jenis jenis ayat

45
JENIS AYAT

Upload: ainifarhanah

Post on 13-Jan-2015

1.871 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Jenis jenis ayat

JENIS AYAT

Page 2: Jenis jenis ayat

DISEDIAKAN OLEH :• ANIS FARHANA BINTI MOHD

NOOR• FATIMAH NORHAFIZAH BT

MOHAMAD• AINI FARHANAH BINTI

ABDULLAH

UNTUK PERHATIAN:

PUAN HIMA DEVIKA

Page 3: Jenis jenis ayat

Ayat-ayat bahasa melayu terbahagi kepada empat jenis iaitu:

Ayat Penyata

Ayat Tanya

Ayat Perintah

Ayat Seruan

Page 4: Jenis jenis ayat

Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan.

Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal

Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerangkan sesuatu cerita, benda, kejadian, dan sebagainya.

Ayat jenis ini disebut juga dengan ayat berita atau ayat keterangan.

AYAT PENYATA

Page 5: Jenis jenis ayat

CONTOH AYAT PENYATA

Nadiah jurutaip

Penjual ikan itu sentiasa tersenyum

Guru mengajar murid

Budak-budak itu bermain di tepi longkang

Page 6: Jenis jenis ayat

Ayat Tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat Tanya dapat digolongkan kepada dua jenis, iaitu:

Ayat Tanya tanpa kata tanya Ayat Tanya dengan kata Tanya

AYAT TANYA

Page 7: Jenis jenis ayat

Ayat Tanya tanpa Kata Tanya

Ayat Tanya tanpa kata Tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada Tanya ini dilambangkan dengan tanda soal (?).

Page 8: Jenis jenis ayat

CONTOH AYAT TANYA TANPA KATA TANYA

Puan Mariam suri rumah?

Encik Zulkifli pengurusnya?

Dia tersenyum?

Kamal memandu lori?

Orang itu pemalu? 

Page 9: Jenis jenis ayat

Ayat Tanya jenis ini boleh disertai partikel Tanya –kah, yang diletakkan pada unsur yang dijadikan fokus atau jadual ayat. Dalam bahasa Melayu lisan partikel -kah biasanya diletakkan pada hujung ayat.

Page 10: Jenis jenis ayat

CONTOH AYATDia ke sekolah? Dia ke sekolahkah?

Mereka berlepas pagi tadi? Mereka berlepas pagi tadikah?

Ayah hendak membaca akhbar sekarang juga?

Ayah hendak membaca akhbar sekarang jugakah?

Istana raja itu cantik? Istana raja itu cntikkah?

Minggu lalu kamu ke Melaka?

Minggu lalu kamu ke Melakakah?

Page 11: Jenis jenis ayat

Ayat-ayat tersebut mengandungi unsur yang dijadikan fokus yang ditandai oleh partikel –kah, iaitu ke sekolahkah, pagi tadikah, sekarang jugakah, cantikkah, dan ke Melakakah. Kelihatan bahawa tidak berlaku apa-apa perubahan pada struktur ayat apabila –kah dimasukkan.

Page 12: Jenis jenis ayat

Dalam bahasa tulisan unsur fokus dalam sesuatu ayat mengalami proses penjudulan, iaitu pendepanan konstituen-konstituen yang menjadi fokus itu. Struktur ayat berubah, iaitu mempunyai susunan berikut:

Konstituen yang unsur

Dijadikn fokus + subjek + prediket Diikuti oleh -kah lain (jika ada)

Page 13: Jenis jenis ayat

Ayat Dia ke sekolahkah? misalnya, berubah menjadi ke sekolahkah dia? Frasa ke sekolahkah merupakan konstituen yang dikedepankan, iaitu mendahului konstituen subjek dia. Unsur prediket yang lain tidak wujud dalam ayat ini.

Page 14: Jenis jenis ayat

Seterusnya, pendepanan ayat-ayat di bawah disertai partikel –kah menghasilkan ayat-ayat berikut:

 Konstituen yang

dijudulkan + -kahSubjek Unsur Prediket lain

Ke sekolahkah

Pagi tadikah

Sekarang jugakah

Cantikkah

Ke Melakakah

dia?

Mereka

Ayah

istana raja itu?

kamu

berlepas?

hendak membaca akhbar? 

minggu lalu?

Page 15: Jenis jenis ayat

Ayat-ayat di atas telah mengalami proses pendepanan konstituen prediket atau bahagian-bahagiannya. Subjek tidak boleh sama sekali mengalami proses pendepanan dengan partikel –kah. Namun demikian ada beberapa ayat yang subjeknya kelihatan mengalami pendepanan dengan partikel –kah seperti contoh-contoh berikut:

Sebenarnya kesemua ayat di atas merupakan ayat sonsang hasil daripada proses pendepanan prediket. Ayat-ayat asalnya adalah seperti yang berikut:

Guru itu Encik Ali?

