jati diri kaum dan perpaduan: kajian kes cina … · jati diri kaum dan perpaduan negara 121 sangat...

31
Kajian Malaysia, Vol. 32, No.1, 2014, 119–148 © Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2014 JATI DIRI KAUM DAN PERPADUAN: KAJIAN KES CINA PERANAKAN KELANTAN DI MALAYSIA ETHNIC IDENTITY AND NATIONAL UNITY: A CASE STUDY OF KELANTAN PERANAKAN CHINESE IN MALAYSIA Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia Email: [email protected] Kajian pembinaan jati diri (identiti) sesuatu komuniti semakin penting kepada negara berbilang bangsa seperti Malaysia. Artikel ini memperlihatkan cara bagaimana komuniti Cina peranakan Kelantan mengidentifikasikan diri mereka serta kesannya ke atas isu perpaduan di Malaysia dan di Kelantan khususnya. Kepelbagaian budaya di Malaysia sebahagian besarnya berkait dengan pelbagai budaya serantau di negara ini, yang terus wujud, dan dalam beberapa kes, membangun dan maju. Budaya yang berbeza ini bertembung dan berinteraksi dalam konteks kesatuan negara dan budaya Malaysia. Dari sudut yang sama, terdapat orang yang berasal luar Malaysia, terutama orang Cina, membawa bersama budaya dan adat istiadat tanah asal mereka dan diintegrasikan budaya ini secara berperingkat dalam negara yang mereka sedang menetap ini. Artikel ini membincangkan cara orang Cina memilih kerakyatan Malaysia dan menjadi anggota masyarakat Malaysia yang pelbagai budaya. Banyak kajian tentang pembinaan jati diri orang Cina telah dilakukan sejak pengajian tentang pembinaan jati diri menjadi aliran dunia akademik sains sosial di Malaysia sekitar 1980-an. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan untuk memahami tentang pembinaan jati diri komuniti Cina peranakan di Kelantan daripada perspektif sosiobudaya. Artikel ini telah membawa kesedaran tentang kewujudan komuniti peranakan yang berbeza di Malaysia, di mana komuniti ini bukan satu entiti sosial yang homogen. Secara keseluruhannya, artikel ini telah memberi satu sumbangan yang signifikan terhadap konsep peranakan, yakni satu konsep sosial yang dihasilkan oleh negara di Kepulauan Melayu ke peringkat antarabangsa. Kata kunci: jati diri Cina, komuniti Cina peranakan Kelantan, pembinaan bangsa, kehidupan sosial budaya, entiti sosial homogen Studies on the formation of ethnic identity of a particular community are gaining in importance in plural societies such as Malaysia. This article shows how the Kelantan Chinese peranakan Community identify themselves and its impact on

Upload: lytu

Post on 28-Mar-2019

265 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JATI DIRI KAUM DAN PERPADUAN: KAJIAN KES CINA … · Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara 121 sangat berbeza di Kelantan kerana komuniti Cina kampung dilabelkan sebagai "Cina peranakan"

Kajian Malaysia, Vol. 32, No.1, 2014, 119–148

© Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2014

JATI DIRI KAUM DAN PERPADUAN: KAJIAN KES CINA PERANAKAN KELANTAN DI MALAYSIA

ETHNIC IDENTITY AND NATIONAL UNITY: A CASE STUDY OF KELANTAN PERANAKAN CHINESE IN MALAYSIA Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia Email: [email protected]

Kajian pembinaan jati diri (identiti) sesuatu komuniti semakin penting kepada negara berbilang bangsa seperti Malaysia. Artikel ini memperlihatkan cara bagaimana komuniti Cina peranakan Kelantan mengidentifikasikan diri mereka serta kesannya ke atas isu perpaduan di Malaysia dan di Kelantan khususnya. Kepelbagaian budaya di Malaysia sebahagian besarnya berkait dengan pelbagai budaya serantau di negara ini, yang terus wujud, dan dalam beberapa kes, membangun dan maju. Budaya yang berbeza ini bertembung dan berinteraksi dalam konteks kesatuan negara dan budaya Malaysia. Dari sudut yang sama, terdapat orang yang berasal luar Malaysia, terutama orang Cina, membawa bersama budaya dan adat istiadat tanah asal mereka dan diintegrasikan budaya ini secara berperingkat dalam negara yang mereka sedang menetap ini. Artikel ini membincangkan cara orang Cina memilih kerakyatan Malaysia dan menjadi anggota masyarakat Malaysia yang pelbagai budaya. Banyak kajian tentang pembinaan jati diri orang Cina telah dilakukan sejak pengajian tentang pembinaan jati diri menjadi aliran dunia akademik sains sosial di Malaysia sekitar 1980-an. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan untuk memahami tentang pembinaan jati diri komuniti Cina peranakan di Kelantan daripada perspektif sosiobudaya. Artikel ini telah membawa kesedaran tentang kewujudan komuniti peranakan yang berbeza di Malaysia, di mana komuniti ini bukan satu entiti sosial yang homogen. Secara keseluruhannya, artikel ini telah memberi satu sumbangan yang signifikan terhadap konsep peranakan, yakni satu konsep sosial yang dihasilkan oleh negara di Kepulauan Melayu ke peringkat antarabangsa. Kata kunci: jati diri Cina, komuniti Cina peranakan Kelantan, pembinaan bangsa, kehidupan sosial budaya, entiti sosial homogen Studies on the formation of ethnic identity of a particular community are gaining in importance in plural societies such as Malaysia. This article shows how the Kelantan Chinese peranakan Community identify themselves and its impact on

Page 2: JATI DIRI KAUM DAN PERPADUAN: KAJIAN KES CINA … · Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara 121 sangat berbeza di Kelantan kerana komuniti Cina kampung dilabelkan sebagai "Cina peranakan"

Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah

120

the issue of national unity in Malaysia and especially in Kelantan. Multiculturalism in Malaysia is largely concerned with various regional cultures in the country, which continue to exist, and in some cases, to further develop and progress. These cultures meet and interact in the context of a united country and Malaysian culture. In the same vein, there are people who originated from outside Malaysia, especially the Chinese, who have brought with them the cultures and mores of their lands of origin and, to varying degrees, integrated them into the country they now call home. This article discusses how the Chinese opted for Malaysian citizenship and to be a member of this multicultural society. Many studies on Malaysian Chinese identity have been conducted ever since studies on identity have become a trend in the academic world in the social sciences in Malaysia during the 1980s. In this regard, this article aims to understand the formation of the Kelantan Chinese peranakan community's identity from a sociocultural perspective. This article has brought awareness to the existence of different peranakan communities in Malaysia, hence it is not a homogeneous social entity. This article has provided a significant contribution towards the concept of peranakan, a social concept which was locally produced in the Malay archipelago, to an international level. Keywords: Chinese identity, The Kelantan Chinese peranakan, nation building, social culture life and homogeneous social entity PENGENALAN Migrasi awal orang Cina ke alam Melayu adalah untuk berniaga dan mencari kehidupan baharu. Bilangan mereka yang bermigrasi menjadi signifikan pada abad ke-18, khasnya semasa penjajahan British untuk mencari rezeki. Ketika itu mereka dianggap sebagai sojourner atau hua-qiao dan menetap di alam Melayu sehingga hari ini. Dalam proses migrasi tersebut, identifikasi mereka mengalami perubahan besar.

Perubahan itu perlu difahami demi kepentingan pembinaan bangsa. Sehubungan itu, banyak kajian tentang perubahan jati diri orang Cina di Tanah Melayu telah dilakukan oleh sarjana sains sosial sejak tahun 1980-an. Justeru, artikel ini secara sosiologi mengkaji proses pembentukan satu komuniti baharu yang beridentitikan "peranakan" dan untuk memahami kehidupan sosiobudaya mereka khususnya yang tinggal di Kampung Pasir Parit, Jajahan Pasir Mas, negeri Kelantan. Masyarakat Cina umumnya difahami oleh para pengkaji sosiologi dengan istilah yang dibahagikan antara Cina bandar atau Cina kampung (Hanapi, 1986). Hal ini paling penting untuk difahami kerana pembahagian antara Cina bandar dengan Cina kampung berbeza daripada negeri-negeri lain di Malaysia. Di negeri-negeri lain, pembahagian mengikut kumpulan dialek iaitu Hakka, Kantonis, Teochiu, Hokchia, Hainan dan lain-lain ditekankan. Bentuk ini

Page 3: JATI DIRI KAUM DAN PERPADUAN: KAJIAN KES CINA … · Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara 121 sangat berbeza di Kelantan kerana komuniti Cina kampung dilabelkan sebagai "Cina peranakan"

Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara

121

sangat berbeza di Kelantan kerana komuniti Cina kampung dilabelkan sebagai "Cina peranakan" (Hanapi, 1986).

Berdasarkan gambaran yang diberikan tentang Kelantan, Teo (2008) menyatakan bahawa orang Melayu (natives) tidak membenarkan wanita mereka mengahwini orang Cina bahkan orang Cina juga agak jarang berkahwin dengan orang Melayu (Tweedie, 1953; Wang Gungwu, 1988; Teo, 2008). Mereka lebih cenderung mengahwini wanita Siam. Persamaan agama memudahkan perkahwinan campur antara dua komuniti ini. Perkahwinan Cina-Thai menandakan bermulanya Cina peranakan di Kelantan. Dari segi sejarah kahwin campur, biasanya perkara ini terjadi antara Cina Buddha, sementara Melayu Muslim selalunya jarang sekali berlaku (Teo, 2008). Anak yang lahir hasil daripada perkahwinan campur ini membesar sebagai orang Thai berbanding sebagai orang Cina di bawah pengaruh ibunya. Justeru, budaya dan bahasa Thai begitu cepat meresap ke dalam kehidupan anak-anak mereka.

MIGRASI ORANG CINA DARI THAILAND KE KELANTAN Untuk mengkaji sejarah penempatan orang Cina di Kelantan, satu perkara yang boleh diselidiki ialah migrasi orang Cina dari Thailand ke Kelantan. Hal ini dikatakan demikian kerana arus kedua perhijrahan yang ketara ialah perhijrahan orang Hokkien, kebanyakan mereka datang melalui jalan darat iaitu melalui Kemboja, Siam, Pattani dan seterusnya memasuki Kelantan. Sejumlah besar Cina peranakan yang dikaji secara rambang mendakwa bahawa nenek moyang mereka datang dari Thailand. Pelabuhan-pelabuhan utama di Nakhon Si Thammarat, Pattani dan Songkhla merupakan kawasan penempatan pedagang-pedagang tertua di selatan Thailand dan utara Malaysia. Pelabuhan-pelabuhan ini menjadi pelabuhan terawal di Thailand yang menarik perhatian orang Cina dan pedagang-pedagang asing yang lain. Pattani dan Nakhon Si Thammarat dilaporkan mempunyai jumlah penduduk yang ramai pada abad ke-16 dan ke-17. Cina peranakan Pattani terhasil daripada perkahwinan campur antara orang Cina dengan orang Siam. Anak-anak mereka biasanya hanya boleh bertutur bahasa Thai seperti luk chin yang bermaksud "anak atau anak-anak Cina" dan membesar sebagai Thai-Cina di bawah dominasi atau pengaruh ibunya yang berbangsa Thai (Teo, 2008).1

Cina peranakan Pattani bermigrasi dalam jumlah yang cukup besar ke Kelantan melalui Legeh iaitu berkemungkinan dari Tomoh, pekan utama di Legeh. Mereka menaiki kapal untuk perjalanan ke Kelantan sepanjang Sungai Pergau sebelum berubah haluan ke timur memasuki Sungai Kelantan. Sekiranya Cina peranakan Pattani menuju ke arah selatan ke Sungai Galas, mereka sepatutnya sampai di kawasan pedalaman yang terpencil negeri Kelantan iaitu kawasan Pulai yang terkenal dengan lombong emas dan kebanyakan penduduk yang mendiami kawasan itu ialah orang Cina. Sebaliknya, Cina peranakan Pattani memilih untuk menjadi petani. Hal ini bererti perjalanan mereka ke arah timur ke

Page 4: JATI DIRI KAUM DAN PERPADUAN: KAJIAN KES CINA … · Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara 121 sangat berbeza di Kelantan kerana komuniti Cina kampung dilabelkan sebagai "Cina peranakan"

Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah

122

kawasan tanah subur sepanjang Sungai Kelantan. Mereka sampai di Kelantan dan mengambil keputusan untuk terlibat dalam aktiviti pertanian. Keadaan ini telah memperkukuh lagi kewujudan Cina peranakan di negeri Kelantan (Teo, 2008).

