jabatan akauntan negara malaysia … semak perakauanan...makan malam 40% daripada elaun makan 3.2.3...
TRANSCRIPT
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN SEMASA BERKURSUS DALAM NEGERI
RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT : 1/24
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :
Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
Tuntutan
Perjalanan
Semasa
Berkursus
Dalam Negeri
Perintah Am Bab B menyatakan bahawa Seseorang
Pegawai Awam layak menuntut Elaun, kemudahan
dan bayaran semasa berkursus berdasarkan kadar
dan syarat yang telah ditetapkan.
TAKRIFAN
Kursus
Sebarang kursus atau latihan yang berupa
akademik atau praktik, lawatan sambil belajar,
seminar dan bengkel, yang bercorak latihan.
Rujuk Lampiran - Carta Elaun Dan Kemudahan
Kursus Dalam Negeri.
Latihan
Proses pemindahan ilmu pengetahuan bertujuan
menambah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
bersesuaian untuk memenuhi keperluan dan tuntutan
semasa dalam organisasi.
Ia meliputi Konvensyen, kursus, bengkel/retreat,
makmal (lab), seminar/taklimat, kolokium, forum,
symposium, lawatan rasmi/korporat/sambil belajar,
klinik kaunseling dan lain-lain program yang
memenuhi definisi latihan.
Pegawai
Seorang pegawai tetap/sementara di dalam
Perkhidmatan Awam termasuk anggota dalam
perkhidmatan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan
Tentera Tetap Malaysia.
WP 1.10
Lampiran A
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN SEMASA BERKURSUS DALAM NEGERI
RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT : 2/24
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :
Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
Tuntutan
Perjalanan
Semasa
Berkursus
Dalam Negeri
Gred
Gred Gaji dibawah Sistem Saraan Malaysia mengikut
Pekeliling Perkhidmatan bil 4 Tahun 2002. Pegawai
yang memilih tidak menerima Sistem Saraan
Malaysia boleh terus mengemukakan tuntutan elaun,
kemudahan dan bayaran dibawah pekeliling ini
berdasarkan Gred/Kategori masing-masing dibawah
Sistem Saraan Baru (SSB) / Kumpulan gaji masing-
masing dibawah Laporan Jawatankuasa Kabinet
1976 (JKK 1976) mengikut mana berkenaan.
Ibu Pejabat
Tempat biasa seorang pegawai melaporkan diri untuk
bertugas dan lingkungan jarak pentadbirannya :-
i. 25km jika boleh dihubungi oleh jalanraya;
ii. 16km jika boleh dihubungi oleh jalan tanah
yang boleh dilalui oleh kenderaan bermotor;
iii. 8km jika boleh dihubungi oleh jalan basikal dan
sungai.
Kediaman Dalam Konteks Kursus
i. Kediaman adalah rumah pegawai;
ii. Penginapan semasa berkursus.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN SEMASA BERKURSUS DALAM NEGERI
RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT : 3/24
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :
Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
Tuntutan
Perjalanan
Semasa
Berkursus
Dalam Negeri
Elaun Makan
Layak dituntut oleh seorang pegawai yang
menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya bagi
tempoh 24 jam atau lebih bermula dari waktu
bertolak.
Elaun Harian
Layak bagi pegawai menjalankan tugas rasmi
luar Ibu Pejabat melebihi 8 jam tapi kurang 24 jam.
Kadar mengikut kadar separuh dari kelayakan elaun
makan.
Bayaran Sewa Hotel
Bayaran sewa hotel adalah layak dituntut bagi
pegawai yang menghadiri kursus di luar Ibu Pejabat
dan perlu menginap tertakluk kepada had
maksimum dan penginapan tidak disediakan oleh
pihak penganjur.
Lojing
Tempat menginap pegawai selain hotel atau rumah
rehat. Dibayar sekiranya pegawai menginap di
rumah kawan/saudara-mara dan lain-lain tempat.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN SEMASA BERKURSUS DALAM NEGERI
RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT : 4/24
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :
Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
Tuntutan
Perjalanan
Semasa
Berkursus
Dalam Negeri
1.0 Pastikan Tuntutan Perjalanan Menghadiri
Kursus Dalam Negeri diterima dan dokumen
sokongan disertakan.
