internship manual i 031 3
TRANSCRIPT
MAJLIS LATIHAN VOKASIONAL KEBANGSAAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
MALAYSIA
MANUAL INTERNSHIP
PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL VOCATIONAL TRAINING OFFICER
(I-031-3)
30 Jun 2006
2
KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN ................................................................. 3 1.1 DEFINISI ................................................................. 4 Internship ................................................................. 4 Kekompetenan ...................................................... 4 Kecekapan ................................................................ 4 Pusat Bertauliah I-031-3 ........................................... 6 Pusat Bertauliah Internship ................................ 6 Pengurus Pusat Bertauliah (PPB) I-031-3 .......... 7 Pengurus Pusat Bertauliah (PPB) Internship .......... 7 Pegawai Penilai (PP) I-031-3 ................................ 7 Penyelia ................................................................ 7 Pegawai Pengesah Luaran (PPL) I-031-3 .......... 8 Intern ....................................................................... 8 1.2 OBJEKTIF ................................................................ 9 1.3 KEGUNAAN MANUAL ............................................. 10 2.0 PRA SYARAT DAN KEPERLUAN KEMASUKAN
BAGI INTERN ................................................................ 10 3.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB ............................... 10 3.1 Pusat Bertauliah I-031-3 ......................................... 10 3.2 Pusat Bertauliah Internship ................................... 11 3.3 Pegawai Penilai (PP) I-031-3 ................................... 11 3.4 Penyelia .................................................................. 12 3.5 Pegawai Pengesah Luaran (PPL) I-031-3 .............. 13 3.6 Intern ....................................................................... 14 4.0 STRUKTUR PROGRAM INTERNSHIP ............................. 16 5.0 PEMARKAHAN ................................................................ 18 LAMPIRAN A. BORANG PERMOHONAN INTERNSHIP (MLVK/I031/3A) B. LAPORAN PEMBANGUNAN BAHAN PEMBELAJARAN
(MLVK/I031/3B) C. LAPORAN PRESTASI INTERN (MLVK/I031/3C) D. PENILAIAN TEKNIK MENGAJAR (MLVK/I031/3D) E. BUKU LOG INTERN
3
1.0 PENDAHULUAN
Manual ini disediakan untuk memberi panduan kepada intern dalam
merancang dan menyempurnakan internship. Ia mengandungi panduan
yang akan membantu intern dalam menjalankan aktivitinya serta asas
untuk menilai intern ke arah mencapai kecekapan yang diperlukan oleh
seorang Pegawai Latihan Vokasional Tahap 3. Intern hendaklah
memahami manual ini sebelum memulakan program internship.
Sepanjang program internship, Penyelia yang berkelayakan akan
membimbing dan menasihati intern untuk mencapai satu standard yang
ditetapkan.
Matlamat umum internship adalah untuk menyediakan intern suatu
pengalaman kerja yang diseliai dengan menggunakan apa yang telah
dipelajarinya semasa di Pusat Bertauliah I-031-3. Secara khususnya,
matlamat internship ialah:
i) Intern secara beransur-ansur mengambil peranan sebagai pengajar
dalam menyampaikan program latihan di institusi berkenaan;
ii) Intern dapat merancang, dengan kerjasama Penyelia, satu program
latihan yang bersesuaian untuk dilaksanakan;
iii) Intern dapat mengalami satu siri pembelajaran yang direkabentuk
untuk mengukuhkan keupayaan teknikal dan profesionalnya di
samping menyertai pelbagai aktiviti dan menganalisis aktiviti
berkenaan di mana yang bersesuaian untuk diamalkan;
iv) Penyelia menilai melalui pemerhatian dan bukti yang dihasilkan
serta catatan dalam Buku Log Intern.
Semasa menyediakan manual ini, rujukan telah dibuat kepada Standard
Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan dan juga amalan-amalan baik yang
digunakan oleh beberapa negara dianalisis untuk menghasilkan satu
dokumen yang komprehensif.
