jabatan laut malaysia laporan tahunan 5 2013 · kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang...

40
5 EDISI KE JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 2013 Hakcipta: Jabatan Laut Malaysia •KHIDMAT PENGURUSAN (BKhP) •INSTITUT LATIHAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENGANGKUTAN LAUT (ILPPPL) •KAWALAN INDUSTRI (BKI) •KESELAMATAN PELAYARAN (BKP)

Upload: others

Post on 18-Nov-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

5

EDISI KE

JABATAN LAUT MALAYSIA

LAPORAN TAHUNAN

2013

Hakcipta:

Jabatan Laut Malaysia

•KHIDMAT PENGURUSAN (BKhP)

•INSTITUT LATIHAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN

PENGANGKUTAN LAUT (ILPPPL)

•KAWALAN INDUSTRI (BKI)

•KESELAMATAN PELAYARAN (BKP)

Page 2: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

•HAL EHWAL PELAUT DAN PELABUHAN (HEPP)

Page 3: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

EDISI KE 5

LAPORAN TAHUNAN JABATAN LAUT MALAYSIA 2013

Hakcipta Hakcipta adalah terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan dalam

diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada

Jabatan Laut Malaysia

Perpustakaan Negara Malaysia Cataloguing-in-Publication Data

Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013

ISSN 2232-1810

Diterbitkan Oleh: JABATAN LAUT MALAYSIA

Ibu Pejabat Laut Jabatan Laut Malaysia

Peti Surat 12, Jalan Limbungan

42007 Pelabuhan Klang, Selangor

Tel : 03 - 3346 7777

Fax : 03 - 3168 5289 www.marine.gov.my

[email protected]

Jabatan Laut Malaysia

twitter : @JLM_Malaysia

Printed & Designed by Nur Niaga Sdn Bhd

Page 4: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

ISI KANDUNGAN

LAPORAN TAHUNAN

JABATAN LAUT MALAYSIA 2013

1. Tinta Pengarang Sidang Redaksi 4

2. Perutusan Ketua Pengarah Laut 8

3. Maklumat Korporat 12

3.1 Latar Belakang

3.2 Visi, Misi, Objektif dan Piagam Pelanggan

3.3 Carta Organisasi

3.4 Pengurusan Tertinggi

4. Prestasi 2013 20

4.1 Pejabat Ketua Pengarah Laut

4.2 Bahagian Khidmat Pengurusan (BKhP)

4.3 Institut Latihan Pentadbiran dan Pengurusan

Pengangkutan Laut (ILPPPL)

4.4 Bahagian Kawalan Industri (BKI)

4.5 Bahagian Keselamatan Pelayaran (BKP)

4.6 Bahagian Hal Ehwal Pelaut dan Pelabuhan (HEPP)

5. Peristiwa 2013 166

6. Artikel 174

Page 5: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

4 Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013

Page 6: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013 5

1. TINTA

PENGARANG

SIDANG REDAKSI

Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013

Page 7: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

6 Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013

DARI MEJA EDITORIAL

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, Jawatankuasa Laporan Tahunan

Jabatan Laut Malaysia 2013 berjaya menggalas tanggungjawab yang diamanahkan

sepanjang tahun 2013. Di kesempatan ini sidang redaksi ingin mengucapkan ribuan

terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan laporan

tahunan untuk edisi kali ini.

Berbanding dengan terbitan sebelum ini, edisi kali ini lebih memfokuskan kepada konsep

santai dan mesra pembaca. Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013 ini juga

berkonsepkan majalah di mana kandungannya lebih padat dengan elemen yang

berbentuk grafik dan format penulisan yang menggunakan Bahasa Melayu

sepenuhnya supaya Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013 ini dapat menarik

lebih ramai untuk membacanya. Perkara ini disokong kerana Jawatankuasa Laporan Tahunan

Jabatan Laut Malaysia 2013, berpendapat Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013

haruslah lebih dekat kepada pembaca supaya orang ramai lebih mengetahui apakah sebenarnya

Jabatan Laut Malaysia.

Pada dasarnya, Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013 edisi ke 5 ini memuatkan

fungsi-fungsi jabatan dan bidang-bidang tugas yang berkaitan sebagai rujukan masyarakat

perkapalan khasnya dan masyarakat umum amnya.

Untuk pengetahuan para pembaca, Jawatankuasa yang dilantik bagi penyediaan laporan

tahunan ini adalah terdiri daripada pegawai-pegawai yang mahir dalam bidang masing-masing. Sewajarnya segala maklumat yang disediakan adalah sahih untuk diterima dan digunapakai.

Sekian Terima Kasih

Mohammad Hisham bin Ali

Pengerusi Sidang Redaksi

“Teras Keselamatan Maritim Negara”

