imunologi asas

Click here to load reader

Post on 16-Apr-2017

236 views

Category:

Health & Medicine

4 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • Imunologi AsasDisediakan Oleh : Nassruto

  • DefinisiImunologikajian tentang sistem imun badan

    ImunitiKeadaan dimana seseorang mempunyai pertahanan biologikal bagi mengelak jangkitan, penyakit dan serangan yang tidak diingini

  • Kepentingan imunitia) Penentangan terhadap jangkitan Sistem immuniti membolehkan manusia sembuh dari jangkitan dan selanjutnya memberi daya tahan (keimunan) terhadap jangkitan ulangan dari agen jangkitan yang sama.

    b) Pengawalan terhadap tumor Mengawal sel dari mutasi. Sel mutan dimusnah oleh sistem keimunan sebelum menjadi besar

  • c) Diskriminasi (membeza) antara diri sendiri dan jasadasing Boleh mengenali dan membuat pembezaan seterusnya membunuh /menghapus jasad asing tetapi tidak menyerang atau merosakkan diri sendiri

  • Ciri ciri sistem imuna) Adalah spesifik Antibodi yang dihasilkan khusus untuk satu jenis antigen sahaja

    b) Mempunyai Memori Antibodi dan sel imun bertindakbalas ketika jangkitan. Sekiranya jangkitan ulangan berlaku, tindakbalas imun adalah lebih efisyen dan pantas

  • c) Mempunyai kapasiti untuk menentang pelbagai jenis antigen Sekitaran kita terdapat beribu-ribu antigen yang berupaya dan menyebabkan penyakit. Antigen baru timbul dengan tiba-tiba

  • Corak Dasar Tindakbalas Respon imunTindakan komponen sistem imun respon imunSemua tindakbalas imun mempunyai corak dasar yang sama Apabila antigen masuk ke dalam tubuh, sel-sel limfoid (limfosit) akan menghasilkan antibodi lalu menyerang dan memusnahkan antigen tersebut.Tindakbalas ini mempunyai dua (2) akibat:

    a) Membolehkan penyembuhan daripada jangkitan kerana antigen.b) Memberikan keimunan terhadap jangkitan ulangan oleh antigen yang sama.

  • FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TINDAKBALAS IMUNa) Jasad asing / antigenAntigen harus dikenalpasti sebagai bendasing oleh tubuh

    b) Dos antigen Dos yang masuk harus mencapai tahap optimum bagi merangsang tindakbalas yang memadai

    c) Laluan antigenCara kemasukan antigen, cth: intravena, subcutaneous dan pernafasan. Laluan saluran penghadaman menjadikan antigen lemah (denatured) dan mengurangkan tindakbalas imun terhadapnya.

  • d) Struktur kimia antigen Molekul yang lebih besar dan kompleks mudah dikenalpasti sistem imun.

    e) Bahan adjuvant Adjuvant adalah agen yang meransang dan meningkatkan tindakbalas imunCth: toksin kolera, toksin tetanus

  • a) Antibodi Antibodi (immunoglobulins IgX) adalah protein plasma di hasilkan oleh sel limfosit B sebagai tindakbalas terhadap kehadiran antigen.

  • Fungsi utama sel B adalah untuk menghasilkan antibodi melawan antigen.

    Sel B yang telah diaktifkan berubah menjadi sel plasma yang merembeskan antibodi lalu bertindak dengan antigen bebas.

  • Tindakan antibodi dalam menghapus antigena) Opsonisation antibodi(opsonins) boleh menukar permukaan mikroorganism , menjadikan nya mudah bagi neutrofil dan makrofaj menjalani fagositosis

    b) Agglutination/Precipitation menyebabkan mikroorganism jadi lekat(clump) dan hilang kuasa mobiliti, menyebabkan ia mudah dikelilingi dan di hancurkan oleh sel darah puteh.

    c) Cytolysis dengan bantuan komplemens , apabila berlaku lekatan maka terbentuk kompleks antigen-antibodi (Ag/Ab) , akibatnya keadaan lysis berlaku kpd mikroorganism

    d) Deaktivasi toksin antibodies bergabung dgn toksin bakteria. Gabungan menjadikan kesan toksin netural atau tidak aktif

  • 5 jenis2 antibodiIgAIgDIgEIgGIgM

  • IgAPertahanan terhadap organsima patogen dalam usus, saluran pernafasan dan saluran urogenital.

