invois cukai dan penyimpanan rekod
TRANSCRIPT
KASTAM DIRAJA MALAYSIA
CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN
PENYIMPANAN REKOD
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
i Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
KANDUNGAN
PENGENALAN ............................................................................................................. 1
Pelaksanaan Am Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) ........................................ 1
INVOIS CUKAI SECARA UMUM ................................................................................. 1
Pengeluaran Invois Cukai .......................................................................................... 3
Invois Cukai Tidak Perlu Dikeluarkan ........................................................................ 3
JENIS INVOIS CUKAI .................................................................................................. 4
Invois Cukai Lengkap ................................................................................................ 5
Invois Cukai Dipermudahkan ................................................................................... 10
Invois Bil Kendiri ...................................................................................................... 17
Penyata Jualan atau Invois yang Dikeluarkan Oleh Pelelong.................................. 21
Invois Cukai dan Pembekalan yang Diberi Pelepasan ............................................ 23
Invois Cukai Dalam Mata Wang Asing .................................................................... 24
Pengimportan Barang Dan Perkhidmatan ............................................................... 26
Invois Cukai Elektronik ............................................................................................ 26
Invois Cukai Hilang atau Tersilap Letak .................................................................. 27
Invois Proforma ....................................................................................................... 27
NOTA KREDIT DAN NOTA DEBIT ............................................................................ 28
Nota Kredit............................................................................................................... 29
Nota Debit................................................................................................................ 33
Butir-butir Pada Nota Kredit Dan Nota Debit ........................................................... 37
Penyimpanan Rekod Kredit ..................................................................................... 40
PENYIMPANAN REKOD ........................................................................................... 40
Apa Itu Rekod? ........................................................................................................ 41
Rekod Komputer/Elektronik ..................................................................................... 44
Penyimpanan Rekod Di Luar Negara ...................................................................... 45
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
ii Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
REKOD PADA LEMBARAN RINGKASAN CBP ....................................................... 45
REKOD YANG DIPERLUKAN BAGI TUNTUTAN PELEPASAN CBP ATAS
HUTANG LAPUK ....................................................................................................... 49
INVOIS CUKAI TIDAK PERLU DIKELUARKAN DAN PENYIMPANAN REKOD ..... 51
Orang berdaftar CBP di bawah Pelepasan Barang Terpakai .................................. 52
Skim Kadar Rata ..................................................................................................... 53
Skim Pengilang Tol Diluluskan (ATMS) ................................................................... 60
Pendaftaran Kumpulan CBP.................................................................................... 62
Usaha Sama ............................................................................................................ 72
KES-KES LAIN .......................................................................................................... 73
Ejen ......................................................................................................................... 73
Pelelong .................................................................................................................. 74
Pengambilan Semula Barang Oleh Pemberi Pinjaman/Pembiaya .......................... 75
Barang Gantian ....................................................................................................... 77
Faedah Pekerja ....................................................................................................... 79
SOALAN LAZIM ......................................................................................................... 80
MAKLUMBALAS ATAU KOMEN .............................................................................. 83
MAKLUMAT LANJUT ................................................................................................ 84
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
1 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
PENGENALAN
1. Panduan khusus ini disediakan untuk membantu perniagaan memahami
perkara berkaitan dengan layanan CBP ke atas invois cukai dan penyimpanan rekod.
Pelaksanaan Am Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP)
2. CBP adalah cukai berperingkat yang dikenakan kepada pengguna domestik.
CBP dikenakan ke atas semua pembekalan barang dan perkhidmatan bercukai di
Malaysia selain yang dikecualikan secara khusus. CBP juga dikenakan ke atas
pengimportan barang dan perkhidmatan ke Malaysia.
3. Pembayaran cukai dibuat secara berperingkat-peringkat oleh perantara dalam
proses pengeluaran dan pengagihan. Walaupun cukai yang akan dibayar sepanjang
rantaian pengeluaran dan pengedaran, hanya nilai ditambah pada setiap peringkat
yang dikenakan cukai, ini akan mengelakkan cukai dua kali.
4. Di Malaysia, seseorang yang didaftarkan di bawah Akta Cukai Barang dan
Perkhidmatan dikenali sebagai orang yang berdaftar. Orang yang berdaftar
dikehendaki untuk mengenakan CBP (cukai output) ke atas pembekalan bercukai
yang dibuat kepada pelanggan. Beliau juga dibenarkan untuk menuntut cukai input
kredit ke atas apa-apa CBP (cukai input) yang dilakukan ke atas pembelian input
kepada perniagaannya. Oleh itu, cukai itu sendiri tidak merupakan satu kos kepada
pengantara dan tidak kelihatan sebagai item perbelanjaan dalam penyata kewangan
mereka.
INVOIS CUKAI SECARA UMUM
5. Dokumen yang paling penting dalam sistem CBP adalah invois cukai. Dokumen
ini lazimnya dikeluarkan oleh pembekal bagi memaklumkan pembeli berkenaan
tanggunjawabnya untuk membuat bayaran ke atas mana-mana transaksi. Ia
mengandungi maklumat tertentu seperti butiran berkenaan orang berdaftar dan
pembekalan, kadar CBP dan jumlah CBP yang perlu dibayar seperti yang ditetapkan
di bawah undang-undang CBP. Invois cukai adalah bukti yang penting untuk:
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
2 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
(a) menyokong tuntutan orang berdaftar CBP untuk potongan CBP (cukai
input) yang ditanggung atas pembelian berkadar standard;
(b) mencetuskan masa pembekalan sebagaimana tarikh invois dalam
menentukan CBP yang akan diakaunkan oleh orang berdaftar di atas
pembekalan barang dan perkhidmatan (perakaunan berasaskan invois);
Contoh 1
Pengilang perabot (orang berdaftar CBP dalam tempoh bercukai
bulanan) membekalkan perabot kepada peruncit pada 15 Jun
2015. Pengilang mengeluarkan invois pada 20 Jun 2015 dan
bayaran diterima pada 3 Julai 2015. 20 Jun 2015 yang mana
adalah tarikh invois cukai merupakan masa pembekalan dan
orang berdaftar perlu mengakaunkan CBP kepada pihak berkuasa
cukai dalam tempoh bercukai Jun walaupun bayaran diterima
pada 3 Julai 2015.
(c) menentukan pembekalan yang dibuat olehnya perlu dimasukkan dalam
tempoh bercukai tertentu;
Contoh 2
Berdasarkan contoh dalam subperenggan (b) di atas, tarikh akhir
untuk memfailkan penyata bagi pembekalan perabot tidak harus
lewat daripada hari terakhir bulan Julai 2015 iaitu berdasarkan
tarikh invois memandangkan tempoh bercukai pengilang ialah
pada Jun 2015.
(d) menentukan bila cukai input boleh dituntut berdasarkan invois cukai yang
diterima daripada pembekal;
Contoh 3
Peruncit yang berdaftar untuk CBP boleh menuntut cukai input
atau CBP yang dikenakan ke atas pembelian perabot untuk
kegunaan dalam aktiviti yang bercukai. Cukai input boleh dituntut
oleh peruncit selagi dia mempunyai invois cukai daripada
pembekal walaupun pembayaran belum dibuat untuk pembekalan
berkenaan.
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
3 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Pengeluaran Invois Cukai
6. Invois cukai adalah serupa dengan invois komersil atau resit, tetapi ia
mengandungi butiran atau maklumat tambahan seperti yang ditentukan di bawah
perundangan CBP. Umumnya, setiap orang berdaftar yang membuat pembekalan
barang dan perkhidmatan bercukai dikehendaki mengeluarkan invois cukai.
7. Invois cukai mesti dikeluarkan dalam tempoh 21 hari dari masa pembekalan.
Pembekal mestilah menyimpan salinan invois cukai dan salinan asal hendaklah
disimpan oleh penerima. Hanya orang berdaftar CBP boleh mengeluarkan invois cukai
sama ada dalam bentuk elektronik atau bercetak.
8. Sebagai orang berdaftar, anda perlu mempunyai invois cukai untuk menuntut
kredit cukai input. Tanpa invois cukai yang sepatutnya, orang berdaftar CBP dan
pelanggan beliau yang juga orang berdaftar CBP, tidak boleh menuntut CBP yang
ditanggung ke atas pembelian barang atau perkhidmatan yang bercukai. Di samping
itu, pembeli asing (pelancong) juga memerlukan invois cukai untuk menuntut
pembayaran balik CBP atas pembelian barang bercukai.
9. Walau bagaimanapun, di bawah keadaan tertentu (cukai input yang tidak
dibenarkan), anda mungkin tidak layak untuk menuntut cukai input walaupun
mempunyai invois cukai daripada pembekal.
Invois Cukai Tidak Perlu Dikeluarkan
10. Invois cukai tidak perlu dikeluarkan apabila orang berdaftar membuat
pembekalan berikut:
(a) pembekalan berkadar sifar;
(b) pembekalan yang dibuat tanpa balasan yang dikenakan cukai (disifatkan
sebagai suatu pembekalan);
Contoh 4
Pembekalan hadiah bernilai lebih daripada RM500.00 kepada
pelanggan dalam perjalanan perniagaan atau aset perniagaannya
dibekalkan untuk kegunaan persendirian.
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
4 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
11. Walau bagaimanapun, invois cukai yang berkaitan dengan pembekalan
berkadar sifar dan yang disifatkan sebagai suatu pembekalan hendaklah dikeluarkan
bagi tujuan tuntutan cukai input apabila orang berdaftar CBP meminta invois tersebut.
Jika invois cukai yang dikeluarkan adalah untuk pembekalan berkadar sifar, pembekal
mesti menunjukkan bahawa CBP adalah dikenakan pada kadar sifar peratus (0%).
12. Invois cukai tidak boleh dikeluarkan untuk:
(a) apa-apa pembekalan barang terpakai di bawah skim pelepasan barang
bercukai;
(b) apa-apa pembekalan perkhidmatan diimport; dan
(c) apa-apa pembekalan barang yang dirawat atau diproses yang dianggap
telah dibekalkan oleh penerima di bawah skim pengilang tol diluluskan;
atau
13. Tiada invois yang menunjukkan suatu amaun yang berupa sebagai suatu cukai
boleh dikeluarkan-
(a) atas apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan yang bukan suatu
pembekalan yang bercukai;
(b) atas apa-apa pembekalan berkadar sifar; atau
(c) oleh mana-mana orang yang bukan seorang berdaftar.
JENIS INVOIS CUKAI
14. Pengeluaran invois cukai boleh dikelaskan seperti berikut:
(a) Invois cukai
(i) Invois cukai lengkap
(ii) Invois cukai diperdipermudahkankan
(b) Invois dianggap sebagai Invois Cukai
(i) Invois bil kendiri
(ii) Invois atau penyata jualan yang dikeluarkan oleh pelelong
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
5 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Invois Cukai Lengkap
15. Invois cukai lengkap mesti mengandungi maklumat berikut:
(a) perkataan ‘invois cukai’ di tempat yang ketara;
(b) nombor siri invois cukai;
(c) tarikh pengeluaran invois cukai;
(d) nama, alamat dan nombor pengenalan pembekal;
(e) nama dan alamat orang yang menerima pembekalan barang atau
perkhidmatan;
(f) pemerihalan yang mencukupi untuk mengenalpasti barang atau
perkhidmatan yang dibekalkan;
(g) bagi setiap perihalan, bezakan jenis pembekalan untuk kadar sifar,
standard dan dikecualikan, kuantiti barang atau takat perkhidmatan
dibekalkan dan amaun kena dibayar tidak termasuk cukai;
(h) apa-apa diskaun yang ditawarkan;
(i) jumlah amaun kena dibayar tidak termasuk cukai, kadar cukai dan
jumlah cukai dikenakan ditunjukkan secara berasingan;
(j) jumlah amaun kena dibayar termasuk jumlah cukai dikenakan; dan
(k) apa-apa amaun merujuk kepada subperenggan (i) dan (j) yang
dinyatakan dalam mata wang selain daripada Ringgit, hendaklah juga
dinyatakan dalam Ringgit menurut perenggan 5 Jadual Ketiga, Akta CBP
2014.
Contoh invois cukai lengkap adalah seperti di Rajah 1.
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
6 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
KILANG KASUT SEDAP PAKAI SDN.BHD.
Lot 123, Jalan Pengkalan, 31500 Lahat, Perak
(GST ID No: 100001/2015)
Tel : 05-3349876
Rajah 1: Contoh Invois Cukai Lengkap (Pembekalan Bercukai)
INVOIS CUKAI Kepada : Syarikat Kasut Ali Sdn. Bhd.
No. 27, Jalan Maju Jaya, 31400 Ipoh, Perak
No. Siri
Perihal
Kuantiti
Harga
perunit
(RM)
Jumlah
(RM)
1.
2.
3.
Kasut Sekolah SS1201
Kasut Sekolah SS1210
Kasut Sukan SP2315
200
200
50
8.00
10.00
25.00
1,600.00
2,000.00
1,250.00
Diskaun @ 10%
Tambah CBP @ 6%
4,850.00
(485.00)
4,365.00
261.90
Jumlah Jualan 4,626.90
Invois Cukai bagi Pembekalan Bercampur
16. Invois cukai boleh mengandungi butir-butir bagi lebih daripada satu
pembekalan (pembekalan bercukai dan pembekalan dikecualikan). Misalnya, invois
yang dikeluarkan oleh syarikat insurans bagi pembekalan insurans perubatan,
insurans kebakaran, insurans kenderaan bermotor (berkadar standard) dan insurans
hayat (dikecualikan) kepada pembeli yang sama. Apabila ini berlaku, invois cukai
(invois cukai lengkap atau invois cukai dipermudahkan) hendaklah dengan jelas
membezakan antara pelbagai pembekalan tersebut dan menunjukkan secara
Perkataan “Invois
Cukai” dinyatakan
dengan jelas
No. Invois: 0001111
Tarikh : 25 Jun 2015
No. N/H : S000345
…………………………………………………………
KILANG KASUT SEDAP PAKAI SDN.BHD.
Jumlah amaun kena
dibayar termasuk CBP
Nama pembekal, alamat dan
nombor pengenalan CBP
Perihal barang atau
perkhidmatan
Nombor bersiri
invois cukai
Nama &
alamat
pelanggan
Jumlah amaun
kena dibayar
tidak
termasuk CBP
Kuantiti barang atau
takat perkhidmatan
dibekalkan
Kadar CBP
Jumlah amaun
CBP dikenakan
Tarikh
invois cukai
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
7 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
berasingan nilai terlibat dan cukai yang dikenakan (jika ada) bagi setiap pembekalan
untuk tujuan CBP. Orang berdaftar boleh menggunakan apa-apa penunjuk yang
diingini untuk membezakan pelbagai pembekalan. Contoh invois cukai lengkap bagi
pembekalan bercampur adalah seperti berikut:
Rajah 2: Contoh Invois Cukai Lengkap
(Pembekalan Bercampur – Kadar Standard dan Dikecualikan)
No. Perihal Jumlah
(RM)
1. **Premium insurans hayat (CEO) 200.00
2. *Premium insurans perubatan (10 pekerja@ RM70 seorang)
700.00
3. *Premium insurans kebakaran (1 bangunan pejabat) 2,000
4. *Premium insurans kenderaan motor (3 syarikat kenderaan @ RM1,000 seunit)
3,000
Jumlah (tidak termasuk CBP) 5,900.00
CBP dikenakan @ 6% 342.00
Jumlah amaun dikenakan 6,242.00
Ringkasan CBP Item Amaun(RM) CBP (RM)
*6% 3 5,700.00 342.00
**Dikecualikan 1 200.00 Nil
SYARIKAT AL AMIN SDN. BHD. No. 27, Jalan Kapar, 43210 Klang, Selangor
(GST ID No: 100004/2015)
PRU DEN INSURANCE SDN. BHD. Lot 123, Jalan Meru, 43210 Klang, Selangor Tel: 03-33498765 (GST ID No: 100004/2015)
No. Invois: 0001114
Tarikh : 25 Jun 2015
PRU DEN INSURANCE SDN. BHD.
Tarikh
invois cukai
Nama & alamat
pelanggan
INVOIS CUKAI
Jumlah amaun
kena dibayar
tidak
termasuk CBP
Jumlah amaun
kena dibayar
termasuk CBP
Perihal perkhidmatan
dibekalkan
Perkataan “Invois Cukai” dinyatakan dengan jelas
Nama pembekal, alamat dan nombor pengenalan CBP
Nombor bersiri invois cukai
Petunjuk bagi
pembekalan
berkadar
standard
Petunjuk bagi
pembekalan
dikecualikan
Jumlah
amaun CBP
dikenakan
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
8 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Rajah 3: Contoh Invois Cukai Lengkap
(Pembekalan Bercampur – Berkadar Standard dan Sifar)
No. Perihal Kuantiti Harga seunit
Jumlah (RM)
1.
2.
3.
4.
5.
6.
*Julie’s Biskut Perisa Lemon A1101
*Yogurt (Unit) A1102
*Air Mineral A1103
**Tepung B0123
**Gula B0234
**Garam B098
10
10
50
30
10
10
10.00
5.00
1.00
2.00
2.30
0.70
100.00
50.00
50.00
60.00
23.00
7.00
Jumlah (tidak termasuk CBP)
*CBP dikenakan @ 6%
290.00
12.00
Jumlah amaun dikenakan
302.00
DORY MART SDN. BHD. Lot 123, Jalan Raja, 98000 Miri, Sarawak Tel : 085-650000 (GST ID No: 100004/2015)
No. Invois Cukai: T01114
Tarikh: 7 November, 2015
........................................................
DORY MART SDN. BHD.
............................................................
Tarikh
invois cukai
INVOIS CUKAI
Perihal barang
dibekalkan
BIG CAFE SDN. BHD. Lot 123, Jalan Pujut, 98000 Miri, Sarawak Tel : 085-659090
Jumlah amaun kena
dibayar termasuk CBP
Ringkasan CBP Amaun(RM) Cukai(RM)
* 6% 200.00 12.00 ** 0% 90.00 0.00
............................................................
