jalinan kerjasama dalam bidang pendidikan

45
Jalinan Kerjasama Dalam Bidang pendidikan: Bagaimanakah jalinan kerjasama di antara organisasi anda dan pihak berkepentingan mampu meningkatkan prestasi akademik institusi anda? Ringkasan Eksekutif Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PPIP) 2006-2010 yang telah dilancarkan pada 16 Januari, 2007 bermatlamatkan pembangunan satu sistem pendidikan bertaraf dunia untuk melahirkan modal insan ’Minda Kelas Pertama’ yang dapat melonjakkan Malaysia ke status negara maju. Antara faktor kritikal kejayaan yang dikenalpasti untuk mencapai kecemerlangan institusi pendidikan adalah kerjasama dan komitmen warga pendidikan serta kerjasama dan komitmen semua pihak berkepentingan (stakeholders). Kerja kerja ini memperincikan siapakah yang dimaksudkan dengan pihak-pihak berkepentingan dan peranan yang mereka mainkan untuk

Upload: yingcicheng

Post on 03-Oct-2015

75 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Jalinan Kerjasama Dalam Bidang pendidikan:Bagaimanakah jalinan kerjasama di antara organisasi anda dan pihak berkepentingan mampu meningkatkan prestasi akademik institusi anda?

Ringkasan EksekutifPelan Induk Pembangunan Pendidikan (PPIP) 2006-2010 yang telah dilancarkan pada 16 Januari, 2007 bermatlamatkan pembangunan satu sistem pendidikan bertaraf dunia untuk melahirkan modal insan Minda Kelas Pertama yang dapat melonjakkan Malaysia ke status negara maju. Antara faktor kritikal kejayaan yang dikenalpasti untuk mencapai kecemerlangan institusi pendidikan adalah kerjasama dan komitmen warga pendidikan serta kerjasama dan komitmen semua pihak berkepentingan (stakeholders).Kerja kerja ini memperincikan siapakah yang dimaksudkan dengan pihak-pihak berkepentingan dan peranan yang mereka mainkan untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar di sekolah. Golongan ini merangkumi semua individu dalam dan luar organisasi sekolah.Peranan setiap golongan telah dikupas dari segi konsep, teori dan kajian yang telah dilakukan mengenainya dan seterusnya penumpuan terhadap aplikasi di dalam organisasi sekolah saya sendiri.Melalui rujukan bahan bacaan yang telah dijalankan yang digabungjalin dengan pengalaman kendiri sebagai seorang guru serta berdasarkan pelbagai aktiviti sekolah yang telah dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak, didapati jalinan kerjasama antara pihak-pihak berkepentingan menjadi pemangkin untuk mengimbangi jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar serta meningkatkan prestasi akademik mereka.Penumpuan dan kerjasama semua pihak dalam pemupukan Modal Insan Kelas Pertama ini amat perlu untuk mencapai aspirasi negara terhadap Wawasan 2020 seterusnya menempa nama sebagai sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

1.0PendahuluanPendidikan bukan agenda negara yang boleh dijayakan secara bersendirian. Ia merupakan bidang yang melibatkan dan memerlukan komitmen semua pihak berkepentingan (stakeholders). Kejayaan sistem pendidikan sebagai perkhidmatan kepada masyarakat akan dinilai berdasarkan keupayaannya untuk dinikmati oleh kumpulan sasaran iaitu para pelajar dan seterusnya untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat pada masa hadapan. Kejayaan ini banyak dipengaruhi oleh kekuatan kerjasama dalam dan luar organisasi pendidikan. Keupayaan mengenal pasti dan memanfaatkan sepenuhnya jalinan kerjasama menentukan kejayaan PIPP. Semua pihak sewajarnya menyedari dan menerima hakikat bahawa agenda pendidikan perlu dijayakan secara koloborasi atau bersama.Sekolah sebagai satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen perubahan masyarakat seharusnya mengikut perubahan masyarakat. Ini kerana masalah masyarakat merupakan masalah sekolah juga. Maka dalam hal ini, tidak dapat tidak masyarakat perlu bekerjasama dengan sekolah untuk mencapai cita-cita sekolah dan negara (Ibrahim : 2001). Malahan institusi pendidikanlah yang memberikan perkhidmatan yang paling rapat dan berpanjangan kepada hampir semua golongan masyarakat. Timbulnya isu-isu pendidikan boleh mempengaruhi dan dipengaruhi oleh masyarakat. Oleh itu penglibatan masyarakat dalam bentuk jalinan kerjasama atau perkongsian bagi kepentingan bersama dapatmenjayakan hasrat dan aspirasi yang diimpikan.

