jurnal refleksi seni lakonan awalan

Upload: shera-shahirah

Post on 04-Jun-2018

307 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 JURNAL REFLEKSI Seni Lakonan Awalan

    1/15

    Refleksi mingguan seni lakonan awalan D20121058390

    TUGASAN individu

    Kod kursus:Seni lakonan awalan

    ATP 3013)Tajuk:

    Jurnal refleksi

    NAMA PENSYARAH : ENCIK NOR SHURADI BINHAJI NOR HASHIMNama pelajar: Mohammad syukor binmuhammed yusof

    No matrik: D20121058390Link:

  • 8/13/2019 JURNAL REFLEKSI Seni Lakonan Awalan

    2/15

    Refleksi mingguan seni lakonan awalan D20121058390

    JURN L REFLEKSI SENI L KON N W L NMINGGU: 1 TARIKH: 9 SEPTEMBER 2013

    MASA : 11.OO A.M-1 P.M TEMPAT: Bilik seni lakonan

    1. SEBELUM Kuliah pertama subjek minor iaitu seni lakonan awalan teater diadakan di bilik seni

    lakonan Fakulti Seni Muzik dan Persembahan.

    Seramai 38 orang pelajar bagi subjek ini yang terdiri daripada 18 orang pelajar lelaki dan20 orang pelajar perempuan.

    Bagi pelajar yang mengambil minor Teater adalah seramai 13 orang pelajar yang terdiridaripada 5 pelajar perempuan dan 8 orang pelajar lelaki dan selebihnya merupakan pelajar

    major Teater.

    2. SEMASA Pensyarah kami iaitu Puan Haneem binti Said menerangkan mengenai tugasan-tugasan

    yang akan di terima oleh kami.

    Pensyarah kami iaitu En. Nor Shuradi bin Haji Nor Hashim tiada bersama kami keranabeliau mempunyai tugasan lain yang perlu beliau selesaikan.

    Oleh itu, Puan Haneem binti Said yang akan membimbing kami untuk empat minggu ini. Pada kelas yang pertama ini, kami mendengar penerangan dari Puan Haneem binti Said

    mengenai apa itu seni lakonan awalan yang akan kami pelajari.

    3. SELEPAS Refleksi yang yang diperolehi daripada kelas pertama ialah saya dapat mengetahui

    tugasan yang perlu saya lakukan dan selesaikan bagi memenuhi kehendak RI.

    Saya juga mengetahui ciri-ciri yang perlu ada dalam diri saya bagi menjadi seorngpelakon teater yang berjaya pada suatu hari nanti.

    Saya juga mula memahami definisi, kepentingan seni lakonan awalan dalam teater.

  • 8/13/2019 JURNAL REFLEKSI Seni Lakonan Awalan

    3/15

    Refleksi mingguan seni lakonan awalan D20121058390

    JURN L REFLEKSI SENI L KON N W L NMINGGU: 2 TARIKH: 16 SEPTEMBER 2013

    MASA : 11.OO A.M-1 P.M TEMPAT: Bilik seni lakonan

    1. SEBELUM Kuliah kedua subjek minor iaitu seni lakonan awalan teater diadakan di bilik seni lakonan

    Fakulti Seni Muzik dan Persembahan.

    Kuliah hari kedua ini dimulakan dengan pensyarah mengajar teknik-teknik untukmembentuk postur badan yang baik dan betul.

    Saya tidak mengetahui bahawa postur badan amat penting dalam persembahan teaterkerana pada mulanya saya berpendapat bahawa ia tidak dititikberatkan dalam

    persembahan teater.

    2. SEMASA Pensyarah kami iaitu Puan Haneem binti Said menerangkan mengenai pentingnya bentuk

    postur badan yang merupakan satu posisi badan yang membolehkan seseorang berada

    dalam keadaan yang selesa.

    Bentuk badan perlu berada dalam keadaan yang selesa bagi memudahkan pengaliranudara keluar masuk dari tubuh badan.

    Kami melakukan latihan semasa duduk, duduk diatas kerusi dengan lutut membentuksudut 90 darjah serta menjaga punggung dan tulang belakang agar tetap lurus. Tangan

    lurus dan rapat diatas kepala kemudian mendepakan kedua-dua belah tangan.

