jurnal ciri iklim sekolah

5
8/6/2019 Jurnal Ciri Iklim Sekolah http://slidepdf.com/reader/full/jurnal-ciri-iklim-sekolah 1/5 Artikel : CIRI IKLIM SEKOLAH BERKESAN : IMPLIKASINYA TERHADAP PELAJARAN Pengarang: Ahmad Zabidi Abdul Razak Jurnal : Pendidikan 31 ( 2006 ) Pengulas : Mohd Noor Bin Ismail Jurnal ini mengutarakan tentang satu kajian untuk menentukan ciri iklim sekolah  berkesan. Ia melibatkan 97 orang guru daripada 4 buah sekolah menengah agama di Selangor. Ia juga memaparkan analisis mengenai implikasi terhadap motivasi  pembelajaran di sekolah untuk mengenal pasti tahap amalan pengurusan budaya kolaboratif pengurus (pengetua) wanita di sekolah dan pengaruh terhadap motivasi menurut perspektif guru. Hasil kajian yang mereka lakukan, beberapa pengkaji telah mengetengahkan beberapa ciri iklim sekolah berkesan antaranya: 1) Guru merasa selamat, berpuas hati dan berkeyakinan. 2) Guru-guru tidak rasa tertekan dan mengambil prihatin tentang kemajuan murid-muridnya. 3) Pengetua merasa penuh yakin terhadap kerjanya serta bertimbang rasa. 4) Pelajar merasa selamat dan belajar bersungguh-sungguh. Pengkaji turut memaparkan beberapa pandangan yang mengaitkan iklim sekolah  berkesan dengan implikasinya terhadap motivasi pembelajaran sekolah yang berkesan mampu mewujudkan integrasi dan keharmonian sesama pelajarnya serta hubungan mesra di antara sekolah dan keluarga seterusnya membentuk pendidikan yang sempurna bagi  pelajar-pelajarnya. Antaranya ialah: 1) Abdul Rahman An-nahlawi (1995) ,mengatakan iklim sekolah yang berkesan mampu mewujudkan integrasi dan keharmonian sesama pelajarnya serta hubungan mesra di 1

Upload: azfar-nordin

Post on 08-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal Ciri Iklim Sekolah

8/6/2019 Jurnal Ciri Iklim Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/jurnal-ciri-iklim-sekolah 1/5

Artikel : CIRI IKLIM SEKOLAH BERKESAN : IMPLIKASINYA TERHADAP

PELAJARAN

Pengarang: Ahmad Zabidi Abdul Razak 

Jurnal : Pendidikan 31 ( 2006 )

Pengulas : Mohd Noor Bin Ismail

Jurnal ini mengutarakan tentang satu kajian untuk menentukan ciri iklim sekolah

 berkesan. Ia melibatkan 97 orang guru daripada 4 buah sekolah menengah agama di

Selangor. Ia juga memaparkan analisis mengenai implikasi terhadap motivasi

  pembelajaran di sekolah untuk mengenal pasti tahap amalan pengurusan budaya

kolaboratif pengurus (pengetua) wanita di sekolah dan pengaruh terhadap motivasi

menurut perspektif guru.

Hasil kajian yang mereka lakukan, beberapa pengkaji telah mengetengahkan beberapa

ciri iklim sekolah berkesan antaranya:

1) Guru merasa selamat, berpuas hati dan berkeyakinan.

2) Guru-guru tidak rasa tertekan dan mengambil prihatin tentang

kemajuan murid-muridnya.

3) Pengetua merasa penuh yakin terhadap kerjanya serta bertimbang

rasa.

4) Pelajar merasa selamat dan belajar bersungguh-sungguh.

Pengkaji turut memaparkan beberapa pandangan yang mengaitkan iklim sekolah

 berkesan dengan implikasinya terhadap motivasi pembelajaran sekolah yang berkesan

mampu mewujudkan integrasi dan keharmonian sesama pelajarnya serta hubungan mesra

di antara sekolah dan keluarga seterusnya membentuk pendidikan yang sempurna bagi

 pelajar-pelajarnya. Antaranya ialah:

1) Abdul Rahman An-nahlawi (1995) ,mengatakan iklim sekolah yang berkesan mampu

mewujudkan integrasi dan keharmonian sesama pelajarnya serta hubungan mesra di

1

Page 2: Jurnal Ciri Iklim Sekolah

8/6/2019 Jurnal Ciri Iklim Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/jurnal-ciri-iklim-sekolah 2/5

antara sekolah dan keluarga seterusnya membentuk pendidikan yang lebih sempuna

 bagi pelajar-pelajarnya.

