j4012 unit2

31
J4012/ UNIT 2/1 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA PENGENALAN KEPADA PNEUMATIK (SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA) Objektif am : Mempelajari dan memahami sistem penjanaan serta pengagihan udara. Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:- Menyatakan dan membandingkan jenis-jenis pemampat udara Menyatakan dan menerangkan aksesori pemampat Menyatakan dan menerangkan penyahhidratan udara Menyatakan dan menerangkan kesan rawatan udara Menyatakan dan menerangkan prinsip kerja penapis, pengatur tekanan dan pelincir udara. UNIT 2 OBJEKTIF

Upload: yusoff-maizuraini

Post on 22-Nov-2014

223 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: J4012 unit2

J4012/ UNIT 2/1

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

PENGENALAN KEPADA PNEUMATIK

(SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA)

Objektif am : Mempelajari dan memahami sistem penjanaan serta pengagihan udara.

Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-

Menyatakan dan membandingkan jenis-jenis pemampat udara

Menyatakan dan menerangkan aksesori pemampat Menyatakan dan menerangkan penyahhidratan udara Menyatakan dan menerangkan kesan rawatan udara Menyatakan dan menerangkan prinsip kerja penapis, pengatur tekanan dan pelincir udara.

UNIT 2

OBJEKTIF

Page 2: J4012 unit2

J4012/ UNIT 2/2

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

2.0 PENGENALAN

ahukah anda bahawa terdapat beberapa perkara yang berlaku apabila angin dimampatkan, pertama ialah kenaikan tekanan dan kedua ialah haba yang banyak dihasilkan. Oleh kerana haba tidak diperlukan di dalam sistem

pneumatik, ianya dikeluarkan dengan menggunakan strip penyejuk pemampat. Pada peringkat akhir air akan terhasil, ini adalah kerana air tidak boleh dimampatkan dan ianya diperah keluar pada peringkat mampatan. Pada masa ini, sistem mampatan boleh didapati dikebanyakan kilang. Ianya harus diletakkan pada kawasan yang mempunyai ventilasi yang banyak, kuasa yang diberikan ialah antara 700 – 800 kPa.

2.1 PERSAMAAN YANG BERKAITAN DENGAN UDARA MAMPAT

Sebelum anda teruskan dengan Sistem Pneumatik, eloklah kiranya anda mengetahui terlebih dahulu persamaan yang berkaitan dengan udara mampat, seperti yang tersenarai di bawah.

2.1.1 Tekanan

Terdapat 3 cara untuk mengukur tekanan dalam satu sistem iaitu kPa, psi dan bar. Kesemua udara akan kembali ke atmosfera berdasarkan persamaan unit di bawah.

T

IINNPPUUTT

1 Atmosfera = 100 kPa (1 Pascal = 1 N/m2) = 14.5 psi

= 1.01325 bar

Page 3: J4012 unit2

J4012/ UNIT 2/3

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

2.1.2 Hukum Boyles

Seperti juga gas, udara tidak mempunyai bentuk tertentu. Jika isipadu sesuatu jisim dikurangkan, tekanan akan bertambah kerana ianya berkadaran songsang terhadap isipadu, iaitu jika isipadu dikurangkan sebanyak ½ kali, tekanan akan bertambah sebanyak 2 kali seperti Gambarajah 2.1 di bawah..

Gambarajah 2.1 : Tekanan daya ke atas omboh

Formula yang membuktikan teori tersebut ialah:

2.1.3 Daya

Unit untuk daya ialah Newton. Formulanya ialah:

Pada masa kini dengan adanya bahan serta teknologi pembuatan silinder di mana ianya mempunyai tahap geseran yang rendah. Formula untuk mengira daya efektif , Feff dengan anggaran 10% kerugian ialah:

Di mana unit daya efektif dalam Newton, unit tekanan dalam bar dan diameter ( D2 ) dalam sm2.

P1V1 = P2V2

Daya = Tekanan x Keluasan

Feff = P x D2 x 7

Sumber: SMC Pneumatic

Page 4: J4012 unit2

J4012/ UNIT 2/4

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

2.1.4 Dew Point Wap air terdapat dalam udara sekeliling. Jumlah wap air yang ada boleh berubah mengikut perubahan suhu. Apabila kita menyatakan bahawa udara telah padat dengan air, ianya dikenali sebagai “Dew Point”. Jadual 2.1 menunjukkan perkadaran penyejatan air di dalam udara berbanding suhu.

Jadual 2.1 : Penyejatan air di dalam udara

Untuk mendapatkan kandungan air dalam udara, lakarkan garisan oC kepada lengkung dan tudingkan (ukuran kedua ialah kepada bahagian kiri graf iaitu turus gH20/m3 untuk mendapatkan nilai air yang maksimum. Kelembapan bandingan ( Relative Humudity) adalah penyukatan peratus air dalam satu isipadu angin/udara, berbanding dengan nilai maksimum udara berdasarkan suhu tertentu. Garisan melengkung pada Gambarajah 2.2 mewakili garisan Dew Point atau 100% RH, untuk julat suhu tertentu.

Rajah 2.2 : Garis lengkung Dew Point

Sumber: SMC Pneumatic

Sumber: SMC Pneumatic

Page 5: J4012 unit2

J4012/ UNIT 2/5

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

Soalan 2a-1 Isikan tempat kosong di bawah:- 1. Sistem mampatan boleh didapati dikebanyakkan kilang berkuasa di antara

_______hingga_______kPa 2. Terdapat 3 cara untuk mengukur tekanan iaitu ___________, _________ dan

___________ 3. Bagi nilai tekanan,1 atm adalah bersamaan dengan ___________bar. 4. Hukum Boyles menyatakan bahawa jika isipadu suatu jisim dikurangkan, tekanan

akan __________ 5. Unit untuk daya ialah___________ Soalan 2a-2 Sila isikan rumus yang berkaitan pada ruang yang disediakan di bawah.

PERKARA RUMUS

1. Hukum Boyles

2. Daya

3. Daya Efektif

AKTIVITI 2a

Page 6: J4012 unit2

J4012/ UNIT 2/6

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

Jawapan 2a-1

1. 700,800 2. kPa,psi dan bar 3. 1.035 4. bertambah 5. Newton

Jawapan 2a-2

1. P1V1 = P2V2 2. Daya = Tekanan x Keluasan 3. Feff = P x D2 x 7

MAKLUM BALAS KEPADA AKTIVITI

Page 7: J4012 unit2

J4012/ UNIT 2/7

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

2.2 PEMAMPAT UDARA

Pemampat udara memampatkan udara dari tekanan atmosfera ke satu tekanan yang lebih tinggi. Ini dilakukan oleh pemampat iaitu dengan mengurangkan isipadu udara itu. Bagi kiraan udara dianggap sebagai mengalami satu proses politropik.

Udara yang dibekalkan mestilah bersih daripada minyak dan bahan cemar. Keadaan seumpama ini amat penting dalam memproses makanan dan penyenggaraan peralatan. Udara dimampatkan supaya boleh disimpan dan digunakan untuk membekalkan tenaga yang berkesan kepada kendalian mesin. Kegunaan udara termampat adalah seperti di bawah; Mengendalikan alatan salingan contohnya penukul ribet, penukul menyerpih,

pengorek, pemecah konkrit dan sebagainya. Mengendalikan alatan berputar contohnya motor udara, pencanai, gerudi, reamer,

pam kendalian udara, wrenches dan sebagainya. Menyembur cat, minyak, racun serangga dan sebagainya. Mengendalikan omboh-omboh udara untuk alat penekan, pembuka pintu,

pengangkat, pencengkam dan sebagainya. Semburan udara untuk tujuan pembersihan. Mengembangkan tayar kenderaan. Memulakan enjin diesel yang besar Mengendalikan alatan kawalan, injap dan sebagainya.

Udara ialah gabungan dari beberapa jenis gas yang menyelubungi bumi sehingga ketinggian 50,000 meter dari aras laut. Tekanan udara berkadar songsang dengan altitud atau tinggi, iaitu tekanan udara akan berkurangan pada altitud yang tinggi. Titik rujukan ialah aras laut di mana tekanan udara (atmosfera) ialah 1.01325 bar (101.325 kPa). Pada aras 100 meter di atas permukaan laut, tekanan udara ialah 1.00 bar (100 kPa) bagi setiap 100 meter. Apabila pemampat udara dikendalikan pada altitud tinggi, kecekapannya akan berkurangan.

