ilmu faraid

74
ILMU FARAID PENGAJIAN ISLAM 2 SAIFUL RIDHUAN BIN MOHD SHAHMI HAKIM BIN TAJUDIN MUHAMMAD HAZMAN BIN SHAFII

Upload: anonymous-pagc06

Post on 21-Jul-2016

110 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

ilmu berkenaan pengurusan harta pusaka

TRANSCRIPT

Page 1: ILMU FARAID

ILMU FARAID

PENGAJIAN ISLAM 2SAIFUL RIDHUAN BIN MOHDSHAHMI HAKIM BIN TAJUDIN

MUHAMMAD HAZMAN BIN SHAFII

Page 2: ILMU FARAID

ILMU FARAID

PENGENALAN ILMU FARAID

HIJAB

HISAB / CARA

PENGIRAAN

JENIS-JENIS PUSAKA DAN BAHAGIANNY

A

AHLI – AHLI

WARIS

Page 3: ILMU FARAID

PENGENALAN ILMU FARAID

Page 4: ILMU FARAID

APA ITU ILMU FARAID ?

• ILMU bermaksud mengetahui keadaan sebenar sesuatu perkara.

• FARAID dari segi :Bahasa :ketetapansyarak :bahagian yang ditetapkan oleh syarak kepada pewaris

• ILMU FARAID bermaksud pengetahuan mendalam tentang pusaka dan ilmu kira-kira yang membolehkan kita mengetahui bahagian pusaka yang berhak diterima oleh orang – orang yang berhak.

Page 5: ILMU FARAID

Firman ALLAH TAALA

Maka mereka berhak mendapat separuh dari mas kahwin yang telah kamu tetapkan itu.

( Al – Baqarah :237 )

Page 6: ILMU FARAID

Tujuan mempelajari ilmu faraid• Untuk mengetahui bahagian pusaka yang

berhak diterima oleh pewaris.

Kelebihan mempelajari ilmu faraid• Menghormati fitrah manusia.• Merealisasikan keseimbangan sosial dalam

lingkungan keluarga.• Memelihara hubungan silaturahim setelah

kematian si mati.

Page 7: ILMU FARAID

Maksud harta pusaka

• Harta pusaka ialah semua harta yang ditinggalkan oleh si mati setelah kematiannya sama ada harta boleh alih seperti emas, perak, mata wang, perabot ataupun harta tidak boleh alih seperti tanah, rumah dan sebagainya.

Page 8: ILMU FARAID

Kewajipan yang perlu ditunaikan ke atas harta si mati.

• Terdapat lima kewajipan yang perlu dilaksanakan.ianya perlu dilaksanakan mengikut tertib.1) hutang sebelum kematian si mati2) persiapan jenazah3) hutang yang berada dalam tanggungan si mati.4) wasiat terhadap satu pertiga baki harta.5) pusaka

Page 9: ILMU FARAID

Rukun – rukun pusaka

• Terdapat tiga rukun.1. orang yang mewariskan hartanya.2. Waris3. Harta yang dipusakai. Iaitu harta yang

ditinggalkan oleh si mati.

Page 10: ILMU FARAID

Syarat mewarisi harta pusaka.

1. Kematiannya telah disahkan atau ia dianggap telah mati.

2. Waris disahkan masih hidup ketika kematian si mati walaupun hanya sedetik.

3. Hubungan waris dengan si mati diketahui sama ada melalui hubungan kekeluargaan, pernikahan atau wala’.

4. Hubungan yang melayakkan waris mewarisi harta dihuraikan secara terperinci. Ianya dilaksanakan oleh hakim.

Page 11: ILMU FARAID

Apakah yang menghalang seseorang daripada menerima harta pusaka?

• Terdapat tiga :1. Segala bentuk perhambaan.2. Pembunuhan. Pembunuh tidak boleh

mewarisi harta orang yang dibunuh olehnya.3. Perbezaan agama antara islam dan kafir.

