jenis ikan hiasan

24
JENIS IKAN HIASAN Terdapat berbagai jenis ikan hiasan yang menjadi kegemaran penggemar ikan hiasan. Berikut adalah beberapa spesis ikan hiasan yang terdapat dalam pasaran di Malaysia yang boleh dipelihara. JENIS IKAN HIASAN CIRI-CIRI Ikan Guppy Ikan Guppy (Poecilia veticulata) boleh didapati di perairan Venezuela, kepulauan Barbados dan Trinidad, utara Brazil dan Guyana. Ikan betina mencapai saiz 6.0cm dan ikan jantan 3.0cm. Ikan jantan mempunyai pelbagai warna dan bentuk serta menjadi bahan pemerhatian dan kajian genetik. Ciri-ciri: a) dapat hidup dalam air kotor. b) membiak secara beranak. c) sangat subur, aktif dan dapat berkembang dalam keadaan terkurung. d) boleh mengambil pelbagai jenis

Upload: baiti

Post on 30-Sep-2015

84 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

jenis ikan hiasan, ikan air tawar

TRANSCRIPT

JENIS IKAN HIASANTerdapat berbagai jenis ikan hiasan yang menjadi kegemaran penggemar ikan hiasan. Berikut adalah beberapa spesis ikan hiasan yang terdapat dalam pasaran di Malaysia yang boleh dipelihara.

JENIS IKAN HIASANCIRI-CIRI

Ikan Guppy

Ikan Guppy (Poecilia veticulata) boleh didapati di perairan Venezuela, kepulauan Barbados dan Trinidad, utara Brazil dan Guyana. Ikan betina mencapai saiz 6.0cm dan ikan jantan 3.0cm. Ikan jantan mempunyai pelbagai warna dan bentuk serta menjadi bahan pemerhatian dan kajian genetik. Ciri-ciri: a) dapat hidup dalam air kotor. b) membiak secara beranak. c) sangat subur, aktif dan dapat berkembang dalam keadaan terkurung. d) boleh mengambil pelbagai jenis makanan. e) cepat matang dan kurang penyakit. f) dapat hidup dalam suhu air 60-1000F.

g) tidak bergaduh dan tidak merasa takut atau malu. Warna ikan jantan lebih cantik dan menarik. Sirip dorsal dan caudal diubahsuai untuk mencantikkan lagi. Induk jantan polygamous iaitu mengawan dengan beberapa ekor induk betina. Ikan ini mengeluarkan anak yang menetas daripada telur yang disenyawakan dalam perut induk betina. Benih lembaga (embryo) berkembang daripada telur yang tersenyawa tanpa mengambil makanan daripada induk betina. Induk jantan mempunyai gonopodium iaitu organ intromittant yang diubahsuai jalur (ray) keempat, kelima dan keenamnya di sirip anal. Sperma mensenyawakan telur di dalam rongga ovari (ovarium cavity), dimana telur ini akan menetas dan anak-anak ikan akan hidup bergantung kepada yolk-sac sehingga tiba masa kelahirannya. Telur-telur mengambil masa 30-40 hari sebelum anak-anak dikeluarkan daripada perut betina. Apabila dilahirkan anak-anak ikan sudah boleh berenang bebas dan memakan bahan-bahan makanan yang terdapat di dalam air. Kebanyakannya membiak tanpa musim dan anak dihasilkan sepanjang tahun. Induk betina boleh menyimpan sperma di oviduktus. Satu pengawanan (mating) dapat menghasilkan 4 atau 5 kumpulan anak. Ikan-ikan dalam kumpulan ini memerlukan air yang agak masin untuk membiak dengan subur. Apabila sirip anal ikan jantan mulai tajam, ia diasingkan daripada betina. Ikan betina yang besar dan sihat dipilih sebagai induk. Apabila ikan betina ini matang ia dipasangkan dengan bapanya. Anak-anak ikan yang terhasil daripada pasangan ini diasingkan antara jantan dan betina.