Nombor bersiri invois cukai
tgttnnum
ber
Nama & alamat
pelanggan
Nama pembekal, alamat dan nombor pengenalan CBP
Perkataan “Invois Cukai” dinyatakan dengan jelas
Petunjuk
bagi
pembekalan
berkadar
standard
Petunjuk bagi
pembekalan
berkadar sifar
Kadar
CBP
Jumlah amaun
CBP dikenakan
Jumlah amaun kena
dibayar tidak
termasuk CBP
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
9 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Rajah 4: Contoh Invois Cukai Lengkap
(Pembekalan Bercampur – Berkadar Standard dan Sifar dengan Diskaun)
No. Invois: T01114
Tarikh: 1 Jun 2015
SUPREMO CAKE SDN. BHD. No 69, Jalan Tun Razak, 50694 Kuala Lumpur Tel: 03-4026 9999
EXTRA MART SDN. BHD. Lot 123, Jalan Duta, 50568 Kuala Lumpur Tel: 03–6209 9000 (GST ID No: 100004/2015)
........................................................
EXTRA MART SDN. BHD.
............................................................
Tarikh invois cukai
INVOIS CUKAI
Jumlah
amaun kena
dibayar
tidak
termasuk
CBP
Nombor
bersiri invois
cukai
tgttnnumber
Nama & alamat pelanggan
Nama pembekal, alamat dan nombor pengenalan CBP
Perkataan “Invois Cukai” dinyatakan dengan jelas
Petunjuk bagi
pembekalan
berkadar
standard
Petunjuk bagi
pembekalan
berkadar sifar
Kadar
CBP
KUANTITI RM RM ZT Tepung 1kg 000181 50 1.90 95.00 Disk. -9.50 ST Mentega Berkrim 500gm 000111 20 7.90 158.00
Disk. -20.00 ST Keju Philadelphia 290gm 000119 17 12.90 219.30
Disc. -18.50 ZT Tepung Sago 1kg 000221 31 2.85 88.35 ZT Gula Kasar 1kg 000212 25 2.30 57.50 ST Yis Merah Segera 000129 18 4.30 77.40 ST Pes Pandan 30ml 000321 19 5.10 96.90 ST Pes Vanila 30ml 000921 19 5.10 96.90 Jumlah Item 199 Jumlah Jualan (Tidak Termasuk CBP) 841.35 CBP dikenakan@ 6% ke atas RM610.00 36.60 Jumlah Jualan (Termasuk CBP) 877.95 Kupon TUNAI 100.00 TUNAI 800.75 Baki 35.00
Ringkasan CBP Amaun(RM) Cukai(RM)
ST @ 6% 610.00 24.40 ZT @ 0% 231.35 0.00
JUMLAH PENJIMATAN RM48.00
Perihal barang
dibekalkan
Jumlah amaun kena
dibayar termasuk CBP
Jumlah amaun
CBP dikenakan
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
10 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Rajah 5: Contoh Invois Cukai Lengkap
(Pembekalan Bercampur – Berkadar Standard dan Sifar dengan Diskaun)
INVOIS CUKAI
Jumlah
amaun
CBP
dikenakan
KOWAYS (M) SDN. BHD. No.69, Jalan Raja, 20200 Kuala Terengganu Terengganu Tel: 09 - 6228 9000 Faks: 09 – 6228 8000 (GST ID No: 100004/2015)
No. Invois: T090909
Tarikh: 18 November 2015
........................................................
KOWAYS (M) SDN. BHD.
*** T6 : ST 6% T0 : CBP 0%
............................................................
Tarikh invois
cukai
AIMS STOCKIST SDN. BHD. No 19, Jalan Tun Husin, 20200 Kuala Terengganu Terengganu Tel: 09 - 6229 7777
Nombor
bersiri
invois
cukai
tgttnnum
ber
Nama &
alamat
pelanggan
Nama pembekal, alamat dan nombor pengenalan CBP
Perkataan “Invois Cukai” dinyatakan dengan jelas
Petunjuk bagi
pembekalan
berkadar sifar
No Perihal Kuantiti Harga Seunit
(RM)
Jumlah
(RM)
Disk (RM)
Jumlah tidak
termasuk CBP
(RM)
CBP @ 6%
(RM)
Jumlah termasuk
CBP (RM)
1. T0 Beras Organik 5kg Disk. @ 10%
30 18.90 567.00 -56.70
510.30
0.00
510.30
2. T0 Minyak Kacang Organik 750ml Disk. @ 10%
10 21.90 219.00 -21.90
197.10
0.00
197.10
3. T6 Teh Hijau Farm 10bags 25 15.90 397.50 Nil 397.50 23.85 421.35
4. T6 Pelembut Eco 500ml Disk. @ 5%
10 19.90 199.90 -9.99
189.91
11.39
201.30
5. T6 Pencuci Kain Eco 500ml Disk. @ 5%
15 25.00 375.00 -18.75
356.25
21.38
377.63
6. T6 Eco Ironing Aid 300ml 20 10.50 210.00 Nil 210.00 12.60 222.60
JUMLAH AMAUN KENA DIBAYAR
1,861.06
69.22
1,930.28
PENGGENAPAN 0.02
JUMLAH KENA DIBAYAR
TERMASUK CBP
1,930.30
BAUCAR TUNAI 50.00
TUNAI 1,900.00
BAKI 19.70
Jumlah amaun kena
dibayar tidak
termasuk CBP
Jumlah amaun kena
dibayar termasuk CBP
Petunjuk bagi
pembekalan
berkadar
standard
Perihal barang
dibekalkan
Kadar CBP
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
11 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Invois Cukai Dipermudahkan
17. Terdapat keadaan di mana Ketua Pengarah boleh, atas permintaan secara
bertulis membenarkan orang berdaftar untuk mengeluarkan invois cukai
dipermudahkan kepada pelanggan mereka mengikut seksyen 33(3) Akta CBP 2014.
Pengeluaran invois ini biasanya melibatkan peruncit yang menjana jumlah invois
harian yang banyak seperti pasar raya, pasar mini, restoran, salun kecantikan, stesen
minyak, bengkel motor dan lain-lain kedai jualan.
18. Invois cukai dipermudahkan boleh dikeluarkan tanpa mengira apa-apa jumlah
jualan dan boleh berlaku dalam bentuk invois, resit, baucar atau apa-apa dokumen
lain yang seumpamanya dengan syarat ia mengandungi butir-butir yang diluluskan
oleh Ketua Pengarah. Contohnya, orang yang berdaftar membuat permohonan ke
Ketua Pengarah untuk membenarkannya untuk tidak memasukkan butir-butir yang
ditetapkan di dalam invois cukai lengkap seperti berikut:
(a) perkataan “Invois Cukai”
(b) nama dan alamat penerima; dan
(c) harga dan cukai bagi setiap item ditunjukkan secara berasingan.
Dalam kes ini, Ketua Pengarah boleh membenarkan invois sedemikian dikeluarkan
oleh orang berdaftar dengan syarat invois ini mengandungi butir-butir seperti berikut:
(a) nama, alamat dan nombor pengenalan pembekal;
(b) tarikh pengeluaran invois cukai;
(c) nombor siri invois cukai;
(d) pemerihalan yang mencukupi untuk mengenalpasti barang atau
perkhidmatan yang dibekalkan;
(e) bagi setiap perihalan, bezakan jenis pembekalan untuk kadar sifar,
standard dan dikecualikan, kuantiti barang atau takat perkhidmatan
dibekalkan dan amaun kena dibayar termasuk cukai;
(f) jumlah amaun kena dibayar termasuk jumlah cukai yang dikenakan; dan
(g) kadar cukai dan amaun cukai yang dikenakan.
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
12 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Contoh invois cukai dipermudahkan adalah seperti di Rajah 6, 7 dan 8 di bawah.
Rajah 6: Contoh Invois Cukai Dipermudahkan (Pembekalan Bercukai)
COMFORT PARKING SDN. BHD.
GF1-03, Kompleks Beli-Belah,
Jalan Kenangan, 41100 Klang,
Selangor.
(GST ID No: 003456/2014)
Tel : 03-33498765
* CBP @ 6% termasuk dalam jumlah RM0.18
Deskripsi Jumlah (RM)
Bayaran Pakir – 3 jam @ RM1 sejam 3.18
Penggenapan 0.02
AMAUN PERLU DIBAYAR *3.20
Tarikh: 25.6.2015
No. Invoi s: A00295
Nama pembekal,
alamat dan
nombor
pengenalan CBP
No. siri invois
cukai
Perihal barang
atau
perkhidmatan
dibekalkan
Kadar CBP
Tarikh invois
cukai
Jumlah amaun
kena dibayar
termasuk CBP
Jumlah amaun
CBP dikenakan
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
13 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Rajah 7: Contoh Invois Cukai Dipermudahkan (Pembekalan Bercampur)
AGRO SHOPPING CENTRE SDN BHD
DESA PINGGIRAN PUTRA, SG. MERAB
TEL: 03 – 88960000 FAX: 03 – 88961111
CBP Reg. No: …………………
Date: 30/6/2015 15:35:45
No. Invois: V001619
Unit Harga Seunit Jumlah
(RM) (RM)
BISKUT PNKL [PACK] 1 3.90 3.90 S
010611
PRINGLES SC 182G [PCS] 1 6.90 6.90 S
001002
GULA 2 1.45 2.90 Z
123235
Jumlah Item 4
Jumlah jualan termasuk CBP @ 6% 13.70
Penggenapan 0.00
Tunai 14.00
Baki 0.30
Ringkasan CBP Amaun(RM) Tax(RM)
S = 6% 10.19 0.61
Z = 0% 2.90 0.00
Cetak : 30/6/2015
Jurujual : Amin
Jumlah
amaun kena
dibayar
termasuk CBP
Tarikh
invois cukai
Nama
pembekal,
alamat dan
nombor
pengenalan CBP
Perihal barang
atau
perkhidmatan
dibekalkan
Nombor
bersiri invois
cukai
Petunjuk bagi
pembekalan
berkadar
standard
Petunjuk bagi
pembekalan
berkadar sifar
supply
Kadar CBP
Jumlah
amaun CBP
dikenakan
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
14 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Rajah 8: Contoh Invois Cukai Dipermudahkan (Pembekalan Bercampur dengan Diskaun)
Jumlah
amaun CBP
dikenakan
Kadar CBP
Tarikh
invois cukai
Nama pembekal,
alamat dan
nombor
pengenalan CBP
Jumlah
amaun kena
dibayar
termasuk CBP
Perihal barang
atau
perkhidmatan
dibekalkan
Nombor
bersiri invois
cukai
Petunjuk bagi
pembekalan
berkadar
standard
supply
Petunjuk bagi
pembekalan
berkadar sifar
ABEEDEEN TRADING Jalan Taman Pasir Puteh, Putatan,
88998 Kota Kinabalu, Sabah
CBP ID: XXXXXXXX
No. Invois: IV669988
07-04-15 09.06PM
Salesperson: SAREZAN
RM RM Code Lay’s Sour Cream & Onion 120G
209001001072 1*7.95 ea 7.95 T6 Diskaun @ 10% -0.79 Corntoz Keju Bercili 60G
209002001082 2*1.40 ea 2.80 T6 Frost Root Beer 600ML
209003001092 2*1.60 ea 3.20 T6 Cactus Air Mineral 1500ML 209004001088 6*1.10 ea 6.60 T6
Diskaun @ 5% -0.33 Gula Kasar 1KG 209005009099 2*2.30 ea 4.60 T0
Diskaun @ 5% -0.23 Item Dikira 13 Jumlah Jualan Termasuk CBP @ 6% 23.80 Penggenapan 0.00
Jumlah Jualan (Digenapkan) 23.80
TUNAI 50.00
Baki TUNAI 26.20
Ringkasan CBP Jumlah (RM) Cukai (RM)
T4 18.33 1.10
T0 4.37 0.00
Jumlah Penjimatan Promosi 1.35
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
15 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Invois Cukai Dipermudahkan dan Tuntutan Cukai Input
19. Invois cukai dipermudahkan boleh digunakan untuk menuntut cukai input.
Dalam kes invois cukai yang diluluskan tanpa nama dan alamat penerima, amaun
cukai input yang boleh dituntut adalah sehingga RM30.00. Jika jumlah CBP adalah
lebih daripada RM30.00, cukai input hanya boleh dituntut sehingga had RM30.00
dengan menggunakan invois cukai ini. Oleh itu, penerima hendaklah meminta invois
cukai yang mengandungi nama dan alamatnya untuk membolehkannya menuntut
cukai input sepenuhnya jika amaun cukai input melebihi RM30.00.
20. Pembekal hendaklah menyimpan invois asal, membatalkan dan menyimpan
rekod invois yang dibatalkan apabila digantikan dengan invois cukai yang
mengandungi nama dan alamat penerima.
Contoh 5
Ali adalah orang berdaftar CBP, membeli barang bernilai RM590.00 termasuk
CBP sebanyak RM33.40 (6/106 x RM590.00) di sebuah pasar raya besar dan
bertanya sama ada dia boleh menggunakan invois cukai dipermudahkan yang
tidak mengandungi nama dan alamatnya untuk menuntut cukai input sepenuh.
Ali boleh menuntut cukai input bagi jumlah CBP sehingga RM30.00 dengan
invois cukai dipermudahkan. Jika dia mahu menuntut cukai input sepenuhnya
sebanyak RM33.40, maka dia hendaklah meminta invois cukai yang
mengandungi nama dan alamatnya. Apabila hal ini berlaku, Ali hendaklah
memulangkan invois yang tidak mengandungi nama dan alamat kepada
pembekal.
Resit
21. Resit adalah pengakuan bertulis (elektronik atau manual) bahawa barangan
tertentu atau sejumlah wang telah diterima sebagai pertukaran bagi barang atau
perkhidmatan. Resit dianggap sebagai invois cukai yang sah jika ianya mempunyai
semua butir-butir yang terdapat di dalam invois cukai lengkap atau invois cukai
dipermudahkan yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.
Soalan 1
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
16 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Bolehkah resit jualan diterima sebagai invois cukai lengkap jika ia
mempunyai semua butir-butir invois cukai lengkap?
Ya, jika resit jualan mempunyai semua butir-butir invois cukai lengkap.
Soalan 2
Ahmad adalah orang berdaftar CBP yang membekalkan barang bercukai
kepada pelanggannya (orang berdaftar CBP) yang menggunakan kad
kredit untuk pembayaran. Bolehkah resit jualan yang dikeluarkan kepada
pelanggannya digunakan untuk menuntut cukai input?
Jika pelanggan tersebut membeli barang atau perkhidmatan bercukai dan
membuat pembayaran menggunakan kad kredit (contohnya Visa, Master Card
dll), anda boleh memberi pemegang kad tersebut resit jualan pada masa jualan.
Resit jualan itu boleh diterima sebagai invois cukai dipermudahkan jika ia
mengandungi semua butir-butir invois cukai dipermudahkan yang diluluskan
oleh Pengarah Kastam.
Soalan 3
Kadang-kadang resit atau invois cukai dipermudahkan yang dikeluarkan
oleh peruncit dicetak di atas kertas termal dan cetakan tersebut boleh
pudar bagi suatu tempoh masa. Apakah patut saya buat sekiranya audit
CBP meminta invois tersebut?
Sekiranya anda adalah orang berdaftar CBP dan berniat untuk menuntut kredit
cukai input ke atas perolehan anda, anda hendaklah mengimbas atau membuat
salinan invois tersebut.
Soalan 4
John, seorang berdaftar CBP memegang invois cukai dipermudahkan
(tanpa nama dan alamat penerima) daripada sebuah pasaraya untuk
barang yang dibeli bagi perniagaannya. Jumlah CBP ialah RM35.00 (cukai
input yang boleh dituntut adalah RM30.00 dengan invois tersebut).
Apakah yang akan terjadi kepada invois cukai asal apabila dia meminta
invois cukai yang mengandungi nama dan alamatnya untuk tujuan
menuntut kredit cukai input?
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
17 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Dalam situasi ini, pasaraya tersebut hendaklah mengambil balik invois cukai
asal tersebut, membatalkannya dan menyimpan rekod invois cukai yang
dibatalkan sebelum menggantikan dengan invois cukai yang lain dengan
menyatakan tarikh invois cukai yang asal.
Invois Bil Kendiri
22. Dalam keadaan tertentu, nilai pembekalan ditentukan oleh orang yang
menerima barang itu. Oleh itu, bagi tujuan CBP penerima barang itu dibenarkan untuk
mengeluarkan invois kepada dirinya sendiri yang disifatkan sebagai invois cukai
berkenaan dengan pembekalan barang atau perkhidmatan yang diterima daripada
orang berdaftar yang lain. Pengeluaran invois bil kendiri oleh penerima kepada dirinya
sendiri di bawah subseksyen 33(5) Akta CBP 2014 adalah tertakluk kepada syarat-
syarat berikut:
(a) nilai pada masa pembekalan dibuat tidak diketahui oleh pembekal;
(b) kedua-dua penerima dan pembekal adalah orang berdaftar;
(c) penerima dan pembekal bersetuju secara bertulis untuk menggunakan
invois bil kendiri; dan
(d) pembekal dan penerima bersetuju bahawa pembekal tidak akan
mengeluarkan invois cukai berhubung sesuatu pembekalan.
23. Mana-mana penerima yang diluluskan oleh Ketua Pengarah untuk
mengeluarkan invois bil kendiri, hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut
dalam invois:
(a) dokumen itu boleh dianggap sebagai invois cukai dengan kelulusan
Ketua Pengarah terlebih dahulu;
(b) satu salinan invois bil kendiri diberikan kepada pembekal dan satu
salinan disimpan oleh penerima; dan
(c) dalam kes di mana invois bil kendiri dikeluarkan sebelum masa barang
itu dialihkan atau sebelum masa barang itu tersedia atau sebelum masa
perkhidmatan itu dilaksanakan, invois bil kendiri hendaklah dikeluarkan
dengan bayaran.
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
18 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Siapa Boleh Mengeluarkan Invois Bil Kendiri?
24. Dalam transaksi perniagaan biasa, pembekal akan mengeluarkan invois
kepada pembeli. Namun begitu, dalam hal invois bil kendiri pembeli akan
mengeluarkan invois kerana pembekal tidak dapat menentukan nilai pembekalan itu.
Salinan invois perlu disimpan oleh pembekal manakala invois asal perlu disimpan oleh
penerima/pembeli untuk menuntut cukai input (CBP dibayar atas input). Misalnya,
pengilang tembakau mengeluarkan invois cukai kepada penanam yang membekalkan
daun tembakau. Memandangkan penerima/pembeli mengetahui nilai pasaran terbuka
daun tembakau, maka mereka sewajarnya boleh menyediakan maklumat yang
diperlukan mengenai nilai produk itu dan selanjutnya mengeluarkan invois bil kendiri.