Page 12: ILMU FARAID

AHLI-AHLI WARIS

Page 13: ILMU FARAID

Definisi ahli waris

• Waris ialah orang yang berhak menerima harta peninggalan si mati mengikut bahagian tertentu kerana mempunyai hubungan dengan si mati sama ada hubungan kekeluargaan, pernikahan atau wala’.

Page 14: ILMU FARAID

ORANG-ORANG LELAKI YANG BOLEH MEWARISI

• Anak lelaki• Anak lelaki kepada anak lelaki dan ke bawah• Bapa• Datuk• Adik beradik lelaki seibu sebapa, sebapa atau seibu.• Anak lelaki kepada adik beradik lelaki seibu sebapa dan sebapa. • Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa dan sebapa.• Anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa dan

sebapa. • Suami• Orang yang memerdekakan hamba.

Page 15: ILMU FARAID

WANITA YANG BOLEH MEWARISI HARTA

• Anak perempuan.• Anak perempuan kepada anak lelaki dan ke bawah.• Ibu• Nenek sebelah ibu atau bapa dan ke atas.• Adik beradik perempuan sama ada seibu sebapa,

sebapa atau seibu.• Isteri atau isteri-isteri• Wanita yang memerdekakan hamba.

Page 16: ILMU FARAID

LELAKI YANG BOLEH MEWARISI PUSAKA JIKA KESEMUA WARIS HIDUP

• Bapa• Anak lelaki• Suami

Page 17: ILMU FARAID

WANITA YANG BOLEH MEWARISI PUSAKA JIKA SEMUA WARIS HIDUP

• Anak perempuan• Anak perempuan kepada anak lelaki• Ibu• Adik beradik perempuan seibu sebapa• Isteri

Page 18: ILMU FARAID

JENIS-JENIS PUSAKA

Page 19: ILMU FARAID

JENIS-JENIS PUSAKA

• Pusaka melalui fard (ketetapan)• Pusaka melalui asabah (harta lebihan)

Page 20: ILMU FARAID

PUSAKA MELALUI FARD (KETETAPAN)

DEFINISI• Bahasa : waktu, bahagian dan ukuran.• Istilah :bahagian yang ditetapkan oleh

syarak kepada waris tanpa sebarang tambahan kecuali melalui rad dan tanpa sebarang pengurangan kecuali melalui ‘aul.

Page 21: ILMU FARAID

FARD YANG DITETAPKAN DALAM KITAB ALLAH S.W.T

• Terdapat enam iaitu :• Satu perdua (1/2)• Satu perempat (1/4)• Satu perlapan (1/8)• Dua pertiga (2/3)• Satu pertiga (1/3)• Satu perenam (1/6)• Satu pertiga (1/3) daripada baki pusaka. Ini adalah

penambahan daripada ijmak ulamak yang menjadikan fard yang ditetapkan dalam kitab Allah menjadi tujuh jenis.

Page 22: ILMU FARAID

PUSAKA MELALUI ASABAH (HARTA LEBIHAN)

• DEFINISI• Bahasa : kaum keluarga lelaki sebelah

bapa. Diistilahkan sebagai asabah kerana mereka melingkungi nasab si mati.

• Istilah :orang yang mengambil kesemua harta sekiranya mereka pewaris tunggal.

Page 23: ILMU FARAID

KEUTAMAAN BAGI PENERIMA SECARA FARD DALAM PUSAKA

• Jika terdapat pewaris asabah dan penerima secara fard di kalangan pewaris, penerima secara fard lebih diutamakan berbanding asabah.

Page 24: ILMU FARAID

PENERIMA SATU PERDUA (1/2) PUSAKA DAN SYARATNYA

SUAMI• Suami mendapat satu perdua pusaka isteri dengan syarat iaitu

isterinya tidak mempunyai anak atau anak kepada anak lelaki. Sama ada anak ini daripada beliau sendiri ataupun daripada orang lain termasuklah jika anak tersebut anak zina.

