jabatan akauntan negara malaysia prosedur semak perakauanan/gaji elaun...  jabatan akauntan...

Download JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR semak perakauanan/gaji Elaun...  jabatan akauntan negara

If you can't read please download the document

Post on 29-Mar-2019

289 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : ELAUN PEMANGKUAN

TARIKH UBAHSUAI : 31 DISEMBER 2018 MUKA SURAT : 1/7

Bil. Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan

Elaun

Pemangkuan

Elaun yang diberi kepada seseorang pegawai yang

melaksanakan tugas secara sepenuh masa, suatu jawatan

lain yang lebih tinggi grednya daripada gred hakiki

pegawai itu dalam skim perkhidmatan dan perkhidmatan

yang sama, dengan kelulusan Lembaga Kenaikan

Pangkat, layak dibayar Elaun Pemangkuan.

TAKRIFAN

PEGAWAI

Bermaksud Pegawai yang dilantik secara tetap oleh

Suruhanjaya berkenaan.

PEMANGKUAN

Bermaksud Pelaksanaan tugas oleh seseorang pegawai

secara sepenuh masa, suatu jawatan lain yang lebih tinggi

grednya daripada gred hakiki pegawai itu dalam skim

perkhidmatan dan perkhidmatan yang sama dengan

kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat.

KENAIKAN PANGKAT

Bermaksud peningkatan secara hakiki dari satu gred ke

suatu gred yang lebih tinggi dalam perkhidmatan dan skim

perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Lembaga

Kenaikan Pangkat.

LEMBAGA

Bermaksud Lembaga Kenaikan Pangkat yang ditubuhkan

di bawah mana-mana peraturan yang berkaitan.

Pekeliling

Perkhidmatan

Bil. 7/2010

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : ELAUN PEMANGKUAN

TARIKH UBAHSUAI : 31 DISEMBER 2018 MUKA SURAT : 2/7

Bil. Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan

Elaun

Pemangkuan

ELAUN PEMANGKUAN

Elaun Pemangkuan ialah perbezaan di antara gaji

permulaan jawatan yang dipangku dengan gaji hakiki

pegawai dengan syarat:

i. Perbezaan itu tidak kurang daripada satu

pergerakan gaji biasa di gred hakiki pegawai. Jika

perbezaan itu kurang daripada satu pergerakan gaji

biasa, Elaun Pemangkuan ialah sebanyak satu

pergerakan gaji biasa di atas mata gaji yang

dipangku; dan

ii. Sekiranya gaji hakiki seseorang pegawai itu sama

atau lebih tinggi daripada gaji permulaan jawatan

yang dipangku, Elaun Pemangkuan ialah sebanyak

satu pergerakan gaji biasa di atas jawatan yang

dipangku.

1.0 Pastikan dokumen sokongan berikut dikepilkan

untuk pembayaran Elaun Pemangkuan melalui

iGFMAS atau baucar gaji berasingan.

1.1 Penyata Perubahan Mengenai Pendapatan

Seseorang Pegawai (Kew.8).

1.2 Surat Pemberitahuan Penempatan.

1.3 Surat Arahan Penempatan.

1.4 Jadual Pengiraan Bayaran Elaun Pemangkuan

yang telah disahkan oleh pegawai yang

bertanggungjawab.

1.5 Surat Penangguhan Melapor Diri (Jika ada).

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : ELAUN PEMANGKUAN

TARIKH UBAHSUAI : 31 DISEMBER 2018 MUKA SURAT : 3/7

Bil. Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan

Elaun

Pemangkuan

2.0 Semak bulan dan tahun kewangan, jika bukan

tahun semasa pastikan Sijil AP58(a) disertakan &

memenuhi syarat berikut :-

2.1 Tuntutan hendaklah dibayar dalam tahun

kewangan semasa.

2.2 Baki peruntukan dalam tahun perbelanjaan

dan semasa adalah mencukupi.

Sekiranya syarat AP58 (a) tidak dipatuhi, pastikan

surat kelulusan perbendaharaan disertakan.

3.0 Syarat Layak Pembayaran Elaun Memangku.

3.1 Pegawai yang sedang memangku layak

dibayar Elaun Pemangkuan mengikut syarat

berikut :

3.1.1 Pegawai hendaklah memangku

selama dua puluh lapan (28) hari

berturut-turut termasuk hari cuti

mingguan dan kelepasan am. Dalam

tempoh pemangkuan ini, pegawai

boleh mengambil cuti rehat atau cuti

sakit secara terkumpul yang tidak

melebihi daripada lima (5) hari

bekerja bagi tempoh dua puluh

lapan (28) hari pertama; dan

3.1.2 Seseorang pegawai yang telah

memangku sesuatu jawatan bagi

tempoh disyaratkan di para 3.1.1 dan

kemudian meninggalkan jawatan yang

dipangkunya selama dua puluh lapan

(28) hari atau lebih berturut-turut

termasuk hari kelepasan am, maka

Arahan

Perbendaharaan

58

LAMPIRAN G

JPA.BK(S)13

4/2/8 Jld.2(7)

bertarikh

10 Mei 2012

pegawai berkenaan tidak layak

dibayar Elaun Pemangkuan bagi

tempoh tersebut.