1.1Konsep Jalinan Kerjasama.Dewan mendefinisikan jalinan kerjasama sebagai sesuatu yang dijalin. kerjasama pula didefinisikan sebagai usaha (kerja) bersama-sama atau saling bantu-membantu (antara dua atau beberapa pihak).Jalinan kerjasama juga turut membawa maksud koloborasi, permuafakatan dan perkongsian.Menurut Rutter et al 1979, koloborasi dan kerja berpasukan adalah sangat penting dalam kesatuan matlamat. C. Bernard 1938 pula (disebut di dalam Mohd. Salleh Bin Mahat) dalam bukunya yang berjodol The functions Of The Executives menjelaskanbahawa pentadbir perlu menggunakan sepenuhnya sumber yang ada dan mendapat sokongan daripada ahli sistem sosial di sekolah dan masyarakat luar. :SEKOLAH

MATLAMAT

IBUBAPAKOMUNITIRajah 1: Hubungan Sekolah, Ibubapa dan Komuniti

Rajah di atas menunjukkan bagaimana hubungan tiga dimensi antara sekolah, ibubapa dan komuniti dalam mencapai matlamat yang sama. Hubungan tiga dimensi ini adalah amat penting kerana: Mewujudkan permuafakatan dan perkongsian pintar yang mantap dan akrab antara pihak sekolah, rumah dan komuniti supaya sistem pendidikan mencapai kejayaan. Penglibatan masyarakat amat penting dalam membentuk dan mendidik generasi masa depan. Masyarakat dapat menjayakan hasrat murni ini melalui sumbangan idea, tenaga, bahan atau peralatan serta wang ringgit.1.2Rasional Di Sebalik Konsep Kerjasama Di SekolahSekolah sebagai sebuah institusi sosial tidak wujud bersendirian. Oleh itu permuafakatan bersama masyarakat dan organisasi luaran penting dalam membawa kejayaan. Cabaran-cabaran yang melanda masyarakat kita pada masa kini, terutamanya era globalisasi memerlukan keperihatinan dan permuafakatan antara pihak sekolah dan komuniti dalam mengatasinya. Ayat Quran ada menyebut:

Maksudnya: Saling bantu-membantulah dalam hal kebaikan dan taqwa danjanganlah kamu saling membantu dalam hal kejahatan dankeburukan.

Model Pengurusan Koloborasi Sekolah Berkesan oleh Caldwel & Spinks (1988) yang terhasil daripada projek usahasama Jabatan Pelajaran dan Universiti Tasmania pada tahun 1983 telah menyatakan bahawa koloborasi kerja amat perlu di antara pembuat dan pelaksana polisi.Antara dimensi yang ditekankan adalah wawasan, kepimpinan dan kemahiran yang dikongsi. Perkongsian kerja dan komitmen menyeluruh dapat meringankan beban. Pepatah melayu berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Konsep kerjasama ini boleh dilaksanakan dipelbagai peringkat seperti: di dalam sekolah sesama warga sekolah; di antara sekolah, institusi pendidikan tinggi / zon pendidikan; bersama pihak PIBG ibu bapa / penjaga ; bersama masyarakat setempat atau masyarakat luar dan bersama dunia korporat .Jalinan kerjasama atau perkongsian bijak boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk. Bentuk tersebut meliputi sumber kewangan, alatan dan barangan , sumber manusia dan kepakaran , sokongan moral , nilai komersial dan sokongan politik. Dengan adanya jalinan kerjasama, maka lahirlah rasa kepunyaan, perkongsian tanggungjawab dan komunikasi berkesan. Koloborasi ini tidak hanya terbatas dalam organisasi tetapi dengan keseluruhan masyarakat.

1.2KonseporganisasiMenurutKamus Dewan edisi keempat, organisasi bermaksud kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan untuk tujuan-tujuan tertentu.Jaafar Muhammad 1997 mendefinisikan oraganisasi sebagai gabungan dua orang atau lebih yang bekerja bersama-sama secara berkordinasi bagi mencapai sesuatu hasil atau objektif. Seseorang pengurus perlu memastikan penggemblengan sumber dalam oganisasi disusun dengan baik dan berkesan agar matlamat yang dirancang akan tercapai. Organisasi yang akan menjadi tumpuan dalam kertas kerja ini adalah Sek. Meb. Keb. Keladi, Kulim, Kedah.

1.3Konsep prestasi yang dikaitkan dengan sekolah berkesanKamus Dewan hasil yang diperoleh atau pencapaian.Dalam konteks tajuk kertas kerja ini prestasi bermaksud pencapaian akademik yang diperolehi oleh para pelajar melalui peperiksaan terutamanya peperiksaan awam seperti Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Peningkatan dari segi prestasi akademik adalah salah satu kriteria untuk menentukan keberkesanan sesebuah organisasi pendidikan.Banyak kajian tentang sekolah berkesan yang telah dijalankan menfokuskan kepada pencapaian akademik dan keputusan peperiksaan ( Goodland, 1984) dan juga kepentingan sosial dan afektif seperti sikap dan kelakuan pelajar (Reynolds, 1976; Rutter et al, 1979;Mortimore et al 1988). Untuk mencapai tahapsekolah berkesan dan peningkatan prestasi menyeluruh memerlukan keterlibatan pelbagai pihak. Kertas kerja ini akan menfokuskan pencapaian sebenar prestasi akademik di SMK Keladi, Kulim, Kedah yang mempunyai korelasi denganjalinan kerjasama yang erat dan padu di antara organisasi sekolah dan berbagai pihak-pihak yang berkepentingan.

1.4KonsepPihak-pihak berkepentinganAbdul Rafie Bin Mahat, menyatakan:Hubungan tiga dimensi iaitu sekolah, rumah dan komuniti perlu diberi penekanan.Ketiga-tiga entiti ini perlu ada hubungan yang mantap dan akrab kerana kejayaan sistem pendidikan negara bergantung kepada sejauhmana ketiga-tiga elemen ini dapat berfungsi, saling melengkapi dan bantu membantu antara satu sama lain. Pihak pengurusan sekolah boleh memainkan peranan utama dalam merapatkan hubungan antara rumah dan komuniti melalui pelbagai cara selain daripada yang diketahui umum iaitu melalui PIBG.