2) Ali Mohamed (2002) menyatakan bahawa guru dan pelajar yang kuat pegangan

agama islam mampu membawa sekolah berkenaan ke puncak kejayaan.

3) Dziauddin (1999) menyatakan suasana persekitaran pendidikan yang menekankan

kepada perkembangan akal dan fizikal serta pemurnian dan pemantapan rohani serta

iman sebagai satu pakej yang mantap.

Penulis turut mengutarakan beberapa pendapat yang menyatakan tentang ciri iklim

sekolah berkesan antaranya:

1) Halpin dan Croft (1963) mengatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan

 personaliti seseorang individu sendiri.

2) Howard (1974) mendifinisikan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya

sekolah.

3) Pusat Kurikulum (1981) mendifinisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang

 baik dimana keadaan persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dengan

 pembelajaran yang lancar.

Penulis menyatakan bahawa iklim sekolah adalah antara aspek yang paling penting

untuk meningkatkan motivasi pembelajaran warga sekolah. Iklim sekolah dan motivasi

  pembelajaran saling mempengaruhi antara satu sama lain. Kawasan sekolah bersih,

cantik, selaat dan cukup tempat ruang belajar menyebabkan guru-guru akan sentiasa

  bersemangat untuk bekerja dan pelajar pula bersemangat untuk belajar. Pengetua

mengamalkan komunikasi terbuka didalam pergaulan dengan guru dan pelajar 

memudahkan setiap warga sekolah berani untuk berbincang tentang apa jua masalah

seterusnya membantu meningkatkan motivasi. Amalan sifat muraqabah iaitu merasakan

Allah sentiasa memerhatikan setiap tindakan yang dilakukan, dapat memastikan

seseorang itu melaksanakan setiap tugas dan amanah pada tahap yang terbaik tanpa perlu

kawalan daripada individu lain. Sikap pelajar yang positf bermaksud keperibadian yang

 baik yang ditunjukkan oleh pelajar sama ada semasa berada di sekolah atau di luar 

sekolah menyebabkan mereka boleh menguruskan sesuatu kerja dengan bebas dan

2

Page 3: Jurnal Ciri Iklim Sekolah

8/6/2019 Jurnal Ciri Iklim Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/jurnal-ciri-iklim-sekolah 3/5

  berdikari tanpa perlu dipaksa. Pelaksanaan amalan hidup islam dalam setiap aspek 

 pembelajaran dan pekerjaan dapat memastikan setiap tindakan akan membawa kepada

kebaikan kerana islam tidak pernah menganjurkan ke arah kemaksiatan. Komitmen guru

terhadap sekolah yang tinggi dapat memastikan setiap aktiviti yang berkaitan pengajaran

dan pembelajaran benar-benar memberi kesan kepada pelajar. Guru-guru bekerjasama

untuk menyelesaikan suatu masalah dapat memastikan mereka mencapai kejayaan dalam

setiap tugas yang dilaksanakan.

Pengkaji memilih empat buah sekolah menengah agama di Selangor sebagai sampel

kajian setelah berbincang dengan beberapa pegawai di bahagian pendidikan dan

 pelajaran, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Kajian ini menggunakan kaedah tinjaun

 bagi mendapatkan data. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kajian kuantitatif dan

instrumen kajian ini telah dibina oleh penyelidik berdasarkan soal selidik yang bertajuk 

“Kajian Sekolah Berkesan Di Malaysia: Model Lima Faktor oleh Shahrir (1997)”. Semua

data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Package  for the Social 

Sciences. Berdasarkan dapatan yang diperolehi, penulis menyimpul bahawa ciri iklim

yang berkaitan dengan penglibatan peranan keseluruhan warga sekolah lebih terserlah

sebagai ciri-ciri iklim sekolah menengah agama berbanding dengan peranan yang

dimainkan oleh pengetua atau guru-guru sahaja.

