jbea3312 terminologi (pentakrifan dalam siri glosari sukan badminton)
DESCRIPTION
Hak Cipta Terpelihara: Surina Chew, Stacy Inda, Joyner, Jessica, Zarinah KamalTRANSCRIPT
Pentakrifan dalam Siri Glosari Sukan Badminton
JBEA 3312 Terminologi dalam JBEA 3312 Terminologi dalam Perancangan MelayuPerancangan Melayu
Surina Chew Kim ZhuaJEA 080145
Stacey Inda Ak LayangJEA 080143
Joyner Ak Sedin JEA 080028
Jessica Ak MingguJEA 080027
Zarinah KamaldeenJEA 080159
Ahli Kumpulan
Pengenalan Huraian ringkas dan tepat tentang sesuatu
perkataan seperti makna dalam perkataan dan lain-lain atau penjelasan berkenaan sesuatu.
Pentakrifan merupakan proses penjelasan makna dari segi linguistik yang menyatakan lambang.
1. Sebagai keluaran2. Takrif umum atau bersifat ensiklopedia menghuraikan sesuatu konsep yang dapat difahami dengan memberikan fungsi dalam bidang masing-masing.3. Takrif khusus menghuraikan suatu konsep dalam bidang khas.
Permasalahan KajianSukar untuk mengklasifikasikan takrif kerana
terdapat sesetengah istilah yang boleh diklasifikasikan dengan pelbagai jenis takrif.
Kekeliruan dalam membentuk peta konsep.Kajian lepas mengenai tajuk “Pentakrifan”
agak sukar ditemui di perpustakaan. (Tesis, latihan ilmiah, disertasi)
Objektif Kajian
Pembentukan peta konsep berdasarkan data atau istilah yang diperolehi daripada Glosari Sukan Badminton.
Mengelaskan sesuatu istilah kepada jenis klasifikasi takrif yang sesuai.
Menjelaskan ciri ekstrinsik dan instrinsik sesuatu istilah.
Kaedah Kajian
Kaedah kepustakaanKajian yang dilakukan adalah menggunakan
kaedah kepustakaan sepenuhnya. Perpustakaan Akademi Pengajian Melayu, Perpustakaan Utama Universiti Malaya, dan Perpustakaan Peringatan Za’ba merupakan tempat bahan kajian diperoleh. Buku dan Latihan Ilmiah yang menyenaraikan istilah serta glosari permainan badminton dan berkaitan dengan bidang peristilahan dipilih.
BadmintonSejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama
ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring.
Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka, jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.
Pemetaan Konsep Istilah Badminton
Badminton
permainan peralatan
teknikjenis
jenis permainan
permainan jaring atas
permainan perseorangan
permainan jaring permainan
beregu
permainan jaring silang
permainan beregu campuran
permainan jaring lurus
teknik permainan
tahan
brusy
pancung
taktik segi tiga
main jaring bawah
pantulan jaring
ayun belakang
tolak
rali
smesy pertahanan
gerak
gerak lajakgerak maju
servis
smesy
smesy kilas
smesy kilas kepala
smesy lompat
smesy depan
smesy tanggung
smesy separuh
smesy kepala
smesy
smesy kilas
smesy kilas kepala
genus
subordinat
subordinat 1
hubungan menegak
smesy
smesy kilas
smesy lompat
smesy depan
smesy tanggung
smesy separuh
smesy kepala
genus
subordinat
hubungan mendatar
konsep koordinat
servis
servis kuis
servis kilas servis
tinggi
servis rendah
balas servis
servis kencang
servis kilas depan
servis rendah kilas
servis kuis depan
servis kilas depan servis tinggi
agresif
syot
syot junam
syot jaring
syot kepala
syot lurus
syot kayu
syot putar
syot laju
syot serang jaring
syot tahan jaring
syot jaring silang
syot jaring putar
syot junam kepala
pukul depan
pukul aras siku
pukul kepala
pukul kuis jaring
pukul kilas
pukul kencang
pukul junam
pukul petung depan
pukul tedas
pukul kilas
pukul kencang depan
pukul tedas tahan
pukul tedas serang
pukul junam kilas kepala
pukul junam perlahan
pukul
pukul golek
pukul asas
pukul petung
pukul petung kilas
pukul junam laju
pukul junam putar
pukul junam pancung
pukul petung acah
pukul petung serang
pukul tedas tajam pukul tedas
kepala
peralatan
bulu tangkis
papan kiraan matajaring
kad skor rasmi
tiangraket
kepala raket
pemegang
leher raket
tangkai raket
bingkai raket
tali raket
bulu
benang
bahagian bawah bulu tangkis
garis sempadan belakang
garis sempadan belakang
garis tengah
gelanggang tengah
Jenis-Jenis PentakrifanLeksikalStipulatifIntensional/KonotatifSinonimOperasionalGenus dan PembezaEkstensional/DenotatifOstensif/DemonstratifFungsional
EnumeratifSubkelasAnalisisSituasiImplikasiSintesisKontekstual/ParafrasaTakrif Bercampur
Klasifikasi Takrif (Analisis)
Melalui analisis yang dilakukan, tidak semua jenis-jenis takrif dijumpai dalam Siri Glosari Sukan Badminton.