Saranan Ketua Pengarah itu amat jelas menyatakan bahawa sesebuah institusi pendidikan tidak boleh wujud bersendirian. Hubungan tiga dimensi yang disebut oleh beliau menerangkan bahawa permuafakatan dan perkongsian bijak penting untuk membawa kejayaan kepada sesebuah institusi pendidikan pada masa kini.Mohamed Bin Yahaya selaku Pengetua SMK Padang Piol, Jerantut semasa membentangkan kertas kerja di Seminar Sekolah Efektif anjuran Institut Aminuddin Baki 1995 pula telah menyatakan bahawa hubungan yang baik dan kerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan seperti berbagai jabatan kerajaan, PIBG dan masyarakat telah memberikan impak yang positif terhadap sekolahnya.2.1 JALINAN KERJASAMA PIHAK-PIHAKDALAMORGANISASI (SEKOLAH)2.1.1Peranan pelajarPelajar perlu menjalani suatu proses pendidikan samada secara formal atau tidak formal. Pelajar adalah input paling utama yang perlu dijana untuk menjadi modal insan cemerlang. Mereka perlu melalui proses pembelajaran di sekolah yang memerlukan komitmen pelbagai pihak untuk mewarnai kehidupan mereka.InputProsesOutput/HasilRajah 2:Aliran Hasil Kerja.Rajah di atas menununjukkan bahawa para pelajar yang diibarat kain putih adalah input utama. Mereka perlu menjalani proses pembelajaran samada di sekolah atau melalui persekitaran.Akhir sekali adalah hasil atau kesan terhadap apa yang mereka lalui atau pelajari. Ibarat pepatah melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya, sekolah adalah wadah terbaik untuk memupuk semangat kerjasama, perpaduan dankecintaan terhadap negara.. Pelajar erlu dilatih untuk hidup saling bekerjasama dan mempunyai semangat patrotisme serta toleransi yang tinggi selaras dengan aspirasi nasional. Program Pembimbing Rakan Sebaya juga diadakan untuk mendekatkan pelajar dengan konsep bermasyarakat .Jalinan erat antara pelajar dengan organisasi sekolah akan mewujudkan keseronokan dan motivasi untuk para pelajar ke sekolah.Pelbagai aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum yang dilaksanakan disekolah mampu menggarab potensi dan sikap tanggungjawab pelajar.Para pelajar perlu dilatih untuk saling bekerjasama, mematuhi disiplin dan menghargai perkara yang ada di keliling mereka. Pihak sekolah perlu peka kepada permasalahan pelajar dan berusaha untuk menarik minat pelajar ke sekolah.

2.1.2Peranan pentadbir atau pengurusan sekolah.Zafir, Mohd. Rizal & Ahmad Khairi (2003) menyifatkan pengurusan sebagai proses merancang, menyelaras, memimpin dan mengawal aktiviti-aktiviti organisasi. Definisi pengurusan oleh Peter F. Drucker (disebut di dalam Zaidatul Akmaliah, 1998) ialah suatu proses sosial yang dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai matlamat. Dengan ringkasnya, pengurusan adalah proses merancang dan memelihara persekitaran apabila individubekerja bersama-samadalam kumpulan bagi mencapai matlamat terpilih secara berkesan. Dalam konteks sekolah, matlamat yang ingin dicapai adalah prestasi akademik dan pembentukan modal insan pelajar.Pengurusan sekolah terdiri daripada Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Guru-guru Kanan atau Ketua Jabatan Sains & Matematik, Kemanusiaan, Teknik & Vokasional serta Bahasa. Setiap individu dalam pengurusan organisasi sekolah perlu memainkan peranan yang efektif, membentukserta menjadi pemangkin ke arah kerjasama yang erat dan padu sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat tersebut.Menurut Baharom 2001, bahawa pengetua yang berjaya mewujudkan kerjasama dan koloborasi kerja dengan semua warga sekolah dan masyarakat menunjukkan mereka mempunyai kepimpinan yang berjaya. Kemahiran pengetua/guru besar dapat mempengaruhi persekitaran dan pihak berkepentingan di luar sekolah bagi menghasilkan persekitaran yang lebih kondusif. Dengan kewujudan program-program tertentu, hubungan komuniti yang baik membolehkan pihak sekolah mendapat maklumat dan sokongan dalam banyak hal. Morros & Vrabbel (1978) menyimpulkan bahawa tanpa kepimpinan pengetua/guru besar yang efektif, sekolah tidak berupaya mewujudkan hubungan dengan komuniti luar. Tanpa hubungan ini adalah mustahil sekolah akan memperolehi kerjasama.Pentadbir sekolah juga perlu merangka Pelan Strategik sekolah yang mencakupi kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman terhadap organisasi iaitu dengan ringkasnya SWOT.Suatu Penandaarasan atau Benchmarking juga perlu untuk meningkatkan kualiti bersama dengan Pelan Taktikal, Pelan Operasional dan Pelan Kontigensi. Kerjasama semua pihak dalam organisasi amat perlu untuk mengenalpasti perkara-perkara tersebut hingga ke akar umbi, mendapat maklumat yang jelas dan bertindak membuat perancangan dengan lebih berkesan.Gayakepimpinan yang diamalkan dalam organisasi saya adalah gaya kepimpinan penglibatan di mana Pengetua turut melibatkan subordinat dalam membuat keptusan bergantung kepada situasi masalah yang dihadapi.