Faktor kewujudan Cina peranakan Pattani dikukuhkan lagi melalui hasil kajian Hanapi (1986: 30‒31) yang juga menyatakan bahawa orang Cina di Kampung Mata Air asalnya datang dari Pattani di Selatan Thailand di sekitar abad ke-17 dan ke-18. Mereka datang ke Kelantan melalui sempadan Legeh, dan diikuti Sungai Pergau dan sampai di Sungai Kelantan. Kajian migrasi orang Cina dari Thailand adalah penting untuk mengetahui tentang tempoh masa dan kondisi petempatan orang Cina di Kelantan dengan lebih mendalam. Gambaran ini menunjukkan wujud petempatan orang Cina di Kelantan, iaitu tarikh yang sama Hsieh datang melawat pada abad ke-18. Keturunan peneroka Cina awal yang berkahwin dengan penduduk tempatan berhubung rapat dengan Siam dan Melayu yang akhirnya membentuk sebuah komuniti sehingga hari ini (Hanapi, 1986). KONSEP PEMBINAAN JATI DIRI KAUM DAN PERPADUAN NEGARA MALAYSIA

Artikel ini bertujuan untuk memahami dan menjelaskan makna identiti peranakan dan asal usul sesuatu kaum di Malaysia. Malah, penulis yakin melalui penelitian pembinaan jati diri peranakan dan memahami kehidupan sosiobudaya mereka, merupakan langkah terbaik untuk memperkukuhkan kefahaman dan seterusnya melestarikan jati diri budaya peranakan. Penyelidikan ini juga diharapkan dapat memperkasakan sejarah dan konteksnya akan memudahkan proses integrasi antara kaum di negara kita secara keseluruhannya. Howards Wriggins misalnya, mendefinisikan integrasi sebagai "proses menyatukan bahagian yang terpisah dalam masyarakat kepada penyatuan menyeluruh atau penghasilan sebuah bangsa daripada masyarakat kecil yang pelbagai" (Wriggins, 1966). Proses ini relevan terutamanya bagi negara baharu2 yang terdiri daripada masyarakat majmuk dari segi etnik dan kaum yang dikategorikan mengikut bahasa, identiti dan ciri-ciri unik.

Integrasi nasional boleh dicapai dengan beberapa cara. Antaranya, proses asimilasi kaum minoriti ke dalam kelompok dominan. Louis Dumont menyatakan bahawa "dalam berhadapan dengan pendatang asing, satu-satunya penyelesaian yang ada ialah untuk mengasimilasikan, iaitu dengan memisahkan mereka daripada khazanah budaya mereka dan melayani mereka secara sama rata dalam suatu sistem yang menuntut dan memasarkan kesamarataan dari segi undang-undang" (Dumont, 1972: 19). Ahli sosiologi lain, Robert E. Park, berpendapat "hubungan antara kelompok dominan dengan kelompok minoriti bergerak melalui kitaran yang jelas dengan suatu matlamat akhir; proses asimilasi kaum minoriti ke dalam masyarakat dominan" (Park, 1950). Suatu proses berperingkat ke arah mengecilkan penzahiran sosial diperlukan untuk proses asimilasi ini berlaku. Pengecilan penzahiran sosial bermakna semua kelompok yang berbeza

Page 5: JATI DIRI KAUM DAN PERPADUAN: KAJIAN KES CINA … · Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara 121 sangat berbeza di Kelantan kerana komuniti Cina kampung dilabelkan sebagai "Cina peranakan"

Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara

123

ini tidak dilihat membentuk suatu pakatan dan kelompok minoriti yang kuat yang meletakkan kepentingan mereka sebagai pertimbangan utama mengatasi kepentingan masyarakat nasional yang lebih besar (Wan Hashim, 2011).

Pendekatan dianggap cara paling berkesan iaitu dengan memiliki bahasa kebangsaan yang bukan sahaja dapat memudahkan komunikasi antara pelbagai kelompok, malah dijadikan pembinaan jati diri dan budaya kebangsaan. Pendekatan inilah yang sesuai untuk menjelaskan pembinaan jati diri komuniti Cina peranakan dan perpaduan di Malaysia. Negara satu bahasa (Ambedkar)3 adalah stabil kerana ia dibina atas perasaan kekitaan, perasaan satu jiwa atau sentimen kebersamaan yang menyebabkan setiap individu yang memilikinya terasa seperti bersaudara. Perasaan kekitaan ini diistilahkan sebagai "kesedaran untuk bersama" atau "keinginan untuk tidak berada dalam kelompok lain," dan perasaan begini dianggap asas sesebuah negara yang stabil dan demokratik dan sesuai untuk pembentukan satu bangsa melalui konsep 1Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 2009. Pendekatan mewujudkan suatu bahasa tunggal ini merupakan kaedah yang sering kali digunakan untuk mencapai integrasi nasional oleh pemimpin yang baru merdeka. Konsep ini akan menjadi semakin mantap dengan adanya satu lagi pendekatan iaitu mewujudkan ideologi yang mendefinisikan matlamat bangsa. Ideologi yang didefinisikan oleh Wriggins iaitu "satu susunan idea yang saling berkait bertujuan mendefinisikan objektif sesebuah masyarakat dan memberikan gambaran bagaimana objektif tersebut dapat dicapai." Ideologi ini mampu berfungsi untuk mengesahkan dan mengukuhkan autoriti pihak berkuasa. Bagaimanapun kejayaan bergantung pada faktor dalaman sesebuah negara itu dan sebaik mana kerajaan melaksanakannya (Wan Hashim, 2011).

Justeru, dengan memahami proses integrasi dan pembinaan jati diri komuniti peranakan dan kehidupan sosiobudaya mereka, kita dapat melihat secara jelas kedudukan komuniti peranakan di Malaysia dan lebih penting daripada itu memahami proses pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang merdeka dan berdaulat. Justeru, mengenali dan memahami pembinaan jati diri Cina peranakan Kelantan serta kehidupan sosiobudaya mereka akan memberikan kita pelbagai permasalahan seperti rasa tidak puas hati, buruk sangka dan lebih malang lagi, mempertikaikan hak dan kedudukan sesuatu komuniti yang merupakan kelompok minoriti di negara ini. Acap kali apabila sesuatu perkara itu membabitkan kepentingan kaum Melayu, perkara itu dianggap satu isu perkauman yang menafikan hak dan kepentingan kaum lain. Keadaan ini mesti diperbetulkan. Kelemahan kita menguasai dan memahami jati diri peranakan juga mengakibatkan jurang integrasi antara komuniti dalam persekitaran mereka semakin melebar. Maka di sinilah letaknya peranan rakyat Malaysia untuk menyedari kepentingan sesuatu komuniti dan bagaimana memahaminya dalam konteks masyarakat majmuk.

Tan (1983; 1988a; 1988b; 2000) telah banyak mengkaji pembinaan jati diri orang Cina peranakan, iaitu Baba, di Melaka. Dalam kertas kerjanya pada

Page 6: JATI DIRI KAUM DAN PERPADUAN: KAJIAN KES CINA … · Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara 121 sangat berbeza di Kelantan kerana komuniti Cina kampung dilabelkan sebagai "Cina peranakan"

Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah

124

1983, beliau mengkaji bagaimana Baba menyatakan jati dirinya dari segi budaya. Rangka pemikirannya dipengaruhi konsep situational ethnicity yang telah dilakukan Cohen, Barth, Nagata dan Keyes di tempat lain. Menurut Tan, faktor penting dalam pendefinisian penyataan jati diri bergantung pada jenis interaksi yang dilalui aktor sosial. Walaupun Baba sentiasa menggunakan ciri budaya untuk menyatakan jati diri mereka, maka Tan (1988b) dalam kajiannya menghujahkan bahawa pembinaan jati diri Baba ialah hasil perubahan budaya, iaitu melalui proses akulturasi. Sehubungan itu, Baba mengidentifikasikannya sebagai orang Cina, tetapi orang Cina lain memandangnya sebagai kaum lain. Hal ini disebabkan orang Cina menganggap Baba lebih mirip kepada orang Melayu.

Dalam kajian Tan yang lain (1983; 1988a; 1988b), pembinaan jati diri Baba dilihat sebagai dinamik dan berubah-ubah mengikut masa dan situasi dari segi ontologi. Jika dilihat dari segi epistemologi, analisis Tan menonjolkan unsur budaya yang terdiri daripada pakaian, rambut, makanan dan cara memasak, agama, adat-istiadat dan bahasa sebagai sumber utama pembinaan jati diri Baba. Unsur-unsur budaya itu tidak sahaja digunakan orang Cina untuk mengidentifikasikan Baba, tetapi juga digunakan Baba untuk mengidentifikasikannya sebagai orang Cina yang unik. Dalam buku Nation Building and Being Chinese in a Southeast Asian State: Malaysia, Tan (1988c) cuba mengaitkan pembinaan jati diri orang Cina dengan pembinaan bangsa (nation building) kerajaan Malaysia. Hubungan antara jati diri orang Cina dengan pembinaan bangsa dilihat daripada tiga isu besar, iaitu bahasa dalam pendidikan, polisi sosioekonomi dan budaya kebangsaan. Hubungan ini boleh dilihat melalui tiga komponen utama pembinaan jati diri kaum, yakni label, identifikasi objektif (seperti bahasa dan adat resam) dan identifikasi subjektif. Baginya, komponen yang terakhir itu meliputi persepsi atas diri dan juga makna menjadi orang Cina dari segi sosial dan psikologi. Hujah itu juga terdapat dalam bukunya The Baba of Melaka: Culture and Identity of a Chinese Peranakan Community in Malaysia (Tan, 1988b) yang menyatakan pendiriannya dalam kajian pembinaan jati diri kaum Baba dengan menggunakan self-ascription sebagai ciri utama pembinaan jati diri peranakan. Dengan kata lain, Baba ialah orang Cina yang mengidentifikasikannya sebagai Baba. Sebagai kesimpulan, Tan membincangkan kaedah untuk memahami perubahan jati diri orang Cina melalui definisi tentang pembinaan jati diri kaum tersebut.

Pembinaan jati diri boleh dilihat dari sudut pandangan, cara interpretasi realiti dan alat yang digunakan untuk mengumpulkan data. Tan menekankan betapa perlunya menggunakan rangka fikiran yang holistik untuk memahami pembinaan jati diri kaum dengan mementingkan label, komponen objektif dan subjektif.

Secara keseluruhannya, Tan (1983; 1988a; 1988b; 2000) melihat pembinaan jati diri orang Cina dalam proses akulturasi itu dengan memfokuskan kepada reaksi orang Cina di Malaysia dari aspek faktor luaran yang mengancam jati diri mereka. Beliau berpendapat, faktor luaran yang kebanyakannya dalam

Page 7: JATI DIRI KAUM DAN PERPADUAN: KAJIAN KES CINA … · Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara 121 sangat berbeza di Kelantan kerana komuniti Cina kampung dilabelkan sebagai "Cina peranakan"

Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara

125

bentuk fakta sosial itu dapat difahami berdasarkan interpretasi dan konsepsi tentang pentingnya menggunakan pendekatan fenomenologi dan subjektiviti, iaitu sejenis epistemologi yang mengutamakan interpretasi dan konsepsi pelaku sosial, bukannya interpretasi orang yang menjalankan penyelidikan.

Sarjana lain seperti Hou (2002), selari dengan Tan, iaitu melihat jati diri dan budaya orang Cina di Malaysia sebagai realiti sosial yang dinamik dan sentiasa berubah mengikut keadaan dalam interaksi etnik dan perkembangan politik semasa di Malaysia. Secara epistemologi, Hou menetapkan beberapa cara untuk melihat hubungan antara jati diri dengan aktor-aktor sosial seperti budaya, pendidikan dan politik. Hou mengehadkan analisisnya kepada perubahan jati diri orang Cina dalam ruang tersebut dengan memecahkan perkembangan politik dan ekonomi Malaysia kepada dua peringkat masa iaitu pra merdeka dan pasca merdeka. Untuk masa pra merdeka, beliau memperkatakan pengaruh pergerakan politik, iaitu perkembangan ideologi reformists dan revolutionists di China yang secara langsung telah mempengaruhi kesedaran untuk membina jati diri orang Cina di Malaysia. Sementara itu, untuk masa pasca merdeka, beliau menganalisis tuntutan orang Cina berhubung dengan status pendidikan bahasa dan budaya Cina dalam interaksi antara etnik di bawah payung besar perubahan ekonomi dan politik menuju ke arah pembangunan yang seimbang. Justeru, Hou (2002: 242) menyimpulkan, pembinaan jati diri dan budaya orang Cina di Malaysia ialah hasil perubahan politik perkauman dan orang Cina sebagai pelaku sosial tidak mampu untuk menentukan jenis jati diri yang dikehendaki. Hou akhirnya merumuskan, berpandukan andaiannya bahawa jati diri orang Cina ialah hasil perubahan pemboleh ubah dalam bentuk struktur dan institusi sosial.

