isu gejala samseng di sekolah semakin leluasa sehingga membimbangkan banyak pihak

30
ISU GEJALA SAMSENG DI SEKOLAH SEMAKIN LELUASA SEHINGGA MEMBIMBANGKAN BANYAK PIHAK. PADA PENDAPAT ANDA, APAKAH PUNCA BERLAKUNYA GEJALA SAMSENG INI? Sedasarwarsa ini, isu gejala samseng di sekolah sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia. Berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia, peratus gejala samseng meningkat secara drastik dari semasa ke semasa sekali gus menyebabkan imej negara tercalar di persada dunia. Rekod polis telah menunjukkan ramai dalam kalangan pelajar yang cerdik pandai telah menjadi bagai pelanduk di cerang rimba akibat gejala buli yang semakin ganas. Dalam hal ini,apakah punca gejala samseng yang menjadi duri dalam daging institusi pendidikan di negara ini? Punca perdana yang mendorong aktiviti gejala samseng ini adalah ramai dalam kalangan pelajar kurang mendapat kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa. Hal ini demikian kerana dengan kurangnya kasih sayang daripada ibu bapa, seseorang itu akan menjadi lebih liar dan sukar dikawal oleh penjaganya. Kebiasaannya, pelajar samseng akan mempunyai sikap hedonisme dan bertindak mengikut nafsu. Lantaran itu, apabila nafsu mereka tidak dipenuhi, mereka akan melepaskan geram tersebut kepada seseorang. Hal ini jelas membuktikan bahawa mereka jarang menggunakan akal fikiran mereka yang waras dalam membuat sesuatu keputusan dan pertimbangan, persis kata orang tua-tua, akal itu menteri yang menasihati, hati itu ialah raja yang menentukan, nafsu ialah rasuah yang akan menggulingkan menteri dan raja itu. Gejala samseng ini berlaku apabila pelajar yang lemah dan muda daripada mereka menjadi sasaran utama bagi samseng yang ingin memuaskan nafsunya. Sebagai contoh, pembuli tingkatan empat yang tidak dapat merokok untuk seharian suntuk akan melepaskan perasaan yang terpendam terhadap mangsa yang berada di tingkatan dua iaitu pelajar yang lebih muda daripadanya.

Upload: hamidah-jamaludin

Post on 26-Sep-2015

137 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

t

TRANSCRIPT

ISU GEJALA SAMSENG DI SEKOLAH SEMAKIN LELUASA SEHINGGA MEMBIMBANGKAN BANYAK PIHAK. PADA PENDAPAT ANDA, APAKAH PUNCA BERLAKUNYA GEJALA SAMSENG INI?Sedasarwarsa ini, isu gejala samseng di sekolah sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia. Berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia, peratus gejala samseng meningkat secara drastik dari semasa ke semasa sekali gus menyebabkan imej negara tercalar di persada dunia. Rekod polis telah menunjukkan ramai dalam kalangan pelajar yang cerdik pandai telah menjadi bagai pelanduk di cerang rimba akibat gejala buli yang semakin ganas. Dalam hal ini,apakah punca gejala samseng yang menjadi duri dalam daging institusi pendidikan di negara ini?

Punca perdana yang mendorong aktiviti gejala samseng ini adalah ramai dalam kalangan pelajar kurang mendapat kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa. Hal ini demikian kerana dengan kurangnya kasih sayang daripada ibu bapa, seseorang itu akan menjadi lebih liar dan sukar dikawal oleh penjaganya. Kebiasaannya, pelajar samseng akan mempunyai sikap hedonisme dan bertindak mengikut nafsu. Lantaran itu, apabila nafsu mereka tidak dipenuhi, mereka akan melepaskan geram tersebut kepada seseorang. Hal ini jelas membuktikan bahawa mereka jarang menggunakan akal fikiran mereka yang waras dalam membuat sesuatu keputusan dan pertimbangan, persis kata orang tua-tua, akal itu menteri yang menasihati, hati itu ialah raja yang menentukan, nafsu ialah rasuah yang akan menggulingkan menteri dan raja itu. Gejala samseng ini berlaku apabila pelajar yang lemah dan muda daripada mereka menjadi sasaran utama bagi samseng yang ingin memuaskan nafsunya. Sebagai contoh, pembuli tingkatan empat yang tidak dapat merokok untuk seharian suntuk akan melepaskan perasaan yang terpendam terhadap mangsa yang berada di tingkatan dua iaitu pelajar yang lebih muda daripadanya. Jika ibu bapa memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya terhadap anak mereka, maka gejala buli ini akan berkurangan dan mungkin akan menemui titik noktahnya. Jelaslah bahawa, isu gejala samseng di dada akhbar dapat dikurangkan apabila ibu bapa memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak mereka.