4
1.1 Definisi
1.1.1 Internship
Internship adalah merupakan satu tempoh yang khusus untuk menimba
pengalaman secara terancang dan diseliai di mana intern akan
membiasakan diri dengan keperluan dan amalan tempat kerja
menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi semasa
mengikuti program latihan di institusi latihan dengan tujuan peningkatan
prestasi seperti yang diamalkan di tempat kerja.
1.1.2 Kekompetenan
Keupayaan individu mempamerkan pengetahuan, kemahiran atau
kebolehan dilakukan memenuhi standard yang ditentukan atau ditetapkan.
1.1.3 Kecekapan (proficiency)
Internship melibatkan penggunaan kemahiran, pengetahuan dan atitud
(yang dicapai melalui program latihan) di tempat kerja. Matlamatnya ialah
untuk membina intern, melalui amalan dan pembiasaan, supaya mencapai
suatu tahap di mana beliau akan produktif dan bersedia untuk bekerja
dengan Penyeliaan yang paling minimum. Intern yang mencapai peringkat
prestasi ini dikatakan cekap. Kecekapan memerlukan lebih daripada
kemahiran untuk menjalankan tugasan di tempat kerja, termasuklah
keupayaan untuk:
• Melaksanakan tugas pada tahap kemahiran yang diterima (kemahiran
teknikal);
• Mengelolakan tugasan (kemahiran pengurusan tugasan);
• Bertindak apabila berlaku kesilapan (kemahiran pengurusan
kontijensi);
5
• Berinteraksi dengan orang lain di tempat kerja, menangani situasi,
tanggungjawab dan jangkaan tempat kerja (kemahiran persekitaran
kerja);
• Memindahkan pengetahuan, kemahiran dan atitud kepada situasi yang
baru (kemahiran keupayaan memindah)
Skilled professional (SKM 3 + 5 tahun pengalaman bekerja di dalam bidang yang berkaitan)
Kecekapan (SKM – Tahap 3 (I-031-3))
Internship (6 bulan latihan di tempat kerja)
Kemahiran dan pengetahuan asas (Latihan di Pusat Bertaulaiah I-031-3)
Rajah 1: Laluan ( Pathway ) ke arah menjadi skilled professionals
Latihan permulaan akan membina kemahiran dan pengetahuan asas
untuk memenuhi keperluan minimum seperti yang ditetapkan dalam
standard kemahiran.
6
Internship menyediakan peluang untuk :
1. amalan yang diseliai;
2. membiasakan diri dengan tempat kerja; dan
3. membina kemahiran generik berkaitan kerja
Kegunaan internship ialah untuk membangunkan kecekapan dalam
menggunakan kemahiran dan pengetahuan untuk digunakan dalam
situasi yang berkemungkinan dihadapi di tempat kerja dan menanganinya
dengan bantuan yang minimum.
Untuk ditauliahkan sebagai Skill Professional, Intern dikehendaki
berkhidmat selama lima tahun selepas Internship didalam jurusan yang
sama seperti yang ternyata didalam Standard Practice (I-031-3) untuk
dipertimbangkan penerimaan status Skill Professional (Sila lihat Rajah 1).
1.1.4 Pusat Bertauliah I-031-3 (PB I-031-3)
• Pusat Bertauliah yang ditauliahkan oleh MLVK untuk menjalankan
program I-031-3
• Menjalankan latihan di permis yang ditauliahkan atau permis yang
dibenarkan
1.1.5 Pusat Bertauliah Internship (PB Internship)
• Pusat Bertauliah MLVK yang bersetuju menjalankan program
internship mengikut syarat yang ditetapkan
• PB mempunyai pelatih yang sedang menjalani latihan sepenuh
masa
• Mempunyai PPD yang berkelayakan sebagai Penyelia seperti
kriteria yang ditetapkan
7
1.1.6 Pengurus Pusat Bertauliah (PPB) I-031-3 Seorang personel yang mentadbir dan mengurus pelaksanaan
pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia di PB I-031-3.
1.1.7 Pengurus Pusat Bertauliah (PPB) Internship
Seorang personel yang mentadbir dan mengurus pelaksanaan
pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia di PB Internship.
