isi kandungan

44
Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH) Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat 1.0 Pengenalan 1.1 Definasi papan tanda keselamatan Tanda berbentuk visual dalam bentuk tanda, label, stiker atau lainnya yang menandai menyarankan pengguna dari persekitaran dan tingkat potensi bahaya yang dapat menyebabkan kecelakaan. Hal itu dapat juga memberikan arahan untuk menghilangkan atau mengurangi bahaya dan memberitahu tentang kemungkinan kebarangkalian jika tidak menghindari bahaya tersebut, erti kata lain tanda memberi maklumat atau arahan tentang keselamatan dan kesihatan ditempat kerja. 1.2 Definasi bangunan pejabat. Pejabat dapat dibangunkan di hampir semua lokasi di hampir semua bangunan, beberapa persyaratan untuk pejabat moden ini membuat lebih sulit. Terdapat dua syarat utama iaitu keperluan cahaya harus cukup dan untuk jaringan komunikasi dan perhubungan. Seperti di samping persyaratan lain seperti keamanan dan fleksibiliti, hal ini telah menyebabkan terbinanya bangunan khusus yang didedikasikan hanya atau terutama untuk digunakan sebagai pejabat. Sebuah bangunan pejabat, juga dikenal sebagai pejabat blok, merupakan 1

Upload: fairus

Post on 11-Jun-2015

6.325 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

pemahaman tentang papan tanda

TRANSCRIPT

Page 1: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

1.0 Pengenalan

1.1 Definasi papan tanda keselamatan

Tanda berbentuk visual dalam bentuk tanda, label, stiker atau

lainnya yang menandai menyarankan pengguna dari

persekitaran dan tingkat potensi bahaya yang dapat

menyebabkan kecelakaan. Hal itu dapat juga memberikan

arahan untuk menghilangkan atau mengurangi bahaya dan

memberitahu tentang kemungkinan kebarangkalian jika tidak

menghindari bahaya tersebut, erti kata lain tanda memberi

maklumat atau arahan tentang keselamatan dan kesihatan

ditempat kerja.

1.2 Definasi bangunan pejabat.

Pejabat dapat dibangunkan di hampir semua lokasi di hampir

semua bangunan, beberapa persyaratan untuk pejabat moden

ini membuat lebih sulit. Terdapat dua syarat utama iaitu

keperluan cahaya harus cukup dan untuk jaringan komunikasi

dan perhubungan. Seperti di samping persyaratan lain seperti

keamanan dan fleksibiliti, hal ini telah menyebabkan terbinanya

bangunan khusus yang didedikasikan hanya atau terutama untuk

digunakan sebagai pejabat. Sebuah bangunan pejabat, juga

dikenal sebagai pejabat blok, merupakan bentuk bangunan

komersial yang mempunyai ruang terutama direka untuk

digunakan sebagai pejabat.

Tujuan utama sebuah bangunan pejabat adalah untuk

memberikan lingkungan kerja dan bekerja terutama untuk

pentadbiran dan pengurusan pekerja. Para pekerja biasanya

menetapkan kawasan tertentu dalam pejabat tersebut, dan

1

Page 2: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

biasanya diberikan dengan meja, komputer dan peralatan

lainnya yang mungkin perlu di kawasan tersebut.

Bangunan pejabat yang akan dibahagi menjadi bahagian untuk

berbagai perusahaan atau mungkin didedikasikan untuk satu

perusahaan.

Banyak bangunan pejabat juga memiliki kemudahan tandas, lif,

tempat letak kereta, stor, pantri dan ruang staf, di mana para

pekerja dapat makan serta beristirehat sejenak.

2.0 Asas papan tanda keselamatan.

Tiada hazard tiada papan tanda keselamatan. Walau bagaimanapun

didunia sebenar ada pelbagai hazard yang pihak majikan dan pekerja

perlu beri perhatian. Secara asasnya papan tanda keselamatan dicipta

untuk memberitahu pekerja tentang bahaya yang terdapat ditempat

tersebut dan mengelakkan kemalangan dari berlaku. Papan tanda

keselamatan yang berkesan ialah papan tanda yang mampu

mengenalpasti dan menamakankan semua kemungkinan hazard yang

pekerja perlu tahu.

Papan tanda keselamatan yang betul adalah papan tanda yang

mampu membantu pekerja mengenal pasti hazard secara sekilas

pandang. Tetapi tidak semua papan tanda perlu dibaca atau dilihat

secara sekilas pandang. Papan tanda yang perlu dibaca sekilas

pandang adalah papan tanda yang berbentuk desakan atau

kecemasan.

