jabatan pengajian tinggi kementerian …...skim ge penyelidikan bahagian perancangan kecemerlangan...
TRANSCRIPT
BAHAGIAN PERANCANGAN KECEMERLANGAN IPT JABATAN PENGAJIAN TINGGI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI ARAS 7, NO.2, MENARA 2 JALAN P5/6, PRESINT 5
62000 PUTRAJAYA. No. Tel: 03-8870 6972 / 6973 / 6974
No. Faks: 03-8870 6867
JABATAN PENGAJIAN TINGGI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
PANDUAN PENGENDALIAN BORANG SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL
(FRGS) UNTUK PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
2
GARIS PANDUAN PENGENDALIAN BORANG PERMOHONAN FRGS 1. TUJUAN
Garis panduan adalah bertujuan untuk memberi panduan menyelaras pengendalian borang-borang permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) di peringkat pengurusan sesebuah Institusi sebelum dihantar kepada urus setia FRGS, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
2. PANDUAN PENGENDALIAN BORANG PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN
2.1. Borang-borang permohonan FRGS A1(R) perlu dikendalikan mengikut tatacara berikut: (i) Borang permohonan diasingkan mengikut Kluster-Kluster
penyelidikan. Rujuk kod kluster yang disediakan (rujuk lampiran A)
(ii) Kemudian, asingkan borang permohonan mengikut kod Kategori penyelidik seperti yang telah ditetapkan (rujuk lampiran A). Terdapat empat (4) Kategori penyelidikan bagi setiap bidang penyelidikan.
(iii) Tuliskan kod rujukan bagi setiap borang permohonan FRGS pada
bahagian kod rujukan di penjuru atas sebelah kanan borang permohonan.
(iv) Pastikan setiap borang tersebut diikat pada penjuru sebelah kiri
borang.
(v) Pastikan borang-borang tersebut dikumpulkan mengikut susunan nombor bilangan untuk kluster dan kategori penyelidik.
(vi) Senaraikan semua permohonan dalam Borang Ringkasan
Permohonan FRGS (Masterlist-KPT) yang disediakan mengikut kluster dan kategori penyelidik (rujuk lampiran B). Borang tersebut boleh dimuat turun dari laman web JPT- http://jpt.mohe.gov.my/menupenyelidik.php.
(vii) Borang-borang yang lengkap berserta senarai Borang Ringkasan
Permohonan FRGS (Masterlist-KPT) perlu dikemukakan kepada pihak urus setia sebelum atau pada tarikh yang telah ditetapkan.
(viii) Penghantaran borang-borang boleh dibuat melalui serahan kaunter
atau pos.
3
(ix) Bagi penghantaran melalui serahan kaunter, seorang wakil pihak pengurusan Institusi hendaklah hadir semasa penghantaran borang tersebut.
(x) Pengesahan penghantaran perlu dibuat bersama-sama wakil
daripada pihak urus setia bagi mengesahkan bilangan borang yang diterima bersamaan dengan senarai yang dihantar oleh pihak Institusi.
(xi) Wakil Institusi perlu menandatangani borang penerimaan dan
diserahkan kepada pihak urus setia setelah urusan pengesahan borang permohonan didapati teratur.
(xii) Bagi penghantaran melalui pos, pengesahan permohonan akan
dikembalikan kepada Institusi yang terlibat.
(xiii) Bagi Institusi di Malaysia Barat (Semenanjung Malaysia) digalakkan membuat penghantaran melalui serahan kaunter kepada; URUS SETIA FRGS Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Aras 7, No.2, Menara 2 Jalan P5/6, Presint 5 62000 PUTRAJAYA. No. Tel: 03-8870 6972 / 6973 / 6974 No. Faks: 03-8870 6867
(xiv) Borang permohonan tidak akan diproses jika tidak mematuhi syarat
dan peraturan yang telah ditetapkan.