Dalam pada itu, pelajar kurang mendapat didikan agama dan moral secukupnya merupakan pencetus gejala samseng di sekolah. Dalam Al-Quran telah dijelaskan bahawa Islam merupakan agama yang syumul justeru Islam menyeru umat mansia melakukan kebaikan dan melarang umat manusia melakukan kejahatan. Bertitik tolak daripada kenyataan tersebut, pelajar yang kurang didikan agama dan moral sudah pasti tidak tahu membezakan antara buruk dan baik. Selain itu,mereka juga tidak mempunyai misi hidup seperti kapal yang berlayar tanpa haluan. Sehubungan dengan itu, mereka sering melakukan sesuatu perkara tanpa memikirkan impaknya pada kemudian hari. Tambahan pula,umur mereka yang setahun jagung itu menyebabkan mereka tidak pernah terlintas yang masa depan mereka semakin kabur apabila mereka menjadi seorang samseng. Tamsilnya, seorang pelajar yang bergelar samseng di sekolah mungkin tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka ke menara gading sebaliknya menghabiskan hidup dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Seandainya pelajar mendapat didikan ilmu agama dan moral yang mustaid, sudah pasti gejala samseng dapat dikekang dengan mudah. Tegasnya, pelajar yang kurang didikan agama dan moral mudah terdorong menjadi seorang samseng yang seterusnya menjadi barah kepada masyarakat.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor gejala samseng leluasa dalam kalangan pelajar di sekolah. Hal ini terjadi demikian kerana rakan sebaya akan mempengaruhi pertumbuhan sosial seseorang pelajar. Secara psikologi, gerak gerik dan perlakuan pelajar yang negatif lebih kuat pengaruhnya ke atas pelajar yang berkawan dan rapat dengannya. Pelajar yang menyimpang tingkah lakunya akan mencuba untuk mempengaruhi kawan-kawannya yang untuk menyertai tindakannya yang negatif itu. Di sebuah sekolah, pelajar bebas bergaul antara satu sama lain tanpa memikirkan bangsa,latar belakang dan kaum yang berbeza-beza yang dihimpunkan di dalam satu institusi pendidikan yang sama. Oleh itu, pelajar yang menjadi samseng itu dianggap sebagai nila setitik yang merosakkan susu sebelanga. Sebagai contoh, pelajar yang menjadi samseng akan menyebabkan prestasi sekolah itu menurun dan pada masa yang sama menjejaskan nama baik sekolah itu kesuluruhannya. Sekiranya pelajar menjauhi gejala samseng ,prestasi sesebuah sekolah akan terpelihara. Sudah terang lagi bersuluh, gejala samseng di sekolah dapat diatasi jika seseorang pelajar itu memilih rakan sebaya yang cenderung ke arah kelakuan positif .

Di samping itu,media massa merupakan penyumbang utama kepada gejala samseng dalam kalangan belia di bangku sekolah.Program-program televisyen khasnya, lebih mementingkan hiburan daripada menyebarkan maklumat yang bermanfaat. Tayangan-tayangan filem Barat dan Hindustan contohnya, telah menolak unsur-unsur ketimuran yang sebati dalam jiwa remaja terutama pelajar sekolah. Adegan-adegan lucah telah menjadi halwa mata yang menjadi keutamaan bagi mereka. Jadi, apabila filem tersebut dipertontonkan, sudah tentu golongan remaja amnya, akan meniru gaya dan aksi artis pujaan mereka. Natijahnya wujudlah budaya punk, bertindik di telinga kiri bagi lelaki, seks bebas, dan lebih dahsyat lagi gejala samseng yang semakin leluasa. Secara tidak langsung, aktiviti ini mencetus kemelut jati diri bagi remaja yang sedang mencari identiti diri seterusnya terlibat dalam gejala hedonisme ini.Seandainya, media massa menapis kandungan filem tersebut,kemungkinan peratus pelajar yang terjerumus dalam gejala samseng dapat dikurangkan.Pendek kata, media massa juga merupakan faktor utama gejala samseng semakin leluasa di sekolah.

Jika ditinjau dari aspek pendidikan pula, terdapat banyak ruang kosong yang harus dipenuhi bagi mengatasi gejala samseng di sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana sistem pendidikan di Malaysia lebih banyak menekankan kecemerlangan akademik berbanding sahsiah.Pelajar sering di ajar cara untuk menjawab soalan bagi menghadapi peperiksaan berbanding cara untuk menjadi insan yang bersahsiah demi menjalani kehidupan yang sebenar. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia sering menguji pelajar dari aspek pendidikan seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR),Penilaian Menengah Rendah(PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) berbanding sahsiah yang hanya diajar melalui subjek Sivik dan Kewarganegaraan.Berdasarkan sejarah,tamadun yang berjaya ialah masyarakat yang mempunyai adab dan sahsiah yang tinggi .Jika kerajaan memberikan penekanan sedikit terhadap pendidikan sahsiah pelajar, maka sudah pasti gejala samseng di sekolah akan berkurangan.Sesungguhnya, kerajaan harus menggubal satu sistem pendidikan negara yang lebih mementingkan sahsiah bagi mengatasi gejala samseng di sekolah.

Tuntasnya, isu gejala samseng di sekolah tidak seharusnya dibiarkan terus merebak. Semua pihak seharusnya bersinergi mengatasi gejala samseng ini yang sudah pastinya banyak memberi onar kepada banyak pihak. Ibu bapa memainkan peranan peri vital kerana mereka merupakan ihsan yang paling rapat dengan para remaja. Aforisme pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara menunjukkan betapa pentingnya remaja kepada negara. Oleh sebab itu, generasi sekarang yang sudah tersasar dari landasan yang benar perlu ditarik balik untuk kembali ke pangkal jalan agar negara kita mampu melahirkan generasi minda kelas pertama yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malahan juga cemerlang dalam bidang akademik.

