isu imuniti raja

31
Pindaan perlembagaan 1993 yang melucutkan imuniti Raja-raja Melayu adalah selaras dengan konsep Raja Berperlembagaan 1.0 Pengenalan Perlembagaan Negara diwujudkan dengan tujuan dan sebab yang berbeza. Sebagai contoh di United Kingdom, segala piagam seperti Piagam Magna Carta yang dicipta pada tahun 1215 dan Petition of Right pada tahun 1689 berdasarkan peristiwa pertelagahan antara orang bangsawan Inggeris dengan Sultan mereka. Manakala perlembagaan Amerika Syarikat yang diwujudkan pada 1789 pula bertujuan agar pemerintahan negara tersebut berasaskan demokrasi dan bebas. Tujuannya adalah supaya negeri-negeri yang menjadi ahli persekutuan Amerika Syarikat mendapat layanan yang saksama. Di Malaysia, Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan antara lain menekankan ketinggian atau keagungan perlembagaan (supremacy of the constituition) itu. Peruntukan tersebut mengisytiharkan bahawa perlembagaan adalah undang-undang tertinggi persekutuan. 1 Secara umumnya, perlembagaan boleh ditakrifkan sebagai sebuah dasar atau formula yang menyatakan bagaimana kuasa-kuasa awam di sesebuah negara dibahagi dan digunakan. Perlembagaan juga perlu melihat kepada prinsip-prinsip yang membentuk institusi negara misalnya badan eksekutif, perundangan dan kehakiman. Hal 1 Abdul Aziz Bari, “ Konsep Grudnorm dan Doktrin Ketinggian Perlembagaan” dalam buku Perlembagaan Malaysia Teori dan Praktis”, Arah Publications, Selangor Darul Ehsan, 2008, m/s 1 1

Upload: nur-azyan

Post on 05-Jul-2015

637 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Isu Imuniti Raja

Pindaan perlembagaan 1993 yang melucutkan imuniti Raja-raja Melayu adalah selaras

dengan konsep Raja Berperlembagaan

1.0 Pengenalan

Perlembagaan Negara diwujudkan dengan tujuan dan sebab yang berbeza. Sebagai contoh di

United Kingdom, segala piagam seperti Piagam Magna Carta yang dicipta pada tahun 1215 dan

Petition of Right pada tahun 1689 berdasarkan peristiwa pertelagahan antara orang bangsawan

Inggeris dengan Sultan mereka. Manakala perlembagaan Amerika Syarikat yang diwujudkan

pada 1789 pula bertujuan agar pemerintahan negara tersebut berasaskan demokrasi dan bebas.

Tujuannya adalah supaya negeri-negeri yang menjadi ahli persekutuan Amerika Syarikat

mendapat layanan yang saksama. Di Malaysia, Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan antara

lain menekankan ketinggian atau keagungan perlembagaan (supremacy of the constituition) itu.

Peruntukan tersebut mengisytiharkan bahawa perlembagaan adalah undang-undang tertinggi

persekutuan. 1

Secara umumnya, perlembagaan boleh ditakrifkan sebagai sebuah dasar atau formula

yang menyatakan bagaimana kuasa-kuasa awam di sesebuah negara dibahagi dan digunakan.

Perlembagaan juga perlu melihat kepada prinsip-prinsip yang membentuk institusi negara

misalnya badan eksekutif, perundangan dan kehakiman. Hal ini sekaligus menyatakan kuasa dan

peranan mereka dalam kerangka itu 2.

Selain itu, perlembagaan juga boleh didefinisikan sebagai prinsip-prinsip asas yang

merangkumi nilai-nilai utama bagi sesebuah masyarakat atau negara. Perlembagaan menjadi

tulang belakang sesebuah negara yang menunjangi segala perkara yang berlaku di dalam negara.

Terdapat dua jenis perlembagaan iaitu perlembagaan bertulis dan tidak bertulis. Perlembagaan

bertulis merupakan prinsip-prinsip perlembagaan yang dikumpul, dibuku atau dikanunkan dalam

satu dokumen. Berbeza dengan perlembagaan tidak bertulis yang tidak dibuku atau dikanunkan

sepenuhnya.

1 Abdul Aziz Bari, “ Konsep Grudnorm dan Doktrin Ketinggian Perlembagaan” dalam buku “Perlembagaan Malaysia Teori dan Praktis”, Arah Publications, Selangor Darul Ehsan, 2008, m/s 12 Abdul Aziz Bari, “ Makna dan Peranan Perlembagaan”, dalam buku “ Perlembagaan Malaysia Asas-asas dan Masalah”, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2008, m/s 1

1

Page 2: Isu Imuniti Raja

Dalam Perlembagaan Malaysia misalnya, terdapat fasal yang menerangkan tentang

kedudukan, peranan dan kuasa raja yang digarisi oleh perlembagaan. Raja mempunyai kuasa

tertinggi dalam perlembagaan namun raja tidak menjalankan pemerintahan dan pentadbiran

negara. Sebaliknya, raja hanya sebagai simbol kedaulatan dan perpaduan rakyat. Segala kuasa

dan peranan raja digarisi oleh perlembagaan. Hal ini bermakna, raja tidak boleh menggunakan

kuasa yang ada pada baginda sesuka hati dan setiap kelakuannya termaktub dalam

perlembagaan. Kedudukan raja dalam perlembagaan khususnya di Malaysia mencerminkan

kedaulatan, ketinggian kuasa dan kedudukan raja tersebut. Namun begitu, kuasa dan imuniti raja

pada masa kini jika dilihat daripada aspek kekuasaan, imuniti raja kini tidak lagi sama dengan

imuniti raja pada zaman dahulu. Imuniti bermaksud kekebalan atau kebolehan seseorang itu

untuk membuat keputusan secara sendiri tanpa dipengaruhi oleh orang lain. Dalam perkataan

lain, imuniti boleh berupa kekal dan tidak kekal.

2.0 Konsep Perlembagaan

Perlembagaan mempunyai pelbagai jenis konsep yang menerangkan tentang ketertinggian

perlembagaan tersebut. Perlembagaan di Malaysia dapat ditakrifkan sebagai sebuah kumpulan

peraturan atau undang-undang sama ada yang bertulis mahupun tidak bertulis yang menentukan

organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip

umum bagaimana cara kuasa-kuasa tersebut dilaksana dan dibahagikan secara saksama. Bagi

sesebuah negara yang moden dan berdaulat, perlembagaan merupakan sumber undang-undang

yang tertinggi dan setiap individu seharusnya mematuhi keluhuran perlembagaan dan setiap

perkara yang termaktub dalam perlembagaan.