IINNPPUUTT

Page 8: J4012 unit2

J4012/ UNIT 2/8

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

2.3 JENIS-JENIS PEMAMPAT

Pemampat udara boleh dibahagikan kepada dua kategori yang utama seperti di bawah.

Pemampat

Jenis Anjakan Positif Jenis Dinamik i. Jenis salingan i. Jenis aliran jejari ii. Jenis putaran ii. Jenis aliran paksi

2.3.1 Pemampat Jenis Anjakan Positif

Pemampat udara anjakan positif merupakan mesin dengan sekumpulan isipadu udara atau gas yang diletakkan di dalam bekas tertutup kerana tekanan akan meningkat apabila isipadu tersebut dikurangkan. Pemampat udara anjakan positif biasa digunakan di dalam loji-loji pemampat udara untuk kawalan pneumatik. Pemampat ini terdiri dari dua jenis yang utama iaitu jenis salingan dan berputar. Pemampat jenis anjakan positif terbahagi kepada dua kategori iaitu :- 1. Pemampat jenis salingan 2. Pemampat jenis putaran

2.3.1.1 Pemampat Jenis Salingan Pemampat jenis salingan terbahagi kepada dua :- 1. pemampat omboh satu peringkat dan dua peringkat 2. pemampat jenis gegendang

� Pemampat omboh satu dan dua peringkat Pemampat jenis ini menggunakan gerakan piston dalam silinder untuk memampatkan udara. Biasanya udara termampat dihasilkan melalui proses mampatan dalam satu atau beberapa peringkat. Pemampat salingan satu peringkat menghasilkan

Page 9: J4012 unit2

J4012/ UNIT 2/9

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

tekanan udara yang lebih rendah daripada pemampat salingan dua peringkat.

Pemampat salingan satu peringkat memampatkan udara dalam silinder dengan menggunakan satu piston sahaja. Piston digerakkan ke bawah dan udara atmosfera disedut masuk ke ruang silinder melalui liang sedutan seperti rajah 2.3(a). Apabila injap sedutan terbuka, injap hantaran adalah dalam keadaan tertutup. Selepas itu proses hantaran bermula dengan piston bergerak ke atas, injap hantaran terbuka dan injap sedutan tertutup. Udara dalam ruang atas piston dalam silinder akan ditolak keluar melalui liang hantaran ke penerima seperti rajah 2.3(b). Proses ini memampatkan udara sehingga ke suatu tekanan yang telah dilaraskan.

(a) Proses Sedutan (b)Proses Hantaran

Rajah 2.3 : Keratan rentas dan proses pemampat salingan satu peringkat.

Gambarajah 2.4 : Pemampat salingan satu peringkat

Injap hantaran

Liang hantaran

Omboh

Injap sedutan

Liang sedutan

Sumber : SMC Pneumatic

Sumber : Pneumatic Control for Industrial Automation, AE Press, 1987

Page 10: J4012 unit2

J4012/ UNIT 2/10

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

Pemampat salingan dua peringkat memampatkan udara dengan menggunakan dua piston. Udara disedut ke dalam ruang atas piston dalam silinder pertama dan dihantar dengan satu tekanan ke ruang atas piston dalam silinder kedua untuk dimampatkan ke tekanan yang lebih tinggi. Proses mampatan pada silinder pertama menghasilkan udara bersuhu tinggi. Penyejuk-antara digunakan untuk memindahkan haba sebelum udara itu memasuki silinder kedua.

Rajah 2.5 : Keratan rentas dan operasi pemampat dua peringkat

Gambarajah 2.6 : Pemampat dua peringkat

Silinder Kedua

Omboh Kedua

Saluran Udara Termampat

Air Penyejuk Masuk

Penyejuk Antara

Omboh Pertama

Air Penyejuk Keluar

Silinder Pertama

Liang Sedutan

Udara masuk

Liang Hantaran

Sumber : SMC Pneumatic

Sumber: Pneumatic Control for Industrial Automation, AE Press, 1987.

Page 11: J4012 unit2

J4012/ UNIT 2/11

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

� Pemampat jenis gegendang

Merujuk kepada rajah 2.7, ianya adalah sama seperti pemampat berpiston tetapi piston digantikan dengan pemasangan cakera dan gegendang. Gegendang disambungkan dengan cakera dan dinding silinder. Udara hanya masuk dan keluar setakat ruang di dalam gegendang sahaja.

Rajah 2.7 : Pemampat salingan jenis gegendang

2.3.1.2 Pemampat Jenis Putaran

Pemampat Jenis Putaran terbahagi kepada dua iaitu :- 1. Pemampat Jenis Ram Gelangsar 2. Pemampat Jenis Skru

� Pemampat Ram Gelangsar Pemampat ini padat, berkelajuan tinggi, bebas dari pencemaran pelincir dan selalunya mempunyai kecekapan yang lebih tinggi dari pemampat jenis emparan tetapi tidaklah setinggi kecekapan pemampat jenis salingan.Pemampat jenis putaran boleh menghasilkan tekanan antara 400 kN/m – 800 kN/m. Keupayaannya boleh mencapai 100 m/min. Unsur asasnya ialah

Injap

Gegendang

Sumber: Pneumatic Control for Industrial Automation, AE Press, 1987.

Page 12: J4012 unit2

J4012/ UNIT 2/12

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

pemutar dan beberapa keping ram yang bebas melunsur secara jejarian di dalam satu selongsong seperti gambarajah 2.8 di bawah.

(a) (b)

Gambarajah 2.8 : Menunjukkan (a) ram gelangsar dan (b) keratan rentas ram gelangsar

� Pemampat Jenis Skru Pemampat jenis skru menggunakan minyak pelincir sebagai pelindung daripada kebocoran. Ianya sesuai digunakan jika beban yang dikenakan padanya tidak berubah. Masalah pemampat jenis skru ialah angin mampat yang dihasilkan mempunyai kandungan minyak, oleh itu ianya memerlukan penapis minyak yang dipasang secara siri dibahagian keluaran.

Gambarajah 2.9 : Pemampat Udara Jenis Skru

Putaran

Keluaran Masukan

Sumber : SMC Pneumatic

Sumber: Pneumatic Control for Industrial Automation, AE Press, 1987.

Page 13: J4012 unit2

J4012/ UNIT 2/13

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

2.3.2 Pemampat Jenis Dinamik

Udara atau gas yang dimampatkan melalui gerakan dinamik ram yang berputar menghasilkan halaju dan tekanan kepada udara atau gas yang mengalir. Aliran udara di dalam aliran paksi adalah sama arah dengan gerakan gandar, manakala di dalam pemampat emparan, pengaliran udara adalah sama arah dengan putaran jejarinya. Kadangkala pemampat emparan disebut sebagai penghembus atau peniup bergantung kepada bagaiman dinamiknya gerakan udara. Pemampat jenis ini digunakan apabila kadar aliran dan isipadu yang tinggi diperlukan.

Pemampat jenis dinamik biasanya tidak dapat menghasilkan tekanan yang tinggi oleh itu ia tidak digunakan sebagai pemampat kepada sistem pneumatik. Walaupun ia dapat menghasilkan kuantiti udara yang tinggi tetapi ia hanya berfungsi sebagai kipas atau penghembus.

(a) (b)

Gambarajah 2.10 : (a) Jenis Aliran Paksi, dan (b) Jenis Aliran Jejari

Sumber: Pneumatic Control for Industrial Automation, AE Press, 1987.

Page 14: J4012 unit2

J4012/ UNIT 2/14

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

2.4 PENGHASILAN UDARA BEBAS

Penghantaran udara bebas ditakrifkan sebagai penghantaran udara pada keadaan tekanan atmosfera adalah berbeza dari tempat ke tempat maka suatu piawai udara selalu digunakan dan dikenali sebagai udara bebas piawai. Bagi udara bebas piawai tekanan diambil sebagai 1.010 bar dan suhu 00 C.