1.1.8 Pegawai Penilai (PP) I-031-3
Seorang personel yang berkelayakan dan berkemahiran dalam
bidangnya dan berkhidmat di satu Pusat Bertauliah serta dilantik
untuk melaksanakan latihan dan penilaian keterampilan calon.
1.1.9 Penyelia
Seseorang personel yang berkelayakan di dalam bidang kemahiran
yang berkaitan di sesebuah Pusat Bertauliah untuk melaksanakan
Penyeliaan dan pemantauan dalaman secara berterusan terhadap
intern.
Kriteria :
i. Merupakan PPD di PB Internship berkenaan
ii. Pengalaman dalam bidang yang berkaitan sekurang-
kurangnya 2 tahun
iii. Memiliki kelayakan mengajar bidang pengajar vokasional
atau yang setara dengannya
iv. Dilantik oleh PPB Internship
8
1.1.10 Pegawai Pengesah Luaran (PPL) I-031-3
Seseorang personel yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah MLVK
untuk melaksanakan verifikasi luaran di PB I-031-3 dan PB
Internship
Kriteria :
i. Telah mengikuti Kursus Induksi Pentauliahan dan PPL
dengan jayanya
ii. Ditauliahkan dan dilantik oleh MLVK
iii. Tiada berkepentingan dengan PB berkenaan
iv. Pakar dalam sistem pentauliahan dan berpengetahuan luas
dalam methodologi latihan
v. Berdaftar dengan DPIN
1.1.11 Intern
Seorang yang mendaftar di Pusat Bertauliah untuk menjalani
latihan internship setelah berjaya menamatkan program latihan di
PB I-031-3 (3 bulan)
Kriteria :
i. SKM Tahap 2 ATAU
ii. Mereka yang memenuhi kriteria sebagai PP seperti yang
tercatat dalam perkara 5.4 PANDUAN DAN PERATURAN-
PERATURAN PENTAULIAHAN PERSIJILAN KEMAHIRAN
MALAYSIA 2005, seperti berikut:-
- Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun;
- Lulus Penilaian Jaminan Kualiti Pentauliahan
Persijilan melalui Kursus Induksi Pentauliahan atau
apa-apa cara yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah
MLVK; dan
9
- Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam
bidang/program yang dipertanggungjawabkan dengan
satu tahap lebih tinggi atau tahap tertinggi yang
ditawarkan pada waktu itu; atau
- Memiliki lain-lain kelayakan yang diiktiraf oleh Ketua
Pengarah MLVK dengan dua (2) tahun pengalaman
bekerja dalam bidang berkaitan; atau
– PP yang memiliki Diploma/Ijazah serta dua (2) tahun
pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan boleh
dilantik bagi program-program Tahap 4 dan Tahap 5;
DAN
iii. Telah menamatkan latihan I-031-3 (360 jam) dengan
jayanya
1.2 Objektif
Objektif program internship adalah untuk membolehkan intern
mengukuhkan pengetahuan, kemahiran dan atitud yang telah mereka
pelajari semasa di PB I-031-3 supaya mereka dapat melaksanakan
peranan sebagai seorang pengajar/jurutunjuk/guru dengan jayanya dan
berkesan dalam sektor/persekitaran Pendidikan Vokasional dan Latihan.
Intern akan mendapat pengalaman praktikal dengan melihat dan
menceburi di dalam aktiviti perancangan, perlaksanaan, dan penilaian di
tahap Penyeliaan dan eksekutif sebagai pendedahan untuk menimba
tanggungjawab profesional.
Program ini direkabentuk untuk intern bagi melakukan tugas dalam
persekitaran kerja sebenar bagi tujuan pengiktirafan profesional.
10
1.3 Kegunaan Manual
Kegunaan manual ini adalah untuk menyediakan maklumat mengenai
spesifikasi latihan dan pelaksanaan internship kepada Intern, PB I-031-3
dan PB Internship. Manual ini dibangunkan sebagai alat untuk
membolehkan komunikasi dan pentadbiran dilakukan dengan berkesan
antara Intern, PB I-031-3, PB Internship dan MLVK. Polisi dan prosedur
digariskan sebagai panduan bagi membantu penempatan, penyeliaan dan
penilaian dalam melaksanakan program internship.