    Menghalang pergabungan bakteria atau virus kepada epitelium dan mencegah patogen merebak ke tempat lain

  • IgDBerfungsi sebagai antigen pada Sel BFungsi sebenar tidak nyata

  • IgEMencetuskan tindakbalas alergi cepatAntibodi ini bergabung dengan sel mast yang mengandungi granul yang terdiri daripada histaminBahan ini dibebaskan dengan cepat apabila alergen seperti debunga, bulu haiwan bergabung dengan molekul IgE yang tergabung dengan sel mastHistamin yang dibebaskan menyebabkan gejala-gejala yang diakitkan dengan alergi

  • IgGAntibodi yang paling banyak terutama dalam serum dan cecair dalam badan

    Pertahanan penting terhadap bakteria, virus dan kulat yang masuk dalam badan

    Satu2nya antibodi yang boleh melintasi plasenta

  • IgMBersaiz paling besar

    Pengaktif sistem komplemen yang akan menyebabkan apoptosis sel

    Memusnahkan bakteria gram negatif atau protozoa yang telah memasuki saluran darah

  • Antigens Definisi Sebarang bahan atau agen yang dianggap benda asing dalam badan yang boleh menyebabkan penghasilan antibodi untuk menentangnyaCth: agen infektif ( bakteria/ virus), debu, debunga, bulu binatang

    Antigens are usually proteins or polysaccharides. This includes parts (coats, capsules, cell walls, flagella, fimbrae, and toxins) of bacteria, viruses, and other microorganisms.

  • Antigen-antibody complexAntigens as a substance that binds to specific antibodies.

    The complex formed by the binding of an antibody and an antigen.

    Antigen-antibody complexes are mediators of immune responses

  • Mekanisma tindakbalas antigen - antibodii. SpesifisitiKeimunan dikatakan tercapai jika sesuatu respons itu harus memenuhi kriteria spesifik/khusus. Tindakbalas keimunan adalah secara terpilih (selective) kepada molekul antigen yang tertentu dan tidak respons kepada antigen lain.

    ii. MemoriKeimunan dikatakan tercapai apabila tindakbalas imun terhadap antigen yang sama adalah lebih pantas, meluas dan efisyen dari tindakbalas pertamanya sehingga berjaya menghalang infeksi dari menyebabkan kerosakan sel atau tisu.

  • Sistem komplemenTerdiri daripada protein yang terdapat dalam serumProtein ini dinamakan C1-C9Cth: C3a dan C5aDiaktifkan oleh kompleks antigen-antibodi dan mikroorganismaMenghalang jangkitan melalui proses pemecahan membran sel

  • Kesan pada hasil pengaktifan sistem complementa) lisis bakteria dan sel tumor b) merangsang bahan perantaraan yang terlibat dalam inflamasi dan menarik neutrofil (faktor kemotaksis)c)opsonization = menggalakkan fagositosis

  • Organ dan sel sistem keimunanSistem tisu limfoidi) Organ primerSumsum tulang dan kelenjar thymus

    ii)Organ sekunder limpa, nodus limfa, tisu limfoidCth: Peyers patches, tonsil, appendiks,

  • Tisu limfoid- Di dalam tisu limfoid terdapat nodul limfoid yang mempunyai banyak limfosit.

    Terjadi pada sel epitelium sistem respiratori, pencernaan dan urinari.

  • Nodul limfoida) Pengumpulan nodul limfoid pada lapisan dalam endotelial usus dikenali sebagai aggregated lymphoid nodules atau Tompok Peyer (Peyers patches)b) Nodul limfoid juga terdapat pada lapisan mukosa dan submukosa apendiks vermiform appendixc) Nodul limfoid besar yang terdapat pada dinding farinks dikenali sebagai tonsil

  • Tompok Peyer

  • Nodus limfaMenapis benda asing sebelum di edarkan ke aliran darah

  • Limpa (spleen)terbentuk dari tisu limfoidterletak di hipokondrium kiri

  • Sel imunSel imun terdiri daripada:-

    a) Sel limfositi) sel Bii) sel Tb) Sel Natural Killer (NK)b) Sel fagositi) monosit

    c) Sel granulositi) neutrofilii) eosinofiliii) basofil

  • a) Sel limfositDihasilkan dalam sum-sum tulang melalui proses haemocytoblas.Menghasilkan sel stem limfoidDi dalam sum-sum tulang, sel stem limfoid berkembang menjadi sel limfosit B.Sel stem limfoid yang lain akan migrasi ke kelenjar timus dan membahagi lagi berkembang menjadi sel limfosit T

  • Sel stem limfoidSel stem limfoidSel limfosit B

    KELENJAR TIMUSSUM-SUM TULANGSel stem limfoidSel limfosit T

    Aliran darahAliran darahMigrasiTisu limfoidLimpaNodus limfa

  • Limfosit terdiri daripada

    a) sel limfosit Bb) sel limfosit T menonjolkan ciri spesifik dan memoriHanya sel limfosit B boleh bertindakbalas dengan antigen bebas secara langsung Sel limfosit T memerlukan bantuan APC (Antigen presenting cells) untuk fagositosis antigen bebas