“Kearah Negara Kelautan Electronik “

Page 8: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013

SIDANG REDAKSI

7

Penasihat

YBhg Dato’ Kapten Haji Ahmad bin Othman

Pengerusi Sidang Redaksi Encik Mohammad Hisham bin Ali

Ahli Sidang Redaksi Encik Mohd Nazwan Hafeez bin Hashim

Puan Norshazila binti Ahmad

Puan Norhayati binti Ramlan

Jurugambar

Encik Mohd Nurrul Faiz bin Mohd Taib

Encik Mohd Akhbal bin Kamaruddin

Wakil- Wakil Bahagian

Encik Nor Zukhairi bin Yahya

Cik Siti Umainah binti Abd Azit

Puan Nurul A’in binti Abdul Karim

Cik Rina Maslina binti Baharudin

Encik Burhanudin bin Abdullah

Encik Khairin Azmi bin Za’aba

Encik Mohd Azrul bin Abu Bakar

Puan Aimi binti Md Pazil Puan Wan Nazirah binti Wan Hindun

Encik Mohd Hafidz bin Abd. Latif Encik Muthurajan A/L Ramalinggam

Page 9: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

8 Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013

Page 10: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013 9

2. PERUTUSAN

KETUA PENGARAH LAUT

Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013

Page 11: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

10 Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013

PERUTUSAN KETUA PENGARAH LAUT

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Kepentingan industri maritim kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia tidak

dapat disangkal lagi dengan anggaran 90 peratus daripada jumlah dagangan negara diangkut

melalui pengangkutan laut. Tumpuan nasional dan masyarakat antarabangsa juga

semakin tertumpu kepada persekitaran maritim kita, terutamanya di Selat Melaka yang merupakan

antara laluan dagangan tersibuk dan strategik di dunia.

Alhamdulilah setelah enam (6) dekad berlalu, Jabatan Laut Malaysia

telah melalui pelbagai program pembangunan dan cabaran seiring dengan

perkembangan industri perkapalan dunia, serta pembangunan teknologi.

Kejayaan demi kejayaan dikecapi sepanjang tahun 2013 antaranya Jabatan Laut

Malaysia telah melaksanakan Sistem Integrasi Perkongsian Pintar Maklumat Pelepasan dan

Ketibaan Kapal antara Ship Clearance System (SCS) Jabatan Laut Malaysia dengan Lembaga

Pelabuhan Johor dan Operator-operator Pelabuhan di Johor. Pelaksanaan projek ini juga telah

meningkatkan tahap kualiti dan ketepatan maklumat kapal supaya sentiasa berada

pada tahap yang tinggi.

Page 12: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013 11

Selain itu, seiring dengan perkembangan pesat penggunaan ICT, Jabatan Laut Malaysia

telah memperolehi pensijilan Information Security Techniques (ISMS) atau Pengurusan

Sistem Keselamatan Maklumat yang diwujudkan bertujuan untuk menjamin kesinambungan

urusan pusat data dengan meminimakan kesan insiden keselamatan ICT selaras dengan

keperluan kerajaan yang menggariskan semua agensi perlu membangunkan Information

Security Techniques (ISMS). Saya juga amat berbangga kerana Jabatan Laut Malaysia merupakan

agensi kerajaan yang pertama di bawah Kementerian Pengangkutan yang memperolehi pensijilan ISMS ini.

Jabatan Laut Malaysia telah menerima dua anugerah dalam pengurusan

kewangan iaitu penganugerahan 4 bintang di dalam pengauditan pengurusan kewangan

berdasarkan Indeks Akauntabiliti dan penganugerahan 4 bintang dalam pengauditan

Sistem Penilaian Kendiri Pengurusan Kewangan (SPKPK) bagi tahun 2013.

Tahun 2013 juga berakhir dengan cemerlang bagi negara kita kerana sekali lagi Malaysia dapat mengekalkan kedudukan sebagai ahli majlis Pertubuhan Maritim

Kebangsaan (International Maritime Organization) bagi kategori C, iaitu 20 Negara yang

memainkan peranan penting di dalam industri perkapalan dan perdagangan maritim dunia.

Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan

dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia. Oleh yang demikian, ucapan

penghargaan dan terima kasih ini diberikan kepada semua warga Jabatan Laut Malaysia

di atas usaha gigih mereka dalam memastikan Jabatan Laut Malaysia terus memberikan

perkhidmatan yang cemerlang. Jabatan Laut Malaysia akan terus memperbaiki perkhidmatan

yang diberikan dari semasa ke semasa seiring dengan agenda transformasi kerajaan.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Kapten Haji Ahmad bin Othman

Ketua Pengarah Laut

Jabatan Laut Malaysia

Page 13: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

12 Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013

Page 14: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013

13

3. MAKLUMAT

KORPORAT

Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013

Page 15: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

14 Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013

3.1 LATAR BELAKANG

Dalam era globalisasi ini, perdagangan antarabangsa di Malaysia telah melibatkan

hampir keseluruhannya adalah melalui laluan laut yang dianggarkan sekurang-kurangnya

sebanyak 90 peratus dari jumlah keseluruhan hasil eksport dan import negara yang

merupakan penjana ekonomi Malaysia. Justeru itu untuk menjaga dan mengawal industri perkapalan Malaysia mencapai tahap antarabangsa, ianya penting untuk kita melakukannya dengan

cekap dan sistematik sepertimana tugas-tugas yang telah dan sedang dilakukan oleh Jabatan Laut.

Tanggal 1 Januari 2011, hasil kombinasi daripada tiga (3) buah Jabatan Laut iaitu Jabatan

Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak telah membentuk

sebuah agensi maritim yang mentadbir urusan perkapalan dan pelabuhan serta hal ehwal maritim Malaysia yang dikenali sebagai Jabatan Laut Malaysia. Jabatan Laut Malaysia diterajui oleh

Ketua Pengarah Laut iaitu YBhg Dato’ Kapten Haji Ahmad bin Othman. Jabatan Laut Malaysia juga

merupakan sebuah jabatan kerajaan yang bernaung dibawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Kepimpinan yang diterajui oleh YBhg Dato’ Kapten Haji Ahmad bin Othman yang

mana merupakan anak kelahiran Ipoh, Perak telah menceburi bidang maritim

dengan bermula sebagai Pegawai Laut di Jabatan Laut Semenanjung Malaysia.