ANAK PEREMPUAN• Boleh mendapat satu perdua pusaka jika memenuhi dua

syarat :• Beliau adalah anak perempuan tunggal.• Tiada adik beradik lelaki yang akan menjadikan beliau asabah.

Page 25: ILMU FARAID

ANAK PEREMPUAN KEPADA ANAK LELAKI• Boleh mewarisi pusaka dengan tiga syarat:• Beliau hanya seorang• Tiada adik beradik lelaki yang menjadikannya asabah• Tiada anak lelaki dan anak perempuan kepada si matiADIK BERADIK PEREMPUAN SEIBU SEBAPA• Boleh mewarisi pusaka dengan empat syarat :• Tiada furu’ waris si mati seperti anak lelaki, anak

perempuan, anak lelaki kepada anak lelaki atau anak perempuan kepada anak lelaki.

• Tiada ‘usul waris’ seperti bapa dan datuk.• Tunggal• Tiada adik beradik lelaki yang menjadikan beliau asabah.

Page 26: ILMU FARAID

ADIK BERADIK PEREMPUAN SEBAPA• Memerlukan lima syarat iaitu :• Tiada furu’ waris si mati seperti anak lelaki, anak

perempuan, anak lelaki kepada anak lelaki atau anak perempuan kepada anak lelaki.

• Tiada ‘usul waris’ seperti bapa dan datuk.• Tunggal• Tiada adik beradik lelaki yang menjadikan beliau

asabah.• Tiada adik beradik lelaki atau perempuan seibu

sebapa kepada si mati.

Page 27: ILMU FARAID

PENERIMA SATU PEREMPAT (1/4) PUSAKA DAN SYARATNYA

SUAMI• Suami memperolehi satu perempat pusaka isteri jika

isterinya mempunyai anak atau anak kepada anak lelaki. Anak itu sama ada daipada beliau atau daripada orang lain, lelaki atau perempuan.

ISTERI ATAU ISTERI-ISTERI• Golongan ini berhak menerima satu perempat daripada

pusaka suami jika suami tidak mempunyai anak atau anak kepada anak lelaki. Anak itu sama ada daipada beliau atau daripada orang lain, lelaki atau perempuan.

Page 28: ILMU FARAID

PENERIMA SATU PERLAPAN (1/8) DAN SYARATNYA

• Hanya isteri atau para isteri sahaja yang layak menerima satu perlapan (1/8) pusaka. Disyaratkan suaminya mempunyai anak atau anak kepada anak lelaki sama ada lelaki atau perempuan.

Page 29: ILMU FARAID

PENERIMA DUA PERTIGA (2/3) DAN SYARATNYA

DUA ORANG ATAU LEBIH ANAK PEREMPUAN KEPADA SI MATI• Bagi memperoleh dua pertiga (2/3) pusaka hanya perlu

memenuhi satu syarat sahaja iaitu tidak wujud bersama-sama mereka asabah iaitu anak lelaki si mati. Firman Allah :

DUA ORANG ATAU LEBIH ANAK PEREMPUAN KEPADA ANAK LELAKI SI MATIMemerlukan dua syarat iaitu :

• Tiada asabah bersama mereka• Si mati tidak mempunyai anak mempunyai anak sama ada

lelaki ataupun perempuan.

Page 30: ILMU FARAID

DUA ORANG ATAU LEBIH ADIK BERADIK PEREMPUAN SEIBU SEBAPA• Menerima dua pertiga pusaka jika memenuhi tiga syarat :• Tiada asabah bersama mereka iaitu adik beradik lelaki.• Tidak wujud furu’ waris si mati sama ada lelaki ataupun perempuan.• Tidak wujud usul waris si mati sama ada bapa atau datuk.

