jurnal pengajian islam, akademi islam...

26
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015 89 KEPERLUAN NILAI AGAMA DALAM KEMAHIRAN KEBOLEH PASARAN DALAM KALANGAN MAHASISWA AKADEMI ISLAM KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR Sahlawati Abu Bakar Zaidul Amin Suffian Ahmad ABSTRAK Saban tahun Institusi Pengajian Tinggi mengeluarkan lambakan graduan yang menyebabkan majikan boleh memilih pekerja menepati kehendak mereka. Fenomena menganggur dalam kalangan graduan merupakan situasi yang serius dan ianya berlaku disebabkan graduan tidak mempunyai kemahiran kebolehpasaran yang diperlukan oleh majikan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengemukakan nilai agama sebagai kemahiran tambahan yang penting dalam kemahiran kebolehpasaran. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dan menggunakan temubual semi-struktur untuk mengumpulkan data. Peserta kajian terdiri daripada pembuat dasar, pakar akademik dan pemegang saham. Dapatan kajian menunjukkan industri sangat menitik beratkan nilai agama serta turut menjadi faktor pemilihan pekerja yang berintegriti dan profesional. Kata kunci: Graduan; Kemahiran Kebolehpasaran; Nilai agama ABSTRACT Every year there are numerous students graduated from Higher Learning Institutions which allows employers to select employees that truly meets their needs. Unemployed phenomenon among the graduates is a serious situation and it occurs due to lack of employability skills required by employers. This study was conducted to emphasize the elements of Islamic

Upload: buinhu

Post on 07-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · memilih pekerja menepati kehendak mereka. ... bidang kerjaya mereka

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

89

KEPERLUAN NILAI AGAMA DALAM KEMAHIRAN KEBOLEH PASARAN DALAM KALANGAN MAHASISWA AKADEMI ISLAM

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

Sahlawati Abu Bakar

Zaidul Amin Suffian Ahmad

ABSTRAK

Saban tahun Institusi Pengajian Tinggi mengeluarkan

lambakan graduan yang menyebabkan majikan boleh

memilih pekerja menepati kehendak mereka. Fenomena

menganggur dalam kalangan graduan merupakan

situasi yang serius dan ianya berlaku disebabkan

graduan tidak mempunyai kemahiran kebolehpasaran

yang diperlukan oleh majikan. Kajian ini dijalankan

bertujuan untuk mengemukakan nilai agama sebagai

kemahiran tambahan yang penting dalam kemahiran

kebolehpasaran. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif

dan menggunakan temubual semi-struktur untuk

mengumpulkan data. Peserta kajian terdiri daripada

pembuat dasar, pakar akademik dan pemegang saham.

Dapatan kajian menunjukkan industri sangat menitik

beratkan nilai agama serta turut menjadi faktor

pemilihan pekerja yang berintegriti dan profesional.

Kata kunci: Graduan; Kemahiran Kebolehpasaran;

Nilai agama

ABSTRACT

Every year there are numerous students graduated from

Higher Learning Institutions which allows employers to

select employees that truly meets their needs.

Unemployed phenomenon among the graduates is a

serious situation and it occurs due to lack of

employability skills required by employers. This study

was conducted to emphasize the elements of Islamic

Page 2: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · memilih pekerja menepati kehendak mereka. ... bidang kerjaya mereka

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

SAHLAWATI ABU BAKAR ZAIDUL AMIN SUFFIAN AHMAD

90

value as an important additional skills in employability.

This is a qualitative research design and the method of

collecting data is interviews. The findings show that

from the standpoint of industrial needs, the value of

religion is also an important criteria in the selection of

employees embeded with integrity and responsibility.

Keywords: Graduates; Employability Skills; Religious

Values

PENDAHULUAN

Kajian-kajian terdahulu membuktikan keperluan kemahiran

kebolehpasaran dalam kalangan graduan. Graduan dilihat masih perlu

kepada penerapan elemen-elemen ini dalam kurikulum yang

dilaksanakan. Namun demikian belum ada kajian yang meneliti

keupayaan dan kelayakan graduan sama ada dari aspek keperibadian,

pengetahuan, agama dan komunikasi dalam memberikan mutu kerja

yang cemerlang sehingga berupaya memberikan hasil kerja yang

optima.

Sehubungan dengan itu, penyelidikan ini dijalankan bagi

mengenal pasti keperluan nilai agama yang perlu dimantapkan dalam

kalangan graduan Sarjana Muda Akademi Islam untuk membantu para

pelajar yang masih menuntut supaya kemahiran-kemahiran tersebut

dapat diterapkan semasa belajar lagi.

PERNYATAAN MASALAH

Terdapat banyak faktor yang mendorong kebolehpasaran graduan dalam

bidang kerjaya mereka. Menurut Abdul Hair (2013), graduan yang

mempuyai penampilan yang baik dalam aspek komunikasi dan

interpersonal, nilai dan etika kerja serta penguasaan kemahiran

teknologi maklumat berupaya menguasai dan mengadaptasi bidang

pengkhususan dengan dunia pekerjaan mereka. Kajian beliau juga

mendapati terdapat hubungan positif dan signifikan antara prestasi kerja

dengan penguasaan bidang pengkhususan, pembuatan keputusan, kerja

berpasukan, perancangan kerja, kemahiran berfikir, inovasi, prestasi

kerja dengan komunikasi dan interpersonal, etika dan nilai dan

keseluruhan kualiti pekerja.

Page 3: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · memilih pekerja menepati kehendak mereka. ... bidang kerjaya mereka

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

91

Prestasi siswazah yang berkhidmat di organisasi perlu merentasi

beberapa elemen (Zanuddin, 2010) seperti pengetahuan dalam bidang

pengkhususan, kemahiran praktikal, kecekapan dalam Bahasa Inggeris,

kemahiran dalam komunikasi asas, kemahiran ICT, kemahiran

interpersonal dan etika kerja.

Program yang dipilih dan pencapaian akademik graduan

menjadi faktor tahap kompetensi kemahiran employabiliti yang

dimiliki (Shahidan, 2012; Hazril Azmin Saari, 2013; Mohd Samsol

Paijo & Hamdan Said (tt). Manakala Maidatulakmal Othman (2012)

pula berpendapat hasil pembelajaran sesuatu kursus atau program akan

menentukan keupayaan dan pengalaman pembelajaran yang berbeza.

Ianya juga berkaitan dengan domain psikomotor seseorang individu.

Kajian-kajian terdahulu yang telah dilaksanakan lebih tertumpu

kepada tahap kebolehpasaran pelajar di institusi masing-masing seperti

di Kolej Komuniti (Abdul Hair, 2013; Nurhasyinda, 2012), Vokasional

(Hazril Azmin, 2013), Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti

Malaya (Hasmah Zanuddin, 2010) dan Pelajar Sastera serta Pendidikan

(Fizik) (Mohd Samsol Paijo, Hamdan Said (tt). Pengkaji mendapati

tidak terdapat kajian berkaitan kebolehpasaran yang dilakukan terhadap

pelajar program pengajian Islam di Akademi Islam, KUIS.

Kajian ini perlu dilakukan bagi mengemukakan keperluan

elemen agama yang dibina berasaskan aqidah, ibadah dan akhlak dalam

kemahiran kebolehpasaran pelajar. Elemen agama ini diutarakan dalam

kajian kerana tidak terdapat kajian yang memberikan fokus terhadap

elemen ini sebagai keperluan utama dalam diri graduan.

OBJEKTIF KAJIAN

Berikut adalah objektif kajian ini:

i. Mengemukakan keperluan asas agama dalam mahasiswa oleh

industri

ii. Mengenal pasti sumbangan nilai agama terhadap keperluan

industri.

iii. Menjelaskan signifikasi nilai integriti dalam pemilihan pekerja.