2

Page 3: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

Walau bagaimanapun ada pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah

ini. Perkara ini diselesaikan melalui warna, perkataan dan simbol. Pada

kebiasaannya simbol digabungkan dengan perkataan untuk mengenal

pasti hazard.

2.1 Piawaian tanda keselamatan dan piawaian warna keselamatan

Kedua-dua perkara diatas perlu memenuhi piawaian. Piawaian

antarabangsa yang digunakan ialah ISO 3864. Bagi mencapai

pemahaman yang menyeluruh papan tanda perlu menggunakan ayat

yang sesingkat mungkin. Disebabkan perkembangan perdagangan

antarabangsa yang meluas dan pergerakan tenaga kerja yang

menyeluruh, kaedah keselamatan memerlukan cara komunikasi yang

berkesan bagi menangani kecelakaan. Kaedah yang digunakan bagi

memenuhi keperluan tersebut adalah menggunakan kaedah warna

yang tertentu, bentuk geometrik dan bentuk grafik yang telah

dipiawaiankan. Kaedah tersebut digunakan bagi pengurangan risiko

dan mencegah kecelakaan. Terdapat 5 warna asas yang digunakan.

Biasanya ia digunakan bersama kata kunci tanda tersebut. Warna juga

berkesan untuk pembahagian kawasan kerja dengan risiko yang

berbeza. Warna mampu menarik perhatian bagi kegunaan

keselamatan sebagai contoh warna boleh digunakan untuk

mengenalpasti kandungan paip yang terdapat pada sesuatu kawasan

secara tidak langsung boleh memberi maklumat jenis hazard yang

ada. Pemilihan warna juga penting sebagai contoh warna merah

menunjukkan jenis hazard yang tepat manakala kuning digunakan jika

ada potensi untuk hazard tertentu.

2.2 Rujukan asas untuk piawaian malaysia

3

Page 4: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

Terdapat 3 rujukan asas papan tanda untuk piawaian

malaysia

2.2.1 MS 980:1986 - Safety sign colorimetric and photometric

properties of materials

2.2.2 MS 981:1985- Safety sign color and design

2.2.3 MS 982: 1985- Fire safety signs, notices and graphic symbols

2.3 Kategori papan tanda

Terdapat 3 kategori asas papan tanda yang digunakan ditempat kerja.

1. Peraturan

Sub kategori larangan dan tindakan wajib.

2. Amaran

Sub kategori waspada dan bahaya

3. Maklumat

Sub kategori kecemasan dan maklumat umum

Setiap kategori diterjemah dalam bentuk yang mudah diingati.

Manakala setiap kategori mempunyai sub kategori yang mempunyai

kod warna tertentu.

2.3.1 Kategori peraturan .

Sub kategori :Larangan

Bentuk papan :Bulat

Kod warna :Merah

Warna simbol :Hitam

4

Page 5: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

Diatas adalah contoh papan tanda dalam kategori peraturan ia

menerangkan tentang larangan tindakan atau tingkahlaku yang perlu

dielakkan

Sub kategori :Tindakan wajib

Bentuk :Bulat

Kod warna :Biru

Warna simbol :Putih

Diatas adalah contoh papan tanda yang mewajibkan seseorang

mematuhi syarat yang ditentukan.

2.3.2 Kategori amaran

Sub kategori :Waspada

Bentuk :Segitiga

Kod warna :Kuning

Warna simbol :Hitam

5

Page 6: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

Diatas adalah contoh papan yang menunjukkan amaran tentang

potensi hazard yang ada.

Sub kategori :Bahaya

Bentuk :Segitiga

Kod warna :Kuning

Warna simbol :Hitam

Diatas adalah contoh papan tanda amaran yang menunjukkan bahaya

hazard yang ada dikawasan tersebut.

2.3.3 Kategori maklumat

Sub kategori :Kecemasan

Bentuk :Segiempat

Kod warna :Hijau

Warna simbol :Putih

Diatas adalah contoh tentang maklumat jika berlaku kecemasan

Sub kategori :Maklumat umum

Bentuk :Segiempat

Kod warna :Hijau

Warna simbol :Putih

6

Page 7: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

Diatas adalah contoh papan tanda tentang maklumat umum disesuatu

bangunan.