25. Anda hanya boleh mengeluarkan invois bil kendiri dengan kelulusan Ketua
Pengarah. Nombor rujukan kelulusan hendaklah dinyatakan dalam invois bil kendiri.
Kelulusan yang diberikan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sekiranya anda tidak
memenuhi standard yang ditetapkan bagi invois tersebut.
26. Penerima yang diluluskan oleh Ketua Pengarah untuk mengeluarkan invois bil
kendiri hendaklah menyatakan butir-butir yang berikut dalam invois:
(a) nama, alamat dan nombor pengenalan pembekal dan penerima;
(b) perkataan 'invois bil kendiri' di tempat yang ketara;
(c) nombor siri invois;
(d) tarikh pengeluaran invois;
(e) nombor rujukan kelulusan Ketua Pengarah;
(f) pemerihalan yang mencukupi untuk mengenalpasti barang atau
perkhidmatan yang dibekalkan;
(g) bagi setiap perihalan hendaklah membezakan jenis pembekalan untuk
kadar sifar, kadar standard dan dikecualikan, kuantiti barang atau takat
perkhidmatan yang dibekalkan dan amaun yang perlu dibayar tidak
termasuk cukai;
(h) apa-apa diskaun yang ditawarkan;
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
19 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
(i) jumlah yang dibayar tidak termasuk cukai, kadar cukai dan jumlah cukai
yang dikenakan hendaklah ditunjukkan secara berasingan;
(j) jumlah yang kena dibayar termasuk jumlah cukai yang dikenakan; dan
(k) apa-apa amaun merujuk kepada subperenggan (i) dan (j), dinyatakan
dalam mata wang selain daripada Ringgit, juga hendaklah dinyatakan
dalam Ringgit menurut perenggan 5 Jadual Ketiga Akta CBP 2014.
Contoh invois bil kendiri adalah seperti di Rajah 9.
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
20 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
KILANG TEMBAKAU SELANGOR SDN BHD
Pembeli
SYARIKAT DAUN TEMBAKAU SDN BHD
No. 27,Jalan Persiaran,
51100 Kota Baru, Kelantan.
(GST ID No: 100900/2015)
No. Ruj. Kelulusan:
No. Invois Cukai: 0001113
INVOIS BIL KENDIRI
Rajah 9: Contoh Invois Bil Kendiri
Penerima
KILANG TEMBAKAU SELANGOR SDN.BHD
Lot 123, Jalan Meru, 43210 Klang, Selangor
Tel: 03-33498765
(GST ID No: 100003/2014)
No.
Siri
Perihal
Kadar
Cukai
(%)
Kuantiti
Harga
Seunit
(RM)
Jumlah
(RM)
1.
2.
3.
Daun Tembakau Gred C
Daun Tembakau Gred B
Daun Tembakau Gred A
6.00
6.00
6.00
200
200
50
8.00
10.00
25.00
1,600.00
2,000.00
1,250.00
Amaun tidak termasuk cukai
Campur jumlah amaun CBP
4,850.00
291.00
Jumlah Jualan
5,141.00
Supplier’s name,
address and GST
identification
number
Tarikh : 25 Jun 2015
No N/H : S000345
Nombor siri invois
cukai
Nama, alamat dan Nombor pengenalan CBP penerima/pelanggan
Jumlah
amaun
CBP
dikenakan
Jumlah
amaun kena
dibayar tidak
termasuk
CBP
………………………………………………….....………
KILANG TEMBAKAU SELANGOR SDN.BHD.
Perihal barang atau
perkhidmatan dibekalkan
Kuantiti barang
atau takat
perkhidmatan
dibekalkan
Kadar CBP
Jumlah amaun
kena dibayar
termasuk CBP
Perkataan “Invois Bil Kendiri” dinyatakan dengan jelas
Nama, alamat dan nombor
pengenalan CBP pembekal
Nombor kelulusan JKDM
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
21 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Kandungan Perjanjian Bertulis Invois Bil Kendiri
27. Invois bil kendiri hanya boleh dikeluarkan dengan adanya perjanjian bertulis di
antara penerima/pembeli dengan pembekal. Perjanjian bil kendiri hendaklah
mengandungi maklumat yang berikut:
(a) nama dan nombor pengenalan CBP penerima/ pembeli;
(b) nama dan nombor pengenalan CBP pembekal;
(c) pembeli bersetuju mengeluarkan invois bil kendiri bagi semua
pembekalan yang diterima olehnya daripada pembekal untuk tempoh
tertentu yang akan berakhir tidak lewat daripada tarikh tamat tempoh 12
bulan atau tarikh tamat kontrak di antara pembeli dengan pembekal;
(d) pembeli bersetuju mengeluarkan invois bil kendiri yang menunjukkan
nama, alamat dan nombor pengenalan CBP pembekal, serta butir-butir
lain yang terdapat dalam invois cukai lengkap;
(e) pembeli bersetuju memaklumkan pembekal jika pengeluaran invois bil
kendiri akan dibuat oleh pihak ketiga seperti firma perakaunan atau ejen
cukai, dengan memberikan butiran pihak ketiga tersebut;
(f) pembeli bersetuju membuat perjanjian bil kendiri baru sekiranya terdapat
perubahan nombor pengenalan CBP;
(g) pembekal bersetuju menerima invois bil kendiri yang dikeluarkan oleh
pembeli bagi pembekalan yang dinyatakan dalam perjanjian tersebut;
(h) pembekal bersetuju tidak mengeluarkan invois CBP bagi pembekalan
yang dinyatakan dalam perjanjian tersebut; dan
(i) pembekal dan penerima akan memaklumkan satu sama lain jika salah
seorang daripada mereka tidak lagi didaftarkan di bawah CBP,
memindahkan perniagaan sebagai usaha berterusan atau didaftarkan di
bawah nombor pengenalan CBP yang baru.
Penyata Jualan atau Invois yang Dikeluarkan Oleh Pelelong
28. Pembekalan yang dibuat oleh pelelong yang bertindak atas namanya sendiri
dianggap sebagai pembekalan yang dibuat oleh prinsipal atau pemunya barang yang
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
22 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
diletakkan untuk lelongan. Jika prinsipal adalah orang kena cukai; pelelong sama ada
orang kena cukai atau tidak, dia akan bertanggungjawab untuk mengakaunkan cukai
output yang dikenakan ke atas mana-mana barang yang telah dilelong bagi pihak
prinsipal. Dalam keadaan ini, pelelong sama ada berdaftar atau tidak hendaklah
mengeluarkan dokumen untuk membilkan pembeli dalam bentuk penyata jualan atau
invois yang boleh dianggap sebagai invois cukai berdasarkan prinsip termasuk cukai.
29. Penyata jualan atau invois tersebut hendaklah mengandungi butir-butir berikut:
(a) nama, alamat dan nombor pendaftaran perniagaan pelelong;
(b) nama dan alamat pembeli;
(c) tarikh penyata jualan atau invois dikeluarkan;
(d) nombor siri invois;
(e) pemerihalan yang mencukupi untuk mengenalpasti barang atau
perkhidmatan yang dibekalkan;
(f) jumlah amaun kena dibayar termasuk CBP;
(g) kadar cukai;
(h) jumlah cukai dikenakan; dan
(i) perkataan “Harga kena dibayar termasuk CBP”
Contoh penyata jualan atau invois pelelong seperti pada Rajah 10 di bawah:
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
23 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
MUHAMMAD AUCTIONS (A234543)
Auctioneers & Valuers T1-02, Jalan TTH 1/1, Taman Tuanku Hamimah,
08000 Sungai Petani, Kedah Tel: 04-4422345
PENYATA JUALAN
No Invois : 00011/2015
Tarikh : 20 Jun 2015 Alia Safiyya No. 20 Jalan BPJ 2/3, Bandar Puteri Jaya 08000 Sungai Petani, Kedah
Rajah 10: Contoh Penyata Jualan Pelelong
Lot Perihal Jumlah (RM)
1. Satu set perabot bilik tidur 2,080.00
2. Sepasang kerusi rotan bilik tidur 728.00
Jumlah Jualan * 2,808.00
* Jumlah jualan termasuk CBP RM158.95 @ 6%
Invois Cukai dan Pembekalan yang Diberi Pelepasan
30. Di bawah Akta CBP 2014, Menteri boleh memberikan pelepasan kepada mana-
mana orang atau golongan orang tertentu daripada membayar keseluruhan atau
sebahagian cukai ke atas apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan bercukai
atau apa-apa pengimportan barang atau kelas barangan tertentu. Orang kena cukai
hendaklah diberi pelepasan daripada mengenakan dan memungut CBP ke atas
pembekalan barang atau perkhidmatan bercukai yang dibuat kepada mana-mana
orang atau golongan orang berkenaan. CBP tidak perlu dikenakan ke atas jumlah
pembekalan bercukai dan invois cukai yang dikeluarkan kepada orang itu hendaklah
menyatakan klausa “Dilepaskan daripada mengenakan CBP bagi pembekalan kepada
orang yang diberi pelepasan di bawah butiran……., Jadual…..Perintah CBP
(Pelepasan) 2014”. Contoh invois cukai untuk pembekalan yang diberi pelepasan
adalah seperti berikut:
Nama dan alamat
pembeli
Nama, alamat dan
nombor pendaftaran
perniagaan pelelong
Perkataan “Penyata Jualan” atau “Invois” dinyatakan dengan jelas
Nombor
bersiri
invois
Tarikh
invois
Jumlah amaun
kena dibayar
termasuk CBP
Amaun CBP dan kadar
cukai yang dikenakan
Perihal barang atau
perkhidmatan dibekalkan
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
24 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
No. Invois: 1111
INVOIS CUKAI
ABC KOMPUTER SDN.BHD. No.1, Jalan Bandar 43210 Shah Alam, Selangor (GST ID No: 100001/2009) Tel : 03-33498765
SEKOLAH KEBANGSAAN KLANG No. 24, Hala Meru, 43210 Klang, Selangor Tel: 03-33545454
Rajah 11: Contoh Invois Cukai Bagi Pembekalan Yang Diberi Pelepasan
Invois Cukai Dalam Mata Wang Asing
31. Jika orang berdaftar mengeluarkan invois cukai dalam mata wang asing, butir-
butir berikut dalam invois cukai mesti ditukar kepada Ringgit Malaysia (RM) bagi
tujuan:
(a) jumlah amaun kena dibayar (tidak termasuk CBP);
(b) jumlah cukai dikenakan; dan
No.
Siri
Perihal
Kuantiti
Harga
Seunit
(RM)
Jumlah
(RM)
1.
2.
3.
Komputer – CPU (Dell)
Monitor (Dell 14”)
Tetikus tanpa Wayar (Dell)
100
100
100
2,000.00
500.00
25.00
20,000.00
5,000.00
2,500.00
Jumlah Jualan
CBP @ 6%
(Dilepaskan daripada
mengenakan CBP bagi
pembekalan kepada orang
yang diberi pelepasan
dibawah butiran 3, Jadual A
Perintah CBP (Pelepasan)
2014)
27,500.00
Nil
Jumlah Amaun Kena
Dibayar
27,500.00
Tarikh : 25 Jun 2015 No N/P : S000345
Nama, alamat dan nombor
pengenalan CBP pembekal
Perkataan invois cukai dinyatakan dengan jelas
Nama &
alamat
pelanggan
Perihal barang atau
perkhidmatan
dibekalkan
Nombor
bersiri invois
Tarikh
invois cukai
Date
…………………………………………………………
ABC KOMPUTER SDN.BHD.
Jumlah amaun
kena dibayar
tidak
termasuk CBP
Kuantiti barang atau takat
perkhidmatan dibekalkan
Kadar CBP
Klausa
pelepasan CBP
Jumlah amaun
perlu dibayar
Jumlah
amaun CBP
kena dibayar
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
25 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
(c) jumlah amaun kena dibayar (termasuk CBP).
32. Bagi pertukaran mata wang asing, tidak perlu membuat permohonan bertulis
untuk mendapatkan kelulusan. Penggunaan kadar pertukaran adalah bersamaan
dengan masa pembekalan diterima oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam):
(a) Dalam kes urusniaga tempatan, penggunaan kadar pertukaran harian
(kadar jualan selaras dengan para 5 Jadual Ketiga Akta CBP 2014) bagi
mana-mana bank yang beroperasi di Malaysia boleh diterima. Contoh
invois cukai tempatan dalam mata wang asing adalah seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 12.
(b) Dalam kes pengimportan barang, pertukaran mata wang asing
hendaklah pada kadar pertukaran yang diumumkan oleh Kastam yang
mana dikemaskini setiap minggu.
Rajah 12: Contoh Invois Cukai Tempatan Dalam Mata Wang Asing
KENZOU ELECTRONIC BHD
Kenzou Electronic Bhd No Invois : 0002121 Lot 169, Jalan Pasar, 32100 Ipoh, Perak (GST ID No: …………….) Tarikh : 3.6.2015 Tel: 03-33161900 No N/H : D100011
INVOIS CUKAI
Kepada:Kenzo Sdn Bhd No. 24, Jalan Silibin 32100 Ipoh, Perak.
No. Perihal Bil Harga Seunit (USD)
Jumlah (USD)
Jumlah (RM)
@3.50
1. * LCD TV 42” T004S
20 1,000.00 20,000.00 70,000.00
2. * Blue-Ray Player BD001
20 500.00 10,000.00 35,000.00
3. * Teater Rumah HT010
10 300.00 3,000.00 10,500.00
Jumlah Jualan 33,000.00 115,500.00 *Campur CBP @ 6% 1,980.00 6,930.00
Jumlah amaun kena dibayar
34,980.00 122,430.00
………………………………………… KENZOU ELECTRONIC BHD
………………………………………… KENZOU ELECTRONIC BHD
Perihal barang
atau
perkhidmatan
dibekalkan
Nama pembekal, alamat
dan nombor pengenalan
CBP
Jumlah
cukai
dikenakan
Jumlah
amaun kena
dibayar tidak
termasuk
CBP
GST
Jumlah amaun
kena dibayar
termasuk CBP
Harga
dalam mata
wang asing
Harga dalam
Ringgit
Nama &
alamat
pelanggan
Nombor
bersiri invois
cukai
Perkataan invois cukai dinyatakan dengan jelas
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
26 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Pengimportan Barang Dan Perkhidmatan
33. Semua pengimportan barang dan perkhidmatan bercukai tertakluk kepada
CBP. CBP untuk barangan import diikrar dan dibayar pada masa pengimportan
berdasarkan kepada invois daripada pembekal luar negara dengan menggunakan
borang pengikraran (Borang Kastam No. 1 atau 9). Pengikraran borang tersebut
bersama dengan Resit Rasmi Kastam (COR) adalah mencukupi bagi tujuan tuntutan
cukai input oleh pengimport atau pembeli. Bagi perkhidmatan yang diimport, CBP
akan diakaunkan melalui kaedah mekanisme caj balikan dan invois cukai tidak perlu
dikeluarkan bagi pembekalan tersebut (Untuk maklumat lanjut mengenai Mekanisme
Caj Balikan, sila rujuk Panduan CBP Mengenai Perkhidmatan yang Diimport). Oleh
itu, keperluan untuk mengeluarkan invois cukai dalam kes pengimportan barang dan
perkhidmatan adalah tidak berkenaan.
Invois Cukai Elektronik
34. Di bawah Seksyen 34 Akta CBP 2014, orang berdaftar hendaklah dikira
sebagai mengeluarkan invois cukai kepada orang lain walau pun tiada penyerahan
apa-apa dokumen yang setara dengannya dalam bentuk kertas kepada orang itu
sekiranya butir-butir yang dikehendaki direkodkan dalam komputer dan:
(a) dihantar atau dijadikan tersedia kepada orang itu secara elektronik
(termasuk email, faksimili dll); atau
(b) dikeluarkan atas apa-apa bahan selain kertas dan diserahkan kepada
orang itu.
35. Jika invois cukai, resit, nota kredit atau nota debit dikeluarkan secara elektronik,
dokumen ini sepatutnya menjadi tersedia boleh diakses dan ditukar ke dalam tulisan.
Keperluan bagi dokumen elektronik ini adalah seperti berikut:
(a) penerima yang dimaksudkan mesti mengesahkan secara bertulis
bahawa mereka bersedia menerima dokumen elektronik mengikut
syarat-syarat yang ditetapkan. (Kebenaran ini mesti disimpan oleh
pembekal bagi tempoh tujuh tahun selepas pengeluaran dokumen
elektronik terakhir kepada penerima);
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
27 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
(b) kedua-dua pembekal dan penerima pembekalan mesti menyimpan
dokumen itu dalam bentuk mudah dibaca dan dalam bentuk enkripsi bagi
tempoh tujuh tahun daripada tarikh pembekalan. Mereka juga mesti
mempunyai akses kepada kod yang sepatutnya atau cara yang lain
disediakan bagi membolehkan juruaudit Kastam membandingkan
dokumen dalam bentuk boleh dibaca dengan bentuk enkripsi;
(c) Bagi invois cukai, resit, nota kredit atau nota debit yang dikeluarkan
secara manual dan kemudiannya ditukar kepada bentuk elektronik,
dokumen tersebut hendaklah disimpan dalam bentuk asal sebelum
penukaran itu dibuat.
(d) Orang kena cukai hendaklah mewujudkan kawalan untuk memastikan
invois cukai elektronik tidak boleh dimanipulasikan sebelum dan semasa
penghantaran.
(e) Orang kena cukai tidak boleh mengeluarkan invois cukai dalam bentuk
kertas kepada pelanggan apabila invois cukai elektronik telah
dikeluarkan. Jika invois cukai perlu dikeluarkan dalam bentuk kertas,
maka langkah sewajarnya hendaklah diambil untuk mengelak berlakunya
tuntutan cukai input berganda oleh pelanggan. Contohnya, membatalkan
sama ada invois bentuk kertas atau elektronik yang telah dikeluarkan.
(f) Orang kena cukai hendaklah mencetak dan menyimpan salinan bercetak
bagi invois cukai elektronik yang dikeluarkan jika dia tidak ingin
menyimpan invois cukai di dalam media elektronik.
Invois Cukai Hilang atau Tersilap Letak
36. Apabila invois cukai bagi pembekalan tertentu hilang atau tersilap letak, anda
boleh memohon kepada pembekal untuk menyediakan salinan invois cukai yang
diakui sah kerana mengeluarkan lebih daripada satu invois cukai bagi setiap
pembekalan bercukai adalah satu kesalahan. Salinan invois cukai yang diakui sah
boleh digunakan untuk menuntut cukai input selagi dokumen itu dengan jelas ditanda
“SALINAN” oleh pembekal.