Ikan betina yang dipilih daripada kumpulan ini dipasangkan pula dengan datuknya. Ini dilakukan seterusnya sehingga strain yang dikehendaki diperolehi. Setiap kali kumpulan anak dihasilkan pemilihan terhadap strain yang dikehendaki dijalankan dan strain yang tidak dikehendaki dibuang

Ikan Emas

Ikan Emas merupakan salah satu ikan hiasan yang amat terkenal di kalangan penggemarnya. Walaupun begitu, ikan jenis ini baru mengalami perkembangan pesat peminatnya sekitar tahun 2000-an. Ikan yang asalnya dari Cina ini, bentuknya amat lucu dan menyenangkan. Ukurannya boleh mencapai 20 cm. Ikan ini suka bermain di dasar dan hanya sesekali berenang. Terdapat pelbagai warna ikan emas seperti merah, kuning, hitam, putih, dan ada pula campuran pelbagai warna. Selain itu, ikan ini pun memiliki jenis atau variasi sangat beragam. Bentuk badan umumnya bulat atau gemuk. Makin bulat biasanya makin digemari para penggemar.

Ikan Tiger Barb

Berasal dari India, Malaysia, sebahagian Negeri China dan Afrika. Jenis maserba kecuali beberapa spesies seperti Lampan Sungai (Puntius swanenfeldii) dan Lampan Siam (Puntius altus) ialah jenis maun. Boleh menyesuaikan diri dalam semua kualiti air. Ternakan di dalam akuarium (jenis yang kecil) memerlukan sistem penapisan dan pengudaraan. Spesies Ikan Barb: Tiger Barb (Barbus tetrazona) Tiger barb tempatan (Barbus pentazone) Golden Barb (Barbus schuberti) Cherry barb (Barbus conchonius) Black Ruby barb (Barbus nigrofasciatus) Rosy barb (Barbus conchonius)

Cantik, aktif, mudah dipelihara dan mudah dibiakkan. Dapat hidup 2-3 tahun (digalakkan dipelihara secara monospesies). Jenis-jenis baru yang laris di pasaran ialah: 'Green barb' - belang besar berwarna hijau berkilat. 'Albino barb' (spesies 'Tiger barb') - berwarna kemerah-merahan. 'Rosy barb' - mempunyai sirip dorsal, ventral dan ekor panjang ('long-finned Rosy Barb'

Ikan Angel

Ikan Angel boleh membesar sehingga 15cm. Ikan ini disukai kerana tahan lasak. Makanan utama ialah Blood worm, Daphnia sd, Moina sp, Jejentik dan Pelet.

Ciri-ciri ikan Angel (Pterophyllum sclare):

Bahagian atas kepala berwarna coklat kehitaman. Warna bahagian bawah tubuhnya kelabu berkilat. Tubuhnya pipih dan hujung mulutnya tajam. Sirip dorsal dan anal terbuka lebar ke arah ekor. Bahagian dada terdapat sepasang sirip yang terjuntai menjangkau ke ekor berwarna putih.

BAHAN DAN KEPERLUAN IKAN HIASANBILBAHAN DAN KEPERLUANHURAIAN

1.Makanan

Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung kepada jenis ikan yang dipelihara Antara Jenis makanan ikan:1. Makanan hidup2. Makanan kering3. Makanan basah4. Makanan rumusan Makanan yang biasa gemar digunakan ialah makanan rumusan. Makanan rumusan ialah terdiri daripada pellet, emping, stick, yang telah sedia diproses oleh kilang membuat makanan. Ianya yang boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau pembekal makanan haiwan

2.Anti-klorin

Kebiasaannya, punca air yang digunakan oleh pemelihara adalah daripada sumber air paip. Anti klorin akan digunakan bagi mengurangkan kadar klorin yang terdapat di dalam air paip Anti klorin dijual dalam bentuk cecair. Namun, terdapat juga anti klorin yang berbentuk Kristal Terdapat beberapa langkah keselamatan semasa menggunakan anti klorin, iaitu jangan meletakkan anti klorin semasa ikan berada di dalam air.