Walaupun begitu, pemahaman dan pengertian seseorang tentang konsep pembinaan jati diri komuniti Cina peranakan sentiasa berbeza dan sering kali tidak sependapat dengan istilah-istilah yang terkandung dalam konsep amalan dan tingkah laku aktor sosial yang dikaji. Justeru, untuk memahami dan menjelaskan makna jati diri Cina peranakan, tindakan manusia sering didahulukan dengan sebab-sebab tertentu seperti niat dan motif. Tanpa niat dan motif, tingkah laku seseorang aktor sosial kemungkinan besar tidak akan memberi makna yang diterima dan dianggap logik. Oleh sebab itu, tingkah laku manusia itu yang perlu diinterpretasikan dengan berdasarkan motif serta niat mereka (Winch, 1964). Maka, dalam konteks mengidentifikasikan peranakan, konsep dan makna-makna ini diperoleh daripada pengetahuan yang dibentuk lalu dikongsi bersama untuk menghasilkan pengetahuan yang lebih mendalam.

LATAR BELAKANG SEJARAH PEMBINAAN JATI DIRI KAUM CINA PERANAKAN John Clammer mengistilahkan peranakan sebagai "...is the Malay designation for 'local-born people'" (1980: 3). Dalam istilah perubatan moden, "peranakan"

Page 8: JATI DIRI KAUM DAN PERPADUAN: KAJIAN KES CINA … · Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara 121 sangat berbeza di Kelantan kerana komuniti Cina kampung dilabelkan sebagai "Cina peranakan"

Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah

126

merupakan sebahagian daripada anatomi perempuan yang menggambarkan rahim. Wazir Jahan Karim menyatakan bahawa:

Malay midwives describe it as the place in the abdomen where ''the foetus clings'' and the baby begins to grow. Hence it is closely associated with blood, semen and fertilization, in the sense that a foetus is recognized to develop from a clot of blood after fertilization takes place (Wazir, 1990: 49‒50).

Bidan Melayu pula menggambarkannya sebagai tempat di dalam

abdomen, iaitu ''janin melekat'' dan bayi mula berkembang. Oleh itu, ia berkait rapat dengan darah, air mani dan persenyawaan, dalam erti kata bahawa janin diiktiraf untuk dibangunkan daripada sebuku darah selepas persenyawaan berlaku (Wazir, 1990: 49‒50). Peranakan Indonesia atau peranakan Malaysia masing-masing merujuk kepada frasa "dilahirkan Indonesia" atau "dilahirkan Malaysia." Justeru mempunyai konotasi berkenaan dengan eufemisme iaitu "darah bercampur-campur" dan telah digunakan untuk mana-mana kelahiran asli yang berketurunan campuran—Arab peranakan, Cina peranakan, Belanda peranakan, Jawi peranakan dan lain-lain. Keadaan ini menggambarkan seolah-olah Cina peranakan, sentiasa penting jika bukan minoriti yang lebih berpengaruh, diperuntukkan istilah mereka sendiri.

J. D. Vaughan dalam buku, The Manners and Customs of the Chinese of the Straits Settlements (1879), mengesan etimologi perkataan Baba sebagai satu istilah yang digunakan oleh keturunan Benggali untuk memberikan gelaran kepada kanak-kanak Eropah, "dan ia mungkin juga perkataan yang digunakan oleh banduan India di Pulau Pinang untuk kanak-kanak Cina dan kemudian digunakan secara menyeluruh" (Vaughan, 1879: 2). R. J. Wilkinson berpendapat bahawa Baba ialah nama deskriptif untuk "Eropah, Eurasian dan lelaki Cina untuk membezakan mereka daripada orang-orang yang dilahirkan di Eropah dan China," dan "nama deskriptif digunakan untuk lelaki Selat yang dilahirkan di China" (Wilkinson, 1956: 50). Kobayashi Shinsaku telah membuat spekulasi bahawa Baba dirosakkan oleh perkataan Melayu untuk bapa sedangkan Bapa digunakan sebagai honorific4 untuk Peranakan Jawa (Kobayashi Shinsaku, 1931: 93).

John Clammer membuat spekulasi bahawa "Baba" sepatutnya diterjemahkan sebagai "ba-ba," menunjukkan kejahilan bahasa dan adat resam Cina. "If this is at all true, it would account for many Straits Chinese disliking the term when it is applied to them!" (Clammer, 1980, nota kaki: 5). Sebaliknya, Png Poh-Seng menyatakan bahawa, "In the heyday of Straits Chinese prestige and influence, it was an advantage to be a Baba, and it is not far-fetched to assume that all Straits-born Chinese then liked to be known as Babas" (Png Poh-Seng, 1969: 97). Png Poh-Seng bersetuju bahawa takrif awal yang diberikan oleh Rev. Carstairs Douglas, "as it is fairly certain from accounts of Sino-Malay marriages

Page 9: JATI DIRI KAUM DAN PERPADUAN: KAJIAN KES CINA … · Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara 121 sangat berbeza di Kelantan kerana komuniti Cina kampung dilabelkan sebagai "Cina peranakan"

Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara

127

in Malacca that the term was introduced to describe the progeny of such mixed parentage" (Png Poh-Seng, 1969: 96). Dalam hal ini Douglas menganggapnya sangat adil atau wajar kerana berdasarkan keterangan perkahwinan Sino-Melayu di Melaka membawa maksud bahawa istilah itu diperkenalkan untuk menggambarkan anak cucu daripada keturunan campuran.

Asal usul Cina peranakan boleh digalurkan sebagai hubungan awal dan lama antara orang Cina dari negara China dengan masyarakat peribumi setempat, khasnya kumpulan komuniti Melayu dan Siam. Hubungan sosial yang wujud itu dipermudah antaranya oleh perkahwinan campur pada awal pertumbuhan masyarakat Cina peranakan. Perkahwinan campur antara lelaki Cina dengan wanita setempat, khususnya yang bukan Islam, banyak dilaporkan dalam kosa ilmu tentang Cina peranakan di Nusantara. Amalgamasi merupakan istilah perkahwinan campur antara kaum, contohnya komuniti Cina dan Siam. Amalgamasi biasanya dikaitkan dengan asimilasi budaya kerana berkaitan dengan interaksi antara dua budaya berbeza (Teo, 2008). Kemudian, amalgamasi terjadi konflik, baik antara individu pelaku amalgamasi, antara keluarga pelaku amalgamasi, mahupun antara individu dengan keluarga. Konflik biasa terjadi ketika ada perbezaan kepentingan yang diperjuangkan oleh kedua-dua budaya tadi. Dalam amalgamasi, kepentingan yang diperjuangkan ialah dominasi budaya. Konflik tersebut akan terus terjadi selama egois budaya tetap dipertahankan dan tidak adanya keinginan untuk memahami budaya lain.

Perkahwinan pula terjadi dengan dua cara iaitu endogami dan eksogami. Menurut Goode (dipetik dalam Giddens, 1990: 46), perkahwinan eksogami inilah yang melahirkan istilah perkahwinan silang antara kaum atau perkahwinan campur yang melibatkan dua budaya yang berbeza. Dari segi pijin sosiologi, kahwin campur ini dipanggil amalgamasi. Perkahwinan ini boleh diaplikasikan kepada kes kahwin campur antara komuniti Cina dengan Siam di Kelantan sehingga melahirkan Cina peranakan Kelantan. Amalgamasi bererti meleburkan semua budaya, baik yang dianuti majoriti, kaum kuat, minoriti mahupun kaum lemah untuk membentuk budaya dominan yang baharu. Amalgamasi berbeza daripada asimilasi mahupun akulturasi. Asimilasi ialah proses budaya yang dianuti oleh majoriti atau kaum kuat dijadikan satu-satunya budaya dan yang lain hilang atau lebur di dalamnya, sedangkan proses akulturasi, budaya yang dianuti minoriti atau kaum lemah tidak hilang. Akan tetapi, budaya itu secara signifikan kehilangan pengaruh kerana telah disesuaikan dengan budaya majoriti atau kaum kuat. Hal ini dapat difahami melalui kajian Hanapi (1986) yang menganggap kelompok Cina mengalami asimilasi budaya dengan komuniti Melayu Kelantan, namun asimilasinya tidak selesai atau dikenal sebagai asimilasi separa. Peranakan masih mengekalkan identiti Cina dan juga agama moyang mereka, agama Buddha. Akan tetapi kelainan agama ini tidaklah dapat dibezakan sangat antara komuniti Cina peranakan dengan komuniti Melayu terutama pada penglihatan orang dari luar Kelantan. Kekeliruan juga sering timbul kerana kadangkala Cina

Page 10: JATI DIRI KAUM DAN PERPADUAN: KAJIAN KES CINA … · Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara 121 sangat berbeza di Kelantan kerana komuniti Cina kampung dilabelkan sebagai "Cina peranakan"

Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah

128

peranakan juga menggunakan nama-nama terutama nama jolokan yang seakan-akan sama dengan orang Melayu. Justeru, dalam proses pembinaan jati diri komuniti Cina peranakan, perkara ini boleh dikukuhkan lagi dengan merujuk pandangan Skinner (1963) tentang definisi utama kahwin campur yang menjurus kepada "amalgamasi budaya" iaitu:

In every case, the formative period for the locally rooted society began when immigrants settled on the land, formed alliances with indigenous women—Chinese women almost never immigrated over-seas prior to this century—and reared children who were taught to identify themselves as Chinese. Marriage among these mixed-blood descendants of immigrants led eventually to the development of a fairly stable society (Skinner, 1963: 104).

Tidak semua sarjana dengan sebulat suara menyokong bahawa kahwin

campur akan menjadi prinsip asas pembinaan jati diri komuniti peranakan dan jati diri sosial. John Clammer mencatatkan bahawa tidak banyak bukti kahwin campur; sangat kecil komuniti Cina prakolonial seperti Melaka, iaitu internally self-sufficient dan infra-communally seimbang bagi nisbah seksnya. "In fact, there is no evidence at all that peranakan culture emerged from a process of biological syncretism; rather, it is the result of cultural assimilation and adaptation to the host country, a process which did not begin in a systematic way until the nineteenth century..." (Clammer, 1980: 46). HOKKIEN DAN PEMBINAAN JATI DIRI KOMUNITI CINA PERANAKAN KELANTAN Walaupun tidak ada rekod bertulis tentang kedatangan awal orang Cina ke Kelantan, namun orang Cina peranakan percaya bahawa kedatangan awal nenek moyang mereka ke negeri Kelantan adalah lebih awal daripada kedatangan Cina pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Misalnya, rekod daripada pengembara Cina seperti buku Hailu (Records of Sea) yang merekodkan petempatan Cina. Dalam mengkaji sejarah petempatan orang Cina di Kelantan, satu perkara yang boleh diselidiki ialah migrasi orang Cina dari Thailand ke Kelantan.

Sejumlah besar Cina peranakan yang dikaji secara random mendakwa bahawa datuk moyang mereka datang dari Thailand seperti mana yang dikaji oleh Hanapi (1986: 30‒31) yang menyatakan bahawa orang Cina di Kampung Mata Ayer asalnya datang dari Pattani di Selatan Thailand dalam abad ke-17 dan ke-18.

Pembangunan sub-etnik merupakan salah satu kajian penting yang sering mendapat perhatian para sarjana sosiologi. Tema-tema seperti asimilasi budaya komuniti peranakan (Hanapi, 1986; Teo, 2003; Tan, 2001; Khoo, 2010), Cina di

Page 11: JATI DIRI KAUM DAN PERPADUAN: KAJIAN KES CINA … · Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara 121 sangat berbeza di Kelantan kerana komuniti Cina kampung dilabelkan sebagai "Cina peranakan"

Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara

129

Asia Tenggara dan perubahan identiti (Tan, 2001; Armstrong, Armstrong and Mulliner, 2001), Baba Melaka, Jawi peranakan: Budaya dan identiti Cina peranakan (Tan, 1988b; Winzeler, 1990; Gosling, 1990). Tema-tema ini, kemudiannya dijadikan sebagai objektif utama untuk memahami makna peranakan bukan sahaja untuk memahami identiti Cina peranakan Kelantan malah untuk peranakan lain khususnya di Malaysia dan Asia Tenggara (Tan, 2001; Khoo, 2010; Leo Suryadinata, 2004; Nagarajan, 2009).

Kebanyakan sarjana memberikan makna peranakan sebagai hasil daripada asimilasi budaya (Hanapi, 1986; Tan, 2001; Khoo, 2010). Bagaimanapun asimilasi budaya dalam kalangan peranakan ialah asimilasi separa kerana mereka tetap berpegang pada amalan tradisi Theravada (Teo, 2008; Khoo, 2010). Kemudian, beberapa pengkaji mentakrifkan peranakan sebagai hasil perkahwinan campur antara lelaki Cina Hokkien dengan wanita Siam tempatan hasil daripada interaksi komuniti Cina-Melayu dan Siam. Walaupun mereka berkahwin dengan wanita Siam tempatan, namun komuniti Cina peranakan mengamalkan budaya Melayu (Teo, 2008). Perkahwinan campur dan penyerapan budaya Melayu telah membentuk satu komuniti baharu berketurunan Cina tetapi rupa paras mirip Melayu. Malah, kehidupan sosiobudaya komuniti ini seperti orang Melayu. Dengan perkataan lain, komuniti baharu ini memiliki tipologi yang berbeza dengan Cina jati, juga bukan Siam walaupun lelaki Cina Hokkien berkahwin dengan wanita Siam tempatan malah juga bukan Melayu meskipun berwajah atau berperwatakan Melayu dan mengamalkan budaya Melayu tetapi dikenali sebagai peranakan (Teo, 2008). Di Kelantan komuniti peranakan ini juga dipanggil sebagai "Cina kampung" (Hanapi, 1986).