KERANGKA KAJIAN

Page 4: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · memilih pekerja menepati kehendak mereka. ... bidang kerjaya mereka

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

SAHLAWATI ABU BAKAR ZAIDUL AMIN SUFFIAN AHMAD

92

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Maklumat bagi kajian diperolehi daripada responden mengenai

keperluan nilai agama dalam elemen kemahiran kebolehpasaran.

Maklumat yang dikumpulkan dapat difahami melalui intepratsi dari

pembuat dasar, pakar akademik dan pemegang saham. Unsur

interpretasi ini memenuhi falsafah interpretavism yang digunakan

dalam kajian kualitatif. Maka kajian ini menggunakan pendekatan

kualitatif dalam reka bentuknya.

Metode Pengumpulan Data

Kebenaran Menjalankan Kajian

Kesemua peserta kajian dihubungi melalui telefon bagi memberikan

penerangan ringkas mengenai tujuan kajian sebelum menghantar surat

kebenaran menjalankan kajian. Setelah memberikan persetujuan untuk

turut serta dalam kajian, penyelidik menghantar surat kebenaran

menjalankan kajian yang dikeluarkan oleh Research Management

Center (RMC) KUIS. Tarikh temubual ditetapkan oleh peserta kajian

dan penyelidik menemubual mereka pada tarikh, tempat dan masa yang

telah dipersetujui bersama.

Page 5: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · memilih pekerja menepati kehendak mereka. ... bidang kerjaya mereka

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

93

Pemilihan Sampel Kajian

Sampel kajian dipilih berdasarkan kepada latarbelakang mereka yang

mewakili pembuat dasar, pakar akademik dan pemegang saham. Teknik

persampelan yang digunakan ialah persampelan bertujuan. Pembuat

dasar yang dipilih mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

i. Berkhidmat dalam agensi kerajaan.

ii. Bertanggungjawab menggubal dasar.

iii. Mempunyai autoriti dalam memilih penjawat.

Manakala pakar akademik yang dipilih pula mempunyai ciri-ciri

berikut:

i. Berkhidmat di IPTA.

ii. Terlibat dalam penggubalan kurikulum akademik.

iii. Terlibat dalam pengurusan latihan industri.

Bagi pemegang saham pula ia mempunyai ciri-ciri berikut:

i. Terlibat dengan industri yang memerlukan kepakaran yang

tinggi.

ii. Ramai dalam kalangan pelajar KUIS yang menjalani latihan

industri atau berkhidmat di organisasi beliau.

Peserta Kajian Pertama

Pakar Runding pertama adalah Ustaz Mohamed bin Din, Penolong

Pengarah Kanan Cawangan Kefahaman Islam, Bahagian Dakwah

JAKIM, Bahagian Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI),

juga merupakan Penolong Setiausaha di Kementerian Penerangan,

Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Sebagai penceramah dalam

pelbagai kursus dan program yang dijalankan oleh JAKIM dan

sebagainya seperti, kursus pra-perkahwinan, mengetuai delegasi

Malaysia dalam Program Leadership Training Belia MABIMS pada

tahun 2009.

Peserta Kajian Kedua

Pakar Runding Kedua pula ialah Prof. Dr. Mahmud bin Ali yang

merupakan Ketua Jaringan Industri dan Masyarakat di Jabatan

Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan, Universiti

Kebangsaan Malaysia. Beliau memegang kelayakan akademik sebagai

Doktor Falsafah/Phd pada tahun 2008, manakala Sarjana Pendidikan

Page 6: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · memilih pekerja menepati kehendak mereka. ... bidang kerjaya mereka

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

SAHLAWATI ABU BAKAR ZAIDUL AMIN SUFFIAN AHMAD

94

Islam pada tahun 2004, dan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin pada tahun

1995. Kepakaran beliau ialah dalam bidang pendidikan Islam, Reka

Bentuk Kajian, dan Pembinaan Instrumen, manakala dalam bidang

penyelidikan pula menjurus kepada aspek kepelbagaian budaya,

pendidikan Islam, pengajaran dan pembelajaran serta pembinaan

instrumen. Antara kajian yang telah dijalankan oleh beliau adalah

seperti Kepelbagaian Budaya dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pendidikan Islam: Teori dan Amalan. Selain itu, beliau juga

menghasilkan buku yang bertajuk Pemikiran Pendidikan Islam, terbitan

Fakulti Pendidikan pada tahun 2015.

Peserta Kajian Ketiga

Seterusnya, pakar runding yang ketiga ialah Tuan Ahmad bin Bakar,

merupakan seorang peguam syarie yang sekarang ini mempunyai firma

guamannya sendiri iaitu Firma Ahmad Bakar Associates. Ia ditubuhkan

pada tahun 2003 sehingga kini yang beralamat di Wangsa Maju. Beliau

juga memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden Persatuan Peguam

Syarie Malaysia (PGSM) iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan

(NGO) yang ditubuhkan dengan rasmi pada Jun 2001, yang menaungi

semua Peguam Syarie di Malaysia. Selain itu, beliau menerima

pendidikan tertinggi dalam Sarjana Muda Syariah di Universiti

Malaysia (UM) dan juga Diploma in Shari’ah Law & Legal Practice di

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Proses Pengumpulan Data

Data dikumpul melalui kaedah temubual separa struktur

memandangkan temubual adalah cara terbaik dalam mengumpul data

kualitatif (Merriam, 1998).

Analisis Data Temubual

Data-data yang akan dikutip tidak akan memberi makna tanpa membuat

analisis. Menurut Dey (1993) “analysis too involves breaking data

down into bits and the `beating’ the bits together” Pelbagai aktiviti

perlu dibuat semasa menganalisis data seperti proses menggabung,

mengurang dan membuat interpretasi berdasarkan apa yang dikatakan

oleh peserta kajian dan apa yang diperhati atau dibaca untuk memberi

makna kepada data (Merriam 1998; Bogdan dan Biklen 1998).

Page 7: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · memilih pekerja menepati kehendak mereka. ... bidang kerjaya mereka

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

95

Penganalisisan data dalam kajian ini akan dibuat berdasarkan cadangan

Miles dan Huberman (1994) dan Merriam (1998). Analisis data akan

dibuat pada dua peringkat, iaitu analisis semasa dan selepas

pengumpulan data. Analisis selepas pengumpulan data dibuat

menggunakan kaedah Atlas.ti.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian akan membincangkan mengenai kepentingan asas

agama dalam kalangan mahasiswa, nilai agama memberi sumbangan

terhadap keperluan industri serta nilai integriti yang dianggap signifikan

dalam pemilihan pekerja. Analisa kajian ini secara terperinci adalah

seperti berikut.

Kepentingan Asas Agama Dalam Mahasiswa Pengajian Islam Oleh

Industri.

Secara amnya elemen agama amat penting dan sememangnya

mahasiswa perlu mempunyai ilmu yang mendalam berkaitan ilmu asas

agama seperti akidah, ibadah dan akhlak bagi memastikan kejayaan dan

kecemerlangan dalam proses kerjaya yang bakal diceburi. Perkara

berkaitan akidah, ibadah dan akhlak ini amat signifikan walaupun

mereka adalah mahasiswa pengajian Islam. Ini adalah kerana penerapan

dan penghayatan agama adalah bertujuan melahirkan insan yang sedar

tentang tanggungjawab mereka sebagai hamba dan khalifah Allah SWT.