3.Akuarium

Akuarium ialah kompenan utama dalam pemeliharaan ikan hiasan. Fungsi utama akuarium ialah untuk menakung air sebagai medium kehidupan ikan supaya ikan terus hidup, berkembang dan membesar. Secara umumnya akuarium boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu akuarium berbentuk bersegi dan akuarium tidak bersegi. Sebaik-baiknya ukuran paling sesuai untuk permulaan memiliki akuarium dan memelihara ikan ialah tidak kurang daripada 60 sentimeter (sm) panjang, 30sm lebar dan 30sm dalam tinggi.

4.Sistem penapis

Berfungsi menapis air di dalam akuarium supaya air di dalam akuarium berada di dalam keadaan bersih dan tidak tercemar. Proses penapis mengeluarkan bahan partikulat yang terdiri daripada sisa makanan ikan, najis ikan dan bahan dari tumbuhan mati. Jika ini dibiarkan, kotoran akan diurai oleh bakteria dan menurunkan pH air kepada lebih berasid. Untuk menapis kotoran, penapis menggunakan span, buih, pasir dan batu kerikil yang telah ditambah karbon aktif yang bertujuan untuk membunuh bakteria, menapis kotoran dan menjernihkan air. Terdapat dua lapisan penyaring iaitu panyaring atas dan penyaring pusat.

5.Sistem Pengudaraan

Sistem pengudaraan ini terdiri daripada tiga struktur iaitu pam udara, batu udara, dan tiub udara. Pam udara berfungsi memasukkan udara ke dalam akuarium untuk membantu menstabilkan pH air. Ketika sistem pengudaraan ini berfungsi, udara yang sampai ke batu udara dari pam udara akan disembur keluar ke dalam akuarium seterusnya akan membuatkan air di dalam akuarium berkocak. Kocakkan air ini adalah disebabkan kemasukkan dan kelarutan oksigen ke dalam air untuk digunakan oleh ikan

6.Lampu

Harga lampu berbeza - beza mengikut jenis nya. Lampu berfungsi sebagai penerang untuk mencantikkan akuarium. Lampu neon berwarna ungu atau hijau mampu memberi pesona tersendiri terhadap ikan dan boleh memperindahkan lagi dekorasi akuarium pada waktu malam.

7.Aerator

Aerator merupakan alat yang digunakan di dalam akuarium untuk menghasilkan oksigen.

8.Tapak Under Gravel

Tapak under gravel terdiri daripada anti karat (plastik) berlubang dengan penahan untuk memberikan ruang bagi memudahkan pengaliran air bersih. Tapak under gravel juga berfungsi untuk menapis kotoran.

9.Pasir dan Batu

Digunakan sebagai aksesori untuk mencantikkan pemandangan di dalam akuarium ikan hiasan. Terdapat pelbagai jenis batu yang boleh digunakan. Selain itu juga,pasir mempunyai fungsinya yang tersendiri. Pasir berfungsi sebagai tempat iakan bermain dan menggeselkan badan. Selain itu, ada ikan hiasan menggunakan pasir sebagai tempat pembiakan mereka.

10.Perhiasan

Terdpat dua jenis perhiasan iaitu perhiasan aksi dan perhiasan bukan aksi. Contoh perhiasan aksi yang terdapat di pasaran adalah kincir angin. Kincir angin ini akan berpusing apabila terdapat tujahan buih daripada sistem penapis. Ini akan menarik perhatian kepada sesiapa yang melihat akuarium.

11.Poster

Poster latar belakang akuarium ini sebenarnya berfungsi sebagai memberi gambaran suasana di dalam akuarium dan memberikan tema kepada sesebuah akuarium.

12.Tumbuhan palsu dan tumbuhan akuatik

Bagi ikan, tumbuhan dapat memberikan pengudaraan yang baik kepada ikan tersebut. Selain itu, tumbuhan ini dapat memberikan pemandangan yang cantik bagi sesebuah akuarium. Bagi tumbuhan palsu, ia tidak akan rosak dan tidak memerlukan penjagaan rapi bagi pengguna. Jika seseorang pemelihara tidak mahu menggunakan tumbuhan palsu dan ingin membangkit suasana semualajadi, pemelihara ikan hiasan boleh menggunakan tumbuhan akuatik. Tumbuhan akuatik mempunyai fungsi yang tersendiri apabila ditanam di dalam akuarium. Tumbuhan akuatik ini dapat menghias dan mencantikkan akuarium. Selain itu, tumbuhan ini akan membekalkan oksigen kepada akuarium. tumbuhan akuatik juga berfungsi menyerap bahan bernitrigen, terutamanya nitrat di dalam air.

