ibadah puasa di bulan ramadhan

Download Ibadah Puasa Di Bulan Ramadhan

Post on 15-Jul-2015

103 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Allah telah mewajibkan umat Islam melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan semenjak bulan Syaban tahun 2 Hijrah berikutan turunnya ayat 183 Surah al-Baqarah, yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. Seterusnya Allah menegaskan dalam ayat 185 surah yang sama: Bulan Ramadhan yang diturunkan al-Quran. Ayat tersebut turun tanpa sebab-sebab tertentu, tidak sebagaimana terjadi pada kebanyakan ayat-ayat ahkam (ayat yang berkenaan dengan hukum), yang turun setelah ada peristiwa-peristiwa tertentu yang terjadi pada Nabi SAW atau para sahabat. Puasa di Bulan Ramadhan Adalah Salah Satu Rukun Islam Sabda Rasulullah s.a.w.: Islam didirikan atas 5 perkara, bersyahadah bahwa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan melaksanakan haji bagi yang mampu. (Riwayat Bukhari & Muslim) Maksud Puasa Ramadhan Puasa dalam bahasa Arab disebut Shiym atau Sham yang bererti menahan dan tidak bepergian dari satu tempat ke tempat lain. Ibnu Mandzr, pakar sejarah bahasa Arab mendefinisikan Sham sebagai hal meninggalkan makan, minum, menikah dan berbicara. Perkataan berasal dari kata dasar yang bererti panas atau panas yang menyengat. Ini kerana letaknya bulan Ramadhan pada musim panas yang terik. Jadi, maksud berpuasa di bulan Ramadhan ialah; menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa pada bulan Ramadhan (bulan yang panas terik) kerana beribadah kepada Allah bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Bersahur Itu Berkat Dari Amr bin Ash r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda (yang ertinya): Pembeza antara puasa kita dengan puasa Ahlul Kitab adalah makan sahur. (Hadis Riwayat Muslim) Dari Abdullah bin Al-Harits dari seorang sahabat Rasulullah s.a.w. bahawa aku masuk menemui Nabi s.a.w., ketika itu beliau sedang makan sahur, beliau bersabda yang ertinya: Sesungguhnya makan sahur adalah barakah yang Allah berikan kepada kalian, maka janganlah kalian tinggalkan. (Hadis Riwayat Nasai dan Ahmad) Dari Abu Said Al-Khudri r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, yang ertinya: Sahur itu makanan yang barakah, janganlah kalian meninggalkannya walaupun hanya seteguk air, kerana Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang bersahur. Adab-adab Berbuka Puasa 1. Diriwayatkan dari Anas r.a., ia berkata: Rasulullah s.a.w. berbuka dengan makan beberapa ruthaab (kurma basah) sebelum solat, kalau tidak ada maka dengan kurma

kering, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk. (Riwayat Abu Daud dan Al-Hakiem) 2. Diriwayatkan dari Salman bin Amir, bahwa sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda: Apabila salah seorang di antara kamu puasa hendaklah berbuka dengan kurma, bila tidak ada kurma hendaklah dengan air, sesungguhnya air itu bersih. (Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi) 3. Diriwayatkan dari Ibnu Umar, adalah Nabi s.a.w. selesai berbuka beliau berdoa (ertinya): Telah pergi rasa haus dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap ada Insya Allah. (Riwayat Ad-Daaruquthni dan Abu Daud hadits hasan) 4. Diriwayatkan dari Anas, ia berkata telah bersabda Rasulullah s.a.w.: Apabila makan malam telah disediakan, maka mulailah makan sebelum shalat Maghrib, janganlah mendahulukan shalat daripada makan malam itu (yang sudah terhidang). (Riwayat Bukhari dan Muslim) Amalan Yang Digalakkan Pada Bulan Ramadhan 1. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. ia berkata: Adalah Rasulullah s.a.w. orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya, dan Jibril menemuinya pada setiap malam pada bulan Ramadhan untuk mentadaruskan Baginda s.a.w. al-Quran dan benar-benar Rasulullah s.a.w. lebih dermawan tentang kebajikan (cepat berbuat kebaikan) daripada angin yang dikirim. (H.R.: Al-Bukhari) 2. Diriwayatkan dari Abu Hurairah, ia berkata: Adalah Rasulullah s.a.w. menggalakkan qiyamullail (shalat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, maka beliau bersabda: Barangsiapa yang shalat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka diampuni baginya dosanya yang telah lalu. (H.R.: Jamaah) 3. Diriwayatkan dari Aisyah r.a.: Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila memasuki sepuluh hari terakhir (bulan Ramadhan) beliau benar-benar menghidupkan malam (untuk beribadah) dan membangunkan isterinya (agar beribadah) dengan mengetatkan ikatan sarungnya (tidak mengauli isterinya). (H.R.: Al-Bukhari dan Muslim) 4. Diriwayatkan dari Aisyah, ia berkata: Adalah Nabi s.a.w. bersungguh-sungguh shalat malam pada sepuluh hari terakhir (di bulan Ramadhan) tidak seperti kesungguhannya dalam bulan selainnya. (H.R.: Muslim) 5. Diriwayatkan dari Abu Salamah bin Abdul Rahman, sesungguhnya ia telah bertanya kepada Aisyah r.a.: Bagaimana shalat malamnya Rasulullah s.a.w. di bulan Ramadhan? Maka ia menjawab: Rasulullah s.a.w. tidak pernah shalat malam lebih dari sebelas rakaat baik di bulan Ramadhan mahupun di bulan lainnya, caranya: beliau shalat empat rakaat, jangan tanya baik dan panjangnya, kemudian shalat lagi empat rakaat, jangan ditanya baik dan panjangnya, kemudian shalat tiga rakaat. (H.R.: Al-Bukhari, Muslim dan lainnya) 6. Diriwayatkan dari Aisyah r.a. ia berkata: Adalah Rasulullah s.a.w. apabila bangun shalat malam, beliau membuka dengan shalat dua rakaat yang ringan, kemudian shalat lapan rakaat, kemudian shalat witir. (H.R.: Muslim) 7. Diriwayatkan dari Ibnu Umar ia berkata: Ada seorang laki-laki berdiri lalu ia berkata: Wahai Rasulullah bagaimana cara shalat malam? Maka Rasulullah saw menjawab:

Shalat malam itu dua rakaat. Apabila kamu khawatir masuk shalat Shubuh, maka berwitirlah satu rakaat. (H.R.: Jamaah) 8. Dari Ubay bin Kaab ia berkata: Adalah Rasulullah s.a.w. shalat witir dengan membaca: (Sabihisma Rabbikal Ala) dan (Qul ya ayyuhal kafirun) dan (Qulhu wallahu ahad). (H.R.: Ahmad, Abu Daud, Annasai dan Ibnu Majah) 9. Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. ia berkata: Dinampakkan dalam mimpi seorang lakilaki bahawa lailatul qadar pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: Saya pun bermimpi seperti mimpimu, ditampakkan pada sepuluh malam terakhir, maka carilah ia (lailatul qadar) pada malam-malam ganjil. (H.R.: Muslim) 10. Diriwayatkan dari Aisyah r.a. ia berkata: Saya berkata kepada Rasulullah s.a.w. Ya Rasulullah, bagaimana pendapat tuan bila saya mengetahui lailatul qadar, apa yang saya harus baca pada malam itu? Beliau bersabda: Bacalah (ertinya) Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Ampun, Engkau suka kepada keampunan maka ampunilah daku. (H.R.: At-Tirmidzi dan Ahmad) Antara Peristiwa Besar Di Bulan Ramadhan 1. Diturunkan kitab Al-Quran, Injil, Taurat dan Zabur. 2. Berlaku peperangan Badar al-Kubra. 3. Pembukaan Kota Mekah. 4. Perjalanan Nabi Muhamamad dan Muslimin ke Tabuk melawan Rom. 5. Islam sampai ke Yaman. 6. Khalid Al Walid meruntuhkan berhala al-Uzza. 7. Penyerahan diri (masuk Islam) penduduk Taif kepada Rasulullah. 8. Pembukan Andalus (Sepanyol) oleh Tariq bin Ziyad. 9. Tentera Islam pimpinan Sultan Qutuz mengalahkan tentera Monggol di Ain Jalut. 10. Tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya mengalahkan tentera Rusia dalam peperangan Yakhliz. 11. Tertawannya sempadan Bar Lev, di Israel dalam peperangan Yom Kippur (peperangan Arab-Israel, Perang Oktober, Perang Ramadhan 1973) Adab Menyambut Hari Raya 1. Isilah hari-hari terakhir Ramadan dengan memperbanyak ibadah solat sunat, zikir, permohonan ampun, membaca Al-Quran dan sejumlah kebajikan lainnya. 2. Jangan berperilaku boros dengan berbelanja hal-hal yang kurang atau tidak diperlukan. 3. Sejauh mungkin hindarkan diri dari berhutang membeli barang-barang yang tidak menjadi prioriti. 4. Jangan membazir dalam memenuhi keperluan hidup sehari-hari atau dalam menyambut hari lebaran. 5. Luangkan masa untuk menziarah kubur, bagi mengingatkan diri bahawa pada akhirnya semua manusia akan mengalami kematian, di samping tentunya mendoakan bagi yang diziarahi serta kaum muslimin dan muslimat yang telah meninggal dunia umumnya. 6. Hidupkan malam Hari Raya dengan melakukan amal-amal ibadah seperti mendirikan sembahyang fardu secara berjamaah, melakukan shalat sunat, bertakbir, memanjatkan doa ke hadrat Ilahi dan melakukan bentuk-bentuk kebajikan lainnya.

7. Jangan lupa membayar zakat fitrah. Jika telah memenuhi syarat yang ditentukan dalam hal zakat, jangan lupa untuk membayar zakat harta.

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan. Riwayat Bukhari & Muslim

Huraian Pengajaran Hadis: i) Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ra-mim-dal , yang bererti panas atau panas yang menyengat . Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud menjadi panas atau sangat panas , atau diertikan juga sebagai hampir membakar . Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa. ii) Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut Siyam atau Soum Kedua-duanya berasal dari kata dasar Sa-wa-ma , di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T. iii) Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut. iv) Selain itu Allah S.W.T