7

Page 8: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

8

Simbol hitam dan latarBelakang putih

Lis merah

Larangan

Bentuk bulat

Page 9: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

9

Tindakan wajib

Bentuk bulat

Simbol putih diatas latarbelakang berwarna biru

Page 10: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

10

Amaran

Bentuk segitiga

Simbol hitam dan latar Belakang warna kuning Lis hitam

Page 11: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

11

Laluan kecemasan / bantuan kecemasan

Bentuk segiempat

Simbol warna putih diatas latarbelakang hijau

Page 12: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

2.4 Tanda yang digunakan untuk hambatan dan lokasi berbahaya dan

untuk menandakan jalur lalu lintas

12

Alat pemadam kebakaran

Bentuk segiempat

Simbol warna putih diatas latarbelakangWarna merah

Page 13: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

Pita hambatan untuk lokasi berbahaya

1. Tempat di mana terdapat risiko pelanggaran dengan troli dan

kawasan objek jatuh ditandai dengan warna kuning dan hitam

atau merah dan putih

2. Pita ini dipasang di tempat kerja untuk pekerja tertentu yang

mempunyai akses selama mereka bekerja.

3. Kawasan yang ditanda mestilah sama besar dengan tempat yang

berpotensi berlaku kemalangan.

4. Kuning dan merah atau hitam dan putih jalur harus di sebuah

sudut dari sekitar 45° dan lebih kurang sama ukuran.

Contoh pita yang digunakan

Belang hitam kuning digunakan untuk menandakan tanda lalulintas ia

bagi mengelak dari pengguna menggunakan laluan yang telah

ditandakan. Tanda ini mesti diletakkan sehingga kekawasan yang

selamat atau sesuai mengikut keadaan tersebut.

2.5 Jenis-jenis papan tanda

Terdapat 3 jenis papan tanda yang digunakan .

1. Papan tanda yang menggunakan simbol sahaja.

2. Papan tanda yang menggunakan simbol dan ayat (text).

3. Papan tanda yang menggunakan ayat (text) sahaja.

Menggunakan simbol adalah kaedah yang berkesan ia mudah difahami

dan diingati. Ayat yang mudah digunakan bagi membantu untuk lebih

memahami maksud papan tanda tersebut. Walau bagaimanapun

13

Page 14: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

gabungan ayat dan simbol lebih berkesan jika dibandingkan

penggunaan ayat sahaja atau simbol sahaja.

14

Page 15: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

Jadual 2.5.1 Dibawah adalah contoh bentuk papan tanda .

Jenis Simbol sahaja Simbol + ayat Ayat sahaja

Peraturan

Larangan

Perintah

15

Page 16: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

Amaran

Waspada

Bahaya

16

Page 17: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

Maklumat

Kecemasa

n

Maklumat

am

17

Page 18: isi kandungan

Jadual 2.5.2 Warna , maksud dan maklumat pada papan tanda

Warna Maksud Arahan dan maklumat

Tanda larangan Perilaku yang merbahaya

Merah Amaran bahaya Berhenti , tutup peralatan ,

pengasingan

Alat memadam kebakaran Mengenal pasti lokasi alatan

Kuning Tanda amaran Berhati hati dan berwaspada

Biru Tanda wajib mematuhi Perilaku atau tindakan tertentu.

Gunakan alat perlindungan

individu

Hijau Laluan kecemasan dan alat

bantuan kecemasan

Pintu , laluan kecemasan ,

peralatan dan kemudahan

Tidak merbahaya Kembali kepada normal

Jadual 2.5.3 Perbezaan warna dan warna simbol

Kod warna keselamatan Perbezaan warna Warna simbol

Page 19: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

Merah Putih Hitam

Kuning Hitam Hitam

Hijau Putih Putih

Biru Putih Putih

Jadual 2.5.4 Gabungan warna dan bentuk papan tanda serta maksudnya.

19

Bentuk

papan

Warna

Merah Larangan Alat pemadam

kebakaran

Kuning Peringatan penyebab

bahaya

Hijau Tiada bahaya

(alat bantuan )

Biru Mewajibkan Maklumat atau

petunjuk

Page 20: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

20

Page 21: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

3.0 Perancangan dan penyelenggaraan.

Papan tanda yang digunakan mestilah mempunyai bentuk dan warna

yang piawaian. Pictogram yang digunakan mestilah mudah dan sesuai

digunakan. Papan tanda yang digunakan mestilah menggunakan

bahan yang sesuai dan sudut meletakkan papan tanda itu mudah

dilihat dan difahami. Papan tanda sepatutnya dipasang pada

ketinggian yang sesuai, tidak kabur dan dipasang kemas, mudah

diselenggara dan mudah kelihatan.

Papan tanda mampu mempengaruhi operasi dan penampilan pihak

pengurusan bangunan. Oleh sebab itu papan tanda mesti diuruskan.