Antara yang ada ialah leksikal, stipulatif, operasional, sinonim, situasi, genus dan pembeza, dan fungsional.
LeksikalTakrif leksikal atau takrif perkamusan memberikan gambaran bagaimana kata atau istilah yang telah digunakan dalam komuniti bahasa.
Contoh:1. coach – jurulatihTakrif: Orang yang melatih ahli sukan secara keseluruhan termasuk taktik dan teknik sukan.Huraian: Takrif perkamusan yang digunakan dalam komuniti bahasa. Istilah ini bersifat ekstrinsik kerana istilah tersebut menjelaskan tujuan atau fungsi seseorang jurulatih dalam sukan.
2. court – gelanggangTakrif: Medan atau lapangan berbentuk segi empat tepat, mempunyai garis sempadan tertentu, berwarna kuning atau putih, bertiang untuk dipasangkan jaring, berukuran tertentu untuk permainan beregu atau perseorangan khusus untuk permainan badminton.Huraian: Takrif perkamusan yang memberikan gambaran sesuatu kata. Istilah ini mempunyai ciri intrinsik dan ekstrinsik. Ciri intrinsiknya ialah penjelasan yang berkaitan dengan saiz, warna dan bentuk ‘gelanggang’. Manakala ciri ekstrinsik pula berkaitan dengan fungsi atau tujuan ‘gelanggang.
3. racket – raketTakrif: Alat yang mempunyai permukaan bulat berjaring dan pemegang.Huraian: Takrif perkamusan dan mempunyai ciri intrinsik dalam istilah tersebut. Hal ini kerana takrif ‘raket’ menggambarkan bentuk alat tersebut.
StipulatifDefinisi stipulatif berlaku apabila satu istilah yang sedia ada diberikan makna baharu untuk tujuan perbincangan dalam konteks tertentu.Contoh:
1. play – mulaTakrif: Arahan untuk permainan dimulakan.Huraian: Pemberian makna berlaku kerana ‘play’ dalam Bahasa Inggeris bermaksud ‘bermain’. Namun dalam istilah ini telah diberikan makna yang baru untuk tujuan perbincangan dalam konteks tertentu. Istilah ini bercirikan ekstrinsik kerana menunjukkan fungsi ‘mula’ dalam sukan badminton.
2. toss – undiTakrif: Undian yang dibuat sebelum permulaan permainan untuk memilih sisi gelanggang, dan memulakan servis.Huraian: Pemberian makna baru kerana ‘toss’ dalam Bahasa Inggeris bermaksud ‘lambungan/lemparan’. Namun dalam istilah ini telah diberikan makna yang baru iaitu undian yang dibuat. Istilah ini bercirikan ekstrinsik kerana menunjukkan fungsi sesuatu undian yang dibuat sebelum bermulanya sesuatu permainan.