    Akhir sekali, kami berdiri dengan posisi tulang belakang lurus serta bahu yang tegakdengan kedua telapak kaki berada di lantai. Kemudian fokuskan kepada satu titik

    dihadapan, dan berjalan menghampiri titik itu dalam keadaan lurus.

    3. SELEPAS Refleksi yang yang diperolehi daripada kelas kedua ialah saya dapat mengetahui bentuk-

    bentuk postur badan yang baik untuk diri saya agar dapat menyerlah dalam bidang teater.

    Saya juga mengetahui latihan-latihan yang boleh saya amalkan setiap hari bagimembentuk bentuk postur badan yang sempurna.

  • 8/13/2019 JURNAL REFLEKSI Seni Lakonan Awalan

    4/15

    Refleksi mingguan seni lakonan awalan D20121058390

    JURN L REFLEKSI SENI L KON N W L NMINGGU: 3 TARIKH: 23 SEPTEMBER 2013

    MASA : 11.OO A.M-1 P.M TEMPAT: Bilik seni lakonan

    1. SEBELUM Kuliah ketiga subjek minor iaitu seni lakonan awalan teater diadakan di bilik seni lakon Kuliah hari ketiga ini, Puan Haneem binti Said akan melakukan aktiviti ice breaking

    yang akan disrtai oleh pelajar kelas kami

    Puan Haneem binti Said memberitahu bahawa pentingnya aktiviti ini untuk merapatkanukwah antara kami agar saling mengenali antara satu sama lain.

    2. SEMASA Pensyarah kami iaitu Puan Haneem binti Said memulakan kelas kami dengan melakukan

    aktiviti pemanasan badan yang diketuai oleh beliau sendiri.

    Pensyarah mengarahkan kami melakukan bulatan dan melakukan aktiviti energy warm upyang bertujuan untuk meningkatkan tahap tenaga yang ada dalam diri agar lebih lancer

    dan tidak tersekat-sekat. Kemudian, kami melakukan aktiviti ice breaking dalam bentuk kumpulan yang telah

    dipecahkan oleh beliau.

    Kami melakukan pelbagai aktiviti ice breaking yang telah diarahkan oleh beliau.3. SELEPAS

    Refleksi yang yang diperolehi daripada kelas pada minggu ketiga ini ialah, saya dapatmengenali pelajar-pelajar kelas saya yang lain dengan lebih rapat dan mesra.

    Saya juga dapat mengurangkan perasaan malu yang ada dalam diri saya dan menjadikandiri saya lebih berani untuk kehadapan.

  • 8/13/2019 JURNAL REFLEKSI Seni Lakonan Awalan

    5/15

    Refleksi mingguan seni lakonan awalan D20121058390

    JURN L REFLEKSI SENI L KON N W L NMINGGU: 4 TARIKH: 30 SEPTEMBER 2013

    MASA : 11.OO A.M-1 P.M TEMPAT: Bilik seni lakonan

    1. SEBELUM Kuliah pada minggu keempat subjek minor iaitu seni lakonan awalan teater diadakan di

    bilik seni lakonan Fakulti Seni Muzik dan Persembahan.

    Pada kuliah minggu keempat ini, pensyarah kami akan melakukan aktviti pintu dantingkap beracun yang melibatkan semua pelajar kelas kami.

    2. SEMASA Pensyarah kami iaitu Puan Haneem binti Said mengarahkan kami untuk berpecah kepada

    lima kumpulan.

    Kemudian seorang dipilih untuk menjadi virus sambil memegang segumpal kertas yangdigunakan untuk menyebarkan virus.

    Pelajar yang menjadi pintu yang terkena virus akan memaksa pelajar yang menjaditingkap untuk berpindah ke rumah lain sebelum virus itu tersebar.

    Kami melakukan aktiviti ini berulang kali sehingga disuruh berhenti oleh pensyarah kami.

    3. SELEPAS Refleksi yang yang diperolehi daripada kelas pada minggu keempat ini ialah saya dapat

    menerima input-input yang berguna hasil daripada permainan pintu dan tingkap beracun

    ini.