Invois Proforma
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
28 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
37. Invois proforma tidak dianggap sebagai invois cukai. Anda hanya boleh
menuntut cukai input dalam penyata CBP jika anda mempunyai invois cukai yang
sewajarnya. Jika pembekal anda tidak memberikan invois cukai yang sewajarnya,
anda sepatutnya memintanya.
NOTA KREDIT DAN NOTA DEBIT
38. Akta CBP menyediakan keperluan mengeluarkan nota kredit dan nota debit
berhubung sesuatu pembekalan. Balasan bagi pembekalan tertentu hanya boleh
dipinda melalui nota kredit atau nota debit kerana ia bertentangan dengan Prinsip
Perakaunan Umum Diterima (GAAP) untuk hanya mengeluarkan invois cukai yang
lain bagi menampung pembekalan tersebut.
39. Nota kredit dan nota debit menyediakan mekanisme bagi membenarkan
pembekal untuk membuat pelarasan yang perlu berhubung pembekalan bercukai
selepas invois cukai telah dikeluarkan kerana terdapat perubahan yang berikutnya
(penurunan atau peningkatan) dalam nilai asal pembekalan.
40. Pengeluaran nota kredit dan nota debit oleh orang berdaftar berlaku apabila
terdapatnya:
(a) suatu perubahan dalam kadar cukai berkuatkuasa di bawah Seksyen 10
Akta ini atau suatu perubahan dalam pemerihalan pembekalan berkadar
sifar atau pembekalan dikecualikan di bawah Seksyen 17 atau 18 Akta
ini mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
(b) apa-apa pelarasan bagi tujuan perniagaan seperti pembatalan dalam
pembekalan barang dan perkhidmatan, terkurang atau terlebih catat
jumlah CBP dan pemulangan barang,
dan perubahan berlaku selepas penyata bagi pembekalan tersebut telah
dihantarkepada Ketua Pengarah, nota kredit atau nota debit hendaklah dikeluarkan
oleh orang yang membuat atau menerima pembekalan tersebut.
41. Apabila nota kredit atau nota debit dikeluarkan berkaitan dengan perubahan
dalam kadar cukai atau pemerihalan, pembekal dan penerima yang merupakan orang
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
29 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
berdaftar, hendaklah membuat pelarasan dalam penyata bagi tempoh bercukai di
mana perubahan berlaku.
42. Dalam kes di mana nota kredit atau nota debit dikeluarkan bagi apa-apa
pelarasan yang dibuat bagi tujuan perniagaan, pembekal dan penerima yang
merupakan orang berdaftar, hendaklah membuat pelarasan dalam penyata bagi
tempoh bercukai di mana nota kredit atau nota debit dikeluarkan atau diterima.
Nota Kredit
43. Nota kredit dikeluarkan oleh pembekal apabila nilai pembekalan dikurangkan
selepas invois cukai dikeluarkan. Nota ini dikeluarkan untuk membetulkan kesilapan
yang tidak disengajakan atau memberi kredit sewajarnya apabila terdapat perubahan
pada kadar atau perihalan; ataupun apabila pelarasan dibuat dalam urusan
perniagaan.
(a) Perubahan kadar atau perihalan
Nota kredit hendaklah dikeluarkan jika terdapat perubahan daripada
kadar CBP yang lebih tinggi kepada kadar yang lebih rendah atau
perubahan dalam perihal bekalan daripada bekalan kadar standard
kepada pembekalan berkadar sifar atau dikecualikan.
Contoh 6
Perubahan kadar daripada kadar standard (6%) kepada (5%)
Amaun invois (termasuk CBP RM1,200)
(Invois dikeluarkan dan cukai telah diakaunkan
sebelum perubahan pada kadar)
RM21,200
Bayaran yang diterima selepas perubahan kadar
(Termasuk CBP RM1,200)
RM21,200
Nilai pembekalan barang di mana barang
dialihkan keseluruhannya selepas perubahan
kadar (Tidak Termasuk CBP RM1,200)
RM20,000
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
30 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Oleh kerana bayaran diterima dan barang dialihkan selepas
perubahan pada kadar, maka CBP akan dikenakan pada kadar
5% ke atas pembekalan barang itu mengikut seksyen 66 Akta ini.
Maka, nota kredit berjumlah RM200 (RM20,000 x 6%) -
(RM20,000 x 5%) akan dikeluarkan kepada penerima yang
disebabkan perubahan pada kadar. Jumlah bayaran selepas
pelarasan untuk perubahan pada kadar dikira seperti berikut:
Amaun invois:
(Termasuk CBP RM1,200)
RM21,200
Amaun nota kredit:
(RM20, 000 x 6%) - (RM20, 000 x 5%)
RM200
Jumlah bayaran selepas perubahan pada kadar:
(RM21,200 - RM200)
RM21,000
Contoh 7
Perubahan kadar daripada kadar standard (6%) kepada (5%)
Amaun invois (termasuk CBP RM1,200):
(Invois dikeluarkan dan cukai telah diakaunkan
sebelum perubahan pada kadar)
RM21,200
Bayaran diterima sebelum perubahan pada
kadar
(Termasuk CBP RM600)
RM10,600
Nilai pembekalan barang di mana
sebahagiannya dialihkan sebelum perubahan
pada kadar:
(Tidak Termasuk CBP RM900)
RM15,000
Oleh kerana nilai pembekalan barang dialihkan adalah lebih tinggi
daripada bayaran yang diterima sebelum perubahan kadar, 6%
CBP dikenakan ke atas RM15,000 dan CBP pada kadar 5%
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
31 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
dikenakan ke atas baki RM5,000 mengikut seksyen 66 Akta ini.
Maka, nota kredit berjumlah RM50 akan dikeluarkan kepada
penerima disebabkan perubahan pada kadar [(RM5,000x 6%) -
(RM5,000 x 5%) = RM50]. Jumlah bayaran selepas pelarasan
untuk perubahan dalam kadar dikira seperti berikut:
Amaun invois (Termasuk CBP RM1,200):
(Invois dikeluarkan dan cukai telah diakaunkan
sebelum perubahan pada kadar)
RM21,200
Amaun nota kredit:
(RM5,000 x 6%) - (RM5,000 x 5%)
(RM50)
Jumlah bayaran selepas perubahan pada kadar
(RM 21,200 - RM50)
RM21,150
Contoh 8
Perubahan kadar daripada kadar standard (6%) kepada (5%)
Nilai invois (Termasuk CBP RM1,200):
(Invois dikeluarkan dan cukai telah diakaunkan
sebelum perubahan pada kadar)
RM21,200
Bayaran diterima sebelum perubahan kadar:
(Termasuk CBP RM900)
RM15,900
Nilai pembekalan barang di mana
sebahagiannya dialihkan sebelum perubahan
kadar
(Tidak Termasuk CBP RM600)
RM10,000
Oleh kerana bayaran yang diterima adalah lebih tinggi daripada
nilai pembekalan barang yang dialihkan sebelum perubahan
kadar, maka 6% CBP dikenakan ke atas RM15,000 dan CBP
pada kadar 5% dikenakan ke atas baki RM5,000 selaras dengan
seksyen 66 Akta ini. Maka, nota kredit berjumlah RM50 akan
dikeluarkan kepada penerima yang disebabkan perubahan pada
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
32 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
kadar [(RM5,000 x 6%) - (RM5,000 x 5%) = RM50)]. Jumlah
bayaran selepas pelarasan untuk perubahan pada kadar dikira
seperti berikut:
Amaun invois (Termasuk CBP RM1,200):
(Invois dikeluarkan dan cukai telah diakaunkan
sebelum perubahan pada kadar)
RM21,200
Amaun nota kredit:
[(RM5,000 x 6%) – (RM5,000 x 5%)]
RM50
Jumlah bayaran selepas perubahan kadar:
(RM21,200 - RM50)
RM21,150
Begitu juga, contoh 1,2 dan 3 di atas akan terpakai kepada situasi
di mana terdapat perubahan:
(i) daripada kadar yang tinggi kepada kadar yang rendah
(ii) dalam perihalan daripada kadar standard kepada kadar
sifar
(iii) dalam perihalan daripada kadar standard kepada
pembekalan dikecualikan.
(b) Pelarasan dalam urusan perniagaan
Nota kredit perlu dikeluarkan jika terdapat perubahan dalam balasan
disebabkan oleh pelarasan dalam urusan perniagaan seperti:
(i) apabila barang yang diinvois sebagai berkadar standard
sepatutnya dikecualikan atau berkadar sifar;
(ii) pembekalan barang atau perkhidmatan dibatalkan;
(iii) sebahagian atau sepenuhnya balasan telah diketepikan;
(iv) diskaun kuantiti telah diberikan selepas barangan dibekalkan;
(v) apabila barang yang kurang bermutu diterima oleh pelanggan
pada satu harga yang telah diturunkan;
(vi) barang dikembalikan atau perkhidmatan tidak diterima; atau
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
33 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
(vii) barang dan perkhidmatan yang dibekalkan bagi balasan yang
tidak dapat dipastikan;
Contoh 9
Pada 1 Jun 2015, Kamal Sdn.Bhd. syarikat pemborong barang
mainan telah mengeluarkan invois jualan berjumlah RM2,120.00
bagi pembekalan 20 set ‘baby walker’ kepada Cute Baby
Enterprise pada harga RM100.00 seunit. Pada hari yang sama,
Cute Baby Enterprise membatalkan pembelian tersebut. Selepas
itu, Kamal Sdn.Bhd. mengeluarkan nota kredit yang bernilai
RM2,000.00 (RM100.00 x 20) bagi ‘baby walker’ berkenaan dan
CBP berjumlah RM120.00 (RM2,000.00 x 6%). Jumlah bayaran
yang dibatalkan termasuk CBP adalah sebanyak RM2,120.00.
Nota Debit
44. Nota debit dikeluarkan oleh pembekal apabila nilai pembekalan meningkat
selepas invois cukai dikeluarkan. Nota ini dikeluarkan untuk membetulkan kesilapan
yang tidak disengajakan atau memberi debit sewajarnya apabila terdapat perubahan
pada kadar atau perihalan; ataupun apabila pelarasan dibuat dalam urusan
perniagaan.
(a) Perubahan kadar atau perihalan
Nota debit perlu dikeluarkan jika terdapat perubahan dari kadar CBP
yang lebih rendah kepada kadar yang lebih tinggi atau perubahan dalam
perihalan pembekalan daripada pembekalan berkadar sifar atau
dikecualikan kepada pembekalan berkadar standard.
Contoh 10
Perubahan kadar daripada kadar standard (6%) kepada (7%)
Amaun invois (termasuk CBP RM1,200):
(Invois dikeluarkan dan cukai telah diakaunkan
sebelum perubahan pada kadar)
RM21,200
Bayaran yang diterima selepas perubahan kadar RM21,200
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
34 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
(Termasuk CBP RM1,200)
Nilai pembekalan barang di mana barang
dialihkan keseluruhannya selepas perubahan
perihalan
(Tidak Termasuk CBP RM1,200)
RM20,000
Oleh kerana bayaran diterima dan barang dialihkan selepas
perubahan pada kadar, maka CBP akan dikenakan pada kadar
7% ke atas pembekalan barang itu mengikut seksyen 66 Akta ini.
Maka, nota debit berjumlah RM200 (RM20, 000 x 7%) -
(RM20,000 x 6%) akan dikeluarkan kepada penerima yang
disebabkan perubahan pada kadar. Jumlah bayaran selepas
pelarasan untuk perubahan pada kadar dikira seperti berikut:
Amaun invois:
(Termasuk CBP RM1,200)
RM21,200
Amaun nota debit:
[(RM20,000 x 7%) – (RM20,000 x 6%)]
RM200
Jumlah bayaran selepas perubahan pada kadar:
(RM21,200 + RM200)
RM21,400
Contoh 11
Perubahan kadar daripada kadar standard (6%) kepada (7%)
Amaun invois (termasuk CBP RM1,200):
(Invois dikeluarkan dan cukai telah diakaunkan
sebelum perubahan pada kadar)
RM21,200
Bayaran diterima sebelum perubahan pada kadar:
(Termasuk CBP RM600)
RM10,600
Nilai pembekalan barang di mana sebahagiannya
dialihkan sebelum perubahan pada kadar:
(Tidak Termasuk CBP RM900)
RM15,000
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
35 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Oleh kerana nilai pembekalan barang dialihkan adalah lebih tinggi
daripada bayaran yang diterima sebelum perubahan kadar, 6%
CBP dikenakan ke atas RM15,000 dan CBP pada kadar 7%
dikenakan ke atas baki RM5,000 mengikut seksyen 66 Akta ini.
Maka, nota debit berjumlah RM50 akan dikeluarkan kepada
penerima disebabkan perubahan pada kadar [(RM5,000x 7%) -
(RM5,000 x 6%) = RM50]. Jumlah bayaran selepas pelarasan
untuk perubahan dalam kadar dikira seperti berikut:
Amaun invois (Termasuk CBP RM1,200):
(Invois dikeluarkan dan cukai telah diakaunkan
sebelum perubahan pada kadar)
RM21,200
Amaun nota debit:
[(RM5,000 x 7%) – (RM5,000 x 6%)]
RM50
Jumlah bayaran selepas perubahan pada kadar:
(RM21,200 + RM50)
RM21,250
Contoh 12
Perubahan kadar daripada kadar standard (6%) kepada (7%)
Amaun invois (Termasuk CBP RM1,200):
(Invois dikeluarkan dan cukai telah diakaunkan
sebelum perubahan pada kadar)
RM21,200
Bayaran diterima sebelum perubahan kadar:
(Termasuk CBP RM900)
RM15,900
Nilai pembekalan barang di mana sebahagiannya
dialihkan sebelum perubahan kadar:
(Tidak Termasuk CBP RM600)
RM10,000
Oleh kerana bayaran yang diterima adalah lebih tinggi daripada
nilai pembekalan barang yang dialihkan sebelum perubahan
kadar, maka 6% CBP dikenakan ke atas RM15,000 dan CBP
pada kadar 7% dikenakan ke atas baki RM5,000 selaras dengan
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
36 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
seksyen 66 Akta ini. Maka, nota debit berjumlah RM50 akan
dikeluarkan kepada penerima yang disebabkan perubahan pada
kadar [(RM5, 000 x 7%) - (RM5, 000 x 6%) = RM50)]. Jumlah
bayaran selepas pelarasan untuk perubahan pada kadar dikira
seperti berikut:
Amaun invois (Termasuk CBP RM1,200)
((Invois dikeluarkan dan cukai telah diakaunkan
sebelum perubahan pada kadar)
RM21,200
Amaun nota debit:
[(RM5,000 x 7%) – (RM5,000 x 6%)]
RM50
Jumlah bayaran selepas perubahan kadar:
(RM21,200 + RM50)
RM21,250
Begitu juga, contoh 1, 2 dan 3 di atas akan terpakai kepada situasi
di mana terdapat perubahan:
(i) daripada kadar yang rendah kepada kadar yang tinggi
(ii) dalam perihalan daripada kadar sifar kepada kadar
standard
(iii) dalam perihalan daripada pembekalan dikecualikan kepada
kadar standard.
(b) Pelarasan dalam urusan perniagaan
Nota debit hendaklah dikeluarkan jika terdapat perubahan dalam balasan
disebabkan oleh pelarasan dalam urusan perniagaan seperti:
(i) apabila barang yang diinvoiskan sebagai dikecualikan atau
berkadar sifar sepatutnya berkadar standard;
(ii) caj tambahan yang dikenakan seperti kos pengangkutan selepas
penghantaran barang;
(iii) apabila harga barang yang dihantar kepada pelanggan adalah di
bawah harga yang sepatutnya;
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
37 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
(iv) terlebih pembekalan barang atau perkhidmatan kepada
pelanggan; atau
(v) barang atau perkhidmatan yang dibekalkan bagi balasan yang
tidak dapat dipastikan.
Contoh 13
Invois bagi jumlah RM1,500 telah dikeluarkan oleh Moden Sdn. Bhd.
untuk pembekalan beras 50kg pada RM30/kg kepada Esa, seorang
peruncit. Tiada CBP dikenakan ke atas pembekalan beras yang
berkadar sifar. Selepas satu minggu, Modern Sdn. Bhd. mendapati
bahawa biskut 10kg pada RM30/kg dan 40kg beras sebenarnya
dibekalkan kepada Esa. Disebabkan terdapat perubahan dalam balasan
daripada RM1,500 kepada RM1,518, nota debit telah dikeluarkan oleh
Moden Sdn. Bhd. untuk menuntut CBP ke atas pembekalan bercukai
biskut (RM300 x 6%).
Butir-butir Pada Nota Kredit Dan Nota Debit
45. Menurut Peraturan-Peraturan CBP 2014, butir-butir seperti berikut hendaklah
dinyatakan dalam nota kredit dan nota debit:
(a) perkataan “nota kredit” atau “nota debit” di tempat yang ketara;
(b) nombor siri dan tarikh dikeluarkan;
(c) nama, alamat dan nombor pengenalan CBP pembekal;
(d) nama dan alamat orang yang menerima pembekalan barang atau
perkhidmatan;
(e) sebab-sebab dikeluarkan;
(f) pemerihalan pembekalan barang atau perkhidmatan;
(g) kuantiti dan amaun bagi setiap pembekalan;
(h) jumlah amaun tidak termasuk cukai;
(i) kadar cukai dan amaun cukai; dan
(j) nombor dan tarikh invois cukai asal.
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
38 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Contoh nota kredit dan nota debit adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 13 dan Rajah 14.
Rajah 13: Contoh Nota Kredit
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
39 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Rajah 14: Contoh Nota Debit
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
40 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Penyimpanan Rekod Kredit
46. Penerima mesti menyimpan rekod mengenai semua kredit yang diterima
daripada pembekalnya. Jika penerima kebiasaannya mengeluarkan nota debit kepada
pembekal yang kredit itu patut diberikan dan menyelaraskan rekod penerima pada
peringkat itu, nota debit hendaklah menunjukkan butir-butir sama yang diperlukan bagi
nota kredit, iaitu nota kredit daripada pembekal mesti sepadan dengan nota debit yang
dikeluarkan oleh penerima bagi pembekalan yang sama. Begitu juga, pembekal harus
menyimpan rekod semua kredit yang diberikan kepada penerima dan membuat
pelarasan yang perlu. Penerima dan pembekal perlu memastikan bahawa pelarasan
dibuat sekali sahaja dan nota kredit dan nota debit itu tidak digunakan secara serentak
sebagai dokumen perakaunan.