Selain itu, perlembagaan juga menjadi asas kepada pemerintahan negara serta sebagai

panduan bagi membentuk undang-undang sama ada oleh pihak kerajaan mahupun rakyat. Setiap

negara memerlukan perlembagaan bagi menjamin kestabilan politik serta sistem pemerintahan

negara yang cekap dan adil. Keperluan sesuatu perlembagaan akan menjadi ketara dalam

sesebuah negara yang berbilang etnik dan kaum seperti Malaysia. Tambahan pula, perlembagaan

diperlukan untuk mewujudkan suatu rangka politik, ekonomi dan sosial yang dapat memudahkan

perpaduan nasional serta pembangunan negara.

2

Page 3: Isu Imuniti Raja

Perlembagaan Persekutuan menjadi undang-undang yang tertinggi di negara kita

mengatasi undang-undang lain. Parlimen ( badan perundangan), badan eksekutif ( termasuklah

Kabinet dan seluruh jentera pentadbiran yang lain) serta badan kehakiman memperolehi kuasa

mentadbir daripada perlembagaan. Umumnya, Perlembagaan Malaysia mengandungi 15

Bahagian, 183 Perkara dan 13 Jadual. Secara ringkasnya, Perlembagaan Malaysia menyentuh

tentang bidang kuasa eksekutif, legislatif, judisiari, kedudukan agama Islam, kewarganegaraan,

bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah, Sarawak dan

sebagainya. Justeru itu, secara keseluruhannya, perlembagaan merupakan suatu dokumen yang

mengandungi prinsip-prinsip, dasar, kumpulan peraturan dan undang-undang tentang hak, kuasa

dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dan memandu hubungan antara satu

autoriti dengan autoriti yang lain serta antara autoriti dengan rakyat awam ( Nazaruddin Mohd.

Jali et al. 2001 )3

Professor Diecy (dalam Tun Mohd. Salleh Abas, 1997) berpendapat bahawa undang-

undang perlembagaan mempunyai dua prinsip sahaja iaitu prinsip kedaulatan parlimen dan

prinsip undang-undang. Sebagai undang-undang utama di sesebuah negara, perlembagaan

mengandungi peruntukan-peruntukan seperti Badan Perundangan iaitu Parlimen, Badan

Pemerintah iaitu Jemaah Menteri, mahkamah dan lain-lain. Menurut Md. Bohari Ahmad (1997),

perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara.

Perlembagaan wujud hasil daripada keadaan semasa dan diasaskan atas kebolehan kerajaan

untuk menjamin semua yang terkandung di dalam perlembagaan itu. Jika undang-undang yang

dikanunkan adalah berlandaskan perlembagaan yang tidak dapat dijalankan atau hak yang

dijanjikan di dalamnya tidak dapat ditunaikan, maka perlembagaan tersebut tidak mempunyai

apa-apa makna. Oleh itu, perlembagaan seharusnya dipegang teguh dan seimbang denga hasrat

orang ramai. Apa yang nyata adalah perlembagaan bukan sahaja merupakan sebuah fikiran

mahupun syor tetapi merupakan undang-undang agung bagi sesebuah negara 4.

3 Shamsul Amri Baharuddin, “ Konsep Perlembagaan”, dalam buku “Model Hubungan Etnik” , Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Selangor Darul Ehsan, 2007, m/s 924 Mohd Syariefudin Abdullah, “Definisi dan Konsep Perlembagaan “ dalam buku “Kenegaraan dan Ketamadunan” Oxford Fajar Sdn. Bhd, Selangor Darul Ehsan, 2009, m/s 73

3

Page 4: Isu Imuniti Raja

3.0 Raja Berperlembagaan

Sistem kepemimpinan beraja adalah antara sistem kepemimpinan yang tertua di dunia. Semasa

pemerintahan British, kuasa mutlak Raja mula terhad yang mana Raja mesti dan seharusnya

menerima nasihat daripada Residen British yang ditempatkan di mana-mana negeri dalam semua

perkara kecuali dalam adat istiadat Melayu dan agama Islam. Hal yang sama juga berlaku

apabila pihak British memperkenalkan Malayan Union yang salah satu isi kandungannya adalah

penghapusan kuasa-kuasa mutlak Raja-Raja Melayu. Walau bagaimanapun, setelah negara kita

mencapai kemerdekaan, institusi beraja terus dikekalkan di bawah konsep Raja Berperlembagaan

selaras dengan sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Menurut konsep Raja

Berperlembagaan ini, Raja-Raja bertindak mengikut lunas-lunas perlembagaan yang telah

ditetapkan.

Idea Raja Berperlembagaan yang berasaskan perlembagaan Barat mula bertapak di Johor

apabila Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar pada 1895.

Undang-undang terbabit telah menyerapkan unsur demokrasi dan sistem Raja Berperlembagaan.

Misalnya, dalam aspek pentadbiran negeri, Raja dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Kerajaan

yang menyerupai Parlimen. Majlis Mesyuarat Kerajaan terdiri daripada Majlis Negeri dan

Jemaah Menteri. Untuk memastikan kedudukan Raja menjadi lebih mantap dan dihormati, maka

pada 18 Januari 1993 kerajaan telah meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung kekebalan

(immunity) Raja-Raja kerana pengecualian Raja-Raja daripada tindakan undang-undang tidak

lagi dilihat selari dengan perubahan zaman.

Raja berperlembagaan bermaksud sistem beraja mengikut perlembagaan. Yang di-

Pertuan Agong bertindak menurut nasihat Jemaah Menteri (Kabinet), manakala raja sesebuah

negeri bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO). Hal ini

bermaksud Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara, manakala Perdana Menteri ialah Ketua

Kerajaan. Di peringkat negeri pula Raja ialah Ketua Negeri, manakala Menteri Besar atau Ketua

Menteri ialah ketua kerajaan. Kedaulatan dan kuasa raja berkekalan dan terjamin sebagaimana

mengikut perkara 181 (1), Perlembagaan Persekutuan iaitu:

4

Page 5: Isu Imuniti Raja

"181.(1) “Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini kedaulatan,

hak kedaulatan, kuasa dan bidang kuasa Raja-Raja dan hak kedaulatan, kuasa dan

bidang kuasa Pembesar-Pembesar Memerintah Negeri Sembilan dalam wilayah

mereka masing-masing sebagaimana yang telah ada dan dinikmati hingga sekarang

adalah tetap dan tidak tersentuh. “

Raja berpelembagaan adalah sebuah kerajaan yang ditubuhkan dibawah sistem

perlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara. Raja berperlembagaan moden

biasanya menggunakan konsep “trias politician” yang bermaksud politik tiga serangkai. Hal ini

bermaksud raja hanya sebagai simbol dan ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan

kuasanya adalah terhad sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan Negara. Sesetengah

raja berperlembagaan adalah mengikut keturunan manakala sesetengah yang lain dipilih

mengikut sistem demokratik seperti yang diamalkan di Malaysia yang mana Yang Di-Pertuan

agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap lima tahun5.