2.0 PRA SYARAT DAN KEPERLUAN KEMASUKAN BAGI INTERN
2.1 Calon yang telah menamatkan dengan jayanya program pengajian
Pengajar Latihan Vokasional Tahap 3 yang dijalankan oleh PB I-
031-3 yang menerimapakai laluan latihan yang disarankan oleh
MLVK.
2.2 Mengisi Borang Permohonan Internship (MLVK/I031/3A) dan
mengemukakan borang yang telah lengkap diisi kepada Pusat
Bertauliah berkenaan untuk persetujuan.
3.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
3.1 Pusat Bertauliah I-031-3 (PB I-031-3)
3.1.1 Berunding dan dapatkan persetujuan rasmi dari PB Internship
untuk menempatkan intern dengan menggunakan Borang
Permohonan Internship (MLVK/I031/3A).
3.1.2 Membantu PB Internship dalam merangka rancangan internship.
3.1.3 Memberikan khidmat nasihat dan sokongan kepada intern
mengenai program internship.
11
3.1.4 Memantau kemajuan intern yang sedang menjalani program
internship.
3.1.5 Menyelaras penilaian prestasi intern dengan PB Internship.
3.1.6 Mengatur lawatan PP (minimum 2 kali) semasa Internship.
3.1.7 Mengemaskini semua rekod lawatan termasuk lawatan PP dan
lawatan PPL sepanjang tempoh internship.
3.1.8 Menerima dan menyemak Laporan Pembangunan Bahan
Pembelajaran (MLVK/I031/3B) dan Laporan Prestasi Intern
(MLVK/I031/3C) dari PB Internship untuk dimaklumkan kepada
PP supaya tindakan diambil.
3.2 Pusat Bertauliah Internship (PB Internship)
3.2.1 Menandatangan persetujuan dengan mengisi Borang
Permohonan Internship (MLVK/I031/3A) bagi menempatkan
Intern menjalani internship.
3.2.2 Menyediakan rancangan latihan sepanjang tempoh internship.
3.2.3 Mengenalpasti dan melantik Penyelia berdasarkan kelayakan
yang telah ditetapkan oleh MLVK.
3.3 Pegawai Penilai (PP) I-031-3
a) Semasa Latihan (360 jam)
i. Menterjemah NOSS.
ii. Menyediakan Bahan-Bahan Pembelajaran.
iii. Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
berkesan.
iv. Melaksanakan penilaian (teori dan amali).
12
b) Semasa Internship
i. Melaksanakan lawatan pemantauan internship
(minimum : 2 kali).
ii. Mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan laporan yang
disediakan oleh Penyelia (MLVK/I031/3B dan
MLVK/I031/3C).
iii. Menilai sesi pengajaran sekurang-kurangnya sekali semasa
lawatan PP dengan menggunakan Borang Penilaian Teknik
Mengajar (MLVK/I031/3D).
iv. Memeriksa dan mengesahkan bukti-bukti dan catatan aktiviti
harian intern di dalam Buku Log Intern.
v. Mengatur lawatan PPL bagi verifikasi luaran melalui
Pengurus PB I-031-3 dan PB Internship.
vi. Memantau program sepanjang tempoh internship sehingga
verifikasi luaran oleh PPL.
3.4 Penyelia
i. Menyediakan perancangan tugas dan jadual mengajar bagi intern
(sekurang-kurangnya 300 jam mengajar).
ii. Bertanggungjawab sebagai mentor kepada intern.
iii. Menyelia secara berterusan perlaksanaan program internship
untuk setiap intern.
iv. Menyemak bahan pembelajaran yang dibangunkan oleh intern
• Mengikut format yang standard
• Kandungan pembelajaran menepati kehendak NOSS
• Jumlah bahan pembelajaran mencukupi seperti yang
ditetapkan
13
v. Menyediakan Laporan Prestasi Intern (MLVK/I031/3C) dan
Laporan Pembangunan Bahan Pembelajaran (MLVK/I031/3B)
sekurang-kurangnya 2 kali dan dihantar ke PB I-031-3 untuk
tindakan PP.
vi. Mengesahkan Buku Log Intern setiap minggu.
vii. Berada di PB semasa lawatan PP dan PPL.