Jalinan kerjasama di antara Pengetua, barisan pentadbir sekolah dan kakitangan sekolah mewujudkanesprit de corpatau kerja pasukan dapat membantu memajukan bakat dan perkembangan kemahiran staf. Pengetua memberikan kepercayaan dan motivasi untuk staf di bawahnya menjalankan tugas dengan berkesan. Apa yang selalu ditekankan adalah nilai amanah, kejujuran dan ikhlas dalam menjalankan tugas dan kejayaan hanya akan dapat dicapai melalui pengorbanan dan semangat kerjasama. Dengan itu guru akan melaksanakan tugas dengan rela tanpa paksaan. Sikap keterlibatan dan keperihatinan pemimpin sekolah mewujudkan suasana kerja yang harmoni di samping ketegasan kepada para pelajar telah berjaya meningkatkan prestasi akademik pelajar sekolah ini.

2.1.3Peranan Panitia Mata PelajaranPanitia adalah sekelompok guru yang mengajar mata pelajaran yang sama. Aktiviti atau program Panitia Mata Pelajaran akan dilaksanakan secara bersama oleh barisan guru yang berada dalam Panitia tersebut. Antara jalinan kerjasama yang wujud dalam Panitia ialah seperti berikut:

i) Kerjasama dengan persatuan akademikBerbagai aktiviti yang berkaitan dengan akademik dijalankan seperti pidato, perbahasan, choral speaking, keusahawanan dan lain-lain. Ini adalah bagi meningkatkan lagi prestasi pembelajaran pelajar.

ii)Mesyuarat di kalangan guru-guru Panitia Mata PelajaranDi sekolah saya, Panitia bagi mata pelajaran disarankan bermesyuarat setiap empat bulan untuk mebincangkan aktiviti atau sebarang perkara yang timbul dalam panitia masing-masing.Perbincangan juga akan meliputi teknikyang berkesan untuk mengajar di kelas atau pelajar yang bermasalah. Mesyuarat ini akan turut dhadiri oleh salah seorang pentadbir sekolah yang akan membawa sebarang permasalahan yang perlu kepada pihak atasan untuk diambil tindakan sewajarnya. Sikap saling bekerjasama antara panitia dan pihak pentadbir organisasi sekolah juga mampu meningkatkan prestasisekolah ini.iii) Kursus Dalaman (In-house Training)Guru-guru sekolah ini yang menghadiri sebarang kursus perlu menyampaikan isi kandungan kursus kepada guru-guru lain dalam bidang yang berkaitan. Keberkesanan sistem penyampaian ini dapat mempastikan bahawa sebarang maklumat yang diperolehi semasa berkursus dapat dimanfaatkan oleh semua pihak demi untuk meningkatkan prestasi pelajar.

2.1.4Peranan semua guru.i) Program LISAM (Low Inference Self Assessment Measure f Teaching)Melalui program ini, para guru dalam sekolah ini saling bekerjasama untuk saling membuat penilaian dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas. Seseorang guru boleh memilih sesiapa sahaja di kalangan pentadbir atau guru lain untuk mencerapkan dan memberikan komen tentang P&P yang dilaksanakan. Selepas pencerapan, mereka yang terlibat boleh berbincang mengenainya. Jalinan kerjasama antara guru Ini akan dapat memperbaiki sertameningkatkan sistem P&P dan seterusnya menigkatkan prestasi akademik para pelajar.

ii)Kaedah kerja berpasukan atau team teachingKaedah ini diwujudkan oleh dua orang atau lebih guru yang mengajar dalam subjek yang sama. Mereka saling bekerjasama dan bantu membantu dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran di kelas. Kemahiran seseorang guru terhadap sesuatu tajukdapat dimanfaatkan oleh rakannya yang lain. Guru-guru tersebut juga boleh masuk mengajar satu kelas dalam masa yang sama. Kaedah ini sangat sesuai untuk mata pelajaran hands-on seperti Komputer, Matematik atau Sains. Seorang guru boleh mengajar di hadapan kelas manakala seorang lagi memantau dan membantu pelajar melaksanakan tugasan yang diberi. Jalinan kerjasama di kalangan guru seerti ini dapat meberi tumpuan yang lebih kepada proses P&P dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik pelajar.

iii) Sistem Bimbingan Taulan dalam Pengajaran & Pembelajaran Sains &Matematik Dalam BahasaInggeris. (PPSMI)Sistem Bimbingan Taulan atau lebih dikenali sebagai sistem Buddy memerlukan komitmen semua guru yang terlibat dalam PPSMI. Dalam sistem ini, guru-guru Bahasa Inggeris (Rakan Pembimbing) perlu bekerjasama dan membantu rakan taulan (Guru Taulan) yang mengajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.Rakan pembimbing perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti sekurang-kurangnya empat jam sebulan untuk setiap guru taulan dengan menggunakan modul EMS iaitu English for Mathematik & Science. Sistem ini juga turut mendapat kerjasama berbagai pihak lain seperti PPD, JPN dan KPM.