2.2. Penulisan Kod Rujukan Pada Borang Permohonan FRGS Pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan di Institusi masing-masing perlu menulis kod rujukan pada setiap borang permohonan yang telah diperakukan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan IPT atau Ketua Jabatan masing-masing. Penulisan kod rujukan bagi tiap-tiap borang permohonan adalah pada bahagian Kod Rujukan di penjuru atas sebelah kanan borang permohonan FRGS. Urutan nombor rujukan adalah seperti berikut:
4
i. Permohonan untuk Single Disciplinary Project - Borang FRGS A1(R) FRGS/Fasa/Tahun/Kod Kluster dan Sub Kluster/Kod IPT/Kod Kategori/Nombor Bilangan.
sebagai contoh : FRGS/1/2012/SSI03/UM/01/1
Kluster : Sastera dan Sastera Ikhtisas Sub Kluster : Agama
IPT : Universiti Malaya Kategori Penyelidik : Profesor Nombor Bilangan : 1 (kiraan mengikut sub kluster) Cara penulisannya adalah seperti berikut:
ii. Permohonan untuk Trans Disciplinary Program - Borang FRGS A2(R) Borang FRGS A1(R) perlu diisi oleh setiap Ketua-Ketua Projek dan satu Borang FRGS A2(R) perlu diisi oleh Ketua Program yang dilantik. Cara pengisian kod rujukan seperti berikut:- TD-FRGS/Fasa/Tahun/Kod IPT/Kod Kategori/Nombor Bilangan.
5
sebagai contoh : TD-FRGS/1/2013/UM/01/1 IPT : Universiti Malaya
Kategori Ketua Program : Profesor Nombor Bilangan : 1 Cara penulisannya adalah seperti berikut:
Setiap Ketua Projek perlu mengisi permohonan dalam Borang FRGS A1(R). Cara pengisian kod rujukan Borang A1(R) adalah seperti tertera pada Borang A2(R):- TD-FRGS/Fasa/Tahun/Kod IPT/Kod Kategori/Nombor Bilangan Borang A2(R)/Bilangan.
sebagai contoh : TD-FRGS/1/2013/UM/01/1/1 TD-FRGS/1/2013/UM/01/1/2 TD-FRGS/1/2013/UM/01/1/3
6
2.3. Borang Ringkasan Permohonan FRGS - Senarai Projek Penyelidikan Single Disciplinary Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Borang Ringkasan Permohonan FRGS Masterlist-KPT untuk permohonan FRGS adalah seperti di LAMPIRAN B dan contoh borang yang telah diisi mengikut pecahan bidang dan kategori adalah seperti berikut:
*Borang Format Ringkasan Permohonan FRGS Masterlist-KPT menggunakan perisian microsoft excel.
Bagi nombor rujukan FRGS/1/2012/SSI03/UM/01/1 ditulis:
2.3.1. Cara Pengisian Ruangan Nama IPT / Kluster / Kategori Ruangan yang perlu diisi adalah seperti berikut: (i) Nama IPT iaitu Universiti Malaya ditulis UM. Rujuk kod IPT yang
disediakan. (rujuk lampiran C) (ii) Nama kluster iaitu Sastera dan Sastera Ikhtisas ditulis SSI. Rujuk
kod IPT yang disediakan. (rujuk lampiran A)
(iii) Kod sub kluster iaitu Agama ditulis 03. Rujuk kod Sub Kluster yang disediakan (rujuk lampiran D).
