk lada sudah terdengar. Lazim batuk-batuk kecil. Memang batuknya agak berkurangan sejak dia berhenti merokok. Kerjanya sudah selesai. Sebenarnya dia tersilap teknik tadi. Sepatutnya diamembubuh baja terlebih dahulu, kemudian baru menyiramnya.

"Kalau mau bajanya cepat bertindak, tabur baja terlebih dahulu, kemudian baru disiram." Dia baru teringat nasihat dan panduan dari Kamil.

"Tak apalah, petang nanti boleh disiram. Bajanya pun boleh juga bertindak." Lazim menyenangkan hatinya. Hati yang agak kesal kerana kesilapannya tadi. Kini dia berdiri di bawah rumah. Matanya memerhati keadaan keliling. Sunyi, hanya sekali-sekala terdengar deru kereta yang keluar dan masuk jalan berdebu tidak jauh dari rumahnya. Suara budak- budak tidak kedengaran. Hanya sekali-sekala terdengar bayi merengek. Mungkin hendakkan susu. Dia maklum benar waktu begitu budak-budak semuanya pergi sekolah. Anak di bawah umur lima tahun juga dihantar, ke taman asuhan milik persendirian. Lazim kagum dengan semangat dan kesedaran ibu bapa pada masa sekarang terhadap pelajaran anak-anak mereka. Kecil-kecil lagi sudah dihantar ke sekolah.

Ayam-ayam berkeliaran mencari makan. Dia tidak pasti siapakah yang punya ayam itu. Ayam itulah yang dibimbangkannya, takut kalau merosakkan pokok bunganya. Kalau ha1 itu berlaku akan punahlah harapannya untuk meningkat maju dalam bidang perniagaan bunga kertas. Satu bidang perniagaan baru yang begitu menguntungkan.

"Ooi bang! Tak naikkah? Berehatlah dulu. Petang nanti boleh disambung kerja awak tu." Suara Salbiah bertingkah dengan bunyi lesung batunya. Lazim sengaja tidak menjawab. Namun kakinya menyusun langkah menuju ke tangga dan terus memanjatnya. Baja yang ada di anak tangga pantas dicapainya dan dibawanya naik. Peluh masih membasahi bajunya. Dan di luar panas semakin menggigit. Tekaknya terasa dahaga. Dia tidak mahu

Page 57: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

mengganggu kerja isterinya, dia terus pergi ke peti sejuk dan mengambil sendiri sebotol air lalu menuangnya ke dalam gelas yang ada di atas meja.

"Jangan banyak minum air berais bang. Nanti batuk awak makin menjadi." Salbiah mengingatkannya. Lazim tidak menghiraukan, dia terus meneguk segelas lagi air dingin itu. Dahaganya hilang. Batuk-batuk kecil mengganggunya.

Di halaman terdengar deru sebuah kereta. Tidak lama enjin kereta itu pun dimatikan. Pintu kereta dibuka dan ditutup. Terdengar pula bunyi orang berjalan dan suara memberi salam. Mendengar suara itu Lazim tahu siapa yang datang. Pantas dia menjawab salam tetapi dia sengaja malas untuk berdiri. Terasa selesa sekali duduk di kerusi meja makan setelah penat bekerja di halaman tadi.

"Kau seorang saja Ahmad? Adik-adik kau tak ikut sama?" Salbiah yang keluar dari dapur mengemukakan pertanyaan kepada anak sulung mereka yang baru sampai itu. Tangannya masih ada sisa-sisa bawang.

"Aida dan Aini tak ikut mak. Lagipun saya pulang secara mendadak. Pinjam kereta kawan." Ahmad melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi yang berhadapan dengan ayahnya. Tangannya pantas mencapai botol berisi air yang ada di atas meja. Air dituangkannya ke dalam gelas bekas Lazim minum tadi. Gelas diangkat dan menghirup isinya. Dahaga betul dia nampaknya. Bajunya pun basah oleh peluh.

"Bawa kereta orang elok-elok sedikit. Nanti jahanam harta benda orang. Harga kereta bukannya murah." Salbiah berhujah. Dia beredar ke ruang dapur.

"Peraturan jalan raya jangan tak diendahkan. Jangan nak ikut sedap hati memotong tak berpilih tempat." Lazim pula menambah nasihat Salbiah. Ahmad mendiamkan diri, terasa hari itu macam dia menghadiri taklimat bagi pemandu yang baru lulus ujian memandu. Segala nasihat emak dan ayahnya memang tidakdiabaikannya. Dia masih ingat semasa bersekolah agamadulu, ustaz yang mengajarny a menasihati dia dan rakan-rakannya supaya mematuhi segala nasihat dan tunjuk ajar orang tua. Kata ustaz itu lagi, siapa ingkar ertinya derhaka. Anak derhaka dikutuk Tuhan. Tidak selamat hidupnya baik di dunia apalagi di akhirat.

"Apa yang menyebabkan kaupulang tergesa-gesa ni, Ahmad?" "Mahani yang menelefon saya ayah. Katanya Amit Lamit sakit, sudah

hampir dua bulan ditahan di rumah sakit." "Sarnpainya hati mereka. Larnit sakit, langsung tak beritahu a h . Bersusah-

susah pula mereka menghubungi kau yang ada di Bandar Seri Begawan." Lazim terkilan. Memang diketahuinya adiknya Lamit kalah suara oleh isterinya Zakiah.

"Jadi kau hendak pergi melawat?" "Rasanya begitulah ayah. Ayah dan emak tak ikut?"

Page 58: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

"Elok juga. Nanti lepas makan kita pergi." Lazim membuat keputusan. Di dapur terdengar Salbiah sedang menumis. Bau bawang, lada dan bahan masak yang lain memenuhi ruangan. Sedap baunya, meinbuka selera. Apalagi perut yang lapar semakin lapar jadinya.

Ahmad bangkit dan berjalan ke jendela. Dia membuang pandang ke lux. Matanya terpandang pokok bunga kertas yang hidup subur dan beraneka pula warna bunganya.

"Jadi juga ayah berniaga bunga kertas itu." Ahmad memandang ayahnya. "Begitulah nampaknya Ahmad. Ayah pun tak ada kerja lain yang hendak

dibuat. Daripada membuang masa, bukankah baik ayah berjual bunga. Setidak-tidaknya peluhku keluar juga." Batuk Lazim terdengar beberapa kali. Terasa kerongkongnya gatal. Rasa hendak digaru. Mahu tidak mahu dia batuk lagi. Bertalu-talu, sampai merah mukanya.

"Ayah mesti banyak berehat. Jangan buat kerja berat. Nanti kalau sakit susah." Ahmad memberi pandangan. Dia memang tidak mahu ayahnya mendapat sakit. Tentu akan menyusahkan mereka adik-beradik, maklum mereka jauh daripada orang tua mereka. Pelajaran pun pasti akan terganggu.

"Bertanam bunga apalah sangat beratnya. Janganlah kaubimbangkan ayah. Batuk ini sudah jadi perkara biasa."

Ahmad memandang sekeliling ruang meja makan itu. Dia berpuas hati dengan dinding dan atap yang digunakan untuk membuat rumah mereka. Walaupun tidak dibubuh cat, tetapi dia bersyukur kerana rumah kecil itu dapat juga jadi tempat ayah dan emaknya berlindung. Kalau dia dan adik-adiknya balik di hujung minggu pun di sanalah yang mereka tuju.

Tengah hari itu Ahmad dan Lazim makan begitu berselera sekali. Maklum hidangannya panas-panas. Asap tipis jelas kelihatan ketika Salbiah menghidangkan lauk, sayur, nasi dan sambal. Ahmad berpeluh-peluh makan sambal yang memang pedas itu. Walaupun terasa pedas, masih dimakan dan terus dimakannya. Tahu-tahu sudah dua kali dia menambah nasi. Di hujung sendawa, dia mencuci tangan. Ahmad memuji masakan ibunya. Lazim juga tumpang semangkuk. Salbiah hanya tersenyum. Hatinya puas kerana dapat menunaikan kewajipan selaku isteri yang bertanggungjawab terhadap makan minum suami dan anaknya. Bukan seperti kebanyakan isteri zaman sekarang yang lebih mengharapkan kewajipan yang sepatutnya mereka pikul, diserahkan kepada orang gaji. Mereka tidak ada masa melayan makan, minum suami. Tetapi anehnya berbedak, bergincu berpuluh minit adamasa! Esok bila suami jatuh hati pada orang gaji, pandai pula cemburu! Silap hari bulan, dua puluh empat jam si orang gaji dihantar pulang !

Di wad rumah sakit petang itu, pelawat yang datang agak ramai juga. Ini tidak hairan kerana hari Ahad adalah hari cuti umum. Ini sajalah hari yang terluang untuk sanak saudara, sahabat handai melawat keluarga, teman yang kena tahan di rumah sakit. Lazim, Salbiah dan Ahmad sudah pun masuk ke

Page 59: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRlSTAL

wad di mana Lamit ditahan. Tidak ada sesiapa yang menunggunya ketika Lazim dan keluarganya sampai. Lazim agak terkejut melihat perubahan badan adiknya itu. Hampir sama dengan badannya yang kurus. Dulu badan Lamit bukan begitu, dia besar, berisi dan perut buncit. Tetapi sekarang keadaannya sudah lain. Daging-daging pejal sudah tidak ada. Perut buncit pun jadi sebaliknya. Sekarang hanya isi-isi lendir yang membaluti tulang.

"Mengapa tidak kausuruh Zakiah memberitahu kami, Lamit?" Seakan- akan mengalir air matanya ketika menjawat tangan adiknya. Terasa tangan itu sejuk.

Lamit tidak bersuara. Dia hanya membetulkan cara bersandarnya. Kali ini bantal ditegakkan untuk alas belakangnya. Di atas almari kecil yang tidak jauh dari katilnya bersusun tiga botol minuman campur. Ada oren dan manisan. Buah epal, anggur dan limau juga ada di sana.

"Nampaknya sakitmu semakin teruk. Mengapa tak berubat di l u x negeri? Buat apa wang yang banyak kalau diri tak sihat?" Lazim bersuara. Belas hatinya melihat perubahan adiknya yang cuma seorang itu. Dia tidak menyangka akan seteruk itu penderitaan Lamit.

"Hajat hati memang begitu bang. Tapi keadaan belum mengizinkan. Hati saya masih risau, rakan kongsi niaga saya telah lari." Perlahan Lamit menuturkan kata-kata itu. Sayu bunyinya.

"Apa sebenarnya sakit kau ini, Lamit?" Salbiah yang hanya diam dari tadi, mula bersuara. Hatinya juga amat kasihan melihat keadaan adik iparnya itu. Walaupun selama ini perhubungan mereka agak renggang dan tidak begitu mesra.

"Macam-macam kak. Penyakit jantung ada, darah tinggi dan kencing manis pun saya deritai juga," jawab Lamit dengan suara perlahan.

Pengunjung-pengunjung silih bertukar ganti. Pergi empat, lima pula yang datang. Suara perbualan tidak menentu. Masing-masing dengan ceritanya. Tetapi yang jelas, setiap pengunjung membawa buah tangan untuk dihadiahkan kepada pesakit. Pesakit yang ramai pengunjungnya akan memperolehi buah tangan yang banyak. Paling tidak pun buah-buah epal atau limau.

Lazim sengaja tidak membawa apa-apa, kerana dia tahu, adiknya tidak mengharapkan apa-apa daripadanya. Mungkin yang diharapnya mereka dapat berjumpa. Dan seperti yang diduga oleh Lazim, Lamit meminta dia ditinggalkan berdua saja dengan Lazim. Salbiah dan Ahmad faham lalu mereka segera beredar keluar. Kebetulan semasa keluar mereka terserempak dengan jiran semasa tinggal di rumah pangsa dulu. Panjanglah perbualan mereka. Sementara Ahmad mengambil peluang yang terluang itu dengan menghubungi Mahani melalui telefon. Alat perhubungan yang paling mudah dan amat berkesan.

Page 60: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

"Mengapa tak datang ke rumah?" Agak kesal suara Mahani di gagang clefo on.

"Maaf, bukan tidak sudi, tapi aku pulang mendadak. Tak sempat aku nak ke rumahmu." Ahmad mengelak lembut dan berdiplomasi. Sebenarnya hatinya tidak begitu suka ke rumah Mahani, bukan kerana benci, tetapi kerana Zakiah ibu Mahani. Perempuan seorang itulah yang tidak diingininya. Sikap angkuh dan sombongnya memang menyakitkan hati.

"Bila nak balik ke Bandar Seri Begawan?" Mahani bertanya. "Petang ini. Esok ada kuliah." Ahmad menjelaskan. "Kalau ada masa, singgahlah ke rumah." Mahani mempelawa. "Lihatlah nanti." Dan perbualan mereka semakin rancak. Sekali-sekala terdengar suara

tawa Mahani agakmanjadi gagang telefon. Ahmad hanya senyum. Sebenarnya hatinya girang kerana dapat berbual-bual dengan gadis kesayangannya itu. Sementara ibunya Salbiah masih berbual dengan jirannya. Jiran itu baru hendak pulang setelah melawat adik iparnya yang baru kena tahan dua hari yang lalu.

Ada lebih kurang dua puluh minit kemudian Lazim keluar dari wad Lamit. Ahmad cepat-cepat meminta diri, begitu juga dengan Salbiah. Lazim terus melangkah ke tempat letak kereta. Ahmad dan ibunya berjalan di belakang .

"Apa yang awak bualkan dengan adik awak tu bang? Bukan main lama lagi." Salbiah ingin tahu. Lazim sudah pun berdiri di sisi kereta. Ahmad membuka pintu kereta. Pantas kedua orang tuanya itu masuk. Enjin kereta dihidupkan dan kereta mula bergerak perlahan meninggalkan pekarangan rumah sakit. Beberapa buah kereta memasuki pekarangan itu. Begitulah kalau hari cuti, pelawat agak ramai.

"Perkara penting. Nanti di rumah saja saya cerita." Harapan Salbiah dan Ahmad hampa untuk mengetahui isi perbualan Lazim dan adiknya.

"Penting manalah awak tu di matazakiah bang." Salbiah melepaskan rasa hampanya.

"Awak dengarlah nanti." Acuh tak acuh Lazim menjawab. Sedang Ahmad hanya memasang telinga dan terus memandu dengan cermat dan berhati-hati.

Malam itu selepas makan, Lazim mengajak Salbiah berbual-bual di ruang tamu yang hanya mampu memuat kerusi set, sebuah almari dan peti televisyen bersama raknya. Televisyen tidak dipasang kerana Lazim mahu berbicara tentang apa yang telah dibincangkannya siang tadi bersama Lamit. Salbiah memang berminat dan itulah yang ditunggu-tunggunya dari tadi. Tetapi sehingga Ahmad pulang ke Bandar Seri Begawan, Lazim belum mahu menyentuh perkara itu.

"Mengapa semasa Ahmad ada, awak tak mau cakapkan ha1 ini bang?"

Page 61: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRlSTAL

Salbiah mahu tahu sebab suaminya mengelak dari membicarakan perkara itu di depan Ahmad.

"Perkara ini ada hubungan dengan dirinya." Mudah dan lancar Lazim menjawab pertanyaan isterinya.

Di luar keadaan gelap dan sunyi. Kalau ada pun suara, hanyalah suara televisyen yang boleh dikatakan setiap rumah memilikinya. Kata orang; itulah teman setia sementara menunggu mata mengantuk.

"Tadi Lamit mengharapkan aku supaya mengambil alih perniagaannya. Katanya dia sudah tidak percaya kepada rakan kongsinya. Manaf telah lari bersama wang tiga juta." Lazim memulakan ceritanya. Salbiah berminat.

"Tapi Lamit punya anak, lelaki dan perempuan. Isterinya Zakiah tentu tak setuju kalau awak masuk campur." Salbiah melahirkan rasa bimbangnya. Dia memang tahu tabiat dan perangai Zakiah yang tidak menyukai mereka. Inikan pula hendak masuk campur dalarn perniagaan mereka. Alamat perang besar.

"Hal itu sudah aku suarakan. Tapi Larnit masih mau aku yang menguruskan perniagaannya itu."

Lazim teringat kembali perbualannya dengan Lamit di rumah sakit siang tadi.

"Saya sudah tak kuasa memikirkan tentang perniagaan saya tu bang. Penyakit yang bersarang di badan ini tak mampu disembuhkan oleh wang be rjuta. Benar seperti kata orang, ada duit lima ringgit pun boleh senang kalau kita sihat. Tapi wang berjuta buat apa, kalau badan sakit." Lemah Lamit mengucapkan kata-katanya, tetapi amat jelas di pendengaran Lazim. Dalam hatinya memang mengakui akan kebenaran kata-katanya itu.

"Supaya perhubungan kita semakin rapat, kahwinkanlah Ahmad dan Mahani. Saya tak menghalang, bang."

Lazim terharu mendengar ucapan itu. Dia teringat peminangan mereka beberapa tahun yang lalu. Pinangan yang melukakan hati Ahmad. Tetapi mujurlah dia tidak menurut kehendak hatinya. Kekecewaannya diubati dengan belajar, akhirnya dia lulus dan kini dapat belajar di universiti.

"Apakah antara mereka masih ada rasa cinta menyintai bang?'Salbiah ragu.