3.1.3 Walau bagaimanapun, pegawai masih

layak dibayar Elaun Pemangkuan

dalam keadaan berikut:

i. Menghadiri kursus yang diarahkan

oleh Kerajaan;

ii. Meninggalkan jawatan untuk

menjalankan tugas rasmi lain atas

arahan Kerajaan; atau

iii. Dibenarkan bercuti sakit yang

disokong oleh sijil sakit;

Dengan syarat tempoh tersebut tidak melebihi

sembilan puluh dua hari (92) hari berturut-turut

termasuk hari kelepasan am.

3.2 Elaun Pemangkuan hendaklah dikira semula

pada tiap-tiap kali tarikh pergerakan gaji

tahunan ataupun pada bila-bila masa gaji

pegawai berkenaan berubah.

3.3 Elaun Pemangkuan layak dibayar mulai

tarikh pegawai melaksanakan tugas

sepenuh masa di jawatan yang dipangku

tertakluk kepada syarat layak di para 3.1.

3.4 Sekiranya pegawai menangguhkan tarikh

melapor diri, Elaun Pemangkuan hanya

layak dibayar mulai tarikh pegawai

menjalankan tugas yang dipangku secara

sepenuh masa.

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : ELAUN PEMANGKUAN

TARIKH UBAHSUAI : 31 DISEMBER 2018 MUKA SURAT : 5/7

Bil. Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan

Elaun

Pemangkuan

4.0 Kaedah Pengiraan Elaun Pemangkuan

4.1 Kelayakan Elaun Pemangkuan mengikut

senario adalah seperti berikut:

BIL SENARIO KELAYAKAN

i. Sekiranya jumlah

perbezaan antara gaji

minimum jawatan yang

dipangku dengan gaji

hakiki pegawai sama

atau lebih daripada

kadar Kenaikan Gaji

Tahunan (KGT) di gred

hakikinya.

Sama dengan

perbezaan

tersebut.

ii. Sekiranya jumlah

perbezaan di antara gaji

minimum jawatan yang

dipangku dengan gaji

hakiki pegawai kurang

daripada KGT di gred

hakikinya.

Sama dengan

kadar KGT gred

jawatan yang

dipangku

iii. Sekiranya gaji hakiki

seseorang pegawai itu

sama atau lebih tinggi

daripada gaji minimum

jawatan yang dipangku.

Elaun

Pemangkuan

ialah bersamaan

dengan kadar

KGT gred

jawatan yang

dipangku.

LAMPIRAN H

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : ELAUN PEMANGKUAN

TARIKH UBAHSUAI : 31 DISEMBER 2018 MUKA SURAT : 6/7

Bil. Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan

Elaun

Pemangkuan

5.0 Pemberhentian Elaun Pemangkuan

5.1 Pastikan tindakan berikut diambil selepas

pegawai tersebut diluluskan kenaikan pangkat:

BIL SENARIO KELAYAKAN

i. Bayaran Elaun Pemangkuan hendaklah dihentikan apabila pegawai dinaikkan pangkat

Mulai tarikh surat penyiaran kenaikan pangkat dikeluarkan

ii. Pelarasan gaji kenaikan pangkat dengan gaji di gred sebelum kenaikan pangkat

Elaun Pemangkuan yang telah dibayar bagi tempoh mulai tarikh kuatkuasa sehingga tarikh surat penyiaran

iii. Perbezaan negatif selepas pelarasan dibuat iaitu jumlah pelarasan gaji kenaikan pangkat kurang daripada jumlah Elaun Pemangkuan yang telah dibayar bagi tempoh mulai tarikh kuatkuasa kenaikan pangkat sehingga tarikh surat penyiaran kenaikan pangkat

perbezaan tersebut tidak perlu dikutip balik daripada pegawai berkenaan rujuk Kew.8

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : ELAUN PEMANGKUAN

TARIKH UBAHSUAI : 31 DISEMBER 2018 MUKA SURAT : 7/7

Bil. Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan

Elaun

Pemangkuan

BIL SENARIO KELAYAKAN

iv. Sekiranya perbezaan positif iaitu jumlah pelarasan gaji kenaikan pangkat melebihi daripada jumlah Elaun Pemangkuan

perbezaan tersebut hendaklah dibayar kepada pegawai berkenaan

v. Elaun Pemangkuan yang dibayar kepada pegawai selepas daripada surat penyiaran kenaikan pangkat

Elaun tersebut hendaklah dikutip balik

6.0 Penyediaan Dokumen Bayaran

6.1 Sediakan Borang Perubahan Gaji (Kew.320

Pindaan 1/2016) atau baucar berasingan dan

pastikan dokumen lengkap dan betul.

6.2 Semak kod akaun yang dipertanggungkan

bagi contoh kes kakitangan awam seperti

berikut:

Sistem Gaji Berkomputer

Baucar Gaji

1200 (Tahun Semasa) B0111101 (Tahun Semasa)

3200 (Tunggakan Tahun Semasa)

B0111101 (Tunggakan Tahun Semasa)

2000 (Tunggakan Tahun Lalu)

B0111601 (Tunggakan Tahun Lalu)

SPANM Bil.

10/2017

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B

LAMPIRAN C

LAMPIRAN D

LAMPIRAN E

LAMPIRAN F

View more