(iv) Nama kategori iaitu Profesor ditulis 01. Rujuk kod IPT yang
disediakan. (rujuk lampiran A)
SENARAI KESELURUHAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS) FASA 1/2012
Bil. Kod Rujukan Ketua Projek
No. KP/Pasport Kluster Sub Kluster Tajuk Projek Jumlah
Keseluruhan (RM)
1 FRGS/1/2012/SSI01/UM/01/1 Contoh Profesor
No.KP/Pasport SSI Bahasa dan
Linguistik Contoh Tajuk Contoh Peruntukan
2 FRGS/1/2012/SSI01/UM/01/2 Contoh Profesor
No.KP/Pasport SSI
Bahasa dan Linguistik
Contoh Tajuk Contoh Peruntukan
3 FRGS/1/2012/SSI02/UM/01/1
Contoh Profesor
No.KP/Pasport SSI Kesusasteraan Contoh Tajuk Contoh Peruntukan
4 FRGS/1/2012/SSI03/UM/01/1 Prof. Dr. Fatimah Binti Ali
500610-01-5489 SSI Agama
Rekabentuk Modul Aktiviti Wanita
Berasaskan Peranan Wanita Dalam
Mengimarahkan Masjid
37,000.00
5 FRGS/1/2012/SSI04/UM/01/1 Contoh Profesor
No.KP/Pasport SSI Falsafah Contoh Tajuk Contoh Peruntukan
6 FRGS/1/2012/SSI04/UM/01/2 Contoh Profesor
No.KP/Pasport SSI Falsafah Contoh Tajuk Contoh Peruntukan
7 FRGS/1/2012/SSI05/UM/01/1 Contoh Profesor
No.KP/Pasport SSI Tamadun Contoh Tajuk Contoh Peruntukan
JUMLAH KESELURUHAN
7
2.3.2. Cara Pengisian Ruangan Bil. / No. Rujukan / Ketua Projek / No. Kad Pengenalan/No.Passport / Sub Kluster / Tajuk Projek / Jumlah Keseluruhan (RM) Setiap ruangan perlu diisi dengan selengkapnya bagi memudahkan kerja-kerja penyenaraian permohonan projek. Ruangan-ruangan tersebut adalah:
(i) BIL.
Nombor bilangan adalah bermula daripada nombor satu (1) dan seterusnya.
(ii) KOD RUJUKAN
Ruangan ini perlu diisi dengan nombor rujukan setiap projek.
(iii) KETUA PROJEK
Bagi ruangan ini, hanya nama penuh ketua penyelidik sahaja yang perlu diisi.
(iv) NO. KAD PENGENALAN / NO. PASSPORT
Ruangan ini diisi dengan No. Kad Pengenalan bagi ketua penyelidik warganegara Malaysia atau No. Passport bagi ketua penyelidik bukan warganegara.
(v) SUB KLUSTER
Ruangan ini diisi dengan sub kluster penyelidikan bagi projek yang dipohon.
(vi) TAJUK PROJEK
Ruangan ini diisi dengan tajuk cadangan projek yang dipohon.
(vii) JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Jumlah keseluruhan permohonan peruntukan yang dipohon bagi projek tersebut perlu diisi di dalam ruangan ini.
8
2.4. Borang Ringkasan Permohonan FRGS – Ringkasan Permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Mengikut Kluster dan Kategori Penyelidikan Contoh borang yang perlu diisi adalah seperti berikut:
2.5 Borang Ringkasan Permohonan FRGS - Senarai Program/Projek
Penyelidikan di bawah Trans Disciplinary Program Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS)
Borang Ringkasan Permohonan FRGS Masterlist-KPT untuk permohonan projek-projek penyelidikan di bawah Trans Disciplinary Program juga perlu diisi menggunakan Masterlist-KPT. (LAMPIRAN B)
2.6 Permohonan Menggunakan Sistem MyGRANTS
i. Permohonan menggunakan sistem MyGRANTS adalah kepada universiti yang terlibat bagi pilot project MyGRANTS bagi permohonan Single Disciplinary Project sahaja.
RINGKASAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS) MENGIKUT KLUSTER DAN KATEGORI PENYELIDIKAN
BIL NAMA
INSTITUSI KLUSTER
KATEGORI BILANGAN
KESELURUHAN PERUNTUKAN
KESELURUHAN 01 PERUNTUKAN 02 PERUNTUKAN 03 PERUNTUKAN
1 UM SAINS TULEN 1 67000.00 1 86000.00 1 50000.00 3 203000.00
SAINS GUNAAN 3 209000.00 2 120000.00 2 100000.00 7 429000.00
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
1 90000.00 1 89000.00 1 100000.00 3 279000.00
SAINS KESIHATAN DAN KLINIKAL
1 80000.00 1 70000.00 1 50000.00 3 200000.00
SAINS SOSIAL 1 80000.00 2 55000.00 3 45000.00 6 180000.00
SASTERA DAN SASTERA IKHTISAS
1 60000.00 1 50000.00 1 35000.00 3 145000.00
SAINS TABII DAN WARISAN NEGARA
1 50000.00 1 45000.00 1 40000.00 3 135000.00
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
2 200000.00 1 100000.00 1 80000.00 4 380000.00
JUMLAH KESELURUHAN 11 836000.00 10 615000.00 11 500000.00 32 1,951,000.00
9
ii. Pemohon perlu mengisi secara online pada portal mygrants.mohe.gov.my. Borang permohonan yang telah diperaku oleh universiti masing-masing dan Borang Masterlist-KPT perlu dicetak dan dihantar kepada pihak urus setia FRGS sebelum atau pada tarikh yang telah ditetapkan.
3. PEKARA-PERKARA YANG MENYEBABKAN PENGHANTARAN BORANG-BORANG PERMOHONAN DARIPADA RMC DITOLAK Antara perkara-perkara tersebut ialah: (i) Permohonan yang tidak melalui RMC. (ii) Penghantaran borang permohonan yang tidak lengkap, tidak tersusun
dan gagal mengikuti garis panduan penghantaran yang telah ditetapkan.
(iii) Borang pemohonan yang tidak disertakan Resume, Gantt Chart, Flow Chart
dan Milestone projek. (iv) Permohonan-permohonan yang tidak diikat dengan kemas dan baik
sehingga boleh menyebabkan borang-borang tersebut tercicir ketika pemprosesan.
(v) Bilangan borang permohonan yang tidak sama dengan jumlah
permohonan yang ditulis di dalam Borang Masterlist-KPT yang disediakan.
(vi) Borang-borang permohonan yang tidak diberikan nombor rujukan. (vii) Tidak menghantar Borang Masterlist-KPT yang dibekalkan ketika
menghantar semua borang permohonan kepada pihak urus setia. (viii) Mengubah keseluruhan format Borang Masterlist-KPT yang dibekalkan
oleh pihak urusetia. (ix) Borang yang sampai atau dihantar selepas tarikh tutup penghantaran
borang yang ditetapkan KPT.
4. SENARAI SEMAK Senarai semak penghantaran borang permohonan FRGS adalah seperti di Lampiran E sebagai panduan.
10
SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL
Senarai Kod kluster dengan kod rujukan adalah seperti berikut:
BIL KOD KLUSTER KOD RUJUKAN
1. Sains Tulen ST
2. Sains Gunaan SG
3. Teknologi dan Kejuruteraan TK
4. Sains Kesihatan Dan Klinikal SKK
5. Sains Sosial SS
6. Sastera Dan Sastera Ikhtisas SSI
7. Sains Tabii Dan Warisan Negara STWN
8. Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT
Senarai kod rujukan kategori penyelidik adalah seperti berikut:
BIL. KATEGORI PENYELIDIK KOD
RUJUKAN
1. Penyelidik bertaraf Profesor 01
2. Penyelidik bertaraf Profesor Madya / Pensyarah Kanan 02
3. Penyelidik bertaraf Pensyarah (selain daripada Profesor dan Profesor Madya / Pensyarah Kanan) 03
4. Lain-lain penyelidik (hanya untuk RI di bawah MOSTI) 04
LAMPIRAN A
11
Masterlist-KPT
SENARAI KESELURUHAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS) FASA ___ / TAHUN ____
Single Disciplinary Project
BIL KOD
RUJUKAN KETUA
PROJEK
NO. KAD PENGENALAN/
PASPORT
TAJUK PROJEK
KLUSTER SUB
KLUSTER
JUMLAH PERUNTUKAN
YANG DIPERAKU
(RM)
1
2
3
4
5
JUMLAH
Masterlist-KPT
SENARAI KESELURUHAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL
(FRGS) FASA ___ / TAHUN ____ Trans Disciplinary Program
BIL KOD RUJUKAN KETUA
PROGRAM
NO. KAD PENGENALAN / PASSPORT
TAJUK PROGRAM
PENYELIDIKAN
BIL. PROJEK
TAJUK PROJEK
KLUSTER SUB
KLUSTER
JUMLAH PERUNTUKAN
(RM)
1.