ISL: Isu Vandalisme Dalam Kalangan Remaja

Isu vandalisme juga merupakan salah satu isu gejala sosial yang sering dilakukan oleh para remaja yang tidak mempunyai sifat kesantunan. Mereka ini bersikap mementingkan diri sendiri sahaja kerana mereka merosakkan kemudahan awam tanpa memikirkan akibatnya terhadap orang awam. Mereka ini juga tidak menyayangi dan menghargai harta benda awam. Memandangkan gejala sosial ini semakin berleluasa di negara kita, kita haruslah berusaha membendung masalah ini. Dalam hal ini, kita perlulah mengkaji apakah yang menyebabkan remaja melakukan perbuatan yang tidak kesantunan ini serta cara untuk mengatasinya.Mengapa berlakunya vandalisme??Motif utama berlakunya gejala ini adalah disebabkan emosi. Vandalisme biasanya dianggap sebagai satu cara untuk melepaskan rasa geram, ataupun satu cara untuk menghilangkan kebosanan semata-mata. Walaupun motif mereka dianggap ringan, tetapi masyarakat awam terpaksa menanggung kerugian yang besar untuk memenuhi nafsu mereka yang hina ini.

Faktor-faktor berlakunya vandalismeAntara faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya gejala vandalisme ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah:-

i) Pengaruh Rakan SebayaPengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan berlakunya vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih mudah terikut dan senang terpengaruh dengan rakan mereka. Rakan sebaya merupakan individu yang paling rapat selepas ibu bapa. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga.

ii) Ibu Bapa dan KeluargaIbu bapa merupakan pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja. Mengapa? Sebagai contoh, ketika bersiar-siar atau berjalan bersama keluarga, didapati, ada sesetengah ibu bapa membuang sampah atau sisa makanan dimerata-rata di depan anak-anak mereka, maka berkemungkinan besar anak mereka juga akan berkelakuan seperti itu. Selain itu, sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme ini berasal daripada keluarga yang bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan, vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang inginkan kebebasan dan berlatar belakangkan keluarga yang bermasalah. Selain itu, kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak di dalam gejala negatif ini.

iii) Pengaruh Media MassaMedia massa mempunyai pengaruh yang sangat kuat dan akan meninggalkan kesan yang sangat kuat dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah untuk meniru dan mengikut apa yang dilihat di sekeliling termasuklah media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya.

iv) Sikap tidak peduli, Individualistik dan Materialistik MasyarakatRemaja merupakan produk sistem sesebuah masyarakat. Sikap sesetengah masyarakat kini yang hanya mementingkan soal kebendaan dan tidak mengambil berat terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia ada. Menurut kajian, masalah vandalisme banyak berlaku di bandar-bandar. Golongan remaja amat gemar menconteng dan merosakkan harta benda awam yang ada. Mereka bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar agak sukar untuk dikawal. Di kawasan bandar, sesetengah penduduknya tidak mengambil berat terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu, golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk melakukan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam.

Jenis-jenis vandalismePelbagai jenis vandalisme yang dapat kita lihat saban hari di negara ini. Jenis vandalisme yang paling umum adalah menukar tulisan yang sedia ada dengan perkataan lain yang boleh mengubah maksud asal perkataan tersebut dan boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat. Hal ini makin berleluasa di sana-sini. Kita dapat melihat papan tanda dilebuh raya misalnya selalu menjadi mangsa kerana tulisan asal telah ditukar atau dipadam sesuka hati oleh mereka yang tidak mempuyai akal yang waras ini.

Bagi yang gemar mengumpul barangan plastik, aluminium, besi keluli dan tembaga pula mereka mampu manghasilkan pendapatan yang sangat lumayan. Ada diantara mereka sanggup melakukan jenayah ini semata-mata untuk memenuhi dan mancapai cita-cita dengan menambahkan lagi koleksi yang sedia ada. Mereka tidar sedar bahawa kelakuan mereka ini merupakan satu kesalahan dan tergolong dalam kegiatan vandalisme. Sebagai contoh, kejadian mencuri klip besi bagi mengikat landasan kereta api di sepanjang laluan Keretapi Tanah Melayu dari utara hingga selatan. Hal ini amat merunsingkan pengguna perkhidmatan ini kerana sejak dahulu lagi mereka telah memanfaatkan kereta api sebagai salah satu pengankutan awam yang selamat.

Selain itu, bagi industri barang lusuh dan kitar semula pula, semenjak ia berkembang pesat, secara tidak langsung dapat memberikan pulangan yang lumayan kepada pengumpul barang-barang dengan harga pasaran bagi besi dan keluli yang semakin tinggi, ia kini sudah mencapai tahap membahayakan keselamatan awam kerana setiap kali terjumpa sahaja logam sama ada yang terbiar atau tidak, nescaya akan ada orang yang berminat dan sanggup mendapatkannya dengan cara yang tidak halal.

Begitu juga dengan apa yang berlaku kepada projek pengindahan persekitaran yang menggunakan arca-arca keluli, lampu-lampu jalan berkerawang, penutup longkang, papan tanda dan pelbagai lagi yang diilhamkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini bakal menguntungkan pengumpul barangan dalam industri ini selagi lesen terus dikeluarkan dan tidak dipantau dengan rapi oleh pihak berkuasa.

Hukuman kepada pesalah vandalisme!!Kepada mereka yang terlibat dengan gejala vandalism ini, hukuman yang lebih berat perlu dikenakan sebagai satu cara pencegahan yang paling baik. Pelbagai hukuman yang boleh dikenakan kepada mereka yang melakukan vandalisme ini. Ada cadangan daripada pihak masyarakat mencadangkan dimana mereka mahu supaya para pesalah didenda dengan melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan-kawasan awam seperti membersihkan tandas dan sebagainya. Denda ini adalah sebagai pengajaran kepada individu lain agar menjauhkan diri daripada perbuatan vandalisme. Mereka juga perlu dikenakan tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada setimpal dengan apa yang mereka lakukan.