2.4.1 Kelengkapan Sistem Mampatan udara

Sistem mampatan udara memerlukan kelengkapan tertentu bagi memastikan kerja pemampatan dapat dilaksanakan dengan baik. Di antara kelengkapan sistem mampatan udara adalah seperti berikut :-

Turus Sedutan dan Penyenyap Tabung Udara Injap Pelega Unit Servis atau Unit Khidmat

Gambarajah 2.11, menunjukkan susunan loji dan unit-unit utama pemampat udara.

Gambarajah 2.11 : Loji Pemampat Udara

Page 15: J4012 unit2

J4012/ UNIT 2/15

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

2.4.1.1 Turas Sedutan dan Penyenyap

Setiap sistem pemampat memerlukan turas sedutan untuk mengeluarkan zarah-zarah kotoran sebelum udara memasuki liang masuk. Turas ini biasanya jenis kubang minyak atau elemen kertas yang memerlukan senggaraan atau gantian dari masa ke semasa.

Satu penyenyap adakalanya diperlukan bagi melenyapkan kebisingan udara yang memasuki pemampat. Ia boleh dipasang sebelum atau selepas turas bergantung kepada kesan penyenyap yang diperlukan.

2.4.1.2 Tabung Udara

Pemampat sama ada yang besar atau kecil selalunya dilengkapkan dengan satu penerima udara. Penerima hanyalah sebuah takungan atau tangki yang dapat diisikan dengan udara termampat.

Fungsi Tabung Udara adalah seperti berikut :-

Menapis udara yang masuk ke dalam sistem utama (Penapis Masukan) Menyimpan udara termampat bagi mengelakkan pemampat beroperasi

secara berterusan. Meredan denyutan tekanan yang datang daripada pemampat atau

sistem pneumatik. Memindah haba bagi menyejukkan udara termampat bagi

menggalakkan peluwap menitis ke bawah takungan sebelum udara disalurkan ke sistem pneumatik.

Mengumpul peluwap dan cemaran daripada udara. Injap pelega yang berada dibahagian atas tabung udara berfungsi untuk

mengawal tekanan yang berlebihan.

Page 16: J4012 unit2

J4012/ UNIT 2/16

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

Gambarajah 2.12 : Tabung Udara dan Simbol Piawainya

2.4.1.3 Injap Pelega

Alat ini merupakan penerima udara yang dipasang di tempat perantaraan untuk menyamankan tekanan yang berubah-ubah di dalam sistem dan memastikan tekanan kendalian sentiasa malar. Penumpuk perantaraan hendaklah dipasang pada tiap-tiap loji yang menggunakan bekalan pusat udara termampat. Dengan kewujudan penumpuk di dalam susunan loji, tekanan dalam talian panjang terpampas menyusut dan halaju aliran dalam saluran dapat disenggarakan dengan mudah.

2.4.1.4 Unit Servis atau Unit Khidmat

Alat ini merupakan satu pakej yang mengandungi turas udara, pengatur tekanan dan pelincir seperti gambarajah 2.13 di bawah.

Keluaran

Masukan

Injap Pelega

Injap Pelepasan

Sumber: SMC Pneumatic

Page 17: J4012 unit2

J4012/ UNIT 2/17

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

Gambarajah 2.13 : Unit Servis

Gambarajah 2.14: Penapis udara

Gambarajah 2.15: Pengatur tekanan

PELINCIR PENGATUR TEKANAN

PENAPIS UDARA

Penapis udara - penapis udara digunakan untuk

membersihkan udara termampat daripada segala kekotoran dan juga air terpeluwap yang terkumpul.

Pengatur Tekanan- Pengatur tekanan merupakan injap penurun yang memastikan tekanan kerja yang besar berkeadaan malar walaupun terdapat ketidakseimbangan dalam tekanan udara utama dan kadar penggunaan udara. Tekanan masukan hendaklah sentiasa lebih tinggi daripada tekanan keluaran.

Sumber : SMC Pneumatic

Sumber : SMC Pneumatic

Sumber: Pneumatic Control for Industrial Automation, AE Press, 1987.

