iktibar tak bertepi siri 6

Post on 19-Feb-2018

247 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 Iktibar Tak Bertepi Siri 6

    1/113

  • 7/23/2019 Iktibar Tak Bertepi Siri 6

    2/113

    Persatuan Zawiyah As-Syaziliyyah Internasional - Malaysia

    Hakcipta karya asal Syeikh Dr Mahmoud MrGlani

    Cetakan Pertama : ZulHijjah 1436H - September 2015M

    Hakcipta terpelihara tidak dibenarkan mengulang siar mana-mana bahagian

    artikel, illustrasi dan isi kandungan buku dalam apa jua bentuk dan

    dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,

    rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulisPersatuan Zawiyah As-Syaziliyyah Internasional - Malaysia

    Diterbitkan olehPersatuan Zawiyah As-Syaziliyyah Internasional - Malaysia

    BAIT SYDNA SYEIKH ABDUN NASIR ALHASANINo. 2 Jalan Gunung Nuang U11/9A, Bukit Bandaraya SS U11,

    40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan,

    Malaysia.

    Zawiyah As-Syaziliyyah Internasional - MalaysiaPustaka Sufi Arab - Terjemahan Melayu

    Rahmat Muhamad

    Penerbit EksekutifDr Mahmoud MrGlani

    PenulisDr Mahmoud MrGlani

    PenterjemahRahmat Muhamad

    Reka Bentuk kulit dan KandunganAbdul Jalil Shukor

    Diedar OlehPersatuan Zawiyah As-SyaziliyyahInternasional - Malaysia

  • 7/23/2019 Iktibar Tak Bertepi Siri 6

    3/113

    TAK BERTEPIIktibarSyeikh Dr. Mahmoud MrGlani

    alih bahasa :

    Rahmat Syazili

    -siri 6-

  • 7/23/2019 Iktibar Tak Bertepi Siri 6

    4/113

    Daftar Isi

    Sekapur Sireh 1

    Khabar Berita Dari Bumi Tuhan -6 4

    Khabar Berita Dari Bumi Tuhan -7 10

    Aku Berpergian Kepada Tuhanku -1 15

    Aku Berpergian Kepada Tuhanku -2 17Aku Berpergian Kepada Tuhanku -3 19

    Hdad -1 21

    Hdad -2 25

    Hdad -3 28

    Iktibar Tak Bertepi -1 31

    Iktibar Tak Bertepi -2 33Si Cerdik Faham Dengan Isyarat -1 36

    Si Cerdik Faham Dengan Isyarat -2 38

    Si Cerdik Faham Dengan Isyarat -3 41

    Si Cerdik Faham Dengan Isyarat -4 44

    Si Cerdik Faham Dengan Isyarat -5 47Si Cerdik Faham Dengan Isyarat -6 51

    Si Cerdik Faham Dengan Isyarat -7 55

    Marilah Saling Berta`aruf -1 58

    Marilah Saling Berta`aruf -2 59

    Marilah Saling Berta`aruf -3 60

    Marilah Saling Berta`aruf -4 62

    Marilah Saling Berta`aruf -5 64

  • 7/23/2019 Iktibar Tak Bertepi Siri 6

    5/113

    Alangkah baiknya Kalau... 67

    Umat Terbaik 71

    Allahumma Robbana... 75

    Sekularisme 76

    Bukan Engkau... Tapi DIA! -1 79

    Makar Orang Bakhil 82

    Jiran 84

    Akhir Zaman -1 87Akhir Zaman -2 88

    Akhir Zaman -3 90

    Akhir Zaman -4 92

    Akhir Zaman -5 95

    Akhir Zaman -6 97Akhir Zaman -7 100

    Akhir Zaman -8 102

    Akhir Zaman -9 104

  • 7/23/2019 Iktibar Tak Bertepi Siri 6

    6/113

    Sidna As-Syeikh Al-KamilAs-Syarif Abdun Nasir Al-Hasani As-Syazili

    Sidna As-Syeikh Al-KamilAs-Syarif Abdun Nasir Al-Hasani As-Syazili

  • 7/23/2019 Iktibar Tak Bertepi Siri 6

    7/113

    1

    Sekapur Sireh

    *

    *

    Alhamdulillah dengan limpah kurnia dariNyasekarang terbitlah siri keenam dari koleksi terjemahanMelayu artikel guru murrobbi kami Syeikh Dr.Mahmoud MrGlani Al-Husayni putera kota MadinahAl-Munawwarah dari asal teks Bahasa Arabnya yangbeliau siarkan secara berterusan di laman Facebooksejak bertahun-tahun.