Hukuman yang setimpal dengan perbuatan itu juga perlu diambilkira kerana kebanyakan perkataan yang digunakan mempunyai unsur lucah dan memalukan kaum wanita. Setiap kali terbaca perkataan lucah di dinding jambatan, bangunan dan tempat awam hati seorang wanita akan merasa kecewa dengan sikap segelintir mereka yang tidak matang ini. Mereka sanggup mengeluarkan perkataan sebegitu tanpa rasa segan silu. Perkara ini amat memalukan dan terfikir mengapa perkara seperti ini harus berlaku? Dan apa sebenarnya yang telah berlaku kepada mereka? Hal ini dapat menimbulkan perasaan bimbang dan takut kepada masyarakat sekeliling kerana takut ia akan menular kepada kanak-kanak dewasa ini.

Selain itu, kita juga boleh mengambil contoh dari negara Singapura yang menjatuhkan hukuman berat kepada pesalah vandalisme. Justeru itu, langkah bersama yang boleh diambil adalah mengadakan program tindakan bersama seperti menganjurkan pameran yang melibatkan agensi seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Langkah-langkah mengatasi vandalismei) Peranan Ibu Bapa dan KeluargaIbu bapa perlu memainkan peranan dengan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang kepentingan menjaga harta benda awam. Ibu bapa seharusnya menerangkan kepada anak-anak tentang pentingnya menganggap harta benda orang lain sama seperti harta sendiri. Secara tidak langsung, sekiranya anak sudah diingatkan dengan perkara ini maka sudah tentu masalah vandalisme tidak seteruk hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi dan mendampingi anak-anak mereka supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Kesedaran juga perlu diterapkan untuk membentuk jiwa remaja yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa.

ii) Penguatkuasaan Undang-undangPenguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak yang berkenaan. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak melebihi setahun jika sabit kesalahan. Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah vandalism perlu menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme. (kerja ini dilakukan di tempat awam seperti pusat membeli-belah). Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah vandalisme agar menjadi tauladan kepada rakan-rakan atau individu lain.

iii) Peranan Media MassaSelain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa juga seharusnya mempunyai tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa perlu memainkan peranan yang sangat penting dan mempunyai pengaruh yang kuat dari segi menanam kesedaran untuk memperoleh kerjasama dan menyampaikan maklumat mengenai vandalisme dalam apa jua bentuk rancangan yang tersiar atau yang terdapat di dalam media massa. Media massa juga berperanan membantu pihak kerajaan dengan mengadakan kempen agar masyarakat faham dan menghayati mesej yang disampaikan dalam kempen tersebut. Contoh kempen yang boleh dianjurkan seperti Cintailah Harta Awam.

iv) Peranan Masyarakat dan Pihak SekolahSetiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberi perhatian kepada anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan masyarakat perlu peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di kawasan mereka. Selain itu anggota masyarakat boleh memainkan peranan penting dengan memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme. Pihak sekolah perlu memberi nasihat dan bimbingan yang secukupnya kepada pelajar mengenai kepentingan harta benda awam. Mereka perlu diterangkan dengan lebih mendalam tentang tanggungjawab terhadap harta benda awam kerana sedikit sebanyak ia akan memberi gambaran kepada mereka betapa pentingnya sikap dan tanggungjawab terhadap harta benda awam.

KesimpulanGejala vandalisme yang berlaku ini berpunca daripada kewujudan mereka yang suka melepak tanpa sebarang haluan sehingga menjadikan kemudahan awam seperti pondok menunggu bas, papan tanda dan telefon awam dijadikan sasaran. Perbuatan ini bukan sahaja menyusahkan orang ramai tetapi secara tidak langsung menggambarkan masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran sivik.

Tidak semua vandalisme dilakukan dengan kasar. Sebaliknya tidak semua perubahan besar dan kontroversial merupakan vandalisme. Hal ini memerlukan ketelitian untuk menentukan apakah satu data atau informasi baru itu benar atau ia merupakan vandalisme. Sehubungan itu, orang ramai juga diharap dapat memberi kerjasama dengan melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab mengenai sebarang perbuatan vandalisme.

Walaupun perbuatan vandalisme tidak memudaratkan dan membawa kerosakan yang kekal, perbuatan ini mencemarkan tempat tumpuan orang ramai. Bagaimana kalau lakaran lucah dan perkataan yang memberahikan dibaca oleh golongan muda? Ini sudah tentu akan menimbulkan imaginasi dan khayalan seks yang boleh mendorong seseorang melakukan perbuatan jenayah seperti mencabul kehormatan, rogol dan melakukan hubungan seks bebas. Selain itu, perbelanjaan yang tinggi diperlukan untuk membersihkan tempat atau kawasan yang telah diconteng. Semua usaha pembersihan dan pemulihan ini memerlukan tenaga yang banyak.

Perbuatan vandalisme tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Sesetengah pihak tidak mempedulikan perbuatan ini kerana menganggapnya sebagai fenomena sementara yang akan terhenti dengan sendiri. Sejauh manakah kebenaran ini? Vandalisme dilakukan secara berterusan daripada satu generasi kepada generasi lain. Jika perbuatan ini didiamkan begitu sahaja, sudah tentu kita menggalakkan lagi perbuatan vandalisme ini.

Walaupun selama ini perbuatan vandalisme tidak dianggap sebagai jenayah dan tiada peruntukan undang-undang untuk mendenda atau menangkap para pelakunya, remaja yang didapati melakukan vandalisme seharusnya dikenakan hukuman kompaun. Kompaun ini dapat memberi pengajaran kepada mereka yang ingin melakukan vandalisme, setidak-tidaknya mereka akan berfikir dahulu sebelum berbuat demikian.