1.1 Borang Tuntutan Perjalanan;
1.2 Surat Panggilan Menghadiri Kursus
(Diluluskan oleh Ketua Jabatan);
1.3 Resit-resit asal – satu perakuan hendaklah
dibuat iaitu (Disahkan bahawa perbelanjaan ini
adalah perbelanjaan rasmi kerajaan)
2.0 Semak bulan dan tahun kewangan, jika bukan
tahun semasa pastikan Sijil AP58(a) disertakan &
memenuhi syarat berikut :-
2.1 Tuntutan hendaklah dibayar dalam tahun
kewangan semasa.
2.2 Baki peruntukan dalam tahun perbelanjaan
dan semasa adalah mencukupi.
Sekiranya syarat AP58 (a) tidak dipatuhi, pastikan
surat kelulusan perbendaharaan disertakan.
Arahan
Perbendaharaan
58
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN SEMASA BERKURSUS DALAM NEGERI
RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT : 5/24
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :
Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
Tuntutan
Perjalanan
Semasa
Berkursus
Dalam Negeri
3.0 Kursus Pendek Di Dalam Negeri
Sekiranya tempoh kursus yang dihadiri oleh pegawai
adalah tiga (3) bulan atau kurang termasuk hari
hujung minggu dan kelepasan am maka pegawai
adalah mengikuti kursus pendek dalam negeri.
3.1 Kursus Pendek Di Dalam Kawasan Ibu Pejabat
3.1.1 Pegawai Yang Layak Menuntut
Pegawai layak membuat tuntutan sebanyak
RM15.00 sehari untuk hari-hari berkursus sahaja
dengan syarat:-
i. Kemudahan makan tidak disediakan oleh
Kerajaan atau Penganjur;
ii. Kursus itu diadakan di luar
bangunan/kompleks tempat biasa pegawai
bertugas.
3.1.2 Pegawai Yang Tidak Layak Menuntut
Pegawai tidak layak menuntut sekiranya
kemudahan makan dan penginapan telah
disediakan oleh kerajaan atau Penganjur.
3.1.3 Pegawai layak menuntut Elaun Perjalanan
Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam
mengikut kadar dan kelayakan Bertugas Rasmi.
Lampiran B
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN SEMASA BERKURSUS DALAM NEGERI
RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT : 6/24
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :
Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
Tuntutan
Perjalanan
Semasa
Berkursus
Dalam Negeri
3.2 Kursus Pendek Di Luar Kawasan Ibu Pejabat
3.2.1 Pegawai Yang Layak Menuntut
Pegawai layak menuntut elaun harian, elaun
makan, sewa hotel (resit disertakan) dan lojing
(alamat lojing dicatitkan) iaitu;
i. Sekiranya kemudahan makan/penginapan
tidak disediakan oleh Kerajaan atau
Penganjur.
ii. Bagi tempoh dua hari iaitu sehari sebelum
dan sehari selepas kursus.
3.2.2 Sekiranya kemudahan penginapan sahaja
disediakan, maka pegawai layak menuntut elaun
makan dan sebaliknya. Sekiranya hanya
sebahagian daripada kemudahan makan
disediakan, pegawai layak menuntut bahagian
yang tidak disediakan mengikut kadar seperti
berikut:-
Sarapan Pagi 20% daripada Elaun Makan
Makan Tengahari 40% daripada Elaun Makan
Makan Malam 40% daripada Elaun Makan
3.2.3 Pegawai Yang Tidak Layak Menuntut
Pegawai tidak layak menuntut sekiranya
kemudahan makan dan penginapan telah
disediakan oleh kerajaan atau Penganjur.
Lampiran C
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN SEMASA BERKURSUS DALAM NEGERI
RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT : 7/24
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :
Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
Tuntutan
Perjalanan
Semasa
Berkursus
Dalam Negeri
3.2.4 Pegawai layak menuntut elaun perjalanan
Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam
mengikut kadar dan kelayakan Bertugas Rasmi.