Di negara kita, Raja mempunyai kuasa tersendiri mengikut peruntukan Perlembagaan

Persekutuan tetapi menjalankan tugas serta mengambil tindakan di atas nasihat Perdana Menteri

(Menteri Besar untuk negeri). Artikel 38 (4) jelas menyatakan bahawa keistimewaan dan

kedudukan Raja tidak boleh disentuh oleh mana-mana undang-undang kecuali dengan

persetujuan Majlis Raja-Raja. Sultan dan Raja, bukan ahli politik.

Yang Di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dalam melantik seorang Perdana Menteri

yang akan memacu pentadbiran dan pemerintahan negara, menangguhkan pembubaran Parlimen,

meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi tujuan membincangkan

keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja. Bagi kuasa Raja di setiap negeri,

Raja berkuasa untuk melantik seorang Menteri Besar, menangguhkan pembubaran Dewan

Undangan Negeri, sebagai ketua agama atau yang berhubung dengan adat Melayu, membuat

permintaan bagi mesyuarat Majlis Raja-Raja berkaitan dengan keistimewaan, kedudukan,

kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja dan perbuatan, amalan atau upacara

agama atau adat istiadat dan sebagainya.

5 http://www.mkn.gov.my/v1/index.php/bm/fokus-mkn/fokus_raja-berperlembagaan

5

Page 6: Isu Imuniti Raja

Peranan raja sebagai lambang autoriti dan perpaduan nasional pula mempunyai kaitan

dengan kedudukan dan sifat Raja yang mengatasi politik kepartian. Di Negara-negara

Westminster yang tidak mempunyai Raja seperti India dan Singapura yang mana peranan ini

dimainkan oleh ketua Negara yang dilantik. Walau bagaimanapun, kedudukan presiden di dalam

Negara-negara demokrasi berparlimen yang bersifat republic ini sering dilihat sebagai tidak lebih

daripada boneka politik yang memerintah.

Konsep Raja Berperlembagaan sebenarnya harus difahami dalam konteks demokrasi dan

semangat atau faham perlembagaan (constitutionalism). Dengan perkataan lain, Raja

Berperlembagaan harus dibaca bersama dengan konsep-konsep perlembagaan lainnya seperti

kedaulatan undang-undang ( rule of law), kerajaan yang mempunyai kuasa yang terhad ( limited

government), pemisahan kuasa ( separataion power), akauntabiliti dan seumpamanya. Oleh

sebab itu, konsep Raja Berperlembagaan ini meletakkan institusi beraja sebagai agen yang

penting di dalam demokrasi termasuklah sebagai agen semak dan timbang iaitu “check and

balance”6

Isu mengenai imuniti raja atau ‘sovereign immunity’ merupakan suatu prinsip feudal yang

menekankan suatu konsep bahawa kononnya ‘ The King can do no wrong ‘. Mengikut Dr. Hogg

dalam bukunya ‘ Liability of the Crown ‘ konsep ini berasas kepada alasan bahawa seorang Raja

tidak boleh didakwa dalam mahkamahnya sendiri. Sebenarnya alasan ini sudah lama dipersoal

dan ditolak oleh pakar undang-undang di Eropah seperti Adams yang merasakan bahawa tidak

ada keraguan bahawa ‘ feudal lords’ diletak di bwah mahkamah mereka sendiri.

Tidak ada peruntukan khas dalam mana-mana perlembagaan negara-negara di Eropah

yang memberi kekebalan atau imuniti kepada Raja apabila melakukan sesuatu yang tidak rasmi.

Namun Raja-Raja di negara-negara berkenaan masih diiktiraf dan berdaulat. Mereka akan teus

menerus mempunyai kuasa imuniti dan imuniti mereka itu tidak akan hilang. Pendapat bahawa

Raja hanya berdaulat jika Raja boleh melakukan jenayah dengan sewenang-wenangnya tidak

disokong oleh mana-mana amalan di negara-negara lain pada zaman ini. Bahkan pada zaman

dahulu pun, Raja seperti Charles 1 di England dan Louis XVI di France pernah dihukum apabila

6 Abdul Aziz Bari, “ Konsep Grudnorm dan Doktrin Ketinggian Perlembagaan” dalam buku “Perlembagaan Malaysia Teori dan Praktis”, Arah Publications, Selangor Darul Ehsan, 2008, m/s 127

6

Page 7: Isu Imuniti Raja

melakukan kesalahan. Hanya dalam perlembagaan Malaysia sahaja yang diperuntukkan secara

khusus bahawa di bawah Artikel 181 (2) bahawa ‘ no proceedings whatsoever shall be brought in

any court against the Ruler of a State in his personal capacity.

Almarhum Tunku Abdul Rahman Purta al-Haj yang merupakan Perdana Menteri

Malaysia yang pertama pernah menyatakan bahawa kekebalan atau aspek imuniti Raja ini tidak

‘satisfactory’ kerana Raja boleh membunuh tanpa sebarang tindakan ke atasnya. Sekiranya

negara kita ingin menjadi sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Raja

Berperlembagaan secara keseluruhnnya, kekebalan yang diberikan kepada Raja perlulah

dihapuskan secara berperingkat-peringkat. Oleh sebab perlembagaan di negara-negara yang turut

mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan ini tidak memberi kuasa kekebalan kepada Raja-

Raja mereka, maka penghapusan kekebalan Raja-Raja Melayu tidak akan menjejaskan imuniti

atau kedaulatan mereka.

4.0 Pindaan Akta Perlembagaan 1993

Berdasarkan kepada petikan ucapan Dr. Mahatir semasa membentangkan rang undang-undang

Akta Perlembagaan (pindaan) 1993 berkaitan isu kekebalan raja-raja. Banyak fakta-fakta

menarik untuk kita fahami alasan dan munasabah diatas tindakan untuk mengubah atau

mengurangkan tahap kekebalan raja-raja terhadap undang-undang.

