jawapan praktis soalan spm

Click here to load reader

Upload: sathya-rau

Post on 04-Jan-2016

396 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sssssss

TRANSCRIPT

JAWAPAN PRAKTIS SOALAN SPM

27

JAWAPAN PRAKTIS SOALAN SPM 2011Soalan 1 Rumusan

PendahuluanPetikan membincangkan peranan/kelebihan/ manfaat/ fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara kita.

Isi-isi Tersurat (Kepentingan bahasa kebangsaan)

0. Menjadi simbol jati diri nasional yang sama untuk seluruh rakyat.0. Merupakan satu identiti nasional yang sama dalam kalangan semua rakyat.0. Sebagai alat perpaduan.0. Dapat membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat.0. Memupuk semangat kekitaan dalam jiwa rakyat.0. Menjadi bahasa pengantar tunggal dalam sistem pendidikan negara.0. Sebagai alat menyatupadukan rakyat Malaysia.0. Dapat mewujudkan komunikasi yang berkesan.0. Maruah negara dan maruah rakyat negara ini.

Isi-isi Tersirat (Masalah-masalah yang dihadapi)

1. Sokongan daripada pihak swasta kurang memberangsangkan.1. Masyarakat yang kurang peka terhadap kepentingan bahasa kebangsaan.1. Sesetengah pemimpin dan masyarakat yang tidak mengutamakan bahasa kebangsaan.1. Sesetengah masyarakat yang lebih suka menggunakan bahasa Inggeris.1. Keyakinan sesetengah masyarakat terhadap bahasa Melayu sangat kurang/menganggap bahasa Melayu kurang nilai ekonomi.1. Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat yang menjejaskan bahasa kebangsaan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, usaha memartabatkan bahasa kebangsaan mesti dipergiat agar bahasa kebangsaan sentiasa dipandang tinggi.

Soalan 2(a) - Petikan Umum

0. Maksud "padu dan abadi" ialah kuat/kukuh/teguh/utuh/kental dan kekal/ berterusan/ berkekalan.

0. Faktor-faktor: bahasa setempat dan bahasa peribumi merupakan bahasa kumpulan etnik paling besar berkemampuan sebagai "lingua franca" atau bahasa perhubungan menjadi bahasa pentadbiran kerajaan Melayu sebelum negara kita dijajah oleh kuasa Barat

0. Peranan pihak media: memperbanyak program dalam bahasa kebangsaan membuat penterjemahan bagi rancangan-rancangan popular dari luar negara memperluas kempen menggunakan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat menerbitkan lebih banyak buku dalam bahasa kebangsaan mengadakan pertandingan seperti pertandingan melukis/menulis dan sebagainya.

Soalan 2(b) - Petikan Drama

1. Tujuannya adalah untuk mengambil adiknya untuk hidup bersama dengan keluarganya.

1. Tindakan: melaporkan kepada pihak berkuasa supaya dapat diambil tindakan terhadap Prof. Peter meminta Prof. Peter menunjukkan bukti bagi meyakinkan dakwaannya itu berbincang secara baik dengan Prof. Peter supaya tidak mengeruhkan keadaan. Mengambil tindakan mahkamah Mengahwini Cempaka/mengahwinkan Cempaka

1. Nilai murni dalam petikan: keberanian - contohnya, Cempaka berani membantah kata-kata Prof. Peter. hormat-menghormati - contohnya, Zaman menghormati pensyarahnya walaupun tidak sependapat. Ketegasan Zaman tegas mempertahankan pendiriannya.

Nilai murni dalam keseluruhan drama: kasih sayang iaitu kasih sayang Mak Jah kepada anak-anaknya berbudi bahasa iaitu Mak Jah melayan Prof. Peter dengan baik walaupun tidak mengenalinya. Bertanggungjawab Zaman bertanggungjawab menjaga keselamatan adiknya. Kerajinan Zaman rajin berusaha mencari akar-akar kayu untuk dijadikan ukiran.

Soalan 2(c)- Petikan Prosa Tradisional

1. Bermaksud selepas/selesai/tamat/siap makan atau menjamu selera

1. Keistimewaan: boleh membina negeri yang lengkap. Negeri itu lengkap dengan kerajaan, pembesar, hulubalang serta rakyat serta lengkap dengan senjatanya.

1. Cara membalas jasa tuan puteri: menjadikan tuan puteri sebagai isteri membina sebuah istana dan memberikan kesenangan kepada tuan puteri memberikan anugerah yang penting dalam negeri tersebut memberikan hadiah

Soalan 2(d)- Puisi

1. Bermaksud apabila seseorang itu ditimpa masalah, bukan salah orang lain kerana itu adalah ketentuan Ilahi.

1. Wajar: tidak mahu menyusahkan orang lain cuba mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi menjaga maruah diri

Tidak wajar boleh menimbulkan masalah lain seperti tekanan perasaan boleh menjejaskan kesihatan diri boleh menyusahkan orang lain

1. Pengajaran: kita janganlah mengetepikan orang yang telah lama bersama dengan kita kita mestilah mengenang jasa orang yang telah lama bersama dengan kita

Soalan 3 - Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Soalan 3 (a):

1. cepumas jumlah nilai hadiah (biasanya wang terkumpul yang mungkin dimenangi dalam sesuatu pertaruhan, permainan dll)

1. halaju kadar kecepatan wang bertukar tangan, kecepatan gerakan

1. jejantas jambatan di atas jalan raya untuk pejalan kaki melintas jalan.

1. jenama Jenis barang yang memakai nama khas yang dikeluarkan oleh pengilang, pengeluar atau pembuat tertentu.

1. pawagam Panggung wayang gambar

1. purata Nilai yang diperoleh dengan membahagikan jumlah sebilangan kuantiti dengan bilangan kuantiti tersebut, hitung panjang.

Soalan 3 (b):

1. Kemarau ialah bencana alam yang berpunca daripada cuaca panas dan kurangnya hujan.

1. Kemarau menyebabkan tanah kering kontang, tumbuh-tumbuhan banyak yang mati dan kegiatan manusia juga terhalang akibat ketiadaan air.

1. Kemarau menyebabkan air terpaksa dicatu sehingga Jabatan Bekalan Air terpaksa menyediakan tangki air di kawasan perumahan untuk mengurangkan masalah yang dihadapi oleh anggota masyarakat.

Soalan 3 (c):

1. pefileman - perfileman1. ibubapa - ibu bapa1. mempengaruhi-dipengaruhi1. wira wati - wirawati1. dibawa-bawa - terbawa-bawa1. akedemik- akademik

Soalan 3 (d):

1. koleksi lagu-lagu - koleksi lagu/lagu-laguberkuantiti - berkualiti

1. khusus - kursusguru mereka tetapkan- ditetapkan oleh guru mereka

1. terpaling indah - paling indah/ terindahtinggal - bersemayam

Soalan 3 (e):

1. bagai pinang dibelah dua / bagai cincin dengan permata

1. bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi

1. seperti ikan pulang ke lubuk / seperti belut pulang ke lumpur / seperti gagak pulang ke rimba / setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau.

Soalan 4- Novel

Novel Papa ... (akhirnya kau tewas jua!)

1. Watak utama - lntan Julia/Ju/Julia Taat kepada ibu bapa. Buktinya dia sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati ibu bapanya dengan belajar bersungguh-sungguh. Seorang yang penyayang, sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan Makcik Noraini. Julia taat kepada perintah Allah. Dia rajin bersolat dan bertudung. Suka berdikari, walaupun tempat pengajiannya berdekatan dengan rumahnya, namun dia memilih untuk tinggal di asrama. Seorang yang sensitif. Ini dibuktikan apabila dia tidak membenarkan papanya berkahwin lagi. Dia benar-benar terasa bahawa papanya tidak menyayangi mamanya lagi.

1. Persoalan Persoalan pengorbanan suami dan isteri demi kebahagiaan pasangan masing-masing. Buktinya Intan Maliana sanggup mengandung kali kedua demi memenuhi kehendak suaminya. Malah, Jeffri pula berkorban dengan cara menjaga isterinya yang koma selama lebih tiga tahun. Persoalan kesetiaan seorang suami terhadap isterinya. Buktinya, Jeffri setia menemani isterinya yang koma selepas kehilangan banyak darah semasa melahirkan kembar siam yang diberi nama Ahmad dan Muhammad. Malah, Jeffri juga enggan berkahwin lain ketika didesak oleh Mak Cik Noraini sebagai bukti kesetiaannya itu. Namun, keputusan untuk berkahwin lain dibuat selepas bertahun-tahun hidup keseorangan. Persoalan ketabahan menghadapi dugaan. Buktinya, Jeffri tabah menghadapi dugaan ketika isterinya koma dan berusaha untuk mengubatinya. Malah, dia juga tabah tatkala kedua-dua anak kembar siamnya juga meninggal dunia. Persoalan keprihatinan terhadap masalah orang lain dapat dibuktikan melalui watak Cikgu Suzie yang cuba menasihati Intan Marliana agar tidak terus mengandung kerana sedar akan risiko yang bakal dihadapi oleh rakan baiknya berdasarkan pengalamannya yang lalu. Persoalan poligami. Jeffri berkahwin dengan Aisyah setelah kesunyian kerana isteri pertamanya Intan Marliana koma. Keputusan itu juga dibuat setelah mendapat persetujuan anaknya Intan Julia dan hidup bersendirian selama tiga tahun. Persoalan kegigihan menimba ilmu pengetahuan. Julia gigih dan tekun belajar untuk menghadapi SPM. Dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dan meneruskan pelajarannya di Kolej Matrikulasi UIA. Walaupun Julia menghadapi tragedi dan masalah keluarga serta cinta, dia tetap gigih menimba ilmu. Persoalan cinta zaman remaja. Julia berkenalan dengan Rasylan sejak di tingkatan lima. Hubungan mereka bertambah intim selepas mereka belajar di kolej matrikulasi yang sama. Rasylan dan Julia sering bertukar-tukar pendapat jika salah seorang daripada mereka mempunyai masalah. Namun begitu, sudah menjadi lumrah orang bercinta, masalah cemburu telah timbul sehingga merunsingkan hati Julia. Persoalan gejala sosial dalam masyarakat. Rasylan menjadi mangsa kepada gejala pembuangan bayi yang berlaku dalam kalangan masyarakat hari ini. Dia merupakan anak luar nikah yang dibuang oleh ibu dan bapanya. Dia dijaga di rumah JKM sebelum menjadi anak angkat Datuk Mustakim. Rasylan mengalami konflik apabila Encik Muaz al-Khalibi tiba-tiba datang mengaku sebagai ayah kandungnya.

Novel Melunas Rindu

1. Watak utama - Joshua/ Abdul Halim/Fuad Seorang yang taat kepada perintah agama. Contoh: Fuad tidak pernah meninggalkan solat dan sentiasa membaca al-Quran. Seorang yang bertanggungjawab Contoh: Sebagai seorang guru, dia bertanggungjawab memastikan anak muridnya dapat menguasai Bahasa Inggeris Seorang yang gigih. Contoh: Fuad gigih berusaha mencari ibu kandungnya. Seorang yang suka membantu. Contoh: Fuad membantu menanggung perbelanjaan perkahwinan Borhan. Dia seorang yang mengambil berat. Contoh: Fuad mengambil berat tentang diri Farhana terutamanya apabila Farhana ditimpa masalah berkaitan kesihatan ibunya.

1. Persoalan

Persoalan tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Fuad tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pendidik dengan baik walaupun dia hanya guru sementara. Persoalan ketabahan menghadapi cabaran dalam kehidupan Fuad tabah menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha mencari ibu kandungnya. Persoalan kasih sayang sesama ahli keluarga. Walaupun Fuad hanya anak saudara kepada Peter Lim dan Swee Lan, namun mereka tetap menyayangi Fuad seperti anak kandung. Persoalan tentang kehilangan seseorang yang disayangi amat memeritkan. Contohnya, Mak Salmah terasa sunyi setelah kehilangan anak angkatnya Sofia. Fuad pula hilang tempat bermanja apabila dari kecil lagi kehilangan ibu dan bapanya. Persoalan perbezaan agama tidak akan memutuskan pertalian darah. Contohnya, walaupun Fuad seorang Islam namun dia tetap diterima oleh ibu dan bapa saudaranya yang tidak seagama dengannya. Persoalan sifat keibuan melebihi segala-galanya. Contohnya, sifat keibuan yang ada pada Mak Salmah menyebabkan dia tidak dapat menerima hakikat kematian Sofia. Selain itu Mariana tetap mengingati Abdul Halim atau Fuad yang hilang sejak kecil

Novel Azfa Hanani

1. Azfa Hanani Seorang yang cepat panik / cepat gelabah. Azfa Hanani menjadi cepat panik dan rasa gelabah apabila peristiwa kehilangan buku rujukan SPM di perpustakaan menjadi perbualan hangat di sekolahnya khususnya dalam kalangan pelajar kelas 5 Kenanga. Seorang yang berfikiran rasional. Azfa Hanani tidak terus menerima tawaran untuk menyamar sebagai Tengku Murni. Sebaliknya berfikiran rasional apabila dia terlebih dahulu berbincang dengan pak long dan mak longnya sama ada hendak menerima atau tidak tawaran tersebut. Seorang yang sanggup berkorban. Azfa Hanani menerima tawaran untuk menyamar sebagai Tengku Murni setelah diizinkan oleh pak long dan mak longnya. Dia berbuat begitu demi berkorban untuk membantu keluarga pak longnya yang hidup dalam kedaifan ditambah pula dengan masalah Zuraini yang lumpuh tidak dapat berjalan. Seorang yang pandai berlakon / menyamar. Azfa Hanani berjaya menyamar sebagai Tengku Murni sehingga meyakinkan Datin Maziah. Walaupun latihan yang diterima terlalu singkat, namun dengan bantuan Kak Finaz dan Abang Mazran dia mampu bertingkah laku seperti T.Murni di hadapan Datin Maziah. Seorang yang berjiwa sensitif / mudah terasa. Azfa Hanani berasa sangat tersinggung dengan kata-kata Tengku Muzaffar yang menyindir Azfa Hanani supaya tidak mengambil kesempatan semasa menyamar sebagai Tengku Murni. Namun kata-kata tersebut terlalu pedas dan memedihkan Azfa Hanani. Seorang yang gigih berusaha menuntut ilmu. Azfa Hanani berusaha dengan gigih belajar Bahasa Inggeris di pusat tuisyen yang terletak di Plaza Cahaya dan mempelajari bahasa Jepun di Institut Lingua Franca semasa penyamarannya sebagai Tengku Murni. Seorang yang taat kepada orang tua. Azfa Hanani meminta keizinan dan restu daripada pak long dan mak longnya terlebih dahulu sebelum bersetuju menyamar sebagai Tengku Murni dan mengikut Abang Mazran serta Kak Finaz ke Kuala Lumpur. Seorang yang taat pada perintah agama. Azfa Hanani sangat rajin besembahyang dan selalunya pada setiap malam Jumaat dia akan membaca al-Quran untuk disedekahkan kepada arwah ayah dan ibunya.

1. Persoalan

Persoalan tentang pengorbanan seorang gadis dalam menjalani kehidupan. Azfa Hanani sanggup berkorban dengan menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni bagi membolehkan sepupunya mendapatkan rawatan bagi penyakit lumpuhnya sebagai balasan. Persoalan tentang ketabahan seorang gadis dalam mengharungi cabaran dalam kehidupan. Azfa Hanani tabah menjalani kehidupan yang miskin sehingga dia terpaksa membawa buku keluar daripada perpustakaan tanpa kebenaran kerana tidak mampu membeli buku. Persoalan tentang kegigihan seorang gadis dalam menuntut ilmu. Azfa Hanani gigih menuntut ilmu sehingga dia sanggup membawa buku keluar daripada perpustakaan tanpa kebenaran semata-mata ingin membuat rujukan. Persoalan tentang keberanian seorang gadis untuk menyamar. Azfa Hanani berani menyamar sebagai Tengku Murni walaupun baru berusia 17 tahun semata-mata ingin membantu keluarganya yang miskin dan menolong Datin Maziah yang tidak dapat menerima hakikat kematian anak kesayangannya. Persoalan tentang kasih sayang seorang ibu terhadap anak / kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga. Datin Maziah sangat sayang akan anak perempuannya sehingga dia tidak dapat menerima hakikat kematian anak kesayangannya sehingga dia sanggup menuduh anak-anak lelakinya sengaja melarikan Tengku Murni. Persoalan tentang golongan kaya yang kurang menitikberatkan nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan. Tengku Muzaffar meminta Azfa Hanani membacakan surah yassin kepada Tengku Murni kerana dia kurang pandai membaca yassin. Persoalan tentang sikap manusia sombong dan mementingkan darjat. Tengku Muzaffar menghalang perhubungan arwah adiknya serta Azfa Hanani dengan Ekran kerana menyangka Ekran berasal daripada keluarga yang miskin.

Novel Renyah

1. Watak utama - Dato Dolhi Usahawan yang berjaya dalam perniagaan dan mempunyai empayar perniagaan Dolhi-Albert. Mempunyai daya ingatan yang tinggi. Masih mengingati lagu-lagu Jepun semasa zaman persekolahan dulu. Seorang yang rajin membaca. Akan membaca sebelum menyampaikan ceramah usahawan kepada peniaga muda. Seorang yang penyabar. Tetap bersabar dengan pelbagai kerenah anak-anak. Seorang yang bertanggungjawab. Masih memberi nafkah kepada anaknya Wahi melalui ibu mertuanya walaupun isterinya telah meninggal dunia.

1. Persoalan

Persoalan Persahabatan. Persahabatan Datuk Dolhi dan Albert sehingga menubuhkan syarikat usahasama. Persoalan Golongan Muda terlibat dengan ajaran sesat Mukhlis yang menyertai kegiatan dakwah tanpa ilmu yang mencukupi sehingga terjebak dalam masalah kehidupan. Persoalan Sikap Tamak hingga terlibat dalam rasuah - Sikap tamak yang menguasai diri sehingga terlibat dalam rasuah. Contohnya, Hasnol yang kesempitan wang akhirnya menerima tawaran sebanyak RM300 ribu bagi membantu Tengku Munir mendapatkan projek. Persoalan perasaan cinta sesama manusia melangkaui budaya. Wahi Melayu dan Yuka Jepun akhirnya berkahwin. Persoalan cinta alam sekitar. Ilham sanggup menentang projek ayahnya demi cintakan alam sekitar. Persoalan harapan seorang ayah. Datuk Dolhi ingin anak-anaknya mengikuti jejaknya dalam perniagaan dan mewarisi Dolhi-Albert Holding. Persoalan minat dan kecenderungan seseorang tidak boleh diubah. Anak-anak Datuk Dolhi tidak berminat dengan perniagaan. Hasnol pegawai PTD, Amera pendidik, Ilham penulis, Dani pemuzik dan Mukhlis pendakwah. Persoalan ketegasan mendidik anak. Datuk Dolhi tidak memberi pinjaman wang kepada Hasnol supaya belajar. Juga memasukkan Dani ke pusat serenti supaya menjadi pengajaran kepada anaknya. Persoalan pentingnya ilmu pengetahuan. Datuk Dolhi rajin membaca buku-buku pengetahuan untuk rujukan sebelum menyampaikan ceramah. Persoalan harapan ayah supaya anaknya mengikuti jejaknya. Datuk Dolhi sangat berharap anaknya mengikuti jejaknya dalam perniagaan.

Novel Konserto Terakhir

1. Watak utama - Hilmi Seorang yang rajin. Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah Datuk Johari sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah. Dia juga rajin mengusahakan kebun di rumah itu sehingga sayur-sayurannya berbuah lebat. Datin Salmah dapat bahagikan sayur itu kepada rakan-rakannya. Hilmi juga seorang yang gigih dan tabah. Hilmi gigih menghadapi cabaran hidup dalam usahanya untuk berjaya. Dia tabah menghadapi penghinaan daripada Datin Salmah yang tidak menyukainya. Kegigihan Hilmi juga dapat dilihat melalui usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga berjaya menjadi seorang pemuzik terkenal. Helmi juga digambarkan seorang yang bercita-cita tinggi. Bermula daripada minat terhadap alat muzik iaitu piano, Helmi telah memasang cita-cita untuk menjadi seorang pemuzik yang berjaya. Hasil daripada dorongan dan galakan daripada Encik Bakar, Hilmi berusaha mengejar impiannya dan akhirnya dia berjaya dalam bidang muzik. Penulis menggambarkan Hilmi sebagai seorang yang kuat pegangan agama. Hilmi tidak pernah meninggalkan sembahyang lima waktu walau di mana sekalipun dia berada. Sifat ini telah mempengaruhi Hayati sehingga membuatkan Hayati berubah sikap dan mula bersembahyang. Hilmi amat berkebolehan dan kreatif dalam bidang muzik. Dia dapat memainkan piano dan mengenal kod piano walaupun hanya dengan mendengar Hayati memetik pianonya. Selain itu, dia juga boleh bermain banyak alat muzik dan mencipta banyak lagu sendiri termasuk lagu yang dimainkan semasa persembahannya.

1. Persoalan

Persoalan kegigihan dalam berusaha untuk mengubah kehidupan dan masa depan. Persoalan ini dapat diperhatikan melalui watak utama iaitu Hilmi. Walaupun sering mendapat penghinaan khususnya daripada Datin Salmah, Hilmi dengan dorongan daripada Pak Amat dan Encik Bakar. Dia berusaha gigih dan akhirnya berjaya mencapai cita-citanya iaitu menjadi seorang pemuzik yang terkenal. Persoalan cinta dan kasih sayang sesama manusia. Pembaca mendapat gambaran persoalan ini melalui perhubungan antara Helmi dengan Hayati dan hubungan antara Hilmi dan Azizah. Cinta dan kasih sayang dilihat pada awalnya lebih kepada simpati. Kasih sayang Hayati kepada Helmi bermula daripada perasaan simpati. Setelah berkahwin dengan Mohsin, Hayati tetap cinta kepada Helmi. Persoalan pegangan agama dalam masyarakat bandar. Keluarga Datuk Johari tidak solat. Namun sejak kehadiran Helmi, sikap Hayati telah berubah. Dia telah mula solat dan dapat mengembalikan ketenangan hidupnya. Hayati ialah seorang gadis yang penuh dengan kebebasan tetapi telah berubah dan berasa tenang setelah mula mendekati agama melalui ibadah solat dan mendalaminya melalui buku buku agama. Persoalan sikap segolongan masyarakat yang terlalu mementingkan pangkat dan darjat juga dapat diperhatikan oleh pembaca melalui novel ini. Contohnya Datin Salmah menghina Hilmi kerana menganggap Hilmi hanya seorang pemuda kampung dan tidak berpendidikan tinggi. Demikian juga dengan Azizah yang berasa tawar hati setelah mengetahui bahawa Helmi seorang tukang kebun di rumah Datuk Johari. Persoalan perpecahan keluarga sehingga membawa kepada penyesalan yang tidak berkesudahan. Helmi sebenarnya anak kandung Datuk Johari. Datuk Johari dan Datin Salmah amat menyesal dengan perbuatannya terhadap Helmi sebelum itu sehingga Helmi menderita setelah mengetahui perkara itu. Namun dia tidak sempat menebus kesalahannya kerana Helmi telah meninggal dunia. Persoalan gaya hidup segolongan masyarakat bandar yang bersifat kebaratan. Contohnya dapat diperhatikan melalui keluarga Datuk Johari sendiri. Datin Salmah sering menghadiri morning coffee bersama kawan-kawannya. Manakala di rumah Datuk Johari juga terdapat sebuah mini bar. Datin Salmah juga merancang agar Hayati melanjutkan pelajaran di London. Persoalan kepercayaan karut dan khurafat yang masih terdapat dalam kalangan masyarakat hari ini terutamanya masyarakat bandar. Contohnya Datin Salmah percaya bahawa Hilmi menggunakan ubat guna-guna terhadap Hayati apabila mendapati Hayati semakin rapat dengan Helmi. Datin Salmah juga menuduh Helmi berbuat demikian apabila melihat Hayati berubah sikap dan mula bersembahyang.

Novel Kembara Amira

1. Watak utama Amira Seorang yang gemar untuk menghadapi cabaran / melakukan kerja-kerja mencabar. Semasa cuti persekolahan, Amira mengajak rakannya Jacinta ke Bukit Mat Raya, untuk turut serta dalam aktiviti cari gali arkeologi yang diketuai oleh ibunya, Prof. Zaidah. Seorang yang mudah mesra. Walaupun baru berkenalan dengan Malique di kawasan Air Terjun Angin, Amira sudah mesra dan rapat dengan Malique. Perkenalan yang singkat tersebut menyebabkan Amira teruja untuk mengetahui tujuan Malique berada di hutan belantara itu. Seorang yang suka bertindak melulu/bersikap terburu-buru. Amira pergi ke kawasan Air Terjun Angin seorang diri tanpa memberitahu ibunya untuk berjumpa dengan Malique bagi mengetahui cerita sebenar tentang kedatangan John OHara ke hutan tersebut sehingga menimbulkan perkara-perkara yang pelik dan menakutkan di kawasan Desa Karpus. Seorang yang cepat insaf / menyesali kesilapan yang dilakukan. Setelah peristiwa Amira dihanyutkan oleh arus deras dan Jacinta sesat di dalam hutan, Amira menyesali tindakannya. Selepas kejadian itu Amira berjanji kepada ibunya bahawa masalah tersebut tidak akan berulang lagi. Seorang yang penyayang. Kejadian Jacinta sesat di dalam hutan yang ditemui tidak sedarkan diri serta mengalami luka-luka di badannya menyebabkan Amira bersimpati dan bersedih atas malapetaka tersebut. Seorang yang mementingkan hubungan persahabatan. Amira sanggup membawa atau mengajak Jacinta ke Bukit Mat Raya untuk mengikuti ibunya dan turut serta dalam cari gali arkeologi supaya Jacinta dapat melupakan masalah peribadinya. Seorang yang berani. Amira sanggup dan berani pergi ke kawasan Air Terjun Angin untuk bertemu dengan Malique, malah sanggup menunggu seorang diri selama 2 jam, namun Malique tidak muncul kerana pada ketika itu Malique berada di Pulau Pinang. Seorang yang berjiwa kental/tahan lasak. Amira terlibat dalam usaha mencari dan menjejaki Malique yang hilang di kawasan Gunung Gua Gajah. Seorang yang mahir dalam penggunaan ICT. Setelah Amira menjumpai mobile disk, dia berusaha membuka perisian tersebut dengan bantuan rakan-rakannya. Dengan kemahiran yang dimiliki, Amira berjaya membuka perisian tersebut apabila Itai mencadangkan Amira menggunakan nama saintifik emas iaitu aurum sebagai kata laluan. Seorang yang tidak kenal erti putus asa. Peristiwa mencari Malique membuktikan Amira seorang yang tidak kenal erti putus asa dalam melakukan sesuatu usaha.

1. Persoalan

Persoalan golongan yang berminat mengkaji peninggalan sejarah. Profesor Zaidah, Dr. Zawawi dan Rusdi sedang mencari kebenaran tentang kehidupan masa lalu melalui ekspedisi arkeologinya di Bukit Mat Raya. Persoalan cinta dan sayang akan alam / hutan. Malique (Sabi) walaupun tinggal di bandar tetapi tetap menyayangi hutan yang menjadi tempat asalnya sehingga dia bertindak memadam semua data kajian cari gali emas. Persoalan hubungan persahabatan yang erat walaupun berbeza bangsa dan agama. Jacinta sering mengikut Amira semasa cuti sekolah ke tempat ibu Amira menjalankan kerja-kerja arkeologinya. Persoalan kerenggangan hubungan antara anak dan bapa setelah bapa berkahwin. Jacinta tidak mahu pulang bercuti bersama-sama ayah dan ibu tirinya kerana kecewa dan sedih dengan tindakan ayahnya berkahwin lain setelah ibunya meninggal dunia. Persoalan sikap manusia yang tamak. O Hara sanggup datang ke Bukit Mat Raya kerana telah diupah oleh sebuah syarikat cari gali emas dari Pulau Pinang untuk mengesan lokasi emas. Persoalan kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar. Kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram dan penerokaan khazanah hutan untuk mencari emas yang dilakukan oleh O Hara. Persoalan kepentingan ilmu perubatan tradisional. Ludin menggunakan cara perubatan tradisional untuk menyembuhkan Profesor Zaidah yang mengalami keretakan tulang tangan. Persoalan kemusnahan hutan mendatangkan kesan yang buruk terhadap kehidupan. Kemalangan yang menimpa Pak Lias dan Profesor Zaidah apabila kenderaan yang dinaiki oleh mereka dihanyutkan oleh arus lumpur yang deras membuktikan bahawa kemusnahan alam sekitar mendatangkan kesan buruk. Persoalan kehidupan yang sengsara sebagai akibat keruntuhan rumah tangga. Tau hidup sengsara dan menyendiri di dalam hutan kerana tidak dapat menerima kenyataan bahawa isterinya Jennifer / Ipah sanggup mengkhianatinya dengan melarikan anaknya Malique / Sabi keluar dari kawasan perkampungan Orang asli dan mengikuti Johnny.

Novel Kabus di Perbukitan

1. Watak utama - Faridah

Faridah seorang yang tabah menghadapi dugaan hidup. Contohnya, dia tabah menghadapi kematian adik kembar kesayangannya, Rahayu akibat barah paru-paru. Selepas itu dia juga kehilangan ibu kesayangannya dan suaminya yang tercinta, Ghazali. Faridah seorang yang sangat prihatin akan kanak-kanak istimewa. Contohnya, dia menganggap menjalankan khidmat kepada kanak-kanak istimewa dianggap sebagai satu ibadah. Faridah seorang yang beriman. Dia bersolat Tahajud selepas mengalami mimpi Ayu dan ibunya. Dia yakin akan berasa tenang selepas menunaikan solat sunat Tahajud. Faridah juga mementingkan ilmu pengetahuan. Contohnya, dia sanggup menggadaikan tanahnya untuk perbelanjaannya semasa berkursus di New Zealand. Faridah seorang yang penyayang. Dia sentiasa berusaha memenuhi permintaan anak-anaknya, terutama yang melibatkan penyediaan makanan untuk anak-anaknya, Anne dan Melina. Dia juga seorang yang mempunyai jati diri yang tinggi. Walaupun hidupnya senang dan sudah 25 tahun di New Zealand, Faridah sanggup pulang semula ke Malaysia kerana terlalu rindu akan kampung halamannya. Dia juga berjanji akan mengekalkan kerakyatannya sebagai rakyat Malaysia sampai bila-bila.

1. Persoalan.

Persoalan ikatan kekeluargaan yang erat. Persoalan ini digambarkan melalui Faridah dan Rahayu yang merupakan pasangan kembar tetapi dibesarkan secara berasingan oleh ibu bapa mereka. Hal ini demikian kerana Rahayu dijaga oleh ayah dan ibu tirinya, manakala Faridah dibela oleh ibunya sendiri. Namun demikian Rahayu sentiasa merindui kakaknya, Faridah. Persoalan perpisahan ibu bapa menyebabkan anak-anak menjadi mangsa. Perkara ini dipaparkan melalui tindakan Kamarudin meninggalkan Salmah tetapi membawa bersama-samanya Rahayu ke Indonesia menyebabkan pasangan kembar tersebut terpisah dan merindui satu sama lain. Persoalan kecintaan terhadap alam sekitar. Persoalan ini digambarkan melalui watak Azrul yang aktif dalam program-program pemeliharaan alam sekitar. Persoalan kasih sayang. Persoalan ini digambarkan antara ibu dengan anaknya, iaitu kasih sayang Salmah terhadap anaknya Rahayu yang telah meninggal dunia. Akibat terlalu rindu, ibu ini menderita sehingga menemui ajalnya. Persoalan kasih sayang antara isteri dan suami pula tergambar melalui tindakan Melina yang berusaha dengan pelbagai cara mencari suaminya, Benny yang tidak pulang ke rumah. Persoalan sikap berdikari golongan siswazah. Golongan ini tidak seharusnya menunggu tawaran kerja yang diberikan oleh pihak kerajaan atau swasta. Sebagai contoh, Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya. Persoalan kahwin campur. Fenomena kahwin campur dalam kalangan masyarakat telah menjadi perkara biasa pada zaman ini. Hal ini dibuktikan melalui perkahwinan watak utama Faridah dengan Samuel Kirkby Johnsons atau nama Islamnya Soleh Johnsons. Faridah ialah orang Melayu Malaysia yang bekerja di New Zealand, manakala Soleh pula orang Inggeris rakyat New Zealand. Persoalan semangat kerjasama yang masih utuh dalam masyarakat. Operasi mencari Faridah dan Iqbal yang dinamakan OPS PDK melibatkan banyak pihak seperti Bomba dan Penyelamat, Hospital Daerah, RELA, Perhilitan dan Pejabat Daerah Raub serta Hulu Selangor. Persoalan pejuangan secara kekerasan. Novel ini memaparkan adanya beberapa pihak yang mahu mencapai sesuatu matlamat dengan kekerasan. Hal ini digambarkan melalui Muhammad Attar yang cuba mencari pengaruh daripada kalangan rakan-rakannya termasuklah Benny, suami Melina dalam matlamatnya untuk menegakkan perjuangan Islamnya. Persoalan prejudis masyarakat Barat terhadap Islam (Islamofobia). Tangkapan Mohamed Attar oleh Interpol ada kaitan dengan isu keganasan yang dilakukan oleh umat Islam.Novel Sutera dalam Lukisan

1. Watak Utama Bujei/ Hafiz Bercita-cita untuk menjadi askar seperti arwah bapanya. Sewaktu dirinya kecil, dia sering menjadikan bapanya sebagai idola. Suka berangan-angan menonton dan mendengar radio yang telah rosak di rumahnya. Takut dengan Alias. Setiap perkara yang diminta oleh Alias akan dilakukan oleh Bujei tanpa sebarang bantahan. Tidak mementingkan kebersihan tetapi berubah setelah dilatih oleh Adila. Membuang perkakasan yang tidak berguna di rumahnya dan membakarnya di halaman rumah. Suka mendengar radio. Sanggup membeli radio baru sewaktu keluar pekan bersama Samsul. Mempunyai bakat menyanyi. Bujei menyanyi lagu Bahtera Merdeka sewaktu majlis perkahwinan Sameah dan berjaya memukau orang ramai dengan kemerduan suaranya. Mempunyai sifat suka berjimat. Tidak menggunakan wang pemberian Wak Senen yang besar nilainya dan menyimpannya dengan rapi di dalam kendi di rumahnya. Anak yang bertanggungjawab. Cuba menyelamatkan ibunya daripada kebakaran rumahnya tetapi tidak berjaya kerana api marak terlalu cepat dan dia dihalang oleh orang ramai daripada memasuki rumahnya yang terbakar. Seorang pemuda yang mempunyai sikap abnormal. Dia membentuk peribadinya melalui pandangan penduduk kampung yang menganggapnya bodoh, dungu dan tidak berakal.

1. Persoalan

Persoalan tanggungjawab membantu sesama manusia tanpa mengira sifat individu seperti yang digambarkan melalui watak Adila yang begitu optimis untuk membentuk semula keperibadian abnormal yang dihidapi oleh Hafiz. Persoalan menghormati hak individu tanpa menghilangkan hak diri sendiri yang digambarkan melalui watak Bujei atau nama sebenarnya Hafiz yang akhirnya sedar akan haknya setelah mendapat bimbingan dari Adila. Persoalan kebaikan akan mengatasi kebatilan seperti yang tergambar dalam peristiwa Alias yang cuba mengenakan ilmu pengasih terhadap Adila telah menyebabkan dia mendapat pembalasan akibat perbuatannya sendiri. Persoalan sifat kasih sayang dan hati yang luhur mampu mengubah sifat seseorang seperti yang digambarkan melalui watak Adila yang telah membimbing Bujei atau Hafiz untuk membentuk semula keperibadiannya telah berjaya mengubah Bujei menjadi insan yang berjaya. Persoalan jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Walaupun Adila pada asalnya begitu takut dengan Bujei, tetapi akhirnya telah memilih Bujei menjadi pasangan hidupnya. Walaupun telah bertunang dan berjanji sehidup semati dengan Faizal, tetapi akhirnya Faizal berkahwin dengan orang lain dan bukan dengan tunangnya Adila. Persoalan berani mempertahankan hak atau harta daripada dirampas oleh orang lain. Bujei telah menunjukkan sikapnya yang tegas dan tidak boleh dipermainkan oleh Alias apabila meminta ganti rugi sebanyak RM80 sebagai gentian radionya yang telah rosak akibat perbuatan Alias.

JAWAPAN PRAKTIS SOALAN SPM 2012Soalan 1 - RumusanPendahuluanPetikan membincangkan punca-punca/sebab-sebab/keistimewaan/alasan pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan.

Isi-isi Tersurat (Faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan)0. Kebanyakan hospital di negara ini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.0. Malaysia mempunyai tahap kualiti perubatan yang tinggi.0. Kemajuan dalam perkhidmatan perubatan swasta.0. Malaysia mempunyai pakar perubatan antara yang terbaik di dunia.0. Caj rawatan di sini lebih murah.0. Mutu rawatan di negara kita didorong oleh pengiktirafan Kualiti Kesihatan Persatuan Perubatan Malaysia.0. Terdapat banyak pusat perubatan persendirian yang dilengkapi peralatan canggih.0. Pusat perubatan swasta di Malaysia menawarkan pelbagai pilihan penginapan.0. Para pelancong kesihatan turut mendapat layanan bertaraf dunia.

Isi-isi Tersirat (Faedah-faedah industri pelancongan kesihatan)0. Meningkatkan jumlah kemasukan pelancong asing ke negara kita.0. Menambah pendapatan negara.0. Rakyat tempatan turut mendapat perkhidmatan kesihatan yang lebih baik.0. Menaikkan imej negara di mata masyarakat antarabangsa.0. Negara-negara luar menjadikan Malaysia sebagai tempat rujukan.0. Mewujudkan peluang pekerjaan baharu kepada penduduk tempatan.0. Meningkatkan pembangunan prasarana/ infrastruktur negara.

KesimpulanKesimpulannya, pelancongan kesihatan mesti diperluaskan agar negara kita beroleh pelbagai manfaat daripadanya.

Soalan 2 - Pemahaman

Soalan 2(a)- Petikan Umum

1. Maksud strategi menyeluruh ialah rancangan/kaedah/cara yang lengkap/ merangkumi semua aspek.

1. Usaha-usaha: Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperuntukkan undang-undang baharu untuk mentadbir penjagaan kesihatan Majlis Kesihatan Malaysia diberi kuasa tambahan. Mempertingkatkan fungsi Majlis Kesihatan Malaysia Meminda undang-undang1. Peranan pihak media: mempromosi Malaysia sebagai lokasi pelancongan kesihatan ke seluruh dunia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia - menguar-uarkan pengiktirafan Kualiti Kesihatan Persatuan Perubatan serta standard MS IS09002 menulis rencana tentang pelancongan kesihatan supaya maklumat tersebar. Mengenakan bayaran yang murah untuk iklan-iklan tentang produk kesihatan yang disiarkan

Soalan 2(b) - Petikan Drama

1. Ciri-ciri: terdapat aliran sungai kecil di tengah hutan berpotensi diperbesar untuk dijadikan kolam memancing ikan hutan itu boleh dijadikan seperti kawasan pelancongan di Lembah Danum, Sulaman Resort atau di Sukau.

1. Cabaran yang perlu dihadapi: dari segi modal - memerlukan modal yang besar kerana memerlukan kos yang tinggi dari pelbagai aspek pada peringkat awal usaha untuk menarik orang ramai ke tempat tersebut pada peringkat permulaan agak rumit mungkin mendapat penentangan daripada penduduk di kawasan sekitar masalah keselamatan kerana di kawasan itu terdapat aktiviti mencuri balak persaingan dengan pusat pelancongan yang lain. masalah mendapatkan pekerja.

1. Nilai kemanusiaan dalam petikan: kerjasama - kerjasama antara adik-beradik untuk menjayakan rancangan membuka pusat pelancongan - ingin mengeluarkan modal bersama nilai kemanusiaan dalam cerpen nilai kasih sayang Mak Tua menyayangi cucu-cucunya dengan melayan mereka. Ketaatan anak-anak Mak Tua taat akan permintaannya mencari pekerja.

Nilai dalam keseluruhan cerpen: Cinta akan alam sekitar Pak Tua menjadikan tanahnya sebagai hutan simpan. Pengorbanan Pak Tua tidak mahu kembali ke negara asalnya kerana sayang akan Mak Tua. Tanggungjawab Pak Tua menyekolahkan anak-anaknya sehingga ke negara gading dengan menggunakan wang simpanannya sendiri.

Soalan 2(c)- Petikan Prosa Tradisional

1. Sebab: anak baginda iaitu Puteri Betung telah hilang/mati kerana Merah Gajah telah mencabut/membantun rambutnya.

1. Reaksi: baginda menghempas-hempaskan dirinya baginda mengoyak-ngoyakkan baju baginda mencarik-carikkan kain baginda baginda terlalu marah baginda menghimpunkan segala askar yang lengkap dengan senjata.

1. Tindakan: memohon maaf kepada Raja Ahmad bersemuka dengan Raja Ahmad dan menceritakan keadaan sebenar kepada Raja Ahmad / rasional tindakannya membunuh Merah Gajah berusaha membayar ganti rugi/pampasan atas kematian Merah Gajah melarikan diri buat sementara waktu supaya kemurkaan Raja Ahmad reda menyerah kalah/diri

Soalan 2(d) Sajak

1. Maksud "perut belantara menjadi ladang" ialah kawasan hutan telah diusahakan menjadi kawasan pertanian 1. Kesan-kesan kepada negara: peluang pekerjaan terus dikuasai oleh orang asing kadar pengangguran penduduk tempatan semakin meningkat ekonomi negara akan menurun ketandusan pemimpin berwibawa masalah sosial meningkat

1. Dua pengajaran: generasi muda haruslah mempunyai kesedaran dan tidak boleh leka atau membuang masa begitu sahaja kita mestilah menggunakan peluang yang ada di negara kita untuk mencari rezeki kita hendaklah segera melakukan sesuatu sebelum terlambat.

Soalan 3 - Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Jawapan Soalan 3(a):

1. kumat-kamit bergerak-gerak bibir (seperti orang membaca doa dengan tidak bersuara, bercakap sendirian dan sebagainya)

1. remuk-redam hancur (pecah) menjadi kecil-kecil, hancur luluh (larut), hancur berkecai-kecai.

1. selang-seli berganti-ganti, celah-mencelah, sela-menyela. Tidak ada antaranya, terus-menerus

1. serba-serbi bermacam-macam (hal, perkara dll), berbagai-bagai.

1. simpang-siur terlalu banyak dan silang-menyilang (jalan raya, kawat telefon, dll) terlalu banyak liku-likunya (jalan), berliku-liku. Terlalu banyak kesulitan atau keruwatan (kerana berliku-liku jalan)

(vii) tungkus-lumus asyik atau teruk melakukan sesuatu / banyak sekali hutang.

Jawapan Soalan 3 (b) :

1. Persaraan kakitangan kerajaan sudah ditetapkan pada usia 60 tahun.1. Banglo mewah berharga RM3 juta itu terletak di Bukit Perdana.1. Pertunjukan udara yang diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara sungguh menakjubkan.

Jawapan Soalan 3 (c): (i)intrepretasi - interpretasidiambil kira - mengambil kira

1. dibandar-bandar - di bandar-bandarmemiliknya - memilikinya

(iii) multi etnik - multietnikpengongsian perkongsian

Jawapan Soalan 3 (d):

(i)konklusif - kondusifdan atau

(ii)jasa - khidmat/pertolongankebanyakan murid-murid kebanyakan murid/murid-murid

1. inspirasi - aspirasidi masa - pada masa

Jawapan Soalan 3 (e) :

1. membaca sebagai satu kaedah memperoleh ilmu1. melakukan sesuatu pekerjaan yang sukar, lama-kelamaan akan berjaya jika tekun melakukannya1. manusia mencapai kata sepakat dengan mesyuarat/perbincangan.

Soalan 4 Novel

Novel Papa .... (akhirnya kau tewas jua!)

1. Dua latar masa: waktu pagi - peristiwa Julia dan Rasylan berada di sebuah kedai buku di Jalan Tunku Abdul Rahman- mereka sedang berbual-bual tentang Rasylan yang berpendapat bahawa papa Julia sombong.

waktu petang - peristiwa Aisyah datang ke rumah Jeffri dan menjemput Julia untuk bermain tenis.

1. Tiga nilai kemanusiaan Nilai bertanggungjawab - Jeffri bertanggungjawab membawa Makcik Noraini tinggal bersamanya setelah suami dan dua anaknya meninggal dalam kemalangan jalan raya. Nilai belas kasihan - Datuk Mustakim sanggup mengambil Rasylan menjadi anak angkatnya selepas mengambilnya dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Nilai kasih sayang - Jeffri sangat mengasihi keluarganya. Dia sanggup membawa balik isterinya daripada hospital untuk membolehkannya meluangkan masa dan menjaga isterinya dengan rapi. Nilai hormat menghormati - Julia tidak membenci Rasylan walaupun dia tahu bahawa Rasylan berasal dari perhubungan terlarang seorang pensyarah kolej yang berasal dari Jordan iaitu Muaz al-Khalibi dan seorang wanita Indonesia.

Novel Melunas Rindu

1. Dua latar masa waktu pagi - perjalanan Fuad ke Sekolah Menengah Seri Setia pada awal pagi sampai agak awal di sekolah iaitu pada hari pertama dia ditugaskan mengajar di sekolah itu. waktu petang - peristiwa Fuad mengajak Farhana bersiar-siar sempena ulang tahun kelahiran Farhana- mereka makan di Restoran Terapung Taman Syahbandar. Waktu malam semasa jemaah surau menunaikan solat isyak. Waktu senja semasa Fuad menikmati keindahan pantai Batu Buruk. 1. Tiga nilai kemanusiaan:

Nilai kerajinan. Buktinya Fuad merupakan seorang guru yang rajin dalam menjalankan tugasnya sebagai guru. Nilai ketabahan. Buktinya Fuad tabah menghadapi dugaan sepanjang pencarian ibu kandungnya. Nilai ketegasan. Buktinya Farhana bersikap tegas ketika menegur Cikgu Zamani kerana tidak masuk kelas. Nilai kasih sayang. Buktinya Mariana sering mengingati dan menyayangi Fuad walaupun telah lama berpisah. Nilai bertanggungjawab. Buktinya Mak Salmah sentiasa menjaga minum suaminya dan Fuad. Nilai keikhlasan. Buktinya Fuad membantu membawa anak Borhan ke klinik walaupun sudah lewat malam. Nilai bekerjasama. Buktinya Farhana dan Fuad sentiasa bekerjasama untuk meningkatkan pencapaian anak didik mereka dalam bahasa Inggeris.

Novel Azfa Hanani

1. Dua latar masa Selama beberapa bulan. Semasa Azfa Hanani menuntut di Sekolah Menengah Sri Dian dan kemudiannya meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Taman Sari selepas berpindah ke rumah Datin Maziah. Pada waktu malam. Contohnya, Azfa Hanani dengan bersungguh-sungguh membaca dan mengkaji diari Tengku Murni dalam usahanya mendapatkan jawaban siapakah yang menjadi penghalang hubungan antara Ekran dengan Tengku Murni. Pada waktu petang. Contohnya. semasa Datin Maziah mengadakan sambutan hari lahir Azfa Hanani/Tengku Murni yang ke-17. Pada waktu pagi. Contohnya, Azfa Hanani menjalani kehidupannya sebagai pelajar sekolah.

1. Tiga nilai kemanusiaan

Nilai pengorbanan. Contohnya, Azfa Hanani sanggup berkorban dengan menerima tawaran Tengku Mazran untuk menyamar sebagai Tengku Murni demi menjaga kebahagiaan semua pihak termasuklah keluarga Pak Longnya dan keluarga Datuk Tengku Makmur.

Nilai kegigihan dan tidak mudah berputus asa. Contohnya, walaupun Azfa Hanani berasal daripada keluarga miskin, namun dia tidak menjadikan kemiskinan itu sebagai alasan untuk tidak meneruskan persekolahan. Sebaliknya, dia gigih dan tekun belajar demi masa depannya dan keluarga pak longnya.

Nilai kasih sayang. Contohnya, Datin Maziah amat menyayangi Tengku Murni/Azfa Hanani. Dia begitu menyayangi anak gadisnya sehingga tidak membenarkan Azfa Hanani menaiki has ke sekolah kerana bimbang akan keselamatannya. Nilai kerajinan. Contohnya, Ekran menjalankan perniagaan burger pada waktu petang dengan tujuan mencari duit poket bagi perbelanjaan hariannya, selain mempraktikkan segala teori yang telah dipelajarinya di sekolah.

Nilai kesyukuran. Contohnya, Azfa Hanani bersyukur kerana sepupunya, Zuraini dapat berjalan semula selepas mendapatkan rawatan di Indonesia dengan bantuan keluarga angkatnya.

Novel Renyah

1. Dua latar masa: Waktu Pagi - Datuk Dolhi bermesyuarat dengan Raj Hussein pada pukul sepuluh pagi. Waktu Petang - Datuk Dolhi memberi ceramah di Insitut Perdagangan Kebangsaan. Waktu Tengah hari - Datuk Dolhi pulang ke rumah untuk makan tengah hari Waktu Malam - Datuk Dolhi menghadiri Pertunjukan Busana Islam dengan isterinya.

1. Tiga nilai kemanusiaan: Nilai Kerajinan - Datuk Dolhi rajin membaca buku nenambahkan ilmunya dalam bidang keusahawanan. Nilai Kesabaran - Datin Tominah bersabar walaupun modal membuka Butik Busana Islam diminta daripada suaminya masih belum diterima. Nilai Kasih sayang - Albert Lee tetap meluangkan masa bersama-sama dengan isteri dan anak-anaknya walaupun sibuk dengan urusan perniagaannya. Nilai menghormati - Robert Lee menghormati keputusan Amera yang tidah mahu keluar bersamanya walaupun diajak berulang kali. Nilai ketabahan - Datuk Dolhi tetap tabah menghadapi pelbagai musibah angkara perbuatan anak-anaknya Nilai Bertanggungjawab - Datin Tominah meminta Mukhlis bertanggungjawan memelihara isteri dan dua orang anak tirunya walaupun tidak sepenuh hati. Nilai Patriotik - Datuk Dolhi menggunakan kereta buatan Malaysia walaupun mampu membeli kereta yang lebih mahal. Nilai Kerjasama - Datuk Dolhi menjalankan kerjasama dalam perniagaan dengan Albert Lee. Nilai Keberanian - Amera berani menegur Ilham yang tidak bekerja. Nilai Bersopan-santun - Wahi sungguh bersopan santun menyambut kedatangan Datuk Dolhi ke Jepun.

Novel Konserto Terakhir

1. Dua latar masa

waktu petang - peristiwa Hilmi ke rumah Encik Bakar - menunggu kepulangan Encik Bakar dan dia dihidangkan air oleh anak Encik Bakar, Azizah - ke rumah Encik Bakar untuk belajar muzik. waktu malam - perbualan antara Encik Bakar dan anaknya Azizah tentang Hilmi Encik Bakar menjelaskan bahawa dia mahu mengajar Hilmi kerana Hilmi ada bakat dalam bidang muzik.

1. Tiga nilai kemanusiaan: Nilai kerajinan. Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah Datuk Johari sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah. Dia juga rajin mengusahakan kebun di rumah itu sehingga sayur-sayurannya berbuah lebat.

Nilai kegigihan/ketabahan. Hilmi tabah menghadapi cabaran hidup dalam usahanya untuk berjaya. Dia tabah menghadapi penghinaan daripada Datin Salmah yang tidak menyukainya. Kegigihan Hilmi juga dapat dilihat melalui usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga berjaya menjadi seorang pemuzik terkenal.

Nilai bercita-cita tinggi. Bermula daripada minat terhadap alat muzik iaitu piano, Helmi telah memasang cita-cita untuk menjadi seorang pemuzik yang berjaya. Hasil daripada dorongan dan galakan daripada Encik Bakar, Hilmi berusaha mengejar impiannya dan akhirnya dia berjaya dalam bidang muzik.

Nilai penyayang pula dapat diperhatikan melalui watak Hayati. Hayati amat menyayangi Hilmi selepas berasa simpati terhadap nasib Hilmi. Beliau juga amat sedih apabila Hilmi keluar dari rumah Datuk Johari sehingga menyebabkan beliau berubah sikap. Perubahan sikapnya membuatkan Datin Salmah menjadi resah.

Nilai kepatuhan. Hayati sanggup berkahwin dengan Mohsin walaupun beliau tidak mencintai Mohsin demi menjaga hati ibunya, Datin Salmah. Hal ini dijelaskannya kepada Hilmi semasa mereka bertemu sebelum berangkat ke London.

Nilai baik hati. Datuk Johari sanggup membenarkan Hilmi tinggal di rumahnya. Pada masa yang sama, beliau turut member pekerjaan kepada Hilmi sebagai tukang kebun di rumahnya. Encil Bakar pula memberikan pertolongan dnegan mengajar muzik kepada Hilmi tanpa bayaran.

Nilai keinsafan juga diselitkan oleh pengarang pada bahagian akhir novel ini. Datin Salmah dan Azizah menyesal kerana telah memberikan layanan yang buruk kepada Hilmi. Datin Salmah berjanji untuk menebus kesalahannya terhadap Hilmi namun tidak kesampaian kerana Hilmi telah meninggal dunia.

Novel Kembara Amira

1. Dua latar masa Pada waktu pagi. Ketika hujan lebat sewaktu Prof Zaidah dan anak buahnya berada di tapak kajian. Dr Zawawi berusaha memastikan tapak kajian itu tidak rosak kerana dijangka hujan turun dengan lebat. Pada waktu malam. Tau mengawasi Desa Karpus ketika penghuni di situ tidur. Pada waktu siang. Amira menunggu kedatangan Malique di kawasan air terjun. Amira dan rakan-rakannya mencari Malique yang hilang di Gunung Gua Gajah.

1. Tiga nilai kemanusiaan: Nilai bekerjasama - Pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan bekerjasama untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya. Nilai kasih sayang - Kasih sayang antara Amira dan ibunya. Sebagai ibu, Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus. Nilai keberanian - Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni oleh semua masyarakat orang asli. Nilai cinta akan alam sekitar - Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas Ohara yang boleh memusnahkan hutan tersebut. Nilai semangat bermasyarakat - Dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina. Nilai kesopanan - Semasa melawat Amira di Desa Karpus, sikap Malique yang beradab telah menambat hati Prof. Zaidah. Nilai ketaatan - Itai taat dan mematuhi arahan bapanya Ludin supaya tidak membawa orang luar ke kawasan lubuk emas. Nilai amanah - Ludin sangat amanah dalam menjaga rahsia bahawa Itai adalah anak kepada Tau bertahun-tahun lamanya. Nilai keikhlasan - Amira ikhlas mengajak rakannya Jacinta untuk menyertai percutiannya di Bukit Mat Raya. Nilai tolong-menolong - Ludin menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang tercedera akibat kemalangan yang berlaku bersama Pak Lias.

Novel Kabus di Perbukitan

1. Dua latar masa

Waktu pagi Rahayu terjaga dari tidur oleh deringan telefon bimbitnya. Dia teringat akan tugasan MP 3714 yang perlu dihantar pagi itu.Rahayu tiba di perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran bersama Azrul.

Waktu Malam - Pak Imam Sohod mengetuai kanak-kanak kariah membaca Yasin, memohon kepada Allah supaya diberi petunjuk terhadap kehilangan Faridah di tempat kemalangan.

Waktu petang - Pihak polis menamatkan OPS PDK setelah usaha mencari Faridah dan Iqbal selama dua minggu menemui kegagalan.

Waktu petang - Sebelum majlis perkahwinan Benny dan Melina, Zain berkenalan dengan Anne.

1. Tiga nilai kemanusiaan: Nilai kasih sayang - Rahayu amat merindui kakaknya Faridah yang terpisah sejak mereka berusia tujuh tahun kerana kasih sayangnya yang mendalam terhadap kakak kembarnya itu. Nilai ketabahan - Faridah tabah menghadapi dugaan yang bertimpa-timpa akibat kematian orang-orang yang disayanginya iaitu adiknya, Rahayu, ibunya, Salmah dan suaminya, Ghazali. Nilai kegigihan - Azrul gigih berusaha memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga berjaya. Nilai bertanggungjawab - Setelah ditinggalkan suami, Salmah bekerja di sawah untuk menampung kehidupannya sebagai memenuhi tanggungjawabnya menjaga dua orang anak lelakinya. Nilai cinta akan tanah air - Sungguhpun sudah 25 tahun menetap di New Zealand, Faridah tetap memegang kerakyatan Malaysia kerana dia amat cinta akan tanah airnya. Nilai taat akan ajaran agama - Semasa di Cameron Highlands, setiap hari Soleh menunaikan sembahyang di masjid secara berjemaah. Nilai mengamalkan budaya bangsa - Datuk Azrul mengenakan baju Melayu Johor dan bersongkok hitam semasa mengunjungi keluarga Faridah di Cameron Highlands. Nilai berdikari - Golongan siswazah tidak seharusnya menunggu tawaran kerja yang diberikan oleh pihak kerajaan atau swasta. Sebagai contoh, Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya. Nilai cinta akan alam sekitar - Soleh mahu penebangan hutan untuk membina calet peranginannya dilakukan dengan lebih terkawal serta dihiasi dengan kebun teh, padang ragut untuk kuda liar, dusun buah-buahan sitrus dan taman-taman bunga.

Novel Sutera Dalam Lukisan

1. Dua latar masa:

waktu pagi - peristiwa Mak Som memberikan sarapan kepada Bujei selepas Bujei membersihkan motosikal Alias waktu tengah hari - peristiwa Bujei memetik buah betik di kebun Sidang Saman - kedatangan Samsul - dia memberitahu Bujei bahawa Adila ingin menemuinya.

1. Tiga nilai kemanusiaan: Nilai kasih sayang. Contohnya, Bujei cuba menyelamatkan ibunya dalam kebakaran rumahnya. Ibunya pengsan setelah didera oleh bapa tirinya ketika itu. Nilai hormat menghormati. Contohnya, Adila telah memanggil Bujei dengan nama asalnya iaitu Hafiz. Nilai baik hati. Contohnya, Adila dan Samsul telah membawa Bujei ke klinik untuk mendapatkan rawatan setelah dibelasah oleh Harun. Nilai keadilan. Contohnya, Sidang Saman meminta Alias membayar ganti rugi atas kerosakan radio Bujei. Nilai keberanian. Contohnya, Bujei berani mempertahankan dirinya daripada ditindas oleh Alias.

JAWAPAN PRAKTIS SOALAN SPM 2013Soalan 1 - RumusanPendahuluanPetikan membincangkan kelebihan / manfaat / keistimewaan / faedah hutan bandar.

Isi-isi Tersurat (Kepentingan hutan bandar)1. Menyediakan kawasan hijau yang berkualiti.1. Mengurangkan kesan negatif akibat kemerosotan kualiti alam sekitar.1. mengurangkan masalah pencemaran udara.1. Mengurangkan masalah pemanasan global.1. Dijadikan peneduh daripada panas matahari.1. Dapat menyerap gas karbon dioksida di atmosfera.1. Dapat mengurangkan masalah perubahan iklim.1. Dapat melengkapkan ekosistem bandar.1. Dapat meminimumkan kerosakan akibat hakisan tanah.

Isi-isi Tersirat (Cara-cara mengekalkan hutan bandar)1. Mengelak penebangan pokok sewenang-wenangnya di kawasan bandar.1. Menambah jumlah pokok yang sedia ada di kawasan bandar.1. Menguatkuasakan undang-undang dan mengambil tindakan ke atas mereka yang menebang pokok.1. Mewartakan kawasan yang perlu dikekalkan pokok-pokok.1. Meletakkan papan tanda amaran terhadap orang ramai tentang kepentingan menjaga pokok.6. Kempen untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan menjaga pokok-pokok di kawasan ban dar.

KesimpulanKesimpulannya, pelbagai pihak mesti mengekalkan pokok-pokok di kawasan bandar agar dapat memberi manfaat kepada warga bandar.

Soalan 2(a) - Petikan Umum

1. Bermaksud dengan kaedah atau cara yang tersusun/kemas/tersusun atau terancang

1. Fungsi: berfungsi mengurangkan kerosakan tanah menyediakan sumber makanan memberi perlindungan kepada pelbagai jenis haiwan

1. Usaha-usaha: mengadakan kempen di sekolah tentang pentingnya memelihara dan memulihara hutan menanam pelbagai jenis pokok di sekolah di tempat yang sesuai supaya murid-murid memahami kepentingan pokok dan hutan guru-guru mesti menerangkan dengan jelas kepada murid-murid tentang kepentingan hutan pendedahan mengenai kepentingan pokok dan hutan mesti diperluaskan menerusi subjek-subjek tertentu di sekolah mengadakan lawatan ke hutan rekreasi.

Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden

1. Perbezaan: hidup Wah susah kerana dia hanya makan makanan tradisional - mereka makan makanan yang enak-enak rumah Wah buruk dan dikelilingi oleh pokok-pokok yang tinggi - cucu-cucu Wah tinggal di bandar dan di rumah yang mewah

1. Tindakan: Israk mesti mengubah sikapnya dan tidak melawan cakap Mikraj. Mikraj mesti bersabar dan menasihati lsrak dengan lembut dan dia tidak boleh lemah semangat. Israk mesti memikirkan kebenaran kata-kata Mikraj dan menerima hakikat corak kehidupan Wah. Memohon maaf Bertolak ansur/ mengalah.

1. Perwatakan Wah dalam petikan: seorang yang merendah diri. Wah sedar akan kehidupannya yang serba daif di kampung. Seorang yang penyayang - Wah tidak mahu cucu-cucunya bergaduh sesama sendiri. Seorang yang sensitif Wah terasa apabila Israk dan Mikraj bergaduh.

Perwatakannya daripada keseluruhan cerpen: seorang yang berani kerana menyelamatkan Israk yang terjatuh ke dalam sungai. Seorang yang rajin rajin mencari buah-buahan untuk hidangan cucu-cucunya. Seorang yang tabah Wah tabah menerima kenyataan kematian suaminya.

Soalan 2(c)- Petikan Prosa Klasik

1. Bermaksud binatang/haiwan yang ganas-ganas dan membahayakan

1. Keistimewaan-keistimewaan: Dapat menyeberangi lautan dibawa oleh lembur seorang yang berani dengan haiwan buas boleh berkomunikasi dengan binatang mampu melindungi Indera Jenaka daripada dimakan binatang buas.

1. Tindakan: memberi pelbagai keistimewaan kepada Indera Nata termasuk pangkat menjaga kebajikan Indera Nata dan keluarganya memberi keselesaan tempat tinggal untuk Indera Nata menawarkan jawatan yang tinggi

Soalan 2(d) Sajak

1. Kepentingan: alat perhubungan antara masyarakat menjalin persaudaraan antara penduduk dunia hati nurani bangsa maruah bangsa bahasa ilmu

1. Usaha-usaha: mengadakan kempen secara meluas tentang kepentingan bahasa Melayu supaya dituturkan dengan lebih yakin oleh masyarakat di negara sendiri menggalakkan masyarakat negara kita yang melancong ke negara asing menggunakan bahasa Melayu di negara asing memperluas kursus-kursus pengajian bahasa Melayu di universiti luar negara menjual buku-buku bahasa Melayu ke luar negara mengadakan pertandingan menggunakan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

1. Persoalan: kepentingan menjaga maruah atau imej bahasa Melayu supaya kekal diucapkan oleh masyarakat sejarah kegemilangan bahasa Melayu kerana diguna pakai oleh ramai penduduk di seluruh dunia kedudukan bahasa Melayu di negara ini yang perlu dimartabatkan agar kukuh dan dapat dibanggakan.

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Jawapan 3 (a):

1. bilah -penjodoh bilangan bagi pisau (keris, pedang dll)1. jambak -karangan (bunga, kunci, dll), rangkai, berkas1. keping -penjodoh bilangan bagi sesuatu yg pipih dan nipis (spt kad, kertas, papan, dll) atau bagi sesuatu yang luas (spt tanah).1. pucuk -penjodoh bilangan bagi surat (senjata api dll)1. rawan -penjodoh bilangan yang menyatakan selengkap (jala, jaring, kancing baju, dll)1. utas -penjodoh bilangan untuk benda yang berurai (spt benang, tali, rantai dll)

Jawapan 3 (b):

1. FN + FS1. FN + FN1. FN + FK1. FN + FS1. FN + FA1. FN + FK

Jawapan 3 (c):

1. memperlebarkan - memperlebar/ melebarkaninsfrastruktur infrastruktur

1. jawatan kuasa - jawatankuasaberbincang - membincangkan

1. membangunkan - pembangunanrekriasi - rekreasi

Jawapan 3 (d):

1. di antara -antaradiketatkan -dikukuhkan / dieratkan / dipererat

1. mengabaikan - menyerahkan/melepaskanpada guru -kepada guru1. membacakan - menyampaikanramai murid-murid - ramai murid/murid-murid

Jawapan 3 (e):

1. tiada beban batu digalas/menjolok sarang tebuan1. dalam tangan1. belakang parang diasah lagikan tajam

Soalan 4 - Novel

Novel Papa... (akhirnya kau tewas jua!)

1. Sinopsis

Pada suatu petang, ketika Intan Julia berada di dapur dengan Mak cik Noraini, dia memerhatikan kemesraan yang ditunjukkan oleh mama dan papanya yang ketika itu berada di kebun kecil berhampiran dengan rumah mereka. Dia berasa kagum akan kemesraan antara mama dengan papanya yang tetap kekal walaupun mereka telah lama berumah tangga. Walau bagaimanapun, apabila melihat keterbukaan mama dan papanya dalam menunjukkan kemesraan mereka, dia berasa kurang senang. Ibu Julia telah mengandung anak kedua. Hal ini membimbangkan orang-orang yang rapat dengan ibunya kerana ibunya pernah mengalami komplikasi sewaktu melahirkan anak pertama. Namun begitu, mamanya tetap berhasrat untuk meneruskan kandungannya bagi menunjukkan kasihnya kepada papa. Akhirnya, mama melahirkan anak kembar siam. Anak mereka diberi nama Ahmad dan Muhammad. Walau bagaimanapun, anak kembar ini meninggal dunia dan mama koma. Julia mula rapat dengan Rasylan, iaitu teman sekolahnya. Walau bagaimanapun, hubungan mereka tidak disenangi papa. Selepas SPM, Julia dan Rasylan berjaya mendapat tempat di matrikulasi UIA. Di samping itu, papa Julia pula mula rapat dengan pelajarnya yang bernama Aisyah. Aisyah cuba mendekati Julia dengan sering bertanyakan khabar dan mengajaknya bermain tenis. Akhirnya, papa menyatakan hasrat mahu memperisterikan Aisyah. Julia menentang hasrat papanya. Konflik berlaku hingga papa menamparnya. Tetapi selepas papanya berbincang dari hati ke hati dengan Julia, akhirnya Julia bersetuju.Klimaks novel ini bermula pada suatu malam selepas Julia bersembahyang jemaah dengan papanya. Mama yang sudah lama koma akhirnya sedar dan mula membuka matanya serta mencuba untuk bercakap. Pada ketika itu, semua ahli keluarganya ada di sisi. Walau bagaimanapun, setelah melihat Aisyah, raut wajahnya berubah. Papa menjelaskan perkara yang sebenar, mama berasa kecewa dan menangis. Sejurus selepas itu, mama menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kematian mama amat menyedihkan Julia dan buat pertama kalinya, papanya menangis.

(b) Tiga peristiwa yang menjadi teladan Mak Cik Noraini menasihati Intan Maliana supaya tidak meneruskan kandungannya kerana bimbang akan keselamatan Intan Maliana. Mak Cik Noraini menyayangi mama. Intan Maliana dan Jeffri menggunakan masa lapang mereka dengan berkebun sayur di kebun mini di rumah mereka. Mak Cik Noraini, Jeffri dan lntan Julia menjaga mama yang koma di rumah. Mereka selalu berdoa agar mama sembuh seperti sediakala

Novel Melunas Rindu

1. SinopsisCerita bermula apabila Fuad tertanya-tanya siapa dirinya yang sebenar. Pelbagai pertanyaan timbul dalam usaha mencari identiti dirinya. Pada bahagian permulaan juga, penulis memperkenalkan beberapa watak yang mempunyai kaitan dalam hidup Fuad seperti Farhana, Pak Ismail dan Mak Salmah, Chin, Peter Lim dan Swee Lan serta Robert Lim. Peristiwa yang berlaku pada permulaan cerita pula kebanyakannya di Terengganu.

Cerita mula berkembang apabila Fuad mula ingin mengetahui status ibunya sama ada masih hidup atau sebaliknya. Dalam pencarian tersebut, satu persatu pertanyaan dalam diri Fuad terungkai. Antaranya ialah ayahnya iaitu Robert Lim pernah memeluk agama Islam untuk mengahwini ibunya Mariana. Fuad juga mendapat tahu bahawa nama sebenarnya adalah Abdul Halim bin Roslan.

Fuad menghadapi konflik apabila ayahnya memasukkan wang ke dalam akaunnya tetapi dalam masa yang sama dia tidak dapat memaafkan ayahnya. Konflik juga berlaku apabila Fuad mencintai adiknya sendiri iaitu Sofia dan Farhana. Namun cintanya terpaksa dikorbankan apabila mengetahui bahawa Sofia dan Farhana adalah adiknya. Selain Fuad, konflik juga dapat dilihat apabila Mak Salmah menyayangi Fuad tetapi dalam masa yang sama membencinya kerana menganggap Fuad merupakan punca Sofia meninggal dunia.

Fuad mendapat tahu bahawa ibunya masih hidup. Selain itu, Pak Ismail dan Mak Mah pula didatangi Robert Lim bertujuan untuk memberi cincin ibu Fuad kepadanya. Fuad mendapat tahu bahawa ibu Farhana adalah ibunya juga. Kedatangan Robert Lim ke hospital tempat ibu Farhana dirawat mengesahkan lagi bahawa Mariana adalah ibu Fuad. Di akhir cerita, Fuad menerima hakikat bahawa Farhana adalah adiknya. Pertemuan Fuad dengan ibu dan adiknya telah memberi kebahagiaan kepadanya. Akhir sekali, Fuad membawa ibunya, Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah.

(b) Tiga peristiwa yang menjadi teladan kerjasama yang diberikan oleh Pak Lias, Pak Said dan Pak Shamsuddin untuk memudahkan usaha Fuad mencari ibunya yang dikatakan sudah meninggal dunia.

Farhana dan Fuad berusaha meningkatkan prestasi murid-murid di sekolahnya. Mereka mengajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai hasrat itu.

Farhana menegur sikap Cikgu Zamani yang cuai menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang guru. Farhana tidak suka Cikgu Zamani bekerja sambil lewa

Novel Azfa Hanani

1. Sinopsis

Pada peringkat permulaan cerita, pembaca diperkenalkan dengan watak Azfa Hanani yang berasa takut setelah mengetahui bahawa orang yang selalu mencuri buku-buku rujukan di perpustakaan telah dikenal pasti dan akan ditangkap, Dia kemudiannya dipanggil ke bilik pengetua. Wajahnya dikatakan seiras Tengku Murni oleh Tengku Mazran dan Kak Syafinaz. Tengku Mazran meminta Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni iaitu adiknya yang terbunuh dalam suatu kemalangan jalan raya. Memikirkan masa depan persekolahannya serta peluang untuk membantu sepupunya, Zuraini mendapatkan rawatan, Azfa Hanani bersetuju menerima tawaran Tengku Mazran.Pada peringkat perkembangan, Azfa Hanani dibawa ke Hotel Universe dan diajar cara bertutur, makan, dan bergaul dengan Datin Maziah. Di rumah Datin Maziah, Azfa Hanani berjaya memainkan peranan sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani kemudiannya dihantar ke Sekolah Menengah Taman Sari. Di sekolah barunya, Azfa Hanani telah berkenalan dengan Tengku Ellina, sepupu Tengku Murni dan rakan-rakan yang lain seperti Suzana, Adriani dan Ekran. Azfa Hanani turut terlibat dalam pertandingan Forum Remaja sekolahnya.Cerita sampai pada peringkat perumitan apabila Azfa Hanani menerima bungkusan hadiah daripada Ekran ketika majlis sambutan ulang tahun Tengku Murni yang ke-17. Azfa Hanani mencari Ekran untuk mendapatkan penjelasan tentang hubungannya dengan Tengku Murni. Ekran mengaku bahawa hubungannya dengan Tengku Murni memang istimewa tetapi tidak disenangi oleh seseorang iaitu Tengku Muzaffar.Klimaks cerita ini ialah apabila Azfa Hanani mengetahui bahawa abang Tengku Murni, iaitu Tengku Muzaffarlah yang menjadi penghalang hubungan Ekran dengan Tengku Murni. Pertengkaran antara Azfa Hanani dengan Tengku Muzaffar didengar oleh Datin Maziah. Rahsia penyamaran Azfa Hanani akhirnya terbongkar. Datin Maziah begitu marah kerana telah ditipu selama ini. Azfa Hanani telah ditamparnya lalu diusirnya keluar dari banglo tersebut.Pada pengakhiran cerita, Datuk Tengku Makmur memberitahu bahawa dialah yang menyebabkan teksi yang dinaiki oleh ayah dan ibu Azfa Hanani terjunam ke dalam gaung 16 tahun yang lalu menyebabkan mereka terbunuh. Azfa Hanani kembali ke banglo Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah dengan identitinya sendiri setelah dipujuk. Pasukan Forum Remaja. Sekolah Taman Sari yang menyertai Forum Remaja telah menjadi johan peringkat negeri dan Azfa Hanani terpilih sebagai Pengerusi Forum Remaja Terbaik. Azfa Hanani juga telah mengetahui identiti sebenar Ekran dan berjaya mendapatkan kepastian daripada Ekran tentang hubungan mereka berdua. (b) Tiga peristiwa yang menjadi teladan kesediaan Azfa Hanani membantu keluarga Datin Maziah. Dengan kesanggupan Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni, kehidupan Datin Maziah ceria seperti sediakala.

Datin Maziah memohon maaf daripada Azfa Hanani - dengan permohonan maaf tersebut, Azfa Hanani datang semula dan tinggal bersama Datin Maziah.

Tengku Mazran dan Syafinaz membiayai perubatan Zuraini sehingga Zuraini sembuh daripada penyakitnya. Mereka juga memasukkan telefon ke rumah pak long dan mak long supaya Azfa Hanani boleh berhubung dengan ayah dan emak saudaranya itu.

Novel Renyah

1. Sinopsis

Datuk Dolhi dan Datin Tominah rasa sedih kerana tidak ada anak mereka yang ingin menyambung tugasnya apabila dia tiada kelak. Anak mereka yang pertama Hasnol sebagai PTD sayang akan jawatan, kuasa dan pangkatnya. Hasnol ingin menjadi kaya tapi tidak mahu melepaskan jawatannya. Semasa Hasnol dilahirkan Datuk Dolhi seorang pegawai kerajaan dan beliau berdoa agar anaknya kelak akan menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan seterusnya KSU. Datin Tominah meminta supaya Datuk Dolhi melatih anak ketiganya Ilham menggantikannya. Tetapi Datuk Dolhi kecewa dengan Ilham yang suka membuang masa tidak tentu hala. Rencananya tentang alam sekitar mendapat tempat walaupun sering bertentangan dengan bapanya yang menggunakan alam sekitar untuk mencari keuntungan. Datuk Dolhi juga pernah berkahwin dengan wanita peranakan Arab dan mendapat anak lelaki. Tetapi wanita itu meninggal dunia dan menjadi rahsia hidupnya termasuk Datin Tominah. Datuk Dolhi mempunyai seorang rakan kongsi rapatnya Albert Lee. Malah Albert Lee pernah melamar Amera anak Datuk Dolhi untuk anaknya Robert Lee tapi gagal. Anak Datuk Dolhi, Mukhlis yang berjubah dan berjanggut dan sering ke surau. Tidak mahu menguruskan syarikat bapanya kerana syarikat bapanya penuh dengan riba menurut Mukhlis. Manakala anaknya Dani minat dalam bidang hiburan.Datuk Dolhi menyampaikan ceramah dengan menjadikan Doktor Mahathir sebagai contoh. Kepuasan terbayang pada wajah Datuk Dolhi setelah menyampaikan ceramah. Datuk Dolhi menemani isterinya Datin Tominah menghadiri pertunjukkan fesyen Busana Islam. Datuk Dolhi sangat bosan dengan pertunjukkan tersebut. Amera terpilih sebagai pendidik terbaik seluruh negeri. Amera memohon supaya ayah dan ibunya hadir pada majlis penyampaian anugerah tersebut. Sekali lagi Datuk Dolhi meminta Amera berhenti sebagai pendidik dan bekerja dengan syarikatnya tetapi ditolak oleh Amera yang mencintai bidang pendidikan. Mukhlis memohon pembiayaannya berdakwah ke India tetapi ditolak oleh Datuk Dolhi.Amera mendapat panggilan talefon daripada peminat misteri mengucapkan tahniah di atas kejayaannya dan juga mendapat jambangan bunga. Pembantu rumah, Inem meminta untuk berhenti kerja. Dia tidak menyatakan sebabnya. Walaupun dipujuk oleh Datin Tominah tapi Inem bertegas untuk berhenti. Mukhlis bernikah dengan Hanisah janda tok guru beranak dua tanpa pengetahuan keluarganya. Hasnol balik ke rumah untuk meminjam RM 10,000.00 daripada keluarganya untuk kelab golfnya dan diberi oleh keluarganya. Datuk Dolhi meminta Rozie menempah tiket dan penginapannya di Jepun untuk menenangkan fikirannya yang runsing memikirkan hal anak-anaknya. Albert Lee kecewa kerana hasratnya untuk melihat Elain berkahwin dengan Hasnol tidak tercapai. Sekarang ini beliau berharap Robert pula cuba untuk memikat Amera seterusnya memperisterikannyaWakil Timbalan Menteri datang untuk merisik Amera. Majlis perkahwinan Amera dengan Timbalan Menteri disegerakan untuk mengelakkan fitnah. Dani dan kumpulannya Young Rock Band mengadakan persembahan. Sebelum persembahan Dani meminta kebenaran daripada rakannya untuk mendapatkan dadah. Semasa dalam perjalanan Dani telah diberkas oleh polis dan mendapati positif dadah. Tengku Munir terus ke Pejabat Menteri Besar melaporkan Hasnol meminta RM1 juta bagi meluluskan 12 permohonan tendernya. Malam itu Hasnol menelefon ibunya dan kesal atas perbuatannya. Datin Tominah meminta Hasnol pulang untuk mencabar kes itu di mahkamah. Ilham pula mengadakan tunjuk perasaan bersama Pertubuhan Alam Sekitar Sedunia yang disiarkan secara langsung oleh TV antarabangsa. Ilham mengecam kerajaan Malaysia membiarkan balak terus ditebang. Datuk Dolhi pula didatangi pegawai dari Cawangan Khas untuk mengetahui latar belakang Ilham. Malah YB Wahab Yassin juga disoal kerana penglibatan adik iparnya. Datuk Dolhi mengisytiharkan Wahi sebagai anaknya kepada ahli keluarganya yang lain menyebabkan Datin Tominah bersikap dingin kepadanya.Hasnol dibebaskan dengan ikat jamin dan Dani juga dijamin kerana memiliki dadah. Albert banyak menjalankan tugas Datuk Dolhi. Linda isteri Hasnol tinggal di Paris dan tidak mahu pulang kerana malu. Wahi dan Yuka pulang ke tanah air disambut Datuk Dolhi sekeluarga. Datin Tominah telah berubah dan dapat menerima anak tirinya Wahi. Mukhlis dimasukkan ke hospital setelah dipukul kerana menyerang rumah berhala. Mukhlis beransur pulih daripada kecederaan dan doktor menasihati supaya dihantar ke pusat pemulihan untuk rawatan mental. Manakala bekas isterinya ada menjenguknya di hospital tetapi keluarga Mukhlis tidak mengenalinya kerana berpurdah. Manakala Dani akan dihantar ke pusat pemulihan dadah setelah selesai kesnya di mahkamah dan Dani bersetuju. Amera menunggu suaminya yang pulang ke kawasannya untuk mempertahankan jawatan ketua bahagian parti pemerintah dan anak tirinya dijaga olen mentuanya. Seterusnya, Dolhi Albert Holding mengadakan mesyuarat lembaga pengarah dan Datuk Dolhi mengumumkan pelantikan Wahi menggantikannya dan mendapat sokongan lembaga pengarah kecuali Albert yang keluar selepas pengumuman tersebut. Ketika Datuk Dolhi dan Datin Tominah berehat di anjung banglonya, dia terfikir untuk ke Mekah mengerjakan umrah. Semua urusan perniagaan diserahkan kepada Wahi dan isterinya Yuka. Hasnol akan dibicarakan atas kesalahan rasuah. Kerjayanya musnah dan isterinya Linda mula menjauhkan diri. Ilham berada di luar negara dan berkomplot dengan orang asing memboikot Malaysia dan dianggap penderhaka kepada negara. Manakala Amera belum dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan politik suaminya YB Wahab Yassin. Suaminya pula bergelut untuk mempertahankan jawatan dalam parti. Mukhlis dihantar ke hospital mental dan bekas isterinya Hanisah kembali kepada bekas suaminya. Dani pula dihantar ke Pusat Serenti untuk memulihkannya daripada ketagihan dadah. Akhirnya Wahi anaknya dengan Mastura mewarisi perniagaan Datuk Dolhi dan akan berdepan dengan Albert Lee dalam perniagaan.1. Tiga peristiwa yang menjadi teladan

Datuk Dolhi menjamin Dani dan Hasnol supaya keluar dari tahanan selepas mereka didapati bersalah. Dani terlibat dengan dadah manakala Hasnol terlibat dalam rasuah.

Albert Lee berbincang dengan keluarga mengenai pelbagai perkara termasuk hal-hal keluarga dan perniagaan. Albert Lee beranggapan bahawa perkongsian pendapat sangat penting untuk menjamin kesempurnaan hidup.

Amera menasihati adik-adiknya supaya memikirkan masa depan. Dia tidak suka adik-adiknya membuang masa dengan muzik dan tidak membuat sebarang pekerjaan.

Novel Konserto Terakhir

1. Sinopsis

Peringkat permulaan plot novel ini bermula pada bab pertama. Pengarang memperkenalkan watak utama dalam novel iaitu Hilmi yang telah datang ke rumah Datuk Johari untuk mencari kerja di Kuala Lumpur. Datin Salmah dan Hayati tidak senang hati dengan kedatangan Hilmi ke rumah mereka. Namun Datuk Johari terpaksa menerimanya kerana Hilmi anak saudaranya. Datuk Johari sukar mendapatkan pekerjaan untuk Hilmi. Akhirnya Datuk Johari menjadikan Hilmi sebagai tukang kebun di rumah mereka.

Plot bergerak ke peringkat perumitan dan perkembangan apabila terdapat konflik antara Hilmi dengan Datin Salmah. Hilmi telah menyentuh dan bermain piano itu menyebabkan piano itu rosak secara tidak sengaja. Hilmi dimarahi oleh Datin Salmah. Kemudian, Hilmi telah belajar muzik daripada Encik Bakar. Datin Salmah memarahi Hilmi kerana meninggalkan rumah dan dilarang makan. Hayati pula semakin rapat dengan Hilmi menyebabkan Datin Salmah menuduh Hilmi menggunakan ubat guna-guna. Datin Salmah mencari jalan untuk mengusir Hilmi dari rumahnya. Akhirnya, Hilmi meninggalkan rumah itu dan mendapat pekerjaan di sebuah kios menjual minyak. Hilmi terus belajar muzik daripada encik Bakar sehingga menjadi pemuzik terkenal. Hilmi telah berkahwin dengan Azizah. Rumah tangga mereka goyah kerana tidak sehaluan dan Hilmi tinggal bersendirian. Azizah pula balik ke rumah ibu bapanya bersama-sama anak sulung mereka. Hilmi semakin kecewa dan tertekan. Namun dia tetap mengarang lagu.

Peringkat kemuncak atau klimaks plot pada novel ini bermula apabila Hilmi telah diberi peluang untuk memimpin pertunjukan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Hilmi terpaksa bekerja keras untuk menjayakan persembahan itu. Malangnya, Hilmi telah jatuh sakit dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Keadaan Hilmi kritikal. Hayati yang baru pulang dari London untuk menyaksikan pertunjukan itu telah mengambil alih peranan Hilmi untuk memimpin Orkes Perdana. Setelah selesai persembahan, Hayati, Datuk Johari, Datin Salmah dan Ketua Pengarah RTM telah berkejar ke hospital untuk melihat Hilmi. Mereka bertemu dengan abang sepupu Datuk Johari, yang mendedahkan rahsia bahawa Hilmi ialah anak kandung Datuk Johari.

Peringkat penyelesaian atau peleraian novel ini agak pendek. Ia dapat dikesan apabila Datuk Johari tiba di rumah. Dia dan Datin Salmah berjanji untuk menebus kesilapannya melayan Hilmi dengan buruk. Namun Datuk Johari telah menerima panggilan telefon yang mengatakan bahawa Hilmi meninggal dunia. Setelah menerima berita itu, Datuk Johari terjatuh lalu meninggal dunia.

(b) Tiga peristiwa yang menjadi teladan Mamat memperkenalkan Hilmi kepada Pak Cik Bakar. Dari situlah bermulanya kejayaan Hilmi kerana dia dapat belajar muzik dengan lebih mendalam.

Pak Cik Bakar tidak mengenakan sebarang bayaran apabila Hilmi belajar muzik daripadanya.

Hayati menggantikan tempat Hilmi dalam persembahan selepas Hilmi jatuh sakit. Persembahan itu dapat diteruskan walaupun ketiadaan Hilmi.

Novel Kembara Amira

1. SinopsisAmira bersama Jacinta memulakan pengembaraan menaiki kereta api ke Bukit Mat Raya untuk menyertai ekskavasi menjejak kewujudan tamadun awal manusia. Amira dihanyutkan oleh arus deras semasa menunggu Malique dan telah diselamatkan oleh Itai. Malique hilang apabila keretanya tergelincir ke dalam gaung semasa gerakan mencari salah seorang pekerja OHara yang hilang. Sementara itu, Tau bersetuju untuk membantu Profesor Zaidah dalam usahanya menjejak kewujudan tamadun awal manusia.Kumpulan yang diketuai oleh Dr. Zawawi menjumpai Gunung Gua Gajah yang mengandungi artifak (kapak dan tulisan zaman purba di dinding) yang sangat berharga untuk memastikan kawasan tersebut tidak akan diterokai oleh manusia yang rakus mengaut keuntungan dari sumber alam kawasan tersebut.Akhirnya rahsia terbongkar bahawa makhluk yang berbulu adalah Tau manakala Malique dan Itai adalah anak-anak Tau. Akhirnya kawasan tersebut telah diwartakan sebagai kawasan peninggalan sejarah yang harus dilindungi. Malique pula masih berada di Bukit Mat Raya mengendalikan projek IT.

(b) Tiga peristiwa yang menjadi teladan Dr. Zawawi, Ludin dan beberapa orang lagi berusaha mencari Amira dan Itai di Gua Gunung Gajah. Mereka prihatin akan nasib yang dialami oleh Amira dan Itai.

kedatangan Jennifer dari Melaka ke Bukit Mat Raya setelah mendapat tahu Malique hilang. Beliau sayang akan anaknya Malique.

Amira mempelawa Jacinta ke Bukit Mat Raya untuk mengisi masa cuti. Amira tidak mahu Jacinta memikirkan masalah yang dihadapinya. Amira prihatin akan masalah yang dihadapi oleh Jacinta

Novel Kabus di Perbukitan

1. Sinopsis

Pengarang memperkenalkan watak Rahayu menunaikan solat subuh dan Rahayu merasa kelainan atau sakit pada lehernya. Pada bahagian ini diperkenalkan juga Rahayu dan Azrul sebagai penuntut Fakulti Ekologi Manusia, UPM. Rahayu dan Azrul sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. Semasa di perpustakaan, tiba-tiba Rahayu pengsan dan dia dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada masa yang sama, Faridah kembarnya juga telah ditimpa kemalangan bersama-sama dengan kanak-kanak istimewa, Iqbal dalam perjalanannya ke pekan Raub. Faridah hilang dari tempat kemalangan. Selepas dua minggu, Faridah ditemui di Perkampungan Orang Asli di Pahang yang diketuai oleh Tok Batin Senik dalam keadaan koma. Akhirnya Rahayu meninggal dunia di sisi Faridah di hospital yang sama mereka ditempatkan. Azrul berjaya menamatkan pengajiannya dan berhasrat menjadi penternak kambing.Faridah berkahwin dengan Ghazali. Ibunya meninggal dunia dan diikuti dengan kematian Ghazali dalam kemalangan jalan raya. Faridah bersetuju ke New Zealand untuk mengikuti suatu kursus. Faridah menetap di New Zealand dan berkahwin dengan seorang pemuda New Zealand yang bernama Samuel Kirkby Johnsons atau Soleh Johnsons. Mereka dikurniakan sepasang anak kembar, Anne dan Melina. Zain berkenalan dengan Anne semasa Anne menghadapi masalah keretanya yang rosak. Melina berkahwin dengan Jabbar al Anbia atau dikenali sebagai Benny dan berpindah ke Malaysia serta menetap di Terengganu. Benny sibuk dengan urusan perniagaannya bersama-sama dua orang kawannya, Muhammad Attar dan Mehmod. Melina yang sedang mengandung rasa sunyi. Muhamed Attar, Mehmod, dan Benny cuba mempengaruhi Ustaz Hassan Syukri agar menyertai perjuangan mereka.Faridah, Soleh, dan Anne pulang bercuti di Malaysia untuk melawat Melina, dan membincangkan perkahwinan Zain dan Anne. Muhammad Attar ditangkap oleh pihak Interpol dan Melina membuat laporan ke balai polis kerana suaminya tidak pulang ke rumah. Perkahwinan Anne dengan Zain berlangsung dengan meriah. Soleh dan Melina ke Dubai berjumpa Benny dan Melina bersetuju menetap di Dubai.Anne dan Zain menetap di New Zealand untuk menerajui syarikat penternakan keluarga Johnsons. Azrul dan Soleh menjalankan perniagaan kotej di Cameron Highlands. Faridah dan Soleh mengambil keputusan menetap di Malaysia.

(b) Tiga peristiwa yang menjadi teladan Usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak untuk mencari Faridah yang hilang selepas kemalangan jalan raya.

Hamidah menjaga Rahayu yang sakit tenat. Kasih sayangnya mendalam terhadap Rahayu dan dia berharap Rahayu dapat diselamatkan.

Salmah membesarkan Faridah dengan begitu gigih selepas bercerai dengan suaminya. Salmah bekerja sebagai petani untuk menyara hidupnya dan Faridah

Novel Sutera dalam Lukisan

1. Sinopsis

Menceritakan watak utama iaitu Bujei yang digambarkan sering mengunjungi latar tempat di kampung. Digambarkan juga latar masa iaitu pada waktu senja dan latar masyarakat kampung Bujei yang telah menganggap Bujei sebagai insan abnormal.Kematian ibu Bujei yang bernama Fatimah yang dibunuh oleh bapa tirinya merupakan titik hitam dalam kehidupannya. Bujei menjadi sasau dan sering dicemuh dan dipermainkan oleh masyarakat kampung. Perkenalan dengan Adila telah mengubah hidupnya menjadi seorang yang lebih berkeyakinan untuk meneruskan kehidupan. Dalam masa yang sama dia menaruh hati kepada Adila. Adila juga diminati oleh Alias, Sahak dan Faizal, bekas tunangnya.Alias berusaha menculik Adila dan dengan bantuan neneknya, mencari ubat pengasih untuk mendapatkan Adila. Adila juga menaruh hati kepada Bujei (Hafiz). Hal ini menyebabkan Alias menjadi sasau kerana cintanya tidak kesampaian. Adila ditawarkan untuk berkhidmat sebagai pensyarah di salah sebuah universiti swasta di kota.

(b) Tiga peristiwa yang menjadi teladan Adila mahu memulihkan Bujei supaya menjadi manusia seperti biasa dan dia tidak pernah membuli atau merendah-rendahkan Bujei.

Sidang Saman dan Mak Limah mengambil berat masalah Bujei dan mereka tidak pernah menganiayai Bujei. Malah mereka selalu membela Bujei dalam banyak perkara.

Bujei membasuh motosikal Alias dengan cermat selepas Alias menyuruhnya berbuat demikian. Bujei rajin dan menurut perintah.

JAWAPAN PRAKTIS SOALAN SPM 2014Soalan 1 : RumusanPendahuluan [2 markah]Petikan membincangkan tugas / tanggungjawab / fungsi kaunselor di sekolah / dalam kalangan murid.Isi tersurat [4 hingga 12 markah]1. Menolong murid mengenal pasti punca tekanan emosi tersebut.2. Memberikan bimbingan tentang cara menangani masalah yang dihadapi.3. Memandu murid memahami serta menerima keadaan diri.4. Murid akan dibantu menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupannya.5. Membantu murid mengesan dan mengembangkan bakat dan minatnya.6. Untuk membimbing murid memanfaatkan peluang bagi penyempurnaan kendiri.7. Memahamkan murid tentang hubungan mereka dengan masyarakat sekitar.8. Memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid.Isi tersirat [4 hingga 12 markah]1. Bilik kaunseling yang kondusif.2. Sikap kaunselor yang mesra pelanggan.3. Kaunselor mudah ditemui untuk sesi bimbingan dan kaunseling.4. Mengiklankan/mempromosikan perkhidmatan kaunseling secara berterusan.5. Meminta kerjasama ibu bapa supaya menggalakkan anak-anak berjumpa dengan kaunselor.6. Pihak sekolah memberikan penghargaan/ hadiah / merit kepada murid yang mendapatkan khidmat bimbingan kaunseling.7. Menetapkan jadual murid berjumpa kaunselor.8. Mengaktifkan aktiviti Kelab Bimbingan dan Kaunseling / Pembimbing Rakan Sebaya.9. Membuka talian khidmat Bimbingan dan Kaunseling sekolah / e-mel / Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)Penutup [2 markah]Kesimpulannya, setiap murid digalakkan berjumpa dengan kaunselor agar dapat meningkatkan keterampilan diri.

Soalan 2 (a) : Petikan Umum(i) Maksud Memperoleh keyakinan / pengiktirafan[2 markah](ii) Tanggapan yang salah: Kaunselor berperanan untuk menyelesaikan masalah. Mereka yang berjumpa dengan kaunselor merupakan individu yang bermasalah semata-mata. Kaunselor memberikan tumpuan terhadap masalah tertentu sahaja.[3 markah](iii) Tindakan: Meminta nasihat daripada ibu bapa Meminta nasihat ahli keluarga datuk/nenek/abang/kakak. Mendapat pandangan yang baik daripada rakan-rakan. Berbincang dengan guru mata pelajaran / kelas/mentor Merujuk buku/ Internet/ risalah Bersembahyang hajat / berdoa kepada Tuhan Merujuk masalah kepada imam / guru agama / ketua kampung / doktor.[4 markah]]Soalan 2 (b) : Petikan Drama(i) Maksud: Keadaan/situasi mesra/harmoni[2 markah](ii) Kebaikan lain: Melahirkan kakitangan yang lebih bertanggungjawab Mengelakkan perlakuan rasuah Memupuk jati diri yang kental. Meningkatkan imej negara. Mempercepatkan pembangunan negara[3 markah]

(iii) Satu pengajaran daripada petikan: Kita hendaklah mengutamakan perpaduan kaum agar negara kita menjadi sebuah negara harmoni. Kita hendaklah bersatu dalam satu kebudayaan nasional agar terjalin perpaduan. Kita perlu mengamalkan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantaraan untuk tujuan integrasi nasional. Kita hendaklah mengamalkan etika kerja yang baik agar dapat meningkatkan produktiviti.[2 markah]Satu pengajaran dalam keseluruhan drama: Kita perlulah menjadi remaja yang mempunyai ilmu pengetahuan untuk membangunkan negara. Kita mestilah menjadi remaja yang memahami, menghayati dan mengamalkan nilai keagamaan dalam kehidupan agar menjadi remaja yang berguna pada masa hadapan. Kita hendaklah hidup bermasyarakat agar mewujudkan rakyat yang bersatu padu. Kita hendaklah memupuk semangat patriotik dalam diri kita.[2 markah]]Soalan 2 (c) : Petikan Prosa Tradisional(i) Maksud: Meminta izin kembali ke kenderaan / kapal / pengangkutan mereka.[2 markah]](ii) Perkara-perkara: Daeng Merewah dijadikan Yang Amtuan Muda. Opu Daeng Chelak hendak dikahwinkan dengan adik Yang Amtuan Raja Sulaiman yang bernama Tengku Puan. Yang Amtuan Raja Sulaiman memberitahu Daeng bersaudara bahawa adiknya telah diculik oleh Yang Amtuan Raja Kecil ke Siak untuk dijadikan isteri.[3 markah]](iii) Sebab-sebab: Kerana baginda meminta bantuan daripada orang lain. Agar keputusan yang dibuat memuaskan hati kedua-dua pihak. Agar tidak mendatangkan masalah setelah persetujuan dibuat. Agar keputusan yang dibuat tidak berat sebelah.[3 markah]

Soalan 2 (d) : Sajak(i) Maksud: Imaginasi / fantasi / ilusi / lamunan / bayangan pengkarya / penggiat seni.[2 markah]

(ii) Cara-cara: Kisah Mahsuri difilemkan Mendokumentasikan / membukukan kisah Mahsuri. Menerbitkan penulisan-penulisan yang berkaitan dengan kisah Mahsuri. Memelihara dan memulihara tapak sejarah Mahsuri. Kisah Mahsuri dimasukkan dalam sukatan pelajaran di sekolah. Mempromosikan sejarah Langkawi / Mahsuri.[3 markah]

(iii) Persoalan: Fitnah dalam kalangan masyarakat Mahsuri dihukum bunuh kesan fitnah terhadap dirinya. Sumpah atau dendam kezaliman yang berlaku terhadap Mahsuri sehingga terzahirnya sumpah Mahsuri tujuh keturunan. Sastera atau sejarah sejarah menjadi bukti sahih yang digarap menjadi hasil sastera yang bernilai. Legenda Mahsuri membangunkan Langkawi kisah Mahsuri menyebabkan Langkawi terkenal/popular.[3 markah]]Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran BahasaJawapan 3 (a)(i) putih bersih- putih lagi bersih, putih sekali(ii) bersatu hati- bermuafakat benar, seia sekata(iii) titik permulaan - sesuatu (hal, keadaan, kejadian, kejayaan, pengemukaan, dll) yang menjadi punca atau asas untuk mencapai sesuatu yang lebih besar (yang selanjutnya)(iv) kenangan manis - peristiwa menggembirakan yang menjadi ingatan(v) berpandangan jauh- mempunyai hematan dan kebolehan menjangka (keperluan, masalah, perkembangan dan sebagainya) yang akan datang atau timbul.(vi) menenangkan fikiran- menjadikan fikiran tenang, menenteramkan fikiran (perasaan) yang susah. / Mengheningkan cipta, bersemadi, bertafakur.[6 ]Jawapan 3 (b)(i) Subjek:Atlet muda ituPredikat :telah mengharumkan nama Malaysia dalam Sukan Komanwel

(ii) Subjek :AbangPredikat:terkenal dengan sikapnya yang ringan tulang sejak di bangku sekolah lagi

(iii) Subjek: Penjagaan pelbagai kemudahan yang terdapat di taman rekreasiPredikat: menjadi tanggungjawab semua pihak

Jawapan 3 (c)(i) dailog-dialogberdekatan-terdekat

(ii) berbillion-berbilionpersediaan-menyediakan/ penyediaan

(iii) menjalani-menjalankanekspress -ekspresJawapan 3 (d)(i) profesion -profesionalamat dikagumi oleh saya -amat saya kagumi

(ii) beberapa langkah-langkah -langkah, beberapa langkah, langkah-langkahdimakan-ditelan, dimamah(iii) menyusur-mengalirdi suatu-pada suatuJawapan 3 (e)(i) seperti lembu/kerbau dicucuk hidung/ikut telunjuk/pak turut(ii) pengayuh/pengayuh sudah di tangan, perahu sudah di air(iii) yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang / tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu / durian runtuh.[ Soalan 4 : NovelSOALAN 4(a)Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya. (i)PAPAWatak utama : Intan Juliana (Ju)1. Konflik Ju dengan papa yang ingin berkahwin dengan Aisyah. Cara penyelesaian :Ju membenar dan merestui perkahwinan kali kedua ayahnya.

2. Konflik hubungan percintaan Ju dengan Rasylan yang tidak disukai oleh papa Cara penyelesaian : Ju berjanji mahu merenggangkan hubungannya dengan Rasylan tetapi sebenarnya meneruskan hubungan percintaan mereka secara diam-diam tanpa pengetahuan papanya.

3. Konflik untuk membuat keputusan sama ada menerima atau menolak ajakan papa untuk diperkenalkan kepada Aisyah. Cara penyelesaian : Ju menolak ajakan papa dengan alasan mahu menjaga mama yang sedang koma.

4. Konflik dengan situasi mama yang koma kerana mengandung anak kedua. Cara penyelesaian : Ju reda dengan ketentuan dan ujian Allah. Ju sering berdamping dan menjaga mama.

5. Konflik dengan Murni rakan sekolah yang selalu menyindir dan mengganggu emosinya. Cara penyelesaian : Ju tidak menghiraukan sindiran rakannya dan tidak