injap pneumatik
DESCRIPTION
injap pneumatikTRANSCRIPT
PENGENALAN KEPADA I NJAP
(VALVE)
Kaedah Menggerakkan Injap
Kaedah menggerak injap Rajah binaan Simbol
Insani
Digerakkan dengan cara menekan butang suis
Mekanikal
Digerakkan oleh mekanisme mekanikal seperti suis beroda dan rod silinder
Kaedah menggerak injap
Rajah binaan Simbol
Elektrikal
Digerakkan oleh solenoid yang dijana oleh kuasa elektrik
Pneumatik
Digerakkan oleh agin mampatan
Kaedah Menggerakkan Injap
Injap (Valve)
• Injap merupakan peralatan yang menerima arahan sama ada dalam bentuk insani, mekanikal, elektrikal atau pneumatik untuk melepaskan udara, menghentikan udara atau menyalurkan kembali pengaliran udara melaluinya.
• Injap pneumatik terbahagi kepada lima jenis iaitu :
– Injap kawalan Arah
– Injap Sehala
– Injap Kawalan Aliran (isipadu)
– Injap Kawalan Tekanan
– Injap Gabungan
1) INJAP KAWALAN ARAH
Injap kawalan arah terbahagi kepada empat :
•Injap Kili
•Injap Popet
•Injap Gelongsor
•Injap Putar
Injap Kawalan Arah KiliKebaikan :• Binaan mudah.• Daya yang digunakan untuk menggerakkan kili adalah kecil.• Sesuai untuk pengeluaran secara besar-besaran.• Aliran udara yang melaluinya lebih banyak jika dibandingkan dengan
injap jenis lain.
Keburukan :• Semasa proses memesin, ia memerlukan proses pemesinan yang
berkejituan tinggi.• Sedikit kebocoran udara boleh terjadi pada injap.• Penggunaan udara yang tidak bersih (berhabuk) boleh merosakkan injap.• Pelinciran perlu pada bahagian yang menggelongsor.
Injap Kawalan Arah Kili
Injap Kawalan Arah Popet
Kebaikan :• Injap boleh dibuka dan ditutup dengan cepat kerana ia
memerlukan hanya sedikit gerakan.• Risiko kegagalan operasi terlalu kecil kerana kotoran dapat
dielakkan dari memasuki injap.• Tiada pelincir diperlukan.• Mudah untuk dibuat.• Tiada kebocoran berlaku.
Keburukan :• Daya gerakan bertambah jika tekanan bertambah.• Sekiranya sambungan pada injap perlu ditambah, bentuk injap
menjadi lebih kompleks.
Injap Kawalan Arah Popet
Injap Gelongsor
• Injap jenis gelongsor berfungsi untuk mengalirkan udara dengan cara menggelongsor atau menggerakkan injap gelongsor pada permukaan rata. Kedua-dua permukaan mestilah rata dimana permukaan gelongsor berfungsi sebagai kedap.
Kebaikan :• Binaannya murah.• Aliran udara yang banyak diperolehi.• Kadar alir udara boleh dikawal.• Injap boleh digunakan untuk pelbagai fungsi.
Injap GelongsorKeburukan :• Terdapat kebocoran udara.• Tindakbalas kurang.• Tidak tahan lama.• Rintangan kepada operasinya bertambah apabila
saiz injap bertambah.
Injap Kawalan Arah Jenis Putar
• Injap putar biasa digunakan untuk kawalan pada tekanan rendah dan isipadu rendah.
• Kebaikan injap ini ialah ianya mudah dan padat.
2) INJAP SEHALA
• Injap sehala terbahagi kepada dua jenis :– Injap ATAU– Injap DAN
• Ianya mempunyai dua masukan disebelah kanan dan kiri tetapi hanya satu masukan sahaja dibenarkan.
2) INJAP SEHALA
MASUKAN 2MASUKAN 1
KELUARAN
MASUKAN 2MASUKAN 1
KELUARAN
3) INJAP KAWALAN ALIRAN• Fungsi injap kawalan aliran ialah :
– Untuk mengawal kelajuan ke atas penggerak dan bebannya.
– Untuk memperolehi kelajuan yang tetap bagi penggerak.
– Berfungsi sebagai pengkusyenan bagi hentaman beban
– Untuk mengelakkan beban yang berat dari jatuh dengan tiba-tiba semasa gerakannya kebawah.
• Terdapat tiga jenis injap kawalan aliran :
– Injap Kawalan Aliran Jenis Penghad Mudah
– Injap Kawalan Aliran Jenis Penghad Berubah Dengan Aliran Balik Bebas
– Injap Kawalan Aliran Digerakkan Oleh Sesondol Guling
3) INJAP KAWALAN ALIRAN
4) INJAP KAWALAN TEKANAN
• Injap kawalan tekanan berfungsi untuk mengawal tekanan.
• Ianya terbahagi kepada dua iaitu :– Injap Pengurang Tekanan dengan fungsi
pelega – Injap Pengurang Tekanan tanpa fungsi
pelega.
4) INJAP KAWALAN TEKANAN
5) INJAP GABUNGAN
• Injap ini ialah gabungan daripada beberapa injap untuk menghasilkan fungsi yang baru.
• Injap Pemasa merupakan salah satu contoh injap gabungan yang mengabungkan injap satu hala, takungan dan injap kawalan 3/2.