Semasa sistem Raja Berperlembagaan digubal untuk Persekutuan Tanah Melayu,

penggubal-penggubal yakin dan percaya bahawa raja akan patuh bukan sahaja pada yang tersurat

tetapi juga yang tersirat di dalamnya iaitu semangat yang terdapat di dalam perlembagaan. Tidak

timbul soal atau isu berbangkit bahawa raja boleh bertindak sewenang-wenangnya. Hal ini

kerana sejak daripada penjajahan British, adanya kuasa untuk menaik dan menurunkan kuasa

raja melalui perjanjian antara pihak British dengan raja-raja Melayu di mana setiap nasihat

‘British Resident’ atau ‘British Adviser’ perlu dipatuhi kecuali berkenaan agama Islam dan adat

istiadat Melayu, Hal ini tidaklah ganjil bagi pihak British kerana praktik yang diamalkan di

United Kingdom memperlihatkan bahawa ‘King’ atau ‘Queen’ mesti menerima nasihat kerajaan.

Jika tidak, raja akan diturunkan takhta. Sebagai contoh, King Edward VIII berkeras untuk

7

Page 8: Isu Imuniti Raja

berkahwin dengan wanita pilihannya. Pilihan baginda ini telah menyebabkan baginda terpaksa

diturunkan daripada takhta atas nasihat daripada kerajaan. Walaupun tiada peruntukkan khusus

berkaitan hal ini, namun ianya dipatuhi daripada segi semangat dan adat.

Demokrasi Berparlimen dan rakyat berkuasa penuh tidak akan wujud seandainya nasihat

kerajaan melalui undang-undang yang diperbincangkan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara

tidak diterima oleh Ketua Negara atau Ketua Negeri. Dalam perkara-perkara tertentu bukan

sahaja persetujuan Yang di Pertuan Agong diperlukan, tetapi juga melibatkan persetujuan Majlis

Raja-Raja. Walaupun wakil rakyat bebas untuk bercakap dalam Dewan Rakyat dan Dewan

Negeri berkenaan apa-apa tajuk, tetapi mereka adalah dilarang untuk menyentuh dan memberi

sebarang kritikan terhadap raja kerana boleh ditakrif sebagai hasutan yang mana akan didakwa

dibawah Akta Hasutan. Hal ini terbukti di Britian dan di negara-negara lain bahawa ahli-ahli

parlimen bebas untuk memberi teguran dan kritikan terhadap raja di dalam dewan perundangan.

Di sini dapat difahami bahawa menegur dan mengkritik raja sama sekali tidak akan

menghapuskan kedaulatan raja dan menjadikan raja sentiasa untuk menjaga diri dan perlakuan

serta tatatertib baginda sebagai ketua negara.

Pada tahun 1983, sudah ada pindaan terhadap pengurangan kuasa Yang di Pertuan

Agong menolak rang undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dengan mengadakan

peruntukkan baru bahawa baginda boleh untuk merujuk balik kepada Parlimen jika baginda

enggan menandatangani rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen. Jika Parlimen

meluluskan sekali lagi, dan masih tidak mendapat persetujuan dan tandatangan daripada

Baginda, maka secara automatik dalam masa 30 hari rang undang-undang tersebut akan menjadi

undang-undang untuk dilaksanakan.7 Tetapi kelulusan ini terhad kepada perkara-perkara yang

tidak menyentuh hak-hak dan keistimewaan raja-raja. Untuk meminda peruntukkan

perlembagaan berkaitan Raja-Raja, Majlis Raja-Raja perlu memberi persetujuan dan ini

melibatkan proses yang rumit. Manakala di peringkat negeri pula, tiada pindaan yang dibuat

terhadap perlembagaan negeri. Dengan ini, tidak ada undang-undang yang boleh diluluskan di

peringkat negeri tanpa tandatangan Raja. Hal ini memberi makna raja-raja di negeri-negeri

mengatasi kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat.

7 Perkara 66(4) Perlembagaan Persekutuan

8

Page 9: Isu Imuniti Raja

Peruntukkan-peruntukkan ini tidak akan menghadapi masalah jika tiada tentangan

pendapat antara Raja dengan Dewan-Dewan Perundangan Negeri dan juga jika Raja tidak

melakukan sesuatu perkara yang salah. Namun, kerana secara realitinya Menteri-Menteri Besar

dan Perdana Menteri tidak mahu mengeruhkan perhubungan dengan Raja, maka apabila Raja

melakukan perkara yang salah, tiada teguran berkesan yang dibuat, jika ada sekalipun,

keengganan Raja untuk mengambil berat segala teguran penasihat rasmi tidak akan

mendatangkan apa-apa kesan kepada raja. Justeru itu, pindaan yang dicadangkan adalah

bertujuan untuk mengelak dan menghalang daripada meningkatnya perasaan benci kepada Raja

sehingga membawa kepada tuntutan menghapuskan sistem beraja.

Di Malaysia, lindungan yang diberi kepada raja amatlah tebal. Kekebalan raja daripada

undang-undang dan larangan terhadap sebarang teguran, walaupun hanya oleh ahli-ahli Dewan

Undangan Negeri yang bertanggungjawab untuk mentadbir negara, telah mengasingkan raja

daripada dunia sebenar. Dalam keadaan ini adalah penting bagi ahli-ahli Dewan untuk menegur

raja dalam perbahasan mereka. Perkara ini telah termaktub dalam Pindaan Perlembagaan

Persekutuan Perkara 181(2) yang menyatakan bahawa, " Tiada apa-apa perbicaraan boleh

dibawa dalam mana-mana mahkamah terhadap Raja bagi sesuatu Negeri atas sifat peribadinya

kecuali dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan dibawah bahagian 15."8 Perkara 181

perlembagaan persekutuan ini telah menunjukan Raja tidak lagi kebal terhadap undang-undang

kini. Apa yang membezakan Raja dengan rakyat kini hanyalah mahkamah yang boleh

membicarakan kes Raja dan rakyat.