Page 18: J4012 unit2

J4012/ UNIT 2/18

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

Gambarajah 2.16: Pelincir

Pelincir - Bekalan pelincir yang mencukupi diperlukan untuk peralatan pneumatik. Pemasangan saluran dibuat secara perpaipan. Paip diperbuat daripada getah, plastik ataupun logam. Paip yang digunakan sebagai saluran gas tidak boleh digunakan sama sekali. Perkara-perkara penting yang mesti diperhatikan dalam pemasangan saluran paip ialah halaju aliran dan susutan tekanan dalam paip dan sendi di sepanjang perpaipan utama.

Sumber : SMC Pneumatic

Page 19: J4012 unit2

J4012/ UNIT 2/19

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

Soalan 2b-1 Isikan tempat kosong di bawah.

Soalan 2b-2 Nyatakan empat kelengkapan sistem mampatan 1._____________________________________ 2._____________________________________ 3._____________________________________ 4._____________________________________

Soalan 2b-3 Unit servis terbahagi kepada 3 bahagian iaitu: 1.______________________________ 2.______________________________ 3._______________________________

AKTIVITI 2b

Pemampat

1.____________________ i.________________________ ii________________________

2.___________________ i. ________________________ ii.________________________

Page 20: J4012 unit2

J4012/ UNIT 2/20

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

Jawapan 2b-1

Pemampat

1. Jenis Anjakan Positif 2. Jenis Dinamik i. Jenis salingan i. Jenis aliran jejari ii. Jenis putaran ii. Jenis aliran paksi

Jawapan 2b-2 1. Turus sedutan dan penyenyap 2. Tabung Udara 3. Injap pelega 4. Unit servis atau unit khidmat

Jawapan 2b-3 1. Penapis Udara 2. Pengatur tekanan 3. Pelincir

MAKLUM BALAS KEPADA AKTIVITI 2b

Page 21: J4012 unit2

J4012/ UNIT 2/21

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

2.4 PENYAHIDRATAN UDARA

Fungsi proses penyahidratan udara ialah untuk menurunkan suhu dan mengeringkan udara selepas proses pemampatan. Proses penyahidratan udara boleh dibahagikan kepada dua bahagian seperti di bawah;

� Pendingin Lanjutan � Pengering Udara

2.4.1 Pendingin lanjutan

Pendingin lanjutan juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu;

Dingin Udara – Proses penyejukan dilakukan dengan menggunakan udara.

Dingin Air – Proses penyejukan dilakukan dengan menggunakan air sebagai bahantara.

Gambarajah 2.17 : Unit Dingin Udara

Sumber : SMC Pneumatic

Sumber : Pneumatic Control for Industrial Automation, AE Press, 1987.

Page 22: J4012 unit2

J4012/ UNIT 2/22

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

Gambarajah 2.18 : Unit Dingin Air

2.5.2 Pengering Udara

Pengering udara boleh dibahagikan kepada tiga jenis yang utama iaitu:- � Jenis Serapan � Jenis Jerapan � Jenis Bahan Pendingin

2.5.2.1 Pengering Jenis Resapan

Pengering jenis resapan menggunakan kimia jenis kelembapcairan bagi menyerap air daripada udara. Setelah menyerap air kimia ini akan menjadi cecair. Diantara kimia yang selalu digunakan adalah urea, lithium dan kalsium klorida. Gambarajah Unit Pengering Jenis Resapan adalah gambarajah 2.19 di bawah.

Gambarajah 2.19 :Unit Pengering Jenis Resapan

Sumber : SMC Pneumatic

Sumber: SMC Pneumatic

Sumber : Pneumatic Control for Industrial Automation, AE Press, 1987.

Page 23: J4012 unit2

J4012/ UNIT 2/23

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

Silinder penakung dibina untuk menyimpan bahan kimia penyerap dalam jumlah yang banyak. Udara yang dimampat mengalir masuk daripada bahagian bawah silinder penakung dan mengalir ke aras atas menerusi bahan penyerap sebelum udara kering dialirkan keluar. Bahan kimia yang menyerap lembapan dari udara akan menjadi lembap dan cair lalu menitik ke bawah. Bahan kimia di dalam penakung akan berkurangan dan perlu ditambah dari masa ke semasa melalui ruang menambah di bahagian atas penakung.