    Dalam masa yang sama, saya juga dapatmendekatkan diri dengan kawan-kawan yang lainseterusnya akan memudahkan kami untuk bekerja dalam satu kumpulan kelak.

  • 8/13/2019 JURNAL REFLEKSI Seni Lakonan Awalan

    6/15

    Refleksi mingguan seni lakonan awalan D20121058390

    JURN L REFLEKSI SENI L KON N W L NMINGGU: 5 TARIKH: 7 OKTOBER 2013

    MASA : 11.OO A.M-1 P.M TEMPAT: Bilik seni lakonan

    1. SEBELUM Kuliah pada minggu kelima subjek minor iaitu seni lakonan awalan teater diadakan di

    bilik seni lakonan Fakulti Seni Muzik dan Persembahan.

    Pada kuliah minggu keempat ini, pensyarah kami En. Nor Shuradi bin Haji Nor Hashimtelah kembali setelah selesai melaksanakan tugasannya.

    Pada minggu ini beliau yang akan mengajar dan memberi kuliah kepada kami.2. SEMASA

    Pensyarah kami iaitu En. Nor Shuradi bin Haji Nor Hashim memberikan kami notaberkaitan seni lakonan awalan.

    Beliau menerangkan kepada kami isi kandungan nota tersebut kepada kami secaraterperinci agar kami dapat memahami nota tersebut untuk digunakan dalam lakonan kami.

    Kami juga bertanya kepada pensyarah sekiranya tidak memahami perkara-perkara tertentuyang terdapat dalam nota kami.

    Beliau juga memberitahu bahawa kami akan mula menerima skrip lakonan kami padaminggu hadapan.

    3. SELEPAS Refleksi yang yang diperolehi daripada kelas pada minggu kelima ini ialah saya dapat

    mengetahui dengan lebih tepat tentang teknik-teknik yang perlu kami gunakan dalam

    lakonan kami.

    Kami juga mula mngetahu teknik yang akan kami gunakan iaitu teknik TeoriStanislavsky.

    Saya juga merasa gembira dapat belajar dengan En. Nor Shuradi bin Haji Nor Hashimkerana beliau merupakan seorang yang mengambil brat tentang anak muridnya dan juga

    cara pengajaran beliau mudah untuk saya fahami.

  • 8/13/2019 JURNAL REFLEKSI Seni Lakonan Awalan

    7/15

    Refleksi mingguan seni lakonan awalan D20121058390

    JURN L REFLEKSI SENI L KON N W L NMINGGU: 6 TARIKH: 21 OKTOBER 2013

    MASA : 11.OO A.M-1 P.M TEMPAT: Bilik seni lakonan

    1. SEBELUM Pada kuliah minggu keenam ini, pensyarah kami memberikan kami skrip untuk lakonan

    kami.

    Beliau juga memulakan kelas pada hari ini dengan aktiviti lakonan dalam situasi dan jugapenghayatan ilusi.

    2. SEMASA

    Pensyarah memulakan dengan aktiviti lakonan dalam situasi. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan kami perlu melakonkan watak dalam

    kumpulan berdasarkan situasi yang diberikan oleh en Eddy.

    Setelah selesai melakukan aktiviti tersebut, kami diminta baring dalam keadaan yangsenyap sambil menutup mata.

    Pada ketika itu En. Eddy menceritakan suasana dan menyuruh kami untuk mnghayatisuasana tersebut dan menganggap kami sedang berada dalam situasi tersebut.

    Akhir sekali, setelah selesai melakukan aktivit-aktiviti tersebut En Eddy memberikanskrip kepada kami.

    Pelajar minor akan melakonkan teater Rumah Lama Kampung Baru dan pada ketika itukami disuruh untuk memilih watak masing2. Saya mengambil watak Zainal dan Budin.

    3. SELEPAS Refleksi yang yang diperolehi daripada kelas pada minggu keenam ini ialah saya dapat

    mengetahui pelbagai watak yang boleh dilakonkan mengikut situasi diatas kemampuan

    diri saya sendiri.