Papan tanda harus dilihat sebagai lingkungan sistem maklumat dan

mampu membantu pengguna papan tanda menerima dan membantu

mereka mencapai matlamat pengguna papan tanda tersebut. Papan

tanda keselamatan yang dipasang harus mampu menjawab tiga soalan

penting. Apa situasi saya? Kemana arah saya? Bagaimana hendak

kesana? Papan tanda yang bagus mampu menjawab persoalan dalam

banyak situasi. Samada situasi kritikal atau tidak. Bagi memastikan

pengguna papan tanda dapat bertindak secara berkesan dalam

keadaan tertentu papan tanda yang digunakan mestilah dirancang

dengan betul kerana ia adalah sistem komunikasi yang berkesan pada

banyak situasi.

3.1 Penyelenggaraan sistem papan tanda

Organisasi yang dinamik selalunya memberi kesan kepada struktur

pengurusan . Secara tidak langsung ia memberi kesan kepada papan

tanda yang sedia ada. Perubahan organisasi, perubahan tempat dan

penambahan operasi baru memerlukan penambahan, pengurangan

dan perubahan papan tanda. Menyelenggara sistem termasukla

mengemaskini maklumat dan mengganti papan tanda yang usang

21

Page 22: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

kerana ia mampu memberi kesan kepada keberkesanan papan tanda

tersebut. Papan tanda yang tidak berfungsi atau berkesan harus diberi

perhatian. Tindakan yang wajar harus dilakukan sebelum kemalangan

terjadi menjadi realiti. Keberkesanan sistem papan tanda amat

bergantung pada penampilan fizikal papan tanda. Dengan adanya

borang pemeriksaan papan tanda (appendix 1) ia dapat membantu

kerja-kerja menyelenggara papan tanda.

3.2Perancangan penggunaan papan tanda.

Ia mestilah mempunyai ciri-ciri berikut

3.2.1Ciri-ciri fizikal bangunan yang diduduki.

3.2.2 Jenis dan arah laluan yang digunakan untuk lalu lintas.

3.2.3Keperluan kawasan untuk kegunaan awam.

3.2.4Pintu masuk dan pintu keluar dan kegunanaan kecemasan.

3.2.5Pesanan umum yang perlu bagi orang awam dan kaki tangan

tentang keselamatan dan kesihatan.

3.2.6Penerangan dari tanda-tanda.

3.2.7Penempatan dan pemasangan tanda.

3.2.8Urutan, keutamaan dan kumpulan papan tanda yang

diperlukan.

3.2.9Kaedah menemukan jalan menggunakan papan tanda.

3.3 Pihak yang terlibat dalam perancangan dan pengurusan papan

tanda keselamatan.

3.3.1 Pihak pengurusan harta

3.3.2 Pihak pengurusan kemudahan bangunan.

3.3.3 Pihak pengurusan keselamatan dan kesihatan.

3.3.4 Pihak pengurusan Keselamatan bangunan.(security)

22

Page 23: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

4.0 Keberkesanan papan tanda keselamatan dan warna yang

digunakan.

Papan tanda yang berkesan mampu memberi maklumat yang tepat

tentang hazard yang ada disekeliling. Setiap kakitangan memahami

setiap maksud papan tanda dan warna yang digunakan kerana mereka

mesti memberi tindak balas yang pantas apabila berlaku kecemasan.

4.1 Ciri-ciri papan tanda

4.1.1 Menarik perhatian.

4.1.2 Mengenal pasti hazard yang terdapat ditempat tersebut.

4.1.3 Dapat mengenal pasti tindakan yang perlu dilakukan

4.1.4 Mudah diingati dan difahami oleh semua kakitangan.

4.1.5 Diletakkan ditempat yang mudah dilihat dan dibaca serta

mereka mampu bertindak mengikut arahan papan tanda

tersebut.

4.1.6 Papan tanda mampu dilihat dan difahami pada mereka yang

mempunyai penglihatan yang terhad dan tidak faham bahasa

tempatan.

4.1.7 Saiz dan tempat yang sesuai dengan maklumat yang

diperlukan.

4.1.8 Kod warna dan bentuk mestilah memenuhi piawaian yang

ditentukan.

4.2 Papan tanda yang bersinar atau mempunyai tenaga beteri

Keluar tanda-tanda harus dibaca setiap saat. Di lokasi di mana lampu

kecemasan telah dianggap perlu untuk keperluan tanda jalan keluar,

23

Page 24: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

seperti tanda-tanda harus diterangi oleh lampu kecemasan jika dalam

hal kegagalan dari pencahayaan normal. Atas cara berikut ia dianggap

sesuai jika lampu di luar tetapi memberikan pencahayaan yang

memadai. Jika kecemasan papan tanda yang mempunyai tenaga bateri

yang tersendiri dalam keadaan kecemasan ia sangat membantu.