PENYIMPANAN REKOD
47. Seksyen 36 Akta CBP 2014 memerlukan setiap orang kena cukai dan bukan
orang kena cukai tertentu untuk menyimpan rekod yang lengkap dan benar berkenaan
semua transaksi yang boleh memberi kesan atau boleh menjejaskan liabiliti cukai.
Rekod-rekod ini hendaklah disimpan di Malaysia kecuali sebagaimana selainnya yang
diluluskan oleh Ketua Pengarah dan hendaklah dalam bahasa kebangsaan atau
bahasa Inggeris, dan perlu dipelihara bagi tempoh tujuh tahun dari tarikh terakhir
berhubungan dengan rekod itu.
48. Bukan orang kena cukai tertentu yang dinyatakan di atas adalah seperti berikut:
(a) mana-mana orang yang telah terhenti menjadi orang kena cukai dan
telah membuat/akan membuat tuntutan pelepasan hutang lapuk;
(b) perkhidmatan diimport yang dibekalkan kepada penerima, yang
merupakan bukan orang kena cukai, bagi maksud perniagaan;
(c) barang daripada orang kena cukai dijual oleh bukan orang kena cukai
untuk mendapatkan kembali apa-apa hutang yang terhutang oleh orang
kena cukai;
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
41 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
(d) pembekalan oleh pelelong yang merupakan bukan orang kena cukai
atas namanya sendiri bagi pihak prinsipal / pemilik barangan yang
merupakan orang kena cukai; dan
(e) bukan orang kena cukai di Malaysia yang menerima barang (dalam
perjalanan atau penerusan perniagaan) daripada pengilang tol
diluluskan.
49. Mana-mana orang yang melanggar Seksyen 36 CBP Akta 2014, melakukan
suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi lima
puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau
kedua-duanya.
Apa Itu Rekod?
50. Rekod adalah dokumen termasuk semua buku akaun atau cetakan komputer
berkaitan jika komputer digunakan, juga termasuk dokumen-dokumen sokongan. Jika
rekod itu dalam bentuk elektronik yang boleh dibaca, suatu manual kepada perisian
mesti disediakan. Rekod boleh termasuk:
(a) semua rekod barang atau perkhidmatan yang dibekalkan oleh atau
kepada orang kena cukai termasuk invois cukai, invois, penyata jualan,
resit, nota kredit, nota debit dan borang pengikraran eksport;
(b) semua rekod pengimportan barang;
(c) buku akaun fizikal, laporan kewangan dan sumber dokumen
berdasarkan kertas termasuk cetakan komputer rekod perniagaan dan
rekod perakaunan;
(d) rekod elektronik; dan
(e) semua perincian mengenai sistem perakaunan, termasuk carta, kod
akaun, manual arahan, sistem dan program dokumentasi dan spesifikasi,
dll.
51. Semua orang kena cukai dan bukan orang kena cukai yang tertentu perlu
menyimpan setiap dokumen perakaunan yang munasabah dan rekod-rekod semua
pembekalan dan perolehan perniagaan bagi membolehkan juruaudit CBP
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
42 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
menetapkan sifat, masa dan nilai semua pembekalan bercukai dan pengimportan
barang dan perkhidmatan, termasuk maklumat yang membantu dalam menyelaraskan
rekod-rekod perakaunan dengan penyata CBP yang dikemukakan.
52. Perincian mengenai sebarang pembekalan yang dikecualikan dan apa-apa
kaedah pengagihan yang digunakan juga harus disediakan. Oleh itu, istilah "rekod"
adalah termasuk rekod semua barang dan perkhidmatan yang dibekalkan, diterima
dan diimport dan kadar cukai berkenaan ke atas semua pembekalan yang dibuat dan
diterima. Rekod-rekod tertentu yang perlu disimpan termasuk:
(a) Rekod Entiti Perniagaan
Rekod pendaftaran perniagaan seperti Borang 9, Borang 13, Borang 24
atau Borang 49.
(b) Rekod Percukaian
(i) Penyata CBP, slip pembayaran and resit;
(ii) Rekod pelepasan eksport, seperti pengikraran eksport (K2), rekod
status barang bercukai dan rekod lain yang berkaitan.
(iii) Rekod pelepasan import seperti:
pengikraran Import (K1, K9), Resit Rasmi Kastam dan Borang
Ikrar Nilai (K1A);
rekod pengangkutan seperti invois, pesanan penghantaran,
senarai pembungkusan, bil muatan, rekod insurans, caj
pengangkutan dan rekod lain yang berkaitan;
Surat/Ketetapan atau Keputusan Penjenisan/Ketetapan
Penilaian atau Ketetapan Awal Kastam;
surat pengecualian yang diperolehi oleh orang berdaftar; dan
Permit Import;
(iv) rekod dan dokumen untuk mengakaunkan mana-mana pelarasan
yang berkaitan dengan input dan output cukai CBP;
(v) borang pengikraran Hasil Dalam Negeri;
(vi) lembaran ringkasan CBP;
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
43 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
(vii) lembaran kerja pelarasan CBP.
(c) Rekod Transaksi Perniagaan
(i) Rekod-rekod jualan dan belian seperti pesanan belian/nota
pesanan, pesanan penghantaran, invois cukai, invois, resit,
baucer, gulungan daftar tunai, nota kredit, nota debit dan rekod
lain yang berkaitan.
(ii) Rekod kontrak (termasuk sub-kontrak) seperti perjanjian antara
pembeli dengan penjual atau pihak-pihak yang terlibat dalam
urusniaga perniagaan, surat konsesi kuasa, perjanjian usahasama
/ pajakan/ pengilangan, royalti/ francais/ lesen dan lain-lain
perjanjian Hak Harta Intelek (IPR), kontrak komisen ejensi broker,
kontrak pengedaran/penjualan dan pembelian dan rekod lain yang
berkaitan.
(iii) Rekod surat-menyurat seperti surat, faksimili, email dan dokumen
lain yang berkaitan.
(iv) Rekod-rekod pembayaran seperti cek, bank draf, surat kredit,
permohonan pemindahan dana, pesanan debit dan rekod lain
yang berkaitan.
(v) Perincian mengenai mana-mana ejen yang bertindak bagi pihak
pembekal/prinsipal dan transaksi yang dibuat melalui ejen-ejen.
(d) Rekod Perakaunan
(i) Laporan Kewangan yang diaudit termasuk Akaun Untung dan
Rugi.
(ii) Akaun Pengurusan.
(iii) Lejer Am dan Lejer Subsidiari.
(iv) Buku Tunai.
(v) Daftar Aset Tetap.
(vi) Rekod pengeluaran, lembaran/senarai stok dan senarai kawalan;
(vii) Senarai pemiutang dan penghutang (berkenaan dengan
perubahan dalam asas perakaunan)
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
44 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
(viii) Pelarasan audit
(ix) Jurnal, slip penerimaan, resit, baucer bayaran, slip pembayaran
dan rekod lain yang berkaitan.
(e) Rekod lain:
(i) barangan perniagaan yang digunakan untuk tujuan bukan
perniagaan;
(ii) pelupusan barangan perniagaan sama ada bagi sesuatu balasan
atau tidak;
(iii) hadiah kepada pelanggan dalam perjalanan atau penerusan
perniagaan yang dijalankan;
(iv) pemberian sampel kepada pelanggan yang berpotensi dalam
perjalanan atau penerusan perniagaan yang dijalankan;
(v) faedah sampingan yang diberikan kepada pekerja; dan
(vi) pergerakan barangan import ke/dari Gudang Berlesen.
Anda mungkin memerlukan maklumat di atas apabila mengira liabiliti
CBP sebelum mengisi penyata CBP.
Rekod Komputer/Elektronik
53. Orang berdaftar mesti menyimpan dokumen asal yang biasanya disimpan
dalam bentuk kertas (hard copy). Walau bagaimanapun, bagi rekod dalam bentuk
yang boleh dibaca secara elektronik, rekod tersebut hendaklah disimpan dalam apa-
apa cara bagi membolehkan rekod tersebut dipermudahkan diakses dan ditukar ke
dalam bentuk bertulis.
54. Bila rekod pada asalnya dalam suatu bentuk manual dan ia kemudiannya
ditukar ke dalam rekod elektronik, rekod itu hendaklah dikekalkan dalam bentuk
asalnya sebelum pertukaran itu. Rekod tersebut hendaklah boleh diterima sebagai
keterangan dalam apa-apa prosiding. Misalnya, rekod disimpan di dalam komputer
menggunakan pita magnet atau cakera, sepatutnya boleh ditukar ke dalam bentuk
dipermudahkan dibaca yang memuaskan dan tersedia kepada Kastam atas
permintaan untuk membolehkan pegawainya memeriksa operasi orang berdaftar dan
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
45 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
maklumat yang disimpan melalui orang yang bertanggungjawab ke atas komputer
atau perisiannya.
Penyimpanan Rekod Di Luar Negara
55. Mana-mana rekod yang berkaitan dengan CBP mesti disimpan di Malaysia oleh
orang kena cukai. Bagi mereka yang bercadang untuk menyimpan rekod mereka di
luar negara, kelulusan perlu diperolehi daripada Ketua Pengarah tertakluk kepada
syarat yang difikirkannya patut. Selain mematuhi Seksyen 36 Akta CBP 2014, rekod
yang disimpan di luar negara mesti disediakan apabila dikehendaki oleh pegawai CBP
untuk tujuan pengesahan atau audit.
REKOD PADA LEMBARAN RINGKASAN CBP
56. Untuk memudahkan anda mengemukakan penyata CBP yang betul dan tepat
dan untuk membantu mana-mana proses audit, adalah dinasihatkan agar anda
mengekalkan suatu rekod pada lembaran kerja CBP. Lembaran kerja CBP adalah
ringkasan nilai perolehan/pembekalan dan cukai input/output bagi setiap tempoh
bercukai.
57. Bagi setiap tempoh bercukai, anda perlu mengemaskini rekod dan
menyediakan lembaran ringkasan CBP dengan tajuk berasingan seperti yang berikut:
(a) Jumlah Perolehan dan Cukai Input
(b) Jumlah Pembekalan dan Cukai Output
(c) Maklumat Tambahan
Contoh lembaran ringkasan CBP adalah seperti di Rajah 15, 16 dan 17.
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
46 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Rajah 15: Lembaran Ringkasan CBP Bagi Jumlah Perolehan dan Cukai Input
Bagi Tempoh Bercukai 1 Jul – 30 Sep 2015
Jenis Perolehan
Nilai Perolehan
tidak termasuk
CBP
Cukai Input
6%
(RM) (RM)
KADAR STANDARD Boleh
Dituntut
Tidak Boleh
Dituntut 1. Belian Biasa – untuk melakukan pembekalan berkadar
standard
20,000 1,200 Nil
Belian Biasa – untuk melakukan pembekalan dikecualikan
10,000 Nil 600
Belian Biasa – untuk melakukan pembekalan sampingan
yang dikecualikan (Peraturan 43 & 44A)
400 24 Nil
2. Belian Harta Modal – untuk melakukan pembekalan berkadar
standard 77,000 4,620 Nil
Belian Biasa – Untuk melakukan pembekalan dikecualikan
10,000 Nil 600
3. Pembekalan dengan Pelepasan CBP
Nil Nil Nil
4. Perkhidmatan Diimport
15,500 930 Nil
5. CBP ke atas Import
11,200 672 Nil
Jumlah Kecil 144,100 7,446 1,200
Pelarasan:
1. Pelepasan Hutang Lapuk 2,000 120 Nil
2. Nota Kredit / Nota Debit 4,056 243.36 Nil
3. Pelarasan Harta Modal Nil Nil Nil
4. Pelarasan Tahunan Nil Nil Nil
5. Pelarasan Lain Nil Nil Nil
Jumlah Kecil 6,056 363.36 0
Jumlah Keseluruhan 150,156 7,809.36 1,200
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
47 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Rajah 16: Lembaran Ringkasan CBP Bagi Jumlah Perolehan dan Cukai Output
Bagi Tempoh Bercukai 1 Jul – 30 Sep 2015
Rajah 17: Maklumat Tambahan Bagi Lembaran Ringkasan CBP
Bagi Tempoh Bercukai 1 Jul – 30 Sep 2015
Jenis Pembekalan
Nilai Pembekalan Tidak Termasuk CBP
(RM)
Cukai Output
6%
(RM)
KADAR STANDARD
1. Pembekalan Biasa
125,000 7,500
2. Pelupusan Aset Perniagaan
5,000 300
3. Dianggap sebagai Pembekalan:
Hadiah, aset perniagaan yang digunakan untuk kegunaan persendirian, dan sebagainya.
3,200 192
4. Perkhidmatan yang diimport
8,100 486
Jumlah Kecil
141,300 8,478
Pelarasan:
1. Mendapatkan kembali hutang lapuk 1,000 60
2. Nota Kredit / Nota Debit Nil Nil
3. Pelarasan Harta Modal Nil Nil
4. Pelarasan Tahunan Nil Nil
5. Pelarasan Lain Nil Nil
Jumlah Kecil 1,000 60
Jumlah Keseluruhan 142,300 8,538
Cukai Bersih Kena Dibayar / (Kena Dituntut) [Cukai Output – Cukai Input]
8,538 – 7,809.36 = RM 728.64
Jenis Pembekalan Nilai
(RM)
CBP
(RM)
Jumlah Nilai Kadar Sifar – Pembekalan Tempatan
1,000 Nil
Jumlah Nilai Pembekalan Export 25,000 Nil
Jumlah Nilai Pembekalan yang Dikecualikan Nil Nil
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
48 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
58. Lembaran ringkasan CBP seperti di Rajah 15, 16 dan 17 adalah keperluan
asas untuk merekod maklumat CBP. Lembaran kerja tambahan diperlukan untuk
menyokong lembaran ringkasan tersebut. Sebagai contoh, anda sebagai pembekal
yang berdaftar CBP mungkin dikehendaki untuk menyediakan lembaran kerja
tambahan untuk menyokong angka yang tercatat di dalam Nota Kredit/Nota Debit
seperti yang direkodkan dalam Rajah 15. Contoh lembaran kerja adalah seperti di
Rajah 18.
Rajah 18: Senarai Nota Kredit / Nota Debit dan Invois Cukai berkaitan bagi
Pelarasan CBP sehingga 30.09.2015
No.
No. Nota
Kredit /
Debit.
Tarikh
Nilai CN /
DN
(Termasuk
CBP)
No. Invois
Berkaitan
Nilai
Invois
(Termasuk
CBP)
CBP
Dibayar
Tempoh
Bercukai
Cukai
Diikrar/
Dibayar
Pelarasan
CBP ke atas
Cukai Output
disebabkan
CN/DN
(RM) (RM) (RM) (RM)
1. CN1234 1.5.2015 1,060 67899 10,600 600 Apr –
Jun 2015
(60)
2 CN1911 21.5.2015 2,120 68450 20,140 1,140 Apr –
Jun 2015
(120)
3. DN66997 13.6.2015 954 79776 5,300 300 Apr –
Jun 2015
54
JUMLAH 4,134 36,040 2,040 (126)
Jumlah Nilai Pembekalan yang Diberi Pelepasan CBP
7,600 Nil
Jumlah Nilai Barang yang Diimport di bawah Skim Khas dan penangguhan CBP
1,000 60
(Penangguhan)
Jumlah Nilai Pembekalan yang Tidak Diambil Kira 3,569 Nil
JUMLAH 38,169 Nil
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
49 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
REKOD YANG DIPERLUKAN BAGI TUNTUTAN PELEPASAN CBP ATAS
HUTANG LAPUK
59. Orang kena cukai dikehendaki menyenggara dan memelihara semua rekod dan
dokumen berhubung hutang lapuk. Di samping rekod yang dinyatakan pada
perenggan 47 hingga 55 panduan ini, orang berdaftar diperlukan untuk menyimpan
rekod tambahan bagi menyokong tuntutan pelepasan hutang lapuk seperti:
(a) keterangan dokumentari lain yang menunjukkan tempoh masa, jenis,
maklumat pembeli dan balasan pembekalan;
(b) rekod atau apa-apa dokumen lain yang menunjukkan bahawa anda telah
mengakaun dan membayar cukai;
(c) rekod atau apa-apa dokumen lain, sebagai contoh senarai tempoh
(aging) penghutang yang menunjukkan bahawa balasan itu tidak
diterima selepas 6 bulan daripada tarikh pembekalan dan diakaun
sebagai hutang lapuk di dalam akaun orang kena cukai;
(d) rekod atau apa-apa dokumen lain yang menunjukkan bahawa semua
usaha yang wajar telah diambil oleh orang berdaftar untuk mendapatkan
semula hutang. Usaha yang wajar adalah termasuk:
(i) surat permintaan atau peringatan daripada syarikat; atau
(ii) surat daripada syarikat peguamcara atau tindakan undang-
undang terhadap penghutang jika ada; atau
(iii) penglibatan dan tindakan daripada ejensi kredit jika ada; atau
(iv) hutang lapuk telah dihapuskan dalam akaun syarikat dan
sebagainya.
Ia tidak wajib untuk memenuhi semua syarat di atas. Walau
bagaimanapun, hanya menghantar surat permintaan kepada penghutang
tidak boleh dianggap sebagai satu usaha yang mencukupi untuk
memungut semula hutang. Oleh itu, Kastam mungkin tidak meluluskan
pelepasan hutang lapuk orang kena cukai tersebut.
(e) rekod insolvensi seperti:
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
50 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
(i) Individu:
Surat daripada Jabatan Insolvensi Malaysia untuk memberitahu
bahawa penghutang diisytiharkan sebagai muflis di bawah Akta
Kebankrapan 1967;
(ii) Syarikat:
surat daripada Jabatan Insolvensi Malaysia; atau
perintah mahkamah untuk penggulungan di bawah Akta
Syarikat 1965;
surat pelantikan penerima;
penyata hal ehwal yang diserah simpan dengan Suruhanjaya
Syarikat Malaysia yang menyatakan bahawa harta syarikat
tidak mencukupi untuk menampung bayaran bagi apa-apa
hutang;
borang yang berkaitan dengan insolvensi penghutang seperti:
Borang 70, Akta Syarikat 1965 (Notis Pelantikan dan
Keadaan Pejabat atau Pelikuidasi (Penggulungan) oleh
Mahkamah);
Borang 75, Akta Syarikat 1965 (Akaun Penerimaan dan
Pembayaran Pelikuidasi dan Penyata Kedudukan dalam
Penggulungan);
Bukti Hutang (Borang Am);
(f) menyenggara akaun tunggal yang dikenali sebagai “bayaran balik akaun
hutang lapuk”.
