integriti guru

14
Sinar Harian SAIFULLAH AHMAD 17 November 2014 http://www.sinarharian.com.my/wawancara/integriti-guru-bentuk-pelajar-1.334034 Integriti guru bentuk pelajar SAIFULLAH AHMAD 17 November 2014 Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services Muhammad Amin Zakaria < 1/1 > MUTAKHIR ini, persoalan integriti dalam pendidikan begitu banyak ditonjolkan bermula dengan kejadian kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan kemudiannya yang terbaharu kes buli membabitkan pelajar sekolah. Kejadian seperti yang dinyatakan tadi berkait rapat dengan soal integriti sama ada dalam kalangan pendidik mahupun pelajar itu sendiri. Bagi mengupas mengenai isu integriti dalam kalangan warga pendidik, ikuti wawancara bersama Exco Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria. Bercakap soal integriti, semua penjawat awam diingatkan supaya menjaga integriti dalam menjalankan tugas masing-masing, tiada kompromi. Bagaimana Datuk melihat integriti dalam kalangan pendidik? Orang banyak bercakap soal integriti ini berkaitan dengan disiplin diri, tanggungjawab, melaksanakan kerja, tidak terlibat dengan salah laku sebagai penjawat awam. itu yang biasanya kita dengar. Tetapi untuk guru ada satu lagi

Upload: wowgood

Post on 10-Sep-2015

319 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

integriti

TRANSCRIPT

Sinar Harian SAIFULLAH AHMAD 17 November 2014 http://www.sinarharian.com.my/wawancara/integriti-guru-bentuk-pelajar-1.334034

Integriti guru bentuk pelajarSAIFULLAH AHMAD17 November 2014Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services Muhammad Amin Zakaria

MUTAKHIRini, persoalan integriti dalam pendidikan begitu banyak ditonjolkan bermula dengan kejadian kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan kemudiannya yang terbaharu kes buli membabitkan pelajar sekolah.

Kejadian seperti yang dinyatakan tadi berkait rapat dengan soal integriti sama ada dalam kalangan pendidik mahupun pelajar itu sendiri. Bagi mengupas mengenai isu integriti dalam kalangan warga pendidik, ikuti wawancara bersama Exco Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria.

Bercakap soal integriti, semua penjawat awam diingatkan supaya menjaga integriti dalam menjalankan tugas masing-masing, tiada kompromi. Bagaimana Datuk melihat integriti dalam kalangan pendidik?

Orang banyak bercakap soal integriti ini berkaitan dengan disiplin diri, tanggungjawab, melaksanakan kerja, tidak terlibat dengan salah laku sebagai penjawat awam. itu yang biasanya kita dengar. Tetapi untuk guru ada satu lagi integriti yang perlu dipatuhi iaitu dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

Seperti yang kita tahu, seorang guru secara langsung atau tidak langsung dia adalah orang yang mempunyai autonomi tersendiri apabila dia melaksanakan pengajaran dalam bilik darjah.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah itu, hanya guru dan murid sahaja yang ada dan apa yang berlaku di situ tidak ada siapa yang tahu. Di situlah ada satu lagi ruang yang perlu dititikberatkan tentang integriti dalam pengajaran dan pembelajaran.Boleh Datuk perinci atau beri contoh bagaimana integriti seseorang pendidik di dalam bilik darjah khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran?

Ada lima perkara yang perlu ditekankan dalam menjaga integriti guru semasa dalam bilik darjah. Pertamanya, sejauh mana guru melaksanakan apa yang telah dirancang melalui rancangan pengajaran yang telah ditulis dalam buku rekod mengajar itu.

Kemudian kita tengok sejauh mana guru bertanggungjawab dalam melaksanakan penyampaian ilmu pengetahuan kepada pelajar secara lengkap dan memenuhi kehendak kurikulum.

Ketiga pula, sejauh mana guru menggunakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran untuk aktiviti pengukuhan dan pengayaan yang benar-benar menepati kehendak kurikulum yang menekankan kepada soalan-soalan menjurus kepada kemahiran berfikir aras tinggi (higher order thinking skill).