2.5.2.2 Pengering Jenis Jerapan (Adsorption )

Pengering jenis ini menggunakan kaedah kimia bagi mengeringkan udara. Kaedah jerapan bermakna air daripada udara akan melekat pada permukaan kimia pengering yang digunakan.Bahan pengering ini biasanya terdiri daripada jel silika dan alumina teraktif yang diisikan ke dalam silinder. Gambarajah Unit Pengering Jenis Jerapan adalah seperti di bawah :-

Gambarajah 2.20 : Unit Pengering Jenis Jerapan

Udara basah akan masuk dari bahagian bawah dan keluar sebagai udara kering di bahagian atas. Sekiranya udara yang lebih kering

Sumber : SMC Pneumatic

Page 24: J4012 unit2

J4012/ UNIT 2/24

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

diperlukan, udara akan dialirkan semula ke silinder kedua dan dikeluarkan di bahagian bawah silinder kedua.

2.5.2.3 Pengering Bahan Pendingin

Udara yang telah dimampatkan kira-kira pada suhu 44oC masuk melalui salur masuk melalui paip. Udara basah mengalir terus melalui penyejuk udara ke udara dan terus ke pemisah air. Pada pemisah air, air yang terkumpul akan menitik ke bawah. Udara yang separuh kering dan sejuk dialirkan terus ke penyejuk “ udara ke bahan penyejuk” dan keluar ke pemisah air kedua di mana air yang terkumpul akan menitik ke bawah. Udara yang telah kering dan sejuk dialirkan pula ke penyejuk “udara ke udara” sebelum udara dialirkan ke sistem. Udara yang keluar dari Pengering Penyejuk merupakan udara kering dan sejuk. Suhu yang keluar lebih kurang 2oC. Gambarajah 2.21 di bawah menunjukkan unit pengering bahan pendingin.

Gambarajah 2.21 : Unit Pengering Bahan Pendingin

Page 25: J4012 unit2

J4012/ UNIT 2/25

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

Soalan 2c-1 Sila isikan jawapan anda pada ruang kosong yang disediakan ;

a. Mengikut Hukum Boyle, apabila isipadu jisim ……………….. tekanan udara akan bertambah.

b. Unit …………… digunakan untuk mengukur daya.

c. Mengikut Hukum Dew Point jumlah ………………. boleh berubah mengikut

perubahan suhu.

d. Penyukat peratus air dalam satu isipadu udara dipanggil ……………………

e. Udara yang dibekalkan kepada sistem pneumatik mestilah bersih daripada ……………….. dan ………………..

f. Titik rujukan aras laut dimana tekanan udara ialah bersamaan ………………. bar.

g. Jenis pemampat boleh dibahagikan kepada dua iaitu ………………… dan

……………….. h. Pemampat jenis ………………. menggunakan minyak pelincir sebagai pelindung

daripada kebocoran.

i. Tabung udara digunakan untuk …………………………

j. Fungsi proses penyahidratan udara ialah untuk menurunkan suhu dan …………………

k. Dingin ……………… merupakan proses penyejukkan yang dilakukan dengan

menggunakan udara.

l. Pengering jenis …………………. menggunakan bahan kimia untuk menyerap udara lembab daripada udara disekeliling.

AKTIVITI 2c

Page 26: J4012 unit2

J4012/ UNIT 2/26

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

Soalan 2c-2 Sila pilih dan padankan maklumat pada senarai 1 dengan item pada senarai 2.

Senarai 1 Senarai 2 i. Mempunyai satu piston sahaja yang

digerakkan ke atas dan ke bawah

a. Pemampat jenis skru

ii. Mempunyai dua piston, satu bertekanan rendah dan satu bertekanan tinggi.

b. Pemampat salingan satu peringkat.

iii. Berputar dengan kelajuan tinggi dan bebas dari pencemaran pelincir.

c. Pemampat salingan dua peringkat.

iv. Menggunakan minyak pelincir sebagai pelindung daripada kebocoran.

d. Pemampat jenis pump gelansar.

e. Pemampat aliran paksi.