2.1.5Peranan Koperasi SekolahKoperasi sekolah juga turut memainkan peranan terhadap peningkatan prestasi sesebuah sekolah. Norazinah (2005) menyatakan bahawa koperasi sekolah adalah salah satu sumber alternatif dana sekolah serta turutbekerjasama dan memberi sumbanganyang banyak kepada pihak sekolah untuk menjalankan berbagai aktiviti seperti sumbangan upacara rasmi sekolah, pembelian komputer dan peralatan pembelajaran, sumbangan untuk pelajar miskin serta kem motivasidan lain-lain. Sumbangan yang telah diberikan untuk para pelajar ini telah dapat membantu warga sekolah khususnya para pelajar untuk meningkatkan prestasi akademik mereka.Koperasi sekolah saya telahturut memberi banyak sumbangan kepada sekolah ini. Keuntungan bersih koperasi pada tahun 2006 adalah sebanyak RM 7,402.53 telah meningkat kepada RM 12,586.10 pada tahun 2007. Keuntungan ini telah diagih-agihkankepada beberapa tabung seperti kumpulan wang kebajikan am, dermasiswa, sukan, kursus, zakat, dividen dan honorarium lembaga. Keuntungan yang diperolehi akan dikembalikan kepada warga sekolah khususnya para pelajar. Koperasi sekolah juga turut menyumbang dalam bentuk wang atau barangan kepada sekolah sempena Hari Anugerah Cemerlang, Kem Motivasi dan mencantikkan prasarana sekolah.Koperasi sekolah ini juga dengankerjasamapihak Angkatan Koperasi Kebangsaan (ANGKASA) telah turut menjalankan berbagai aktiviti unuk tahun 2007. Pihak ANGKASA telah memberi sumbangan dalam bentuk kewangan dan kepakaran sumber manusia kepada koperasi sekolah yang bergabung dengannya. Antara aktiviti yang dijalankan dengan kerjasama ANGKASA adalah Sambutan Minggu Koperasi Sekolah (17-21 Julai, 2007), Kursus Pengenalan Koperasi Siri 3 (5 September, 2007) dan Kursus Perakaunan Koperasi Sekolah ( 11- 13 April, 2007). Kursus-kursus yang diadakan memberi manfaat kepada para pelajar terutamanya pelajar tingkatan enam yang secara langsung belajar mengenai Koperasi dalam silibus Pengajian Perniagaan STPM. Ini diharapkan mampu untukmeningkatkan prestasi akademikpara pelajar yang terlibat.

2.2JALINAN KERJASAMA ORANISASI LUAR TERHADAP ORGANISASISEKOLAH2.2.1Peranan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) menjadi pemangkin kepada institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk mencapai dasar-dasar pendidikan secara berterusan.Ia dikaitkan dengan faktor persekitaran seperti sekolah, PIBG, masyarakat dan dasar-dasar kerajaan untuk mencapai matlamat pendidikan. PPDjuga berhubungan rapat dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang juga di bawah bidang kuasa KPM.Hubungan rapat antara tiga agensi ini merupakan kesinambungan karenah birokrasi yang wujud dalam pentadbiran pendidikan di Malaysia. Blau dan Scott (1962) mengatakan PPD merupakan satu organisasi yang mengembangkan perkhidmatan kepada para pelanggan atau penggunanya. Pelanggan dan pengguna perkhidmatan PPD adalah para pelajar dan pentadbir pendidikan sekolah.Bagi guru-guru, PPD juga adalah agensi yang membantu segala masalah dalam aspek perbadi seperti menguruskan pertukaran, pengesahan jawatan, penempatan, Puat Kegiatan Guru dan penyelarasan kursus kerjaya atau profesional.Bidang Pentadbiran PPD adalah Tatausaha, Pengurusan Murid, Pengurusan Guru, Penyeliaan, Kurikulum dan Ko-kurikum.

PPD dan sekolah sangat berkait rapat. PPD yang diketuai oleh Pegawai Pelajaran Daerah bertanggungjawab menyampaikan segala arahan yang diterima daripada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri kepada Pengetua dan Guru Besar di dalam daerahnya. ini dapat melicinkan lagi dasar atau arahan KPM. Pemantauan dan kerjasama antara PPD dan sekolah dilakukan dalam berbagai bidang seperti kurikulum, ko-kurikulum, pembangunan dan lain-lain.Tujuan Pejabat Pelajaran Daerah ditubuhkan juga adalah untuk mewujudkan hubungan yang baik antara sekolah iaitu menyelia, menyiapkan situasi yang sempurna supaya Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dapat berjalan dengan baik. Fullan (2001) menyifatkan bahawa daerah yang kecil biasanya berfungsi dengan sumber yang terhad dan bagi daerah yang besar biasanya berurusan dengan konflik, krisis, masalah personeldan kewangan yang besar. Justeru, dengan adanya PPD, pentadbiran pendidikan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.Pemantauan kurikulum sekolah berkualiti dan program 3K (Keceriaan, Kebersihan dan Keselamatan) turut dilaksanakan pada peringkat PPD. Ini seterusnya dapat membangunkan sesebuah sekolah dan dengan itu memberikan impak yang positif terhadap prestasi akademik pelajar di sekolah.