DUA ORANG ATAU LEBIH ADIK BERADIK PEREMPUAN SEBAPA• Menerima dua pertiga pusaka jika memenuhi empat syarat :• Tiada asabah bersama mereka iaitu adik beradik lelaki.• Tidak wujud furu’ waris si mati sama ada lelaki ataupun perempuan.• Tidak wujud usul waris si mati sama ada bapa atau datuk.• Tidak wujud adik beradik seibu sebapa kepada si mati sama ada

lelaki atau perempuan.

Page 31: ILMU FARAID

PENERIMA SATU PERTIGA (1/3) PUSAKA DAN SYARATNYA

IBU• Memperoleh satu pertiga pusaka dengan syarat :• Tiada furu’ waris si mati sama ada lelaki atau

perempuan seperti anak lelaki, anak perempuan, anak lelaki kepada anak lelaki atau anak perempuan kepada nak lelaki.

• Tiada adik beradik lelaki atau adik beradik perempuan si mati, dua atau lebih sama ada seibu sebapa, sebapa atau seibu.

Page 32: ILMU FARAID

DUA ORANG ATAU LEBIH ADIK BERADIK SEIBU• Adik beradik seibu boleh mewarisi satu pertiga

pusaka jika bilangan mereka melebihi seorang sama ada lelaki atau perempuan atau bercampur. Bahagian ini akan dibahagi sama rata tanpa dibezakan antara lelaki dan perempuan. Mereka layak memperolehi satu pertiga dengan syarat :

• Tiada furu’ waris si mati seperti anak lelaki, anak perempuan, anak lelaki atau perempuan kepada anak lelaki.

• Tiada usul waris si mati seperti bapa atau datuk.

Page 33: ILMU FARAID

PENERIMA SATU PERENAM (1/6) DAN SYARATNYA

BAPA• Memerlukan satu syarat iaitu :• Wujudnya furu waris si mati seperti anak lelaki, anak

perempuan, anak lelaki kepada anak lelaki atau anak perempuan kepada anak lelaki.

IBU• Memerlukan dua syarat :• Jika wujud furu’ waris si mati sama bahagian seperti bapa.• Jika si mati mempunyai dua orang atau lebih adik beradik

sama ada seibu sebapa, sebapa atau seibu.

Page 34: ILMU FARAID

DATUK IAITU BAPA KEPADA BAPA• Memperoleh satu perenam jika penuhi syarat berikut

:• Wujud furu waris si mati sama sebagaimana

bahagian bapa.• Si mati tidak mempunyai bapa. Ini kerana bapa akan

menghalang datuk daripada menerima pusaka kerana bapa lebih hampir kepada si mati daripadanya.

SEORANG NENEK ATAU RAMAI• Memerlukan satu syarat :• Tiada ibu si mati.

Page 35: ILMU FARAID

SEORANG ATAU LEBIH ANAK PEREMPUAN KEPADA ANAK LELAKI• Dia atau mereka hendaklah bersama-sama anak perempuan tunggal si

mati.• Si mati tidak mempunyai anak lelaki.• Tiada anak lelaki kepada anak lelaki yang akan menjadikan mereka

asabah.

SEORANG ATAU LEBIH ADIK BERADIK PEREMPUAN SEBAPA• Si mati tiada furu’ waris seperti anak lelaki atau anak lelaki kepada anak

lelaki atau anak perempuan kepada anak lelaki.• Si mati tidak mempunyai usul waris iaitu bapa atau datuk, bapa kepada

bapa.• Si mati tidak mempunyai adik beradik lelaki seibu sebapa.• Bersama-sama beliau terdapat seorang adik beradik perempuan seibu

sebapa.• Tiada bersama-sama beliau adik beradik lelaki sebapa yang akan

menjadikan beliau asabah.

