k3kemahiran mengajar

21
Kaedah Mengajar • Kaedah mengajar merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dan berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih, dengan tujuan mencapai objektif pelajaran dalam masa jangka pendek.

Upload: khairulhifzanbaba

Post on 06-Sep-2015

268 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pendidikan

TRANSCRIPT

  • Kaedah MengajarKaedah mengajar merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dan berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih, dengan tujuan mencapai objektif pelajaran dalam masa jangka pendek.

  • PengajaranPengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu.

  • Ia meliputi perkara-perkara seperti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian, dengan tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar dengan cara yang berkesan.

  • Pengajaran boleh difahamkan sebagai proses penyampaian kemahiran, ilmu pengetahuan, sikap dan nilai-nilai. Ia akan menyebabkan perubahan tingkah laku seseorang pelajar.

  • Menurut Yaxley,B.G.(1991) Pengajaran merupakan satu tindakan bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna.

    Beliau juga berpendapat bahawa pengajaran merupakan satu aktiviti intelek. Ia melibatkan pemikiran, perasaan serta penilaian.

  • PembelajaranPembelajaran boleh difahamkan sebagai proses perubahan tingkah laku yang agak tetap dan berlaku kerana pengalaman atau latihan yang diteguhkan.

  • Pembelajaran berlaku apabila rangsangan diproses oleh otak seseorang untuk dijadikan pengalaman.Pengalaman ini pula akan digunakan untuk sesuatu tingkah laku atau tindakan.

  • RangsanganPemikiranPerubahan tingkahlaku

  • Ciri-Ciri PembelajaranPembelajaran menunjukkan berlakunya perubahan tingkah laku.Perubahan tingkah laku itu agak tetap dan bukan sementara.Perubahan tingkah laku adalah akibat pengalaman.

  • Pengalaman yang diterima oleh individu seharusnya diteguhkan atau diberi ganjaran. Dengan kata lain, pengalaman yang manis sahaja yang akan diulangi.Pembelajaran adalah satu proses yang berterusan.

  • Pembelajaran bukan dihasilkan oleh proses biologi. Adalah jelas kepada kita bahawa perubahan tingkah laku yang dimaksudkan dalam pembelajaran bukan disebabkan oleh gerak balas yang diwarisi.Pembelajaran boleh berlaku secara formal dan tidak formal.

  • Tujuan mengajarTujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru.

  • Proses pengajaranProses pengajaran meliputi aktiviti-aktiviti latihan pelaziman, tunjuk ajar atau indoktrinasi yang akan menukar tingkah laku dan kelakuan di samping membawa ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru kepada pelajar-pelajar.

  • Proses Pengajaran pembelajaranMengikut Robert Glaser(1968) proses pengajaran dan pembelajaran meliputi komponen :Objektif pengajaranPengetahuan sedia adaKaedah mengajar Penilaian

  • Komponen persediaan mengajarKomponen persediaan mengajar ialah:PersediaanPenyampaian. Langkah-langkah pengajaranPenutup

  • PersediaanGuru membuat persediaan mengajar dan menulisnya di dalam buku rekod mengajarnya. Bahagian ini ialah bahagian perancangan guru.Perkara-perkara yang perlu dirancang dan ditulis dalam buku rekod mengajar sebelum membuat pengajaran ialah:

  • Mata pelajaran Topik Subtopik Tarikh Masa Tingkatan Bilangan pelajar

  • Hasil pembelajaran Pengetahuan sedia ada Penggabungjalinan Alat bantu mengajar Penerapan nilai

  • Langkah-langkah pengajaranLangkah-langkah pengajaran terdiri dari: Set induksi Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Penilaian

  • PenyampaianIsi pelajaranKemahiranStrategi pengajaran dan pembelajaranAktiviti guruAktiviti pelajarPenerapan nilai Penggunaan sumber

  • PenutupJenis dan cara penutupPenutup KognitifPenutup sosialAktiviti susulanRumusan dan kesimpulan