Apabila mengaitkan pula dengan pandangan Islam dalam hal ini, terdapat dua prinsip

yang kuat untuk menjadi hujahan berkenaan dengan undang-undang. Hujah yang pertama ialah

tidak ada perbezaan antara umat Islam daripada segi penguatkuasaan hukum-hukum Islam. Hal

ini kerana, dalam Islam, semua manusia adalah sama dan setaraf di sisi Allah S.W.T. Tiada

seorang pun yang melebihi persamaan ini daripada yang lain. Hujah yang kedua pula

menyatakan bahawa raja tidak kebal dari sudut undang-undang. Hal ini bermaksud, raja boleh

diadili atau didakwa jika segala perbuatan atau perlakuan semasa Baginda memegang tampuk

pemerintahan menyalahi undang-undang sebagaimana terjemahan dari surah Al-Hujarat ayat 13

yang bermaksud:

8 Rujuk Perkara 181 perlembagaan Persekutuan, bahagian 14, Pengecualian bagi Kedaulatan Raja-raja, dsb.

9

Page 10: Isu Imuniti Raja

“ Firman Allah S.W.T bermaksud: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah

menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu

berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah

mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah

ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau

bangsa). Sesungguhnya Allah amat mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuannya

(akan keadaan dan amalan kamu)" (Al-Hujurat:13)

5.0 Isu-Isu Penting Yang Berkaitan Dengan Imuniti Raja

5.1.1 Masalah Perilaku Raja

Pada tahun 1972, berlaku peristiwa di mana Tunku Mahmud didakwa menyerang dua orang

lelaki dengan cokmar kerana memotong keretanya di sebuah jalan raya. Baginda kemudiannya

disabitkan kesalahan pada tahun berikutnya. Setahun kemudian, timbul pula laporan yang

menyatakan bahawa Tunku Iskandar bersama seorang pengawal peribadi baginda menyerang

dua orang pemuda dengan bahan kimia dan cokmar setelah perasaan baginda disinggung. Pada

masa yang sama, Tunku Mahmud didakwa merantai dua orang anggota polis dalam rumah anjing

selama sehari setelah murka terhadap mereka.

Lima tahun kemudian, Tunku Mahmud sekali lagi didakwa dan didapati bersalah

menyebabkan kematian seseorang  setelah melepaskan tembakan yang disangkanya seorang

penyeludup. Walaupun begitu, ayahandanya, Sultan Ismail campur tangan lalu memberikan

pengampunan rasmi kepada Tunku Mahmud setelah mengambil kira peruntukkan dalam

perlembagaan yang membenarkan pengampunan seorang raja kepada anaknya. Begitu juga

putera sulungnya, Tunku Ibrahim Ismail, yang pernah disabitkan kesalahan menembak sampai

mati seorang lelaki setelah bergaduh dalam kelab malam pada sekitar 1980-an, tetapi

diampunkan serta-merta juga diatas prinsip kekebalan raja terhadap rakyatnya.

Kes yang paling menarik perhatian berlaku pada tahun 1987, apabila Sultan Iskandar

dituduh menyerang sehingga mati seorang kedi golf di Cameron Highlands, berikutan insiden

yang mana kedi itu tertawa apabila baginda tersasar satu lubang walaupun bola berhampiran

10

Page 11: Isu Imuniti Raja

dengan lubang tersebut. Akibat terlalu marah, kedi tersebut dipukul dengan kayu golf bertalu-

talu dibahagian kepala dan badan beliau sehingga mendatangkan kecederaan teruk dan

membawa kepada kematian kedi terbabit. Bekas Perdana Menteri Malaysia pada ketika

itu, Tunku Abdul Rahman mengulas bahawa Sultan (yang ketika ini menduduki takhta YDPA)

tidak dapat dibuat tuduhan atas sebab kekebalan yang dikurniakan kepada raja-raja, namun pada

masa yang sama beliau mengecam tindakan Sultan Iskandar itu.

Selepas itu, adik kepada kedi turut diserang hingga cedera, kemudian dia bertindak

mengamuk di Kuala Lumpur sehingga terpaksa dikuarantinkan dalam rumah sakit jiwa. Namun,

menurut sesetengah cerita yang lain pula menyatakan, bahawa abang kepada kedi tersebut, iaitu

seorang tentera telah mengamuk dengan mengunakan senjata M-16 di sekitar Cow Kit Road,

dengan memuntahkan peluru kepada orang awam dan bangunan sekitar dengan harapan agar kes

ini diambil perhatian oleh kerajaan dan orang awam.

5.1.2 Peristiwa Gomez

Pada 10 Julai 1992, putera kedua Sultan Iskandar, Tunku Bendahara–Tunku Abdul Majid Idris,

naik berang ketika berakhirnya perlawanan hoki antara Johor dan Perak yang memihak kepada

Perak dengan pukulan penalti, lalu menyerang penjaga gol Perak, Mohamed Jaafar Mohamed

Vello. Pada waktu itu, Tunku Abdul Majid merupakan seorang pemain hoki yang mewakili

Johor. Mohamed Jaafar kemudiannya membuat laporan polis pada 30 Julai 1992 berikutan kes

penyerangan tersebut. Kejadian ini menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi apabila ianya

dibahaskan dalam Parlimen. Kejadian ini menyebabkan Persekutuan Hoki Malaysia mengenakan

larangan daripada menghadiri mana-mana perlawanan kepada Tunku Majid selama 5 tahun

selepas siasatan. Tunku Majid kemudiannya disabitkan kesalahan menyerang pada Januari 1993,

oleh itu dipenjarakan setahun dan didenda RM 2,000, sebelum dibebaskan dengan ikat jamin,

dan tuduhan-tuduhannya digugurkan atas sebab kekebalan yang masih sah diperlakukan sewaktu

kejadian tersebut.

Sultan Iskandar membalas larangan tersebut dengan menggesa pihak berkuasa negeri agar

memencilkan pasukan hoki Johor daripada semua perlawanan kebangsaan. Pada November

1992, Douglas Gomez, seorang jurulatih pasukan hoki Maktab Sultan Abu Bakar, meluahkan

kekesalan kerana dipanggil untuk menarik diri daripada perlawanan separuh akhir oleh Pengarah

11

Page 12: Isu Imuniti Raja

Jabatan Pendidikan Johor. Sultan Iskandar tertarik lalu menitah Gomez untuk menghadap

baginda di Istana Bukit Serene, tetapi kemudian menyelar dan menyerangnya. Selepas itu,

Gomez merawat muka dan perutnya, kemudian membuat laporan polis untuk mendakwa Sultan

kerana menyerangnya. Gomez menjelaskan bahawa para pengawal peribadi Sultan, selaku

anggota Angkatan Tentera Johor hanya sekadar memerhati, sebaliknya Sultan sendiri yang

bertanggungjawab sepenuhnya atas kecederaan yang dialaminya.

5.2 Reaksi pandangan awam dan tindakan susulan

Pada akhir tahun 1992, dan juga awal tahun 1993, tersiarnya berpuluh-puluh artikel berita yang

menyebut dakwaan salah laku kerabat diraja beberapa negeri, khususnya Sultan Iskandar sendiri

beserta masalah pribadi. Kebanyakan dakwaan salah laku tersebut termasuk pengenaan denda

yang jauh melebihi ketentuan undang-undang dan undang-undang dibuat atas budi bicara raja itu

sendiri.  