Page 36: ILMU FARAID

ADIK BERADIK LELAKI ATAU PEREMPUAN SEIBUMemperoleh satu perenam dengan dua syarat :• Tiada bersama mereka furu’ waris atau usul si

mati yang akan menghalang mereka.• Beliau (adik beradik lelaki atau perempuan

seibu) hanya seorang. Jika ramai, mereka akan berkongsi satu pertiga (1/3).

Page 37: ILMU FARAID

PENERIMA SATU PERTIGA BAKI

Terdapat dua jenis pewaris yang memperoleh satu pertiga daripada baki pusaka iaitu :

• datuk iaitu bapa kepada bapa si mati• ibu

Page 38: ILMU FARAID

PUSAKA MELALUI ASABAH (HARTA LEBIHAN)

DEFINISI• Bahasa : kaum keluarga lelaki sebelah

bapa. Diistilahkan sebagai asabah kerana mereka melingkungi nasab si mati.

• Istilah :orang yang mengambil kesemua harta sekiranya mereka pewaris tunggal.

Page 39: ILMU FARAID

JENIS ASABAH

Terdapat dua jenis asabah ;• Asabah nasabiyyah• Asabah sababiyyah

Page 40: ILMU FARAID

ASABAH SABABIYYAH

• Asabah sababiyyah ialah orang yang membebaskan hambanya sama ada lelaki atau perempuan. Mereka menjadi asabah atas sifat peribadi mereka.

Page 41: ILMU FARAID

ASABAH NASABIYYAH

• Asabah nasabiyyah ialah semua lelaki yang disebut di dalam senarai lelaki yang layak mewarisi pusaka kecuali suami dan adik beradik lelaki seibu. Mereka hanya menjadi pewaris melalui fard sahaja dan tidak boleh menjadi asabah.

Page 42: ILMU FARAID

JENIS ASABAH NASABIYYAH

Terdapat tiga jenis asabah nasabiyyah:• Asabah kerana diri sendiri (al-asabah bil nafs)• Asabah kerana orang lain (al-asabah bil ghair)• Asabah kerana orang lain (al-asabah ma’al

ghair)

Page 43: ILMU FARAID

ASABAH KERANA DIRI SENDIRI

Definisi• Asabah kerana diri sendiri ialah lelaki yang

mempunyai hubungan keturunan dengan si mati tanpa diselangi oleh mana-mana perempuan.

Page 44: ILMU FARAID

PIHAK YANG TERLIBAT DALAM ASABAH KERANA DIRI SENDIRI

• Pihak anak lelaki iaitu keturunan si mati seperti anak lelaki, anak lelaki kepada anak lelaki dan seterusnya.

• Pihak bapa iaitu asal-usul si mati seperti bapa, datuk iaitu bapa kepada bapa.

• Pihak adik beradik lelaki iaitu keturunan bapa si mati yang tidak diselangi dengan perempuan. Seperti adik beradik lelaki seibu sebapa, adik beradik lelaki sebapa, anak lelaki kepada adik beradik lelaki seibu sebapa dan anak lelaki kepada adik beradik lelaki sebapa.

• Pihak bapa saudara sebelah bapa iaitu keturunan datuk si mati yang tidak diselangi oleh perempuan. Seperti bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa,bapa saudara sebelah bapa sebapa, anak lelaki kepada anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa dan anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa sebapa.

Page 45: ILMU FARAID

KAEDAH PEMBAHAGIAN HARTA KEPADA ASABAH KERANA DIRI SENDIRI

Ianya melibatkan kaedah-kaedah yang berikut :• Mereka yang berada di pihak terkemudian tidak boleh

mewarisi harta selagi mereka yang berada di pihak awal masih ada.

• Jika mereka berada di pihak yang sama contohnya, bapa dengan datuk atau anak lelaki dengan anak lelaki kepada anak lelaki, atau adik beradik lelaki dengan anak lelaki kepada adik beradik lelaki, atau bapa saudara sebelah bapa dengan anak lelaki kepada adik beradik lelaki bapa, maka orang yang hubungannya jauh tidak boleh mewarisi harta pusaka selagi ada orang yang lebih dekat hubungannya dengan si mati.