  • a) Sel limfosit B (Sel B)Menghasilkan antibodi (immunoglobulin)Bertanggungjawab dalam pembentukan immuniti berantarakan antibodi yang juga dikenali sebagai immuniti berantarakan humoral (humoral mediated immunity)Apabila diaktifkan oleh antigen asing, sel B akan mengganda dan matang lalu menjadi sel plasma yang merembeskan antibodiSebahagian dari sel B menjadi sel B memori penting dalam menyingkirkan pencerobohan berulang antigen asing yang sama

  • b) Sel limfosit T (Sel T)Dibahagikan kepada:-

    a) sel T penolong (TH T cell helper)b) sel T sitotoksik (TC T cell cytotoxic)

    Sel T penolong mengaktifkan limfosit lain (sel B,TC, makrofaj) dgn merembaskan bahantara protein larut (sitokin/limfokin)

    TC terlibat dalam pemusnahan sel yang dijangkiti virus atau tumor

  • Boleh dibezakan berdasarkan kehadiran penanda permukaan

    a) CD4 pada sel T penolongb) CD8 pada sel T sitotoksik

  • Reseptor pada limfositUtk mengaktifkan limfosit, antigen perlu dicam oleh reseptor khusus pada permukaan selReseptor pada permukaan sel B ialah antibodiReseptor pada sel T (TCR) hanya terdapat pada permukaan sel

  • Satu lagi kumpulan protein permukaan yang berinteraksi dengan antigen ialah molekul MHCMHC bergabung dengan peptid yang berasal dari antigen proteinMHC ada dua jenis:-

    a) MHC kelas I Sel T sitotoksikb) MHC kelas II Sel T penolong

  • Antigen-presenting cell (APC)Exogenous antigens (inhaled, ingested, or injected) are taken up by antigen-presenting cells (APCs).

    These include:

    a) Phagocytic cells like dendritic cells and macrophages;

  • Antigen-presenting cells engulf the antigen by endocytosis. The endosome fuses with a lysosome where the antigen is degraded into fragments (e.g. short peptides). These antigenic peptides are then displayed at the surface of the cell nestled within a MHC II. Here they may be recognized by CD4+ T cells.

  • Sel NK (Natural Killer cell)Menyerang sel yang dijangkiti virus dan sel tumor tertentu

    Memusnahkan sel dengan mengeluarkan perforin dan granzymes yang menyebabkan apoptosis

  • Merembeskan sitokin (interleukins dan interferon) yang bertindak sebagai respon terhadap antigen (merangsang proses inflamasi)Menghalang sel hos normal dari dijangkitiMeningkatkan tindakbalas sel T kepada sel lain yang dijangkiti virus

  • Sistem fagosit mononuklear (Mononuclear phagocytes system)Terdiri dari monosit yang beredar dalam darah dan makrofaj dalam tisuSel progenitor granulosit-monosit membeza kepada promonositPromonosit keluar dari sumsum tulang dan memasuki peredaran darah. Ia kemudiannya matang menjadi monositMonosit berkitar dalam aliran darah selama 8 jam lalu migrasi ke tisu-tisu.

  • Ia kemudian membeza kepada makrofaj tisu spesifik dan sel dendritMakrofaj diagihkan ke seluruh badan: Sebahagian akan kekal pada tisu tertentu manakala sebahagian lagi bebas dan sentiasa bergerakContoh makrofaj pada tisu spesifik: Makrofaj alveolar di paru-paru Histiosit di tisu penghubung Sel Kupffer di hepar Sel mesangial di ginjal

  • GRANULOSIT3 jenis selNeutrofilEosinofilBasofil

    Mempunyai aktiviti fagositosis

  • NeutrofilMempunyai nukleus multilobulDikenali sbg PMNSBerperanan dlm inflamasi akutGranulnya mengandungi enzim fosfatase beralkali dan berasid penting untuk memusnahkan mikrob

  • Eosinofil Penting dlm menetang parasit

  • BasofilBasofil berada di peredaran darahPeranan dalam mencetuskan inflamasi

  • Klasifikasi 1Keimunan humoral

    Imuniti Semulajadi/ tidak spesifik(Innate immunity)Imuniti perolehan/ spesifik(Adaptive immunity)Keimunanberantarakansel

  • Keimunan semulajadi/ tidak spesifikCiri-ciri:-Bertindak dgn serta mertaTindakan tidak spesifikMemori tidak dimiliki maka pertemuan kali kedua tubuh dgn apa2 jenis mikrob memberi tindakan serupa2 jenis:-Sebagai pertahanan peringkat I

    a) permukaan luar kulit, membran mukosab) permukaan dalam mekanisma inflamasi

  • a) Permukaan luarPerlindungan yang diberi oleh permukaan luar iaitu kulit dan membran mukus rintangan semulajadiLapisan permukaan tubuh merupakan benteng barisan pertama terhadap pencerobohan mikrobPerlindungan yang diberi, oleh permukaan luar (kulit, kornea dan membran mukosa) bertindak melalui beberapa mekanisma:-

