panduanjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/4173/panduan ihya... · c. ceramah perdana /...

18
PANDUAN PROGRAM IHYA’ RAMADAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DAN SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) TAHUN 2016M/1437H Disediakan oleh Sektor Pembangunan Akhlak dan Syiar Islam Bahagian Pendidikan Islam KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MEI 2016

Upload: trinhdat

Post on 03-Aug-2018

291 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUANjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/4173/Panduan Ihya... · c. Ceramah Perdana / Forum ... hafazan, khat, buku skrap, teka silangkata, gubahan bunga, menulis khutbah

PANDUAN PROGRAM IHYA’ RAMADAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA)

DAN SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK)

TAHUN 2016M/1437H

Disediakan oleh Sektor Pembangunan Akhlak dan Syiar Islam

Bahagian Pendidikan Islam KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MEI 2016

Page 2: PANDUANjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/4173/Panduan Ihya... · c. Ceramah Perdana / Forum ... hafazan, khat, buku skrap, teka silangkata, gubahan bunga, menulis khutbah

2

Kata-Kata Aluan

Pengarah

Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Taala, pemilik dan penguasa alam seluruhnya. Selawat dan salam kesejahteraan ke atas Baginda Muhammad SAW, penghulu para anbiya’ wal mursalin, pemberi syafaat kepada insan dan penterjemah akhlak Qurani yang hakiki dan sejati. Ramadan al-Mubarak merupakan institusi pendidikan rabbani khusus untuk ummah akhir zaman. Kerahmatan dan keberkatannya amat ditunggu-tunggu oleh semua yang bergelar makhluk ciptaan Allah Azza wa Jalla. Hadis-hadis Nabi SAW telah banyak menceritakan bagaimana ummah awwalin dalam kalangan sahabat amat merindui kehadirannya dan sedih pilu apabila tiba saat perpisahan dengannya. Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, berhasrat menjadikan bulan Ramadan ini sebagai bulan tarbiah untuk mendidik jiwa. Melalui kepelbagaian pengisian rohani, diharapkan seluruh warga SMKA dan SABK dapat menjejaki kembali kegemilangan generasi awal Islam. Panduan Program Ihya’ Ramadan SMKA dan SABK yang disusun adalah merupakan satu panduan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti sepanjang Ramadan di semua sekolah berkenaan. Semoga dengan satu acuan, visi dan misi ke arah kecemerlangan SMKA dan SABK akan dapat disatu dan direalisasikan. Kunci kecemerlangan SMKA dan SABK hanya ada pada kecemerlangan ilmu dan akhlak warganya. Maka rebutlah peluang kehadiran Ramadan untuk menjana kecemerlangan ilmu dan akhlak diri. Akhir kata, saya doakan seluruh warga SMKA dan SABK cemerlang dunia dan akhirat. “ Labbaika Ya Ramadan ”. Sekian, wassalam.

( WAN RAMDZAN BIN WAN MAMAT )

Page 3: PANDUANjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/4173/Panduan Ihya... · c. Ceramah Perdana / Forum ... hafazan, khat, buku skrap, teka silangkata, gubahan bunga, menulis khutbah

3

PANDUAN PROGRAM IHYA’ RAMADAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DAN

SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) 1437H/2016M

1. PENGENALAN Bulan Ramadan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat Islam seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan-Nya. Amalan sunat seperti solat sunat tarawih, tadarus al-Quran, tazkirah, iftar jamaie, sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan khususnya dilaksanakan dalam bulan Ramadan al-Mubarak. Oleh itu pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadan ini khususnya, sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah pelajar dan warga SMKA/SABK.

2. MATLAMAT

Menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di semua SMKA/SABK agar penghayatan Ramadan dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti warga SMKA/SABK supaya cita-cita melahirkan generasi khaira ummah tercapai.

3. OBJEKTIF

3.1 Melahirkan warga SMKA/SABK yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadan al- Mubarak.

3.2 Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.

3.3 Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan warga SMKA/SABK serta turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik.

3.4 Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadan.

3.5 Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah Islamiah antara warga SMKA/SABK dengan masyarakat setempat dan para ibu bapa pelajar.