Bermotivasikan pengalaman serta ilmu pengetahuan, beliau berusaha mempertingkatkan

prestasi sehingga akhirnya berjaya dilantik sebagai Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut Semenanjung

Malaysia pada tahun 2006 sehingga kini. Lontaran idea yang bernas lagi kritis yang disampaikan

oleh beliau telah meningkatkan prestasi Jabatan Laut Malaysia di mata industri maritim. “Pembangunan Bantuan Pelayaran pada kurun ke 21” adalah merupakan salah satu usul beliau

yang berjaya diketengahkan pada Kongres Laut Asia Timur dan Forum Dunia Maritim. Kejayaan

ini telah menonjolkan lagi keterampilan beliau sebagai Ketua Pengarah Laut yang diteladani.

Page 16: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013 15

YM Raja Datuk Kapten Malik Saripulazan bin Raja Kamaruzaman merupakan mantan

Ketua Pengarah Laut dan beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Laut bermula

pada tahun 1998 sehingga 2006. Semasa era kegemilangan kepimpinan beliau pelbagai pingat dan anugerah telah diperolehi antaranya ialah pingat Panglima Jasa Negara (PJN), pingat Johan Setia Mahkota (JSM) dan pingat Kesatria Mangku Negara (KMN).

PenubuhanInstitutLatihanPentadbirandanPengurusanPengangkutanLaut(ILPPPL)merupakan

salah satu lontaran idea bernas dari beliau. Tujuan penubuhan institut ini adalah untuk

melahirkan pegawai dan anggota yang terlatih dan kompetan dalam bidang kelautan, skop ini juga

meliputi sektor swasta yang terlibat secara langsung dalam industri maritim dan pengangkutan laut. Salah satu kejayaan yang telah dikecapi oleh jabatan adalah memperolehi kerusi sebagai Ahli Majlis

OrganisasiMaritimAntarabangsa(IMO)dibawahkategoriCbermulapadatahun2005sehinggasekarang. Kejayaan ini semestinya membuatkan rakyat Malaysia amat berbangga dengan Jabatan Laut Malaysia.

Bermulanya tahun 1987 sehingga 1998, pucuk pimpinan Jabatan Laut diterajui oleh

Tuan Haji Khazali @ Ghazali bin Abu Hassan yang merupakan seorang Jurutera Laut yang

pertama dilantik sebagai Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut Semenanjung Malaysia. Beliau telah menerima darjah kebesaran Johan Setia Mahkota (JSM) pada tahun 1990.

Rentetan daripada perpindahan kuasa oleh pihak British kepada Persekutuan Tanah Melayu, anak Melayu yang pertama memegang jawatan Ketua Pengarah Laut ialah Kapten Othman bin

Darus. Beliau telah berkhidmat dengan Jabatan Laut Semenanjung Malaysia bermula 1969 sehingga

1987. Beliau adalah penerima darjah kebesaran Kesatria Mangku Negara (KMN) pada tahun 1973.

Page 17: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

16 Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013

3.2 VISI, MISI, OBJEKTIF, PIAGAM PELANGGAN

VISI

Agensi peneraju bertaraf dunia dalam bidang keselamatan maritim dan perlindungan persekitaran

marin menjelang 2020

MISI

Memantapkan sistem pengangkutan maritim berdasarkan pematuhan standard keselamatan di peringkat nasional dan antarabangsa.

OBJEKTIF

Menentukan satu sistem perhubungan laut yang selamat, aman, teratur dan konservasi laut

kearah pertumbuhan maritim kebangsaan yang berkualiti.

PIAGAM PELANGGAN

1. Mengadakan Peperiksaan Perakuan Kekompetenan sekurang-kurangnya enam kali setahun bagi setiap

bahagian; 2. Mengeluarkan Perakuan Kekompetenan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap

diterima; 3. Menentukan kelayakan menduduki peperiksaan dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh permohonan

diterima; 4. Mengeluarkan Perakuan Pengiktirafan dalam masa 1 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;

5. Memproses pengeluaran Sijil Modular dalam masa 7 hari bekerja selepas tamat kursus; 6. Memproses pengeluaran Sijil Pendaftaran Kapal dalam masa 6 hari bekerja dari tarikh permohonan

diterima; 7. Melaksanakan pengeluaran Sijil Interim Dokumen Kepatuhan dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh

semakan dokumen disempurnakan; 8. Melaksanakan pengeluaran dan pengendorsan Sijil Dokumen Kepatuhan (DOC) dalam masa 7 hari

bekerja dari tarikh ketakakuran terakhir ditutup; 9. Menjalankan penyemakan dokumen/pengauditan di bawah Sistem Pengurusan Keselamatan (SPK)

dalam masa 30 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima; 10. Memastikan ketersediaan rumah api sekurang-kurangnya 99%;

11. Memastikan ketersediaan tandarah suar sekurang-kurangnya 98%; 12. Memastikan ketersediaan pelampung pandu berlampu sekurang-kurangnya 97%.