  • Mekanisma perlindungan oleh permukaan luar:- i) Rintangan fizikalii) Kelembapan yang rendahiii) Gerakanv) Sekresivi) Tindakan normal flora

  • i) Rintangan fizikalSel mati (lapisan luar kulit) menghalang pertumbuhan mikrobMukus ( membran mukosa) tebal dan melekit jg menghalang pertumbuhan mikrob

  • ii) Kelembapan yang rendahPermukaan kulit yang kering dan kalis air menghalang pertumbuhan mikrob

  • iii) GerakanSilia pada saluran pernafasan akan menyapu mikroorganisma keluar

  • iv) Rembesan tubuhspt. peluh pada kulit, saliva, airmata, rembesan hidung, cecair gaster dan usus - memerangkap dan membuang bakteria serta lain antigen luar yang hinggap pada permukaan mukosa menghalang dan membunuh mikrob tersebut

  • vi) Tindakan normal floraFlora normal yang terdapat pada permukaan luar menjadi pesaingan antara flora normal dan mikrob baru (patogen) Mikrob baru susah nak ambil alih sebab:-

    a) flora normal telah menyesuaikan dirib) bilangannya amat besarc) kemungkinan mengeluarkan metabolit yang mempunyai kesan negatif pada mikrob baru

  • b) Permukaan dalamMelibatkan proses inflamasi sebagai respon awal terhadap kecederaan tisuSel inflamasi seperti neutrofil monosit yang bertindak sebagai sel fagosit (fagositosis)

  • Keimunan perolehan/spesifikCiri-ciri:-Mempunyai spesifisiti yang tinggi dlm pengenalan mikrobKehadiran ingatan imun setelah didedahkan kepada mikrob (Ingatan imun menghalang jenis mikrob yang sama mybbkan infeksi) apabila memasuki tubuh buat kali keduaRespon imun perlu dirangsang untuk bertindak

  • Pertahanan Peringkat IIakan mula bertindak sebagai halangan barisan ke-2 apabila serangan mikroorganisma melewati paras permukaan dan masuk ke bahagian dalaman tubuh manusia

  • JENIS KEIMUNANPerolehan (Adaptive)/ spesifik terdiri daripada

    a) Keimunan humoral diperantarai oleh antibodi dan sistem komplemen

    b) Keimunan berantarakan selkeimunan yang diperantarakan oleh sel-sel limfoid (eg. limfosit) dan bukan antibodi

  • a) Keimunan humoralDiperantarai oleh:- AntibodiSistem komplemen

  • b) Keimunan berantarakan sel Cell-mediated immunity is an immune involves the activation of macrophages, natural killer cells (NK), cytotoxic T-lymphocytes, and the release of various cytokines in response to an antigen

  • Cellular immunity protects the body by:Cytotoxic T-lymphocytes that are able to induce apoptosis in body (such as virus-infected cells, cells with intracellular bacteria, and cancer cells displaying tumor antigens)

    Activating macrophages and natural killer cells, enabling them to destroy intracellular pathogens

    Stimulating cells to secrete a variety of cytokines that influence the function of other cells

  • Klasifikasi 2

    Aktif Pasif

  • Keimunan aktifPenghasilan antibodi oleh tubuh individu akibat terdedah kepada antigen atau mikroorganisma tertentu

  • a) Semulajadipendedahan kepada patogen hidup

    b) Sintetikdistimulasi oleh vaksin (mengandungi antigen)

  • Keimunan pasifDiberi antibodi yang dihasilkan oleh tubuh org lainCth: Antibodi diberi oleh ibu kepada bayi dalam kandungannya melalui plasenta.Antibodi diberi kepada pesakit semasa kecemasan perubatan eg. pesakit tetanus atau bayi disyaki mengidap hepatitis B. Perlindungannya tidak sempurna dan untuk masa yang terhad

  • a) Semulajadi pemindahan antibodi dari ibu ke anak (semasa kandungan dan penyusuan)

    b) Sintetiksuntikan antibodi

  • Kesan tindakbalas imun berlebihan

    Sistem imun badan kita akan memberi tindak balas berlebihan terhadap protein makanan yang disebut sebagai alergen.

    Sejenis antibodi yang dipanggil IgE juga terlibat.

  • Apabila antibodi ini bertemu dengan alergen tertentu di dalam makanan, la akan menyebabkan pelepasan bahan kimia tertentu yang akan bertindak di pelbagai bahagian badan terutamanya di bahagian kulit, tekak, saluran pernafasan, usus besar dan jantung sehingga menyebabkan gejala yang tidak diingini.