    Selain itu, saya juga dapat menyelami dunia lain dan cuba menghayati watak selain daridiri saya yang akan dapat saya gunakan dalam lakonan saya nanti.

    Saya merasa gembira kerana dapat mengetahui watak yang akan saya bawa untuk finalterakhir pementasan teater kami nanti.

  • 8/13/2019 JURNAL REFLEKSI Seni Lakonan Awalan

    8/15

    Refleksi mingguan seni lakonan awalan D20121058390

    JURN L REFLEKSI SENI L KON N W L NMINGGU: 7 TARIKH: 28 OKTOBER 2013

    MASA : 11.OO A.M-1 P.M TEMPAT: Bilik seni lakonan

    1. SEBELUM Kuliah pada minggu ketujuh akan dijalankan dengan membaca skrip yang telah kami

    perolehi.

    En Eddy menyuruh kami duduk dalam kumpulan dan melakukan skrip reading agar kamidapat memahami jalan cerita teater Rumah Lama Kampung Baru.

    2. SEMASA Saya diajar teknik Skrip Reading ini oleh Pensyarah Encik Eddy(pensyarah teater saya)

    dengan mula-mulanya kami sebagai pelakon-pelakon diminta duduk dalam satu bulatan

    dan membacakan dialog watak masing-masing.

    En Eddy mendengar bacaan dialog kami dan membetulkan nada kami yang tidakbersesuaian dengan skrip tersebut.

    Kami membaca skrip kami secara berkumpulan dengan bimbingan En Eddy sehinggaselesai babak terakhir. Kemudian kami diarahkan untuk melakukan bacaan skrip darimula sehingga akhir dalam kumpulan oleh En Eddy.

    Akhir sekali, En Eddy menyuruh kami untuk membaca skrip masing-masing dirumah danakan disambung pada kelas minggu hadapan.

    3. SELEPAS Refleksi yang yang diperolehi daripada kelas pada minggu ketujuh ini ialah saya

    mengetahui bahawa Teknik Skrip Reading ini merupakan asal kepada permulaan sesuatu

    pembinaan watak. Melalui Skrip Reading, saya ulang baca dan membaca diolog saya danbermain dengan nada intonasi yang sesuai.

    Di samping itu, diolog rakan lakon yang lain juga diingatkan sedikit demi sedikit keranasentiasa mendengar diolog mereka dan fahami jalanan situasi cerita tersebut.

    Teknik Skrip Reading ini juga boleh dilakukan keseorangan di mana saya balik rumahdan baca berulang kali diolog itu. Teknik ini lebih bagus sekiranya dilakukan bersama

    iaitu secara berkumpulan. Ini kerana, kita dapat membalas diolog (sambut daripada orang

    lain) sambil mendengar diolog-diolog orang lain.

  • 8/13/2019 JURNAL REFLEKSI Seni Lakonan Awalan

    9/15

    Refleksi mingguan seni lakonan awalan D20121058390

    JURN L REFLEKSI SENI L KON N W L NMINGGU: 8 TARIKH: 8-10 NOVEMBER 2013

    MASA : 8.OO A.M-5.00 P.M TEMPAT: Bilik seni lakonan

    1. SEBELUM Pada minggu kelapan, tiada kuliah kerana pada minggu ini merupakan cuti pertengahan

    semester.

    Tetapi, En Eddy akan mengadakan kuliah sebagai kelas tambahan kepada pelajar minoruntuk melakukan analisis skrip pada hari jumaat sehingga hari ahad.

    2. SEMASA En Eddy memulakan kelas dengan melakukan aktiviti pemanas badan dan beliau

    mengingatkan bahawa aktiviti pemanasan badan penting dilakukan sebelum melakukan

    lakonan. Beliau menyuruh kami untuk duduk dalam bulatan dan bersama-sama

    melakukan bacaan skrip sehingga beliau berpuas hati.