Page 18: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013 17

3.3 CARTA ORGANISASI

Page 19: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

18 Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013

3.4 PENGURUSAN TERTINGGI JABATAN LAUT MALAYSIA

1. YBhg Dato’ Kapten Haji Ahmad bin Othman

Ketua Pengarah Laut

2. Tuan Haji Baharin bin Dato’ Abdul Hamid

Timbalan Ketua Pengarah Laut

3. Tuan Haji Rossid bin Musa

Pengarah Bahagian Keselamatan Pelayaran

4. Encik Hazman bin Hussein

Pengarah Bahagian Kawalan Industri

5. Encik Roslee bin Mat Yusof Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan

6. Encik Abdul Nasar bin Abdul Hadi Pengarah ILPPPL

7. Tuan Haji Wan Endok bin Wan Salleh

Pengarah Laut Wilayah Timur

8. Encik Rosnan bin Fathlal Pengarah Laut Wilayah Sabah

9. Tuan Haji Abdul Aziz bin Muhamud

Pengarah Laut Wilayah Utara

Page 20: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013 19

10. Kapten Nazri bin Abu Hassan

Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelaut & Pelabuhan

11. Kapten Jailani bin Jalal Pengarah Laut Wilayah Selatan

12. Encik Benjamin Bernard Bijion

Pengarah Laut Wilayah Persekutuan Labuan

13. Tuan Haji Ir. Ahmad Khairuddin bin Ismail Pengarah Laut Wilayah Tengah

14. Tuan Haji Zahidin bin Dor (Tiada didalam gambar) Pengarah Laut Wilayah Sarawak

Page 21: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

20 Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013

Page 22: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013 21

4. PRESTASI

TAHUN 2013

Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013

Page 23: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

22 Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013

4.1 PEJABAT

KETUA PENGARAH LAUT

Page 24: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013 23

Page 25: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

24 Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013

PEJABAT KETUA PENGARAH LAUT

PENGENALAN

Pejabat Ketua Pengarah Laut (PKPL) diketuai oleh YBhg Dato’ Ketua Pengarah Laut Malaysia

mempunyai dua (2) unit iaitu Unit Perancangan Dasar dan Pembangunan serta Unit Undang-undang. PKPL secara dasarnya memantau semua fungsi, dasar Jabatan dan operasi Jabatan seiring dengan

visi dan misi Jabatan.

Page 26: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013

4.1.1 UNIT UNDANG-UNDANG

SENARAI AKTA DAN PERUNDANGAN YANG DIKUATKUASAKAN

JABATAN LAUT MALAYSIA

A. AKTA

1. Akta Pengangkutan Barang Melalui Laut 1950

2. Ordinan Perkapalan Saudagar 1952

3. Akta Dius Api Persekutuan 1953 (Semakan Semula 1981 ) [ Akta 250]

4. Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 (Sarawak)

5. Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 (Sabah)

6. Akta Pendaftaran Kapal Antarabangsa Langkawi 2003[ Akta 630 ]

7. Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984

& Akta Petroleum (Langkah- Langkah Keselamatan) 1991

25

Page 27: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

26 Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013

8. Akta Perkapalan Saudagar

(Pencemaran Minyak) 1995 [Akta 515] Pindaan : i. Akta Perkapalan Saudagar

(Pencemaran Minyak) (Pindaan) Akta 2005 [Akta A1248]

B. UNDANG-UNDANG SUBSIDIARI

1. Akta Perkapalan Saudagar (Pindaan

dan Sambungan) Akta 2011- Belum

dikuatkuasakan

2. Akta Perkapalan Saudagar

(Pencemaran Minyak) (Pindaan) Akta

2011 – Belum dikuatkuasakan

3. Perintah Perkapalan Saudagar 2009

4. Peraturan Perkapalan Saudagar (Sijil Boleh Tamat daripada Pendaftaran) 2005 [P.U.(A) 245/ 2005]

5. Kaedah-Kaedah Port (Sungai Udang) 2004 [P.U.(A)81/2004]

6. Peraturan-Peraturan Pendaftaran

Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 2003 [P.U.(A) 379/2003]

7. Peraturan-Peraturan Pendaftaran

Kapal Layar Antarabangsa Langkawi (Pendaftaran Entiti Kapal Layar) 2003

[P.U.(A) 380/2003] 8. Merchant Shipping ( Collision Regulations)

(Rules For Vessels Navigating Through

The Straits Of Malacca And Singapore) Order 2000 [P.U.(A) 105/2000]

9. Kaedah-Kaedah Perkapalan Saudagar

(Keanggotaan, Waktu Kerja dan

Pengawasan) 1999 [P.U.(A) 150/1999] 10. Kaedah-Kaedah Perkapalan Saudagar

(Pemeriksaan Perubatan) 1999

[P.U.(A) 151/1999] 11. Kaedah-Kaedah Perkapalan Saudagar

(Latihan dan Perakuan) 1999 [P.U.(A) 152/1999]

12. Perintah Dius Api (Pengecualian) 1999

[P.U.(A) 30/1999] 13. Port ( Safety Of Workers ) Rules 1985

[P.U.(A) 72/1985] 14. Kaedah-Kaedah Perkapalan Saudagar

(Kumpulan Wang Pusat Perdagangan

Laut) 1984 [P.U.(A) 235/1984] Pindaan / Revision : i. P.U.(A) 558/1994

ii. P.U.(A) 141/1999

15. Kaedah-Kaedah Had Pelayaran

(Perdagangan Pesisiran Pantai) Perkapalan Saudagar 1994 [P.U.(B)

387/1994

16. Kaedah-Kaedah Port (Negeri Sembilan) 1989[P.U.(A)117 / 1989]

17. Peraturan-Peraturan Dius Api 1988

[P.U.(A) 309/1988] / Regulations Light

Dues 1988 [P.U.(A) 309/1988] 18. Peraturan-Peraturan Dius Api

Persekutuan (Kadar-Kadar Dius) 1985

[P.U.(A) 79/1985] Federation Regulations Light Dues (Dues

Rates) 1985 [P.U.(A) 79/1985]