Perkara ini disokong oleh Prof. Dr. Mahmud yang mengatakan

bahawa;

“Apatah lagi perkara yang melibatkan akidah, ibadah dan

akhlak ini penting. Bagaimana menjadi bebanan pula

kepada industri untuk memastikan pekerja sempurna solat

lima waktu, tidak mengikuti ajaran sesat dan ekstrem serta

etika dalam pekerjaan seharian. Tegasnya pembentukan

adab merupakan unsur asas dalam diri yang merangkumi

kehidupan rohaniah dan kebendaan seseorang serta kualiti

kebaikan yang ingin ditanamkan dalam diri manusia. Ini

perkara yang menjadi keprihatian industri, kerana

kegagalannya akan memusnahkan kecemerlangan

industri.”(PR2/UKM//KAA:01:13)

Mahasiswa seharusnya mempunyai asas agama yang kukuh. Asas

agama terbina daripada tiga elemen penting iaitu pertama dari sudut

Page 8: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · memilih pekerja menepati kehendak mereka. ... bidang kerjaya mereka

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

SAHLAWATI ABU BAKAR ZAIDUL AMIN SUFFIAN AHMAD

96

pegangan akidah yang diperkuatkan dengan mendalami ilmu-ilmu

berkaitan dengannya, kedua amalan dalam ibadah dan ketiga berakhlak

mulia. Justeru akidah, ibadah dan akhlak adalah asas yang penting

dalam pembinaan agama.

Kepentingan asas agama ini disokong oleh pakar runding ketiga,

Tuan Ahmad sepertimana yang diperkatakan oleh beliau iaitu,

“….. pendidikan agama itu penting dalam industri

terutamanya dalam industri saya iaitu jabatan syariah dan

undang-undang ini, memang keperluan agama itu penting.

Dan saya melihat senario ataupun keadaan semasa

sekarang ini pun kebanyakan akan melihat extra kriteria

dan extra itu maksud saya lebih ke arah kepada pendidikan

Islam sendiri ataupun graduate-graduate yang ada asas

agama.” (PR3/ PGSM/KAA:00:17)

Selain itu, keperluan asas agama turut dikatakan menjadi satu

kelebihan utama kepada mahasiswa dalam industri ini kerana ia menjadi

sumber kekuatan dalam menjalankan pekerjaannya. Kenyataan ini

disokong oleh pakar runding pertama, Ustaz Mohamed iaitu,

“….. kalau mahasiswa yang mempunyai kelulusan agama

seperti dalam bidang syariah, bidang usuluddin, ataupun

contoh pengurusan dakwah masjid mungkin sebenarnya

mempunyai kelebihan daripada mahasiswa lain tentang

pemahaman agama dan hukum, daripada situ daya ataupun

kekuatan ilmu atau kekuatan integriti mereka sebenarnya

lebih baik daripada keluaran mahasiswa yang lain. Ini

pada pandangan saya.” (PR1/ JAKIM//KAA:00:10)

Kesimpulannya mahasiswa yang mempunyai asas agama ini

mempunyai kualiti yang lebih baik di samping mempunyai kemahiran

yang lain seperti bahasa. Ia disokong dengan kenyataan seperti berikut,

“Maknanya kalau mereka ini mempunyai kekuatan begitu,

daripada sudut agama juga berkemahiran contohnya:

bacaan Al-Qurannya baik, tajwidnya baik, taranumnya

baik, itu satu kelebihan daripada dia. Dan satu lagi kalau

dia berkemahiran berbahasa Inggeris itu juga satu

kelebihan. Sudah pasti dia lebih baik daripada orang lain.

Page 9: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · memilih pekerja menepati kehendak mereka. ... bidang kerjaya mereka

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

97

Itu kelebihan jurusan agama. Disamping, bahasa Melayu

itu sudah tentu. Dan berkemahiran bahasa Inggeris satu

kelebihan. Dan kemahiran berbahasa Arab lagi satu

kelebihan.”(PR1/ JAKIM//KAA:03:01)

“Saya yakin kelulusan daripada IPTA/IPTS yang

berteraskan agama mempunyai kualiti yang lebih baik

dengan syarat mereka juga mempunyai ilmu-ilmu

kemahiran seperti pelajar-pelajar di IPTA lain, jadi mereka

mempunyai kelebihan sebab mereka ini lebih mendalam

dari sudut agama dan mungkin ada kemahiran tambahan

daripada sudut bahasa tadi.” (PR1/ JAKIM//KAA:05:01)

Selain itu, dalam kajian ini juga, ia turut menyentuh tentang

kepentingan akhlak atau dalam erti kata lain adab seseorang itu yang

perlu dititikberatkan oleh mahasiswa dalam melakukan pekerjaan

tersebut. Kenyataan ini disokong dengan kenyataan pakar runding

kedua yang menyebut bahawa,

“Mereka tidak nanti membebankan industri dari aspek

perkara asas yang sepatutnya dimiliki. Khususnya perkara

asas tersebut melibatkan perkara yang mesti bagi seorang

muslim. Walaupun mereka bekas mahasiswa pengajian

Islam, akan tetapi jika tidak menghayati nilai-nilai asas

akhlak contohnya akan mencampakkan mereka ke kancah

yang lebih teruk dari mereka yang tidak berlatar

belakangkan pengajian Islam. Kita sendiri menyaksikan

kes-kes salahlaku berkhalwat, kes moral, kes menganut

ideologi yang keluar dari landasan ahli Sunnah wal

jamaah dan tidak komited dengan amalan agama adalah

daripada kalangan mereka yang berlatar belakangkan

pendidikan agama. Sedangkan mereka yang tidak

mempunyai didikan agama yang formal lebih komited

dalam aspek amal Islami. Oleh itu hal berkaitan asas

agama amat penting walaupun kepada mahasiswa

pengajian Islam agar mereka mempunyai nilai islamik,

marketable, cemerlang teori, amali, amalan dan

penghayatan. (PR2/ UKM//KAA: 00:18)

Ia turut disokong oleh Tuan Ahmad yang mengatakan akhlak ini

sangat berperanan dalam kemahiran kebolehpasaran seseorang

mahasiswa, iaitu dengan kenyataan bahawa,

Page 10: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · memilih pekerja menepati kehendak mereka. ... bidang kerjaya mereka

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

SAHLAWATI ABU BAKAR ZAIDUL AMIN SUFFIAN AHMAD

98

“Contoh dalam bidang guaman sendiri, maknanya kalau

kata benda itu kita sudah belajar, benda itu memang tidak

boleh buat, jadi kita tidak boleh untuk memutarbelitkan

sesuatu perkara itu, dan ia sangat penting, jikalau tidak ada

asas agama itu sebagai lawyer, mungkin kita akan

pusingkan perkara itu supaya menjadi boleh. Jadi, bila ada

asas seperti ini iaitu pendidikan Islam ini, In shaa Allah,

saya sendiri akan terapkan jika A dikatakan tidak boleh,

jadi kita tetap kena A. Kita tidak boleh untuk mengatakan ia

B. Jadi, perkara ini bagi saya penting terutama dalam

undang-undang syariah ini nak gunakan guaman

mahkamah syariah ini pun saya rasa benda itu sangat

penting. Bagi saya memang memerlukan orang-orang yang

berpendidikan ini, untuk saya terapkan apa yang saya

praktikkan selama ini.” (PR3/ PGSM/KAA:01:52)

Beliau turut menambah dengan menyatakan bahawa;

“Begitu juga dari segi tatasusila, mungkin kalau yang tidak

ada asas pengajian Islam ini, yang tidak ada latarbelakang

agama ini mungkin, tatasusilanya hendak berhadapan

dengan orang ataupun peradaban dengan orang tua

mungkin akan lebih berbeza, tetapi, tidak semua yang

begitu, maksud saya cuma asas itu saya rasa memainkan

peranan dalam kehidupan ketika di pejabat atau ketika

bermuamalah di pejabat ataupun bersama dengan public

atau dengan klien.” (PR3/ PGSM/KAA:03:50)