"Entahlah. Hati orang muda sekarang bukan sama dengan zaman kita dulu. Tapi kalau takditurutkan kehendakLamit tu, bererti kitamenghampakan harapannya. Mungkin penyakitnya &an bertambah berat."

"Tadi mengapa abang tak bincangkan perkara ini dengan Ahmad?" "Abang nak bincang dulu dengan awak. Biarlah kita ambil kata sepakat." Salbiah hanya mampu mengeluh. Dia memang tidak tahu hendak kata

apa. Apa yang dibimbangkannya ialah jikalau Ahmad tidak setuju. Atau Mahani yang tidak mahu. Dahulu pun memang dia yang paling menolak.

Page 62: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

Sekarang tidak tahulah. Lama mereka terdiam. Masing-masing mencari jalan untuk menyelesaikan perkara itu. Batuk Lazim terdengar mengisi kesunyian tak ubah ada orang ketiga pula yang menemani keduanya.

"Kita bincangkan saja dengan Ahmad." Salbiah membuat cadangan. "Kalau Ahmad menolak bagaimana?" "Apa boleh buat. Terpaksalah kita menghampakan harapan Lamit.

Walaupun ia pahit, terpaksa kita telan bersama." "Kalau begitu esok abang akan telefon Ahmad .... 9 7

"Buat apa dibincangkan melalui telefon. Suruh saja dia pulang." Salbiah cepat meningkah.

"Nak suruh baliklah tu. Lain kali tunggu dulu orang habis bercakap, baru menyampuk." Lazim mengomel.

Selepas sembahyang isyak berjemaah, suami isteri itu pun masuk ke bilik. Masing-masing mengharapkan agar Ahmad akan menyetujui hasrat murni itu. Dalarn doa selepas sembahyang tadi pun Lazim menyelitkan perkara itu. Dia yakin Tuhan akan mengabulkan perrnintaan yang baik itu. Kesunyian terasa benar, apalagi di saat begitu, ada anak pun semuanya jauh dari mereka. Kadang-kadang teringin juga Lazim beranak kecil lagi. Hasrat itu pernah disuarakann y a kepada Salbiah.

"Jangan buang tabiat. Nanti bila anak dah kahwin, kita sibuk layan anak, layan cucu. Baru kecoh satu rumah."

Dan sejak itu Lazim tidak lagi menyuarakan hasratnya itu. Dia memang berharap agar salah seorang anaknya segera kahwin dan cepat pula punya keturunan. Masa itulah seronok membelai cucu.

"Bergurau, membelai cucu paling seronok. Tak sama dengan kita memelihara anak kecil kita." Kamil pernah bercerita kepadanya. Sahabatnya itu kini sudah ada tiga orang cucu. Lazim membayangkan bilakah pula tiba gilirannya untuk bergelar datuk dan Salbiah bergelar nenek. Teringin benar tangannya menggendong cucu yang comel.

Dalam tidurnya dia diganggu mimpi indah. Kononnya Ahmad berkahwin dengan Mahani. Selang sepuluh bulan kemudian Mahani selamat melahirkan dua orang anak. Sepasang! Bukan main comel. Lazim yang mengazankan dan mengiqamatkan bayi comel itu. Lazim tersenyum, senyumnya semakin lebar, tangannya mengusap dan membelai si comel. Aneh belaiannya, usapannya mendapat balasan! Menjelang subuh Lazim dan Salbiah karam di pantai !

Page 63: KACA-KACA KRISTAL

Kesembilan

MALAM ITU tidak seperti malam-malam yang lain. Jamal dan isterinya Yati tidak keluar. Keluar dari bilik tidur mereka yang punya berbagai-bagai perhiasan itu pun tidak! Makan malarn mereka pun minta dibawakan ke bilik tidur mereka! Di luar bintang bertaburan menerangi angkasa. Tetapi sang bulan tidak kelihatan. Angin hanya sekali-sekala terasa. Panas. Tetapi bagi Jamal dan Yati kepanasan itu tidak terasa, kerana bilik mereka dipasang alat hawa dingin.

"Sebelum apa-apa, baik abang minta bahagian." Yati membuat cadangan. Perkara itu bukan baru disuarakannya, sudah selalu. Mungkin Jamal sudah muak mendengarnya. Tetapi malam itu sengaja persoalan itu dibangkitkan kembali, kerana selama ini Jamal tidak mengambil endah terhadap cadangannya yang amat menguntungkan itu.

"Buat apa! Selarna ini pun kita hidup senang dan mewah. Segala-galanya ada." Jamal tidak benninat untuk membicarakan perkara itu. Dia menganggap seolah-olah mendoakan agar ayahnya cepat meninggal dunia yang penuh kepalsuan ini. Sedegil-degilnya pun dia masih sayang kepada ayahnya, kerana dari ayahnyalah dia memperolehi segalanya.

"Abang jangan ambil mudah. Nanti abang putih mata." Yati kembali memujuk. Tekadnya memang mahu agar Jamal memperolehi harta yang banyak. Di kala itu nanti dia akan hidup dengan kemewahan yang tiada taranya.

"Apa maksudmu Yati?" "Siang tadi Yati mendengar mak dan kakak berbincang." "Fasal apa?" "Fasal harta ayah. Kata emak, ayah sudah membuat keputusan untuk

menyuruh Tua Lazim mengambil alih tugas menjalankan perniagaan. Dia sudah tidak percaya kepada rakan kongsinya."

"Jahanam! Aku ni nak dibuat apa? Jadi tunggul?" Jamal marah. Benar- benar dia tersinggung. Dia tidak menyangka ayahnya tidak menaruh kepercayaan kepadanya. Dia gelisah dan bimbang kalau-kalau ayahnya sudah membuat wasiat mengenai pembahagian hartanya. Dunia terasa gelap. Tiba-tiba saja hati yang dibalut kebimbangan itu memberontak. Dengan

Page 64: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

pantas kakinya melangkah menuju ke pintu. Pintu dikuak keras, matanya liar memerhati ruang tamu. Emak dan kakaknya sedang menonton rancangan siri kegemaran ramai yang ditayangkan di kaca televisyen. Yati senyum melihat sikap suaminya. Hatinya penuh mengharap agar apa yang diidamkannya selama ini akan menjadi kenyataan. Senyumannya semakin lebar bila membayangkan impiannya tercapai.

"Emak dan ayah kejam! . . . Kakak juga!" Zakiah dan Mahani tercengang mendengar ucapan yang mendadak dan bernada kasar itu. Mood untuk menonton terbantut.

"Mengapa ni Jamal? Apa maksudmu?'Zakiah bersuara perlahan. Dia sudah tahu bagaimanamenghadapi Jamal. Kekasaran tidak akan menghasilkan apa-apa jika berhadapan dengannya.

"Mengapa ayah memilih Tua Lazim untuk mengendalikan perniagaannya? Mengapa tidak saya?" Suara Jamal agak tinggi, memenuhi ruang tamu, malah ke bilik Tanti yang di bahagian belakang pun boleh terdengar. Tanti hanya memasang telinga. Kepalanya digeleng-gelengkan tanda tidak senang dengan sikap Jamal.

"Emak pun tak tau. Emak juga tak setuju. Tapi ayahmu berdegil. Katanya keputusannya adalah keputusan muktamad." Jamal mengeluh. Semakin tidak puas hatinya mendengar ucapan dan penjelasan emaknya itu.

"Mungkin kakak yang menghasut ayah. Kerana kakak hendak kahwin dengan Ahmad."

"Kau j angan menuduh sembarangan Jamal ! Jaga sedikit kata-katamu. Buangkan sangkaan burukmu." Mahani marah dengan tuduhan Jamal. Dia sendiri merasa tersisih bila mendengar keputusan ayahnya. Hatinya tergores. Dia sedar dirinya tidak dipercayai oleh ayahnya.

"Sudahlah Jamal. Sepatutnya kita cari sebab ayahmu memilih orang lain, tidak memilih kita. Itu yang mesti dicari." Zakiah membuat cadangan. Sebenarnya dia mahu meredakan keadaan yang sudah semakin hangat dan tegang. Dia sudah maklum dengan sikap kedua-dua anaknya itu. Mahani memang keras hati, tidak mudah mengalah; apalagi kalau perkara itu menyentuh maruah dirinya.

"Kalau begitu kita mesti segera bertindak. Siapa tau dalam keadaan ayah sekarang, Tua Lazim menghasutnya, memujuknya. Nanti kita dapat tulang, dia dapat isi!" Kata-kata itu terrnasuk di hati Zakiah. Kepalanya diangguk- anggukkan. Bibirnya dirapatkan, menahan geram dan gelora di hatinya.

"Jangan menuduh seburuk itu, Jamal. Tua Lazim bukan orang lain dengan kita." Mahani melahirkan rasa tidak puas hatinya.

"Ah! Kakak memang menyebelahi bakal bapa mentua kakak tu." Jamal meradang. Hatinya kembali panas. Yati senyum lagi. Hatinya puas. Pintu bilik sengaja dibiarkannya ternganga, agar dia dapat mendengar persidangan di ruang tamu itu. Sementara Tanti beristighfar beberapa kali.

Page 65: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

"Kalaupun aku kahwin dengan Ahmad, ini tidak kena-mengena dengan pemilihan ayah. Itu keputusan ayah sendiri. Ayah pasti sudah memikirkan sedalam-dalamnya akan keputusannya itu."

"Kakak yang menghasut supaya kakak hidup senang! Kami kakak harapkan hidup melarat!" Hati Mahani cukup panas. Dia bangun dan tangannya hampir sampai mencecah muka Jamal. Mujurlah Zakiah pantas memegang tangan itu. Kalau tidak sudah pasti terjadi satu pergaduhan.

"Bukan begini cara kita menyelesaikan masalah." Zakiah menyuruh Mahani beredar ke biliknya. Jamal masih berdiri bercekak pinggang. Mukanya masam mengalahkan limau kasturi. Hatinya masih belum puas.

Jamal mengorak langkah ke biliknya. Panas hatinya masih belum reda. Dia duduk di bibir katil. Nafasnya berlari kencang, jelas pergerakan jantungnya terlalu cepat. Yati duduk di sisinya dan membujuknya.

"Bawa bertenang, bang. Hari ini tak dapat, esok, lusa masih ada. Saya yakin kita akan berjaya. Harta ayah akan menjadi milik kita."

Jamal terpegun mendengar ucapan lemah lembut dari Yati. Di hadapannya seolah-olah terbayang harta ayahnya kini sudah menjadi miliknya. Rumah, tanah, wang dan kedai. Dia senyum. Hatinya puas. Tetapi keadaan itu hanya buat beberapa detik, muka Jamal kembali masam mencuka kerana bayangan yang menjelma di hadapannya sebentar tadi kini telah hilang entah ke mana.

Esoknya Jamal datang menemui ayahnya di rumah sakit. Soalan yang pertama diucapkannya ialah tentang pemilihan Tua Lazimnya bagi mengawasi dan menjalankan perniagaan ayahnya. Lamit memang sudah menduga pertanyaan seperti itu akan diajukan oleh salah seorang anaknya. Dia sendiri sudah pun bersedia dengan jawapannya. Jawapan yang diyakininya akan memuaskan hati orang yang bertanya.

"Apakah ayah tidakmenaruh kepercayaan kepada saya atau Kak Mahani?" Jamal bertany a.

"Tidak, Jamal. Ayah sebenarnya menganggap kamu berdua masih kurang pengalaman. Perniagaan bukan boleh dibuat main-main. Salah langkah, silap pertimbangan, hancur dan musnah jadinya."

"Tapi Tua Lazim juga bukan berpengalaman dalam bidang perniagaan." Jamal melahirkan rasa tidak puas hatinya.

Pelawat pagi itu memanglah belum ramai. Malah para pesakit masih ada yang enak tidur. Apalagi pagi itu embun agak tebal. Sejuknya terasa. Yang anehnya Jamal sanggup datang di waktu sejuk begitu. Selalunya kalau tidak jam sepuluh atau lebih, jangan harap dia hendak bangkit dari tempat tidur. Matanya liar memerhati pelawat yang datang. Mata nakalnya terpandang seorang gadis berbaju warna jingga dan berseluar jean. Potongan badannya cukup menarik, menggetarkan nafsu muda Jamal. Jamal seakan-akan pernah kenal gadis itu, tetapi puas diingatnya, tidak ditemui di mana dia mengenali gadis berlesung pipit berkulit putih.

Page 66: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

"Walaupun Abang Lazim tak ada pengalaman, tapi dia punya pemikiran luas dan dewasa. Biasanya orang begini bertindak tidak terburu-bum. Tidak menurut kehendak hati. Tidak hanyut oleh perasaan." Jamal tidak begitu mengambil endah akan ucapan ayahnya. Perhatiannya tertumpu kepada gadis yang sedang menunggu seorang lelaki di katil sebelah ayahnya. Hatinyasemakin geram apabilagadis itu dengan tiba-tiba saja menghadiahkan senyuman kepadanya. Terasa kejantanannya dicabar. Mata liarnya menjelajah seluruh tubuh gadis yang murah senyum itu. Nafsu mudanya melonjak!

"Aku mesti mendekati gadis jinak ini. Peluang begini rugi kalau dilepaskan," bisiknya sendirian.

Gadis itu keluar, Jamal tanpa melahirkan sepatah kata kepada ayahnya terus saja berlalu mengekori si gadis yang sudah mencuri hatinya. Sampai di luar si gadis berhenti dan memandang kepada Jamal. Senyumnya terukir, hati Jamal tergoda!

"Apakhabar Jamal? Lama kita tak berjumpa," sapa si gadis manis. Jamal terkejut. Tetapi pengalaman silamnya cepat menutupi kebingungannya. Dia pura-pura kenal dengan gadis itu.

"Aku sibuk. Maklum business. Mana ada masa nak enjoy," kelentong Jamal. Si gadis senyum. Semakin manis, semakin memikat.

"Untunglah kau. Dulu masa sekolah, kau selalu gaga1 Maths, tak sangka sekarang dah jadi tauke." Si gadis ketawa kecil. Suaranya memikat. Kalau jadi juruhebah memang ramai perninat.

Akhirnya Jamal sudah dapat mempengaruhi si gadis yang mengenalkan dirinya sebagai Normala. Turun saja dari rumah sakit, mereka berdua sudah berada di perut kereta Jamal. Pantas kereta itu berlalu menuju jalan keluar dari kawasan rumah sakit itu. Jamal sendiri belum tahu ke mana hendak ditujunya. Jalan raya masih lengang, pengguna jalan raya masih belumramai. Cuaca pagi yang dingin melambatkan orang untuk bangkit dari tempat baring.

"Kita hendak ke mana?" Jamal bertanya dan berlagak bodoh. "Terserah. Kau yang bawa kereta, jadi aku mengikut saja." Jamal

tersenyum. Dia tidak menduga gadis seorang ini amat jinak dan tidak susah melayannya. Apalagi hendak dipujuk rayu. Kereta terus berjalan di dada jalan pekan Kuala Belait. Jamal masih tidak tahu ke mana dia hendak membawa gadis jinak merpati yang sedang duduk di sampingnya. Dia tersenyum sendiri.

"Aku tak akan lepaskan peluang ini. Jamal mesti kugoda. Harta kekayaannya itulah yang penting. Kalau aku dapat kahwin dengannya alangkah untungnya," bisik hati Normala. Tekadnya sudah bulat, kali ini apa pun akan jadi, jadilah. Dia sudah bosan dengan hidupnya sekarang, saling bertukar teman lelaki; tidak ada seorang pun yang kekal. Jamal yang disangkanya kaya dan masih bujang, hendak diperdayakannya. Sudah ada satu rancangan yang disediakannya. Jamal tidak menyedari sebuah kereta

Page 67: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

mengekori ke mana saja keretanya menghala. Jamal memandu tenang. sedang di fikiran dia membayangkan akan memperdayakan gadis lawa, manis di sampingnya itu. Kini keretanya sudah menuju satu jalan kecil yang jarang dilalui kereta. Rumah yang ada di sekitar tempat itu juga terlalu sedikit, malah jaraknya agak jauh antara satu dengan lain. Sebenarnya sebuah rumah buruk yang ditinggalkan menjadi matlamat Jamal. Sementara itu kereta yang mengekori tadi tertinggal jauh. Jamal masih tidak sedar akan perkara itu. Hatinya dibungai kegirangan yang tidak ada taranya.

"Buat apa kita ke sini?" Normala bertanya dan berlagak bodoh. Sekali- sekala matanya memandang cermin. Dia pura-pura membetul-betulkan rambutnya. Hatinya senang kerana kereta yang mengekori mereka masih ada tetapi agak jauh di belakang.

"Saja. Nak melihat tempat di sini. Khabarnya kawasan ini tanahnya subur, aku bercadang nak membelinya. Ada projek pertanian yang aku nak jayakan." Jamal menjual kacangnya.

Sampai di hadapan rumah buruk itu, dia berpura-pura meragarnkan keretanya. Perjalanan kereta terhinggut-hinggut, dan akhirnya enjin kereta mati serta-merta. Mana tidak perseimbangan minyak dan kelas tidak sama.

"Kereta sial! Mogok lagi. Baru semalam dihantar di bengkel." Jamal merungut. Dia membuka bonet kereta. Pura-puralah dia memegang itu, memegang ini .

"Apa yang rosak, Jamal?'tanya Normala. "Entah. Aku fasal enjin, manalah faham. Lainlah kalau ha1 business."

Lagi kacangnya bertabur. orm ma la mengadu kepanasan. Maklum matahari semakin meninggi, dan

sinarannya juga semakin kuat. Jamal menyuruhnya pergi ke rumah buruk. Normala tidak membantah. Matanya liar memerhati ke jalan raya yang barn mereka lalui sebentar tadi. Sebuah kereta berhenti di pinggirjalan tetapi agak jauh sedikit daripada mereka. Tiga susuk tubuh berjalan terhendap-hendap di balik semak dan anak-anak pokok yang ada di pinggir jalan. Normala senyum. Hatinya dibungai keriangan. Sebentar lagi ada mangsa baru yang akan masuk ke jerat mereka. Dan paling menguntungkan, mangsa ini bukan jenis sembarangan. Ada kelas. Orang banyak wang. Orang seperti inilah yang mereka cari. Kali ini kantung mereka tidak akan mudah kekeringan.

Keadaan sekeliling amat sunyi, hanya terdengar suara burung di pinggir hutan. Tidak ada kereta yang melintasi jalan tersebut. Jamal masih pura-pura membaiki kerosakan pada keretanya, sambil matanya liar memerhati sekeliling, terutama kepada Normala. Dilihatnya si gadis manis yang bakal yang menjadi mangsanya itu sudah pun duduk di atas anak tangga rumah buruk yang bukan sekali digunakan oleh Jamal untuk merosakkan kehormatan gadis. Dan pada jangkaannya sebentar lagi peristiwa itu akan berulang.

Page 68: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

Dengan lemah longlai, Jamal berjalan menuju ke arah Normala yang sedang duduk enak di anak tangga. Tangannya mengipas badannya dengan sapu tangan yang diambilnya dari beg tangan sandangnya. Jamal tersenyum, dan senyuman itu dibalas oleh Normala dengan manis sekali.

"Bagaimana? Apanya yang rosak?'Normala bertanya. "Entah," jawab Jamal sambil melihatkan gaya orang tidak tahu. Dia

duduk di anak tangga paling bawah. Matanya masih liar memerhati keadaan sekeliling. Sunyi.

"Habis kita nak buat apa sekarang? Bosanlah." Normala bersungut. Jamal tidak bersuara. Hanya keluhan kecil yang keluar dari mulutnya. Dia

melangkah menuju ke pintu. Normala terpaksa mengengsot sedikit untuk memberi ruang kepada Jamal bergerak. Pintu ditolak, terdengar bunyi yang amat menakutkan. Debu berterbangan, sarang labah-labah putus. Jamal masuk ke dalam tetapi tidak muncul. Normala menunggu.

"Takkan dia dah pergi. Rumah ini pun bukan besar sangat," bisik hati Normala. Dia bangkit dan melangkah masuk. Kepalanya tersembul di balik daun pintu, Jamal tidak ada. Normala masuk dan memanggil Jamal beberapa kali. Tiada jawapan. Dia terus melangkah. Tiba-tiba mulutnya ditutup oleh sepasang tangan kasar. Normala meronta, tetapi tangan kasar itu semakin kuat memautnya. Sayangnya dia tidak berpeluang melihat siapa yang menutup mulutnya dan sedang memeluk erat tubuhnya itu.

"Lepaskanlah gadis itu, atau karni akan bertindak!" Suaraitu mengejutkan Jamal. Dilihatnya ada tiga orang lelaki sedang berdiri di ambang pintu. Hatinya ragu-ragu dan bimbang. Perlahan-lahan dia melepaskan peganganny a. Normala terlepas dan pantas berlari ke arah tiga pemuda yang masih berdiri di muka pintu.

"Siapa kamu?" Jamal bertanya, sedang kebimbangannya masih belum hilang. Matanya liar mencari arah yang membolehkannya melarikan diri. Tetapi tidak ada ruang yang membolehkannya lari kecuali merempuh dan menentang tiga pemuda bertubuh sasa di hadapannya.

"Tidak perlu tau siapa kami. Yang penting kau telah terjebak. Hanya ada dua pilihan yang kami berikan." Pemuda berkulit saw0 matang dan berambut agak keriting bersuara. Dia melangkah setapak ke hadapan.

"Pilihan apa?" Jamal memberanikan diri bertanya. Hatinya diselubungi rasa kesal yang tiada terhingga. Dia menganggap langkahnya hari itu adalah langkah sial. Langkah bala.

"Kami boleh tutup mulut di atas perbuatanmu tadi dengan syarat kau menjadi penolong kami." Si saw0 matang kembali berhujah.

"Penolong? Penolong bagaimana?" "Tolong jualkan benda ini." Si saw0 matang mengeluarkan sebuah kotak

plastik dari saku jeketnya. Ada benda kecil seakan-akan pil. "Aku tak mau! Aku sudah ada business." Jamal menolak.

Page 69: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

"Baik, kalau kau tak mau, ertinya rahsia ini akan kami bongkar. Biar seluruh Brunei tau." Si saw0 matang menggertak. Jamal serba salah.

"Apa bendanya?" Jamal bertanya. Hatinya semakin kesal kerana tindakannya kali ini mendapat malang. Ditimpa petaka.

"Termasuk suku-sakat dadah." Berderau hati Jamal mendengar ucapan itu. Dia membayangkan bahaya

yang bakal ditempuhinya. Dia menyedari dirinya kini sudah terjebak. Hendak lari, bererti malu. Diam pula ertinya terpaksa mengikut kehendak pemuda bertiga yang ada di hadapannya. Normala pun kini sudah ada di samping mereka. Baru Jamal menyedari yang dia sudah masuk perangkap.

Jamal tidak ada pilihan. Dia menyerah. "Jangan belot, buruk padahnya. Isteri dan keluargamu jadi taruhan." Si

rambut keriting mengancam. Mereka kemudiannya meninggalkan Jamal dengan seribu kekalutan di kepalanya.

"Lain yang aku cari, lain pula yang aku dapat. Sial!" rungut Jamal sendirian. Dia melangkah ke keretanya dan meninggalkan tempat yang mendatangkan petaka kepada dirinya itu. Dia masih belum mahu mengaku kalah, kalau ada jalan dia hendak membebaskan diri dari cengkaman mereka.

"Tapi kalau aku belot, mereka akan mengancam isteri dan keluargaku." Jamal serba salah. Dia berpatah balik ke rumah sakit. Dia hendak berunding dengan ayahnya tentang persoalan siapa yang berhak mengendalikan harta dan perniagaan ayahnya. Dia tidak mahu dirinya diketepikan. Tetapi apabila sampai di wad tempat ayahnya ditahan, katil tersebut telah kosong. Ayahnya tidak ada. Buah-buahan, botol-botol minuman juga tidak kelihatan. Jamal membuka almari kecil di pinggir katil, almari itu juga kosong. Jamal bergegas bertanya kepada jururawat yang sedang bertugas.

"Dia dibawa ke Rumah Sakit RIPAS di Bandar Seri Begawan." Si jururawat yang murah dengan senyuman menjelaskan. Jamal diam tergamam.

"Sakitnya agak teruk tadi, sebab itu pihak kami mengambil keputusan untuk menghantarnya ke bandar. Di sana ada unit khas bagi rawatan jantung ." Tanpa diminta, si jururawat yang berkulit hitam manis, bermata galak itu memberi penjelasan.

Tanpa mengucapkan sebarang kata, Jamal beredar dari sana. Dia mengambil keputusan untuk pulang. Kereta dipandunya agak laju dan sungguh malang nasibnya hari itu, di sebatang jalan dia terperangkap dalarn 'perangkap had laju'. Apabila ditahan, dia hanya mengunjukkan lesen memandunya. Di hatinya menyumpah, kesal kerana ditimpa malang berturut- turut.

"Saudara boleh membayar dendanya di balai." Seorang anggota polis wanita memberi penjelasan kepadanya setelah selesai mencatat keterangan yang dikehendaki.

"Agak-agak berapa ringgitkah dendanya?"

Page 70: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

"Taklah ban yak sangat. Lima puluh ringgit saja." "Berapa lari saya tadi?" "Seratus kilometer sejam." Jamal tidak bertanya lagi, dia terus memandu keretanya menuju ke rumah

orang tuanya. Dia yakin emak, isterinya belum tahu lagi tentang apa yang telah berlaku kepada ayahnya. Tetapi bila sampai di rumah, pintu pagar bertutup. Hon dibunyikan beberapa kali. Tanti keluar lalu membuka pintu pagar.

"Encik, ibu dan isteri encik pergi ke rumah sakit di bandar. Katanya pen yakit bapa gawat."

Tanpa memberikan sebarang komen, Jamal mengambil keputusan untuk pergi ke Bandar Seri Begawan. Hatinya risau bila mendapat tahu keadaan ayahnya. Jauh di sudut hatinya berdoa semoga ayahnya akan tetap sihat. Entah mengapa dalam keadaan seperti itu dia ingat dan memohon kepada Tuhan. Padahal selama ini, usahkan sembahyang, puasapun dia tidak pernah. Macam-macam alasan yang diberikan dan bukan sedikit pula dalihnya. Emak dan ayahnya sudah kehilangan punca bagaimana untuk menjinakkannya kepada ajaran dan suruhan agama. Kali ini keretanya meluncur deras. Lampu kecemasan dipasangnya. Sayangnya ada juga di antara para pemandu yang tidak memberikan kerjasama kepadanya. Malah ada pula yang mengajaknya berlumba! Jamal naik angin, cabaran diterimanya. Kereta dipecut mengikut kehendak hati, tanpa menghiraukan pengguna jalan raya yang lain. Undang- undang memang sudah ditolak ke tepi.

Pemuda yang memakai kereta sport warna putih memecut apabila hendak dipotong oleh Jamal. Kini kereta mereka bersaingan. Masing-masing tidak mahu kalah. Jamal terus menekan minyak, kereta semakin laju tetapi belum dapat memintas kereta pemuda yang mencabarnya. Hati Jamal terbakar. Belum pernah dia menerima cabaran seperti itu. Si pemuda berambut punk tersengih memandang Jamal, tetapi Jamal tidak dapat berbuat apa-apa kerana sebuah kereta dari depan muncul dengan memberi lampu. Jamal mengalah. Si pemuda semakin riang, tangannya dilambai-lambaikan. Hati Jamal terbakar! Seumur hidup belum pernah dia mendapat malu seperti itu. Kereta yang berdaftar BJ itu mesti diberi pengajaran. Itu tekad Jamal.

Di sebatang selekoh, Jamal memecut keretanya dan kali ini dia berjaya memintas kereta si rambut punk. Sempat Jamal melambaikan tangan kepadanya. Si rarnbutpunkmeradang. Diamemecut keretanya dan mengekori Jamal dalam jarak yang agak dekat. Sampai di sebatang jalan lurus, dia menekan minyak dan keretanya memecut laju, tetapi masih tidak berjaya memintas kereta Jamal. Jamal bertindak pantas dengan menukar gear keretanya. Larinya semakin deras. Si pemuda masih belum putus asa, dia terus mengejar dan cuba sekali lagi memintas Jamal. Kali ini sebuah kereta muncul dari hadapan, si pemuda panik dan cepat mengambil ke tepi sebelah

Page 71: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

kanan. Akibatnya keretanya masuk ke dalam parit. Jamal melihat kejadian itu melalui cermin dan dia tersenyum kerana berjaya. Kereta yang muncul dari depan tadi pula terus berlalu meninggalkan si pemuda yang terkial-kial hendak keluar, kerana sebahagian dari keretanya sudah berada di dalam parit.

Jamal kembali riang, kerana seterunya sudah tewas. Dia merasa bangga kerana kejayaan itu. Tetapi kegembiraan yang baru dikecapinya itu luput dengan tiba-tiba bila dia teringat dua perkara. Pertama tentang ayahnya yang semakin teruk sakitnya dan kedua tentang pi1 yang diberikan oleh pemuda yang memerangkapnya tadi.

"Dalam sampul surat itu ada arahan yang menjadi panduanmu." Dia masih ingat kata-kata si pemuda itu sebelum dia dan rakan-rakannya meninggalkannya. Dia sendiri belum memeriksa isi sampul itu. Hatinya tidak berminat.

"Dalam masa seminggu dari sekarang, kami mau wang dari jualan barang itu. Kita berjumpa lagi di tempat yang akan kami tentukan kemudian." Kata- kata itu juga masih diingatnya. Mengingatkan ha1 itu hatinya membara. Pedih dan menaruh dendam kepada pemuda bertiga itu.

"Laporkan saja kepada polis." Tiba-tiba suara hatinya berbisik. Jamal terns memandu, sedang fikirannya masih mencari kesimpulan dan

keputusan yang hendak diambilnya. "Kalau kau mau mengikut kehendak mereka kali ini, kau akan menjadi

harnba mereka sampai bila-bila." Jamal hanya mengeluh. Dia mengakui pendapat itu. Tetapi dia juga faham untuk melepaskan diri dari pemuda bertiga itu bukanlah satu perkara yang mudah. Silap langkah akan mendatangkan padah.

Page 72: KACA-KACA KRISTAL

Kesepuluh

SEBAGAIMANA YANG telah dijanjikan, Ahmad, Aida dan Aini pulang ke rumah orang tua mereka di Kampong Duhun. Bagi Ahmad dan Aida kepulangan mereka tidak punya apa-apa maksud selain dari untuk mengunjungi orang tua mereka. Lagi pula untuk menunaikan jemputan anak sahabat ayahnya yang kini masih bekerja dengan Syarikat Minyak Shell. Itu saja tujuan mereka.

Tetapi bagi Aini kepulangannya kali ini membawa satu hajat yang besar. Dia merasa sukar untuk menyatakan hajatnya yang besar itu. Mulutnya terasa berat. Hatinya terasa gentar. Malah seluruh dirinya merasa malu untuk menyatakan hajat yang besar itu. Usahkan kepada orang tuanya, malah kepada kakaknya Aida pun dia segan. Duduk di dalam bas yang mereka tumpangi menuju ke Kuala Belait pada petang itu terasa seperti berada di sebuah tempat yang tidak menyenangkan. Kerusi terasa bagai ada duri. Udara sekeliling terasa panas. Padahal bas itu memakai pendingin udara.

Aida dapat membaca kegelisahan adiknya itu. Pada mulanya dia tidak- mahu mengambil endah, tetapi semakin diperhatikannya semakin gelisah pula keadaan Aini.

"Apa masalah yang sedang kaufikirkan Aini?'Dia berbisik kepada adiknya.

Aini cepat-cepat menghadiahkan senyum kepadanya. Tetapi ternyata senyuman itu tawar dan hambar. Kali ini jelas tiada keriangan di wajah Aini. Perkara ini tidak diketahui oleh Ahmad, kerana dia pun pada ketika itu tengah duduk seorang dan fikirannya melayang jauh. Sekali-sekala terlihat wajahnya masam mencuka, seketika pula senyum sendirian. Sebenarnya dia sedang memikirkan tentang hubungannya dengan Mahani. Fikirannya sudah buntu kerana hubungannya dengan Mahani tidak direstui oleh Zakiah, emak Mahani.

"Ceritakanlah pada kakak. Mana tau kalau kakak dapat membantumu." Aida kembali mencungkil rahsia adiknya. Tiada jawapan kepada usulnya itu, hanya senyum tawar dan hambar seperti tadi. Aida masih tidak berputus asa. Dia terus mendesak. Tetapi Aini masih tidak mahu menyatakan masalahnya.

"Tak ada apa-apa kak. Hanya saya letih, di sekolah tadi ban yak kerja yang dibuat. Pelawat pula sering datang. Sekali kita silap, selama-lamanya dianggap tak betul." Penerangannya agak panjang. Semuanya berhubung

Page 73: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

dengan ha1 sekolah, di mana dia sedang menjalani latihan mengajar. Perbualan mereka terganggu oleh suara tiga orang pemuda yang baru saja

naik dari Pekan Tutong. Pakaian mereka agak simple. Baju Tshirt yang ada poster d m seluar jean yang agak luntur warnanya. Ketiga-tiga pemuda itu agak becok mulutnya. Sejak naik bas, suara mereka saja yang didengar. Ramai penumpang yang terganggu dan menjeling ke arah mereka. Kebecokan mulut mereka semakin menjadi bila mengusik seorang gadis berbangsa Tionghoa yang kebetulan duduk di hadapan mereka.

"Amboi! Comelnya. Geram hati gua." Yang berambut potongan punk bersuara. Rakannya ketawa, ketawa yang dibuat-buat.

"Kalau gua dapat, tak makan pun tak apa." Dia ketawa. "Oi! Muka macam kamu mana dia nak layan. Tengok muka gualah.

Gualah yang handsome sikit dari kamu." Kali ini si pemuda yang memakai baju ada gambar penyanyi bersuara. Rakannya ketawa macam tadi. Memekak tidak tentu hujung pangkal, macamlah bas itu mereka yang punya.

GadisTionghoa yang mereka usik memasamkan muka. Matanya menjeling tajam. Mungkin dalam hatinya menyumpah pemuda bertiga yang tidak mengira tempat untuk mengorat itu.

"Amboi! Makin marah, makin manis. Kalau gua dapat, tak makan pun tak apa." Si rambut punk kembali bersuara. Cakapnya sama juga macam tadi. Macam kehabisan modal.

Bas meneruskan pe jalanannyadengan lancar kerana tidak ada penumpang yang mahu turun mahupun naik. Pemandu bas memasang lagu berirama dangdut. Ramai penumpang menyukai lagu iramaitu. Sehingga ada di antara penumpang itu tanpa sedar menggoyangkan kaki, menepuk-nepuk kerusi dan macam-macam telatah lagi. Pemuda bertiga yang mulutnya becok tadi mula diam. Agaknya sudah kehabisan modal. Gadis yang mereka orat langsung tidak menghiraukan mereka. Agaknya tahulah mereka kini, hidung tak mancung, pipi pula yang tersorong-sorong.

"Mad, aku bimbanglah dengan keadaan ayah. Sakitnya makin bertambah. Badannya pula semakin kurus." Ahmad masih ingat akan kata Mahani sewaktu mereka bertemu di Bandar Seri Begawan dua hari yang lalu. Kebetulan petang pertemuan itu dia tidak ada kuliah.

"Berserahlah kepada Tuhan. Semua yang berlaku adalah di atas kudrat dan iradat-Nya." Ahmad cuba menenangkan perasaan Mahani.

Selepas pertemuan itu Ahmad diajak oleh Mahani melawat ayahnya di unit khas bagi pesakit jantung di Rumah Sakit RIPAS. Ahmad merasa ka- sihan melihat keadaan Lamit. Badan kurus dan muka pucat. Jauh benar perubahannya. Semasa Ahmad dan Mahani datang, tidak ada sesiapa di sana. Menurut Lamit yang bercakap agak perlahan, Zakiah sudah dua hari tidak datang menjenguknya. Jamal baru dua kali. Itu pun setiap kali dia datang masalah harta saja yang dibicarakannya.

Page 74: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

"Bila kau pulang ke Kuala Belait, tolong beritahu pesanku ini kepada C _, - , ayahmu. Suruh dia datang ke sini." Lamit dengan susah payah mengucapkan

* . I . pesanannya itu. Ahmad menganggukkan kepalanya tanda bersetuju. $ c- Tiba-tiba lamunan Ahmad hilang bila bas berhenti serta-merta. Pemandu

fl bas yang berbangsa India becok mengomel pemandu kereta yang memotong dari hadapan. Kalau si pemandu bas tadi tidak menekan brek, sudah tentu terjadi perlanggaran. Penumpang lain juga terperanjat sama. Masing-masing

?- dengan telatahnya. Ada yang mengurut dada, ada pula yang marah dan menyumpah.

"Dia ingat mak bapanyakah yang punya jalan raya ni?" Si pemuda berambut punk tiba-tiba bersuara. Dia bangkit dan memandang ke belakang melihat kereta yang hampir mendatangkan nahas itu. Tetapi kereta tersebut sudah hilang dari pandangan.

"Kalau dia saja yang berrnara, tak apa. Nak masuk longkangkah, tayar - - keempat-empat ke ataskah dia punya fasal. Betul tak Moi?" Si baju ada poster

% A penyanyi pula meningkah. Matanya mencuri pandang ke arah gadis Tionghoa. -

-% Si gadis hanya menjeling. : - 5 5- r

"Wow! Tajamnya jelingan. Rasa nak putus jantung gua." Rakan mereka P: . yang selama ini diam pula bersuara. Suaranya agak garau. Tak ubah kucing F. jantan yang ketagih betina! ,.I

*A f l

Aini masih diganggu oleh perasaan bimbang dan takutnya. Dia tidak tahu p k- - bagaimana hendak menyatakan perkara yang besar itu kepada kedua-dua 2 -- c_ h

orang tuanya. Perkara itu tidak boleh disembunyikan daripada pengetahuan .- FA' ,

mereka. Masalahnya sekarang bagaimana dia menyatakan ha1 itu kepada

F P mereka, mulutnya berat untuk bertutur; lidahnya kelu untuk menyebutkan

k :- z. .

kata-kata. Akhirnya satu keluhan keluar. Aida yang hampir terlelap terkejut C .., k

dan memandang tepat ke arah adiknya. r- * F "Ada apa, Aini? ... Kau seperti menyembunyikan sesuatu." p E "Tak adalah kak. Kakak penat? Tidurlah." Aini berdalih. f- r. . Matahari sudah tidak kelihatan lagi ketika mereka sampai ke rumah.

i$ - Lampu sudah pun dinyalakan. Enjin generator sayup-sayup terdengar. Baru 1. saja mereka siap mandi, suara azan berkumandang dari kaca televisyen. r is Lazim anak-beranak sembahyang berjemaah. Satu pembaharuan yang baru

g dilakukan sejak kebelakangan ini. Dahulu memang dia jarang sembahyang. b F- Tetapi sejak bercita-cita untuk menunaikan fardu haji dia sudah mengubah f : % < g ' c - sikap. L?- Selesai sembahyang mereka menikmati hidangan makan malam. Mereka t - k: anak-beranak makan dengan berselera sekali, walaupun hidangannya agak F & e-

sederhana iaitu ikan rumahan rebus, sayur lamiding, samba1 belacan dan sup i?> F~ ayam. Ketika makan, mereka tidak banyak bercakap. Masing-masing s'r $2.

5--. 32 menikmati makanan yang ada. Ternyata Aini makannya sedikit dan apabila

58 ?:

ditanya, katanya dia hendak jaga badan. fa r 3

Page 75: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

"Orang nak lawa mak. Mesti jaga badan." Aida mengusik. "Hah, kau pulamengapa tak kontrol, Aida? Nanti kalau gemuk gedempong,

susah. Tak berani lelaki meminang kau." Ahmad, Lazim ketawa. Aini sudah pergi ke dapur.

"Macam saya ini tak kena pinang pun tak apa mak. Saya nak meneruskan pelajaran. Kalau boleh biar sampai ke tangga universiti, macam Abang Ahmad."

Lazim senyum mendengar ucapan anaknya itu. Hatinya bangga dengan cita-cita tinggi anaknya itu. Diam-diam dia turut mendoakan semoga cita-cita anaknya akan dimakbulkan Tuhan.

"Mak, esok rnak dan ayah ada rancangan nak ke mana-mana tak?" Aini bertanya ketika dia mengemas meja makan. Ayah dan abangnya sudah tidak ada di sana. Mereka beredar ke ruang depan menonton televisyen.

"Tak ada. Mengapa?" Salbiah bertanya. "Err ... tak ada apa-apa mak." Aini gugup. "Dia ni mak, sedari tadi gelisah saja. Macam ada sesuatu rahsia yang

disembunyikannya." Aida menyampuk. "Tak ada apa-apalah mak." Aini berdalih. Cepat-cepat dia membawa

piring mangkuk ke dapur. Salbiah kurang senang melihat tingkah laku anak bongsunya itu. Dia

yakin ada sesuatu yang cuba disembunyikannya dari pengetahuan mereka. "Betul-betul kau tak tau, Aida?" "Betul mak. Puas saya tanya, dia tetap tak mau bercerita." Salbiah mengeluh. Dia menapak ke dapur. Dilihatnya Aini sedang

mencuci. Dia pura-pura membersihkan tambak. Di hatinya mencari-cari peluang untuk berbicara dengan Aini.

"Apa sebenarnya yang hendak kaucakapkan, Aini? Katakanlah. Tak- kanlah dengan emak pun kau segan."

Aini tidak menjawab. Matanya liar memerhati. Aida yang dicari-carinya tidak kelihatan. Tangannya berhenti mencuci. Buih melekat di kedua-dua belah tangannya.

"Mak janji ya, jangan beritahu pada kakak. Teruk nanti saya disakat." Aini bersuara seakan-akan berbisik. Matanya masih mencari Aida tetapi tidak kelihatan bayangnya. Salbiah pula menganggukkan kepalanya tanda bersetuju.

"Katakanlah apa perkaranya." Suaranya juga seakan-akan berbisik. Dalarn hatinya sudah menduga sesuatu. Dia yakin perkara itulah yang akan dibicarakan oleh Aini.

"Mak, err ... malulah saya nak menceritakannya." "Hai dengan aku pun kau malu?" Salbiah senyum. Apa yang diduganya

semakin diyakininya. Memang seratus peratus perkara itulah yang bakal dibicarakan oleh Aini. Namun begitu Salbiah berpura-pura tidak tahu.

Page 76: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

"Mak ada kopi tak?" Aida tiba-tiba muncul. "Kau ni baru pun lepas makan, dah nak minum pula? Jagalah badan kau

tu sedikit." "Bukan saya mak, ayah yang minta. Eh bukan ayah, Abang Ahmad yang

nak rnak." Salbiah menyuruh Aida mengambilnya dari sebuah cerek yang terletak di

atas tambak. Kemudian cepat-cepat dia menyuruh Aida berlalu ke hadapan. "Eh rnak dan Aini macam ada sesuatu yang hendak disembunyikan dari

saya. Tak apalah." Dia terus berlalu dengan membawa segelas kopi. "Minggu depan ada rombongan nak datang rnak." Akhirnya Aini dapat

juga menyampaikan sebahagian daripada perkara besar yang dibendungnya selama beberapa hari ini. Terasa sedikit lapang di dadanya. Separuh daripada bebanan yang digalasnya sudah hilang.

"Rombongan dari mana? Apa pula hajat mereka?" Salbiah tersenyum kerana apa yang diduganya ternyata benar. Senga3a dia mengemukakan pertanyaan itu untuk melihat telatah Aini.

"Ada orang nnak mmmeminang ssaya rnak." "Siapa?" "Alah banyak soal pula rnak ni. Kalau rnak nak tau, nanti saya tunjukkan

gambarnya." Aini menjelaskan. Kini bebanan yang dipikulnya sudah lepas. Dia kembali seperti biasa. Fikiran tidak kusut, hati tenang.

"Oh ada orang nak datang meminang! Tahniah!" Aida tiba-tiba muncul dengan senyum yang terukir di bibir. Gelas kopi telah kosong.

Aini pada mulanya cuba memukul Aida, tetapi disabarkan oleh Salbiah. Dia menasihati Aini, perkara itu patut juga diketahui oleh kakaknya kerana sebagai ahli keluarga perkara itu mesti diberitahu. Dan malam itu tidak sampai pun satu minit, berita tentang rombongan yang hendak datang meminang itu pun tersebar di seluruh ahli keluarga Aini. Malah gambar pemuda yang hendak meminangnya juga kini bertukar tangan.

"Siapa dia ni, Aini?" Lazim bertanya. "Dia pensyarah kami ayah." "Oiii besarnya pangkat. Untunglah kau Aini." Aida mengusik. Seluruh

keluarganya ketawa melihat telatah dua beradik yang kini lari berkejar- kejaran. Aini tidak puas hati, dia mahu mencubit Aida. Aida pula takut dan cuba lari.

"Oi! Sudah. Kamu berdua tu dah besar. Tak manis main kejar-kejar." Lazim bersuara. Aini dan Aida patuh.

Page 77: KACA-KACA KRISTAL

Kesebelas

DI RUMAH MEWAH Lamit, suasana amat muram. Tidak ada senyum apalagi tawa. Yang ada di pekarangan rumah hanya beberapa buah kereta. Di dalam hanya orang perempuan yang ada. Semuanya memakai tudung, wajah mereka muram dan sayu. Mahani kelihatan agak bengkak matanya. Begitu juga ibunya-Zakiah. Kedua-duanya nampak berdukacita. Rambut jelas tidak terurus. Secolek gincu dan bedak pun tidak terlihat di bibir dan pipi mereka. Ini menjadikan wajah kedua beranak itu pucat dan tidak bercahaya.

Jamal langsung tidak kelihatan. Isterinya Yati nampak macam biasa saja. Tudungnya hanya dililitkan di leher. Dia nampak ramah melayan tetamu yang datang. Hatinya riang benar kerana apa yang diangankan dan diidamkannya selama ini akan diperolehinya sedikit masa lagi. Dia menyabarkan hatinya, kalau sekian lama dia dapat bersabar, mengapa pula dalam masa yang singkat dia tidak boleh bersabar dan bertenang?

Sementara itu di bahagian dapur kelihatan beberapa orang gadis dan suri rumahtangga yang masih muda sibuk menyediakan jamuan. Daging sudah siap dipotong hanya menanti untuk dimasak lagi. Sayur terung juga sudah siap dipotong, malah sedang dicuci oleh dua orang gadis manis. Senyum mereka sering terukir di bibir. Tudung masih tetap utuh di atas kepala, sehelai rambut pun tidak kelihatan. Pakaian mereka baju kurung, kelihatan manis dan ayu. Di bahagian luar dapur yang memang beratap tetapi tidak berdinding kelihatan dua orang perempuan separuh umur sedang menanak nasi. Dapur moden berkaki menyala dengan kuasa gas. Sungguh sibuk suasana di ruang dapur itu, masing-masing tahu dengan tugas dan peranan mereka.

Cuaca pula amat baik. Matahari bersinar terang dan bahangnya sudah terasa menggigit kulit. Angin pula hanya sekali-sekala terasa bertiup menyegarkan badan. Jam baru menunjukkan ke angka sebelas. Sekitar rumah mewah itu halamannya semua dibubuh simen. Di sana sini tersusun rapi bunga-bunga yang menghiasi halaman. Cukup menyenangkan mata memandang. Yang terasa hanyalah bahang sinaran matahari dan bahang pantulan dari simen di halaman.

Lebih kurang tiga puluh minit kemudian sebuah demi sebuah kereta masuk ke pekarangan rumah mewah Lamit. Pemandu dan penumpang setiap

Page 78: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

kereta itu keluar dan semuanya lelaki ! Mereka pula memakai songkok. Yang haji berketayap dan ada juga seorang dua yang memakai songkok putih. Lazim yang mempersilakan mereka masuk. Wajahnya amat muram. Batuknya sekali-sekala terdengar meningkah pelawaannya terhadap orang yang hadir. Ahmad dan beberapa orang rakan sebayanya pula sengaja menuju ke bahagian belakang.

Para tamu yang dijemput masuk, duduk bersila di atas permaidani mahal yang ada di ruang tamu. Di hadapan mereka sudah tersaji hidangan lengkap dengan air minum dan pembasuh tangan. Ahmad dan beberapa orang rakannya muncul dari ruang dalam dengan membawa dulang nasi. Bau masakan amat menyelerakan. Asap tipis kelihatan naik ke udara. Selera terbuka mencium bau yang enak itu.

"Silakanlah makan mana yang ada," kata Lazim mempelawa kepada para tamu yang hampir berjumlah tigapuluh orang itu. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, masing-masing tahu apa yang patut dibuat. Sehidangan empat orang menghadap. Tidak lama kemudian bunyi sudu bertingkah dengan pinggan mengisi ruangan yang luas itu. Lazim dan Ahmad belum menjamah makanan, mereka memerhati para tamu yang cukup berselera makannya. Kedua beranak itu mahu memastikan hidangan cukup dan kalau perlu ditambah akan diambil dari dapur. Setelah meneliti kedua-duanya berpuas hati kerana semua hidangan cukup, tidak perlu ditambah.

"Ahmad!" Satu suara terdengar memanggil Ahmad. Walaupun nadanya perlahan, tetapi jelas dan dapat didengar oleh Ahmad. Pantas dia memandang ke arah datangnya suara itu. Dilihatnya Mahani yang memanggilnya. Wajah muram Mahani ditenungnya tajam. Dan Mahani tidak tahan dengan pandangan tajam itu. Tetapi Ahmad sudah pun mengorak langkah menuju ke arahnya.

"Ada apa?" "Tolong beritahu kepada tetamu yang ada, supaya mereka akan hadir

sembahyang berjemaah maghrib petang ni." Angguk. "Di samping sembahyang berjemaah, kami juga mengadakan tahlil dan

bacaan Surah Yasin. Mudah-mudahan roh ayah akan terhindar dari seksa kubur."

Angguk. Bagaikan kerbau dicucuk hidung, Ahmad terus berpatah balik ke ruang

hadapan. Dia membisikkan pesanan Mahani tadi kepada ayahnya. Kemudian Lazim dengan ramah menyampaikan hasrat yang suci itu kepada para tamu yang ada. Ketika itu lebih tiga suku daripada mereka yang makan di ruang tamu itu sudah selesai makan. Perbualan yang tidak tentu hujung pangkalnya mula terdengar, terasa sungguh selesa sekali berada di ruang tamu itu kerana bahang panas langsung tidak terasa. Sebaliknya badan jadi segar oleh hawa dingin di ruangan itu. Bagi mereka yang seleranya baik, suasana sedemikian

Page 79: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

amat merangsang dirinya sehingga ada yang makan lebih dua pinggan! Jamal tiba-tiba muncul dengan wajah yang murung tetapi bila terpandang

Lazim dan Ahmad, wajah yang murung tadi segera berubah menjadi masam. Ada tanda kebenciannya yang amat mendalam terhadap kedua-dua orang yang masih mempunyai pertalian darah dengannya. Belum pun sampai dia mencecahkan punggungnya ke atas lantai yang dibubuh karpet merah itu, Yati melambainya. Segera dia mendapatkan isteri yang memang dikasihinya itu. Lagi pula, dia memang tidak membantah apa saja permintaan dan kemahuan isterinya itu. Bukan saja kerana sayang, cinta, tetapi sejak hampir dua bulan ini Yati suka benar makan benda-benda masam. Dan di waktu pagi pula sering muntah-muntah.