Page 28: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013 27

19. Peraturan-Peraturan Perkapalan

Dagang (Tanan) 1985 [P.U.(A) 83/1985] Regulations Trade Shipping (Tonnage) 1985 [P.U.(A) 83/1985] 20. Perintah Perkapalan Dagang

(Peraturan-Peraturan Pelanggaran) 1984 [P.U.(A) 438/1984] Trade Shipping Ordinance (Collision

Regulations) 1984 [P.U.(A) 438/1984] Pindaan / Revision : i. P.U.(A) 167/1985

ii. P.U.(A) 463/1990

iii. P.U.(A) 104/2000

21. Kaedah-Kaedah Port (Kedah) 1984

[P.U.(A) 389/1984] 22. Kaedah-Kaedah Port (Terengganu) 1983 [P.U.(A) 356/1983] 23. Kaedah-Kaedah Port (Melaka) 1978

[P.U.(A) 327/1978] Pindaan / Revision : i. [P.U.(A) 283/1983] 24. Port (Pahang) Rules 1964

[L.N.229/1964] Pindaan / Revision : i. Kaedah-Kaedah Port (Pahang) (Pindaan)1978

25. Federation Of Malaya Local Free- Board Certificates – Fees (L.N. 172/1960) 26. Merchant Shipping (Surveyors of Ships And Radio Surveyors) (Fees) Rules 1960 [L.N. 170/1960] 27. Merchant Shipping (Radio) Rules 1959

28. Federation Port Rules 1953

Pindaan / Revision : Federation Port (Amendment) Rules

2004 [P.U.(A) 82/2004]

29. Boat Rules 1953 [L.N. 312/1953] 30. Port (Penang) Rules 1953 [L.N.304/1953]

31. Port (Perak) Rules 1953 [L.N.305/1953] 32. Port (Selangor) Rules 1953

[L.N.306/1953] 33. Port (Johore) Rules 1953 [L.N.308/1953]

34. Port (Perlis) Rules 1953 [L.N.310/1953]

C. AKTA-AKTA LAIN YANG BERKAITAN

OTHER RELATED ACTS ENFORCED

1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

Environment Quality Act 1974

2. Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984

Exclusive Economic Zone Act 1984

3. Akta Perikanan 1985

Fisheries Act 1985

4. Akta Laut Wilayah 2012

Reagional Sea Act 2012

Page 29: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

28 Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013

4.1.2 UNIT PERANCANGAN DASAR & PEMBANGUNAN

PROJEK TELAH SIAP

1. Projek pengerukan untuk keselamatan pelayaran bagi laluan bot dan feri di sungai Terusan Bagan

antara Pulau Ketam dan Pelabuhan Klang

Ringkasan Projek

Pelanggan Jabatan Laut Malaysia

Kos Projek RM15,000,000.00

Kontraktor Malaysian Maritime & Dredging Corporation Sdn. Bhd.

Kaedah Pelaksanaan Reka dan Bina (Design and Built)

Tarikh Milik Tapak 27 Mei 2013

Tarikh Siap Asal 26 Disember 2013

Tarikh Penamatan

Bersama 1 Oktober 2013

Peruntukan Pembangunan 2013 RM 42,414,010.00

Jumlah Dibelanjakan 2013 RM 33,509,753.25

Baki Tidak Dibelanjakan 2013 RM 8,904,246.75

Peratus Perbelanjaan 2013 79%

Page 30: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013 29

Objektif Projek

Objektif utama projek ini adalah untuk menyediakan alur pelayaran di Sungai Terusan Bagan

ke Pulau Ketam, Selangor ke paras kedalaman (Design Depth) 3.0 meter di bawah datum carta (CD) dan kelebaran 40 meter dan bagi tujuan:

i. Memastikan tahap kebolehlayaran (Navigable) alur-alur pelayaran terusan ke

Pulau Ketam dan sekitarnya selamat sepanjang masa; ii. Memberi jaminan keselamatan dan peningkatan efisien ke atas pergerakan

barangan dan penumpang; iii. Kepuasan pelanggan dan lain-lain pengguna (stakeholders) yang menggunakan terusan ini

dipertingkatkan; dan

iv. Memastikan kemalangan marin dapat dielakkan (membahayakan nyawa penumpang, kehilangan harta benda dan pencemaran alam sekitar).

Keterangan objektif projek pengerukan yang dipohon adalah berdasarkan kepada

justifikasi-justifikasi berikut:

i. Membangunkan Pulau Ketam dengan mendalam dan melebarkan alur pelayaran agar bot-bot

kargo dan feri penumpang dapat beroperasi dengan selamat; ii. Membolehkan feri-feri dan lain-lain pengangkutan air belayar dengan selamat pada bila-bila

masa; iii. Membolehkan feri-feri lebih besar belayar ke Pulau Ketam dan sekitar seterusnya menjana

ekonomi Negeri Selangor; iv. Memajukan dan mengoptimumkan operasi jeti-jeti dan terminal di Pulau Ketam; dan

v. Menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri Selangor amnya dan penduduk

Pulau Ketam khususnya.