Penggunaan istilah "Cina kampung" merujuk kepada kelompok Cina yang mewarisi dan mengamalkan budaya berbaur dengan budaya Melayu. Perkahwinan antara lelaki Cina dengan wanita Siam yang dianggarkan sejak 200 tahun yang lalu di Pattani dan Kelantan menandakan bermulanya komuniti Cina peranakan di Kelantan. Dalam hal Cina peranakan ini mereka mengambil beberapa unsur dan bibit budaya Melayu. Jika merujuk kepada komuniti Cina peranakan pasti ada komponen budaya Melayu dalam budaya mereka. Jika komponen ini hilang bererti hilanglah juga komuniti Cina peranakan Kelantan. Komponen budaya Cina yang sangat menonjol dalam cara kehidupan Cina peranakan ialah agama mereka iaitu Buddha, Konfucianisme dan Taoisme.

Dalam hal ini, Hokkien berperanan untuk mengembangkan jati diri komuniti Cina peranakan Kelantan hasil daripada percampuran budaya mereka yang unik. Penempatan Hokkien tersebar luas ke kawasan bandar, pinggir bandar, pekan dan kawasan luar bandar atau pedalaman yang kebanyakannya berada di sepanjang Sungai Kelantan. Pembangunan sub-etnik terjadi melalui kelompok Cina Hokkien. Orang Hokkien yang tinggal di luar bandar dilihat bukan sahaja mampu beradaptasi dan bertolak ansur dengan budaya Melayu, malah telah menyerap budaya tersebut menjadi sebahagian daripada amalan kehidupan sosiobudaya mereka. Walau bagaimanapun budaya masyarakat Melayu di

Page 12: JATI DIRI KAUM DAN PERPADUAN: KAJIAN KES CINA … · Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara 121 sangat berbeza di Kelantan kerana komuniti Cina kampung dilabelkan sebagai "Cina peranakan"

Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah

130

kawasan bandar dan pinggir bandar kurang berpengaruh dalam kalangan orang Cina kerana kebanyakan orang Melayu tinggal di luar bandar (Teo, 2008).

Kebanyakan Hokkien yang terlibat dalam aktiviti perdagangan menyertai imigran Cina yang masuk secara beramai-ramai pada pertengahan abad ke-19 dan awal abad ke-20 di seluruh Asia Tenggara. Sementara Hokkien yang terdiri daripada petani, tinggal di luar bandar terutama sepanjang sungai Kelantan, meneruskan aktiviti pertanian berskala kecil. Melalui perkahwinan campur antara lelaki Cina Hokkien dengan wanita Siam tempatan inilah membawa kepada asimilasi bahasa dan budaya (Teo, 2008; Hanapi, 1986). Menurut Teo (2008), asimilasi yang tinggi dalam kalangan orang Cina Hokkien yang tinggal di luar bandar terhadap persekitaran Melayu menjadikannya Cina peranakan Kelantan. Petempatan Cina peranakan Kelantan dalam pelbagai saiz muncul di kedua-dua belah tebing Sungai Kelantan. Di kawasan penempatan ini jarak antara satu rumah dengan rumah yang lain sangat jauh atau jarang-jarang. Dari segi taburan, komuniti Cina peranakan Kelantan tertumpu di persekitaran atau kelompok (clusters) yang majoritinya Melayu. Sebahagian lagi tinggal di kawasan penempatan komuniti Thai. Cina peranakan Kelantan berkongsi karakter-karakter tertentu berdasarkan daerah di negeri ini. Misalnya, dari segi struktur binaan rumah, kebanyakan rumah mereka berada dalam kedudukan lelurus mengadap sungai. Justeru, dari segi taburan penempatan, mereka membina rumah-rumah di tepi tebing sungai. Sehingga kini, kita boleh temui kelompok ini bermula dari Sungai Pinang yang berhampiran muara Sungai Kelantan sehingga ke kawasan-kawasan pedalaman (Hanapi, 1986; Teo, 2008).

Berdasarkan perbincangan tentang sejarah kedatangan orang Cina ke alam Melayu, ternyata telah terjadi perkahwinan campur antara Cina Hokkien-Siam dan akhirnya berbaur dan akomodasi dengan penduduk tempatan yang terdiri daripada Melayu dan Siam sehingga akhirnya mereka mampu menjalani kehidupan sosiobudaya dalam suasana harmonis. Komuniti ini mampu untuk beradaptasi, berakulturasi, dan akomodasi dengan baik melalui kemahiran bermasyarakat. Terdapat empat ciri utama yang menjadi amalan komuniti Cina peranakan Kelantan, iaitu kemahiran bermasyarakat (civilising) Cina Hokkien, amalan kahwin campur (amalgamasi biologikal), mengamalkan budaya dan kesenian Melayu Kelantan (amalgamasi budaya), agama dan kepercayaan. Amalan-amalan inilah yang menjadikan komuniti Cina peranakan Kelantan ini mempunyai ciri-ciri yang membezakan mereka dengan Cina bandar dan dialek Cina yang lain malah dengan komuniti Cina peranakan di negeri-negeri lain yang biasa ditemukan oleh penyelidik.

Keunikan yang ada pada komuniti Cina peranakan Kelantan adalah kerana ciri amalgamasi biologikal iaitu kahwin campur antara lelaki Cina Hokkien dengan wanita Siam tempatan dan amalgamasi budaya, iaitu percampuran budaya Cina dan Melayu. Kajian ini mendapati komuniti Cina daripada suku bangsa Hokkien cenderung untuk mengahwini wanita Siam yang juga menganut agama yang sama, iaitu Buddha. Komuniti Cina peranakan

Page 13: JATI DIRI KAUM DAN PERPADUAN: KAJIAN KES CINA … · Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara 121 sangat berbeza di Kelantan kerana komuniti Cina kampung dilabelkan sebagai "Cina peranakan"

Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara

131

Kelantan di Kampung Pasir Parit ialah petempatan terbesar di Kelantan dengan anggaran 170 buah rumah berbanding dengan kawasan petempatan lain di negeri Kelantan yang purata bilangannya antara 80 hingga 120 buah rumah sahaja. Selain itu, pola taburan populasi komuniti Cina peranakan Kelantan di Kampung Pasir Parit yang berkelompok di tengah-tengah masyarakat Melayu juga berbeza daripada petempatan lain yang berselerak antara rumah Melayu dengan Siam. Menurut Koh Sin Tiong, orang yang bertanggungjawab untuk membawa tiga buah patung tokong (Kuan Tir Kun, Hock Teck dan Ngor Kok) sejak 180 tahun dahulu ke Pasir Parit dari wilayah Fukien ialah Pek Ang Kor.5 Kampung Pasir Parit pada masa itu hanya didiami oleh 15 buah keluarga Cina. Mereka berkahwin dengan wanita Siam tempatan dan hidup sebagai petani selain menternak kerbau di kawasan tepi sungai.

Kedatangan Pek Ang Kor bersama tiga tokong yang dibawa itu dipercayai berjaya untuk mengurangkan gangguan makhluk halus, sekali gus membolehkan lebih ramai orang Cina meneroka ke kawasan lebih dalam untuk menanam getah, kopi, ubi, tebu, durian dan kelapa.6 Menurut Wee Chong Joi pula, Cina peranakan Kelantan dikaitkan dengan orang Hokkien dan orang Canton di negara China dan berhijrah lebih daripada 300 tahun dahulu. Menurut beliau, ketika orang Cina menetap di Kelantan, sebenarnya sudah ramai orang Siam di sini. Justeru, keadaan ini menyumbang kepada berlakunya perkahwinan campur antara orang Cina Hokkien dengan wanita Siam tersebut. Pandangan ini turut diakui oleh Eyo Hock Seng/Abang Shapaei7:

Beliau juga berpendapat bahawa apa yang orang faham tentang makna peranakan adalah hasil daripada kahwin campur lelaki Cina Hokkien dengan wanita Siam tempatan. Chor-chor/nenek moyang kita asal sebelah Siam/Thailand di Pattani, yang kami dengar tak ada lagi setakat ini yang Cina awal yang datang dahulu datang sekali bersama wanita Cina (bawa bini). Sebab itulah mereka kahwin dengan wanita Siam. Ada yang balik ke negara China, dia masih ada keluarga dan mereka tahu tempat mereka di China. Lama selepas itu baru ada wanita yang datang ke Kelantan sebab itu Cina dahulu ini ramai yang kahwin wanita Siam.

Responden lain, iaitu Timbalan Pengerusi Persatuan Peranakan Cina

Kelantan, Look Thien Jin8, berpendapat bahawa telah berlaku perkahwinan campur dalam kalangan orang Cina Hokkien yang datang berhijrah ke Kelantan. Bagaimanapun beliau menggambarkan senario perkahwinan campur tersebut sebagai yang berikut:

Cina kahwin dengan wanita Siam duduk di kampung Cina, maka anak mereka akan jadi Cina. Kalau Cina kahwin wanita Siam duduk di kampung Siam anak mereka jadi Siam, malah lelaki Cina cenderung tukar nama kepada Siam.

Page 14: JATI DIRI KAUM DAN PERPADUAN: KAJIAN KES CINA … · Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara 121 sangat berbeza di Kelantan kerana komuniti Cina kampung dilabelkan sebagai "Cina peranakan"

Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah

132

Amalgamasi biologikal dengan orang Siam merupakan punca awal wujudnya Cina kampung atau dalam kajian ini diistilahkan sebagai komuniti "Cina Hokkien-Siam." Justeru, hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa di Kelantan istilah peranakan lebih menjurus kepada hasil amalgamasi biologikal atau percampuran darah keturunan Cina-Siam, dan amalgamasi budaya ialah penyerapan dan percampuran budaya Cina dengan masyarakat Melayu. Perkara ini telah dinyatakan oleh responden seperti Owi Boon Teck dan Owi Chu Eng9 seperti yang berikut:

Tok Mek ialah seorang gadis keturunan Siam tempatan, berasal dari Kampung Jubakar, Tumpat, Kelantan. Bapanya bernama Chou Derk. Tok Mek mempunyai tiga orang adik beradik iaitu Tok Mek, Chau Dam dan Chau Si. Setelah berumah tangga dengan suaminya Owi Guan Lee, maka tinggal di Kampung Kasa, Pasir Mas. Hasil perkahwinan mereka dikurniai dua orang cahaya mata iaitu Owi Ein Lee dan seorang lagi tidak diketahui namanya. Setelah beberapa tahun berkahwin, suaminya Owi Guan Lee berhasrat untuk pulang ke kampung halamannya di negara China. Setelah dipujuk berkali-kali, akhirnya Tok Mek membenarkan suaminya pulang ke negara China. Setelah lama kembali, Tok Mek tidak dapat khabar berita suaminya. Terakhir barulah dapat berita bahawa suaminya sudah meninggal dunia di sana. Tok Mek yang sudah hilang tempat bergantung, pulang ke Kampung Jubakar dan membawa anaknya bersama iaitu Owi Ein Lee yang masih kecil. Setelah dewasa, Owi Ein Lee berkahwin dengan Tok Meek Bee dan berpindah ke Kampung Pasir Parit.

Berdasarkan penceritaan oleh responden tentang kehadiran orang Cina

dialek Hokkien dan sejarah pembentukan komuniti Cina peranakan Kelantan melalui perkahwinan campur dan menyerap budaya Melayu, jelas menunjukkan bahawa konsep amalgamasi biologikal dan amalgamasi budaya berperanan dalam kehidupan sosiobudaya komuniti Cina peranakan di Kampung Pasir Parit. Salah satu contoh pembinaan jati diri Cina peranakan Kelantan melalui perkahwinan campur boleh dilihat pada Rajah 1.

Menurut dapatan kajian ini, konsep amalgamasi biologikal dan amalgamasi budaya lebih tepat untuk menggambarkan jati diri Cina peranakan Kelantan. Konsep amalgamasi budaya yang digunakan dalam artikel ini bagi menggantikan konsep asimilasi separa yang didefinisikan oleh pengkaji-pengkaji sebelum ini (Hanapi, 1986; Teo, 2004; Tan, 1988b). Buktinya dapat dilihat pada salasilah kahwin campur atau disebut sebagai amalgamasi biologikal yang menjadi teras kepada pembinaan jati diri komuniti Cina peranakan Kelantan (rujuk Rajah 1). Pendek kata, daripada perkahwinan campur diharap akan terbentuk generasi baharu dengan sikap yang lebih terbuka terhadap perbezaan antara kaum, seterusnya dapat memahami dan menerima budaya lain dengan

Page 15: JATI DIRI KAUM DAN PERPADUAN: KAJIAN KES CINA … · Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara 121 sangat berbeza di Kelantan kerana komuniti Cina kampung dilabelkan sebagai "Cina peranakan"

Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara

133

lebih mudah. Kesemua manfaat tersebut amat diperlukan oleh semua rakyat Malaysia untuk tujuan perpaduan di sesebuah negara, dan dalam konteks ini di Malaysia. Hal tersebut juga yang diharapkan daripada golongan peranakan kerana mereka dijangka sudah memiliki perwatakan yang unik, selain mempunyai pendirian yang lebih liberal. Pendek kata, mereka tidaklah "rigid" kepada satu jenis kebudayaan sahaja setelah mereka mengamalkan percampuran budaya yang diwarisi (Serjit, 1992: 3).