Kecaman yang disiarkan oleh pihak akhbar menggesa para ahli Dewan Rakyat agar

mengadakan sidang khas pada 10 Disember 1992. Seramai 96 ahli Parlimen yang hadir pada

hari itu sebulat suara meluluskan ketetapan yang menyeru agar tindakan diambil untuk

menyekat kuasa raja-raja sekiranya perlu. Ketika persidangan ini, para ahli mendedahkan rekod

jenayah mengenai Sultan Iskandar dan dua puteranya yang terlibat dalam sekurang-kurangnya

23 kes serangan dan kematian orang, lima daripadanya dilakukan oleh Sultan selepas tahun

1981, dua kes oleh Tunku Mahkota dan tiga kes lagi oleh Tunku Bendahara.

Susulan dengan peristiwa itu, pada 19 dan 20 Januari 1993 Dewan Rakyat dan Dewan

Negara telah meluluskan rang undang-undang yang berusul melucutkan kekebalan ini dan

diluluskan oleh enam daripada sembilan raja, namun menghadapi tentangan hebat daripada tiga

raja yang lain, termasuk Sultan Iskandar sendiri. Sultan Iskandar mengambil inisiatif untuk

meraih sokongan diraja menghalang pelaksanaan usul tersebut. Rang undang-undang yang

berusul melucutkan segala kekebalan daripada para raja dan ahli kerabat diraja itu, menjadikan

mereka boleh didakwa mengikut undang-undang pada bila-bila masa jika timbulnya salah laku

jenayah yang terbukti.

12

Page 13: Isu Imuniti Raja

Oleh sebab itu, Sultan Iskandar bertekad untuk menganjurkan perarakan di luar istana

dengan tujuan meraih sokongan awam untuk menghalang pelaksanaan rang undang-undang

tersebut, tetapi terpaksa membatalkannya setelah menerima tekanan hebat daripada kerajaan.

Laporan yang dibuat ketika perarakan tersebut menyebut tentang Sultan Iskandar menyeru

bsemua pegawai awam negeri untuk memulaukan majlis-majlis anjuran negeri dan persekutuan

sebagai tanda sokongan terhadap tindakan baginda.9 Sementara itu, kerajaan Persekutuan masih

menekan raja-raja agar memperkenankan rang undang-undang itu sehingga dipersetujui

sepenuhnya hanya setelah dilakukan beberapa semakan. Selepas itu, rang undang-undang

tersebut ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan pada Mac 1993.10

Rang undang-undang ini membolehkan raja-raja yang menyalahi undang-undang

dikenakan dakwaan, manakala Akta Hasutan 1948 turut dipinda untuk membolehkan orang

awam mengkritik raja-raja. Sebuah mahkamah khusus ditubuhkan dengan Ketua Hakim

Negara sebagai pengerusi untuk memberi kuasa mendakwa ahli-ahli kerabat diraja.

5.3 Krisis Dalam Negeri

Terdapat beberapa krisis yang berlaku dalam negeri yang melibatkan antara Pembesar negeri

dengan Sultan negeri tersebut. Di Selangor pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan

Salahuddin Abdul Aziz, Almarhum telah dihina oleh UMNO Selangor yang pada masa itu di

ketuai oleh Muhammad Mohd Taib. Almarhum Sultan Selangor dituduh telah dituduh merampas

RM11 juta wang untuk sekolah agama bagi digunakan untuk membaiki Istana Alam Shah. Selain

itu, Almarhum baginda juga dituduh menyerahkan 400 ekar tanah untuk dibina padang golf

kepada kapitan-kapitan Cina, selain 1500 ekar lagi diberikan kepada tauke cina yang lain.

Pertelingkahan di antara Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz dengan Mat Taib

berpunca daripada peristiwa di mana, Mat Taib telah bertindak membawa lari Puteri Almarhum

iaitu Puteri Zanariah yang juga dikenali sebagai Ku Yah ke sempadan Thailand untuk berkahwin.

Dalam peristiwa ini, Almarhum Sultan sebenarnya tidak bersetuju dengan perkahwinan tersebut.

Krisis di Kelantan ini pula berlaku pada zaman pemerintahan Sultan lsmail Petra Ibni Al-

Marhum Sultan Yahya Petra. Pada zaman pemerintahan Allahyarham Mohamed Yaacob yang 9 Summary of World Broadcasts (1993), Phrase: "... Straits Times of 21 January, the Sultan of Johor is reported as"10 Government and Society in Malaysia, Crouch, pg 147

13

Page 14: Isu Imuniti Raja

juga mantan Menteri Besar daripada Barisan Nasional di Kelantan, iaitu pada tahun 1978 hingga

1990 Allahyarham sering kali melarikan diri ke Kuala Lumpur apabila ada majlis rasmi di Istana

Kelantan. Selain itu, Annuar Musa menunjukkan sikap kebiadapan kepada baginda apabila

menabalkan Tengku Ibrahim iaitu sepupu kepada Sultan lsmail Petra Ibni Al-Marhum Sultan

Yahya Petra sebagai Sultan yang baru walaupun Sultan Ismail Petra masih berkuasa di Kelantan.

6.0 Pindaaan Perlembagaan Persekutuan Berkaitan Imuniti Raja

Bagi menentukan sistem kekebalan Raja Berperlembagaan benar-benar berkesan, maka pindaan

telah dibuat kepada Perlembagaan Persekutan. Pindaan yang pertama ialah peruntukkan

Perlembagaan berkaitan dengan kekebalan Raja-Raja daripada sebarang tindakan undang-undang

seperti dalam fasal (1) Perkara 32 iaitu yang mana selepas perkataan ‘mahkamah’ ditambah

perkataan “tetapi hanya berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan

daripada dilakukan olehnya dalam perjalanan atau yang berupa sebagai perjalanan fungsi-

fungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis”. Hal ini bermaksud,

Bagi memastikan penghapusan kekebalan lebih berkesan, dua lagi peruntukkan dalam

Perlembagaan Persekutuan telah dipinda. Peruntukan yang pertama ialah berkenaan dengan

peruntukkan dalam artikel 63(2) yang melindungi seseorang yang mengambil bahagian dalam

perbahasan di Parlimen atau Jawatankuasa Dewan daripada disoal dalam mahkamah, telah

dipinda di bawah Artikel 63(4) jika ianya menyentuh peruntukkan Akta Hasutan. Peruntukkan

ini dibuat pada sekitar tahun 1971. Hal ini menjelaskan teguran yang dibuat oleh ahli-ahli

Parlimen kepada Raja-Raja yang bersalah sebelum tahun 1971 tidak sama sekali menjejaskan

dan menidakkan hak atau keistimewaan asli Raja-Raja.

