k4 globalisasi

24
ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN: Globalisasi Dalam Pendidikan Guru dan Cabaran Semasa

Upload: sookvon

Post on 13-Aug-2015

25 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

ISU DAN CABARAN

PENDIDIKAN:

Globalisasi Dalam

Pendidikan

Guru dan Cabaran Semasa

HASIL PEMBELAJARAN

Menghuraikan faedah, kesan dan cabaran globalisasi dalam pendidikan (1.1)

GLOBALISASI

Proses mengetepikan sekatan untuk mewujudkan dunia terbuka dan tanpa

sempadan

GLOBALISASI Satu ideologi perubahan budaya, sosial dan

politik yang dicetuskan oleh kemajuan pesat

ICT.

Dalam konteks ini, globalisasi menyebabkan

wujudnya konsep dunia tanpa sempadan,

konsep liberalisasi maklumat, konsep

pembelajaran global, konsep perubahan

global dan sebagainya (Abd. Rahim, 2005).

ICT

Menurut Ward & Peppard (2003), ICT merujuk

kepada teknologi (hardware, software,

telecomunication dan networks). Sesuatu yang

nyata (tangible) contohnya komputer peribadi,

servers, routers, kabel dan sesuatu yang tidak

nyata (intangible) contohnya software.

ICT

Kekangan dan

cabaran

penggunaan ICT

Kekangan dalam

menghabiskan silibus

Sikap negatif

guru

Kekurangan kemahiran

Kekurangan prasarana dan

bahan

sokongan

Jurang ICT dan digital

Peranan ICT dalam

pengajaran dan

pembelajaran

Meningkatkan motivasi guru dan pelajar

Membolehkan pembelajaran

bersendiri

Meningkat kemahiran

ICT

PERANAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Ini bermaksud menggunakan ICT secara

berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk

meningkatkan kecekapan proses dan

keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran.

PERANAN ICT: Berupaya meningkatkan kefahaman dan

penguasaan guru dan pelajar terhadap

pelajaran.

Memberi peluang pembelajaran yang sama

kepada semua pelajar yang pelbagai

keupayaan.

Membolehkan pembelajaran bersendiri

(individualise learning).

Membolehkan guru mengakses maklumat

yang sukar diperolehi.

Membolehkan guru mengumpul maklumat yang

perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk

diperoleh.

Membolehkan pelajar mencuba atau melaksana

eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau

bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa.

Meningkat daya kreativiti dan imaginasi guru dan

pelajar.

Memberi peluang kepada pelajar belajar secara

berkesan dengan bimbingan yang minimum.

KEKANGAN DAN CABARAN PENGGUNAAN ICT

1. Kekangan Dalam Menghabiskan Silibus

Penggunaan internet memerlukan masa

yang lama untuk dilayari dan diakses

walaupun dari segi sikap guru bersedia

menggunakan komputer dalam pengajaran.

2 Sikap Negatif Guru

Sebahagian guru yang telah sebati dengan kaedah tradisional dan sukar untuk membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional.

3 Kekurangan Kemahiran

Penggunaan IT mempunyai hubungan yang signifikan dengan bidang pelbagai kecerdasan atau multiple-intelligences yang mencorakkan budaya pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada pembelajaran konvensional.

4. Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan

Satu cabaran penting pendidikan di sekolah

ialah menyediakan kemudahan komputer

untuk semua pelajar. Ini bermakna

kemudahan komputer tidak terhad kepada

golongan tertentu sahaja tetapi melibatkan

keseluruhan pelajar tanpa mengira status

ekonomi, sosial, kaum dan sebagainya.

Kecanggihan kemudahan ICT yang terdapat

di sekolah pada masa ini adalah tidak

seragam. Ada yang meletak komputer di

dalam bilik darjah, ada juga yang meletakkan

semua komputer ini di dalam makmal. Ada

yang memilik sambungan kepada Internet,

ada yang tidak.

5 . Jurang ICT dan Digital

Ketidakseimbangan yang berlaku dalam masyarakat terutama dan segi ekonomi, pendapatan, pendidikan, kemudahan infrastruktur. pemodenan dan sebagainya akan memberi kesan terhadap kemajuan ICT dan digital.