Peringkat berikutnya, proses amalgamasi budaya lebih banyak kepada persekitaran Melayu. Aspek bahasa, pemakanan, dan pakaian yang berbaur dalam kehidupan sosiobudaya komuniti ini terhasil daripada proses amalgamasi budaya. Amalgamasi budaya itu bercampur dalam kes pembauran atau percampuran budaya oleh komuniti Cina peranakan yang lebih cenderung kepada percampuran budaya yang tidak sepenuhnya. Agama dan kepercayaan kepada leluhur masih menjadi pegangan orang Cina peranakan dan tidak pernah diasimilasikan. Justeru, untuk mengidentifikasikan proses pembinaan jati diri komuniti Cina peranakan Kelantan, penyelidik berpendapat proses amalgamasi budaya lebih tepat kerana proses ini membentuk karakteristik komuniti Cina peranakan Kelantan dan keturunan mereka. Misalnya, pada penghujung abad ke-18, petempatan orang Cina di Kelantan sudah stabil dengan adanya perkahwinan antara lelaki Cina dengan wanita Thai dan keluarga Cina-Thai ini menyerap budaya Melayu. Hsieh melaporkan terdapat dua kawasan yang menjadi tumpuan orang Cina di Kelantan. Pertama, pedagang dan petani mendiami kawasan bandar, berkemungkinan Kota Bharu yang terkenal sebagai dataran Kelantan. Kedua, Hsieh melabelkan kelompok ini sebagai Kantonis (Cantonese) yang tertumpu di kawasan pedalaman iaitu kawasan lombong emas negeri Kelantan (Tan, 2001).

Taku (1962), seorang lagi ahli sejarah memberi penjelasan terperinci berkenaan dengan masyarakat pang di Tanah Melayu. Konsep pang mengungkapkan pembentukan kelompok sosial Cina berasaskan persatuan menurut keluarga atau tempat asal atau persahabatan.

Umumnya, terdapat dua kategori Cina di wilayah timur laut. Winzeler (1990) mengkategorikan sebagai Cina kampung10 dan Cina bandar iaitu kategori orang Cina yang merasa diri mereka memiliki "a pure model" daripada budaya Cina. Manakala Cina kampung umumnya lebih dipengaruhi budaya Melayu dan budaya Thai dalam kehidupan sosiobudaya mereka. Cina Kelantan, khususnya Cina kampung lebih asimilasi dengan masyarakat Melayu (iaitu masyarakat yang dominan di Malaysia) berbanding dengan orang Cina bandar baik di Kelantan mahupun negeri-negeri lain di Malaysia. Di Kelantan, terdapat 48 buah kampung tradisional yang sejak dahulu didiami masyarakat berketurunan Cina dan dikatakan petempatan tersebut bermula sejak 600 tahun dahulu dengan kebanyakannya terletak di tebing sungai dari Kota Bharu hingga ke Gua Musang dalam jarak lebih kurang 180 kilometer.

Page 16: JATI DIRI KAUM DAN PERPADUAN: KAJIAN KES CINA … · Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara 121 sangat berbeza di Kelantan kerana komuniti Cina kampung dilabelkan sebagai "Cina peranakan"

Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah

134

SALASILAH KELUARGA OWI

Rajah 1: Salasilah amalgamasi biologi suku bangsa Cina Hokkien-wanita Siam tempatan Sumber: Temu bual penulis dengan Encik Owi Boon Teck yang berada di generasi ke-5.

Mengikut rekod Persatuan Peranakan Cina Kelantan, terdapat hampir

16,000 orang Cina peranakan di Kelantan dengan hanya hampir 2,000 daripadanya sudah berhijrah dan menetap di bandar, manakala sebahagian besarnya masih kekal di kampung. Kampung Pasir Parit di Jajahan Pasir Mas menjadi kampung dengan penempatan paling ramai, iaitu lebih kurang 2,050 orang, diikuti Kampung Mata Ayer, Tokong, Kulim, Kampung Dusun Pulai dan kampung lain yang penduduknya dianggarkan lebih kurang 1,000 orang. Uniknya, penempatan mereka dalam kebanyakan kampung dibina secara terancang dan tersusun (rujuk Rajah 2).

Owi Wei Thien + Mek Khean A/P Chau Derk (Siam dari Kg. Jubakar Tumpat)

Owi Ein Lee + Tay Mek Bee Owi (tidak ketahui nama)

Owi Awang Jusoh

Owi Eh Kiat +

Kang Hoon Booi

Owi (tidak ketahui

nama)

Owi Eh Soon

Owi Chu Tat

Owi Chu Chee

Owi Leng Hwai

Owi Chu Eng +

Ang Mek Aain

Owi Chu Tiu

Owi Chu Beng

Owi Chu Lian

Owi Chu Han

Owi Boon Tiong

Owi Jok Liu

Owi Boon Teck +

See Teik Lan

Owi Jok Cheng

Owi Jok Kian

Owi Eugene

Owi Eu Sene Owi Eu Kern

Page 17: JATI DIRI KAUM DAN PERPADUAN: KAJIAN KES CINA … · Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara 121 sangat berbeza di Kelantan kerana komuniti Cina kampung dilabelkan sebagai "Cina peranakan"

Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara

135

Dari segi lokasi, kebanyakan kawasan perkampungan sekitar Kelantan, terdapat rumah-rumah orang Cina yang dibina di celah-celah deretan rumah orang Melayu. Kebiasaannya, rumah-rumah orang Cina tersebut dihiasi tanglung atau patung Buddha. Paling tidak pun, tulisan Cina berwarna merah menghiasi pintu rumah kampung yang coraknya seakan-akan rumah Melayu, cuma atapnya lebih runcing. Kekeliruan pasti timbul kerana meskipun sudah melalui kawasan deretan rumah yang dihiasi objek orang Cina, sukar untuk membezakan mereka kerana ada yang berwajah Melayu atau Siam. Jika disapa, pertuturan mereka tidak sedikitpun memperlihatkan mereka orang Cina kerana pelat mereka sudah tiada. Pertuturan orang Cina di kawasan kampung-kampung di Kelantan boleh dikatakan sepenuhnya menggunakan bahasa Melayu loghat Kelantan. Justeru, itulah keunikan mereka kerana bukan sahaja mampu berjiran dan berhubungan baik bagaikan satu keluarga dengan masyarakat Melayu, malah telah berbaur dan menyerap budaya di sekeliling mereka. Kebanyakan sarjana (Hanapi, 1986; Tan, 1988a; 1990; 2001; Teo, 2003) yang mengkaji komuniti Cina peranakan Kelantan mengakui ciri-ciri budaya yang unik ini sukar ditemui di negeri-negeri lain di Malaysia.

Kelainan jati diri Cina peranakan di Kelantan antara lain disebabkan oleh bilangan komuniti Cina peranakan yang tinggal di bahagian luar bandar negeri itu lebih ramai berbanding di kawasan bandar. Malah, kedudukan mereka di tengah-tengah kelompok masyarakat Melayu dan Siam di negeri Kelantan menjadi faktor penyumbang kepada percampuran dan pembauran bahasa dan budaya orang Cina Hokkien di Kelantan. Umumnya, dari sudut bahasa, komuniti Cina peranakan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda mereka dan bagi Cina peranakan Kelantan pula bahasa Melayu loghat Kelantan sebagai bahasa ibunda komuniti ini. Amalan linguistik begini tidak berlaku dalam kalangan Cina jati (Teo, 2004).

Terdapat perbezaan sosiobudaya yang ketara antara Cina bandar dan Cina peranakan. Sosiobudaya komuniti peranakan lebih berorientasikan budaya Melayu Kelantan dan Siam. Majoriti orang Cina di Kelantan terdiri daripada kelompok dialek Hokkien iaitu 60% daripada penduduk Cina di negeri ini (Teo, 2008: 215). Tambahan pula, bahasa Hokkien digunakan sebagai lingua franca oleh orang Cina. Cina bandar datang dari pelbagai kelompok dialek, tetapi komuniti Cina peranakan sepenuhnya bertutur dalam dialek Hokkien. Pertuturan Hokkien oleh orang Cina Kelantan menunjukkan mereka dipengaruhi oleh dialek Melayu Kelantan dan sebahagiannya dari bahasa Thai Kelantan. Menurut Teo (2003), pengaruh linguistik Melayu Kelantan ke atas percakapan Hokkien di negeri ini menyebabkan percakapan dialek Hokkien Cina peranakan Kelantan sukar difahami oleh orang Cina lain yang juga bertutur dalam dialek Hokkien (Teo, 2003).

Page 18: JATI DIRI KAUM DAN PERPADUAN: KAJIAN KES CINA … · Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara 121 sangat berbeza di Kelantan kerana komuniti Cina kampung dilabelkan sebagai "Cina peranakan"

Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah

136

Rajah 2: Peta Kampung Cina peranakan di negeri Kelantan Sumber: Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kelantan (2011)

Menurut kajian Teo (2008), penguasaan bahasa Melayu dialek Kelantan

dalam kalangan orang Cina peranakan menjadi penyumbang penting kepada penyerapan budaya Melayu dan Siam ke dalam budaya mereka. Teo menyatakan bahawa akulturasi bahasa ini boleh disebut sebagai "ethnic language" Cina peranakan Kelantan (Teo, 2008: 220‒221). Versi Hokkien yang sangat dipengaruhi dialek Melayu Kelantan dan bahasa Thai Kelantan, menyebabkan mereka menggunakan versi tersebut apabila bercakap dalam kalangan Cina peranakan. Ia merupakan karakter paling menonjol pada budaya dan identiti Cina peranakan Kelantan. Sinkretik budaya Cina peranakan Kelantan selari dengan peranakan Baba Nyonya di Melaka dan Cina peranakan di Jawa. Perbezaan yang nyata ialah mereka hilang kecinaan seperti bahasa etnik mereka dan digantikan dengan versi yang diubah suai dengan orang Melayu untuk Baba Nyonya di Melaka dan orang Jawa/orang Sunda untuk Cina peranakan Jawa. Namun, tidak

Page 19: JATI DIRI KAUM DAN PERPADUAN: KAJIAN KES CINA … · Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara 121 sangat berbeza di Kelantan kerana komuniti Cina kampung dilabelkan sebagai "Cina peranakan"

Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara

137

ada kelompok Cina peranakan di Kelantan yang secara lengkap hilang dan menggunakan Hokkien sebagai bahasa etniknya. Sebaliknya, bahasa yang diubahsuai oleh dialek Melayu Kelantan dan bahasa Thai Kelantan hanyalah sebagai "a brief review illustrates" (Teo, 2008: 221). Ia membawa maksud dialek Melayu Kelantan dan dialek Thai Kelantan hanyalah bahasa yang diubah suai dan diadaptasi sahaja ke dalam dialek Hokkien. Sebab itulah orang Cina peranakan Kelantan tidak hilang dialek Hokkiennya berbanding dengan Baba Melaka. Justeru, jawapan kepada persoalan tentang wujud perbezaan identiti Cina peranakan Kelantan dengan Cina peranakan Baba Nyonya di Melaka atau Cina peranakan Jawa adalah disebabkan oleh fenomena kahwin campur antara lelaki Cina Hokkien dengan wanita Siam tempatan. Fenomena kahwin campur antara dua komuniti ini, penyelidik mengistilahkannya sebagai proses amalgamasi biologikal.

