jenis penulisan
TRANSCRIPT
-
7/31/2019 JENIS PENULISAN
1/3
JENIS-JENIS PENULISAN
Kemahiran mengarang boleh diajar secara berperingkat-peringkat.
Untuk mencapai objektif kemahiran yang hendak dicapai, pengajaran karangan
boleh diajarkan dengan menggunakan pendekatan-pendekatan tertentu seperti :
1. Terkawal
2. Separuh Terkawal
3. Berpandu
4. Bebas
(a) Penulisan Terkawal
- Pendekatan terkawal merupakan satu pendekatan yang digunakan bagi
membantu murid-murid menimba pengalaman mengarang supaya mereka
biasa dengan struktur karangan. Selain itu, pendekatan ini dapat
megelakkan murid-murid daripada melakukan kesalahan baik dari segi
bahasa mahu pun dari segi isi.
Murid-murid yang menulis karangan dengan berpandukan
sepenuhnya kepada bahan yang disediakan oleh guru.
Contoh aktiviti :
i. Mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan-
perkataan yang telah disediakan terlebih dahulu.
ii. Menulis karangan berdasarkan gambar bersiri.
iii. Menyusun ayat sehingga membentuk sebuah karangan
yang lengkap.
iv. Menyusun bahagian pendahuluan, bahagian isi dan
bahagian penutup untuk membentuk sebuah karangan yang
lengkap berstruktur.
-
7/31/2019 JENIS PENULISAN
2/3
(b) Penulisan Separuh Terkawal
- Pada peringkat ini pelajar-pelajar diberi peluang untuk menggunakan
sedikit daya pemikiran mereka untuk memilih perkataan dan
menyesuaikannya dengan bahan pengajaran dan pembelajaran. Antara
bahan yang sesuai dengan penulisan peringkat ini ialah latihan
menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadankan dengan
perkataan lain yang disediakan.
(c) Penulisan Berpandu
- Murid-murid yang melalui peringkat ini diberi sedikit kawalan, mereka
dipandu dalam membuat karangan tersebut. Pelajar-pelajar mungkin
dipandu dari segi isi karangan atau diberikan beberapa urutan gambar
dan diminta menghasilkan karangan berdasarkan rangsangan-
rangsangan yang diberi.
Isi karangan yang telah diberi oleh guru
Murid-murid membina ayat berdasrkan perkataan atau rangkai katayang telah diberikan oleh guru
Murid-murid mengisi tempat kosong dengan menggunakan
perkataan mereka sendiri bagi melengkapkan perenggan
Kad-kad imbasan dan kad perkataan digunakan bagi membantu
murid-murid
Murid mengolah isi berdasarkan pendahuluan atau pengakhiran
cerita yang telah diberikan oleh guru
Kesalahan minima dapat dielakkan daripada dilakukan oleh murid-
murid
Latihan memadankan ayat boleh diberikan terdahulu kepada murid-
murid. Murid-murid yang pandai diberikan aras latihan yang lebih
mencabar
-
7/31/2019 JENIS PENULISAN
3/3
Penulisan karangan boleh dilakukan dalam bentuk grafik sebelum
ditulis dalam bentuk wacana yang lengkap
(d) Penulisan Bebas
- Anda harus ingat bahawa penulisan karangan mengikut pendekatan
bebas hanya dapat dijalankan apabila pelajar-pelajar telah menguasai
bahasa dengan baik. Pelajar-pelajar diberi kebebasan menulis karangan
tanpa bimbingan daripada guru.
- Pendekatan ini menegaskan bahawa murid-murid pada peringkat
pertengahan perlu memberi perhatian kepada isi dan kelancaran
penulisan. Hal demikian kerana pada peringkat ini mereka telah
mempunyai pengetahuan tentang tatabahasa dan kemahiran mekanis
yang cukup.
- Dari segi teorinya, pendekatan penulisan secara bebas memberi peluang
kepada murid-murid menggambarkan pendapat mereka secara
bersendirian tentang tajuk karangan.
- Penulisan jenis ini diperluaskan kepada bentuk naratif, deskriptif,imaginatif, kreatif, dan argumentatif