Page 46: ILMU FARAID

• Jika mereka berada di pihak yang sama dan hubungan mereka dengan si mati juga sama, Cuma berbeza kedudukan mereka dari segi dekat atau jauh dengan si mati, maka didahulukan orang yang paling dekat dengan si mati.

• Jika mereka berada di pihak yang sama begitu juga dengan hubungan dan kedudukan, mereka semua layak memperoleh harta pusaka dengan sama rata.

Page 47: ILMU FARAID

ASABAH KERANA ORANG LAIN

Definisi • Asabah kerana orang lain ialah perempuan-

perempuan yang memperoleh bahagian secara fard tetapi disebabkan adanya adik beradik lelaki bersama-sama mereka, hak mereka telah berubah daripada menjadi pewaris melalui fard kepada pewaris melalui asabah.

Page 48: ILMU FARAID

Asabah kerana orang lain hanya terdiri daripada pewaris perempuan yang memperoleh dua pertiga atau satu perdua pusaka. Mereka menjadi asabah disebabkan adanya adik beradik lelaki mereka, mereka ialah :

• Anak perempuan (seorang atau lebih ) bersama anak lelaki.

• Anak-anak perempuan kepada anak lelaki bersama anak lelaki kepada anak lelaki.

• Dua orang atau lebih adik beradik perempuan seibu sebapa bersama adik beradik lelaki seibu sebapa.

• Dua orang atau lebih adik beradik perempuan sebapa bersama adik beradik lelaki sebapa.

Page 49: ILMU FARAID

ASABAH KERANA BERSAMA ORANG LAIN

Definisi• Asabah bersama orang lain ialah adik beradik

perempuan seibu sebapa atau sebapa jika ada bersama mereka anak perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki.

• Contohnya jika si mati meninggalkan dua orang anak perempuan bersama seorang adik beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa. Anak perempuannya memperoleh dua pertiga (2/3) melalui fard. Sementara adik beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa memperoleh baki iaitu satu pertiga (1/3) secara asabah.

Page 50: ILMU FARAID

HIJAB

Page 51: ILMU FARAID

HIJAB

DEFINISI HIJAB• Hijab dari segi • bahasa : halangan• Istilah : menghalang orang yang layak

menerima pusaka daripada menerima pusaka semua sekali atau sebahagiannya.

Page 52: ILMU FARAID

BAHAGIAN HIJAB

Terdapat dua jenis hijab iaitu :• Hijab kerana sesuatu sifat• Hijab kerana seseorang individu

Page 53: ILMU FARAID

Hijab kerana sesuatu sifat

Hijab kerana sesuatu sifat ialah menghalang seseorang yang layak menerima pusaka daripada menerima pusakanya sama sekali kerana adanya sifat yang menyebabkannya dihalang daripada menerima pusaka. Antara sifat tersebut ialah ;

• Perhambaan• Membunuh• Kufur

Page 54: ILMU FARAID

Hijab kerana seseorang individu

• Hijab kerana seseorang individu ialah menghalang seseorang yang layak menerima pusaka sama ada sebahagian atau semua sekali kerana ada orang yang lebih dekat hubungannya dengan si mati.

Page 55: ILMU FARAID

Terbahagi kepada dua bahagian iaitu :Hijab pengharaman• Hijab pengharaman ialah menghalang seseorang

daripada menerima pusakanya sama sekali contohnya anak lelaki menghalang anak lelaki kepada anak lelaki.

Hijab pengurangan• Hijab pengurangan ialah menghalang seseorang

daripada menerima sebahagian hak pusakanya contohnya pusaka suami dikurangkan daripada satu perdua (1/2) kepada satu perempat (1/4) jika isterinya mempunyai anak.