Page 27: J4012 unit2

J4012/ UNIT 2/27

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

Soalan 2c-1 a. Berkurangan b. Newton c. Wap air d. Kelembapan bandingan e. Minyak, bahan cemar f. 1.013 bar

g. Anjakan positif, dinamik h. Skru i. Udara j. Pengeringan udara k. Udara l. Penyerapan

Soalan 2c-2

Senarai 1 Senarai 2 i. Mempunyai satu piston sahaja yang

digerakkan ke atas dan ke bawah

a. Pemampat jenis skru

ii. Mempunyai dua piston, satu bertekana rendah dan satu bertekanan tinggi.

b. Pemampat salingan satu peringkat.

iii. Berputar dengan kelajuan tinggi dan bebas dari pencemaran pelincir.

c. Pemampat aliran paksi.

iv. Menggunakan minyak pelincir sebagai pelindung daripada kebocoran.

d. Pemampat jenis pump gelansar.

e. Pemampat salingan dua peringkat.

MAKLUM BALAS KEPADA AKTIVITI 2c

Page 28: J4012 unit2

J4012/ UNIT 2/29

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA. 1. Nyatakan DUA kumpulan utama Pemampat Udara 2. Berikan Definasi Penghantaran Udara 3. Senaraikan LIMA kelengkapan system mampatan udara bagi memastikan kerja

pemampatan udara dapat dilaksanakan dengan baik. 4. Dengan bantuan gambarajah, terangkan bagaimana pengering jenis jerapan berfungsi. 5. Terangkan dengan ringkas prinsip kerja pemampat anjakan positif dan anjakan

dinamik.

SELAMAT MENCUBA….

PENILAIAN KENDIRI

Page 29: J4012 unit2

J4012/ UNIT 2/30

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

Jawapan 1 DUA kumpulan utama Pemampat Udara:-

a) Jenis Anjakan Positif b) Jenis Anjakan Dinamik

Jawapan 2 Definasi penghantaran udara bebas ditakrif sebagai penghantaran udara pada keadaan

atmosfera berbaza dari tempat ke tempat, maka suhu piawai udara selalu digunakan dan dikenali sebagai Udara bebas piawai. Bagi udara piawai, tekanan diambil 1.010 bar

dan suhu 0° C.

Jawapan 3 Lima kelengkapan sistem mampatan ialah:-

a) Turus sedutan dan penyeyap b) Penerima udara c) Penumpuk udara d) Unit servis atau unit khidmat e) Pengering dan penyejuk

MAKLUM BALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

Page 30: J4012 unit2

J4012/ UNIT 2/31

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

Jawapan 4

Unit Pengering Jenis Rejapan menggunakan kaedah kimia bagi mengeringkan udara. Kaedah jerapan bermakna air daripada udara akan melekat pada permukaan kimia pengering yang digunakan.Bahan pengering ini biasanya terdiri daripada jel silika dan alumina teraktif yang diisikan ke dalam silinder. Udara basah akan masuk dari bahagian bawah dan keluar sebagai udara kering di bahagian atas. Sekiranya udara yang lebih kering diperlukan, udara akan dialirkan semula ke silinder kedua dan dikeluarkan di bahagian bawah silinder kedua.

Jawapan 5 5a. Pemampat Udara Anjakan Positif

Pemampat udara anjakan positif merupakan mesin dengan sekumpulan isipadu udara atau gas yang diletakkan di dalam bekas tertutup kerana tekanan akan meningkat apabila isipadu tersebut dikurangkan. Pemampat udara anjakan positif biasa digunakan di dalam loji-loji pemampat udara untuk kawalan pneumatik. Pemampat ini terdiri dari dua jenis yang utama iaitu jenis salingan dan berputar.

Page 31: J4012 unit2

J4012/ UNIT 2/32

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

5b. Pemampat Udara Anjakan Dinamik

Udara atau gas yang dimampatkan melaui gerakan dinamik ram yang berputar menghasilkan halaju dan tekanan kepada udara atau gas yang mangalir. Aliran udara di dalam aliran paksi adalah sama arah dengan gerakan gandar, manakala di dalam pemampat emparan, pengaliran udara adalah sama arah dengan putaran jejarinya. Kadangkala pemampat emparan disebut sebagai penghembus atau peniup bergantung kepada bagaiman dinamiknya gerakan udara. Pemampat jenis ini digunakan apabila kadar aliran dan isipadu yang tinggi diperlukan.