    Penulisan beliau yang menyentuh berbagai topik

    dan secara khusus memfokus kepada usaha-usahauntuk menghidupkan kembali hati dan naluri insanMuslim dan nonmuslim di zaman kita telah membuka

  • 7/23/2019 Iktibar Tak Bertepi Siri 6

    8/113

    2

    mata, akal dan sanubari kami murid-murid beliau ditanah air, ia telah membantu memperbetul berbagaikesalahfahaman kami serta meluruskan halatuju dalamhidup untuk menempuh jalan menuju ALLAH.

    Maka inilah kami bukukan artikel-artikel Syeikhkami itu buat peringatan dan obor menerangi hayat...untuk kita sekarang dan buat generasi yang mendatang.

    .

    -Penerbit-

  • 7/23/2019 Iktibar Tak Bertepi Siri 6

    9/113

  • 7/23/2019 Iktibar Tak Bertepi Siri 6

    10/113

    4

    Khabar BeritaDari Bumi Tuhan -6

    11 September 2014

    Ada seorang murid sejati (ALLAH jua yang lebihmengetahui) pengikut seorang syeikh tareqatsufi.

    Murid ini telah bersungguh-sungguh mengkhidmatisyeikh lagi sanadnya itu siang dan malam24

    jam sehari dan 7 hari seminggu dia mengkhidmatisyeikhnya, teman-temannya dan zawiyah.

    Gigihnya dia berkhidmat sampaikan bila sudahberkahwindia cuma pulang sehari semingguberziarah kepada isterinyaboleh jadi hanya untukbeberapa jamkemudian balik semula dengansegera

    Satu hari pun tak sanggup dia lalui tanpa melihat

    syeikhnya, bicara dengan syeikhnya dan mendengarkata-kata syeikhnya.

  • 7/23/2019 Iktibar Tak Bertepi Siri 6

    11/113

    5

    Sepanjang waktu dan sepenuh umurnyadiisidengan zikir, khidmat, menyambut rombongan tamudan muridin

    Makin lama makin melebar jaringan jemaahhinggalah masjid kecil warisan syeikh kepada syeikhnyakini sudah jadi zawiyah besar.

    Apabila masjid itu direnovasi menjadi zawiyah

    besar dibuatkanlah bilik khas untuk syeikh dan bilikkhas untuk si murid sejati.

    Melalui bimbingan syeikhnya meningkatlah simurid dari tahap ke tahap hingga dialah yang menjadi

    juru istikharah kepada syeikhnya. Contohnya untuk

    menerima murid baru dalam tareqat, menerimapelajaran baru untuk peningkatan dan lain-lainperkara

    Bilangan murid pun makin bertambah danberkembang di gugusan negerinya. Tentunya apabilabilangan murid bertambah kuantiti perhatian

    kepada mereka pun berkuranglalu muncul danbertambahlah biang masalah.

    Di sini timbullah berbagai masalah kepada si muridtua yang sejatilagi baik hati ini. Apakah semua itumerupakan ujiaan dan cobaanatau kerana suatusebab lainALLAH jua yang lebih mengetahui.

    Tapi inilah yang telah menyayat hati sayadikeranakannya saya hari ini menulis tentang dia.

  • 7/23/2019 Iktibar Tak Bertepi Siri 6

    12/113

    6

    1- Dia gigih berzikir, baik hati, pemurah, bercahayabaik akhlak, tawadhuk, senyum manis, menunaikahhajat orang.saya sayang kepadanyasaya telah kenaldia sejak lebih 30 tahun.

    2- Dia seorang yang tulus lagi cinta dan fana kepadasyeikhnyabegitulah dia hatta walau pun selepasdiasingkan dari zawiyahnya (kerana macam-macam

    fitnah orang padanyayang dibuat oleh murid-muridyang baru yang masih mentah dengan masyrab sufi).