    Kemudian, beliau mengarahkan kami untuk melakukankan teknik analisi skrip iaitumerupakan suatu teknik di mana pelakon harus menganalisasi diolog yang dipegang

    masing-maing. Teknik analisis skrip ini membantu pelakon mendapat tangkap atau mengenal pasti

    characteristic(ciri-ciri character) pada watak yang dipegang. Misalnya, Pak Cik yang

    berusia 60 lebih tahun, macam mana pak cik itu berjalan, macam mana gaya seorang pak

    cik yang tengah bersedih, dan sebagainya. Secara ringkasnya, teknik ini bertujuan

    membantu pelakon membina character yang dipegangnya dan juga memahami perangai

    atai ciri watak tersebut.

    3. SELEPAS Teknik analisis skrip membantu saya menemui ciri-ciri character Zainal dan Budin dalam

    diolognya. Tetapi dengan bantuan rakan-rakan yang lain ketika berlakon bersama-sama,

    saya lebih yakin dan makin rancak membawa watak Zainal dan Budin itu.

  • 8/13/2019 JURNAL REFLEKSI Seni Lakonan Awalan

    10/15

    Refleksi mingguan seni lakonan awalan D20121058390

    JURN L REFLEKSI SENI L KON N W L NMINGGU: 9 TARIKH: 11 NOVEMBER 2013

    MASA : 11.OO A.M-1 P.M TEMPAT: Bilik seni lakonan

    1. SEBELUM Kuliah pada minggu kesembilan ini diadakan di bilik seni lakonan dimana kami akan

    berlakon mengikut situasi dalam skrip kami.

    En Eddy meminta agar kami menghafal dialog masing-masing tetapi boleh melihat skripketika melakukan lakonan Rumah Lama Kampung Baru pada hari ini.

    2. SEMASA Kelas pada minggu ini dimulakan dengan aktiviti pemanasan badan yang diketuai oleh

    Safwan dan Hanafi.

    Pada mulanya, kami mengangkat prop rumah sewa didalam stor dan menyusunya didalambilik seni lakon mengikut lakaran yang diberikan oleh En Eddy.

    Selepas siap, kami memulakan latihan lakonan sambil dibimbing oleh En Eddy dari babakpertama sehingga lah babak terakhir.

    En Eddy membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh kami agar kami dapat melakonkanwatak masing-masing dengan lebih berkesan.

    Setelah selesai, En Eddy melakukan refleksi berdasarkan lakonan kami dan menegurkesalahan yang telah kami lakukan.

    Sebelum tamat kelas, En Eddy memberitau bahawa kelas pada minggu hadapandibatalkan kerana beliau ada urusan lain dan menyuruh kami agar menghafal skrip

    masing-masing.

    3. SELEPAS Refleksi yang yang diperolehi daripada kuliah pada minggu kesembilan ini ialah saya

    dapat mengetahui kekurangan yang ada di dalam lakonan saya.

    Saya juga sedar bahaya saya perlu mencari maklumat yang banyak agar dapat mengetahuiteknik-teknik lakonan yang berkesan.

    Saya juga dapat mengetahui tahap pengetahuan saya dalam memahami teknik lakonan inisetelah dinilai oleh pensyarah dan mendorong saya untuk melakukannya dengan lebih

    bersungguh-sungguh pada masa yang akan datang.

  • 8/13/2019 JURNAL REFLEKSI Seni Lakonan Awalan

    11/15

    Refleksi mingguan seni lakonan awalan D20121058390

    JURN L REFLEKSI SENI L KON N W L NMINGGU: 10 TARIKH: 18 NOVEMBER 2013

    MASA : 11.OO A.M-1 P.M TEMPAT: Bilik seni lakonan

    1. SEBELUM Pada minggu ini,pensyarah kami mempunyai urusan lain yang tidak dapat dielakkan. Kelas dibatalkan.

    2. SEMASA Tiada kelas.

    3. SELEPAS Tiada kelas.

  • 8/13/2019 JURNAL REFLEKSI Seni Lakonan Awalan

    12/15

    Refleksi mingguan seni lakonan awalan D20121058390

    JURN L REFLEKSI SENI L KON N W L NMINGGU: 11 TARIKH: 25 NOVEMBER 2013

    MASA : 11.00 A.M-!.00 P.M TEMPAT: Bilik seni lakonan

    1. SEBELUM Pada minggu kesebelas, kelas berjalan seperti biasa di bilik seni lakonan. Pada minggu ini, pensyarah kami akan mengajar teknik bloking dalam lakonan teater

    Rumah Lama Kampung Baru kami ini.