4.0 Kursus Panjang Di Dalam Negeri
Sekiranya tempoh kursus yang dihadiri oleh pegawai
adalah melebihi 3 bulan termasuk hari hujung minggu
dan kelepasan am maka pegawai adalah mengikuti
kursus jangka panjang dalam negeri.
4.1 Kursus Panjang di Dalam Kawasan Ibu Pejabat
4.1.1 Pegawai Yang Layak Menuntut
Pegawai layak membuat tuntutan Elaun Sara
Hidup sebanyak RM15.00 sehari sepanjang
berkursus sekiranya:-
i. Pegawai berkursus di dalam kawasan Ibu
Pejabat.
ii. Pegawai dari luar kawasan Ibu Pejabat yang
menerima arahan pertukaran
iii. Kemudahan makan tidak disediakan oleh
Kerajaan atau pihak Penganjur; dan
iv. Kursus diadakan di luar bangunan/kompleks
tempat biasa pegawai bertugas.
4.1.2 Pegawai layak menuntut elaun perjalanan
Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam
mengikut kadar dan kelayakan Bertugas Rasmi.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN SEMASA BERKURSUS DALAM NEGERI
RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT : 8/24
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :
Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
Tuntutan
Perjalanan
Semasa
Berkursus
Dalam Negeri
4.2 Kursus Panjang Di Luar Kawasan Ibu Pejabat
4.2.1 Pegawai Yang Layak Menuntut
Pegawai layak menuntut Elaun Sara Hidup
sebanyak RM25.00 sehari bagi tempoh kursus
tertakluk kepada syarat berikut:-
i. Pegawai tidak menerima Arahan Pertukaran;
dan
ii. Kemudahan makan dan penginapan tidak
disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur.
4.2.2 Sekiranya salah satu kemudahan
disediakan maka elaun yang tidak disediakan
layak dituntut mengikut pecahan 50% (RM12.50)
makan atau 50% (RM12.50) penginapan.
4.2.3 Sekiranya pegawai diarahkan oleh Pusat
Pengajian untuk mengikuti kajian luar/latihan
amali atau disangkutkan di pejabat di luar Pusat
Pengajiannya, maka pegawai layak menuntut
elaun makan dan bayaran sewa hotel/lojing
seperti biasa.
4.2.4 Pegawai layak menuntut kemudahan
penginapan/ makan bagi tempoh sehari sebelum
dan sehari selepas kursus mengikut kadar dan
kelayakan Bertugas Rasmi.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN SEMASA BERKURSUS DALAM NEGERI
RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT : 9/24
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :
Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
Tuntutan
Perjalanan
Semasa
Berkursus
Dalam Negeri
5.0 Kursus Sambilan
Sebarang kursus yang dijalankan secara sambilan
selepas waktu pejabat.
5.1 Kursus Sambilan Di Dalam Kawasan Ibu
Pejabat
5.1.1 Pegawai Yang Layak Menuntut
i. Pegawai layak menuntut bayaran sebanyak
RM8 sehari bagi hari-hari berkursus sahaja
yang mana unsurnya terdiri daripada RM5
untuk bantuan makan dan RM3 untuk
bantuan perbelanjaan perjalanan.
5.1.2 Pegawai Yang Tidak Layak Menunut
i. Pegawai yang mengikuti kursus sambilan di
dalam bangunan atau kompleks yang sama
tidak layak menuntut bayaran diatas.
5.2 Kursus Sambilan Di Luar Kawasan Ibu Pejabat
5.2.1 Pegawai Yang Layak Menuntut
i. Pegawai layak menuntut bayaran sebanyak
RM10 sehari bagi hari-hari berkursus sahaja
terdiri daripada RM5 untuk makan dan RM5
untuk perjalanan sekiranya tidak disediakan
oleh Kerajaan / Penganjur.