Elemen asas agama dalam kemahiran kebolehpasaran ini

sememangnya, saling berkaitan antara satu sama lain, baik dari sudut

akidah, akhlak dan ibadah. Maka, dalam sudut pandang ibadah juga

penting dan berperanan, ia turut disokong oleh Tuan Ahmad yang

menyatakan bahawa,

“Dari segi majikan itu juga, tidak susah dan kita akan lebih

selesa apabila staf-staf kita menunaikan solat 5 waktu,

puasa, jadi perkara itu tidak menjadi satu bebanan dan kita

hidup pun seperti saya sendiri hidup dalam keluarga office

saya ini. Perkara-perkara itu sememangnya saya

Page 11: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · memilih pekerja menepati kehendak mereka. ... bidang kerjaya mereka

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

99

mengutamakanlah, maksudnya kita hendak staf-staf kita

buat apa yang wajib selain bagi komitmen kerja dengan

bagus di samping tidak lupa nilai-nilai Islam itu. Maknanya

apa-apa yang Islam ajar, kita kena terapkan dalam kerja,

contohnya dari segi amanah klien, ataupun amanah office

sendiri, dari segi cara kerja itu, contohnya apa yang tidak

boleh, Islam tidak boleh buat, jadi kita tidak boleh hendak

pusingkan ia supaya dijadikan boleh.” (PR3/

PGSM/KAA:01:01)

Kesimpulannya, dalam memperolehi kemahiran kebolehpasaran

yang mantap dan untuk meningkatkan kemahiran tersebut, ini perlu

disokong oleh asas-asas agama yang terdiri daripada akidah yang

mantap, akhlak yang mulia dan juga ibadah yang terjaga. Maka, tidak

hairanlah bahawa ia memberi peranan penting kepada mahasiswa

khususnya.

Nilai Agama Memberikan Sumbangan Terhadap Keperluan

Industri.

Kajian ini juga, ia menyentuh berkenaan dengan sumbangan nilai

agama yang dapat memberi impak terhadap keperluan industri secara

amnya. Ianya diulas oleh Prof. Dr. Mahmud yang menyatakan bahawa;

“Nilai agama merupakan asas perlakuan manusia. Apatah

lagi manusia yang mengaku beriman dan muslim. Potensi

ini perlu dibangunkan selaras dengan matlamat penciptaan

manusia sebagai khalifah di bumi di samping untuk

kecemerlangan industri. Majikan yang muslih amat

mementingkan perkara ini dalam menentukan

kecemerlangan organisasi selain kelayakan akademik.

Demikian juga dalam menentukan mahasiswa yang soleh

dan muslih. Isu ilmu yang tidak bersepadu iaitu

meminggirkan nilai agama boleh menyebabkan mahasiswa

atau pekerjanya mengejar tuntutan dunia tanpa mengambil

berat terhadap tuntutan untuk kecemerlangan di akhirat.”

(PR2/ UKM//KNA:01:21)

Nilai agama dalam berkepentingan menyumbang kepada

keperluan industri secara khususnya. Ianya dilihat perlu kerana dapat

membentuk akhlak seseorang itu dan juga sikap yang baik malah

Page 12: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · memilih pekerja menepati kehendak mereka. ... bidang kerjaya mereka

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

SAHLAWATI ABU BAKAR ZAIDUL AMIN SUFFIAN AHMAD

100

meningkatkan lagi kemahiran-kemahiran yang pelbagai serta

mempunyai peribadi yang dipandang mulia, bukan sahaja oleh majikan

malah masyarakat setempat.

Kenyataan ini disokong oleh Prof. Dr. Mahmud yang

menyatakan bahawa;

“Nilai agama akan mengarah mahasiswa atau pekerja ke

arah pembentukan sikap, kemahiran, keperibadian dan

pandangan hidup yang melahirkan hamba Allah yang

mempunyai amanah dalam membangunkan diri,

masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah kebahagiaan

di dunia dan akhirat.” (PR2/ UKM//KNA:01:35)

Namun begitu, hasil dari kajian ini, menurut pakar runding yang

pertama dan ketiga, mereka bersependapat dan menyatakan bahawa

terdapat beberapa kelompongan yang ada untuk menguasai nilai agama

itu secara menyeluruh dan lengkap. Ini kerana, kadang-kadang, mereka

melihat terdapat kebanyakan graduan yang kurang berkemahiran dari

satu sudut yang lain. Sebagai contoh, kemahiran berbahasa seperti mana

yang disokong oleh Ustaz Mohamed yang menyatakan bahawa,

“Saya setuju kalau mereka diberi kemahiran dari sudut

penguasaan bahasa-bahasa tertentu yang memang biasa

digunakan di pasaran.” (PR1/ JAKIM//KNA:06:12),

“Kemahiran bahasa Inggeris adalah satu kelebihan.

Maknanya paling tidak mereka ini perlu didedahkan

dengan kemahiran bahasa seperti ini.” (PR1/

JAKIM//KNA:06:24)

Malah ditambah pula oleh Tuan Ahmad yang menyatakan bahawa,

“Tidak dinafikan memang akan ada lompong-lompong, dari

segi penguasaan bahasa Inggeris itu, memang lompongnya

banyak, dan ia sememangnya perlu belajar sebab saya

percaya perkara ini penting juga sebab kadang-kadang kita

berhadapan dengan orang yang pelbagai. Klien yang

pelbagai. Tidak semestinya Melayu. Ada yang mat saleh

(orang asing). Tetapi bila tidak ada asas English atau

bahasa-bahasa lain itu, susah untuk kita berkomunikasi,

Page 13: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · memilih pekerja menepati kehendak mereka. ... bidang kerjaya mereka

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

101

dan kadang-kadang dokumentasi kita perlu membuatnya

dalam bahasa Inggeris dan contohnya yang luar negara

yang tinggal di sini memang tidak faham untuk pihak yang

lagi satu. Jadi kita terpaksa buat dua. Satu Bahasa Melayu

dan satu lagi presentation. Dan mahkamah juga akan

arahkannya begitu. Sebab katakan ada yang berkahwin

dengan mualaf, mat saleh dan sebagainya.” (PR3/

PGSM/KNA:07:35)

Kemahiran komunikasi dalam berdakwah adalah penting dan

perlu ada dalam diri graduan. Kemahiran bahasa ini menjadi satu

kelebihan dalam nilai agama itu sendiri bagi memastikan komunikasi

yang disampaikan itu berkesan dan maklumat yang diberikan itu turut

difahami oleh klien atau orang yang berurusan serta memudahkan

dalam urusan pekerjaan. Ini disokong oleh Tuan Ahmad yang

menyatakan bahawa:

“….penguasaan bahasa itu juga penting, selain

pemahaman enakmen itu. Jadi, saya rasa, itu satu kelebihan

dan terutamanya dalam bidang sayalah iaitu peguam syarie

memang penting. Senang untuk kita bagi maklumat atau

cari maklumat atau hendak suruh baca kitab, mencari dalil-

dalil aqli dan naqli.” (PR3/ PGSM/KNA:06:45)

Selain itu kemahiran mengurus sama ada pengurusan diri atau

masa perlu diterapkan sejak dari universiti lagi. Ini dinyatakan oleh

pakar runding yang pertama dengan kenyataannya seperti berikut:

“….mereka perlu untuk diberikan pendedahan dari sudut

berpersatuan, maknanya kolej universiti atau universiti ini

perlu memberi peluang seluas-luasnya. Walaupun ia

bergantung kepada pelajar bahawa dia aktif atau tidak

aktif. Tetapi dengan peluang yang sewajarnya maksudnya

dia perlu ada sekatan based on Akta ataupun sebagainya

tetapi tidaklah tiada langsung, maknanya memberi peluang

menyatakan mereka punya hasrat ataupun mereka punya

objektif berpersatuan ataupun sebagainya.” (PR1/

JAKIM//KNA:06:33)

Seterusnya perkara seperti mengubah perspektif individu itu juga

perlu dilakukan di samping memberi keyakinan kepada mahasiswa

supaya cekap dalam kemahiran mengurus dan ditambah juga dengan

Page 14: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · memilih pekerja menepati kehendak mereka. ... bidang kerjaya mereka

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

SAHLAWATI ABU BAKAR ZAIDUL AMIN SUFFIAN AHMAD

102

kemahiran yang lain seperti kemahiran profesionalisme. Ini ditegaskan

oleh Tuan Ahmad lagi yang menyatakan bahawa:

“Dan satu lagi yang lompongnya, mungkin profesionalism,

maksud saya walaupun ada asas agama tidak semestinya

dia boleh bergiat secara professional, yang itu mungkin kita

kena berpandukan kepada individu, tidak semua, kadang-

kadang ada yang belajar agama ini, dia pun professional.

Dia boleh hidup profesional dan bergaul dengan

professional ada juga yang tidak. Tapi kalau boleh

terapkan nilai-nilai professional itu, maksud saya dari segi

kerja, dari segi hubungan dengan klien, komunikasi dan

sebagainya, kalau boleh diterapkan dengan sikap seperti

itu, maknanya sikap, dedikasi dengan penuh professional

ini, saya rasa akan lebih berjaya geng-geng pengajian

Islam termasuk kitalah.” (PR3/ PGSM/KNA:08:33)

Tambahannya lagi:

“Kadang-kadang perkara itu, yang kita fikir kadang-

kadang kita terlalu jumud, atau rigid, kadang-kadang tidak

boleh bercakap dengan perempuan, sedangkan benda

tersebut tidak ada masalah as long as kita ada batas-

batasnya, rasa yang itu kadang-kadang pembawaan

daripada universiti, tarbiah kita di universiti itu sendiri,

contohnya, perempuan tidak boleh langsung bercampur

dengan lelaki, tetapi bila dia keluar di sini, mereka terpaksa

berhadapan dengan benda itu, jadi maknanya kalau kita

boleh terapkan benda itu daripada awal, maknanya mereka

tidak akan kekok dan kita perlu terapkan sikap professional,

dan juga dedikasi dengan kerja itu sendiri, maknanya dari

segi komitmen, dari segi cara pergaulan, tetapi ada batas-

batasnya, mungkin lompong itu yang kadang-kadang kita

terlepas pandang.” (PR3/ PGSM/KNA:09:23)

Secara keseluruhannya, hasil daripada dapatan nilai agama ini

merangkumi beberapa kemahiran yang penting yang perlu

dipertingkatkan oleh mahasiswa dalam industri. Bagi menambah nilai-

nilai tersebut mereka memerlukan beberapa langkah yang diuji oleh

Page 15: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · memilih pekerja menepati kehendak mereka. ... bidang kerjaya mereka

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

103

majikan sepertimana yang diperkatakan oleh Ustaz Mohamed, seperti

berikut:

“….. mentaliti masyarakat bila sebut kelulusan kolej Islam

atau jurusan agama, dia sesuai jadi Imam. Tidak pada

sekarang ini, persepsi sudah berbeza, jurusan daripada

kolej Islam, jurusan daripada UIA, jurusan daripada UM

fakulti Syariah, UKM juga KUIS fakulti apa-apa jua

pengajian, mereka juga mempunyai peluang yang sama

untuk menjadi pegawai tadbir diplomatik asal mereka

mampu melepasi beberapa step. “Step pertama, lulus ujian.

Step kedua, lulus assessment. Step ketiga, lulustemuduga.”

(PR1/ JAKIM//KNA:07:13)

Tambahnya lagi,

“Maksudnya dua step itu atas kemahiran diri sendiri.

Ujian: kemahiran dan pengetahuan. Assessment:

kemahiran, pengetahuan dan keupayaan. Temuduga:

kemahiran berfikir dan boleh menjawab ataupun boleh

menganalisis apa yang disoal oleh penemuduga.” (PR1/

JAKIM//KNA:07:51)

“Maknanya, kalau dia tidak menambah nilai diri dia

dengan kemahiran-kemahiran lain, based on apa yang dia

belajar. Kalau syariah, syariah sahaja. Saya takut mereka

tidak ada kekuatan dan kurang nilai bila mereka berada

dalam pasaran.” (PR1/ JAKIM//KNA:08:09)

Kesimpulannya, nilai agama dianggap penting dalam industri

yang dapat dibina melalui asas agama yang teguh.

Nilai Integriti Dianggap Signifikan Dalam Pemilihan Pekerja

(Mahasiswa).

Integriti merupakan elemen yang penting dalam kemahiran

kebolehpasaran. Ia akan merujuk kepada majikan untuk menilai integriti

seseorang itu dalam urusan pekerjaan sehariannya. Dalam Islam istilah

yang selalu digunakan ialah ihsan.

Ianya diperakui oleh Prof. Dr. Mahmud yang melihat integriti ini

terkandung dalam kemahiran insaniah,

Page 16: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · memilih pekerja menepati kehendak mereka. ... bidang kerjaya mereka

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

SAHLAWATI ABU BAKAR ZAIDUL AMIN SUFFIAN AHMAD

104

“Integriti ini lahir dari pekerja yang mempunyai

Kemahiran Insaniah (sikap individu, budaya etika,

kepimpinan, komunikasi) yang cemerlang. Kepentingan

Kemahiran Insaniah sebagai pelengkap kesempurnaan

pekerja. Kemahiran Insaniah mampu menjadikan pekerja

untuk menjalankan kewajipan dalam pelbagai aspek

kehidupan serta membina masa hadapan negara yang

gemilang. Kegagalan komunikasi yang berkesan contohnya

menyebabkan banyak idea-idea yang bernas sepatutnya

disampaikan untuk membantu idea dan sokongan pihak

atasan industri bagi melancarkan pengurusan. Oleh itu

komunikasi berkesan menjadi aspek penting yang diambil

kira dalam satu-satu organisasi untuk terus maju dan

efisyen.” (PR2/ UKM//NI:01:56)

Ia juga disokong oleh pakar runding yang pertama, Ustaz

Mohamed yang mengatakan bahawa untuk melihat seseorang itu

mempunyai integriti atau tidak, adalah dengan solat. Seperti kenyataan

berikut,

“Integriti pada pandangan saya adalah mudah sahaja,

biasanya kelulusan daripada jurusan agama tidak kiralah

IPTA /IPTS/Kolej ataupun sebagainya, biasanya mereka

akan menjaga solat. Ini jelas. Walaupun ada sebahagian

jujurnya/honestly ada juga sebahagiannya yang ambil

mudah tentang solat.” (PR1/ JAKIM/NI:11:12)

“Saya nak kaitkan dengan janji Allah dalam Al-Quran itu:

Sesungguhnya solat itu akan mencegah daripada perbuatan

keji dan mungkar” (PR1/ JAKIM/NI:11:34)

“Siapa yang solat ini, akan menjadi firewall atau menjadi

antivirus atau menjadi pendinding kepada mereka daripada

melakukan perbuatan keji dan mungkar. Jika disebut keji,

kita tahu ia berkait dengan nafsu syahwat, tetapi mungkar

mungkin berkait dengan kerja, curi masa, curi tulang, tidak

amanah.” (PR1/ JAKIM/NI:11:52)