Manakala bagi menjimatkan kos penyelenggaraan papan tanda yang

sesuai ialah self illuminate board

4.3 Penggunaan perkataan yang mudah dibaca dan difahami.

Penggunaan perkataan dan simbol yang mudah mampu membantu

kakitangan dan pelawat memahami papan tanda dengan pantas. Ia

juga mudah di pelajari dan diingati .

Pastikan simbol dan ayat penerangan yang digunakan adalah ringkas.

Ayat yang terlalu panjang menyukarkan kakitangan membaca pada

masa kecemasan.

Ayat yang ringkas dan padat mampu memendekkan masa membaca

ketika berlaku kecemasan.

Elakkan dari menggunakan papan tanda yang mengandungi ayat

sahaja kerana ia kurang berkesan. Papan tanda keselamatan lebih

berkesan jika simbol dan ayat penerangan ringkas digabungkan.

Gunakan dwi bahasa. Supaya memudahkan pekerja yang tidak

memahami bahasa melayu. Gunakan huruf besar pada permulaan

huruf dan huruf kecil untuk yang seterusnya. Gunakan huruf besar

pada semua huruf jika perlu contoh jika amaran keras atau hanya satu

ayat sahaja untuk ayat amaran tersebut.

Gunakan perkataan amaran yang sesuai. Contoh gunakan ayat yang

betul:

Bahaya (atau BAHAYA) perkataan ini sesuai jika hazard

tersebut sememangnya ada dikawasan tersebut.

24

Page 25: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

Awas (atau AWAS) perkataan ini sesuai jika kawasan itu

ada potensi hazard.

Bentuk huruf yang sesuai digunakan untuk papan tanda keselamatan

adalah yang mudah dibaca contoh seperti arial, helvetica, folio

medium dan yang sepertinya. Gunakan hanya satu pesanan untuk satu

papan tanda. Jika ada dua pesanan gunakan 2 papan tanda.

5.0 Kedudukan papan tanda keselamatan

Kedudukan papan tanda keselamatan adalah penting kerana ia

berperanan dalam melalukan tindak balas yang berkesan. Kedudukan

yang betul membantu seseorang dalam menangani sesuatu lebih

berkesan kerana seseorang itu tidak perlu membuang masa dan dan

ruang untuk bertindak.

Ciri-ciri kedudukan papan tanda mestilah:

5.0.1 Kedudukan papan tanda mestilah jelas dan berada

ditempatnya.

Ia juga mestilah bebas dari sebarang halangan dan dalam

keadaan teratur. Kedudukan sudut papan tanda tersebut

mestilah sudut yang sesuai.

5.0.2 Cahaya yang cukup untuk memudahkan papan tanda

tersebut dibaca dan warna papan tanda tersebut dapat dilihat

dengan jelas. Cahaya juga mesti cukup bagi memastikan

hazard yang ada dikawasan tersebut kelihatan jelas.

5.0.3 Jarak papan tanda keselamatan dan hazard atau alatan

kecemasan yang dimaksudkan mestilah mempunyai jarak

25

Page 26: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

sesuai. Ia bagi memudahkan mereka membaca dan

bertindak .

5.0.4 Tidak meletakkan lebih dari 3 papan tanda supaya tidak

mengelirukan.

5.0.5 Penunjuk arah kecemasan mestilah jelas dari semua penunjuk

arah yang lain supaya tidak mengelirukan. Ketinggian

penunjuk arah kecemasan mestilah sekata disemua tempat

kerja tersebut dan kedudukan penunjuk arah tersebut

mestilah sesuai supaya tindakan yang dibuat pantas dan

berkesan.

5.0.6 Maklumat visual persekitaran juga mesti disediakan.

Sebahagian faktor-faktor adalah diluar kawalan pihak perancang dari

keadaan kecemasan sebenar tetapi 2 persoalan harus dijawab.

1. Adakah papan tanda yang disediakan cukup menonjol dan

kewujudannya disedari?

2. Adakah papan tanda ini akan dibaca?

Cahaya persekitaran biasanya cukup untuk menerangi papan tanda.