Pindaan Perkara 63 selepas Fasal(4) berbunyi:- “(5) Walau apa pun Fasal (4) tidak

seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan

apa-apa jua yang dikatakan oelhnya tentang Yang di-Pertuan Agong atau seseorang Raja semasa

mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding mana-mana satu majlis Parlimen atau mana-mana

jawatankuasanya kecuali jika ia menganjurakan penghapusan kedudukan Berperlembagaan Yang

di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan

berperlembagaan Raja sesuatu negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan”.

14

Page 15: Isu Imuniti Raja

Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan pula dipinda dengan memasukkan selepas Fasal

(4) yang berikut:- “ (5) Walau apa pun Fasal (4) tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa jua

prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya

tentang raja mana-mana negeri atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika dia menganjurkan

penghapusan kedudukan Raja itu sebagai Raja Berperlembagaan negeri itu”.

Artikel 42 juga dipinda kerana artikel ini berupaya untuk menidakkan penghapusan

kekebalan raja-raja apabila melakukan kesalahan pelanggaran undang-undang dalam satu urusan

tidak rasmi iaitu hak untuk mengampunkan dirinya sendiri jika baginda dihukum bersalah oleh

mahkamah setelah kekebalan daripada tindakan undang-undang ditarik balik. Hal ini bermaksud

sebarang tindakan penarikan kekebalan tidak memberi kesan dan bermakna Perkara 42

Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan, selepas Fasal (11), Fasal-Fasal

berikut: “ Fasal (12) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan ini, jika

kuasa-kuasa yang tersebut dalam Perkara ini – (a) kena dijalankan oleh Yang di-Pertua Negeri

sesuatu Negeri dan dikehendaki dijalankan berkenaan dengan dirinya atau isterinya, anak

lelakinya atau anak perempuannya, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Ketua Menteri

bagi negeri itu yang bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi negeri

itu di bawah Perkara ini dan yang hendaklah dipengerusikan olehnya; (b) dikehendaki dijalankan

berkenaan dengan Yang di Pertuan Agong, raja sesuatu negeri, atau Konsortnya, mengikut

mana-mana yang berkenaan, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Majlis Raja-Raja dan

peruntukan-peruntukan yang berikut hendaklah terpakai: (i) apabila menghadiri mana-mana

prosiding di bawah Fasal ini, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh disertai oleh Perdana Menteri

dan Raja-Raja lain tidak boleh disertai oleh Menteri-Menteri Besar mereka; (ii) sebelum

membuat keputusannya tentang apa-apa perkara di bawah Fasal ini, Majlis Raja-Raja hendaklah

menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah diberikan oleh Peguam Negara

tentang perkara itu; (c) dikehendaki dijalankan oleh Yang di Pertuan Agong atau Raja sesuatu

negeri berkenaan dengan anak lelakinya atau anak perempuannya, mengikut mana-mana yang

berkenaan, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh raja sesuatu negeri yang dinamakan oleh

Majlis Raja-Raja dan Raja itu hendaklah bertindak mengikut nasihat Lembaga Pengampunan

yang relevan yang ditubuhkan di bawah Perkara ini.

15

Page 16: Isu Imuniti Raja

Walaupun beberapa pindaan dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan telah dipinda

dan diluluskan berkaitan dengan imuniti Raja seperti dalam fasal (1) Perkara 32, artikel 63(2)

dan Perkara 72 dalam Perlembagaan Persekutuan dan ianya telah dikuatkuasakan sehingga kini,

namun ianya hanya tertakluk kepada perbuatan salah laku yang dilakukan oleh Raja di setiap

negeri-negeri Melayu sahaja. Hal ini bermakna, berdasarkan daripada peristiwa-peristiwa dan

contoh kes-kes di atas yang berkaitan dengan salah laku Raja dan anakanda Baginda, Raja hanya

boleh didakwa jika melakukan salah laku terhadap sesiapa pun dalam mahkamah khas. Pindaan

peruntukan mengenai pengampunan Raja terhadap dirinya serta anakandanya jika mereka

melakukan kesalahan juga turut dipinda bagi mengelakkan Raja dengan sewenang-wenangnya

melakukan perkara mengikut keinginan mereka sahaja tanpa batasan. Selain itu, isu kritikan

tentang Raja tentang salah laku raja boleh ditegur dan dikritik di mana-mana Dewan ataupun

majlis.

Merujuk kes yang berlaku di negeri Perak pada tahun yang lepas, Sultan Perak iaitu

Sultan Azlan Shah, telah memutuskan untuk tidak memperkenan pembubaran Dewan Undangan

Negeri (DUN) serta menitahkan supaya Menteri Besar Perak, Datuk Sri Mohammad Nizar

Jamaluddin dan Exconya meletak jawatan. Baginda membuat keputusan itu selepas menemui

semua 28 anggota dewan daripada Barisan Nasional (BN) dan juga tiga anggota bebas di Istana

Kinta dan yakin Mohammad Nizar terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar

daripada anggota dewan. Walau bagaimanapun, Datuk Sri Mohamad Nizar mengumumkan

keengganannya untuk melepaskan jawatan Menteri Besar Perak kerana menganggap beliau

masih menyandang jawatan itu secara sah mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan

PerlembagaanPersekutuan. Menurut Profesor Emeritus Datuk Khoo Kay Kim, Mohamad Nizar

perlu akur dengan keputusan Sultan Perak kerana Tuanku memang diberikan kuasa mengikut

undang-undang. Pandangan beliau, sebarang titah Sultan Perak perlu dipatuhi oleh Mohamad

Nizar tanpa sebarang alasan kerana undang-undang sudah menetapkan sedemikian.

Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut bahawa seseorang anggota

majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan perkataan

lain, Menteri Besar boleh dipecat. Tetapi Artikel 16 Fasal 6 menyebut jika beliau hilang

kepercayaan, beliau mesti meletak jawatan. Jadi, perkata utama yang menjadi isu hangat di sini

adalah apa yang berlaku jika beliau tidak meletak jawatan. Adakah dia masih boleh dianggap

16

Page 17: Isu Imuniti Raja

sebagai Menteri Besar Perak. Dua peruntukan yang berasingan nampaknya bercanggah jadi

seseorang itu perlu melihat di luar Perlembagaan Perak dan kepada Akta Interpretasi yang

menyebut kuasa untuk melantik, termasuklah kuasa memecat. Dalam situasi orang berkenaan

(MB) yang tidak mahu berundur tetapi kalah, Sultan mempunyai kuasa untuk memecat.