2.2.2Peranan Jabatan Pendidikan Negeri KedahSejajar dengan moto PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah telah mengorak langkah untuk menggembleng sumber yang ada ke tahap yang optima untuk meningkatkan prestasi akademikpelajar di negeri ini.Kerjasama dengan berbagai peringkat telah ditingkatkan secara langsung atau sebaliknya, terutamanya dengan PPD dan pihak sekolah. Untuk meningkatkan pencapaian tersebut, JPN Kedah telah merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut:Kepimpinan Instruksional.Pemantauan Kolaboratif.Pengurusan Strategik Peningkatan Akademik.Pemantauan Kurikulum Berkualiti.Peningkatan profesionalisme Guru.Permuafakatan pintar dengan agensi luar.Gempur Gemilang bersama Guru Cemerlang.PerKASA (Perkongsian Akademik Sesama Ahli).Projek Modul Tambahan Pengajaran dan Pembelajaran.

Aktiviti-akiviti yang dinyatakan di atas tentunya memerlukan koloborasi dan komitmen berbagai pihak yang berkepentingan seperti sekolah, PPD, agensi luar untuk menjayakannya. Untuk memudahkan pihak PPD, sekolah-sekolah dan masyarakat berurusan dengan Pejabat Pelajaran Negeri, rangkaian pintar e-bestari telah diwujudkan. Antara program yang telah dilaksanakan melalui rangkaian ini adalah:Program Mesra e-Mail.Projek Layar Laman Web.Program "Bar Kod".Projek "Smart SMS".Projek "e-Telecomunication".

Pemantauan Head CountProgram ini dilaksanakan mulai tahun 2007 untuk memantau prestasi pelajar di peringkat sekolah, PPD dan JPN. Prestasi setiap pelajar dipantau dari masa ke semasa.Pelajar bermasalah dan lemah perlu dibimbing dan dibantu dengan segera. Setiap sekolah perlu menghantar laporan kepada PPD dan kemudiannya dianalisa di peringkat daerah dan seterusnya dihantar ke JPN. Semua pihak berkepentingan perlu menyusun strategi berkesan untuk membantu para pelajar meningkatkan prestasi akademik terutamanya untuk mata pelajaran asas.

2.2.3Peranan Kementerian Pendidikan (KPM)Kementerian Pelajaran Malaysia adalah sebagai peneraju dan pendokong utama dalam melaksanakan wadah pendidikan Negara. Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Ke Sembilan teah menetapkan pembangunan modal insan kelas pertama sebagai salah satu daripada lima teras utama ke arah mencapai Wawasan 2020. Kejayaan agenda pembangunan modal insan ini bergantung kepada kualiti sistem pendidikan Negara yang diterajui oleh KPM.Justeru, KPM telah menterjemahkan visi ini ke dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

i)Peneraju Utama PIPPDasar KPM adalah untuk meningkatkan penglibatan semua pihak berkepentingan bagi menjayakan agenda pendidikan. Matlamat yang ingin dicapai oleh KPM melalui dasar ini adalah untuk menjadikan peranan mendidik anak bangsa sebagai tanggungjawab bersama semua pihak. Walaupun tiada mekanisme yang spesifik digariskan untuk menggembleng tenaga dan usaha daripada pihak berkepentingan, KPM sentiasa bersikap terbuka terhadap cadangan dan saranan yang dikemukakan oleh pihak luar KPM. KPM juga sentiasa bekerjasama dengan pelbagai kementerian, badan korporat, syarikat swasta, PIBG, Kesatuan-Kesatuan Guru, Alumni dan pertubuhan-pertubuhan pendidikan pada peringkat antarabangsa.

ii) Program 3KMulai tahun 1991, KPM telah memperkenalkan program 3K iaitu kebersihan, keselamatan dan kesihatan. Program ini telah diberi nafas baru dan penekanan semula yang memerlukan penglibatan pelbagai pihak secara menyeluruh. Program ini dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran dan melibatkan jalinan kerjasama dengan pelbagai jabatan seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Kerja Raya, Kerajaan Tempatan, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Malaysia, masyarakat dan juga berbagai badan bukan kerajaan.Antara aktiviti yang dijalankan dalam program 3K adalah penggredan kendiri kantin sekolah, senarai semak keselamatan sekolah, gotong royong perdana dan penyelenggaraan tandas sekolah. Komuniti boleh membantu dengan memberi sokongan dan sumbangan dalam pelbagai bentuk. Pihak sekolah saling bekerjasama dan mendapat sokongan berbagai pihak yang terlibat. Program sebegini diadakan untuk mewujudkan suasana sihat, selamat, bersih dan kondusif untuk para pelajar. Justeru, para pelajar boleh belajar dengan lebih selesa seterusnya meningkatkan prestasi akademikmereka.

2.2.4Peranan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)Peningkatan prestasi akademik di sekolah sentiasa memerlukan sokongan dan penglibatan para ibubapa atau waris pelajar. Kajian oleh Coleman(1993) telah mendapati bahawa berbagai kelebihan telah dikesan apabila para waris turut terlibat dalam pembelajaran anak-anak mereka. Kajian sekolah berkesan oleh Mortimore (1988) telah mendapati salah satu daripada sebelas faktor untuk mewujudkan sekolah berkesan adalah perkongsian/ permuafakatan ibubapa dan sekolah (home-school partnership).