Lampiran D
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN SEMASA BERKURSUS DALAM NEGERI
RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT : 10/24
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :
Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
Tuntutan
Perjalanan
Semasa
Berkursus
Dalam Negeri
5.2.2 Pegawai Yang Tidak Layak Menuntut
i. Pegawai tidak layak menuntut Elaun
Perjalanan Kenderaan atau Tambang
Pengangkutan Awam.
6.0 Tuntutan Memindahkan Barang-Barang
Persendirian Sebelum Dan Selepas Berkursus
6.1 Syarat-Syarat Dan Kelayakan Tuntutan
6.1.1 Pegawai menerima Arahan Pertukaran
atau Arahan Berkursus, mengikut mana yang
berkenaan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa
tertentu;
6.1.2 Kursus tersebut hendaklah bagi tempoh
tidak kurang daripada satu (1) tahun pengajian;
dan
6.1.3 Mendapat pengesahan bertulis daripada
Ketua Jabatan yang menyatakan bahawa
pegawai perlu menyimpan barang-barang ke
tempat lain atau membawa barang-barang
tersebut ke tempat berkursus.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN SEMASA BERKURSUS DALAM NEGERI
RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT : 11/24
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :
Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
Tuntutan
Perjalanan
Semasa
Berkursus
Dalam Negeri
6.2 Pegawai Yang Layak
6.2.1 Jika mengikuti kursus di dalam negeri,
pegawai boleh sama ada menyimpan barang-
barang di tempat lain atau membawa barang-
barang tersebut ke tempat kursus, mengikut
prinsip 'yang mana terdekat'. Oleh hal yang
demikian, tuntutan sebelum mengikuti kursus
dikira dari tempat kediaman ke tempat barang-
barang disimpan atau dari tempat kediaman ke
tempat barang-barang dibawa semasa kursus,
mengikut mana yang berkenaan. Tuntutan yang
dibuat selepas mengikuti kursus, dikira dari
tempat barang-barang tersebut disimpan/dibawa
hingga ke tempat kediaman baru;
6.2.2 Tuntutan bagi pegawai berkeluarga adalah
mengikut kadar keluarga manakala bagi pegawai
bujang, mengikut kadar bujang. Pegawai yang
telah berkeluarga dan tidak membawa
isteri/suami dan anak-anak, berkelayakan
membuat tuntutan atas kadar bujang.
Pegawai yang membawa anak/anak-anak tetapi
tidak membawa isteri/ suami atau sebaliknya,
membawa isteri/suami tetapi tidak membawa
anak/anak-anak, berkelayakan membuat tuntutan
atas kadar keluarga;
6.2.3 Tiada perbelanjaan, bayaran tambahan,
atau kemudahan lain yang dituntut bersabit
dengan penghantaran barang-barang tersebut
seperti Elaun Makan dan Bayaran Sewa Hotel,
pengangkutan kenderaan dan tambang
perjalanan ahli keluarga termasuk penghantaran
barang-barang persendirian ke tempat lain selain
daripada tempat yang dipohon;
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN SEMASA BERKURSUS DALAM NEGERI
RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT : 12/24
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :
Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
Tuntutan
Perjalanan
Semasa
Berkursus
Dalam Negeri
6.2.4 Tiada perbelanjaan, bayaran tambahan,
atau kemudahan lain yang dituntut bersabit
dengan penghantaran barang-barang tersebut
seperti Elaun Makan dan Bayaran Sewa Hotel,
pengangkutan kenderaan dan tambang
perjalanan ahli keluarga termasuk penghantaran
barang-barang persendirian ke tempat lain selain
daripada tempat yang dipohon;
6.2.5 Kementerian/ Jabatan/ Agensi boleh
menyedia atau mengaturkan kemudahan
kenderaan pengangkutan barang- barang dan
kenderaan perjalanan bagi pegawai. Ini juga
termasuk menggunakan kemudahan tempahan
kapal terbang, kereta api atau bas melalui
Waran Perjalanan Udara Awam, Waran
Perjalanan Bas atau Waran Perjalanan Kereta
Api, mengikut mana yang berkenaan.
