introduction to leadership

Upload: erin-pitts

Post on 06-Oct-2015

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

leadership

TRANSCRIPT

INTRODUCTION TO LEADERSHIPWEEK 2Tajuk kuliah pertama yang dibincangkan adalah berkenaan kepimpinan dalam tajuk ini telah dibincangkan maksud pemimpin , elemen bagi kepimpinan serta kepentingan kepimpinan dalam organisasi. Kepimpinan dan pemimpin adalah berbeza.Kepimpinan merujuk kepada proses manakala pemimpin merujuk kepada kedudukan dalam strukutur kelompok.Pemimpin ditakrifkan sebagai individu yang dilantik secara formal atau tidak formal oleh satu kumpulan orang atau organisasi yang berusaha menjayakan matlamat atau objektif yang dipersetujui bersama pemimpin ini diberikan mandate untuk memandu arah kumpulan atau organisasi yang melantiknya bagi mencapai objektif dan matlamat penubuhan kumpulan atau organisasi tersebut.Kepimpinan pula bermaksud ciri-ciri atau kebolehan untuk menginspirasi atau mempengaruhi orang lain untuk melalukan sesuatu bagi mencapai matlamat organisasi kepimpinaqn dan juga memberi manfaat kepada semua ahli atau pengikut.Pengikut atau ahli boleh terdiri daripada mereka yang berada di baqwah sesuatu organisasi .ataupun di luar organisasi tersebut.Kepimpinan juga merupakan sejenis seni hubungan perilaku manusia.pengaruh gaya tindakan serta alah tuju kea rah matlamat yang tertentu dengan cara yang boleh menjamin kepatuhan.kepercayaan dan penghormatannya.Terdapat lima elemen di dalam kepimpinan iaitu :

Kejayaan pemimpin adalah terletak pada sejauh manakah keistimewaan dan ciri-ciri utama yang dimilikinya terdapat sesetengah sifat semulajadi yang mungkin boleh membantu dan memperkembangkan bakat-bakat kepimpinan tetapi ianya hanya terbatas pada kadar yang tertentu sahaja .Maka untuk menyempurnakan watak kepimpinana itu perlulah ia disertakan dengan potensi-potensi lain seperti kerohanian jasmani .keorganisasian, akhlak dan perbadi.Ianya boleh dikatakan bahawa kepimpinan bukan sesuatu yang boleh diwarisi melalui keturunan.tetapi ia juga perlu diasah dan dibentuk.Kepimpinan jugan amat penting didalam sesuatu organisasi seperti menangani krisis memacu pencapaianh organisasi , menampilkan kepuasan pekerja serta membolehkan pengurusan yang berjaya dan berkesan. Di dalam konteks sesebuah negara .kepimpinan memainkan peranan penting dalam membentuk sebuah Negara yang mampu berdiri megah.kukuh serta stabil dalam ekonomi dan struktur pentadbirannya. Sikap serta ciri-ciri pemimpin memainkan peranan penting bagi menjayakan visi dan misi Negara bagi mencapai matlamat.Di dalam konteks negara Malaysia , wawasan 2020 dinyatakan sebagai matlamat jangka panjang negara, dan pemimpin yang silih berganti sentiasa perlu merangka pelbagai program bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.Di dalam pendidikan , kepimpinan akan wujud secara naturalisasi apabila wujudnya struktur dan hirarki di dalam sekolah. Pengetua menjadi pemimpin di dalam pengurusan sekolah manakala guru menjadi pemimpin pengajaran yang memimpin pelajar.Di sini saya melihat bahawa kepimpinan guru amat penting bagi memastikan matlamat pendidikan. Itu mencapai objektifnya, sama ada kepada, pihak sekolah guru dan pelajar. Setiap guru perlu sedar tentang sifat kepimpinan yang perlu mereka amalkan semasa melaksanakan tugas.Oleh itu, secara kesimpulannya sikap serta ciri-ciri pemimpin yang positif dan terbaik perlu kita pelajari bagi memastikan kita dapat meningkatkan daya kepimpinan sedia ada. Sekurang-kurangnya kita dapat mengubah cara dan corak kepimpinan dan tidak hanya mementingkan diri dalam menjadi seorang pepimpin. Perubahan serta peningkatan daya kepimpinan akan menjadikan sesebuah organisasi menjadi lebih mudah untuk beroperasi tanpa sebarang masalah.