Di ibu negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang pentingnya sikap memelihara harta benda awam ini dengan membentuk Jawatankuasa Antivandalisme yang turut dianggotai oleh jabatan lain dan agensi kerajaan. Apabila menyedari hakikat bahawa pelajar merupakan aset penting dan generasi wawasan yang akan menerajui negara pada masa hadapan, maka Jawatankuasa Antivandalisme ini telah melibatkan sekolah dan para remaja untuk turut sama menjayakan kempen ini. Jabatan Pendidikan sendiri telah menganjurkan satu kempen yang diberi tajuk Harta Benda Awam Milikku-Milikmu. Pertandingan seperti ini amat penting dan perlu dilakukan untuk menanamkan sifat lebih bertanggungjawab dan secara tidak langsung dapat menyemaikan perasaan sayang dan cinta terhadap harta benda awam.

Selain itu, masyarakat juga memainkan peranan yang penting dengan memberi kefahaman betapa buruknya akhlak mereka yang melakukan vandalisme. Contohnya, ibu bapa sebagai orang yang terdekat dengan remaja sepatutnya mendidik anak-anak mereka dengan contoh tauladan yang baik serta mengasihi dan meluangkan masa bersama anak-anak agar tidak menimbulkan fenomena kebosanan dan kekosongan di hati mereka. Pihak sekolah pula boleh menerapkan kesedaran untuk membentuk remaja yang berjiwa sihat dan berfikiran matang sebelum melangkah ke alam dewasa kelak.

PUNCA-PUNCA BERLAKU GEJALA SOSIAL DI KALANGAN REMAJA

Faktor diri remaja sendiri merupakan sebab berlakunya gejala sosial. Kebanyakan remajayangterlibat dalam gejala sosial tidak mempunyai didikan agama dan moral yang mendalam.Mereka tidak takut pada dosa dan pembalasan Tuhan di atas perbuatan mereka. Remaja terbabitjuga biasanya tidak sembahyang dan mengingkari perintah agama yang lain. Mereka berpendapatbahawa, kehidupan masa remaja perlu diisi dengan hiburan dan keseronokan semata-mata.

Sikap ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja terjerumus dengan gejala sosial. Terdapatibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kebajikan dan kasih sayang terhadap anak-anak.Sesungguhnya, anak-anak amat memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa. Ibu bapabegitu sibuk dengan kerjayabagi menambahkan pendapatansehingga anak-anakterabaidan tidak mendapat kasihsayang yangsecukupnya. Sikap ibu bapa ini menyebabkan anak-anak tidakmendapat perhatian yangsewajarnyalalu mereka melakukan perkara-perkara negatifuntuk mehilangkan kebosanan dantidak kurang juga ada yang melakukannya semata-mata untuk mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka.

Pengaruh rakan sebaya juga boleh mendorong remaja terlibat dalam gejala sosial. Disebabkanfaktorpergolakan keluarga di rumah, remaja cenderung untuk berjumpa rakan sebaya bagi mencariketenangan dan kegembiraan. Sebahagian daripada rakan sebaya ini pula adalah mereka yangmempunyai perangai negatif. Oleh itu, remajabegitu mudah terikut-ikut dengansikap rakan sebayamereka. Apabila bersama rakan sebaya, remaja cenderung untuk melepak di pusat membeli-belahdan mendapatkan hiburan di pusat-pusathiburan.

Sikap masyarakat yang tidak mengambil berat tentang permasalahan remaja juga menjadifaktor penyebab.Masyarakat hari ini cenderung untuk bersikap individualistik dan tidak mahu'menjaga tepi kain orang'. Bagi pendapat sesetengah masyarakat pula pihak yang perlu mengatasimasalah remaja ialah pihak kerajaan sahaja.Oleh itu, tidak hairanlah jika ada remaja yang menagihdadah berdekatan dengan tempat tinggal mereka tetapi langsung tidak dipedulikan oleh masyarakatkerana mereka berpendapat bahawa, pihak kerajaan sahaja yang perlu menanganinya. Sikap masyarakat yang tidak ingin mengambil tahu tentang hal orang lain pasti akan menggalakkan lagi gejala sosial di kalangan remaja.

Pengaruh media massa terhadap para remaja sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Remajacenderung untuk melakukan perkara yang pernah didengar atau dilihat di media massa kerana remajamempunyai naluri ingin mencuba. Sebenarnya sikap ingin mencuba ini adalah sikap yang baik tetapibukan semua perkara boleh dicuba sewenang-wenangnya.

Punca - Punca Gejala SosialBanyak yang boleh nak diperkatakan tentang gejala sosial antaranya ialah:-

Media Massa

Pengaruh modenisasi dan globalisasi in lebih terasa dan ketara dengan bantuan berbagai alat media-massa yang serba canggih. Media massa merupakan sumber maklumat yang cukup berkesan dalam penyebaran berbagai informasi. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, golongan belia mudah terdedah kepada banyak maklumat, namun tidak semua maklumat- maklumat itu sesuai untuk kesemua peringkat umur.Ini menjadi masalah kerana lazimnya golongan belia mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang ditonton.

Internet

Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) juga turut menyumbang kepada pemaparan gejala-gejala negatif selain peranannya yang begitu penting bagi kemajuan sesebuah bangsa dan negara. Melalui internet umpamanya, masyarakat yang berfikiran kurang sihat dengan mudahnya boleh akses kepada maklumat-maklumat yang boleh menjurus ke arah pemikiran negatif.