2.
3.
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
LAMPIRAN B
12
SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL Senarai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan kod rujukan adalah seperti berikut:
BIL INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) KOD
RUJUKAN
1. Universiti Malaya UM
2 Universiti Sains Malaysia USM
3 Universiti Kebangsaan Malaysia UKM
4 Universiti Putra Malaysia UPM
5 Universiti Teknologi Malaysia UTM
6 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM
7 Universiti Utara Malaysia UUM
8 Universiti Malaysia Sarawak UNIMAS
9 Universiti Malaysia Sabah UMS
10 Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI
11 Universiti Sains Islam Malaysia USIM
12 Universiti Teknologi MARA UITM
13 Universiti Malaysia Terengganu UMT
14 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM
15 Universiti Teknikal Malaysia Melaka UTEM
16 Universiti Malaysia Pahang UMP
17 Universiti Malaysia Perlis UNIMAP
18 Universiti Sultan Zainal Abidin UNISZA
19 Universiti Malaysia Kelantan UMK
20 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia UPNM
LAMPIRAN C
13
Senarai kod rujukan untuk Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) adalah seperti berikut:
BIL. INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS) KOD RUJUKAN
1 Multimedia University MMU
2 Universiti Tenaga Nasional UNITEN
3 Universiti Teknologi Petronas UTP
4 UNITAR International University UNITAR
5 Universiti Tun Abdul Razak UNIRAZAK
6 International Medical University IMU
7 Universiti Selangor UNISEL
8 Malaysia University of Science and Technology MUST
9 Open University Malaysia OUM
10 AIMST University AIMST
11 Universiti Kuala Lumpur UNIKL
12 Universiti Tunku Abdul Rahman UTAR
13 Universiti Terbuka Wawasan WOU
14 Universiti Antarabangsa Al-Bukhary AIU
15 Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing LUCT
16 Asia e-University AEU
17 Al-Madinah International University MEDIU
18 International Centre for Education in Islamic Finance
INCEIF
19 Management and Science University MSU
20 Universiti UCSI UCSI
21 Quest International University Perak QUEST
22 INTI International University INTI
23 Taylor’s University TAYLOR
24 Manipal International University, Malaysia MIU
25 Sunway University SUNWAY
LAMPIRAN C
14
BIL. INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS) KOD RUJUKAN
26 Perdana University PERDANA
27 Malaysian Institute for Supply Chain Innovation MISI
28 Universiti HELP HELP
29 Raffles University Iskandar Malaysia RAFFLE
30 Asia Pacific University of Technology & Innovation UTI
31 Universiti SEGi SEGI
32 Universiti Nilai NILAI
33 Binary University of Management & Entrepreneurship
BINARY
34 Global e-University GLOBAL
35 Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur IUKL
36 Putra Business School Graduate School of Management
PUTRA
37 Asia Metropolitan University AMU
38 Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech IUCTT
39 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor KUIS
40 Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya CUCMS
41 Kolej Universiti Islam INSANIAH KUIN
42 Kuala Lumpur Metropolitan University College KLMUC
43 Kolej Universiti TATI TATI
44 Kolej Universiti Hospitaliti Berjaya KUHB