60. Rekod yang juga perlu disimpan perlu menunjukkan perincian pembekalan
setiap tuntutan yang dibuat:
(a) perincian pembekalan bagi tuntutan;
(i) jumlah CBP yang dikenakan;
(ii) tempoh bercukai yang mana CBP telah diakaunkan dan dibayar
kepada Ketua Pengarah;
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
51 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
(iii) tarikh dan nombor siri invois cukai yang dikeluarkan atau jika tiada
sebarang invois, maklumat lain yang perlu untuk mengenal pasti
masa, jenis dan penghutang; dan
(iv) apa-apa bayaran yang diterima.
(b) jumlah CBP yang tertunggak berkaitan dengan tuntutan tersebut;
(c) jumlah CBP yang dituntut; dan
(d) tempoh bercukai yang mana tuntutan dibuat.
Contoh adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 19.
Rajah 19: Contoh Rekod bagi Tuntutan Hutang Lapuk
Contoh di atas menggunakan invois sebagai rujukan. Walau bagaimanapun,
jika masa pembekalan tidak berpandukan tarikh invois, rujukan boleh dibuat
menggunakan masa penghantaran atau pembayaran yang mana berkenaan.
INVOIS CUKAI TIDAK PERLU DIKELUARKAN DAN PENYIMPANAN REKOD
61. Di bawah perundangan CBP, secara amnya orang berdaftar yang membuat
pembekalan bercukai mesti mengeluarkan invois cukai. Namun, di bawah keadaan
No No.
Invois
Tarikh
Invois
Amaun
Invois
Termasuk
CBP
CBP
Dibayar
Tempoh
Bercukai
Cukai
Diikrar/
Dibayar
Bayaran
Diterima
Tunggakan CBP
Dituntut
Tempoh
Bercukai
Tuntutan
Tempoh
(Bulan)
(RM) (RM) (RM) (RM) (RM)
1. IA1234 9.2.2016 1,900.00 107.55 Jan – Mar 2016
190.00 1,710.00 96.79 Apr – Jun 2017
14
2. IA1235 1.6.2016 2,000.00 113.21 Apr – Jun
2016
200.00 1,800.00 101.89 Apr – Jun
2017
10
3. IA1236 1.9.2016 5,500.00 311.32 Jul – Sep
2016
Nil 5,500.00 311.32 Apr – Jun
2017
7
TOTAL 9,400.00 532.08 390.00 9,010.00 510.00
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
52 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
tertentu, orang berdaftar boleh mengenakan CBP atas pembekalannya tanpa
mengeluarkan invois cukai.
Orang berdaftar CBP di bawah Pelepasan Barang Terpakai
62. Orang yang diluluskan di bawah skim ini boleh membeli barangan terpakai
(kenderaan bermotor/hartanah terpakai) daripada orang yang tidak berdaftar atau
individu. Kemudiannya, apabila orang yang diluluskan di bawah skim ini menjual
semula barang itu, dia perlu mengenakan CBP atas perbezaan antara harga jualan
dengan harga pemerolehan barang tersebut. Memandangkan invois cukai tidak boleh
dikeluarkan oleh orang yang diluluskan, pembeli barang tersebut tidak boleh menuntut
input cukai walaupun beliau adalah orang berdaftar. (Untuk maklumat lanjut, sila rujuk
Panduan Skim Pelepasan Barang Terpakai).
63. Orang berdaftar di bawah skim ini mesti menyimpan rekod seperti:
(a) invois belian dan jualan bagi jualan di bawah Skim Pelepasan Barang
Terpakai;
(b) buku log; dan
(c) baucer bayaran.
64. Buku log perlu mengandungi butir-butir seperti:
(a) Butir-butir Belian
(i) tarikh perolehan / pembelian;
(ii) nombor invois belian;
(iii) jumlah harga belian.
(iv) nama dan alamat penjual;
(v) hartanah (bangunan komersil)/nombor pendaftaran kenderaan,
nombor enjin dan casis kenderaan; dan
(vi) model dan buatan.
(b) Butir-butir Jualan
(i) tarikh jualan;
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
53 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
(ii) nombor invois jualan;
(iii) nama dan alamat pembeli;
(iv) jumlah harga jualan;
(v) hartanah (bangunan komersil)/nombor pendaftaran kenderaan,
nombor enjin dan casis kenderaan; dan
(vi) model dan buatan.
(c) Butir-butir Perakaunan
(i) harga belian;
(ii) harga jualan;
(iii) nilai margin jualan;
(iv) kadar cukai pada tarikh jualan; dan
(v) CBP perlu dibayar.
Contoh rekod skim margin adalah seperti di Rajah 20.
Rajah 20: Contoh Rekod Skim Margin
No Jualan Purchase Margin
termasuk
CBP 6%
CBP Additional Information
Tarikh No.
Inv
Amaun
(RM)
Tarikh No.
Resit
Amaun
(RM)
Amaun
Kena
Dibayar
Tempoh
Bercukai
No
Daftar/
No Lot
Buatan Lain-
lain
1. 1.6.2015 V123 50,000 4.4.2012 P899 20,000 30,000 1,698.11 Jun 2015 WBP12 Ford Escape
2. 5.8.2015 V124 43,000 6.3.2011 1199 23,000 20,000 1,132.08 Aug 2015 LB123 Honda Civic
Skim Kadar Rata
65. Skim kadar rata membenarkan mana-mana orang yang layak dan menjalankan
perniagaan yang melibatkan aktiviti yang ditetapkan untuk memasukkan suatu
tambahan kadar rata yang ditetapkan dalam balasan bagi apa-apa pembekalan
bercukai barang yang dibuat olehnya daripada aktiviti yang ditetapkan kepada orang
berdaftar dalam perjalanan atau penerusan perniagaan itu.
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
54 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
66. Orang yang diluluskan bagi aktiviti yang ditetapkan dikehendaki mengeluarkan
invois dan mengenakan tambahan kadar rata yang ditetapkan dalam balasan atas
pembekalan bagi barangan bercukai kepada orang berdaftar CBP. Contoh invois yang
dikeluarkan oleh orang yang diluluskan adalah seperti di Rajah 21.
67. Di samping invois yang dikeluarkan oleh orang yang diluluskan, Ketua
Pengarah boleh, apabila permohonan dibuat oleh orang berdaftar, membenarkannya
untuk mengeluarkan invois berkaitan pembekalan yang dibuat oleh orang yang
diluluskan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(a) nilai barang atau perkhidmatan tidak diketahui oleh orang yang
diluluskan pada masa pembekalan dibuat;
(b) orang berdaftar dan orang yang diluluskan bersetuju secara bertulis
bahawa orang yang diluluskan tidak akan mengeluarkan invois
berhubung suatu pembekalan yang dibuat di bawah skim ini;
(c) orang berdaftar hendaklah mengeluarkan invois yang menunjukkan butir-
butir yang dinyatakan di perenggan 69 panduan ini;
(d) salinan invois diberikan kepada orang yang diluluskan dan satu salinan
disimpan oleh orang berdaftar;
(e) orang yang diluluskan hendaklah memaklumkan orang berdaftar jika dia
tidak lagi menjalankan perniagaan, memindahkan perniagaannya
sebagai satu usaha berterusan atau menjadi orang berdaftar;
(f) dalam kes di mana invois dikeluarkan sebelum pembekalan dibuat,
invois tersebut perlu dikeluarkan bersama bayaran; dan
(g) apa-apa syarat lain yang difikirkan patut untuk dikenakan oleh Ketua
Pengarah.
Contoh invois yang dikeluarkan oleh orang berdaftar (penerima) adalah seperti yang
ditunjukkan pada Rajah 22.
68. Orang yang diluluskan di bawah skim ini tidak dibenarkan untuk menuntut kredit
input cukai (ITC) dan pembeli yang merupakan orang berdaftar CBP boleh menuntut
ITC berdasarkan tambahan kadar rata (cukai) yang ditanggung. Orang yang
diluluskan tidak perlu mengemukakan penyata atau meremit tambahan kadar rata
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
55 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
(cukai) yang dipungut kepada Kastam. Namun, dia mesti mengemukakan penyata
jualan tahunan termasuk senarai pelanggannya kepada Ketua Pengarah. Contoh
penyata jualan tahunan skim kadar rata adalah seperti yang ditunjukkan di dalam
Jadual 1 di bawah.
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
56 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Jadual 1: Penyata Jualan Tahunan Skim Kadar Rata bagi Tahun 2014
Nama Orang Yang Diluluskan :
Alamat Orang Yang Diluluskan :
Nombor Skim Kadar Rata :
Bulan Jualan Skim Kadar
Rata Tambahan Kadar Rata Jualan Lain
(RM) (RM) (RM)
Januari
Februari
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
September
Oktober
November
Disember
Jumlah(RM)
No. Nama Pembeli (Orang Berdaftar) Nombor Cukai Barang dan
Perkhidmatan (Nombor CBP)
Tandatangan :
Nama :
Jawatan :
Cop Syarikat :
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
57 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
69. Invois dikeluarkan di bawah skim ini perlu mengandungi butir-butir berikut:
(a) nombor siri invois;
(b) nama, alamat dan nombor rujukan orang yang diluluskan;
(c) tarikh pengeluaran invois;
(d) nama, alamat dan nombor pengenalan CBP orang berdaftar yang mana
barang itu dibekalkan;
(e) perihal barang dibekalkan;
(f) jumlah amaun kena bayar tidak termasuk tambahan kadar rata, kadar
tambahan kadar rata dan jumlah amaun kadar tambahan kadar rata
perlu ditunjukkan secara berasingan; dan
(g) jumlah kena dibayar termasuk tambahan kadar rata.
70. Orang yang diluluskan hanya perlu mengeluarkan invois dengan tambahan
kadar rata untuk mana-mana pembekalan barang bercukai kepada orang berdaftar
CBP berkaitan dengan aktiviti yang ditetapkan bagi perniagaannya.
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
58 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Rajah 21: Contoh Invois Bagi Skim Kadar Rata
(Dikeluarkan oleh Orang yang Diluluskan)
No. Perihal Jumlah
(RM)
1.
2.
3.
10kg Daun Tembakau Hijau (Gred 1) @ RM100/kg
20kg Daun Tembakau (Gred 2) @ RM50/kg
40kg Daun Tembakau Spring (Gred 3) @ RM30/kg
1,000.00
1,000.00
1,200.00
Jumlah(tidak termasuk kadar rata tambahan )
Kadara rata tambahan @ 1%
3,200.00
32.00
Jumlah amaun yang kena dibayar
3,232.00
INVOIS Tarikh
dikeluarkan
DUNVILLE MANUFACTURING SDN. BHD. Lot 123, Jalan Padi, 81200 Johor Bahru Tel : 07-3349 765
(GST ID No : 100004/2014)
Date : 1 Jun 2015
ELLE TOBACCO ENTERPRISE (I0000897) Lot 123, Jalan Mahsuri, 81200 Johor Bahru Tel : 07-2312 345
(Kadar Rata No. Ruj.: FRS1022/2015)
No. Invois : 0001114
........................................................
ELLE TOBACCO ENTERPRISE
............................................................
Nama, alamat dan
nombor CBP pelanggan
Nombor siri
invois
Invoice
Nama, alamat dan no. rujukan kadar
rata bagi orang yang diluluskan
Perihal barang
yang dibekalkan
Jumlah amaun
tambahan kadar
rata
Jumlah amaun
tidak termasuk
tambahan kadar
rata
Kadar bagi tambahan
kadar rata
Jumlah amaun
termasuk tambahan
kadar rata
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
59 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
No. Invois : 0001206 Pembekal
KEBUN LUMADAN ENTERPRISE
Lot 22, Jalan Lumadan-Sipitang,
89808 Beaufort, Sabah.
(No. Ruj. Flat Rate : FRS1227/2015)
Rajah 22: Contoh Invois Bagi Skim Kadar Rata
(Disediakan oleh Orang Berdaftar)
Penerima
KILANG KELAPA SAWIT SDN.BHD
Lot 172, Jalan Lumadan-Sipitang, 89808 Beaufort, Sabah.
Tel: 087-211730
(GST ID No: 100017/2015)
No.
Siri
Perihal
Kuantiti
(tan)
Harga
Seunit
(RM)
Jumlah
(RM)
1.
Buah tandan segar kelapa sawit
40
413.00
16,520.00
Jumlah(tidak termasuk kadar
rata tambahan )
Kadar rata tambahan @ 1%
16,520.00
165.20
Jumlah Kena Dibayar
16,685.20
Supplier’s name,
address and GST
identification
number
Tarikh : 25 Jun 2015
No N/H : S000206
………………………………………………….....………
KILANG KELAPA SAWIT SDN.BHD.
Nombor siri invois
Nama, alamat dan Nombor pengenalan CBP penerima/pelanggan
Perihal barang
dibekalkan
KILANG KELAPA SAWIT SDN BHD Nama, alamat dan nombor
rujukan kadar rata bagi orang
yang diluluskan
INVOIS
Jumlah
amaun
tambahan
kadar rata
Kadar bagi
tambahan kadar
rata
Jumlah amaun kena
dibayar termasuk
tambahan kadar
rata
Tarikh invois
dikeluarkan
Jumlah
amaun kena
dibayar tidak
termasuk
tambahan
kadar rata
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
60 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Rekod-Rekod Yang Perlu Disimpan
71. Rekod yang perlu disimpan di bawah skim kadar rata adalah termasuk:
(a) invois;
(b) rekod jualan:
(i) jumlah jualan kepada orang berdaftar CBP dengan tambahan
kadar rata; dan
(ii) jumlah aktiviti bukan pertanian; dan
(c) penyata jualan tahunan.
Skim Pengilang Tol Diluluskan (ATMS)
72. Pengilang tol/kontrak yang menjalankan aktiviti nilai ditambah melibatkan
perawatan atau pemprosesan barang bagi prinsipal di luar negara, boleh memohon
ATMS sebagai Pengilang Tol Diluluskan (ATM) tertakluk kepada syarat-syarat yang
ditetapkan (Sila rujuk kepada Panduan Skim Pengilang Tol Diluluskan CBP).
73. Di bawah ATMS, pembekalan aktiviti nilai ditambah (seperti caj/tol
pemprosesan) dibuat oleh ATM untuk dan kepada prinsipal di luar negara tidak
diambil kira di bawah Seksyen 72(1) Akta CBP 2014. CBP atas barang diproses atau
barang siap dihantar oleh ATM tersebut (untuk prinsipalnya di luar negara) kepada
pelanggan tempatan (orang berdaftar CBP atau bukan orang berdaftar CBP) akan
diakaun oleh pelanggan tempatan melalui kaedah “Perakaunan Kendiri Penerima”,
iaitu pelanggan tempatan mesti mengakaun dan membayar cukai seolah-olah dirinya
sendiri membekalkan barang itu.
Invois Bagi ATMS
74. ATM boleh mengeluarkan invois cukai kepada prinsipal luar negara bagi
pembekalan perkhidmatan nilai ditambah yang dilaksanakan atas bahan mentah yang
dikonsainkan oleh prinsipal luar negara. Invois cukai tidak boleh dikeluarkan untuk
barangan yang diproses atau barangan siap yang dihantar kepada pelanggan
tempatan bagi pihak prinsipal luar negara. Walau bagaimanapun, barang siap yang
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
61 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
dihantar oleh ATM kepada pelanggan tempatan mesti diiringi oleh Nota Hantaran
(DO).
75. Pelanggan/penerima tempatan yang menerima barang tersebut akan
mengakaun cukai output atas pembekalan tempatan melalui kaedah “Perakaunan
Kendiri Penerima” berdasarkan invois daripada prinsipal luar negara atau bila bayaran
dibuat kepada prinsipal luar negara. Pada masa yang sama, pelanggan tempatan
boleh menuntut cukai output yang dianggap sebagai kredit cukai inputnya sekiranya
dia adalah orang berdaftar CBP.
76. Namun, jika pelanggan tempatan (orang berdaftar CBP) menerima barang yang
diproses atau barang siap daripada ATM dan kemudiannya membekalkan barang itu
untuk pasaran tempatan, dia mesti mengakaunkan cukai output dan mengeluarkan
invois cukai kepada pembeli atas pembekalan tempatan tersebut.
Penyimpanan Rekod
77. Kedua-dua pengilang tol diluluskan dan pelanggan tempatan (peserta ATMS)
kepada pelanggan luar negara yang berdaftar di bawah ATMS mesti menyenggara
akaun dan rekod yang kemaskini pada setiap masa.
(a) Penyimpanan rekod oleh Pengilang Tol Diluluskan
Di samping rekod yang dinyatakan dalam perenggan 47 hingga 55
panduan ini, pengilang tol di bawah ATMS hendaklah pada setiap masa
menyenggara dan memelihara rekod perakaunan dan inventori yang
teratur berhubung bahan mentah diterima, disimpan dan dikilang
termasuk barang yang diproses atau barang siap yang dihantar dan
dieksport semula. Rekod ini termasuk:
(i) semua invois daripada prinsipal di luar negara;
(ii) pesanan hantaran;
(iii) dokumen dan rekod lain yang asal berhubung dengan perolehan,
resit dan pembekalan bahan mentah (belian import atau
tempatan) dan barang siap yang dieksport semula, dihantar atau
dikonsainkan di bawah ATMS;
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
62 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
(iv) apa-apa perjanjian atau kontrak dibuat antara Pengilang Tol
Diluluskan dengan prinsipal luar negara;
(v) senarai penerima yang berada di bawah ATMS (berdaftar dan
bukan berdaftar); dan
(vi) ringkasan barangan yang dihantar kepada penerima ATMS
(berdaftar dan bukan berdaftar).
(b) Penyimpanan Rekod oleh Pelanggan Tempatan (berdaftar dan bukan
berdaftar)
Pelanggan tempatan di bawah ATMS hendaklah menyenggara dan
memelihara rekod perakaunan dan inventori yang sewajarnya pada
setiap masa berhubung barang siap diterima dan dibekalkan, bagi
tempatan dan luar negara. Rekod ini termasuk:
(i) semua invois daripada prinsipal luar negara;
(ii) rekod bayaran kepada prinsipal luar negara;
(iii) pesanan hantaran daripada ATM;
(iv) dokumen asal dan rekod lain yang berkaitan pembekalan diterima
dan dijual seperti Borang Pengikraran Kastam (K1/K2/K9) dll; dan
(v) apa-apa perjanjian atau kontrak antara pelanggan tempatan
(pembeli barang siap) dan prinsipal di luar negara.