Page 56: ILMU FARAID

Golongan yang tidak dihijab dengan hijab pengharaman

Terdapat enam golongan iaitu :• Bapa• Ibu • Anak lelaki• Anak perempuan• Suami • Isteri

Page 57: ILMU FARAID

Golongan yang menerima hijab pengharaman

• Datuk• Nenek, sama ada sebelah bapa atau sebelah ibu• Nenek -nenek yang jauh sebelah bapa.• Anak kepada anak lelaki• Semua adik beradik lelaki atau perempuan seibu

sebapa, sebapa atau seibu akan dihijab jika terdapat :- bapa- anak- anak lelaki kepada anak lelaki

Page 58: ILMU FARAID

• anak-anak lelaki kepada adik beradik lelaki seibu sebapa atau sebapa. Mereka ini dihijab sekiranya terdapat :- bapa kerana bapa si mati menghijab bapa mereka apatah lagi mereka.- Datuk kerana ia setaraf dengan bapa mereka- Anak lelaki kerana ia menghijab bapa mereka apatah lagi mereka.- Anak lelaki kepada anak lelaki- Adik beradik lelaki seibu sebapa kerana ia lebih hampir berbanding mereka.- Adik beradik lelaki sebapa juga kerana mereka lebih hampir berbanding mereka.

Page 59: ILMU FARAID

• Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa atau sebapa. Mereka tidak memperoleh pusaka jika terdapat : - Bapa- Datuk- Anak lelaki- Anak lelaki kepada anak lelaki- Adik beradik lelaki seibu sebapa- Adik beradik lelaki sebapa- Anak lelaki kepada adik beradik lelaki seibu sebapa- Anak lelaki kepada adik beradik lelaki sebapa- Adik beradik perempuan seibu sebapa- Adik beradik perempuan sebapa jika ada bersamanya anak perempuan atau perempuan kepada anak lelaki.

Page 60: ILMU FARAID

• Anak-anak kepada bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa atau sebapa. Selain senarai di atas, anak-anak kepada adik beradik lelaki ayah seibu sebapa atau sebapa juga akan dihijab jika terdapat : - bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa

atau sebapa. Sementara anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa sebapa akan dihijab oleh anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa.

Page 61: ILMU FARAID

Mereka yang dihijab dengan hijab pengurangan.

Hijab pengurangan berlaku kepada semua waris :• suami dihijab daripada satu perdua kepada satu

perempat jika ada anak.• Isteri dihijab daripada satu perempat kepada

satu perlapan jika ada anak.• Ibu akan dihijab daripada satu pertiga kepada

satu perenam jika si mati ada anak ataupun jika terdapat lebih dari seorang adik beradik.

Page 62: ILMU FARAID

• Anak perempuan kepada anak lelaki akan dihijab daripada satu perdua kepada satu perenam jika terdapat anak perempuan,

• Adik beradik perempuan sebapa akan dihijab daripada satu perdua kepada satu perenam jika terdapat adik beradik perempuan seibu sebapa.

• Anak lelaki akan dihijab nuqsan (kurang) sekiranya ada anak lelaki yang lain.

Page 63: ILMU FARAID

Orang yang dihijab dengan hijab pengharaman akan mengurangkan hak orang lain

• Orang-orang yang dihijab dengan hijab pengharaman masih dianggap wujud. Mereka ini akan menghijab orang lain dengan hijab pengurangan. Contohnya, jika si mati meninggalkan seorang datuk, seorang ibu dan dua orang adik beradik seibu. Adik beradik seibu tadi akan dihijab oleh datuk. Dalam masa yang sama, dua orang adik beradik seibu ini akan mengurangkan bahagian ibu daripada satu pertiga kepada satu perenam.