45 Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskills, Kampus Pasir Gudang
MUCH
46 International University College of Arts & Science IUCAS
47 MAHSA University College MAHSA
48 Kolej Universiti Islam Melaka KUIM
49 City University College of Science & Technology CUCST
50 Kolej Universiti Linton LINTON
51 Kolej Universiti KDU KDU
52 Allianze University College of Medical Sciences AUCMS
53 Kolej Universiti Shahputra KUSP
15
BIL. INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS) KOD RUJUKAN
54 Kolej Universiti Lincoln KUL
55 KPJ Healthcare University College KPJ
56 Kolej Universiti Bestari KUB
57 Kolej Universiti Selatan KUS
Senarai kod rujukan untuk Universiti Cawangan adalah seperti berikut:
BIL INSTITUSI CAWANGAN KOD
RUJUKAN
1 University of Notthingham in Malaysia UNIM
2 Monash University Malaysia MUSM
3 Curtin University Of Technology CURTIN
4 Swinburne University Of Technology SWIN
5 Newcastle University Medicine Malaysia NUMED
6 University of Southampton Malaysia Campus USMC
7 Heriot-Watt University Malaysia HWUM
BIL INSTITUSI LAIN KOD
RUJUKAN
1 Jabatan Pengajian Politeknik JPP
2 Sirim Berhad SIRIM
3 Agensi Nuklear Malaysia ANM
4 Malaysia Genome Institute MGI
5 Institut Farmaseutikal IPHARM
*nota: Lain-lain RI di bawah MOSTI yang memohon boleh mendapatkan kod rujukan melalui urus setia FRGS
LAMPIRAN D
16
Senarai kod rujukan untuk sub bidang penyelidikan adalah seperti berikut:
Sains Tulen
01 Kimia 04 Biokimia
02 Fizik 05 Sains Bahan
03 Biologi 06 Matematik dan Statistik
Sains Gunaan
01 Kimia 04 Matematik dan Statistik
02 Fizik 05 Bioteknologi
03 Biologi 06 Sains Bahan
Teknologi dan Kejuruteraan
01 Mekanikal dan Pembuatan 05 Kejuruteraan Kimia dan Proses
02 Elektrikal dan Elektronik 06 Pembinaan dan Bahan Binaan
03 Awam dan Struktur 07 Tenaga dan Teknologi Hijau
04 Bahan dan Polimer 08 Infrastruktur dan Pengangkutan
09 Aeroangkasa
Sains Kesihatan dan Klinikal
01 Sains Perubatan Asas 07 Perubatan Pencegahan Masyarakat
02 Farmasi 08 Klinikal Surgikal
03 Farmakologi 09 Klinikal Medikal
04 Mikrobiologi Perubatan 10 Sains Kesihatan Bersekutu
05 Parasitologi 11 Pergigian
06 Patologi 12 Sains Kejururawatan
Sains Sosial
01 Antropologi 06 Geografi
02 Psikologi 07 Ekonomi
03 Sosiologi 08 Ekologi Manusia
04 Sains Politik 09 Komunikasi
05 Pengurusan & Perniagaan
Sastera dan Sastera Ikhtisas
01 Bahasa dan Linguistik 07 Seni
02 Kesusasteraan 08 Budaya
03 Agama 09 Pendidikan
04 Falsafah 10 Dasar dan Undang-undang
05 Tamadun 11 Alam bina aspek kemanusiaan
06 Sejarah 12 Alam sekitar aspek kemanusiaan
Sains Tabii dan Warisan Negara
01 Alam Sekitar 06 Geosains
02 Perhutanan 07 Etnografi
03 Pertanian 08 Alam bina aspek warisan
04 Marin 09 Budaya
05 Arkeologi 10 Kepelbagaian biologi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
01 Perisian & Sistem Maklumat 05 Multimedia
02 Pengkomputeran Lembut 06 Kejuruteraan Komputer
03 Rangkaian Komputer 07 Sains Komputer
04 Keselamatan Maklumat
17
SENARAI SEMAK PENGHANTARAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS)
SINGLE DISCIPLINARY PROJECT
BIL TINDAKAN PIHAK RMC RMC KPT
1 Satu (1) salinan borang permohonan A1(R) yang telah ditandatangani oleh Ketua Penyelidik, penyelidik bersama (bahagian c.iv) dan diperaku oleh Pengarah RMC.