Selain itu, Cina peranakan Kelantan juga telah menyerap sejumlah sifat atau ciri budaya Melayu seperti cara makan, jenis masakan dan makanan, pakaian, gaya hidup, adat dan budaya, pantang larang serta bahasa. Proses penyerapan budaya Melayu ini diistilahkan sebagai amalgamasi budaya. Kaum wanita misalnya, memakai kain batik atau sarung dan blaus bertangan pendek. Walaupun begitu anak-anak gadis memakai pakaian ala moden terutama apabila mereka ke bandar. Untuk lelaki, terutamanya orang yang lebih tua, mereka memakai kain pelekat dengan t-shirt Western-style. Seperti Baba Melaka, wanita Cina peranakan Kelantan juga mengenakan pakaian bergaya Melayu, iaitu sejenis blaus yang dipanggil kebaya. Kaum lelaki kebanyakannya memakai sarung sepanjang masa dan biasanya di kampung mereka tidak memakai baju. Apabila mereka ke bandar mereka memakai baju dan seluar panjang. Kebiasaannya lelaki dan wanita membawa kain batik lepas. Kain batik lepas ialah sehelai kain panjang yang digunakan wanita sebagai tudung kepala sementara lelaki mengikat sekitar pinggang mereka atau semutar. Dari segi pemakanan, Cina kampung makan kedua-dua makanan Melayu dan Thai yang disediakan mengikut cara orang Cina. Makan dengan menggunakan tangan sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan orang Cina peranakan Kelantan. Cina peranakan Kelantan akan menggunakan tangan kanan untuk makan di rumah mereka. Mereka umumnya menyimpan beberapa pasang chopsticks untuk kegunaan perayaan tradisi upacara agama dan adat istiadat.

Begitu juga semasa penyediaan makanan untuk tetamu di rumah mereka, Cina peranakan Kelantan akan menyediakan bahan atau ramuan Melayu atau Thai. Hidangan Melayu dan Thai menjadi menu makanan yang lazimnya dihidangkan semasa majlis perayaan dalam kalangan Cina peranakan Kelantan. Sifat atau ciri tingkah laku Cina peranakan Kelantan yang diserap daripada adat dan tingkah laku Melayu seperti gaya percakapan, cara berinteraksi, berjalan, ketawa, membuat gerak isyarat, bersalam-salaman, makan, mengunyah daun sirih dengan pinang, menghisap rokok daun dan cara duduk bertinggung/mencangkung. Mereka menggunakan bahasa Melayu dan bahasa

Page 20: JATI DIRI KAUM DAN PERPADUAN: KAJIAN KES CINA … · Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara 121 sangat berbeza di Kelantan kerana komuniti Cina kampung dilabelkan sebagai "Cina peranakan"

Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah

138

Thai sebagai bahasa perantara. Selain itu, Cina peranakan bukan sahaja menggunakan nama panggilan mengikut nama Melayu dan Thai, malah kata-kata makian antara mereka juga seperti menyumpah (swearing dan cursing) menggunakan bahasa Melayu dan Thai. Justeru, kemampuan Cina peranakan bertingkah laku dianggap benar-benar sesuai dalam kalangan Melayu Kelantan. Bagaimanapun terdapat amalan tradisi yang dipelihara oleh peranakan iaitu melibatkan pengekalan tradisi upacara keagamaan, kepercayaan dan adat tertentu. Adat-adat ini terbatas hanya di rumah dan di tokong.

Ciri-ciri fizikal Cina peranakan Kelantan juga berbeza daripada Cina bandar di negeri ini. Umumnya, Cina peranakan kulitnya lebih gelap, sepasang mata yang lebih besar, rambut berombak yang menyerupai orang Melayu dan Siam. Cina peranakan selalunya tidak dapat mengidentifikasikan lelaki daripada kelompok etnik mereka sendiri dan sering kali mereka tersilap sebagai orang Melayu atau orang Siam.

Dari segi seni bina rumah pula didapati rumah-rumah tradisional Cina peranakan unik hasil kombinasi tempatan tiga kelompok iaitu Melayu, Cina dan Thai di mana bentuk dan orientasi mengikut prinsip-prinsip geomantic (Teo, 2008: 219). Jangkungan didirikan, ciri atap berbumbung tajam, sangat ketara pengaruhnya dari Siam dan beranda yang terbuka terdiri daripada dua tingkat. Pintu masuk utama rumah diperbuat daripada kayu atau dengan tangga konkrit yang memang tidak dinafikan ciri tersebut dipengaruhi oleh seni bina Melayu. Tangga utama berada di tengah-tengah beranda, disediakan sebagai bahagian umum rumah. Satu set pintu diperbuat daripada kayu, gelang pengetuk besi Cina terang-terangan melengkapi karakter orang Cina untuk kebahagiaan, kekayaan dan usia yang panjang ditulis di atas kertas merah, terbuka di ruang depan iaitu terletaknya altar keluarga. Ruang tersebut juga digunakan untuk menempatkan makanan dan persembahan agama pada hari-hari tertentu. Justeru, label yang dilihat paling baik untuk menggambarkan bentuk budaya seperti yang telah dibincangkan di atas ialah Siam-Hokkien. Generasi terdahulu biasanya menggunakan label Cina kampung untuk menggambarkan diri mereka apabila bercakap dengan orang luar untuk menjelaskan perbezaan mereka daripada orang Cina jati. Mereka tentu tidak menggunakan label antara diri mereka untuk self-identification. Label Hokkien-Siam dilihat ada konotasi bahawa orang yang dirujuk ialah anak-anak keturunan Siam dan Cina atau Cina-Hokkien yang mempunyai pengaruh budaya Thai yang tinggi. Bahkan label ini sesuai dan berperanan dalam mengakulturasi orang Cina di Kampung Tumpat dan Wakaf Bharu iaitu orang Cina peranakan ini bercakap lebih Thai daripada Cina. Ada antara mereka yang dikenali dengan panggilan "Cina-Hokkien Tulen," juga dipanggil akulturasi Cina. Misalnya, Poa Teng-Siam, iaitu "Half Chinese Half Siamese." Sangat menarik dicatatkan bahawa yang berakulturasi Cina lebih suka dikenali sebagai "Half Chinese Half Siamese" daripada "Half Chinese Half Malay" (Poa Teng-Hoan). Orang Cina yang berkahwin campur dengan wanita Thai berkemampuan untuk bercakap bahasa Thai berbanding Cina jati yang

Page 21: JATI DIRI KAUM DAN PERPADUAN: KAJIAN KES CINA … · Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara 121 sangat berbeza di Kelantan kerana komuniti Cina kampung dilabelkan sebagai "Cina peranakan"

Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara

139

mungkin boleh bercakap Melayu-Kelantan tetapi umumnya tidak boleh bercakap bahasa Thai. Label peranakan secara literally bermaksud "local-born people, is not derogatory." Justeru, akulturasi Cina di Kelantan dikenali sebagai peranakan.

Fenomena ini menggambarkan bahawa amalgamasi budaya yang berlaku bukan sahaja pengaruh daripada percampuran budaya yang menebal selepas membesar dalam kelompok masyarakat Melayu malah ia juga kesan daripada parkahwinan campur atau amalgamasi biologikal antara sebahagian daripada orang Cina Hokkien dengan orang Siam.11 Amalgamasi biologikal inilah yang bertanggungjawab untuk melahirkan satu komuniti baharu di Kelantan yang dinamakan Cina peranakan Kelantan. Komuniti baharu yang berbudaya Melayu dan bertipologikan orang Melayu ini menjadikannya berbeza daripada etnik Cina jati. Justeru, dapatan kajian ini mendapati bahawa amalgamasi biologikal dan amalgamasi budaya telah membawa kepada kemunculan satu lagi komuniti baharu yang sangat unik di Malaysia, iaitu komuniti peranakan.

JATI DIRI KOMUNITI CINA PERANAKAN KELANTAN DAN KESAN KEPADA PERPADUAN DI MALAYSIA Jika diteliti daripada pandangan dunia komuniti Cina peranakan Kelantan, penyelidik dapat merumuskan bahawa faktor penting yang menyumbang kepada kehidupan yang harmoni ini ialah perasaan saling menghormati antara masyarakat di dalam persekitaran mereka dan memiliki kemahiran bermasyarakat (civilizing) yang begitu tinggi. Kemahiran inilah yang sangat penting untuk dilestarikan dan ditingkatkan demi pembangunan ke arah perpaduan dalam kepelbagaian etnik di negara kita. Hal ini sangat penting untuk dipraktikkan dan sebenarnya sudah pun lama wujud dengan jayanya di perkampungan ini. Kedudukan Kampung Pasir Parit yang dikelilingi oleh masyarakat Melayu menyebabkan komuniti ini bergaul mesra bagaikan adik-beradik dengan masyarakat Melayu dan Siam dalam persekitaran mereka.

Dulu masa banjir, air sungai naik, kampung Cina sana nak tenggelam. Orang Melayu di sini sibuk tebang buluh, nak buat rakit, nak pergi tolong. Semangat tolong-menolong. Masa tanam padi pula, hari ini buat hok demo, esok buat hok kawe (hari esok buat saya punya). Dulu pakat buat padi, pakat buat padi, tepi sungai Tok Phor, Mek Chiok, Tok Mek Som, Pak Chu Bee, siap hok dia pakat buat hok orang Melayu pulak. Kita panggil berderai (bergotong-royong).

Begitulah bunyi pengakuan Pak Yaacob12, pesara polis yang mempunyai

banyak pengalaman bersama komuniti Cina peranakan Kelantan yang dipanggil Cina kampung. Persepsi Pak Yaacob disetujui oleh Albert Khor13, sahabat baik beliau sejak kecil menerusi kenyataannya seperti yang berikut:

Page 22: JATI DIRI KAUM DAN PERPADUAN: KAJIAN KES CINA … · Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara 121 sangat berbeza di Kelantan kerana komuniti Cina kampung dilabelkan sebagai "Cina peranakan"

Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah

140

Satu Malaysia sekarang cuba menyatukan rakyat Malaysia satu perjuangan satu hala tuju. Di Pasir Parit ni sudah lama satu Malaysia, bersatu padu, kita dah lama satu Malaysia, sebab tu kita susah nak jadi puak. Satu Malaysia yang betul-betul tulen. Sebab tu pemimpin mari, Tun Hussein Onn mari dulu, pelik tengok orang Cina pakai kain lepas biru, tebang buluh, kecek Melayu tak pelek, (pelat). Dah jadi satu bangsa, integrasi bangsa.

Pendek kata, semangat kejiranan dan kemahiran bermasyarakat dalam

kalangan Cina peranakan Kelantan membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat setempat. Proses ini dikenali sebagai amalgamasi budaya. Justeru, sangat jelas bahawa pergaulan rapat dan pengaruh budaya Melayu yang menebal selepas membesar dalam kelompok masyarakat Melayu boleh menyumbang kepada amalgamasi budaya dan keharmonian hubungan antara komuniti. Keharmonian terbukti semasa berlaku peristiwa 16 Mei 1969, di Kelantan, terutama di Kampung Pasir Parit tidak berlaku apa-apa seperti kata Albert Khor "… dahulu 13 Mei 1969, rusuhan kaum di Kuala Lumpur. Kita dok dengar radio sekali, tengok tv sekali, sini tak ada apa."

Hal ini bermaksud orang Melayu dan orang Cina peranakan Kelantan di Kampung Pasir Parit sama-sama mendengar radio dan menonton televisyen untuk mengikuti perkembangan peristiwa tersebut. Malah keakraban juga boleh dilihat daripada kenyataan Pak Yaacob, "saya pernah dukung anak orang Cina, sekarang ni dah kahwin. Dia nak balik kampung, dia tinggal kunci, dia percaya kita, kita percaya dan jaga keselamatan dia. Dari dahulu lagi kita kerjasama."

Sehubungan dengan itu, Koh Sin Tiong14 berpendapat bahawa kemahiran bermasyarakat dalam kalangan Cina peranakan di Kampung Pasir Parit disebabkan mereka mempunyai percampuran darah Cina-Siam atau amalgamasi biologikal. Pada pemahaman beliau, peranakan bererti orang lelaki Cina Hokkien berkahwin dengan wanita Siam tempatan. Akan tetapi, jika wanita Cina Hokkien berkahwin dengan lelaki Siam, ia bukan lagi peranakan. Justeru, amalgamasi biologikal merupakan faktor penting yang menyumbang kepada pembinaan satu komuniti baharu beridentitikan pranakan di negeri Kelantan. Satu ciri istimewa yang ada pada komuniti Cina peranakan Kelantan ialah kemahiran bermasyarakat (civilising) dan kemampuan beradaptasi suku bangsa Hokkien. Sikap orang Cina peranakan tergambar pada pengalaman Albert Khor bersama rakannya Wan Abdul Hamid15 yang menceritakan kisah seorang perempuan dari Kampung Pasir Parit semasa berada di dalam bas iaitu:

….kisah dalam bas ekspres, ada seorang perempuan Cina orang Kampung Pasir Parit duduk dengan orang Melayu, perempuan Cina ni pakai macam Melayu, berkelubung macam Melayu. Dah sampai masa sembahyang subuh, bas ekspres berhenti untuk sembahyang subuh, dan

Page 23: JATI DIRI KAUM DAN PERPADUAN: KAJIAN KES CINA … · Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara 121 sangat berbeza di Kelantan kerana komuniti Cina kampung dilabelkan sebagai "Cina peranakan"

Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara

141

ada orang tanya mengapa tak sembahyang subuh? Dia jawab "takkan tak tahu, orang perempuankan sebulan sekali mari kotor?"