Untuk meminima kos dan untuk menghindari persyaratan tambahan

pencahayaan, penempatan cahaya harus dikoordinasikan dengan

rekabentuk pencahayaan asal. Papan tanda yang menggunakan

tenaga bateri mungkin diperlukan kerana jika berlaku bekalan elektrik

terputus maka papan tanda ini masih boleh dilihat. Ia penting untuk

memberikan penerangan yang baik untuk tanda-tanda peraturan,

peringatan atau pesanan keadaan darurat, dan efektif untuk menjamin

keselamatan mengikut warna. Warna Illuminant tertentu, seperti

lampu sodium dapat mengubah warna pada beberapa keadaan. Untuk

menghindari kesalahan tafsiran, pemberian penerangan (misalnya oleh

lampu pijar) mungkin harus diberikan.

26

Page 27: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

5.1 Kedudukan dan penerangan papan tanda

Jenis papan tanda Penerangan Kedudukan yang sesuai

Tanda keluar

Tanda ini menerangkan

bahawa pintu ini adalah

pintu untuk keluar

bangunan tersebut.

Kedudukan tanda ini

sesuai berada diatas pintu

supaya ia kelihatan jalan

ke pintu tersebut.

27

Page 28: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

Tanda keluar

Tanda ini menerangkan

arah laluan keluar ke

pintu kecemasan . Ia

menunjukkan bahawa

arah laluan ke sebelah

kanan dari kedudukan

mangsa.

Kedudukan yang agak

tinggi dan mudah

dilihat .Kedudukannya

mestilah berhadapan

dengan kedudukan

mangsa serta mestilah

berada dilaluan keluar.

Tanda keluar

Tanda ini menerangkan

arah laluan keluar ke

pintu kecemasan . Ia

menunjukkan bahawa

arah laluan adalah terus

dan kebawah.

Kedudukan yang agak tinggi dan mudah dilihat .Kedudukannya mestilah berhadapan dengan kedudukan mangsa serta mestilah berada dilaluan keluar.

Tanda keluar

Tanda ini menerangkan arah laluan keluar ke pintu kecemasan . Ia menunjukkan bahawa arah laluan ke sebelah kiri dari kedudukan mangsa.

Kedudukan yang agak tinggi dan mudah dilihat .Kedudukannya mestilah berhadapan dengan kedudukan mangsa serta mestilah berada dilaluan keluar.

Tanda laluan kebakaran

Tanda ini menerangkan bahawa laluan ini adalah laluan untuk kecemasan dan ia hendaklah dipastikan tidak terhalang.

Kedudukannya mestilah berada dilaluan untuk keluar semasa kecemasan.Paling penting ialah ia mudah dilihat supaya mengingat kat pekerja atau orang awam bahawa disitu adalah laluan kecemasan.

28

Page 29: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

Tanda keluar kecemasan

Tanda ini menerangkan tentang pintu ini digunakan untuk laluan kecemasan dan pintu ini tidak boleh dikunci.

Tanda ini mesti diletakkan di atas pintu kecemasan dan ia mesti kelihatan dari laluan kecemasan.

Tanda kawasan merokok

Tanda ini menerangkan

bahawa kawasan ini

adalah kawasan merokok.

Tanda ini sesuai

diletakkan di tepi pintu

masuk masuk kawasan

atau bilik tersebut.

Tanda tempat jika berlaku

kecemasan

Tanda ini menerangkan

bahawa kawasan tersebut

ialah kawasan berkumpul

jika berlaku kecemasan

seperti kebakaran.

Tanda ini sesuai

diletakkan di kawasan

lapang yang berdekatan .

Ia juga mestilah tempat

yang diketahui umum.

Tanda ini menerangkan

bahawa alatan

pertolongan cemas

terdapat ditempat

tersebut.

Kedudukan mestilah

berada ditempat

pertolongan cemas

tersebut . Ia diletakkan

pada ketinggian yang

sesuai supaya mudah

dilihat dan tidak

29

Page 30: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

Tanda alatan pertolongan

cemas

terlindung.

Procedure kecemasan

keluar bangunan

Procedure kecemasan

hendaklah di lekatkan

pada setiap bilik dan ia

menerangkan laluan

keluar dari bilik ke pintu

kecemasan.

Ia bersaiz A4 sahaja.

Kedudukan yang sesuai

adalah dimuka pintu atau

didinding yang mudah

dilihat ketika kecemasan.

Tanda larangan masuk

Tanda tersebut melarang

seseorang masuk

kesesuatu kawasan atau

bilik tanpa kebenaran.

Tanda ini mesti diletakkan

di pintu masuk atau ditepi

masuk supaya mudah

dilihat .

Tanda larangan merokok

Tanda ini melarang

seseorang merokok

dikawasan tersebut.