Page 31: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

30 Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013

Skop Kerja

Skop kerja yang ditawarkan adalah merangkumi dan tidak terhad kepada kerja-kerja berikut:

i. Menjalankan kerja pengukuran hidrografi mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan menge

mukakan plan, kuantiti kerukan serta laporan; ii. Mendalamkan alur pelayaran Terusan Bagan ke paras 3.0 meter di bawah datum carta (CD)

dengan lebar dasar 40.0 meter; iii. Mencadangkan jenis, bilangan dan muatan jentera yang sesuai untuk kerja-kerja pengerukan; iv. Merangka plan kerja pengerukan yang sesuai mengambil kira semua maklumat di atas dan

rekabentuk alur yang sesuai; v. Membuang bahan pelupusan di tapak pelupusan (dumping ground) yang telah ditetapkan

oleh Jabatan Laut; vi. Menyediakan draf dokumen kontrak lengkap dengan lukisan pembinaan, bilangan kuantiti,

kaedah kerja kenyataan dan spesifikasi teknikal; dan

vii. Melaksanakan kajian kesan alam sekitar (EIA atau EA), Kajian Pemantauan (Environmental Monitoring) kepada kerja-kerja pengerukan dan mendapatkan kelulusan jabatan/agensi yang

berkenaan (jika perlu).

Kedalaman Alur 3.0 meter datum carta

Alur Pelayaran Sungai Terusan Bagan

Lebar Dasar 40.0 meter

Kecerunan Optimum 1 : 5

Kuantiti Kerukan 780,000 m3

Tempoh Projek 7 bulan

Page 32: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013

31

Kawasan Tapak

Projek

Page 33: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

32 Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013

PROJEK TELAH MULA

1. Projek Naik Taraf Jeti dan Bangunan Terminal, Pembinaan Bangunan CIQ & Jeti Baru di Jeti Kuah, Pulau Langkawi, Kedah.

Jeti awam paling utama di Malaysia yang diurus tadbir oleh JLM adalah Jeti Penumpang Kuah. Jeti ini mengendalikan penumpang domestik dan antarabangsa serta telah diiktiraf Mesyuarat

Jawatankuasa Pelancongan (JKP) Bil 1/2011 sebagai sektor laluan feri paling strategik. Perkhidmatan

feri di antara Jeti Penumpang Kuah, Kuala Kedah, Kuala Perlis dan Satun, Thailand juga paling

aktif di Malaysia dari segi jumlah feri yang beroperasi dan jumlah penumpang yang dikendalikan. Statistik penumpang yang dikendalikan di Jeti Penumpang Kuah pada tahun 2013 telah mencecah

4.5 juta orang dan dijangka peningkatan minima 6% akan terus dicapai pada tahun berikutnya. Bagimenampungpeningkatanjumlahpenumpangini,UnitPerancangEkonomi,JabatanPerdanaMenteri (UPE, JPM) pada bulan November 2011 telah meluluskan Projek Naiktaraf Terminal Penumpang dan

Pembinaan Bangunan CIQ dan Jeti Baru di Kuah, Langkawi di dalam Program Blueprint Pelancongan

Langkawi 2011-2015. Projek ini bermulapada Disember 2013 dan dijangka siap pada

September tahun 2015.

Gambar Sebelum

Gambar Selepas

Page 34: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013

33

Maklumat Kontrak

PROJEK DALAM PERANCANGAN

1. Membangunkan sistem Perkhidmatan Trafik Maritim (VTS) dan Automatic Identification System

(AIS) untuk keselamatan feri-feri di perairan Kuala Kedah, Kuala Perlis dan Langkawi.

Nama Projek

: Naiktaraf Jeti Dan Bangunan Terminal, Pembinaan

Bangunan CIQ dan Jeti Baru di Jeti Kuah, Langkawi, Kedah Darul Aman

Tarikh Milik Tapak : 16 Disember 2013

Tarikh Siap Kerja : 15 September 2015

Tempoh Kontrak : 21 Bulan

Pelanggan : Jabatan Laut Malaysia

Agensi Pelaksana : Cawangan Pangkalan Udara & Maritim, Jabatan

Kerja Raya

Kontraktor Utama : UZAIMIN ENTERPRISE (ALOR SETAR) SDN. BHD.

Pelanggan

:

Jabatan Laut Malaysia

Kaedah

Pelaksanaan : Tender Terbuka

Tarikh Iklan

Tender : 25 November 2013

Tarikh Tutup

Tender : 08 Januari 2014

Page 35: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

34 Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013

Objektif Projek

Malaysia adalah ahli konvensyen utama International Maritime Organization (IMO) seperti Safety of Life at Sea 1974 (SOLAS), International Convention for the Prevention of Pollution

from Ships, 1973 (MARPOL) dan International Association of Marine Aids to

Navigation For Lighthouse Authority (IALA).

Sistem satu pemantau dan mengawal trafik maritim(VTS) menggunakan radar, CCTV, VHF ra- diotelephony, AIS dan lain-lain teknologi yang ada di pasaran terkini, perlu untuk memantau perger- akkan feri, bot penumpang dan lain-lain trafik maritimbagi menjamin keselamatan pelayaran di da- lam sesuatu perairankawasan berkenaan. Pertambahan penumpang serta bilangan feri penumpang

meningkatkan aktiviti marin di perairan persekitaran. Sebanyak 78 perjalanan feri ke pulau Langkawi (pergi-balik) direkodkan sehari dari Kuala Perlis, Kuala Kedah, Pulau Pinang dan Satun, Thailand. Maklumat / data (Image) dari VTS diperolehi dan disimpan dengan menggunakan sistem pengesan

seperti Radar, AIS, CCTV dan VHF. Sistem VTS yang moden mampu mengintegrasi semua data yang

diperolehi kepada satu sistem pengendalian.