Page 64: ILMU FARAID

HISAB

Page 65: ILMU FARAID

CARA-CARA PENGIRAAN PUSAKA

DEFINISI HISAB• Bahasa : kira• Istilah :mengetahui angka pembahagi dan

pembetulannya serta mengetahui bahagian pusaka untuk pewaris

Page 66: ILMU FARAID

ANGKA PEMBAHAGI

Bahagian yang ditetapkan ialah :• Satu perdua (1/2)• Satu perempat (1/4)• Satu perlapan (1/8)• Dua pertiga (2/3)• Satu pertiga (1/3)• Satu perenam (1/6)

Page 67: ILMU FARAID

Angka pembahagi setiap bahagian pula ialah :• Satu pertiga : 3• Satu perempat : 4• Satu perdua : 2• Satu perenam : 6• Satu perlapan : 8

Page 68: ILMU FARAID

Tujuh angka pembahagi yang disepakati dalam faraid :

• Dua (2)• Tiga (3)• Empat (4)• Enam (6)• Lapan (8)• Dua belas (12)• Dua puluh empat (24)

Page 69: ILMU FARAID

BAHAGIAN ANGKA PEMBAHAGI

Tujuh angka pembahagi tadi dibahagikan kepada dua (2) bahagian iaitu :

• Membabitkan peningkatan angka pembahagi (aul)Angka pembahagi yang membabitkan peningkatan angka pembahagi (aul) ialah enam (6), dua belas (12) dan dua puluh empat (24)

• Tidak membabitkan peningkatan angka pembahagi (aul ) sama sekali.Angka pembahaginya ialah dua (2), tiga (3), empat (4) dan lapan (8).

Page 70: ILMU FARAID

DEFINISI AUL

• Bahasa : tingkat atau tambah ataupun condong, zalim dan melampau.

• Istilah : peningkatan (penambahan) jumlah bahagian pada angka pembahagi dan ini bermakna ia membabitkan pengurangan kepada kadar bahagia yang diterima oleh pewaris.

Page 71: ILMU FARAID

ANGKA PEMBAHAGI YANG MEMBABITKAN AUL DAN BATASNYA.

• AUL ENAMAngka pembahagi enam akan ditingkatkan kepada tujuh (7), lapan (8), Sembilan (9) dan sepuluh (10).

• AUL DUA BELASAngka pembahagi dua belas ditingkatkan kepada tiga belas (13), lima belas (15) dan tujuh belas (17).

• AUL DUA PULUH EMPATAngka pembahagi dua puluh empat (24) bolehditingkatkan kepada dua puluh tujuh (27) sahaja.

Page 72: ILMU FARAID

KAEDAH MENGHASIL ANGKA PEMBAHAGI

Teknik mendapatkan angka pembahagi adalah mengikut aturan berikut :

• Jika angka pembawah adalah sama contohnya satu perenam (1/6) demgam satu perenam (1/6), angka pembawah yang sama ini dijadikan sebagai angka pembahagi.

• Jika angka pembawah adalah terangkum iaitu angka pembawah terbesar merangkumi angka pembawah yang lain, angka pembawah terbesar dijadikan angka pembahagi. Contohnya satu pertiga, satu perdua dan satu perenam. Disini angka pembawah tiga dan dua terangkum dalam angka pembawah enam.

Page 73: ILMU FARAID

• Angka-angka pembawah mempunyai angka sepunya iaitu boleh dibahagikan dengan angka yang sama. Contohnya satu perlapan dengan satu perenam. Kedua-dua angka ini boleh dikaitkan dengan satu perdua kerana kedua-dua angka pembawah ini dibahagi dengan angka dua (2).

• Angka-angka pembawah adalah berbeza; tidak sama, tidak terangkum dan tidak mempunyai angka sepunya. Contohnya satu pertiga (1/3) dengan satu perempat (1/4).Dalam keadaan ini kedua-dua angka didarabkan dan hasilnya dijadikan angka pembahagi (3×4 =12).

Page 74: ILMU FARAID

SEKIANTERIMA KASIH