jenisbbm

5
LATIHAN TUGASAN KUMPULAN TAJUK : REFLEKSI BAHAN BANTU MENGAJAR SOALAN (9 September 2015) 1. Apakah jenis bahan bantu mengajar PSV yang ada di sekolah? Terdapat tiga jenis bahan bantu mengajar iaitu ; i) Bahan bantu mengajar bukan elektronik ii) Bahan bantu mengajar berbentuk elektronik iii) Bahan bantu mengajar bercorak pengalaman i) Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik Bahan bantu mengajar bukan elektronik adalah bahan pengajaran terawal yang digunakan oleh guru-guru sebelum wujudnya bahan pengajaran elektronik. Walaupun fungsinya masih berkesan untuk memudahkan guru menyampaikan pengajarannya di sekolah. Antara bahan bantu mengajar buka elektronik dalam Pendidikan Seni Visual di sekolah ialah bahan bantu mengajar yang asas seperti papan tulis, buku, papan buletin, gambar dan model 1.Papan tulis atau papan hitam/putih : Papan hitam merupakan bahan asas dalam pengajaran. Digunakan untuk mencatat isi-isi pelajaran ketika mengajar 2.Buku

Upload: muhammad-idriez-abdul-hamid

Post on 08-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

jenisBBM

TRANSCRIPT

Page 1: jenisBBM

LATIHAN TUGASAN KUMPULAN

TAJUK : REFLEKSI BAHAN BANTU MENGAJAR

SOALAN (9 September 2015)

1. Apakah jenis bahan bantu mengajar PSV yang ada di sekolah?

  Terdapat tiga jenis bahan bantu mengajar iaitu ;

i) Bahan bantu mengajar bukan elektronik

ii) Bahan bantu mengajar berbentuk elektronik

iii) Bahan bantu mengajar bercorak pengalaman

 

i) Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik

Bahan bantu mengajar bukan elektronik adalah bahan pengajaran terawal yang

digunakan oleh guru-guru sebelum wujudnya bahan pengajaran elektronik. Walaupun

fungsinya masih berkesan untuk memudahkan guru menyampaikan pengajarannya di

sekolah. Antara bahan bantu mengajar buka elektronik dalam Pendidikan Seni Visual di

sekolah ialah bahan bantu mengajar yang asas seperti papan tulis, buku, papan buletin,

gambar dan model

1.Papan tulis atau papan hitam/putih :

Papan hitam merupakan bahan asas dalam pengajaran. Digunakan untuk mencatat

isi-isi pelajaran ketika mengajar

Page 2: jenisBBM

2.Buku

Buku merupakan alat bantu mengajar yang dikarang khusus oleh beberapa orang

penulis dan pengarang. Digunakan secara meluas dan merupakan sumber utama

pengajaran dan latihan.

3.Papan Buletin

Dikenali sebagai papan buletin. Papan pamer ini ialah sumber pangajaran yang

produktif. Selain itu, ia juga dapat memperkenalakan idea baru, memberi maklumat,

memberi kefahaman, memperkayakan perbendaharaan kata, merangsang perbincangan,

menimbulkan daya kreativiti, membentuk sikap dan nilai serta menambah pengekalan

pembelajaran seseorang pelajar.

Page 3: jenisBBM

4.Gambar

Gambar digunakan untuk memulakan pengajaran untuk menarik minat pelajar

ataupun jika bahan sebenar sukar dibawa ke dalam bilik darjah.

5.Model

Model merupakan satu bahan gantian yang menyerupai bahan sebenar. Bahan tiga

dimensi yang mewakili struktur, rupa bentuk atau begaimana sesuatu itu berfungsi. Boleh

diperbuat daripada kertas, tanah liat, styrafoam atau plaster of Paris.

 

Page 4: jenisBBM

ii) Bahan Bantu Mengajar Berbentuk Elektronik

Bahan pengajaran elektronik merujuk kepada media yang menggunakan sumber

elektrik. Bahan pengajaran elektronik ini semakin popular digunakan oleh guru kerana ianya

mudah dan menarik minat murid. Antara contoh bahan pengajaran elektronik ialah projektor,

pemain CD ataupun DVD, dan sebagainya.

1. Projektor

Digunakan untuk penyampaian maklumat dalam pengajaran. Keberkesanan

projektor ini sangat dipengaruhi oleh jumlah dan mutu maklumat yang dimuatkan ke

dalamnya iaitu ringkas, menarik dan bermakna.

2. Komputer Riba

Komputer riiba merupakan alat bantu mengajar yang boleh diprogramkan untuk

mengajar. Komputer dapat menggabungkan teks, suara, muzik, grafik, dan animasi sebagai

bahan pengajaran. Pengajaran dalam bentuk persembahan bahan mengajar, soal jawab,

dialog, kuiz, ujian dan sebagainya.

Page 5: jenisBBM

iii) Bahan bantu mengajar bercorak pengalaman

Bahan-bahan bercorak pengalaman seperti lawatan dan projek pameran. Ianya

dapat mengekalkan keberkesanan pengetahuan dan pemahaman kerana melibatkan murid-

murid secara langsung. Selain itu, bahan daripada alam sekitar yang dapat di lihat secara

nyata di hadapan mata juga merupakan bahan bantu mengajar dalam Pendidikan Seni

Visual. Sebagai Contoh:

1. Batu Bata :

    2. Kerusi

    3. tumbuh-tumbuhan seperti rumput, daun, bunga dan sebagainya