Justifikasi Projek

Justifikasi mengapa ia diperlukan, boleh di bahagikan kepada 3 perkara utama iaitu :

a. Untuk meningkatkan tahap keselamatan pelayaran, b. Berdaya maju kepada ekonomi Negara, d. Menangani krisis

i. Dengan liputan kawasan PEMANTAUAN yang menyeluruh pengawasan pergerakkan kapal dapat diperolehi secara berterusan (continuously). Pemantauan secara berterusan

membolehkan pihak berkuasa tempatanmembantu / menyampaikan maklumat kepada kapal yang berada di dalam kawasan tersebut untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

ii. Sistem AIS yang diintegrasi dengan sistem Kawalan Kamera Litar Tertutup juga boleh di gunakan sebagai alat memantau keadaan trafik di sesuatu kawasan perairan itu. Pemantauan secara berterusan oleh pihak berkuasa tempatan, membolehkan satu analisa

awal dilakukan terhadap kapal yang dicurigai keadaanya, yang berada di kawasan tersebut. iii. Data kapal yang diperolehi secara berterusan (continuously) membantu mengelakkan

pelanggaran dan kemalangan (contoh: tumpahan minyak) dimana kerajaan dapat

mengelakkan bebanan kos yang begitu tinggi dalam kerja-kerja pemulihan, ini juga

membantu mengekalkan keadaan kehidupan laut yang sentiasa di iktiraf oleh kerajaan

sebagai satu komponen tarikan pelancong. iv. Adalah satu langkah yang di sifatkan berdaya maju untuk ekonomi Negara jika liputan

AIS dapat diperolehi diseluruh Negara. v. Membantu mempercepatkan dalam mengurus krisis.

Page 36: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013 35

Selain itu, perkhidmatan ini diperkenalkan untuk mengelakkan tragedi berdarah kemalangan

feri Langkawi - Kuala Kedah pada tahun 2007 dari berulang.

1. Cadangan penyelesaian kepada satu rangkaian pemantauan keselamatan pelayaran yang

transperansi dan menyeluruh dengan Penguasaan Teknologi Komunikasi yang terkini (state-of-the-art communication technology).

2. Bilik kawalan yang dilengkapi dengan pilihan pemantauan dan unit tersebut mempunyai (built-in reference GPS) yang membolehkan pengiraan dan ketepatan mencari kedudukan

bagi transponder bergerak.

3. Base Stesen AIS yang sedia ada mampu meningkatkan kawasan liputan julat pemantauan

sehingga 80%, peningkatan sensitiviti disamping penurunan penggunaan kuasa tenaga

sehingga 30%.

4. Sistem VTS yang akan diwujudkan mampu memberikan satu aplikasi dalam penyediaan

pelan dimasa akan datang untuk peningkatan traffik marin, meningkatkan pemantauan

atau applikasi keperluan pemantauan.

Skop Projek

1. Melaksana kerja-kerja membekal dan memasang peralatan sistem Radar, CCTV, VHF dan

menjalankan kerja-kerja yang berkaitan dengan penyediaan dan pengoperasian sistem

rangkaian komunikasi daripada stesen radar ke bilik kawalan. 2. Membekal dan memasang peralatan komunikasi, menjalankan kerja-kerja yang berkaitan

dengan penyediaan dan pengoperasian sistem rangkaian komunikasi di bilik kawalan. 3. Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan berkala (preventive maintenance) dan pembaikan

alat (corrective maintenance) bagi sistem tersebut.

Page 37: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

36 Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013

2. Perolehan dan Penggantian Peralatan Melawan Tumpahan Minyak di Wilayah Selatan

Objektif Projek

Jabatan Laut Malaysia bertanggungjawab bagi memastikan sistem keselamatan pelayaran

yang merangkumi komponen penting seperti pemasangan alat bantuan pelayaran dan mewujudkan

mekanisma perlindungan alam sekitar marin di sepanjang perairan Selat Melaka, Laut China

Selatan dan perairan Labuan berfungsi mengikut piawaian Peraturan Konvensi Antarabangsa dan

Pertubuhan Antarabangsa seperti Marine Pollution Regulation (MARPOL) 73/78, The Protocol on Preparedness, Response and Co-operation to Pollution Incidents by Harzardous and Noxious

Substances (OPRC HNS) dan International Association of Lighthouse Authorities (IALA).

Mewujudkan, menyelenggara, menaiktaraf alat-alat bantuan pelayaran dan perlindungan

alam sekitar marin sepanjang perairan negara mengikut piawaian dan keperluan yang ditetapkan

adalah merupakan komitmen Negara di bawah Konvensyen Antarabangsa yang telah diratifikasi. Tahap pengoperasian yang cekap bagi alat-alat bantuan pelayaran dan perlindungan alam sekitar

marin di samping kuantiti yang mencukupi dengan teknologi terkini adalah merupakan satu pra- syarat dalam usaha meningkatkan sektor perkapalan Negara dan seterusnya merealisasikan hasrat

menjadikan Malaysia sebuah negara maritim.