"Ada apa?" Suara Jamal seakan-akan berbisik sebaik-baik saja rapat dengan Yati. Matanya liar memerhati tetamu yang masih ada di ruang tamu d m ruang dalam rumah arwah ayahnya. Kini dia sendiri belum pasti akan menjadi milik siapakah rumah indah dan mewah itu.

"Inilah masanya abang bertanya dan berbincang dengan Tua Lazim dan anaknya itu." Suara itu juga diucapkan seakan-akan berbisik. Hanya mereka berdua yang mendengar.

Apalagi di kala itu para tetamu berbual sesama kelompok masing-masing. Tidak menentu topik perbualan mereka. Sekelompok berbicara tentang politik dunia, yang lain pula berbincang tentang harga ikan yang semakin tidak menentu. Mahal, tetapi ikannya tidak segar, bahkan tawar tidak sepadan dengan harganya yang mahal itu.

"Orang masih ramai. Tak manis dibicarakan ha1 itu sekarang. Tunggu saja sampai tetamu pulang."

"Tetapi kalau ditunggu lama, mungkin kita akan putih mata." "Ahhh! Aku ni waris terdekat. Masakan aku diketepikan." Tanpa

menunggu jawapan, Jamal terus beredar dan duduk di tempat yang hendak didudukinya tadi. Tangan dihulur dengan mereka yang hampir. Tetapi tanpa diduga, tanpa disangka, Jamal terpandang pemuda berkulit saw0 matang dan rambutnya keriting. Walaupun hari itu dia memakai songkok hitam, Jamal masih dapat mengenalinya. Pemuda yang tidak diingini Jamal itu tersenyum, Jamal serba salah. Akhirnya bibirnya mengukir senyum juga, walaupun senyum itu agak tawar dan hambar.

Tuk imam yang duduk di sudut ruang yang dingin itu sudah pun memulakan bacaan doa. Para hadirin menadah tangan dan mengaminkan doa tuk imam. Selesai saja doa dibacakan, para tetamu berrnohon diri. Seorang demi seorang meninggalkan rumah mewah dan indah itu. Keadaan menjadi agak sunyi. Suasana sedih jelas menyelubungi seisi rumah. Pemuda berkulit saw0 matang sebelum pergi sempat mengunjukkan satu sampul surat kepada Jamal.

Page 80: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

"Ada arahan baru di dalam sampul itu." Tangannya segera ditarik balik sebaik-baik saja Jamal menjawat surat itu. Jamal tergamam, tidak tahu apa yang hendak dibicarakannya. Sedang hatinya cukup marah dan meluat lnelihat pemuda itu. Mahu sajadia memberikan penumbuk yang padu kepada pemuda itu. Tetapi dia masih sedar, perbuatannya itu bukan saja akan rnemalukan dirinya, keluarganya malah mungkin rahsia yang selama ini disimpan dengan baik itu akan terbongkar. Malunya pasti bertimpa-timpa. Dia mengalah dan membiarkan pemuda itu berlalu.

"Jamal, kami balik dulu. Lepas asar kami akan datang nanti." Suara itu mengejutkan Jarnal. Tangan Lazim yang disuakan kepadanya segeradisambut. Lepas itu tangannya menjawat tangan sepupunya Ahmad. Kedua-dua orang itu diperhatikannya dengan pandangan yang tajam.

"Bila lagi abang hendak bicarakan ha1 itu dengan kedua beranak itu bang? Nanti kita putih mata!"

"Malam nanti boleh abang bicarakan." "Jangan tunggu lama-lama bang. Nanti melepas. Orang makan isi, kita

makan tulang." Yati memasamkan mukanya kerana tidak gemar dengan sikap suaminya yang nampak lembut dan mengalah. Dia bimbang mereka akan diketepikan dan siapa tahu tidak ada bahagian langsung!

Jamal masuk ke bilik dan merebahkan badannya di katil yang bertilam empuk. Matanya terasa berat. Maklumlah sedari subuh tadi sampai sekarang dia tidak berehat. Ada saja yang disuruh ibunya. Sebaik-baik saja ayahnya meninggal, bermulalah kesibukannya, membuat kerja-kerja yang selama ini belum pernah dibuatnya. Tetapi kerja itu dapat juga dibuatnya dengan sempurna.

Lamit meninggal kira-kira menjelang waktu subuh. Mula-mula nafasnya sesak, lepas itu beransur perlahan dan akhirnya tidak berdenyut lagi. Kebetulan ketika itu Mahani yang menunggunya. Pada mulan ya Mahani tidak menyangka ayahnya akan pergi buat selama-lamanya kerana petang sebelumnya ayahnya kelihatan agak sihat, mahu makan, dan makannya lebih banyak daripada biasa. Hampir setengah piring nasi masuk ke perutnya yang semakin kempis itu. Minumnya juga banyak. Dia juga rajin berbual. Tidak seperti hari-hari sebelumnya, di manadia kelihatan lebih banyak tennenung daripada berbicara. Sepatah ditanya, sepatah jua menjadi jawapannya.

Begitulah kehendak Tuhan, tiada siapa yang dapat menghalangnya. Kalau sudah janji, ke mana kita pergi pun pasti malaikat maut yang ditugaskan mencabut nyawa seseorang akan datang dan melaksanakan tugas yang dipikulkan ke atasnya itu dengan sempurna, tanpa bertangguh walaupun satu detik! Mahani segera menghubungi ibunya, selepas itu dia menghubungi sepupunya Ahmad. Ahmadlah yang banyak membantu mengurus itu dan ini. Dan segala urusan berjalan lancar. Mayat Lamit cepat dibawa ke Kuala Belait, di sana sudah menunggu sanak saudara dan sahabat handai. Hari itu

Page 81: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

jenazahnya dimandikan, dikapankan, disembahyangkan dan dikebumikan. Bersemadilah dia di dalam kubur seorang diri, meninggalkan kemewahan yang ada padanya.

Di bahagian dapur rumah mewah dan indah peninggalan Lamit kelihatan rarnai perempuan daripada berbagai-bagai peringkat umur sedang sibuk membuat persiapan untuk jamuan makan selepas bertahlil malam nanti. Mereka bergotong-royong membuat itu, ini. Masing-masing dengan tugasnya. Yati juga turut dalam kelompok yang ada. Kesempatan itu digunakan oleh Jamal untuk masuk ke biiik. Alasannya dia letih dan hendak melelapkan mata. Pintu bilik dikuncinya. Langsir tingkap dilabuhkannya. Kemudian tangannya segera mencapai sampul surat dari kocek seluarnya. Surat itu ialah surat diberikan oleh pemuda berkulit saw0 matang.

"Jumpa kami esokpagi di Jalan Kuning. Ada tugas baru yang akan kami berikan. Ingat, segala tindak tandukmu semuanya dalam pengawasan kami. Bagairnana dengan tugas yang kami berikan? Kami tau kau telah melaksanakannya. Tapi awas, tindakanmu sekali ini mesti lebih berhati-hati. Ada pihak tertentu sedang menjejakmu. Sampui jurnpu lagi esok."

Jamal mengeluh panjang. Dia menyesal kerana sudah tidak dapat membebaskan diri dari belenggu kumpulan pemuda berkulit saw0 matang itu. Secara tidak langsung dia sudah bertindak sebagai salah seorang kaki mereka. Sudah ada dua orang bud& sekolah yang kini menjadi pelanggan tetapnya. Jamal masih ingat bagaimana dia berjaya menjebak kedua-dua pelajar yang masih muda dan mentah itu.

Hari itu cuaca agak panas. Jamal sedang berdiri di pekarangan sebuah sekolah kerajaan. Ketika itu pelajar sedang menimba ilmu dari guru mereka. Tiba-tiba mata Jamal terpandang seorang pelajar lelaki yang keluar dari kawasan sekolah dan berjalan semakin hampir kepadanya. Pergerakannya agak lemah, mungkin dia kurang sihat. Jamal sudah menduga begitu.

"Kali ini tugasku akan berjaya. Sudah dua hari aku menunggu di sini dengan kehampaan. Inilah mangsa pertamaku." Dia menghampiri pelajar yang sedang menunggu seseorang itu.

"Kenapa dik? Sakit?" Angguk. "Sekarang sedang tunggu siapa?" "Tunggu ayah." "Nah, makanlah ubat ini. Adik pasti akan sembuh dalam masa yang

singkat." Jamal memberikan sebutir pi1 kepada pelajar yang berumur lebih kurang lima belas tahun itu. Si pelajar yang mentah itu menurut kata. Jamal cepat beredar dari sana. Si pelajar merasa dirinya panas bukan main. Kemudian dia merasa badann y a dingin dan sekujur badann y a berpeluh. Anehnya demam yang dirasakannya tadi sudah berkurangan dan dia merasa sudah sihat !

Page 82: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

Matanya mencari-cari pemuda yang memberikannya ubat ajaib itu. Dia mahu mengucapkan terima kasih. Tetapi sayang pemuda yang dicarinya sudah tiada. Diamerasa sedikit hampa, kesal kerana tidak dapat mengucapkan terima kasih. Ketika dia mahu beredar kembali ke kelasnya, sebuah kereta berwarna putih teratai mendekatinya. Dia amat kenal dengan kereta itu, kereta ayahnya. Belum pun sempat dia memberitahu yang dirinya sudah sihat, tiba-tiba dia merasa badannya panas, matanya berkunang-kunang. Dia hampir jatuh, mujurlah ayahnya pantas, dipapahnya anak kesayangannya itu masuk ke kereta.

Selang tiga hari kemudian pelajar yang sama bertemu lagi dengan Jamal. Kali ini Jarnal memberinya satu bungkusan kecil seperti gula-gula. Ketika itu si pelajar baru pulang dari bilik makmal. Kesempatan itulah yang digunakan Jamal. Dan si pelajar menerimanya sebagai terima kasihnya dan gula-gulaitu dimasukkannya ke dalam muht, dihisap beberapa kali, kemudian dikunyah sehingga hancur, kerana dia sudah hampir sampai ke dalam kelas. Sekali lagi dia merasa sesuatu yang aneh pada dirinya. Terasa dirinya seperti berada di satu alam yang lain. Guru yang mengajarnya dilihatnya cantik bagai bidadari !

Begitulab cara Jamal diajar memerangkap mangsanya yang terdiri daripada pelajar sekolah. Mula-mula benda itu diberi percuma, tetapi bila si mangsa sudah gian baharulah benda itu dijual dengan mahal dan mahu tidak mahu terpaksa membelinya. Mangsa kedua pula ialah seorang pelajar perempuan dalam Menengah Tiga. Bukan mudah untuk Jamal menjebakkan, hampir seminggu dia berulang-alik ke sekolah itu. Suatu hari si pelajar yang sedang berjalan dengan seorang temannya menuju ke bilik air didapati batuk dan batuknya agak kerap dan memanjang. Jamal memberanikan diri lalu menyapa mereka. Mulanya sapaan Jamal tidak dilayan. Jamal rnenebalkan muka. Dia mengambil sesuatu dari beg kecil yang dibawanya.

"Saya ada ubat batuk ajaib. Ambillah. Adik cuba, gerenti batuk adik akan sembuh." Jamal menjual kacang dan temberangnya. Si pelajar yang kebetulan merasa bosan dengan batuk yang dihidapinya terpengaruh. Dia merasa bersalah kerana sudah lebih satu minggu mengganggu kawan- kawannya belajar. Batuknya memenuhi bilik darjahnya. Tangannya mengambil ubat itu dan mulutnya mengucapkan terima kasih. Jamal pantas berlalu. Si pelajar menuju ke dapur sekolah untuk meminjam sudu. Tanpa membuang masa ubat batuk ajaib itu diminumnya. Batuknya agak berkurangan. Pulang dari sekolah diminumnya lagi. Malam sekali lagi ubat itu masuk ke kerongkongnya. Batuknya sudah hampir hilang. Tetapi berbagai-bagai perasaan pula yang dialaminya. Perasaan itu menyenangkan!

Jamal mengeluh di dalam bilik yang kini terasa dingin itu. Matanya hampir Map. Tetapi digagahinya, dilawannya agar mata itu tidak tertutup rapat. Otaknya berputar ligat mencari jalan bagaimana membebaskan dirinya daripada belenggu geng pemuda berkulit saw0 matang.

Page 83: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

"Laporkan saja kepada pihak berwajib ! Aku belum mau menjerat leherku sendiri !" protes Jamal.

"Kalau tidak mau, kau akan terus hanyut dan melutut di bawah telunjuk geng itu."

"Cari jalan lain. Jalan lebih selamat." "Jalan itu tidak ada." "Mustahil!" "Kaucarilah sendiri !" "Sial!" Jamal bangun dan duduk di birai katil. Dia masih mencari jalan

keluar. Tetapi semakin dicari, semakin terlalu sukar dan buntu! Tiba-tiba tumpuannya terhenti oleh ketukan pintu yang agak kuat. Dengan langkah malas dia menapak ke pintu dan membuka kunci pintu. Daun pintu terkuak sendiri. Yati muncul. Wajahnya nampak keruh, tidak ubah seperti air sungai dilanda banjir. Dia duduk di birai katil. Jamal pula duduk di kerusi meja solek. Tangannya membelai-belai rambutnya, nampak rambut itu tidak terurus.

"Abang sudah mengambil keputusan?" "Keputusan apa?'Malas dan tidak bennaya pertanyaan itu diajukan

balik. Soalan yang dikemukakan tidak dijawab. "Tentang bahagian abang. Jangan membuang masa bang. Nanti kita juga

yang rugi. Kita juga yang hampa. Kita juga yang merasa kecewa." Begitu jelas, begitu lantang suara itu. Jamal tidak menjawab. Hanya keluhan yang dilahirkannya.

"Tak usah itik diajar berenang. Tak usah helang diajar makan daging." Yati mengangguk. Dia bangkit dan menapak ke arah pintu. Tangannya

mencapai pembuka pintu yang berwarna kuning emas, berkilat dan cantik. Daun pintu terkuak sedikit.

"Yati tak mau cakap saja yang meninggi bagai pagun. Yati mau buktinya." Daun pintu dikuak lebar sedikit. Badannya yang pejal dan punya potongan menarik itu sudah hilang di balik daun pintu.

Fikiran Jamal kembali kacau. Bercampur aduk, seperti rojak yang selalu dimakannya. Persoalan geng pemuda berkulit sawo matang belum terjawab, kini ha1 harta pula yang terbayang di ruangan matanya.

"Apa pun terjadi, aku takkan membiarkan bahagianku berpindah tangan!" Tangan kanannya ditumbukkan ke atas tapak tangan kiri. Terdengar satu bunyi, dan bunyi itu menaikkan semangatnya. Masa dirasakannya amat lambat berlalu. Mahu rasanya dia memutar semua jam di dunia ini! Biar hasrat dan keinginannya segera tercapai.

Azan asar berkumandang dari menara masjid yang hanya lebih satu kilometer dari rumah mewah itu. Jamal sudah biasa mendengar suara itu. Dia paling marah bila suara itu meniti dan memukul gendang telinganya pada waktu subuh! Tidurnya terasa terganggu. Selimutnya akan ditarik bagi

Page 84: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

menutup tubuhnya yang dingin. Bantal akan diletakkan ke mukanya terutama bahagian telinganya. Langsung seruan suci itu tidak diendahkannya. Dia akan merebahkan kembali badannya ke atas katil. Dan akhirnya matanya tertutup rapat dan beberapa minit kemudian terdengar dengkuran kecil.

Dengkuran yang semakin rancak itu terganggu, Yati datang mengejutkannya. Jamal merungut, matanya digosok beberapa kali. Nampak merah mata yang digosok itu. Mulutnya ternganga has . Suara keluhan malas jelas terdengar.

"Tua abang dan anak bininya datang. Dia memanggil abang, kakak dan mak."

Pantas Jamal menuju ke bilikair. Mata yang mengantuk segeradibasahkan. Mulut dikumur. Rambut disikat. Air di muka dikeringkan dengan tuala kecil yang memang bersidai dekat cerrnin muka di bilik air yang indah itu. Bersih dan penuh dengan bau wangi penyaman udara. Tanpa berkata, dia menuju ke pintu dan terus menapak ke ruang tamu. Lazim, Ahmad, Mahani dan ibunya sudah duduk di situ. Jamal duduk di sebuah kerusi yang berhadapan dengan Lazim dan Ahmad.

"Kedatangan karni ni selain kerana kenduri arwah, ialah ingin menyerahkan kembali tugas yang dipikulkan oleh allahyarham kepada saya. Maksudku kepada Jamal atau Mahani atau awak Zakiah. Biarlah urusan perniagaan terpulang ke atas kamu. Aku tak mau mengacau urusan dan hak kamu."

"Terima kasih tua, biarlah kami merundingkan tentang urusan yang tua katakan tadi." Jamal senyum. Hatinya girang.

"Tidak Jamal! Kau tak boleh mengurus pemiagaan ayah!" Mahani membantah.

"Tapi aku punya hak. Harta ayah, hartaku juga. Bukan hanya milik kakak seorang." Suasana sudah hangat. Zakiah pantas bertindak. Dia menyabarkan an&-anaknya. Sementara Lazim dan Ahmad hanya memandang, tidak berganjak dari tempat duduk mereka.