Walaubagaimanapun, Kementerian/ Jabatan/
Agensi hendaklah memastikan bahawa jika
kemudahan tersebut diguna atau disediakan
maka pegawai yang terlibat tidak layak lagi
menuntut elaun dan bayaran bagi kemudahan
yang sama. Peraturan kewangan yang lain
seperti penggunaan Pesanan Tempatan,
Panggilan Sebutharga dan seumpamanya, di
mana yang sesuai adalah digalakkan;
6.2.6 Tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran
ini boleh dibuat dengan menggunakan borang
seperti Lampiran B, WP 1.3;
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN SEMASA BERKURSUS DALAM NEGERI
RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT : 13/24
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :
Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
Tuntutan
Perjalanan
Semasa
Berkursus
Dalam Negeri
6.2.7 Tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran
yang dibuat selepas pegawai balik berkursus
hendaklah diiringi dengan salinan tuntutan
sebelum ini (jika ada);
6.2.8 Tuntutan yang dibuat sebelum pegawai
menghadiri berkursus iaitu bagi menyimpan/
membawa barang-barang ke tempat lain/tempat
berkursus hendaklah dibuat selewat-lewatnya
dalam tempoh satu bulan selepas pengangkutan
barang- barang tersebut dilaksanakan. Tuntutan
yang dibuat selepas pegawai menghadiri
berkursus iaitu bagi mengambil semula barang-
barang dari tempat simpanan/tempat berkursus
hendaklah juga dibuat selewat-lewatnya dalam
tempoh satu bulan selepas pengangkutan
barang-barang dilaksanakan;
6.2.9 Seseorang pegawai tidak layak menuntut
elaun, bayaran dan kemudahan bersabit dengan
urusan memindahkan barang- barang tersebut
jika kemudahan perjalanan dan/ atau
pengangkutan barang-barang disediakan; dan
6.2.10 Walau apapun peruntukan di atas,
tiada tuntutan boleh dibuat bagi pengangkutan
barang-barang persendirian milik pegawai dan
keluarganya di dalam Stesen.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN SEMASA BERKURSUS DALAM NEGERI
RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT : 14/24
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :
Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
Tuntutan
Perjalanan
Semasa
Berkursus
Dalam Negeri
6.3 Kadar Kelayakan
6.3.1 Perbelanjaan Pengangkutan
i. Syarat tuntutan adalah sebagaimana
yang dinyatakan di perenggan 3.1.12 WP 1.2
atau mana- mana peraturan lain yang
dikeluarkan dari semasa ke semasa.
6.3.2 Tambang Pengangkutan Awam/
Elaun Perjalanan Kenderaan.
i. Tuntutan layak dibuat semasa menghantar
barang ke tempat lain sebelum pegawai pergi
berkursus dan sekali lagi semasa mengambil
semula barang- barang tersebut, selepas
pegawai balik berkursus;
ii. Tuntutan tambang perjalanan hanyalah bagi
diri pegawai sahaja; dan
iii. Kadar tuntutan adalah sebagaimana yang
dinyatakan WP 1.4 atau mana-mana
peraturan lain yang dikeluarkan dari semasa
ke semasa.
6.3.3 Pemberian Pindahan
i. Tuntutan boleh dibuat sekali sahaja sama
ada sebelum pegawai pergi berkursus
(semasa menghantar barang-barang) atau
selepas pegawai kembali dari berkursus
(semasa mengambil semula barang-barang);
dan
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN SEMASA BERKURSUS DALAM NEGERI
RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT : 15/24
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :
Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
Tuntutan
Perjalanan
Semasa
Berkursus
Dalam Negeri
ii. Kadar dan syarat tuntutan adalah
sebagaimana yang dinyatakan di Lampiran C,
D, E dan G dan perenggan 3.1.13, WP 1.2
atau mana-mana peraturan lain yang
dikeluarkan dari semasa ke semasa.
7.0 Tambang Perbatuan Atau Tambang
Pengangkutan Awam
7.1 Layak dituntut oleh pegawai yang
menghadiri kursus Jangka Pendek dan Jangka
Panjang kecuali Kursus Sambilan.
7.2 Semak sama ada kemudahan pengangkutan
disediakan oleh Jabatan / Penganjur.