Isu melompat dan keluar parti ini sememangnya menjadi faktor utama tumbangnya

sesebuah kerajaan yang memerintah kerana jika berlakunya perbuatan tersebut, peredaran kuasa

memerintah boleh berubah dalam sekelip mata sahaja kerana kurangnya memenangi 2/3 kerusi

Dewan Undangan Negeri. Pembubaran Dewan Negeri untuk membolehkan rakyat membuat

keputusan untuk memilih pucuk pimpinan pemerintahan yang baharu sememangnya diperlukan

jika pucuk pimpinan yang lama tidak menjalankan tugas dan menindas hak-hak rakyat. Dalam

kes Menteri Besar Perak, Datuk Sri Mohamad Nizar ini, keengganan beliau untuk meletakkan

jawatan bukanlah suatu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman.

Menurut Ketua Program Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategik

Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Mohd Agus Yusof, Sultan Perak berhak sama

ada setuju atau tidak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN). Menurutnya lagi, isu

itu sebenarnya tidak timbul sama sekali kerana ia kuasa dan budi bicara Sultan Perak mengikut

undang-undang negeri yang diperuntukkan kepadanya. Selain undi tidak percaya terhadap

kerajaan sedia ada di DUN, kerajaan negeri juga boleh dibubarkan jika Sultan Perak sudah

diyakinkan bahawa Barisan Nasional (BN) sudah memiliki majoriti bagi membentuk kerajaan

baru. Oleh itu, isu membabitkan Sultan Perak bukan satu masalah yang perlu dibangkitkan

kerana itu hak baginda. Walau bagaimanapun, persoalan yang wajar disentuh sekarang adalah

berkaitan pengamalan demokrasi pada masa depan. Di sini, dapat disimpulkan bahawa Sultan

Perak boleh melantik dan memecat Menteri Besar selain mempunyai hak sama ada bersetuju

atau tidak dengan cadangan Menteri Besar untuk membubarkan dewan dan budi bicara sultan

perlu dihormati oleh semua pihak.

7.0 Kesimpulan

17

Page 18: Isu Imuniti Raja

Konsep Raja Berperlembagaan sebenarnya harus difahami dalam konteks demokrasi dan

semangat atau faham perlembagaan. Ketinggian dan kedaulatan institusi Raja yang sering

menjadi bahan dan topik panas dalam masyarakat memerlukan penyelesaian segera. Kedaulatan

Raja-Raja digugat oleh sikap tidak bertanggungjawab masyarakat kedaulatan Raja-Raja dicabul

apabila kuasa imuniti Raja-Raja Melayu telah pinda pada tahun 1993. Ini mendorong kepada

pencabulan yang berterusan dan terkini berikutan kelantangan Karpal Sing terhadap tindakan

Sultan Azlan Muhibuddin Shah, Sultan Perak campur tangan dalam politik di Perak. Karpal

dengan lantang membidas tindakan Sultan Azlan, dan mencabar akan mengheret permasalahan

ini ke mahkamah. Tindakan Karpal Sing adalah sah daripada aspek perundangan, namun ianya

dilihat sebagai satu pencabulan keatas kuasa dan ketinggian kedaulatan Raja-Raja Melayu dan

bertentangan dengan prinsip kesetiaan kepada Raja dalam rukun Negara dan masyarakat.

Dari perbincangan di atas jelaslah Raja-Raja telah diberi peranan, kuasa, kedudukan dan

imuniti yang jelas mengikut Perlembagaan Persekutuan. Walaupun berlaku sedikit sebanyak

krisis dan kekurangan berkaitan isu imuniti atau kekebalan Raja bermula zaman sebelum

merdeka sehingga kini, namun dapatla disimpulkan bahawa sebagai rakyat, janganlah kita

sesekali membiarkan sikap sesetengah pihak yang gemar mengambil kesempatan daripada

suasana politik untuk memulakan sikap biadab dan menghina institusi Raja-Raja Melayu yang

menjadi elemen penting kestabilan politik. Hal ini kerana, ianya bukan sahaja boleh menggugat

kuasa budi bicara dan peranan Baginda, malah mungkin sampai suatu tahap, institusi beraja tidak

akan dihormati dan dipandang tinggi oleh rakyat. Justeru itu, isntitusi beraja perlu dipertahankan

seteguh yang mungkin kerana ia merupakan lambang dan merupakan rentetan sejarah sejak

dahulu lagi.

Rujukan

18

Page 19: Isu Imuniti Raja

Abdul Aziz Bari. (2008). Perlembagaan Malaysia : Teori dan Praktis. Selangor Darul Ehsan.

Arah Publications.

Abdul Aziz Bari. (2008). Perlembagaan Malaysia : Asas dan Masalah. Kuala Lumpur. Dewan

Bahasa Dan Pustaka.

Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Model Hubungan Etnik. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).

Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin, Ahmad Sohaimi Lazim. (2009).

Kenegaraan dan Ketamadunan. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Oxford Fajar Sdn, Bhd.

Perlembagaan Persekutuan, (hingga 1hb Mac 2010), International Law Book Services.

Ucapan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan

Muhibbuddin Shah semasa Konvensyen Perdana anjuran Biro Tata Negara, di Pusat

Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 16 Disember 2004, bertajuk Institusi Raja:

Memperkukuh Identiti Bangsa – Memperteguh Perpaduan Warga.

Mardiana Nordin, ‘Pengajian Malaysia’, Oxford Fajar, 2008.

Raja Nazrin Shah, (2004), ‘The Monarchy In Contemporary Malaysia’. Published by Institude of

Southeast Asian Studies, Singapore.

Academy, ‘ The Newsletter Of The Perak Academy,’ (January – March 2005), by Duli Yang

19

Page 20: Isu Imuniti Raja

Teramat Mulia Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin

Shah. (This is reproduction from the Rencana of the Berita harian dated December 17,

2004.)

H.P. Lee, Constitutional Conflit In Contemporary Malaysia, ‘Hockey Coach Summoned To

Johor Palace’, News Straits Times, December 1, 1992.

Mingguan Malaysia, 11 Mei 2008. Apakah kedudukan raja-raja Melayu di sisi perlembagaan?

oleh Abdul Aziz Bari

Petikan ucapan oleh Dr. Mahathir semasa membentangkandi dalam Dewan Rakyat semasa

membentangkan rang undang-undang Akta Perlembagaan (pindaan) 1993.

20