Pengurusnya orang muda itu.

Encik Alikah guru itu?

Orang muda itukah pengurusnya?

Page 16: Jenis jenis ayat

Selain itu, ada juga ayat-ayat yang mengandungi perkataan yang seolah-olahnya mengalami pendepanan dengan partikel –kah. Contohnya:

Sebenarnya ayat di atas ialah ayat sonsang juga,

sebagai hasil daripada proses pendepanan prediketnya, iaitu berasal daripada ayat berikut:

Diakah yang ke sekolah?

Merekakah yang berlepas pagi tadi?

Yang ke sekolah dia.

Yang cantik istana raja itu.

Page 17: Jenis jenis ayat

Ayat-ayat di atas itu sebenarnya berasal daripada beberapa ayat tunggal. Demikian juga halnya dengan ayat-ayat pasif seperti yang ternyata dalam contoh-contoh berikut:

Surat itu dibaca oleh AhmadSurat itu dibaca oleh Ahmad?Dibaca oleh Ahmadkah surat itu?

Page 18: Jenis jenis ayat

Kesemua ayat di atas, yang merupakan ayat tanya tanpa kata tanya, boleh dijawab dengan jawapan ya, tidak, atau bukan seperti dalam contoh-contoh berikut:

Encik Zulkifli pengurusnya?Ya, Encik Zulkifli pengurusnyaPuan Mariam suri rumah?

Page 19: Jenis jenis ayat

Ayat Tanya dengan Kata Tanya

Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat tanya yang menggunakan kata Tanya seperti apa, siapa, berapa, mengapa, bagaimana dan selainnya. Ayat-ayat jenis ini terdiri daripada dua golongan, iaitu:

Ayat tanya dengan kata ganti nama Tanya Ayat tanya dengan frasa sendi nama Tanya

Page 20: Jenis jenis ayat

Ayat tanya dengan kata ganti nama tanya

Ayat-ayat jenis ini terdiri daripada ayat-ayat yang mengandungi kata ganti nama tanya seperti apa, siapa, dan mana. Dalam susunan biasa, kata ganti nama tanya menduduki unsur prediket seperti dalam contoh-contoh berikut:

Bentuk ini boleh mengalami proses pendepanan prediket, menghasilkan ayat-ayat berikut:

Benda itu apa?

Gurunya siapa?

Siapa gurunya?

Mana adik awak?

Page 21: Jenis jenis ayat

Walau bagaimanapun, ayat-ayat di atas merupakan bentuk bahasa lisan. Bagi bentuk bahasa tulisan ayat-ayat tersebut perlu menerima partikel –kah pada unsur yang dikedepankan seperti contoh berikut:

Apakah benda itu?Siapakah gurunya?

Page 22: Jenis jenis ayat

Seperti dengan ayat tanya tanpa kata tanya, ayat tanya dengan kata ganti nama tanya boleh juga wujud dalam ayat-ayat pasif. Contohnya:

Apakah yang kamu buat?Siapakah yang patut saya temui?Manakah yang dipilih olehnya?

Page 23: Jenis jenis ayat

Ayat Tanya dengan frasa sendi nama tanya

Ayat-ayat jenis ini terdiri daripada ayat-ayat yang didahului oleh frasa sendi nama tanya seperti di mana, dari mana, ke mana, sejak bila, sampai bila, bagaimana, dengan siapa, daripada siapa, dan sebagainya. Dalam susunan biasa, kata tanya hadir dalam prediket. Seperti biasa, ayat-ayat di atas boleh mengalami proses pendepanan prediket untuk menghasilkan ayat-ayat berikut :

Di manakah tuan tinggal?

Ali hendak pergi ke mana? Ke manakah Ali hendak pergi?

Mereka mengatasi masalah itu bagaimana?Penyakit ini merebak sejak bila? Sejak bilakah penyakit itu merebak?

Page 24: Jenis jenis ayat

Ayat tanya terbuka dan ayat tanya tertutup

Selain cara penggolongan yang berdasarkan strukturnya, ayat tanya juga dilihat dari segi jawapan yang dikehendaki, iaitu sama ada ayat tanya tertutup ataupun ayat tanya terbuka. Ayat tanya tertutup ialah ayat tanya yang memerlukan jawapan ya ataupun tidak/bukan, dan ayat tanya terbuka ialah ayat tanya yang jawapannya tidak terhad kepada perkataan ya atau tidak/bukan tetapi sebaliknya bergantung pada maksud yang terkandung dalam ayat tanya tersebut.

Page 25: Jenis jenis ayat

Ayat Tanya tertutup

Encik Zulkifli pengurusnya? Ya, Encik Zulkifli pengurusnya.

Tidak, Puan Mariam tidak kurus.

Adikkah yang menangis? Bukan, yang menangis bukan adik.

Ke sekolahkah murid-murid?

Page 26: Jenis jenis ayat

Ayat Tanya terbuka

Apakah benda itu? Benda itu alat komputer.