7.3 Sekiranya kemudahan pengangkutan
disediakan oleh Jabatan/ Penganjur, Pegawai tidak
layak menuntut elaun perjalanan kenderaan /
tambang pengangkutan awam.
7.4 Pegawai layak tuntut perjalanan pergi dan
balik dari rumah kediaman ke Pusat Pengajian
sekali (1) sahaja (jika penginapan disediakan).
7.5 Sekiranya tempat penginapan tidak
disediakan atau tiada keperluan bermalam, jumlah
perjalanan pergi dan balik dari rumah kediaman ke
Pusat Pengajian sekali (1) sehari tidak melebihi 6
hari.
7.6 Pegawai layak menuntut tambang
pengangkutan awam jika tidak menggunakan
kenderaan sendiri atau kenderaan telah disediakan
oleh Penganjur bagi menghadiri kursus, sama ada
di dalam atau di luar IbuPejabat.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN SEMASA BERKURSUS DALAM NEGERI
RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT : 16/24
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :
Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
Tuntutan
Perjalanan
Semasa
Berkursus
Dalam Negeri
7.7 Teksi / kereta sewa / bas / motobot dan lain-
lain. Mengikut tambang lazim dan disokong dengan
resit sekiranya resit dikeluarkan. Sekiranya
tiada, buat perakuan bahawa perbelanjaan telah
dibayar oleh pegawai.
7.8 Pegawai yang menggunakan perkhidmatan
pengangkutan awam adalah layak menuntut
tambang pengangkutan awam mengikut mana yang
lebih murah dan yang sepatutnya dinaiki tertakluk
kepada syarat berikut :-
i. Keretapi / kapal laut dan lain-lain
Kelas 1: Gred 27 dan ke atas
Kelas 2: Gred 26 dan ke bawah
ii. Kapal terbang
Seseorang pegawai adalah digalak
menggunakan perkhidmatan kapal terbang
untuk menjalankan tugas rasminya jika ianya
adalah lebih murah dan menjimatkan masa.
Cukai Lapangan Terbang layak dituntut.
(Kemukakan tiket kapal terbang semasa
membuat tuntutan).
Kelayakan adalah seperti berikut :-
Gred Kelas
53 dan ke atas Kelas Perniagaan
52 dan ke bawah Kelas Ekonomi
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN SEMASA BERKURSUS DALAM NEGERI
RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT : 17/24
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :
Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
Tuntutan
Perjalanan
Semasa
Berkursus
Dalam Negeri
8.0 Tuntutan Elaun makan / Elaun harian
Pegawai yang menghadiri kursus layak menuntut
elaun makan/ elaun harian atas kadar bertugas rasmi
1 hari sebelum dan 1 hari selepas kursus mengikut
kadar yang telah ditetapkan.
8.1 Kadar Kelayakan Elaun Makan adalah seperti
berikut:
Kakitangan Awam Biasa
Gred Sem.
Malaysia (RM)
Sabah, Labuan, Sarawak
(RM)
Utama/Khas ’A’ dan ke atas
90.00 120.00
Utama/Khas ’B’ dan ’C’
90.00 120.00
53 dan 54 70.00 90.00
45 hingga 52 60.00 80.00
41 hingga 44 45.00 65.00
17 hingga 40 40.00 55.00
16 dan ke bawah 35.00 50.00
Polis
Gred
Sem. Malay
sia (RM)
Sabah,LabuanSarawak (RM)
Ketua Polis dan Timb. Ketua Polis Negara
90.00 120.00
Pesuruhjaya Polis dan Timb Pesuruhjaya Polis
90.00 120.00
Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis
70.00 90.00
Timb. Penguasa Polis hingga Penolong Pesuruhjaya Polis
60.00 80.00
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN SEMASA BERKURSUS DALAM NEGERI
RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT : 18/24
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :
Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
Tuntutan
Perjalanan
Semasa
Berkursus
Dalam Negeri
Gred
Sem. Malay
sia (RM)
Sabah,LabuanSarawak (RM)
Inspektor Polis hingga Penolong Penguasa Polis
45.00 65.00
Konstabel hingga Sub Inspektor
40.00 55.00
Sarjan hingga Sub Inspektor Sokongan/ Orang Asli
40.00 55.00
Konstabel hingga Koperal Sokongan/ Orang Asli
35.00 50.00
Tentera
Gred Sem.