Pada masa kini, alat-alat bantuan pelayaran dan perlindungan alam sekitar marin sedia ada

kebanyakannya telah uzur dan tidak beroperasi pada tahap yang ditetapkan berikutan faktor cua- ca, masa, usia, kerosakan akibat “wear and tear” dan keperluan industri perkapalan yang semakin

meningkat seiring dengan teknologi moden. Tahap keperluan bagi alat-alat bantuan pelayaran dan

perlindungan alam sekitar marin telah berubah dari segi bilangan, kedudukannya dan teknologi terkini selaras dengan usaha kerajaan bagi meningkatkan sektor perkapalan Negara yang merupa- kan pintu laluan masuk ekonomi dan dagangan Negara. Maka, adalah wajar tahap ketersediaan alat

bantuan pelayaran dan perlindungan alam sekitar marin ini dikaji semula dan dipertingkatkan bagi mewujudkan sistem pengangkutan laut yang selamat, aman, teratur dan konservasi maritim.

Pelanggan : Jabatan Laut Malaysia

Kaedah Pelaksanaan : Tender Terbuka

Tarikh Iklan Tender : 18 Oktober 2013

Tarikh Tutup Tender : 28 November 2013

Page 38: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

Jadual Kes Tumpahan Minyak

Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013 37

Justifikasi Projek

Lokasi penempatan peralatan kawalan tumpahan minyak yang dicadangkan adalah di Jabatan

Laut Wilayah Selatan, Tg. Pelepas berikutan kadaran berlakunya kes-kes kemalangan kapal yang

tinggi di perairan Johor di samping pengoperasian syarikat-syarikat yang diberikan lesen oleh Ke- menterian Pengangkutan untuk tujuan pemunggahan kargo cecair petroleum, LPG, LNG dan lain-lain

dari kapal ke kapal (Ship to Ship Transfer - STS) di tiga lokasi berbeza iaitu di luar pesisiran kawasan

Batu Pahat, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan di Tanjung Ayam yang dilihat berpotensi ke arah kes-kes

tumpahan minyak.

Secara perangkaan, kes tumpahan minyak yang dilaporkan berlaku di kawasan perairan Johor adalah

seperti Jadual di bawah :

Manakala, kes pelanggaran kapal yang melibatkan pelanggaran kapal tangki Bunga Kelana 3

milik syarikat perkapalan nasional MISC Berhad dengan MV Waily berpendaftaran asing pada 25 Mei 2012 telah mengakibatkan tumpahan minyak berjumlah 2,500 tonnes yang mengakibatkan pence- maran pantai sepanjang 18 kilometer dari Tg. Pengelih ke Tg Pungai dalam Daerah Kota Tinggi. Perlaksanaan projek yang dicadangkan akan memastikan keupayaan Jabatan Laut Malaysia untuk

melawan dan mencegah tumpahan minyak sentiasa berada di tahap yang maksimum disamping

dapat menyediakan satu sistem mobilisasi peralatan dari stokpil-stokpil Jabatan Laut bagi tujuan

operasi sebenar dan sistem penyelenggaraan yang berkesan dan cekap.

Memenuhi paiwaian antarabangsa, Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) dan juga lain- lain pertubuhan supaya negara kita berada dilandasan yang sama dengan negara maju yang lain. Negara kita telah menerima-pakai konvensyen antarabangsa contohnya MARPOL 73/78 dan OPRC

1990.

Tarikh Kejadian Kawasan Perairan

Jun 2012 Pembuangan minyak dari

punca yang belum diketahui Tanjung Pelepas dan

Tanjung Piai

Julai 2011 Perlanggaran kapal B Oceania

dan Xin Tai Hai Selat Melaka (Pulau

Pisang)

Mei 2010 Perlangaran Kapal Bunga

Kelana 3 dan Waily Pengerang

Ogos 2009 Kapal Xin Dong Guan kandas Teluk Ramunia

Page 39: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

-Measuring

Gas

38 Laporan Tahunan Jab atan Laut Malaysia 2013

Skop Projek

(i) Kawalan di sepanjang pesisiran pantai

BIL PERKARA

1. •

Personal

Protective

Equipment

&

Safety

Gears

X

20

Unit(Standby)

• Breathing Apparatus X4 Unit

2. •

FlammableEquipment

&

Detectors

X

4

Units:

- Hidrocarbon

3. • Skimmer X 4 Unit

4. • Oil Containment Boom (Beach/Coastal) – 2000 Meter

5. • Powerpack & Mini Vacuum System X 4 Unit

6. • Temporary Storage Tanks X 20 Unit

7. • Mobile Response Module (Container) X 2 Unit

8. •

Absorbent

Pad

X

100

Bale

• Absorbent Boom X 50 Bale

9. • Maintenance and Spareparts

10. • Training / Year

Page 40: JABATAN LAUT MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 5 2013 · Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah hasil sumbangan dan komitmen dari semua warga Jabatan Laut Malaysia

Laporan Tahunan Jabatan Laut Malaysia 2013 39

(ii) Kawalan di kawasan laut terbuka (open sea)

BIL

PERKARA

1. • Personal Protective Equipment & Safety Gears X 20 Unit

• Personal Protective Equipment & Safety Gears X 20 Unit(Standby) • Breathing Apparatus X4 Unit

2. • Mobile Response Module (Container) X 2 Unit

3. • Skimmer X 4 Unit

4. • Oil Containment Boom (Beach/Coastal) – 2000 Meter

5. • Powerpack & Mini Vacuum System X 4 Unit

6. • Towable Oil Bladder X 4 Unit

7. • Mounted Surface Dispersant Sprayer

• Backpack Surface Dispersant Sprayer X 10 Unit

8. • Oil Spill Model & Response System

- 2 software licenses

- Training

9. • Maintenance and Spareparts

10. • Training / Year