3.5 Pegawai Pengesah Luaran (PPL) I-031-3
i. Memastikan semua personel pentauliahan (PPB, PPD / Penyelia
dan PP) hadir semasa mesyuarat diadakan.
ii. Membuat lawatan verifikasi luaran semasa latihan (3 bulan) dan
semasa internship (6 bulan) sekurang-kurangnya sekali untuk
setiap sesi.
iii. Menyediakan laporan yang merangkumi;
• Kemudahan latihan
• Jaminan mutu
• Kaedah penilaian
• Menyemak dan mengesahkan kesahihan serta kelayakan
PP dan PPD
• Membuat cadangan status Pusat Bertauliah
iv. Menyemak dan mengesahkan pendaftaran calon, portfolio calon
dan menandatangani setiap helaian RPK (semasa latihan 3
bulan).
v. Memperakukan calon yang layak untuk menjalani Internship
dengan menandatangani Borang Permohonan Internship
(MLVK/I031/3A) dan kemukakan satu salinan ke MLVK.
vi. Menyemak dan mengesahkan bahan pembelajaran dan Buku Log
Intern .
14
vii. Menyemak dan mengesahkan bahan-bahan pembelajaran
dengan bilangan seperti dalam ‘Panduan & Peraturan-Peraturan
Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia’ MLVK/T/1004(P4)[I-
031-3 (P2)] (Perkara 5.4.4) dengan menggunakan Borang
(MLVK/I031/3B) dan Bahan Bukti (eg. Jadual Waktu dsb).
viii. Membuat Penilaian Teknik Mengajar intern bersama pegawai
penilai dan Penyelia berdasarkan Borang (MLVK/I031/3D).
ix. Menyemak dan mengesahkan permohonan pengeluaran SKM
berpandukan kepada portfolio calon dan laporan internship.
x. Menyemak Laporan Prestasi Intern (MLVK/I031/3C) yang
disediakan oleh Penyelia.
xi. Mengesahkan sistem jaminan mutu yang wujud di Pusat
Bertauliah memenuhi kehendak MLVK.
3.6 Intern
i. Memilih PB Internship yang ingin di ikuti untuk program
internship.
ii. Mengemukakan permohonan rasmi kepada PB I-031-3 dengan
melengkapkan Borang Permohonan Internship (Borang
MLVK/I031/3A).
iii. Boleh menerangkan matlamat dan objektif program internship
dengan jelas.
iv. Mencatat dan menyimpan semua tugas/aktiviti harian yang
dilakukan (termasuk mesyuarat yang dihadiri atau lawatan yang
dibuat) di dalam Helaian Log Intern.
v. Menjilid Helaian Log Intern supaya menjadi Buku Log Intern dan
meminta pengesahan Penyelia pada setiap minggu.
15
vi. Menyimpan dokumen-dokumen berikut di dalam portfolio :
a) Borang Permohonan Internship (MLVK/I031/3A)
b) Laporan Pembangunan Bahan Pembelajaran
(MLVK/I031/3B)
c) Laporan Prestasi Intern (MLVK/I031/3C) – sekurang-
kurangnya 2 kali
d) Borang Penilaian Teknik Mengajar (MLVK/I031/3D) yang
diisi oleh PP dan PPL
e) Salinan Laporan PPL
f) Buku Log Intern
g) Bahan-Bahan Pembelajaran yang telah dibangunkan dan
lain-lain rekod yang berkaitan.