Malaysia
(RM)
Sabah,
Labuan &
Sarawak (RM)
Jeneral 90.00 120.00
Leftenan Jeneral &
Mejar Jeneral
90.00 120.00
Brigedier Jeneral 70.00 90.00
Mejar Sehingga
Kolonel
60.00 80.00
Leftenen hingga
Kapten
45.00 65.00
Sarjan hingga
Pemegang Waran 1
40.00 55.00
Prebet hingga Lans
Koperal
35.00 50.00
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN SEMASA BERKURSUS DALAM NEGERI
RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT : 19/24
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :
Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
Tuntutan
Perjalanan
Semasa
Berkursus
Dalam Negeri
9.0 Tuntutan Bayaran Sewa Hotel / Elaun Lojing
Pegawai layak menuntut bayaran sewa hotel/ elaun
lojing sekiranya penginapan tidak disediakan oleh
penganjur.
9.1 Kadar kelayakan sewa hotel adalah seperti
berikut :
Kakitangan Awam Biasa
Gred Sem.
Malaysia (RM)
Sabah, Labuan, Sarawak (RM)
Utama/ Khas ’A’dan ke atas
Sebenar (Bilik Biasa)
Sebenar (Bilik Biasa)
Utama/Khas’B’ dan ’C’
Sebenar (Bilik Biasa)
Sebenar (Bilik Biasa)
53 dan 54 Sebenar (Bilik Biasa)
Sebenar (Bilik Biasa)
45 hingga 52 145.00 160.00
41 hingga 44 130.00 140.00
27 hingga 40 80.00 100.00
17 hingga 26 80.00 100.00
16 dan ke bawah
65.00 80.00
Polis
Gred Sem.
Malaysia (RM)
Sabah, Labuan, Sarawak (RM)
Ketua Polis dan Timb. Ketua Polis Negara
Sebenar Bilik biasa)
Sebenar (bilik biasa)
Pesuruhjaya Polis dan Timb Pesuruhjaya Polis
Sebenar (Bilik biasa)
Sebenar (Bilik biasa)
Pen. Kanan Pesuruhjaya Polis
Sebenar (Bilik Biasa)
Sebenar (Bilik Biasa)
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN SEMASA BERKURSUS DALAM NEGERI
RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT : 20/24
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :
Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
Tuntutan
Perjalanan
Semasa
Berkursus
Dalam Negeri
Timbalan Penguasa Polis hingga Pen. Pesuruhjaya Polis
145.00 160.00
Inspektor Polis hingga Pen. Penguasa Polis
130.00 140.00
Sarjan Hingga Sub Inspektor
80.00 100.00
Konstabel hingga Koperal
80.00 100.00
Sarjan hingga sub Inspektor/ Orang Asli
80.00 100.00
Konstabel hingga Koperal Sokongan/ Orang Asli
65.00 80.00
Tentera
Gred Sem. Malaysia
(RM)
Sabah, Labuan & Sarawak (RM)
Jeneral Sebenar (Bilik Biasa)
Sebenar (Bilik Biasa)
Leftenan Jeneral & Mejar Jeneral
Sebenar (Bilik Biasa)
Sebenar (Bilik Biasa)
Brigedier Jeneral
Sebenar (Bilik Biasa)
Sebenar (Bilik Biasa)
Mejar Sehingga Kolonel
145.00 160.00
Leftenen hingga Kapten
130.00 140.00
Sarjan hingga Pemegang Waran 1
80.00 100.0
Prebet hingga Lans Koperal
65.00 80.00
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN SEMASA BERKURSUS DALAM NEGERI
RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT : 21/24
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :
Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
Tuntutan
Perjalanan
Semasa
Berkursus
Dalam Negeri
9.2 Seorang pegawai layak menuntut bayaran
perkhidmatan dan cukai perkhidmatan yang wajib
ke atas sewa hotel sebagai tambahan kepada
maksimum kelayakannya.