Pendaftaran Kumpulan CBP
78. Syarikat-syarikat di bawah satu kumpulan boleh memilih untuk didaftarkan
sebagai satu kumpulan di bawah CBP. Dua atau lebih syarikat boleh berada dalam
satu kumpulan di bawah CBP apabila satu syarikat mengawal syarikat lain atau
apabila syarikat-syarikat ini dikawal oleh seorang atau beberapa individu dalam
perkongsian. Orang yang mengawal perlu memegang lebih daripada lima puluh
peratus daripada modal saham setiap syarikat ini. (Untuk maklumat lanjut, sila rujuk
kepada Panduan Pendaftaran CBP).
Invois Bagi Kumpulan CBP
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
63 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
79. Pengeluaran invois oleh orang berdaftar di bawah pendaftaran kumpulan
adalah seperti berikut:
(a) Anggota kumpulan CBP yang membuat pembekalan secara individu
kepada penerima di luar kumpulan mesti mengeluarkan invois cukai
dengan nombor pendaftaran CBP individu tersebut.
(b) Bagi pemerolehan secara individu oleh anggota kumpulan CBP daripada
pembekal di luar kumpulan, invois cukai hendaklah dikeluarkan atas nama
anggota individu tersebut.
(c) Pembekalan atau transaksi di antara anggota dalam kumpulan CBP
adalah merupakan pembekalan yang tidak diambil kira. Anggota boleh
mengeluarkan invois biasa kepada anggota yang lain apabila membuat
pembekalan di dalam kumpulan.
Rekod Yang Perlu Disimpan
80. Selain dokumen dan rekod yang dinyatakan di perenggan 47 hingga 55
panduan ini yang perlu disimpan oleh orang berdaftar, semua anggota kumpulan CBP
termasuk anggota wakil hendaklah juga menyimpan rekod berikut:
(a) rekod bulanan anggota secara individu ke atas jumlah input (pembelian
dan pemerolehan) dan output (jualan dan pelupusan selain daripada
jualan); dan
(b) ringkasan bulanan anggota secara individu ke atas jumlah input
(pembelian dan pemerolehan) dan output (jualan dan pelupusan selain
daripada jualan).
Contoh ringkasan bulanan tersebut adalah seperti di bawah:
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
64 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Contoh 14: Anggota A (No. Pendaftaran CBP): Ringkasan Jumlah Output
Dibekalkan Bagi Tempoh Januari 2014
Jenis Pembekalan
Output Amaun Output
(RM)
Cukai Output (RM)
6%
Pembekalan kepada Luar Kumpulan
Kadar Standard 10,000 600
Kadar Sifar
Tempatan
3,000 Nil
Kadar Sifar
Export
1,000 Nil
Dikecualikan N/A N/A
Pembekalan dengan Pelepasan CBP 1,000 Nil
Pembekalan Dalam
Kumpulan
Kadar Standard 10,000 Nil (Tidak diambil kira)
Kadar Sifar Nil Nil
Pelarasan Mendapat kembali Hutang Lapuk 500 30
Pelarasan Lain Nil Nil
Jumlah 25,500 630
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
65 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Contoh 15: Anggota A (No. Pendaftaran CBP): Ringkasan Jumlah Input yang
Diperolehi bagi Tempoh Bercukai Januari 2014
Jenis Pembekalan
Input Amaun Input
(RM)
Cukai Input
(RM)
6%
Pembekalan dari Luar Kumpulan
Kadar Standard Input lain
Harta modal
6,480
8,000 100,000
Kadar Sifar
Tempatan
1,000 Nil
Dikecualikan 1,000 Nil
(Dikecualikan)
Pembekalan dengan Pelepasan CBP N/A N/A
Barangan Diimport di bawah Skim Khas
N/A N/A
CBP ke atas Imports Nil Nil
Pembekalan Dalam
Kumpulan
Kadar Standard 6,000 Nil
(Tidak diambil kira)
Kadar Sifar 500 Nil
Pelarasan Pelepasan Hutang Lapuk 1,000 60
Pelarasan lain Nil Nil
Jumlah 117,500 6,540
Cukai Bersih Kena Dibayar/(Kena Dituntut) (5,910)
[Cukai Output – Cukai Input = 630 – 6,540]
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
66 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Contoh 16: Anggota B (No. Skim Pedagang Diluluskan): Ringkasan Jumlah
Pembekalan Output bagi Tempoh Bercukai Januari 2014
Jenis Pembekalan
Output Amaun Output
(RM)
Cukai Output (RM)
6%
Pembekalan kepada Luar Kumpulan
Kadar Standard 100,000 6,000
Kadar Sifar
Tempatan
10,000 Nil
Kadar Sifar
Export
2,000 Nil
Dikecualikan N/A N/A
Pembekalan dengan Pelepasan CBP Nil Nil
Pembekalan Dalam
Kumpulan
Kadar Standard Nil Nil
Kadar Sifar Nil Nil
Pelarasan Mendapat kembali Hutang Lapuk Nil Nil
Pelarasan lain Nil Nil
Jumlah 112,000 6,000
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
67 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Contoh 17: Anggota B (Skim Pedagang Diluluskan): Ringkasan Jumlah Input
yang Diperolehi bagi Tempoh Bercukai Januari 2014
Jenis Pembekalan
Input Amaun Input
(RM)
Cukai Input
(RM)
6%
Pembekalan kepada Luar
Kumpulan
Kadar Standard Input lain
Harta modal
3,000
50,000 Nil
Kadar Sifar
Tempatan
3,000 Nil
Dikecualikan 6,000 Nil
(Dikecualikan)
Pembekalan dengan Pelepasan CBP Nil Nil
Barangan Diimport di bawah Skim Khas
2,000 120
(Ditangguh)
CBP ke atas Imports Nil Nil
Pembekalan Dalam
Kumpulan
Kadar Standard 4,000 Nil
(Tidak diambil kira)
Kadar Sifar N/A N/A
Pelarasan Pelepasan Hutang Lapuk Nil Nil
Pelarasan lain Nil Nil
Jumlah 65,000 3,000
Cukai Bersih Kena Dibayar/(Kena Dituntut) 3,000
[Cukai Output – Cukai Input = 6,000 – 3,000]
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
68 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Contoh 18: Anggota Wakil (No. Pendaftaran CBP): Ringkasan Jumlah
Pembekalan Output bagi Tempoh Bercukai Januari 2014
Jenis Pembekalan
Output Amaun Output
(RM)
Cukai Output (RM)
6%
Pembekalan kepada Luar Kumpulan
Kadar Standard 100,000 6,000
Kadar Sifar
Tempatan
10,000 Nil
Kadar Sifar
Export
2,000 Nil
Dikecualikan N/A N/A
Pembekalan dengan pelepasan CBP 3,000 Nil
Pembekalan Dalam
Kumpulan
Kadar Standard 5,000 Nil
(Tidak diambil kira)
Kadar Sifar Nil Nil
Pelarasan Mendapat kembali Hutang Lapuk Nil Nil
Pelarasan lain Nil Nil
Jumlah 120,000 6,000
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
69 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Contoh 19: Anggota Wakil (No. Pendaftaran CBP): Ringkasan Jumlah Input yang
Diperolehi bagi Tempoh Bercukai Januari 2014
Jenis Pembekalan
Input Amaun Input
(RM)
CukaiInput
(RM)
6%
Pembekalan dari Luar Kumpulan
Kadar Standard Input lain
Harta modal
3,000
50,000 Nil
Kadar Sifar
Tempatan
3,000 Nil
Dikecualikan 6,000 Nil
(Dikecualikan)
Pembekalan dengan Pelepasan CBP Nil Nil
Barangan Diimport di bawah Skim Khas
N/A N/A
CBP ke atas Imports Nil Nil
Pembekalan Dalam
Kumpulan
Kadar Standard 10,000 Nil
(Tidak diambil kira)
Kadar Sifar 1,500 Nil
Adjustments Pelepasan Hutang Lapuk Nil Nil
Pelarasan lain Nil Nil
Jumlah 70,500 3,000
Cukai Bersih Kena Dibayar/(Kena Dituntut) 3,000
[Cukai Output – Cukai Input = 6,000 – 3,000]
81. Anggota Wakil juga dikehendaki menyimpan rekod-rekod seperti berikut:
(a) rekod bulanan disatukan ke atas semua input (pembelian dan
pemerolehan), output (jualan dan pelupusan selain daripada jualan) dan
CBP kena dibayar/dituntut oleh semua anggota kumpulan;
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
70 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
(b) salinan ringkasan bulanan setiap anggota secara individu ke atas jumlah
input (pembelian dan pemerolehan), output (jualan dan pelupusan selain
daripada jualan) dan CBP kena dibayar/dituntut; dan
(c) penyata bulanan CBP bagi kumpulan CBP.
Contoh rekod bulanan disatukan bagi kumpulan CBP ditunjukkan di bawah:
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
71 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Contoh 20: Anggota Wakil (No.Pendaftaran Kumpulan CBP): Rekod Bulanan Disatukan bagi Jumlah Input dan
Output Semua Anggota Kumpulan bagi Tempoh Bercukai: Januari 2014
Pembekalan Output kepada Penerima Diluar Kumpulan CBP Perolehan daripada Pembekal Diluar Kumpulan CBP
Cukai
Bersih
Kena
Dibayar,
(Kena
Dituntut)
oleh Ahli
Jumlah
Output
Kadar
Standard
Jumlah
Pelepasan
Output
CBP
Jumlah Output
Kadar Sifar
Pelarasan Jumlah
Cukai
Output
6%
Jumlah Input Kadar
Standard
Jumlah
Input
Kadar
Sifar
Jumlah
Input
Dikecuali
kan
Jumlah
Pelepasan
Input
CBP
Jumlah
Nilai
Peng-
importan
di bawah
Skim
Khas
CBP ke
atas
Import
Pelarasan Jumlah
Cukai
Input
6%
(RM)
(RM)
Tem-
patan
(RM)
Eksport
(RM)
(RM)
(RM)
Input
Lain
(RM)
Harta
Modal
(RM)
(RM)
(RM)
(RM)
(RM)
(RM)
(RM)
(RM)
(RM)
Anggota
Wakil
100,000 3,000 10,000 2,000 Nil 6,000 50,000 Nil 3,000 6,000 Nil N/A Nil Nil 3,000 3,000
Anggota A 10,000 1,000 3,000 1,000 500 630 8,000 100,000 1,000 1,000 Nil N/A Nil 1,000 6,540 (5,910)
Anggota B
(ATS)
100,000 Nil 10,000 2,000 Nil 6,000 50,000 Nil 3,000 6,000 Nil 2,000 120 Nil 3,000 3,000
Anggota C 200,000 Nil 30,000 Nil Nil 12,000 10,000 Nil 10,000 5,000 Nil N/A Nil Nil 600 11,400
Anggota D 50,000 Nil 20,000 Nil Nil 3,000 20,000 Nil 5,000 2,000 Nil N/A Nil Nil 1,200 1,800
Jumlah 460,000 4,000 73,000 5,000 500 27,630 138,000 100,000 22,000 20,000 Nil 2,000 120 1,000 14,340 13,290
Cukai Bersih
Kena
Dibayar,
(Kena
Dituntut)
oleh
Kumpulan
13,290
(Cukai Output – Cukai Input )
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
72 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Usaha Sama
82. Usaha Sama ditubuhkan untuk melaksanakan aktiviti petroleum huluan di
bawah Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) diluluskan untuk pendaftaran di
bawah usaha sama CBP (Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Panduan Aktiviti Huluan
Petroleum CBP).
Rekod yang Perlu Disimpan
83. Pengendali Usaha dan Pengusaha dikehendaki menyenggara rekod-
rekodnya seperti berikut:
(a) Pengendali Usaha
(i) Kontrak Perkongsian Pengeluaran, Perjanjian Pengendalian
Bersama, Program Belanjawan dan Program Kerja serta
dokumen lain yang berkaitan usaha sama;
(ii) invois belian dan jualan atas nama pengendali usaha bagi usaha
sama. Keterangan dokumentari lain yang berkaitan pembelian
atau pemerolehan dan jualan tersebut;
(iii) bil kepentingan bersama yang dikeluarkan kepada semua
pengusaha; dan
(iv) rekod kuantiti bulanan petroleum mentah atau gas mentah yang
dikeluarkan oleh setiap pengusaha daripada telaga minyak atau
gas;
(a) Pengusaha
(i) invois belian atas pembekalan barang dan perkhidmatan kepada
pengendali usaha berkaitan JV itu. Keterangan dokumentari
pembekalan tersebut kepada pengendali usaha. (Pengusaha itu
boleh menuntut cukai input ke atas pemerolehan yang dibuatnya
bagi JV itu); dan
(ii) invois jualan atas pembekalan petroleum mentah atau gas
mentah yang dikeluarkan daripada telaga minyak atau gas.
(Pengusaha perlu mengakaun dan membayar cukai output
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
73 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
[CBP] ke atas pembekalan barang tersebut kepada
pelanggannya).
KES-KES LAIN
84. Kes-kes lain mengenai pengeluaran invois cukai dan penyimpanan rekod
adalah termasuk:
Ejen
85. Ejen boleh membeli atau menjual barang dan perkhidmatan bagi pihak
prinsipal sama ada atas nama prinsipal atau namanya sendiri.
86. Jika ejen menjual barang dan perkhidmatan bagi pihak prinsipal, prinsipal itu
adalah penjual dan bukan ejen tersebut. Dalam hal yang sedemikian, ejen tidak
perlu mengeluarkan invois cukai atas namanya sendiri kepada pembeli. Walau
bagaimanapun, dalam kes-kes tertentu, ejen dibenarkan mengeluarkan invois cukai
bagi pihak prinsipal dengan syarat ianya dikeluarkan di atas nama prinsipal.
87. Jika ejen membeli barang dan perkhidmatan bagi pihak prinsipal, prinsipal
adalah pembeli dan bukan ejen tersebut. Dalam kes sedemikian, invois cukai mesti
menunjukkan butir-butir prinsipal, iaitu invois cukai perlu dikeluarkan kepada
prinsipal.
88. Dalam kes ejen yang membeli atau menjual barang dan perkhidmatan atas
namanya sendiri, dia adalah pembeli atau penjual. Jika ejen adalah orang berdaftar,
dia perlu mengeluarkan invois cukai atas namanya sendiri.
89. Jika ejen adalah orang berdaftar, dia perlu mengeluarkan invois cukai untuk
menuntut komisen daripada prinsipal bagi perkhidmatannya sebagai ejen penjual
atau pembeli. (Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Panduan Ejen CBP).
Penyimpanan Rekod
90. Selain rekod yang disebut dalam perenggan 47 hingga 55 panduan ini, ejen
juga mesti menyimpan rekod yang lengkap bagi nama, alamat dan nombor CBP
prinsipal dalam mana-mana transaksi.
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
74 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Pelelong
91. Dalam jualan lelong, pelelong biasanya bertindak sebagai ejen untuk menjual
barang bagi pihak prinsipal. Prinsipal mungkin termasuk pemilik atau pembiaya.
Walaupun barang akan dilelong bagi pihak prinsipal, pelelong perlu mengakaunkan
cukai output bagi penjualan barang jika pemilik adalah orang kena cukai. Invois
untuk pembekalan bagi barang yang dilelong juga akan dikeluarkan oleh pelelong.
92. Jenis dokumen untuk dibilkan atau invois yang akan dikeluarkan kepada
pembeli barang lelong bergantung kepada status CBP pemilik barang. Jika pemilik
adalah orang kena cukai, pelelong sama ada orang berdaftar atau tidak hendaklah
mengeluarkan invois atau penyata jualan (disifatkan sebagai invois cukai) seperti
yang dinyatakan dalam perenggan 28 panduan ini. Ringkasan senario di atas adalah
seperti di bawah:
Rajah 23: Ringkasan Jenis Invois Yang Dikeluarkan Oleh Pelelong Kepada
Pembeli Barang Lelong
SENARIO STATUS PEMILIK
CUKAI OUTPUT
PELELONG JENIS INVOIS
1 Orang Kena Cukai
Dikenakan Orang Berdaftar
Invois yang disifatkan sebagai invois cukai yang dikeluarkan oleh pelelong
2 Orang Kena Cukai
Dikenakan Bukan Orang Berdaftar
Invois yang disifatkan sebagai invois cukai yang dikeluarkan oleh pelelong
3 Bukan Orang Kena Cukai
Tidak Dikenakan
Orang Berdaftar
Invois
4 Bukan Orang Kena Cukai
Tidak Dikenakan
Bukan Orang Berdaftar
Invois
93. Perkhidmatan yang diberikan oleh pelelong adalah pembekalan bercukai,
maka komisen yang diperolehi oleh pelelong akan dikenakan cukai output. Jika
pelelong adalah orang berdaftar, maka dia perlu mengeluarkan invois cukai untuk
menuntut komisen atau fi daripada prinsipal untuk menjalankan pelelongan. (Untuk
maklumat lanjut, sila rujuk Panduan CBP mengenai Pelelong).
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
75 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Penyimpanan Rekod
94. Pelelong, sama ada orang kena cukai atau tidak, hendaklah menyenggara
dan menyimpan rekod untuk mengakaunkan semua barang yang diterima dan
dilelong bagi pihak prinsipal yang merupakan orang kena cukai untuk sekurang-
kurangnya tujuh tahun. Semua rekod perakaunan hendaklah disokong oleh
dokumen asal yang berkaitan dan hendaklah disimpan mengikut Prinsip Perakaunan
Diterima Umum (GAAP) dan menyediakan jejak audit yang baik. Rekod yang perlu
disenggara oleh pelelong adalah termasuk:
(a) nama, alamat dan nombor CBP prinsipal dalam mana-mana transaksi;
(b) tarikh jualan;
(c) kuantiti dan perihal setiap barang atau harta yang dilelong bagi pihak
setiap prinsipal;
(d) harga lelongan bagi setiap barangan atau harta yang telah dilelong;
(e) yuran penyertaan atau komisen yang diterima untuk setiap barang atau
harta yang telah dilelong;
(f) bayaran atas perkhidmatan sampingan yang disediakan kepada setiap
prinsipal; dan
(g) perincian mengenai cukai output dikenakan dan cukai input yang
dituntut.