Keempat, sejauh mana guru melalui pengalaman bertahun-tahun, mampu menyediakan soalan-soalan mengikut aras pemikiran yang dikehendaki. Perkara kelima adalah sejauh mana kemampuan guru menggubal soalan ujian atau peperiksaan yang berkualiti dan memenuhi Jadual Penentuan Ujian.

Plagiarisme perlulah dielakkan kerana ia adalah satu kesalahan yang serius apalagi di dalam organisasi yang berteraskan pendidikan.Berbanding penjawat awam lain, guru dilihat sedikit berbeza kerana berdepan dengan tugas membentuk modal insan. Jadi, kesan integriti berbeza dengan penjawat awam yang lain. Apa komen Datuk?

Ya, betul. Pendidik berbeza dengan penjawat awam lain. Kalau kita lihat penjawat awam yang lain, jika berlaku kerosakan atau dengan kata lain jika dia tidak berintegriti hanya melibatkan kerugian material yang dinilai dalam wang ringgit.

Tetapi seorang guru, kalau tidak berintegriti dalam bilik darjah dia akan merosakkan generasi dan kerosakan itu lebih lama kerana generasi itu tidak mendapat pengajaran yang berkualiti daripada guru atau pendidik.

Selain bertanggungjawab kepada organisasi seperti mana penjawat awam yang lain, seorang pendidik turut bertanggungjawab terhadap pelajar atau anak didiknya.

Jika tidak ada integriti guru dalam bilik darjah kesannya lebih lama dan boleh mengancam masa depan negara. Antara kesannya termasuklah generasi akan datang tidak dapat berfikir dan tidak boleh membuat justifikasi terhadap apa-apa tindakan selain tidak boleh merasionalisasikan maklumat kerana perkara ini tidak dilatih dalam bilik darjah.

Begitulah pentingnya integriti dalam diri setiap pendidik kerana kesannya memakan masa yang lama.Kita banyak menyentuh soal integriti dalam kalangan pendidik, bagaimana pula pembentukan integriti dalam kalangan pelajar?

Sebagai pendidik, mereka akan mengajar dan mendidik supaya jadi orang yang berintegriti. Kita diajar sebelum ini dengan 12 nilai yang mengarah kepada integriti. Namun begitu, ia dilihat kurang memberikan kesan memandangkan nilai adalah sesuatu yang tidak boleh diajar sebaliknya dipamerkan.

Pendidikan nilai tidak boleh diajar seperti subjek lain tetapi perlu dipamerkan, diamalkan dan tunjuk contoh yang baik.

Dengan perkataan lain pendidik harus menjadi role model atau teladan yang baik. Itu lebih berkesan dari mengajar subjek. Integriti ini dibentuk melalui didikan guru secara langsung dan tidak langsung.

Sebagai contoh cikgu masuk kelas tepat dengan masanya, buat persediaan secukupnya dan sebagainya. Jika cikgu pun lambat masuk kelas atau tidak bersedia untuk mengajar, pelajar akan pun mungkin akan ikut kerana anggap guru sebagai role model.

Ia secara tidak langsung mengarah kepada tindakan tidak berintegriti yang tidak sepatutnya diberikan pendedahan kepada pelajar.Bagaimana untuk membentuk integriti yang mantap ini di sekolah selain memberi fokus kepada pendidik semata-mata?

Di sekolah ada empat komponen penting yang mana keempat-empat ini perlu ada integriti bagi memastikan sistem pendidikan berada dalam keadaan baik. Empat komponen itu, pertama adalah pengurusan dan pentadbiran sekolah.

Pengurusan dan pentadbiran sekolah mestilah diuruskan oleh kepimpinan sekolah yang mempunyai integriti yang mementingkan nilai-nilai murni. Yang kedua pula adalah ibu bapa. Mereka ini role model terdekat yang sentiasa dirujuk oleh anak-anak.

Jika ibu bapa perlu mengamal konsep integriti yang tinggi untuk dicontohi anak-anak. Komponen ketiga adalah pelajar atau murid itu sendiri dan komponen keempat adalah komuniti sekolah.

Semua komponen ini perlu menjalankan tugas, peranan dan tanggungjawab masing-masing dengan penuh integriti, ikhlas serta saling melengkapi antara satu sama lain.Setiap agensi atau jabatan kerajaan mempunyai badan pemantauan integriti. Bagaimana pula badan pemantau bagi warga pendidik?