9.3 Kadar kelayakan elaun lojing adalah seperti
berikut :
Kakitangan Awam Biasa
Gred Sem.
Malaysia (RM)
Sabah, Labuan,
Sarawak (RM)
Utama/Khas ’A’dan ke atas
80.00 85.00
Utama/Khas ’B’ dan’C’
75.00 80.00
53 dan 54 70.00 75.00
45 hingga 52 60.00 70.00
41 hingga 44 55.00 60.00
27 hingga 40 35.00 40.00
17 hingga 26 35.00 40.00
16 dan ke bawah
30.00 35.00
Polis
Gred Sem.
Malaysia (RM)
Sabah, Labuan, Sarawak
(RM)
Ketua Polis dan Timb. Ketua Polis Negara
80.00 85.00
Pesuruhjaya Polis dan Timb Pesuruhjaya Polis
75.00 80.00
Pen. Kanan Pesuruhjaya Polis
70.00 75.00
Timb. Penguasa Polis hingga Pen. Pesuruhjaya Polis
60.00 70.00
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN SEMASA BERKURSUS DALAM NEGERI
RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT : 22/24
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :
Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
Tuntutan
Perjalanan
Semasa
Berkursus
Dalam Negeri
Inspektor Polis hingga Pen. Penguasa Polis
55.00 60.00
Sarjan Hingga Sub Inspektor
35.00 40.00
Konstabel hingga Koperal
35.00 40.00
Sarjan hingga sub Inspektor/ Orang Asli
35.00 40.00
Konstabel hingga Koperal Sokongan/ Orang Asli
30.00 35.00
Tentera
Gred Sem. Malaysia (RM)
Sabah, Labuan & Sarawak
(RM)
Jeneral 80.00 85.00
Leftenan Jeneral & Mejar Jeneral
75.00 80.00
Brigedier Jeneral 70.00 75.00
Mejar Sehingga Kolonel
60.00 70.00
Leftenen hingga Kapten
55.00 60.00
Sarjan hingga Pemegang Waran 1
35.00 40.00
Prebet hingga Lans
Koperal
30.00 35.00
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN SEMASA BERKURSUS DALAM NEGERI
RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT : 23/24
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :
Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
Tuntutan
Perjalanan
Semasa
Berkursus
Dalam Negeri
10.0 Tuntutan Pelbagai
Pegawai layak menuntut apa-apa tuntutan lain yang
berkaitan. Semak resit yang berkaitan bagi tuntutan
pelbagai seperti:-
10.1 Bayaran perkhidmatan (10%) dan cukai
perkhidmatan (6%).
10.2 Bayaran lain seperti panggilan telefon /fax
perlu diakui sah atas panggilan rasmi yang dibuat
dan kemukakan resit.
10.3 Bayaran dobi – adalah tidak layak dituntut
untuk menghadiri kursus.
10.4 Bayaran tol- resit hendaklah dikemukakan.
10.5 Yuran kursus- kemukakan resit bayaran
(Kew.38).
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN SEMASA BERKURSUS DALAM NEGERI
RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT : 24/24
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :
Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
Tuntutan
Perjalanan
Semasa
Berkursus
Dalam Negeri
11.0 Pastikan kod objek yang dipertanggungkan di
atas baucar bayaran adalah menggunakan objek
lanjut di bawah objek sebagai 21000 dan 29000.
Perkara Kakitangan
Awam
Polis/
tentera
Elaun Makan/Harian 21101 21301
Elaun Lojing/Hotel 21102 21302
Kereta Api/ ERL/ LRT/
Komuter 21103 21303
Pejalanan Kenderaan
(Kereta/ Teksi/ Bas) 21104 21304
Feri/ Bot 21105 21305
Kapal Terbang/
Tambang Gantian 21106 21306
Tol/tempat Letak
Kereta/ Telefon/Fax 21199 21399
Bayaran Dobi 29199 29139
Yuran Pendaftaran
Kursus 29107 29107