Tanda ini sesuai

diletakkan ditempat kerja

dan tempat makan atau

semua kawasan awam

30

Page 31: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

Tanda larangan

menyalakan api

Tanda ini melarang

seseorang menyalakan

api dikawasan

itu.Larangan itu dibuat

bagi mengelakkan

kebakaran

Tanda ini sesuai

diletakkan di stor yang

menyimpan bahan yang

mudah ternakar.

Tanda larangan

menggunakan kamera

Tanda ini menerangkan

bahawa kawasan tersebut

dilarang menggunakan

kamera.Kamera juga tidak

dibenarkan dibawa masuk

kekawasan tersebut.

Tanda ini sesuai

diletakkan dipintu masuk

dan kawasan larangan

tersebut.

Tanda kawasan meletakkan kereta

Tanda ini menerangkan

disitu adalah kawasan

meletakkan kereta

Tanda ini sesuai

diletakkan dikawasan

tersebut atau dijalan

masuk ke kawasan

tersebut. Ia diletakkan

pada ketinggian yang

mudah dilihat.

31

Page 32: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

Tanda larangan meletakkan kereta

Tanda ini menerangkan

disitu adalah kawasan

larangan meletakkan

kereta.

Tanda ini sesuai

diletakkan dikawasan

tersebut atau dijalan

masuk ke kawasan

tersebut. Ia diletakkan

pada ketinggian yang

mudah dilihat.

Tanda larangan menggunakan lif semasa kecemasan

Tanda ini melarang

pengguna lif

menggunakan lif ketika

berlaku kebakaran.

Kedudukan papan ini

mestilah berada di tepi

pintu lif supaya mudah

dilihat ketika berlaku

kebakaran.

Tanda kedudukan alat pemadam kebakaran.

Tanda ini adalah

menerangkan tentang

kedudukan alat pemadam

kebakaran tersebut .

Manakala alat tersebut

sedia digunakan.

Kedudukan papan ini

mestilah berada diatas

alat tersebut.Ia tidak

boleh terhalang atau

tersorok supaya ia mudah

dilihat dalam keadaan

kritikal.

32

Page 33: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

Tanda telefon kecemasan

Tanda ini menerangkan tentang kedudukan dan kegunaan telefon tersebut .Telefon ini hanya boleh digunakan untuk semasa kebakaran berlaku iaitu talian terus ke bilik kawalan kebakaran.

Kedudukan papan ini mestilah berada diatas alat tersebut.Ia tidak boleh terhalang atau tersorok supaya ia mudah dilihat dalam keadaan kritikal

Tanda kedudukan alat gelung penyiram api

Tanda ini menerangkan tentang kedudukan gelung penyiram kebakaran. Ia juga sedia digunakan.

Kedudukan papan ini mestilah berada dipintu peti gelung tersebut. Jika kedudukan gelung tersebut bilik kecil yang dikhaskan unuk gelung tersebut maka papan ini mestilah dipintu bilik tersebut.

Tanda supaya menyusun barang dengan betul dan teratur

Tanda ini menerangkan tentang keperluan menyusun segala barangan disusun dengan betul dan teratur.Ia juga bermaksud barangan tersebut disusun mengikut label yang telah ditetapkan.

Kedudukan yang sesuai adalah didinding stor supaya ia mudah dilihat. Jika tempat menyusun barang itu bukan terletak distor maka ia mestilah diletakkan berhampiran tempat pengumpulan barang tersebut.

33

Page 34: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

Papan tanda yang menerangankan tentang kawasan sedang dicuci (mudah alih)

Papan tanda yang menerangankan tentang kawasan sedang dicuci (mudah alih). Ia kawasan licin dan merbahaya .

Ia adalah mudah alih dan ia diletakkan jika proses mencuci atau mengemop lantai sedang dijalankan. Ia mestilah di letakkan di setiap sudut kawasan supaya pengguna kawasan tersebut dapat mengenal pasti kawasan yang sedang di cuci.

Rajah 5.1.1 Diatas adalah contoh papan tanda yang biasa

digunakan didalam dan kawasan bangunan pejabat.

6.0 Kebaikan kepada syarikat.

Kebaikan mempraktikkan papan tanda adalah ia mampu

meminimakan kemalangan ditempat kerja. Kemalangan yang minima

disyarikat memberi impak yang positif pada nama baik syarikat kerana

ia menunjukkan bahawa syarikat mementingkan aset yang amat

berharga iaitu pekerja. Papan tanda yang berkesan mampu

menghasilkan suasana yang selamat dan ini akan menghasilkan

produktiviti yang berkualiti dan mampu juga menjaga mentaliti

34

Page 35: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

pekerja. Hasil dari suasana yang terhasil seperti diatas ia juga mampu

meningkatkan reputasi yang baik untuk syarikat dan seterusnya

meningkatkan keyakinan pemegang saham.