Di dalam sistem kawalan kualiti pendidikan sudahpun ada hirarki kuasa, tugas dan tanggung jawab.Peranan Pengetua dan Guru Besar yang untuk memantau, menyelia dan menegur sekiranya guru-guru tersasar dari landasan sebenar sebagai seorang pendidik.

Pengetua dan guru besar perlu menyelia pelaksanaan PdP guru.Manakala di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) pula ada sektor naziran yang memantau dan membimbing sekolah dari semua aspek termasuk integriti.

Guru juga mesti tahu dasar-dasar kerajaan dan dasar-dasar jabatan serta elakkan diri dari terjerumus kepada perkara-perkara yang boleh mengurangkan integriti guru itu sendiri termasuklah apa-apa bentuk penyelewengan dan salah laku.

Seorang guru perlu memberi tumpuan kepadamenjalankan proses PdP yang berkualiti, berfokus dan juga bermatlamat memberikan pendidikan yangterbaik kepada pelajar dari aspek kuriulum dan juga kokurikulum.

Guru tidak perlu terlibat dengan sebarang aktiviti luar melainkan yang memberikan pengetahuan atau maklumat baru untuk digunakan memantapkan diri sebagai guru yang professional demi melahirkan generasi akan datang yang cemerlang seperti kehendak Falsafah Pendidikan Negara.Apakah harapan Datuk terhadap warga pendidik di negeri ini khususnya dari sudut integriti?

Kerajaan Negeri Perak sentiasa bekerjasama dengan semua warga pendidik dalam mencapai kecemerlangan dalam pendidikan negeri Perak.

Sebab itulah kita sentiasa berterusan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Negeri Perak bagi melaksanakan program-program yang boleh meningkatkan lagi profesionalisme dan integriti guru sebagai pendidik.

Justeru, kerajaan negeri berharap warga pendidik mestilah menjaga integriti sebagai pendidik dan penjawat awam sebagai mana yang ada dalam etika perkhidmatan penjawat awam.

Jika ini dapat dilaksanakan saya fikir kita boleh melahirkan lebih ramai pelajar yang cemerlang dalam pendidikan, berakhlak mulia serta berintegriti tinggi.

Kerajaan negeri juga komited bersama menjayakan Plan Pembangunan Pendidikan 2013 2025 yang telah dilancarkan baru-baru ini.

http://educatestory.blogspot.com/2012/10/kod-etika-dan-akauntabiliti-keguruan.htmlINTEGRITI GURU

-integriti merujuk kepada kesempurnaan atau keikhlasan dan kejujuran,-kualiti unggul

- integriti guru merujuk kepada guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum.

-guru harus mengamalkan kod etika profesion dan Piagam Pelanggan demi mewujudkan budaya kerja organisasi yang bersistem.

Modul EDU 30832.1.3 Integriti Guru

Perkataan integriti bermaksud wholeness atau completeness, iaitu kesempurnaan manakala ada pula yang menganggap integriti sebagai soundness of moral principle yang merujuk kepada keikhlasan dan kejujuran (Nillsen, 2004).Akan tetapi makna yang paling kerap digunakan menekankan prinsip moral.

Mengikut Institut Integriti Malaysia (2004), integriti merujuk kepada kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu dan organisasi.Integriti berkait erat dengan etika.Integriti berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari.Lanjutan daripada ini, integriti guru sebagai penjawat awam membawa makna bahawa guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum.Penjawat awam tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Sebagai penjawat awam, dia perlu telus dan tulus, selain memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang bawahan dan kepada pihak lain (Institut Integriti Malaysia, 2004). Maka, integriti guru merujuk kepada kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu anggota perkhidmatan pendidikan dan organisasi pendidikan berlandaskan etika dan piagam pelanggan organisasi.Setiap guru mengamalkan dan nremghayati Kod Etika Profesion dan piagam pelanggan demi mewujudkan suatu budaya kerja organisasi yang bersistem.Setiap anggota dalam organisasi melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan dengan memberikan keutamaan kepada kepentingan awam.