Lebih banyak peruntukan dan guru-guru yang terlatih dalam bidang ICT dan digital perlu disediakan bagi membantu pelajar dan sekolah melaksanakan misi dan visi membentuk masyarakat IT dan masyarakat digital.

6. Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi

Pihak sekolah yang tidak mempunyai sumber

kewangan yang mencukupi bagi membiayai

berbagai-bagai kos penggunaan teknologi

maklumat akan kembali kepada pembelajaran

konvensional.

Kelemahan kepimpinan sekolah yang kurang

komited terhadap penggunaan ICT juga boleh

menyebabkan sekolah tertinggal dari arus

perubahan perdana yang berlaku.

CADANGAN

1. Kekangan Dalam Menghabiskan Silibus

Pendekatan pengajaran menggunakan ICT

perlu meluaskan dimensi dunia ICT yang

mencakupi penggunaan internet, melayari

laman web, on-line, e-mel, program

pendidikan yang diselaraskan di peringkat

sekolah, dan perisian yang perlu dirancang

sesuai dengan spesifikasi kurikulum sekolah

dan digunakan secara intensif dan ekstensif

dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran perlu dirancang dengan baik,

bukan secara “bidang terjun” atau sebagai

aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan

dengan kurikulum.

2 Sikap Negatif Guru

Guru harus meninggalkan pengajaran-

pembelajaran cara lama yang diamalkan,

sebaliknya memikirkan pembelajaran dinamik

dalam konteks penggunaan teknologi

maklumat.

Pemikiran positif perlu wujud di kalangan

pelaksana dasar penggunaan ICT di semua

peringkat sistem pendidikan di negara ini bagi

membolehkan ICT diadaptasikan dan

diperluaskan dalam budaya pembelajaran.

Guru-guru perlu diberi latihan dalam

penggunaan teknologi baru untuk

diaplikasikan di dalam bilik darjah.

3 Kekurangan Kemahiran

Guru perlu didedahkan kepada idea baharu

dan peluang dalam kerjaya profesion

keguruan mereka seperti menghadiri kursus ICT

jangka pendek.

Pihak sekolah juga perlu mengambil inisiatif

memajukan profesion keguruan dalam konteks

penggunaan ICT dalam pendidikan agar guru-

guru yang berkhidmat di sekolah menerima

perubahan dan kemajuan dalam kerjaya

profession keguruan mereka.

Program perkembangan staf yang melibatkan

profesion keguruan di sekolah-sekolah harus

dirancang dengan baik.

Ini boleh membawa kepada inovasi dan

perlaksanaan dasar pembaharuan pendidikan

dilakukan. Profesion keguruan harus sentiasa

terbuka kepada perubahan, pembaharuan

dan inovasi baharu dalam penggunaan ICT di

Sekolah.

4. Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan

Memperbaiki infrastruktur komunikasi dan

multimedia seperti kemudahan komputer,

lebar jalur tinggi yang bersepadu dan

sambungan Internet serta makmal komputer.

Meningkatkan infrastruktur seperti rangkaian,

kandungan tempatan, insentif dan

perundangan untuk membentuk persekitaran

yang membolehkan penyediaan infrastruktur.

5. Jurang ICT dan Digital

Penggunaan komputer perlu dipergiatkan

dan diperluaskan, terutama di sekolah-

sekolah di luar bandar.

Memastikan lebih ramai pelajar mendapat

faedah.

Pembangunan perisian untuk mata pelajaran

Matematik, Sains, Bahasa Malaysia, Bahasa

Inggeris serta Teknikal dan Vokasional perlu

dipergiatkan. Manakala perisian untuk mata

pelajaran lain perlu dibangunkan.

6. Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi

Soal implikasi kos sering kali menjadi kriteria

bagi melaksanakan pembelajaran

berasaskan komputer di sekolah-sekolah.

Sekolah perlu merangka belanjawan

pendidikan yang semakin meningkat,

khususnya perbelanjaan yang melibatkan

penggunaan kemudahan, peralatan dan

perkakasan teknologi maklumat.