4. SASARAN

4.1. Pelajar-pelajar 4.2. Guru dan staf sokongan 4.3. Ibu Bapa Pelajar 4.4. Pegawai–Pegawai BPI, JPN dan PPD 4.5. Pimpinan Masyarakat Setempat

5. TEMPAT

Premis sekolah dan kawasan sekitar

Page 4: PANDUANjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/4173/Panduan Ihya... · c. Ceramah Perdana / Forum ... hafazan, khat, buku skrap, teka silangkata, gubahan bunga, menulis khutbah

4

6. PROGRAM IHYA’ RAMADAN

6.1. Aktiviti Utama

a. Program Di Ambang Ramadan b. Tadarus Quran Pelajar dan guru-guru serta staf sokongan ( Sepanjang

Bulan Ramadan) c. Ceramah Perdana / Forum Perdana d. Majlis Khatam Al-Quran e. Solat Tarawih f. Qiamullail g. Sumbangan Fakir Miskin h. Iftar Jamaie i. Banner ( Labbaika Ya Ramadan ) j. Majlis Perutusan Aidil Fitri k. Risalah Ramadan

l. Pertandingan-pertandingan seperti : kuiz, hafazan, khat, buku skrap, teka silangkata, gubahan bunga, menulis khutbah Aidil Fitri, anyaman ketupat dan lain-lain yang berasaskan Ihya' Ramadan dan Aidil Fitri.

6.2. Aktiviti Elektif

a. Kuliah Zohor b. Kuliah Subuh c. Tazkirah Murid / Kuliah Tiga Minit (KULTIM) d. Usrah e. Bacaan Ma’thurat f. Ceramah Nuzul al-Quran / Badar Kubra g. Gotong Royong / Keceriaan Surau h. Majlis Tahlil i. Tazkirah 5 minit Perhimpunan Pagi j. Kelas tafaqquh staf k. Forum pelajar l. Tayangan DVD m. Penghayatan Dhuha n. Cenderamata petugas Ihya Ramadan (Pelajar)

7. PROGRAM PERDANA IHYA’ RAMADAN SMKA/SABK

7.1. Pengisian program ini sekurang-kurangnya seperti berikut :

a. Forum Perdana / Ceramah Perdana b. Iftar Jamaie c. Tadarus al-Quran / Khatam al-Quran d. Penyediaan Juadah Berbuka secara gotong-royong (nasi, lauk pauk, BBQ

jika sesuai e. Penyediaan Bubur Lambuk secara gotong-royong (jika sesuai) f. Solat Tarawih g. Qiamullail h. Kuliah subuh i. Penyampaian hadiah pertandingan

Page 5: PANDUANjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/4173/Panduan Ihya... · c. Ceramah Perdana / Forum ... hafazan, khat, buku skrap, teka silangkata, gubahan bunga, menulis khutbah

5

7.2. Sasaran / penyertaan program ini seperti berikut :

a. Pegawai BPI / Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah b. Pimpinan masyarakat setempat c. Pengetua atau wakil sekolah yang berhampiran d. PIBG sekolah e. Warga SMKA/SABK seluruhnya

7.3. Sumber Kewangan :

Bahagian Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam menyediakan peruntukan khas untuk program ini.

7.4. Tarikh

Ia ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah. 8. Kaedah Pelaksanaan Program Ihya Ramadan

8.1. Semua SMKA/SABK diminta melaksanakan Program Perdana Ihya’ Ramadan dengan peruntukan yang diberi.

8.2. Semua SMKA/SABK diminta memberi keutamaan dalam melaksanakan aktiviti utama Program Ihya’ Ramadan.

8.3. Semua SMKA/SABK disarankan melaksanakan aktiviti elektif program Ramadan mengikut kesesuaian dan kemampuan sekolah.

9. Jawatankuasa Pelaksana Program Perdana Ihya Ramadan

9.1. Jawatankuasa Induk Pengerusi

Pengetua SMKA/SABK

Timbalan Pengerusi Penolong Kanan Pentadbiran

Naib Pengerusi I Penolong Kanan HEM

Naib Pengerusi II Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Setiausaha

Ketua Bidang

Penolong Setiausaha Ketua Panitia Pendidikan Islam

9.2 Ahli Jawatankuasa

a. Urusetia b. JK Protokol dan Sambutan c. JK Tadarus al-Quran d. JK Majlis Khatam al-Quran e. JK Majlis Qiamulail

Page 6: PANDUANjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/4173/Panduan Ihya... · c. Ceramah Perdana / Forum ... hafazan, khat, buku skrap, teka silangkata, gubahan bunga, menulis khutbah