Sebagai guru, tanggungjawabnya amat berat dalam mendidik pelajar dengan penuh keikhlasan dan kejujuran untuk melahirkan generasi yang berguna kepada masyarakat dan negara kita.Dengan demikian, guru perlu mempunyai hubungan yang baik dengan pelajar yang berteraskan keikhlasan serta sifat penyayang supaya dapat memberikan didikan yang terbaik kepada mereka. Di samping itu, pemuafakatan erat antara guru dengan ibu bapa akan memupuk kerjasama yang baik dalam kalangan mereka. Hal ini akan memudahkan pelaksanaan apa jua projek pembangunan di sekolah berkenaan.

Guru yang berintegriti akan melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai keprihatinan serta penuh kasih sayang kepada pelajar. Guru juga perlu mempunyai tahap ketabahan tinggi dalam menangani masalah yang dihadapi oleh pelajar. Selain itu, guru perlu sentiasa bersifat pengasih dan penyayang dalam proses menyelesaikan masalah pelajar.Dari segi P&P, guru perlu bertanggungjawab dan mempunyai kewajipan untuk memberi yang terbaik untuk pelajar.Suasana pembelajaran yang menyeronokkan sentiasa difikirkan untuk membentuk modal insan yang berpotensi dan berperwatakan terpuji.Guru yang melaksanakan tugas secara ikhlas mampu merancang P&P yang terbaik demi melahirkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama. Jika guru bekerja dengan niat yang ikhlas, amanah dan mempunyai sifat penyayang terhadap pelajar, sudah pasti pelajar akan memperoleh didikan yang terbaik dan meneladani perwatakan guru mereka. Pelajar yang dibentuk adalah secara holistik dari aspek penguasaan ilmu pengetahuan, sikap proaktif, mempunyai moraliti tinggi serta mempunyai imej yang disanjungi tinggi.

Kesimpulannya, pengajaran yang baik tidak semestinya bergantung kepada teknik sahaja tetapi pengajaran yang baik ialah hasil daripada identiti dan integriti seseorang guru.Sebagai contoh, kebolehan seorang guru berhubung dengan pelajar dan seterusnya kaitan mereka kepada mata pelajaran berdasarkan pengetahuan dan kepercayaan diri guru serta kerelaan guru memberikan khidmat terbaik untuk pembelajaran.Daripada pengalaman sebagai guru, cerita-cerita dan refleksi tentang guru yang baik menjurus kepada bukti bahawa semua guru yang baik menggunakan teknik yang sama, iaitu menyam- paikan kuliah dan ada pula cakap tidak banyak; ada yang menggunakan bahan dan ada pula menggunakan imaginasi; ada yang menggunakan ganjaran manakala ada juga yang menggunakan dendaan. Akan tetapi, dalam setiap penceritaan, guru yang baik berkongsi satu tret, iaitu meletakkanheart and souldanpassiondalam tugasnya. Sebagai contoh, komen seperti 'Cikgu A amat bersemangat dalam mata pelajarannya' dan 'Saya boleh rasa kehadiran dan keterlibatan Guru B semasa beliau mengajar' Maka, guru yang efektif ialah mereka yang dapat menyepadukan diri, mata pelajaran dan pelajar dalam matriks kehidupan kerana mereka mengajar secara bersepadu dan saling melengkapi. Mereka berupaya menjalinkan satu jaringan antara pelajar, mata pelajaran dengan guru sehingga pelajar dapat belajar dan mencorakkan kehidupan dengan sendiri. Yang penting guru yang efektif mempunyai integriti dan etika untuk bertanggungjawab atas segala tugasyangdiberi tanpa pilih kasih dan sesungguhnya akan menjadi seseorang guru itu bertanggungjawab kepada Tuhannya.