7.0 Rumusan

Papan tanda adalah salah satu kaedah bagi kawalan risiko untuk

bangunan pejabat. Ia kaedah yang murah dan berkesan. Papan tanda

mampu memberi maklumat tentang risiko pada sesuatu kawasan. Bagi

memastikan papan tanda sentiasa memberi kesan yang sewajarnya

pihak pengurusan mesti menyelenggara papan tanda dengan

sewajarnya selain memberi pendedahan tentang fungsi papan tanda

tersebut pada pihak pengguna. Latihan yang sewajarnya harus

diberikan kepada setiap kakitangan untuk memberi tindak balas

kepada papan tanda untuk situasi kecemasan.

35

Page 36: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

8.0 Glossary

Kemalangan:

Aktiviti yang tidak dirancang yang mengganggu kegiatan yang

melibatkan kecederaan atau tidak melibatkan kecederaan atau

kerosakan harta benda

Hazard:

Ia adalah sebarang situasi yang berpotensi menyebabkan kecederaan

atau penyakit atau dalam hal barang-barang yang merbahaya dan

kerosakan harta benda. Hazard ditempat kerja terbahagi kepada dua

bahagian iaitu hazard keselamatan dan hazard kesihatan.

Risiko:

ia adalah ukuran kebarangkalian dan keterukan yang membahayakan

keselamatan dan kesihatan manusia.

Kawalan risiko:

Ia adalah proses yang digunakan untuk mengenalpasti semua langkah-

langkah praktikal untuk memansuhkan atau mengurangkan kekerapan

kecederaan, penyakit atau sakit ditempat kerja, untuk melaksanakan

langkah-langkah tersebut dan pemerhatian berterusan bagi

memastikan keberkesanannya

36

Page 37: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

Appendix

No Perkara Ya Tidak1. Kedudukan papan tanda yang jelas2. Sudut papan tanda yang tepat supaya mudah

dibaca3. Papan tanda berbentuk maklumat terletak

pada paras mata 1400mm – 1700mm dari paras lantai

4. Papan tanda yang melebihi paras mata mestilah tidak melebihi 2200mm dari paras lantai

5. Papan tanda yang mempunyai rangkaian maklumat yang berlarutan mestilah pada ketinggian yang sama.

6. Jangan meletakkan papan tanda pada kaca tingkap.

7. Bahasa yang digunakan mestilah jelas dan mudah

8. Huruf dan simbol mestila contras dengan latar belakang papan tanda.

9. Huruf yang digunakan untuk ayat pada papan tanda mestilah format seperti Ariel supaya mudah dibaca.

37

Page 38: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

10. Penggunaan symbol mesti lebih besar dari ayat11. Arah panah harus ditempatkan di samping

tanda ke arah perubahan yang berlaku.12. Maklumat pada tanda-tanda harus berpihak ke

kanan atau ke kiri sesuai dengan arah yang ditunjukkan oleh tanda panah.

13. Arah anak panah yang menunjukkan harus terus mesti mengarah keatas.

14. Papan tanda mendapat pencahayan yang cukup

15. Penggunaan lampu kecemasan pada tanda keluar kecemasan supaya ia dapat dibaca jika berlaku gangguan elektrik

16. Papan tanda mempunyai dwi bahasaBorang pemeriksaan. ( appendix 1)Cadangan.................................................................................................................................................................................................................................................

Ulasan / komen .......................................................................................................................................................................................................................................................

Diperiksa oleh (juruteknik)

.........................................................................

Diluluskan oleh (pengurus fesilitis)

.......................................................................

38

Page 39: isi kandungan

Executive Diploma Occupational Safety and Health (EDOSH)Papan tanda keselamatan dalam bangunan pejabat

Rujukan 1. www.iapa.com

2. www.hsa.ie/eng/FAQs/Safety_Signs/

3. www.devonline.gov.uk

4. www.eduweb.vic.gov.au/edulibrary/public/postcomp/worklearn/

07BKnowRules.doc

5. www.dosh.com.my

6. www.fireheritage.com/

7. http://www.infolink.com.au/c/Pratt-Safety-Systems/Safety-signs-

for-the-occupational-environment-n764344

8. http://www.orosha.org/pdf/rules/division_2/1910-145.pdf

39