    Kemudian En Eddy menyuruh agar kami menyiapkan prop-prop yang akan digunakanpada malam persembahan.

    2. SEMASA En Eddy memulakan kelas dengan melakukan aktiviti pemanas badan dan beliau

    mengingatkan bahawa aktiviti pemanasan badan penting dilakukan sebelum melakukan

    lakonan. Kemudian, kami memulakan latihan lakonan dengan babak pertama sambil En

    Eddy menerangkan tentang bloking yang perlu kami ambil perhatian semasa berlakon.

    Teknik blocking dalam teater iaitu bermaksud menghalang, block . Ini semasa ataspentas, pelakon mesti sedar bahawa pentas itu macam mana. Audiens di mana dan

    pelakon di mana. Hal ini untuk memastikan penglihatan mata audiens, mereka boleh

    Nampak pelakon dengan jelas tanpa dihalangi oleh pelakon lain atau benda lain. Pelakon

    mesti sentiasa sedar bahawa mukanya, badannya boleh dilihat oleh penonton dan tanpa

    mempunyai sebarang halangan. Ini bermakna pelakon harus bermain dengan ruang untuk

    mengelakkan daripada dihalangi ataupun menghalangi pelakon lain.

    setelah selesai, kami membuat prop-prop yang akan digunakan dalam lakonan.3. SELEPAS

    Refleksi yang saya perolehi ialah saya dapat mengetahui bahawa teknik blocking berlakuamat kerap dalam sesuatu lakonan atau pementasan. Akibat ruangan yang terhad, para

    pelakon mestilah bijak untuk menggunakan ruang sambil bermain acting. Rakan lakon

    saya kadang-kala akan menghalangkan penglihatan audiens ke atas diri saya, ini adalah

    perkara yang biasa berlaku semasa acting dan saya cuba mengubahkan kedudukan saya

    keluar daripada blocking rakan lakon saya.

  • 8/13/2019 JURNAL REFLEKSI Seni Lakonan Awalan

    13/15

    Refleksi mingguan seni lakonan awalan D20121058390

    JURN L REFLEKSI SENI L KON N W L NMINGGU: 12 TARIKH: 2 DISEMBER 2013

    MASA : 11.OO A.M-1 P.M TEMPAT: Bilik seni lakonan

    1. SEBELUM Kuliah pada minggu ke dua belas ini dilakukan di bilik seni lakonan kerana terdapat prop

    yang menggambarkan suasana di Kampung Baru.

    Pada minggu ini kami telah melakukan latihan lakonan kesemua babak yang ada dalamteater Rumah Lama Kampung Baru tanpa memegang skrip kami.

    2. SEMASA En Eddy memulakan kelas dengan melakukan aktiviti pemanas badan dan beliau

    mengingatkan bahawa aktiviti pemanasan badan penting dilakukan sebelum melakukan

    lakonan.

    Seperti biasa, kami melakukan latihan lakonan sambil dibimbing oleh En Eddy tanpamembenarkan kami memegang skrip ketika berlatih.

    En Eddy menerangkan bahawa, dengan cara itu, kami akan dapat menghafal danmengingati skrip kami dengan lebih mudah.

    Pada hari itu, kami bersama-sama berlatih dan mengulangi latihan kami sebnyak beberapakali sehingga kelas tamat.

    3. SELEPAS Refleksi yang yang diperolehi daripada kuliah pada minggu kedua belas ini ialah saya

    dapat mengetahui kekurangan yang ada di dalam lakonan saya.

    Saya juga sedar bahaya saya perlu menghafal skrip saya agar dapat membantu saya untukmelakonkan watak saya dengan lebih berkesan disamping dapat membantu kawan-kawan

    yang lain.

  • 8/13/2019 JURNAL REFLEKSI Seni Lakonan Awalan

    14/15

    Refleksi mingguan seni lakonan awalan D20121058390

    JURN L REFLEKSI SENI L KON N W L NMINGGU: 13 TARIKH: 9-15 DISEMBER 2013

    MASA : 9.OO A.M-5.00 P.M TEMPAT: Panggung Budaya

    1. SEBELUM Kuliah pada minggu ke dua belas ini dilakukan di panggung budaya Fakulti Muzik dan

    Seni Persembahan.