Pengambilan Semula Barang Oleh Pemberi Pinjaman/Pembiaya
95. Pada umumnya, pemilikan semula barang adalah merujuk kepada pemberi
pinjaman atau pembiaya yang mengambil semula aset/hartanah/barang yang
digunakan sama ada sebagai cagaran atau disewakan atau dipajakkan dalam
sesuatu transaksi. Penyewa adalah individu yang mulanya memiliki harta atau
barang yang kemudiannya diambil balik oleh pemberi pinjaman atau pembiaya
apabila penyewa gagal membuat pembayaran. Tindakan pengambilan semula
tersebut bukanlah pembekalan bagi tujuan CBP. Apabila pengambilan semula
barang (iaitu individu atau institusi yang menyediakan sumber kewangan dan
kemudian mengambil semula harta atau barang untuk mengambil semula pinjaman)
menjual harta atau barang tersebut, dia dianggap telah menjual barang itu bagi
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
76 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
pihak penyewa dan perlu mengakaunkan sebarang cukai output ke atas penjualan
barang yang diambil semula itu jika penyewa adalah orang berdaftar. Invois bagi
pembekalan barang tersebut juga perlu dikeluarkan oleh pemilik semula barang
tersebut.
96. Mekanisme mengenai pengeluaran invois adalah sama seperti pelelong
dalam perenggan 91 hingga 94 panduan ini. Pengambilan semula barang sama ada
orang berdaftar CBP atau tidak hendaklah mengeluarkan dokumen untuk dibilkan
berdasarkan prinsip termasuk cukai sekiranya penyewa harta atau barang adalah
orang berdaftar CBP.
97. Biasanya, pemberi pinjaman/pembiaya mungkin memberi kontrak kerja
pengambilan semula barang kepada ejen pengambilan semula barang. Ejen itu
kemudian akan menyerahkan barang itu kepada pemberi pinjaman atau pembiaya.
Perkhidmatan yang dilaksanakan oleh ejen pengambilan semula barang adalah
pembekalan bercukai. Jika ejen itu ialah orang berdaftar, dia perlu mengeluarkan
invois cukai untuk menuntut komisen daripada pemberi pinjaman / pembiaya bagi
perkhidmatan beliau sebagai ejen pengambilan semula barang (Untuk maklumat
lanjut, sila rujuk kepada Panduan CBP mengenai Pengambilan Semula).
98. Pemberi pinjaman / pembiaya juga boleh melantik seorang pelelong untuk
melelong harta atau barang bagi pihaknya (Sila rujuk kepada perenggan 91 hingga
94 panduan ini).
Contoh 21
Dalam kes sewa beli di mana pembeli (orang berdaftar CBP) telah gagal atas
pembayarannya, pemberi pinjaman / pembiaya melantik ejen pengambilan
semula barang (orang berdaftar CBP) untuk mengambil semula barang
daripada pembeli. Apabila pemberi pinjaman / pembiaya menjual barang itu,
beliau dianggap telah menjual barang bagi pihak penyewa (pembeli atau
pemilik awal barang) dan perlu mengeluarkan penyata jualan atau invois
berdasarkan prinsip termasuk cukai kepada pembeli barang tersebut dan
mengakaunkan cukai output. Memandangkan ejen itu ialah orang berdaftar,
beliau perlu mengeluarkan invois cukai kepada pembiaya bagi perkhidmatan
yang diberikan sebagai pengambilan semula barang.
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
77 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Penyimpanan Rekod
99. Pemilik semula barang (pemberi pinjaman / pembiaya) atau ejen pemilik
semula barang yang merupakan orang kena cukai atau orang berdaftar CBP mesti
menyenggara dan memelihara rekod perakaunan dan dokumen yang sepatutnya
(termasuk invois cukai) ke atas semua barang yang dimiliki semula untuk sekurang-
kurangnya 7 tahun selaras dengan Akta CBP 2014. Di samping itu, rekod tersebut
perlu mengandungi butir-butir seperti berikut:
(a) nama, alamat dan nombor CBP orang (penyewa) yang mana
barangnya telah dijual;
(b) kuantiti dan perihal barang atau harta yang diambil semula;
(c) tarikh barang atau harta diambil semula;
(d) tarikh barang diambil semula itu dijual;
(e) perihal dan kuantiti barang yang dijual dan kadar cukai yang
dikenakan;
(f) jumlah amaun yang telah dijual dan jumlah cukai yang telah dikenakan;
dan
(g) perbelanjaan sampingan yang ditanggung dalam pengambil semula
barang.
Barang Gantian
100. Barangan yang diganti bagi tujuan CBP mungkin melibatkan situasi berikut:
(a) Situasi 1 – Tiada Caj Tambahan
Jika anda menggantikan barang dikembalikan dengan barang yang
sama, anda boleh sama ada:
(i) Membiarkan CBP asal kekal;
Anda tidak perlu mengakaun CBP atas barang yang diganti
asalkan ia dibekalkan secara percuma.
Contoh 22
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
78 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Ali membeli sebuah buku daripada ABC Buku Mart
Sdn.Bhd pada 03.06.2014. Dia mengembalikan buku itu
pada keesokan harinya mengadu beberapa muka surat
hilang. Penjual bersetuju untuk menggantikan buku itu
dengan buku yang baru tanpa caj tambahan. Dalam kes
ini, penjual itu tidak perlu mengakaun CBP atas buku
yang diganti disebabkan tiada caj tambahan dikenakan.
ATAU
(ii) Jika penjual memutuskan untuk mengeluarkan nota kredit untuk
menampung penggantian itu, dia perlu mengeluarkan invois
cukai baru untuk barang yang diganti.
Contoh 23
Ali membeli sebuah buku dari ABC Book Mart Sdn. Bhd.
pada 03.06.2015. Beliau kembali pada hari berikutnya
mengadu beliau telah diberi edisi yang salah. Penjual
bersetuju untuk menggantikan buku dengan edisi yang
betul tanpa bayaran tambahan. Penjual mengeluarkan
nota kredit untuk buku edisi yang salah dan
mengeluarkan invois cukai baru bagi buku yang diganti.
Dalam kes ini, penjual tidak perlu mengakaunkan CBP ke
atas buku yang diganti kerana tiada caj tambahan.
(b) Situasi 2 – Caj Kurangan atau Caj Tambahan
Jika barang diganti dibekalkan pada harga lebih rendah daripada
barang asal, penjual boleh mengeluarkan nota kredit untuk mengakaun
pelarasan CBP. Sebaliknya, jika ia dibekalkan pada harga lebih tinggi,
penjual boleh mengeluarkan nota debit untuk mengakaun CBP
tambahan.
Contoh 24
Ali membeli sebuah novel kulit nipis daripada ABC Buku Mart
Sdn. Bhd. pada 03.06.2014. Dia mengembalikan buku itu pada
keesokan hari, memohon digantikan dengan edisi kulit tebal.
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
79 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Novel kulit tebal menyebabkan kos tambahan RM30.00. Penjual
itu boleh mengeluarkan invois cukai yang lain untuk RM30.00
dan mengakaunkan CBP. Invois cukai tambahan ini hendaklah
mempunyai rujukan kepada invois terdahulu yang dikeluarkan.
Faedah Pekerja
101. Faedah pekerja adalah manfaat yang diberikan kepada pekerja atau ahli
keluarga pekerja (misalnya pasangan dan anak). Ia merangkumi apa-apa hak,
keistimewaan, perkhidmatan atau kemudahan yang disediakan secara percuma
kepada pekerja (Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Panduan Faedah Pekerja CBP).
102. Barang atau perkhidmatan yang diperolehi dan diberikan kepada pekerja
sebagai manfaat pekerja termasuk barang berkadar sifar dan manfaat yang tertakluk
kepada peraturan hadiah RM500.00 dianggap sebagai digunakan bagi tujuan
perniagaan dan orang kena cukai boleh menuntut cukai input yang ditanggung ke
atas perolehan kecuali pembekalan yang dikecualikan dan cukai input tidak
dibenarkan.
Invois Cukai Bagi Tuntutan Cukai Input Atas Faedah Pekerja
103. Memandangkan faedah pekerja dianggap sebagai dibekalkan bagi tujuan
CBP, maka apa-apa cukai input yang ditanggung ke atas pemerolehan barang atau
perkhidmatan tersebut boleh dituntut sebagai kredit cukai input asalkan terdapat
invois cukai bagi pemerolehan tersebut dan invois cukai itu mesti dialamatkan
kepada majikan. Jika invois cukai itu dialamatkan kepada pekerja, cukai input tidak
boleh dituntut.
Contoh 25
Hassan, seorang pengurus syarikat CBP berdaftar membeli barang kena
cukai daripada peruncit berdaftar CBP. Invois cukai untuk bekalan barangan
yang diberi sebagai faedah pekerja kepada kakitangan syarikat itu telah
dialamatkan kepada Hassan. Cukai input tidak boleh dituntut kerana invois
cukai mestilah dialamatkan kepada majikan, syarikat berdaftar CBP dan
bukan Hassan, pekerja syarikat tersebut.
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
80 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Perlukah saya mengeluarkan invois cukai atas barang atau perkhidmatan yang
diberikan kepada kakitangan saya sebagai faedah pekerja?
104. Pada dasarnya, semua perkhidmatan yang diberi secara percuma kepada
kakitangan anda sebagai faedah pekerja tidak tertakluk kepada CBP dan oleh itu,
invois cukai tidak perlu dikeluarkan. Namun, barang yang diberikan kepada pekerja
anda sebagai faedah pekerja tertakluk kepada CBP jika nilai barang itu melebihi
RM500.00 tetapi anda mempunyai pilihan sama ada memberi atau tidak memberi
invois cukai kepada pekerja dan anda perlu mengakaunkan cukai output berkenaan.
Rekod yang Perlu Disimpan
105. Orang berdaftar atau orang kena cukai dikehendaki menyenggara dokumen
yang lengkap dan kemaskini seperti invois komersil, invois cukai, baucer, rekod
pekerjaan dan apa-apa dokumen berkaitan faedah sampingan yang diberi kepada
pekerja. Ia hendaklah tersedia atas permintaan Ketua Pengarah dan rekod ini juga
mesti disimpan bagi tempoh tujuh tahun.
SOALAN LAZIM
S1. Saya adalah orang berdaftar CBP dan membuat kedua-dua pembekalan
berkadar standard dan dikecualikan kepada pelanggan saya. Bolehkah
saya mengeluarkan satu invois cukai bagi kedua-dua pembekalan
tersebut ?
J1. Anda boleh mengeluarkan satu invois cukai jika transaksi melibatkan kedua-
dua pembekalan bercukai dan tidak bercukai (dikecualikan atau di luar skop
pembekalan). Walau bagaimanapun, anda mesti menggunakan petunjuk
untuk membezakan jenis pembekalan dalam invois cukai.
S2. Saya pembekal berdaftar CBP yang membuat pembekalan bercampur
iaitu berkadar standard dan dikecualikan. Bolehkah saya mengeluarkan
satu invois cukai bagi transaksi yang merupakan pembekalan
dikecualikan sepenuhnya?
J2. Jika transaksi melibatkan pembekalan dikecualikan sepenuhnya, maka anda
mesti mengeluarkan invois biasa. Dalam kes ini, syarikat anda perlu
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
81 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
mempunyai dua (2) set nombor siri iaitu, satu set untuk invois cukai dan satu
set untuk invois biasa.
S3. Kami dibenarkan untuk mengeluarkan invois cukai dalam mata wang
asing dan perlu menukar kepada mata wang Ringgit Malaysia. Adakah
perlu menukar kepada Ringgit Malaysia bagi setiap item yang
ditunjukkan pada invois cukai? Adakah mencukupi untuk menukar
hanya jumlah bayaran (tidak termasuk CBP) dalam Ringgit Malaysia?
J3. Tidak, hanya menukar jumlah bayaran (tidak termasuk CBP) dalam Ringgit
Malaysia adalah tidak mencukupi. Item-item berikut pada invois cukai
mestilah ditukar ke dalam Ringgit Malaysia untuk tujuan CBP:
1. Jumlah amaun yang kena dibayar (tidak termasuk CBP)
2. Jumlah cukai yang dikenakan, dan
3. Jumlah amaun yang kena dibayar (termasuk CBP)
S4. Saya seorang peniaga kereta terpakai berdaftar CBP dan juga diberikan
kelulusan di bawah skim margin. Dalam keadaan sedemikian, adakah
benar bahawa saya tidak boleh mengeluarkan invois cukai untuk jualan
kereta terpakai ?
J4. Peniaga kereta terpakai tidak perlu mengeluarkan invois cukai untuk
pembekalan kereta terpakai di bawah Skim Margin (mengeluarkan invois
biasa). Walau bagaimanapun, jika anda membekalkan kereta terpakai
sebagai orang berdaftar (tidak menggunakan Skim Margin) , maka anda perlu
mengeluarkan invois cukai dan mengenakan CBP 6%.
S5. Adakah saya perlu untuk menukar mata wang asing kepada Ringgit
Malaysia pada invois cukai bagi barang-barang yang dieksport ?
J5. Anda tidak perlu menukar mata wang asing kepada Ringgit Malaysia pada
invois cukai yang dikeluarkan kepada pelanggan di luar negara.
S6. Orang yang diluluskan di bawah Skim Kadar Rata (FRS) perlu
mengemukakan penyata jualan tahunan. Adakah ini jualan tahunan
berdasarkan tahun kalendar atau tahun kewangan?
J6. Jualan tahunan hendaklah berasaskan kepada tahun kalendar.
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
82 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
S7. Adakah saya perlu mengeluarkan invois cukai untuk deposit atau
sebahagian pembayaran jika deposit atau bayaran itu adalah sebahagian
daripada balasan?
J7. Ya , anda perlu mengeluarkan invois cukai.
S8. Merujuk kepada soalan No.7, bolehkah saya menuntut cukai input bagi
deposit atau bayaran sebahagian yang dibuat?
J8. Ya, anda boleh membuat tuntutan cukai input atas deposit atau bayaran
sebahagian yang dibuat jika invois cukai telah dikeluarkan.
S9. Adakah caj perkhidmatan yang dinyatakan dalam bil hotel saya tertakluk
kepada CBP?
J9. Caj perkhidmatan adalah caj bagi pembekalan perkhidmatan oleh hotel. Oleh
itu, ia adalah tertakluk kepada CBP.
S10. Saya menggunakan buku invois cukai dipermudahkan yang telah
diluluskan (tanpa nama dan alamat pelanggan) yang bertulis tangan
untuk jualan saya. Apakah yang perlu saya lakukan apabila pelanggan
meminta saya memasukkan nama dan alamatnya bagi membolehkannya
menuntut cukai input penuh yang lebih daripada RM30?
J10. Buku invois cukai dipermudahkan anda yang diluluskan mesti mempunyai
butir-butir yang pra-cetak sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.
Anda hanya perlu mengisi tarikh, perihal barang, kuantiti, kadar CBP dan
harga. Sekiranya pelanggan anda meminta memasukkan nama dan alamat
(jika tidak dinyatakan dalam invois) bagi tujuan menuntut cukai input penuh,
maka penambahan perlu dilakukan oleh pembekal pada salinan pembekal
dan pelanggan (berkarbon).
S11. Saya telah diluluskan untuk mengeluarkan invois bil kendiri bagi pihak
pembekal saya. Saya mempunyai perkiraan bil itu dengan lima (5)
dengan pembekal. Bolehkah saya mengekalkan lima (5) set nombor siri
untuk setiap pembekal.
J11. Ya, anda perlu menggunakan set nombor siri yang berbeza bagi setiap
pembekal apabila anda mengeluarkan invois bil kendiri.
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
83 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
S12. Apa kadar pertukaran yang perlu saya gunakan untuk pembayaran saya
ke atas pembekalan perkhidmatan diimport (mekanisme caj balikan) dan
pembekalan barang-barang (perakaunan penerima) di bawah Skim
Pengilang Tol Diluluskan?
J12. Anda perlu menggunakan kadar jualan harian pertukaran di Malaysia.
S13. Bolehkah saya menggunakan nota kredit untuk membuat bayaran kontra
dengan pelanggan saya yang juga merupakan pembekal saya?
J13. Jika anda adalah orang yang berdaftar CBP, anda tidak boleh mengeluarkan
nota kredit untuk membuat bayaran kontra. Bagi tujuan CBP, nota kredit
dikeluarkan jika terdapat perubahan dalam balasan selepas invois cukai telah
dikeluarkan untuk bekalan masing-masing. Pembayaran kontra tidak
melibatkan perubahan dalam balasan yang telah diinvoiskan. Anda boleh
mengeluarkan dokumen lain seperti memo kredit, khidmat nasihat
penghantaran wang, baucar dan lain-lain untuk tujuan pembayaran kontra.
S14. Saya menyewa premis perniagaan dan membayar bil-bil utiliti seperti
elektrik dan air. Bolehkah saya menuntut kredit cukai input jika bil
adalah atas nama pemilik premis saya yang merupakan seorang yang
berdaftar CBP?
J14. Anda tidak boleh menuntut cukai input memandangkan bil itu dikeluarkan atas
nama pemilik premis. Bagi membolehkan anda menuntut cukai input, bil
tersebut hendaklah dikeluarkan atas nama anda.
S15. Merujuk kepada contoh invois cukai di Rajah 2,3,7 & 8 dalam Panduan
Invois Cukai dan Penyimpanan Rekod, adakah wajib untuk menyatakan
ringkasan CBP dalam invois cukai?
J15. Tidak wajib. Walau bagaimanapun, bagi Rajah 7 & 8, jika anda telah
diluluskan oleh Ketua Pengarah untuk mengeluarkan invois cukai
dipermudahkan yang termasuk cukai, maka anda perlu menyatakan jumlah
CBP yang dikenakan.
MAKLUMBALAS ATAU KOMEN
PANDUAN INVOIS CUKAI DAN PENYIMPANAN REKOD Sehingga 20 JULAI 2014
84 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
106. Sebarang maklumbalas atau komen amatlah dihargai. Sila emel maklumbalas
atau komen anda kepada Teh Kheng Ean ([email protected]), Annie
a/p Thomas ([email protected]) or Nurmildewati bt. Tunjol
MAKLUMAT LANJUT
107. Maklumat lanjut untuk membantu memahami CBP boleh diperolehi
daripada:-
(a) Laman sesawang CBP: www.gst.customs.gov.my
(b) Hotline CBP: 03-88822111
(c) Pusat Panggilan Kastam:
Tel : 03–78067200 / 1-300-888-500
Fax : 03–78067599
E-mail : [email protected]