Senario ini menunjukkan bahawa perempuan Cina tersebut memahami

agama dan budaya orang Melayu. Jawapan beliau adalah untuk tidak menyinggung perasaan orang lain. Sikap ini mencerminkan keunikan Cina peranakan Kelantan. Malah sikap bertolak ansur dengan budaya setempat menyebabkan orang Cina Hokkien mudah menyerap budaya Melayu dan percampuran budaya atau amalgamasi sosial berlaku. Kemudiannya, menjadikan komuniti ini satu komuniti baharu yang sepatutnya berada bersama-sama dengan tiga etnik utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Hal ini disebabkan kemahiran bermasyarakat (civilising) seperti sikap menghormati kepercayaan, adat resam dan budaya kaum lain yang amat tinggi di Kelantan. Rasionalnya, percampuran darah Cina-Siam yang menyebabkan lahirnya satu komuniti baharu beridentitikan peranakan Kelantan yang lebih berkemahiran dalam bermasyarakat berbanding dengan Cina bandar di Kota Bharu dan bandar-bandar lain di Kelantan yang lebih banyak bersosial dalam kalangan mereka sendiri.

Walaupun orang Cina bandar di Kelantan ada yang bergaul dengan masyarakat Melayu tetapi mereka bukan hasil daripada perkahwinan campur. Maka, orang Cina bandar bukan peranakan tidak banyak menyerap budaya Melayu dalam kehidupan sosiobudaya walaupun sudah lama bergaul dengan masyarakat Melayu yang tinggal di bandar-bandar negeri Kelantan. Antara faktor yang menyebabkan orang Cina bandar yang tinggal di Kelantan tidak menyerap budaya Melayu termasuk amalgamasi biologikal Cina-Siam yang jarang berlaku di bandar. Mereka juga tidak memiliki kemahiran bermasyarakat. Mereka hanya mengenali dan memahami budaya Melayu tetapi tidak beradaptasi dan berakulturasi dengan budaya Melayu. Maka, amalgamasi biologi dan amalgamasi budaya seperti orang Cina peranakan Kelantan tidak berlaku dalam kalangan orang Cina bandar di Kelantan. Sehubungan dengan itu, dapatan kajian ini merumuskan bahawa peranakan ialah satu komuniti baharu hasil daripada kahwin campur atau amalgamasi biologikal yang kemudiannya mengamalkan amalgamasi budaya yang penting kepada pembangunan negara.

Walau apa-apa pun bentuk interaksi, sama ada berlangsung secara aman atau ganas, sesebuah tamadun itu senantiasa mempelajari dan menyedut masuk unsur-unsur yang dianggap lebih tinggi yang datang daripada tamadun saingan (Wan Hashim, 2000: 1). Proses penyedutan unsur-unsur luar sering kali diasimilasikan dengan unsur-unsur tempatan. Justeru, komuniti Cina yang menerima dan menyedut budaya Melayu dan Thai telah membentuk satu komuniti baharu, iaitu Cina peranakan Kelantan (Tan, 1980). Bagaimanapun, pandangan Tan (1980) perlu diteliti kerana kajian menunjukkan bahawa pembinaan jati diri komuniti Cina peranakan bukanlah disebabkan oleh penyedutan unsur budaya Melayu dan Thai semata-mata, sebaliknya terhasil melalui perkahwinan campur (Teo, 2008). Kajian ini mendapati perkahwinan

Page 24: JATI DIRI KAUM DAN PERPADUAN: KAJIAN KES CINA … · Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara 121 sangat berbeza di Kelantan kerana komuniti Cina kampung dilabelkan sebagai "Cina peranakan"

Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah

142

campur dilihat menjadi fenomena terpenting yang membawa terbentuknya komuniti peranakan. Meskipun berlainan agama, tiada perbezaan ketara antara orang Cina peranakan Kelantan dengan orang Melayu terutama pada penglihatan orang dari luar Kelantan. Hal ini disebabkan oleh similasi separa (istilah yang digunakan oleh kebanyakan sarjana) atau amalgamasi (yang dilabelkan oleh penyelidik) yang bermaksud perkahwinan campur (mixed-blood) antara dua etnik Cina-Siam dan mengamalkan adat dan budaya Melayu dalam kehidupan sosiobudaya mereka. Justeru, konsep ini menjelaskan bahawa percampuran etnik tersebut telah membawa kepada pembinaan jati diri baharu yang dikenal sebagai peranakan. Peranakan ini bukan lagi terdiri daripada etnik Cina atau Siam atau Melayu tetapi gabungan kesemuanya yang menjadikan mereka komuniti yang tersendiri dan unik.

Disebabkan mereka tinggal di tengah-tengah masyarakat Melayu, maka mereka perlu beradaptasi dengan masyarakat di persekitaran mereka. Hasil daripada pergaulan dengan orang Melayu, akhirnya komuniti Cina di sepanjang tebing Sungai Kelantan mula mengamalkan budaya Melayu dengan motif agar mereka diterima sebagai sebahagian daripada masyarakat Melayu. Justeru, bermula dengan kahwin campur dengan wanita Siam tempatan, orang Cina mula beradaptasi dengan orang Melayu supaya mereka mampu untuk berjiran dengan mereka. Kemudian hubungan dieratkan lagi dengan proses akomodasi dan akulturasi atau menyerap budaya di sekeliling mereka. Melalui proses ini, akhirnya terbentuklah satu komuniti baharu yang bukan Cina dan juga bukan Melayu, iaitu dikenal sebagai peranakan. Secara teorinya, boleh diformulasikan sebagai berikut; A (Cina Hokkien) + B (wanita Siam tempatan) + C (budaya Melayu) = D (peranakan). Proses ini dikenal sebagai amalgamasi. Oleh itu, secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa amalgamasi orang Cina dengan orang Siam telah menyumbang kepada wujudnya satu komuniti yang dikenali sebagai peranakan hasil daripada interaksi Cina-Melayu-Siam melalui proses adaptasi, akomodasi, akulturasi, dan akhirnya berasimilasi dengan masyarakat di sekeliling mereka. Peranakan merupakan satu komuniti yang tersendiri dan unik yang beridentitikan Cina-Melayu-Siam tetapi bukan Cina, bukan Melayu, bukan Siam. Itulah peranakan. Fenomena ini jelas menunjukkan bahawa dengan mengamalkan amalgamasi budaya, komuniti Cina peranakan dilihat bukan sahaja mampu untuk berjiran dengan masyarakat Melayu, malah mereka dapat menyerap budaya di sekeliling mereka. Jati diri komuniti Cina peranakan Kelantan ini mempunyai kesan besar ke atas isu perpaduan di Malaysia dan di Kelantan khususnya. Cynthia Enloe dalam kajiannya, Multi-Ethnic Politics: The Malaysian Case, menyatakan tiga formula alternatif untuk mencapai integrasi (Enloe, 1970). Pertama, "asimilasi" penuh yang menyatukan kelompok minoriti dengan komuniti etnik yang lebih besar. Kedua, "pluralisme budaya" atau penerusan perbezaan etnik di bawah lembayung kenegaraan. Hal ini juga disebut kebolehterimaan atau akomodasi. Alternatif ketiga ialah "wadah tumpuan" (melting pot), iaitu pembentukan suatu komuniti yang benar-benar

Page 25: JATI DIRI KAUM DAN PERPADUAN: KAJIAN KES CINA … · Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara 121 sangat berbeza di Kelantan kerana komuniti Cina kampung dilabelkan sebagai "Cina peranakan"

Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara

143

baharu dengan menyerap budaya semasa tanpa mengutamakan mana-mana budaya. Kerajaan biasanya akan memilih salah satu daripada model ini dalam menangani masalah hubungan etnik bagi masyarakat majmuk. Namun, maksud integrasi bergantung pada konteks penggunaannya dan konotasi yang ingin dicapai hasil penggunaan tersebut. Berdasarkan kajian Cynthia Enloe, pembinaan jati diri Cina peranakan Kelantan menyumbang kepada pluralisme budaya yang menjadi salah satu ciri penting integrasi di Malaysia.

KESIMPULAN

Berdasarkan perbincangan tentang pembinaan jati diri komuniti Cina peranakan di Kampung Pasir Parit, Pasir Mas, Kelantan jelas menunjukkan bahawa telah wujud integrasi sosial dan budaya pada peringkat mikro. Kajian ini memetik konsep integrasi Jacob dan Toscano yang merujuk integrasi sebagai "proses yang hasilnya adalah suatu pemikiran, iaitu keadaan tingkah laku, dalam proses yang merangkumi amalan dan bentuk tingkah laku," Jacob dan Toscano, dipetik dalam Rabushka (1971). Mereka mendefinisikan integrasi sebagai "kesatuan yang kuat antara kelompok sosial berdasarkan identiti dan kesedaran sendiri." Dalam hal ini, bagi kes komuniti Cina peranakan Kelantan, kadar interaksi kaum Melayu, Cina dan Siam di kawasan luar bandar tinggi berbanding kawasan bandar, disebabkan oleh ciri penempatan yang mempunyai peratusan Melayu lebih ramai.

Sementara, Rabushka pula mendapati lebih kurang dua per tiga orang Cina yang tinggal di kawasan bandar tidak bergaul dibandingkan dengan satu per tiga bagi orang Melayu. Orang Melayu lebih cenderung bergaul berbanding bangsa lain. Dalam mengukur integrasi, beliau mendapati mereka yang tidak bergaul adalah etnosentrik iaitu kecenderungan mereka adalah terhadap budaya sendiri berbanding mereka yang mahu bergaul. Keadaan ini berasaskan hipotesis interaksi bahawa "kecenderungan terhadap budaya sendiri atau etnosentrisme adalah bertentangan dengan integrasi." Justeru, wujud tahap integrasi budaya yang rendah antara Melayu dengan Cina di kawasan bandar di Malaysia. Daripada ketiga-tiga bangsa yang dikaji, India lebih cenderung berintegrasi berbanding dengan orang Cina atau Melayu. Hal ini disebabkan oleh status minoriti mereka mengehadkan peluang mereka untuk membataskan interaksi sosial mereka kepada orang India sahaja.

Keharmonian hubungan etnik boleh dicapai jika semua pihak yang terlibat dalam operasi pengukuhannya memberikan kerjasama dan dapat berinteraksi dengan baik. Prinsip kesepaduan yang diterapkan perlu merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Dalam konteks hubungan etnik yang terhasil daripada proses amalgamasi menyumbang kepada wujudnya percampuran budaya yang sangat unik antara kumpulan perhijrah minoriti dan kumpulan dominan. Penyerapan dari segi bahasa dan budaya antara etnik telah membentuk satu budaya baharu yang bersepadu. Cuma persoalannya "there can

Page 26: JATI DIRI KAUM DAN PERPADUAN: KAJIAN KES CINA … · Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara 121 sangat berbeza di Kelantan kerana komuniti Cina kampung dilabelkan sebagai "Cina peranakan"

Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah

144

be true homogeneity dan universality, if not race or ethnicity, at least of nationality and peoplehood."

NOTA

1. Maklumat tentang sejarah Cina peranakan Patani ini juga diperoleh hasil temu bual dengan Prof. Dr. Teo Kok Seong, seorang sarjana yang banyak mengkaji komuniti Cina peranakan Kelantan terutama dari aspek bahasa. Temu bual ini dilakukan di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia pada tarikh 5 Oktober 2010 dan 12 November 2010.

2. Definisi ringkas tentang negara-negara baharu pernah dikemukakan oleh Edward Shils yang menyatakan bahawa negara baharu adalah "mereka yang mencapai kemerdekaan daripada penjajah sejak tahun 1945, satu pertimbangan pengalaman yang serupa, iaitu semuanya mempunyai pengalaman kolonialisme" (Geertz, 1963). Antara ciri-ciri yang diberikan oleh Shils ialah negara ini belum lagi mencapai satu tahap yang menyaksikan masyarakat yang mereka pimpin sudah setidak-tidaknya membentuk sebuah bangsa; dengan rakyatnya tidak memiliki satu jati diri kebersamaan yang merupakan komponen penting bagi negara yang memerintah mereka, dan masyarakatnya belum berdiri atas satu "masyarakat politik" bahawa populasi umum yang tradisional dengan sifatnya yang tersendiri, dan penyatuan sivil yang masih rapuh (Geertz, 1963).

3. Ambedkar. "Thoughts on Linguistics State," hal. 111, dipetik oleh Geertz dalam Old Societies.

4. Bermaksud (ungkapan) yang menunjukkan rasa hormat terhadap orang yang disapa, terutama sekali dalam bahasa-bahasa Timur; hormatan.