6.2 Bajet, Anggaran Kos Perbelanjaan Pendapatan Untuk Ikan HiasanBILITEM UNITHARGA SEUNITJUMLAH (RM)

1.Jenis ikan hiasan

Ikan Guppy2 ekorRM2.50RM5.00

Ikan Platy4 ekorRM2.00RM8.00

2.Alatan

Set Akuarium 1 set RM45.00RM45.00

Set Pam1 setRM18.00RM18.00

Lampu 1 setRM20.00RM20.00

3.Bahan / aksesori

Pasir1 paketRM5.90RM5.90

Batu-batu kecil2 paketRM2.00RM4.00

Tumbuhan tiruan4 batangRM3.00RM12.00

Poster 1 helaiRM9.90RM9.90

Hos 1 gulung RM8.00RM8.00

Anti klorin1 botolRM3.50RM3.50

Water clear magic powder1 botolRM3.90RM3.90

Vitamin untuk ikan hiasan1 botolRM1.00RM1.00

Rod oksigen berbuih1 setRM12.00RM12.00

Jaring penangkap ikan1 RM2.00RM2.00

4.Makanan

Makanan Ikan 1 bungkusRM5.00RM5.00

JUMLAH KESELURUHANRM 163.20

7.1 REKOD PENJAGAAN HARIAN IKAN HIASAN

Penjagaan akuarium yang mangandungi ikan hiasan kecil dan tumbuhan akuatik sebagai hiasan adalah mudah.

7.1.1 Penjagaan Harian Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi apabila dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa dua hingga tiga minit. Perhatikan kelakuan ikan. Sekiranya terdapat tanda-tanda ikan tidak normal atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa,berpusing-pusing,terdapat kecederaan, berubah warna, sisiknya tanggal atau kembang. Ikan tersebut perlu diasingkan dan diberi rawatan. Ikan yang mati perlu dibuang. Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan baik. Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida menggunakan alat yang disediakan.

PERKARA

Had Makanan Makanan ikan diberi dua kali sehari dengan anggaran yang sesuai ( kadar makanan yang boleh dihabiskan dalam masa 1 hingga 2 minit ) mengikut saiz dan bilangan ikan.

Kesihatan Ikan Ikan perlu diberi rawatan dan perlu diasingkan sekiranya terdapat tenada-tandae yang luar biasa seperti kecederaan, pergerakan yang lemah.

Ikan Mati Ikan yang telah mati hendaklah dibuang segera agar bakteria atau penyakit berjangkit tidak akan berjangkit kepada ikan yang lain.

Aksesori Pastikan aksesori di dalam akuarium dalam keadaan yang baik dan selamat.

Ukur Kualiti Air Kualiti air jendaklah diukur dengan alat yang sesuai.

REKOD PENJAGAAN RUTIN

AKTIVITIHARIISNINSELASARABUKHAMISJUMAATSABTUAHAD

Memberi makanan

Merawat ikan

Mengasingkan ikan yang mati.

Memastikan aksesori dalam keadaan yang baik.

Memastikan akuarium dalam keadaan bersih.

Melihat perubahan ikan.

7.2 JADUAL TUGASAN PENJAGAAN HARIAN IKAN HIASAN

JADUAL TUGAS HARIAN (IKAN HIASAN)TUGASAN:Memberi makananMerawat ikan Mengasingkan ikan yang mati.Memastikan aksesori dalam keadaan yang baik.Memastikan akuarium dalam keadaan bersih.Melihat perubahan ikan.HARINAMA PELAJARCATATANTANDA TANGAN

ISNINNIKBAITI

SELASADIRANIK

RABUBAITIDIRA

KHAMISNIK BAITI

JUMAATDIRANIK

SABTUBAITI DIRA

AHADNIKBAITI

REKOD PENJAGAAN BULANAN

AKTIVITIBULANFEBRUARIMAC

Membeli Makanan

Menukar air

Membersih akuarium