Page 17: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · memilih pekerja menepati kehendak mereka. ... bidang kerjaya mereka

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

105

“Di sini saya hendak kaitkan bahawa orang yang jaga solat

ini, biasanya dia tidak akan melakukan perkara atau

perbuatan yang bertentangan dengan agama. Di situlah

pentingnya perkara ini dapat dilakukan. Walaupun kita

tahu orang cina, orang bukan Islam ini juga mempunyai

integriti tetapi mereka ditekankan dengan ilmu pendidikan

sivik, kesedaran sivik, dan kelulusan agama ini juga

menjadi lebih baik. Sebab di samping dia menjaga solat

secara tidak langsung akan prevent dia daripada

melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Dan mereka

juga diberi pendidikan yang mana baik dan yang mana

tidak baik.”(PR1/ JAKIM/NI:12:03)

Seterusnya, hasil daripada kajian ini juga melihat kepada

kepentingan integriti itu sendiri yang boleh menjadi faktor perubahan

hidup seseorang. Ini boleh dilihat melalui kenyataan tambahan beliau

yang menyatakan bahawa:

“ ….Integriti memang penting dalam suasana sekarang

kerana suasana di mana cost of living now is very high.

(Kos sara hidup yang cukup tinggi). Ini kadang-kadang

impian melebihi daripada kemampuan.

Dan walaupun mereka boleh mengambil tindakan

menurunkan impian itu ke tahap kemampuan mereka, tetapi

kadang-kadang suasana/environment di sekeliling itu

mengajak dan mendesak mereka untuk mendapat sesuatu

dengan cara yang tidak betul. Tetapi paling kurang, jikalau

mereka ini daripada kelulusan agama atau daripada yang

berteraskan agama, mereka mempunyai persepsi yang

cukup baik bahawa setiap perbuatan yang menyalahi

peraturan kadang-kala akan memberi impak yang yang

tidak baik kepada mereka. Ini pada pandangan sayalah.”

(PR1/ JAKIM/NI:12:43)

Kenyataan beliau turut disokong oleh Tuan Ahmad dengan

menyatakan bahawa pentingnya integriti ini adalah kerana ia

merupakan kayu ukur dan memberi persepsi yang utama dalam

sesebuah organisasi dan individu itu sendiri. Sebagaimana yang

dinyatakan oleh beliau seperti berikut:

Page 18: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · memilih pekerja menepati kehendak mereka. ... bidang kerjaya mereka

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

SAHLAWATI ABU BAKAR ZAIDUL AMIN SUFFIAN AHMAD

106

“Sebab bagi saya, ia membawa nama kita dan juga kita

punya standard ataupun, kita sudah ada satu guideline

yang perlu dijaga, jadi apabila kita mengambil mahasiswa

yang berketrampilan, yang ada semua benda seperti saya

katakan tadi itu, maknanya secara tidak langsung ia

mengekalkan apa yang telah ada itu, sebab itu integriti itu

penting.” (PR3/ PGSM/NI:10:43)

“Tetapi, jika kita mengambil mahasiswa yang jenis tidak

boleh membuat kerja, contohnya hidup pun hidup seorang,

tidak boleh untuk bekerjasama, jadi, apabila urusan-urusan

dengan customer atau klien benda itu sedikit sebanyak akan

menjejaskan apa yang telah kita praktikkan, maknanya

kalau kata dia teruskan dengan cara yang kita ajar itu,

dengan sikap dia yang bagus, maknanya integriti kita itu, In

shaa Allah, itu pentingnya integriti itu.” (PR3/

PGSM/NI:11:15)

Persepsi itu juga akan memainkan peranan yang penting dalam

nilai integriti dan ia sememangnya dianggap signifikan. Kenyataan ini

disokong oleh Ustaz Mohamed yang menyatakan:

“Jikalau kita kaji balik, orang yang ada background agama

melakukan kesalahan dari sudut integriti di Malaysia

sebenarnya terlampau sedikit berbanding yang lain. Tetapi

media menghighlightkan. Sebab hendak menunjukkan

persepsi yang tidak baik kepada kelulusan agama.

Sememangnya ia terlampau sedikit.” (PR1/

JAKIM/NI:13:42)

“Ia juga berkait dengan persepsi. Persepsi memainkan

peranan yang penting. Kita dilihat tinggi berbanding yang

lain, u all jurusan agama, apabila disebut ustaz u all lebih

tinggi daripada kelulusan ekonomi. Orang melihat „A‟

jurusan syariah. „B‟ ekonomi. Daripada sudut itu, orang

sudah melihat „A‟ ini mesti lebih baik daripada yang

ekonomi.”(PR1/ JAKIM/NI:14:40, 14:46)

Page 19: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · memilih pekerja menepati kehendak mereka. ... bidang kerjaya mereka

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

107

Masyarakat juga menaruh harapan dan memberikan perhatian

terhadap mahasiswa yang berlatar belakangkan agama. Ianya diulas

oleh Ustaz Mohamed:

“Masyarakat kita masih lagi memandang, menilai,

mengharap. Maknanya tanggapan itu (perception) more

better than another. Sebab itu, bukan setakat mereka

belajar agama sahaja memberi kekuatan integriti, tetapi

mereka juga berusaha untuk mencari kekuatan menghalang

diri mereka daripada melakukan perkara yang tidak baik.

Memang kita sebut secara auto apabila kita solat, Kita ada

iman. Itu sememangnya Allah janji.” (PR1/

JAKIM/NI:15:07)

“Tetapi kita juga perlu ada usaha untuk prevent diri kita

daripada perkara-perkara yang tidak baik. Ini pada

pandangan saya. Sebab cubaan, godaan nafsu ini semua

bukan daripada seseorang itu, tetapi mungkin daripada

environment luaran.” (PR1/ JAKIM/NI:15:36)

“Saya suka memberi gambaran Nabi Adam a.s, berstatus

Nabi dan Rasul. Beliau mempunyai integriti. Beliau

mempunyai kekuatan. Tetapi oleh kerana syaitan dan Iblis

juga sentiasa berusaha dan tidak pernah penat. Dan

akhirnya isterinya juga terpengaruh. Dan sebagaimana kita

tahu kekuatan dan kelemahan orang sekeliling yang

menjadikan bos ini turut terpengaruh juga. Dia ada leak.

Atau lompong-lompong dan sebagainya. Jika dia tidak

boleh attack orang itu, dia akan attack orang ini. Dalam

erti kata lain attack orang sekeliling/ persekitarannya.”

(PR1/ JAKIM/NI:16:26)

Berdasarkan keterangan yang dinyatakan oleh pakar-pakar

runding ini, secara keseluruhannya integriti itu merupakan elemen yang

utama dan menjadikan satu persepsi yang paling penting bagi seseorang

khususnya majikan dalam industri dan kemahiran kebolehpasaran ini.