    Mereka yang dengki atau yang menyalahimenyerangnya dengan ganas dan kasar yang bukanmain-main tiap masa berlalu ada saja cerita baru sayadengar ALLAH tetap bersama dan menolongnya

    saya tangisi nasibnya dari dulu hingga sekarang.

    Saudara saudariku sidang pembaca budiman parakesayangan di timur dan barat dunia

    Puak yang bersangka-sangka dengan sangkaannya,yang menyulam tipu daya dengan tipu dayanya, yang

    berdusta dengan dustanya, yang mengotori dengankotorannya

    puak-puak ini objektif mereka sentiasa satu, yaitumeruntuhkan tasawuf islami yang sunni yang iyalahmaqam ihsandengan berbagai jalan, cara, wasilah,teknik dan helah saya mohon pada semua untukmengambil pencerahan, kefahaman, untuk beramaldan mengetahui

  • 7/23/2019 Iktibar Tak Bertepi Siri 6

    13/113

    7

    1- Kata mereka sebab dia (si murid sejati itu)diasingkanialah kerana dia menganjurkan satupertandingan menghafaz qasidah Al-Burdah As-Syarifah tanpa izin tuan syeikhnyakerana dalam jalantareqat mereka tidak ada maulid, tidak ada qasidah,tidak ada madah-madahyang ada hanya zikir danzikir.

    2- Kata mereka lagidengan arahan dari syeikh diaberistikharah untuk mengetahui siapakah dia khalifahpengganti selepas tuan syeikh. Istikharah ini dia lakukanselama bertahun-tahuntiap kali selepas musim hajisetiap tahun. Sepanjang-panjang tahun itu masih jugabelum muncul dalam istikahrahnya siapakah khalifah

    itunamun tiba-tibapada tahun itu terzahirlah dalam istikharah

    bahawa dirinyalah khalifah pengganti selepassyeikhnya.

    Murid-murid baru khususnya golongan berada

    dan mereka yang berpengaruh lagi berkepentingan ituini menolaknya kerana dia khadam kepada syeikhnyadan zawiyahnyadia bukan penuntut ilmu, dia tidakpernah mengaji ilmudia tidak terbilang dari kalanganulama.

    3- Kata mereka lagituan syeikh telah mengkasyaf

    kepadanya dan menemukan dia dengan hadrat saiyidissadaat Saiyidina wa Maulana Muhammad .

  • 7/23/2019 Iktibar Tak Bertepi Siri 6

    14/113

    8

    Natijahnya ialah dia menyombong dan berlagaksyeikh di hadapan syeikhnyasebab inilah diadiasingkan.

    Ada juga yang menggunakan istilah kasar denganberkata dia dihalau (yang cakap begitu adalahmusuh-musuhnya).

    Wala hawla wala quwwata illa billahil `aliyyil `azhim,

    kami mohon perlindungan ALLAH dari dicabutpemberiaan selepas menerima kurnia,kami mohonistighfar kepada ALLAH dari kejahilan selepas ilmudari kehinaan selepas mulia.

    Murid-murid baru memusuhi dia pada sumber

    rezekinyamereka mengancam mahu memukul danmembunuhnyasaya bertemu dengannya dalamkeadaan dia ketakutan.

    Untuk apa ini semua berlaku ???....Kenapa ???...inisebahagian dari fitnah-fitnah akhir zaman

    Dia jadi asing dan masuklah dia dalam daerahpengasingan bersama orang-orang asingbahkan diamasuk ke rumahnya sendiri ibarat tetamu.

    Saya akhiri kisahnya dengan ucapan yang sayadengar dari saiyidi wa maulay As-Syeikh Sidna AbdunNasir Al-Hasani

    :

    ....

  • 7/23/2019 Iktibar Tak Bertepi Siri 6

    15/113

    9

    ...

    Tak mungkin bagi ALLAH melantik wali yangjahiltak mungkin bagi ALLAH melantik waliyang bakhil jika ALLAH melantiknya nescayaALLAH pasti mengajarnya dan menjadikan dia

    pemurah

    Kalau sudah begitu apa lagi yang nak saya katakanAllahumma Robbana taubatk