Pengkaji juga menyimpulkan bahawa iklim yang berkaitan dengan pengamalan cara

hidup islam di kalangan warga sekolah merupakan ciri iklim sekolah menengah agama

 berkesan yang terpenting berbanding lain-lain ciri iklim sekolah berkesan. Budaya hidup

 beragama ini membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar. Dengan mengamalkan

cara hidup islam dalam proses pembelajaran dan pekerjaan, pelajar dan guru-guru

tersebut telah menjadikan insentif iman sebagai faktor utama. Kesan faktor ini kepada

 pelajar ialah mereka menjadi sentiasa bersemangat dan bermotivasi untuk menuntut ilmu

manakala guru, mereka bersungguh-sungguh dalam pekerjaan mereka. Akhirnya

menjadikan suasana pembelajaran akan sentiasa bermotivasi.

3

Page 4: Jurnal Ciri Iklim Sekolah

8/6/2019 Jurnal Ciri Iklim Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/jurnal-ciri-iklim-sekolah 4/5

Dapatan juga menunjukkan bahawa peranan pemimpin sekolah berada di kedudukan

kedua terpenting selepas kedudukan peranan semua warga sekolah. Maju dan mundur 

sesebuah organisasi itu bergantung kuat kepada kualiti dan gaya kepimpinan pemimpin

yang memegang tanggungjawab tersebut. Bagi memastikan kejayaan organisasi, semua

 pihak perlu bekerjasama dan melaksanakan setiap tugasan masing-masing dengan penuh

komitmen dan berkualiti.

Pada pendapat saya, isu yang dibincangkan oleh penulis sangat penting kerana ia

merupakan salah satu daripada sepuluh perkara yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi

misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Sepuluh perkara tersebut adalah seperti berikut:

1) Pengetua/Guru Besar berkenaan

2) Sekolah berkesan

3) Guru yang professional

4) Kurikulum yang relevan

5) Sistem penilaian dan peperiksaan

6) Infrastruktur sokongan pengajaran dan pembelajaran

7) Pembinaan institusi pembangunan dan penyelidikan

8) Pembinaan institusi pelaksanaan dan pemantauan yang berkesan

9) Pembangunan staf yang komprehensif 

10) Pembinaan hubungan luar dengan masyarakat

Sekolah berkesan menjadi satu daripada perkara utama yang disebut, namun perkara

lain yang diutarakan saling berkaitan dan merupakan faktor yang penting untuk 

menjadikan sekolah lebih berkesan.

Maka adalah penting bagi kita memperjelas matlamat sekolah, meneliti teknologi

‘core’, mempersoalkan nilai-nilai dan amalan sekolah yang mungkin menjadi penghalang

  perubahan yang semestinya berlaku untuk kita menghadapi alaf baru. Sekolah kita

mungkin berkesan untuk abad 20, tetapi adakah berkesan untuk abad ke-21? Satu lagi

 persoalan yang menghantui pihak Kementerian Pendidikan, perlukah kita menentukan

satu ukuran piawai prestasi sekolah? Jika perlu apakah ukuran piawai itu? Bolehkah kita

4

Page 5: Jurnal Ciri Iklim Sekolah

8/6/2019 Jurnal Ciri Iklim Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/jurnal-ciri-iklim-sekolah 5/5

katakan bahawa ukuran piawainya ialah semua aspek keberkesanan yang dibincangkan di

atas? Selama ini piawai prestasi sekolah ditentukan oleh prestasi pelajarnya dalam

 peperiksaan umum, kini pengukurannya perlu lebih meluas yang meliputi prestasi pelajar 

dari aspek selain akademik dan dari segi akademik diperluas supaya meliputi kemahiran

dalam ‘higher order learning’ seperti pemikiran kreatif dan kritis dan kebolehan

menyelesaikan masalah. Dengan kata lain, bagaimanakah kita tentukan ‘benchmark’

 pencapaian sekolah di negeri ini?

RUJUKAN

BUKU

Sharifah Md. Nor, Keberkesanan Sekolah Satu Perspektif Psikologi, Mas`adah (M)

Sdn.Bhd. Kuala Lumpur.

5