    Pada minggu ini, kami diminta agar menyusun kesemua prop yang telah siap bagimenghasilkan suasana Rumah Lama Kampung Baru.

    2. SEMASA Kelas pada hari ini dimulakan dengan aktiviti menyusun prop-prop yang telah kami

    siapkan bagi mewujudkan suasana seperti di Kampung Baru sambil dibimbing oleh En

    Eddy.

    Setelah selesai, kami mula melakukan latihan di panggung budaya seperti mana kamimelakukan latihan di bilik seni lakonan.

    Tujuan En Eddy menyuruh kami berlatih di panggung budaya agar kami dapatmenyesuaikan diri dengan suasana dan ruang di situ.

    Kami melakukan latihan dari bermula dengan babak pertama sehinggalah babak terakhirdan kami mengulangi latihan sebnyak beberapa kali.

    En Eddy meminta agar kami dapat menghadirkan diri untuk melakukan latihan padasetiap malam memandangkan persembahan kami pada minggu hadapan.

    3. SELEPAS Refleksi yang yang diperolehi daripada kuliah pada minggu ketiga belas ini ialah saya

    dapat menyesuaikan diri dengan suasana dan ruang di panggung budaya.

    Saya juga mengetahui bahawa saya perlu memberi sepenuh lontaran suara agar dapatdidengari oleh penonton disebabkan oleh ruang panggung budaya yang luas.

    Saya sedar bahawa saya perlu memberikan kotmitmen sepenuhnya memandangkanpersembahan kami hanyan tinggal beberapa hari saja lagi.

  • 8/13/2019 JURNAL REFLEKSI Seni Lakonan Awalan

    15/15

    Refleksi mingguan seni lakonan awalan D20121058390

    JURN L REFLEKSI SENI L KON N W L NMINGGU: 14 TARIKH: 16-17 DISEMBER 2013

    MASA : 8.00 P.M-11.00 P.M TEMPAT: Panggung Budaya

    1. SEBELUM Pada siang hari, kami melakukan latihan terakhir sebelum persembahan kami berlangsung

    pada sebelah malam.

    En Eddy sentiasa memberi semangat kepada kami untuk melakukan lakonan secaraberkesan dan bersungguh-sunguh pada malam persembahan.

    2. SEMASA Pada persembahan malam pertama, saya berlakon sebagai Zainal yang merupakan anak

    kepada Zul seorang lelaki yang cuba untuk merampas tanah dari keluarganya.

    Ketika melakonkan watak Zainal, saya perlu menjadi diri Zainal sebagai seorang yangmisteri dan akhirnya memberitahu perkara yang sebenar bahawa dialah Along kecil.

    Pada hari kedua pula, saya melakonkan watak Budin yang merupakan seorang Jaga yangpanas baran dan sering bergaduh dengan JJ.

    Ketika melakonkan watak Budin, saya perlu menjadi diri Budin yang sentiasa bergaduhdengan JJ yang sering mengambil barang Budin tanpa memberitahunya.

    Saya melakonkan watak-watak yang saya bawa dengan bersungguh-sungguh berdasarkanapa yang telah pensyarah ajar pada saya.

    3. SELEPAS Refleksi yang yang diperolehi hasil dari pada persembahan kedua-dua hari ini ialah saya

    dapat merasai keperitan menjadi seorang pelakon teater.

    Selain itu, saya dapat menggunakan segala apa yang telah saya pelajari dari pensyarahdalam lakonan saya pada kedua-dua hari ini.

    Saya juga sedar betapa pentingnya mempelajari teknik-teknik lakonan yang betul agardapat menghasilkan lakonan yang mantap dan berkesan.

    Akhir sekali, saya merasa sangat bersyukur kerana telah Berjaya menyiapkan tugasankami untuk subjek seni lakonan awalan ini dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada

    pensyarah kami iaitu En Eddy dan kwan-kawan yang lain.