http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/tajuk-3_isu-isu-etika-guru.pdfINTEGRITI - mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka adalah kejujuran dan ketulusan, kesempurnaan dan keutuhan. Ia juga merangkumi keikhlasan, keterbukaan, amanah, berpegang kepada prinsip, sukar dipengaruhi dan boleh dipercayai.Institut Intergriti Malaysia (2004), - Kualiti unggul yg wujud secara keseluruhan & padu kpd individu & organisasi. Intergriti berlandaskan etika & cerminan etika dlam tindakan sehari-hari. Sebagai penjawat awam, intergriti guru bermakna bhw guru perlu melaksanakan amanah & kuasa yg dipertanggungjawabkan mengikut kepentingan umum. Perlu telus & tulus, memikul t/jawab terhadap ketua, org bawahan & kpd pihak lain. Penjawat awam tidak boleh menyalahgunakan kuasanya utk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kroni.Dalam teras Membina Negara Bangsa, integriti menjadi asas kepada pembentukan masyarakat negara bangsa yang hendak dilahirkan. Masyarakat Bangsa Malaysia yang ingin diwujudkan dalam teras ini adalah sebuah masyarakat yang mempunyai ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara. Melalui teras Membangunkan Modal Insan, hasrat kementerian adalah untuk melahirkan masyarakat yang berpegang kepada sistem nilai, berdisiplin, bersahsiah mulia, berakhlak tinggi dan mempunyai jati diri yang kukuh. Dalam teras Memperkasa Sekolah Kebangsaan, integriti disentuh dalam konteks amanah kepimpinan sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar bagi mewujudkan sekolah npersekitaran kondusif kepada setiap warganya.Dalam teras Merapatkan Jurang Pendidikan, integriti merupakan asas kepada kecekapan sistem penyampaian bantuan dan pembelaan terhadap golongan yang miskin, berkeperluan khas dan yang tinggal di lokasi yang lebih terkebelakang dan terpencil. Dalam teras Memartabatkan Profesion Keguruan, integriti merupakan dorongan dalaman agar guru melaksanakan amanah mendidik anak bangsa sebaik-baiknya serta berusaha meningkatkan keupayaan diri. Manakala dalam teras terakhir, iaitu teras Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan, integriti wajar menjadi pegangan kepada kepimpinan sekolah kluster agar autonomi yang diberikan dapat digunakan dengan penuh berakauntabiliti.yang cemerlang, beraspirasi nasional dan yang mempunyai keinginan untuk mencapai kecemerlangan.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130429/pe_01/Terap-budaya-integriti-dalam-P&PARKIB : 29/04/2013Terap budaya integriti dalam P&POleh Norizan Abdul [email protected]

Datuk Sufa'at Tumin (tiga dari kiri) bersama pemenang Pertandingan Pidato Integriti Piala Menteri Pelajaran Malaysia 2013 antara Instiitut Pendidikan Guru di Auditorium Institut Integriti Malaysia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.Guru disaran membudayakan elemen integriti dan etika secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sebagai satu usaha membina serta memelihara generasi masa depan yang berpekerti mulia.Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan), Datuk Sufa'at Tumin berkata, pembudayaan integriti adalah satu proses berterusan yang turut melibatkan peranan pelbagai institusi masyarakat seperti keluarga, pendidikan dan media massa yang kini semakin terhakis.''Dalam Institut Pendidikan Guru (IPG), pembudayaan menuntut pemimpin bertindak sebagai suri teladan manakala anggota lain pula menzahirkan kod itu dalam tindakan mereka."Penerapan integriti ini selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 agar setiap murid dipersiap untuk berani menghadapi cabaran dan menegakkan keadilan serta menyelesaikan konflik," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam pertandingan akhir Pidato Integriti Antara Institut Pendidikan Guru (IPG) Piala Menteri Pelajaran Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.Yang turut hadir Timbalan Rektor IPG Malaysia, Dr. Lee Boon Hua dan Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh.Pertandingan yang bertemakan 'Integriti Asas Kelangsungan Generasi' itu kali keempat diadakan dan disertai 50 bakal guru mewakili 25 IPG.Menurut Boon Hua, guru berperanan besar dalam merealisasikan aspirasi kerajaan untuk melahirkan generasi Malaysia yang mengamalkan integriti dalam menjalankan tugas sama ada sektor awam, swasta atau bekerja sendiri."Guru berperanan menerapkan nilai murni yang berkaitan integriti supaya budaya yang mulia ini tersemai dalam jiwa anak-anak sejak mereka kecil lagi." tegasnya.Malah, katanya, sebagai role modelkepada murid-murid dan masyarakat, sudah tentu guru-guru perlu menunjukkan nilai integriti yang tinggi untuk dicontohi.''Sebagai bakal pendidik, pengetahuan tentang integriti ini amat berguna untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) sebagai salah satu cabang ilmu yang merentas kurikulum," tambahnya.Dalam pertandingan itu, johan disandang oleh penuntut IPG Kampus Datuk Razali Ismail, Hulu Terengganu, Muhammad Iqbal Zahamuddin manakala naib juara pula menjadi milik Ronald James dari IPG Keningau dan Syafiq A.Ghani dari IPG Perlis menduduki tempat ketiga.Sementara itu, Muhammad Iqbal ketika ditemui berkata, usahanya menyertai pertandingan itu buat kali ketiga tahun ini akhirnya membuahkan hasil."Walaupun pernah dua kali gagal, saya menjadikannya sebagai pendorong untuk membaiki kelemahan."Saya mengambil masa kira-kira seminggu untuk membuat persediaan menyertai pertandingan ini,'' kata pemuda kelahiran Pahang itu.Kemenangan itu melayakkan Muhammad Iqbal membawa pulang wang tunai RM3,000, piala iringan, trofi dan sijil penyertaan.Pemenang tempat kedua menerima RM2,000 manakala tempat ketiga pula menerima RM1,000.