3. let – semulaTakrif: Peluang yang diberikan untuk melakukan servis apabila suatu keputusan tidak dapat dibuat.Huraian: Maksud asal ‘let’ ialah penyewaan atau pengizinan. Namun dalam konteks ini, makna baru diberikan kepada ‘let’ iaitu semula. Istilah ini bersifat ekstrinsik kerana menjelaskan tujuan ‘semula’ dalam sukan badminton.
OperasionalMemberikan makna pada istilah dengan menjelaskan prosedur yang menunjukkan tindakan, proses, operasi, aktiviti, atau prosedur yang dilambangkan oleh istilah.Contoh:
1. backhand stroke – pukul kilasTakrif: Pukulan yang menghantar bulu tangkis di bahagian sisi badan yang tidak beraket.Huraian: Istilah menunjukkan proses atau aktiviti dalam sukan badminton. Istilah ini bercirikan ekstrinsik kerana menyatakan fungsi ‘pukul kilas’.
2. overhead backhand drop – pukul junam kilas kepalaTakrif: Pukulan yang dilakukan agar bulu tangkis jatuh ke dalam kawasan berhampiran jaring.Huraian: Istilah yang menunjukkan tindakan atau aktiviti pukulan. Istilah tersebut bersifat ekstrinsik kerana menunjukkan tujuan ‘pukul junam kilas kepala’ dilakukan oleh pemain.
3. jump smash – smesy lompatTakrif: Smesy yang menghendaki pemain melompat setinggi mungkin untuk mencapai bulu tangkis supaya pukulan lebih tajam.Huraian: Makna definisi telah menunjukkan pergerakan, tindakan atau aktiviti yang berlaku ketika lompatan oleh pemain. Istilah ini bersifat ekstrinsik kerana menjelaskan tujuan atau fungsi ‘smesy lompat’ dilakukan oleh seseorang pemain.
SinonimSubkategori takrif intensional dan satu istilah mempunyai atribut istilah yang ditakrif.Contoh:
1.game point/winning shot – mata akhirTakrif: Mata terakhir yang perlu dikutip untuk menang dalam permainan.Huraian: Istilah ‘game point’ mempunyai atribut yang sama dengan ‘mata akhir’. Istilah ini mempunyai ciri ekstrinsik kerana menunjukkan tujuan ‘mata akhir’ yang dikutip dalam permainan badminton.
2. novice/beginner player – pemain baruTakrif: Pemain yang baru menceburkan diri dalam permainan badminton tanpa mengira kumpulan umur.Huraian: Kedua-dua istilah tersebut mempunyai atribut yang sama.Istilah tersebut bercirikan ekstrinsik dengan menjelaskan peringkat seseorang pemain, ‘pemain baru’ merupakan pemain yang tidak berpengalaman dalam sesuatu bidang sukan.
3. cross net shot/cross net – syot jaring silangTakrif: Syot jaring yang menyilang dilakukan dengan menghantar bulu tangkis secara silang pada jaring.Huraian: Kedua-dua istilah mempunyai definisi dan atribut yang sama. Istilah ini menunjukkan ciri ekstrinsik kerana telah menjelaskan cara ‘syot jaring silang’ dilakukan.
Genus dan PembezaDefinisi menggunakan genus dan perbezaan spesifik merupakan kaedah menghuraikan kategori yang luas milik sesuatu kata atau konsep menunjukkan satu spesies- satu jenis spesifik butiran.
Contoh:1.line judge – hakim garisTakrif: Pegawai rasmi yang bertanggungjawab untuk memberi isyarat, sama ada bulu tangkis itu terjatuh ke dalam atau ke luar garisan pertandingan.Huraian: Konsep yang menunjukkan satu spesies-satu jenis spesifik butiran. Istilah ‘hakim’ sebagai genus manakala ‘garis’ sebagai pembeza. Istilah ini mempunyai ciri ekstrinsik kerana menunjukkan tujuan atau fungsi ‘hakim garis’ dalam sukan badminton.
2. service jugde – hakim servisTakrif: Pegawai rasmi yang bertanggungjawab untuk meneriakan “batal” bagi kesalahan yang dilakukan oleh pemain yang membuat servis.Huraian: Definisi istilah tersebut telah menunjukkan satu spesies-satu jenis spesifik butiran. Istilah ‘hakim’ sebagai genus manakala ‘servis’ sebagai pembeza. Istilah ini bersifat ekstrinsik kerana menunjukkan tujuan atau fungsi ‘hakim servis’ dalam sukan badminton.
3. advanced player – pemain kananTakrif: Pemain yang berpengalaman.Huraian: Istilah telah menunjukkan satu spesies-satu jenis spesifik butiran. Istilah ‘pemain’ sebagai genus manakala ‘kanan’ sebagai pembeza. Istilah ini mempunyai ciri ekstrinsik kerana menunjukkan definisi pemerian tentang ‘pemain kanan’.
FungsionalMemberikan makna berdasarkan fungsi yang dimainkan oleh istilah. Contoh:
1. official score sheet – kad skor rasmiTakrif: Kad yang digunakan untuk catatan kiraan mataHuraian: Makna diberikan berdasarkan fungsi yang dimainkan istilah. Istilah ini bersifat ekstrinsik kerana menjelaskan fungsi ‘kad skor rasmi’ dan perkara yang berhubungan dengannya.
2. contact point- titik temuTakrif: Tempat bertemu antara muka raket dengan bulu tangkis.Huraian: Definisi ‘titik temu’ telah menunjukkan fungsi titik sebagai tempat muka raket dan bulu tangkis bertemu. Istilah tersebut bersifat ekstrinsik kerana menjelaskan fungsi dan tujuan ‘titik temu’ dalam permainan badminton.
3. long service line ( single) – garis servis panjang (perseorangan)Takrif: Garis sempadan belakang dalam permainan perseorangan untuk menandakan kawasan gelanggang, biasanya 40mm lebar dan 6.1m panjang.Huraian: Makna ‘garis servis panjang’ menunjukkan fungsi sesuatu garis di kawasan gelanggang. ‘garis servis panjang’ bersifat ekstrinsik kerana definisinya menjelaskan fungsi, tujuan dan perkara yang berhubungan dengan objek.
SituasiMemberikan makna kepada istilah berdasarkan situasi.Contoh:1.fault – batal Takrif: Keadaan apabila permainan terpaksa dihentikan disebabkan sesuatu kesalahan.Huraian: Memberikan makna kepada istilah berdasarkan sesuatu situasi. Istilah ini bersifat ‘ekstrinsik’ kerana menjelaskan sesuatu tindakan pada keadaan tertentu.
2. foul play – main serobotTakrif: Keadaan apabila permainan tidak mematuhi undang-undang.Huraian: Makna telah diberikan kepada istilah berdasarkan keadaan atau situasi dalam definisi. Istilah ini bersifat ekstrinsik kerana menjelaskan fungsi istilah dalam sesuatu keadaan. Istilah ‘main serobot’ digunakan untuk menunjukkan permainan yang tidak mematuhi undang-undang.
3. out of play – henti permainanTakrif: Keadaan apabila permainan terhenti kerana berlaku gangguan.Huraian: Definisi menunjukkan istilah yang digunakan dalam keadaan atau sesuatu situasi apabila permainan harus dihentikan akibat gangguan. Istilah ini bersifat ekstrinsik kerana menunjukkan pemerian dalam istilah.
Carta Pai
KesimpulanMelalui analisis klasifikasi takrif, takrif
operasional menunjukkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 48%. Istilah takrif operasional banyak ditemui dalam glosari sukan iaitu badminton. Hal ini kerana permainan badminton menggunakan pelbagai jenis teknik dan melibatkan pelbagai jenis pergerakan, proses, tindakan dan aktiviti.
Istilah dalam glosari juga menunjukkan ciri bersifat ekstrinsik lebih banyak daripada ciri intrinsik. Keadaan ini disebabkan kebanyakan istilah yang dianalisis mengandungi konsep berkenaan dengan kegunaan, fungsi, dan tujuan.