isu waktu solat latitud tinggi: kajian …repository.um.edu.my/20330/1/swat2.pdf · wajib dan fardu...

18
Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia ISU WAKTU SOLAT LATITUD TINGGI: KAJIAN BERDASARKAN AYAT AL- QURAN YANG BERKAITAN WAKTU SOLAT. Noor Hidayah Mohd Zulkifli *, Saadan Man**, Mohd Zambri Zainuddin*** Abstrak Bagi umat Islam, penentuan waktu solat lima waktu adalah piawai kerana waktu solat ditetapkan mengikut peredaran matahari dan tidak mengikut selang masa yang tetap. Putaran bumi sehari semalam serta pergerakan ketara matahari daripada terbit hingga terbenam dan terbit semula merupakan faktor penting dalam penentuan waktu solat. Namun demikian, bagi umat Islam yang menetap di negara-negara yang berlatitud tinggi, terdapat beberapa masalah dalam menentukan waktu solat kerana kawasan tersebut dikategorikan sebagai kawasan yang tidak normal. Ini disebabkan perubahan siang dan malam di kawasan-kawasan ini berlaku dalam tempoh yang terlalu singkat atau tidak akan berubah langsung. Kajian ini bertujuan untuk menyelidik masalah penentuan waktu solat di latitud tinggi melalui ayat al-Quran. Kajian dilakukan dengan menganalisa ayat al-Quran dan juga hadis yang berkaitan solat secara umum dan penentuan waktu solat secara khusus. Hasil daripada penelitian yang dibuat, banyak dalil dalam al-Quran dan hadis Nabi yang menerangkan isu waktu solat di latitud tinggi. Kata kunci: ayat al-Quran, hadis Nabi, waktu solat, latitud tinggi, peredaran matahari, * Tutor di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 03-79676011 (pej.), (603) 79676141 (fax), [email protected] ** Pensyarah Kanan di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 03-79676027 (pej.), [email protected] *** Professor di Jabatan Fizik Angkasa, Fakulti Sains Universiti Malaya, 03-79674100 (pej.), [email protected]

Upload: phungthu

Post on 24-Feb-2018

415 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISU WAKTU SOLAT LATITUD TINGGI: KAJIAN …repository.um.edu.my/20330/1/SWAT2.pdf · wajib dan fardu itu tempat serta waktunya yang tertentu. ... “Lalu ia solat di waktu Asar, di

Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

ISU WAKTU SOLAT LATITUD TINGGI: KAJIAN BERDASARKAN AYAT AL-

QURAN YANG BERKAITAN WAKTU SOLAT.

Noor Hidayah Mohd Zulkifli *, Saadan Man**, Mohd Zambri Zainuddin***

Abstrak

Bagi umat Islam, penentuan waktu solat lima waktu adalah piawai kerana waktu solat

ditetapkan mengikut peredaran matahari dan tidak mengikut selang masa yang tetap.

Putaran bumi sehari semalam serta pergerakan ketara matahari daripada terbit hingga

terbenam dan terbit semula merupakan faktor penting dalam penentuan waktu solat. Namun

demikian, bagi umat Islam yang menetap di negara-negara yang berlatitud tinggi, terdapat

beberapa masalah dalam menentukan waktu solat kerana kawasan tersebut dikategorikan

sebagai kawasan yang tidak normal. Ini disebabkan perubahan siang dan malam di

kawasan-kawasan ini berlaku dalam tempoh yang terlalu singkat atau tidak akan berubah

langsung. Kajian ini bertujuan untuk menyelidik masalah penentuan waktu solat di latitud

tinggi melalui ayat al-Quran. Kajian dilakukan dengan menganalisa ayat al-Quran dan juga

hadis yang berkaitan solat secara umum dan penentuan waktu solat secara khusus. Hasil

daripada penelitian yang dibuat, banyak dalil dalam al-Quran dan hadis Nabi yang

menerangkan isu waktu solat di latitud tinggi.

Kata kunci: ayat al-Quran, hadis Nabi, waktu solat, latitud tinggi, peredaran matahari,

* Tutor di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 03-79676011 (pej.), (603) 79676141 (fax),

[email protected]

** Pensyarah Kanan di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 03-79676027 (pej.),

[email protected]

*** Professor di Jabatan Fizik Angkasa, Fakulti Sains Universiti Malaya, 03-79674100 (pej.), [email protected]

Page 2: ISU WAKTU SOLAT LATITUD TINGGI: KAJIAN …repository.um.edu.my/20330/1/SWAT2.pdf · wajib dan fardu itu tempat serta waktunya yang tertentu. ... “Lalu ia solat di waktu Asar, di

Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

Pendahuluan

Solat adalah ibadah utama bagi umat Islam dan kefarduan menunaikannya sebanyak lima

waktu sehari semalam tidak perlu dipersoalkan lagi. Solat adalah tiang agama yang wajib

dipelihara tidak kira di mana sahaja kita berada. Allah SWT telah menentukan setiap ibadat

wajib dan fardu itu tempat serta waktunya yang tertentu. Begitu juga dengan ibadah solat,

yang mana telah ditetapkan waktu untuk menunaikannya sebagai mana firman Allah SWT

dalam surah al-Nisa‟:

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang,

maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu

berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. kemudian apabila

kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka

dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa).

Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan

atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.

Al-Nisa‟ (4): 103

Untuk itu, Allah SWT telah memberi panduan melalui firmanNya dan melalui utusanNya,

Nabi Muhammad SAW mengenai kaedah menentukan waktu solat.

Page 3: ISU WAKTU SOLAT LATITUD TINGGI: KAJIAN …repository.um.edu.my/20330/1/SWAT2.pdf · wajib dan fardu itu tempat serta waktunya yang tertentu. ... “Lalu ia solat di waktu Asar, di

Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

Penentuan Waktu Solat

Mengetahui masuknya waktu solat merupakan salah satu daripada syarat sah ibadat

solat. Oleh itu, pengetahuan untuk mengenal pasti bilakah waktu solat bermula dan berakhir

adalah wajib bagi setiap muslim. Perkara ini bertepatan dengan prinsip “Setiap sesuatu yang

tidak sempurna perkara wajib tanpanya, maka ia adalah wajib”. Menurut Ibn Qayyim, jika

“waktu” itu tidak menjadi syarat menentukan sahnya solat seseorang, maka tidak ada beza

sama ada mengerjakan solat itu sebelum masuk waktu atau setelah habis waktunya.1

Penentuan waktu solat telah diterangkan dalam kitab fiqh yang mana setiap waktu

ditentukan dengan merujuk kepada pergerakan matahari sepanjang. Namun begitu, bagi

memudahkan umat Islam, ahli falak telah mengasaskan formula matematik untuk mengira

waktu solat sepanjang tahun. Dengan yang demikian, umat Islam tidak perlu memerhatikan

kedudukan matahari setiap hari untuk mengetahui waktu solat dan hanya perlu merujuk

taqwim solat. Di Malaysia, taqwim solat diterbitkan oleh jabatan-jabatan mufti setiap negeri

dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Pembahagian lima waktu solat dalam sehari semalam adalah melibatkan pergerakan

matahari yang mana bagi menentukan setiap waktu solat, kedudukan matahari menjadi

rujukan utama. Perkara ini dapat dilihat daripada ayat-ayat al-Quran dan Hadis yang

menerangkan mengenai waktu solat.

Dalil al-Qur‟an

”Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap

malam dan (dirikanlah pula solat) subuh. Sesungguhnya solat subuh

itu disaksikan (oleh malaikat).”

1 Ibn Qayyim al-Jawziyah, Muhammad ibn Abi Bakr (1982), Kitab al-Salah wa Hukm Tarikuha. Beirut: Dar al-

Kutub al-`Ilmiyah, h. 38.

Page 4: ISU WAKTU SOLAT LATITUD TINGGI: KAJIAN …repository.um.edu.my/20330/1/SWAT2.pdf · wajib dan fardu itu tempat serta waktunya yang tertentu. ... “Lalu ia solat di waktu Asar, di

Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

al-Isra‟(17): 78

“Oleh itu, bersabarlah Engkau (Wahai Muhammad) akan apa yang

mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum

matahari terbit dan sebelum terbenamnya; dan beribadatlah pada

saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang; supaya

Engkau redha (dengan mendapat sebaik-baik balasan).”

Taha (20): 130

Dalil Hadis

Daripada Abdullah Bin Amru bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

“Waktu Zuhur bermula apabila gelincir matahari sehingga panjang

bayang sesuatu objek sama panjang dengan dengan objek tersebut.

Waktu Asar pula selagi mana matahari belum kekuningan. Waktu

maghrib pula selagi mana tidak hilang cahaya mega merah (syafaq

ahmar). Dan waktu Isyak (bermula apabila hilang syafak ahmar)

sehingga tiga perempat malam. Waktu Subuh bermula dari terbitnya

fajar dan berakhir apabila terbit matahari. Apabila telah terbit

matahari maka dilarang mendirikan solat kerana terbitnya di antara

dua tanduk syaitan.”

(Diriwayatkan oleh Muslim)

Page 5: ISU WAKTU SOLAT LATITUD TINGGI: KAJIAN …repository.um.edu.my/20330/1/SWAT2.pdf · wajib dan fardu itu tempat serta waktunya yang tertentu. ... “Lalu ia solat di waktu Asar, di

Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

Dari Jabir Bin Abdullah bahawasanya Nabi SAW didatangi oleh

Jibril a.s katanya kepada Nabi: “Bangun! Dirikanlah solat”. Mereka

dirikan solat Zuhur ketika gelincir matahari (masuk waktu Zuhur).

Kemudian Jibril datang lagi kepadanya waktu pada waktu Asar

katanya : “Bangun! Dirikanlah solat”. Mereka dirikan solat Asar

ketika panjang bayang sama dengan tinggi objek. Kemudian Jibril

datang lagi pada waktu Maghrib, katanya: “Bangun! Dirikanlah

solat”. Mereka dirikan solat maghrib ketika terbenam matahari.

Kemudian Jibril datang lagi pada waktu Isyak, katanya: “Bangun!

Dirikanlah solat”. Mereka dirikan solat Isyak ketika hilang syafak

(Syafak Ahmar). Kemudian Jibril datang lagi pada waktu fajar

(Subuh) ketika fajar bercahaya (fajar sadiq) atau disebut berkilauan

(memancar) fajar. Kemudian Jibril datang keesokan hari bagi waktu

Zuhur, katanya “Bangun! Dirikanlah solat”. Mereka solat Zuhur

ketika sesuatu bayang tinggi menjadi tinggi sepertinya. Kemudian

Jibril datang pada waktu Asar, katanya “Bangun! Dirikanlah solat”.

Mereka solat Asar ketika panjang bayang menjadi dua kali objek.

2 Ahmad Ibn Hanbal (1993), Musnad Imam Ahmad, ”Bab Musnad Jabir bin Abdillah”, no. Hadith 14129, j.4,

Beirut: Dar Ahya‟ Al-Turath Al-‟Arabiy, h. 281.

Page 6: ISU WAKTU SOLAT LATITUD TINGGI: KAJIAN …repository.um.edu.my/20330/1/SWAT2.pdf · wajib dan fardu itu tempat serta waktunya yang tertentu. ... “Lalu ia solat di waktu Asar, di

Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

Kemudian Jibril datang lagi pada waktu Maghrib sama seperti waktu

sebelumnya. Kemudian Jibril datang pada waktu Isyak ketika selepas

separuh malam atau disebut sepertiga malam, mereka dirikan solat

Isyak. Kemudian Jibril datang ketika langit kekuningan yang amat

sangat (cahaya benar), katanya “Bangun! Dirikanlah solat”. Mereka

dirikan solat fajar, kemudian Jibril berkata “Saat diantara dua waktu

ini adalah waktu solat”.

(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam an-Nasaie, Imam at-Tirmidzi

dan kata Imam al-Bukhari, itulah waktu solat yang paling tepat iaitu

Jibril menjadi Imam.)

Fenomena Siang dan Malam serta Kaitannya dengan Waktu Solat

Siang dan malam terhasil dari putaran bumi sambil mengelilingi matahari. Dalam

tempoh satu hari, sebanyak lima waktu solat yang akan ditempuh iaitu bermula dari waktu

subuh hinggalah waktu isyak. Kedudukan matahari bagi setiap waktu solat ditunjukkan

melalui gambar rajah di bawah.

Rajah: Kedudukan matahari bagi setiap waktu solat

Page 7: ISU WAKTU SOLAT LATITUD TINGGI: KAJIAN …repository.um.edu.my/20330/1/SWAT2.pdf · wajib dan fardu itu tempat serta waktunya yang tertentu. ... “Lalu ia solat di waktu Asar, di

Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

Sebagaimana yang digambarkan, waktu-waktu solat setiap hari adalah bergantung

kepada gerakan matahari, iaitu dua pada waktu siang (matahari di atas ufuk) dan tiga pada

waktu malam (matahari di bawah ufuk).3 Waktu-waktu solat tersebut ialah:

1) Zuhur : siang

2) Asar : siang

3) Maghrib : malam

4) Isyak : malam

5) Subuh : malam

Kaedah menentukan waktu solat yang terdapat di dalam al-Qur‟an dan Hadis adalah

piawai bagi umat Islam seluruh dunia. Ini kerana waktu solat ditentukan berdasarkan

kedudukan matahari dan bukannya bergantung pada selang masa yang tetap. Oleh sebab itu

penentuan waktu solat tidak diterangkan berdasarkan berapa sudut ketinggian matahari, tetapi

hanya dijelaskan berdasarkan panjang bayang dan keadaan langit.

Bagi waktu Zuhur dan asar, ketinggian (altitud) matahari di langit tidak ditetapkan

tetapi hanya digambarkan melalui perubahan bayang.

4

“Kemudian Jibril datang keesokan hari bagi waktu Zuhur, katanya:

Bangun! Dirikanlah solat. Mereka solat Zuhur ketika sesuatu bayang

tinggi menjadi tinggi sepertinya.”

5

3 Md. Khair Md. Taib (1987), Takwim Hijriah Khairiah, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia,h.132.

4 Ahmad Ibn Hanbal (1993), Musnad Imam Ahmad, ”Bab Musnad Jabir bin Abdillah”, no. Hadith 14129, j.4,

Beirut: Dar Ahya‟ Al-Turath Al-‟Arabiy, h. 281.

Page 8: ISU WAKTU SOLAT LATITUD TINGGI: KAJIAN …repository.um.edu.my/20330/1/SWAT2.pdf · wajib dan fardu itu tempat serta waktunya yang tertentu. ... “Lalu ia solat di waktu Asar, di

Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

“Kemudian Jibril datang kepada Nabi di waktu Asar lalu berkata:

“Marilah solat”. Lalu ia solat Asar di waktu bayangan tiap-tiap

sesuatu jadi sama panjangnya dengan keadaan dirinya.”

Begitu juga bagi waktu isyak dan subuh, kedudukan matahari di bawah ufuk tidak ditetapkan

ukurannya (darjah) tetapi hanya dikenal pasti dengan melihat serakan cahaya di atas ufuk.

6

“Kemudian Jibril datang lagi pada waktu isyak, katanya: Bangun!

Dirikanlah solat. Mereka dirikan solat isyak ketika hilang syafaq

(syafaq ahmar).”

“Waktu Subuh bermula dari terbitnya fajar dan berakhir apabila

terbit matahari”

Jika diperhatikan, altitud matahari untuk menentukan waktu solat (kecuali waktu

maghrib) tidak sama bagi semua tempat di muka bumi kerana ia mengikut latitud kawasan

yang berbeza. Semakin tinggi latitud sesebuah negara, semakin panjang bayang yang terhasil

ketika istiwa. Waktu solat juga sentiasa berubah kerana ianya bergantung kepada deklinasi

matahari yang ternyata berubah sepanjang tahun. Oleh yang demikian, penentuan waktu solat

menggunakan formula matematik digunakan untuk mengetahui waktu solat sepanjang tahun.

Terdapat hadis yang menunjukkan penentuan waktu solat di kawasan latitud tinggi

yang mana panjang bayang ketika masuk waktu asar lebih panjang (disebabkan altitud

matahari yang rendah) berbanding panjang bayang di kawasan latitud rendah. Berdasarkan

hadith yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah yang dipetik daripada Musnad Imam

Ahmad, ada dua situasi yang menunjukkan masuknya waktu Zuhur dan Asar iaitu:

5 Ahmad Ibn Hanbal (1993), Musnad Imam Ahmad, ”Bab Musnad Jabir bin Abdillah”, no. Hadith 14129, j.4,

Beirut: Dar Ahya‟ Al-Turath Al-‟Arabiy, h. 281. 6 Ibid., h. 281.

Page 9: ISU WAKTU SOLAT LATITUD TINGGI: KAJIAN …repository.um.edu.my/20330/1/SWAT2.pdf · wajib dan fardu itu tempat serta waktunya yang tertentu. ... “Lalu ia solat di waktu Asar, di

Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

a) Waktu Zuhur bermula apabila ;

i. gelincir matahari

“Lalu ia melakukan solat Zuhur di waktu matahari telah condong

(tergelincir)....

ii. sama panjang dengan tiang

“Lalu ia solat zuhur, di waktu bayangan tiap-tiap sesuatu itu jadi

sama panjangnya dengan keadaan dirinya....

b) Waktu asar bermula apabila ;

i. bayang sama panjang dengan tiang

“Lalu ia solat Asar di waktu bayangan tiap-tiap sesuatu jadi sama

panjangnya dengan keadaan dirinya....

ii. bayang dua kali panjang tiang

“Lalu ia solat di waktu Asar, di waktu bayangan tiap-tiap sesuatu itu

jadi dua kali panjang daripada dirinya....

Page 10: ISU WAKTU SOLAT LATITUD TINGGI: KAJIAN …repository.um.edu.my/20330/1/SWAT2.pdf · wajib dan fardu itu tempat serta waktunya yang tertentu. ... “Lalu ia solat di waktu Asar, di

Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

Menurut kaedah fiqh, waktu solat yang ditunaikan Rasulullah bagi kedua-dua hari

daripada hadith tersebut adalah merupakan waktu bagi bermula dan berakhirnya waktu solat

Zuhur dan Asar. Namun demikian, apabila kajian dilakukan hadith berdasarkan dua situasi

yang berbeza bagi masuknya waktu Zuhur dan Asar ini juga menunjukkan perbezaan ukuran

bayang bagi bermulanya waktu solat bagi kawasan khatulistiwa dan di kawasan latitud tinggi.

Waktu Solat Latitud Tinggi

Secara purata, tempoh malam dan siang di bumi ialah 24 jam. Bagi kawasan atau

negara-negara yang berada di garisan khatulistiwa dan yang berhampiran dengannya, tempoh

siang dan malam adalah masing-masing 12 jam. Namun begitu pembahagian siang dan

malam ini menjadi tidak seimbang apabila sesuatu kawasan menjauhi khatulistiwa. Menurut

Ibn Qayyim al-Jawziyyah, solat itu walaupun singkat waktunya tetapi hendaklah lengkap

pelaksanaannya ( 7

Bagi kawasan berhampiran khatulistiwa, tanda-tanda bagi menunjukkan bermulanya

waktu solat sentiasa wujud setiap hari. Contohnya, bagi waktu Zuhur kita dapat mencerap

bayang setelah matahari melintasi meridian iaitu selepas waktu istiwa‟. Bagi waktu subuh

dan isyak, fajar sadiq dan mega merah (fajar senja) dapat dipastikan dengan jelas. Namun

demikian, bagi kawasan yang jauh daripada khatulistiwa, tanda-tanda yang menunjukkan

bermulanya waktu solat ini semakin sukar dikenal pasti dan ada kalanya memang tidak

wujud.8

Gerakan matahari dari arah timur ke barat setiap hari berpunca daripada pusingan

bumi di atas paksinya dari arah barat ke timur. Perubahan deklinasi matahari juga disebabkan

7 Ibn Qayyim al-Jawziyah, Muhammad ibn Abi Bakr (1982), Kitab al-Salah wa Hukm Tarikuha. Beirut: Dar al-

Kutub al-`Ilmiyah, h. 38. 8 Audah, Muhammad Shawkat (2009), “Taqdir Mau‟idi Solah al-Fajr wa al-„Isya‟ „inda Ikhtilaf al-„Alamat al-

Falakiyyah fi al-Mintaqah ma bayn Khoti „Ardh 48.6° wa 66.6°,(Kertas Kerja Ijtima‟ Lajnah Al-Majma‟ Al-

Fiqhiy/Rabithah al-„Alam al-Islamiy di Bruxelles pada 21-22 Mei 2009), h. 99.

Page 11: ISU WAKTU SOLAT LATITUD TINGGI: KAJIAN …repository.um.edu.my/20330/1/SWAT2.pdf · wajib dan fardu itu tempat serta waktunya yang tertentu. ... “Lalu ia solat di waktu Asar, di

Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

oleh gerakan bumi dalam orbitnya.9 Bumi membuat satu orbit yang hampir bulat

mengelilingi matahari dalam tempoh setahun. Oleh sebab itu, semasa bumi beredar pada

orbitnya, setiap kutubnya akan berganti-ganti senget ke arah dan keluar dari matahari. 10

Ini

disebabkan kecondongan paksi bumi sebanyak 23.5° mengelilingi matahari yang menjadikan

sesetengah kawasan menerima cahaya matahari lebih lama dan malam akan menjadi singkat.

Pada keadaan ini kawasan tersebut mengalami musim panas.

Sebaliknya, jika berada pada musim sejuk kawasan tersebut akan menerima cahaya

matahari dalam tempoh yang singkat dan malam akan menjadi panjang. Perubahan musim

yang berlaku di muka bumi ini membuktikan kekuasaan Allah dan merangsang pemikiran

para ilmuan untuk mencari rahsia disebalik keajaiban ciptaanNya. Perkara ini diterangkan

dalam firman Allah:

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran

malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan

keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.

Ali-„Imran (3): 190

Menurut Ibn Katsir, pertukaran malam dan siang ini ialah pertukaran tempoh panjang

dan pendek bagi urutan malam dan siang.11

Imam Sha‟rawi berpendapat ayat ini merupakan

rahsia Allah yang memiliki banyak tafsiran. Pada dasarnya ia bermaksud mengurangkan

salah satu daripadanya (malam atau siang) iaitu sama ada siang lebih panjang daripada malam

9 A Frost (1992), Prinsip dan Amalan Ilmu Pelayaran. Wan Ahmad Wan Omar & Zainal Ashirin Shahardin

(terj.), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 224. 10

Ibid., h. 224. 11

Abi al-Fida‟ Ismail Ibn Kathir (1969), Tafsir al-Quran al-„Azim, j. 1. Beirut: Dar Ihya' al-Turath al-`Arabi, h.

438-442.

Page 12: ISU WAKTU SOLAT LATITUD TINGGI: KAJIAN …repository.um.edu.my/20330/1/SWAT2.pdf · wajib dan fardu itu tempat serta waktunya yang tertentu. ... “Lalu ia solat di waktu Asar, di

Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

atau malam lebih panjang daripada siang.12

Fenomena ini menunjukkan keluasan rahmat

Allah dan menjadi tanggungjawab kepada ulul albab (mereka yang berakal) untuk mengamati

kejadian ini dan kesannya terhadap ibadah umat Islam.

Tanda-tanda bagi waktu solat yang telah dijelaskan sebelum ini hanya wujud setiap

hari di zon biasa. Semakin jauh sesuatu kawasan daripada khatulistiwa sama ada Utara atau

Selatan, sebahagian daripada tanda-tanda tersebut akan terganggu dan sebahagiannya

mungkin akan hilang dalam tempoh beberapa hari.13

Di sinilah terjadinya masalah apabila

waktu subuh dan isyak sukar untuk ditentukan apabila matahari terbenam di bawah ufuk

tetapi terbit semula sebelum sampai kepada sudut yang menunjukkan masuknya waktu isyak

iaitu 18° dan subuh 20°.

Kesukaran menentukan waktu isyak dan subuh ini disebut secara umum di dalam al-

Quran yang mana Allah menjelaskan mengenai ”penyaksian keistimewaan” waktu subuh.

“Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga

waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh

Sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan

(keistimewaannya)”

Al-Isra‟ (17): 78

Perkataan “disaksikan (keistimewaan)” dalam ayat di atas selain daripada

menganjurkan umat Islam supaya bangun di waktu malam dan beribadah, ia juga dapat

menerangkan mengenai penentuan waktu subuh di kawasan latitud tinggi. Penekanan harus

12

Sha`rawi, Muhammad Mutawalli (1991), Tafsir al-Sha`rawi:Khawatir Fadilat al-Shaykh Muhammad

Mutawalli al-Sha`rawi hawla al-Qur'an al-Karim, j.4. Kaherah: Akhbar al-Yawm, Idarat al-Kutub wa-al-

Maktabat, h. 1958-1963 13

Audah, Muhammad Shawkat (2009), “Taqdir Mau‟idi Solah al-Fajr wa al-„Isya‟ „inda Ikhtilaf al-„Alamat al-

Falakiyyah fi al-Mintaqah ma bayn Khoti „Ardh 48.6° wa 66.6°,(Kertas Kerja Ijtima‟ Lajnah Al-Majma‟ Al-

Fiqhiy/Rabithah al-„Alam al-Islamiy di Bruxelles pada 21-22 Mei 2009), h. 99.

Page 13: ISU WAKTU SOLAT LATITUD TINGGI: KAJIAN …repository.um.edu.my/20330/1/SWAT2.pdf · wajib dan fardu itu tempat serta waktunya yang tertentu. ... “Lalu ia solat di waktu Asar, di

Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

diberikan kepada waktu bermulanya subuh kerana „fajar sadiq‟ agak sukar ditentukan apabila

berada di kawasan latitud tinggi.

Terdapat kawasan di muka bumi ini yang mana fenomena fajar sadiq sangat misteri

dan istimewa berikutan kesukaran untuk mengenal pasti bilakah waktu subuh akan tiba.

Dapat disimpulkan di sini bahawa pergerakan ketara matahari telah menyebabkan fenomena

ini terjadi kerana deklinasi terbit dan terbenamnya sentiasa berubah sepanjang tahun. Hal ini

dibuktikan dari firman Allah:

”Tuhan yang memelihara kedua tempat terbit matahari dan Tuhan

yang memelihara kedua tempat terbenamnya.”

Al-Rahman (55): 17

Salah satu riwayat menerusi Tafsir al-Alusi yang mentafsirkan ayat 17 surah Al-Rahman :

“Apa yang dikeluarkan keseluruhan daripada Ibn Abbas yang diriwayatkan daripada

Mujahid, Qatadah, dan Ikrimah ialah dua tempat terbit adalah merujuk kepada waktu musim

dingin dan waktu musim panas, begitu juga dengan dua tempat terbenam yang mana ia juga

merujuk kepada waktu musim dingin dan musim panas tanpa menyebut matahari semata-

mata. Dikatakan, dua tempat terbit adalah bagi matahari dan bulan dan tempat terbenam

juga untuk kedua-duanya.”

Menurut Tafsir al-Quran al-„Azim (Tafsir Ibn Kathir), dua tempat terbit dan dua tempat

terbenam matahari bergantung kepada pergerakan matahari menurut penglihatan penduduk

bumi.14

Perkara ini sangat berkait rapat dengan penentuan waktu solat kerana umat Islam di

seluruh dunia menentukan waktu solat berdasarkan pergerakan matahari.

Jika tempat terbit dan terbenam matahari pada musim panas berbeza dengan musim

sejuk, sudah pastilah kedudukan matahari bagi waktu solat juga berbeza pada musim-musim

tertentu.

14

Abi al-Fida‟ Ismail Ibn Kathir (1969), Tafsir al-Quran al-„Azim, j. 4. Beirut: Dar Ihya' al-Turath al-`Arabi, h.

272-273.

Page 14: ISU WAKTU SOLAT LATITUD TINGGI: KAJIAN …repository.um.edu.my/20330/1/SWAT2.pdf · wajib dan fardu itu tempat serta waktunya yang tertentu. ... “Lalu ia solat di waktu Asar, di

Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

Kedua tempat terbit matahari ialah:

1. Dari titik timur dan semakin ke utara, atau azimuth antara 0° hingga 90°

2. Dari titik timur dan semakin ke selatan, atau azimuth antara 90° hingga 180°

Kedua tempat terbenam matahari ialah:

1. Dari titik barat dan semakin ke utara, atau azimuth antara 270° hingga 360°

2. Dari titik barat dan semakin ke selatan, atau azimuth antara 180° hingga 270°

Kejadian empat musim amat memberi kesan terhadap penentuan waktu solat. Perkara

ini ternyata berlaku di kawasan-kawasan yang berada jauh dari khatulistiwa. Kawasan ini

dikenali dengan kawasan latitud tinggi. Negara-negara latitud tinggi yang mengalami

kesukaran untuk menentukan waktu solat dikelaskan kepada negara terletak melebihi 48°

Utara dan 48° Selatan. Penentuan waktu solat di kawasan berlatitud tinggi ini merupakan

salah satu daripada ujian Allah kepada umatnya bagi melihat kesungguhan umatnya untuk

beribadat dan menunaikan suruhanNya. Menurut imam Syafie, walaupun waktu solat telah

lupus, kefarduan menunaikan solat itu tidak sama sekali hilang.15

Had Pembahagian Hilangnya Tanda-tanda Masuk Waktu Solat16

1) Dari garisan khatulistiwa, 0° hingga latitud 48.6° Utara dan Selatan. Di kawasan ini,

kebanyakan tanda masuk waktu solat jelas kelihatan. Namun begitu, bagi kawasan

yang berhampiran latitud 48.6°, waktu isyak akan berpanjangan dan waktu subuh

hanya sebentar iaitu semasa musim sejuk.

2) Dari latitud 48.6° hingga latitud 66.6° Utara dan Selatan. Di kawasan ini, tanda bagi

masuknya waktu subuh dan isyak tidak kelihatan untuk beberapa hari.

15 Ahmad Badruddin Khassun (2003), Mawsu‟ah al-Imam al-Shafii, j. 2, Damsyik: Dar Qutaibah, h. 45. 16 Audah, Muhammad Shawkat (2009), “Taqdir Mau‟idi Solah al-Fajr wa al-„Isya‟ „inda Ikhtilaf al-

„Alamat al-Falakiyyah fi al-Mintaqah ma bayn Khoti „Ardh 48.6° wa 66.6°,(Kertas Kerja Ijtima‟ Lajnah Al-

Majma‟ Al-Fiqhiy/Rabithah al-„Alam al-Islamiy di Bruxelles pada 21-22 Mei 2009), h. 99.

Page 15: ISU WAKTU SOLAT LATITUD TINGGI: KAJIAN …repository.um.edu.my/20330/1/SWAT2.pdf · wajib dan fardu itu tempat serta waktunya yang tertentu. ... “Lalu ia solat di waktu Asar, di

Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

3) Kawasan melebihi latitud 66.6° Utara dan Selatan. Di kawasan ini, siang atau malam

berlarutan sepanjang hari untuk satu tempoh waktu yang lama. Oleh itu, tanda bagi

kebanyakan waktu solat akan hilang. Contohnya, jika siang berpanjangan maka

matahari tidak terbenam dan waktu maghrib, isyak, serta subuh tidak dapat dikenal

pasti.

Semakin jauh sebuah negara itu dari garisan khatulistiwa, semakin lama tempoh bagi

fajar subuh dan fajar senja sukar untuk dibezakan. Perkara ini dapat dijelaskan melalui jadual

di bawah:

Jadual: Fajar subuh dan fajar senja bertindih di Negara berlatitud tinggi17

Latitud (Utara) Tempoh masa fajar subuh dan fajar senja bertindih

(sukar dibezakan)

50 11 Jun - 1 Julai

51 25 Mei - 17 Julai

52 21 Mei - 24 Julai

53 15 Mei - 27 Julai

54 13 Mei - 31 Julai

55 9 Mei - 3 Ogos

56 5 Mei - 9 Ogos

57 1 Mei - 11 Ogos

58 29 April - 15 Ogos

59 25 April - 17 Ogos

60 21 April - 24 Ogos

Sumber: Artikel The Islamic Prayer Times – Computational Philosophy with

Particular Reference to the Lack ofTwilight Cessation at Higher Latitudes

17 Tariq Muneer ( )The Islamic Prayer Times – Computational Philosophy with Particular Reference to the Lack

of Twilight Cessation at Higher Latitudes, h. 5, lihat http://www.jas.org.jo/muneer/

Page 16: ISU WAKTU SOLAT LATITUD TINGGI: KAJIAN …repository.um.edu.my/20330/1/SWAT2.pdf · wajib dan fardu itu tempat serta waktunya yang tertentu. ... “Lalu ia solat di waktu Asar, di

Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

Terdapat banyak cadangan yang diutarakan untuk menyelesaikan permasalahan ini.

Namun begitu, dalam Majlis Syariah Islam, Rabitah al-Islami yang diadakan pada tahun 1982,

terdapat empat resolusi yang telah dicapai mengenai penentuan waktu solat di negara-negara

berlatitud tinggi ini:

Jadual: Resolusi bagi masalah penentuan waktu solat latitud tinggi18

Kawasan Resolusi

1) Negara-negara di latitud

melebihi 45º Utara dan

Selatan

Menggunakan waktu-waktu yang ditentukan di

kedudukan latitud 45º sahaja, tetapi menggunakan

longitud tempatan

bandar Stockholm yang terletak di latitud 59.40º Utara

dan longitud 17.55º Timur, waktu solat dan imsak yang

boleh digunakan ialah waktu yang diberikan pada

kedudukan latitud 45º Utara dan longitud 17.55º Timur

2) Waktu siang ataupun

malamnya berpanjangan

selama 24 jam

Waktu solat dan imsak di kawasan-kawasan berhampiran

kutub di mana sepatutnya dihisab berdasarkan kawasan

yang siang dan malamnya dapat dibezakan dalam masa

24 jam.

3) Kawasan-kawasan di

mana masa senja

bercantum dengan fajar

(tidak mengalami

hilangnya mega merah)

Penentuan waktu isyak, imsak, dan subuh boleh

ditentukan mengikut waktu terakhir musim sebelumnya

dalam keadaan mega merah dan fajar sadiq dapat

dibezakan dengan jelas.

4) Kawasan-kawasan di

mana waktu siang atau

malamnya terlalu

panjang seperti kawasan

yang mengalami 21 jam

siang atau 22 jam malam

atau sebaliknya.

Waktu solat di perlulah dilakukan mengikut waktunya.

Sumber: Jabatan Mufti Selangor, Kaedah Penentuan dan Pengiraan Waktu Solat

18

Jabatan Mufti Selangor (2005), Kaedah Penentuan dan Pengiraan Waktu Solat, Shah Alam: Jabatan Mufti

Selangor, h. 29-30.

Page 17: ISU WAKTU SOLAT LATITUD TINGGI: KAJIAN …repository.um.edu.my/20330/1/SWAT2.pdf · wajib dan fardu itu tempat serta waktunya yang tertentu. ... “Lalu ia solat di waktu Asar, di

Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

Bagi penentuan waktu solat di daerah kutub, masalah ini boleh diqiyaskan dengan

orang yang tertidur atau pengsan iaitu tidak dapat menyedari perubahan waktu. Fenomena

fajar senja dan fajar pagi yang berlaku secara tiba-tiba boleh dianggap sebagai perubahan

yang tidak dapat disedari. Situasi ini diqiyaskan dengan keadaan seseorang yang tertidur pada

waktu Maghrib, sehingga tidak menyedari masuknya waktu Isyak dan hanya terjaga pada

waktu Subuh. Dalam keadaan yang demikian, individu yang telah terbangun itu wajib segera

melakukan solat Isyak dan seterusnya solat Subuh.19

Kesimpulan

Konsep pergerakan matahari bagi kawasan latitud tinggi telah diterangkan secara

umum di dalam al-Quran dan hadis. Dengan memahami pergerakan matahari sepanjang

tahun dan kesannya terhadap bumi, mudah bagi umat Islam untuk mengenal pasti bila

masuknya waktu solat. Namun demikian, perlaksanaan solat di kawasan latitud tinggi yang

menjadi persoalan telah menjadi cabaran kepada para ilmuan dan ahli falak. Di sinilah

kesatuan antara ahli sains dan ahli fiqh dapat dilihat dalam usaha mencari jalan penyelesaian

terbaik bagi kaedah penentuan waktu solat di latitud tinggi.

Kejadian empat musim yang berlaku ternyata memberi hikmah kepada penduduk di

latitud tinggi. Di sebalik kesukaran untuk menentukan waktu solat, Allah telah memberikan

keringanan kepada umatNya. Sekiranya penduduk bumi di sesuatu kawasan sama ada di

Utara atau Selatan berterusan dalam musim sejuk atau musim panas sepanjang tahun, sudah

tentulah akan memberatkan umat Islam dalam menunaikan ibadah solat disebabkan kesukaran

menentukan waktunya. Kaedah-kaedah penyelesaian yang dikemukakan juga memberikan

keringanan kepada umat Islam yang tinggal di kawasan latitud tinggi.

19

Susiknan Azahari (2004), Ilmu Falak, Perjumpaan Khazanah Islam dan Sains Moden, Yogyakarta: Suara

Muhammadiyah, h. 71.

Page 18: ISU WAKTU SOLAT LATITUD TINGGI: KAJIAN …repository.um.edu.my/20330/1/SWAT2.pdf · wajib dan fardu itu tempat serta waktunya yang tertentu. ... “Lalu ia solat di waktu Asar, di

Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia

Bibliografi

A Frost (1992), Prinsip dan Amalan Ilmu Pelayaran. Wan Ahmad Wan Omar & Zainal

Ashirin Shahardin (terj.), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Abi al-Fida‟ Ismail Ibn Kathir (1969), Tafsir al-Quran al-„Azim, j. 4. Beirut: Dar Ihya' al-

Turath al-`Arabi

Ahmad Badruddin Khassun (2003), Mawsu‟ah al-Imam al-Shafii, j. 2, Damsyik: Dar

Qutaibah

Ahmad Ibn Hanbal (1993), Musnad Imam Ahmad, ”Bab Musnad Jabir bin Abdillah”, no.

Hadith 14129, j.4, Beirut: Dar Ahya‟ Al-Turath Al-‟Arabiy

Audah, Muhammad Shawkat (2009), “Taqdir Mau‟idi Solah al-Fajr wa al-„Isya‟ „inda Ikhtilaf

al-„Alamat al-Falakiyyah fi al-Mintaqah ma bayn Khoti „Ardh 48.6° wa 66.6°,(Kertas

Kerja Ijtima‟ Lajnah Al-Majma‟ Al-Fiqhiy/Rabithah al-„Alam al-Islamiy di Bruxelles

pada 21-22 Mei 2009),

Ibn Qayyim al-Jawziyah, Muhammad ibn Abi Bakr (1982), Kitab al-Salah wa Hukm

Tarikuha. Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyah

Jabatan Mufti Selangor (2005), Kaedah Penentuan dan Pengiraan Waktu Solat, Shah Alam:

Jabatan Mufti Selangor

Md. Khair Md. Taib (1987), Takwim Hijriah Khairiah, Bangi : Universiti Kebangsaan

Malaysia

Sha`rawi, Muhammad Mutawalli (1991), Tafsir al-Sha`rawi:Khawatir Fadilat al-Shaykh

Muhammad Mutawalli al-Sha`rawi hawla al-Qur'an al-Karim, j.4. Kaherah: Akhbar al-

Yawm, Idarat al-Kutub wa-al-Maktabat

Susiknan Azahari (2004), Ilmu Falak, Perjumpaan Khazanah Islam dan Sains Moden,

Yogyakarta: Suara Muhammadiyah

Tariq Muneer ( )The Islamic Prayer Times – Computational Philosophy with Particular

Reference to the Lack of Twilight Cessation at Higher Latitudes