impak hubungan diplomatik
DESCRIPTION
Impak Hubungan Bilateral dan MultilateralTRANSCRIPT
Impak Hubungan DiplomatikEirulMuizz
Pengenalan
Hubungan luar negara merujuk hubungan diplomatik yang dijalin antara dua buah negara yang berjiran. Antara contoh hubungan luar negara ini melibatkan hubungan Malaysia dengan Singapura dan Thailand serta Brunei.
Isi : Impak hubungan diplomatik
Kerjasama dalam bidang ekonomi
Aspek pelaburan asing antara kedua-dua buah negara seperti pelabur Singapura boleh melabur di Malaysia dan pelabur Malaysia pula dibenarkan untuk mewujudkan perniagaan di sana
Mewujudkan hubungan secara tidak langsung lalu menjadi rapat terutama selepas perniagaan itu berjaya mengaut keuntungan yang tinggi pula
Kerajaan Malaysia dan Thailand boleh melakukan pertukaran maklumat tentang aspek keselamatan
Penjenayah telah menggunakan kawasan sempadan yang panjang antara Malaysia-Thailand untuk menjalankan pelbagai aktiviti jenayah seperti penyeludupan senjata, manusia, dan dadah
Kerjasama untuk berkongsi informasi risikan tentang aktiviti penjenayah ini menjamin kedua-dua pihak berkuasa dari setiap negara boleh menghalang berlakunya kegiatan jenayah di negara masing-masing
Menggalakkan kehadiran pelancong dari kedua-dua buah negara yang terbabit
Kehadiran pelancong itu boleh ditingkatkan dengan mengurangkan proses dokumentasi terutama keperluan untuk memperoleh visa hendaklah dihapuskan bersama-sama membenarkan tempoh menetap di
sesebuah negara yang lebih panjang pula
Semakin kurang karenah birokrasi semakin banyaklah pelancong yang akan melawat sesebuah negara lalu mewujudkan satu perasaan memahami budaya masyarakat tempatan pula
Menyelesaikan konflik antara sesebuah negara
Pertumpahan darah tidak akan berlaku dan banyak nyawa yang tidak berdosa dapat diselamatkan
Perbincangan yang melibatkan golongan pemimpin ini pasti akan mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit
Dipandang tinggi dan mulia oleh negara-negara lain di persada antarabangsa
Negara-negara yang terlibat dalam rundingan bagi menyelesaikan konflik akan dipandang tinggi dan mulia
Majoriti masyarakat di seluruh dunia mendambakan kehidupan yang aman damai dan harmoni, yakni bebas daripada berlakunya pertumpahan darah
Cara perundingan dan persepakatan amat bersesuaian untuk menyelesaikan masalah daripada cara peperangan
Penutup
Media massa turut menyiarkan pelbagai ulasan berita yang mengaitkan kepentingan hubungan luar negara sehingga menjadikan sebarang isu politik negara jiran diketahui oleh penduduk negara ini. Jelaslah, ada pelbagai kaedah yang boleh dilaksanakan oleh negara ini bersama-sama negara jirannya untuk meningkatkan hubungan diplomatik itu