6

f. JK Solat Tarawih g. JK Ceramah Perdana h. JK Rakaman & Dokumentasi i. JK Pengacaraan dan Bacaan Doa j. JK Persiapan Dewan dan Khemah k. JK Hiasan Pentas l. JK Keselamatan dan Kebajikan m. JK Seranta dan Siaraya n. JK Jamuan o. JK Hadiah & Cenderamata p. JK Risalah dan Brosur q. JK Pertandingan r. JK Penyambut Tetamu s. JK Tugas-tugas Khas

10. Faedah-Faedah Yang Dijangka Diperolehi

10.1 Dapat menjana kemesraan dan semangat ukhuwah yang mantap antara warga SMKA/SABK.

10.2 Dapat menerapkan cinta kepada sumber ilmu dan menghayati kepentingan beramal dengan ajaran Islam khususnya di sepanjang Ramadan.

10.3 Melahirkan rasa simpati dan prihatin di antara warga SMKA/SABK kepada orang yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan pertolongan.

10.4 Mendapat pengetahuan dan pengalaman secara langsung dari ilmuan dalam slot raudhatul ilmi seketika bersama ilmuan.

10.5 Mewujudkan kembali budaya bergotong royong mengendalikan majlis antara warga SMKA/SABK.

10.6 Dapat melahirkan ukhuwah dan kerjasama yang erat antara warga Kementerian Pendidikan dengan warga pendidik dan pelajar di SMKA/SABK.

11. Penilaian

Dokumentasi dan laporan lengkap pelaksanaan program hendaklah disediakan dan dihantar ke Sektor Pembangunan Akhlak dan Nilai Murni, Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. ( U.P : Ustaz Muhd Zulhilmi bin Haron) ( Sila rujuk kepada Lampiran 2 )

12. Perkara Yang Dipohon

Bahagian ini memohon semua Pengetua dan warga SMKA/SABK mengambil maklum dan bekerjasama untuk melaksanakan dan menjayakan Program Ihya’ Ramadan SMKA/SABK bagi tahun 1437H/2016M.

Disediakan oleh: Sektor Pembangunan Akhlak dan Syiar Islam Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 7: PANDUANjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/4173/Panduan Ihya... · c. Ceramah Perdana / Forum ... hafazan, khat, buku skrap, teka silangkata, gubahan bunga, menulis khutbah

7

Lampiran 1

Kaedah Pelaksanaan Aktiviti Ihya’ Ramadan

1. Program Di Ambang Ramadan

Tarikh : Ditentukan oleh sekolah Tempat : Dewan Besar Sekolah Tempoh Masa : 30 minit Sasaran: Seluruh warga SMKA/SABK Objektif : 1. Melahirkan rasa syukur dengan kedatangan bulan yang penuh berkat dan menambat

jiwa warga SMKA/SABK rasa seronok untuk beramal ibadat sepanjang Ramadan. 2. Memberi penjelasan dan kefahaman berkaitan kelebihan bulan Ramadan dan amalan

yang wajar digarap untuk mencapai maqam muttaqin. 3. Menghebahkan program yang dirancang sepanjang Ramadan untuk makluman semua

warga SMKA/SABK Kaedah Pelaksanaan :

a. Diadakan sempena Perhimpunan Mingguan atau Perhimpunan Pagi Sekolah

b. Ucapan Khas oleh Pengetua SMKA/SABK

c. Tayangan Multimedia berkaitan aktiviti sepanjang Ramadan.

2. Tadarus Al-Quran (Guru dan Staf)

Tarikh : Setiap hari bekerja dalam bulan Ramadan Tempat : Ditetapkan oleh pihak urusetia Masa : Ditetapkan oleh pihak urusetia Objektif : 1. Melahirkan rasa cinta dan seronok membaca al-Quran secara berkumpulan. 10. Melaksanakan tahsin al-Quran di kalangan warga pendidik dan staf dengan dibimbing

oleh seorang fasilitator atau qari. 11. Memahami dan menghayati intisari ayat-ayat al-Quran yang dibaca untuk diamalkan

dalam kehidupan.