Institusi Kekeluargaan Yang Goyah

Institusi kekeluargaan yang bermasalah juga boleh menimbulkan gejala sosial. Ibu bapa seharusnya menerap dan mendidik anak-anak mereka dari kecil. Sekiranya, ibu bapa bersikap sambil lewa terhadap pendidi kan agama anak-anak mereka, ini akan menjadi satu faktor punca gejala sosial.Dan lagi, dengan bertambahnya komitmen ibu bapa terhadap kerjaya mereka, masa diluangkan untuk keluarga itu terhad. Ini akan membuat anak - anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak mustahil mereka akan mencari alternatif lain untuk mengisi kegersangan kasih sayang. Selain daripada itu, rumahtangga yang bermasalah juga, seperti perceraian dan pergaduhan turut mempengaruhi remaja untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.

Cara Berpakaian

Jika kita perhatikan pakaian sesetengah golongan muda di masa ini cukup memalukan.Cara berpakaian mereka bertentangan dengan cara pakaian budaya melayu sekali gus bertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan Islam, agama rasmi negara kita. Mereka begitu ghairah untuk mengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju. Mereka takut dan terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno, dan berfikiran sempit.Sayangnya, tidak semua dapat menerima pendapat bahawa mereka ada memainkan peranan dalam melonjaknya jumlah kes rogol dan seks bebas. Walaupun Brunei Darussalam sebuah negara MIB, kita tidak dilarang berfesyen, akan tetapi berpadalah dengan aturan dan garis panduan syarak dan budaya yang telah ditetapkan.

Dunia Cinta Remaja

Di zaman moden ini, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah dilihat sebagai satu kemajuan dalam pembentukan masyarakat yang lebih maju tetapi bukan sebagai pelanggaran perintah Allah SWT. Memang lumrah, perasaan ingin berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam remaja. Tetapi sekiranya perasaan ini tidak dikawal, sudah tentu ini akan menimbulkan gejala - gejala sosial seperti pergaulan bebas, anak luar nikah, zina dan sebagainya. Bercinta tidak pernah dianggap salah malahan orang yang tidak percaya akan cinta kepada insan lain dan pencipta-Nya merupakan golongan manusia yang rugi. Islam sendiri menggalakkan umatnya saling kenal mengenali antara satu sama lain tanpa mengira jantina, bangsa dan agama. Mungkin ada cara untuk menangani masalah percintaan. Remaja diingatkan supaya berkawan atau bercinta dengan cara yang telah digariskan oleh Islam yang diantaranya adalah mengelakkan pergaulan tanpa batas, berdua-duaan di tempat sunyi dan sebagainya.

Terlalu Banyak Masa Lapang

Sekiranya masa lapang golongan belia terbatas,mereka akan rasa kurang berminat pada kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah. Pengisian masa lapang yang kurang terarah, akan mendesak remaja untuk melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti perbuatan negatif.

Pengaruh Rakan Sebaya

Pengaruh rakan sebaya adalah salah satu perkara yang menjadi punca berlakunya gejala sosial. Perkara ini sering berlaku di kalangan remaja-remaja sekarang yang hidup di dalam alam penuh dengan kemajuan. Ini adalah kerana remaja pada masa sekarang lebih mesra dengan rakan mereka kerana ibubapa sibuk dengan urusan kerja dan lain-lain. Ada sesetengah remaja meluangkan masa hampir penuh bersama rakan-rakannya. Di sebabkan itu, remaja sekarang lebih mengenali rakan mereka berbanding dengan ibubapa sendiri dan lebih mempercayai rakan mereka daripada keluarga atau ibubapa. Kejadia seperti ini adalah amat bahaya dan boleh mengakibatkan remaja tersebut terjerumus dalam gejala sosial yang tidak sihat.

Pengaruh Artis

konsert-konsert penyanyi dari negara Barat yang ditayangkan turut membawa impak buruk. Penyanyi dari Barat, terionjak-ionjak memakai jeans yang terkoyak sehingga menjadi kegilaan dan idola remaja. Sekali gus, hal ini turut menjajah minda remaja kerana mereka berfikir semua perkara yang baik datang dari Barat. Amalan-amalan tidak sihat seperti minum arak dan menagih dadah turut menjadi ikutan muda-mudi. Melalui majalah-majalah pula, artis-artis tempatan yang kononnya menjadi contoh dan teladan sebenarnya semakin membawa remaja ke arab kemaksiatan dan keruntuhan moral. Kandungan majalah dan gambar-gambar yang memaparkan unsur pendedahan aurat yang keterlaluan serta menjolok mata semata-mata untuk mengaut keuntungan yang maksima menyebabkan rosak minda para remaja.

Kesan-kesan Masalah Gejala Sosial Masalah gejala sosial di dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam diri individu, masyarakat dan Negara. Remaja pada hari ini merupakan aset utama dan sangat penting dalam pembangunan negara pada masa akan datang. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja dan masyarakat pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk menanganani permasalahan yang kian meruncing ini, ini menjadikan pembentukkan jati diri dan kemuliaan akhlak rapuh dari mata masyarakat kita sendiri.Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Sekiranya seseorang individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka peribadi seseorang individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara.

Kesan Ke atas Individu Seseorang insan yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat sesuci kain putih yang tiada kotoranya, ianya terpulang pada seseorang individu itu bagaimana dia hendak mencorakkan kehidupannya. Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, berbanding individu yang mencorakkan dirinya dengan perkara-perkara negatif akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Bagi seseorang yang bergelar muslim terutamanya remaja, akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan perkara-perkara keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Sebaliknya, kebanyankkan remaja muslim pada hari ini tidak mengikut ajaran islam yang sebenarnya, sebaliknya memalukan agama, bangsa dan Negara. Tidak dapat dinafikan juga kesan gejala sosial ini akan memberikan kesan yang mendalam pada diri seseorang remaja itu.

