jenis-jenis akronim

Upload: nasir-ahmad

Post on 18-Jul-2015

1.183 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

3.2 Jenis-jenis Akronim Kata akronim boleh ditulis dengan empat cara, bergantung pada cara pembentukan akronim tersebut.

1. Kata akronim cantuman huruf awal perkataanAkronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang lazimnya terdiri daripada kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar keseluruhannya.

ABIM IKIM ADUN

-

Angkatan Belia Islam Malaysia Institut Kefahaman Islam Malaysia Ahli Dewan Undangan Negeri

2. Kata akronim cantuman huruf dan suku

kata perkataan sesedap sebutanAkronim yang terbentuk daripada gabungan suku kata dengan huruf awal atau gabungan suku kata dengan suku kata. Oleh sebab kata yang terbentuk itu merupakan kata nama khas, huruf

pertamanya dieja dengan huruf besar.

Mara Perkim Bernama Perkeso

-

Majlis Amanah Rakyat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Berita Nasional Malaysia Pertubuhan Keselamatan Sosial

Muka surat | 39

BMM 3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

3. Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan

Akronim yang terbentuk dengan gabungan suku kata dengan suku kata, dan ditulis degan huruf kecil keseluruhannya kerana perkataan yang terbentuk bukan kata nama khas.

tabika pawagam kugiran cerpen

-

taman bimbingan kanak-kanak panggung wayang gambar kumpulan gitar rancak cerita pendek

4. Kata akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan berikutnyaAkronim jenis ini dibentuk melalui huruf atau suku kata perkataan pertama dengan bahagian bukan awal perkataan lain.

jentolak debunga purata halaju

-

jentera tolak debu bunga pukul rata hala laju

Muka surat | 40