"Persoalan ini serahkan saja kepadaku." Zakiah mengambil jalan mudah. Jamal marah dan terus berlalu keluar dari ruang tamu tertutup itu. Hatinya tidak puas dengan keputusan ibunya. Dia pasti, ibunya akan menyebelahi kakaknya. Kini apa yang terbayang di ruang matanya selama ini sudah hilang. Berganti dengan bayangan lain, bayangan yang menakutkan!

Zakiah juga rninta diri. Alasan untuk melihat sanak saudara, sahabat handai dan jiran tetangganya yang sedang sibuk di dapur.

"Ingat Mahani, harta itu pengaruhnya besar. Adik-beradik sanggup berbunuh kerananya."

"Saya tau, tua. Dan saya akan menyelesaikan masalah ini dengan aman." Mahani senyum.

"Tidak semudah kita menuturkan kata-kata. Kerana soal harta, berat dan besar risikonya." Ahmad mencelah.

Page 85: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

"Aku tau, Ahmad. Dan aku sudah siap untuk menghadapinya." "Jangan terlalu percaya pada diri sendiri dalam soal ini, Mahani. Lagipun

Jamal bukan lawan yang mudah dibawa berunding." Lazim bersuara perlahan. "Aku tau menghadapinya. Tua dan Ahmad lihatlah nanti. Jamal akan

kalah." "Maksudmu kau akan membolot semua harta ayahmu?" "Tidak. Jamal ada bahagiannya. Tapi bahagiannya itu bukan sekarang

digunakannya. Nantilah bila dia dibebaskan." "Dibebaskan?" Lazim tidak faham. Ahmad juga. "Tunggu saja beritanya sehari dua ini. Ia akan tersiar di radio, di

televisyen dan akhbar di negara kita." Lazim dan Ahmad semakin bingung. Mereka mendesak, tetapi Mahani tetap tidak mahu menyatakan apa yang dimaksudkannya.

"Tua dan Ahmad tunggu dengan sabar. Nanti tua dan Ahmad akan faham." Mahani minta diri dan tidak lama kemudian dia muncul semula dengan membawa dulang berisi minuman.

Masa berlalu begitu pantas, azan maghrib berkumandang dari menara masjid. Para tetamu yang diundang seorang demi seorang muncul. Kini hampir separuh dari ruang tamu tertutup itu sudah berisi. Mereka berjemaah sembahyang maghrib. Satu amalan yang memang digalakkan oleh agama. Namun begitu masih ada juga beberapa orang yang masih rancak berbual. Tidak menghirau langsung kepada apa yang sedang dibuat oleh orang yang ada di ruang tamu tertutup itu.

Selesai sembahyang, doa tahlil dibacakan. Kemudian diikuti pula dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai. Itulah pertama kali ayat-ayat suci berkumandang memenuhi ruangan di rumah mewah dan cantik itu ! Selalunya waktu-waktu begitu, kalau tidak suara peti televisyen, suara Lamit dan Zakiah atau suara Mahani bertengkar dengan Jamal, akan memenuhi rumah itu. Kini suasana menjadi bening dan syahdu.

Sekali lagi sembahyang berjemaah dilakukan sebaik-baik saja selesai azan isyak berkumandang di udara. Orang yang tidak sembahyang meneruskan perbualan. Dan mereka yang ada di ruang dapur pula sibuk menghidangkan juadah untuk para tetamu. Anehnya ketika itu Jamal tidak kelihatan. Dia berkurung di dalam bilik.

Ketikapara tamu selesai menikmati jamuan, ketikadoa penutup dilafazkan, sebuah kereta polis berhenti di pekarangan. Kereta itu terhalang, tidak dapat masuk kerana kereta banyak di halaman. Mata para tetamu tertumpu kepada seorang lelaki yang berbadan tegap. Doa sudah diaminkan. Sepatutnya para tetamu akan memberi salam dan mula beredar. Tetapi kedatangan lelaki itu membantutkan niat mereka. Masing-masing berpandangan, tidak seorang pun yang hadir itu yang mengenali tetamu yang baru muncul itu.

"Saya dan beberapa orang rakan saya dengan dibantu oleh polis, adalah

Page 86: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

dari bahagian Biro Kawalan Narkotik." Para tetamu sekali lagi berpandangan. Terdengar bisik-bisik kecil yang mengisi kesunyian di ketika itu.

Pemuda itu melihatkan warannya. Lazim bangkit dan menemui pemuda i tu. Setelah berbicara, dia dan dua orang rakannya masuk. Lazim menunjukkan bilik Jamal. Dan tidak lama kemudian para tetamu yang diselubungi kehairanan itu melihat Jamal dibawa keluar dengan tangan tergari! Mereka menuju ke kereta polis dengan dihantar oleh pandangan hairan para tetamu. Ini terrnasuklah Zakiah dan Yati. Tetapi Mahani senyum sinis! Ahmad melihat senyum itu, kini baru dia faham dengan apa yang dikatakan oleh Mahani sebentar tadi. Dia hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya. Lazim masih belum faham, walaupun sebahagian dari tujuan itu telah dijelaskan oleh pemuda berbadan tegap yang melihatkan warannya sebentar tadi.

Di luar amat gelap. Awan hitam pekat. Tidak sebiji bintang pun yang kelihatan di angkasa. Angin terasa dingin menyapa kulit sesiapa saja yang ada di luar. Sekali-sekala pokok buah yang banyak ditanam di kawasan rumah mewah dan cantik itu bergoyang dipuput angin. Para tetamu seorang demi seorang mulai berlalu. Kereta yang memenuhi halaman sudah semakin kurang .

"Tua, malam esok datang lagi. Macam tadi." Mahani menyampaikan pesanan Zakiah kepada Lazim, Ahmad dan Salbiah. Dan mereka bertiga serentak mengangguk.

Page 87: KACA-KACA KRISTAL

Kedua Belas

PERNIAGAAN BUNGA kertas Lazim mendapat sambutan yang amat baik. Para pelanggannya bukan saja semasa di tamu Kuala Belait, malah ada yang datang sendiri ke rumah. Purata pendapatannya setiap hari tidak kurang daripada seratus ringgit. Satu pendapatan yang lumayan. Kalau ditolak belanja baja, tanah, pasu dan benih bunga, pendapatan Lazim masih dikira baik dan untung. Salbiah sendiri amat menyenangi perniagaan suaminya itu. Bukan fasal keuntungan yang diperolehi, tetapi sebagai seorang perempuan sikap semula jadinya yang suka kepada bunga-bungaan menambah kegirangan di hatinya. Apalagi bila melihat bunga yang hidup subur, mengeluarkan bunga yang beraneka warna.

Setiap pagi dan petang kalau tidak ada kerja, ke halaman rumah yang sejemput itulah yang dituju. Segar mata memandang bunga-bunga yang bermacam-macam warnanya itu. Malah kalau fikiran kusut, hati runsing pun boleh terubat jadinya. Ahmad, Aida dan Aini kalau pulang pun bukan main girang lagi hati mereka rnelihat bunga-bunga itu. Kepenatan mereka menaiki bas dari Bandar Seri Begawan turut hilang.

"Mak tau, sekarang hampir semua rumah yang ada di pinggir jalan, halamannya pasti ada bunga kertas." Aida pernah bercerita kepada ibunya.

"Kalaulah kegemaran yang baik ini berterusan, alamat semakin cantik, semakin damailah negara kita ni," kata Aini pula tumpang semangkuk.

"Alah, pandai cakap saja. Sedang abang sendiri tak pernah melihat Aini menanam bunga-bunga kertas ni," kata Ahmad pula mengusik. Tangannya masih membubuh baja yang disuruh oleh ayahnya. Aini memasamkan muka. Hatinya tidak gemar dengan usikan yang menjengkelkan hatinya. Memang Aini sedikit perasa orangnya. Mudah ambil hati, mudah merajuk.

Lazim baru saja pulang ketika azan asar berkumandang dari corong radio. Sebenarnya dia pergi ke kedai membeli plastik jernih dan tali plastik. Plastik jernih itu akan digunakannya untuk menyemai benih bunga. Pokok semaian akan dimasukkan ke dalam cawan plastik yang dijual di supermarket. Kemudian cawan yang sudah berisi benih bunga itu akan dimasukkan ke dalam plastik jernih tadi. Cawan-cawan yang dimasukkan ke dalam plastik itu bukan satu, bukan juga dua, malah semuat yang boleh. Lepas itu ia ditiup

Page 88: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KR l STAL

sehingga plastik jernih kembung dan kencang, kemudian diikat ketat supaya angin di dalamny a tidak keluar. Benih semaian y ang ada di dalam plastik itu akan diletakkan di tempat yang terlindung daripada sinaran matahari.

"Cara menyemai begini amat menguntungkan kita. Kita tak perlu menyiram." Lazim masih ingat ajaran yang diberikan oleh sahabatnya Kamil.

"Jadi bila pokok benih yang ada di dalam plastik itu boleh dikeluarkan?" "Sekurang-kurangnya sebulan. Kalau lebih seminggu lagi baik." Begitulah pengajaran dan panduan yang diperolehi Lazim dari sahabatnya

Kamil. Pokok benih yang ada di dalam plastik itu hanya mengharapkan titisan air peluh bagi pengairannya. Cara penyemaian begini amat baik kerana biasanya jarang pokok benih itu mati, sebaliknya tetap kelihatan segar. Keluar saja dari kotak semaian, ia sudah nampak hidup subur dan menarik.

Selesai menunaikan sembahyang asar, Lazim cepat menukar pakaian. Dia hendak menyemai benih bunga kertas yang memang sudah disediakannya pagi tadi. Macam-macam benih yang ada. Semua benih itu diperolehinya dari Kamil. Kamil pula memperolehi benih dari Miri dan Thailand.

Lazim memang rajin mengusahakan tanaman bunga kertasnya. Boleh dikatakan setiap hari, pagi dan petang dia akan menghabiskan masa yang banyak untuk menjaga, membubuh baja, menyemai benih baru bunga-bunga kertas yang ada di dalam peliharaannya. Hanya sejak kebelakangan ini kerjanya sexing terganggu akibat penyakit batuknya. Puas sudah dia berubat, jumpa doktor di rumah sakit kerajaan dan doktor klinik persendirian namun batuknya masih belum hilang.

Kadang-kadang sembuhnya hanya untuk beberapa minggu, kemudian batuk itu akan datang lagi terutama kalau dia tersalah makan. Ubat batuk sudah beraneka jenis yang dimakan, diminum tetapi kesannya belum ada di antara ubat-ubat itu yang dapat menyembuhkan batuknya.

"Kalau ubat-ubat moden tak dapat menyembuhkan batukmu, elok dicuba ubat tradisional." Barudin jirannya pernah memberi pandangan kepada Lazim. Tetapi bila ditanya cara pengubatan tradisional yang dikatakannya itu, Barudin tidak dapat menjawab.

"Itu kena tanya dukun atau bomoh." Mudah dia menjawab. Sekarang sejak mengalami batuk yang agak teruk itu, badan Lazim

semakin kurus. Selera makannya juga kurang. Merokok juga sudah dijauhinya. Pada mulanya amat sukar untuknya meainggalkan kebiasaan yang sudah mendarah daging itu. Namun atas nasihat doktor dan larangan isterinya Salbiah serta anak-anaknya, Lazim patuh dan menguatkan diri melawan selera dan kemahuan merokok. Paling sukar dirasakannya selepas makan tengah hari atau malam. Di saat seperti inilah dugaan dan keinginan untuk merokok amat kuat.

Page 89: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

Sebuah kereta berwarna biru berhenti di jalan raya yang hanya beberapa meter dari rumah Lazim. Penumpangnya sepasang suami isteri dalam lingkungan hampir lima puluh tahun keluar dan berlenggang tenang menuju ke arah Lazim yang sedang tekun memasukkan benih-benih bunga di dalam cawan ke dalam plastik jernih.

Salbiah turun untuk melayan tetamu yang datang. Hajat mereka adalah untuk membeli benih bunga. Lazim hanya menegur mereka dan meneruskan pekerjaannya. Salbiahlah yang melayan tetamu itu. Banyakjuga benih bunga yang hidup subur itu mereka beli. Selesai urusan jual beli pelanggan mereka itu pun kembali ke kereta dan sebentar kemudian terus berlalu. Pelanggan tadi bukan baru sekali dua datang ke rumah mereka, malah sudah acapkali.

"Terdayakah awak meniup plastik itu bang?" Salbiah memandang suaminya yang tekun meniup kotak plastik jernih yang di dalamnya berisi benih-benih bunga. Batuk Lazim mula kedengaran. Dia tidak dapat meneruskan kerjanya. Batuknya semakin menjadi-jadi.

"Bawa berehat bang. Kesihatanperlu dijaga. Saya sudah suruh awak beli pam. Senang. Tak menyusahkan awak."

Lazim masih batuk. Tetapi sekarang batuknya agak reda. Namun begitu Lazim merasakan bahagian dadanya sakit, perlahan-lahan dia duduk di anak tangga. Batuknya sudah berhenti. Tetapi hembusan nafasnya kelihatan satu- satu, tidak ubah seperti orang baru lepas berlari.

"Bawalah berehat. Wang banyak pun kalau badan sakit, tak ada gunanya." Tiba-tiba sebuah kereta berwarna hijau tua berhenti di seberang jalan.

Pemandu bersama penumpangnya keluar. Kedua-duanya perempuan. Salbiah pantas melayani mereka. Lazim hanya memandang sambil merehatkan dirinya. Sejak kebelakangan ini bunga-bunga semaiannya semakin laris. Itu sebabnya dia bersungguh-sungguh menanam lebih banyak lagi benih bunga. Dia tidak mahu pelanggannya nanti akan kehampaan. Salbiah memang cekap dalam melayani pelanggan. Sebentar kemudian kedua-dua orang perempuan sebayanya itu pun berlalu dengan masing-masing membawa empat pasu kecil bunga yang sudah hidup subur, malah sudah pun mengeluarkan bunganya.

"Senang-senang kita dapat enam puluh ringgit bang." Lazim senyum. Hatinya girang kerana perniagaan bunga kertas memang

mendatangkan hasil yang lumayan. Dia bangkit dan berjalan ke arah kotak plastik jernih yang sudah pun berisi benih bunga yang disimpan di dalam plastik hitam. Dia meneruskan kerjanya meniup plastik jernih sehingga kembung. Setelah itu diikat ketat dan bahagian hujung itu digantung supaya ia tidak terlondeh andainya udara di dalam kurang. Dan selesai membuat kerja-kerja itu batuknya datang semula.

"Saya rasa eloklah berehat bang. Nanti batuk awak itu semakin teruk. Kita juga yang susah."

Page 90: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KR ISTAL

"Tak apa. Kerja yang abang buat ini pun sudah hampir siap. Hanya satu kotak saja lagi yang perlu ditiup."

"Biar saya saja yang meniupnya bang." "Jangan. Itu bukan kerja perempuan." "Sekarang, apa lelaki boleh buat, perempuan pun boleh." "Jangan degil." Salbiah tidak berani bersuara. Dia tidak mahu menyinggung perasaan

suaminya. Sementara itu batuk Lazim semakin menjadi-jadi sehingga sukar untuknya bernafas. Salbiah pantas mengurut-urut tengkuk, belakang dan dada suami yang amat dikasihinya itu. Lazim dipapahnya perlahan-lahan naik ke rumah. Sampai di atas segera diambilnya minyak dan disapukan ke bahagian dada, belakang serta tengkuk Lazim. Reda batuknya selepas itu.

"Ambilkan aku air sejuk. Campurkan sedikit air panas." Mendengar suruhan itu, Salbiah bangkit dan terus berlalu ke ruang dapur.

Dan sebentar kemudian dia sudah keluar semula membawa apa yang diinginkan oleh suaminya. Tangannya sendiri yang menyuakan cawan ke mulut Lazim. Lazim hanyamembukakan mulutnya dan menelan air yang masuk ke mulutnya. Begitu teliti, begitu berhati-hati dia meneguk air di dalam cawan itu. Batuk Lazim sudah reda. Kalau ada pun hanya batuk beberapa kali. Itu sudah biasa baginya.

"Bawalah berehat bang. Esok saja menyambung kerja awak yang belum siap tadi."

Lazim diam. Dia amat kesal dengan keadaan dirinya sekarang. Batuknya sering mengganggu pekerjaannya. Padahal baginya kerja yang terbengkalai itu amat penting, amat berharga. Wang jualan benih bunga kertas yang disemainya sudah melebihi lapan ribu ringgit. Hanya seribu ringgit dari wang itu yang diarnbilnya. Itulah yang dibuatnya sebagai modal. Dia bertekad benar untuk mengumpul wang bagi kegunaan keluarganya. Dia amat menyedari bahawa wang adalah segala-galanya. Kalau punya wang, saudara jauh menjadi dekat. Teman taulan pun ramai. Dan paling diingatnya ialah untuk persiapan membayar rumah perpindahan yang akan dimilikinya nanti. Itulah idaman dan cita-cita yang belum terlaksana. Dia berharap akan sempat menduduki rumah perpindahan kelas 'B' yang menjadi pilihannya.