Kesan Ke atas Keluarga Keluarga memainkan peranan yang sangat penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu terbentuk. Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian yang dialami sesuatu masyarakat. Akhlak seseorang individu remaja yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. Akibat daripada wujudnya ketidak harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan pastinya akan berlakunya penceraian. Ini akan menjadikan masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara, seterusnya hilang tempat bergantung dan bermanja. Kesannya berlakunya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain.

Kesan Ke atas Masyarakat Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa pada masa kini ialah dengan melihat akhlak dan moral sesuatu masyarakat. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan masyarakat. Sekiranya hal ini tidak dibendung oleh pihakpihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan, maka tidak hairanlah suatu hari nanti, akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remajaremaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa. Namun begitu terdapat kesan yang paling ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dibendung dengan segera. Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu. Akibatnya perasaan buruk dan prasangka akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat. Hal ini menberi kesan apabila berlaku pergaduhan dalam masyarakat. Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum. Sekaligus kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang mana hal ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat.

Kesan Ke atas Negara Implikasi utama terhadap negara jika gejala sosial tidak ditengani segera akan menyebabkan negara akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan. Hal ini akan menjadikan kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan sosioekonomi negara menjadi lembap kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi di kalangan masyarakat. Perkara ini menjadikan kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial ia sekaligus meningkatkan kos perbelajaan kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah. Seterusnya anasir-anasir luar akan meresap masuk kedalam negara sekiranya generasi muda pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka. Dan, kesan paling utama ialah remaja pada hari ini terutamanya akhlak remaja Islam hancur dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada hari ini tentulah serong dan buruk.

Jalan Penyelesaian Terhadap Gejala SosialGejala sosial yang melibatkan golongan remaja bukan sahaja menimpa remaja kelas bawahan, malahan membabitkan kelompok remaja kelas menengah dan atasan. Pada umumnya, gejala ini timbul kerana golongan remaja tidak mempunyai tempat mengadu dan tidak diurus dengan saksama lagi bijaksana. PERANAN IBU BAPASesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran dalam mendidik anak-anak. Kemahiran mengasuh meliputi kefahaman terhadap jiwa remaja, menangani kesihatan mental dan emosi anak-anak muda serta penguasaan terhadap perkembangan terkini. Mereka perlu dididik bahawa jiwa remaja kini tidak sama dengan jiwa mereka sewaktu remaja. Interaksi dengan anak-anak tidak lagi bersifat sehala. Pandangan bahawa `ibu dan bapa kemudian anak-anak tidak lagi terpakai. Sebaliknya ibu bapa perlu memahirkan diri menjadi `rakan anak-anak. Kemahiran mendengar dan berbincang dengan anak-anak perlu dipupuk. Konsep membuat keputusan untuk anak remaja juga tidak lagi boleh diamalkan. Sebaliknya gaya berbincang nyata lebih berkesan.Ibu bapa harus peka dan membantu remaja dalam memahami perubahan fizikal dan seksual mereka. Mereka perlu dibantu apabila terdapat ledakan kebolehan intelektual. Perubahan tersebut mendorong remaja membebaskan diri daripada kongkongan ibu bapa dan sebaliknya mereka mahu membina jati diri sendiri.Pendidikan daripada alam kanak-kanak kepada remaja menjadikan emosi dan psikologi mereka mulai bebas. Jika ibu bapa masih mengamalkan konsep melindungi dan bukannya tempat meluahkan masalah, remaja akan kelihatan bermusuh dengan ibu bapa kerana jiwa mereka tidak difahami. Peristiwa yang menimpa remaja Sufiah Farouq (remaja pintar di Oxford) merupakan suatu contoh bahawa remaja tidak boleh dikongkong oleh ibu bapa.Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengangejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan ialah tentang agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus kepada perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting, terutamanya sebagai model kepada anak-anak. Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka.Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah menjadi rakan kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik.

Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga.Contohnya, di bulan Ramadan ini, seboleh-bolehnya semua ahli keluarga berkumpul untukberbuka puasa ataupun bersama-sama ke surau atau masjid untuk menunaikan solat sunatTarawih. Para ibubapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh justtake for granted. Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing.Selain itu, ibu bapa perlu mengenali rakan anakanak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Ibu bapa harus sentiasa berdoa agar anak-anak mereka terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini. Mereka harus sedar bahawa doa ibubapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak

PERANAN GURU DI SEKOLAH

Guru di sekolah pula bukanlah sekadar pembimbing akademik, tetapi harus menjadi rakan kepada remaja. Guru yang diingati oleh remaja ialah guru yang boleh dibawa berbincang dan sama-sama menyelesaikan masalahnya. Guru yang hanya memerintah akan diingati sebagai `pemerintah dan tidak didekati. Hasilnya, arahan akademik bukan sahaja tidak dipatuhi, bahkan mewujudkan pemberontakan antara pelajar dengan gurunya. Ini pula akan menyebabkan pelajar tidak mempunyai minat terhadap proses pembelajaran.