Page 8: PANDUANjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/4173/Panduan Ihya... · c. Ceramah Perdana / Forum ... hafazan, khat, buku skrap, teka silangkata, gubahan bunga, menulis khutbah

8

Kaedah Pelaksanaan : a. Guru dan staf dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang ditetapkan oleh urusetia. b. Setiap kumpulan membaca mengikut juzuk yang ditetapkan c. Bacaan secara tartil, disemak dan ditashih oleh seorang naqib/ah atau fasilitator d. Selesai tadarus semua warga pendidik dan staf disarankan solat berjemaah bersama

pelajar di Surau.

3. Tadarus Al-Quran (Pelajar)

Tarikh : Setiap hari persekolahan dalam bulan Ramadan Tempat : Ditetapkan oleh pihak urusetia Masa : Ditetapkan oleh pihak urusetia dengan mengambil kira pelajar yang menginap bersama keluarga. Sasaran: Pelajar yang tinggal di asrama dan yang tinggal bersama keluarga. Objektif : 1. Melahirkan rasa cinta dan seronok membaca al-Quran secara berkumpulan. 2. Melaksanakan tahsin al-Quran di kalangan pelajar dengan dibimbing oleh seorang

fasilitator atau guru 3. Memahami dan menghayati intisari ayat-ayat al-Quran yang dibaca untuk diamalkan

dalam kehidupan. Kaedah Pelaksanaan : a. Semua pelajar diarah berkumpul di surau dalam keadaan berwuduk b. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang ditetapkan oleh urusetia. c. Setiap kumpulan membaca mengikut juzuk yang ditetapkan. d. Bacaan secara tartil, disemak dan ditashih oleh fasilitator atau guru. e. Selesai tadarrus semua pelajar dikehendaki solat berjemaah di Surau.

4. Ceramah Perdana / Forum Perdana

Tarikh: Ditetapkan oleh pihak sekolah Masa : 2 jam Sasaran : Seluruh warga SMKA/SABK Objektif : 1. Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadan.

Page 9: PANDUANjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/4173/Panduan Ihya... · c. Ceramah Perdana / Forum ... hafazan, khat, buku skrap, teka silangkata, gubahan bunga, menulis khutbah

9

Kaedah Pelaksanaan : a. Program ini dicadangkan hanya sekali dalam bulan Ramadan. b. Penceramah ditetapkan oleh pihak sekolah. c. Pelaksanaan program ini boleh digabungkan dengan Program Perdana Ihya’

Ramadan atau ia dilaksanakan secara berasingan mengikut kesesuaian pihak sekolah. d. Disarankan diadakan soalan kuiz selepas sesi ceramah. ( ikut kesesuaian pihak

sekolah) e. Hadiah atau cenderahati disediakan untuk pemenang. f. Tajuk yang dicadangkan seperti berikut :

i – Ramadan Menjana Kecemerlangan Hidup

ii- Pembentukan Sahsiah Diri Melalui Madrasah Ramadan

iii- Mencontohi Kehidupan Generasi Qurani

iv- Lain-lain tajuk yang sesuai.

5. Majlis Khatam Al-Quran

Tarikh : Ditetapkan oleh pihak sekolah Tempat : Ditetapkan oleh pihak urusetia Masa : Ditetapkan oleh pihak urusetia Sasaran : Seluruh warga SMKA/SABK Objektif : 1. Menzahirkan rasa syukur kerana dapat mengkhatam bacaan al-Quran khususnya di

bulan Ramadan. 2. Menyemarak rasa cinta dan menjunjung tinggi ajaran Islam yang disarankan al-Quran. 3. Menyuburkan budaya membaca al-Quran selaras dengan saranan Rasulullah saw. Kaedah Pelaksanaan : a. Majlis boleh dilaksanakan pada hari Program Perdana Ihya Ramadan atau dibuat

secara berasingan mengikut kesesuaian perancangan pihak sekolah. b. Pilih pelajar mengikut kelas atau dorm asrama sebagai peserta Khatam al-Quran. c. Keutamaan peserta Khatam al-Quran dipilih dikalangan pelajar Tingkatan 1 yang

belum pernah Khatam al-Quran. d. Semua warga SMKA/SABK dan tetamu berkumpul di Surau atau Dewan Sekolah. e. Peserta Khatam al-Quran diarak dengan diiringi oleh bunga manggar, bunga telur dan

paluan kumpulan kompang. f. Majlis dipimpin oleh guru pembimbing dan diikuti oleh semua peserta khatam al-Quran

sehingga selesai. g. Bacaan doa khatam dipimpin oleh guru pembimbing. h. Majlis diakhiri dengan bacaan selawat beramai-ramai dan bunga telur dan bunga

rampai diedarkan kepada semua hadirin. i. Semua hadirin disarankan berpakaian kebangsaan di majlis berkenaan.