"Assalamualaikum!" Satu suara dari halaman memecah kesunyian dan mengejutkan Lazim dari lamunannya. Pantas salam dijawab. Salbiah segera bangun lalu menuju ke muka pintu yang memang ternganga. Di bawah kelihatan Kamil bersama isterinya. Pantas tetamu itu diajak naik. Pada mulanya Kamil hanya mahu berbicara dengan Lazim di bawah tetapi setelah didesak, akhirnya dia dan isterinyapun naik dan duduk di sisi Lazim. Salbiah pula lenyap ke ruang dapur.

"Aku datang ini membawa benih bunga baru." Kamil membuka cerita.

Page 91: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

"Mengapa bersusah payah menghantarnya ke mari? Bukankah aku berjanji akan turun ke bandar hari Jumaat ini."

"Sebenamya kami dalam perjalanan hendak ke Miri. Malam ni kami bermalam di rumah sepupu isteriku ni."

Isteri Kamil senyum. "Mengapa tak bermalam saja di sini?" Kamil dan isterinya berpandang-

pandangan. "Bermalam saja di sini. Aku pasti kau belum memberitahu sepupu

isterimu itu bukan?" "Ya. Err baiklah. Tapi lain kali kalau turun ke bandar, kamu pula

bermalamdi rumah kami." Kamil dan Lazim ketawa. Sayangnya ketawanya terganggu oleh batuknya.

"Khabarnya pasu buatan Miri semakin laris, sehingga ada ketikanya kalah orang membuat." Isteri Kamil yang mendiamkan diri sedari tadi pula bersuara.

"Sekarang harga pasu memang melambung. Bunga apa yang awak bawa, Karnil?"

"Ada tiga jenis. Gelombang biru, awan berlari dan Indian black." "Pelik-pelik dan macam-macam saja nama bunga kertas sekarang.

Banyakkah benih yang kaubawa tu?" "Adalah sepuluh pasu setiap satu jenis." "Banyak juga tu. Terima kasihlah Kamil. Sekarang dengan bemiaga

bunga kertas pendapatanku cukup lumayan." Perbualan mereka terhenti dengan munculnya Salbiah dari ruang dapur.

Cawan rninuman diletakkan di atas meja. Asap tipis dari minuman naik ke udara.

"Silakan minum, Kamil. Kopi bujang. Kalau kami tau awak nak datang, boleh juga kami sediakan kuih." Lazim berseloroh. Dan mereka berempat pun minum bersama-sama. Selesai minum, mereka turun ke halaman. Kamil dan Lazim pergi ke kereta mengambil anak-anak bunga kertas yang dikatakannya tadi. Sementara Salbiah dan isteri Kamil melihat-lihat benih bunga yang hidup subur di tempat semaian.

Page 92: KACA-KACA KRISTAL

Ketiga Belas

JAMAL AMAT sedih mendengar berita yang baru disampaikan oleh ibunya. Hatinya hiba bercampur geram. Sungguh tidak diduganya isterinya tergamak berbuat begitu.

"Ayah mentua kaulah yang mendesaknya supaya pulang. Dan dia juga menyuruh Yati menuntut cerai daripada kau."

Jamal mengeluh. Sejak ditahan di penjara hampir dua minggu, memang tidak pernah dia melihat Yati datang melawatnya. Yang sering datang hanyalah Zakiah dan kakaknya Mahani. Kedatangan ibunya adalah untuk menceritakan tentang wasiat Lamit, terutama tentang pembahagian harta. Baru dua hari yang lepas Zakiah dibawa oleh Chin Soo rakan kongsi niaga amah suaminya berjumpa dengan seorang peguam prebet di Bandar Seri Begawan. Melalui surat wasiat yang dibacakan oleh peguam itu, semua harta suarninya dibahagi-bahagikan kepada dirinya, Mahani, Jamal, Chin Soo dan lapan puluh ribu ringgit kepada Lazim.

"Saya tak mengharap sangat kepada harta peninggalan ayah itu mak. Penjara yang baru saya diami ini telah membuka hati saya. Harta dunia itu tak penting. Malah ada ketikanya harta itu yang mnjadikan adik-beradik berbalah."

Zakiah amat terharu melihat perubahan Jamal. Dan sekarang fikirannya menjadi lapang, kerana satu demi satu masalah yang dihadapinya dapat diselesaikan. Hatinya paling girang melihat perubahan Jamal. Sebelum datang ke sana tadi, hatinya membayangkan kemarahan dan kedegilan Jamal. Mungkin juga hatinya tidak puas dengan harta pemberian ayahnya.

"Sekarang saya sudah tidak meninggalkan sembahyang mak. Di sini ada kelas belajar agama. Sejak mengerjakan sembahyang, hati dan perasaan saya amat tenang." Sekali lagi Zakiah takjub melihat perubahan Jamal. Jauh di sudut hatinya mengakui bahawa setiap kejadian buruk itu ada hikmahnya. Kalaulah Jamal tidak di penjara, besar kemungicinan sekarang dia masih tidak tahu sembahyang. Apalagi nak bersyukur. Mungkin pula wasiat ayahnya akan ditentangnya.

"Ada satu lagi wasiat ayahmu, 3amal." "Apa dia mak?" "Arwah ayahmu mau Mahani dikahwinkan dengan Ahmad."

Page 93: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

"Tunaikanlah wasiat ayah tu mak. Mudah-mudahan roh ayah akan tenang dan damai." Zakiah terharu dengan ucapan itu. Titis-titis airjernih membasahi pipiny a.

"Mak menangis? Mengapa mak?' "Mak terharu bercampur gembira melihat perubahan dirimu." Jamal hanya mendiarnkan diri. Memang selama ini dia menyedari,

dirinya amat jahil tentang ajaran agama. Dia tidak menyalahkan orang tuanya. Sebaliknya dirinya sendiri yang bebal dan degil. Konon hidupnya moden sehingga suruhan agama mesti diketepikan. Dia amat bersyukur kerana penj ara telah membuka pintu hatinya, merubah pendiriannya. Apabila Zakiah bennohon diri, Jamal diulit kesunyian yang bukan kepalang. Pantas dia mengambil air sembahyang dan mengerj akan sembahyang sunat. Begi tulah yang sering dilakukannya setiap kali fikirannya kusut dan hatinya hiba didatangi kesunyian.

Di satu petang dengan bersusah payah, bertanyakan kepada orang di kawasan Duhun, akhirnya Zakiah dapat juga menemui rumah Lazim. Ketika dia sampai di sana, kelihatan Lazim dengan ditemani oleh Salbiah sedang tekun meneliti bunga kertas yang mereka semai. Batuk Lazim sering mengganggu perbualan mereka. Pantas Salbiah mempelawa Zakiah naik ke rumah. Tetamu yang juga sekaligus sebagai adik iparnya itu baharu pertama kali datang ke rumah mereka. Dia selayaknya dihormati dan dilayan dengan layanan yang sempurna.

Jauh di sudut hatinya, Zakiah merasa sedih dan terharu dengan keadaan rumah Larnit dan keluarganya. Dia tidak menyangka yang abang dan kakak iparnya akan tinggal di tempat itu, di rumah yang disifatkannya amat kekurangan.

Jauh sekalilah cantik, rasa hendak menitis air matanya apabila dia mengenang yang dirinya, arwah suaminya serta anak-anaknya hidup mewah, tinggal senang-lenang di rumah serba-serbinya cukup. Senang mata memandang, sedap tubuh merasa.

Ketika Zakiah mencecahkan punggungnya ke atas kerusi yang berkusyen lusuh, terdengar batuk-batuk Lazim yang makin mendekati mereka. Zakiah masih merasa kagum dengan rumah yang dianggapnya serba kurang itu tetapi cukup kemas dan bersih. Lazim muncul di ambang pintu dengan batuknya yang bertalu-talu.

"Mengapa tak dibawa ke rumah sakit, bang?' "Sudah bennacam ubat yang dimakan, diminum. Tapi batuknya tidak

juga kurang. Ubat hospital sudah, ubat doktor prebet pun sudah. Malah ubat kampung juga sudah dicuba namun batuk Abang Lazim masih tak sembuh." Salbiah menerangkan dengan panjang lebar.

"Inilah akibat merokok." Batuk. Dan batuk lagi. Dada diurut beberapa kali. Nafas turun naik tidak ubah seperti orang bekas lari.

Page 94: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

Salbiah minta diri ke ruang dalam. Sementara Zakiah dan Lazim terus berbual dengan ditemani batuk yang sekaligus pula mengganggu perbualan mereka. Tidak lama kemudian Sdbiah muncul dengan membawa sedulang minuman dan kuih. Asap tipis keluar dari minuman yang kini diletak di atas meja di depan Lazim dan Zakiah. Sepiring kuih seri muka dan bingka diletakkan di tengah-tengah.

"Jemputlah minum, Zakiah." "Rajin kau membuat kuih, Salbiah." Tangan Zakiah sudah pun mengambil

minuman dan meneguknya. Cawan diletak semula di atas meja dan tangannya mencapai sepotong kuih seri muka yang memang menjadi kegemarannya.

"Abang Lazim yang gemar makan kuih ni. Kebetulan setiap petang penjual kuih ada datang menjajakan kuih-muihnya di kawasan kampung ni."

Lazim mendiamkan diri. Tangannya sebelah kiri masih terus mengurut- urut dadanya. Batuknya sudah reda sebaik-baik saja bahagian dadanya disapu dengan minyak angin. Letak duduknya diubah, kini keadaannya seakan-akan orang berbaring. Bahagian kepalanya diletakkannya di atas penyandar kerusi yang dialas dengan kusyen yang kelihatan sudah lusuh warnanya. Minuman di depannya masih dibiarkan, tidak disentuh.

"Minum dan makanlah Zakiah. Janganlah segan. Hatiku amat senang dengan kedatanganmu." Perlahan kata-kata itu di tuturkan.

"Sebenarnya bang, kak, kedatangan saya ni membawa maksud. Kata - orang, tinggi gunung, tinggi lagi hajat saya." Sepotong kuih bingkadiambilnya

dan kini sudah pun masuk ke dalam mulutnya. Sudah agak lama juga kuih ?= kebanggaan bangsanya itu tidak dimakannya, sekarang terasa pula sedapnya.

. - Salbiah memandang Lazim untuk meminta kepastian tentang ucapan

Zakiah itu. Lazim yang memahami maksud pandangan isterinya itu segera , .- + s- pula mengubah letak duduknya. Kini menjadi tegak, namun bahagian

I . , badannya masih diletakkan di bahagian penyandar kerusi. L. v

, - "Nampaknya berhajat benar kedatangan kau ni, Zakiah. Terangkanlah. 9 i

-& Kalau kami terdaya, akan kami bantu. Tapi kalau tidak tu, kami minta

B 5 maaflah. Kau pun maklum juga dengan keadaan kami." Batuk kecil menjadi .. 5 . *

,L z penutup kata-katanya. + t

E td " ,. "Mungkin saya ni dikata orang sudah membuang adat dan resam bangsa 1 - " g .

kita. Sumbang di sisi adat." w7 - g "Apa pun soalnya, katakan sajalah hajat kau tu. Biar karni pertimbangkan g - L - keputusannya."

+ "Begini bang, kak. Saya ni hendak merujuk semula perundingan keluarga

d kita dua tahun yang lalu."

Lazim dan Salbiah berpandangan. Kenangan yang dikatakan oleh Zakiah berrnain di ruang mata mereka. Pada masa itu mereka datang ke rumah Zakiah dan Lamit. Hajat hati hendak menjodohkan Ahmad dan Mahani. Tetapi sayangnya hasrat yang suci itu telah ditolak. Ahmad merajuk dan

89

Page 95: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

berjauh hati lalu membawa diri ke Bandar Seri Begawan. Dan nasibnya baik kerana telah diterima belajar di Universiti Brunei Darussalam.

"Jadi, maksudnya sekarang Zakiah mau Ahmad dan Mahani ditunangkan? Kemudian kahwin? Begitu?"

Angguk. Lazim hanya menjawab dengan batuk beberapa kali. Sementara Salbiah

senyum lebar. Di ruangan matanya terbayang yang tidak lama lagi dia akan menerima menantu. Dan kalau diizinkan Tuhan, setahun kemudian dia dan suaminya akan menimang cucu. Mengenang ha1 ini hatinya girang bukan kepalang .

"Bagaimana kak? Bang?" Salbiah memandang Lazim. Lazim pula memandang Salbiah. Zakiah

jadi bingung, sekejap memandang Salbiah, kemudian beralih pula memandang Lazim. Jawapan yang ditunggu-tunggu tidak kedengaran. Hatinya dibalut rasa bimbang. Takut kalau apa yang dihajatkan tidak terpenuhi. Hatinya dibalut rasa tunggu-tunggu tidak kedengaran.

Batuk Lazim semakin menggundahkan perasaannya. Kebimbangan bersarang di dada Zakiah tetapi dia masih tidak putus asa kerana sebelum melangkah ke rumah Lazim, dia sudah bermohon kepada Tuhan. Dia yakin, perrnohonannya akan dikabulkan ilahi. Seratus peratus dia yakin!

"Begini saja Zakiah. Kami tidaklah dapat memberikan kata putus. Perkara ini terpaksalah kami tanyakan kepada yang punya batang tubuh."

Angguk. Tidak ubah seperti burung tekukur memakan padi. "Bagi kami, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan." Senyum

memanj ang . Setelah menghabiskan sisa minuman di dalam cawannya, Zakiah meminta

diri. Walaupun ditahan oleh Salbiah dan Lazim untuk makan malam di rumah mereka, tetapi Zakiah menolak kerana dia ada urusan yang lain.

"Bagaimana boleh saya tau jawapannya kak, bang?" "Tunggulah dalam seminggu. Hari Khamis ni aku akan suruh Ahmad

pulang. Dapat kami rundingkan ha1 itu dengannya." Zakiah berhati-hati ketika menuruni anak tangga rumah Lazim. Matanya

sempat melerek kesuburan bunga kertas. Geram hatinya. Dia merasa alangkah indahnya kalau bunga yang subur

itu diletakkan di halaman rumah mewah peninggalan suaminya. Salbiah yang seakan-akan dapat membaca isi hati Zakiah, pantas membawakan kepadanya tiga pasu kecil yang mengandungi tiga pohon bunga yang hidup subur dan sudah berbunga.

"Eh, susah-susah pula." Tangannya pantas menjawat pasu yang disuakan kepadany a.

Tidak lama kemudian dia sudah berlalu dengan kereta yang dipandunya sendiri. Salbiah dan Lazim memandang ke arah kereta yang berlalu itu

Page 96: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

sehingga tidak kelihatan. Batuk Lazim kembali mengganggu. Angin petang bertiup agak kencang, walaupun cuaca nampak baik. Salbiah dan Lazim berjalan beriringan menaiki anak tangga ketika suara azan berkumandang melalui corong radio dan televisyen.

Page 97: KACA-KACA KRISTAL

Keempat Belas

KIN1 SEGALA keputusan sudah dibuat. Ahmad dan Mahani akan melangsungkan perkahwinan dalam masa sebulan lagi. Perkahwinan mereka akan dilangsungkan pada penghujung bulan Disember. Itu keputusan yang telah dibuat oleh kedua-dua belah pihak. Kini keluarga kedua-dua pihak sedang membuat persiapan majlis yang pertama kali mereka kendalikan. Ahmad sudah pun menempah kad jemputan. Begitu juga dengan Mahani. Mereka sama-sama mencetaknya di sebuah syarikat percetakan yang ada di Kuala Belait.

Satu berita yang amat ditunggu dan menggembirakan hati Lazim ialah tentang rumah perpindahan yang menjadi impiannya selama ini. Siang tadi dia menerima sepucuk surat yang menyatakan penyerahan kunci kepada pemilik rumah akan dilaksanakan seminggu dari tarikh perkahwinan Ahmad dan Mahani. Membaca surat itu, hati Lazim amat gembira. Tidak dapat digambarkannya betapa sukacitanya hati dan perasaannya. Walaupun sejak kebelakangan ini batuknya semakin kerap mengganggunya ketika membuat kerja. Badannya semakin kurus. Nafsu makannya juga kurang.

"Hatiku gembira sangat, Salbiah. Tak lama lagi kita anak-beranak akan mempunyai rumah kita sendiri." Salbiah senyum melerek, dia juga gembira sepei-ti suaminya. Dia membayangkan apabila pindah ke rumah baru mereka nanti, perniagaan mereka akan terus dikekalkan. Di sana tentu lebih mudah menempatkan pasu bunga-bunga kertas tanaman mereka kerana kawasan rumah cukup besar.

"Bila agaknya kita nak pindah bang?" "Itu belum dapat aku pastikan." Batuk mengganggunya daripada

meneruskan ucapannya. Kali ini batuknya agak memanjang dan bertali-tali. Dadanya terasa sakit, tangannya mengurut-urut dadanya. Salbiah pantas mengambil minyak angin dan menyapukannya ke bahagian dada suami yang amat dicintainya itu. Batuk Lazim reda dan kini pernafasannya kembali seperti biasa.

Di kotak fikirannya membayangkan penyesalan yang bukan sedikit. Kalaulah dulu dia tidak menjadi kaki rokok, sudah tentu dia tidak akan menghidap penyakit batuk seperti itu. Tidurnya tentu enak, tidak diganggu oleh batuk yang kadang-kadang bertali-tali sehingga mengganggu tidur

Page 98: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

isterinya. "Rasanya elok kita bincangkan perkara ini bersama dengan anak-anak."