PERANAN PIHAK BERKUASA

Pihak berkuasa pula tidak boleh mengharapkan remaja menjauhi kehidupan bebas dan liar, tetapi pada masa yang sama turut menyediakan ruang untuk perkara seperti minuman arak, seks bebas dan penagihan pil ecstacy berlaku dengan mudah. Persekitaran tidak sihat hares dibanteras, seiring dengan usaha pembentukan remaja itu sendiri. Gejala remaja gemar menonton video lucah misalnya, tidak boleh dituding semata-mata kepada ibu bapa dan guru. Dalam hal ini, adakah ibu bapa dan guru hares disalahkan, sedangkan bahan untuk tontotan lucah berlambak bebas di pasaran tanpa kawalan? PERANAN MEDIA MASSA

Media pula mesti mengawal penyiaran secara eksklusif dan besar-besaran tentang keruntuhan akhlak remaja tanpa membantu untuk mengawalnya. Sebaliknya remaja yang berjaya mesti sering ditonjolkan di media massa sebagai motivasi untuk diteladani. Hal-hal mengenai kreativiti remaja mesti sering diperbanyak berbanding liputan mengenai aksi dan perangai negatif mereka.Sesungguhnya, pelbagai gejala negatif berleluasa di kalangan remaja hari ini. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama membanteras fenomena ini agar tidak timbul masalah sosioekonomi yang lebih serius. MENGGERAKKAN KOMUNITI/MASYARAKAT

Setiap usaha yang dilakukan dalam apa-apa permasalahan masyarakat tidak akan berjaya jika masyarakat di tempat di mana masalah itu berlaku tidak turut sama menggembleng tenaga. Untuk menggerakkan masyarakat Melayu ataupun komuniti Islam, tempat yang paling sesuai dalam mendapat komitmen mereka ialah di masjid-masjid atau di surau-surau. Kerana di sinilah masyarakat berkumpul pada setiap hari, setidak-tidak pada waktu malam sekiranya mereka sibuk bekerja pada siang harinya. Apabila masjid-masjid dan surau-surau mula membincangkan mengenai cara-cara untuk menangani penyakit masyarakat ini, sudah pastilah Pelan Tindakan yang disusun oleh kerajaan negeri melalui agensi-agensi kerajaan dan jabatan yang berkaitan akan menjadi lebih mudah. Apa yang kita mahukan di sini ialah masjid-masjid dan surau-surau menjadi perantara kepada mesej yang hendak disampaikan oleh kerajaan negeri dalam mengubati penyakit ini serta kaedah rawatan yang perlu diambil dan seterusnya kaedah pencegahannya. Apabila mandat diberikan kepada pihak masjid serta surau dan seterusnya komuniti setempat untuk melaksanakan program ini, sudah pasti masyarakat akan memandang tinggi terhadap institusi masjid serta surau, dan mereka akan melihat hubungan jambatan antara komuniti setempat dengan kerajaan negeri.Pihak jawatankuasa masjid dan surau hendaklah diberi kefahaman yang sepenuhnya bahawa usaha ini bukannya untuk meraih keuntungan atau sokongan mana-mana pihak, tetapi ianya adalah untuk manfaat masyarakat keseluruhannya. Kaedah ini adalah seperti mana yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w di mana masjid dijadikan tempat untuk menyelesaikan segala permasalahan masyarakat, sumber rujukan, pusat kaunseling dan seterusnya.

Malaysia sedang berhadapan dengan isu-isu sosial yang semakin serius dan membimbangkan semua lapisan masyarakat. Kejadian salah laku pelajar seperti bergaduh, menyerang, membunuh, membakar sekolah kerap dipaparkan di dada-dada akhbar dan ditelevision. Isu-isu sosial yang sebahagian daripadanya melibatkan golongan Orang Kurang Upaya, wanita, remaja dan kanak-kanak yang tidak lari dari terjerumus dalam kancah gejala sosial ini. Kehadiran gejala sosial ini selari dengan perkembangan kemajuan negara dan memberi implikasi besar kepada kesejahteraan hidup individu masyarakak dan negara. Kesan langsung ke atas sosioekonomi masyarakat ialah pengangguran, penghijrahan dan kemiskinan. Oleh kerana itu, Bajet 2009 yang diumumkan pada tahun lepas memperuntukkan perbelanjaan yang lebih besar dalam perkhidmatan sosial ini. Laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2003 dan statistik daripada Polis DiRaja Malaysia(PDRM) menunjukkan penglibatan dalam gejala sosial bermula seawal umur 10 tahun. Mengikut perangkaan yang dikeluarkan pada tahun 2005 oleh PDRM, sebanyak 76,403 kes jenayah yang dilaporkan pada tahun tersebut di seluruh Malaysia iaitu melibatkan jenayah berbentuk kekerasan dan jenayah harta benda. Bagi melihat isu-isu sosial dengan lebih terperinci, blog ini akan cuba mengupas permasalahan gejala sosial yang sedang berlaku dalam masyarakat melalui pendedahan statistik, tinjauan lepas dan pemerhatian.Dicatat olehKumpulan 3di10:39 PTGTiada ulasan:E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke PinterestStatistik laporan gejala sosialSTATISTIK LUMBA HARAM BAGI TAHUN 2001 - 2004Negeri Bilangan %Perlis 27 0.5Kedah 112 2.0Pulau Pinang 431 8.0Perak 635 12.0Selangor 1,041 20.0Kuala Lumpur 255 5.0Negeri Sembilan 469 9.0Melaka 81 1.0Johor 925 17.0Pahang 477 8.9Kelantan 141 3.0Terengganu 201 4.0Sabah 240 4.5Sarawak 292 5.0Labuan 5 0.1Jumlah 5,332 100.0

Penyalahgunaan Dadah di MalaysiaEtnik Bilangan %Melayu 191,141 65.9Cina 53,210 18.4India 29,134 10.1Bumiputera Sabah & Sarawak 11,795 4.0Lain-lain 4,483 1.6Jumlah 289,763 100.0

Kes Pembuangan Bayi 2000-2006