Gurunya Encik Tan.

Dari manakah mereka datang? Mereka datang dari Brunei.

Bilakah kita hendak bertolak ke Sabah? Kita hendak bertolak ke Sabah pada pagi esok.

Page 27: Jenis jenis ayat

Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.

Perintah yang ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama kedua (awak, kamu, engkau) = digugurkan.

Ayat perintah boleh dibahagikan kepada 4 jenis :- Ayat Suruhan

Ayat Larangan Ayat Silaan

Ayat Permintaan

AYAT PERINTAH

Page 28: Jenis jenis ayat

Ayat Suruhan

Ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan.

Subjek ialah kata ganti nama orang kedua biasanya digugurkan.

Walau bagaimanapun, kerana tujuan penegasan, subjek boleh juga diucapkan.

Page 29: Jenis jenis ayat

CONTOH AYAT SURUHAN

Keluar dari bilik ini!

Pergi dari sini!

Engkau tunggu dia di sini.

Page 30: Jenis jenis ayat

Ayat-ayat suruhan boleh menggunakan partikel –lah untuk melembutkannya di samping menegaskan predikat.

Seperti dengan konstituen yang menerima –kah, konstituen yang menerima –lah pun mengalami proses pendepanan.

Page 31: Jenis jenis ayat

CONTOHPergilah dari sini.

Makanlah kuih ini dahulu.

Ambillah wang ini

Awak siapkanlah kerja itu sekarang.

Page 32: Jenis jenis ayat

Bagi kata kerja transitif yang menerima awalan meN-, awalan itu digugurkan dalam ayat suruhan.

Dalam ayat suruhan yang mengandungi kata kerja tak transitif dan menerima awalan, awalan tersebut tidak boleh digugurkan seperti contoh berikut : -  

Menangislah sepuas-puas hati.

Menjeritlah sedayamu.

Mengucaplah banyak-banyak.

Page 33: Jenis jenis ayat

Ayat Larangan

Ayat yang menggunakan kata larangan (jangan,usah,tak usah) sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu.

CONTOH AYAT LARANGANJangan ambil harta orang.

Jangan menangis.

Tak usah kauambil tahu akan hal aku lagi.

Page 34: Jenis jenis ayat

Ayat-ayat tersebut dapat dilembutkan dengan menambahkan partikel –lah.

CONTOH Janganlah ambil harta orang.

Usahlah kaupedulikan dia.

Usahlah dikenangkan lagi perkara itu

Page 35: Jenis jenis ayat

Ada sejenis ayat larangan lagi yang bersifat umum yang tidak menggunakan kata larangan dan tidak menerima –lah.

CONTOH Dilarang merokok.

Ditegah berludah di sini.

Page 36: Jenis jenis ayat

Ayat Silaan.

Ayat yang menggunakan kata silaan (sila atau jemput ) sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang.

Lazimnya kata silaan digunakan pada permulaan ayat.

Page 37: Jenis jenis ayat

CONTOH AYAT SILAAN Sila datang ke rumah saya.

Sila serahkan borang ke pejabat.

Jemput masuk.

Jemput naik.

Jemput datang ke majlis sukan hari ini.

Page 38: Jenis jenis ayat

Ayat-ayat ini boleh dilembutkan dengan pnggunaan partikel penegas –lah.

CONTOH Silalah datang ke rumah saya.

Silalah buat laporan di sini.

Page 39: Jenis jenis ayat

Ayat Permintaan.

Ayat yang menggunakan kata permintaan (minta & tolong) dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.

CONTOH AYAT PERMINTAAN

Minta tuan-tuan jelaskan yuran persatuan.

Minta kamu semua bertenang

Tolong selesaikan pergaduhan ini.

Page 40: Jenis jenis ayat

Bentuk -bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak membawa pengertian yang negatif sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan.

CONTOH Sila jangan merokok.

Tolong jangan bising.

Minta jangan berludah

Page 41: Jenis jenis ayat

Bentuk ayat-ayat larangan bagi contoh-contoh di atas :

CONTOH Jangan merokok.

Jangan bising.

Page 42: Jenis jenis ayat

• Ayat-ayat larangan dapat juga dilembutkan dengan menggunakan perkataan harap pada bahagian hadapannya.

CONTOH Harap jangan merokok.

Harap jangan bising.

Page 43: Jenis jenis ayat

Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan, seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya.

Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak di akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak.

Kata seru yang sering digunakan ialah oh, amboi, wah,cis,eh, aduh,syabas, aduhai dan sebagainya.

AYAT SERUAN

Page 44: Jenis jenis ayat

CONTOH AYAT SERUANIbu!

Comelnya !

Amboi, garangnya!

Cis, terimalah tikamanku ini !

Nah, ambillah wang ini !

Syabas, engkau telah menang !

Page 45: Jenis jenis ayat

TERIMA

KASIH