vii. Mengajar sekurang-kurangnya 300 jam (contact hours) semasa
Internship
viii. Menyediakan bahan pembelajaran dengan bilangan minimum seperti berikut:
BAHAN PEMBELAJARAN
TEORI AMALI
Pelan Mengajar 15 15 Kertas Penerangan 15 Kertas Tugasan 15 Kertas Kerja 15 Alat Bantuan Mengajar (ABM) 5 pembelajaran 5 pembelajaran
Kertas Penilaian Teori 5 sesi pembelajaran
Kertas Penilaian Amali 5 sesi
pembelajaran
16
4.0 STRUKTUR PROGRAM INTERNSHIP
4.1 Intern perlu mengemukakan permohonan rasmi kepada PB
I-031-3 dengan melengkapkan Borang Permohonan
Internship (Borang MLVK/I031/3A) sebelum lawatan
verifikasi luaran PPL pertama.
4.2 Intern hanya boleh menjalani Internship setelah portfolio
disahkan dan diperakukan layak menjalani Internship oleh
PPL.
4.3 Penyelia perlu mengemukakan Laporan Pembangunan
Bahan Pembelajaran (MLVK/I031/3B) dan Laporan Prestasi
Intern (MLVK/I031/3C) kepada PB I-031-3 untuk tindakan
PP I-031-3.
3 BULAN360 JAM
( LATIHAN )
6 BULAN720 JAM
( INTERNSHIP )
3 BULAN 6 BULAN9 BULAN
MULA TAMAT
0 BULAN
LAWATAN PP & PPL KEDUA
LAWATAN PPL PERTAMA
LAWATAN PP PERTAMA
17
4.4 Semasa Lawatan PP Pertama (3 bulan pertama internship),
PP perlu mengambil tindakan berikut :
a) Menasihati dan membimbing intern berdasarkan
laporan yang disediakan oleh Penyelia
(MLVK/I031/3B dan MLVK/I031/3C)
b) Menilai sesi pengajaran semasa lawatan PP dengan
menggunakan Borang Penilaian Teknik Mengajar
(MLVK/I031/3D)
c) Memeriksa Buku Log Intern.
4.5 Sebelum lawatan verifikasi luaran PPL, Penyelia perlu sekali
lagi mengemukakan Laporan Pembangunan Bahan
Pembelajaran (MLVK/I031/3B) yang telah dilengkapkan
serta Laporan Prestasi Intern (MLVK/I031/3C) kepada PB I-
031-3 untuk tindakan PP I-031-3.
4.6 PP perlu mengatur lawatan PPL melalui Pengurus PB I-031-
3 dan PB Internship setelah semua rekod dilengkapkan
sebelum intern tamat internship.
4.7 Semasa Lawatan PP Kedua bersama Lawatan PPL untuk
verifikasi luaran, PPL perlu membuat penilaian teknik
mengajar dengan menggunakan Laporan Penilaian Teknik
Mengajar (MLVK/I031/3D).
4.8 PPL perlu menyemak dan mengesahkan Laporan
Pembangunan Bahan Pembelajaran (MLVK/I031/3B)
samaada lengkap atau tidak serta mengesahkan Laporan
Prestasi Intern (MLVK/I031/3C).
18
4.9 Memeriksa dan mengesahkan bukti-bukti dan catatan aktiviti
harian intern di dalam Buku Log Intern.
4.10 Keputusan dan laporan perlu dikemukakan ke MLVK dalam
tempoh 1 minggu selepas lawatan.
5.0 PEMARKAHAN
6.1 Laporan Pembangunan Bahan Pembelajaran
(MLVK/I031/3B) - Lengkap / Tidak Lengkap
6.2 Laporan Prestasi Intern (MLVK/I031/3C)
- Pemberat : 40 %
- Pembahagian markah :
Perkara Peratus Markah
Penilaian Pertama 15 %
Penilaian Kedua 25 %
6.3 Penilaian Teknik Mengajar (MLVK/I031/3D)
- Pemberat : 60%
- Pembahagian markah :
Perkara Peratus Markah
Penilaian oleh PP 20 %
Penilaian oleh PPL 40 %
6.4 Markah lulus adalah 60% ke atas iaitu jumlah markah
keseluruhan bagi Laporan Prestasi Intern dan Penilaian
Teknik Mengajar.