Justeru, mereka ini akan menilai atau mengambil seseorang itu

dengan melihat pelbagai aspek bagi memastikan nilai integriti

mahasiswa terserlah atau tidak sebelum mereka yang berkenaan

menemuduga pekerja tersebut. Sebagaimana yang diterangkan oleh

pakar runding pertama seperti berikut:

Page 20: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · memilih pekerja menepati kehendak mereka. ... bidang kerjaya mereka

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

SAHLAWATI ABU BAKAR ZAIDUL AMIN SUFFIAN AHMAD

108

“Dia sebenarnya, merujuk kepada disiplin, keupayaan. Ada

beberapa part iaitu: Comunication, cooperation, dan

disiplin.” (PR1/ JAKIM/NI:18:02)

“Tetapi semua itu berteraskan kepada atau kembali kepada

kita punya background pendidikan dan juga background

penglibatan sebagai pelajar dalam universiti ataupun

sebagai komuniti dalam masyarakat. Secara umumnya, dia

ada cuma tidak secara directly, maknanya jaga

sembahyang atau tidak, ia cuma pengurusan masa,

maknanya kita boleh kaitkan bila sebut mengurus masa

that‟s mean dia seorang yang beriman, jika dia seorang

yang berdisiplin, dia seorang yang beriman, bila kita sebut

beriman, dia mestilah ada agama, bila dia ada agama,

mesti asas dia adalah sama ada dia belajar secara fulltime

ataupun dia belajar semasa sekolah menengah ataupun di

sekolah rendah ataupun dia mempunyai mak ayah yang

berpegang kuat pada agama, dan sentiasa memberi nasihat.

Sebab itu saya katakan, jika dia belajar agama more better

than yang tidak belajar agama. Kadang-kadang yang tidak

belajar agama ini kuat sebab environmentnya membantu

dan support dia. Mungkin dia selalu pergi ke masjid, selalu

mendengar tazkirah, ataupun dia sendiri, mak ayahnya

memang strong. Ini pandangan sayalah.”(PR1/ JAKIM/NI

:18:46)

“Melihat kepada pegawai penilai yang akan

menilai/memikirkan pekerjanya secara abstrak. Tetapi

bezanya, kadang-kadang penilaian manusia ini 365 hari dia

bekerja, seorang bos hanya menilai 10-15 minit, kadang-

kadang penilaian itu tidak 100% based on apa kapasiti

pegawai itu. Ini pandangan saya.” (PR1/ JAKIM/NI:

20:30, 20:40)

Manakala, merujuk kepada pakar runding ketiga, beliau menilai

pekerjanya dengan melihat kepada elemen keterampilan dan

komunikasi seseorang itu. Ini kerana ia akan memperlihatkan integriti

seseorang itu. Kenyataannya seperti berikut:

Page 21: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · memilih pekerja menepati kehendak mereka. ... bidang kerjaya mereka

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

109

“Untuk memilih sebagai pekerja, melalui pengalaman saya,

pertamanya saya memilih dari sudut keterampilan dan

komunikasi seseorang itu. Itu dari segi yang first bagi saya,

maknanya saya akan tengok dari sudut keterampilan dan

personaliti, dan bagaimana dia berkomunikasi dengan

semua orang, termasuk saya dan termasuk staf-staf lain. Itu

antara perkara yang awal kita lihat.” (PR3/

PGSM/NI:12:58)

Keberanian juga salah satu elemen yang dinilai bagi memastikan

integriti seseorang itu adalah yang terbaik. Ini merujuk kepada

kenyataan yang disokong oleh pakar runding ketiga seperti berikut:

“Selain daripada itu, saya tengok juga kalau kata dalam

tempoh awal, mungkin tidak nampak, bagaimana

keberanian dia untuk adaptasi cara kerja saya dengan ada

idea-idea baru. Dan di situ saya akan tengok, tetapi yang

first impression saya, saya akan tengok ketrampilan dia.

maknanya dari segi cara dia bercakap, cara dia komunikasi

bukan dengan saya sahaja, bahkan dengan orang-orang

lain, jika dia datang jenis senyap sahaja, susah untuk

menjadi seorang lawyer. Kerana lawyer perlu banyak deal

dengan public, sebab itu kadang-kadang kita kena panggil

untuk bagi talk. Maknanya di situ personality itu penting,

kita hendak pergi mahkamah pun, kalau jenis suara kita

senyap, hakim pun walaupun kita ada point, tapi tidak tahu

bagaimana untuk melontarkan isi tersebut. Itu

penting.”(PR3/ PGSM/NI:13:48)

Oleh yang demikian, jika tidak ada keupayaan untuk melahirkan

kerjasama dalam berpasukan dan kesepakatan perpaduan, secara tidak

langsung, keperibadian seseorang itu juga akan turut gagal dan nilai

intergriti juga akan turut hilang.

Ini disokong oleh pakar runding kedua yang menyatakan

bahawa; “Kegagalan wujudnya kesepaduan dalam semua aspek untuk

membentuk integriti akan menyebabkan diri khasnya dan organisasi

amnya menuju kepada kegagalan peribadi dan keruntuhan organisasi.

Oleh itu pemilihan pekerja perlulah menitik beratkanKemahiran

Insaniah iaitu sikap individu, budaya etika, kepimpinan dan

komunikasi. Aspek integriti dinilai penting dalam pemilihan mahasiswa

demi untuk melahirkan umat Islam yang berdaya tahan serta mampu

Page 22: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · memilih pekerja menepati kehendak mereka. ... bidang kerjaya mereka

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

SAHLAWATI ABU BAKAR ZAIDUL AMIN SUFFIAN AHMAD

110

menghubungkan ilmu yang dipelajari oleh mahasiswa dengan realiti

kehidupan sebenar.

Kesimpulannya, hasil daripada dapatan membuktikan nilai

integriti itu saling berkait rapat dan dianggap signifikan dalam

pemilihan pekerja.

PERBINCANGAN

Program-program pemantapan ibadah seperti ibadah solat, puasa, zakat,

sedekah, zikir dan sebagainya perlu ada dalam kemahiran

kebolehpasaran pekerja dan ianya lahir daripada sumber kekuatan iman.

Program-program pemantapan ibadah inilah yang akan menjadi

platform pembenihan iman dalam diri sekaligus menjadi komponen

utama kepada pembentukan integriti.

Kesan daripada integriti ini para pekerja akan menghayati nilai

kerja sebagai ibadah dan berusaha untuk mengelakkan diri daripada

terjebak ke dalam aktiviti yang memberikan kesan negatif kepada

keberkatan sumber rezeki mereka. Ini adalah kerana secara prinsipnya,

Allah SWT telah mengharamkan sebarang usaha memakan harta

daripada jalan yang salah. Sememangnya tidak syak lagi, sifat-sifat

luhur yang terkandung dalam nilai integriti adalah merupakan akhlak

Islami dan bertepatan dengan ajaran Islam yang mesti dihayati oleh

pekerja. Sememangnya pendekatan seumpama ini adalah selaras dengan

tuntutan ajaran Islam yang amat menitik-beratkan aspek integriti dan

ketelusan dalam apa jua lapangan kehidupan termasuklah soal

pengurusan dan kepimpinan.

Aspek keinsanan dan nilai murni adalah merupakan komponen

penting dalam pembentukan nilai integriti. Aspek ini tidak boleh

diketepikan begitu sahaja sebaliknya mestilah diberikan penumpuan

yang jitu. Konsep-konsep seperti yang dianjurkan oleh agama adalah

perisai penting selain menjadi sumber kekuatan dalaman untuk menolak

segala anasir negatif. Penghayatan nilai-nilai murni seperti ini di

kalangan pekerja akan melonjakkan usaha pelbagai industri melonjak

ke arah kelas pertama.

RUMUSAN DAN IMPLIKASI

Kajian ini mengemukakan implikasinya kepada pihak yang

berkepentingan seperti berikut:

Page 23: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · memilih pekerja menepati kehendak mereka. ... bidang kerjaya mereka

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

111

i. Menerapkan nilai agama berkaitan akidah, ibadah dan akhlak

dalam diri graduan kerana kepentingannya di dalam industri dan ia

menjadi satu nilai tambah dalam memilih pekerja.

ii. Menyediakan program dan seminar yang berbentuk ilmiah dan

modul yang mempunyai hubungkait dengan industri dan agama sebagai

garis panduan bagi pelajar.

iii. Menyediakan finishing schoolbagi bakal graduan untuk

memberikan pengalaman dan ilmu yang berkaitan sebelum tamat

program pembelajaran khususnya dari aspek pemantapan agama.