Page 10: PANDUANjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/4173/Panduan Ihya... · c. Ceramah Perdana / Forum ... hafazan, khat, buku skrap, teka silangkata, gubahan bunga, menulis khutbah

10

6. Qiamullail

Tarikh : Sekali setiap cuti hujung minggu Tempat : Ditetapkan oleh pihak urusetia Masa : Ditetapkan oleh pihak urusetia dengan mengambil kira pelajar yang menginap bersama keluarga. Sasaran: Keutamaan Pelajar yang tinggal di asrama sahaja manakala pelajar yang tinggal bersama keluarga digalakkan terlibat. Objektif : 1. Memberi kesedaran dan melatih pelajar untuk menghayati kelebihan ibadat qiamullail. 2. Membentuk jati diri di kalangan pelajar dengan bermunajat dan berqiamullail. 3. Melahirkan kesedaran, keinsafan dan berusaha mencari kelebihan malam Lailatul Qadr.

Kaedah Pelaksanaan : a. Semua pelajar diarah berkumpul di surau dalam keadaan berwuduk. b. Pilih imam di kalangan pelajar atau imam jemputan untuk memimpin qiamullail. c. Solat sunnat yang disarankan ialah solat sunat tahajjud, taubat, tasbih dan witir. d. Qiamullail diakhiri dengan doa. e. Pelajar bergerak ke dewan makan untuk bersahur.

7. Tabung Sumbangan Fakir Miskin

Tarikh : Sepanjang Ramadan Tempat : Ditetapkan oleh pihak urusetia Masa : Ditetapkan oleh urusetia Sasaran: Seluruh warga SMKA/SABK Objektif : 1. Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan

warga Kementerian Pendidikan serta turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik.

Kaedah Pelaksanaan : a. Pelancaran tabung dilancarkan oleh Tuan Pengetua pada hari pertama persekolahan di

bulan Ramadan b. Kempen mengisi tabung setiap hari melalui tazkirah ringkas di perhimpunan pagi atau

selepas solat.

Page 11: PANDUANjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/4173/Panduan Ihya... · c. Ceramah Perdana / Forum ... hafazan, khat, buku skrap, teka silangkata, gubahan bunga, menulis khutbah

11

c. JK Tabung berusaha mendapatkan sumbangan dari individu atau syarikat. d. JK Tabung mendapatkan senarai pelajar miskin dari setiap guru kelas. e. Penyampaian sumbangan dilaksanakan pada hari Perutusan Aidil Fitri oleh Pengetua.

8. Iftar Jamaie

Tarikh : Pada masa program Perdana Ihya’ Ramadan Tempat : Ditetapkan oleh pihak urusetia Masa : Ditetapkan oleh urusetia Sasaran: Seluruh warga SMKA/SABK. Objektif : 1. Melahirkan warga Kementerian Pendidikan yang memiliki sahsiah diri yang mulia,

berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadan al Mubarak.

2. Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.

Kaedah Pelaksanaan : a. Pelaksanaannya sempena Program Perdana Ihya Ramadan.

9. Banner / Kain Rentang

Tarikh : Akhir bulan Syaaban Tempat: Ditetapkan oleh urusetia Masa : Sepanjang Ramadan. Objektif : 1. Untuk menyemarakkan bulan keberkatan melalui slogan yang menarik. Kaedah Pelaksanaan : a. JK Banner / Kain Rentang memilih cogankata atau slogan yang menarik untuk

diletak dalam banner / kain rentang. b. Letakkan banner / kain rentang dilokasi yang strategik dan dapat dibaca oleh semua

warga SMKA/SABK. c. Layout banner / kain rentang berasaskan kreativiti pihak sekolah dan sesuai dengan

suasana Ramadan.

