ijazah sarjanamuda dengan kepujian - ukm.my question... · pantai yang menyebabkan kaki semakin...
TRANSCRIPT
Kertas ini mengandungi 22 muka surat bercetak, tidak termasuk muka surat ini.
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
PEPERIKSAAN AKHIR
SEMESTER I SESI AKADEMIK 2010/2011
IJAZAH SARJANAMUDA DENGAN KEPUJIAN
KOD KURSUS : STAG3073
TAJUK KURSUS : GEOLOGI SEKITARAN
ARAHAN : 1. Jawab SEMUA soalan dalam borang
OMR dengan menggunakan pensil 2B
2. Kertas soalan tidak dibenarkan dibawa keluar
daripada Dewan Peperiksaan.
OKTOBER 2010 MASA : 1 JAM 30 MINIT
STAG3073
1
Jawab semua soalan
1. Pandangan ahli sains yang optimis tentang populasi manusia yang semakin
meningkat ialah
(a) Tidak perlu risau dengan pertambahan populasi kerana adanya wabak penyakit
yang mengawal populasi
(b) Populasi bukan masalah alam sekitar
(c) Perlu mengawal populasi supaya ruang dan sumber sentiasa mencukupi
(d) Populasi akan meningkat dan akan menurun apabila sumber berkurang
(e) Populasi bertambah dengan pertambahan sumber
2. Manakah yang berikut bukan masalah alam sekitar
(a) Kemerosotan sumber
(b) Populasi berlebihan
(c) Pemanasan sejagat
(d) Kemiskinan
(e) Pelupusan sisa toksik
3. Apakah punca utama masalah alam sekitar?
(a) Pelupusan sisa toksik
(b) Kemerosotan sumber bumi
(c) Pemanasan sejagat
(d) Populasi
(e) Wabak penyakit
4. Apakah itu hipotesis Gaia?
(a) Sistem bumi adalah tertutup
(b) Sistem bumi berkait antara satu sama lain
(c) Bumi sebagai satu organisma hidup yang besar
(d) Bumi adalah tempat yang terbaik untuk manusia tinggal
(e) Sumber bumi tidak mampu menampung jumlah penduduk
5. Apakah yang diperolehi apabila jumlah keseluruhan saiz stock dibahagikan dengan
kadar purata pergerakan bahan dalam sistem?
(a) Kadar pertumbuhan
(b) Kekurangan sumber
(c) Pergandaan masa
(d) Kemapanan
(e) Purata masa tinggal
6. Yang manakah contoh-contoh berikut adalah prinsip kesatuan alam sekitar?
(a) Kitar semula membantu alam sekitar
(b) Jika gempabumi menyebabkan kerosakan pada satu juta tahun lampau, gempa
yang sama juga menyebabkan kerosakan sama pada 200 juta tahun lampau
(c) Jika sungai mengalir tanpa gangguan aktiviti manusia, ianya akan mencapai
keadaan keseimbangan
STAG3073
2
(d) Sungai yang dialih alirannya untuk pertanian menyebabkan kematian banyak
binatang dan kekeringan kawasan tasik.
(e) a dan b sahaja
7. Penggunaan kereta lasak (off-road vehicles) akan menyebabkan tumbuhan pada
cerun akan musnah. Ini menyebabkan hakisan bertambah, dan lebih banyak
tumbuhan mati, dan hakisan akan menjadi makin bertambah. Ini adalah contoh
(a) Analisis input output
(b) Tindakbalas negatif
(c) Sistem tertutup
(d) Tindakbalas positif
(e) Sistem terbuka
8. Pelupusan sisa secara penimbusan selamat adalah merupakan contoh bagi
perubahan sistem jenis apa?
(a) Input sama dengan output
(b) Input kurang dari output
(c) Input lebih dari output
(d) Tiada jawapan
(e) Semua betul
9. Geologi sekitaran adalah sains pelbagai bidang. Kebanyakan projek akan
melibatkan faktor fizikal, biologi dan manusia. Manakah yang berikut bukan
faktor fizikal?
(a) Iklim
(b) Proses hidrologi
(c) Geografi
(d) Proses Geologi
(e) Aestetika
10. Sejenis wabak yang berlaku di Eropah pada kurun ke-14 yang menyebabkan
populasi berkurang dipanggil sebagai
(a) Malaria
(b) Bubonic plague
(c) Demam kepialu
(d) Batuk kering
(e) Selesema burung
STAG3073
3
Soalan 11 – 13 adalah berpandukan kepada data kadar kelahiran dan kadar kematian
(per 1000 populasi) di bawah
Negara Kelahiran (/1000 )
Kematian (/1000)
Kadar pertambahan (growth rate) %
Masa gandaan (doubling time), Tahun
Jerman 8.2 10.71
Japan 8.10 8.98
Malaysia 22.65 5.05
11. Kira nilai kadar pertambahan penduduk untuk negara Malaysia?
(a) 1.76%
(b) 0.0176%
(c) 17.6%
(d) 0.176%
(e) 2%
12. Kira nilai masa gandaan (doubling time) untuk negara Jepun?
(a) 795 tahun
(b) 35 tahun
(c) 20 tahun
(d) 10 tahun
(e) Tiada gandaan penduduk berlaku
13. Kira nilai pertambahan penduduk untuk negara Jerman?
(a) 0.25
(b) 0.15
(c) 0.10
(d) -0.25
(e) -0.15
14. Berikut adalah kitaran geologi, kecuali
(a) Kitaran tektonik
(b) Kitaran batuan
(c) Kitaran Mineral
(d) Kitaran air
(e) Kitaran Karbon
15. Kitaran geologi minor ialah kitaran yang
(a) Berlaku di luar bumi
(b) Berlaku dalam bumi
(c) Melibatkan perubahan batuan igneus kepada metamorf
(d) Membentuk magma
(e) Sebahagian kitaran major geologi
STAG3073
4
16. Apakah susunan yang betul untuk horizon tanah?
(a) A, E, B, C, dan O
(b) O, A, E, B, dan C
(c) C, B, E, A, dan O
(d) B, O, A, E, dan C
(e) A, B, C, D dan E
17. Horizon berikut dikenali sebagai zon perlarutan (zone of leaching)
(a) Horizon R
(b) Horizon E
(c) Horizon C
(d) Horizon B
(e) Horizon O
18. Yang manakah bukan sifat kejuruteraan tanah?
(a) Kekuatan tanah dan kohesif
(b) Kemampatan tanah
(c) Potensi kembang-kecut
(d) Keupayaan pengorekan
(e) Jenis mineral dalam tanah
19. Tanah yang berada di tempat yang mana ianya terbentuk ialah
(a) Tanah angkutan
(b) Tanah residue
(c) Tanah lembut
(d) Tanah gambut
(e) Alluvium
20. Tanah yang terbentuk hasil jatuhan dari tebing dan kawasan tinggi ialah
(a) Alluvium
(b) Fluvial
(c) Glasier
(d) Aeolian
(e) Koluvium
21. S.S. Goldich (1938) menjelaskan tentang
(a) Pembentukan batuan
(b) Siri luluhawa mineral
(c) Siri profil tanah
(d) Menjelaskan teori tektonik
(e) Impak alam sekitar oleh manusia
22. Kronojujukan tanah ialah
(a) Penentuan usia relatif tanah
(b) Profil tanah
(c) Penentuan mineral sekunder dalam tanah
(d) Proses pembentukan tanah
STAG3073
5
(e) Proses kenalpasti jujukan tanah
23. Kira nilai purata tahunan kehilangan tanah (soil loss) sekiranya parameter yang
digunakan dalam semua pengiraan adalah 1 kecuali nilai faktor cerun yang
menggunakan nilai 10.
(a) 1
(b) 0.1
(c) 10
(d) 0.01
(e) 100
24. Loam ialah merupakan istilah tanah yang banyak digunakan untuk bidang apa?
(a) Sains tanah
(b) Geologi
(c) Kejuruteraan awam
(d) Perlombongan
(e) Alam sekitar
25. Sifat yang manakah yang boleh mengambarkan analogi hentakan kaki di kawasan
pantai yang menyebabkan kaki semakin tenggelam di dalam pasir?
(a) Sifat keplastikan tanah
(b) Saiz butiran tanah
(c) Ciri kekuatan tanah
(d) Sifat sensitiviti tanah
(e) Sifat kembang kecut tanah
26. Mineral berikut adalah menjadi penyebab utama kepada masalah tanah kembang
(expansive soil) yang memberikan masalah kepada kestabilan tanah
(a) Ilit
(b) Kaolinit
(c) Montmorilonit
(d) Klorit
(e) Serisit
27. Yang mana bukan merupakan petanda awalan yang boleh membantu dalam
menjangka bencana tanah runtuh, gempa bumi dan letusan gunung berapi?
(a) Angkatan (uplift)
(b) Letusan awal
(c) Banjir
(d) Bonjolan pada permukaan bumi
(e) Rayapan tanah
28. Proses yang merubah permukaan bumi adalah diakibatkan terutamanya oleh
(a) Magnitud sederhana dan frekuensi sederhana
(b) Magnitud rendah dan frekuensi tinggi
(c) Magnitud tinggi dan frekuensi rendah
(d) Magnitud rendah dan frekuensi rendah
STAG3073
6
(e) Magnitud yang besar sahaja
29. Bencana berikut adalah terjadi secara semulajadi kecuali
(a) Gempabumi
(b) Letusan gunung berapi
(c) Banjir
(d) Tanah runtuh di kawasan karst
(e) Subsidence di kawasan lombong
30. Air adalah pelarut istimewa kerana
(a) Molekul air tertarik antara satu sama lain secara ikatan hidrogen
(b) Air adalah dwi-polar (iaitu mempunyai dua cas)
(c) Molekul air tertarik pada permukaan pepejal yang bercas positif dan negatif
(d) Air adalah bahan pepejal yang lebih ringan daripada bahan cecair
(e) Kesemua di atas betul
31. Jumlah pepejal terlarut (TDS) dalam air juga mempengaruhi parameter kualiti air
yang lain iaitu
(a) Kemasinan air
(b) Konduktiviti eletrik
(c) Kekeruhan air
(d) a dan b
(e) a, b dan c
32. Apakah nama zon yang bertanda A?
(a) Akuifer tak terkekang
(b) Akuifer terkekang
(c) Akuitad
STAG3073
7
(d) Akuifer bawah tanah
(e) Akuifer kekanta
33. Apakah nama zon yang bertanda B?
(a) Akuifer tak terkekang
(b) Akuifer terkekang
(c) Akuitad
(d) Akuifer bawah tanah
(e) Akuifer kekanta
34. Apakah nama zon yang bertanda C?
(a) Akuifer tak terkekang
(b) Akuifer terkekang
(c) Akuitad
(d) Akuifer bawah tanah
(e) Akuifer kekanta
35. Kenyataan berikut adalah benar untuk telaga D dan telaga E
(a) Telaga D terletak di bawah tekanan dan boleh menghasilkan telaga artesian
(b) Telaga D lebih senang dan mudah untuk dibina
(c) Paras telaga E akan naik sampai ke permukaan bumi
(d) Telaga yang sering dilihat di kampung ialah telaga E
(e) semua di atas benar
36. Kuantiti air bawah tanah dipengaruhi oleh faktor
(a) Porositi
(b) Saiz akuifer
(c) Permeabiliti
(d) a dan b sahaja
(e) a, b dan c
37. Jawab betul atau salah. Jumlah oksigen yang digunakan oleh bakteria dalam air
adalah dipanggil kandungan oksigen terlarut.
(a) Betul
(b) Salah
38. Jawab betul atau salah. Parameter turbiditi menjelaskan kandungan zarah terampai
dalam air.
(a) Betul
(b) Salah
39. Jika BOD yang dicatatkan ialah sebanyak 1 ppm, apa yang boleh anda katakan
tentang kualiti air tersebut
(a) Sangat baik
(b) Sederhana baik
(c) Teruk
(d) Sangat teruk
STAG3073
8
(e) Air masin
40. Jika DO yang dicatatkan ialah 9 ppm, kualiti air tersebut adalah
(a) Sangat baik
(b) Sederhana
(c) Teruk
(d) Sangat teruk
(e) Air payau
41. Parameter kimia berikut digunakan untuk menghasilkan gambarajah piper
kecuali?
(a) Na
(b) K
(c) SO4
(d) Cl
(e) Si
42. Gempa bumi manakah yang boleh mengakibatkan kerosakan yang paling teruk.
(a) Magnitud 4.5, kedalaman fokus 20 km
(b) Magnitud 7.5, kedalaman fokus 20 km
(c) Magnitud 7.5, kedalaman fokus 10 km
(d) Magnitud 7.5, kedalaman fokus 15 km
(e) Magnitud 4.5, kedalaman fokus 10 km
43. Yang manakah kenyataan yang tepat tentang Rajah di atas?
(a) Aluvium bergegar lebih kuat berbanding lodak dan lumpur
(b) Batuan igneus keras bergegar lebih dari batuan sedimen
(c) Aluvium bergegar lebih dari batuan sedimen
(d) Batuan sedimen bergegar lebih kuat dari lodak dan lumpur
(e) Batuan igenus keras bergegar lebih kuat dari aluvium
STAG3073
9
44. Apakah nama mekanisma (proses) yang terlibat dalam pemerhatian soalan di atas.
(a) Amplifikasi
(b) Resonan
(c) Directive
(d) Surface waves
(e) Liquifaction
45. Bagaimanakah manusia menyumbang kepada berlakunya gempa bumi?
(a) Pembebanan bumi akibat pembinaan empangan
(b) Pelupusan sisa cecair dalam perut bumi
(c) Ujian letupan bom nuklear di bawah bumi
(d) Pengepaman minyak dan air yang berlebihan
(e) Kesemua di atas benar
46. Sesar yang terletak di kawasan loji nuklear dikategorikan sebagai aktif jika
sekiranya pernah bergerak sekurangnya sekali dalam berapa tahun?
(a) 1 juta tahun
(b) 50,000 tahun
(c) 10,000 tahun
(d) 1.67 juta tahun
(e) 25,000 tahun
47. Apakah nama sistem retakan di mana batuan mengalami pergerakan?
(a) Epicenter
(b) Fokus
(c) Antiklin
(d) Sesar
(e) Lipatan
48. Sesar dikatakan aktif oleh ahli geologi sekiranya ianya telah mengalami
pergerakan pada masa yang berikut?
(a) 10 tahun
(b) 100 tahun
(c) 10, 000 tahun
(d) 1 juta tahun
(e) 1.7 juta tahun
49. Apakah nama tempat di mana gempa bumi bermula?
(a) Epicenter
(b) Magnitud
(c) Intensiti
(d) Fokus
(e) Titik retakan
50. Batuan yang terdapat pada sesar akan mengalami keterikan disebabkan oleh
tegasan. Apabila batuan yang berubah bentuk, tiba-tiba pecah, tenaga akan
STAG3073
10
dihasilkan, dan batuan akan berubah ke posisi yang baru. Apakah nama proses
tersebut?
(a) Aftershocks
(b) Rayapan tektonik
(c) Teori pantulan kenyal
(d) Foreshocks
(e) Keterikan elastik
51. Apakah nama proses yang menyebabkan partikel tepu air berubah dari keadaan
pepejal kepada keadaan cecair?
(a) Liquefaction
(b) Amplifikasi bahan
(c) Rayapan tektonik
(d) Seismicity
(e) Had cecair tanah
52. Berapakah beza jumlah tenaga yang dibebaskan oleh gempabumi berskala Richter
6.5 berbanding gempa berskala 5.5?
(a) sekali
(b) 3 kali
(c) 9 kali
(d) 30 kali
(e) 300 kali
53. Gelombang yang paling perlahan yang dihasilkan oleh gempabumi dan yang
menyebabkan kemusnahan yang teruk
(a) Gelombang Tsunami
(b) Gelombang permukaan
(c) Gelombang sekunder
(d) Gelombang primer
(e) Gelombang lautan
54. Gelombang besar yang dihasilkan oleh gempabumi di bawah jasad air dipanggil
(a) Tsunami
(b) Gelombang P
(c) Gelombang jasad
(d) Gelombang S
(e) Gelombang Rayleigh
55. Alat yang sensitif yang dipasang pada batu dasar untuk mengukur kekuatan
gempabumi dipanggil
(a) Seismogram
(b) Seismograf
(c) Seismometer
(d) Seismik
(e) Seismofotometer
STAG3073
11
56. Gelombang yang kedua terpantas yang dihasilkan oleh gempabumi adalah
(a) Gelombang Sekunder
(b) Gelombang Permukaan
(c) Gelombang Tsunami
(d) Gelombang Primer
(e) Gelombang Lautan
57. Tsunami boleh terhasil akibat dari peristiwa berikut:
(a) Gempabumi yang kuat di lautan
(b) Tanah runtuh di kawasan lautan
(c) Letusan gunung berapi di lautan
(d) Impak meteorit di lautan
(e) Semua di atas betul
58. Kira kadar gelinciran (slip rate) untuk pergerakan sejauh 1 m dalam jangkamasa
1000 tahun
(a) 1 mm per tahun
(b) 2 mm per tahun
(c) 0.1 mm per tahun
(d) 0.0001 mm per tahun
(e) 10 mm per tahun
59. Kira nilai recurrence interval jika purata anjakan per bencana ialah 1 m dengan
kadar gelinciran sebanyak 2 mm per tahun.
(a) 100 tahun
(b) 200 tahun
(c) 300 tahun
(d) 400 tahun
(e) 500 tahun
60. Manakah formula yang tepat untuk mengira moment magnitude gempa
(a) Mw = log Mo – 10.7
(b) Mw = 2/3 log Mo – 10.7
(c) Mw = Ms + Mp
(d) Mw = 10.7 – log Mo
(e) Mw = Mo – 1.33
61. Jawab betul atau salah. Bangunan tinggi mempunyai frekuensi dalaman yang
rendah dan sangat sensitif terhadap gelombang seismik berfrekuensi rendah
(a) Betul
(b) Salah
STAG3073
12
Berdasarkan kepada Rajah di atas sila jawap soalan berikut 64-67
62. Berapakah nilai amplitud maksima gelombang seismik
(a) 5
(b) 10
(c) 14
(d) 23
(e) 15
63. Berapa jarak fokus dari stesen tersebut?
(a) 215 km
(b) 275 km
(c) 20 km
(d) 30 km
(e) 100 km
Magnitud
Jarak (km)
S-P (saat) Amplitud
(mm)
STAG3073
13
64. Berapa beza masa ketibaan P dan S ?
(a) 0 saat
(b) 10 saat
(c) 20 saat
(d) 24 saat
(e) 15 saat
65. Berapa nilai magnitude gempa tersebut ?
(a) 1
(b) 2
(c) 3
(d) 4
(e) 5
66. Tsunami pada 26 Disember 2004 adalah berpunca dari perlanggaran antara dua
plat tektonik iaitu
(a) India dengan Burma
(b) Australia dengan India
(c) Australia dengan Burma
(d) Burma dengan Sunda
(e) Kesemua di atas salah
67. Berapakah halaju tsunami apabila berada di tengah lautan?
(a) 700 kph
(b) 100 kph
(c) 50 kph
(d) 10 kph
(e) 5 kph
68. Berapakah panjang gelombang tsunami di tengah lautan?
(a) 100 km
(b) 1 m
(c) 5.5 m
(d) 150 cm
(e) 15 cm
69. Siapakah nama kanak-kanak yang menyelamatkan ratusan nyawa ketika
berlakunya tsunami di Thailand?
(a) Tilly Smith
(b) Jenny Simon
(c) Will Smith
(d) Kylie Minogue
(e) James Lovelock
STAG3073
14
70. Apakah jenis volkano di kepulauan Hawaii?
(a) Komposit
(b) Daik
(c) Perisai
(d) Stratovolkano
(e) Andesit
71. Volkano di Hawai menjadi bukti penting dalam tektonik keping dan menjadi bukti
kepada
(a) Pergerakan plat dan bintik panas
(b) Zon subduksi
(c) Sempadan mencapah
(d) Pemuaian dasar lautan
(e) Sesar transform
72. Volkano di Indonesia terbentuk disebabkan oleh bahagian mana dalam tektonik
keping?
(a) Bintik panas
(b) Zon subduksi
(c) Sempadan mencapah
(d) Pemuaian dasar lautan
(e) Sesar transform
73. Sejenis volkano cinder cone. Ianya terbentuk dalam ladang jagung pada tahun
1943 dan berakhir pada tahun 1952. Merupakan gunung berapa jenis monogenetik.
(a) Vesivius di Itali
(b) Mt St Helens di Amerika Syarikat
(c) Paricutin di Mexico
(d) Krakatoa di Indonesia
(e) Unzen di Jepun
74. Apakah itu tephra?
(a) Batuan basalt
(b) Nama lava di Hawaii
(c) Sejenis daik
(d) Nama magma berasid di Jepun
(e) kesemua jenis serpihan yang terhasil dari letusan volkano
75. Jawap betul atau salah?. Semakin tinggi kandungan silika dalam magma, semakin
likat magma tersebut.
(a) Betul
(b) Salah
76. Bencana yang berlaku di Tasik volkano Nyos di Cameroon yang mengakibatkan
kematian 1700 orang adalah berpunca dari?
(a) Letusan dan gegaran yang kuat
(b) Aliran lahar dari air tasik dan debu gunung berapi
STAG3073
15
(c) Pembebasan gas beracun
(d) Aliran lava yang panas
(e) Aliran bahan piroklastik nuess ardentes
77. Permukaan rata bersebelahan dengan sungai dipanggil sebagai apa?
(a) Dataran banjir
(b) Lembangan sungai
(c) Satah sesar
(d) Lembah sungai
(e) Terusan
78. Diantara berikut, manakah definasi bagi gradien sungai?
(a) Cerun tebing sungai
(b) Permukaan keratan rentas sungai
(c) Jarak menegak sungai terhadap satu unit jarak mendatar
(d) Kelajuan sungai terhadap keluasan sungai
(e) Keluasan sungai
79. Luahan air sungai (discharge) diukur dalam unit apa?
(a) Meter padu
(b) Meter padu per saat
(c) Gelen
(d) Ton
(e) Kaki per saat
80. Berapakah keberangkalian untuk 20 tahun kejadian banjir berlaku dalam mana-
mana tahun?
(a) 0.0002
(b) 0.002
(c) 0.005
(d) 0.2
(e) 0.05
81. Masa diantara hujan paling lebat dengan puncak banjir pada hidrograf dipanggil
sebagai apa?
(a) Kuantiti aliran (flow quantity)
(b) Masa susul (lag time)
(c) Kecerunan (gradient)
(d) Kelewatan (late)
(e) Kadar aliran (flow rate)
82. Kira nilai masa perulangan kejadian banjir (recurrence interval) bagi 140 tahun
data banjir untuk Sungai Pahang di sepanjang masa 140 tahun tersebut, banjir di atas
paras 20 kaki adalah yang ke-4 terbesar.
(a) 35 tahun
(b) 7 tahun
(c) 50 tahun
STAG3073
16
(d) 140 tahun
(e) 20 tahun
83. Berdasarkan kepada soalan di atas, kira keberangkalian untuk banjir 20 kaki
berlaku dalam mana-mana tahun di Sungai Pahang
(a) 0.028
(b) 0.05
(c) 0.5
(d) 0.008
(e) 0.4
84. Yang manakah antara berikut kaedah biasa untuk pelupusan sisa pepejal?
(a) Kaedah kambus bersih (landfill)
(b) Pelupusan sisa terbuka
(c) Penunuan (incinerator)
(d) Composting (kompos)
(e) Semua jawapan betul
85. Aspek apakah yang menyebabkan sistem kambus bersih itu “ bersih “?
(a) Jenis batuan yang terdapat di bawahnya
(b) Isipadunya yang kecil
(c) Sistem penutup
(d) Kesemua betul
(e) Tiada jawapan
86. Dimanakah tempat paling baik untuk kaedah kambus bersih?
(a) Kawasan arid (kering)
(b) Di kawasan dataran banjir
(c) Kawasan banyak hujan
(d) Dekat pantai
(e) Dalam lubang yang terdiri dari gravel
87. Apakah idea asas dalam pembinaan sebuah tapak pelupusan sisa kambus bersih?
(a) Mengesan kebocoran yang berlaku
(b) Mengawal cecair sisa
(c) Mengumpul dan merawat cecair sisa
(d) Mengekang sisa dalam kawasan tertentu
(e) Kesemua jawapan betul
88. Pilihan yang terbaik untuk dijadikan tapak pelupusan sisa kambus bersih ialah
(a) Di kawasan batu kapur
(b) Di kawasan batuan granit
(c) Di atas kawasan berpasir
(d) Di kawasan bergravel
(e) Di atas batuan metamorf berkekar
STAG3073
17
89. Sistem pembuangan sisa terbuka akan menyebabkan pencemaran berikut
(a) Biogas
(b) Cecair sisa
(c) Bau yang busuk
(d) Tempat pembiakan nyamuk dan tikus
(e) Semua jawapan betul
90. Nama tempat di mana berlakunya longgokan sisa toksid di Amerika Syarikat yang
menjadi isu negara di Amerika satu masa dahulu dikenali sebagai?
(a) Love Canal
(b) Willian T Love
(c) Rayleigh Canal
(d) New York
(e) Niagara Falls
91. Berapakah nilai had bawah letupan (lower explosion limit, LEL) untuk gas
metana?
(a) 5 %
(b) 10 %
(c) 15 %
(d) 20 %
(e) 25 %
92. Landfill tahap 4 dikategorikan sebagai landfill yang
(a) Paling teruk
(b) Jenis pelupusan terbuka
(c) Landfill dengan penutup
(d) Landfill dengan sistem pengumpulan leachate
(e) Landfill dengan kemudahan sistem rawatan leachate
93. Kaedah penunuan (Incinerator) akan menyebabkan pencemaran berikut.
(a) Dioxin
(b) Logam berat
(c) Benzene
(d) a dan b
(e) a, b, dan c
94. Pergerakan menuruni cerun diklasifikasikan menggunakan beberapa parameter.
Yang manakah berikut bukan parameter tersebut?
(a) Kadar pergerakan
(b) Kehadiran air
(c) Jenis bahan
(d) Mekanisma pencetus
(e) Jenis pergerakan
95. Kestabilan cerun ditentukan berdasarkan kepada pengiraan faktor keselamatan
(SF). Apakah definisi faktor keselamatan?
STAG3073
18
(a) Nisbah daya penghalang kepada daya pencetus
(b) Keberangkalian tanah runtuh berlaku
(c) Nisbah antara kekuatan ricih dengan berat cerun
(d) Nisbah antara daya pencetus terhadap daya penghalang
(e) Bilangan penduduk yang tinggal di kaki cerun
96. Apakah nilai faktor keselamatan apabila cerun dikatakan sebagai stabil
(a) Lebih dari 1
(b) Lebih dari 0 tapi kurang dari 1
(c) Kurang dari 1
(d) Sama dengan 0
(e) Kurang dari 0
97. Air merupakan punca utama kegagalan cerun. Yang manakah berikut ini
berkenaan air adalah tidak benar?
(a) Penyebab kepada liquefaction
(b) Menghakis dan mencuramkan cerun
(c) Mengurangkan berat cerun
(d) Menambah tekanan air (pore pressure)
(e) Faktor kepada luluhawa kimia ke atas batuan
98. Tanah runtuh boleh menyebabkan malapetaka yang hebat, sebagaimana yang
berlaku di Vaiont. Antara faktor berikut, manakah yang tidak menyumbang
kepada kejadian tersebut?
(a) Batuan lemah yang condong ke arah cerun
(b) Air takungan yang menambah tekanan rongga
(c) Runtuhan empangan
(d) Hujan lebat sebelum tanah runtuh
(e) Cerun yang curam di tebing empangan
99. Antara berikut, langkah kawalan cerun manakah yang tidak digunakan untuk
kestabilan cerun?
(a) Memasang penyokong cerun
(b) Memasang kawalan saliran
(c) Memasang sistem amaran tanah runtuh
(d) Pengredan semula cerun
(e) Menggunakan rock bolt atau soil nail
100. Langkah berikut tidak digunakan untuk mengurangkan riziko tanah runtuh
(a) Memberi amaran kepada orang ramai tentang cerun
(b) Membina semula rumah yang musnah akibat gelinciran tanah
(c) Membina struktur untuk mengelak berlaku masalah cerun
(d) Mengenalpasti kawasan bermasalah dengan cerun
(e) Mengawal gelinciran selepas ianya mula bergerak
101. Yang manakah tidak menyebabkan subsidence
(a) Perlombongan bawah tanah
STAG3073
19
(b) Paras air tanah bertambah
(c) Mengepam minyak keluar dari reservoir
(d) Mengepam air berlebihan
(e) Mengepam gas dari dalam bumi
102. Apakah cara terbaik untuk mengurangkan/mengelak bencana tanah runtuh?
(a) Kaedah kejuruteraan kawalan untuk mengawal gelinciran
(b) Kenalpasti kawasan berpotensi gagal
(c) Struktur kawalan tanah runtuh
(d) Elakkan daripada membangunkan kawasan berpotensi gagal
(e) Mengeluarkan amaran kepada orang ramai tentang kawasan gelinciran
103. Kenyataan yang tepat menggambarkan sikap orang ramai terhadap bencana tanah
runtuh.
(a) Mereka tahu pasal tanah runtuh, tetapi yakin tanah runtuh tak akan memberi
kesan kepada mereka
(b) Mereka faham tentang risiko tanah runtuh, tetapi memilih untuk tinggal di
kawasan itu
(c) Apabila mereka tahu ada risiko tanah runtuh, mereka akan pindah
(d) Memberi faham tentang bencana tanah runtuh dan tidak akan tinggal di
kawasan berisiko tanah runtuh
(e) Tiada jawapan
104. Penyebab utama kepada bencana yang berlaku di Aberfan Wales adalah?
(a) Lereng bukit yang terlalu curam
(b) Kegagalan terowong arang batu di bawah permukaan
(c) Pergerakan sisa lombong yang dilonggokkan di lereng bukit
(d) Pergerakan jasad arang batu yang miring ke arah cerun
(e) Terdapat satah sesar yang membentuk graben di kawasan ini
105. Tragedi di Empangan Vaiont di Itali berpunca dari tebing takungan yang runtuh.
Manakah antara berikut bukan penyebab kepada tragedi ini?
(a) Kehadiran lapisan lempung pada tebing takungan
(b) Disebabkan oleh pengaruh perubahan air bawah tanah
(c) Empangan ini dibina di atas bekas tanah runtuh kuno
(d) Kawasan ini adalah aktif dari segi tektoniknya
(e) Terdapat satah sesar yang menyebabkan empangan itu pecah
106. Tragedi tanah runtuh di Taman Hill View yang berlaku pada tahun 2002 adalah
berpunca dari faktor berikut kecuali
(a) Hujan yang lebat
(b) Terdapat zon gelinciran lama
(c) Batu pasir dan batu kapur yang bertebing sangat curam
(d) Berdekatan dengan zon sesar
(e) Kegagalan fungsi dinding penahan di bahagian atas bukit
STAG3073
20
107. Apakah nama akta yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar di Malaysia?
(a) Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
(b) Akta Kualiti Alam Sekitar 1984
(c) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
(d) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1984
(e) Akta Kebersihan Alam Sekitar 1974
108. Berapakah keluasan minimum untuk sesuatu perlombongan yang dijalankan
memerlukan kepada EIA?
(a) 100 hektar
(b) 150 hektar
(c) 200 hektar
(d) 250 hektar
(e) 300 hektar
109. EIA mula dikuatkuasa di Malaysia pada
(a) 1hb April 1995
(b) 1hb April 1996
(c) 1hb April 1997
(d) 1hb April 1998
(e) 1hb April 1999
110. Apakah definisi lengkap untuk sumber bumi?
(a) Unsur, sebatian, mineral, batuan yang berada dalam kepekatan yang boleh
dilombong untuk mendapatkan bahan berharga
(b) Kepekatan bahan yang terbentuk secara semulajadi dan mempunyai
keupayaan untuk dilombong secara ekonomi (menguntungkan)
(c) Kepekatan mineral yang boleh dilombong pada masa sekarang
(d) b dan c
(e) Semua di atas betul
111. Kenyataan yang tepat berkaitan reserve
(a) Sumber yang boleh dikeluarkan dan menguntungkan pada masa hadapan
(b) Tiada perubahan terhadap masa
(c) Semua reserve adalah bukan sumber
(d) Sumber yang boleh dikeluarkan dan menguntungkan pada masa tersebut
(e) Tiada satupun jawapan yang betul
112. Proses luluhawa berikut terlibat dalam pembentukan saliran lombong berasid
(a) Hidrolisis
(b) Pengoksidaan
(c) Hidrasi
(d) a dan b sahaja
(e) a, b dan c
113. Peringkat perlombongan manakah yang memberikan impak paling tinggi kepada
alam sekitar
STAG3073
21
(a) Pengeluaran (melombong)
(b) Pencarian dan ujian
(c) Pemprosesan
(d) a dan c
(e) b dan c
114. Kenapa besi perlu dikitar semula?
(a) Mempunyai pasaran yang besar
(b) Mempunyai nilai ekonomi yang tinggi
(c) Jika tidak dikitar semula akan memberikan impak yang besar ke atas alam
sekitar
(d) b dan c
(e) a, b dan c
115. Apakah itu bijih perbandaran (urban ore)?
(a) Logam yang digali di bawah bandar
(b) Bahan terutama logam yang dibuang di tapak pelupusan sisa
(c) Mineral logam yang dijumpai di bandar
(d) Tiada jawapan
(e) a dan c
116. Sisa jenis yang manakah yang boleh dianggap sebagai sumber?
(a) Landfill sanitari
(b) Sisa di tempat longgokan sampah
(c) Debu atau sewage sludge
(d) Longgokan ekor lombong
(e) a, b, c dan d
117. Saliran lombong berasid adalah fenomena yang melibatkan
(a) Litosfera
(b) Hidrosfera
(c) Atmosfera
(d) a dan b sahaja
(e) a,b, dan c
118. Berikut adalah mineral yang menyebabkan berlakunya saliran lombong berasid
kecuali
(a) Pirit
(b) Galena
(c) Arsenopirit
(d) kalkopirit
(e) Geotit
119. Berikut adalah formula kimia untuk bahan yang digelar sebagai yellow boy
(a) Fe
(b) FeO
(c) Fe (OH)3