RUJUKAN

Al-Ghazali. Ihya‟ Ulumuddin. Darul Fajr: Kuala Lumpur, 2006.

Ahmad Rizal Madar, Malyia Afzan Abd Aziz & Mohamad Zaid

Mustafa. Kemahiran Kebolehpasaran di Kalangan Pelajar Kolej

Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Prosiding Seminar

Kebangsaan Kemahiran Insaniah dan Kerja Sosial,2009.

Aycan , Z., & Fikret-Pasa, S. Choices, Job Selection Criteria and

Leadership Preferences in a Transitional Nation : The Case of Turkey.

Journal of Career Development , 30(2), 129-144, 2003.

Ballantine, J., & Larres, M. P. Cooperative Learning: A Pedagogy To

Improve Students’ Generic Skills? Journal Education And Training, 49

(2), 126-137, 2007.

Buck, L.L. & Barrick, R.K. They’re Trained, But Are They

Employable? Vocational Education Journal 62(5): 29-31,1987.

Cano, J. “Graduate Employability: What Employers Really Want.” The

Agricultural Education Magazine. 78.5, 2006.

Dunne, E., Bennett, N & Carre, C. Skill Development In Higher

Education And Employment. Bristol., 2000.

Gainer. ASTD update: Basic skills. Alexandria, VA:American Society

for Training and Development (ERIC No. ED 291 882),1988.

Haslinda @Robita Hashim, Muhammad Nubli Abdul Wahab & Zarina

Mohd Ali. Pembangunan Sahsiah Mahasiswa Bersepadu: Konsep dan

Page 24: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · memilih pekerja menepati kehendak mereka. ... bidang kerjaya mereka

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

SAHLAWATI ABU BAKAR ZAIDUL AMIN SUFFIAN AHMAD

112

Pelaksanaannya di Kolej Universiti Kejuruteraan. Prosiding Seminar

Kebangsaan Kursus Sokongan Kejuruteraan, 2005.

Hoddinot, J. dan Young, D. “Generic Skills Teaching In Materials

Science and Engineering.” Journal of Engineering Education. 707-711,

2001.

Ismail Md. Salleh. Strategi bagi Rancangan Malaysia ke Sembilan

untuk Meningkatkan Pembangunan Insan. Universiti Malaya: Kuala

Lumpur, 2005.

Kamaruddin Husin. Kemahiran Berfikir dan Komunikasi. Kumpulan

Budiman Sdn.Bhd.: Petaling Jaya, 2003.

Shyamal Majumdar.Emerging Generic Skills & Challenges of Learning

Systems:Training K-workers. Philippines : Metro Manila, 2002.

Kearns, P. Generic Skills for the New Economy. Kengsington Park:

NCVER Ltd. 41-64, 2001.

Koffel, L.Teaching Workplace Skills: Creative Ways to Teach Students

the Skills Employers Want. Texas:Gulf Publishing Company. 1-2,1994.

Lange, D.L dan Technicon, P.E. The Identification of The Most

Important Non-technical Skills required by Entry Level Engineering

Students When They Assume Employment.Journal of Cooperative

Education. 35. 21-32, 2000.

Mohd Safarin Nordin & Kamaruddin Mohd Tahir. Kemahiran Generik-

Kepentingan Dalam Memenuhi Keperluan Majikan Masa Kini.

Universiti Teknologi Malaysia: Johor, 2004.

Mohamad Sattar Rasul,et al. Aspek Kemahiran Employability yang

dikehendaki Majikan Industri Pembuatan Masa Kini. Jurnal Pendidikan

Malaysia,35. 45-55, 2009.

Muhammad Hazrul Ismail. Kajian Mengenai Kebolehpasaran Siswazah

Di Malaysia: Tinjauan Dari Perspektif Majikan. Prosiding PERKEM

VII : 906-913, 2012.

Queck. Learning for the Workplace: A Case Study In Graduate

Employees Generic Competencies. Journal of Workplace Learning.Vol

2, 34-57, 2005.

Page 25: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · memilih pekerja menepati kehendak mereka. ... bidang kerjaya mereka

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

113

Rahimin Affandi Abd. Rahim, Lazim Omar, Nor Adina Abd Kadir &

Norhayati Dahlal. Kemahiran Insaniah di Institusi Pengajian Tinggi

Awam Islam Malaysia dan Indonesia: Satu Analisis Perbandingan.

Universiti Malaya: Kuala Lumpur, 2009.

Ahmad Ramlee. The Role Of Vocational And Technical Education In

The Industrialization Of Malaysia As Perceived By Educators And

Employers. Doctoral Dissertation. Purdue University, 2002.

Rodiah Idris, Siti Rahayah Ariffin, & Noriah Mohd Ishak. Pemeriksaan

Differential Item Functioning (DIF) Instrumen Pentaksiran Kemahiran

Generik. Seminar Psikologi dan Pembangunan Manusia, 2008.

Rohlfing, J. E., Nota, L., Ferrari, L., Soresi, S., & Tracey, T. J. G.

Relation of Occupational Knowledge to Career Interests and

Competence Perceptions in Italian Children. Journal of Vocational

Behavior, 81, 330–337, 2012.

Seo, Andy K.H. Smart- Partnership Between Vocational and Technical

Training Institution in Creating Skill Workers. Persidangan Kebangsaan

Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional, 2003.

Shaharuddin Ahmad, Noriah Mohd Ishak, Khaidzir Ismail dan Jumali

Selamat. Generic Competency Profile Among Students In Institute Of

Higher Learning: A Case Of Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),

Malaysia. College Student Journal, 44(3): 811-820, 2010.

Sidek, M.N. Perkembangan Kerjaya: Teori dan Praktis. Penerbit

Universiti Putra Malaysia: Serdang, 2002.

Siti Rahayah Ariffi n, Noriah Mohd Ishak, Abdul Ghafur Ahmad,

Rodiah Idris, & Nur’ Ashiqin Najmuddin. Communication, Leadership,

And Teamwork Skills As Core Competencies Among Higher Education

Students. Proceeding ASAIHL International Conference. Bangkok,

149-158, 2008.

The Conference Board of Canada Employability Skills Profile: The

Critical Skills Required Of The Canadian Workforce. The Corporate

Council on Education, a program of the National Business and

Education Center. Ottawa Ontario, 1996.

Warwick, D. Interpretation and Aims. Dalam Warwick, D.1989.

Linking Schools and Industry. Oxford: Basil Blackwell Ltd,1989.

Page 26: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · memilih pekerja menepati kehendak mereka. ... bidang kerjaya mereka

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

SAHLAWATI ABU BAKAR ZAIDUL AMIN SUFFIAN AHMAD

114

Yahya Buntat.Integrasi Kemahiran “Employability” Dalam Program

Pendidikan Vokasional Pertanian dan Industri Di Malaysia. Thesis

Phd., 2004.

Yulpisman Asli. Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft

Skills) untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Universiti Putra

Malaysia (UPM), Serdang. http://www.utusan/com/my/utusan/content

(19 September 2007)

Zainudin, Mohd Anuar, Mohd Najib & Kamriah. Penerapan

Kemahiran Generik dalam Pengajaran Kejuruteraan di Sekolah

Menengah Teknik. Seminar Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia,

2005.

BIOGRAFI

Nama: Sahlawati Abu Bakar

Emel: [email protected]

Jawatan: Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah, Akademi Islam

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Alamat pos: Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Tel:03-89254251(off.), 019- 6015308 (h/set)

Fax: 603-89254402