Page 12: PANDUANjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/4173/Panduan Ihya... · c. Ceramah Perdana / Forum ... hafazan, khat, buku skrap, teka silangkata, gubahan bunga, menulis khutbah

12

10. Majlis Perutusan Aidil Fitri Oleh Pengetua

Tarikh : Ditentukan oleh sekolah Tempat : Dewan Besar Sekolah Tempoh Masa : 1 jam Sasaran: Seluruh warga SMKA/SMKA Objektif : 1. Melahirkan rasa syukur dengan kemenangan berjaya melaksanakan ibadat sepanjang

Ramadan. 2. Memantapkan kefahaman cara menyambut perayaan di dalam Islam. 3. Memberi penjelasan dan kefahaman berkaitan kelebihan puasa 6 hari bulan Syawal. Kaedah Pelaksanaan : a. Diadakan sempena Perhimpunan Mingguan atau Perhimpunan Pagi Sekolah. b. Ucapan Khas oleh Pengetua SMKA/SMKA. c. Penyampaian Sumbangan Tabung kepada pelajar yang kurang bernasib baik. d. Tayang Multimedia rakaman aktiviti sepanjang Ramadan.

11. Masak Bubur Lambuk / BBQ

Tarikh : Ditetapkan oleh sekolah Tempat : Ditetapkan oleh pihak sekolah Tempoh Masa : Ditetapkan oleh pihak urusetia. Sasaran: Seluruh warga SMKA/SABK Objektif :

1. Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.

Kaedah Pelaksanaan :

a. Ia diurusetiakan oleh Jawatankuasa Khas yang dilantik b. Masak secara bergotong royong diketuai oleh seorang memilik pengalaman dalam

bidang tersebut. c. Lantik Jawatankuasa Kecil yang menjayakan program ini.

Page 13: PANDUANjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/4173/Panduan Ihya... · c. Ceramah Perdana / Forum ... hafazan, khat, buku skrap, teka silangkata, gubahan bunga, menulis khutbah

13

12. Pelaksanaan Aktiviti Elektif Ihya’ Ramadan

Tarikh : Ditetapkan oleh sekolah Tempat : Ditetapkan oleh urusetia Tempoh Masa : Ditetapkan oleh urusetia. Sasaran: Seluruh warga SMKA/SABK Objektif : 1. Menyemarakkan lagi bulan keberkatan dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. 2. Membangunkan pembinaan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,

rohani dan intelek. Kaedah Pelaksanaan : a. Pihak sekolah disarankan untuk memilih melaksanakan aktiviti elektif mengikut

kesesuaian pihak sekolah. b. Pelaksanaan program tersebut berasaskan kreativiti pihak sekolah. c. Setiap pelajar diberi peluang untuk membangunkan bakat dan daya kepimpinan

melalui slot tazkirah ringkas dalam perhimpunan pagi atau selepas solat. d. Setiap warga pendidik dan staf digarap tenaga dan fikiran mereka secara aktif untuk

menjayakan setiap aktiviti yang dirancang.

Page 14: PANDUANjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/4173/Panduan Ihya... · c. Ceramah Perdana / Forum ... hafazan, khat, buku skrap, teka silangkata, gubahan bunga, menulis khutbah

14

Lampiran 2

Contoh Format Laporan Program Ihya Ramdahan

SMKA/SABK ___________________ Tahun _______

1. Pengenalan Bulan Ramadan adalah tetamu agung dari Allah untuk umat Islam menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan Allah Taala. Amalan sunat seperti solat sunat tarawikh, tadarus al-Quran, tazkirah, iftar jamaie, sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan dilaksanakan khususnya di dalam bulan Ramadan al-Mubarak.

2. Carta Organisasi 3. Objektif

3.1 Melahirkan warga SMKA/SABK yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam.

3.2 Sebagai satu medium menjelas dan memberi kefahaman kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal di Bulan Ramadan dll

4. Aktiviti

a. Aktiviti Utama Program Ihya Ramadan

(i ) Kelas Tadarrus al-Quran (ii) Mengadakan Majlis Khatam al-Quran (iii) Solat berjemaah; sesi pagi solat zohor dan sesi petang solat asar manakala sekolah berasrama solat berjemaah lima waktu dll

b. Aktiviti Elektif

(i ) Pertandingan hafaz al-Quran (ii) Pertandingan Hias Bunga Coklat dll

c. Program Perdana

5. Data

( i ) Tadarus al-Quran a. Pelajar dibahagikan kepada 10 kumpulan mengikut tingkatan b. Setiap kumpulan diketuai oleh seorang fasilitator dll

( ii ) Majlis Khatam al-Quran

a. Telah diadakan pada 10 Ramadan 1429H b. Tetamu kehormat yang dijemput ialah YB Ahli Parlimen Kawasan dll.

6. Gambar/ Foto

Page 15: PANDUANjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/4173/Panduan Ihya... · c. Ceramah Perdana / Forum ... hafazan, khat, buku skrap, teka silangkata, gubahan bunga, menulis khutbah

15

Borang Maklum Balas Program Ihya Ramadan SMKA/SABK tahun 2016M/1437H

Nama Sekolah : …………………………………………………….. Alamat Sekolah : …………………………………………………… No. Telefon : …………………………………………………… E-mail Sekolah : …………………………………………………..

Bil Aktiviti Tarikh

Pelaksanaan Kumpulan Sasaran

Jumlah Terlibat

Cadangan / Komentar ………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………… Tandatangan Pengetua Cop Sekolah …………………………………… ( )

Tarikh : ……………………………….. Nota : Sila isi dan kembalikan ke Sektor Pembangunan Akhlak dan Syiar Islam, Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum atau pada 1 Ogos 2016 sama ada melalui fak: 03-8321 7293 @ emel: [email protected] @ pos di alamat Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, Bangunan Mustapha Kamal, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya Selangor D.E. Untuk perhatian : (Ustaz Muhd Zulhilmi bin Haron) Tel. No. :03-8321 7276 /012-490 6609.

Page 16: PANDUANjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/4173/Panduan Ihya... · c. Ceramah Perdana / Forum ... hafazan, khat, buku skrap, teka silangkata, gubahan bunga, menulis khutbah

16

PANDUAN TUGAS JAWATANKUASA Program Ihya Ramadan SMKA/SABK

1. Setiausaha dan Urusetia Tugas - Melantik JK Pengelola / JK Pelaksana

- Mengurus surat menyurat - Menyelaras dan menyelia persiapan Jawatankuasa - Mengadakan raptai

2. Protokol dan Sambutan Tugas - Melantik AJK Kecil

- Menyediakan pasukan kompang dan silat. - Menguruskan penyediaan bunga manggar telur, bunga rampai, pulut

kuning, roset dan lain-lain yang diperlukan. - Memastikan protokol majlis berjalan lancar.

3. Tadarus al- Quran Tugas - Melantik AJK Kecil

- Menguruskan pembahagian kumpulan tadarrus. - Menentukan pengagihan atau sukatan kumpulan tadarrus - Memberi taklimat kepada pelajar, guru dan staf - Memastikan perjalanan tadarrus berjalan lancar.

4. Majlis Khatam al-Quran Tugas - Mengurus dan membimbing pelajar khatam Al-Quran - Mengetuai Majlis Khatam al-Quran - Memimpin bacaan doa khatam al-Quran. 5. Majlis Qiamullail Tugas - Melantik AJK Kecil - Memilih imam Qiamullail - Mengurus dan menyediakan bahan edaran - Menguruskan persiapan majlis 6. Ceramah Perdana / Forum Perdana

Tugas - Melantik AJK Kecil - Memberi cadangan senarai nama ahli forum dan tajuk forum - Menyediakan Pengerusi Forum - Menyediakan soalan-soalan untuk dikemukakan kepada ahli panel - Menyediakan tempat forum - Memastikan peralatan yang diperlukan

7. Rakaman & Dokumentasi Tugas - Melantik AJK Kecil - Menguruskan rakaman video sepanjang majlis berjalan - Menguruskan petugas fotografi

- Mengurus segala bahan dokumentasi yang berkaitan majlis.

Page 17: PANDUANjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/4173/Panduan Ihya... · c. Ceramah Perdana / Forum ... hafazan, khat, buku skrap, teka silangkata, gubahan bunga, menulis khutbah

17

8. Pengacaraan dan Bacaan Doa Tugas - Menyediakan teks doa yang sesuai dengan majlis

- Memimpin bacaan doa - Menyediakan Aturcara Pentadbiran setelah berbincang dengan Setiausaha - Menyediakan skrip pengacaraan majlis - Melantik juru acara majlis - Memastikan majlis berjalan lancar.

9. Persiapan Tempat dan Khemah

Tugas - Melantik AJK Kecil - Menyediakan tempat duduk VIP, tetamu dan jemputan - Menyusun atur kedudukan mengikut keutamaan - Memastikan kekemasan dewan semasa dan selepas majlis - Memastikan alat siaran berfungsi dengan baik ketika majlis berjalan dan

mencukupi - Menyediakan alternatif lain sekiranya berlaku gangguan elektrik

10. Hiasan Pentas Tugas - Melantik AJK Kecil

- Menyediakan hiasan pentas - Menguruskan penyediaan latar pentas ( backdrop ) - Hias meja dan tempat duduk VIP

11. Keselamatan dan Kebajikan

Tugas - Melantik AJK Kecil - Menyediakan tempat parking kenderaan yang sesuai. - Mengurus taklimat kepada petugas - Menyediakan peralatan kecemasan jika perlu.

12. Seranta dan Siaraya Tugas - Melantik AJK Kecil

- Menyediakan sepanduk dan memasangnya di tempat-tempat tertentu - Menghubungi pihak media untuk membuat liputan jika perlu

13. Jamuan Tugas - Melantik AJK Kecil

- Menyediakan menu VIP, tetamu jemputan dan peserta - Menyediakan anggaran dan tempahan menu jamuan - Menentukan tempat dan bentuk jamuan - Menyediakan petugas jamuan VIP dan tetamu - Memastikan bekalan jamuan mencukupi - Menguruskan persiapan dan hidangan bubur lambuk dan BBQ. - Mengurus bil pembayaran tempahan jamuan kepada pihak

bertangunggjawab.

14. Hadiah dan Cendermata Tugas - Melantikk AJK Kecil

- Menyediakan cenderamata kepada VVIP - Mengurus ‘ door gift ’ kepada tetamu jika disediakan. - Mengurus penyerahan cenderahati kepada petugas di kalangan pelajar

sepanjang Ramadan. - Menyediakan hadiah / cenderamata untuk penceramah / panel forum - Mengurus hadiah/ cenderamata ketika penyampaian hadiah

Page 18: PANDUANjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/4173/Panduan Ihya... · c. Ceramah Perdana / Forum ... hafazan, khat, buku skrap, teka silangkata, gubahan bunga, menulis khutbah

18

15. Bubur Lambuk dan BBQ Tugas - Melantik AJK Kecil

- Mengurus penyediaan bahan dan peralatan untuk menyediakan bubur lambuk dan BBQ

- Mengurus pembelian bahan yang diperlukan untuk bubur lambuk dan BBQ

16. Jemputan dan Sambutan

Tugas - Melantik AJK Kecil - Mengurus jemputan Tetamu Kehormat - Menyediakan kad jemputan - Menyenaraikan nama para jemputan untuk diberikan kepada JK Urusetia - Membuat jemputan kepada para tetamu - Mengurus sambutan Tetamu Kehormat - Menyedia tempat rehat Tetamu Kehormat - Bekerjasama dengan JK Persiapan Tempat untuk menentukan tempat

duduk mengikut susun atur keutamaan - Membuat penyelarasan dengan urusetia - Mengiringi dan menunjuk arah Tetamu Kehormat - Mengedar Buku Program kepada para jemputan

17. Risalah dan Brosur

Tugas - Melantik AJK Kecil - Menentukan isi kandungan, bentuk dan saiz - Mendapatkan senarai nama jawatankuasa kerja - Berbincang dengan pengerusi dan setiausaha berkenaan isi brosur - Mengurus layout brosur yang sesuai dengan majlis.

18. Pertandingan Tugas - Melantik AJK Kecil - Membuat promosi kategori pertandingan - Menyediakan borang penyertaan pertandingan - Melantik hakim setiap pertandingan - Mengurus pemenang setiap pertandingan - Berbincang dengan JK Hadiah, jenis hadiah yang sesuai untuk setiap pemenang 19. Penyambut tetamu Tugas - Menyambut Tetamu semasa majlis diadakan.

- Mengiringi tetamu dan memandu arah tetamu untuk ke tempat duduk yang disediakan

- Mengiringi tetamu atau jemputan khas sehingga selesai majlis. 20. Tugas-Tugas Khas

Tugas - Membantu Urusetia dalam melancarkan lagi persiapan dan penyediaan majlis.

- Membantu melaksanakan tugas-tugas khas. - Menyelaras mana-mana tugas yang dipertanggungjawabkan oleh

Pengerusi.