Antara dua belas ciri instrinsik dalam sekolah berkesan yang dikemukakan oleh Sackney (1986) pula adalah penglibatan dan sokongan para ibubapa dan masyarakat tehadap organisasi pendidikan.Fullan (1991) telah menyimpulkan bahawa penglibatan ibubapa di sekolah dan dalam aktiviti pembelajaran di rumah sebagai penglibatan secara langsung (instructionally related involvement). Manakala, bentuk penglibatan hubungan masyarakat-sekolah dan membantu tadbir pengurusan sekolah sebagai penglibatan tidak langsung (noninstructional related involvement).Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah ini telah memainkan peranan yang aktif untuk memajukan sekolah terutamanya untuk meningkatkan prestasi pelajar. Banyak sumbangan yang telah PIBG berikan terhadap warga sekolah ini terutamanya para pelajar. Kebanyakan aktiviti yang diberi penekanan adalah yang boleh mendorong peningkatan sahsiah dan prestasi akademik para pelajar.Pendapatan dan perbelanjaan PIBG untuk tempoh 2005 hingga 2007 adalah seperti berikut:TahunPendapatan (RM)Perbelanjaan (RM)

200516,864.9011,235.90

200620,319.8610,736.54

200729,187.5016,792.35

Jadual 1: Pendapatan dan Berbelanjaan PIBG 2005 -2007Jadual di atas menunjukkan bahawa PIBG telah membelanjakan lebih separuh daripada pendapatan tahunan untuk membantu sekolah dan kebanyakan aktiviti yang dijalankan berkait rapat dengan pembentukan pelajar cemerlang.Untuk tahun 2007 sahaja, PIBG telah menaja berbagai aktiviti untuk para pelajar seperti dinyatakan di bawah:-keceriaan kelas-Sumbangan Sambutan HariGuru-Sumbangan Baju Kompang & vest-Program Anakku Gemilangsekolah-Program Gotong Royong Perdana-Ceramah / Seminar Peperiksaan-Hari Anugerah CemerlangPMR, SPM, STPM.-Ceramah Disiplin-Sambutan Kemerdekaan-Majlis Bacaan Yaasin menjelang-Hadiah Zero Pontengpeperiksaan-Kem Waja-Kelas Bimbingan-Keindahan / keceriaan kawasan-Jamuan Perjumpaan Waris- Tajaan pakaian seragam PBSMPihak pengurusan sekolah dan PIBGtelah turut mengadakan perjumpaan guru dan waris pelajar untuk berbincang mengenai prestasi akademik dan sikap para pelajar.Perjumpaan ini diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun. Para ibubapa dikehendaki datang dan berbincang dengan guru tentang sebarang hal yang perlu terutamanya cara untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar. Jalinan kerjasama yang erat antara para ibubapa dan organisasi sekolah mampu meningkatkan prestasi akademik para pelajar sekolah ini.

2.2.5Peranan Warga Korporat dan syarikat swasta.Warga atau syarikat korporat turut memainkan peranan yang pentingdengan sekolah. Sumbangan yang boleh diberikan adalah dalam bentuk tenaga, kepakaran dan kewangan.Syarikat korporat yang telah menjalin kerjasama yang erat dengan sekolah saya adalah Syarikat Intel Malaysia (INTEL) yang telah menjadikan sekolah ini sebagai sekolah angkat dan telah menjalankan berbagai aktiviti untuk para pelajar sekolah ini. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah:BilAktivitiTarikh

1English Camp13.5.07

2Computer Workshop12.08.07

3PC Pal Email Mentoring ProgramSepanjang tahun

4ERT Safety Camp24.07.07

5Program Kitar SemulaSepanjang tahun

6Majlis Mega Berbuka Puasa & Solat Terawih Pekerja Islam Intel dan Sekolah21.09.07

7Gotong Royong Bersama Intel1.7.07

8Kelas Tambahan MatematikMenjelang Peperiksaan

Jadual 2: Aktiviti Intel-SMK Keladi 2007Bank Rakyat juga turut bekerjasama dan menyumbang unuk meningkatkan prestasi sekolah ini dengan menaja dan mengadakan Seminar Skor A 2007 untuk pelajar bumiputera pada bulas Ogos, 2007.Yayasan Bukhari jugamenyumbang untuk meningkatkan prestasi akademik para pelajar. Yayasan ini telah menaja kelas tambahan untuk mata pelajaran kritikal iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik untuk para pelajar melayu yang kurang berkemampuan. Kelas tambahan secara percuma ini secara langsung dapat membantu para pelajar yang kurang berkemampuan untuk meningkatkan prestasi akademik mereka.

3. PENCAPAIAN AKADEMIK SMK KELADI 2005 - 2007

PetunjukPMRSPMSTPMRajah3: Peratus kelulusan peperiksaan awam 2005-2007

Rajahdi atas menunjukkan bahawa keputusan peperiksaan awam Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan sekolah saya secara keseluruhannya telah meningkat dari tahun 2004 hingga 2007. Keputusan SPM dan STPM bagi 2007 belum lagi diumumkan ketika kertas kerja ini ditulis. Peningkatan prestasi akademik ini tercapai dengan usaha dan pengorbanan berbagai pihaktermasuk para pelajar sendiri, para waris, para guru, masyarakat, warga korporat dan sebagainya. Pengemblengan usaha, tenaga dan sumbangan pelbagai bentuk oleh semua pihak berkepentingan seperti yang telah dinyatakan telah membuahkan hasil yang positif; prestasi akademik pelajar telah dapat ditingkatkan.Usaha yang berterusan dan lebih gigih di kalangan semua pihak yang berkepentingan amat perlu untuk melonjakkan lagi prestasi akademik sekolah ini.

