jurnal praktikum m1 v2

Upload: nur-syazwani-khamis

Post on 19-Oct-2015

10 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Jurnal Praktikum M1 V2

TRANSCRIPT

JURNAL REFLEKSI

Bilangan Jurnal

:

Pertama Minggu

:

1 (26 Jan 30 Jan 2014)Fokus

:

Kekangan Masa1. Isu/Peristiwa/Masalah

Pada minggu yang pertama, saya masih belum memulakan sebarang sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Saya hanya menerima taklimat daripada pihak pentadbiran sekolah. Sesi PdP tidak dapat dilaksanakan pada minggu ini kerana pihak sekolah telah menjalankan Ujian TOV dan Pentaksiran bagi tahun 1 6. Saya hanya berpeluang masuk ke Tahun 5 Uthman Affan (5A3) pada hari terakhir minggu ini (Khamis, 30 Januari 2014). Pada sesi tersebut, saya hanya sempat untuk berkenalan dengan murid-murid sahaja.2. Analisis MasalahKetika berada di kelas 5A3, saya hanya sempat berkenalan kerana jumlah masa saya pada hari tersebut hanyalah 1 masa iaitu 30 minit. Oleh sebab itu, saya hanya sempat melaksanakan sesi berkenalan sahaja. Sesi ini amat penting kerana saya akan mengajar kelas ini sebanyak 5 masa masa seminggu selama 3 bulan. Prosedur ini secara tidak langsung akan dapat memudahkan saya ketika ingin menjalankan prosedur-prosedur kajian tindakan saya nanti. Disemak oleh guru pembimbing,

Tandatangan:

Nama

:

Tarikh

:

Disemak oleh pensyarah pembimbing,

Tandatangan:

Nama

:

Tarikh

: