jauhar bil.3

47

Upload: vananh

Post on 23-Dec-2016

287 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jauhar Bil.3
Page 2: Jauhar Bil.3

4-5 GALERI DIRAJA JOHOR

KATA ALU-ALUAN MB

PM

TPM

FOKUS

CENTERSPREAD

DAERAH

WANITA & KELUARGA

IKON

ASAM PEDAS

6-7

8

910 - 21

24 –29

2223

30 - 31

32 - 33

ISI KANDUNGAN

Page 3: Jauhar Bil.3

MAHASISWA

SEJARAH

MEDIA SOSIAL

KUIZ

KARIKATUR

TIPS

SANA SINI

SANTAI

SENI BUDAYA

KEUSAHAWANAN

BELIA

40 - 41

42

43

44 - 45

46

47

48 –49

50 - 51

34 - 35

36 - 37

38 - 39

Penaung

Penasihat

Ketua Pengurus terbitan

Ketua Pengarang

editor

Pengarah Kreatif

Pengarang eKseKutif

PenYeLaras

Pembantu PenYeLaras

WartaWan

Jurugambar

Pengedaran

KeWangan

Warga ProduKsi

YAB Dato’ Mohamed Khaled NordinMenteri Besar Johor

Mohammad Khairi A.Malik

Fareed Abd Ghani

Nursoraya Abd Rahman

Mohd. Ainuddin Aliff Salehuden

Muhammad Irsyaduddin Mahat

Mohd Kamal Ahmad

Hairunisak Aman

Azila Harun

Hamirul Hairi Mohd NohAivizanoorwani Shah Shahroni

Sofiayana Ellmy Sukor

Anim Ab Aziz

Noraniza Ahmad

Norazah Yusof

Seluruh kakitangan Unit Media & Komunikasi

Penerbit : Unit Media dan KomunikasiPejabat Menteri Besar JohorAras 3, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad79000, Kota Iskandar, NusajayaJohor Darul Ta’zim

No Tel - 07-266 6366No Faks - 07-290 8093

SidangEditorial

Page 4: Jauhar Bil.3
Page 5: Jauhar Bil.3
Page 6: Jauhar Bil.3

Mohamed Khaled Nordin

INISIATIF DEMIINISIATIF

ASSALAMUALAIKUM, salam sejahtera dan Salam Muafakat Johor. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT

yang mengizinkan semua komitmen dan inisiatif kerajaan negeri ke arah penyediaan perumahan mampu milik di Johor berjalan lancar, sempurna serta konsisten.

Dengan Izin dan Rahmat-Nya jua, langkah demi langkah dicorak dan projek demi projek dilaksanakan. Kerajaan Negeri telah dilorongkan serta dipermudahkan untuk menyatakan mahupun melaksanakan inisiatif-inisiatif baharu ke arah menjayakan aspirasi pemilikan rumah mampu milik rakyat Johor.

Terkini, sasaran dan iltizam Kerajaan Negeri untuk membina 28,000 rumah mampu milik menjelang 2017-2018 telah ditingkatkan apabila kita menjangkakan dapat membina 37,000 unit rumah kluster itu bagi tempoh yang sama.

Seterusnya, kerajaan melalui Johor Corporation mahu mengambilalih tanah bekas Kem Tebrau, Johor Bahru seluas 154 hektar sebagai penempatan baharu masyarakat setinggan berhampiran selain melaksanakan pembangunan komersil dan bercampur.

Tidak cukup dengan inisiatif itu, kerajaan Negeri seterusnya melihat ruang pembangunan di kawasan pajakan yang mencapai tempoh matang bagi zon perindustrian di Larkin tidak akan dilanjutkan sebaliknya akan dimajukan sebagai kawasan perumahan mampu milik

Bagi menggalakkan penduduk Johor membeli rumah berbanding membeli kereta, maka kerajaan juga akan memberi tumpuan kepada usaha menaiktaraf khasnya perkhidmatan bas ke kawasan perumahan supaya kesulitan pergerakan tanpa kereta dapat diatasi dengan sistem bas awam yang tepat dan cekap. Ini akan dilakukan melalui penyaluran sebahagian daripada perolehan bayaran VET di pintu keluar masuk ke negeri ini, tidak lama lagi.

Bagi membolehkan program pemilikan rumah mampu milik ini mencapai matlamat maka kerajaan Negeri mencadangkan aspek pembiayaan diberi perhatian Kerajaan Pusat termasuk mewujudkan semula bank atau institusi kewangan yang menawarkan skim sewa beli kepada rakyat yang mahu memiliki rumah.

Semoga semua inisiatif ini akan membahagiakan orang Johor.

““

Page 7: Jauhar Bil.3

JOHOR sentiasa dalam perhatian dan keutamaan

YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, apabila Perdana Menteri meluangkan masa meninjau ke beberapa daerah bagi melihat sendiri perkembangan di negeri ini.

Dalam kunjungan sehari itu, beliau melawat Pengerang, Mersing dan Batu Pahat.

Di Pengerang, Dato’ Seri Najib dibawa meninjau sekitar pembinaan Pengerang Independent Terminals Sdn Bhd

(PITSB) sebelum mendengar taklimat pembangunan di situ.

Dalam ucapannya, beliau berkata PITSB akan menambah RM16 bilion dalam tempoh 15 tahun akan datang bagi membiayai membangunkan kawasan itu bagi memenuhi permintaan masa hadapan meluaskan zon terminal bebas daripada 1.3 juta meter padu kepada 10 juta meter padu dalam tempoh 10 tahun. Dengan setiap RM1 bilion pelaburan, kesan berganda menjadi RM20

“Tidak salah saya cakap yang proses kebangkitan semula UMNO adalah amat wajar bermula disini (Johor). Di bumi inilah kebangkitan semula UMNO Johor dan Barisan Nasional sebagai tunjang kekuatan kita. Saya amat sedar yang kelangsungan mesti dimulakan dengan kubu kuat UMNO”.

-Dato’ Seri Najib Razak

bilion.“Dengan adanya limpahan

aktiviti ekonomi yang semakin pesat ini, saya harap ia akan mendorong lebih ramai anak muda Johor khususnya dan rakyat Malaysia amnya untuk menceburkan diri dalam bidang minyak, gas dan petrokimia,” katanya.

Kunjungan YAB Perdana Menteri itu diteruskan ke Felda Tenggaroh 3 bagi melancarkan projek pertanian bersepadu berteknologi tinggi - Sentuhan

CAKNA NAJIB PADA JOHORLAWAT PENGERANG, MERSING DAN BATU PAHAT TINJAU PEMBANGUNAN

Oleh Hamirul Hairi Mohd Noh

Konvensyen UMNO Johor 2014

YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak sekali lagi menjejakkan kaki ke Johor apabila merasmikan Konvensyen UMNO Johor 2014 pada 14 November lalu.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, pengislahan parti itu perlu bermula dengan anggota dan pemimpin parti itu sendiri.

“Ia mesti terbit daripada kita sendiri, bermula daripada cinta kepada parti. Ia perlu dipegang oleh semua anggota UMNO dengan semangat daya juang berhabis-habisan tanpa mengira ganjaran, kedudukan dan kepentingan,” katanya.

Kasih FELDA yang melibatkan penyertaan belia dari kalangan generasi baharu FELDA dalam penanaman buah-buahan dan sayur, penternakan ikan air tawar serta ayam kampung.

Lawatan sehari ke Johor diakhiri dengan Majlis Penyampaian Anugerah Desa Cemerlang di Kampung Parit Haji Ali, Batu Pahat.

Page 8: Jauhar Bil.3

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan lawatan sehari ke Johor apabila menghadiri Sesi Taklimat Pembangunan Negeri

Johor di Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) di Kota Iskandar.

Selepas taklimat, beliau menghadiri majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Sekolah Tun Fatimah (STF) 2014 yang mana antara intipati ucapannya mengenai penguasaan Bahasa Inggeris oleh pelajar yang perlu diberi penekanan ibu bapa dan sering dibincangkan mengenai kepentingannya oleh masyarakat.

Beliau berkata, kerajaan melatih semula 5,000 guru Bahasa Inggeris tahun lalu manakala 20,000 guru lagi tahun ini.

“Kita gerakkan hasrat ini (penguasaan Bahasa Inggeris) tahun lepas seiring Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bagi meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam sistem persekolahan rendah dan menengah kita,” kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran ketika berucap pada majlis itu di STF.

Hadir sama Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Kerajaan Johor, Dato’ Ismail Karim serta Pengetua STF, Puan Kamisah Aziz.

Beliau turut memuji kejayaan STF muncul Sekolah Berasrama Penuh (SBP) terbaik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 dengan menerima tujuh Anugerah Platinum dan tiga Anugerah Perak.

Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan RM7.7 juta yang akan disalurkan menerusi Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) bagi membina sebuah dewan serbaguna dan blok asrama empat tingkat bagi menampung keperluan pelajar STF.

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Tinggi

Muhyiddin dalam majlis di Kota Tinggi menggesa ahli UMNO untuk menonjolkan faktor ‘wow’ yang luar biasa sebagai usaha memastikan perjuangan parti terus relevan dan diterima rakyat.

Tegasnya, banyak perkara telah dibuat oleh kerajaan seperti pembangunan ekonomi dan sebagainya, namua ia dilihat seperti tidak mempunyai nilai yang besar oleh rakyat.

“Mereka iktiraf pembangunan ini, tetapi ia dilihat sebagai perkara biasa,” katanya.Katanya, setiap bahagian perlu menubuhkan jawatankuasa khas bagi memikirkan secara serius idea-idea yang mempunyai faktor ‘wow’ itu.

“Satu jawatankuasa akan ditubuhkan di peringkat Majlis Tertinggi bagi menilai sama ada idea itu mempunyai faktor ‘wow’ dan boleh dilaksanakan,” katanya.

Cetus Faktor ‘WoW’ - MuhyiddinTPM turut minta anak Melayu kuasai Bahasa Inggeris

Oleh Sofiayana Ellmy Sukor

Page 9: Jauhar Bil.3

JOHOR bukan sahaja pesat membangun malah mampu

mengeluarkan pelbagai jenis produk termasuk hasil pertanian, ternakan, kraftangan dan industri. Usahawan bidang ini disediakan pelbagai medium oleh Kerajaan Negeri untuk memasarkan produk mereka sama ada secara individu, ataupun melalui koperasi.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Md Jais Sarday, berkata terdapat lima aktiviti utama diberi penekanan oleh Kerajaan Negeri untuk menggerakkan koperasi di Johor iaitu:

• PemborongandanPeruncitan

• Pertanian(SemaianSawit)• PenternakanAyam• Ar-Rahnu• RantaianNilaiPelancongan

Beliau berkata, penetapan aktiviti ini adalah berasaskan kepada Dasar Koperasi Negara 2011-2020 di samping melihat kepada potensi yang ada di Johor.

“Dasar koperasi ini telah memasuki tahun ketiga pelaksanaan dan menyaksikan sektor koperasi terlibat dalam pelbagai aktiviti ekonomi yang menjana perolehan yang boleh meningkatkan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar,” katanya sambil memberitahu gerakan koperasi di Johor ketika ini berada

pada tahap boleh dibanggakan.Pada 2013, sebanyak 12 koperasi

tersenarai dalam 100 Indeks Terbaik Koperasi Malaysia. Selain itu, sehingga 31 Disember 2013, sektor koperasi di Johor mencatat keuntungan mencecah RM45 juta. Di Johor terdapat 1,039 koperasi dengan keahlian mencecah 450,232 orang manakala asetnya berjumlah RM706.7 juta.

PerancanganPembangunanUntukKoperasi

Bagi memperkasakan lagi pembangunan sektor koperasi di Johor, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) memberi kelulusan pembinaan Bandar Koperasi atau Co-op City di atas tanah berkeluasan 62 hektar di Bandar Penawar.

Dengan adanya projek ini, ia menjadikan Johor sebagai negeri pertama di Malaysia yang melaksanakannya dan pertama seumpamanya di Asia. Projek usahasama ini dibangunkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dan Koperasi Pengerang Kota Tinggi Berhad dengan jumlah pelaburan RM500 juta.

Projek perintisnya dilaksanakan di Mukim Pantai Timur Bandar Penawar, di atas tapak berkeluasan 29.13 hektar. Ia membabitkan pembangunan yang menempatkan 1,000 unit kediaman pelbagai kategori, kawasan rekreasi,

Koperasi Johor Ceburi Lima Sektor Utama

12 tersenarai dalam 100 Indeks Terbaik Koperasi MalaysiaOleh Sofiayana Ellmy Sukor

Kejayaan Koperasi di Johor dibuktikan

dalam beberapa bidang yang bukan

sahaja membantu dalam memajukan ekonomi Johor

malah menjadi sumber utama keluaran dalam negara.

Page 10: Jauhar Bil.3
Page 11: Jauhar Bil.3

TIADA bandar besar di negara ini dapat lari daripada isu segelintir warganya yang

menjadi komuniti gelandangan. Gelandangan dianggap antara masalah sosial khususnya di bandar besar termasuk di Bandaraya Johor Bahru.

Namun, apa yang unik mengenai gelandangan di bandaraya ini ialah mereka terdiri daripada kalangan yang mempunyai pekerjaan tetap. Mereka yang bekerja di Singapura dikenalpasti sebagai kumpulan

Siang bekerja di Singapura, malam huni kaki limaGELANDANGAN

utama gelandangan di Bandaraya Johor Bahru.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga

berkata, hasil pemantauan pihaknya mendapati 40 peratus daripada jumlah keseluruhan komuniti gelandangan di bandaraya itu mempunyai pekerjaan tetap di Singapura.

Katanya, gelandangan ini terdiri daripada anak Johor yang bekerja di republik itu dan keluarga yang jauh dari bandaraya selain warga kerja dari Sabah dan Sarawak.

Mereka bekerja sebagai pemandu lori, pekerja kapal, pekerja kilang, buruh binaan dan penjaga stor dan sebagainya.

“Mereka menjadi gelandangan kerana beberapa faktor iaitu

mempunyai majikan di Singapura dan kekangan masa kerja yang ketat kerana menerima gaji berdasarkan jumlah jam bekerja. Selain itu, mereka memerlukan rehat seketika sementara menanti waktu untuk bekerja semula.

“Turut menyumbang kepada masalah ini ialah infrastruktur yang terdapat di bandaraya Johor Bahru yang menjadi tumpuan untuk golongan ini tidur seperti di kaki lima dan penjuru bangunan serta taman riadah,” katanya.

Katanya, Yayasan Kebajikan Negara (YKN) sudah menubuhkan Anjung Singgah sebagai rumah berlindung sementara untuk golongan gelandangan bagi mengatasi masalah itu.

Asiah berkata, Anjung Singgah Johor Bahru yang terletak di tingkat bawah Bangunan MCA di Jalan Segget

Objektif penubuhan Anjung Singgah itu adalah untuk menyediakan tempat berlindung sementara

kepada golongan gelandangan yang produktif atau bekerja tetapi tiada tempat tinggal. Penubuhannya secara tidak langsung

juga menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri mengurangkan masalah gelandangan melalui kaedah ‘win-win situation’.

mula beroperasi mulai Jun 2013. Sebanyak 64 katil disediakan bagi lelaki, 18 bagi wanita serta tiga bilik untuk keluarga disediakan di pusat itu selain terdapat kafeteria, surau, bilik mandi dan bilik pemeriksaan kesihatan.

Dikendalikan lima petugas iaitu dua penyelia dan tiga pembantu penyelia, pusat ini diharap dapat membantu menangani isu gelandangan di sekitar Bandaraya Johor Bahru.

Seorang penghuninya, Nyana Segaran Ramasamy, 45, berkata, penubuhan pusat sebegini sememangnya banyak membantu meringankan beban gelandangan sepertinya.

“Saya tidak mahu tinggal lama di sini kerana saya sedar, ramai lagi di luar sana yang lebih memerlukan tempat tinggal. Apabila sudah mendapat kerja, saya akan mencari rumah atau sekurang-kurangnya bilik sewa bagi memberi ruang kepada golongan lain seperti saya untuk berteduh sementara di sini,” katanya.

INFO JAUHAR

Oleh Hamirul Hairi Mohd Noh

Page 12: Jauhar Bil.3

DALAM tempoh beberapa tahun kebelakangan sebelum ini, Johor hanya menjadi

laluan transit kepada pelancong terutama dari Singapura ke destinasi lain dalam negara. Namun senarionya kini berubah apabila ia bangkit menjadi destinasi pelancongan unggul dan wajib dilawati.

Dengan kedudukan di antara Melaka dan Singapura, ini menjadikan Johor sangat strategik untuk menjadi Hub Pelancongan Wilayah Selatan. Ini dibuktikan apabila, pada 2013, Johor adalah negeri kedua paling ramai dikunjungi pelancong antarabangsa kepada 2.6 juta selepas Kuala Lumpur.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan, Datuk Tee Siew Kiong, berkata, perubahan itu ekoran langkah Johor menawarkan pelbagai produk dan lokasi tarikan pelancongan baharu yang ikonik serta unik.

Katanya, melalui strategi Pelan Induk Pelancongan Negeri, Johor mewujudkan konsep pelancongan ‘family fun’ dengan wujudnya beberapa taman tema seperti

Legoland Malaysia, Sanrio Hello Kitty Town, Little Big Club dan Angry Birds Activity Park.

“Kini, menginap satu malam di Johor tidak lagi mencukupi dan ini adalah satu pencapaian yang sangat baik bagi kita. Johor bukan sahaja menjadi tarikan pelancong malah kita juga dapati pelancong yang datang ke sini adalah dari negara yang sebelum ini jarang melawat Johor seperti Australia, Filipina, Indonesia, India dan Hong Kong,” katanya.

Walau bagaimanapun katanya, komitmen yang ditunjukkan itu tidak membawa maksud Kerajaan

pelancongan sedia ada sebelum ini.Kita turut meletakkan meletakkan

pelancongan warisan sebagai satu sektor yang membantu kluster ‘Urban Heritage & Lifestyle’ yang memberi penekanan kepada eko-pelancongan.

“Tarikan warisan dan eko-pelancongan seperti di Kampung Sungai Melayu dan Kong Kong juga menunjukkan bagaimana pelancongan moden seperti taman tema dan pelancongan warisan saling melengkapi antara satu sama lain,” katanya.

Oleh Hamirul Hairi Mohd Noh

INFO BAJET JOHOR 2015

Kerajaan Persekutuan melalui ECER telah memperuntukkan RM31.4 juta bagi membangunkan prasarana eko-pelancongan dan menjadikan Johor sebagai hab pelancongan untuk keluarga dengan tarikan taman tema seperti Legoland Malaysia, Sanrio Hello

Kitty Town, Little Big Club dan Angry Birds Activity Park, serta pelbagai lagi destinasi tarikan

yang sesuai untuk bersama keluarga.

PRODUK IKONIK JADI MAGNETMenjadikan Johor sebagai Jauhari Selatan dan destinasi pelancongan terbaik Malaysia

Johor Bahru akan dibangunkan sebagai sebuah Urban and Heritage Trail.

Page 13: Jauhar Bil.3

INFRASTRUKTUR dan kemudahan awam sedia ada di Johor akan terus dibangunkan atau

dinaiktaraf bagi memastikan keperluan rakyat terus diberi keutamaan malah berada pada tahap terbaik. Menerusi Pelan Suara Hati Johor yang disediakan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), beberapa perkara dikenalpasti menerusi kajian yang dilakukan.

Terkini, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Kerjaraya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sedang merangka dan menyusun untuk melaksanakan semua keperluan rakyat yang dikenalpasti.

Pengerusinya, Datuk Ir Hasni Mohammad, berkata hasil kajian menunjukkan majoriti penduduk Johor telah menikmati kemudahan asas secara keseluruhan walaupun masih ada sejumlah kecil belum menikmati bekalan air dan elektrik kerana faktor lokasi kediaman jauh dari saluran bekalan.

Unit Inspektor Jalan dan Mengatasi Masalah Jalan Kampung

Mengenai jalan raya, Hasni berkata infrastruktur itu di negeri ini tidak mempunyai sebarang masalah dan kebanyakan jalan raya berada pada tahap yang baik.

Beliau menambah, Kerajaan Negeri juga bersetuju menubuhkan Unit Inspektor Jalan bagi mengenalpasti jalan yang rosak dan pemulihan dilakukan segera.

Di samping itu, katanya pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) bertaraf profesional dilantik untuk memantau kerja baikpulih dan memastikan rangkaian jalan raya Persekutuan dan Negeri dalam keadaan yang terbaik selain mengurangkan kawasan hitam yang dikaitkan dengan kemalangan.

Berkenaan jalan dan permohonan lampu jalan kampung, Hasni berkata sehingga kini hampir seluruh kampung telah mempunyai jalan dan lampu jalan.

Beliau berkata, walaupun terdapat permohonan untuk melebar dan menambah lagi jalan

Unit Inspektor Jalan dan Perkhidmatan Jalur Lebar antara keutamaan

serta lampu jalan di beberapa kampung, pihaknya serta beberapa organisasi seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan JKR sedang menimbangkan permohonan tersebut.

“Semua permohonan sedang diteliti dan kita akan memberikan keputusan secepat mungkin. Kawasan kampung yang gelap dan laluan jalan yang sempit merupakan antara sebab permohonan ini diajukan,” katanya.

P E R K H I D M ATA N JALUR LEBAR

Sementara itu, katanya, Kerajaan Negeri akan menyediakan lima kawasan ‘hotspot’ sebagai permulaan perkhidmatan jalur lebar melibatkan semua 15 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Johor.

Pemasangan ini turut melibatkan lebih kurang 70 ‘hotspot’ lain terutama lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai seperti dataran, terminal bas, pejabat kerajaan dan zon perniagaan.

Sebagai permulaan, Kerajaan Negeri akan melakukan tempoh percubaan selama sebulan melibatkan empat lokasi terpilih iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan Majlis Perbandaran Kulai.

“Setelah penilaian dilakukan, Kerajaan Negeri selanjutnya akan memperluaskan lokasi pemasangan tersebut di seluruh Johor seperti perancangan,” katanya.

TINGKAT KEMUDAHA AWAM

TINGKAT KEMUDAHAN AWAM

INFO BAJET JOHOR 2015

RM600 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi kerja penyelenggaraan rangkaian jalan di seluruh negeri

Kerajaan negeri melalui JKR akan memperuntukkan

RM50 juta bagi tujuan pembangunan jalan dan jambatan negeri, mulai 2015

Oleh So�ayana Ellmy Sukor

Page 14: Jauhar Bil.3

1,221 SRT, SRS PERKUKUH KAWALAN KOMUNITI

TUGAS menjaga keselamatan dan keamanan bukan hanya dipikul anggota Polis Diraja Malaysia

(PDRM). Sebaliknya, penglibatan masyarakat dan badan bukan kerajaan (NGO) turut dialu-alukan seiring dengan pembangunan pesat Johor ketika ini.

Justeru, penubuhan Skim Rukun Tetangga (SRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) antara lain bertujuan memastikan keselamatan penduduk terjamin di samping membantu PDRM membendung kegiatan jenayah dalam komuniti setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia, Vidyananthan Ramanadhan, berkata peranan dua skim kawalan komuniti ini akan diperhebatkan sekaligus kualiti hidup dan keselamatan masyarakat lebih terjamin.

“Peranan yang dimainkan PDRM amat membanggakan kita dan Johor juga telah berjaya menurunkan kadar indeks jenayah selama 6 tahun berturut-turut.

“Saya percaya dengan memperhebatkan lagi peranan dan tugas SRT serta SRS ini, akan dapat mengurangkan kebergantungan kita kepada PDRM dalam menangani jenayah sekaligus menyedarkan rakyat supaya bersama-sama PDRM dan kerajaan untuk terus membanteras jenayah melalui skim yang sekian lama diwujudkan ini,” katanya.

Pemerkasaan bagi dua skim ini adalah selaras dengan hasil kajian Pelan Suara Hati Johor, di mana satu daripada aspek yang harus diberikan tumpuan ialah aspek keselamatan.

Beliau berkata, peranan Kawasan Rukun Tetangga dalam menjaga keselamatan telah juga diperkasakan apabila SRS diiktiraf dan dipromosi sebagai satu daripada pelaksana

utama dalam inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk meningkatkan keselamatan dan mencegah jenayah di bawah Transformasi Kerajaan GTP, bekerjasama dengan Polis dan RELA.

“Penyertaan masyarakat dalam SRT dan SRS amat digalakkan. Ini juga memberi peluang mereka untuk melihat dan merasai tanggungjawab yang dimainkan oleh PDRM selama ini terutama dalam membendung jenayah,” katanya.

Vidyananthan berkata, SRT telah melalui fasa transformasi selaras dengan Program Transformasi Rukun Tetangga yang berpaksikan kepada lima teras iaitu perpaduan, ekonomi, keselamatan, pendidikan dan kualiti hidup.

Pada 2014, SRT akan melaksanakan program meliputi:• Program Skuad Uniti• Program SeJiwa• Program Projek Ekonomi Rukun

Tetangga• Program Projek Inovasi Rukun

Tetangga• Program Inovatif Jiran Muda

Selain itu, katanya setiap ahli SRS diberikan pendedahan termasuk kaedah dan maklumat untuk mencegah jenayah selain teknik meronda dengan betul mengikut undang-undang. Di samping itu, mereka dibekalkan dengan peralatan SRS untuk kemudahan

Pemerkasaan dua skim kawalan itu selaras dengan Pelan Suara Hati Johor

meronda seperti walkie-talkie, rotan, wisel dan sebagainya.

Pada 2014, Jabatan Perpaduan Negara telah diamanahkan untuk melaksanakan program yang dianjurkan oleh SRS di seluruh daerah iaitu:• Program Jom Ronda Versi 3.0• Program Pendidikan Keselamatan

Kejiranan• Program Pencegahan Jenayah• Program Kajian “Feel Safe” di kawasan

SRS.Selain memantapkan lagi SRT dan

SRS, peranan RELA dalam membantu PDRM Johor ialah menjaga keselamatan di kawasan tertentu seperti perumahan, sekolah, tempat awam dan lain-lain juga diiktiraf oleh kerajaan negeri.

Vidyananthan berkata, walaupun RELA merupakan badan sukarela dan kebanyakan anggotanya mempunyai pekerjaan tetap namun tanggungjawab yang mereka galas harus diberikan perhatian dan pujian.

“Kerajaan negeri akan terus menyokong usaha yang dimainkan oleh RELA dan kita juga berusaha untuk memantapkan lagi peranan dan tugas RELA.

“Keanggotaan RELA yang terdiri dari pelbagai kaum memudahkan badan ini untuk menjalankan peranannya di samping terus membantu PDRM menjaga keselamatan dan keamanan negeri,” katanya.

Bagi mempertingkatkan tahap keselamatan di dalam kawasan Iskandar Malaysia, akan berlaku pertambahan Polis Bantuan berjumlah 1,100 anggota, selain pembinaan sebuah IPD bernilai RM117 juta.

INFO BAJET JOHOR 2015

Oleh So�ayana Ellmy Sukor

Page 15: Jauhar Bil.3

MAJLIS Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah membaikpulih dan

membina lebih 900 rumah baharu bagi memastikan golongan fakir dan miskin mampu memiliki rumah yang kondusif dan selamat di bawah Skim Bantuan Rumah.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Abd. Mutalip Abd. Rahimberkata, langkah ini selari dengan fokus Pelan Suara Hati Johor yang mahu memastikan setiap lapisan masyarakat Islam termasuk golongan fakir dan miskin berupaya mempunyai kediaman sendiri dan mencapai taraf hidup lebih baik.

Melalui Skim Bantuan Rumah, golongan itu akan dibantu dari segi membina atau membaikpulih rumah serta bantuan sewa rumah kepada individu yang layak dan memenuhi syarat ditetapkan oleh MAINJ.

Melalui Kategori Bantuan Bina

Baharu terdapat tiga spesi�kasi kategori rumah yang ditetapkan:

• Binaan rumah berkeluasan 20x30 kaki persegi engkap dengan tiga bilik tidur bernilai RM40,000 seunit.

• Rumah berkeluasan 20 x 28 kaki persegi berharga RM38,000 seunit, dan

• Rumah dengan satu bilik bernilai RM28,000 seunit.

• Bagi Bantuan Baikpulih Rumah,

anggaran kos dibenarkan antara RM11,000 hingga RM20,000 seunit. Penerima bantuan kategori ini adalah golongan miskin, terutama berpendapatan rendah dan rumah mereka dalam keadaan uzur.

Kerja membaikpulih rumah bertujuan memberikan suasana yang lebih selesa kepada penghuni, terutama keluarga yang mempunyai

ramai ahli selain menjamin keselamatan mereka.

Sejak dilaksanakan pada 2003, skim ini terus berkembang secara berperingkat seiring peningkatan pungutan zakat di Johor, di mana sejumlah RM20 juta dibelanjakan bagi membina sebanyak 550 rumah baharu dengan kos melebihi RM17 juta, manakala sebanyak 350 rumah dibaikpulih dengan perbelanjaan melebihi RM3 juta.

Bagi memperluaskan lagi Skim Bantuan Rumah ini, sehingga November 2014, sebanyak 254 rumah baharu dibina dengan kos RM9.1 juta dan 95 rumah dibaikpulih dengan kos RM1.9 juta.

PROGRAM JEJAK ASNAF

MAINJ turut melaksanakan agihan zakat yang efektif melalui Program Jejak Asnaf bagi mengesan

golongan yang perlu dan benar-benar layak dibantu. Antara skimnya ialah bantuan hari raya, sara hidup bulanan, perubatan, perumahan, bantuan berdikari dan bantuan pendaftaran institusi pengajian tinggi.

Turut disalurkan ialah bantuan pakaian sekolah, bantuan basikal pelajar, dermasiswa pelajar di luar negara, pembiayaan tambang pengajian, bantuan menjelaskan hutang, kebajikan saudara baharu, bantuan segera serta bantuan bencana alam.

MAINJ amat komited ke arah membentuk Mukmin yang sejahtera melalui pelbagai bentuk skim bantuan yang dilaksanakan selain memastikan penyaluran zakat tepat kepada golongan sasaran. Ini juga merupakan cara MAINJ mendekati serta memahami keperluan serta aspirasi masyarakat Islam masa kini.

900 RUMAH UNTUK FAKIR, MISKINOleh Hamirul Hairi Mohd Noh

Lebih RM50 juta diperuntukkan bagi melaksanakan skim bantuan

Untuk tujuan memperkasakan bantuan kepada golongan fakir dan miskin, Skim Sewa Beli akan digerakkan dengan sasaran sebanyak 5,000 rumah sebagai projek perintis, di mana 1,000 rumah berharga RM42,000 sehingga RM80,000 akan disewa beli oleh MAINJ dan diduduki sementara secara percuma penerima zakat berkelayakan.

Peruntukan RM8 juta daripada hasil kutipan zakat oleh MAINJ untuk dibelanjakan bagi membina 200 unit rumah dengan kos RM40,000 seunit tiap satu.

RM1 juta

diperuntukkan untuk kerja baikpulih 74 rumah yang dikenalpasti.

INFO BAJET JOHOR 2015

Page 16: Jauhar Bil.3

Oleh Hamirul Hairi Mohd Noh

MUNGKIN masih ada pihak belum jelas mengenai Lembaga Perumahan dan

Hartanah Johor (LPHJ) walaupun rang undang-undangnya telah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor seterusnya Enakmen LPHJ 2014 itu diluluskan, baru-baru ini.

Ketika ia hendak dibentangkan, pelbagai reaksi timbul. Ada yang menentang dan menyokong malah tidak kurang yang meminta enakmen LPHJ ditangguhkan dengan pelbagai alasan. Namun tidak ramai menyedari, penubuhan itu sebenarnya bertujuan membela kebajikan rakyat Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abd Lati� Bandi, berkata penubuhan LPHJ dilihat sebagai mekanisme terbaik bagi memantapkan prosedur dan urusan kawalan terhadap pemaju perumahan serta hartanah di negeri ini.

Pada masa ini, pemantauan dan kawalan kerja negeri terhadap pemajuan perumahan mahupun hartanah serta isu berkaitan dilakukan pelbagai agensi kerajaan negeri seperti Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Bahagian Perumahan, SUK Bahagian Kerajaan Tempatan serta Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

Pejabat SUK Bahagian Perumahan pula melaksanakan dasar-dasar perumahan yang telah disediakan pejabat UPEN. Isu setinggan, pengurusan dan penyelenggaraan rumah sewa dan sewa beli dan rumah awam kerajaan negeri pula ditangani PTG serta SUK Bahagian Perumahan.

Isu penyelenggaraan rumah strata swasta, kemajuan harta tanah komersil terbengkalai dan isu berkaitan ataupun strata swasta 2013 serta berkaitan kawasan berpintu pagar dan berkawal ditangani SUK Bahagian Kerajaan Tempatan.

“Kajian menunjukkan adalah lebih baik jika fungsi ini disatukan dan dilakukan oleh satu agensi Kerajaan Negeri. Ini membolehkan pemantauan dan kawalan Kerajaan Negeri pada fungsi serta isu ini akan menjadi lebih baik kerana semua maklumat berkenaan disatukan dan diuruskan oleh pegawai sama menyertai Lembaga.

“Bukan itu sahaja, setelah fungsi Kerajaan Negeri menjadi lebih tersusun dan teratur, LPHJ akhirnya boleh menjadi pusat rujukan setempat berkaitan isu pemajuan perumahan dan hartanah di Johor.

“Tiada lagi pertindihan tugas atau kekeliruan tentang tanggungjawab di antara agensi Kerajaan Negeri dalam isu-isu perumahan yang disokong Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Perumahan Negara

seperti isu pemajuan perumahan terbengkalai, isu penyelenggaraan perumahan strata dan lain-lain lagi,” katanya

Abd Latif berkata, selain Johor, lembaga seperti itu diwujudkan di Melaka pada 2002 dan ketika Selangor di bawah pentadbiran kerajaan Barisan

Nasional pada 2001 di bawah enakmen mereka sendiri masing-masing.

“Sistem satu agensi pemantau bernama Lembaga Perumahan yang dikuatkuasakan di negeri tersebut adalah lebih berkesan dalam menangani dan memantau isu berkaitan pemajuan perumahan dan harta tanah,” katanya.

Selain itu, Abd Lati� berkata, penubuhan LPHJ untuk menambah baik lagi perundangan sedia ada yang diwujudkan Kerajaan Persekutuan mengikut keperluan di Johor.

Katanya, selari dengan Teras 3 Dasar Perumahan Negara iaitu meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dan memastikan pematuhan kepada sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan perumahan, LPHJ akan menjadi satu-satunya agensi Kerajaan Negeri bertanggungjawab terhadap pemantauan pemajuan perumahan dan harta tanah termasuk isu perumahan komuniti Johor, rumah mampu milik Johor dan kedai kos sederhana yang mesti dibina pemaju perumahan di bawah Dasar Perumahan Rakyat Johor.

Secara tidak langsung kewujudan LPHJ adalah kesinambungan Dasar Perumahan Rakyat Johor di Iskandar Malaysia yang telah diperkenalkan dan diluaskan dengan pindaan yang sesuai ke seluruh Johor yang ideanya juga ditunaskan kerajaan Barisan Nasional.

LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH JOHORMekanisme terbaik kawal pemaju perumahan, bela kebajikan rakyat

INFO BAJET JOHOR 2015

• Kerajaan Negeri Johor telah menyenaraihitamkan 28 pemaju yang gagal membina 30,000 rumah kos rendah di wilayah Iskandar Malaysia.

• Sasaran pembinaan rumah mampu milik dipertingkatkan daripada 28,000 unit kepada 37,000 unit untuk tempoh akan datang, mulai tahun 2014.

• Had kelayakan pendapatan isi rumah dinaikkan untuk pembelian Rumah Mampu Milik Johor dan Kedai Kos Sederhana. Dari kelayakan pendapatan antara RM6,000 hingga RM7,000 kepada RM8,000.

• Pemberian Baucar RM1,000 bagi mengurangkan deposit utiliti dan kos-kos berkaitan dengan pembelian rumah kos rendah dan sederhana. Baucar akan diberikan ketika pembeli mengambil kunci rumah, mulai 1 Januari 2015.

• Kerajaan Negeri Johor akan meneruskan Program Bantuan Rumah dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.93 juta untuk membina 40 rumah baharu dan membaikpulih 30 rumah.

• Kerajaan Negeri Johor mengambil inisiatif membina sebanyak 6,300 rumah kos rendah, termasuk Projek Perumahan Rakyat.

Page 17: Jauhar Bil.3

Kerjasama Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri diperluaskan

BEKALAN MAKANAN NEGARA

INFO BAJET JOHOR 2015

RM2 juta diperuntukkan bagi membantu pengusaha tanaman nanas yang mempunyai keluasan kurang daripada 6 hektar untuk membantu meningkatkan pengeluaran mereka.

PERTANIAN dan industri asas tani merupakan antara sektor yang dilihat mampu

mengembangkan lagi ekonomi Johor. Bagi tujuan itu, pelbagai usaha dilakukan Kerajaan Negeri melalui jabatan dan agensi berkaitan untuk membangunkan kedua-dua sektor itu.

Antaranya, mewujudkan program Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang dibangunkan Jabatan Pertanian bagi menjamin kelestarian kawasan pertanian dan bekalan makanan yang berterusan kepada pengguna.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Ismail Mohamed berkata, kewujudan TKPM adalah usahasama erat Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri.

“Kerajaan Pusat akan menyediakan pembiayaan kewangan terhadap keperluan pembangunan kemudahan dan infrastruktur dalam kawasan TKPM manakala Kerajaan Negeri menyediakan kawasan sesuai untuk dibangunkan dengan tanah berkepentingan mengikut keperluan semasa,” katanya.

TUJUAN UTAMA PROJEK TKPM IALAH:

• Mewujudkan zon kekal bagi pengeluaran tanaman makanan.

Program meningkatkan pengeluaran daging lembu berskala besar dipergiatkan, melalui ladang satelit dengan penglibatan seramai 21 peserta dengan peruntukan

RM3 juta.

• Menggalakkan penglibatan usahawan dan sektor swasta dalam pengeluaran tanaman makanan.

• Meningkatkan dan menyumbang pengeluaran makanan negara yang mencukupi, berkualiti dan mapan dalam konteks mengurangkan

• Menggalakkan pembangunan

rantaian bekalan makanan bersepadu.

• Mensasarkan pendapatan bersih peserta kepada sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan.

Menurut Ismail, pembangunan

perancangan teliti bagi memenuhi keperluan aktiviti perladangan seperti

jalan ladang, sistem pengairan dan saliran, bangunan serta kemudahan pemasaran dan tempat tinggal usahawan terlibat.

Bermula 2003 hingga 2011, sebanyak tujuh projek TKPM telah ditubuhkan dengan keluasan 284.8 hektar manakala bermula 2012, empat lagi kawasan TKPM baharu dibuka dengan keluasan 1,093 hektar.

Oleh So�ayana Ellmy Sukor

Page 18: Jauhar Bil.3

PENJAWAT AWAM SIFAR DADAH MENJELANG 2018Penjawat awam negeri wajib ujian mulai tahun hadapan

KERAJAAN Johor komited membanteras penyalahgunaan dadah dengan mewajibkan

penjawat awam di negeri ini menjalani ujian saringan air kencing.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Ayub Rahmat berkata, pihaknya sedang menyiapkan kertas kerja bagi melaksanakan ujian itu secara berperingkat bermula awal 2015.

Ujian itu dilakukan bagi menjadikan kakitangan awam di Johor sebagai contoh kepada masyarakat dalam membuktikan bahawa Kerajaan Negeri serius membanteras penyalahgunaan dadah sekaligus usaha mencapai status Johor Sifar Dadah menjelang 2018.

“Individu pertama akan buat ujian ialah Menteri Besar sendiri. Sebagai ketua Kerajaan Negeri, beliau sendiri tampil ke hadapan untuk menjalani ujian sebagai contoh untuk diikuti penjawat awam lain,” katanya.

Beliau berkata, keputusan mesyuarat bersama Pemadam dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bersetuju untuk mewajibkan kakitangan awam negeri untuk menjalani ujian saringan air kencing secara berperingkat dalam tempoh lima tahun.

“Oleh kerana penjawat awam Johor lebih kurang 20,000 orang, kita sasarkan untuk melakukan ujian terhadap 5,000 penjawat awam dalam setahun.

“Buat permulaan, ujian akan dilakukan kepada kakitangan awam

Oleh Hamirul Hairi Mohd Noh

Johor. Bagaimanapun, kita mengalu-alukan jika ada kakitangan jabatan Persekutuan untuk turut sama mengambil ujian ini,” katanya.

Ayub berkata, sebelum ini sudah ada ujian yang dilaksanakan kepada penjawat awam secara rawak dan hasil hasil saringan ujian air kencing yang dilakukan AADK, lima daripada 274 penjawat awam dikesan positif dadah.

“Walaupun jumlah itu dianggap kecil, namun secara tidak langsung memberi impak terhadap integriti penjawat awam secara amnya,” katanya.

Beliau berkata, tujuan pelaksanaan ujian itu bukan untuk menghukum sebaliknya menyelamatkan mereka melalui proses kaunseling dan bimbingan selama tiga di pusat pemulihan di seluruh Johor manakala identiti mereka dirahsiakan.

“Ia dilakukan bagi mewujudkan dan membentuk penjawat awam yang e�sien serta efektif serta bebas dadah. Ini berbeza jika mereka ditahan dalam operasi yang dilakukan pihak berkuasa, mereka akan dihadapkan ke mahkamah, seterusnya berhadapan dengan jawatankuasa tatatertib jabatan.

Namun begitu, jika penjawat awam itu didapati positif setelah

melalui ujian yang seterusnya, maka tindakan undang-undang akan diambil kepada mereka,” katanya.

KOMEN PENJAWAT AWAMKakitangan Bahagian

Keselamatan, Kamaruddin Mohd Noor, berkata, langkah itu amat bertepatan dengan hasrat kerajaan memerangi dadah, lebih-lebih lagi ia melibatkan kakitangan awam kerana mereka ini seharusnya menjadi contoh yang baik kepada masyarakat.

Bagi, Ketua Pembantu Tadbir Unit Perancang Ekonomi Negeri, Zaleha Ahmad, beliau amat menyokong hasrat Kerajaan Negeri dalam melaksanakan ujian saringan itu.

“Ini menunjukkan komitmen yang telus dari Kerajaan Negeri dalam memastikan kakitangannya bebas daripada gejala dadah,” katanya.

Pembantu Khas Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Lua Shu Ping, berkata, langkah itu secara tidak langsung akan mewujudkan suasana lebih selamat kepada kakitangan awam dan mana-mana individu yang terlibat dikenakan tindakan seperti menyertai program pemulihan dan sebagainya.

Program-program pencegahan dan penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan dadah akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dengan peruntukkan sebanyak

RM500,000

INFO BAJET JOHOR 2015

Kamaruddin

Zaleha Ahmad

Shu Ping

Page 19: Jauhar Bil.3
Page 20: Jauhar Bil.3
Page 21: Jauhar Bil.3

Baru-baru ini satu majlis penyerahan peserta Johor Talent kepada Exco-exco Kerajaan Negeri, Ketua-ketua jabatan

Kerajaan dan syarikat agensi Kerajaan Negeri telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di Johor Bahru. Program itu telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin.

Kawan memang kagum dengan program Johor Talent yang merupakan ilham Dato’ Mohamed Khaled sendiri. Ia adalah program yang memberi peluang kepada anak-anak Johor untuk menjalankan program internship bersama pemimpin-pemimpin Kerajaan Negeri dan nama-nama besar dalam syarikat konglomerat Kerajaan Negeri.

Program Johor Talent ini diadakan bagi mengenalpasti anak-anak Johor yang berbakat serta cemerlang di universiti supaya mereka dapat bersama-sama menyumbang kepada pembangunan di negeri ini. Seperti kata Yang Amat Berhormat Menteri Besar ketika berucap pada majlis itu, beliau mahu anak-anak Johor yang cemerlang pulang berkhidmat dan berbakti di negeri sendiri.

Semasa majlis penyerahan itu diadakan, Kawan sempat berbual dengan salah seorang sekretariatnya. Perbualan kami bersandarkan mengenai pengalamannya dalam menemuduga kesemua pemohon Johor Talent yang telah disenarai pendek. Katanya, dia sendiri kagum dengan kecemerlangan anak-anak Johor yang memohon untuk menyertai program seliaan Institut Kepimpinan Dan Latihan Semangat Dato’ Onn (Ikhlas) itu.

Daripada lebih 200 calon yang ditemuduga, mereka menghadapi kesukaran untuk memilih hanya 20 calon sahaja yang layak untuk menyertai program Johor Talent tersebut. Kebanyakan mereka berkebolehan

tinggi, mempunyai bakat kepimpinan yang mengagumkan serta kemahiran komunikasi yang cukup luar biasa. Begitulah rumusan yang diberikan oleh sekretariat itu kepada Kawan mengenai mereka yang terpilih untuk menyertai Johor Talent. Pendek kata, 20 peserta Johor Talent yang terpilih untuk kali ini adalah yang terbaik dari kalangan yang terbaik.

Ini sekali gus menunjukkan bahawa, jika Kerajaan Negeri tidak melaksanakan inisiatif seperti ini, bayangkan ke mana anak-anak Johor yang cemerlang seperti mereka semua akan pergi? Ya, kemungkinan itu ada untuk mereka kembali pulang dan berbakti di Johor tetapi Kawan yakin kebanyakan mereka akan disambar oleh syarikat-syarikat dari luar negara ataupun mereka akan berkhidmat di negeri lain. Jika ini berlaku, ia adalah sesuatu yang amat merugikan buat negeri Johor Darul Ta’zim ini.

Memang benar, angka 20 orang yang terpilih untuk menyertai program tersebut mungkin dilihat kecil. Tetapi sebenarnya impaknya lebih dari itu. Apabila kerajaan negeri menganjurkan program seumpama ini, ia sedikit sebanyak membuka mata syarikat-syarikat swasta di negeri ini untuk mencari anak-anak Johor untuk berbakti di negeri ini. Buktinya, semasa Kawan menghadiri beberapa program melibatkan para pelabur dari dalam dan luar negara yang melibatkan Menteri Besar, Kawan menerima maklumbalas betapa mereka juga berminat untuk mencari anak-anak Johor cemerlang di negeri luar untuk berkhidmat di sini.

Kawan memang menyokong penganjuran Johor Talent ini kerana Johor lebih memerlukan anak-anak kelahirannya untuk berbakti di sini. Kawan harap selepas ini lebih ramailah anak Johor kembali menabur bakti di negeri sendiri.

Ingatlah bahawa hanya Johor yang mengenali Johor.

Oleh Mohd Ainuddin Aliff Salehuden

Apabila kerajaan negeri menganjurkan

program seumpama ini, ia sedikit sebanyak

membuka mata syarikat-syarikat swasta di negeri

ini untuk mencari anak-anak Johor

untuk berbakti di negeri ini.

Page 22: Jauhar Bil.3

HANYA dengan bermodalkan RM500 dan memulakan perniagaan di rumah, kini

Azhar Food Sdn. Bhd. mampu mengembangkan perniagaannya hingga pasaran di luar negara.

Ibu pejabat Azhar Food terletak di Rengit, Batu Pahat dan mempunyai cawangan di Bandar Baru UDA, Johor Bahru.

Sejajar dengan perkembangan semasa, Azhar Food telah meluaskan perniagaannya dengan menembusi pasaran negara luar seperti Singapura dan Taiwan.

Menurut pemiliknya, Mariam Boon, 47, permintaan terhadap produk keluaran syarikat semakin meningkat berikutan kepercayaan tinggi pengguna terhadap kerepek yang dihasilkan oleh kilang miliknya.

“Kami memasarkan produk yang sememangnya dihasilkan terus oleh syarikat kami. Jadi rasanya adalah ‘fresh’ berbanding jika kita hanya memasarkan produk yang diambil dari orang tengah.

“Kerana faktor inilah permintaan dari luar negara juga dapat kita tingkatkan dan kami bercadang untuk memasarkan produk kami ke negara lain,” katanya.

Bagi memenuhi permintaan yang tinggi dari dalam dan luar negara, Azhar Food yang memiliki 40 kakitangan tetap turut mengusahakan ladang sendiri bagi membekalkan bahan mentah di samping membeli bahan dari pembekal luar.

“Langkah mengusahakan ladang tanaman ini penting bagi memastikan Azhar Food mempunyai bekalan yang cukup untuk penuhi permintaan dari seluruh negara. Antara tanaman yang

diusahakan ialah pisang, ubi kayu, sukun dan keledek.

“Di samping itu, kita mempunyai ‘contract farming’ dengan beberapa pengusaha ladang kerana ada kalanya kami kekurangan bekalan bahan mentah. Kami juga menerima bekalan dari pembekal luar lain dan ia adalah bergantung kepada permintaan,” katanya.

Minat pengguna kepada sesuatu produk juga adalah bergantung kepada cara pemasaran dan juga pembungkusan produk berkenaan. Di Azhar Food, proses pembungkusan setiap kerepek yang dihasilkan amat dititikberatkan oleh pemilik dan suaminya, Azhar Ranan, 48.

Katanya, pembungkusan setiap produk keluaran mereka bergantung kepada pasaran produk berkenaan.

“Bagi bungkusan yang akan dihantar kepada pemborong, ia akan dibungkus secara borong kerana akan memudahkan urusan jual beli pemborong berkenaan, dan bagi pembungkusan 400 gram ia dilakukan dengan cermat dan pembungkusannya mampu menarik minat pembeli.

Bagi keluaran untuk pasaran luar negara, kami mengeluarkan produk ‘canister’, katanya.

Setelah 14 tahun beroperasi, kini Azhar Food mempunyai 20 produk sendiri dan setiap satu mempunyai permintaan tinggi daripada pengguna.

“Dari semasa ke semasa, saya akan cuba untuk menambahkan lagi jumlah produk kami. Namun ia adalah berdasarkan permintaan pelanggan. ketika ini, kami masih mampu memenuhi permintaan pelanggan dan kami akan berusaha mengembangkan lagi produk berasaskan kerepek ini ke negara lain,” katanya.

Modal RM500 tidak halang bisnes berkembangKEREPEK RENGIT KINI DI TAIWAN

YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin meninjau sekitar kilang milik Azhar Food Industries

Page 23: Jauhar Bil.3
Page 24: Jauhar Bil.3

Oleh Aivizanoorwani Shah Shahroni

Page 25: Jauhar Bil.3

KaK Chom abadiKan 240 Resipi TRadisi

Digarap teliti mengikut aturan dan sukatan asal

BANYAK keistimewaan Johor - bukan sahaja aspek pelancongan, sejarah dan pembangunan, malah puluhan menu makanan lazat dan unik yang menjadi

hidangan turun temurun.Sebut sahaja laksa Johor, dapat dibayangkan mee yang

digunakan adalah spaghetti dan berbeza dengan laksa negeri lain yang menggunakan mee laksa.

Menurut Datin Kalsom Taib, makanan Johor bukan sahaja dipengaruhi ciri dan citarasa masakan Inggeris malah terdapat juga unsur resipi masakan Jawa dan Arab.

“Jika dilihat pada sejarah, Johor pernah didiami pelbagai masyarakat seperti Inggeris, Indonesia (Jawa) dan juga Arab. Sedikit sebanyak masakan nenek moyang kita dahulu sudah dipengaruhi oleh mereka dan ada diantaranya sudah diturunkan ilmu masakannya kepada keturunan mereka,”katanya.

Bagi memastikan khazanah masakan Johor ini terpelihara, beliau bersama sepupunya, Datin Hamidah Abdul Hamid, mengambil keputusan membukukan masakan turun temurun dari nenek moyang mereka.

“Keputusan untuk membukukan resipi ini diambil sejak dua tahun lalu. Ia mengambil masa yang lama kerana kami mahukan yang terbaik.

“Dalam tempoh itu, kami bukan sahaja mengumpulkan bahan untuk ditulis malah mencuba terus resipi berkenaan bagi memastikan rasanya dikekalkan di samping mengira semula jumlah sukatan atau kuantiti bahan yang digunakan,” katanya turut mesra dengan panggilan Kak Chom.

Buku berjudul ‘Johor Plate ; Tanjung Puteri Recipes’ ini

mempunyai 272 muka surat, dan mengandungi 240 resipi masakan Johor. Buku ini diterbitkan oleh Johor Corporation sebagai satu inisiatif konglomerat itu dalam menyokong memelihara dan mempopularkan semula resipi tradisi Melayu.

Kalsom dan adik saudaranya komited untuk menulis buku berkenaan adalah kerana bukan sahaja mahu memelihara keenakan masakan Johor malah mahu ia dijadikan rujukan anak muda masa kini serta generasi akan datang.

“Anak Johor kini ramai yang merantau dan ke luar negara. Dengan adanya buku ini, mereka akan dapat menikmati masakan Johor di mana sahaja mereka berada,” katanya.

Buku yang yang bakal diterbitkan pada awal 2015 itu disusun dengan begitu baik sekali dan mengikut langkah masakan yang diperlukan.

“Jika buku lain mereka akan rangkumkan semua bahan yang diperlukan, tetapi buku ini lain sedikit. Kami aturkan bahan asing-asing supaya mereka tahu mana bahan yang perlu ditumbuk, dan dihiris mengikut resipi.

“Ia sememangnya mudah dan jika pengguna mengikut langkah yang ditulis, Insya-Allah resipi yang dibuat akan menjadi,” katanya.Menjadi harapan dua bersaudara ini supaya karya mereka dapat diterima ramai dan pelbagai lapisan masyarakat dapat menjadikan buku ini sebagai rujukan utama dalam masakan mereka.

“Kami syorkan mana-mana kelas atau sekolah masakan yang berminat untuk mengajar masakan beridentitikan Johor menggunakan buku ini sebagai rujukan dan panduan mereka di dalam kelas,” katanya.

Oleh Sofiayana Ellmy Sukor

Briyani GamMee Bandung Muar

Dodol Megan

Page 26: Jauhar Bil.3

AKTA INI MENTAKRIFKAN

KEGANASAN

Keganasan yang menyebabkan

Perbuatan pasangan yang meletakkan diri pasangannyaberada dalam keadaanketakutan akan dikenakan kecederaan fizikal

Dikurung oleh pasangannya

Merosakkan harta benda dengan niat menakutkannya

atau memaksa pasanganmelakukan sesuatu

yang dia berhak untuk tidak

melakukannya

NASIHAT MANGSAKEPADA

Segera membuat laporan di BalaiPolis untuk mendapatkan perintah mahkamah supaya suami tidak dibenarkan mendekati isteri, termasuk tidak boleh memukul atau menderanya

Hubungi Talian Teledera: 1 800 88 3040 atau hadir di mana-mana PejabatKebajikan Masyarakat untuk mendapatkan perlindungandan khidmat nasihat

Hadir ke One Stop Crisis Centre (OSCS)untuk mendapatkan rawatan kesandari keganasan rumahtangga ini.Pihak hospital akan memberi layanan khusus di manakesihatan, keamanan, kerahsiaan dankeselamatan mangsaadalah dilindungi.

Menurut Farha, ramai di kalangan mangsa tidak mahu tampil ke hadapan membuat laporan kerana malu dengan persepsi masyarakat sekeliling dan hilang tempat bergantung. Selain itu, ada mangsa yang takut ugutan suami untuk meninggalkan mereka di samping mengenangkan nasib anak-anak yang masih kecil.

Terlalu mencintai suami hingga sanggup didera, mudah pasrah dan berputus asa, patuh kepada agama dan ketagihan dikenakan

faktor lain yang dilihat menyumbang punca sesetengah wanita sanggup membela suami dan menghadapi situasi itu seorang diri.

CINTA DALAM SEKSAAkta Keganasan Rumahtangga 1994 turut lindungi suami

Kita tidak mahu ia berlarutan hingga meragut nyawa.

Nasihat saya, jangan kerana cinta, nyawa

sendiri tergadai

- Siti Farha Garieb Peguambela dan Peguamcara

Kebahagiaan rumah tangga bergantung kepada corak ia dikemudikan

oleh suami selaku ketua keluarga. Bagaimana sekiranya ketua keluarga yang diharap menyemai kebahagian itu tidak melaksanakan amanah sebaiknya berubah laku menjadi seorang yang ganas dan isteri menjadi mangsa. Suami turut mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga.

Peguambela dan Peguamcara, Siti Farha Garieb, berkata pendedahan wanita terhadap hak dan undang-undang yang dapat melindungi mereka memang masih kurang walaupun pasangan itu dikurniakan anak dan ada juga kes yang dilaporkan menyebabkan kematian.

Di Malaysia, terdapat akta yang dikuatkuasakan dan digunapakai untuk melindungi wanita dari menjadi mangsa keganasan rumahtangga iaitu Akta Keganasan Rumahtangga 1994. Ia digunapakai bukan sahaja kepada isteri malah untuk segelintir suami yang menghadapi masalah serupa.

Oleh So�ayana Ellmy Sukor

Page 27: Jauhar Bil.3

DATO’ AC MIZALOleh Hairunisak Aman

Page 28: Jauhar Bil.3
Page 29: Jauhar Bil.3

Peserta selami KehiduPan aKar umbiMembentuk mahasiswa berketrampilan, bersahsiah

dan bertanggungjawab dalam masyarakat dengan slogan ‘Berkhidmat Demi Masyarakat’ sentiasa

menjadi pegangan dan prinsip setiap mahasiswa/i persatuan anak Johor IPT.

Justeru, lahir sebuah program Duta Jauhar - Mahasiswa Johor Prihatin, yang bertujuan meningkatkan taraf hidup, hubungan sosial, mind-set dan ekonomi rakyat negeri Johor melalui beberapa program yang bermanfaat membabitkan mahasiswa, agensi kerajaan, swasta dan masyarakat tempatan.

Mahasiswa dalam program itu juga berperanan sebagai agen perubahan dan perantaraan di antara masyarakat dengan kerajaan negeri dalam menggerakkan program berbentuk kemasyarakatan yang dikenalpasti untuk dilaksanakan.

Mereka dilatih supaya berkemampuan memimpin masyarakat setempat dan menjadi sumber rujukan selain bertindak sebagai model kepada masyarakat.

Mahasiswa yang dipilih akan menjadi penggerak program berdasarkan idea kreatif yang menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru dan Perancangan Berasaskan Hasil, yang bakal memberi pelbagai manfaat 10 daerah di negeri ini.

Antara program dilaksanakan di bawah Duta Jauhar; Mahasiswa Johor Prihatin termasuk projek keusahawanan penternakan burung puyuh ekspres oleh Persatuan Mahasiswa Johor Universiti Malaya (UM) dan projek Sistem Ekonomi Jaringan Usahawan Taib Andak oleh Persatuan Mahasiswa Johor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Program ini menyasarkan golongan miskin tegar dalam membantu menjana pendapatan bulanan sehingga 60

peratus melalui pelan strategik jangka masa panjang. Seorang peserta, Abdul Wahab Jumrah, 21, graduan dari

UKM, berkata program itu dapat membentuk mahasiswa yang prihatin dengan membantu golongan sasar menjayakan sektor Industri Kecil Sederhana (IKS) di Johor.

Mohd Shahrul Haizam Amran, 22, graduan Universiti Malaysia Kelantan pula berkata, program itu membentuk komunikasi dan hubungan kerjasama dua hala di antara peserta dan golongan sasar.Hasil daripada program ini, mahasiswa boleh menyumbang idea untuk memajukan masyarakat setempat dengan membantu golongan sasar cari jalan meningkatkan pendapatan.

Menurut Nurulnadiah Maddin, 21, graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), program ini banyak membantu golongan sasar menonjolkan potensi diri mereka.

“Kalangan ibu tunggal ini sebenarnya banyak potensi yang kita tidak kesan. Jadi program memberi kita peluang mengetengahkan bakat mereka dalam IKS.

“Inisiatif juga ini membuktikan kerajaan negeri komited membawa penyertaan seluruh rakyat Johor untuk merasai limpahan pembangunan yang berlaku,” katanya.

Bagi Mohd Fareez Amirah, 22, graduan Universiti Sains Malaysia (USM), pula berbangga kerana Johor menjadi peneraju program seperti ini.

“Sebagai Mahasiswa Anak Johor, saya rasa bangga dan sangat beruntung kerana Johor melaksanakan program sebegini sekali gus mengiktiraf peranan mahasiswa. Banyak manfaat yang kami perolehi melalui program ini terutama dari segi kepimpinanan. Kami dapat memimpin untuk bersama-sama menaikan nama johor,” katanya.

Oleh Hamirul Hairi Mohd Noh

Bantu golongan

sasar dalam IKS

Page 30: Jauhar Bil.3

“Program itu dapat membentuk mahasiswa yang prihatin dengan membantu golongan sasar menjayakan sektor Industri Kecil Sederhana (IKS) di Johor.”

“Program ini banyak membantu golongan sasar menonjolkan potensi diri mereka.“Inisiatif juga ini membuktikan kerajaan negeri komited membawa penyertaan seluruh rakyat Johor untuk merasai limpahan pembangunan yang berlaku,”

“Sebagai Mahasiswa Anak Johor, saya rasa bangga dan sangat beruntung kerana Johor melaksanakan program sebegini sekali gus mengiktiraf peranan mahasiswa. Banyak manfaat yang kami perolehi melalui program ini terutama dari segi kepimpinanan. Kami dapat memimpin untuk bersama-sama menaikan nama Johor,”

“Program itu membentuk komunikasi dan hubungan kerjasama dua hala di antara peserta dan golongan sasar.Hasil daripada program ini, mahasiswa boleh menyumbang idea untuk memajukan masyarakat setempat dengan membantu golongan sasar cari jalan meningkatkan pendapatan. “

Abdul Wahab Jumrah, 21, graduan dari UKM

Mohd Shahrul Haizam Amran, 22, graduan Universiti Malaysia Kelantan

Nurulnadiah Maddin, 21, graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Mohd Fareez Amirah, 22, graduan Universiti Sains Malaysia (USM),

Page 31: Jauhar Bil.3
Page 32: Jauhar Bil.3

pertubuhan atau badan ‘Lajnah Penghubung Pelajaran Agama Islam Muar’ atau dikenali sebagai LAJNAH yang ditubuhkan pada 1 Mac 1947.

Kegiatan Politik

Tan Sri Haji Hassan Yunos, seorang yang aktif dalam kegiatan politik dengan menyertai Persatuan Melayu Johor (PMJ) pimpinan Dato’ Abdul Rahman Muhamad Yasin, Yang Dipertua Pertama Dewan Negara.

Beliau juga adalah seorang pejuang UMNO bersama Dato’ Onn Jaafar menubuhkan UMNO dan menentang Melayan Union. Pada Februari 1946, PMJ mengadakan perhimpunan di Masjid Abu Bakar, Johor Bahru membantah tindakan Sultan Ibrahim menandatangani Perjanjian Malayan Union.

Beliau merupakan seorang ‘Orang Tujuh’ atau ‘Kumpulan Tujuh’ yang mengemukakan bantahan tersebut. Enam yang lain ialah Dato’ Abdul Rahman Muhamad Yasin (Ketua), Kosai bin Muhammad Salleh (Dato’), Dr Awang bin Hassan (Tun), Sulaiman bin Abdul Rahman (Dato’) dan Cikgu

Dato’ Abdul Rahman Muhamad Yasin dalam satu ucapannya di Masjid Abu Bakar telah berkata:

“….. Sekarang adalah masa kita bergerak dan bekerja untuk faedah bangsa, watan dan agama kita. Bukan lagi masa kita bercakap-cakap dan masa kita melihat faedah diri kita sendiri. Tidak tuan-tuan. Sekarang masa kita mesti membuka mata, masa kita mara ke hadapan, masa kita berjuang mempertahankan hak-hak kita yang benar lagi halal. Insya-Allah semuannya itu akan kita kerjakan……”

Apabila Dato’ Onn meninggalkan

UMNO, bekas pemimpin PMJ termasuk Haji Hassan Yunos menguasai UMNO Johor. Setelah UMNO disusun semula pada 1947, Haji Hassan bergerak aktif di Muar dengan memegang jawatan Pengerusi Penerangan UMNO Muar.

Dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Persekutuan, beliau memenangi kerusi Muar Utara dengan mengalahkan calon Parti Negara. Setelah itu beliau dilantik menganggotai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Dalam Pilihan Raya Umum 1959, Haji Hassan Yunos memenangi Kerusi Kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang, beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor melalui sistem demokrasi pada 27 Jun 1959.

Dalam pilihan raya umum 1964, sekali lagi memenangi pilihan raya Kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang dan terus dilantik menjadi Menteri Besar Johor sehingga 31 Januari 1967. Beliau merupakan Menteri Besar Johor pertama dilantik menerusi proses pilihanraya.

Pembangunan Ekonomi

Ketika Tan Sri Haji Hassan Yunos menjadi Menteri Besar Johor, bidang ekonomi negeri Johor mengalami pertumbuhan memberangsangkan. Kerancakan pembangunan jelas kelihatan apabila kerajaan negeri membina projek perumahan sebanyak 1,000 unit di Larkin.

Projek seumpama juga dilaksanakan di Kota Tinggi, Mersing, Kluang, Batu Pahat dan Muar. Pada masa Tan Sri Haji Hassan Yunos memajukan perumahan rakyat, sebuah stadium di Larkin turut dibina dengan nama Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos. Stadium ini dibina dengan tujuan untuk memajukan sukan di kalangan

belia negeri Johor.Sebuah badan berkanun dikenali

sebagai Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Johor (LKTJ) turut ditubuhkan bertujuan membuka ladang getah dan kelapa sawit yang diagihkan kepada orang Melayu yang tidak memiliki tanah untuk dimajukan.

Tan Sri Haji Hassan Yunos sendiri menjadi Pengerusi LKTJ. Dengan kegigihan beliau, kerajaan negeri berjaya membuka beribu-ribu hektar tanah di Kota Tinggi Endau, Muar dan Segamat. Setiap rancangan terdapat antara 200-300 peserta. Setiap peserta diberi kemudahan rumah yang bernilai RM4,000 dan tanah seluas 10 ekar untuk dimajukan.

Tan Sri Haji Hassan Yunos mensasarkan kemajuan negeri Johor kepada ekonomi berasaskan pertanian. Ketika beliau menjadi pentadbir negeri Johor, pelbagai kegiatan pertanian dijalankan seperti penanaman getah, kelapa sawit, nanas dan kelapa. Ini melibatkan sejumlah sepertiga penggunaan tanah di Johor untuk sektor pertanian. Oleh itu boleh dikatakan bahawa Tan Sri Haji Hassan Yunos adalah sebagai Bapa Pembangunan Pertanian Negeri Johor.

Anugerah Kebesaran

Tan Sri Haji Hassan Yunos telah dianugerahi beberapa pingat, antaranya Pingat Ibrahim Sultan (PIS) dan Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) yang membawa gelaran Dato’ oleh Sultan Johor. Beliau juga dianugerahi bintang Panglima Mahkota Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri daripada Seri Paduka Yang Dipertua Agong.

Tan Sri Haji Hassan Yunos kembali ke rahmatullah pada 12 Julai 1968.

SILA LAYARI LAMAN WEB RASMI JAUHAR DI

ATAU LAYARI LAMAN FACEBOOK JAUHARUNTUK MENDAPATKAN INFO-INFO TERKINI DIUNTUK LANGGANAN SETIAP

KELUARAN JAUHARSILA EMAILKAN NAMA PENUH, ALAMAT,NO TELEFON, PEKERJAAN,KUANTITI, DAN KEGUNAANKE EMAIL [email protected]

www.jauhar.my

www.facebook.com/jauharjohor

Page 33: Jauhar Bil.3
Page 34: Jauhar Bil.3
Page 35: Jauhar Bil.3
Page 36: Jauhar Bil.3
Page 37: Jauhar Bil.3

SUKAN ekstrim dan mencabar kian diminati golongan anak muda kita. Mereka mengisi

waktu petang, malam dan hujung minggu dengan bermain serta beraksi di kawasan yang disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Antaranya, sebuah laman papan luncur dinamakan Skate Park yang dibina Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di tapak seluas 1,350 meter persegi bersebelahan Stadium Tertutup Pasir Gudang.

Laman itu menelan belanja RM300,000 dan ia merupakan tapak sukan ekstrim pertama dibuka kepada peminatnya di Johor.

Yang Dipertua MPPG, Encik Md Za’nal Misran, berkata laman ekstrim yang dibuka kepada orang ramai ini merupakan fasa pertama yang siap dibina pada 3 September 2014 lalu.

Terdapat dua lagi fasa dalam perancangan bagi menjadikan Pasir Gudang sebuah laman sukan ekstrim yang mempunyai pelbagai fasiliti yang lengkap.

Beliau berkata, penyediaan laman berkenaan akan memberi impak positif kepada masyarakat dan pihak kerajaan dalam aspek pembangunan nilai dan modal insan rakyat di johor.

“Laman ini merupakan antara yang terbaik di Johor dan ia menjadi lokasi tumpuan pertandingan papan luncur peringkat antarabangsa,” katanya.

Bagi menjadikan Pasir Gudang sebagai sebuah kawasan yang terkenal dalam sukan ekstrim dan mempunyai pelbagai fasiliti yang lengkap, Md Za’nal berkata terdapat dua lagi fasa yang masih dalam perancangan pembangunannya.

“Antara perancangan seterusnya adalah membina sebuah astaka, dataran perhimpunan, tempat letak kenderaan dan tambahan sebuah padang latihan bagi memenuhi keperluan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ),” katanya.

Beraksi di Skate Park

MPPGTurut menjadi lokasi sukan ekstrim antarabangsa

“Laman ini merupakan antara yang terbaik di Johor dan ia menjadi

lokasi tumpuan pertandingan papan

luncur peringkat antarabangsa,”

Encik Md Za’nal Misran

Gambar ihsan oleh Khairul Anuar Muhamad Sayut

Page 38: Jauhar Bil.3

ANUGERAH Lagu Johor yang berlangsung baru-baru ini mendapat komen positif

daripada semua juri yang hadir pada malam berkenaan.

Ketua Juri, Datuk Ramli MS, berkata usaha kerajaan negeri itu wajar dipuji kerana ia memberi peluang kepada belia untuk berkarya melalui muzik yang mereka minati.

Katanya, walaupun lagu yang didendangkan mesti berunsurkan patriotik tetapi setiap peserta mampu membawakan lagu dendangan mereka dengan irama dan rentak yang sangat menarik.

“Pada malam itu, kita dapat lihat lagu berunsur patriotik dialunkan. Bukan sahaja juri tetapi penonton yang hadir juga terhibur. Inilah langkah yang harus dipuji.

“Kualiti lagu juga amat memuaskan. Mereka yang menyertai pertandingan ini adalah orang-orang baharu. Saya puji muzik dan lirik mereka. Walaupun terdapat juga sesetengahnya yang harus diperbaiki, tetapi aura lagu yang didendangkan mampu menutup kelemahan itu,” katanya.

Malam Anugerah Lagu Johor diadakan 30 Mei lalu, bertempat di Stadium Educity Nusajaya.

Pertandingan ini terbahagi kepada dua iaitu kategori Band dan Kategori Ciptaan Lagu.

Pertandingan ini diadili oleh juri-juri berpengalaman luas dalam bidang muzik iaitu:

1. Datuk Ramli bin Mohamed Salleh (Ramli MS)2. Aznan bin Alias3. Fauzi bin Marzuki4. Megat Effendy bin Zakaria (Andy Flop Poppy)5. Datuk Suhaimi bin Mohd Zain (Pak Ngah)6. Helen Yap

Menurut beliau, terdapat beberapa lagu yang layak keperingkat akhir seharusnya dialbumkan kerana ia dilihat mampu menjadi tumpuan pendengar.

“Lagu-lagu yang bagus harus dialbumkan kerana saya percaya ia mampu menarik perhatian pendengar. Terdapat juga lagu-lagu yang boleh digunakan dalam beberapa acara seperti sukan. Ia mampu menaikkan semangat sukan dan cintakan negeri,” katanya.

Melihat kepada sambutan dan karya yang diperolehi pada malam Anugerah Lagu Johor, Ramli berkata acara seumpama ini wajar diteruskan untuk menarik penglibatan lebih ramai belia dan anak muda untuk menceburi bidang ciptaan lagu.

“Ciptaan lagu bukan hanya berunsurkan cinta sahaja tetapi ia juga boleh meliputi pelbagai perkara. Corak dan olahan lagu serta lirik

100 lagu dan band serlah bakat semai semangat cinta dan bangga jadi anak Johor

Oleh: Sofiayana Ellmy Sukor

IKTIRAF KREATIVITI ANAK MUDAPERKAYA KHAZANAH SENI BANGSA JOHOR

tidak terperangkap dalam satu genre sahaja. Dengan adanya pertandingan seumpama ini, lebih banyak karya termasuk berunsurkan patriotik akan dapat dihasilkan,” katanya.

Sambutan daripada penonton juga amat memberangsangkan apabila kira-kira 3,500 pengunjung hadir. Anugerah itu turut diserikan dengan kehadiran pengacara, Dato’ AC Mizal dan kumpulan Shiro.

Datuk Ramli berkata, Anugerah Lagu Johor merupakan program yang bagus kerana ia beri peluang kepada anak muda untuk menyerlahkan bakat mereka.

Menurut beliau, walaupun anugerah itu pertama kali diadakan di Johor, ia dilihat berjaya bukan sahaja dengan sokongan peminat yang hadir malah kualiti lagu yang berjaya ke peringkat akhir juga amat memuaskan.

“Jika bakat-bakat muda ini tidak diasah, kita sendiri akan rugi. Lihat sahaja sewaktu ALJ berlangsung, walaupun ia bertemakan patriotik tetapi setiap finalis berjaya membawakannya mengikut irama pilihan mereka. Yang penting, Unsur patriotik itu tidak diketepikan,” katanya.

“Usaha kerajaan negeri itu wajar dipuji kerana ia

memberi peluang kepada belia untuk

berkarya melalui muzik yang mereka

minati.”

- Datuk Ramli MS

Page 39: Jauhar Bil.3
Page 40: Jauhar Bil.3
Page 41: Jauhar Bil.3

Ramai mungkin bergelar pemimpin atau kita semua sememangnya pemimpin tetapi tidak ramai boleh digelar tokoh apatah lagi dikenang sebagai negarawan. Pemimpin yang amanah ialah seorang insan yang memimpin dan bukan orang yang menggunakan kedudukannya untuk memimpin.

-Petikan dari karya buku “Legacy of Honour” - “Warisan Sebuah Perjuangan”

Ayuh anak Johor semarakkan semangat kepimpinan dengan ber-selfie secara kreatif bersama pemimpin-pemimpin Johor kesayangan anda.

Inilah masanya untuk anda meluahkan rasa sayang kepada pemimpin Johor yang banyak menyumbang tenaga dan membugar negeri tercinta demi pembangunan, perpaduan dan permuafakatan.

Penyertaan dengan selfie dan keterangan gambar terbaik akan dipilih sebagai pemenang seterusnya berpeluang memenangi hadiah serta akan disiarkan dalam majalah Jauhar.

Syarat penyertaan1. Warganegara Malaysia. 2. Maklumat lengkap; nama, alamat, no tel, email.3. Hantarkan penyertaan ke email: [email protected]. Tarikh penyertaan bermula 1 hingga 30 Januari 2015.

Setiap penyertaan perlu disertakan maklumat lengkap bagi memudahkan pihak kami menghubungi anda.

Page 42: Jauhar Bil.3
Page 43: Jauhar Bil.3
Page 44: Jauhar Bil.3
Page 45: Jauhar Bil.3

Sana Sini

Lawatan Kerja Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, ke Negeri Johor.

Majlis Pembukaan Rasmi Pinewood Iskandar Malaysia Studio oleh DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar,

di Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Nusajaya, Johor.

Majlis Pelancaran dan Penyerahan Mock Cheque Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun, Piala Sultan Johor 2014, di Thistle Hotel, Johor Bahru.

Program Bantuan Belia Islam Johor Anjuran Perbadanan Islam Johor dengan Kerjasama Jabatan Belia dan Sukan dan Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB), di Persada Johor.

Majlis Penyampaian Sumbangan Johor Corporation (JCorp) kepada Mercy Malaysia, di Pejabat Menteri Besar Johor, Kota Iskandar, Nusajaya.

Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Tinggi Tahun 2014 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia,

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Dewan Jubli Intan, Kota Tinggi.

Majlis Penyampaian Borang 5A Kelulusan Permohonan Tanah Kerajaan di Kampung Pengkalan Rinting Mukim Pulai, di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat.

Lawatan Kerja Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Majlis Perjumpaan dengan Bakal-bakal Haji Rombongan Kerajaan Johor Tahun 1435H/2014M, di Persada Johor.

-Majlis Pelancaran Perkhidmatan Bas Percuma Bandaraya Johor Bahru, di Persada Johor.

Page 46: Jauhar Bil.3

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-57 dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Johor Tahun 2014, di Dataran Ledang, Tangkak.

Datin Rosni Omar meluangkan masa melawat pesakit kanak-kanak, sempena Majlis Perasmian KPJ Pasir Gudang Specialist Hospital, di KPJ Pasir Gudang Specialist Hospital.

Majlis Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Muar Tahun 2014, di Dewan Masyarakat Sungai Sarang Buaya, Sungai Balang, Muar.

Majlis Berbuka Puasa dengan rakan-rakan Facebook, di Hotel M’Suite, Johor Bahru

Anugerah Olahragawan dan Olahragawati sempena Anugerah Sukan Johor 2013, di Persada Johor.

YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin bertanya pendapat dengan Mohd Hafizul Hafis Abd. Rahim salah seorang Intern Johor Talent

Majlis Penyerahan Intern Johor Talent kepada Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Negeri Johor, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Pegawai

Eksekutif Syarikat GLC, di Hotel Msuite, Johor Bahru.

Page 47: Jauhar Bil.3