Salbiah menyenangi cadangan itu. Baginya dalam saat gembira seperti itu memang tidak patut kalau mereka mengetepikan anak-anak. Apalagi kini anak mereka semuanya sudah dewasa. Ahmad tidak lama lagi akan melangsungkan perkahwinan. Sementara Aini sudah pun bertunang . Apabila keluar dari maktab perguruan nanti tentu mereka pula akan melangsungkan perkahwinan. Mungkin pada masa itu mereka sudah mempunyai cucu hasil perkahwinan Ahmad dan Mahani. Salbiah tersenyum melirik.

"Eh, apa yang awak senyurnkan tu Salbiah?" "Tak ada apa-apalah bang." "Janganlah kau hendak menyembunyikan sesuatu dariku." "Betul. Tak ada apa-apa. Takkan senyum pun tak boleh." "Saya gembira. Tak lama lagi kita akan dapat menantu. Kemudian akan

pindah pula ke rumah baru." Lazim juga senyum. Kini hatinya puas. Walaupun lama menunggu,

sudah lama bersabar, tetapi hasilnya tidak lama lagi akan dinikrnati. Namun begitu perbualan mereka suami isteri sering diganggu oleh batuk Lazim. Salbiah melihat jam dan mendapati sudah masanya untuk Lazim makan ubat. Tanpa mengucapkan sebarang kata-kata dia berlalu ke ruang dalam untuk mengambil ubat batuk suarni yang amat dicintainya itu.

Sebuah kereta kedengaran berhenti di seberang jalan. Lazim tidak menghiraukannya. Dia berpendapat mungkin Barudin jirannya yang pulang dari berjalan. Tangannya masih mengurut-urut dadanya. Minyak angin disapukan lagi. Terasa membara di bahagian dadanya yang dibubuh minyak angin itu dan dalam masa yang sarna terasa pula kelegaan. Batuknya juga kurang. Dia menyandarkan kepalanya ke bahagian penyandaran kerusi. Matanya dipejamkan.

"Minum ubat bang." Ubat sudah dituangkan ke sudu makan dan kini disuakan ke mulut Lazim. Lazim membuka matanya perlahan-lahan dan mengangakan mulutnya. Tidak lama kemudian ubat itu sudah masuk ke dalam mulutnya dan terus ditelan. Terasa seperti berangin bahagian kerongkongnya sebaik-baik saja ubat batuk itu masuk ke bahagian kerongkongnya.

"Assalamualaikum." Satu suara dari halaman rumah kedengaran. B agi Lazim dan Salbiah suara itu kedengarannya asing. Pantas Lazim menjawab salam dan melangkah ke muka pintu. Di halaman dilihatnya seorang lelaki separuh umur bersama seorang perempuan yang hampir sebaya dengan lelaki itu.

"Silakan naik," pelawanya rarnah. "Tak payahlah. Kami hanya nak membeii bunga." Lelaki yang berbadan

gempal bersuara. Perempuan yang juga gendut turut tersenyum.

Page 99: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

Salbiah dan Lazim turun. Mereka membawa tetamu yang sekaligus sebagai pelanggan mereka melihat-lihat benih bunga yang mereka kehendaki. Setelah puas melihat dan memilih mana bunga yang hendak dibeli, mereka berunding tentang harga pula. Seperti selalu, pelanggan biasanya tidak banyak kerenah tentang harga yang ditawarkan oleh Lazim kerana harganya amat berpatutan. Wang bertukar tangan. Lazim dan Salbiah membantu membawa benih-benih bunga kertas ke kereta lelaki dan perempuan berbadan gempal.

Kini pelanggan mereka sudah berlalu. Lazim dan Salbiah berjalan beriringan menuju ke rumah mereka.

"Wah ! Sekarang perniagaan kau semakin maju." Suara itu menghentikan langkah Salbiah dan Lazim. Dia memandang ke arah datangnya suara itu. Dia senyum bila melihat Barudin di tingkap rumahnya. Tak lama mereka berbual, Lazim dan Salbiah meminta diri pulang ke rumah mereka. Sampai di anak tangga, Lazim tidak terus naik. Dia duduk di anak tangga yang ketiga. Pandangannya dilemparkan ke arah benih-benih bunga yang disemainya. Hatinya memanjatkan syukur kepada Tuhan kerana dengan pertolongan-Nya dia dapat menyara keharganya daripada hasil bunga-bunga yang ditanam itu. Entah mengapa dia sendiri kurang faham, kenapa masyarakat sekarang amat berminat dengan bunga-bunga kertas. Bilangan bukan semakin berkurang, malah jadi sebaliknya. Kadang-kadang dia terasa tidak dapat menunaikan kehendak para pelanggan yang datang.

"Bang, jangan dibawa duduk lama-lama di bawah sana. Nanti badan awak sejuk. Batuk awak datang lagi." Seperti selalu, Lazim tidak banyak kerenah dan dia terus saja mengikuti kehendak isterinya. Dia perlahan-lahan melangkah memanjat anak tangga rumah mereka.

Sejak kebelakangan ini matahari seolah-olah segan hendak melihatkan dirinya. Awan selalu bertompok-tompok. Angin pula terasa dingin. Apalagi di kala malam d m dinihari. Sejuknya terasa benar. Mencekam sampai menyucuk tulang. Hujan membawa pengaruh kurang baik ke atas benih- benih bunga kertas dan pokok-pokok yang masih muda. Malah boleh menyebabkan pokok lemas, daun muda iuruh, pokok menjadi tidak berdaun dan benih pokok mati.

"Pokok muda mesti kena jaga. Hujan musuh paling utama, terutama kalau hujan lebat." Kata-kata itu masih terngiang di cuping telinga Lazim. Kamil pernah memberikan petua kepadanya tentang penjagaan bunga kertas muda.

"Jadi bagaimana cara mengelakkan pokok itu luruh daunnya?" "Lindungkan dari terkena hujan." Lazim menganggukkan kepalanya.

Memang dia amat terhutang budi kepada Kamil. Kamillah satu-satunya sahabatnya yang banyak memberikannya panduan dan pelajaran. Kalau tidak, mungkin dia tidak berjaya dalam perniagaannya sekarang.

Page 100: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRlSTAL

Lazim duduk di kerusi di ruang tamu. Matanya sengaja dipejamkan. Dia mahu merehatkan dirinya. Ketika itu terbayang dia dan keluarganya berpindah dan tinggal di rumah baru. Rumah milik mereka. Rumah yang hanya mempunyai tiga buah bilik tidur, sebuah bilik tamu, dapur dan ruang makan. Walaupun rumahnya tidak besar, tidak secantik rumah adiknya Lamit, namun dia merasa bangga kerana itulah satu-satunya harta pusaka yang bakal diwarisi oleh anak-an& dan isterinya. Kalaupun dia tidak ada nanti, dia tidak risau kerana anak dan isterinya ada tempat berlindung. Waimapun tidak besar, tetapi sudah cukup buat mereka. Lazim senyum. Dia benar-benar puas.

Ketika matanya hendak terlelap, sayup-sayup kedengaran suara azan maghrib. Salbiah datang mengejutkannya dan mengingatkannya supaya segera mengambil air sembahyang dan seperti biasa mereka akan mengerjakan salat maghrib berjemaah. Dengan langkah yang malas Lazim menuju ke bilik mandi untuk mengambil air sembahyang. Terasa dingin sekali air yang membasahi anggota wuduknya. Batuknya kedengaran menyelangi perbuatannya membasahkan anggota wuduk. Sementara itu Salbiah sudah pun siap sedia menunggu di tikar sembahyang.

Ketika sedang menikmati makan malam, terdengar orang memberi salam dan mengetuk pintu. Lazim yang memang tidak berselera makan, bangkit perlahan dan melangkah ke arah pintu. Salam kedengaran lagi diucapkan dari luar. Pantas Lazim menjawab salam itu. Dia pasti dan kenal benar dengan suara yang memberi salam tadi. Suara Ahmad. Tapi Lazim merasa hairan mengapa dia pulang lewat. Selalunya dia pulang sebelum maghrib. Lazim juga tertanya-tanya mengapa Ahmad datang seorang saja. Mengapa tidak bersama adik-adiknya. Pintu dibuka, kelihatan Ahmad, Aida dan Aini. Lazim gembira.

"Mengapa kamu pulang lewat? Tak pernah kamu pulang di waktu begini ."

"Abang yang tak dapat pulang awal ayah. Jadi kami terpaksa menunggu." Aini menjelaskan pertanyaan ayahnya.

"Habis kamu naik apa?" Lazim maklum, kalau sudah malam begitu pasti bukan dengan bas.

"Saya pinjam kereta kawan ayah." "Jangan selalu diamalkan meminjam harta orang, Ahmad. Nanti kalau

terjadi apa-apa, kau juga yang susah." Ahmad tidak menjawab kata-kata ayahnya. Dia merasa diam lagi baik,

kerana kalau dijawab sudah pasti akan panjang jadinya. Mereka berempat sudah pun masuk dan masing-masing mektakkan beg yang mereka bawa. Salbiah yang masih duduk di kerusi makan senyum lebar melihat kedatangan anak-anaknya. Terasa hilang rindunya. Lazim dan Salbiah meneruskan makan yang tergendala sebentar tadi. Sementara Ahmad, Aida dan Aini duduk di ruang depan menonton televisyen. Mereka sudah makan sebelum

Page 101: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

I ~ bertolak dari Bandar Seri Begawan tadi. Ahmad mengajak adik-adiknya I

makan di gerai. Selesai makan, Lazim duduk bersama Ahmad dan Aida. Aini pula pergi

ke dapur membantu ibunya mengemas dan membersihkan pinggan mangkuk lepas orang tuanya makan tadi. Selepas menunaikan sembahyang isyak berjemaah, kesemua ahii keluarga Lazim berada di depan kaca televisyen. Malam minggu ada tayangan gambar Melayu, tetapi sayangnya tayangan gambarnya sudah pernah mereka menontonnya beberapa bulan yang lalu, melalui pita video. Kesempatan itu digunakan oleh Lazim untuk membincangkan tarikh pindah rumah.

"Saya cadangkan elok kalau kita pindah sebelum Abang Ahmad kahwin. Di sanalah abang dikahwinkan." Aida membuka cadangan.

"Apa fikiran kau Ahmad?" Lazim menyoal. "Saya tak membantah ayah. Cuma daiam jemputan yang saya suruh cetak

tu, saya pakai alamat di sini." "Itu masih boleh diubah. Aini rasa kad jemputan abang belum dicetak

lagi. Elok abang hubungi pihak pencetak untuk menetapkan dan menentukan alamat baru."

"Ah, apa pulapendapat awak Salbiah?" BatukLazim kembali mengganggu perbualan mereka.

"Sayatak ada bantahan bang. Memang elokkita pindah selepas penyerahan kunci rumah tu nanti. Dan sempena perkahwinan Ahmad kita selajurkan majlis berdikir dan doa selamat serta kesyukuran sempena perpindahan kita."

Lazim batuk lagi. Kali ini batuknya agak panj ang. Perundingan terganggu. Dan selepas Salbiah menyapukan minyak angin di dada suaminya, batuknya berhenti. Perbincangan diteruskan. Akhirnya keputusan telah diambil yang mereka akan berpindah lebih awal dan Ahmad akan melangsungkan perkahwinan di rumah baru itu nanti.

"Tentang barang-barang di rumah ni, kita bawa saja yang penting dulu. Yang lain-lain tu kemudian kita bawa." Lazim membuat cadangan. Dia teringat kerja berpindah bukan senang. Mengemas dan mengangkat barang saja sudah cukup meletihkan. Usulnya juga mendapat persetujuan dari isteri dan anak-anaknya. Selesai perundingan, masing-masing merasa mengantuk. Akhirnya mereka masuk ke tempat tidur.

Dalam tidurnya Lazim berrnimpi dia berada di sebuah taman yang indah. Bunga-bunga yang ada di taman itu beraneka warna. Bau taman itu cukup harum. Dia berjalan-jalan di sekitar taman itu dan cuba mencari-cari seseorang yang boleh ditanyanya mengenai taman yang cukup mernikat hatinya itu. Seumur hidupnya belum pernah lagi dia melihat taman yang seindah itu. Tiba-tiba matanya melihat Salbiah, Ahmad, Mahani yang sedang mendukung seorang budak kecil lalu di depannya. Di belakang mereka itu pula kelihatan Aida, Aini dan tunangnya. Zakiah juga ada.

Page 102: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

Lazim memanggil mereka. Sayangnya panggilannya tidak dihiraukan oleh anak dan isterinya, menantu dan bisannya. Lazim memanggil lagi. Kali ini dengan suara yang lebih keras. Sekali lagi panggilannya tidak dihiraukan. Mereka yang dipanggilnya tems berlalu. Mereka seolah-olah pekak, seolah- olah buta tidak dapat melihat dia berdiri tidak jauh dari mereka. Dia menjerit lagi. Kali ini suaranya amat tinggi. Sayangnya suaranya itu tidak berjaya menyedarkan mereka yang dipanggilnya. Sebaliknya mereka terus berlalu. Makin lama semakin jauh jarak mereka dengannya. Lazim merasa amat kecewa. Dia cuba melangkahkan kakinya untuk mengejar mereka. Tetapi aneh, kakinya dirasakannya amat sukar untuk dilangkahkan. Kalaupun boleh hanya untuk satu langkah yang kecil. Kakinya terasa amat berat! Namun begitu dia tems menggagahi dirinya untuk mengejar anak dan isterinya yang semakin jauh meninggalkannya.

Lazim terjaga dari tidurnya. Dia melihat jam di dinding. Waktu baru menunjukkan jam empat pagi. Kedinginan amat terasa. Batuknya datang semula. Bertali-tali. Sehingga susah untuknya bernafas. Salbiah terjaga dan membantu mengurut tengkuk serta belakang suarninya. Minyak disapu sekeliling tengkuk, belakang dan dada. Batuknya reda.

Salbiah kembali merebahkan dirinya ke bantal dan tidak lama kemudian dia terlelap. Lazim masih duduk, matanya tidak mengantuk walaupun tadi Salbiah menyuruhnya kembali tidur. Fikirannya tertumpu mengingatkan mimpi yang baru dialaminya tadi. Sampai subuh menjelang dia masih terpacak duduk di sisi isterinya yang sekali-sekala terdengar dengkurnya. Ketika Salbiah terjaga, dilihatnya suaminya masih tidur. Dia sengaja tidak mahu mengganggu suaminya, dia terus bangkit dan berlalu ke ruang dapur. Di sana dilihatnya Aida sedang memasak air.

"Kau sudah sembahyang, Aida?" "Sudah mak. Entah mengapa mata saya terjaga awal hari ini. Saya terus

bangun, mandi dan sembahyang." "Mak bangun lambat. Malam tadi ayah kau batuk lagi." "Ketika itulah saya terjaga mak. Masa tu dah pukul empat pagi. Ayah

belum bangun lagi mak?" "Belum. Pergilah kaukejutkan. Nanti habis pula waktu subuh. Mak nak

ke bilik air, perut ni terasa memulas pula." Salbiah tems membuka pintu belakang dan dengan menggunakan lampu picit tenaga tiga bateri dia menuju ke tandas yang terletak kira-kira dua puluh meter di belakang rumah mereka. Sementara Aida tems ke bilik ayahnya.

Keheningan subuh yang dingin dan syahdu itu temsik oleh raungan Aida. Ahmad, Aini yang masih enak tidur terjaga. Salbiah yang bam sekerat jalan melepaskan hajatnya tersentak dan bum-bum mengambil air. Dia berlari an& menuju ke mmah.

"Ada apa, Aida?"

Page 103: KACA-KACA KRISTAL

KACA-KACA KRISTAL

\ "Ayah bang. Ayah sudah tiada." Sedu-sedannya menjadi-jadi. "Ayah!" "Apa dah terjadi Ahmad, Aida, Aini?" "Ayah sudah pergi mak." Ahmad tidak tahan, dia juga tersedu. Salbiah f

i tergamam. Aidadan Aini terus menangis. Salbiah menitiskan air mata. Suara tangisnya tidak kedengaran. Hanya air mata yang jatuh membasahi pipinya. i

Tangannya memegang badan suaminya yang terletak miring. Diangkatnya b! F,

tangan kanan suaminya yang terletak di dadanya. Alangkah terkejutnya Salbiah, di tapak tangan itu kelihatan tompok-tompok darah pekat. Dan air matanya terus jatuh bagai manik putus daripada talinya. Aida dan Aini terus

I i i

meratap di sisi ayah mereka yang kini pergi jauh dan sudah pasti tidak akan ! 1

kembali. Ahmad bangkit longlai sambil mengesat hidungnya. Seribu kesal i f

bersarang di dadanya.

Page 104: KACA-KACA KRISTAL

K ACA-KACA KRISTAL novel sulung A.Moharnrnad Tirnbang rnernaparkan ten-

tang kehidupan rnanusia yang berbeza latar belakang. Seorang telah berjaya dalarn kehidupan sernentara seorang pula seba- liknya. Tetapi apakah kejayaan dan kernewahan yang diraih itu dapat rnenjarnin segala-galanya? Novel ini rnenarik audien untuk rnenginsafi bahawa dalarn rnen- jalani kehidupan seseorang itu hendaklah berpandangan jauh dan mernikirkan rancangan rnasa depan.

49)1. 4- irb d4 d * ~ DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BECIA DAN SUKAN