ikan hiasan 2

10
Sukatan pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah – tahun 5 MENGENAL PASTI DAN MEMILIH TUMBUHAN AKUATIK UNTUK HIASAN DALAM AKUARIUM Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium. Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisi makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalam substrat di dasar akuarium dan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik. Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses fotosistisis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan. Tumbuhan akuatik juga berdungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat berehat. Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik. 4.1 Cara menghias akuarium Rujuk lampiran yang dipersembahkan dalam Power Point 4.2 Keperluan penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium MOHAMAD ZAINI SULEIMAN - 2002 10

Upload: juradi-durjari

Post on 29-May-2015

12.761 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ikan Hiasan 2

Sukatan pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah – tahun 5

MENGENAL PASTI DAN MEMILIH TUMBUHAN AKUATIK UNTUK HIASAN

DALAM AKUARIUM

Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di

dalam air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman

akuarium.

Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap

bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisi

makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan

perkumuhan akan mendak ke dalam substrat di dasar akuarium dan

menjadi baja kepada tumbuhan akuatik.

Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses

fotosistisis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses

pernafasan.

Tumbuhan akuatik juga berdungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung

dari ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan

tempat berehat.

Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik.

4.1 Cara menghias akuarium

Rujuk lampiran yang dipersembahkan dalam Power Point

4.2 Keperluan penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium

a. Karbon dioksida

Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses

fotosintisis sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk

pertumbuhan yang baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada

tumbuhan melalui gas karbon dioksida yang khusus dan ada dijual di

kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak dibekalkan tumbuhan masih boleh

MOHAMAD ZAINI SULEIMAN - 2002 10

Page 2: Ikan Hiasan 2

Sukatan pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah – tahun 5

hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui

pernafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium.

b. Baja

Baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses

pembesaran tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cecair atau biji perlu

ditambahkan dari masa ke semasa menggunakan baja yang boleh dibeli

di pasaran mengikut kaedah yang dicadangkan.

c. Cahaya

Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium

mesti dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap

hari.

Contoh-contoh tumbuhan akuatik :

Cryptocoryne sp Vallisneria sp

MOHAMAD ZAINI SULEIMAN - 2002 11

Page 3: Ikan Hiasan 2

Sukatan pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah – tahun 5

Ludwigia sp Cabomba sp

4.3 Cara memasukkan ikan ke dalam akuarium

1. Letakkan beg ikan ke dalam tangki akuarium selama 20 hingga 30 minit.

2. Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastik dan

air di dalam akuarium.

3. Buka beg plastik dan biarkan ikan keluar dengan sendirinya bersama air daripada

beg plastik.

MOHAMAD ZAINI SULEIMAN - 2002 12

Page 4: Ikan Hiasan 2

Sukatan pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah – tahun 5

5. CARA MENJAGA AKUARIUM

Penjagaan akuarium yang mengandungi ikan hiasan kecil dan tumbuhan akuatik

sebagai hiasan adalah mudah.

5.1 Penjagaan harian

Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi

apabila dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit.

Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya tedapat tanda-tanda ikan tidak normal

atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa, berpusing-pusing,

terdapat kecederaan, berubah warna, sisiknya tanggal atau kembang, ikan

tersebut perlu diasingkan dan diberi rawatan.

Ikan yang mati perlu dibuang.

Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi

dengan baik.

Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida

menggunakan alat yang disediakan.

5.2 Penjagaan mingguan

Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti

sebanyak ½ atau ⅓ bahagian dari isipadu tangki.

Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi

Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki.

Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat

sementara waktu.

Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki.

Cucikan kapas penapis dengan air bersih.

Tambahkan air dalam tangki seniggga ke paras asal.

Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum

bercuti pada hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi

makanan selama beberapa hari sebaliknya akan lebih mebahayakan ikan

sekiranya diberi makan dengan berlebihan.

MOHAMAD ZAINI SULEIMAN - 2002 13

Page 5: Ikan Hiasan 2

Sukatan pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah – tahun 5

6. MENGENAL PASTI MUTU AIR AKUARIUM

a. pH air

pH air ialah kadar kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 hingga 14.

Nilai 1 ialah paling masam atau asidik dan nilai 14 merupakan

keadaan yang paling alkali. pH air akuarium yang paling sesuai aialah

6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral. Untuk menentukan nilai pH boleh

menggunakan kertas litmus. Nilai pH air perlu dipastikan dari masa ke

semasa untuk mengelakkan ianya terlalu asidik.

MOHAMAD ZAINI SULEIMAN - 2002 14

Page 6: Ikan Hiasan 2

Sukatan pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah – tahun 5

b. Suhu

Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu sekitar 26o hingga 27oC.

Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan

mati. Suhu yang sejuk di bawah 26oC menyebabkan ikan mudah

dijangkiti penyakit. Biasanya keadaan suhu dan iklim di negara kita

tidak memerlukan pemanas kerana tiada musim sejuk. Suhu bilik

adalah cukup sesuai untuk ikan hidup dengan baik.

b. Bahan beracun

Bahan beracun yang wujud di dalam air ternakan ialah ammonia

dan nitrate. Ianya terhasil dari proses perkumuhan ikan yang dipelihara

iaitu bahan buangan urin dan najis. Oleh kerana sistem tangki kita

adalah sistem yang seimbang, bahan beracun ini tidak akan memberi

kesan kepada kehidupan ikan kerana ianya telah ditukar kepada

bahan makanan dan baja yang berguna untuk tumbuhan akuatik di

dalam akuarium. Proses penukaran bahan beracun ammonia dan

nitrat kepada baja dilakukan oleh tindakan bakteria di dalam penapis

pasir di dasar akuarium (rujuk edaran nitrogen).

MOHAMAD ZAINI SULEIMAN - 2002 15

Page 7: Ikan Hiasan 2

Sukatan pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah – tahun 5

6. MENGENAL PASTI PENYAKIT IKAN HIASAN

Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti

berikut :

Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk

Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa

lama.

Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.

Antara penyakit penting ikan hiasan ialah:

c. Penyakit rintik putih

Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku

apabila suhu air terlalu sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam

tangki lain. Ianya boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue dan

campuran sedikit garam biasa ke dalam air. Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan

boleh didapati dari kedai akuarium.

MOHAMAD ZAINI SULEIMAN - 2002 16

Page 8: Ikan Hiasan 2

Sukatan pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah – tahun 5

d. Penyakit kulat

Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi

rawatan awal. Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan

badan yang terdapat luka. Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada

bahagian luka yang terbuka. Ia boleh dirawat menggunakan larutan methylene

blue yang dimasukkan ke dalam air atau menyapukan terus pada luka yang dijangkiti

kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat.

c. Penyakit bakteria

Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar,

sisiknya mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh

menyerang ikan disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang

tidak sesuai atau ikan mengalami stress. Penyakit ini boleh dirawat

menggunakan antibiotik yang boleh dibeli dari pembekal ubat tempatan

dengan bimbingan Pegawai Perikanan.

MOHAMAD ZAINI SULEIMAN - 2002 17

Page 9: Ikan Hiasan 2

Sukatan pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah – tahun 5

MOHAMAD ZAINI SULEIMAN - 2002 18