Artikel Penuh:http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130429/pe_01/Terap-budaya-integriti-dalam-P&P#ixzz3dsKQTJ6p Utusan Melayu (M) Bhd

http://www.bharian.com.my/node/7601 berita harian onlineRABU, 24 SEPTEMBER 2014 @ 11:56 AM Guru nila setitik, rosakkan susu sebelanga - KP Pelajaran PORT DICKSON: Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof kesal kerana terdapat golongan guru yang tidak berintegriti dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Beliau berkata dalam menghadapi pelbagai isu dan cabaran ketika melaksanakan tanggungjawab, budaya kerja yang cepat, tepat dan berintegriti dalam kalangan penjawat awam termasuk guru perlu diamalkan untuk memenuhi keperluan dan kehendak rakyat. Namun katanya, apa yang berlaku sekarang ialah walaupun budaya kerja cepat dan tepat itu ada, tetapi terdapat guru yang tidak berintegriti. "Kumpulan ini (tidak berintegriti) dalam kalangan guru, saya panggil sebagai 'guru nila setitik', bukan guru sejati. "Kalau nila setitik jatuh dalam susu, maka boleh rosak susu satu belanga. Ini yang berlaku kepada kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini. "Ada di kalangan guru yang sanggup menggadaikan kemuliaan profesion guru. Dalam usaha hendak membantu murid mereka mencapai kejayaan dengan cepat, memang bagus, tetapi takkan bagi semua soalan peperiksaan bocor. Inilah rendahnya martabat integriti guru berkenaan," katanya pada majlis penyampaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2014 di sini malam tadi. Beliau menyifatkan guru seperti itu sebagai pengkhianat yang mesti dihapuskan. "Kita tidak boleh berkompromi dengan mereka. Kita tahu kalau melakukan sebarang kesalahan memang ada ruang untuk dimaafkan, tetapi kalau hendak menjaga kemuliaan profesion dan kesejatian seorang guru, maka saya tidak boleh berkompromi. Mereka memang tidak sesuai berada dalam sistem dan profesion yang mulia ini. "Kita semua harus melaksanakan tugas yang diamanahkan secara beradap dan mengikut peraturan bagi memastikan imej kerajaan sentiasa dipandang tinggi. "Perkhidmatan awam adalah komponen penting dan penghubung dalam menterjemahkan misi kerajaan. Untuk itu kita perlu sama-sama mengukuh ikrar janji setia dan bergerak ke hadapan sebagai satu pasukan yang bersatu, dinamik dan progresif dalam melaksanakan proses transformasi negara," katanya. Bagi anugerah itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Kuantan, Pahang muncul johan bagi kategori sekolah menengah, naib johan Sekolah Menengah La Salle, Kota Kinabalu, Sabah dan tempat ketiga Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Hulu Terengganu, Terengganu. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, RM3,500 dan RM2,500 serta trofi, sijil dan buku. Bagi kategori sekolah rendah, johan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Jerangau, Hulu Terengganu, naib johan SK Matang Jaya, Padawan, Sarawak, manakala tempat ketiga SK Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000, RM2,500 dan RM1,000 serta trofi, sijil dan buku. - BERNAMA

Selanjutnya di :http://www.bharian.com.my/node/7601