2 Tulis kod rujukan pada bahagian rujukan fail di penjuru atas sebelah kanan borang permohonan.
3 Setiap borang telah diikat dengan kemas dan teratur pada penjuru atas sebelah kiri borang permohonan.
4 Disusun mengikut kluster dan sub kluster penyelidikan.
5 Disusun mengikut kategori penyelidik.
6 Disusun mengikut susunan nombor bilangan projek bagi kluster dan kategori penyelidik.
7 Senaraikan semua permohonan dalam Borang Ringkasan Permohonan FRGS Masterlist-KPT
8
Sertakan bersama CD atau soft-copy yang mengandungi master list permohonan. (Pihak RMC perlu memastikan semua soft-copy permohonan dari semua penyelidik perlu dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam SATU CD sahaja, jika melebihi kapasiti satu CD, boleh disalinkan ke dalam CD kedua dan seterusnya)
9 Resume ringkas setiap ketua projek dan penyelidik bersama (maksimum 5 helai setiap resume)
10 Borang Penilaian peringkat Universiti untuk setiap projek
11 Flow Chart, Gantt Chart & Milestone and Date
12 Permohonan mengikut siling yang ditetapkan
13 Lain-lain dokumen yang berkaitan.
LAMPIRAN E
18
SENARAI SEMAK PENGHANTARAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS)
TRANS DISCIPLINARY PROGRAM
BIL TINDAKAN PIHAK RMC RMC KPT
1 Satu (1) salinan borang permohonan A1(R) dan A2(R) yang telah ditandatangani oleh Ketua Program, Penyelidik dan diperaku oleh Pengarah RMC.
2 Tulis kod rujukan pada bahagian rujukan fail di penjuru atas sebelah kanan borang permohonan.
3 Setiap borang A1(R) dan A2(R) telah diikat bersama-sama dengan kemas dan teratur pada penjuru atas sebelah kiri borang permohonan.
4 Disusun mengikut kategori penyelidik.
5 Disusun mengikut susunan nombor bilangan program.
6 Senaraikan semua permohonan dalam Borang Ringkasan Permohonan FRGS Masterlist-KPT
7
Sertakan bersama CD atau soft-copy yang mengandungi master list permohonan. (Pihak RMC perlu memastikan semua soft-copy permohonan dari semua penyelidik perlu dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam SATU CD sahaja, jika melebihi kapasiti satu CD, boleh disalinkan ke dalam CD kedua dan seterusnya)
8 Resume ringkas setiap ketua program, ketua projek dan penyelidik bersama (maksimum 5 helai setiap resume)
9 Borang Penilaian peringkat Universiti untuk setiap program
10 Flow Chart, Gantt Chart & Milestone and Date
11 Permohonan mengikut siling yang ditetapkan
12 Lain-lain dokumen yang berkaitan.
LAMPIRAN E
19
Sebarang pertanyaan/maklumat tambahan boleh diajukan kepada:
URUS SETIA FRGS BAHAGIAN PERANCANGAN KECEMERLANGAN IPT
JABATAN PENGAJIAN TINGGI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
ARAS 7, NO.2, MENARA 2 JALAN P5/6, PRESINT 5 62000 PUTRAJAYA.
NO. TEL: 03-8870 6972 / 6973 / 6974 NO. FAKS: 03-8870 6867