5. Temu bual dengan Koh Sin Tiong, 80 tahun di Kampung Pasir Parit pada 16 September 2011.

6. Temu bual dengan Wee Chong Joi, 80 tahun pada 21 Mac 2011. 7. Temu bual dengan Eyo Hock Seng/Abang Shapaei pada 12 Januari 2011 di

Kampung Pasir Parit, Pasir Mas, Kelantan. 8. Temu bual dengan Look Thien Jin pada 6 Mac 2011 di Kampung Semubar,

Pasir Mas, Kelantan 9. Temu bual dengan Owi Boon Teck, 55 tahun dan Owi Chu Eng, 79 tahun pada

15 September 2011 di Kampung Pasir Parit, Pasir Mas, Kelantan. 10. Cina kampung inilah dikenali sebagai Cina peranakan Kelantan (Teo, 1985;

Hanapi, 1986; Khoo, 1981). Bagaimanapun melalui hasil penyelidikan ini, penyelidik mendapati istilah yang sesuai untuk mengidentifikasikan komuniti Cina peranakan Kelantan ini sebagai "Cina Hokkien-Siam."

11. Tidak semua orang Cina Hokkien mengahwini wanita Siam tempatan. Ada yang berkahwin antara orang Cina Hokkien tetapi mengamalkan budaya Melayu. Namun, jika dirujuk sejarah awal pembukaan Kampung Pasir Parit memperlihat aktor sosial yang datang meneroka kawasan Kampung Pasir Parit telah berkahwin dengan wanita Siam dan keturunannya berkembang di situ. Setelah kawasan itu diteroka, maka ramai yang datang dan tinggal di sepanjang pesisir Sungai Kelantan dan berakulturasi dengan penduduk asal kawasan pinggir Kampung Pasir Parit, iaitu orang Melayu dan orang Siam.

Page 27: JATI DIRI KAUM DAN PERPADUAN: KAJIAN KES CINA … · Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara 121 sangat berbeza di Kelantan kerana komuniti Cina kampung dilabelkan sebagai "Cina peranakan"

Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara

145

12. Temu bual dengan Hamid bin Jusoh@Pak Yaacob pada 11 April 2011 di Kampung Pasir Parit, Pasir Mas Kelantan.

13. Temu bual dengan Albert Khor pada 11 April 2011 di Kampung Pasir Parit, Pasir Mas, Kelantan.

14. Temu bual dengan Koh Sin Tiong pada 22 Julai 2011 di Kampung Pasir Parit, Pasir Mas, Kelantan.

15. Temu bual dengan Wan Abdul Hamid bin Ahmad pada 11 April 2011 di Kampung Pasir Parit, Pasir Mas, Kelantan.

BIBLIOGRAFI Ali Mazrui. 1969. Pluralism and national integration. In Pluralism in Africa, ed.

L. Kuper and M. G. Smith, 333‒349. Berkeley, CA: University of California Press.

Armstrong, M. J., R. W. Armstrong and K. Mulliner, eds. 2001. Chinese populations in contemporary Southeast Asian societies: Identities, interdependence and international influence. Richmond, UK: Curzon.

Budiman. 1979. Masyarakat Islam Tionghoa di Indonesia (The Chinese Muslim Community in Indonesia). Semarang, Indonesia: Penerbit Tanjung Sari.

Carstens, S. A. 1980. Pulai: Memories of a gold mining settlement in Ulu Kelantan. JMBRAS 53(part 1): 50‒67.

Chinese Chamber of Commerce Kelantan. 1965. Cenderamata Ulang Tahun Ke-54 Dewan Perniagaan China Kelantan (dalam bahasa Cina). Kota Bharu: Chinese Chamber of Commerce Kelantan.

Clammer, J. 1980. Straits Chinese society: Studies in sociology of Baba communities of Malaysia and Singapore. Singapore: Singapore University Press.

Claudine, S. 2001. Islam and Chineseness. Kuala Lumpur: Malaysian Sociological Research Institute.

Coppel, C. A. 2005. Review of Chinese overseas: Comparative cultural issues by Tan Chee-Beng. The China Journal 54: 189‒191.

Dumont, L. 1972. Homo hierarchicus. London: Paladin. Enloe, C. 1970. Multi-ethnic politics: The Malaysian case, research monographs

series. CA, United States: University of California, Berkerley. Geertz, C. 1963. Old societies and new states. New York: Free Press of Glencoe. Giddens, A. 1990. The consequences of modernity. Stanford: Stanford University

Press. Gosling, L. A. P. 1990. Migration and assimilation of rural Chinese in

Terengganu. In Malayan and Indonesian studies, eds. J. Bastin and R. Roolvink. London: Oxford University Press.

Gosling L. A. P. and Y. C. L. Linda, eds. 2005. Acculturation and the Chinese in Melaka: The expression of Baba identity today. In The Chinese in

Page 28: JATI DIRI KAUM DAN PERPADUAN: KAJIAN KES CINA … · Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara 121 sangat berbeza di Kelantan kerana komuniti Cina kampung dilabelkan sebagai "Cina peranakan"

Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah

146

Southeast Asia, vol. identity, culture and politics. Singapore: Maruzen Asia.

Hanapi Dollah. 1986. Asimilasi budaya: Kajian kes komuniti Cina di Kelantan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hou, K. C. 2002. Malaysian Chinese identity, culture and ethnic conflict. Kuala Lumpur: Centre for Malaysian Chinese Study.

Kenny, C. S. C. 2004. Sepintas lalu mengenai sejarah Kampung Pulai. Dewan Bahasa jilid 36, bil. 1.

Khoo, K. K. 2010. The Penang Baba/peranakan Chinese community. In Penang peranakan Chinese and Chinese Muslims: An historical and cultural journey, ed. Sohaimi Abdul Aziz. Pulau Pinang: Persatuan Karyawan Pulau Pinang.

______. 1981. Sino-Malay relations in Peninsular Malaysia before 1942. Journal of Southeast Asian Studies 12(1): 93‒107.

Kobayashi Shinsaku. 1931. Shina Minzoku no Kaigai Hatten Kakyo no Kenkyo. In Baba Beginings by Hugh M. Lewis. http://www.lewismicropublishing. com/Publications/Peranakan/Peranakan Beginnings.htm (accessed 17 March 2005).

Leo Suryadinata. 2004. Ethnic relations and nation-building in Southeast Asia: The case of the ethnic Chinese. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS).

McAlister, J. 1973. Southeast Asia: The politics of national integration. New York: Random House.

Middlebrook, S. M. 1999. Pulai: An early Chinese settlement in Kelantan. In Kelantan dalam perspektif arkeologi, satu kumpulan esei. Kelantan, Malaysia: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Nagarajan, S. 2009. Marginalisation and ethnic relations: The Indian Malaysian experience. In Multiethnic Malaysia: Past, present and future, eds. T. G. Lim, A. Gomes and Azly Rahman. Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre (SIRD).

Park, R. 1950. Race and culture. New York, US: New York Free Press. Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kelantan. 2011. Profil senarai kawasan

kampung orang Cina peranakan Kelantan. Kelantan: Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kelantan.

Png Poh-Seng. 1969. The Straits Chine. In Baba beginings by H. M. Lewis. http://www.lewismicropublishing.com/Publications/Peranakan/PeranakanBeginnings.htm/ (accessed 17 March 2005).

Purcell, V. 1967. The Chinese in Malaya. Singapore: Oxford University Press. ______. 1965. The Chinese in Southeast Asia. London: Oxford University Press. Rabushka, A. 1971. Racial stereotypes in Malaya. Asian Survey 11: 708‒818. Rahmat Saripan. 1979. Perkembangan politik Melayu tradisional Kelantan,

1776‒1842. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rentse, A. 1934. History of Kelantan. I. JMBRAS 12(part II): 44‒62.

Page 29: JATI DIRI KAUM DAN PERPADUAN: KAJIAN KES CINA … · Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara 121 sangat berbeza di Kelantan kerana komuniti Cina kampung dilabelkan sebagai "Cina peranakan"

Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara

147

Skinner, G. W. 1963. Chinese society in Thailand: An analytical history. New York: Cornell University Press.

Serjit Sahib. 1992. Method in social science: A realist approach. 2nd ed. London: Routledge.

Sloane-White, P. 2005. Review of Chinese minority in a Malay state by Tan Chee-Beng. The Journal of Asian Studies 64(1): 44‒62.

Tan, C.-B. 2001. Chinese in Southeast Asia and identities in a changing global context. In Chinese populations in contemporary Southeast Asian societies: Identities, interdependence and international influence, eds. M. J. Armstrong, R. W. Armstrong and K. Mulliner. Richmond, UK: Curzon.

______. 2000. Socio-cultural diversities and identities. In The Chinese in Malaysia, eds. K. H. Lee and C.-B. Tan, 37‒70. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

______. 1992. Bibliography on ethnic relations with special reference to Malaysia and Singapore. Kuala Lumpur: Institute of Advanced Studies, University of Malaya.

______. 1991. A note on the Orang Yunnan in Terengganu. Archipel 42: 93‒102. ______, ed. 1990. The preservation and adaptation of tradition: Studies of

Chinese religious expression in Southeast Asia. Contributions to Southeast Asian Ethnography Issue .

______. 1989. The ethnic Chinese in Malaysia and Singapore. In The ethnic Chinese in the ASEAN states: Bibliographic essays, ed. Leo Suryadinata, 119‒163. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.

______. 1988a. Select bibliography on ethnic relations with special reference to Malaysia and Singapore. Occasional paper no.2, Ethnic Relations Project, Institute of Advanced Studies, University of Malaya.

______. 1988b. The Baba of Melaka: Culture and identity of a Chinese peranakan community in Malaysia. Petaling Jaya, Malaysia: Pelanduk Publications.

______. 1988c. Nation building and being Chinese in a Southeast Asian state: Malaysia. In Changing identities of the Southeast Asian Chinese since World War II, eds. J. Cushman and Wang Gungwu. Hong Kong: Hong Kong University Press.

______. 1983. Acculturation, assimilation and integration: The case of the Chinese. In Ethnicity, class and development: Malaysia, ed. S. Husin Ali. Kuala Lumpur: Malaysian Social Science Society.

______. 1980. Review of brokers of morality: Thai ethnic adaptation in rural Malaysian setting by Louis Golomb. Southeast Asian Ethnicity and Development Newsletter 4(3): 33‒39.

Taku. 1962. The Chinese in Malaya Asia. London: Oxford University Press.

Page 30: JATI DIRI KAUM DAN PERPADUAN: KAJIAN KES CINA … · Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara 121 sangat berbeza di Kelantan kerana komuniti Cina kampung dilabelkan sebagai "Cina peranakan"

Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah

148

Teo, K. S. 2008. Chinese-Malay-Thai interactions and the making of Kelantan peranakan Chinese ethnicity. In Thai South and Malay north: Ethnic interactions on a plural Peninsula, ed. M. J. Montesano and P. Jory, 214‒230. Singapore: National University of Singapore.

______. 2004. Malay images in the languages and culture of Malaysia's peranakan Chinese: With special reference to Kelantan peranakan Chinese. Jurnal Peradaban Melayu/Journal of Malay Civilization 2: 96‒113.

______. 2003. The Peranakan Chinese of Kelantan: A study of the culture, language and communication of an assimilated group in Malaysia. London: Asean Academic Press Ltd.

______. 1985. The Peranakan Chinese of Kelantan. London: ASEAN Academic Press.

Tweedie, M. W. F. 1953. An early Chinese account of Kelantan. JMBRAS XXVI, Part I.

Vaughan, J. D. 1879. The manners and customs of the Chinese of the Straits Settlements. In Baba Beginings by H. M. Lewis. http://www.lewismicropublishing.com/Publications/Peranakan/PeranakanBeginnings.htm (accessed 17 March 2005).

Wan Hashim Wan Teh. 2011. Hubungan etnik di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.

_______. 2000. Race relation in Malaysia. Kuala Lumpur: Heinemann. Wang Gungwu. 1988. The study of Chinese identities in Southeast Asia. In

Changing identities of the Southeast Asian Chinese since World War II, ed. J. W. Cushman and Wang Gungwu, 1‒22. Hong Kong: Hong Kong University Press.

Wazir Jahan Karim. 1990. Prelude to madness: The language of emotion in courtship and early marriage. In Emotions of culture: A Malay perspective, ed. Wazir Jahan Karim, 21‒63. Singapore: Oxford University Press.

Wee, K. H. 2002. Kelantan and the Chinese Kelantenese. In Kelantan zaman awal: Kajian arkeologi dan sejarah. Kelantan: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Istana Jahar Kota Bharu.

Wilkinson, R. J. 1956. A Malay-English dictionary. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Winch, P. 1964. The idea of social sciences. London: Routledge dan Kegan Paul. Winzeler, R. L. 1990. Review of The Baba of Melaka: Culture and identity in a

Chinese Peranakan community in Malaysia by Tan Chee-Beng. The Journal of Asian Studies 49(4): 1012‒1013.

Wriggins, H. 1966. National integration. In Modernization: The dynamics of growth, ed. M. Weiner, 19‒24. New York: Basic Books Inc.

Page 31: JATI DIRI KAUM DAN PERPADUAN: KAJIAN KES CINA … · Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara 121 sangat berbeza di Kelantan kerana komuniti Cina kampung dilabelkan sebagai "Cina peranakan"

Reproduced with permission of the copyright owner. Further reproduction prohibited withoutpermission.