4.CADANGAN DAN RUMUSAN

Ibarat untuk melancarkan sebuah roket Soyyuz yang dinaiki oleh angkasawan pertama Malaysia, semua pihak yang berkepentingan perlu seiring sejalan, saling bekerjasama, bermuafakat dan berkongsi usaha dan tenaga untuk memantapkan sesebuah organisasi agar ianya boleh berjalan lancar dan mencapai matlamatnya. Tanpa sokongan padu semua pihak berkepentingan, roket tersebut pasti tidak dapat dilancar untuk mencapai destinasi. Dalam konteks sekolah, matlamatnya adalah untuk melahirkan modal insan kelas pertama dan cemerlang dari segi pencapaian akademik dan sahsiah diri.Kepesatan pembangunan teknologi dan komunikasi yang tiada sempadan (borderless world) telah menyebabkan para pelajar kini lebih agresifdan cepat mengikut peredaran masa. Mereka juga akan cepat terpengaruh dengan berbagai anasir yang tidak sihat. Gejala ini jika tidak dipantau dengan cepat dan berkesan akan menggagalkan kita untuk mencapai hasrat dan aspirasi negara. Tanggungjawab untuk membentuk generasi pewaris berminda kelas pertama perlu dipikul bukan hanya oleh para ibubapa dan guru-guru di sekolah tetapi oleh seluruh masyarakat amnya.Ianya adalah isu global yang perlu diberi perhatian dan komitmen oleh semua pihak berkepentingan secara koloboratif, kolektif, efektif dan berkesan.

Justeru, aktiviti dan kerjasama yang sedia ada perlu dirancang, dipertingkatkan dan ditambahnilai.Sikap satu-satu pihak yang suka menunding jari terhadap satu pihak yang lain perlu diubah kepada menunding jari kepada diri masing-masing tentang apakah peranan yang boleh mereka laksanakan untukmembentuk generasi masa hadapan yang cemerlang dan dinamik.Setiap individu adalah bertanggungjawab terhadap masa depan golongan muda dan boleh menyumbang dalam sebarang bentuk bantuan samada tenaga, wang, buah fikiran dan sebagainya.

SENARAI RUJUKAN:

_________Kamus Dewan, 2005, Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia

_________Panduan Pengurusan 3K, Kementerian Pelajaran Malaysia.

________Jurnal Pengurusan da Kepimpinan, Institut Aminuddin Baki, 2004.

________Kamus Dwibahasa Oxford Fajar, edisi ketiga 2004, Penerbitan Fajar Bakti.

________Koleksi kertas Kerja Seminar Sekolah Efektif, Kementerian Pendidikan Malaysia13- 14 Julai, 1995.

________Nota-nota kuliah Sarjana Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (2006 2008) (tidak diterbitkan)

_______Garis Panduan Perlaksanaan PPSMI dan Sistem Bimbingan Taulan, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Daul Aman.

_______Manual Pengurusan SMK Keladi,Kulim, Kedah.

_______Nota-nota kuliah Ijazah Sarjana PendidikanUniversiti Sains Malaysia (2003-2005) (tidak diterbitkan)

_______Penyata Kewangan 2005 hingga 2007 Koperasi SMK Keladi Kulim

_______Penyata Kewangan 2005 hingga 2007 Koperasi SMK Keladi Kulim Berhad. (tidak diterbitkan)

_______Penyata Kewangan 2005 hingga 2007 Persatuan Ibubapa dan Guru, SMK Keladi, Kulim, Kedah. (tidak diterbitkan)

_______Prosiding Seminar Kebangsaan Ke Arah Memperkukuhkan Proffesionalisme Dan Kesejahteraan Pendidik, 1996. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM

Jaafar Muhamad,Asas Pengurusan, edisi kedua 1997, Siri Pengurusan Fajar Bakti.

Mokhtar Awang et al, Kertas Kerja Sekolah Berkesan: Citra Watak- Perwatakan Kedinamisme Kepengetuaan,IPDA, 7 Mac 1999.

Norazinah Yaacob, Koperasi Sekolah Menengah: Penjana Sumber Alternatif Dana Sekolah. disertasi Sarjana Pendidikan USM 2005 (tidak diterbitkan)

Omardin Ashaari, Pengurusan Sekolah Suatu Panduan Lengkap, 1996, Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan, Utusan Publications & Dstributions Sdn Bhd.Lilia Hanim (Prof. Madya Dr.), Dr Mohammed Sani Ibrahim Izani Ibrahim, Budaya Sekolah Berpencapaian Tinggi dan Hubungannya Dengan Kewibawaan Pengetua, Seminar Nasional Pengurusan Dan Kepimpimpinan Pendidikan ke 13.

Abdul Rafie Bin Mahat, Kertas Kerjanya Pengukuhan Dan Peningkatan Kualiti Pendidikan Dan Profesionalisme Keguruan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

SUMBER INTERNET

http://www.moe.gov.my/bs/

http://pukmweb.ukm.my/penerbit/jurnalpdf/

http://www.angelfire.com/tn/mppp/jurnal95.html

http://www.geocities.com/padeat68/jurnal_InstitutPengetua.htm

http://jurnalakademik.blogspot.com/

http://www.fp.utm.my/epusatsumber/seminar/isu pendidikan05

http://emoe.gov.my

http://jpnkedah.edu.my

http://lib.usm.com.my

http://lib.ukm.com.my

http://tamanillhamku.blogspot.com/2013/04/kertas-kerja-ptk-44bagaimanakah-jalinan.html